Isnin, 22 Februari 2010

Salentia Belajarlah Menjadi Manusia



MURAI memang tidak boleh mendengar orang menyebut nama Salentia maka jadi gatal tanganlah nak menulis dan menjawabnya. Semalam Murai terbaca nama Salentia dalam akhbar. Dia mempersoalkan mengenai kes liwat Anwar Ibrahim yang dijaja dalam ceramah. Salentia tidak mahu dan tidak suka kes liwat itu dijadian bahan ceramah.

Menurut pengetahuannya apa yang dilakukan itu ia adalah contempt of court. Lantaran itu dia suruh Menteri Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan ke atas Anwar dan juga mereka yang 'menceramahkan' perbicaraan kes berkenaan.

Murai hanya mencebek mulut mendengar cadangan Salentia itu. Betapa dia ni seorang yang merasakan dia saja pandai dan serba tahu. Bongkok, sombong dan merasa bijak. Walhal apa yang dia katakan hampas semuanya. Kadang-kadang Pak Pandir lebih cerdik dan jujur darinya. Bukan saja orang tidak mahu mendengarnya lembu bodoh pun akan lari bila terserempak dengannya. Dia ni juga jenis nampak selut di cuping kain orang tetapi tak nampak lumpur yang penuh di kaki seluarnya.

Murai nak tanya Salentia sikit apakah dia sedar dan apakah hukuman yang beliau boleh jatuhkan ke atas apa yang berlaku ini. Murai pun tidak setuju kalau kes liwat Anwar dijaja ke hulu ke hilir. Apa tidaknya menjaja seluar dalam, tisu sapu jubur atau tilam, sesuatu mengotorkan. Ia adalah perbuatan orang-orang yang tak bermoral yang layak dilakukan oleh orang seperti Salentia saja.

Tetapi tahukah Salentia apa yang dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan sebagainya itu. Hampir tiap malam mereka menyiar dan mendedahkan hasil perbicaraan kes berkenaan. Apakah tujuan media cetak dan eletronik itu lakukan semua itu. Bukankah ianya untuk memalu dan mengaibkan Anwar?

Bukankah begitu? Dan apakah yang dibuat oleh media massa itu bukan perbuatan menjaja keaiban orang lain? Kalau kita bercakap dalam konteks agama sudah pasti apa yang dilakukan media massa itu sudah bercanggah dengan syariah Islam.

Jadi kalau media massa terlebih dahulu menjaja kes liwat Anwar siang dan malam kenapa Salentia boleh diamkan diri. Kenapa tegur dan nasihatkan media massa berkenaan dan kenapa hanya persoalkan di sebelah Anwar saja. Kenapa menjadi syaitan bisu atas perbuatan hina dan celaka orang lain kepada Anwar. Kalau Salentia hendak jadi bebas yang profesional, jadilah bebas yang benar-benar profesional.

Biarlah kalau Salentia tidak mahu menyokong Anwar atas kepercayaanya mengenai sikap rendah moral Anwar, tetapi usahlah bersikap berat sebelah. Janganlah menjadi munafik. Kalau nak tegur, tegurlah semua biar adil dan saksama. Sebagai manusia apa lagi mengakui Islam, belajarlah bersikap adil sikit. Berterima kasihlah kepada Tuhan yang menjadikan kita sebagai manusia. Bezakan sifat dan sikap kita selaku as nas dengan haiwan nunatik?

Murai teringat satu maksud firman Allah. Manusia ini dijadikan dari segumpal darah berasal dari setitik mani. Manusia dianggap makhluk yang paling mulia. Tetapi kalau manusia itu tidak tahu membawa dirinya dia akan bertukar menjadi mahkluk yang lebih hina dari binatang. Apakah Salentia sudah sampai ke tahap yang disebutkan Allah itu menukarkan darjat dirinya kepada taraf binatang berkaki empat?

Kepada Salentia, Murai ingin sebutkan kalau kita bersedia jadi perkakas dan sanggup jilat punggung orang, jangan marahkan orang lain kalau orang lain tidak sanggup dan tergamak buat kerja apa yang kita buat. Orang lain masih ada maruah tidak seperti anda. Tahap dan mutu seseorang itu berbeza. Dalam konteks ini Murai nampak perbezaan kualiti kemanusiaan Salentia dengan Anwar Ibrahim sejauh langit dan bumi.

Kalau Anwar negarawan Salentia hanya budak kampung cabuk yang baru mengenali botol dan besi buruk dalam longgokan sampah.

Murai: Belum pernah terjumpa makhluk sejahat Salentia di dunia Malaya ini.

MSO.

Mustapa Adalah Penderhaka-PAS

Kalau dah meletakkan diri sebagai Pencacai dan Pembodek, kat mana lagi letaknya maruah?

PAS
menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya mengecam surat layang yang diedarkan bagi memburuk-burukkan imej ahli parlimen Gua Musang itu.

Menurutnya, adalah tidak wajar Razaleigh menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri di atas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Tambahnya, PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan, bukan Umno.

Menurutnya lagi, Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip di negeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu daripada Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

“Amat memalukan kenapa pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM1 bilion,” ujarnya.

Baginya, hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka sedangkan pada hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Katanya, jika di Perak, Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan pula Umno merampas wang rakyat.

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri.

“Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,” ujarnya lagi.

Abdul Hadi Dakwa Kehakiman Lemah Punca Campur Tangan Asing

PETALING JAYA: Selepas mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat berhubung tindakan 50 ahli Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempersoalkan integriti badan kehakiman negara.

Beliau menyalahkan kelemahan badan kehakiman negara ini yang menjadi punca kepada cubaan campur tangan pihak luar.

"Saya berasa malu sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita kena tanya kenapa adanya campur tangan.

"Kita patut persoalkan sama ada sistem kehakiman kita sudah bermaruah ataupun tidak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Jumaat lalu, Abdul Hadi menyelar serta menentang campur tangan asing termasuk dalam perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Abdul Hadi menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu Pas akan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.

Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Selain itu, pada sidang media yang turut dihadiri Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Abdul Hadi menggesa supaya institusi kehakiman negara dipulihkan segera bagi terus mengelakkan pihak asing mengganngu.

"Kita kena baiki diri kita sendiri kalau tak nak orang luar campur tangan," katanya.

Was Najib angry this afternoon ??


Keningau bergegar yop!!

Aarrrgh... aarrgghh.... Tolong!! Tolong!!

