Selasa, 16 Februari 2010

Konvensyen Peneroka Felda 20 Februari

wan azizah1 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Pahang melalui Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN Pahang akan menganjurkan Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda pada 20hb Februari 2010 bertempat di Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang.

Konvensyen ini merupakan program ulung oleh KEADILAN memandangkan bahawa peneroka-peneroka Felda di seluruh Negara dan Generasi Kedua Felda sedang berhadapan dengan masalah-masalah berat yang mesti dicarikan jalan penyelesaian segera dan sebagai suatu penentuan dasar apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, InsyaAllah.

Pendaftaran akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Memandangkan bahawa tempat adalah terhad kepada hanya 1,800 orang peserta sahaja, hanya mereka yang berdaftar awal ke jumlah 1,800 orang sahaja akan diterima sebagai peserta yang akan diberikan kupon dan tag, manakala yang lain-lain masih boleh hadir di luar Dewan, dan masih boleh mengikuti perjalanan Konvensyen tersebut.

Konvensyen ini akan dirasmikan oleh Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN.

Tiga Kertas Kerja akan dibincangkan iaitu oleh:

1. Senator Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN [dasar Felda yang akan dibawa oleh pemerintahan Pakatan Rakyat]

2. Sdr Mazlan Aliman, Presiden ANAK [masalah dan penyelesaiannya mengenai Generasi Kedua]

3. Sdr Wan Rohimi bin Wan Daud, Peguam yang mengendalikan kes 354 Peneroka Felda Kemahang, Kelantan dan membicarakan Tuntutan Peneroka Felda Kemahang sebagai "case study".]

Manakala disebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana oleh:
* Dato Seri Anwar Ibrahim,
* Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
* Dato Fauzi Abd Rahman,
* Dato Zaid Ibrahim,
* Dato Chua Jui Meng
* YB V Sivakumar

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Haji Suhaimi Said: 019 988 2155 atau Sdr Ahmad Nizam: 019 955 4246

HJ. SUHAIMI SAID
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang

Kedudukan MB Perak: Titik penghujung atau masih menyimpang

Oleh Walid Al Qayyum

Seharusnya titik noktah sudah ketemu, kemelut politik setahun di Perak mengenai siapakah Menteri Besar yang sah harus diterima dengan hati yang redha dan akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin.

Semua pihak tidak kira pihak memerintah mahupun pembangkang perlu mengambil iktibar terhadap kemelut berpanjangan ini dan menjadi panduan untuk terus meningkatkan produktiviti demi rakyat serta negeri Perak yang tercinta.

Sesungguhnya keputusan 5-0 yang berpihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiada apa lagi perlu dibicarakan atau dipertikaikan sebaliknya perlu menerima akan hakikat serta ketentuan Ilahi.

Cuma masih ada kedengaran suara-suara sumbang mengatakan keputusan berkenaan tidak adil atau disifatkan sebagai sejarah hitam kepada institusi kehakiman negara.

Sama ada kemelut yang sudah ketemu jawapannya akan terus menyelongkar atau menyelinap dalam setiap genap dan ruang bagi memenangi agenda mereka sendiri.

Apa yang jelas, dari tutur kata, raut wajah dan isyarat badan para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), mereka memang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan walaupun pada luarannya mereka terpaksa akur dengan ketentuan mereka. Titik noktah nampaknya masih belum muktamad, sebaliknya akan terus bergerak, berputar mengikut orbit ciptaan sendiri.

Walaupun laungan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya kedengaran pada bisik-bisik kecil, tetapi misi PR masih sama untuk bubar DUN cuma dari segi pelaksanaan dan strategi agak berlainan.

Hanya Mahkamah Rakyat pula menjadi polemik ADUN-ADUN PR untuk menarik perhatian rakyat. Siri-siri penerangan, ceramah, jelajah ke setiap pelosok daerah akan diteruskan, cuma suntikan ide baru akan diaplikasikan untuk rakyat.

Apa yang pasti, penulis dapat melihat keputusan mahkamah ini tidak langsung menoktahkan daripada meneruskan pelbagai agenda untuk rakyat, menerangkan dengan jelas apa yang berlaku pada mereka.

Mungkin ada yang sudah muak dan bosan dengan gerakan mereka ini, tetapi jangan dilupakan masih ramai yang setia menunggu dengan penuh minat untuk mendengar apa saja luahan dan bait-bait terpacul dari mulut seorang pemimpin.

Palsu atau sahih, bukan persoalannya dan penulis tidak ada keupayaan untuk menilai sesuatu yang subjektif. Biarlah, mereka yang menafsir sendiri apa yang cuba disampaikan para pemimpin ini.

Cuma, penulis dapat melihat dengan jelas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersama ADUN-ADUN PR sanggup bekerjasama dengan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Zambry bagi membela nasib rakyat.

Tapi, mereka meletakkan syarat iaitu membenarkan semua ADUN PR untuk bersama-sama dalam jawatankuasa peringkat negeri dan daerah, menyediakan peruntukan bagi setiap ADUN untuk membiayai segala keperluan sepatutnya. Ini adalah antara syarat yang
dicanang oleh Nizar kepada Zambry. Sama ada Zambry menerima atau tidak, kita tunggu dan lihat.

Jika benar, Zambry dapat memenuhi syarat ini, penulis percaya kerjasama yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Namun, perlu ingat, Nizar sudah memberi penjelasan yang mereka akan menjadi pembangkang yang kuat, lantang menentang segala kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh pentadbiran Zambry. Senario itu sebenarnya adalah langkah positif kerana menegur atau menentang untuk membetulkan kesilapan bukan membuta-tuli.

Kalau melihat dari kaca mata rakyat pula, penulis dapat simpulkan bahawa golongan ini tidak kisah siapa yang menjadi Menteri Besar, apa yang penting dapat memberi keamanan dan keselesaan kepada mereka.

Tapi, apa penulis ingin kongsikan di sini, mungkin ada yang tahu, dan mungkin terlupa, kemelut politik di Perak adalah berpunca dari tiga ADUN sahaja. Pada penulis, kenapa nak bazirkan duit mahu bubarkan DUN lain. Bubar saja tiga DUN, habis cerita. Sebab kedudukan mereka ini pun tidak stabil, bila-bila masa boleh berubah, yalah pendirian manusia, berubah-ubah ikut cuaca.

Jadi, pendekatan lebih selamat, penulis cadangkan bubarkan tiga DUN berkenaan, siapa menang terpulang pada rakyat. Biar rakyat tentukan, lagi lebih selamat dan stabil untuk kerajaan yang memerintah nanti.

They be nimble and quit

POLITICIANS have been in ‘resignation mode’ lately, with the most recent being political secretary Hasbie Satar, an aide to Minister in the Prime Minister’s Department Nor Mohamed Yakcop.

To the average man in the street, it does not really matter who goes out of office today, tomorrow or the next day.

Most politicians are seen as no smaller than bugs and just as irritating and annoying.

So what if another one resigns? They’ll continue to be bugs, or leeches or blood-sucking bats or ..worse, jackasses.

Nobody can name any politician now who is interested in running the country. Everyone of them is just keen on looking out for another scapegoat to make their day or to pursue some personal glory.

The young holds the future

Perhaps, the country’s best hopes to help rectify the situation are those currently in the 18 to 21 age group who would be voting for the first time at the next election, scheduled in 2013.

Maybe they can make a wiser choice of leaders who would truly be willing to break their backs to serve the people who put them in office.

Forget the politicians with the rhetoric, the slogans and the expensive chandeliers in their offices and homes or the sleek and spanking imported cars in their garage and porch. They would be better off in the corporate or business field , and so will we.

permatang-pasir-by-election-5Can we just have representatives in the state assemblies or Parliament who will work hard, show leadership skills and inspire others to also serve the masses, including the dirty unwashed and hungry people in the streets, in the slumps and the remote ramshakle huts and long houses?

Just think what you can do for these people if you have RM2mil in your hands at this moment!

The voters should not give any chance to politicians who make excessive promises as they are the ones that are likley to turn their backs on you once they have your votes.

