Ahad, 14 Februari 2010

Lima MP PKR Nak Blah....Blahlah!!!


Jika apa yang tersiar dalam Malaysian Insider hari ini benar, maka minggu ini menjadi minggu yang paling malang bukan saja untuk PKR, tapi PR dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran.

Mengikut Malaysian Insider, lima lagi Ahli Parlimen (MP) daripada PKR bakal mengikut jejak Datuk Seri Zahrain Hashim meninggalkan PKR dan menyatakan sokongan terhadap BN pada minggu ini. Bukan saja MP, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga akan menuruti jejak 5 orang MP itu. Jika telahan Malaysian Insider ini benar, bermakna BN akan mendapat kembali majoriti dua pertiga dengan sokongan 148 daripada 222 MP di Dewan Rakyat dan dengan itu memudahkan mereka meluluskan rang undang-undang tanpa memerlukan sokongan pembangkang.

Mengikut Malaysian Insider, pihaknya memperolehi maklumat itu daripada sumber PKR yang tidak dinyatakan namanya yang turut memberitahu satu sidang akhbar akan diadakan mengenai hal itu dalam tempoh terdekat selepas cuti Tahun Baru Cina.

Kepada penyokong PR, jangan rasa marah atau sedih seandainya berita dari sumber Malaysian Insider itu benar. Lima MP malah lima belas MP boleh keluar PKR, mereka boleh tunjukkan belang mereka yang sebenar kepada rakyat yang selama hampir dua tahun ini disembunyikan di balik wajah Sang Munafik. Kepada MP yang bakal menjadi Sang Katak, hangpa menjadi MP bukan kerana pengundi jatuh cinta dengan wajah tidak kacak hangpa, tapi kerana kami sangat benci dan meluat dengan warna biru dacing BN yang sudah 50 tahun membelit dan menipu kami. Kami tau jika hangpa ramai-ramai keluar parti, BN akan mendapat kembali majoriti dua pertiga. Tapi apa nak buat, dari menjadi sampah lebih baiklah hangpa blah!!

Cuma sapa-sapa hendak tinggalkan PR perlu ingat satu perkara: PRU ke-13 akan tiba tak sampai tiga tahun lagi. Kami rakyat telah memberi amaran kepada BN dalam PRU-12 dan kami akan pastikan siapa jua yang bersekongkol dengan penipuan tidak akan bernafas lagi dalam PRU-13.

~ pendikar gunung kriang

Siapalah Muhyiddin Nak Kritik Ku Li?

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO memandang berat tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu.

"Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform UMNO... saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.

"Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Jan lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalti minyak.

"Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.

"Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li," katanya.

Mengenai cadangan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO, Muhyiddin berkata cadangan yang dikemukakan itu tidak mengambarkan permintaan daripada akar umbi parti berkenaan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah beritahu, kita (UMNO) tak pasti kerana mereka (PAS) selalu berubah-ubah. Ia dibuat atas kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) saja, kecuali kalau partinya buat keputusan seperti Majlis Syura yang bagi kenyataan nak berkerjasama dengan Umno dan kalau itu berlaku, kita ambil serius.

"Kalau setakat seorang dua yang nyatakan benda (kerjasama) itu, kemudian dia boleh berubah, tak setuju dan ia tak jadi apa-apa. Kita dah melihat banyak peristiwa dulu yang lepas-lepas, bila sebut nak kerjasama, esok dia patah balik," katanya.

Katanya, UMNO tidak boleh bergantung kepada cadangan seorang dua untuk bekerjasama, sebaliknya mestilah datang daripada keseluruhan parti.

"Setakat hari ini kita hanya mendengar...tak sesuai untuk kita respons," katanya.

-- BERNAMA

Ulasan GB

Siapalah Muhyiddin tu yang nak tunjuk-ajar YBM Tengku Razaleigh.
Ku Li jauh lebih berpengalaman, berkarismatik dan berkelayakan untuk menjadi PM daripada Muhyiddin, malah daripada Najib sendiri.

Jika Ku Li menyertai Pakatan Rakyat besar kemungkinan Ku Li mampu menjadi tokoh utama di dalam PR, jika ditakdirkan Anwar dikenakan tindakan ekoran kes konpirasi 2 yang sedang berjalan kini.

Kami Tak Halalkan Elaun Wakil Rakyat Katak Puru Tak Tau Malu!!

pendikar gunung kriang,

Baru kurang lebih dua jam tadi saya posting satu artikel dalam blog ini bertajuk 'Lima MP PKR Nak Blah...Blahlah!!' Dan sebentar tadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana ahli PKR yang hendak keluar parti itu, mereka dipersilakan keluar! Ini kerana katanya organisasi adalah lebih penting dari individu.
Saya setuju dengan MB Selangor, sapa-sapa yang tidak selesa lagi dengan PKR, dipersilakan ke luar. Cuma jika kamu itu MP atau ADUN yang masih ada rasa hormat pada diri sendiri dan pengundi yang
memilih kamu, selepas keluar parti letaklah jawatan sebagai Wakil Rakyat. Ini kerana dalam PRU-12 dulu, kami pengundi bukan pilih PKR kerana siapa kam
u tapi yang lebih penting kerana kami percaya dengan idealisme parti kamu. Tapi ji
ka kamu jenis manusia haprak y ang muka tak tau malu, muka katak puru yang tak ada maruah, teruslah bertenggek dalam jawatan MP atau ADUN itu. Makanlah puas-puas elaun wakil rakyat yang kami pengundi tak akan halalkan kerana kami dulu pilih parti PKR bukan
parti bebas, bukan parti BN.

Kesian... meroyan kerana tertipu


1Malaysia.... orang udah tahu yang Utusan Meloya tu penipu, suka putar belit... alat propaganda pihak kerajaan. Berita yang disebarkannya tak boleh pakai. Jangan mudah tertipu. Kita boikot jer. Sebab tu... kita adakan kempen boikot media penjilat arus perdana termasuklah penjilat no 1 negara.... Utusan Meloya!!!

Ater... dua orang hamba Allah ni tak paham-paham. Biut ke apa?? Pekak ke apa?? Tuli ke apa??

Siapa mereka??

Sorang.... mantan PM dan sorang lagi.... the present TPM. Dolah Badawi and Muhyiddin Yassin.

Ater... sekarang bukan ke musim UBN serang Pulau Pinang. Senjata paling popular yang depa guna untuk serang PR ialah senjata berjenama PKR. Serangan dibuat melalui lahanat-lahanat dalam PKR. Sasaran serangan.... KM Pulau Pinang, LGE. Depa kata, dia chauvanis la.... komunis la... anti-Melayu la... tak pandai mentadbir la... Bak slogan Astro.... macam-macam tuduhan ada!!

Utusan Meloya apa lagi.... Api tengah marak, depa pi simbah pulak lagi dengan 'petrol' untuk menghangatkan lagi suasana di Penang. Memang dasar batu api!!!

Mula-mula depa main sentimen Melayu dengan membawa isu masalah kaum Melayu yang kononnya dikesampingkan seperti perobohan gerai-gerai milik orang Melayu. Siap berdemo dan bakar gambar Guan Eng lagi.

Rupa-rupanya yang kena roboh bukan gerai Melayu jer.... tapi semua. Cina pun ada, India pun ada. Mana-mana gerai yang tak ikut undang-undang dan peraturan.... semua diarah roboh!!
Yang besar-besarkan isu tersebut ialah puak-puak yang tak sehaluan dengan kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai LGE. Ater... dah jadi ketua, dia ler yang kena bambu. Iniler masanya puak-puak tu nak memburukkan pentadbirannya. Pucuk dicita ulam yang datang... apa lagi deme 'lauk'kan ler dia!!

And then.. depa main sentimen agama pulak. Depa kata, Guan Eng akan mengharamkan perarakan maulidur-rasul atas alasan keselamatan. Yang hat ni... fitnah dan propaganda Utusan Meloya. Itu ler meroyannya Utusan Meloya...

Yang bestnya... hat dua orang pemimpin parti cap tong taik tu, tak semena-mena terkena jangkitan meroyan Utusan Meloya. Bok-bek... bok-bek... depa berdua kritik LGE. Last-last.... apabila LGE bertindak mendedahkan fitnah Utusan Meloya.... baru depa berdua senyap.