Ehh.. ehh... what's happening?? Apa dah jadi oi...

Gempa bumi!! Gempa bumi!!

Dilapor oleh Bernama... satu gempa bumi yang tak berapa kuat telah berlaku pada 3.0 skala Richter di Keningau, Sabah. Gegaran itu berlaku kira-kira jam 12.46 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia pulak keluarkan kenyataan yang gempa itu berpusat di garisan lintang 5.1 Utara dan garisan bujur 116.14 Timur iaitu 31km dari barat daya Keningau dan 100km dari selatan Kota Kinabalu.

Kesannya.... sedikit gegaran dapat dirasai di sekitar kawasan tersebut.

Setelah membaca pengakuan Rosmah Mansur tentang Najib..... maka ramai orang tertanya-tanya, di manakah Najib berada pada masa kejadian?? Dengar cerita.... semalam dia nak buat lawatan ke Sarawak. Sarawak?? Weh... dekat dengan Sabah tu...

Apakah Najib marah dan menghentak kakinya?? Bahaya kalau dia hentak kaki. Mungkin itu yang menyebabkan gempa bumi berlaku di Keningau Sabah??

Ha... ha... ha.... ha....

Be careful.... don't make him angry. It will be disastrous if he's angry.... Nanti gempa bumi mari!!! TAKUUUTTT!!! NGELETOR LUTUUUUTT!!

Perarakan Maulud Nabi warisan Syiah? - Dr Mohd Asri

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Maulid Rasul adalah lanjutan daripada tradisi dan warisan Syiah, demikian menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas desas-desus berhubung perarakan Maulid Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan," kata beliau melalui laman drmaza.com baru-baru ini.

Sebab itu, katanya, dalam Fatawa al-Azhar, diakui bahawa ahli sejarahwan Islam pun tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran.

Tambah beliau, mereka (Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir) turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.

"Kemudian pada tahun 488 Hijrah, amalan itu dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta'la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan.

"Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah," katanya lagi.

Adapun Kerajaan Syiah Fatimiyyah, tambah Dr Mohd Asri, mereka mempunyai agenda politik tersendiri seperti berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka.

"Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsung dalam kebanyakan negara sehingga amalan itu dibawa ke dalam negara kita ini," jelas beliau.

'Kami hanya berdebat dengan Guan Eng'

Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam di negeri itu.

“Kalau (berdebat) dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau (dengan) Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah,” kata Ketua Pemuda negeri, Norman Zahalan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahalan menyifatkan Pemuda Pakatan sebagai “kuda tunggangan Guan Eng”.

Norman mengulas cabaran ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin untuk berdebat dengan Pemuda Umno negeri, DPMMPP dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berhubung isu berkenaan.

Beliau juga mengesahkan telah menerima surat cabaran debat tersebut dari Pemuda Pakatan melalui faks pagi ini.

Setiausaha kehormat DPMMPP, Mazri Mahmood mengesahkan menerima surat yang sama manakala Pengerusi GPMS negeri, Nurul Huda Ghazali pula berkata beliau dimaklumkan mengenainya melalui panggilan telefon.

Dalam surat tersebut, Pemuda Pakatan mencabar mereka untuk menyertai Debat Perdana Rakyat pada 7 Mac depan di tapak ekspo Seberang Jaya.Minggu lalu, Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berdepan dengan kritikan dan kecaman dari pelbagai pihak antaranya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu pembatalan perarakan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam pada Jumaat ini.

Guan Eng dilaporkan berkata perarakan sebut tidak dibatalkan dan mendakwa terdapat "segelintir orang yang cuba untuk menimbulkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut".

Awal bulan ini juga, Guan turut dikecam oleh aktivis Islam dari pelbagai NGO yang mengadakan demonstrasi di sebuah masjid kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Mereka juga dilaporkan membakar patung Guan Eng sebagai tanda kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka.

Mengulas lanjut, Norman berkata susulan surat yang diterimanya itu, beliau akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat pengurusan Umno negeri petang ini.

Bagaimanapun pendirian yang sama juga akan dinyatakan kepada kepimpinan negeri berhubung isu tersebut, katanya.

Sementara ini, DPMMPP pula akan berbincang dengan 15 ahli jawatankuasanya berhubung cabaran Pemuda Pakatan itu jam 6 petang ini

Katanya sebelum ini, YDP dewan tersebut Rizal Faris Mohideen Abdul Kader telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bersedia untuk berdebat dengan Guan Eng.

"Kita nak berdebat dengan Lim Guan Eng bukannya dengan Pemuda Pakatan. Asas kami yang itu," kata Mazri.

Manakala Nurul Huda berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa GPMS negeri Rabu atau Khamis ini berhubung cabaran Pemuda Pakatan itu.

Kelantan, dari kacamata penulis novel "Ayat-ayat Cinta"

Siang itu, 14 Februari 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu. Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui.

Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dan ganti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia. Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri BEsar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri Besar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya, jika bukan untuk urusan negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini, pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, "Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.” Selama tiga hari juga, saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab, mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia keduaduanya salah. Dia berkata, "Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baikbaik. Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkutpautkan dengan negara."

Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar. Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, "Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

-----------------------------
Habiburrahman El Shirazy adalah Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih

Dedah hukuman sebat wanita Islam kerana terpaksa

BACHOK, 22 Feb: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, pendedahan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai hukuman sebat wanita Islam kemungkinan hanya secara terpaksa.

Katanya, tindakan kerajaan tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita Islam dianggap kerana bimbang mengundang kemarahan negara barat terutamanya Amerika Syarikat.

“Kalau tidak ada pemberita yang mengungkitkan soalan tersebut sudah tentu menteri terbabit tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam di Penjara Kajang baru-baru ini.

“Ini secara jelas memperlihatkan Malaysia lebih takut dan bimbang kepada kemarahan negara barat berbanding perintah melaksanakan hukuman tersebut mengikut syariat Islam,” katanya pada ceramah di Kedai Jelawat, malam tadi.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir.

Orang ramai mengikuti ceramah tersebut bagi mendengar penjelasan isu tuntutan royalti ekoran wujud kenyataan yang bercanggah di antara kerajaan negeri dan pemimpin Umno.

Baru-baru ini tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Menurut Hishammuddin hukuman tersebut dijalankan di Penjara Kajang pada 9 Febuari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, sepatutnya pelaksanaan hukuman tersebut tidak dilakukan secara senyap kerana ia tidak mendatangkan pengajaran kepada orang lain.