And neither should we give any opportunity to those who are likely to quit later on over petty party quarrels, personal grudges, incompetency, selfishness, greed, power struggle and stupid ambitions.

Reasons to resign

Politicians can use any reason. logic and justifications when they quit their post or party. Resignations in recent times, it can be seen, had been due to one (or a combination of) of the following reasons:

- a disgraceful or discreditable action

- an offence or breach of discipline caused by a fault, misdeed or misdemeanour

- damage to reputation or public disgrace

- defamatory talk or malicious gossip

- conduct or behaviour that has brought disrepute to the office, team or organisation

Shades of Watergate

In Hasbie's case, Nor’s office issued just a single paragraph statement to say the political aide had quit his job.

The statement did not say anything else but it seemed to be connected to the news a day earlier that a political secretary to a senior minister had been caught – with stacks of money - by anti-corruption officers at an apartment block near Butterworth.

The case has shades of a political scandal in the United States in the 1970s that rocked a popular administration.

There was a break-in at the Democratic Party’s headquarters at the Watergate office complex in Washington DC and the effects of the scandal ultimately led to Richard Nixon’s resignation in 1974.

It also resulted in the indictment and conviction of several of his officials.

Facing near-certain impeachment in the House of Representatives and a strong possibility of a conviction in the Senate, Nixon resigned the office of the presidency.

I was a rookie reporter in Penang at that time but I remember how the issue inspired many young jurnos to probe further behind the headlines, leading to the emergence of investigative reporting in local journalism.

Like Watergate, the Sri Molek case could lead to someone ‘higher up’ to also resign, my gut feelings tell.

Election HQ and transit home

The apartment was used as an election campaign headquarters for Nor’s election team before the March 2008 general polls. Later, it was used as a transit home for his ministry staff.

nor-mohamed-yakcopThe block is located on the fringes of the Tasek Gelugor parliamentary constituency, where Nor is the MP.

In the PM’s Department, he is in charge of the Ecomomic Planning Unit. During the Asian financial crisis in the late 1990s, he was said to be the man advising then prime minister Dr Mahathir Mohamad on the country’s capital controls.

In that raid on the apartment, a team from the Malaysian Anti-Corruption Commission seized RM2mil in cold cash that was stashed at the unit where the political aide was staying.

The MACC men also seized a 4WD vehicle registered under the name of a Pulau Tikus-based company and a BMW registered in the name of a person from Sarawak.

Deputy minister and PM's aide

Prior to taking in Hasbie, Nor had Federal Territory Umno Youth chief Norza Zakaria as his political secretary.

Norza, an ally of Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, was implicated in money politics ahead of the party elections in March last year. He pleaded not guilty and was released on bail pending

Earlier this month the PM’s Department had issued a similarly brief statement to say that former Pulai Sebatang state assemblyman Nasir Safar was resigning as a special officer to Prime Minister Najib Abdul Razak.

This follows a furore over his alleged racist remarks during a recent solidarity seminar in Malacca.

Just befiore Chiristmas last year, deputy Tourism minister Sulaiman Abdul Rahman Taib resigned from the post, citing personal reasons following the death of his mother, Laila Taib, about six months ago.

The speculation, however, is that he had been summoned back to Sarawak by his father, Chief Minister Abdul Taib Mahmud, to be groomed as the CM’s successor after the next state polls, scheduled to be held in May next year.

Mambong MP Dr James Dawos Mamit was sworn in on Jan 13 as the new deputy miister in Sulaiman’s place.

Troubles in the PKR

In the PKR, Machang MP Saifuddin Nasution Ismail has taken over as PKR secretary-general, replacing Salehuddin Hashim, who resigned to purportedly give younger people a chance at the leadership.

An ally of Opposition Leader Anwar Ibrahim , he was expelled as Umno Youth assistant secretary in1999 and defected to the party in which Anwar is now the de facto leader

This month also saw the resignation of PKR Federal Territory treasurer Norsaidi Salim from the party, citing ‘loss in faith in the PKR’s ability to serve the people.'

He has joined Umno, together with several senior leaders, including FT information chief Ishak Hamzah and Putrajaya division deputy chief Azmi Hassan.

In Pahang, Indera Mahkota MP Azan Ismail resigned as the PKR’s state deputy chairman, also citing differences with state leaders.

hee yit foong 2He boasted later that former Cabinet member Dr Jamaluddin Jarjis and Penang-based Parti Cinta Malaysia had made overtures for him to leave the PKR and join them.

In Kuala Selangor, 13 PKR division committee members quit en bloc on Jan 20.

The most famous resignations

The most celebrated resignations in recent times, however, involved that of three Perak state assemblymen - Hee Yit Foong (DAP - Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (PKR - Behrang) and Mohd. Osman Jailu (PKR - Changkat Jering).

Their decision to leave the ruling Pakatan Rakyat coalition and support the Barisan Nasional persuaded the Sultan of Perak to decide that Pakatan no longer enjoyed majority support and, thus, the state government was tilted to the Barisan side.

Sultan Azlan Shah refused to dissolve the assembly for fresh elections, as requested by the Pakatan and a lengthy fight in the courts ensued.

The court endorsed the Barisan as the legitimate state government just before the Chinese New Year.

The most amusing case of resignations can be seen in the MCA, where 13 sulking leaders led by vice-president Liow Tiong Lai had submitted their resignation to force a fresh party election.

So far, however, they have chickened out from putting the date of when the resignation would take effect.

In the meantime, Liow has called his followers to boycott all official functions and events organised by the current leadership led by Ong Tee Keat.

He, however, had put the deicion on ‘hold’ during the recent Chinese New Year open house event at Wisma MCA.

Crisis in Penang

Recently, Bayan Baru MP Zahrain Hashim quit the PKR, giving the reason that he was frustrated with the DAP leadership in Penang and loss of confidence in Chief Minister Lim Guan Eng.

He alleged the state government led by Lim had disregarded the principles of justice, human rights and natural justice when they initiated attempts to sack him from the post of Island Golf Properties Sdn Bhd chairman.

His move came a week ahead of a planned meeting by the party to decide on his fate in the Pakatan following his harsh critcisms against Lim.

The PKR is expected to meet in the next few days to also discuss the alleged breach of discipline by three members - Kulim-Bandar Baru MP Zulkifli Noordin, Nibong Tebal MP Tan Tee Beng and senior PKR leader Zaid Ibrahim. - Malaysian Mirror

Zulkifli Noordin persoal tarikh kesnya didengar..ha..ha...macam-macam ade..!!!

Ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hairan mengapa lembaga disiplin PKR mahu bersidang pada tarikh yang parti itu sendiri tahu yang beliau akan berada di luar negara.

Katanya, beliau telah menerima surat tunjuk sebab dan notis tersebut menyatakan lembaga berkenaan akan bersidang pada 18 Februari, dengan tarikh alternatifnya pada 23 Februari.

"Saya agak hairan mengapa mereka memilih tarikh-tarikh tersebut sedangkan PKR mengetahui saya akan berada di Korea dalam tempoh tersebut menghadiri program International Leadership Conference bersama beberapa ahli parlimen lain.

"Saya berharap ia tidak bertujuan untuk menghalang saya daripada menghadiri prosiding di hadapan lembaga disiplin tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Zulkifli


Saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkaitan tindakan saya membuat lapuran polis terhadap YB Khalid Samad mengenai isu kalimah ALLAH.

Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia untuk berhadapan dengan Lembaga Disiplin PKR untuk mempertahankan prinsip dan pegangan saya dalam isu kalimah ALLAH ini.

Bagaimanapun, notis tersebut menyatakan bahawa Lembaga Disiplin akan bersidang pada 18 Feb, dengan tarikh alternatif pada 23 Feb. Saya agak hairan mengapa mereka memilih tarikh-tarikh tersebut sedangkan PKR mengetahui bahawa saya akan berada di Korea dalam tempoh tersebut menghadiri program International Leadership Conference bersama beberapa Ahli Parlimen lain. Saya berharap ia tidak bertujuan untuk menghalang saya daripada menghadiri prosiding di hadapan Lembaga Disiplin tersebut.

