Isnin, 15 Februari 2010

Hj. Mohamad Pesuruhjaya PAS WP Sudah Ditemui

Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor Kali didapati hilang dan tidak dapt dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhaddan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

MenurutLo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, selepasnya beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.-

Mampukah PKR melahirkan beribu-ribu 'Anwar'??


Masa bercinta, semuamya indah belaka. Ketiak hangit masam, hmmm... wangi baunya. Kentut bau pekung pun.... haruuuummm baunya. Isy..... semuanya okay dan baik belaka ler. Tiada cacat dan tiada pula celanya.
Tetapi apabila terkenyut, mak kau.... semua keluar macam lahar keluar dari gunung berapi meletup. Segala yang ada dalam isi perut, semua dihambur keluar. Pijor... panas... busuk!! Fuuhhh... berasap yop!!

Lepas bercerai, mula ler.... kata-mengata, ungkit-mengungkit, tuduh-menuduh, sangkal-menyangkal, dedah-mendedah dan saman-menyaman. Ada jer yang tak kena.

Ini berlaku dalam rumah tangga sebenar dan juga 'rumah tangga' politik. Keadaan ini banyak menimpa PKR. Semua tahu... yang PKR ialah parti yang ditubuhkan selepas Anwar dipecat dan dizalimi. Jadi... banyak yang menyertainya ialah pengikut setianya di dalam UMNO. Later on.. barulah dikuti mereka yang berada di dalam NGO serta lain-lain pencinta keadilan dan kemudian PRM pulak bergabung dengan PKR.

Kini... PKR adalah sebuah parti multi-racial yang memperjuangkan keadilan bagi semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Keadilan for all. Itu teras perjuangannya. Namun... PKR sering dilanda masalah.... terutama masalah yang dibawa oleh species ber'gen' katak. Species ini kebanyakannya adalah mereka yang asalnya UMNO.... species yang 'blurr'. Mereka sebenarnya tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu. Apabila tak puas hati dan marahkan UMNO... mereka menyertai PKR. Tetapi... apabila kemahuan dan naluri hati, tidak boleh gam dengan dasar yang ditetapkan parti, jiwa mereka mula bergelora, memberontak dan transform jadi katak.

Sepatutnya, apabila buat keputusan untuk sertai PKR, mereka kena terima, adapt dan serasikan diri dengan prinsip dan dasar yang telah ditetapkan oleh parti... bukan, parti yang terpaksa 'give in' dengan menurut kehendak dan naluri hati mereka. Prinsip dan dasar parti mesti menjadi priority untuk dipelihara, sebab ia melibatkan intergriti dan kredibilti parti itu. Sapa nak hormat parti yang takda integriti. Sebab itu, ketegasan dalam mempertahankan prinsip dan dasar tidak boleh dikompromi dan mesti diberi keutamaan.

Malangnya... banyak bekas UMNO yang berada dalam PKR tidak ada qualiti ini. Sikap dan sifat ke'UMNO'uan mereka masih menebal. Mereka 'lack' kekuatan jiwa... kekuatan iman untuk menahan nafsu serakah untuk menjadi kaya. Mereka tengok orang UMNO hidup mewah, mereka kecewa... mereka mahu mewah sama. Mau tak mau.... akibat tak terdaya, terpaksa ikut rasa hati. Mereka lupa pada kata-kata orang tua. Ikut rasa.. binasa, ikut hati... mati. Dan... samdol-samdol yang seperti ini, karier politik mereka pasti akan binasa dan mati!! Mereka tidak dapat pergi jauh... dalam politik.

Species-species inilah yang selalu lupa pada prinsip dan idealisme perjuangan. Mereka merelakan diri mereka menjadi katak dan mengkhianati parti dan rakyat yang mengundi mereka. Mereka lupa yang rakyat pilih mereka atas dasar parti dan bukan atas kapasiti mereka sebagai seorang individu. Rakyat bukan bodoh. Apa seorang individu bebas dapat buat untuk perjuangkan nasib rakyat. United we stand!! Sebab itu, mereka pilih calon yang bernaung di bawah satu gagasan, baik Barisan Nasional, mau pun Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun... untuk men'justify'kan tindakan mereka menjadi katak dan melompat, para pemimpin atasan kerap menjadi sasaran untuk mereka persalahkan. Prinsip dan dasar parti diperkotak-katikkan. Ada saja yang tak kena.... ada saja yang tak betul. Kalau dulu harum sokmo baunya, kini.... bau pekung penggantinya. Inilah dia sikap pengkhianat durjana yang tidak ada arah tuju perjuangan dan tidak boleh dipercayai.

PKR sedar hakikat, ini tapi apa boleh buat. Suka atau tak suka, terpaksalah hadapi. Kecewa dengan sikap sang katak...?? Oh... itu pasti ada. Tetapi... merelakan pemergian mereka, itu lebih bermakna. Daripada parti terus dicemari imejnya dan terus dikhianati, lebih baik species anggota yang ada gen katak ini,meninggalkan parti. Parti akan lebih teguh... lebih kukuh... lebih dihormati dan lebih digeruni kawan dan lawan. Individu tak penting.... Yang penting, parti.

Ini merupakan satu cabaran kepada PKR. Di samping menerima masuk ahli-ahlinya, PKR mesti mentarbiahkan mereka supaya mereka menjadi pejuang rakyat yang sejati. Jika tidak.... slogan, "Satu Anwar jatuh, beribu Anwar akan bangun" akan hanya tinggal slogan yang akan ditertawa dan dipersendakankan orang. Kita tidak mahu melahirkan 'klon' Anwar tetapi kita mahu lahirkan anggota PKR yang ada 'semangat' Anwar. Ya... semangat juang serta tahan diuji seperti Anwar.

Persoalannya...mampukah PKR melahirkan beribu-ribu 'Anwar' yang benar-benar bersemangat serta istiqamah pada prinsip dan idealisme perjuangan??

Walaupun sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan kerenah ahlinya, PKR yang masih muda.... mempunyai masa depan yang cerah. Sebagai parti yang berbilang kaum dengan gasar perjuangan menegakkan keadilan bagi semua rakyat, maka perjuangannya amat relevan bagi iklim demokgrafik di Malaysia. Malah.... ia semakin mendapat banyak sokongan. Tetapi.... PKR mesti mampu menangani masalah dalamannya dengan cara berhemah.

Dan... keluarnya gunting-gunting dalam lipatan serta anasir-anasir perosak dalam parti, ibarat semakin terpadamnya api... dalam sekam PKR. Ini baik untuk proses pembersihan yang amat diperlukan oleh PKR. Oleh itu, saranan supaya mana-mana anggota yang rasa 'panas bontot' berada dalam PKR supaya keluar segera... bertepatan sekali dan amat dialu-alukan. Keluar... keluar... the sooner, the better!!

So... sekarang tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanya akai, bukak pintu hati dan tanya... nak pi atau tak mau pi. Kalau nak pi... pi la ni. Kalau tak mau pi.... ikut dasar dan prinsip parti. Its so easy.... as easy as ABC??

Esok-esok... kalau nak jadi katak, jangan salahkan parti... jangan salahkan pemimpin parti!!

Kes Anwar: Australia diminta hormati undang-undang M'sia

Komuniti asing diminta supaya menghormati undang-undang Malaysia memandangkan negara ini sentiasa menggalakkan rasa hormat kepada sistem perundangan negara lain, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan rasmi oleh anggota parlimen Australia yang menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mungkin di sesetengah negara, tindakan tertentu oleh seseorang itu adalah sah," kata Shafie yang juga pengerusi Persatuan Anggota-anggota Parlimen Komanwel.

"Bagaimanapun di Malaysia, ia menyalahi undang-undang dan pelakunya harus dihadapkan ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Negara lain, katanya, terutamanya anggota Komanwel, perlu berfikir dengan mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung cara sesebuah negara itu menangani tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang negara berkenaan.

"Sebagai pengerusi persatuan dan juga seorang anggota parlimen, saya berasa sangat kecewa kerana Australia mencampuri perlembagaan kita. Mereka tidak patut mempolitikkan undang-undang yang seharusnya dihormati di negara ini.

"Apa yang akan terjadi, katakanlah seseorang itu melanggar undang-undang di Australia, dan kita mendesak supaya orang berkenaan dibebaskan? Sudah tentu Anggota Parlimen di Australia akan marah," katanya.

