Jumaat, 19 Februari 2010

MENAKJUBKAN:OTAK MELAYU MENGALAHKAN JEPUN;MARI POSITIFKAN!!

LANGGAR PERATURAN...‘otai’ menguji motosikal yang mampu memecut  100km/j kurang 10 saat.
LANGGAR PERATURAN...‘otai’ menguji motosikal yang
mampu memecut 100km/j kurang 10 saat.

Kerajaan Pakatan cuci ‘kotoran’ BN

PULAU PINANG, 19 Feb: Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang menyifatkan segala isu yang dibangkitkan di negeri ini merupakan proses pencucian yang terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat setelah dikotori oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Aida Yusof Rawa berkata, beberapa isu seperti Kampung Buah Pala, perobohan gerai, pengambilan tanah dan lain-lain semuanya terpaksa ‘dicuci’ oleh pemerintah PR setelah BN yangg memerintah sebelum ini meninggalkan kekotoran itu.

“Amat menyedihkan bagi PR yang terpaksa membersihkan ‘kerja kotor’ yang ditinggalkan pemerintah terdahulu,” ujarnya.

Tambahnya, isu perarakan sambutan Maulidur Rasul telah dipolitikkan sebagai menghina orang Islam.

Soalnya, mana ada dalam perundangan atau suruhan yang menyatakan bahawa majlis sambutan Maulidur Rasul ‘mesti’ dengan perarakan.

Ini, katatanya hanya budaya Melayu Islam di Malaysia sahaja yang dibuat tanpa usul periksa sejak dhulu kala.

“Sedih sekali, mereka tidak dapat membezakan tuntutan agama dengan budaya sedangkan ada negeri di bawah pemerintahan BN seperti Johor dan Pahang mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan Mulidur Rasul pada tahun ini.

Beliau juga menyeru pemimpin Umno dan Perkasa yang membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan negeri supaya berhenti seketika untuk cermin dan menilai diri sama ada benar-benar ingin memperjuangkan hak rakyat yang berbilang kaum dan bangsa atau hanya memikirkan ‘survival’ politik.

Katanya, perjuangan untuk bangsa Melayu sahaja sudah tidak relevan dengan slogan 1Malaysia yang dicipta sendiri oleh ketua mereka.

Tambahnya, Perkasa yang sibuk hendak menjuarai isu-isu Melayu sejagat kononnya sudah ketinggalan kerana semua hak-hak orang Melayu telah jelas termaktub di dalam Perlembagaan.

“Jadi kerja buat mereka ini seolah-olah ‘anjing menyalak bukit’, apa faedahnya,” ujarnya.

Tegasnya, Muslimat PAS negeri berdiri teguh bersama Perhubungan PAS negeri menyokong kerajaan PR di negeri ini.

NUR AZLIN: Semak semula hukuman undang-undang sivil

Pandangan demi pandangan telahpun diutarakan pelbagai pihak dalam mematangkan hujah bahawa perlunya ada pembaharuan terhadap sistem penghukuman kesalahan-kesalahan jenayah sedia ada. Polemik terbaru rancak diperbahaskan adalah berkenaan dengan hukuman sebat yang telahpun dijalankan ke atas tiga pesalah wanita salah laku seks haram baru- baru ini.

Terdapat dua andaian yang boleh disimpulkan menerusi tindakan terbaru Datuk Seri Hishammuddin ini. Pertama, beliau mahu mengubah imej kerajaan di mata rakyat, bahawa kerajaan juga amat menitik beratkan dasar-dasar agama dalam pemerintahan. Sepertimana telah ditonjolkan menerusi perjuangan isu Allah dan Maulidur Rasul. Ia adalah berkenaan rentetan pembaharuan imej perjuangan Umno, iaitu ke arah bersifat lebih keagamaan berbanding sebelumnya.

Kedua, sengaja diwar-warkan hukuman ini, adalah umpama satu plot untuk mendapatkan maklum balas rakyat sebenar perihal sensitiviti hukuman sebat ke atas wanita sebelum ia benar-benar dilaksanakan ke atas Kartika. Sebagai satu eksperimen. Sister In Islam, menjuarai hal ini dalam memberi jawapan balas, di mana, jawapannya bersifat lebih kepada menentang. Beberapa NGO kemudiannya memberi jawapan sokongan terhadap perkara tersebut di mana ia dilihat sebagai satu langkah positif dalam mengangkat kembali martabat mahkamah syariah biarpun hukuman sebatan yang dilaksanakan tidak lagi bersifat syarie sepenuhnya. Namun, ia adalah permulaan yang menyenangkan.

Menelusuri hal ini, Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) memuji keberanian Kementerian Dalam Negeri ini. Walaubagaimanapun, pandangan-pandangan pihak yang salah faham mengenai konsep sebatan berpaksikan hukum syariah ini terutama di kalangan bukan Islam tidak wajar dilepas pandang. Tohmahan bahawa ia seolah mengembalikan Malaysia ke zaman kelam terbeku di bawah kongkongan agama yang mundur sepertimana zaman Eropah suatu tika dahulu, wajar diberi pencerahan kefahaman melalui dialog terbuka.

Pihak kementerian juga disaran melakukan penyelidikan baik dari aspek sains dan sosial dengan lebih mendalam lagi berkenaan sebat syariah ini demi memperkemaskan hujah untuk meyakinkan umum akan kesan kebaikan yang bakal dinikmati menerusi hukuman ini sama ada oleh pelaku jenayahnya mahupun komuniti masyarakat amnya.