Kedua, saya dituduh mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian PKR. Saya tidak pasti apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pendirian dan keputusan parti dalam isu kalimah ALLAH ini. Walaupun saya mengakui bahawa ada pihak daripada PKR telah membuat kenyataan bahawa golongan Kristian berhak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka kerana nama ALLAH bukan milik eksklusif umat Islam, juga kerana semua manusia menyembah tuhan yang sama. Kalau itu yang dimaksudkan sebagai pendirian dan keputusan parti, maka jelas ianya bercanggah dengan prinsip dan aqidah saya yang mempercayai ALLAH adalah Tuhan yang Maha Esa dan tiada siapa boleh menuntut hakmilik eksklusif nama ALLAH kerana nama itu adalah milik ALLAH sendiri. Saya mendesak pihak Lembaga Disiplin memperjelaskan pendirian dan keputusan parti yang saya didakwa tidak mematuhi untuk memudahkan saya membuat pendirian dan menyediakan pembelaan saya dalam prosiding disiplin tersebut (jika perlu).

Ketiga, saya merasa dukacita kerana notis tunjuk sebab hanya dikeluarkan terhadap saya, YB Dato' Seri Zahrain dan YB Tan Tee Beng sedangkan YB Ketua Umum PKR dan YB Setiausaha Agong telah mengumumkan selain kami bertiga, YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim juga akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Saya telah dimaklumkan oleh sumber dalaman yang sahih dari PKR menyatakan tiada notis tunjuk sebab dan prosiding disiplin akan diambil terhadap YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim, malahan kenyataan-kenyataan yang dibuat hanyalah retorik politik sahaja. Menurut maklumat tersebut, sebenarnya PKR tidak pernah berniat pun untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka kerana mereka adalah "kroni" bagi kepimpinan PKR. Sekiranya benar, saya percaya ini adalah satu helah politik yang sangat saya kesalkan dan membuktikan sikap "double-standard" yang jelas. Oleh itu, bagaimana saya boleh menghormati Lembaga Disiplin yang ditubuhkan kononnya untuk menyiasat saya sedangkan "kroni" mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan? Oleh itu, saya mendesak supaya kepimpinan PKR untuk "walk the talk" dan mengambil prosiding disiplin yang sama terhadap kedua-dua kroni tersebut dan tidak bermain silap mata politik murahan.

Keempat, saya mempunyai keraguan yang serius terhadap kewibawaan dan kebebasan sebenar Lembaga Disiplin yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap saya. Ini adalah kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden YB Azmin Ali, Pengarah Strategi YB Tian Chua dan Ahli Biro Politik/ MPT Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain pimpinan PKR jelas telah menghukum saya sebelum prosiding bermula pun bilamana mereka mendesak supaya saya dipecat. Tambahan Ketua Umum sendiri telah melabel saya sebagai pelampau. Jadi bagaimana Lembaga Disiplin yang duduk dibawah MPT boleh diharap berlaku adil dan saksama kepada saya; dalam keadaan kepimpinan parti yang akan membuat keputusan sudahpun menghukum saya dan bertindak menjadi penyiasat, pendakwa, hakim serta penghukum!? Atau apakah prosiding Lembaga Disiplin ini sekadar satu “drama politik” semata-mata untuk menunjukkan kononnya saya sudah diberi peluang membela diri sedangkan keputusannya sudah pun dipersiapkan!?

Walau bagaimana pun, saya tetap akan mempertahankan prinsip saya dan menegaskan bahawa saya bersedia berhadapan dengan Lembaga Disiplin untuk menyatakan pendirian dan membela diri saya pada bila-bila masa dan dimana jua tempat yang munasabah dan bersesuaian bagi semua pihak.

Saya tidak mahu ada Firaun-Firaun Kecil yang akan mengambil kesempatan untuk mendakwa kononnya saya takut berhadapan dengan Lembaga Disiplin. Saya bukan sahaja tidak takut, malahan bersedia dengan apa juga risiko yang bakal dihadapi demi mempertahankan aqidah dan keyakinan saya terhadap agama saya.
Oleh itu, saya mendesak supaya Lembaga Disiplin dapat memberikan tarikh dan tempat yang bersesuaian saperti yang telah saya cadangkan (iaitu 28 Feb atau 01-05 Mac 2010) dan memastikan pertuduhan terhadap saya jelas. Saya juga mendesak prosiding tersebut akan dikendalikan oleh mereka yang berwibawa dan mempunyai integriti. Saya juga menuntut supaya panel yang akan membicarakan saya adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH yang hanya boleh difahami oleh mereka yang beragama Islam.

Bila Si Bangang Pilih Menteri Bangang, Sama-Sama Bangang...!!!!

"Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini.

"Beliau sanggup mengatakan tiada fadilat dalam sambutan itu semata-mata atas kehendak politik DAP dan membelakangkan amalan yang dibuat di negara kita, sambutan itu bukan sahaja diamalkan di negara kita malah ianya juga diamalkan dinegara-negara Islam lain," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang antara lain dilaporkan sebagai berkata bulan 'Maulud' tidak mempunyai fadilat atau sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan. - MalaysiaKini
Inilah Islam cara umno... simbolik tak... ha..ha..ha... (gambar dari FSS)

Sekarang lu orang boleh nilaikan kejahilan dalam beragama puak2 umno yang bangang lagi bebal. Kalau tak tau bab agama bertanya dengan dengan orang yang ahlinya, janganlah bercakap melalui pungkoq... dah la bebal macam baghal... isu macam ni pun nak dipolitikkan pulak... apa lah kejadahnya dapat menteri2 kat malaysia yang tonggong dalam hal agama.

Itulah jadinya kalau dah terlalu kerap dan menjadi kebiasaan makan guna sudu garpu, sehinggakan makan mengunakan tangan akan di pandang jijik. Jenis manusia sekular macam inilah yang ramai dalam puak gerombolan parti yang bernama Inggeris tapi perjuangkan melayu... membodoh dan membangangkan rakyat... ikut nafsu dan kepentingan politik busuk mereka.

Apakata kalau gua cadangkan pada Mustapa Mohamad supaya umno kelantan buat sambutan maulidur rasul dengan mengadakan konsert amal.... lu jemputlah penyanyi tempatan cukuplah macam Mila, Mawi, kumpulan pakcik husin dan artis2 yang terdedah sana sini... barulah ngam... dengan apa yang lu orang buat/perjuangkan selama ini.

Ini benda/perkara setahun sekali pun nak kecoh dan nak di politikkan, Islam konon.... Islam kepala bapak lu orang la.... Maulidur Rasul konon... Maulidur Rasul kepala bapak hang...!!!

Dukacita dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz konon... dukacita kepala bana lu orang la..., yang patut lu dukacitakan dan perjuangkan dalam kabinet menteri2 lu orang ialah masalah sosial yang semakin membarah... itu yang patut lu orang dukacitakan, dan cari penyelesaianya supaya kes buang anak dapat di benteras, kes tangkap khalwat/basah, kes kecurian, kes anak2 melayu Islam supaya menutup aurat dan segala jenis mak bapak kes yang mendukacitakan umat Islam... ada faham ka...?

Wahai menteri2 wal bangang al bodohi..., nama saja melayu tapi Islam lu orang tendang semacam jer..., kalau boleh konar.. lu orang konar segala bab hukum dan syariat agama... macam haramjadah jer... perangai lu orang.

Dukacita.. konon... piiiraaahhhhh.... lu patut ucapkan dukacita lu itu pada Bos lu... si Najib tu... katakan padanya... lu amat berdukacita kerana Isteri Perdana Menteri negara Islam tidak menutup AURAT, dan ahli kabinetnya juga tidak menutup AURAT... ada faham ka...?

Bodoh pianggggggggggggg... punya Menteri........... itu pun masih ramai lagi melayu bangang yang sokong lu orang... eloklah si bangang memilih orang bangang untuk jadi pemimpin... akhirnya melahirkan rakyat yang bangang... dulu, kini dan selamanya BANGANG....