“Ini seolah-olah kerajaan seperti takut kepada negara luar sehingga enggan menguar-uarkan hukuman tersebut. Saya percaya kalau tidak ditanya pemberita menteri terbabit tidak akan mendedahkan hukuman tersebut kepada umum,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis kewangan yang serius apabila ada sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak di asrama pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, difahamkan ada hospital mengeluarkan arahan lisan kepada pesakit supaya memulangkan ubat yang dibekalkan sekiranya masih berbaki selepas penyakit mereka sembuh.

Nik Aziz: Keakraban PAS-bukan Islam tidak direka kerana politik

Oleh Mohd Zuharman

BACHOK, Feb 22 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.

Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.

“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.

“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.

“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.

Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.

Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.

“Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.

“Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.

“Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

“Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.

PR Tubuh Jawatankuasa Khas Royalti Minyak, Husam Dilantik Pengerusi

Pakatan Rakyat bersetuju melantik Datuk Husam Musa sebagai pengerusi jawatankuasa khas berhubung isu royalti petroleum di empat buah negeri pengeluar minyak.

“Pakatan Rakyat bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa petroleum, melihat kepada keseriusan isu ini. Betapa banyak sumber negara diambil oleh Pusat dan hak negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dinafikan. Maka kita cadang untuk melantik Datuk Husam Musa mempengerusikan jawatankuasa khas bagi pihak Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Dalam pada itu juga, kita akan tetap akan turun dan jelaskan kepada rakyat bagaimana hak mereka dirompak oleh pemerintah, kerana kita takut dana yang sudah kurang sekarang ini tidak dibelanjakan untuk rakyat bawahan," tegas beliau.

Menyentuh isu yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Umno kerana memutar belit dan menggambarkan Kelantan seolah-olah meminta sedekah.

Bahkan Hadi berkata perkataan royalti telahpun wujud sejak dahulu lagi namun ianya ditukar kepada wang ehsan.

“Bahkan setiap belanjawan yang dibentangkan samaada dahulu semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan, perkataan royalti itu digunakan dengan rasmi oleh kerajaan. Jelas bahawa tindakan menafikan perkataan ini wujud, lebih dari itu menukarnya kepada wang ehsan seolah-olah negeri meminta sedekah," tegas Hadi.

"Walhal wang tersebut bukan hak dia. Ini satu tindakan yang rakus, dari nafsu yang bercanggah dengan prinsip Persekutuan dan perjanjian yang sepatutnya dihormati," tambah beliau.

PR Tubuh Jawatankuasa Displin, Memantap Gagasan

Dalam satu lagi usaha untuk bergerak seiring, tiga parti komponen Pakatan Rakyat hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa pusat displin bagi memperkukuhkan gagasan berkenaan.

Jawatankuasa tata tertib itu merentasi kepentingan parti dalam usaha memantapkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan yang dinamik dan mampu menyelesaikan masalah displin yang bertindih.

Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat petang tadi.

Keputusan ini dicapai atas hasrat rakyat mahukan Pakatan Rakyat mengukuhkan imejnya dalam berdepan dengan isu-isu dalaman yang cuba diputar belitkan oleh seteru politik.

Ini termasuk kritikan melulu dan perang mulut antara pemimpin tertentu dalam PAS, parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Jawatankuasa tata tertib peringkat pusat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah akan menangani segala permasalahan sedemikian.

"Kita juga cadang untuk memperkemas jawantankuasa tatertib yang diputuskan dahulu dan meminta Sivarasa mempengerusikan jawawtankuasa ini yang diwakili oleh ketiga-tiga parti, dan melaporkan kepada kita dalam mesyuarat akan datang".

Datuk Seri Anwar berkata jawatankuasa displin pusat itu tidak menjadi penghalang kepada ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memberikan kritikan membina.

“Pertamanya ada ruang dalam parti yang mereka boleh suarakan. Misalannya Ahli Parlimen parti Keadilan boleh suarakan bangkangan dan bantahan kepada mesyuarat mingguan PKR yang kita adakan setiap minggu. Kita tidak pernah menyebut tidak boleh, tetapi biar munasabah. Kalau kita panggil rakan kita komunis, itu luar dari batas tatasusila dan adab," tegas Anwar.

Anwar berkata forum untuk ahli parti memberi pandangan, malah kritikan di sediakan di pelbagai peringkat.

“Jadi kalau ada andaian seolah-olah ada di kalangan ahli parlimen atau kepimpinan parti tidak boleh menyuarakan pendapat, tidak benar. Mesyuarat kepimpinan DAP boleh bincang apa sahaja yang berbangkit, begitu juga dalam PAS atau Keadilan," kata Anwar.

"Kemudian ahli parlimen ada forum dan setiausaha pakatan rakyat ada lima enam jawatankuasa yang boleh suarakan pandangan," tambah beliau.

Tahniah Anak Muda!!!


IPOH, Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menegaskan bahawa pertubuhan gerakan anak muda itu sesekali tidak pernah mengiktiraf Dato' R Ganesan a/l Retasam sebagai speaker dun Perak yang sah.

Menurut beliau Ganesan adalah seorang yang tidak mempunyai etika dan jati diri kerana mengaku sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak, ini kerana Ganesan sanggup membohongi rakyat Perak dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

Menurut beliau lagi unit penyelidikandan strategik Institut Pemikir Muda Malaysia itu telah melihat laporan Majlis Peguam Malaysia pada 24/8/2009 melalui Setiausahanya, George Varughes yang telah mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17/8/2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh 3 bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh
kerajaan Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu beliau juga menyatakan bahawa Ganesan merupakan seorang yang tidak mematuhi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak.

“ Ganesan perlu faham dan jelas bahawa perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.”

“ Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7/5/2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut,beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7/8/2009” ini jelas menunjukkanbahwa Ganesan adalah speaker yang tidak sah, dan lebih buruk lagi Ganesan sanggup menipu rakyat Perak untuk kepentingan peribadi beliau..

Tambah beliau lagi, dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang, perkara ini jelas menunjukkan bahawa ganesan sendiri tidak yakin dirinya adalah spakar yang sah.

Beliau juga turut mencabar Ganesan supaya menjawab hujah yang menyatakan bahawaGanesan cuba menyembunyikan fakta tersebut menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13/8/2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6/8/2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Persoalannya bagaimana seorang boleh letak
jawatan pada 13/8/2009 tetapi berkesan mulai 6/8/2009.