Mengenai penculikan dua pekerja ladang rumpai laut di Pulau Sebangkat, dekat Semporna pada 8 Februari, Shafie berkata tiada laporan daripada polis bahawa insiden itu mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas dari selatan Filipina.

Shafie, yang juga anggota parlimen Semporna berkata, satu-satunya perkara yang membimbangkan beliau mengenai insiden itu adalah ia kelihatan seperti satu jenaka dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melakukannya.

"Setahu kami, penduduk di sana masih berasa selamat. Tiada sebarang tanda bahawa masyarakat menjauhkan diri disebabkan insiden itu dan ia juga tidak menghalang pelancong untuk datang.

"Sungguhpun begitu, saya mesti tegaskan bahawa situasi tenang sekarang tidak sepatutnya diambil mudah dan keselamatan serta pemantauan mesti ditingkatkan di semua peringkat," katanya.

- Bernama

Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi

Fansurina Abdullah
Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.

"Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia," katanya kepada TV Selangor.

Azmin berharap pandangan antarabangsa itu tidak dilihat sebagai campur tangan kerana Malaysia juga sering menegur negara dalam dalam isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Beliau menyifatkan pemimpin UMNO-BN hanya nampak 'kuman di seberang lautan' sedangkan 'gajah di hadapan mata tidak nampak', semata-mata mahu mempertahan kedudukan dan pangkat mereka.

Malah, Ahli Parlimen Gombak itu percaya pandangan masyarakat antarabangsa itu turut dikongsi bersama majoriti rakyat Malaysia yang melihat pertuduhan kes berkenaan sebagai konspirasi kedua.

"Jangan kita melihat masyarakat antarabangsa sahaja membantah, malahan rakyat Malaysia, majoritinya sudah jemu dan muak dengan fitnah Umno-BN.

"Malangnya suara rakyat Malaysia sudah ditutup dan dinafikan seolah-olah tidak ada sesiapa boleh bersuara," katanya.

Cikgu makan nasi bungkus

Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan Kementerian Pelajaran. Ini berikutan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia berikutan krisis kegawatan ekonomi.

Maka mungkin ada komen dan ulasan, guru di Malaysia patut bersyukur kerana masih lagi diberi makanan ketika berkursus berbanding dengan guru di beberapa negara lain yang tak diberi makan langsung!

Bagi saya jika benar keadaan negara berada dalam gawat semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu menerima hakikat dasar penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Tapi apa yang saya pelik dalam masa yang sama ketika guru-guru disuruh makan nasi bungkus, kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan pengurusan kewangan yang tak masuk akal.

Misalnya, gaji dan elaun polis meningkat berkali ganda ketika perkhidmatan kerajaan lain disuruh berjimat cermat dan perbelanjaan mengurus dipotong. Ada yang berkata, bersyukur dan tak usah berdengki itu dah rezeki polis.

Ini bukan soal dengki dan sebagainya. Saudara mara saya ada yang jadi pegawai kanan polis. Malah dengan pendapatan saya sekeluarga sekarang mencecah lima angka, apa yang diperolehi lebih dari cukup,Allahamdullillah.

Apa yang saya perhatikan kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan boros. Contoh program Juara Rakyat yang dijadikan road show ke seluruh negara yang merupakan agenda Umno yang menggunakan duit rakyat sesuka hati.
Kos puluhan ribu ringgit untuk mengangkut orang ramai, makan minum, promosi dan persiapan tempat. Program berkenaan adalah program Umno kenapa perlu kerah dan paksa kakitangan kerajaan ke program berkenaan?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran buat-buat terkejut apabila kajian menunjukkan 60 % pelajaran Tahun 1 tidak menguasai 3M.

Kenapa nak buat-buat terkejut, bukankkah kerajaan dah habis lebih 5 bilion untuk laksanakan PPSMI? Sibuk sangat dengan bahasa inggeris sehingga ramai murid Tahun 1 yang pastinya majoriti anak Melayu masih lagi buta huruf.

Apabila murid tak kuasai 3M, guru dikritik kerana tak laksanakan tanggungjawab. Kesian pada cikgu-cikgu sentiasa jadi mangsa bila sesuatu program Kementerian Pelajaran kerajaan 1Malaysia menemui kegagalan.

Kepada cikgu-cikgu yang sanggup ke pedalaman, berpisah dan berjauhan dengan suami isteri dan anak tercinta, bawa kerja ke sekolah sehingga ke rumah dan seringkali terpaksa mengorbankan cuti untuk melaksanakan tugas mendidik anak bangsa bersyukurlah kerana masih lagi dapat makan nasi bungkus!

Kerajaan akan bawa balik besi buruk? - Anak Malaysia

Mengikut laporan Malaysia AG akan ke Uruguay untuk membawa pulang enjin Jet yang ditemui semula di sana. Enjin itu difahamkan disedari hilang setelah setahun.

SANGAT PELIK bagaimana barang keselamatan yang bukan sebesar jed Cina atau sepanjang sebilah keris tak bersarung tidak disedari kehilangannya. Itulah kepelikan dalam negeriku.

Apa yang membimbangkan kita ialah ketelusan soal keselamatan negara. Kebocoran maklumat sulit dan kebocoran serta kerosakan kepada kapal tak boleh selam yang baru diterima negara.

Walaupun pihak kerajaan sering berdalih untuk mengurangkan kebimbangan rakyat, namun fakta tidak boleh dinafikan.

Apabila enjin jet yang didakwa hilang dianggarkan bernilai lebih 50 juta, kerajaan telah mengeluarkan nilai sebenar hanya sekitar RM 303570 sahaja.
Apakah lojik dan waras di akal nilai enjin itu hanya tak sampai setengah juta telah dirompak dan dilarikan hingga ke Uruguay. Berapa pula kos mengeluarkan enjin tersebut secara senyap dari perairan negara? Ia bukan dilarikan ke Siam yang mungkin hanya memerlukan kos RM1000.

Kalau itulah angka sebenar, sahlah pencuri tersebut terlalu BODOH . Ia bukan kerja seorang. Ia kerja antarabangsa. Dan kalau benarlah itu angkanya...bererti alatan keselamatan negara begitu rendah harganya berbanding harga dibeli sebelum ini.

Apakah memang negara membeli barangan yang rendah harganya dan dibeli dengan harga yang mahal? Harga sebenar hanya diketahui apabila ia di jual sebagai barang terpakai. Sama seperti seorang yang membeli barangan tiruan dengan harga yang mahal... bila nak di hantar ke pajak gadai baru diketahui nilai sebenar.

Jika pula harganya memang semurah itu, ia bukan diukur dari sudut harga... persoalannya sekarang ialah kelemahan sistem pertahanan negara. kehilangan itu berkait dengan maruah negara dan nilaian antarabangsa terhadap tahap kekuatan pertahanan negara.

Kalau di negara luar, pastinya menteri pertahanan dituntut meletakkan jawatan... masalahnya menteri pertahanan itulah yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia.... bererti Malaysia sekarang dipimpin oleh seorang yang terlalu lemah dan gagal menjaga keselamatan negara!

Fakta nilai itu mungkin tepat. Sebab itulah kapal tak boleh selam yang dibeli dengan harga yang mahal telahpun mengalami kerosakan. Menteri pertahanan sekali lagi menenangkan rakyat bahawa kerosakannya adalah kecil.
Walau sekecil manapun ia dianggap tidak berkualiti. Berbaloikah harga yang mahal untuk barang yang tak berkualiti???

Kapal Selam bukan barang aksesori untuk dipertontonkan, ia adalah alatan keselamatan yang membabitkan maruah negara. Kalau Honda dan Toyota dilaporkan baru baru ini menarik kereta keluaran mereka kerana ada beberapa masalah teknikal, mungkin ia dianggap wajar.

Namun kerosakan alatan keselamatan adalah memalukan. Syarikat pembekal bukan hanya mesti membaikinya semula kerana dalam tempoh jaminan tetapi wajar membayar ganti rugi dan kerajaan sepatutnya menyaman syarikat pembekal kerana mendedahkan negara kepada bahaya.

Kalau kereta kita kemalangan, syarikat insuran bukan hanya menanggung kos kerosakan tetapi juga kos keperluan kenderaan kita sepanjang tempoh pembaikan. bagaimana dengan kapal selam ini?

Apakah ada perkara yang dibimbangi terbongkar jika syarikat pembekal di saman kerana kerosakan? Kita mampu menduganya.

Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.

Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

"Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Tak Perlu Sambut Maulud - TGNA,,,Ha..kita tunggu serangan dan sumpah seranah UMNO@BN pulak pasal nie..!!!

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum.

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur.

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina.

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya.

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam.

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam.

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi.

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya. -SH

Protes Facebook desak Zahrain kosongkan kerusi Bayan Baru

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.

Kumpulan itu mendesak Zahrain (gambar), bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

Surat terbuka kepada Zahrain yang disertakan dalam ruangan Facebook itu menyebut, “pada 8 Mac 2008, kami mengundi anda sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR bagi bahagian pilihan raya Bayan Baru. Anda mewakili PKR dan bertanding atas tiket PKR pada masa itu.”

“Pada 12 Feb 2010, anda mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan bahawa kini sebagai Ahli Parlimen Bebas. Oleh itu, anda telah melepaskan mandat untuk mewakili kami memandangkan kami mengundi anda atas tiket PKR.

“Sebagai pengundi yang mengundi anda, kami menggesa anda mengosokongkan kerusi Bayan Baru dan mendapatkan mandat baru untuk mewakili kami sebagai wakil rakyat bebas.

“Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa kami sebagai pembayar cukai, membayar elaun dan imbuhan anda sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana anda bukan lagi mewakili kami, kami meminta anda meletakkan jawatan dengan segera.”

Pada Jumaat lalu, Zahrain berkata beliau membuat keputusan itu kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Bagaimanapun beliau sudah menegaskan bahawa akan kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mencabar Zahrain dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR yang pernah keluar parti itu agar mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil mereka.

Maulidur Rasul: PAS personal sikap bisu Umno sebelum PRU-12

KUALA LUMPUR, Feb 15 — PAS mempersoalkan keiklasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.

Justeru Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

“Ada beberapa negeri lain yang pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebelum ini, tetapi saya tiada maklumat yang tepat.

“Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Mahfuz juga berkata, Islam tidak mewajibkan umatnya mengadakan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

“Yang diwajibkan ialah umat Islam mengikut apa yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad, perarakan bukan satu kemestian,” katanya.

Oleh itu soal beliau, apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad kemudian menolak apa yang diperintahkan baginda.

“...rasuah, sapu duit rakyat dan salah guna kuasa.

“Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunah Nabi?” soal beliau.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai “perbuatan menghalalkan cara.”

“Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara,” katanya.

Dalam hal ini, Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim.

“Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Lim sudah pun menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri ini tahun ini, malahan pelbagai program telah diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Feb.

Lim berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

SU politik Nor Yakcob letak jawatan..Ayo yo letak jawatan leh settle ma....!!! Dalam 2 Minggu Nie Kes Dari JPM Letak Jawatan Le... PM bila lak..????

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan
jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Najib - Atlantuya & Saiful - Anwar: 1Malaysia Gila..!

Wisma Putra telah diarah memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 50 orang Ahli Parlimen Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana beliau percaya kesemua Ahli Parlimen Australia terbabit tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.
"Pihak Wisma Putra telah diminta untuk menghubungi kesemua Ahli Parlimen Australia berkenaan bagi tujuan menjelaskan kedudukan sebenar kes tuduhan liwat melibatkan Anwar".

"Saya sebenarnya percaya yang kesemua Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes ini,".
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan berhubung tindakan 50 penggubal undang-undang Australia baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

TPU - Bila Najib nak arahkan Wisma Putra bagi penjelasan untuk kes Atlantuya Shaariibuu pulak..? ramai jugak yang tak tahu kedudukan sebenar dan ramai yang nak tahu apa kedudukan sebenar kes tu...

Ramai yang nak tau sejauh mana penglibatan PM sendiri dalam kes tu, ramai yang nak tau sejauh mana penglibatan BikMama dalam kes tu...

Ramai yang nak tau macam mana rekod kemasukan Atlantuya Shaariibuu dekat Imigresen tu boleh hilang...

Ramai yang nak tau macam mana dan siapa yang keluarkan bom c4 dari stor bahan letupan PDRM...

Ramai yang nak tau SEBAB apa Atlantuya dibunuh sebegitu rupa oleh yang kene tuduh dan dah dijatuhkan hukuman tu...

Setiap kejadian pasti bersebab, pembunuhan Atlantuya jugak mestilah bersebab... sebab apa..? tak kan orang yang tak de masalah mental boleh bunuh Atlantuya TANPA SEBAB..?

SEBAB APA..?

HARI 6 - 7 April 2003 (Bahagian 1)

Hujah utama Peguam Negara berkenaan keterangan saksi utamanya, Azizan Abu Bakar (yang mendakwa diliwat) yang berubah-ubah adalah keterangannya yang sering berubah itu tidak menunjukkan bahawa dia tidak boleh dipercayai ataupun bahawa keterangannya tidak kredibel.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Pendakwa mengenepikan isu; menjawab tanpa menjawab

Peguam Negara, Abdul Gani Patail tampil pada hari keenam perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja bagi menghujahkan kes responden (Pendakwa).

Hari ini adalah hari pertama bagi 'pihak yang satu lagi’ menjawab pelbagai tuduhan yang dibuat oleh perayu (Pembelaan) sepanjang lima hari sebelumnya, iaitu berhubung dengan perilaku hakim perbicaraan, Peguam Negara, Pendakwa, polis dan ramai lagi.

Mahkamah penuh sesak dengan orang awam dan penyokong Reformasi yang sanggup berbaris selama lebih daripada dua jam ‘sebelum masa pembukaan' bagi memastikan mereka dapat masuk ke dalam mahkamah. ‘Kuota’ yang disediakan memang terlalu sedikit - hanya sepuluh bagi wakil media, dua puluh bagi ahli keluarga, dan bakinya bagi orang awam.

Perkara yang paling dinanti-nantikan oleh setiap orang adalah bagaimanakah Pendakwa akan menjawab segala tuduhan Mala Fide, konspirasi, pertuduhan yang direka-reka, penyeksaan polis, ugutan, pemerasan, bukti-bukti palsu, keterangan yang bercanggah, dan segala elemen yang hanya dapat ditontoni dalam filem-filem Hollywood.

Pengemukaan selama lima hari sepanjang dua minggu yang lalu oleh Pembelaan benar-benar mengujakan. Tentu sahaja Pendakwa akan menambahkan keterujaan kepada perbicaraan rayuan yang paling panas di Malaysia pada abad ini.

Tetapi sayangnya harapan tinggal harapan. Kebanyakan orang terpaksa bertarung dengan rasa mengantuk. Kalaulah mereka terpaksa membayar untuk masuk, maka sudah pasti mereka akan menuntut agar wang mereka dikembalikan. Ini kerana konsert akhir tahun tadika pun lebih menyeronokkan daripada penghujahan Pendakwa. Bak kata pepatah, 'Indah khabar dari rupa'.

Ya, itulah hakikatnya; amat mengecewakan, antiklimaks, tiada persaingan langsung. Usaha lemah mereka membabitkan tindakan memetik peristiwa-peristiwa lepas dan lain-lain penghakiman di India dan England. Pada masa yang sama, Pendakwa tidak pun menjawab ataupun menafikan tuduhan yang dibuat Pembelaan.

Adalah jelas bahawa Pendakwa cuba menggunakan hujah teknikal bagi memenangi perbicaraan ini. Mereka berharap bahawa para hakim akan bersetuju dengan hujah mereka bahawa mereka tidak perlu menjawab ataupun menafikan tuduhan-tuduhan itu, tetapi bahawa tuduhan-tuduhan berkenaan tidak perlu dipertimbangkan sama sekali.

Ringkasnya, para hakim diminta untuk mengabaikan semua tuduhan yang dibuat dan menetapkan bahawa segala hujah Pembelaan adalah tidak relevan.

Ya, mereka mengharapkan ‘bantuan’ pernyataan "tak relevan", sebagaimana yang selalu digunakan oleh hakim perbicaraan sebelum itu, yang mana ia membantu mereka setiap kali Pembelaan berjaya mematahkan hujah mereka.

Pendakwa tahu bahawa mereka takkan mampu mematahkan hujah Pembelaan. Jadi, mereka hanya mengatakan bahawa segala sesuatu yang dikemukakan oleh Pembelaan selama lima hari pertama perbicaraan seharusnya dianggap sebagai tidak relevan dan tidak perlu dipertimbangkan. Dengan cara ini, maka dengan sekelip mata, keseluruhan hujah Pembelaan dapat dibuang begitu sahaja.