Menghayati semangat tulen konsep PR...

Selepas gagal dalam misi mereka untuk memecah-belahkan Kelantan, UMNO kini bertukar strategi menyerang negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Gimik terbaru mereka ialah menuduh kerajaan Pulau Pinang memansuhkan perarakan Maulidur Rasul dengan hanya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh Utusan Meloya. Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan pakar tidur negara, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang tetiba bangun daripada tidur untuk turut sama-sama membidas kononnya tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul atas nama agama dan menjaga keharmonian kaum.

Memandangkan isu agama merupakan isu yang sensitif sebagaimana isu nama kalimah ALLAH, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil peluang untuk menajamkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng dengan memaparkan salah satu surat yang diedarkan, membawa kepala surat kerajan negeri, menyebut kerajaan negeri telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tersebut.

Akan tetapi, perkara itu dijawab dengan rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim yang berkata surat-surat berkenaan hanyalah opsyen untuk mengubah format sambutan selama tiga mulai 25 Feb ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini sambil menegaskan, surat yang disebarkan menerusi internet hanya opsyen yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan; Lim Guan Eng turut menjemput Tan Sri Muhyddin Yassin dan Tun Abdullah untuk turut serta mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari Maulidur Rasul akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan dalam menasihatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak mempercayai sepenuhnya maklumat-maklumat Utusan Malaysia - “Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu. Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan.”

Dalam serangan bertubi-tubi UMNO dalam isu Maulidur Rasul terhadap kerajaan Pulau Pinang, PAS sebagai rakan karib DAP di dalam Pakatan Rakyat turut menyumbang strategi dalam membela DAP dan membongkar kepalsuan niat UMNO dalam menjaga agama Islam. PAS menyedari tindakan UMNO menyerang DAP dalam soal agama Islam hanyalah bertujuan bermain politik semata-mata untuk meningkatkan tahap kebencian orang Melayu terhadap DAP yang sering dilabelkan mereka sebagai parti komunis Cina.

Pembelaan pertama PAS datang daripada Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar yang dipetik berkata, “Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.” Beliau turut berkata pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim. “Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sokongan kedua PAS datangnya dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman turut serta membela Guan Eng dalam isu Maulidur Rasul dengan menyatakan bahawa UMNO cetek pengetahuan agamanya apabila hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri. Beliau menambah bahawa Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya membuat perarakan. “Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

Demi membongkar kepalsuan UMNO dalam soal menjaga nama Islam, kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz, Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah, mengisytiharkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak ada tahun ini, sebaliknya kerajaan negeri adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV dan disusuli dengan sembahyang khas pada 25 Feb. “Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah, “Perarakan itu bukan satu kemestian. Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi. Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.”

Selain dapat mematahkan serangan bertubi-tubi UMNO terhadap kerajaan Pulau Pinang, tindakan kerajaan Kelantan ini secara terang-terangan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membela agama Islam – segala-gala rintihan dan polemik atas isu perarakan Maulidur Rasul hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengkucar-kacirkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Semangat kekitaan dan persahabatan tulen Pakatan Rakyat yang dipamerkan PAS dalam hal membela DAP daripada serangan politik murahan UMNO dalam isu perarakan Maulidur Rasul amatlah dikagumi and sepatutnya dihayati bersama oleh semua para penyandang jawatan politik Pakatan Rakyat.

Inilah semangat tulen konsep Pakatan Rakyat yang harus ada pada setiap parti komponen Pakatan dalam misinya mengembalikan konsep ketuanan rakyat kepada Malaysia dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jika PAS, DAP dan PKR dapat menghayati dan mempraktikkan semangat tulen konsep Pakatan Rakyat ini sepanjang waktu, yakinlah bahawa inilah formula yang akan membawa Pakatan Rakyat melangkah jauh ke dalam kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

----------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid mengharapkan Tahun Harimau ini menjadi tahun perkahwinan Pakatan Rakyat…. janganlah “bersekedudukan” lagi……

Giler..Bung Mokhtar Nak Jadikan Parlimen Macam Disko!!

pendikar gunung kriang,



Gara-gara perangai Wakil Rakyat BN yang kata orang Kedah baloq liat untuk hadir dalam sidang Parlimen, masa depan Dewan Rakyat ditukar menjadi sarkis! Hanya kerana nyaris-nyaris gagal meluluskan Bajet 2010 akhir Disember lalu, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) akan mengemukakan syor kepada Speaker Dewan Rakyat supaya sistem kuorum dimansuhkan. Turut dicadangkan untuk dimansuhkan seperti dilaporkan dalam Malaysian Insider ialah sistem pengundian belah bahagi di Dewan Rakyat.

Disember lalu, Dewan Rakyat menyaksikan suasana cemas ketika membahaskan Bajet 2010 di peringkat jawatankuasa yang membabitkan Kementerian Dalam Negeri apabila ia diluluskan dengan perbezaan satu undi manakala bacaan kali ketiga cuma perbezaan tiga undi. Ketidakhadiran lebih 70 wakil rakyat BN termasuk sebahagiannya Menteri dan Timbalan Menteri menyebabkan bajet sulung Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir gagal diluluskan.

“Kami di BBCBN sudah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji perkara-perkara...(ini)... ia sedang dikaji oleh beberapa pengamal perundangan. Apabila selesai kajian, kami akan mengemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk pertimbangan,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin.

Ketika ditanya sama ada praktikal untuk Dewan Rakyat bersidang tanpa sistem kuorum, Bung Mokhtar berkata pihaknya berpendapat bahawa ia boleh dilaksanakan. "Walaupun dengan hanya seorang anggota, dia (seorang anggota Parlimen itu) masih boleh berbahas dengan dipengerusikan oleh Speaker. Jadi, kami merasakan tidak perlu sistem kuorum macam sekarang di negara kita... kita terima pakai cara kita. Begitu juga sistem undi belah bahagi ...” kata suami otai pelakon Zizie Ezzette itu.

Saya tidak pasti sama ada benar bahawa ada negara-negara lain di dunia ini di mana sistem Parlimen mereka membenarkan sidang dilangsungkan hanya dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker. Tanpa mengambil kira dunia monyet dalam hutan atau dunia UFO di planet Marikh atau Musytari, saya sangat was-was jika ada negara lain di bumi ini yang begitu gila babi hingga dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker, Parlimen boleh bersidang dan sesuatu usul boleh diluluskan.

Jika apa yang dikatakan Bung Mokhtar itu menjadi kenyataan, bermakna selepas ini apa jua usul boleh dibawa dan dibincangkan di Parlimen hanya dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker. Memang mudah, sungguh mudah!! Jika hendak menyingkirkan Perdana Menteri juga sangat mudah, cukup dengan kehadiran seorang Ahli Parlimen dan Speaker yang tidak suka kepada Perdana Menteri, usul penyingkiran PM diluluskan dan esok pagi Perdana Menteri tidak perlu berada lagi di pejabatnya kerana telah disingkirkan oleh Parlimen yang hanya dihadiri oleh seorang Ahli Parlimen dan seorang Speaker!

Saya tidak yakin sistem lawak giler babi nombor wahid ini sesuai untuk Parlimen negara ini. Mungkin untuk Bung Mokhtar yang kaki disko itu memang ia praktikal. Di disko KK, KL atau Kuching cukup berdua sahaja antara Bung Moktar dengan bini mudanya Zizie Ezzette, mereka boleh masuk disko terkinja-kinja menari dan melalak sampai pagi. Tapi ini Dewan Rakyatlah Bung, ia bukan sarkis, ia bukan disko, mana pernah ada di dunia usul boleh diluluskan dengan kehadiran hanya dua orang manusia saja? Idea gila babi!!!

Nik Aziz Pun Pernah Khianat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.

Zahrain sedia kembali PKR jika Lim bukan lagi ketua menteri..ha..ha....ha...dah tak cukup offer ke...!!