Menurut beliau lagi selain daripada itu, tatacara perlantikan beliau juga tidak sah. “ Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perak supaya sedar bahawa Ganesan bukan seorang Ahli DewanNegeri, beliau didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7/5/2009. Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut”, “ Ganesan juga telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Tuan Yang Dipertua Dewan yang sah, YB Sivakumar yang ketika itu masihberada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.”

Sehubungan dengan itu beliau mewakili seluruh rangkaian ngo anak muda turut mempersoalkan mengapakah pada hari dan waktu yang sama, Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang tidak dikenali, bahkan yang
lebih membahayakan lagi sebahagiannya didapati bersenjata pistol.Bukankah Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan, jelas beliau

Berdasarkan ini, beliau menegaskan bahawa Ganesan tetap bukan Speaker DUN Perak yang sah dan beliau tidak layak memanggil sebarang sidang DUN Perak . Kalau sidang tersebut tetap dijalankan maka ia juga akan menjadikan sidang tersebut sebagai persidangan yang tidak sah tambah beliau.sumber

Kerakyatan 66,000 warga Sarawak: Tunggu 24 tahun lagi?

Namun demikian, warga Sarawak perlu mengatasi satu rintangan yang besar sebelum memainkan peranan penting untuk demokrasi Malaysia. Kira-kira 66,000 penduduk terutamanya di kawasan kampung masih belum memiliki kad pengenalan atau sijil lahir, mengakibatkan kelayakan mereka sebagai pengundi dihilangkan begitu sahaja.

Jadi, mendaftarkan mereka yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil lahir ini sebagai "warga Malaysia" adalah tugas politik yang perlu disegerakan sebelum pilihan raya negeri Sarawak.

Setelah diperingatkan berkali-kali oleh SUHAKAM, media dan NGO, Jabatan Pendaftaran Negara akhirnya menyatakan bahawa pihak mereka akan mempercepatkan langkah Unit Khas Pendaftaran Bergerak di Sarawak, untuk mendaftarkan 66,000 warga Sarawak tersebut.

Malah, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein (gambar kiri) telah melawat ke Long Kevok, kawasan hulu Sungai Baram yang menjadi tempat duduk orang Penan pada 10 Disember 2009, untuk memberikan 25 kad pengenalan kepada penduduk yang sudah lama memohon. Dalam aktiviti yang lebih tebal sifat "lakonan"-nya ini , beliau memberikan had masa dua tahun kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan golongan yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil lahir di Sarawak.

Tekad Hishammuddin Hussin dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dialu-alukan, tetapi keikhlasannya dipersoalkan. Ketua Pengarah Pendaftaran memberitahu saya bahawa sejak Unit Khas Pendaftaran Bergerak tersebut ditubuhkan, mereka telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 3,000 orang kaum asli di Sarawak, dengan sebahagian besarnya terdiri daripada orang Penan.

1 hari: 7 orang didaftarkan

Tetapi, menurut perhitungan koordinator MEO-NET, Ong Boon Keong (gambar kanan), seandainya Jabatan Pendaftaran Negara melanjutkan usaha ini dengan kadar sedemikian, iaitu 7 orang sehari, maka mereka memerlukan 24 tahun untuk menghabiskan pendaftaran 66,000 orang. Jabatan Pendaftaran Negara yang mendakwa untuk mencapai matlamat "pendaftaran 66,000 orang" dalam tempoh dua tahun kini memerlukan peruntukan, tenaga kerja dan efisiensi 12 kali ganda untuk mengelakkan janji Hishammuddin berakhir sebagai "mission impossible" yang melucukan.

Walaupun Ketua Pengarah Pendaftaran Negara "mengalu-alukan penyertaan NGO untuk membantu dan memantau" ketika temuramah bersama saya, tetapi sehingga kini, mereka bukan sahaja belum memperolehi peruntukan dana untuk kerja pendaftaran seterusnya, malah juga tidak meminta bantuan daripada NGO yang sedia menolong. Lebih-lebih lagi, keikhlasan beliau dipertikai kerana dalam tempoh hampir dua bulan, Ketua Pengarah dan unitnya gagal meluangkan masa untuk menemui anggota MEO-NET yang telah mengkaji dan menyiasat secara rapi warga Sarawak yang tidak berdokumen.

Dalam satu soal selidik secara rambang oleh MEO-NET di tujuh kawasan hulu Sungai Baram, antara 15 hingga 20 November 2009, daripada 103 orang yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi, 84 orang memberi alasan tiada kad pengenalan. Kelumrahan fenomena ini sebenarnya merupakan satu tamparan buat demokrasi Sarawak.

Sarawak bakal mengadakan pilihan rayanya selewat-lewatnya tahun 2010. Seandainya negeri tersebut gagal mendaftarkan lebih ramai pengundi yang sudah layak dari segi umurnya, maka ia bermakna legitimasi demokrasinya hanyalah 50% atau lebih rendah. Dengan kata lain, masa depan Sarawak, malah seluruh Malaysia dikawal oleh penduduk bandar yang berdekatan dengan institusi kerajaan dan sumber.

Masyarakat sivil tanpa hak sivil?

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan hak kerakyatan dan hak mengundi sebagai hak asasi manusia oleh mana-mana warga negara. Seandainya sesebuah kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk membekalkan kedua-dua hak ini kepada warganya, maka kerajaan ini bukan sahaja tidak memenuhi tanggungjawab dan kewajipannya sebagai kerajaan, malah menjadi perampas hak asasi rakyatnya.

Apa yang menyesalkan, sementara pemimpin pertubuhan Cina menggunakan isu "rampasan kerakyatan Lim Lian Giok" yang lalu untuk mencungkil sentimen perkauman, malah kesemua media Cina arus perdana bersimpati kepada mereka yang memiliki kad pengenalan warna merah -- mereka "buat tak nampak" golongan warga Sarawak yang terdiri daripada 66,000 orang ini. Ada pula yang berdalih bahawa " (isu ini) tidak tersenarai sebagai perkara yang didahulukan dalam pertimbangan".

Fenomena ini hanya mencerminkan betapa ceteknya pemahaman dan kurangnya pemikiran secara mendalam oleh komuniti Cina atau pemimpin pertubuhan Cina terhadap masyarakat sivil.