Rupanya depa tertipu dengan propaganda akhbar penjilat depa sendiri. Ini kes senjata tertikam diri sendiri la ni. Nasib baik kena sipi, kalau kena tepat.... padan muka!!

Sat lagi, kalau aku kata bangang... pengikut hangpa marah. Tapi cuba hangpa pikiaq.... betoi tak bangang???

Awat depa melalut sampai lagu tu...?? Cer hangpa teka??

Itu petanda... depa TAKUT dengan kecekapan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang... no nonsense and no hanky panky. Kerajaan yang ada Competency... Accoutabilty... Tranparency.

Oooooo.... itu yang hangpa TAAAKUUUUT!!

Ramai Ahli Setuju Tindakan Khalid Samad Tidak Rayu..Pecat Ahli Yang Bantah JKD...Kekalkan Mereka Yang Sokong JKD...!!!

Ahli PAS rata-rata menyokong pendirian Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad untuk tidak merayu terhadap hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Diiplin PAS sebelum ini sekalipun diminta oleh Setiausaha Agung parti, Mustafa Ali berbuat demikian.

Mustafa, di dalam satu kenyataannya di media online menyatalan Khalid Samad tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu menulis jika mahu jawatankuasa kerja pusat dan Majlis Syura mengkaji semula hukuman digantung jawatan parti selama enam bulan.

Mustafa berkata pihaknya akan menganggap Khalid tidak berhasrat jika enggan mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan perlembagaan parti.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang Khalid selama enam bulan.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya diberikan amaran.

Khalid, seperti Datuk Hassan dikatakan didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid mempunyai masa 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa kerja pusat dan jika ia ditolak, boleh merayu kepada Majlis Syura.

Jawatankuasa kerja pusat sepatutnya bermesyuarat hari ini tetapi ditangguhkan kerana sambutan Tahun Baru Cina.

Kata Mustafa, sama ada mahu menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat atau tidak, Khalid tetap perlu memaklumkan ibu pejabat parti.

“Beliau kena maklum kami, tidak boleh maklum pada media sahaja,” katanya.

Justeru kata Mustafa, beliau akan memaklumkan kepada jawatankuasa kerja pusat “tidak menerima sebarang rayuan bertulis” jika tiada respons daripada Khalid dalam tempoh

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu banyak pihak menyifatkan tindakan Jawatankuasa Disiplin itu tidak adil dan diskriminasi.

Kelmarin, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor berkenaan, yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa, Pengerusi Lajnah Guaman PAS menyatakan beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.


"Mustafa Ali tiba-tiba kini muncul untuk mengarahkan Khalid untuk buat rayuan. Siapa Mustafa? Beliau hanya seorang Setiausaha Agong dan di dalam Perlembagaan fasal berapa yang memberikan beliau kuasa terlalu besar sehingga boleh mengarahkan seseorang ahli parti yang dikenakan tindakan disiplin lakukan itu dan ini," tanya seorang pemimpin PAS peringkat kawasan yang enggan disebutkan namanya.

"Ahli parti berhak menilai dan membincangkan kepincangan keanggotaan dan perjalanan jawatankuasa disiplin parti, siapa sebenarnya yang melantik mereka, di atas kapasiti dan piawaian apa mereka dilantik dan apakah ada tatacara khusus yang professional di dalam urusan menghakimi kes-kes disiplin oleh Jawatankuasa ini?" tambahnya.

Ramai ahli mempersoalkan bagaimana jawatankuasa ini dilantik yang tiba-tiba membicarakan kes-les disiplin parti. Perlantikan jawatakuasa ini tidak telus dan ramai beranggapan perlantikan mereka dibuat secara tidak professional yang sepatutnya bersandarkan syarak yang memerlukan perlantikan "hakim" terdiri dari mereka yang berkeahlian, bukan yang pandai pusing dan pandai menipu ahli jemaah.

"Malah mendukacitakan apabila kes dibicarakan secara tertutup, tiada ketelusan sekalipun Pengerusinya sebelum dari perbicaraan bermula menyatakan bahawa perbicaraan akan dilakukan secara telus. Mengapa tertutup? Apakah ada yang terlalu sensasi seperti kes Saiful yang mencerita dirinya diliwat di dalam mahkamah baru-baru ini?" tegasnya.

"Sedangkan Inkues kematian Teoh Beng Hock, satu dunia boleh menyaksikan perbicaraan. Di zaman Rasulullah dan khulafau Ar-Rasyidin pun begitu. Tetapi dalam PAS, ia mengikut contoh kes Saiful, tertutup semuanya. Apakah ada pihak yang khuatir kerana pendedahan "liwat" pemimpin PAS dengan UMNO dalam kelambu atau apa?

"Sudahkah ada procedure siasatan dilakukan dan apakah pihak ahli jawatankuasa siasatan telah dikursuskan untuk menjalankan siasatan supaya ianya memenuhi prinsip kesaksamaan dan keadilan yang dituntut oleh Islam?" tambahnya.

Ramai bersetuju dengan cadangan Peguam PAS, Hanipa Maidin supaya kes Khalid dan Hassan dibicarakan semula oleh sebuah badan disiplin yang lebih berwibawa, bukan jawatankuasa disiplin bertaraf kedai kopi.

Permohonan ahli supaya ahli-ahli jawatankuasa disiplin yang ada dilucutkan dari mendengar sebarang kes perlu dipenuhi dan apa juga keputusan yang dibicarakan sebelum ini hendaklah dianggap "null and void".


Kita bimbang apabila pemimpin mempunyai kuasa 'menggantung' dan 'tidak menggantung', mereka akan menuju ke tahap kezaliman Firaun dan Namrud yang mendakwa mereka berkuasa 'menghidup' dan 'mematikan'. Apabila berkenan menghidupkan, seseorang itu dibiarkan hidup dan jika mahukan seseorang itu mati, orang itu akan dibunuh. Demikianlah Firaun dan Namrud mengaku mereka berkuasa 'menghidup' dan 'mematikan', kononnya menyamai kuasa Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan makhluk.

Perkembangan ini begitu menakutkan, kerana kuasa dijadikan alat untuk menjayakan cita-cita seseorang yang gila kuasa. Kita berpendapat kehadiran Jawatankuasa bukanlah untuk mempamer dan menunjukkan kuasa sebaliknya untuk memastikan semua ahli dan pihak diadili berdasarkan undang-undang sedia termaktub. "Justice must not only be done; it must also be seen to be done." Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan tetapi juga dilihat ianya dilaksanakan.

Setiasaha Agong boleh mengemukakan dipecat semua ahli PAS yang menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin, dan mengekalkan keahlian hanya mereka yang bersetuju dengan keputusan jawatankuasa disiplin, jika beliau mahu. Biar yang tinggal hanya ahli PAS dari Terengganu dan mereka yang menyokong perpaduang.

Oslo bergegar dek penghinaan karikatur Nabi Muhammad!

Oleh Era Pakatan

Sebahagian besar penunjuk perasaan dalam kalangan umat Islam di Oslo Jumaat lalu berteriak marah gara-gara tindakan akhbar harian Dagbladet menyiarkan gambar karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang menggambarkan baginda sebagai haiwan ternakan khinzir.

Perarakan bantahan untuk menyelar tindakan biadap kumpulan pengamal media akhbar tersebut dilakukan selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Universiti, Oslo sebelum menyambung bantahan penerbitan karikatur baginda itu.

Agensi berita The Associated Press (AP) melaporkan kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan sekitar pusat bandar Oslo untuk membantah sikap akhbar Norway tersebut.

Penunjuk perasaan turut melaungkan kalimah 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang mendesak masyarakat awam supaya segera memulaukan akhbar harian Dagbladet tersebut.

Pada 3 Februari lalu, akhbar Dagbladet menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai khinzir.

Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.

Lars Helle tidak pernah kesal!

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung hal itu, Ketua editor Dagbladet, Lars Helle berkata, bahawa beliau tidak menaruh perasaan kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah beliau mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.

"Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi.

Persoalan yang timbul di sini, siapakah Lars Helle untuk memberi ujian ke atas masyarakat Norway berhubung hal tersebut? Adakah dia Tuhan yang layak menguji kesabaran umat manusia?

Helle menambah lagi, bahawa Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.

Menurut beliau, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun beliau sendiri tidak pasti adakah pencerobohan tersebut mempunyai kaitan yang rapat ke atas sikap akhbar itu menyiarkan gambar karikatur berkenaan.