Kini, mari kita soroti hujah-hujah Pendakwa.

Keterangan yang tidak konsisten tidak membuktikan bahawa saksi seorang pembohong

Hujah utama Peguam Negara berkenaan keterangan saksi utamanya, Azizan Abu Bakar (yang mendakwa diliwat) yang berubah-ubah adalah keterangannya yang sering berubah tidak menunjukkan bahawa dia tidak boleh dipercayai ataupun bahawa keterangannya tidak kredibel.

"Isu utama rayuan ini adalah kebolehpercayaan Azizan," kata Peguam Negara. "Ini adalah isu yang paling penting bagi kedua-dua Pendakwa dan Pembelaan, yang mana hujah Pendakwa adalah didasarkan hampir sepenuhnya pada keterangannya (Azizan) - dengan demikian, kebolehpercayaannya (dipersoalkan)."

"Perayu berhujah bahawa Azizan tidak kredibel atas alasan yang akan kita bincangkan kemudian."

"Persoalannya adalah apakah yang akan berlaku apabila terdapat perbezaan ataupun percanggahan dalam keterangan seseorang saksi. Adakah ia akan menyebabkan dia kurang kredibel dan menyebabkan keterangannya ditolak secara total?”

"Percanggahan pasti akan berlaku sekalipun oleh saksi yang jujur dan berkecuali, dan kebenaran mutlak berada di luar persepsi manusia."

Peguam Negara kemudiannya menambah, "Sifat pelupa dan kegagalan bagi mengingati peristiwa-peristiwa tertentu secara tepat, yang tampaknya tidak penting baginya (saksi), tidak semestinya menjejaskan kredibiliti ataupun menyebabkan lain-lain bahagian dalam keterangannya tidak boleh dipercayai.”

"Hakikat bahawa terdapat perbezaan dalam keterangan seorang saksi tidak terus menyebabkannya menjadi saksi yang tidak boleh dipercayai dan tidak sekaligus menyebabkan keseluruhan keterangannya ditolak.”

Ringkasnya, Peguam Negara bersetuju bahawa Azizan tidak konsisten. Tetapi menurutnya, ini tidak bermakna bahawa dia adalah saksi yang tidak boleh dipercayai. Ia (tidak konsisten) adalah perkara biasa dan dapat diterima. Malah menurutnya lagi, tiada manusia yang konsisten sepanjang masa.

Peguam Negara kemudiannya berkata bahawa perbezaan dalam keterangan Azizan tidak melibatkan perkara yang material. Jadi, perbezaan/percanggahan itu langsung tidak menjejaskan keutuhan hujah terhadap Anwar dan Sukma.

"Keseluruhan keterangan saksi hanya perlu ditolak apabila keterangannya berhubung dengan perkara bersifat material ataupun ketara begitu bertentangan, ambivalen dan menafikan.”

Berkenaan dengan percanggahan yang ‘tidak material’ ataupun ‘kecil’ itu, Pendakwa sebenarnya merujuk kepada:

1. Pengakuan Azizan bahawa dia TIDAK diliwat oleh Anwar Ibrahim, yang mana dia kemudiannya mengatakan bahawa dia diliwat.

2. Azizan mencanggahi dirinya sendiri ketika dia memberitahu polis bahawa dia diliwat pada Mei 1994, yang mana sebelum itu, dia mengatakan bahawa dia diliwat pada Mei 1992. Kemudian, dia berkata pula bahawa dia diliwat antara Januari dan Mac 1993.

3. Azizan berkata bahawa dia tidak ingat sama ada dia memberitahu polis bahawa dia diliwat pada tahun 1992 ataupun tidak. Selepas itu, dia mengaku pula bahawa dia PERNAH memberitahu polis mengenai perkara itu.

4. Hakim perbicaraan sendiri berkata bahawa Azizan adalah saksi yang suka mengelak yang enggan menjawab soalan-soalan yang mudah sekalipun.

Walaupun hakim sendiri berpendapat bahawa Azizan kelihatan tidak kredibel, namun Pendakwa berhujah bahawa percanggahan di atas tidak begitu penting bagi kes itu. Bahkan Pendakwa menjelaskan, "Azizan telah menjelaskan segala perkara yang didakwa sebagai percanggahan itu."

"Kalau pun ada ketidaksamaan ataupun percanggahan, ia tidaklah begitu ketara sehingga merosakkan asas pertuduhan ataupun menyimpang dari paksi utama hujah Pendakwa.”

"Insiden itu didakwa terjadi sekitar enam tahun lepas. Oleh sebab itu, ketidaksamaan memang dijangka. Tetapi itu tentu sahaja tidak bererti bahawa Azizan berbohong. Azizan adalah saksi yang jujur."

Peguam Negara menyimpulkan dengan mengatakan bahawa bahagian-bahagian di mana keterangan Azizan bercanggah tidak penting bagi kes ini. Azizan mungkin mencanggahi dirinya dari segi tarikh dan masa, tetapi tempat kejadian tetap sama.

Akan tetapi, Peguam Negara tidak pula mematahkan hujah berkenaan hakikat bahawa Anwar mempunyai alibi yang kuat berhubung dengan masa dan tarikh yang 'tidak penting itu', dan bahawa Anwar membuktikan bahawa dia tidak pernah berada di tempat kejadian. Peguam Negara hanya memusatkan hujahnya pada keterangan Azizan bahawa insiden itu berlaku di Tivoli Villa, dan dia (Azizan) sentiasa konsisten dari segi tempat kejadian. Jadi, menurut Peguam Negara, sudah tentulah insiden itu benar-benar berlaku, sekalipun Azizan tidak dapat menyatakan tarikh dan masanya secara jelas, dan Pendakwa tidak berjaya menidakkan alibi Anwar.

Alasan yang diberikan atas tindakan Azizan mencanggahi dirinya sendiri adalah kerana dia menjadi keliru apabila terpaksa menjawab begitu banyak soalan dan juga kerana dia tidak berpendidikan tinggi. Oleh yang demikian, dia tidak dapat diharapkan untuk mempamerkan sifat konsisten.

Mengata orang, dia yang lebih!

Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO.


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Rais Yatim adalah salah seorang pelopor Semangat 46, iaitu musuh UMNO baru pada tahun 1988. Pada waktu itu, Rais, Ibrahim Ali, dan ramai lagi pemimpin Semangat 46 berkata bahawa jika mereka mati hidup semula sekalipun, mereka takkan kembali kepada UMNO. Mereka kata bahawa mereka takkan jilat balik ludah mereka. Mereka juga kata bahawa apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggal dunia nanti, mereka akan kencing di atas kuburnya.

Rais adalah antara individu yang mengatakan semua ini. Tetapi dia kemudiannya menyertai semula UMNO di ketika Dr. Mahathir masih merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Nampaknya, si Rais menjilat kembali ludahnya sendiri dan dia tak pula perlu mati hidup semula sebelum kembali kepada UMNO.

Rais mendapat ijazah kedoktorannya berasaskan tesis yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apabila dia kemudiannya ditanya tentang sebab dia menukar pendiriannya dan menyokong ISA sedangkan pada mulanya, dia menentangnya, malah mendapat ijazah kedoktoran berasaskan tesis yang menentang ISA, dia menjawab bahawa tesis itu hanyalah suatu 'latihan akademik' dan tidak menggambarkan pendiriannya.

Sepanjang pembabitannya dalam Semangat 46, Rais dan gengnya pergi ke seluruh pelusuk negara dan menyampaikan ceramah yang menghentam UMNO dan Dr Mahathir. Mereka mengatakan bahawa UMNO dan Dr. Mahathir telah menghina Raja-raja Melayu dan menghakis kuasa mereka. Kata Rais, UMNO dan Dr. Mahathir adalah pengkhianat Raja-raja dan bangsa Melayu.

Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman membenci UMNO. Dia enggan menyertai semula UMNO dan meninggal dunia sebagai ahli Semangat 46. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga Malaysia yang juga enggan menyertai semula UMNO dan tidak meninggal dunia sebagai ahli UMNO.

Rais pun samalah, yang mana dia mengatakan bahawa dia lebih rela mati daripada kembali kepada UMNO. Walau bagaimanapun, hari ni, dia bukan saja ahli UMNO, tetapi juga adalah seorang menteri dan juga 'jurucakap' bagi parti itu.

