Khamis, 18 Februari 2010

Aduhai UMNO Awat Yang Nie Pakat Tak Berkokok pulak...

Rindunya Aku Nak Dengar Suara Muhyidin, Pak Lah & KJ!!


Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!!

Sila Saman Karpal Singh!!! Kalu berani le...!!!!

Oleh : Shalehudin


Saya cadangkan Piem Umno dan lakinya saman saja si mulut celupar ni. Saya juga cadangkan sesapa saja bangsa bangsa Umno yang merasakan ini sudah melampau dan menghina Piem hangpa, buat saman sama bagi meriah.

“As I said, there’s a black hand in this trial, and that is the hand of the present Prime Minister..there are two hands and one is of his wife,” Karpal Singh told the court today.

Anwar echoed Karpal’s accusations by shouting from the dock the words “conspiracy, blatant lies.”

LovePerak : teringat bila Zambry nak saman Suara Keadilan kes kena tahan dekat Airport San Fracisco kah kah kah



Unity Government RETURNS

oleh ali :

Salam Kerajaan Perpaduang. Hari ni den cuba memantau internet Malaysia. Ha Ha Ha. Bukan apo den tertarik dengan satu laporan Utusan Malaysia [link]. Macam mana seorang Ulamak yang popular dengan Amanat Haji Hadi boleh kata UMNO tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai 2 perkara yang berbeza. Hilang akal ko apo? Dulu dio yang cakap UMNO ni mengamalkan politik suku agama suku. UMNO pada tahun 1981 tak jauh beza dari UMNO 2010 bai.

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO."Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Selidik dulu laporan Utusan

Sabar dulu bai. Itu sumber Utusan Malaysia. Utusan Malaysia tu suratkhabar rasmi UMNO macam paper Harakah. Utusan keluar tiap-tiap hari. Harakah keluar 2 kali seminggu. Itu je beza antara 2 paper tu. Utusan Malaysia ni macam Herman Samsudeen la. Kaya dengan tokok tambah, bohong dan kaki bodek. Itu sobab den seharian sampai ke malam tunggu press statement dari TG Hadi untuk nafikan atau counter laporan Utusan Malaysia yang kontroversi itu.

Malangnya tiada beb. Hadoihai. Apo nak jadi ni bai. Kalau den jadi TG Hadi, den akan buat kenyataan balas menafikan laporan Utusan itu dan mengatakan ia adalah fitnah dan kerja jahat UMNO semata-mata. In your dream lah Ali !!!

Penipu besar

Bila tiada kenyataan nafi dari TG Hadi, ini akan menimbulkan kembali polemik Kerajaan Perpaduang. Poyo betul lah. Selepas Mesyuarat Khas yang TG Nik Aziz nak buang Hasan Ali, Mustafa Ali dan Nasa Mat Isa, TG Hadi buat bold statement yang pintu rundingan sudah tertutup. Aik, hari ni TG Hadi sudah menghalalkan kembali rundingan dengan UMNO. Memang penipu. TG Hadi, bukan nak cakap bohong la, anda memang terhegeh-hegeh nak cuim UMNO.

Publisiti bantu mangsa lemas

Baru bantu selamatkan seorang mangsa lemas takkan dah jobo. Publik dah pandai asingkan topik lah. Bab ekau bantu selamatkan mangsa lemas tu memang kami kagum dan ucapkan tahniah. Tetapi bab kerjasama dengan UMNO, pliss la tolong jangan memangkuk belangakan publik. Jika anda, TG Hadi mengeksploitasikan sentimen simpati untuk up balik idea Unity Government setelah membantu menyelamatkan mangsa lemas, memang anda silap besar. Ini memang kes mengeksploitasikan publisiti murahan dengan cara yang kurang ajar dengan harapan orang Melayu (baca: para pengundi dan ahli PAS) termakan umpan anda. Boleh jalan daa.

Click for enlarge. Kartun Zunar ni memang best. Sapo tak paham tu memang gomar makan megi tongah malam buto.

Sumber Utusan

Manjang kono tipu la kito ni dengan 'Pemimpin Islam'. Youtube yang jadi rujukan Utusan keluaran Terangganukini telah dimutekan pulak suara eh. Apo nak jadi ni bai. Ada baiknya kita semua dengar Youtube penjelasan Tulang Bosi mengenai clan PAS Ganu dengan Malaysiakini. Jangan tak dongar bai.

Anifah: Sistem mahkamah bebas, adil

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Badan kehakiman Malaysia beroperasi mengikut standard perundangan di negara maju lain, yang memastikan setiap orang mendapat perbicaraan secara adil, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

“Sistem kami menjunjung tinggi dan menghormati kebebasan mahkamah dalam mencari fakta dan melaksanakan undang-undang secara adil,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas permintaan anggota senat Amerika John Kerry baru-baru ini agar Kerajaan Malaysia memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan secara adil.

Anifah berkata Malaysia memberi perhatian terhadap permintaan senator itu.

Katanya di samping semua warganegara perlu mengelak daripada menyalakan api kemarahan atau bersikap prejudis terhadap keputusan sesuatu perbicaraan, penjawat awam pula khususnya, perlu mengelak daripada mempolitikkan perbicaraan kes tertentu.

Anifah berkata demi melindungi hak semua pihak yang terlibat dalam sesuatu prosiding dan bagi memelihara kedaulatan undang-undang secara keseluruhannya, mana-mana pegawai kerajaan yang tidak mempunyai kaitan dengan pendakwaaan dan pembelaan, atau mana-mana orang luar, tidak boleh bertindak bagi mempengaruhi keputusan berkaitan perkara yang dibicarakan.