Di suatu sudut yang lain, para penunjuk perasaan itu berkata, mereka mahu tunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam di sini amat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu.

Menurut mereka, Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun gambar memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan.

Perkasa says ‘anti-Malay’ Guan Eng lied about Prophet’s birthday do

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Malay rights group Perkasa today labelled Lim Guan Eng as ‘anti-Malay’, saying the Penang chief minister lied about the purported cancellation of this year’s Prophet birthday march.

Perkasa leader Datuk Ibrahim Ali said Lim overturned the cancellation only when a state government document suggesting the cancellation was leaked to Utusan Malaysia and Umno leaders.

“Lim Guan Eng is anti-Malay. He is the racist. The letters leaked are proof that he had lied,” he told some 250 Perkasa supporters while inaugurating the outfit’s wiranita, Wra and Wirawati wings here.

The Pasir Mas MP, who won the seat on a PAS ticket, also slammed the Islamist party for defending the Penang chief minister on the issue.

Its party organ Harakah had come out to attack Umno-linked newspaper Utusan Malaysia for “twisting” the issue with its report that Lim had intended to cancel the annual procession to mark Prophet Muhammad’s (PBUH) birthday.

The Penang chief minister denied the allegation and blasted the report as “lies”, with his officials saying the leaked document was a suggestion by civil servants in response to another letter asking to revise the birthday celebrations.

The officials said there are three sets of letters, dated Jan 13, Feb 5 and Feb 12, issued by civil servants over the celebrations but the final decision was with the state executive council.

A scanned copy of one letter that bore the letterhead of the state secretariat dated Feb 5 showed the proposal to cancel the procession in favour of a gathering at the Dewan Sri Pinang. The copy was put up at www.rembau.net, the personal website of Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

Utusan carried a report today on what the Rembau MP had said on his blog, that Lim should come clean on the matter.

Ibrahim said PAS in defending Lim and his Penang government has made itself a “tool” for the DAP which he accused them of being chauvinistic and racists.

“These are the real crooks,” he said referring to PAS and added that the Islamist party has betrayed the Malay cause by working closely with the predominantly Chinese DAP.

Ibrahim also condemned the act of 50 Australian MPs who had lodged a formal protest, urging Malaysia to drop sodomy charges against opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“They are extremely biadap (rude). Who are they to interfere with our affairs? No one in this country is above the law,” lamented the Perkasa founder and president.

Ibrahim, who was detained under ISA with Anwar for a farmers protest in 1974, also chided the PKR leader and the Pakatan Rakyat pact for using the Sodomy II trial as campaign issues despite the ongoing trial.

“This is subjudice to the court. I have never heard of anyone else doing so,” said the former deputy minister in charge of the judicial services, urging members of the public to lodge police reports against those found using the trial as campaign issues.

Gagasan 1Malaysia Bukan Mainan Politik ..ha..ha..ha....


LONDON: Gagasan 1Malaysia bukan sekali-kali mainan politik kerana ia merupakan hasrat murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan rakyat Malaysia terus bersatu, mempunyai sistem kenegaraan dan keadilan sosial.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tidak ada politik dalam gagasan 1Malaysia kerana ia adalah untuk semua rakyat tanpa meminggirkan sesiapa pun.

"1Malaysia adalah gagasan supaya kita terus bersatu dan mempunyai sistem kenegaraan dan keadilan sosial untuk masa depan yang lebih baik yang dikongsi bersama," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan para pemimpin pelajar Malaysia di sini, malam semalam.

Beliau berkata, ia juga bukanlah satu perkara baru kerana hakikat perpaduan dan kesepakatan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah lama wujud sebelum kemerdekaan, malah merupakan sumber kekuatan bagi mencapai kemerdekaan.

Rais, yang menyertai kerajaan pada tahun 1974 sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata, beliau merupakan saksi yang melihat dan menyelami sendiri setiap usaha kerajaan sejak dulu untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum sehingga Malaysia kini muncul sebagai negara yang penuh rahmat dan sejahtera.

Menjelaskan panjang lebar mengenai gagasan 1Malaysia, beliau melahirkan kekhuatiran jika generasi muda sekarang agak payah untuk menghayati gagasan 1Malaysia tanpa pemahaman sejarah negara terutama usaha bersama para pemimpin negara daripada pelbagai kaum.

"Pelbagai parti politik yang wujud di negara kita... itu adalah politik. Tetapi bersatu di bawah 1Malaysia merupakan satu tuntutan yang wajib direalisasikan bersama tanpa mengira aliran politik untuk diwariskan kepada generasi Malaysia masa depan," katanya.

Beliau yang gembira dengan kehadirian pelajar berbilang kaum pada perjumpaan di Malaysia Hall itu berkata, kehadiran mereka yang penuh mesra antara satu sama lain dengan sendirinya membuktikan wujudnya perpaduan yang digagaskan dalam 1Malaysia.

Kini terdapat lebih 13,000 pelajar Malaysia di United Kingdom yang menurut Rais, mampu memberi sumbangan yang besar kepada pengisian gagasan 1Malaysia melalui bukan saja kegigihan mencapai kecemerlangan akademik tetapi juga perpaduan kaum di sini dan setelah pulang ke tanah air.

"Sekiranya anda membawa pulang ilmu pengetahuan dan melahirkan kegemilangan yang kita perlukan, maka anda telah menyumbang kepada 1Malaysia," katanya.

Menjawab beberapa soalan, Rais berkata, sebagai pelajar, mengkritik adalah biasa, boleh dibuat dan dapat diterima dan tidak menjadi persoalan bagi kerajaan, namun kerajaan juga mahu mereka saling mengenali antara satu sama lain, memahami budaya yang pelbagai dan bergaul mesra dalam setiap aktiviti.

Mengenai 'blogging' dan mengkritik melalui laman web sosial seperti 'Facebook' pula, beliau berkata, sesiapa saja boleh menulis blog dan facebook tetapi tentukan jangan sampai hilang tata susila.

"Jika ada antara mereka yang melampaui undang-undang negara, maka hendaklah bertanggungjawab atas tulisannya," katanya, sambil memberi contoh tulisan yang menghasut orang membenci raja atau kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Hormati hak orang lain, jangan sakiti orang lain. Berilah sumbangan yang sebenar, kritikan haruslah tidak menyalahi undang-undang. Kita di Malaysia taklah gentar terhadap penulis blog," katanya.

Mengenai konsep kebudayaan Malaysia dalam satu 1Malaysia, Rais berkata, ia memberi ruang kepada semua kaum menerusi budaya, kepercayaan, hak bersuara untuk mengembangkan budayanya.

Katanya, ia menjadi lebih baik jika kaum lain turut memahaminya dan turut merayakan termasuk hari-hari kebesaran seperti Gawai Dayak di Sarawak, Tadau Keamatan di Sabah, malah Thaipusam juga sekarang.

Rais berkata, begitu juga budaya menghormati pandangan orang lain, yang juga perlu diamalkan termasuk dalam berpolitik.

Beliau juga ditanya mengenai adanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang hanya membela kepentingan kaum tertentu atau individu yang lantang untuk satu kaum saja selain pandangan serong terhadap gagasan 1Malaysia.

"Mengenai NGO itu, ibarat kata pepatah Melayu 'Dalam segantang beras mesti ada antah' yang diakui mesti ada yang berpandangan lain dan kita kenalah beritahu mereka jika pandangan mereka tidak dapat diterima di bawah 1Malaysia," katanya.

Bagi yang berpandangan negatif dan pesimis pula katanya, mereka hanyalah segelintir dan tidak mudah untuk diubah dalam waktu singkat tetapi yang penting diingat ialah terdapat 28 juta lagi rakyat Malaysia yang optimis terhadap masa depan bersama yang lebih baik dan mendukung gagasan 1Malaysia.

Selepas lawatan kerja tiga hari ke sini, Rais, yang disertai isterinya Datin Seri Masnah Rais akan berlepas ke Barcelona, Sepanyol untuk menghadiri pula persidangan telekomunikasi antarabangsa bermula esok hingga 18 Februari. - BERNAMA

Perception versus perception

Let me close by giving you a hint. The ‘secret weapon’ Umno is deploying is called JASA and is headed by Fuad Hassan, IGP Musa Hassan’s brother. Now, can the opposition please do some work for a change and look into this. Surely you do not expect Malaysia Today to do all your work for you?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

In case many of you do not quite understand what is presently going on in Malaysia, allow me to enlighten you. Malaysia is going through a civil war. Yes, a civil war. But while other countries fight their civil wars with guns, we fight ours in the sphere of perception. But it is still a civil war of sorts, only without blood spilled on the streets.