Terdapat ramai orang dahulunya dalam Semangat 46 ataupun Parti Keadilan Rakyat yang mendendangkan retorik yang sama. Contohnya, Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya pergi ke seluruh negara dan melakukan sumpah yang dipanggil Sumpah Keramat. Sumpah Keramat yang mereka ambil adalah sumpah atas nama Allah bahawa mereka TAKKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi mereka adalah menghapuskan UMNO.

Mereka bersumpah dengan nama Tuhan bahawa mereka takkan menyertai semula UMNO. Misi mereka adalah menghancurkan UMNO. Tetapi hari ni, mereka semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Nampaknya, Sumpah Keramat mereka hanya sekadar sumpah kosong semata-mata.

Saya pernah melakukan rakaman video ke atas ibu Ezam, di mana dia mengatakan bahawa dia akan mengutuk anaknya jika dia menyertai semula UMNO. Saya menghasilkan VCD temubual tu dan mengedarkannya ke seluruh Malaysia.

Bagi orang Melayu, sumpahan seorang ibu adalah perkara yang sangat serius kerana mereka percaya bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Tetapi Ezam dan sebahagian besar daripada EXCO Pemudanya yang melakukan Sumpah Keramat itu akhirnya menyertai semula UMNO.

Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO.

Bolehkah kita mempercayai kata-kata orang jenis macam ni? Penting sangatkah apa yang dia orang kata? Atau haruskah mereka diabaikan sebagai orang yang tidak berpendirian, yang mana kata-kata mereka tidak perlu diambil pusing?

Persepsi lawan persepsi

Biar saya beri pembayang. 'Senjata rahsia' yang sedang UMNO gunakan adalah JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan, iaitu adik KPN Musa Hassan. Saya harap pembangkang meneliti perkara ni. Yalah, takkan semua benda awak nak suruh Malaysia Today buat untuk awak?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Kalau anda tak begitu faham tentang perkara yang sedang berlaku di Malaysia, izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Malaysia kini dilanda perang saudara. Ya, perang saudara. Tapi sementara perang saudara di lain-lain negara membabitkan senjata, perang saudara di sini membabitkan persepsi. Namun ia tetap perang saudara. Bezanya adalah tiada pertumpahan darah di jalanan.

Katakanlah apa yang anda nak kata, tetapi suatu revolusi memang sedang berlaku. Rakyat kini memberontak terhadap kerajaan. Tapi penduduk telah dengan bijak memilih peti undi dan bukannya peluru. "Pilihan raya dan bukan pilihan jalan raya," seperti kata Hishamuddin Rais.

British mengajar kita cara berjuang dalam perang semacam ni. Peluru takkan mengalahkan komunis, kata penjajah British. Kita perlu mengalahkan komunis dengan memenangi hati dan fikiran rakyat. Kita perlu mendorong rakyat menolak komunisme. Pihak British menjayakannya (strategi ni). Ia adalah strategi yang hebat. Akhirnya, komunisme tewas kerana rakyat menolaknya, dan bukan kerana British memiliki lebih banyak senjata daripada pengganas komunis.

Inilah perang saudara yang sedang berlaku di Malaysia, iaitu sebagaimana perang saudara yang berlaku semasa Darurat (Malayan Emergency).

Oh ya, ia dipanggil Darurat dan bukannya Perang Saudara Malaya kerana jika mereka menggelarkannya dengan nama “perang” (bukan “darurat”), maka syarikat insurans takkan membayar bagi kerugian yang ditanggung oleh syarikat-syarikat British. Pada masa tu, pengganas komunis mengebom pejabat kerajaan dan hartanah British. Tapi jika kerugian tu dialami akibat peperangan, maka syarikat insurans takkan menanggungnya. Itulah sebabnya keadaan gawat itu dipanggil darurat dan bukannya perang.

Jadi, Malaysia kini dalam suasana perang.Tapi tiada senjata digunakan ataupun bangunan dibom. Ia adalah perang persepsi, yakni persepsi lawan persepsi. Pihak yang terlibat dalam peperangan ni adalah parti pemerintah yang dikenali sebagai Barisan Nasional dan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Perang terdiri daripada banyak pertempuran. Ia tidak hanya melibatkan satu pertempuran besar. Bahkan penaklukan Normandy melibatkan banyak pertempuran yang tercetus di merata tempat. Anda mungkin memenangi beberapa pertempuran dan mungkin kalah dalam beberapa pertempuran yang lain. Tetapi akhir sekali, gabungan pertempuran yang anda menangi menentukan jagoan peperangan itu.

Dalam perang persepsi, anda perlu menimbulkan banyak isu pada masa yang sama. Ia adalah seperti terlibat dalam banyak pertempuran secara serentak, dan anda perlu terus-menerus menyerang setiap sasaran hingga sasaran tu tumbang.

Mari kita kaitkan perkara ni dengan perkembangan semasa.

Sasaran pertama sudah semestinya Perdana Menteri Najib Tun Razak (seperti Abdullah Ahmad Badawi dan Dr. Mahathir Mohamad sebelumnya). Persepsi mengenai Najib adalah bahawa dia secara langsung terbabit ataupun mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Persepsi ni dah pun wujud. Sangat sedikit rakyat Malaysia, termasuklah ahli UMNO yang akan mengatakan bahawa dia tiada kaitan langsung dengan pembunuhan Altantuya, ataupun setidak-tidaknya pernah menjalin hubungan dengan wanita tu.

Malah ramai yang percaya bahawa dia bukan saja mengenali Altantuya secara peribadi, tetapi juga pernah mengadakan hubungan seksual dengan wanita tu. Mereka juga percaya bahawa gambar Najib, Altantuya dan Razak Baginda memang wujud, dan bahawa Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi memberikan foto tu kepada polis.

Kita perlu ingat bahawa pada peringkat awal insiden pembunuhan tu, Syed Rahman sering mengadakan sidang akhbar, dan menghentam polis dan menuduh bahawa mereka tidak melakukan siasatan secara yang sepatutnya. Syed Rahman memberitahu mengenai banyak perkara berhubung dengan kes tu kepada ramai orang. Sekarang ni, mesti dia menyesali tindakannya tu.

Hakikat bahawa Syed Rahman telah mendapat projek bernilai RM500 juta menguatkan keyakinan bahawa dia telah dibeli. Inilah persepsinya dan walau apa pun yang dia kata ataupun buat, persepsi ni takkan berubah.

Akuan Bersumpah Razak Baginda yang diterima mahkamah, dan yang membolehkannya dilepaskan dari tuduhan membunuh (Altantuya) menyatakan dengan jelas bahawa dia tak pernah mengenali Sirul ataupun Azilah, sehinggalah ADC Najib, Musa Safri mengatur pertemuan antaranya dan kedua-dua individu tu. Mahkamah menerima akuan tu. Disebabkan itulah maka mahkamah membebaskan Razak dari tuduhan membunuh Altantuya.

Jadi ADC Najib, Musa Safri adalah orang yang menetapkan segala-galanya, yang kemudiannya mengakibatkan Altantuya dibunuh.

Kemudian timbul pula nama Pegawai Khas Najib, Nasir Safar yang berada di tempat kejadian ketika Sirul dan Azilah menangkap Altantuya di depan rumah Razak. Penyiasat persendirian Bala mengesahkan perkara ni dan memberitahu polis tentangnya. Tapi tanpa melakukan siasatan lanjut, polis terus menafikannya dan sebaliknya mengatakan bahawa orang tu (Nasir Safar) adalah penduduk kawasan tersebut.

Jadi, Pegawai Khas Najib, Nasir Safar juga terlibat. Ini bermakna bahawa dua pembantu rapat Najib terlibat secara langsung dengan pembunuhan tu.

Dari segi persepsi, Najib dah pun tewas dalam peperangan. Kalau anda mahu, lakukanlah tinjauan bebas. Tanyalah rakyat Malaysia secara rawak dan majoriti daripada mereka akan memberitahu anda bahawa mereka percaya bahawa Najib sama ada mengenali Altantuya, pernah menidurinya, ataupun terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembunuhannya.

Dalam perang persepsi, Najib telah pun kalah. Tiada apa yang dapat dia kata ataupun buat bagi memulihkan imejnya.

Okey, sasaran berikutnya adalah isteri Najib, Rosmah Mansor. Dalam ruang lingkup persepsi, Rosmah dianggap sebagai perempuan yang menjengkelkan. Namun begitu, ini adalah suatu ironi kerana persepsi tu diakibatkan oleh kelakuannya sendiri dan bukannya berpunca dari serangan pembangkang ke atas imejnya.