Katanya tonggak penting dalam sistem kehakiman Malaysia ialah menghormati hak pihak yang membuat tuduhan dan pihak tertuduh dalam sesuatu perbicaran, tanpa bersikap berat sebelah atau memihak kepada sesiapa.

Bagi kes melibatkan orang terkenal pula, tekanan luar amat perlu dihindari agar setiap pihak berpeluang membentangkan kes mereka kepada hakim yang adil dan tidak memihak kepada sesiapa, katanya.

“Kerajaan kami amat komited dalam memelihara kedaulatan undang-undang di Malaysia.

“Sistem undang-undang kami bertanggungjawab meneruskan perbicaraan ini, bukan kerana tertuduh adalah seorang tokoh politik terkenal, tetapi kerana ia bertanggungjawab melindungi semua rakyat Malaysia berlandaskan undang-undang, mendapatkan keadilan dan mengelak wujudnya sebarang bentuk prejudis terhadap mana-mana pihak dalam perbicaraan ini,” katanya. — Bernama

Sharizat: Kementerian pantau hukuman sebat ke atas wanita

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memantau pelaksanaan hukuman sebatan agar setiap hukuman yang dikenakan terhadap wanita Islam dibuat dengan adil dan saksama.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata memandangkan hukuman sebatan merupakan satu perkara yang sensitif terutamanya bagi golongan wanita,kementeriannya akan memantau kes-kes seumpama itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham masyarakat mengenai kemuliaan undang-undang Islam.

“Kementerian faham bahawa pelaksanaan hukuman tersebut adalah selaras dengan peruntukan undang-undang Islam yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

“Selaku menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal wanita di negara ini, saya amat mengharapkan supaya setiap hukuman yang dikenakan terhadap wanita Islam hendaklah dibuat dengan adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Feb lepas di Penjara Wanita Kajang atas kesalahan melakukan jenayah syariah.

Dalam pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan.

Menurut Hishammuddin tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Sehubungan itu, Shahrizat yang juga Pengerusi Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) berkata sekretariat itu akan memantau kes-kes seumpama itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham masyarakat mengenai kemuliaan undang-undang Islam dan kesan positif yang ada di sebalik hukuman yang diwujudkan dalam undang-undang Islam.

Ditubuhkan pada Jun 2008, antara objektif utama sekretariat itu adalah untuk memastikan hak-hak wanita dan keluarga Islam mendapat pembelaan sewajarnya. — Bernama

Kenyataan Bantah Hukuman Sebat Seperti Tidak Faham Sistem Perundangan - PPMM

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan kenyataan beberapa pihak yang mempertikaikan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini memeprlihatkan masih ada yang tidak memahami dwisistem perundangan yang diamalkan di negara ini.

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata kenyataan oleh Sisters in Islam (SIS), Majlis Peguam dan beberapa pihak lain juga membayangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana hukuman sebat syariah dijalankan.

"Perlulah ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil.

"Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

"Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kenyataan yang menyifatkan sebatan syariah sebagai zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan menunjukkan pihak berkenaan tidak mempunyai asas perundangan dan Hukum Syarak.

Ini kerana katanya sebatan syariah mempunyai falsafah yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, dan mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul.

"Dalam masa yang sama PPMM bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia.

"Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lepas juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil. Ini adalah kerana sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu," katanya.

Beliau berkata PPMM percaya anggotanya di dalam Majlis Peguam juga tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan.

Zainul Rijal seterusnya meminta agar hukuman sebatan syariah yang masih belum dilaksanakan termasuklah kes Kartika Sari Dewi Sukharnor dilakukan segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan.

"PPMM menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada 9 Jan lepas buat pertama kali hukuman sebat dijalankan ke atas wanita membabitkan tiga pesalah jenayah syariah.

Kenyataan itu membawa respons daripada beberapa pihak termasuk SIS yang antara lain menyifatkannya sebagai zalim dan diskriminasi terhadap kaum wanita. - BERNAMA

Berkaitan :-

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)
MENJAWAB NGO DAN GOLONGAN YANG MASIH KELIRU

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh beberapa pihak seperti Sisters in Islam, AWAM, Majlis Peguam dan beberapa pihak lain yang mempertikaikan pelaksanaan sebatan syariah ke atas tiga orang pesalah syariah wanita baru-baru ini. PPMM hairan kenapa masih ada golongan yang tidak memahami dwi sistem perundangan yang diamalkan di Malaysia. Malah bantahan ini menggambarkan seolah-olah apa sahaja yang dibuat oleh pihak bekuasa berkaitan agama Islam ada sahaja yang tidak kena.

Perlulah ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza dari sebatan sivil. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun. Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan.

Telah banyak rencana, makalah dan kajian dibuat tentang pelaksanaan hukuman sebat dalam Islam ini diadakan. Malah pelbagai bengkel, seminar dan forum juga digarap ke arah memberi pemafahaman tentang hukuman ini. Tidak ketinggalan juga beberapa demonstrasi sebatan syariah telahpun dibuat namun inisiatif ini langsung tidak diambilkira oleh golongan yang menentang sebatan syariah ini secara membuta tuli.