Sebagai contoh, merujuk laporan Malaysiakini, satu kumpulan penyelidik di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia yang diketuai oleh pakar biologi Dr Sergei Speransky menemui kaedah baru (baca: lama) merawat ketagihan alkohol dan kegundahan melampau melalui sebatan sebagaimana yang pernah dikuatkuasakan di sekolah Britain pada kurun sebelumnya dan mengesyorkan sesi terapi 30 sesi membabitkan 60 kali sebatan ke atas pungung seseorang berbadan sederhana. Menurutnya berdasarkan saintifik, sebatan di pungung mampu merembeskan sejenis bahan kimia semula jadi badan manusia, Endorpin yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan ketagihan arah, dadah dan rokok.

Kepadatan penjenayah yang melampau iaitu 34,060 dalam 31 penjara seluruh Malaysia telah menyebabkan pihak kementerian yang sama juga terpaksa memikirkan bebanan baru iaitu berkenaan penempatan mereka. Statistik jenayah dan gejala sosial pula memperlihatkan pertumbuhan kadar jenayah tidak pernah susut.

Intipati yang dapat dirumuskan di sini adalah, masalah penempatan hanyalah “presented-problem” tetapi isu sebenar di sini adalah mengapa hukuman berteraskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada tidak mampu untuk memberi kesan kesedaran dan keinsafan kepada orang lain agar tidak turut melakukan jenayah yang sama?

Di sini letaknya kepada keperluan penyemakan semula hukuman dalam peruntukan undang-undang sivil sedia ada dan perlunya kepada keterbukaan pemikiran masyarakat ke arah yang lebih positif mengenai hukum sebatan dan hukum hudud lainnya di mana selama ini mereka hanya beriman dengan teori negatif yang terawang-awang tanpa pernah berani untuk bereksperimentasi!

Nur Azlin Mohamad Arif,

Koordinator Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS)

Gerakan Muslimah Sejagat adalah suara wanita-wanita muda yang mewakili pelbagai lapisan NGO di seluruh Malaysia.

BN Cuba Rosak Reputasi Pemimpin Islam

OLEH : SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Taktik pemusnahan reputasi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah matlamat, elemen liwat digunakan dalam konspirasi kedua bagi meranapkan pengaruh Ketua Umun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baik di mata rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.

Inilah strategi yang digunakan Umno Barisan Nasional bagi memusnahkan hayat politik Anwar dengan cuba memalukan beliau selaku pemimpin Islam tersohor.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yakin Umno BN berharap elemen itu adalah satu-satunya senjata ampuh bagi merobek imej Islam Anwar yang kuat terpasak sekian lama.

“ Satu lagi isu yang kalau kita baca secara teliti, dia (UMNO) punya pandangan, dia kata isu liwat digunakan sebab ini adalah satu cara untuk memburukkan nama baik Datuk Seri Anwar sebab Datuk Seri Anwar nampak di dalam negara dan luar negeri, sebagai seorang pemimpin Islam” kata Charles.

Kata-kata Charles itu merujuk kepada lebih 50 ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Ini menunjukkan strategi itu ibarat senjata makan tuan apabila konspirasi yang didalangi Umno BN itu hanya menonjolkan kelemahan sIstem kehakiman Negara di mata dunia.

“ Jadi itu juga merupakan motif kerajaan Barisan Nasional untuk menggunakan isu liwat. Jadi mereka fikir ini adalah fitnah kepada Datuk Seri Anwar. Oleh itu mereka katakan jangan gunakan saluran mahkamah untuk mematikan seorang pemimpin, yang merupakan pemimpin parti pembangkang” tambahnya lagi.

Charles senada pemimpin DAP, Lim Kit Siang betapa sidang tergempar berhubung konspirasi ini harus diadakan sebelum parlimen kembali bersidang pada 15 Mac ini.

“ Oleh kerana banyak pertikaian dan juga pandangan politik, dalam kes mahkamah Datuk Seri Anwar ada satu golongan yang mengatakan membawa dan golongan yang besar sekali mengatakan bahawa ini adalah satu reka cipta Barisan Nasional dan juga ada isu politik dan sebagainya” .

Rabu lalu satu protes anjuran pemuda UMNO dan gabungan beberapa NGO mengadakan protes di hadapan kedutaan Australia bagi membantah tindakan ahli parlimen dari Australia tersebut.

“ Saya fikir kalau kerajaan UMNO Barisan Nasional mahu membantah mereka ada hak untuk buat protes. Kalau mereka hendak protes, mereka boleh protes tapi bagi saya lebih penting daripada protes, saya rasa mereka harus baca apa yang dikatakan oleh ahli parlimen Australia”.

Kapal selam KD TAR sudah boleh menyelam



KD Tunku Abdul Rahman. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, Feb 19 — Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), yang mengalami kerosakan, telah dibaikpulih sepenuhnya dan dijadual menjalani selaman pertama pada 22 Feb ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya pihak pembekal serta jurutera tempatan telah menjalankan ujian ke atas kapal selam itu dan mendapati ia berfungsi dengan baik dan hanya mengalami kerosakan kecil yang dapat diatasi dalam masa yang singkat.