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Datuk Seri Zahrain Hashim (gambar) yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu bersedia kembali ke pangkuan parti itu dengan syarat Lim Guan Eng bukan lagi mengetuai Pulau Pinang sebagai ketua menterinya.

“Tengok dulu, kalau Guan Eng tidak lagi pegang jawatan ketua menteri, saya mungkin boleh balik (kembali ke pangkuan PKR),” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu kata bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, beliau tiada cadangan untuk kembali menyertai Umno, parti yang beliau anggotai sehingga 1998.

“Buat masa ini saya tidak berhasrat masuk (semula) Umno. Saya pun tidak akan sertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional,” kata beliau ketika ditanya desas-desus kemungkinan akan “merujuk semula” PKR jika keadaan kembali tenang kelak.

Ada yang pernah mengatakan Zahrain kemungkinan menyertai Parti Cinta Malaysia.

Desas-desus itu juga menyebut beliau memutuskan untuk keluar PKR kerana mahu mengelak tindakan lembaga disiplin.

Bagaimanapun Zahrain menegaskan beliau bertindak demikian kerana kecewa dengan kepimpinan Lim dan PKR.

Zahrain dirujuk kepada lembaga disiplin kerana mengkritik secara terbuka kepimpinan Lim selaku ketua menteri.

Zahrain juga memberitahu, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin minggu lalu tetapi ia sudah tidak relevan kerana telah pun keluar PKR berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan PKR ada mendampinginya supaya mengkaji semula keputusan beliau, Zahrain berkata, “tidak ada, tidak ada sesiapa pun menghubungi saya setakat ini.”

Mengenai cabaran agar mengosongkan kerusi jika mendakwa kecewa dengan perjuangan parti dan pucuk kepimpinan, Zahrain sekali lagi berkata, beliau sanggup berbuat demikian jika Lim bersedia melepaskan kedudukannya sebagai ketua menteri.

“Saya sedia untuk mengosongkan kerusi saya sebagai Ahli Parlimen jika Guan Eng lepaskan jawatan beliau sebagai ketua menteri. Kalau Guan Eng bersetuju saya boleh melepaskan kerusi Bayan Baru bila-bila masa,” katanya.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mencabar kesemua lima wakil rakyat termasuk Zahrain agar memberi kembali ruang kepada rakyat untuk memilih wakil yang dirasakan sesuai menerusi pilihan raya kecil.

Selain Zahrain iaitu satu-satunya Ahli Parlimen, empat Adun PKR yang telah keluar parti dengan mengisytiharkan diri mereka anggota Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) dan Mohd Radzhi Salleh (Lunas).

Zahrain mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa Jumaat lalu kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis

Fakta Pulau Pinang membela Melayu

Harakahdaily

PULAU PINANG, 16 Feb: Umno melalui para pekakasnya telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu anti Melayu dan Islam.

Namun ramai tidak sedar bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan itu untuk orang Melayu Pulau Pinang adalah yang terbaik berbanding dengan apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Berikut adalah bukti-buktinya:-


Adik PM Antara 40 Orang Paling Kaya Di Malaysia

Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri adalah antara 40 orang paling kaya di Malaysia, mengikut tinjauan yang dibuat Malaysia Business.


Beliau memiliki kekayaan terkumpul bernilai USD 100 juta pada 2008 walaupun abangnya, Datuk Seri Najib Razak belumpun setahun menjadi Perdana Menteri.

Mengikut Bernama yang memetik majalah itu, Nazir dari CIMB Group dan OSK Holdings adalah antara lima pendatang baru yang tersenarai dalam 40 orang paling kaya di Malaysia bagi tahun 2009.

Beliau mempunyai Ijazah dalam Sains Politik dan Ekonomi dari Universiti Bristol dan Sarjana dalam Pembangunan Ekonomi dari Universiti Cambridge.

Nazir mula menyertai Jabatan Penasihat Korporat CIMB pada 1989 dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif CIMB SECURITIES pada 1993.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Timbalan CIMB pada 1 Jun 1996 dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Jun 1999, untuk menyertai perbankan pelaburan.

Mengikut tinjauan Forbes pula, beliau pernah tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2008 di tangga ke-40.

Mengikut Malaysia Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatatkan peningkatan hasil kekayaan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari, meningkat 63 peratus kenaikan berbanding tahun lalu.

Nilai kekayaan terkumpul mereka bagi tahun lalu ialah RM96.3 bilion.

Tinjauan itu juga mendedahkan, hampir separuh orang terkaya di negara ini merekodkan kenaikan 50 peratus atau lebih.

Tan Sri Robert Kuok, pemilik Kuok Group yang sebelum ini terkenal dengan gelaran "Raja Gula" tersenarai antara yang terkaya dengan kekayaan bernilai RM42.76 bilion, lebih RM16.1 bilion berbanding tahun lalu iaitu RM26.6 bilion.

Hartawan telekomunikasi, Ananda Krishnan mendapat tersenarai pada tempat kedua apabila mencatat kekayaan berjumlah RM27 bilion.

IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Chen merupakan tempat ketiga dengan jumlah kekayaan RM11.92 bilion, diikuti tangga keempat iaitu jurubank terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan jumlah kekayaan RM10.86 bilion.

Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay pula mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM10.38 bilion, berbanding tempat ke-15, naik 10 tempat kepada lima. Ini kerana dia mewarisi sebahagian besar kekayaan mendiang bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong.

Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan mengambil tempat keenam dengan kekayaan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Albukhary Foundation, bernilai RM6.01 bilion, menduduki tangga ke-7.

Hartawan yang turut tersenarai dalam kedudukan Top-10 adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Raja Tiong Hiew Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group.

Boon Chye: Jangan Hanya Siasat Setpol Sahaja

Suraya Sanusi


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Boon Chye menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya turut menyiasat menteri yang menjadi ketua kepada setiausaha politik yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta.

Bercakap kepada TVSelangor, beliau berkata, siasatan itu tidak seharusnya menjurus kepada setiausaha politik semata-mata tapi perlu diperluas kepada individu yang dekat dengannya.

Ahli Parlimen Gopeng itu mengesyaki seseorang setiausaha politik memainkan peranan tertentu walaupun sebenarnya tidak ada kuasa untuk meluluskan sebarang projek ataupun kontrak, sebagaimana menteri.

"Jadi, adakah setiausaha politik itu lebih kepada menjadi sebagai agen daripada orang yang menerima rasuah. Ini sepatutnya disiasat dengan lanjutlah.

"Cuma menteri yang berkuasa untuk meluluskan projek dan kontrak. Jadi, sepatutnya SPRM bukan setakat menyiasat setiausaha politik tetapi turut menyiasat menteri yang terlibat," katanya.

Jumaat lalu, SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth Jumaat lalu.

SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai berjumlah RM2 juta di pangsapuri berkenaan.

Semalam, Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan tapi tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Zulkefli Nordin Tak Usah Cakap Banyak, Keluarlah Cepat..

ZULKEFLI Nordin kata ada usaha di kalangan jawatankuasa disiplin PKR hendak buang beliau dari parti berkenaan. "Ada usaha firaun kecil nak buang saya," katanya. Dia mempertikaikan mesyuarat lembaga disiplin parti itu esok dibuat semasa beliau berada di Korea menghadiri persidangan bersama rakan pembangkang lain.

Aduh Saleha, sedap sungguh bunyi kata-kata Zulkefli. Hanya mereka yang pekak dan buta akal saja akan terpengaruh dengan kata-kata manis si Zulkefli ini. Lama sebelum ini saya sudah menulis ke mana hujung jatuh politik Zulkefli Nordin. Saya sudah meramal mengenai pengakhiran perahu kecil politiknya. Dia sedang berkluk klik untuk keluar parti bagi mengekalkan kedudukan kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru. Dia akan melakukan apa saja untuk itu. Penarikan balik petisyen pilihan raya parlimen Kulim - Bandar Baru adalah dirancang.