Dalam perjuangan SIS mendapatkan hak samarata kenapa pula wanita tidak boleh disebat secara syariah sama seperti lelaki? Logiknya, jika semuanya ingin disamaratakan, hukumanpun hendaklah disamaratakan dan tidak mendiskriminasi golongan lelaki. Adakah kesamarataan yang diperjuangkan oleh SIS ini ialah samarata sekiranya memberi manfaat kepada wanita sahaja?

Menggambarkan sebatan syariah adalah zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan tidak mempunyai asas perundangan dan Hukum Syarak. Malah saya percaya pegawai SIS sendiri tidak pernah menyaksikan pelaksanaan sebatan syariah yang dilabelkan sebagai kejam dan zalim itu.

Dalam masa yang sama PPMM bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia. Namun sebatan syariah mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan berakar umbi dari sumber hukum Islam yang utama seperti Al Quran dan Al Sunnah. Mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat Al Quran dan Rasul Allah saw.

Sebatan yang melanggar hak asasi manusia ialah sebatan sivil bukan sebatan syariah. Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lepas juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil. Ini adalah kerana sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu. PPMM percaya ahli-ahli PPMM di dalam Bar Malaysia tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan kerana ia adalah sebahagian dari ajaran agama Islam yang mana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan mengadakan hukuman bagi sebarang kesalahan melanggar perintah agama.

Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah yang dirujuk oleh En Ragunath adalah tidak terpakai di mahkamah syariah. Undang-undang yang terpakai di mahkamah syariah bagi pelaksanaan sebatan syariah ialah Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian Presiden Majlis Peguam itu perlulah merujuk kepada Akta tersebut terlebih dahulu (yang juga diluluskan oleh Parlimen) sebelum membuat sebarang komentar. Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai dua sistem perundangan dan kedua-dua sistem ini haruslah lengkap melengkapi antara satu sama lain serta menghormati pihak yang satu lagi.

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Adalah menjadi peraturan asas (trite law) bahawa rujukan kepada konvensyen-konvensyen antarabangsa bukanlah nas yang sahih di sudut perundangan negara selagi ia tidak dijadikan undang-undang.

Saya juga menyeru mana-mana hukuman sebatan syariah yang masih lagi belum dilaksanakan sebatan syariah di seluruh negara termasuklah kes Kartika Sari Dewi Sukharnor dilaksanakan dengan kadar segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan. PPMM menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat.

HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

PRESIDEN

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Mustapa: Biaya wang ihsan Kelantan dihadkan beberapa tujuan...ha..ha...MB Kelantan No.2 (Pusat)....

PUTRAJAYA, Feb 18 — Peruntukan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan akan dihadkan pembiayaannya kepada beberapa tujuan sahaja, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kita merasakan jumlahnya kecil sekitar RM20 juta (jadi) tidak wajar kita mempunyai banyak program,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Bhd di sini hari ini.

“Di Terengganu jumlahnya (wang ihsan) amat besar. Oleh itu, ia boleh meliputi pelbagai aktiviti dan program bagi OKU (Orang Kurang Upaya), peniaga, pelajar dan sekolah,” katanya.

Mustapa berkata mesyuarat pertama jawatankuasa yang dilantik kerajaan persekutuan akan diadakan pada penghujung bulan hadapan bagi memuktamadkan pembiayaan di bawah program wang ihsan itu.

“Di mesyuarat itu kelak kita akan dapat kepastian tujuan dan aktiviti yang akan dibiayai oleh wang ihsan itu,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

“Ketika ini tujuannya belum lagi kita putuskan secara muktamad tetapi kita telah mendapat pelbagai input daripada rakyat Kelantan dan pelbagai pihak,” katanya.

Mengulas keengganan wakil kerajaan negeri untuk menyertai jawatankuasa itu, Mustapa berkata soal itu tidak timbul kerana surat jemputan rasmi belum diedarkan termasuk kepada wakil kerajaan persekutuan sendiri.

Kerajaan negeri sebelum ini bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5km) diukur dari paras air surut.

Kerajaan pusat bagaimanapun memutuskan untuk memberi wang ihsan kepada Kelantan sebagai ganti royalti minyak mulai tahun ini, dan RM20 juta itu adalah bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008, sama seperti yang termaktub di dalam perjanjian Akta Peroleum 1975, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri. — Bernama

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sengaja mencabar kewibawaan parti supaya memecat beliau.

Ini kata beliau, ekoran sikap provokasi Ahli Parlimen itu yang seolah-olah mahu menguji tahap kesabaran kepimpinan parti.

"Saya sendiri tak pasti apa sebenarnya yang dia (Zulkifli) mahu, nampak gayanya mungkin dia tuntut tindakan tegas.

"Susah saya nak jangkakan tentang perkara ini, mungkin juga dia nak macam itu (dipecat)," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang sejak kebelakangan ini lantang mengkritik kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat.

Terbaru, kelmarin Zulkifli mendakwa Lembaga Disiplin PKR bersekongkol dan berniat jahat untuk melihatnya keluar daripada parti itu apabila menetapkan hari ini sebagai tarikh perbicaraan kesnya sewaktu beliau berada di Korea untuk menyertai Forum Kepimpinan Antarabangsa.

Beliau mendakwa pemergiannya ke Korea bersama 11 lagi ahli Parlimen pembangkang diuruskan oleh pihak pengurusan parti.

Bagaimanapun Syed Husin menyangkal kononnya Lembaga Displin PKR sengaja menetapkan tarikh berkenaan agar beliau gagal tampil membela diri seperti yang didakwa Zulkifli.

"Apa yang dia cakap itu semua tak betul, kita tak tahu pun dia nak pergi KOrea.