“Tidak ada sebarang kos dikeluarkan oleh pihak kerajaan kerana ia masih dalam jaminan dan jangan membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Kapal selam itu dikesan mengalami kerosakan teknikal yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, khabar angin berkaitan dengan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan, yang dikatakan pembinaannya tidak mengikut spesifikasi tidak harus digembar-gemburkan.

“Saya akan mengadakan lawatan ke pangkalan udara itu bagi melihat sendiri keadaan sebenar dan diharap semua pihak tidak mengembar-gemburkan berita yang tidak pasti ini sehingga siasatan selesai,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan campur tangan dalam siasatan ke atas projek pangkalan udara itu.

Pangkalan udara itu menjadi kontroversi apabila ada pihak mendakwa pembinaannya tidak mengikut spesifikasi dan dibina oleh kontraktor yang kurang pengalaman sehingga mengakibatkan kerosakan kepada enjin sebuah pesawat Sukhoi. — Bernama

Warga Sarawak penentu PRU akan

Menurut pepatah Cina, perancangan tahun baru bermula dari musim semi. Tanpa diduga, belumpun tahun harimau tiba langkahnya, suasana politik telah dicemarkan dengan hujah dan tingkahlaku yang berunsur perkauman.

Kontroversi penggunaan kalimah "Allah", pembakaran gereja, pencerobohan terhadap masjid, dan hujah Pegawai Khas Perdana Menteri Najib (sudah letak jawatan) berbunyi "pendatang Cina melacurkan dirinya", telah mencelarukan pemikiran politik dan imaginasi pendemokrasian rakyatnya.

Kontroversi penggunaan kalimah "Allah" walaupun cukup menghebohkan buat media di Semenanjung Malaysia, namun gagal mencungkil sebarang sentimen perkauman di Timur Malaysia yang mana penganut Kristiannya sudah biasa merujuk Tuhan mereka dengan kalimah "Allah". Jurang perbezaaan ini bukan sahaja mencerminkan penduduk Timur Malaysia yang sudah imun dengan rasisme, tetapi juga betapa ceteknya pemahaman warga Barat Malaysia terhadap Timur Malaysia.

Pada hemat saya, perkembangan masyarakat madani harus mengatasi kelemahannya yang menumpu kepada politikus dan elit; malah berpusatkan Kuala Lumpur dan Barat Malaysia. Lebih-lebih lagi, pilihan raya Negeri Sarawak semakin menghampiri. Kita harus memikirkan bagaimana sentimen "ketidakpuasan" warga Barat Malaysia boleh dilanjutkan kepada Timur Malaysia, untuk memacu momentum ke arah peralihan kuasa melalui pilihan raya.

Ini bukan sekadar pertimbangan dari segi strategi untuk politik demokrasi pada masa depan, tetapi juga satu usaha untuk menyelaraskan perbezaan antara Timur dengan Barat dari segi politik, ekonomi dan sebagainya. Sumber tenaga dan budaya kedua-dua Barat dan Timur perlu dirombak dan diagih semula, untuk menuju ke arah Malaysia yang lebih kaya dan majmuk.

Undi Timur Malaysia penentu masa depan

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa lebih 4.39 juta atau 28% warga yang memenuhi kelayakan tetapi belum mendaftar sebagai pengundi sehingga akhir tahun 2009. Antaranya, negeri Selangor menduduki tempat pertama dengan 787,000 orang yang belum mendaftar sebagai pengundi, disusuli Johor 605,000 orang, Perak 526,000 orang dan Sarawak 473,000 orang.

Ketika saya menemuramah Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Alwi bin Haji Ibrahim pada Disember lalu, beliau memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 66,000 warga yang tidak memiliki kad pengenalan atau sijil lahir di Sarawak. Jelas, sesetengah antara warga Sarawak yang tidak memiliki "kerakyatan" ini adalah sebahagian daripada angka 473,000 di atas.

Apa yang menarik, keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu menunjukkan bahawa terdapat 4 kawasan parlimen yang undi majoritinya tidak melebihi 10%, dan 6 kawasan ADUN yang undi majoritinya kurang daripada 500 undi. (Rujuk jadual berikut yang dikemaskini oleh BK Ong, koordinator MEO-NET)

Jadual 1: Kawasan Parlimen Sarawak yang tipis undi majoritinya pada PRU ke-12

Kawasan
Jumlah Pengundi
Undi Majoriti
Peratusan Undi Majoriti
Undi pemenang
P.208-SARIKEI
31,675
51
0.2%
10,588
P.221-LIMBANG
20,315
676
5.5%
6,427
P.196-STAMPIN
67,257
3,070
7.0%
21,966
P.212-SIBU
53,679
3,235
8.9%
19,138
P.203-LUBOK ANTU
17,190
1,610
13.4%
6,769
P.211-LANANG
49,530
4,864
14.1%
19,476
P.219-MIRI
55,963
5,216
15.4%
19,354
P.216-HULU RAJANG
17,696
2,164
19.4%
6,590
Jumlah undi majoriti
20886