Say what you like but there is a revolution going on. And the populace are revolting against their government. But the populace have wisely chosen the ballot to the bullet. “Pilihan raya dan bukan pilihan jalan raya,” as Hishamuddin Rais would say -- meaning elections to the choice of the streets.

The British, in their wisdom, taught us how to fight this kind of war. Bullets will not defeat the Communists, said our British colonial master. We need to win against the Communists by winning the hearts and minds of the people. We have to make the people reject Communism. And the British succeeded. It was a brilliant strategy. Communism was defeated because the people rejected it, not because the British had more guns than the Communist Terrorists.

And this is the civil war currently being fought in Malaysia, just like the civil war during the Malayan Emergency.

By the way, it was called the Malayan Emergency and not the Malayan Civil War because if they had called it a war instead of an emergency then the insurance companies would not pay for the damages suffered by the British companies. The Communist Terrorists were bombing government installations and British properties. But if these were losses suffered in a war then the insurance would not cover these loses. So they called it an emergency instead.

So Malaysia is actually now on war footing. But there are no guns being fired or properties being bombed. It is a war of perception. It is perception versus perception. And it is a war being fought between the ruling coalition called Barisan Nasional and the opposition coalition called Pakatan Rakyat.

Wars comprise of many battles. It is not just one big battle. Even the invasion of Normandy was many battles being fought all over the place. You may win some battles and you may lose some. But, in the end, the accumulation of the many battles that you win decides on the victor.

In a war of perception you must trigger many issues at the same time. This is like engaging in many battles simultaneously. And you attack each target and continue to attack until your target falls.

Now, let us translate this to what is currently going on.

Prime Minister Najib Tun Razak is of course the first target (like Abdullah Ahmad Badawi and Dr Mahathir Mohamad were before him). The perception about Najib is that he is linked to the murder of Altantuya Shaariibuu, one way or another, directly or indirectly. And that has already been achieved. Very few Malaysians, even those in Umno, would say he is not somehow linked to Altantuya’s murder, or at least had some relationship with her.

Many believe he not only personally knew Altantuya but actually had a sexual relationship with her as well. They also believe that the photograph of Najib, Altantuya and Razak Baginda does exist and that the Honorary Mongolian Consul to Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi, gave the photograph to the police.

We must remember that in the early days of the incident Syed Rahman gave press conferences and whacked the police and accused them of not conducting a proper investigation. Syed Rahman told many people many things about the case, which he probably regrets doing now.

The fact that Syed Rahman has been given a RM500 million project just strengthens the belief that he has been bought off. That is the perception and this perception is not going to change whatever he might do or say.

Razak Baginda’s Statutory Declaration, that was accepted by the court, and which resulted in him being acquitted of murder, clearly says that he never knew Sirul or Azilah until Najib’s ADC, Musa Safri, arranged for them to meet. The court has accepted this statement. And that was why the court acquitted Razak of murder.

So Najib’s ADC, Musa Safri, set the whole thing up and that resulted in Altantuya being murdered.

Then we have Najib’s Special Officer, Nasir Safar, who was there when Sirul and Azilah picked up Altantuya in front of Razak’s house. Private investigator Bala has confirmed this and he told the police about it. But the police immediately brushed it aside and said it was just a resident from around there without further investigating the matter.

So Najib’s Special Officer, Nasir Safar, was also involved. And that makes two very close aides of Najib who are directly linked to the murder.

As far as perception goes, Najib’s has lost the war. Go and do an independent survey if you wish. Just poll Malaysians at random and the majority would tell you that they believe Najib either knew Altantuya, had sex with her, or is directly or indirectly involved in her murder.

In the perception war Najib has been defeated. And there is nothing he can do or say to restore his fallen image.

Okay, next target is Najib’s wife, Rosmah Mansor. In the sphere of perception, Rosmah is seen a bitch. However, ironically enough, this is her own doing rather than because the opposition attacked her.

There are so many stories floating around about her. One story concerns four retired generals going to her house to meet Najib. She came out and asked them whether they want to meet Najib about politics or business. They asked what difference would it make and she replied that if they want to meet Najib about politics then he will be out in a short while but if it is about business then they are to talk to her and not to Najib.

This story is well known amongst the military personnel.

The next story is about her shopping spree in Paris where she spent RM200,000 in just one day. Now, the icing on the cake is that Altantuya was with her that day and she was helping Rosmah carry all her things including her credit cards and whatnot.

Quite a number of Malaysian Embassy staff members were also there to help Rosmah carry her stuff (RM200,000 in shopping is a lot of stuff) so this story has spread amongst the diplomatic community.

In 2008 she was in Indonesia to attend to bank function. As she strutted to the main table like a queen, walking behind her was her lady-in-waiting holding a cushion. The lady-in-waiting then placed the cushion on the chair before Rosmah sat down. Even the Raja Permaisuri Agong does not get this kind of treatment.

Invariably, since it was a Malaysian bank function, the place was crowded with Malaysians and they all felt like throwing up. They not only felt so embarrassed but nauseous as well.

Then remember her trip to China, which she gave an interview about? In her interview she grumbled that Najib left her all alone in her room while he attended to matters of state. She got so pissed off that she told Najib to send her back to Malaysia. Since he is so busy and has no time for her then send her home.

This was what she admitted in her newspaper interview.

And recently she went to India with Najib. They had planned all sorts of programs for her in Chennai but she stayed in her room and refused to come out. Chennai is so filthy, she said, so she refuses to leave her room. “Why are Indians so dirty?” she exasperatingly told her aides.

This latest foot-in-the-mouth is currently being much talked about amongst diplomatic circles. So, as I said, most damage to Rosmah is being done by her herself. The opposition does not need to raise any issues. She volunteers all the ammunition needed to win the perception war.

As far as Najib and Rosmah are concerned, they have absolutely lost the perception war. Then we come to Umno and Barisan Nasional. The things that Umno and Barisan Nasional have done, and are continuing to do, are hurting them bad. The opposition does not need to be clever in defeating Umno and Barisan Nasional. All the opposition needs to do is to not make any mistakes. Umno and Barisan Nasional are on self-destruct mode and are shooting themselves in their own feet. They can never win the perception war.

What about the perception regarding Anwar Ibrahim and the opposition? Now that is a problem as well. The government is trying to give the perception that Anwar is guilty of sodomy. That has failed miserably. Very few believe Anwar is guilty. In fact, they believe that Anwar is a victim of a frame up. It does not matter what the court says. To most Malaysians Anwar is innocent.

Nevertheless, many believe that Anwar is not a good manager and they blame many of the problems in the opposition, in particular in PKR, on Anwar’s lack of action. They feel that had Anwar been firmer then many problems could have been nipped in the bud. So, in a way, Anwar is the cause of all these problems mainly because he did nothing to prevent them from happening.

As for the rest of the opposition they are divided about what the real problem is. Some accept the fact that the opposition never thought it would do that well on 8 March 2008. So the opposition did not choose its candidates carefully. And now these low quality candidates, in particular those ex-Umno people and candidates who put personal interests above the interests of the voters, have shown their true colours.

The voters understand that it was very difficult for the opposition to attract good candidates, especially when no one thought it would do that well in the elections. So the voters are prepared to give the opposition a second chance. In the next general election, if the opposition fields better candidates, the voters will again vote for the opposition. But this time they will vote against Barisan Nasional not because they hate the ruling party but because they have confidence that the opposition can do better.

This second chance is actually the last chance for the opposition. Either they make it this time around or they will never make it in this generation. If the opposition fails to win the hearts and minds of the people come the next election then it would be lost for good. There is no third chance. We would have to wait 30 years or so for the next generation of voters before the people would dare another experiment in changing the government.

As I said, Umno and Barisan Nasional are contributing to the opposition cause by making so many mistakes. And they are continuing to make these mistakes even as you read this. So the opposition need not try too hard. The opposition is already winning the perception war. All the opposition needs to do is to not also make so many mistakes.

What mistakes are the opposition making and what should they do about it? Well, I have already written about that at length so I do not wish to repeat myself. Anwar knows what they are. All the opposition leaders know what they are. You and I also know what they are. Just stop making these mistakes is all we ask of the opposition. And if you do that then we shall be marching into Putrajaya come the next general election.