"Sebenarnya jemputan itu dihantar kepada semua ahli Parlimen, tapi dia pilih untuk mengutamakan jemputan itu... yang peliknya janganlah nak salahkan orang lain pula," katanya.

Selain itu, Syed Husin menjelaskan bahawa tiket penerbangan Zulkifli ke Korea dibiayai sendiri olehnya.

"Macam mana pula dia kata parti yang hantar pergi Korea sedangkan tiket kapal terbang pun dia beli sendiri... tak ada peruntukan daripada parti," katanya.

Jelas Syed Husin lagi, Lembaga Disiplin PKR telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 8 Februari lalu melalui faks, emel dan surat berdaftar.

Beliau diminta menjawab sebelum 12 Februari dan memberitahu sebelum 15 Februari pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh lembaga disiplin iaitu 18 atau 23 Februari.

"Lembaga disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila kedua-dua tarikh 12 dan 15 Februari luput.

"Beliau tidak pernah memberitahu lembaga disiplin mengenainya malah tidak pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran.

"Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli kerana dalam kes yang lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh lembaga disiplin," katanya.

Amerika Tidak Campur Tangan Dalam Kes Liwat Anwar - Jamaluddin..ayoo takut tak boleh masuk US ke...!!!! he..he..


KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Pakar forensik Prof Dr C. Damodaran (kiri) dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells (kanan) dari Melbourne, Australia serta pakar analisis deoksiribonukleik (DNA) Dr Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini untuk menghadiri perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan bagi menolak analisis DNA pihak pendakwaan dalam kes itu.

ROMPIN: Amerika Syarikat (AS) tidak pernah campur tangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Katanya, pentadbiran Presiden Barrack Obama setakat ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan supaya kes yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu digugurkan.

"Belum ada apa-apa yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Sepayang di sini, hari ini.

Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rompin, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry, Selasa lalu, yang meminta kerajaan Malaysia supaya perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil.

Katanya, kenyataan Kerry itu bagaimanapun tidak menggambarkan pendirian Rumah Putih.

"John Kerry meminta supaya sistem kehakiman di Malaysia adil... memang sistem perundangan kita adil pun," tegasnya.

Jamaluddin berkata Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan berhubung kenyataan Kerry itu dalam masa terdekat ini.

Katanya, Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam mengendalikan kes Anwar dan boleh diselesaikan tanpa bantuan pihak luar.

Baru-baru ini, 50 ahli Parlimen Australia telah menghantar bantahan rasmi supaya Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Anwar, 63, sedang menjalani perbicaraan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

PAS nafi keras lafaz baiah candu lalikan ahlinya

KUALA LUMPUR, Feb 18 — PAS menafikan kalimah “wala, taat, thiqah” yang diamalkan oleh mereka sejak enam dekad yang lalu termasuk lafaz baiah sebagai candu sehingga melalikan pengikut-pengikutnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad berkata, sekiranya ada pemimpin yang tidak ikhlas mereka akan melarikan diri kerana PAS bukan sesuai untuk “orang jahat”, oleh itu kalimah “wala’, thiqah” bukan candu untuk membolehkan pemimpin-pemimpin melalikan pengikut.

“Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli PAS ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah.

“Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah PAS, yang ketawa ialah Umno BN. Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan intitusi wala, taat dan thiqah,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ahli-ahli PAS boleh melahirkan rasa tidak puas hati mereka menerusi platform-platform yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog.

Bagaimanapun beliau secara khusus tidak merujuk kepada mana-mana pihak tulisannya.

“Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

“Faedah taat, wala dan thiqah, ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti,” kata beliau.

Idris berkata sejarah telah membuktikan mereka tidak taat, wala dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai Umno.

“Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti Mohd Nor Idris, Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik PAS dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan Umno.

“Akhirnya mereka bersama dengan Umno apabila PAS berpisah dengan parti Semangat 46,” katanya.

Soal beliau, “adakah mampu PAS untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan institusi doktrin yang sudah lama dibina”.

Idris berkata, Umno gagal meroboh daripada luar tetapi jangan pula “kita sendiri yang hendak membantu merobohkan” parti.

“Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala, taat dan thiqah, tetapi PAS ada perkara ini,” katanya.

Hasbie Dibebaskan Daripada Tahanan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membebaskan Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan ikat jamin RM50,000, empat hari selepas beliau ditahan 12 Februari lalu kerana memiliki RM2 juta wang tunai.

SPRM berkata mereka menahan sebuah kenderaan dan sejumlah wang tunai ketika beliau ditahan, lapor Malaysian Insider.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dalam satu kenyataannya bahawa setiausaha politiknya telah meletak jawatan.

Bagaimanapun, Nor Mohamed tidak menyebut kenapa Hasbie meletak jawatan tetapi sumber SPRM berkata ia ada kaitan dengan penahanan itu.

Pembantu Nor Mohamed itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Penggurupan Wang Haram dan Akta Pembiayaan Anti-Pengganas 2001, termasuk kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Anti-Rasuah 2009.

SPRM dilaporkan telah membekukan beberapa asetnya dan akaun bank bagi memudahkan siasatan. -FMT



Apa? Kau ingat RM2 juta ni mak bapak engkau punya..!!!

KopiTiam Bang Nan

Kalau dia datang dari komisyen kapal selam tak boleh selam atau jet sukhoi tak boleh terbang sekalipun, aku tak halalkan sesenpun untuk kerja2 Umno...