Jadual 2:Kawasan ADUN Sarawak yang undi majoritinya tipis pada PRU tahun 2006

P.212 - SIBU N. 48-PELAWAN
Jumlah pengundi:22,559,Undi Majoriti:263Parti yang menang:BN,Undi pemenang:7,375
P.204- BETONG N.30 – SARIBAS
Jumlah pengundi7,145,Undi Majoriti:94Parti yang menangBN,Undi pemenang:2,441
P.211 - LANANG N.46 – DUDONG
Jumlah pengundi21,819,Undi Majoriti:408Parti yang menangBN ,Undi pemenang:7,359
P.196 - STAMPIN N.12 - KOTA SENTOSA
Jumlah pengundi:18,934,Undi Majoriti:531Parti yang menangDAP,Undi pemenang:6,579
P.216 - HULU RAJANG N.57 – BELAGA
Jumlah pengundi6,691,Undi Majoriti:227Parti yang menangBN,Undi pemenang:1,855
P.208 - SARIKEI N.39 – REPOK
Jumlah pengundi16,750,Undi Majoriti:576Parti yang menangBN,Undi pemenang:5,502
P.203 - LUBOK ANTU N.28 – ENGKILILI
Jumlah pengundi:9,477,Undi Majoriti:426Parti yang menangSNAP,Undi pemenang:3,442
P.195 - BANDAR KUCHING N.9 – PADUNGAN
Jumlah pengundi:24,512,Undi Majoriti:1,417Parti yang menangPKR,Undi pemenang:8,002
P.217 - BINTULU N.59 – KIDURONG
Jumlah pengundi23,726,Undi Majoriti:1,664Parti yang menangDAP,Undi pemenang:8,517
P.210 - KANOWIT N.43 – NGEMAH
Jumlah pengundi7,849,Undi Majoriti:549Parti yang menangBEBAS,Undi pemenang:2,582
P.219 - MIRI N.64 – PUJUT
Jumlah pengundi20,098,Undi Majoriti:1,370Parti yang menangBN,Undi pemenang:6,493
P.222 - LAWAS N.70 - BA`KELALAN
Jumlah pengundi6,284,Undi Majoriti:475Parti yang menangBN,Undi pemenang:2,064
P.203 - LUBOK ANTU N.29 - BATANG AIR
Jumlah pengundi7,997,Undi Majoriti:806Parti yang menangBN,Undi pemenang:3,295
P.200 - BATANG SADONG N.20 - SADONG JAYA
Jumlah pengundi:6,917,Undi Majoriti:858Parti yang menangBN,Undi pemenang:2,715
P.201 - BATANG LUPAR N.24 - BETING MARO
Jumlah pengundi7,267,Undi Majoriti:895Parti yang menangBN,Undi pemenang:2,796
P.202 - SRI AMAN N.26 - BUKIT BEGUNAN
Jumlah pengundi7,644,Undi Majoriti:1,007Parti yang menangBN ,Undi pemenang:3,083
P.217 - BINTULU N.60 – KEMENA
Jumlah pengundi:13,338,Undi Majoriti:1,572 Parti yang menangBN,Undi pemenang:4,750
Jumlah undi majoriti:8288 (BN),4587 (PR/Bebas)

Dengan kata lain, seandainya SPR berusaha bersungguh-sungguh untuk mendaftarkan 473,000 orang ini, "pengundi baru" ini bakal menentukan keputusan pilihan raya negeri Sarawak, terutamanya kawasan parlimen yang undi majoritinya kurang daripada 10% dan kawasan ADUN yang undi majoritinya kurang daripada 500 undi. Dalam keadaan di mana undi kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudah hampir maksima di Semenanjung, sesetengah orang mempercayai bahawa pengundi di Timur bakal menjadi "King Maker" pada PRU yang akan datang.

Pakar strategi sama ada dari BN mahupun PR bakal melakukan kesilapan yang besar seandainya mengabaikan peluang yang terpendam di kawasan pengundi yang mana undi majoritinya tipis. SPR mendakwa bahawa hampir satu pertiga warga Sarawak yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi, nisbah yang sama seperti di seluruh Malaysia.

Namun, pada hakikatnya, hanya kira-kira setengah daripada mereka yang layak mendaftar sebagai pengundi. Kadar pendaftaran sebagai pengundi lebih rendah khususnya di kawasan kampung dan pedalaman. Dengan kata lain, seandainya angka 50% ini didaftarkan sebagai pengundi dengan cukup efektif, maka golongan pengundi baru ini bakal menjadi penentu pilihan raya negeri Sarawak, malah seluruh negara pada masa yang akan datang. (Bahagian pertama, bersambung)

*Chou Z Lam ialah wartawan. Artikel kolum ini disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tajuknya diubahsuai ketika diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Satu Malaysia, Dua hukum jenayah

Ketua Biro Pendidikan Politik merangkap jurucakap MCA Pusat, Gan Ping Sieu berkata, tiga orang wanita muslim yang disebat di bawah undang-undang syariah telah menggemparkan masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak wanita. Seandainya kerajaan tidak mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini, maka reputasi dan rekod hak asasi manusia negara kita dikhuatiri terjejas.

Gan Ping Sieu (gambar kiri) berkata, menurut Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah, orang tua dan wanita dikecualikan daripada hukuman sebat. Seandainya hukuman sebat dijalankan, maka ia menunjukkan bahawa wanita muslim dilayan dengan tidak adil, malah ia juga bercanggahan dengan prinsip saksama dan bebas dari diskriminasi seperti yang terjamin di bawah perlembagaan.

Beliau menambah, dalam konteks sebuah masyarakat majmuk, selain melibatkan penyertaan dan maklum balas daripada kaum wanita muslim, undang-undang syariah juga perlu memastikan agar ia tidak bertentangan atau tidak selari dengan undang-undang jenayah negara.