Oh, and by the way, do not think that Umno is not doing anything about their defeat in the perception war. They are aware that they have lost the perception war and they are putting into place certain plans to regain lost territory. I know what they are but it is still too early for me to reveal all.

Let me close by giving you a hint. The ‘secret weapon’ Umno is deploying is called JASA and is headed by Fuad Hassan, IGP Musa Hassan’s brother. Now, can the opposition please do some work for a change and look into this. Surely you do not expect Malaysia Today to do all your work for you?

Till we talk again, let’s keep bashing until we see the destruction of Umno and Barisan Nasional.

KERETA RENTUNG TERBAKAR: AL-QUR'AN TETAP UTUH....

Allah Akan Selalu Menunjukan Kebesarannya kepada kita semua, begitulah yang terjadi pada kebakaran mobil beberapa waktu lalu, sebuah al-qur'an yang terdapat dalam mobil tersebut tetap utuh dan tidak hangus seperti yang lainnya,, memang maha besar kuasa Allah.










PAS: Khalid kena rayu, tak boleh berdiam diri

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu menulis jika mahu jawatankuasa kerja pusat dan Majlis Syura mengkaji semula hukuman digantung jawatan parti selama enam bulan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya akan menganggap Khalid tidak berhasrat jika enggan mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan perlembagaan parti.

Khalid mempunyai masa 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa kerja pusat dan jika ia ditolak, boleh merayu kepada Majlis Syura.

Jawatankuasa kerja pusat sepatutnya bermesyuarat hari ini tetapi ditangguhkan kerana sambutan Tahun Baru Cina.

“Beliau (Khalid) kena merayu... beliau kena tulis, tidak boleh berdiam diri. Kalau beliau tidak menulis (mengemukakan rayuan) bagaimana kami tahu hasrat beliau... jika memberitahu kami, kami boleh putuskan tindakan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kata Mustafa, sama ada mahu menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat atau tidak, Khalid tetap perlu memaklumkan ibu pejabat parti.

“Beliau kena maklum kami, tidak boleh maklum pada media sahaja,” katanya.

Justeru kata Mustafa, beliau akan memaklumkan kepada jawatankuasa kerja pusat “tidak menerima sebarang rayuan bertulis” jika tiada respons daripada Khalid dalam tempoh ditetapkan.

Ibu pejabat parti juga tidak menerima sebarang rayuan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dikenakan hukuman amaran bertulis oleh jawatankuasa disiplin.

Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam, telah mengubah pendirian dengan menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu.

Sebaliknya Khalid menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat PAS untuk menentukan nasib beliau.

Kata Khalid, jika jawatankuasa kerja pusat merasakan keputusan jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak adil, pihak berkenaan yang harus mengkaji semula hukuman itu.

Selain jawatankuasa kerja pusat, Khalid juga boleh merayu kepada Majlis Syura PAS.

Akhir bulan lalu Khalid yang juga anggota Lajnah Politik PAS berkata akan membuat rayuan berhubung penghakiman jawatankuasa disiplin.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Kelmarin, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor berkenaan, yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa, Pengerusi Lajnah Guaman PAS memberitahu The Malaysian Insider beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.

Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim pula berkata terserah kepada Khalid sama ada mahu membuat rayuan ataupun sebaliknya.

Katanya jawatankuasa kerja pusat hanya boleh mengkaji semula keputusan itu jika ada rayuan.

“Keputusan jawatankuasa kerja pusat bergantung pada rayuan. Kalau tidak buat rayuan, itu hak dia,” katanya.

Mengenai pandangan Hanipa pula, Tuan Ibrahim memberitahu beliau selaku anggota jawatankuasa kerja pusat boleh membawa perkara tersebut.

“Beliau adalah anggota jawatankuasa kerja PAS dan beliau boleh membawa kes itu, kita akan bincang... tengok macam mana,” katanya.

Biarlah

Anak saya memerlukan kaunseling. Dia memerlukan perhatian pakar jiwa. Walau bagaimanapun, Hospital Sungai Buloh berpendapat sebaliknya. Mungkin mereka dipaksa membenarkannya keluar dari hospital supaya dia dapat dihantar kembali ke penjara.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Ada beberapa orang yang menghubungi saya dan menasihatkan saya untuk tidak menggunakan kata-kata kesat dalam artikel saya. Tak, bukan U-M-N-O yang mereka maksudkan. Perkataan yang mereka maksudkan adalah perkataan yang bermula dengan “F” dan berakhir dengan “K”. Ya, betul tu, F-O-R-K (garpu).

Sebab yang diberikan adalah bahawa orang muda juga membaca Malaysia Today dan oleh itu, kita tak patut merosakkan fikiran mereka. Sebenarnya, hari ni, golongan muda yang berumur 12 ataupun 13 tahun tahu lebih banyak tentang hidup berbanding dengan ketika kita berada pada usia itu. Misalnya, budak berumur 12 ataupun 13 tahun sekarang mengalami perkara yang hanya saya alami ketika saya berusia 18 tahun. Malah saya kagum dengan cucu saya yang baru berusia tujuh tahun. Mereka tampak lebih matang dan lebih peka pada keadaan semasa berbanding dengan zaman kita pada era 1950-an dan 60-an.

Tapi yalah, tu bukanlah alasan bagi saya menggunakan kata-kata kesat. Jadi, hari ni, saya akan elakkan dari menggunakannya. Tapi hakikatnya adalah kadang-kadang, tak ada cara lain yang lebih cocok bagi menggambarkan sesuatu situasi, selain menggunakan perkataan ‘istimewa’ tu. Cuba fikir sendiri. Adakah anda takut kata-kata kesat yang saya gunakan merosakkan fikiran anak muda, sedangkan fikiran mereka mungkin lebih dirosakkan oleh butiran yang dimuatkan dalam media arus perdana, iaitu berkenaan perbicaraan Liwat II Anwar Ibrahim?

Realitinya adalah laporan perbicaraan Anwar Ibrahim adalah seperti skrip filem lucah. Kata-kata kesat saya tak mampu merosakkan fikiran budak muda, selain kesan laporan media arus perdana. Yalah, apalah sangat kata-kata kesat saya berbanding dengan apa yang dilaporkan media arus perdana.

Sebenarnya, sepanjang minggu ni, saya berasa amat tertekan disebabkan kes anak saya. Jadi, saya terpaksa lepas geram. Tekanan yang saya alami tak begitu berkaitan dengan perkara yang mereka lakukan pada anak saya. Tu dah memang dijangka. Sebetulnya, tekanan yang saya alami adalah disebabkan 'gangguan' oleh kawan-kawan dan ahli keluarga saya tentang tindakan yang harus saya ambil bagi mengatasi masalah anak saya.

Dalam hal ni, keluarga saya tak sependapat. Saya berkeras bahawa anak saya perlu terus kekal di Penjara Sungai Buloh, yakni bukan untuk ‘menjalani hukuman’ (sebagaimana yang dilaporkan media arus perdana yang dikawal kerajaan), tetapi di bawah tahanan reman sementara menunggu perbicaraan. Sebenarnya, dia belum disabitkan atas sebarang jenayah dan BUKAN menjalani hukuman, sebagaimana yang digambarkan oleh media arus perdana yang dikawal kerajaan.

Namun begitu, isteri dan anak-anak saya ingin anak lelaki saya tu dikeluarkan dari penjara. Ini kerana selagi dia berada di penjara, maka selama itulah pihak berkuasa dapat menyeksanya secara fizikal dan mental. Tapi kami memerlukan duit bagi membayar wang jaminan bagi mengeluarkannya dari penjara, dan saya tak ada RM10,500 yang diperlukan bagi membayar wang jaminan.

Beberapa orang kawan saya menawarkan untuk membantu membayar wang jaminan tu. Walaupun saya amat menghargai tawaran tu, namun saya enggan menerimanya. Lainlah kalau anak saya ditangkap dan didakwa kerana menyertai demo anti-UMNO ataupun memegang lilin semasa upacara lilin (vigil) anti-ISA. Nah, itu dapatlah dianggap sebagai usaha mulia dan dalam kes macam tu, adalah tidak bersalahan dengan moral bagi saya menerima bantuan kewangan daripada kawan-kawan saya. Tapi anak saya didakwa kerana jenayah kecil-kecilan yang tak ada kaitan dengan ‘perjuangan’. Jadi, adalah sesuatu yang bertentangan dengan moral bagi saya mengharapkan kawan-kawan saya memberikan bantuan kewangan bagi saya menyelesaikan perkara yang dapatlah dianggap sebagai 'masalah peribadi'.