Umno Youth gets RM2m but no Cabinet post
By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Feb 18 — The Umno Youth went away with RM2 million to fund its programmes from Datuk Seri Najib Razak at yesterday’s meeting but he was non-committal about giving their chief Khairy Jamaluddin a Cabinet post.

Some Umno Youth executive councillors were disturbed with the Cabinet post request made to the party president. The Umno Youth only has its deputy Datuk Razali Ibrahim as the deputy youth and sports minister.

“Not everyone was given a chance to speak, but that’s alright, because there were too many of us, but that one issue which was brought up by an exco member was totally inappropriate,” an Umno Youth exco member said on condition of anonymity.

“Nobody should question the Prime Minister’s power to appoint the minister, he is free to appoint whoever he likes,” he added.

The Malaysian Insider understands that a member of the Umno Youth exco who asked Najib to award the wing with a ministerial position argued that the appointment would prove the administration’s good relationship with Khairy.

Questions on why Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, who lost her Lembah Pantai parliamentary seat in Election 2008, was made minister after she won the Wanita Umno chief post last year, was also raised.

“The PM talked about the suitability of Cabinet appointment and he gave the direction for Umno Youth to take and he also asked to close ranks,” he said.

Another Umno Youth exco member confirmed the request for ministerial post was made adding that the RM2 million allocation was for programmes such as the “Jelajah Pemuda 1 Malaysia” announced by Khairy yesterday.

Khairy, who is the son-in-law of former prime minister and Umno president Tun Abdullah Ahmad Badawi, is the first Umno Youth chief in many years not to get a Cabinet post. The only other one in recent history is Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in 1993.

While Razali was made deputy minister, defeated Umno Youth chief contender Datuk Mukhriz Mahathir was appointed deputy minister of international trade and industry.

The meeting between the Umno Youth exco with Najib yesterday was described as normal “courtesy visit” by Khairy and he also dismissed the suggestion that the meeting was an attempt to resolve a leadership crisis insisting that the wing is not in any crisis.

The visit took place just about two weeks after a heated Umno Youth meeting where an exco member, Hishamuddin Yahya, was said to have asked Khairy to quit for being ineffective.

Hishamuddin had also called for fresh election to choose a more effective line-up of Youth leaders.

The Putrajaya Umno Youth deputy chief declined to comment when asked about what transpired at yesterday’s meeting.

Kalau UMNO Itu Munafik, Munafiklah Namanya

Memang tidak boleh dipercayai dengan UMNO. Berdegar-degar cakap bela Melayu tetapi Melayu spesis mana yang mahu dibelanya lagi. Adakah mahu membela melayu munafik, melayu UMNO, melayu Pakatan Rakyat, melayu Malaysia atau melayu Kroni seperti yang dilaungkan oleh pemimpinya yang tidak sedarkan diri atau dengan kata lain lupa daratan.

Rakyat jangan lagi tertipu dengan cakap-cakap pemimpin munafik ini. Sebelum ini Kerajaan Persekutuan yang konon-kononnya milik UMNO mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan benilai RM20juta namun rakyat Kelantan menolak wang ehsan sebaliknya mahu menuntut hak royalti.

Belum apa-apa lagi sudah ada agenda untuk pengagihan serta menghadkan pemberian wang ehsan kepada Kelantan. Entah ke mana mahu disalurkan wang ehsan tersebut. Ada anak jati Kelantan dalam kabinet pun pun tidak boleh pakai. Sanggup jual maruah negeri demi kepentingan UMNO yang mentakedarah duit rakyat. Beliau ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengatakan Kelantan jumlahnya terlalu kecil dan tidak wajar mempunyai banyak program.

Mangkuk hayun ini membuat perbandingan dengan negeri Terengganu dan mengatakan Terengganu ayak mendapatkan wang ehsan yang besar sebab ada program O.K.U (Orang Kurang Upaya), peniaga, pelajar dan sekolah.

Betapa bodohnya seorang menteri bila bercakap pasal sebab tidak ada program. Adakah program mengagihkan duit hasil bumi ini tidak sama dengan negeri pengeluar hasil bumi yang lain? Adakah negeri Kelantan tidak mempunyai O.K.U, peniaga, pelajar atau sekolah? Betapa butanya seorang menteri bila mengeluarkan kenyataan demikian.

Di bawah ini adalah petikan asal kenyataan oleh Mustapha Mohamed yang disunting oleh BERNAMA

PUTRAJAYA 18 Feb. – Peruntukan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan akan dihadkan pembiayaannya kepada beberapa tujuan sahaja, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kita merasakan jumlahnya kecil sekitar RM20 juta (jadi) tidak wajar kita mempunyai banyak program,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) di sini hari ini.

"Di Terengganu jumlahnya (wang ihsan) amat besar. Oleh itu, ia boleh meliputi pelbagai aktiviti dan program bagi OKU (orang kurang upaya), peniaga, pelajar dan sekolah,” katanya.

Mustapa berkata, mesyuarat pertama jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan akan diadakan pada penghujung bulan hadapan bagi memuktamadkan pembiayaan di bawah program wang ihsan itu.

"Di mesyuarat itu kelak kita akan dapat kepastian tujuan dan aktiviti yang akan dibiayai oleh wang ihsan itu,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

"Ketika ini tujuannya belum lagi kita putuskan secara muktamad, tetapi kita telah mendapat pelbagai input daripada rakyat Kelantan dan pelbagai pihak,” katanya. – Bernama

Mustafa Ali Perlekeh Aduan Ahli

Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”. -malaysiakini

Ulasan GB

(Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa

Demikian kisahnya sebuah parti Islam yang mempunyai Setiausaha Agong lantikan Presiden yang memperlekehkan aduan ahli-ahlinya.