"Walaupun undang-undang syariah hanya dikuatkuasakan terhadap umat Islam, tetapi ia akan menimbulkan kekeliruan apabila sesebuah negara mempunyai dua hukum jenayah yang berlainan. Ia tidak memanfaatkan perlaksanaan hukum jenayah, kerana kuasa memilih berada dalam tangan penguatkuasanya. Jikalau logik yang sama digunakan, maka hukum hudud juga harus dilaksanakan terhadap umat Islam. Namun ini tidak sesuai dengan konteks Malaysia," katanya.

Gan Ping Sieu berkata, Malaysia adalah antara negara yang menandatangani Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDA) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maka kita berkewajipan untuk menghapuskan diskriminasi dan memastikan convention tersebut dilaksanakan, supaya seiring dengan perikemanusiaan yang didukung masyarakat moden, malah memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Beliau menambah, hukuman sebat terhadap Kartika (kanan, gambar kanan) ditangguhkan kerana tekanan dari dunia rencana. Beliau menyambung, hukuman sebat terhadap tiga orang wanita muslim ini dijalankan secara senyap tanpa sebarang petanda awal, menunjukkan sikap yang tidak baik oleh unit penguatkuasa. Malah, beliau menganggap kejadian sedemikian tidak harus berlaku terhadap Kartika.

Beliau menegaskan, MCA akan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan, bekerjasama dan berdialog dengan pertubuhan hak asasi wanita dan NGO di negara kita, malah akan mempengaruhi dan memperbaiki perlaksanaan dasar hukuman syariah melalui saluran dalam kerajaan, untuk menjamin hak asasi warga Malaysia dari semua kaum.

*Kenyataan media oleh Gan Ping Sieu selaku Ketua Biro Pendidikan Politik merangkap jurucakap MCA Pusat. Kenyataan asal dalam bahasa Cina dan diterjemahkan.

PM: Tak perlu sidang Parlimen bincang kes liwat Anwar

BANDAR JENGKA, Feb 19 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak berasas.

Perdana Menteri berkata perbicaraan kes liwat berkenaan bukanlah “perbicaraan politik”, sebaliknya ia adalah “perbicaraan peribadi”.

“Ia tidak melibatkan soal dasar kerajaan, tidak melibatkan apa nama pendirian kerajaan pun, ini soal seseorang (Mohd Saiful Bukhari Azlan) yang telah membuat aduan, yang bekerja di pejabatnya sendiri (sebelum ini), ini urusan peribadi sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang meminta satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan kerana kes itu disifatkan Lim telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia.

Mengulas lanjut berkenaan sidang khas, Najib berkata:

“Hanya perkara berhubungan kepentingan nasional, ini merupakan perkara peribadi dan tidak kena mengena langsung dengan kerajaan.”

Najib berkata kes liwat berkenaan bukan boleh dibincangkan di sidang Parlimen kerana kes itu kini sedang dibicarakan.

“Ini bukan soal tidak boleh tentukan (sidang khas), ini soal peribadi, peribadi dan kes telah masuk ke mahkamah dan tidak boleh ditarik balik,” katanya.

“Ini tidak melibatkan kerajaan, ini sebenarnya soal antara Saiful dan Anwar Ibrahim, jadi apa-apa pun dia kena selesai antara dia berdua, tidak libatkan kerajaan, itu yang saya katakan, ini bukan ‘political trial’,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Najib berkata, apa yang dilakukan pihak pembangkang itu kini ialah mereka cuba mengalihkan tumpuan terhadap kes itu dan menggambarkan seolah-olah ia satu perbicaraan politik.

Mengulas mengenai tindakan 50 Anggota Parlimen Australia yang membantah perbicaraan kes itu, Najib berkata kerajaan akan memberikan penjelasan kepada mereka.

“Kita kena terangkan, mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya, mereka (hanya) dapat (maklumat) dari pembangkang,” katanya. — Bernama

Kembalikan Suami Saya, dia tidak bersalah!!

Dengan berlinangan air mata, Bashirah Abdul Salam - seorang rakyat Nigeria - merayu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam supaya membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan bawah ISA.

Bashirah, 27, (foto - berpurdah) berkata suaminya itu, Luqman Abdul Salam, tidak bersalah dan oleh itu, pelajar warga Nigeria itu tidak wajar ditahan.

"Tolonglah, bebaskan suami saya supaya dia dapat meneruskan pengajian dan menjaga kami sekeluarga," katanya yang hadir bersama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang menghantar memorandum bantahan kepada Suhakam pagi ini.

Luqman adalah antara 12 orang yang ditahan pada 21 Januari lalu selepas serbuan dilakukan ke atas sekumpulan 50 orang yang sedang mengikuti satu kuliah agama di sebuah apartmen di Gombak, Selangor. Tiga puluh lapan daripadanya sudah dibebaskan.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengembalikannya semula. (Luqman) perlu diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya dan mempertahankan diri (di mahkamah)," kata Bashirah yang memangku anak perempuannya.

Sementara itu, Abdul Ghani Luqman (kanan) - adik ipar Hassan Barudi dari Syria - berkata dia sendiri tidak pasti mengapa saudaranya itu ditahan di bawah ISA sedangkan mereka hanya menghadiri satu kuliah agama.

"Kami sedang berkumpul selepas solat Isya di ruang tamu apartmen ketika diserbu sepasukan polis," kata Abdul Ghani. Hassan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Petaling Jaya.