Berdepan dengan 66,000 orang asli Sarawak yang belum mendaftarkan diri sebagai "warga", saya pernah mendapatkan pandangan daripada Harrison Ngau, anggota Gabungan Peguam kaum asli Sarawak, sama ada berhasrat untuk menyaman Jabatan Pendaftaran Negara atau Kementerian Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan tugas mereka?

Harrison Ngau menganggap ianya bukan sesuatu yang mustahil, tetapi seandainya pemohon kad pengenalan yang ditolak itu bertindak secara berasingan, maka ia mungkin sesuatu yang berada di luar kemampuan peguam untuk mengendalikan kes-kes yang melimpah itu.

Persoalannya, apakah Majlis Peguam di Malaysia Barat, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia yang menguasai lebih sumber masyarakat menyedari kepentingan isu kerakyatan ini? (Bahagian kedua, bersambung)

Bahagian pertama: Warga Sarawak penentu PRU akan datang

*Chou Z Lam ialah wartawan. Artikel kolum ini disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tajuknya diubahsuai ketika diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Ku Li responds to full-page ads on royalty issue

On the instruction of the late Tun Razak, I drafted the Petroleum Development Act precisely because we wanted to ensure that Kelantan, Terengganu, and potentially Pahang and Johor would benefit from the 5% cash payments.

Tengku Razaleigh Hamzah, The Edge

I see the Ministry of Information has taken out full page advertisements in the major Malay newspapers to argue that Kelantan has no right to oil payments under the Petroleum Development Act because the oil resources in question lie outside the 3 nautical mile limit that delimits state versus federal jurisdictions. The advertisement fails to point out that almost all the oil found in Malaysia is located more than 3 nautical miles offshore, and Petronas has nevertheless been making oil payments to the states.

By the argument deployed in the advertisement, Terengganu, Sabah and Sarawak too are not entitled to the “cash payments” of 5% of profit oil (commonly and a little inaccurately referred to as “oil royalties”). Everything is at the arbitrary behest of the Federal Government.

Yet last year, according to its annual report, Petronas paid out RM6.2 billion in petroleum cash payments, with RM3 billion to Terengganu, RM2.3 billion to Sarawak and RM0.9 billion to Sabah. One wonders what basis this payment was made on since none of this was for petroleum found within 3 nautical miles offshore of these states. The argument for depriving Kelantan of 5% cash payments on the basis of its petroleum resources being found beyond 3 nautical miles is an insult to the intelligence.

I have spoken and written at length on this issue and had been reluctant to say more on it. Moreover, as a member of the ruling party I am embarrassed to have to belabour elementary points against the government. This information campaign, whether through a leaflet campaign in the schools or through newspaper advertisements paid for with taxpayer money, implies either culpable stupidity or gross deceitfulness on the part of agents of the Federal Government. I had hoped to avoid that implication.

The government’s advertisement also exhumes a ten year old mis-quotation in a government newspaper to allege that I once denied that Terengganu had any right to the 5% cash payment. I said no such thing. If the government media is to be believed I also once converted to Christianity by wearing Kadazan headgear just in time to be exposed amidst a General Election campaign. Why does the government rely on a ten year old misquotation? Well, these days we have our own blogs.

In fact, as a BN backbencher at the time I opposed the Federal Government’s intervention to prevent Petronas from making oil payments to Terengganu and the move to channel those funds instead into “wang ihsan”. Tun Salleh Abbas and I offered ourselves as witnesses to the Terengganu state government in the suit it filed against the Federal government to recover those oil payments. Between the 2000 and 2009, RM15.8 billion was paid out through the legal black hole of wang ihsan, not to the rightful party as specified under the Petroleum Development Act, which is the state government’s consolidated fund, but to agencies more amenable to vested interests linked to the central government. The outcome of that spending is the Monsoon Cup, a Crystal Mosque in which it is impossible to pray, a leaking swimming pool, a collapsed bridge and a collapsed stadium. The people of Terengganu remain poor while Billions have been paid out in their name.

I am said to have changed my mind or somehow ignorant of the fact that Kelantan’s petroleum resources all lie offshore when the fact is that, on the instruction of the late Tun Razak, I drafted the Petroleum Development Act precisely because we wanted to ensure that Kelantan, Terengganu, and potentially Pahang and Johor would benefit from the 5% cash payments.

We did precisely because we knew that these states did not have oil onshore or within their territorial waters. The device we used was a Vesting Deed by which the states vested, in perpetuity, all their petroleum resources to Petronas, onshore or offshore. In return for this Petronas guaranteed the cash payment of 5% from oil found anywhere, offshore or onshore, of the state. This rendered any consideration of federal/state boundaries whether at 3 or 12 nautical miles or whatever irrelevant for the purpose of reckoning the payment. I traversed the country to sign this agreement with each Chief Minister of each state government. Tun Razak was driven by the nation-building concern that these poorer east coast areas, which are also predominantly Malay areas should benefit directly from offshore oil, and I drafted the Petroleum Development Act to reflect that concern.

It is this benefit to the people which Umno Kelantan opposes 34 years after the death of Tun Razak. It is also Razak’s legacy that they make a mockery of. It is a mark of how far Umno has strayed off course that the leadership of Umno, and in particular Umno Kelantan is doing its utmost to deprive the people of Kelantan of sovereign rights secured by an UMNO-led government of another day. No one in their right mind could mistake this as behaviour that is beneficial to Umno’s long term standing in Kelantan, let alone elsewhere as people observe this behaviour.

I am accused of putting state interest before party interest. However the issue goes far beyond Kelantan. The arguments used in yesterday’s newspaper advertisement undercut the rights of all the states in respect of a natural resource which is theirs as a sovereign right. It violates a contract between Petronas and the states, denies the Petroleum Development Act, denies the raison d’etre of Petronas (which was in the first place formed to ensure the integrtiy of the federation by way of an equitable sharing of this valuable resource) and sets the Federal Government in contravention of an Act of Parliament.

One immediate implication of the argument laid out in yesterday’s official clarification from the Ministry of Information is that Terengganu is also ineligible for the oil payments. This means that after cutting off oil payments when Terengganu fell into Opposition hands and replacing it with “compassionate payment” there is absolutely no basis for the government’s promise to return Terengganu to cash payments again. All of Terengganu’s oil is found very far offshore. In this matter whatever holds for Kelantan holds for Terengganu and vice versa.