Bila saya menulis menceritakan mengenai munafiknya ahli parlimen bertubuh kecil ini para penyokong otak kemetotnya marahkan saya. Ada yang mengatakan sata membuat fitnah. Mereka ini adalah orang-orang Pas dan PKR sendiri. Tetapi hari ini semakin hari semakin terbahar dan terdedah apa yang berlaku sebenarnya. Anwar Ibrahim sendiri juga sudah mula merasa jengik dan muak dengan politik hama Zulkefli Nordin. Apa yang dianggap fitnah perlahan-lahan bertukar menjadi kebenaran.

Saya tidak berhajat menulis apa yang saya tahu mengenai dirinya dan juga agenda yang disusunya selama ini dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai ahli Parlimen. Sila buka dan rujuk kepada tulisan saya yang lepas dalam blog. Atau kalau sudi hubungi sdr Md Radzi Mustapa, peguam yang menguruskan soal petisyen ke atas kerusinya. Tanya Radzi apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana pendirian, sikap, perangai Zulkefli Nordin ini. Ataupun tanya peguam Pakwan Cheek Marican atau Kamar Aniah Kamaruzaman. Kedua mereka ini tahu dari Z sampai I dan dari N sampai N.

Cuma apa yang saya nak sebut di sini, Zulkefli tidak payah main wayang banyak sangat nanti orang jeluak. Kalau nak tinggal PKR dan nak bersama Umno silakan. Rasnaya tidak ada siapa nak marah pun. Dan mereka yang selama ini menjadi penyokong beliau termasuk yang menjadi penampal postal di Kulim - Bandar Baru pun tidak akan marah. Sementara orang Umno yang terdiri rakan-rakan lamanya di Bukit Bintang akan mengalu-alukan langkah itu.

Dan sekrianya Zulkefli menyertai Umno mungkin apa yang diharap dan katanya ditawarkan kepadanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehawal agama akan terpenuhi. Mana tahu? Cuma sayang menteri berkenaan kini sudah bertukar porfolio.

Usalahlah buat macam-macam rekaan itu dan ini. Rasanya PKR tidak akan menangis kalau beliau keluar parti hatta menyertai Umno. Anwar, Wan Azizah dan sesiapa saja dalam PKR rasanya suka dengan tindakan itu nanti kecuali mereka yang sejenis dan sepecies dengan beliau saja. Zulkefli boleh bergabung dengan bekas-bekas PKR, seperti Ezam Mohd Noor dan gengnya.

Eloklah kalau Zulkefli nak serta Umno waktu ini. Isu pun banyak yang relevan dengan beliau. Masalah Islam boleh diperjuangkan dalam Umno. Isu kaloimah Allah dan terbaru pembatalan perarakan maulid Rasul. Isu ini sesuai sangat digunakan oleh beliau. Inysa-Allah Islam akan menjadi kuat dibawah Umno dengan hadirnya seorang Zulkefli. Dan kalau masuk awal-awal dapat pula buat jasa Insya-Allah Umno akan calon dalam pilihan raya kelak.

Kepada PKR tidak payah bincang banyak-banyak soal Zulkefli kerana ia membuang masa saja. Ikut sahaja apa yang Zaid Ibrahim suruhkan itu, pecat. Buat apa tunjuk profrsional, adil dan teloran kepada orang yang sudah membenci kita. Kadang-kadang dalam PKR hari ini ada yang tidak faham orang membencinya tetapi masih diusap dan disusukan macam anak kambing kena hujan.

MSO

MP Zul bantah syor enakmen larangan guna kalimah dikaji semula

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak bersetuju dengan syor bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut berpendapat kerajaan-kerajaan negeri selain Selangor juga wajar mengkaji semula enakmen melarang bukan Islam menggunakan sejumlah perkataan dan ungkapan tertentu.

Zulkifli (gambar) sebelum ini pernah membuat aduan polis terhadap rakan sejawatannya bagi kerusi Shah Alam, Khalid Samad dari PAS, agar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana membuat syor yang sama.

“Saya tidak bersetuju, saya membantah secara total bahawa enakmen yang melarang bukan Islam menggunakan sesetengah ungkapan dan perkataan dikaji semula,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Walaupun bekas mufti itu pernah mengesyorkan agar disediakan satu garis panduan tentang penggunaan perkataan kalimah “Allah”, Zulkifli dari PKR berkata, syor terbaru ini adalah tidak wajar sama sekali.

“Garis panduan tidak perlu. Enakmen-enakmen ini telah diluluskan dengan sah oleh Dewan Undangan Negeri dan diberi perkenan oleh raja-raja Melayu, jadi tidak wajar diminta dikaji semula,” katanya.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider kelmarin, Asri mempertahankan tindakan Khalid sambil berpendapat bahawa kerajaan-kerajaan negeri selain Selangor juga wajar mengkaji semula enakmen melarang bukan Islam menggunakan sejumlah perkataan dan ungkapan tertentu.

Bekas mufti Perlis yang moderat itu berpendapat langkah meminda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 perlu dilihat dari sudut keperluan dan perkembangan semasa.

“Ya, saya juga rasa cadangan itu perlu dilihat (oleh kesemua 10 kerajaan negeri) dari segi perkembangan semasa... kehendak dahulu dan sekarang yang tidak sama sekali.

“Kalau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dikaji, tak akan perkara ini tidak boleh dikaji,” kata beliau sambil menambah, ada banyak perkataan dan ungkapan yang dilarang daripada digunakan oleh bukan Islam dalam konteks seharian.

“Macam mana kita hendak mengembangkan agama kita jika dari awal-awal lagi kita juga menyekat mereka (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan perlu untuk mengeluarkan garis panduan yang jelas berhubung soal itu.

“Sebagai contoh, perkataan masjid, Rasul tak akan tidak boleh digunakan (oleh bukan Islam) dari konteks yang betul... tak akan kita hendak mengambil tindakan ke atas mereka, hendak menangkap mereka kerana menggunakan perkataan ‘Allah’,” katanya.

“Biar kita adakan perbincangan dan buat kajian, mungkin kita akan mendapat kesimpulan untuk menilai semula ataupun mendapat kesimpulan untuk mengekalkan perkataan yang sedia ada,” katanya yang kini menghadapi tuduhan Jais menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Malangnya menurut beliau, syor sedemikian dari awal-awal lagi sudah dibantah tanpa mendengar pandangan pelbagai pihak.

Ekoran membuat aduan polis Zulkifli telah dirujuk kepada lembaga disiplin kerana dikatakan telah membelakangkan semangat Pakatan Rakyat.

Zulkifli berkata beliau telah diberi surat tunjuk sebab pagi tadi untuk menghadap lembaga disiplin sama ada pada 18 atau 23 Feb tetapi tidak akan berbuat demikian kerana perlu menghadiri persidangan antarabangsa di Korea mulai Khamis ini.

Mahfuz: Umno nak kucar kacir k'jaan PR

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang mencerminkan sikap Umno yang didakwanya bermatlamat menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar kacirkan kerajaan PR (Pakatan Rakyat) dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno (ialah) untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan Pulau Pinang didakwa telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini. Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikannya.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, satu perkara pelik mutakhir ini ialah apabila Umno begitu ghairah mempertahan dan memperjuangkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

"Sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah-olah kerajaan Pulau Pinang anti-Islam," katanya.

"Bagi saya, berarak Maulidur (Rasul) tak salah, tak berarak tidaklah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi, kemudian tolak apa yang Nabi suruh," katanya.

Menurutnya lagi, apa guna berarak dan berselawat jika kemudiannya melakukan rasuah dan melakukan salahguna kuasa.

Mahfuz juga menyifatkan golongan tersebut menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan mereka.

Pada hal, tegasnya, di Kedah, perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan sejak zaman pemerintahan Umno lagi.

Namun, ketika itu, katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pula mempersoalkan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mahazir Khalid mengapa perarakan Maulidur Rasul dibatalkan.

Begitu juga dengan media arus perdana yang juga tidak mempersoalkannya, tegas Mahfuz lagi.

Malah, katanya, banyak lagi negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno yang tidak mengadakan perarakan tersebut.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa perarakan Maulidur Rasul tidak salah, dan tidak berdosa jika tiada perarakan.