"Saya juga ditahan tapi dibebaskan semula pada pukul 3 pagi. Sehingga sekarang kami tidak diberitahu apakah sebab kami ditahan.

"Kami hanya mengikuti kuliah berdasarkan kitab Imam Al-Bukhary, tiada langsung kaitan dengan pengganas," katanya lagi.

Tambahnya, kuliah di premis yang dinamakan Darul Ilmu itu disampaikan oleh Sheikh Aiman Al Dakkak, seorang pelajar peringkat ijazah kedoktoran di sebuah universiti tempatan, yang turut ditahan di bawah ISA.

"Setakat ini belum ada mana-mana pihak berkuasa yang menghubungi kami. Semasa kami ditahan, itulah kali terakhir saya bertemu dengan Hassan. Saya mahu tahu apa yang berlaku kepada dia sekarang," kata Abdul Ghani lagi.



"Jika ikut cakap Zahrain, rekod cemerlang K'jaan Negeri mungkin tercemar" - Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mungkin telah mencemarkan rekod cemerlang kerajaan negeri menghapuskan korupsi seandainya mereka menerima cadangannya untuk menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat RM2.

Guan Eng mendakwa, jika kerajaan negeri menerima syor Zahrain dan meluluskan tender untuk menguruskan Bukit Jambul Country Club (BJCC) kepada syarikat RM2 itu, anugerah tender itu mungkin akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zahrain adalah pengerusi Island Golf Properties (IGP) iaitu sebuah anak syarikat milik perbadanan negeri itu, PDC.

BJCC adalah kelab golf milik IGP.

"Kita tidak meluluskan syor Zahrain agar kerajaan negeri menganugerahkan tender tersebut kepada syarikat RM2 itu kerana kita merasa ragu-ragu memandangkan ia baru diwujudkan dua bulan sebelum tender itu dikeluarkan.

“Malah, saya suspek syarikat ini diwujudkan semata-mata untuk tujuan membida tender tersebut,” tegas Guan Eng kepada para pemberita hari ini.

Menurut Guan Eng, sejak Pakatan Rakyat mengambilalih Pulau Pinang dua tahun lalu, tidak ada kes korupsi melibatkan kepimpinan negeri.

“Sudah tentulah aduan mengenai korupsi dibuat kepada SPRM oleh pihak-pihak tertentu tetapi semua penipuan dan agenda politik ini tidak terbukti benar,” kata Guan Eng. Beliau ditemui pada majlis Tahun Baru Cina anjuran ADUN Pangkalan Kota, Lau Keng Ee di Flat Gat Lebuh Macallum.

Kes Nasir Safar diserahkan kepada AG...Jangan pula AG sahkan kes ni jadi OSA lak....!!!

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung aduan tehadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Ayer Keroh awal bulan ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

NONEBercakap kepada pemberita selepas pada majlis penutupan Kursus Asas Motosikal Berat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka hari ini, beliau berkata polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya pada minggu lalu.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

NONEUcapan Nasir pada 2 Feb lalu itu dilapor menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas berita itu didedahkan, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.

Benarkah Ustaz Abd Hadi Berkata Demikian?

Presiden Pas selar Ahli Parlimen Australia - Bernama

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini menyelar tindakan beberapa Ahli Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara Barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Tindakan mereka ini dikecam hebat pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi, bagaimanapun, berkata Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan Ahli Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi mereka yang berkepentingan.

Mengenai cadangan Pas untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata Pas sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku.

Ulasan GB

Ya itu persoalannya: benarkah Haji Hadi berkata demikian?

Jika benar nampaknya ia selari dengan suara para pendemo tempohari oleh Ibrahim Ali dari Perkasa, UMNO dan BNBBC yang dikatakan membantah campurtangan Australia di dalam urusan kehakiman di dalam negara ini. Dan sewajarnya Presiden PAS telah menyertai demo berkenaan.

Sedangkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini telah mengecam tindakan Ahli-ahli Parlimen daripada juak Umno-Barisan Nasional (BN) yang membuat demonstrasi di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu, sebagai tidak wajar dan tidak mewakili hati dan pemikiran mereka.

Malah demonstrasi itu jelas menunjukkan ketakutan pihak Umno-BN yang mendapat tekanan daripada 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini, meminta kerajaan Malaysia mengugurkan pertuduhan kes liwat terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli Parlimen PR sepakat akan menghantar memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar menggugurkan pertuduhan ke atas Anwar secepat mungkin.

Malah mereka akan memohon satu tarikh bagi mesyuarat tergempar kepada Speaker Dewan Parlimen, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia sebelum Parlimen bersidang Mac depan.

Sementara itu menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kes itu perlu ditarik balik kerana tidak mahu Malaysia dan badan kehakiman secara keseluruhannya dianggap sebagai raja lawak.

Jika kenyataan Hj Hadi itu tidak benar dan diputarbelitkan oleh media arus perdana, sekali lagi Presiden PAS perlu membuat "pembetulan" setelah pembetulan dilakukan terhadap satu kenyataannya yang lain sebelum ini yang dikatakan telah diputarbelit oleh Utusan Malaysia sebelum ini.



Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS
Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.

Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.

S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.

Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.

Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.

Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.

Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.

Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.

Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.

Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.

Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.

Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.


Yang bertanda merah itu, dipertikaikan oleh kebanyakan oleh ahli-ahli PAS sendiri. Apakah benar sudah berlaku anjakan paradigma di kalangan ahli UMNO seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS? Apakah benar tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma?