Selepas tu pula, kami nak kena fikir pula tentang apa yang perlu dilakukan setelah wang jaminan dibayar. Pertama sekali, kami perlu memastikan anak saya tu menghadiri perbicaraan dan tidak menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku jika mereka tidak dapat mengesannya pada hari perbicaraan? Kalau tu berlaku, maka bersoraklah media arus perdana yang dikawal kerajaan.

"Bapa borek, anak rintik," itulah tajuk beritanya. Mula-mula, bapa menghilang. Sekarang, anaknya pula lesap. Nah, bagaimana saya nak tangani isu tu pula? Nanti jadilah kita pelanduk yang masuk ke dalam jerat mereka.

Saya dah tak dapat kawal anak saya tu. Lagipun, dia dah besar panjang dan bukannya budak-budak lagi. Kami dah ‘terpisah’ selama lebih daripada 20 tahun, iaitu sejak zaman remajanya lagi. Saya bukannya dapat mengarahnya berbuat itu dan ini. Lagipun, saya jauh darinya. Bagaimanakah caranya bagi saya berhubung dengannya?

Isu ketiga yang lebih membimbangkan saya adalah selepas membayar wang jaminan, kami tak boleh membiarkannya kembali ke jalanan. Kalau macam tu, tak ada apa yang selesai. Malah, masalah makin rumit pula. Sebenarnya, punca masalahnya adalah kerana dia tinggal di jalanan, di mana dia terdedah kepada berbagai-bagai benda, dadah dan jenayah kecil-kecilan.

Jadi, kami perlu ‘membebaskannya’ dari jalanan, dan hukuman penjara adalah cara terbaik bagi mencapai matlamat tu. Kalaulah pihak berkuasa tak kacau dia, maka penjara adalah tempat yang ideal untuknya. Masalahnya adalah di penjara, dia diseksa oleh mereka yang ingin membalas dendam pada saya.

Jadi, tindakan membayar wang jaminan takkan menyelesaikan semua masalah. Ia hanya akan menyelesaikan satu masalah – melepaskannya dari mereka yang ingin menyakitinya. Tapi dalam hal ni, satu masalah selesai dan masalah lain pula muncul. Apakah yang akan berlaku apabila dia kembali ke jalanan? Adakah dia akan kembali terbabit dengan jenayah kecil-kecilan dan masalah dadah?

Ya, anak saya adalah seorang penagih dadah. Walaupun hakikat tu pahit untuk ditelan seorang ayah seperti saya, namun itulah realitinya. Sebenarnya, masalah anak saya adalah masalah yang dihadapi ramai keluarga Melayu. Tapi hakikat bahawa saya tidak sendirian dalam hal ni dan ribuan lagi keluarga Melayu lain yang juga menghadapi masalah yang sama tidak mengurangkan remuk redam hati ini.

Ini adalah masalah sosial besar yang melanda orang Melayu. Ni bukan masalah baru. Masalah ni dah berlarutan sejak 1960-an dan 1970-an. Orang Melayu mudah terjebak dalam najis dadah. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, dadah yang menjadi pilihan adalah ganja, marijuana, hashish dan sebagainya. Tapi hari ni, dadah yang lebih ‘kuat’ diambil. Masalah ni dah menular selama dua generasi dan kerajaan belum mampu berbuat apa-apa tentangnya. Bahkan sejak 40 atau 50 tahun yang lalu, ia makin serius.

Tahukah anda bahawa apabila mereka tak dapat ‘bekalan’, maka ramai penagih dadah menyerah diri secara sukarela kepada pusat pemulihan dadah yang dikendalikan kerajaan? Ini kerana dadah mudah didapati di pusat-pusat pemulihan dadah. Ya, hakikatnya adalah institusi yang diwujudkan bagi memulihkan penagih dadah menjadi lubuk dadah.

Jadi, tindakan membayar wang jaminan untuk anak saya bukan isu pokoknya. Kalau pun saya mengalah dan menerima tawaran kawan-kawan saya, masalah utamanya bukan selesai pun. Yalah, apa yang harus saya lakukan selepas tu? Bagaimanakah saya dapat memastikan anak saya tak kembali ke jalanan? Adakah tindakan saya tu nanti umpama tindakan keluar mulut buaya, masuk mulut rimau?

Ya, inilah yang menggusarkan saya selama seminggu ni. Saya tahu bahawa kawan-kawan saya berniat baik. Mereka mendesak saya agar menerima tawaran mereka supaya anak saya dapat dikeluarkan dari penjara. Mereka hanya mahu agar dia terlepas dari cengkaman pihak berkuasa, yakni supaya mereka tidak dapat terus menyeksanya. Tapi mereka tak memikirkan tentang lain-lain faktor yang perlu dipertimbangkan. Mereka tak mempertimbangkan kemungkinan bahawa kita barangkali menyelesaikan masalah 'kecil' dan pada masa yang sama, membiarkan diri kita dilanda masalah yang lebih besar.

Anak saya memerlukan kaunseling. Dia memerlukan perhatian pakar jiwa. Walau bagaimanapun, Hospital Sungai Buloh berpendapat sebaliknya. Mungkin mereka dipaksa membenarkannya keluar dari hospital supaya dia dapat dihantar kembali ke penjara.

Para peguam saya sedang cuba untuk berjumpa dengan pihak hospital pada minggu depan bagi membincangkan tentang masalah ni. Mereka mahu pihak hospital memberikan rawatan psikiatrik kepada anak saya, dan bukannya menghantarnya kembali ke penjara. Fikiran anak saya kini sangat terganggu dan dia mengalami trauma psikologi yang parah. Ringkasnya adalah dia tak lagi stabil dan sedang naik gila.

Tetapi sebaliknya, pihak polis sedang menyiasat 'cubaan membunuh diri' olehnya, iaitu satu jenayah. Ini bererti bahawa mereka boleh mendakwanya dan jika didapati bersalah (mudah untuk dilakukan), dia boleh dipenjarakan. Sekarang ni pun, dia dah memang di penjara, walaupun dia sebenarnya sedang ditahan reman sementara menunggu perbicaraan. Tapi dengan ‘kesalahan’ terbaru ni, maka mereka boleh memenjarakannya bagi menjalani hukuman penjara atas jenayah cubaan membunuh diri.

Jadi, barangkali soal membayar wang jaminan tak timbul pun. Jika anak saya disabitkan kerana cubaan membunuh diri, maka soal membayar wang jaminan tidak lagi menjadi isu.

Walau bagaimanapun, saya dan isteri saya tak sependapat tentang cara menangani masalah ni. Saya berkeras untuk tidak melakukan apa-apa. Isteri saya pula mempunyai pandangan yang bertentangan. Pagi tadi, kami bergaduh besar. Jadi, saya beritahu isteri saya bahawa dia boleh buat apa yang dia suka, dan jangan melibatkan saya dalam sebarang rancangannya. Saya tak nak terlibat dan dia sendirian dalam hal ni.

Mmm… Hari Kekasih pun tak lama lagi. Nampaknya, disebabkan ‘perang dingin’ antara kami, saya dan isteri saya takkan terlibat dalam 'program bersama' hari Ahad ni. Isteri saya adalah seorang yang keras hati. Saya pun macam tu juga. Jadi, kami akan ‘buat hal sendiri’ tentang masalah ni… biarlah.

Saya bersetuju membenarkannya menggunakan Malaysia Today bagi menghantar mesej tentang perkembangan terbaru yang perlu diberitahu. Tapi ni usaha solonya. Saya tak terbabit dalam hal ni dan takkan membenarkan nama saya digunakan bagi apa jua rancangannya.

Ini adalah artikel terakhir saya tentang isu anak saya. Inilah pendirian saya, sekalipun ia menyebabkan saya dan isteri saya tak bertegur sapa. Saya dan dia… dua-dua tak mengalah dengan mudah.

Zahrain Nak Saman Lim Guan Eng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang baru sahaja meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Saya dah minta peguam untuk teliti perkara ini, tengoklah nanti lepas sambutan Tahun Baru Cina mungkin beliau (Guan Eng) dapatlah (surat peguam).