Sebaliknya, kata beliau, yang bersalah dan berdosa ialah apabila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat dan melakukan provokasi membakar gereja, surau dan melempar kepala babi ke dalam masjid.

Tamparan hebat buat Mufti Umno

Tindakan beberapa 'orang agama' Umno mempertikai kerajaan Pulau Pinang kononnya tidak mahu mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Umno dan juak-juaknya selama ini terang-terangan menolak Islam, mempermainkan hukum Allah, memperjuangkan politik suku agama suku, merancakkan program-program hiburan yang melalaikan secara tiba-tiba pula berubah angin memperjuangkan Islam, mempertahankan perarakan Maulidur Rasul.

Itulah Umno. Jika memberi kelebihan politik kepada mereka, maka mulalah wajah mereka berubah menjadi Islam. Namun bila dilihat betul-betul, maka kita dapat lihat wajah sebenar Umno yang selama ini hanyalah penentang tertegaknya hukum Allah.

Sibuk hendak perarakan Maulidur Rasul, tetapi dalam masa yang sama pula tentang hukum Allah. Bertungkus lumus mempertahankan perarakan Maulidur Rasul, tetapi usaha mendidik rakyat menutup aurat diabaikan. Program hiburan bercambah bagaikan cendawan direlakan.

Tidak cukup dengan pengikut-pengikut yang jahil agama membicarakan tentang cintakan Rasulullah, sayangkan Rasulullah. Tetapi kewajipan menghindari maksiat tidak dibanteras dengan bersungguh-sungguh. Islam tidak dijulang setinggi-tingginya. Agama hanya di masjid, universiti.

Maka ketika itu, timbullah sang penyelamat Umno yang digelar mufti menyambut bola tanggung untuk dihentam ke arah kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran PR. Yang sebenarnya hanyalah ingin menunjukkan PR tidak perjuangkan penduduk peribumi dan menyingkirkan syiar Islam.

Dalam akhbar perdana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempersoalkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu dengan mengatakan, "Memang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam syarak dan lebih menjurus kepada satu trend tetapi ini menjadi antara cara untuk kita menarik minat belia kepada sejarah hidup Nabi Muhammad SAW (dan agama Islam),.

Mahu menarik minat belia kepada sejarah Rasulullah, tetapi sampaikah pengisian itu, berjayakah objektif itu setakat membuat perarakan tetapi syariat yang dibawa Rasulullah diabaikan. Keadaan sosial yang meruncing melanda muda-mudi tidak pula dibimbangi. Mana yang lebih penting, perarakan Maulidur Rasul atau menghalang muda-mudi dari gejala sosial, maksiat hingga berlakunya buang anak secara berleluasa, bersekedudukan secara haram, khalwat di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Seolah-olah negara bebas seks tiada undang-undang, syariat menegahnya.

Mufti bukan bertugas untuk mempertahankan Umno yang sudah korup. Janganlah sampai kita menjual agama kita dengan harga yang murah semata-mata imbuhan sementara.

Hari ini, dua tamparan hebat menjadi pukulan maut kepada mufti-mufti Umno telah diberikan.

Di Kota Bharu, Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Apa kata mufti Umno?

Sementara di Kuala Terengganu pula, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan”.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.

Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah dengan syariat Allah.

Apa lagi yang Tok Mufti nak kata?

Anwar Akui Salah Pilih Calon ...ada puak UMNO@BN nak mengaku cam nie..??

PULAU PINANG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - BERNAMA

Prophet's march: Don't be an Abu Jahal or Abu Lahab

Wong Choon Mei

KUALA LUMPUR, Feb 16: Umno and its own ‘special’ brand of IsIam have drawn fire from the Muslim community in the country, which is balking at the uproar it has tried to create by accusing the Penang state government of being anti-Islam and wanting to cancel the birthday march of Prophet Muhammad.

“Such processions are only held in this part of the Malay world. With or without the procession, Muslims can remember and celebrate Maulidur Rasul. Do not turn this episode into a racial or religious dispute for political gain,” a reader Syed Imran Syed Ahmad wrote in to a popular news portal.

Syed Imran's comment was just one of the hundreds of such feedback that have poured in to news websites and blogs in response to the ruckus kicked up over Penang's alleged intention to do away with the annual procession on February 25. Chief Minister Lim Guan Eng (PIC) has already denied the accusations, confirming that the march would carry on as usual.

“I would urge Umno to remember the history of Abu Jahal and Abu Lahab. For their own motives and gains, these two men organized huge celebrations for the Prophet. Camels were even slaughtered,” MP for Machang Saifuddin Nasution told Harakahdaily.

“And yet in Islam, these are the two people who have committed the greatest crimes and sins against the Prophet and Islam. So to Umno, I urge to you to stop and repent. Learn from the Quran and do not get to the stage of Abu Jahal and Abu Lahab.”

The new Abu Jahals and Abu Lahabs


Indeed, the latest bid by Umno to paint Guan Eng as a cruel non-Muslim leader intent on wiping out Islamic lifestyle was led by Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, Youth chief Khairy Jamaluddin and his father-in-law Abdullah Badawi – the head of the Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Without checking the facts, the trio had rushed to endorse the ‘news’ spread by their Umno newspaper Utusan Melayu. And the purpose: to rally Malay support against the Pakatan Rakyat in Penang.

“The procession is not even part of the 'sunnah' (practice) of the Prophet or his companions. It was an innovation created by Muslim Malays in the Nusantara region. As such, even if there were letters (from Guan Eng’s administration) purporting to cancel the procession, it is okay,” another reader wrote.

“Ask the Perlis government if it has such bid'ah (innovated) processions. Ask Asri Zainal Abidin, the former Perlis mufti if such a procession is part of the Islamic tradition. Please, Khairy Jamaluddin and Utusan Malaysia - don't go for sensationalism and short-term gains.”

Special prayers, never procession in Kelantan


Even in the predominantly Muslim state of Kelantan, the PAS-led government has never staged any processions for the Prophet’s birthday. Instead, it traditionally holds religious lectures, followed by special prayers.

"The state government has never felt the need to hold any processions for the past 20 years. What for when there are better ways to show our gratitude to the Prophet? For example, special prayers to unite us spiritually and lectures by religious experts to make sure that all Muslims are reminded and properly educated on the true teachings of Islam," Wan Rahim Wan Abdullah, the Kota Bharu MP, told Harakahdaily.

"What happened in Penang is actually a good example of how Islam can be twisted by unscrupulous politicians. But that is Umno and the Malaysian people - Muslims and non-Muslims - should not be fooled anymore because these people have been playing the racial and religious card for 52 years."

According to Kelantan Deputy Mentri Besar Ahmad Yaakob, the special prayers will be held at the Sultan Muhamamd IV stadium this year. He said as usual, mosques throughout the state would be allowed to carry out processions organized by their congregations, but there would not be any state-sponsored march.

“Let’s get the facts straight. True Islam is to follow the teachings of the Prophet correctly. It is absolutely wrong of Umno to imply that by not holding a procession on the Prophet’s birthday, it would be anti-Islam and a move to marginalize Malay rights. That is really getting too extreme and very racist,” Saifuddin said.

“I have lived in Kelantan for decades. Here, how we celebrate His birthday is through sincere devotion and special prayers. Even Kelantan Umno knows this. They definitely won’t dare to be funny in Kelantan because this is the heartland of the believers.”

Mokhzani Mahathir antara 20 terkaya di M'sia..ha..ha..anak saya pandai berniaga.! adik saya pandai berniaga.! Hangpa tak pandai..sebab tu kena jual.!

Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini - 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

Apa yang dibuat lebih fasih dari apa yang dijerit


Kalau hampa Umno atau pro-perpaduang, hampa bantailah cukup-cukup yang di bawah ni. Bantai dalam blog hampa sendiri. Jangan dok berletiaq di sini. Aku malas nak moderate komen.

(Copy and paste tanpa izin dan dengan ucapan terima kasih dari "Lim Guan Eng anti-Malay?" Malaysia Today 16/2/10)

Is Najib on his way out Part 1& 2?