Saksi: Terima wang bukan pelik..ha..ha..jawapan yang betul dari ahli UMNO@BN..

Dua saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, memberitahu Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini penerimaan wang tunai dalam satu majlis yang dihadiri mereka bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran, Nasaruddin Abdullah, 47, berkata beliau tidak berasa pelik selepas menerima wang daripada seorang lagi AJK Umno Bahagian itu, Datuk Khadri Musa pada satu majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh, Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ketika disoal balas peguam Halimi, Jahaberdeen Mohd Yunoos mengenai alasan kenyataannya itu, Nasaruddin yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 berkata, mereka berdua sering berbalas memberikan wang.

Jahaberdeen:
Bila Datuk Khadri bagi (wang), adakah kamu rasa pelik?

Nasaruddin: Biasa saja, sebab biasa jumpa, dia (Khadri) bagi duit, kadang-kadang saya bagi duit kat dia...kami sama-sama kontraktor.

Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Hairy, Nasaruddin berkata beliau ada menerima wang berjumlah RM300 dan telah membelanjakannya.

Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang sebenarnya memberikan wang itu, Nasaruddin berkata, beliau tidak mengetahuinya.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Januari tahun lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula didakwa atas dua tuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sementara itu, seorang lagi saksi, pegawai seranta Felda, Shaiful Azman Mohtar Afendi, 46, juga menyatakan beliau tidak hairan dengan pemberian wang oleh Khadri pada majlis itu kerana telah mengenali individu tersebut sejak kecil lagi.

Katanya, Khadri kadang-kadang meminta wang daripadanya selain beliau sendiri ada meminta wang daripada kawannya itu.

Malah Shaiful Azman yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno Bahagian Maran berkata, ketika menghadiri majlis tersebut, Khadri mengetahui beliau baru sahaja pulang daripada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan mungkin memerlukan wang.

Jahaberdeen: Jadi dalam minda, kamu rasa pemberian duit ini, kawan yang bagi sebab dia prihatin?

Shaiful Azman
: Ya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof bersambung pada 2 April depan.

- Bernama

Pertandingan Tulis Surat Kepada PM 1Malaysia Tak Dapat Sambutan

Bernama melaporkan Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan kepada 19 Mac ini.

Ada dua sebab mengapa pertandingan itu dilanjutkan. Sebab rasmi seperti yang dilaporkan Bernama ialah kerana bagi memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai yang ingin menyertainya.

"Kami masih dapat maklum balas yang menyatakan banyak lagi surat-surat yang belum diserahkan kepada Pos Malaysia, jadi dengan rayuan-rayuan begini eloklah untuk kami lanjutkan tarikh tutup pertandingan" kata Ketua Pos Malaysia selaku Urusetia pertandingan berkenaan.

Sebab kedua, mengikut sumber daripada rakan saya di Jabatan Pendidikan Negeri ialah kurang sambutan daripada murid-murid yang menjadi kumpulan sasar peserta pertandingan itu. Di sesetengah sekolah bukan saja kurang sambutan tapi tiada sambutan langsung!!

Kesian pembodek-pembodek PM, banyak usaha telah dilakukan untuk memberi penjenamaan semula kepada Najib agar dia kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Tapi ramai yang masih nampak Najib masih seperti Najib atau lebih teruk dari dahulu.

~ pendikar gunung kriang

Nik Aziz selar orang Melayu ‘hidup dalam hipokrit’

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 19 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas masih ada orang Melayu yang “hidup dalam hipokrit” dengan mendakwa wujudnya golongan nasionalis yang sanggup menolak dasar Islam dituntut oleh Nabi Muhamad SAW.

Menurut Nik Aziz (gambar), fenomena itu antara lain berpunca kerana wujudnya fahaman “agama suku politik suku.”

“Ambil kebangsaan, tolak Islam... ini satu kecelakaan besar menimpa orang Melayu. Orang-orang begini selalunya hidup dalam hipokrit.

“Bila orang bercakap pasal Islam mereka juga kemain lagi turut mempertahankan dasarnya juga membela Islam.

“Tapi dalam masa yang sama mereka jugalah yang menentang gerakan atau perjuangan Islam, Apa ini...?” kata beliau ketika menyampaikan kuliah mingguannya pagi ini.

Tegasnya, demikian padahnya ekoran penerimaan Islam tidak melalui tuntutan sebaliknya berasaskan tradisi atau keturunan datuk nenek dahulu kala yang dikatakan beragama Islam.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai termasuk ahli PAS dan Umno hakikat kehidupan manusia akan dibangkitkan kembali sesudah mati.

Oleh itu setiap perkara yang dilakukan di atas muka dunia wajib berasaskan kepada al-Quran dan sunah.

“Tak kira PAS, Umno semua akan mati. Selepas mati akan dihidupkan semula. Dan hidup sesudah mati ini kita tidak akan dihantar ke kampung kita sekarang ini dah, tetapi akan berhadapan dengan hisab di mahkamah Allah Taala.

“Di situ kita akan menerima segala balasan azab atau sebaliknya daripada apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia, tidak kira samaada dia rakyat biasa lebih-lebih lagi pemimpin.

“Kalau di dunia kita dah tolak Islam, apa realitinya untuk kita berhadapan dengan penghakiman Allah kelak (hari akhirat)? Jawabnya tak ada. Maka di situ laknat serta azab sebagai balasannya,” kata beliau.