"Saya perlu ambil tindakan undang-undang sebab Guan Eng dah melampau, sekarang dia fitnah saya dengan isu lain pula sebab nak tutup kelemahan dia sendiri," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Tindakan Zahrain untuk menyaman Guan Eng itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Guan Eng yang menyifatkan keputusannya keluar daripada PKR demi menjaga kepentingan peribadinya.

Ketua Menteri itu turut mendakwa keretakan antara beliau dan Zahrain berpunca daripada keputusan kerajaan negeri menolak tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort oleh sebuah syarikat RM2 yang disokong oleh Zahrain.

Zahrain adalah pengerusi dan anggota lembaga Island Golf Properties iaitu anak syarikat perbadanan negeri itu, PDC.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP itu turut mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut mengenai kedudukannya dalam IGP, Zahrain membayangkan akan turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Saya tahu dia persoalkan kedudukan saya di situ, tapi tunggulah sebab hari Jumaat saya baru umum keluar parti.

"Mungkin lepas Tahun Baru Cina ini saya akan umumkan... tunggu sajalah," katanya.

Mengenai dakwaan Guan Eng yang Zahrain kecewa kerana sokongannya ke atas tender sebuah syarikat untuk menguruskan Bukit Jambul Golf Resort ditolak oleh kerajaan negeri, Zahrain menyifatkan Guan Eng sebagai pemimpin yang suka berbohong serta sengaja menyebarkan fitnah demi kepentingan politiknya.

"Itu semua satu pembohongan yang besar, fitnah. Guan Eng memang kaki bohong. Ini fitnah Guan Eng yang nak putar belit cerita.

"Tak ada kena-mengena tindakan saya keluar daripada PKR dengan isu berkenaan," tegasnya.

Jelas beliau, keputusan memilih mana-mana syarikat bagi mendapatkan tender mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort dibuat bersama Ahli Lembaga Pengarah IGP dan bukannya keputusan mutlak beliau.

"Bukan saya yang pilih syarikat itu, tak kisahlah syarikat 'dua ringgit' ataupun 'syarikat dua ratus'.

"Yang penting ia tak ada kaitan dengan kepentingan peribadi saya sendiri sebagai Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah," katanya.

Tambah Zahrain, beliau mempertahankan syarikat berkenaan demi menjaga integriti Lembaga Pengarah.

"Pemilihan syarikat berkenaan adalah dengan cadangan pihak pengurusan dan ia telahpun dipersetujui oleh anggota Lembaga Pengarah... semuanya dibuat mengikut peraturan.

"Tambahan pula pihak Lembaga Pengarah menaruh kepercayaan kepada syarikat berkenaan berdasarkan anggotanya yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang berkenaan yang diyakini, kita bukan pilih syarikat yang dimiliki oleh individu sebarangan," katanya.

Rumah Terbuka MB Perak Dapat Sambutan ..ha..ha..ha...apa kata Tok Mufti Diraja..???? Orang Islam leh anjurkan Sambutan Tahun Baru..!!!!

IPOH: Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada hari ini mendapat sambutan dengan dihadiri lebih 3,000 masyarakat pelbagai kaum.

Majlis itu yang julung kali diadakan oleh seorang Menteri Besar bagi meraikan perayaan kaum lain, berlangsung dari pukul 1 tengah hari hingga 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Dalam sidang akhbarnya selepas majlis itu, Zambry berkata, jumlah kehadiran yang ramai itu jelas menunjukkan perpaduan dan suasana muhibbah yang wujud sejak sekian lama di kalangan penduduk yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Antara tetamu yang menghadiri majlis itu termasuk aktres antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh dan tunangnya, Datuk Seri Jean Todt yang juga bekas Pengurus Pasukan Formula 1 Ferrari.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan salah satu perayaan utama dalam kalendar masyarakat Sikh iaitu perayaan Vaisakhi peringkat kebangsaan di tempat sama (kediaman rasmi MB) pada April ini jika mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Esok, kemeriahan kedatangan tahun harimau diteruskan dengan jamuan mesra oleh Dewan Perhimpunan Cina Perak di Hotel Impiana selain rumah terbuka oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Perhubungan MCA negeri Perak, Datuk Seri Kong Cho Ha di Sitiawan.

Kerajaan negeri Perak akan mengadakan majlis sambutan peringkat negeri di Chenderiang dekat Tapah, pada 21 Februari ini. - BERNAMA

Nik Aziz Saran Zahrain Letak Jawatan Untuk Pilihan Raya Kecil

KOTA BHARU: Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Abdul Aziz berkata, isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya, wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam. - BERNAMA

Lawak Bodoh Khairy

SHAH ALAM - Tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi kepada Kerajaan Malaysia berhubung gesaan menggugurkan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam hebat oleh pemimpin negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Ahli Parlimen tersebut akan mengeruhkan hubungan kedua-dua negara yang sedia terjalin erat selama ini.

Menurutnya, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan Australia tidak menghormati dan tidak mempercayai proses undang-undang negara malah cuba untuk mencampuri urusan negara ini.

“Pemuda UMNO mengutuk tindakan ini sekeras-kerasnya. Pemuda UMNO juga akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Australia dalam masa terdekat.

“Kenapa mahu campur tangan dalam proses kehakiman kita? Adakah terdapat agenda tertentu dalam tindakan ini?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menjelaskan proses kehakiman negara ini adalah telus dan Australia tiada hak untuk mendesak dan mengarahkan apa yang perlu dilakukan dalam perbicaraan Anwar.

“Kenapa beri tekanan kepada kita? Sesungguhnya proses kehakiman kita adalah telus,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Micheal Danby telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Salman L Ahmad di Canberra mendesak agar kes perbicaraan Anwar digugurkan.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman pula menyeru pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat.



Duta Raba Bontot nak jadi juara rakyat

Ingat kes raba bontot Mat Jibauk??

Kes raba bontot setel dan senyap ... setelah dia 'kaw tim' dengan empunya badan sebab tak nak kes melalut-lalut. Bukan apa... sebab takut malu... Ya, diri sendiri malu... anak bini malu.... keluarga malu... and most of all..... UMNO malu. Menteri UMNO, meraba bontot orang betina!!!

Sensasi berita ini weh.... Dan... yang syiuknya, selepas peristiwa itu, suara dia tak kedengaran buat sekian lama. Bisu... senyap sepi. Alih-alih... dengar, udah nak dijadikan duta. Aha... taktikUMNO nak ringankan beban bawaan biawak hidup. Ha..ha...ha... sampah UMNO yang disapu ke bawah kapet.

Dan.... Mat Jibauk ini pun dihantarlah pulak ke luar negara sebagai duta. Weh... masa pergi serah surat tauliah dulu, jibauk ini siap pakai costume ala-ala pahlawan Melayu lagi. Nak tergelak aku. Rupa Jibauk Pak Lawak!! Kelakar... kelakar...

Kini.... Mat Jibauk ini udah berani mengeluarkan suaranya yang telah dibisukan sekian lama. Apa katanya... baca kat sini.

Eh.... suara siapakah itu?? Familiar sesangat ler..... Ek eleh.... Jibauk Raba Bontot rupanya. Ada ko kat sini?? Aku ingat... engko masih lagi bertapa di luar negara??

Ooooo..... dah berani bagi komen pasal pembangkang?? Ni mesti strategi nak menonjolkan diri semula setelah sekian lama bertapa?? Kenapa?? Takut orang lupa, ya??

Ya lah... kalau tak nampak muka dan tak dengar suara, hilang pulak kedudukan dalam parti nanti. Jadi... nobody ler dia. Ish... mana boleh jadi!! Woit... nak jadi juara rakyat ke?? Juara rakyat?? Kah..kah..kah... What a joke.

Dia kata... pergolakan di kalangan pemimpin pembangkang menyebabkan ramai keluar parti. So, inilah bukti kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Dakwa dia lagi.... Pakatan Rakyat tidak ada gagasan dan falsafah membela rakyat tetapi hanya ada falsafah mengkritik kerajaan.

Yer ler tu Jibauk oi.... Jom kita buat perbandingan antara pemerintahan BN dan PKR. Let's be rasional, ok?? Tidak dapat dinafikan mungkin ada kelemahan. There's no such thing as a perfect administration.