In the end this is not a question of politics or personality. It is not about what I or anyone else says, nor of where Umno or PAS stand. It is about the government complying with written agreements governed by an Act of Parliament and respecting parliamentary democracy. The rights of the people are not to be fulfilled or withheld depending on who they have voted for. In treating Terengganu and Kelantan in this manner we are depriving them of money that is rightfully theirs, undermining sovereign state rights, and eroding parliamentary democracy. We should do the right thing by the people at whose pleasure we serve.

KES PERAK-APABILA PERLEMBAGAAN DITAFSIR SEPERTI SURAT WASIAT

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.

Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.

Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.

Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?

Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .

Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.

Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?

Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.

Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.

Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.

Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .

Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.

Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan

Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?

Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.

Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya

Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .

Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!

Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?

TENGKU Razaleigh Hamzah, pengasas Petronas berpendapat bahawa negeri dan kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti minyak yang dihasil di pesisir pantai negeri itu tidak kira berapa jauh ia ke tengah laut.

Kalau pun royalti itu diganti dengan wang ihsan, maka wang itu mesti dimasukkan ke dalam khazanah negeri. Tiada pihak lain yang boleh mentadbirnya.

Datuk Mustafa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabansa dan Industri dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan berkeras mengatakan negeri Kelantan tidak berhak atas royalti itu kerana telaga minyak yang beroperasi adalah di luar kawasan tiga batu nautika dengan pantai negeri itu.

Menteri itu kebetulan anak Kelantan telah menjadi jurucakap kerajaan pusat dan Petronas sedang dia tidak ada kena mengena dengan urusan pengeluaran minyak. Kementeriannya tidak menjaga urusan pengeluaran minyak dan dia tidak ada apa-apa kedudukan dalam Petronas.

Orang yang boleh bercakap tentang perkara itu ialah Perdana Menteri dan Timbalannya serta Pengerusi Petronas. Jika ganti royalti itu adalah wang ihsan, maka orang-orang tadi yang layak bercakap dan cara mana wang ihsan itu hendak digunakan.

Cakap orang lain adalah tidak rasmi.

Ada pun Tengku Razaleigh adalah pengasas Petronas dan orang yang bertanggungjawab merangka merangka polisi dan operasinya. Ketika itu mungkin Mustafa Mohamad belum menyambung pelajaran ke Australia.

Ketika Petronas diasaskan sudah ada satu badan ditubuhkan bagi mengendalikan hal ehwal pengeluaran minyak itu di bawah Kementerian Perusahaan Utama yang menjadinya ialah Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sekarang. Kira-kira Taib Mahmudlah orang yang dikira akan menjadi orang penting pengurusasn minyak.

Ketika itu Indonesia sudah ada badan pengurusan minyak negaranya yang dinamakan Pertamina yang ketuanya ialah Ibnu Sutowo. Ibnu Sutowo ini dikira orang kedua penting di Indonesia selepas Presiden Suharto. Orang minyak yang penting bagi Arab Saudi pula ialah Sheikh Zaki Yamani.

Taib Mahmud telah dibayangkan akan jadi macam Ibnu Sutowo dan Zaki Yamani bagi Malaysia.

Entah bagaimana Perdana Menteri Tun Razak telah menggantung badan yang diasaskan di bawah Taib Mahmud tadi dan menteri itu sendiri ditukarkan menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dia bukan saja hilang peluang untuk menjadi orang penting industri minyak bahkan hilang kementerian. Dia ada kerusi dan beberapa orang pembantu saja di tempat barunya itu.

Dalam suasana itu orang utama Bank Bumiputera itu iaitu Tengku Razaleigh dipilih oleh Tun Razak untuk mengasaskan Petronas sebagai ganti kepada badan yang dimansuhkan yang diketuai oleh Taib Mahmud tadi.

Orang yang masih hidup yang tahu perkembangan pertukaran dari Taib Mahmud itu selain dari Taib Mahmud dan Tengku Razaleigh ialah Tun Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Dan negeri yang dikenal pasti sudah ada minyak ketika itu ialah Sarawak dan Sabah.

Kemudian barulah dipanggil pegawai kerajaan yang paling penting di Pejabat Peguam Negara Tan Sri Salleh Abbas membantu Pengerusi Petronas merangka Akta Petronas dan perjanjian dengan negeri-negeri tentang pembahagian keuntungan minyak Petronas itu.

Tun Abd. Rahman adalah orang yang cukup rapat dengan Tun Razak dan boleh dikira penasihat paling penting Tun Razak dalam perkara itu. Mungkin beliau tidak duduk dalam Petronas, tetapi dia adalah orang yang tahu tentang permulaan Petronas itu dibentuk selain dari Tengku Razaleigh dan Tun Salleh Abbas.

Tengku Razaleigh adalah orang penting UMNO paling rapat dengan Tun Razak tidak dilantik menjadi menteri tetapi dia kuat dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera. Kedudukan itu menjadi dia lebih penting dari menteri-menteri selain dari Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tengku Razaleigh dan Tun Salleh Abbas adalah orang paling tahu tentang dasar asal dan lain-lain selok belok Petronas. Kalau nak tahu apa itu ISA dan pembentukan Malaysia tanyalah kepada Tunku Abdul Rahman Putra dan bila mahu tahu tentang Petronas tanyalah Ku Li dan Tun Salleh Abbas.

Merekalah menjadi saksi paling penting kes yang melibatkan Petronas. Ada pun Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Hassan Marican adalah orang yang berpengaruh dalam Petronas setelah Petronas sudah gagah dan perkasa.

Ada pun Datuk Mustapa Mohamad selain dari orang yang tiada apa-apa pengalaman tentang Petronas, pengetahuan tentang Petronas pun amat sikit dan pengaruh dengan badan itu pun hampir tiada.

Maka dia tidak lebih dari jurucakap UMNO Kelantan saja tentang pergelutan tuntutan royalti minyak antara Kelantan di satu pihak dan kerajaan pusat dan Petronas di pihak yang lain.

Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib adalah orang yang bertanggungjawab menurunkan status royalti minyak Terengganu kepada wang ihsan. Telaga minyak yang pernah memberi royalti kepada Terengganu dulu terletak lebih jauh dari pantai Terengganu dibandingkan dengan telaga yang dituntut haknya oleh Kelantan sekarang.

Sejarah royalti menjadi wang ihsan adalah sejarah baru yang tidak dilakukan atas kehendak undang-undang dan kebenaran, tetapi ia lebih dirangsang oleh serakah hawa nafsu pemimpin UMNO tak bermaruah Terengganu sebagai helah bagi merampas semula Terengganu dari PAS. Sampai akhir mahkamah yang dibelenggu Perdana Menteri itu tidak bersidang atas saman kerajaan Terengganu atas rampasan royaltinya sejak zaman pentadbiran Dr. Mahathir dulu.