Apabila dilakukan aduan dengan mengikut saluran yang betul, diperlekehkan. Apabila kita kritik dan minta penjelasan atau kritik melalui blog dan seumpamanya, kita dikatakan tidak mengikut saluran yang betul.

Apa yang GB dapat tahu, ramai ahli PAS yang dah meluat dengan cara dan karenah Setiausaha Agong yang baru ini.

Sudahlah satu ketika dahulu, golongan cendekiawan yang mengkritik parti diperlekehkan oleh "geng Terengganu" ini.

Kita tidak lagi mengadu kepada Pejabat Agung PAS selepas ini. Lebih afdhal kita mengadu kepadaNya .. hasbunallah

Pak Lawak Umno, Pak Lawak PAS.

Sejak dari zaman aku kecik-kecik lagu aku dok dengaq yang UMNo ni benci sangat kat cina. Tok Guru silat aku kata Karpal Singh Jahat sebab nak hapuskan melayu. DAP ni katanya asal dari PAP di Singapura. DAP di tubuhkan kat malaysia sebab agenda cina nak ambil Malaysia dari orang melayu. DAP ni komunis kata orang tua-tua umno lagi.

Bila aku besaq aku rasa pelik sebab umno kata DAP asal dari PAP dan PAP itu Komunis tapi yang aku tau Lee Kuan Yew ketua PAP tu adalah seorang yang sangat antikan komunis. Macama mana pulak PAP tu komunis....

Time pilihanraya penceramah umno masuk kampung buat ceramah kat orang melayu kutuk cina. Macam-macam umno kata kat cina. Kat orang India pulak umno kata kaum ni adalah lalang... maksudnya sapa menang orang India kan ikut. Maki hamun cina tak usah di kira lagi. kalau boleh nak halau cina keluaq dari Malaysia ni.

Tapi bila kat luaq ceramah aku tengok yang paling kuat maki cina ni dia la paling baik dengan cina. Cina pun suka kawan dengan dia sebab hanya cukup belanja sebotol Arak malaoon ni sudah boleh kasi tolong.

Depa kata melayu semua akan jadi macam Singapura kalau cina perintah. Tapi yang aku tau UMNO yang bagi Singapura kat cina suruh cina perintah.

Rupa-rupanya baru aku tau yang umno ni pelawak yang pandai temberang. Kerja umno hanyalah belawak untuk hiburkan hati kita semua. Lihatlah gambaq gambaq di bawah ni depa nak lawan dengan Australia...kah kah kah kah\..... betul tak aku kata umno lawak... Karpal Singh dengan Kit Siang dok relax dari dulu sampai la.... kah kah kah... ada ka nak lawan dengan Karpal Singh yang OKU dok atas kerusi roda tu pakat pi ramai-ramai nak pukui kah kah kah.. dah la tu sentuh pun tak berani kah kah kah,.... aduh nak tegelak aku takleh tahan tengok teloq umno kecut kah kah kah... inikan pula nak lawan dengan Mat Salleh kah kah kah.....


Ini pulak pelawak dari PAS PENANG. Namanya Mat zan Durany. Jawatan malaoon ni ialah AHLI JAWATANKUASA PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) NEGERI PULAU PINANG. Kerja malaoon ni aaaaa..... oleh kerana malaoon ni menganggur maka kerjanya ialah kacau tunang dan bini orang. Kalau tak percaya tanya Dewan Pemuda Pas P.Pinang... tentu depa kata dak aiiihhh mana ada.. Malaoon ni cuma syok-syok saja kacau cikgu PASTI. Syok-syok hukumnya wajibbbbbb dan halalllll.

(Siapa kata dalam PAS takda Syaitan bertanduk ramai woooo.... ada yang pangkat uztaz, ada yang gelaran haji... tapi perangai buruk lantak macam haramjadah...)
Sumber asal dari: SosialisHijau. (untuk gambar2 lawak umno dan maklumat lebih lanjut sila klik link di berikan)

Bodoh Melayu, Bodoh UMNO dan Semua Bodoh

Begitulah sehari-hari dalam hidup pemimpin UMNO ataupun orang Melayu yang memperjuangkan bahasa tetapi bodoh dalam berbahasa. Inilah akibatnya terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehinggakan ejaan dalam bahasa Inggeris pun jadi tunggang-langgang.

Pelik tapi benar jika dilihat dari segi berbahasa orang Melayu hari ini. Pergi buat dmonstrasi tetapi tidak tahu apa motif untuk berdemonstrasi. Bawa sepanduk pun main eja. Sudahlah keluar dalam surat khabar Utusan Munafik. Utusan pun satu hal, bangang dan jahil. Bukankah Utusan media pengampu tetapi terlepas pandang dalam menyiarkan gambar kebodohan oran Melayu dalam berspelling.

Gambar di atas adalah demonstrasi dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Tidak tahulah jika ahli-ahli perkasa but dalam mengeja atau menulis. Lebih tepat lagi buta huruf. Hidup Melayu, Mampus pun Melayu. Pergi Mampus dengan UMNO yang kononnya membela melayu tetapi melayu sudah bodoh sebab adanya UMNO.

Anti-Anwar leaflets scattered outside court complex

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Anti-Anwar Ibrahim leaflets were found scattered outside the Duta Court Complex here where the Opposition leader’s sodomy trial is taking place.