Ada begitu banyak cerita yang tersebar mengenainya. Salah satunya adalah mengenai empat jeneral bersara yang pergi ke rumahnya untuk bertemu dengan Najib. Dia bertanya kepada mereka sama ada mereka ingin bertemu dengan Najib bagi membincangkan mengenai politik ataupun perniagaan. Mereka bertanyakan apakah natijahnya dan dia menjawab bahawa jika politik yang akan dibincangkan, maka Najib akan bertemu dengan mereka sebentar lagi. Tapi jika mereka ingin berbincang mengenai perniagaan, maka dialah orangnya dan bukan Najib.

Cerita ni tersebar luas di kalangan warga tentera.

Cerita seterusnya adalah tentang aktiviti beli-belahnya di Paris, di mana dia menghabiskan RM200,000 dalam sehari. Yang ‘menariknya’ adalah Altantuya juga ada bersamanya pada hari itu dan dia membantu mengangkat barang-barang Rosmah, termasuklah kad kredit dan lain-lain lagi.

Pada masa tu, ramai juga kakitangan Kedutaan Malaysia yang membantu mengangkat barang-barang Rosmah (yalah, kalau dah belanja RM200,000, mesti banyak benar barangnya, kan?). Jadi, cerita ni dah tersebar di kalangan komuniti diplomatik.

Pada tahun 2008 pula, dia berada di Indonesia bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah bank. Ketika dia melangkah ke meja utama seperti ratu, ‘dayangnya’ berjalan di belakangnya sambil memegang kusyen. Si dayang kemudiannya meletakkan kusyen tu di atas kerusi sebelum Rosmah melabuhkan punggungnya. Ewah, Raja Permaisuri Agong pun tak dapat layanan macam tu.

Oleh sebab majlis tu dianjurkan oleh sebuah bank Malaysia, maka ramailah orang Malaysia di situ. Mereka rasa macam nak muntah. Mereka bukan hanya berasa sangat malu tetapi juga berasa mual bagai nak rak.

Ha, ingat lagi tak temubual yang diberikannya berkenaan pemergiannya ke China? Dalam temubual tu, dia merungut bahawa Najib meninggalkannya sendirian di dalam biliknya, sementara dia (Najib) melakukan tugas rasmi. Dia naik angin hinggakan dia menyuruh Najib menghantarnya pulang ke Malaysia. Ah, kalau kau tu sibuk sangat, hantar saja aku balik ke Malaysia.

Inilah yang dinyatakannya dalam temubual akhbar tu.

Baru-baru ni pula, dia mengikut Najib ke India. Sebenarnya, mereka telah merancang pelbagai program untuknya selama dia di Chennai. Tapi dia enggan keluar dari biliknya. Katanya, kenapalah Chennai kotor sangat. Jadi, dia enggan meninggalkan biliknya. "Kenapalah orang India pengotor betul?” dia mengeluh kepada para pembantunya.

Kisah terbaru ni sedang hangat diperkatakan di kalangan warga diplomatik. Jadi, seperti yang saya katakan, sebahagian besar kerosakan terhadap imej Rosmah berpunca dari kelakuannya sendiri. Pembangkang tak perlu menimbulkan sebarang isu pun kerana dia sendiri membekalkan peluru yang diperlukan bagi pembangkang memenangi perang persepsi.

Maka Najib dan Rosmah sebenarnya dah pun kalah dalam perang persepsi. Sasaran berikutnya adalah UMNO dan Barisan Nasional. Dalam hal ni, persepsi terhadap mereka terjejas teruk akibat perbuatan mereka sendiri. Pembangkang tak perlu strategi yang bijak pun bagi mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Pembangkang hanya perlu mengelak dari melakukan kesilapan. Sekarang ni pun, UMNO dan Barisan Nasional sedang memusnahkan diri mereka sendiri. Mereka takkan mampu memenangi perang persepsi.

Bagaimana pula dengan persepsi terhadap Anwar Ibrahim dan pembangkang? Sebenarnya, ini juga satu masalah. Kerajaan berusaha mewujudkan persepsi bahawa Anwar bersalah atas jenayah liwat. Usaha mereka tu tak berjaya langsung. Sangat sedikit orang yang mempercayainya. Bahkan mereka percaya bahawa Anwar adalah mangsa konspirasi politik. Tak kisahlah apa yang mahkamah nak kata. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Anwar tak bersalah.

Namun demikian, ramai yang percaya bahawa Anwar bukan pengurus yang baik. Anwar yang dikatakan kurang bertindak pantas dipersalahkan atas segala rencam masalah yang timbul dalam pembangkang, khususnya PKR. Mereka yakin bahawa jika Anwar lebih tegas, maka banyak masalah dapat diatasi. Jadi, Anwar secara tak langsung adalah punca semua masalah tu lantaran tidak melakukan apa-apa bagi mencegahnya dari berlaku.

Pembangkang pula tidak sependapat tentang masalah sebenar yang mereka hadapi. Ada yang menerima hakikat bahawa pembangkang tak menyangka bahawa mereka akan menang besar pada pilihanraya 8 Mac 2008. Disebabkan itulah pembangkang tidak memilih calon mereka dengan berhati-hati. Kini, calon berkualiti rendah, terutamanya bekas ahli UMNO dan calon yang meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan para pengundi telah menunjukkan belang mereka.

Para pengundi memahami hakikat bahawa adalah sangat sukar bagi pembangkang menarik calon yang baik, terutama sekali apabila tiada seorang pun yang menyangka bahawa mereka akan menang besar dalam pilihanraya. Jadi, para pengundi bersedia memberikan peluang kedua kepada pembangkang. Jika pembangkang meletakkan calon-calon yang lebih baik pada pilihanraya yang seterusnya, maka para pengundi akan sekali lagi mengundi pembangkang. Tapi kali ni, mereka akan mengundi pembangkang bukan kerana mereka membenci parti pemerintah, tetapi kerana mereka yakin bahawa pembangkang boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Sebenarnya, peluang kedua ni adalah peluang terakhir bagi pembangkang. Kalau mereka gagal sekali lagi, maka mereka takkan lagi berjaya dalam generasi ini. Jika pembangkang gagal memenangi hati dan fikiran rakyat dalam pilihanraya akan datang, maka segala punahlah segala harapan untuk membentuk kerajaan baru. Tiada peluang ketiga buat mereka. Kita terpaksa menunggu 30 tahun ataupun lebih, iaitu generasi yang seterusnya sebelum pengundi sekali lagi berani menukar kerajaan.

Seperti yang telah saya katakan, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya membantu perjuangan pembangkang, malah mereka terus-menerus melakukan kesilapan. Jadi, pembangkang tak perlu berusaha terlalu keras. Pembangkang sememangnya sedang memenangi perang persepsi. Pembangkang hanya perlu mengelak dari melakukan terlalu banyak kesalahan.

Tapi apakah kesalahan yang dilakukan pembangkang dan apakah yang harus mereka lakukan bagi menanganinya? Mmm… saya dah banyak menulis tentang tu. Jadi, saya tak nak mengulangi benda yang sama. Anwar tahu apa yang saya maksudkan. Semua pemimpin pembangkang tahu apa yang saya maksudkan. Anda dan saya juga tahu mengenainya. Kami hanya meminta pembangkang agar berhenti melakukan kesalahan-kesalahan tu. Kalau itu dapat dilakukan, maka pada pilihanraya akan datang, kita akan sama-sama berarak ke Putrajaya.

Tapi jangan sangka bahawa UMNO tidak melakukan apa-apa bagi menangani kekalahan mereka dalam perang persepsi. Mereka sedar bahawa mereka telah kalah dalam perang persepsi dan mereka kini merangka rancangan tertentu bagi meneruskan kemaraan mereka. Saya tahu apa rancangan mereka, namun masih terlalu awal bagi saya mendedahkan segala-galanya.

Biar saya beri pembayang. 'Senjata rahsia' yang sedang UMNO gunakan adalah JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan, iaitu adik KPN Musa Hassan. Saya harap pembangkang meneliti perkara ni. Yalah, takkan semua benda awak nak suruh Malaysia Today buat untuk awak?

Sehingga kita berbual lagi, marilah kita terus menghentam UMNO dan Barisan Nasional ke ambang kehancuran.