Justeru itu Ku Li dilihat dalam memperkatakan isu royalti itu sarat dengan hujah, tetapi Tok Pa dilihat kosong, hanya sarat dengan nafsu dan peluru kosong.

Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul













Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juar

Empat NGO, Bekas Ahli PKR Bantah Campur Tangan Asing Dalam Kes Liwat Anwar


KUALA TERENGGANU: Isu campur tangan 50 Anggota Parlimen Australia dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat bantahan apabila empat Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan seorang bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu hari ini tampil mengemukakan bantahan.
Empat NGO itu ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dewan Perniagaan Terengganu Bestari, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) dan Persatuan Silat Gerak Sejati Terengganu serta bekas ketua AMK Terengganu Fakhrul Azman Abu Bakar.
Fakhrul Azman berkata, tindakan Anggota Parlimen Australia serta desakan parti pembangkang mahukan pertuduhan terhadap Penasihat PKR itu digugurkan, secara jelas menunjukkan rasa tidak hormat kepada perlembagaan dan undang-undang Malaysia.
"Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu secara jelas menunjukkan bahawa mereka cuba mengheret kerajaaan yang kononnya telah merancang satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar.
"Kita tahu campur tangan asing ini amat berbahaya kepada negara kita. Kalau dilihat daripada sudut sejarah tanah Melayu, ia mendatangkan keburukan kepada negara kita. Kami ingin melihat proses terhadap kes ini berjalan dengan lancar, adil dan saksama serta memberikan keadilan sepenuhnya kepada yang mendakwa dan yang didakwa," katanya pada satu sidang akhbar membantah campur tangan 50 Anggota Parlimen Australia dalam kes liwat Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, di sini.
Selain itu, Fakhrul Azman yang juga bekas Exco AMK Pusat meminta polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya memantau dan memperhalusi setiap siri ceramah anjuran PKR yang berkemungkinan akan menjejaskan kestabilan negara serta mencemarkan sistem perundangan.
"Jika dibiarkan, ia berkemungkinan akan mengganggu-gugat dan menjejaskan kestabilan negara. Kita serah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan dan kalau ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) adalah cara terbaik, gunakanlah.
"Biarlah kes ini berjalan dengan lancar. Pembangkang kena hormat kepada sistem perundangan negara dan harus yakin kepada undang-undang yang dibuat," katanya. - BERNAMA

No hal.... see you in court then!!


Fuuulamak... RM1.5 juta?? Giler engko.. banyak duit tu!!

Itu ler al kisah Datuk Nakhaie Ahmad menyaman Dr Asri Zainal Abidin kerana menfitnahnya. Itu persepsi Nakhaie terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Asri Zainal Abidin.

Mantan lawan mantan, nampak gayanyer weh... Mantan Yang dipertua YADIM Vs mantan mufti Perlis.

Nakhaie dakwa macam ini, manakala... Dr Asri kata begini.

Whatever ler.... itu hak masing-masing untuk menyaman dan mempertahankan diri. Dan tempat mereka bertarung ialah di Mahkamah Satu Malaysia.

But, Datuk... apakah anda benar-benar yakin dengan Mahkamah Satu Malaysia?? Benar-benar yakin??

Malaysian democracy suffers as opposition leader's trial continues


For the second time in his career, Anwar Ibrahim faces apparently fabricated charges of sodomy

But when Saiful went to be examined by first one and then another doctor, neither found evidence to support the claim that the young man had been sodomized.
By Jonathan Manthorpe, Vancouver Sun
For the past two years, there have been hopes and expectations that Malaysia was about to become a proper democracy after more than half a century of one-party rule since independence from Britain in 1957.
But the chances of that are receding as the ruling Barisan Nasional coalition uses the full force of its institutional control against the prime proponent of reform, opposition leader Anwar Ibrahim.
For the second time in his political career, Anwar faces apparently fabricated charges of sodomy -- a crime bringing a maximum 20-year prison sentence in Malaysia -- and it is widely expected Malaysia's compliant courts will do the bidding of their political masters.
At the same time, there is a clear fraying of the carefully crafted ethnic and religious balance between the majority Muslim Malays and large minority ethnic Chinese and South Asian populations that has underpinned the Malaysian political and social compact.
The prospects of genuine reform appeared bright two years ago when Anwar's three-party coalition -- the Pakatan Rakyat, or People's Alliance -- made dramatic advances in the 2008 elections.
The opposition not only robbed the Barisan Nasional of the two-thirds majority it had enjoyed for over 50 years; it also won power in five of Malaysia's 13 states.
This was in itself a remarkable comeback for Anwar, who had been deputy prime minister, finance minister and heir apparent to then-prime minister Mahathir Mohammed in the 1990s.
But the two fell out over how to respond to the Asian economic crisis of 1997.
When Anwar had the audacity to take his opposition to the streets and inspire a new political entity, the People's Justice Party, the full authority of the state was marshalled against him.
Anwar was charged with clearly fabricated allegations of sodomy and of abuse of power. He was convicted in 1998 and spent six years in prison until, with the retirement of his nemesis Mahathir, a court complied with new instructions to erase the conviction and free Anwar.
But his threatening performance in the 2008 election leading the improbable alliance of his own party with the largely Chinese left-of-centre Democratic Action Party and the Muslim fundamentalist Parti Islam se-Malaysia ended charitable instincts in the ruling Barisan Nasional.
Four months after the election, Anwar was arrested and charged with sodomy on allegations made by Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25.
In the meantime, the Barisan Nasional changed leaders to try to repair the damage of the 2008 election results.
Najib Tun Razak, a veteran of the United Malays National Organization, which is the lead party in the ruling coalition, was chosen leader and prime minister in April last year.
But Najib came to power with a significant burden of questions surrounding his career.
There was the question of Najib's bodyguards' involvement in the murder of a Mongolian model who was the jilted mistress of one of his close friends and policy advisers, Razak Baginda, when he was defence minister.
There's also the matter of the equivalent of $200 million in commissions apparently paid to Razak when Najib, as defence minister, pushed for Malaysia to acquire three French submarines.
Najib insists, however, there was no conspiracy to frame Anwar when he met Saiful before the charges were laid against the opposition leader.
But when Saiful went to be examined by first one and then another doctor, neither found evidence to support the claim that the young man had been sodomized.
One of the doctors found the political circumstances so troubling he decided to take his family into hiding for several months.
The prosecution then changed the charges against Anwar from sodomy to consensual sex with another male, Saiful, still a crime in Malaysia.
Indeed, a feature of this case so far has been the number of occasions on which the prosecution has changed the times and dates the alleged offence took place in order to try to conform to new testimony.
Last week, Anwar sought to have the charges dismissed, saying it was part of a political conspiracy against him. He told supporters he was not surprised when the court rejected his application.
But the apparent determination of the Najib government to remove Anwar from the political forum has begun to undermine the opposition People's Alliance.
There is no doubt that some of the people who ran for the alliance in the 2008 election and others who crossed the floor to join Anwar afterwards were motivated largely by opportunism.
They figured the People's Alliance might soon have a majority in parliament and be in a position to form a government -- with all the opportunities for advancement that entailed.
But if Anwar is going to be railroaded into prison, those prospects disappear.
There is no one else in the opposition alliance who can hold this ill-matched troika of parties together.
So the rumours on the streets of Malaysia now are that perhaps 10 and maybe more of the opposition alliance's members of parliament are getting ready to cross the floor back into the arms of the Barisan Nasional government, where the prospects for perks are better.