The leaflets accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of being “a traitor” and “a liar”. It further attacked the PKR de facto leader as “a desperate man” bidding to divert public attention from his “personal moral flaws” by politicising the trial.

“A derailed fighting agenda, he (Anwar) would sell his country, religion and race to become the prime minister. He would drag the rakyat in his personal problems,” read one of the leaflets.

Anwar’s daughter, PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah, was also a target.

Leaflets alleging the first-term lawmaker of neglecting her constituency, saying it was suffering since she became the MP there.

“What has she done for the constituency since she won?” it read. The accusation is not without basis. Feedback from the ground indicates widespread discontent over Nurul’s inability to help her constituents.

Court security guards told The Malaysian Insider a black “Lexus-type” four-wheel drive vehicle came to the complex at about 5am, made a single round and scattered the leaflets before heading off.

“They’ve been doing this on a daily basis... every time the trial takes place, they will be around to distribute them,” said one security guard.

Nurul who was present to lend her support to her father believes Umno is behind this.

“This is definitely the work of Umno. I hope people will not be influenced by this. I will continue to do my job for the constituency,” she told reporters here.

Anwar, on trial for sodomising his former aide, has been actively engaging the media in a war to rally support as he faces what may be a politically career-ending charge.

But his political rivals, as seen by the distribution of the leaflets, aren’t about to let the Opposition leader win the out-of-court battle.

Liwat II: Anwar cabar keputusan Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memfailkan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes, yang sedang berjalan, sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Notis rayuan dan notis usul itu difailkan menerusi firma guaman Messrs S N Nair & Partners pagi ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Disertakan bersama notis rayuan adalah afidavit Anwar.


Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar@Izhar Ma''ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka memutuskan bahawa Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu.

- Bernama

Laksana hukum sebat cara Islam

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, pelaksanaan hukuman sebat belum memenuhi kehendak Islam sepenuhnya kerana dilakukan secara tertutup, buka secara terbuka seperti yang dianjurkan dalam Islam.

"Hukuman sebat mesti dilakukan secara terbuka, bukan tertutup dalam penjara. Kita kena ingat, tujuan dilakukan secara terbuka adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berwajib agar melaksanakan hukuman sebat seperti yang dituntut dalam Islam, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata, tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin juga berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurutnya, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya nak ingatkan menteri yang berkenaan, jangan ingat bila sudah laksanakan hukuman sebat, sudah cukup segala-galanya. Kerajaan kena kaji semula hukuman sebat yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. belajar daripada awal," kata Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata, tindakan Hishamuddin mendedahkan mengenai hukuman yang dijalankan terhadap tiga wanita itu hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan isu Kartika.

"Saya nampak cara menteri memberitahu rakyat mengenai hukuman yang dilaksanakan itu seperti hanya meraikan pandangan orang sahaja dan ingin menutup mulut rakyat daripada terus bercakap isu sebat ini.

"Saya minta menteri laksanakan hukuman sebat ini kerana Allah, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Beliau juga mempersoal sikap kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat ke atas bekas model sambilan yang didapati bersalah kerana minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33.

Nuridah hairan dengan sikap kerajaan yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan Kartika ternanti-nanti untuk menerima hukuman sebat itu walaupun beliau sudah menyatakan kesediaan untuk menerima hukuman itu sejak dari awal lagi.

"Tiga orang yang dihukum itu, biarlah dihukum. Tapi yang saya persoalkan kenapa kes Kartika belum selesai lagi? Apa masalah kerajaan sebenarnya sehinggakan Kartika perlu menunggu begitu lama untuk menerima hukuman itu?" soal Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Sementara itu, Kartika sendiri, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam,berasa pelik pelik mendapat tahu tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu kerana melakukan kesalahan syariah tersebut.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak ini, apa yang berlaku seolah-olah 'mempermain-mainkan' perasaannya selama ini.

Kartika sebelum ini telah membuat permohonan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Jaip) untuk campur tangan bagi mempercepatkan hukuman terhadapnya memandangkan ianya masih tertangguh sehingga kini.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman bagaimanapun dilaporkan sebagai berkata, pihaknya masih menunggu reaksi daripada Tengku Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum boleh mengambil sebarang tindakan susulan.

Pesalah syariah insaf selepas dirotan

Tiga wanita yang menjalani hukuman sebat syarie menyatakan rasa reda dan insaf mereka terhadap kesalahan yang dilakukan selepas pelaksanaan hukuman pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang.

Jamil Khir BaharomPengakuan mereka dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berdasarkan maklum balas yang diterima.

"Mereka melahirkan rasa keinsafan sebab mereka merasakan hal ini melepaskan diri mereka daripada dosa dan rasa bersalah kepada Allah SWT," katanya kepada pemberita semasa Program Pemukiman agensi di Jabatan Perdana Menteri di Genting Highlands hari ini.

Jamil berkata, mereka kini sedar perbezaan antara sebatan syariah dan sivil, selain terharu selepas mengetahui apa yang didengar tentang sebatan syariah sebelum ini ternyata tidak benar.

Sebatan syariah tak sama sebatan sivil

"Kata mereka, 100 sebatan syariah tidak sama walaupun dengan satu sebatan sivil. Dia rasa keinsafan kesedaran sehingga dia memohon supaya rakan-rakan yang lain untuk tidak melakukan kesalahan seperti yang dilakukan mereka," katanya.

Ketiga-tiga mereka turut diberi khidmat kaunseling dalam konteks keagamaan sebelum dan selepas menerima hukuman bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan.