By Greg Lopez Part 1.

In recent months several events point to familiar UMNO (United Malay National Organisation) intrigue. This occurs whenever there is a tussle for power at the highest level. Is Muhyiddin (who just launched his blog – Muhyiddin Yassin for Malaysia), Prime Minister Najib’s Deputy, attempting to overthrow his boss? Najib, who only came into power in April of 2009, is in real danger of not completing a term as Prime Minister.

Muhyiddin has taken some tangential positions to his “boss”. Muhyiddin’s stance on hot button issues such as the “Allah” Court ruling — insisting that Christians drop the usage of the word “Allah” and backtracking on the formation of an inter-faith council to resolve the “Allah” issue through dialogue — were ominous. In fact, Muhyiddin demonstrated his fundamentalist credentials as soon as he became Deputy Prime Minister in April 2009 but strengthened them further in October 2009 (he made racist statements against Anwar Ibrahim), when it was clear that fundamentalists were gaining the upper hand in UMNO.

The context to this is simple — UMNO has two different views on how to remain in power — to become a Malay/Muslim extremist party to capture the Malay votes or to return to the middle ground — which had served it well for the past 52 years. Muhyiddin represents the first view while Najib the second. Unfortunately, due to Najib’s indecisiveness, he is considered the new “Pak Lah” (the former Prime Minister) while Muhyiddin is seen as the new “Mahathir”. Despite, Najib’s policy prescription of “Malay Leadership”, it appears that UMNO is still about “Malay Supremacy” as represented by Muhyiddin.

Najib’s 1Malaysia slogan and policy agenda has been systematically rubbished by UMNO hardliners with the support of key government Ministers such as Muhyiddin and Malay/Muslim civil servants and non-governmental organisations bent on ensuring continued “Malay Supremacy”.

Then there were the fire-bombings of places of worship (mostly Christian) after the “Allah” court ruling which shattered Malaysia’s facade as a peaceful nation where people of different faiths and races live harmoniously. Furthermore, a recent forum organised by JAKIM (the Islamic Development Department) blamed Christians for tensions in the country and a forum panellist threatened Christians with a repeat of May 13 (race riot organised by certain UMNO members after losing 2/3 majority in the Peninsula Malaysia in 1969) — a view which is supported by Muhyiddin but not Najib.

Several startling events point to insiders sabotaging Najib. The story of two missing jet engines which occurred during Najib’s tenure as Defence Minister surfaced after being “…solved…”. It was surprising that the scandal resurfaced under the eyes of Najib’s once trusted ally, the current Minister of Defence, Ahmad Zahid Hamidi. Since the scandal broke, two individuals, believed to be scapegoats have been charged.

The biggest set-back came a few days ago when the Prime Minister’s special aide, Nasir Safar , allegedly called ancestors of Malaysians of Indian heritage beggars and thieves and women ancestors of Malaysian Chinese prostitutes. This happened at, of all places, a 1Malaysia forum attended by the UMNO’s partners from the Barisan Nasional. Nasir also threatened to revoke the citizenship of non-Malays who challenged the limit of 12 subjects that a student can take at the SPM (Malaysia’s equivalent to O-level) examinations (Muhyiddin is the current Education Minister who came up with this ruling which reduces the value of subjects such as Tamil, Mandarin and Bible Knowledge).

Several commentators have already suggested that Najib is facing unprecedented resistance to his reform agenda and is being sabotaged in the process (read here) as his middle of the road approach goes against the very being of UMNO.

Najib’s position is weak — both in UMNO and nationally. His ruling coalition is unstable with all key component parties facing leadership crises. The economy continues to falter and Malaysia’s weakening reserves suggests capital flight. Anwar’s Sodomy Trial and the “Allah” issue may drive moderates further away as fundamentalists push UMNO further to the right. Judging by previous UMNO intrigue (e.g. May 13, 1969; Operasi Lalang, October 1987; Reformasi, September 1998), it is likely that Najib will have to resort to underhand tactics to save his position in UMNO — and as always it is innocent Malaysians — mostly likely opposition leaders and democracy that will pay the price.

Part 2.

In recent months several events point to familiar UMNO (United Malay National Organisation) intrigue. This occurs whenever there is a tussle for power at the highest level. Is Muhyiddin (who just launched his blog – Muhyiddin Yassin for Malaysia), Prime Minister Najib’s Deputy, attempting to overthrow his boss? Najib, who only came into power in April of 2009, is in real danger of not completing a term as Prime Minister.

Muhyiddin has taken some tangential positions to his “boss”. Muhyiddin’s stance on hot button issues such as the “Allah” Court ruling — insisting that Christians drop the usage of the word “Allah” and backtracking on the formation of an inter-faith council to resolve the “Allah” issue through dialogue — were ominous. In fact, Muhyiddin demonstrated his fundamentalist credentials as soon as he became Deputy Prime Minister in April 2009 but strengthened them further in October 2009 (he made racist statements against Anwar Ibrahim), when it was clear that fundamentalists were gaining the upper hand in UMNO.

The context to this is simple — UMNO has two different views on how to remain in power — to become a Malay/Muslim extremist party to capture the Malay votes or to return to the middle ground — which had served it well for the past 52 years. Muhyiddin represents the first view while Najib the second. Unfortunately, due to Najib’s indecisiveness, he is considered the new “Pak Lah” (the former Prime Minister) while Muhyiddin is seen as the new “Mahathir”. Despite, Najib’s policy prescription of “Malay Leadership”, it appears that UMNO is still about “Malay Supremacy” as represented by Muhyiddin.

Najib’s 1Malaysia slogan and policy agenda has been systematically rubbished by UMNO hardliners with the support of key government Ministers such as Muhyiddin and Malay/Muslim civil servants and non-governmental organisations bent on ensuring continued “Malay Supremacy”.

Then there were the fire-bombings of places of worship (mostly Christian) after the “Allah” court ruling which shattered Malaysia’s facade as a peaceful nation where people of different faiths and races live harmoniously. Furthermore, a recent forum organised by JAKIM (the Islamic Development Department) blamed Christians for tensions in the country and a forum panellist threatened Christians with a repeat of May 13 (race riot organised by certain UMNO members after losing 2/3 majority in the Peninsula Malaysia in 1969) — a view which is supported by Muhyiddin but not Najib.

Several startling events point to insiders sabotaging Najib. The story of two missing jet engines which occurred during Najib’s tenure as Defence Minister surfaced after being “…solved…”. It was surprising that the scandal resurfaced under the eyes of Najib’s once trusted ally, the current Minister of Defence, Ahmad Zahid Hamidi. Since the scandal broke, two individuals, believed to be scapegoats have been charged.

The biggest set-back came a few days ago when the Prime Minister’s special aide, Nasir Safar , allegedly called ancestors of Malaysians of Indian heritage beggars and thieves and women ancestors of Malaysian Chinese prostitutes. This happened at, of all places, a 1Malaysia forum attended by the UMNO’s partners from the Barisan Nasional. Nasir also threatened to revoke the citizenship of non-Malays who challenged the limit of 12 subjects that a student can take at the SPM (Malaysia’s equivalent to O-level) examinations (Muhyiddin is the current Education Minister who came up with this ruling which reduces the value of subjects such as Tamil, Mandarin and Bible Knowledge).

Several commentators have already suggested that Najib is facing unprecedented resistance to his reform agenda and is being sabotaged in the process (read here) as his middle of the road approach goes against the very being of UMNO.

Najib’s position is weak — both in UMNO and nationally. His ruling coalition is unstable with all key component parties facing leadership crises. The economy continues to falter and Malaysia’s weakening reserves suggests capital flight. Anwar’s Sodomy Trial and the “Allah” issue may drive moderates further away as fundamentalists push UMNO further to the right. Judging by previous UMNO intrigue (e.g. May 13, 1969; Operasi Lalang, October 1987; Reformasi, September 1998), it is likely that Najib will have to resort to underhand tactics to save his position in UMNO — and as always it is innocent Malaysians — mostly likely opposition leaders and democracy that will pay the price.