Pakatan akan sedia lebih platform untuk suarakan pandangan

PETALING JAYA, 22 Feb: Pakatan Rakyat akan menyediakan lebih banyak platform untuk membolehkan para pimpinan dan wakil rakyatnya menyuarakan pandangan mereka jika tidak berpuashati dengan sesuatu perkara.

Ia akan dibuat melalui Sekretariat Pakatan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat akan menubuhkan segera "Penal Disiplin" untuk mengkaji sebarang perlanggaran disiplin di kalangan para ahli dan pemimpinnya.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR dekat sini hari ini.

Khalid Samad tidak akan merayu

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak akan merayu hukuman jawatankuasa disiplin PAS yang menggantung keahliannya selama enam bulan berkuatkuasa 29 Januari lalu.

Khalid dikenakan hukuman tersebut selepas didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid turut digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Sebelum ini, jawatankuasa disiplin turut mendapati Hasan bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya tidak akan rayu kerana apa yang saya nak rayu itu tidak akan masuk dalam buku (tidak akan diambil kira). Setakat hendak kurangkan hukuman itu tidak termasuk dalam kategori rayuan," katanya.

Tambahnya, surat penghukumannya daripada jawatankuasa disiplin itu juga tidak menyatakan kesalahannya dengan khusus.

"Kalau hendak rayu, saya akan minta supaya PAS zahir kejujuran dan sikap setiakawan yang tinggi,” katanya dalam satu sidang akhbar dipejabatnya hari ini.

"Tindakan juga mesti diambil kepada pihak yang gugat kepentingan Pakatan Rakyat kerana orang akan nilai kita sebagai parti Islam kena pentingkan kejujuran dan keikhlasan biarpun dengan orang bukan Islam," katanya.

Menurut Khalid berkata, beliau juga berpendirian untuk tidak merayu keputusan tersebut kerana ia tidak menjejaskan kedudukannya di dalam PAS.

Jelasnya, jawatannya sebagai yang dipertua PAS Shah Alam dibuat melalui proses pemilihan dan bukannya satu jawatan lantikan. Jawatannya itu tidak terjejas kerana PAS pula tidak mengadakan sebarang pemilihan tahun ini, katanya.

"Tuan Ibrahim (Tuan Man) kata tidak ada masalah untuk saya turun sebagai rasmikan program seperti biasa. Saya masih boleh berfungsi sebagai ahli parlimen," katanya yang menambah beliau hanya tidak dibenarkan mempengerusikan mesyuarat parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga berkata beliau akan mengadakan satu pertemuan dengan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim esok bagi membincangkan penubuhan satu jawatankuasa khas berkaitan penggunan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Jawatankuasa itu juga, katanya akan mengkaji peruntukan enakmen undang-undang Majlis Agama Islam Selangor dalam isu pemberian tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Jelasnya, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan pertemuannya dengan Sultan Selangor bulan lalu.

Khalid berkata beliau akan meminta supaya beliau diletakkan sebagai pengerusi dalam jawatankuasa tersebut, yang mungkin dibentuk di peringkat Selangor ataupun di peringkat parlimen.

Ramalan GB Tepat Lagi - Petronas Methanol Labuan Pula Meletup


Ramalan GB berlaku lagi dengan tepat. Bernama melaporkan satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML) hari ini, memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan.

Seramai 82 pekerja kontrak dan 46 petugas Petronas Methanol Labuan sedang bekerja di situ ketika letupan berlaku pada pukul 11.37 pagi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Duah buah jentera bomba masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan unit bomba penyelamat PML dikerah mengawal kebakaran akibat letupan tersebut, dan berjaya mengawal keadaan 30 minit kemudian.

Pada 13 Disember lalu, di bawah tajuk 1Petronas Akan Terbalik Dan Pecah Perut? GB menyatakan:


GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

1Petronas juga bakal terbalik dan pecah perut?


Di dalam kejadian hari ini, bercakap kepada satu sidang akhbar, ketua produksi PML Mohd Kamis Abdul Manap berkata siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti punca letupan.

"Kita akan buat siasatan menyeluruh sebelum kerja-kerja dapat diteruskan di tapak loji ini. Ini adalah kejadian pertama berlaku di cerowong pembuangan gas asli terkawal ini. Kita akan mengenal pasti sama ada wujudnya kepincangan dalam aspek keselamatan," kata Mohd Kamis.

Petronas Methanol Labuan memiliki loji methanol yang dibina pada 1984 dan mampu menghasilkan 60,000 methanol setahun.

Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110,000 tan.

Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.

Pada tahun 2007, dua pekerja sub-kontrak Petronas cedera parah terbakar dalam satu letupan ketika melaksanakan kerja pengimpalan di plant PML di Rancha-Rancha.

Ulasan GB

Peristiwa letupan ini berlaku sebaik sahaja Datuk Mustapha Mohammad mengiklankan apa yang dikatakan "penjelasan" terhadap isu royalti secara besar-besaran di akhbar media arus perdana.

Ada lagi yang bakal meletup jika royalti Kelantan masih tidak mahu diindahkan.

Kita tunggu dan lihat.