Tiga pesalah wanita itu dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong penuh pelaksanaan hukuman sebat dan membuktikan kerajaan serius mahu melaksanakan hukuman itu.

"Pelaksanaan ini (hukuman sebat syarie) menyangkal pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan seolah-olah hukuman sebat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan," kata Presidennya, Mohamad Isa Abdul Ralip, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu takut dengan hukuman sebat syarie kerana ia sebenarnya bertujuan mendidik, memberi pengajaran dan keinsafan kepada pesalah.

Mohamad Isa berkata, hubungan sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor harus disegerakan bagi mengelakkan orang ramai memandang rendah institusi keadilan Mahkamah Syariah.

- Bernama

Seks haram: Hentikan 'wabak' merotan

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

'Rotan tidak efektif'

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).

Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia.

Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai," katanya.

Tamatkan 'wabak' merotan

Kumpulan hak

asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai 'wabak merotan'.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan.

Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia - dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002.

Menurut timbalan pengarah Asia-Pasifik AI, Donna Guest "ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia."

"Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang memang kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka," Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Hukuman kuno

Majlis Peguam dengan keanggotan 13,500 ahli juga membidas tindakan merotan tiga wanita berkenaan.

Menurut badan perundangan itu, ahli-ahlinya telah meluluskan satu resolusi tiga tahun yang menolak sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana beranggapan ia hukuman kuno dan tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).

Tambahnya lagi, hukuman merotan ke atas wanita adalah juga bertentangan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

"Adalah memeranjatkan, kerajaan hanya mengumumkan perkara itu (merotan tiga wanita berkenaan) setelah hukuman sudah dilaksanakan," katanya juga dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Aduan Abdullah ditolak, Dr Haron 'dimaafkan'..he..he..geng mana nie..??

Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”.

Cerita Ezam dan Anuar Shaari

Anuar Shaari dan George Soros


Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

"Anuar Shaari, bekas pegawai Kementerian Kewangan yang bekerja untuk Anwar antara 1996 dan 1998, tiba di pejabat polis daerah Melaka Tengah sekitar jam 10 pagi pada Khamis dan menghabiskan sekitar 30 minit dengan OCPD ACP Salehhudin Abdul Rahman bagi menyampaikan maklumat itu," akhbar The Star melaporkan.

Sebenarnya, laporan ni tak menceritakan segala-galanya. Ia tidak menjelaskan hakikat bahawa Anuar Shaari terus bekerja untuk Anwar hingga tahun 2004 ataupun mungkin lebih lama daripada tu. Dia adalah salah seorang 'pengendali' utama Parti Keadilan Nasional, iaitu sejak parti tu dilancarkan pada 14 April 1999 hinggalah ke saat pelancaran Free Anwar Campaign pada Ogos 2000, dan seterusnya.

Pada sekitar tahun 2003, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor dan dua orang lain yang telah meninggalkan parti pembangkang pergi ke Amerika Syarikat. Saya hanya mengetahui tentangnya apabila saya ditelefon seseorang dari Amerika Syarikat. Dia ingin saya mengesahkan identiti keempat-empat orang berkenaan dan bahawa mereka adalah sebahagian dari Free Anwar Campaign.

Saya terkedu dan tak tahu apa yang harus saya jawab. Saya berbohong dan berkata bahawa saya sedang bermesyuarat dan meminta untuk menelefonnya kemudian. Saya kemudiannya menghubungi seseorang yang pasti tahu tentang apa yang sedang berlaku, lalu bertanya mengenai perkara tu.

Orang tu terkejut kerana saya mengetahui tentangnya.

Pada masa tu, saya memang resah. Ini kerana hanya saya yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Saya menjalankan Free Anwar Campaign secara sendirian. Tak ada orang lain yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Jadi, macam mana pula sekarang ni ada empat orang di AS yang kononnya ke sana atas urusan yang berkaitan dengan Free Anwar Campaign?

Orang yang berhubung dengan saya tu menerangkan tentang tujuan mereka (‘empat sekawan’) ke AS. Dia kemudiannya meminta saya untuk menelefon kembali orang hubungan saya di AS dan mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya melakukan seperti yang diminta, tetapi hanya selepas saya melepaskan geram saya kepada orang tu dan menyatakan pendirian bahawa saya tidak menyenangi akan perkara yang sedang berlaku. Namun demikian, demi perjuangan, saya mematuhi arahan tu.

Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya.

Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?"

"Ya," saya menjawab.

"Okey," ujarnya. “Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."

Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia. Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004 berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya 2004.

Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/). Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya. Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan penyaluran wang yang berkenaan.

Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

"Ya, saya tahu," jawab saya.

"Awak ada dapat duit daripada mereka?” soal Pawanchik.

"Satu sen pun tak ada," jawab saya.

"Mmm… dah agak dah,” kata Pawanchik. "Saya diberitahu bahawa mereka menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip derma."

Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. "Saya dah lama suruh tapi dia ni degil sangat,” isteri saya menambah.

"Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan," kata saya kepada Pawanchik. "Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan.”

"Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15 tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?”

"Yelah kot," jawab saya. "Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga.”

"Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak,” kata Pawanchik. Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir saya, ‘Alhamdulillah, Anwar is now free’ (Alhamdulillah, Anwar kini bebas) dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.

Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya… saya juga tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta ‘orang kelima’, iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros. Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis...ha..ha...mana dia puak UMNO@BN nak berdemo dan bantah sebab tak buat perarakan...alloo TPM

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.