Lagi ditahan ISA

Oleh Redzuan

KUALA LUMPUR: Belumpun kerajaan mengusulkan pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) negara dikejutkan dengan satu lagi siri penangkapan ISA.

Kali ini mangsanya adalah beberapa belas orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilaporkan telah ditahan sejak 21 Januari lalu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Afrika dan Timur Tengah yang menuntut di UIA, USM dan beberapa buah IPT di ibu negara. Mereka ditahan oleh Unit Tindakan Khas ketika sedang mengadakan kuliah agama dan ulangkaji pelajaran di Sungai Cincin, Gombak. Seramai 50 orang disoal siasat sehingga jam 3 pagi sebelum dibebaskan. Dua belas daripada mereka dimasukkan di bawah ISA dan masih belum diketahui nasib sehingga ke hari ini.

Pihak Kementerian Dalam Negeri mengesahkan mereka ditahan berkaitan dengan gerakan Wahabi yang kononnya cenderung kepada keganasan namun alasan ini dibantah keras oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Berikutan itu GMI telah mengadakan satu sesi penyerahan memorandum kepada pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) Datuk Siva Subramaniam pada pagi ini di pejabat agensi itu di Wisma Denmark.

Bagi pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) penahanan ISA jelas mengancam hak asasi manusia dan ia tidak sepatutnya berlaku di negara yang bertamadun.

“Ini bukan soalnya rakyat asing atau warganegara. Semua orang harus diberikan hak dibicarakan secara adil. Kerajaan perlu fikirkan mengenai nasib keluarga para tahanan tersebut di negara asal mereka.

“Dalam hal ini Suhakam harus mengambil tindakan tertentu berhubung pengaduan ini,” katanya di hadapan pesuruhjaya Suhakam.

Siva bagaimanapun menegaskan Suhakam telah ,mengambil langkah perlu dengan meminta pengesahan dari pihak berkuasa berhubung status tahanan dan memohon untuk melawat mereka.

“Kita telah bertindak. Suhakam tidak menunggu memorandum, dalam hal ini kita telah bermesyuarat dan telah memajukan perkara ini kepada menteri,” katanya.

Namun Siva gagal menjawab dengan jelas soalan wartawan, kementerian manakah Suhakam telah berurusan dan bagaimanakah nasib terkini para tahanan.

Syed Ibrahim dalam kenyataan medianya kemudian berjanji akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak berkuasa berhubung keadaan tahanan.

Sehingga kini hanya 9 daripada 12 tahanan telah dikenal pasti, seperti berikut:

1. Azzahari Murad (Malaysia)
2. Aiman Al Dakkak (Syiria)
3. Mohamed Hozifa (Syiria)
4. Kutiba Al Issa (Syiria)
5. Klaid Salem (Yaman)
6. Luqman Abdul Salam (Nigeria)
7. Hassan Barudi (Syiria)
8. Hussam Khalid (Jordan)
9. Abdul Alho Bolajoko Uthman (Nigeria)

Mengenai ISA katanya, GMI tidak akan bertolak ansur dan akan terus mendesak akta itu dimansuhkan sama ada melalui perundingan awam dengan parti-parti politik atau berdemonstrasi di jalan raya

MP Australia, Michael Danby Anggap Ibrahim Ali 'Bodoh' dan Jahil'

Oleh Dzulkarnain Taib

Ahli Parlimen Australia Michael Danby menganggap perbuatan Datuk Ibrahim Ali yang menggelar beliau peliwat sebagai "bodoh" dan "jahil"

Dalam komen beliau kepada Suara Keadilan, anggota Parlimen daripada Parti Buruh Australia (ALP) itu berkata tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa hanya memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan Umno di mata dunia.

Semasa demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia yang dianjur bersama oleh Perkasa, Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Rabu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Danby sebagai "homosexual" (peliwat).

Ibrahim memetik peribahasa Inggeris, "birds of a feather flock together" sambil berkata, "Saya dengar Danby adalah peliwat!," pada demonstrasi tersebut.

"Menyerang secara peribadi dengan melabelkan saya sebagai "homosexual" adalah menjijikkan dan perbuatan hina.

"Berbeza dengan negara ini, kami menilai seseorang di atas kekuatan peribadi dan tidak menghakimi seseorang itu berdasarkan kepada peribadi mahupun kaum, agama ataupun orientasi seks mereka.

"Kenyataan bodoh daripada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan seperti Ibrahim Ali bukan sahaja membuktikan pemikiran yang lemah dan jahil tetapi juga memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintah Umno.

"Kenyataan tersebut membuktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa asas kukuh untuk mempertahankan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim melainkan menggunakan taktik melempar gelaran hina kepada orang lain," kata Ahli Parlimen Melbourne Ports berusia 55 tahun itu.

Perkasa bersama anggota Pergerakan Pemuda Umno dan BN berdemonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng bagi membantah tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia yang mendesak pertuduhan tidak berasas ke atas Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Pada 11 Februari lalu Danby serta 50 Ahli Parlimen Australia menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Salman Ahmad bagi mendesak tuduhan tersebut digugurkan.

Ikuti temuramah khas Suara Keadilan bersama Michael Danby dalam edisi cetak pada 23 Februari.

Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.

Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.

S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.

Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.

Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.

Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.

Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.

Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.

Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.

Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.

Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.

Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.