Tuduhan tidak jejas Anwar sebagai penasihat ekonomi

Harakahdaily

SHAH ALAM, 15 Feb: Perbicaraan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi dan dasar kebajikan dan beliau percaya perbicaraan yang melibatkan tuduhan palsu tidak akan memberi kesan kepada kerjasama ini.

"Kami menerima komen dari rakyat Selangor bahawa kes tersebut adalah satu jenaka. Kerajaan Negeri menghargai segala idea dan usaha yang diberikan oleh saudara Anwar. Kami juga akan terus bekerjasama terutama dalam meningkatkan pelaburan asing ke Selangor,"kata Menteri Besar.

Minggu lalu, Khalid telah mengadakan satu mesyuarat bersama Datuk Seri Anwar berkenaan penstrukturan semula industri air di Selangor dimana mereka telah diberi taklimat mengenai perbincangan terbaru diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Mereka telah membincangkan, antara lain, cara untuk mengatasi masalah kebuntuan dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan akibat perbezaan pandangan segi penilaian dan syarat-syarat komersil yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya dan Dato’ Menteri Besar sekata dalam pandangan bahawa adalah amat perlu untuk Selangor menyatukan perkhidmatan air demi menjaga kepentingan rakyat Selangor. Harta dan operasi air perlu diserahkanpada Kerajaan Negeri dan penilaian harta yang dibuat perlulah adil kepada rakyat, "kata Anwar selepas mesyuarat tersebut.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Dato’ Menteri Besar dan pasukannya kerana bekerja keras dalam menjaga kepentingan rakyat Selangor selari dengan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Setiausaha politik mamak bendahara dapat ang pau RM2 juta

Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.


1 Malaysia sudah tahu rupa2nya yang di cekup SPRM adalah setiausaha politik Mamak Bendahara Nor Yaakob.

Setiausaha politik tersebut adalah Hasbi Sattar, umur baru 30 tahun yg memang bekerja untuk Nor Mohd Yaakop, Menteri yg jaga EPU.

Hairan juga....jika Pol Sec terlibat aktiviti yg mencurigakan takkan Boss dia tak tahu? Saya dengar Perdana Menteri telah tegur Tan Sri Nor Mohd Yakop untuk lebih careful dgn kakitangannya. Tapi saya rasa itu tidak cukup. Pasti isu ini akan juga memalukan PM. Akhir sekali nama PM juga yg akan tercemar.

Berapa kali lagi nak bodohkan kita? Dulu pun Dato' Norza yang kena rasuah itu ialah pol sec Nor Mohd Yakob. Berani kah pol sec rasuah kalau boss dia tahu? Tapi boss dia tak tahu ke? Tak nampak ke pol sec dia bawa kereta mewah? Kalau pol sec rasuah boss dia suci murni ke? Saya tidak hairan langsung mendengar bahawa setiausaha politik yang ditangkap itu bekerja untuk Nor Mohd Yakob, Menteri EPU sekarang dan dulu Menteri Kewangan No. 2.

Sewaktu di Bank Negara dia telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Tapi ramai orang tidak tahu bahawa pada masa yang sama, jaringan money changer dan Forex trader tertentu juga dapat untung. Ini boleh dikira perbuatan salah dan pecah amanah.

Tetapi yang pelik sekali apakah sebabnya Dato Najib sanggup melantik orang sebegini menjadi Menteri dan juga diberi tempat menjadi Wakil Rakyat? Sekarang sudah dua sec polnya sabit dgn rasuah. Malu bukan sebab rasuah saja. Malu sebab orang yg kontroversi dilantik lagi jadi Menteri. Dulu PM kita tertidur selalu. PM kita sekarang bagaimana? takut suami agaknya...

Political secretary held for graft to resign



KUALA LUMPUR
, Feb 15 — A political secretary caught with RM2 million cash will be told to resign in a clear sign that the Najib Administration wants anti-graft authorities to investigate without pressure from politicians.

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) yesterday confirmed detaining a political secretary to a senior minister in Penang last Thursday. The Umno man is also said to own properties worth millions of ringgit.

“Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is very firm about this. He wants MACC to investigate without fear or favour,” a government source told The Malaysian Insider.

It is understood the senior minister and his staff are disappointed with the political secretary as he has smeared the government’s name and fight against corruption.

“The minister feels betrayed as he trusted the man,” a source said.

The man was arrested after MACC officials from its Putrajaya headquarters raided an apartment in Teluk Air Tawar at 3.30pm on Thursday and seized the cash in bundles of RM5, RM10, RM50 and RM100 notes.

It was reported that a 4WD vehicle registered under the name of a Pulau Tikus-based company was also seized, along with a BMW registered in the name of a person from Sarawak.

The political secretary has been under investigation since late last year after allegations cropped up that he had secured properties by being the middleman in deals for approval of multi-million ringgit projects.

Several pro-Umno blogs have identified the political secretary but MACC have declined to name him.

The MACC then had his bank accounts were frozen. It is not know whether this is related to the large amount of cash found on him in the past week.

The MACC had then successfully seized several of his properties, including four luxury cars and four houses. The commission has launched an investigation into the purchased properties located in the Klang Valley.

Several other people linked to the case have also been hauled up to assist in investigations.

The MACC recently cleared several top politicians from both sides of the divide but said investigations were going on for other high-profile cases. It has also reported that 50 people have been hauled up for graft in Penang for the whole of 2009.

The Najib Administration has put fighting corruption as a key target in its National Key Results Areas (NKRAs) under the Government Transformation Plan (GTP) released late last month.

But the MACC has been fighting public perception that it only targets opposition politicians and not those from the ruling Barisan Nasional federal government.

MACC chief commissioner Datuk Abu Kassim Mohamed and his men have said that they conduct investigations without fear or favour and it’s up to the prosecutors to take their case to court when enough evidence is found.

The MACC probed a total of 939 cases last year of which 633 have been brought to the legal department for further action.

KELUAR PARTI-LETAK JAWATAN

OLEH : JAMALUDIN Md.ISA(Penulis Bebas)

SEBAGAI seorang tokoh politik bermaruah dan bermoral bila sudah mulai muak dan bertindak keluar parti, wajar sama lepaskan jawatan MP ataupun DUN yang disandang. Itu anak jantan namanya. Justeru tidak ada kalangan mana-mana ahli politik yang keluar parti berani melepaskan jawatan?Ini masalahnya!

Sedangkan wakli-wakil rakyat itu dipilih oleh rakyat melalui parti yang dipertandingkan. Kalaulah mana-mana individu itu bertanding di atas tiket PAS umpamaya sebagai contoh dan apabila tiada selesa lagi dengan PAS serta mahu keluar parti, maka wajar sekali individu tersebut meletakan jawatan bagi memberikan laluan bagi diadakan semula pilihan raya baru. Pun bagitu juga baik DAP, PKR, UMNO dan lain-lain.

Saya harap Datuk Zahrin Mohd Hashim MP Bayan Baru yang bertanding atas tiket PKR kini tiada yakin lagi dengan Parti Keadilan dan bertindak keluar parti juga wajar melepaskan jawatan MP Bayan Baru yang dimenangi melalui PKR. Kembalikan mandat rakyat yang memberi kemenangan kepada PKR bukannya Datuk Zahrin. Jangan kita menipu dan mendusta amanah rakyat. Kita tinggalkan parti dan kena juga tinggalkan jawatan. Kerana ini bukanlah hak individu tetapi hak rakyat di Bayan Baru yang memberikan kemenangan kepada parti PKR yang kebetulannya di wakili oleh Datuk Zahrin. Justeru itu pada saya sekiranya Zahrin mempunyai maruah lepaskan jawatan MP Bayan Baru. Kerana rakyat di kawasan itu mahu memilih wakil rakyat yang baru. Datuk Zahrin dan sesiapa sahaja individu kena faham perkara ini.

Kita tahu sedikit sebanyak masalah perutisme wakil-wakil rakyat yang mahu menyumbat kendong masing-masing, bukannya agenda rakyat. Masalah Island Golf Properties Sdn Bhd(IGP) yang mahu beroperasi kerja-kerja penjagaan di bukit Jambul Golf & Countery Club(BGCC) dalam merebut habuan bagi memenuhi kendung masing-masing atas kepentingan perutisme yang sebenarnya menjadi punca masalah berlakunya rasa ketidakpuasan hati, dan kemudian tinggalkan parti tinggalkan perjuangan. Inikah agenda wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Bukankah ini penipuan dan pembohongan.

Sebab itu saya sarankan jika selepas ini mana-mana wakil rakyat yang berhasrat mahu melompat dan keluar parti, terlebih dahulu rela dan bersedia lepaskan jawatan MP dan ADUN yang disandangkan sebelum ini. Pulang dan kembalikan hak rakyat. Kerana kita mahu membuat pilihan semula.

"Agen Yahudi" pecahbelahkan PAS?

Bagi saya, kenyataan Setaiusaha Agung PAS, Haji Mustapha Ali tak ada salahnya (lihat berita Malaysian Insider 14/2/10 bertajuk "PAS: Khalid kena rayu, tak boleh berdiam diri"). Dia beri pandangan sebagai pentadbir. Tetapi, saya lihat pandangan itu dibantai dan diseligi cukup-cukup - dalam blog-blog dan di dalam perbualan sesama ahli dan penyokong PAS.

Kenapa jadi gitu? Bagi saya, perkara sedemikian tidak akan berlaku jika tidak ada perpecahan. Bila ada perpecahan semuanya dipandang buruk dan busuk - seburuk dan sebusuk Umno.

Bila ada perpecahan, pasti ada pihak yang merasa tidak diperlakukan dengan adil kerana ada pihak yang dilihat bertindak tidak adil, tidak rasional, tidak munasabah dan memijak-mijak prosedur yang sepatutnya.

Sejak Allahyarham Tan Sri Asri Muda berundur dalam Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka, amat jarang pemimpin PAS dibantai habis-habisan secara terbuka dan bertalu-talu seperti itu sebelum peristiwa hitam berkendak politik dalam gelap dengan Umno.

Adakah "agen Yahudi" atau sesiapa sahaja yang memecahbelahkan PAS? Bangang sangatkah orang-orang PAS sehingga mudah dipecahbelahkan sebegitu rupa?

Semua orang bebas memilih. Semua orang mempunyai hak demokratik untuk mencari jawapan yang tulus atau mengambil jalan mudah menuding jari dan memaki-hamun "agen Yahudi" atau siapa-siapa sahaja.

Berkaitan:
Yahudi rosak kerana orang-orang alim mereka (Al-Bakistani 15/2/10)
'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS (Malaysiakini 12/2/10)
Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim (Malaysiakini 13/2/10)

YB PR yang jadi YB bebas seumpama menjamah daging babi

“Kalau mahu masuk PKR kerana wang, pangkat dan projek tertentu, kamu pasti akan kecewa kerana parti ini bukan parti UMNO. Tetapi jika kamu masuk parti kerana mahu memperjuangkan agenda perubahan untuk rakyat , silakan. Saya yakin kamu pasti kekal dalam parti ini”

- YB Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, 13 Feb. 2010

Keputusan AP Bayan Baru, Dato’ Seri Zahrain keluar PKR sememangnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya PKR. Walaupun beliau mengumumkan menjadi AP bebas yang tidak mesra UMNO, masih diyakini bahawa beliau berjiwa dan berfikiran UMNO. Maklumlah setelah sekian lama berada dalam UMNO dan tidak pula menghadapi ujian Allah segetir DSAI, tetiba ditakdirkan menjadi AP, AP di negeri yang dimenangi oleh PR. Dalam budaya UMNO, setiap wakil rakyat mesti ada ‘pangku’nya. Kerana itulah ahli UMNO berebut-rebut mencari tempat dalam jawatankuasa cawangan dan bahagian sebelum mereka memasang strategi menjadi calon pilihanraya. Dan AP Bayan Baru ini cuba menjadikan platform AP ala UMNO sebagai strategi untuknya menjadi kaya.

Lebih menarik apabila TGNA, Menteri Besar Kelantan dalam nada sinisnya menempelak AP atau ADUN yang menang atas tiket PR. Mereka ini kemudiannya meninggalkan PR tanpa melepaskan jawatan sebagai AP atau ADUN. Sebagai AP atau ADUN yang mengaku beragama Islam, merreka seharusnya sedar bahawa tidak ada maknanya untuk mereka terus hidup jikalau memakan makanan yang tidak halal. Gaji dan elaun wakil rakyat yang diterima secara sengaja menjadi haram jikalau amanah rakyat diengkari. Mungkin Pasir Mas, Bayan Baru, Lunas, Pelabuhan Kelang, Behrang dan Changkat Jering ada jawapan untuk menghalalkan elaun yang mereka telah terima. Elaun yang boleh menghalalkan ‘daging babi’ yang telah dan sedang mereka telan.

Pemerhati dan peminat poltik di Malaysia akan lebih terkejut jikalau selepas ini AP Kulim Bandar Baharu pula mengikut rentak seloka Bayan Baru dan Pasir Mas. Ini kerana AP ini amat sinonim dalam perkara-perkara bersabit Islam. Masakan tidak, rakan APnya dari Shah Alampun dibuatnya kes polis. Tindak tanduk AP Kulim yang mengjengkelkan PR sememangnya sedang diperhati dengan teliti oleh pengundinya. Sepatutnya AP ini telah melepaskan jawatan APnya bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan. Ataupun mungkin beliau sedang menunggu apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan oleh PKR kepadanya. Apakah hukuman PKR nanti seperti hukuman PAS ke atas Dr. Hassan Ali dan Khalid Samad? Tetapi andaikata hukumannya membawa maksud yang AP Kulim ini tidak lagi diperakui sebagai AP PKR oleh PKR, maka seharusnya AP Kulim ini melepaskan jawatannya sebagai AP Kulim Bandar Baharu. Jikalau beliau terus degil, maka segala makan minum hasil yang diterima dari elaun wakil rakyatnya adalah haram.

Dalam tempoh dua tahun selepas PRU 12, negeri-negeri yang diperintah oleh PR telah mempunyai wakil rakyat berstatus bebas. Sebaik melangkah ke parlimen, AP Pasir Mas, Kelantan mengistiharkan dirinya sebagai AP bebas walaupun menang atas tiket PAS. AP ini berjanji akan menjadi betul-betul bebas. Tetapi semasa mengundi calon speaker parlimen, PR kurang satu undi dan BN pula lebih satu undi. Dan hari ini tindak tanduk AP Pasir Mas lebih banyak bersama dalam program yang programnya seperti program UMNO. AP Pasir Mas juga begitu lantang mendesak TGNA meletak jawatan sebagai MB Kelantan. Sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih kepada TGNA kerana memberi laluan untuknya bertanding dan menang di Pasir Mas. Memang benarlah pendapat yang mengatakan bahawa Ibrahim Ali adalah AP yang tidak sedar diuntung.

Tidak sampai setahun selepas PRU 12, berlaku pula peristiwa tiga ADUN PR Perak mengistiharkan mereka sebagai ADUN bebas yang mesra UMNO. Dua daripadanya adalah ADUN Melayu beragama Islam. Kesannya sehingga ke hari ini, Perak masih mempunyai dua MB dan dua speaker. MB Nizar sebagai MB rakyat dan MB DPulau pula sebagai MB istana yang disahkan oleh mahkamah.

Dalam kesibukan PRK Permatang Pasir, Pulau Pinang tiba-tiba ADUN Lunas yang juga Exco Kedah membuat pengumuman keluar PKR untuk menjadi ADUN bebas yang mesra UMNO. Selepas itu ADUN Pelabuhan Kelang, Selangor juga mengumumkan menjadi ADUN bebas yang mesra UMNO. Dan sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, AP Bayan Baru, Pulau Pinang keluar PKR untuk menjadi AP bebas yang tidak mesra UMNO. Dengan ini lengkaplah sudah yang semua negeri yang ditadbir oleh PR mempunyai wakil rakyat berstatus bebas.

Teringat saya kepada ADUN Bukit Selambau yang asalnya bebas, kemudian menyertai PKR dan seterusnya dilantik sebagai Exco Kedah. ADUN ini sanggup melepaskan jawatan exco dan ADUNnya daripada menjadi ADUN bebas yang mesra BN. Lebih terharu kerana ADUN ini bukan ADUN Melayu. Jikalau ADUN bukan Melayupun ada maruah, di mana maruah anda AP atau ADUN Melayu yang menang atas tiket PR yang kemudiannya mengkhianati amanah pengundi dengan menyertai UMNO?

Kami rakyat yang menyertai TGNA berpendapat bahawa kalian sepatutnya melepaskan jawatan sebagai AP atau ADUN. Tidak tahulah jikalau kalian ada jawapan untuk menghalalkan ‘daging babi’ yang kalian dan keluarga kalian sedang jamah ...