BN yang sudah 52 tahun memerintah negara tetapi masih banyak mempunyai kelemahan. jadi kalau dah sekian lama memerintah masih lemah, jelas.... para pemimpin BN tak pernah bermuhasabah... tak mahu belajar daripada kelemahan dan tak cekap mentadbir. Itu tandanya mereka EGO dan perasaan hebat dan terror tetapi sebenarnya 'terrorists' haprak yang menjahanamkan negara.

PR sebaliknya hanya baru diberi peluang baru 2 tahun mentadbir. Itu pun, di 5 buah negeri dan sekarang setelah Perak dirampas.... tinggal 4. Kelantan terus mendapat kepercayaan rakyat setelah hampir 20 tahun di bawah pentadbiran Tok Guru. Dengan pelbagai sekatan daripada Kerajaan Pusat dan dengan merampas dan menidakkan hak Kelantan ke atas royalti minyaknya, Kelantan masih mampu bertahan. Malah... telah berjaya melunaskan hampir semua hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN dahulu. Inilah sikap UMNO/BN, pandai buat taik, lepas tu tinggal untuk dicuci oleh orang lain. Eeeiiyaaa.... kejinya sikap mereka!!

Selama dua tahun PR memerintah... pentadbiran mereka telah pun mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara. Itu baru dua tahun memerintah.... kalau diberi peluang 52 dulu ler PR memerintah... negara pasti maju dan rakyat pasti menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

Sebab itu... UMNO/BN kecut perut. PR telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir negeri jajahan mereka, walau pun dalam masa yang singkat. Alah... baru dua tahun bertatih... pasti ler tak perfect langkahnya. Kalau terus diberi peluang oleh rakyat.... pasti mereka akan dapat memperbaiki kelemahan mereka. Kesejahteraan negara serta kebajikan rakyat pasti terpelihara dengan baik.

Dalam masa dua tahun ini.... parti yang sepakat dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR masih dalam proses pembersihan. Maklumlah kebanyakan ahlinya ialah bekas parti tong taik berlabel UMNO. Nak bersihkan mereka daripada karat-karat taik degil yang melekat pada diri mereka bukan mudah. Ia mengambil masa dan determination daripada tuan badan sendiri. Kalau kuat 'anti-body' mereka... maka kuat jugalah mereka berpegang pada prinsip dan idealisme perjuangan parti.

Bagi mereka yang 'anti-body' nya lemah... susah untuk mereka istiqamah pada prinsip dan idealisme perjuangan. Mungkin dari species yang gennya lemah dan ada defect kot. Itu yang mereka mudah transform menjadi katak. Dan, katak-katak ini.... hanya sesuai dengan habitat lama mereka iaitu dalam tong taik berlabel UMNO. Hi.. hi... hi... ibarat ikan pulang ke lubuk.

Kepada mereka yang jadi katak ini.... takyah dan usah nak temberang ler yang kononnya korang masih ada prinsip perjuangan. Sebenarnya... mereka ini, berpegang pada prinsip, masuk politik nak cepat jadi kaya. Perjuangan mereka berqiblatkan $$$$$$. Sebab itu... mereka tak boleh lama berada dalam PKR/Pakatan Rakyat kerana PR tegas dan tidak boleh berkrompomi dengan prinsip perjuangan yang mengutamakan $$$$$$$ untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh itu... katak-katak yang tak boleh terima dasar dan prinsip parti dan PR, akan melompat pulang ke tong taik yang menjadi lubuk $$$$$$. Kalau tak masuk terus, mengendeng di tepi-tepi tong taik mencari rezeki. Dapatlah juga makan taik-taik yang dilemparkan, ehsan boss penjaga tong taik. Gulp.... gulp.... gulp.....

Orang luar akan kata... pagar PKR/PR mula runtuh satu persatu. Biar dia runtuh... sebab yang runtuh itu, tiang yang sudah dicemari anai-anai, makhluk perosak. So what?? Runtuh satu.... kita ganti dengan yang baru.... yang lebih kukuh....yang lebih teguh!! Lebih baik ia runtuh daripada terus mencemari imej parti. Pergi.... go.... syuuuhhh.... kita tak rugi apa-apa. Ini merupakan proses pembersihan serta membaik pulih bagi pengukuhan parti. Lu orang mau anasir-anasir perosak or katak-katak tu.... ambik pi la. Kami tak heran...

Apa yang penting.... at the end of the day, Pakatan Rakyat akan dijulang sebagai JUARA RAKYAT!!!

Najib: Wisma Putra akan jelaskan kepada Australia fakta perbicaraan Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Wisma Putra telah diberi tanggungjawab menjelaskan kepada anggota parlimen Australia fakta berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mereka mendapat gambaran lebih jelas tentang perkara itu.

Najib berkata langkah itu perlu memandangkan ada kemungkinan kumpulan berkenaan tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Kami akan beri penjelasan dan berhubung dengan anggota parlimen Australia berkenaan. Wisma Putra akan mengendalikan perkara ini,” katanya apabila ditanya tentang langkah yang diambil Malaysia berhubung perkara itu.

Najib berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM di Cheras, di sini hari ini.

Laporan menyebut bahawa lebih 50 anggota parlimen Australia menyuarakan bantahan secara formal bagi menggesa Malaysia menghentikan perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Anggota kerajaan daripada Parti Buruh Michael Danby menyerahkan nota bantahan berkenaan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Salman Ahmad di Canberra Jumaat lepas.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Najib dan Muhyiddin meluangkan masa lebih sejam pada majlis itu, yang dihadiri lebih 3,000 orang. — Bernama

MB Selangor: Biar mereka tinggalkan PKR sebelum PRU-13

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar ahli-ahli PKR yang kecewa agar meninggalkan parti sambil menegaskan organisasi adalah lebih penting berbanding mana-mana individu.

Pengerusi PKR Selangor itu melahirkan pendirian tegasnya di sebalik spekulasi akan ada lagi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bakal mengikut langkah wakil rakyat Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim, yang memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat bebas.

“Bagi saya keputusan sama ada mahu berada bersama PKR atau tidak terserah kepada individu terbabit. Kami ini sebuah parti reformasi bermakna kami bersatu demi satu matlamat perjuangan,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Kata beliau, kemungkinan mereka merasakan tidak boleh memenuhi kehendak masing-masing dengan kekal bersama PKR.

“Jadi lebih baik mereka tinggalkan (PKR sekarang),” katanya lagi.

Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider hari ini bahawa lima lagi Ahli Parlimen PKR disebut-sebut bakal keluar parti itu - sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya parti itu.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan sekali lagi menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.

Kelmarin Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.

“Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas sambutan Tahun Baru Cina... tunggu sidang media kedua minggu depan,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata adalah lebih baik wakil rakyat yang disebut-sebut itu meninggalkan PKR sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk apa saja perkara berlaku sebelum kita menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Jadi saya juga merasakan ini juga masanya untuk memahami apa yang kita sedang perjuangkan,” kata beliau pada majlis yang dihadiri ahli politik dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Khalid kemudian menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan buat kali pertama di Dewan Hamzah, Klang.

PKR cabar 5 wakil rakyat termasuk Zahrain kosongkan kerusi

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Lima wakil rakyat, termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin, dicabar mengosongkan kerusi mereka segera jika mendakwa kecewa dengan perjuangan parti dan pucuk kepimpinan.

Oleh itu kata Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, kesemua lima wakil berkenaan wajar memberi kembali ruang kepada rakyat untuk memilih wakil yang dirasakan sesuai menerusi pilihan raya kecil.

“Saya cabar Zahrain dan semua wakil rakyat PKR yang telah keluar parti sebelum ini letak jawatan segera supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.


“Amatlah wajar rakyat diberi peluang untuk memilih wakil yang mereka tahu mewakili parti yang rakyat pilih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menerusi teks SMS dari Los Angeles, Amerika Syarikat hari ini.

Selain Zahrain iaitu satu-satunya Ahli Parlimen, empat Adun PKR yang telah keluar parti dengan mengisytiharkan diri mereka anggota Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) dan Mohd. Radzhi Salleh (Lunas).

The Malaysian Insider difahamkan kemungkinan akan ada lima Ahli Parlimen dan beberapa Adun keluar PKR menjelang hujung bulan ini.

Zahrain mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa kelmarin kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Zahrain harus sedar bahawa rakyat memilih beliau pada pilihan raya umum ke-12 bukan atas kapasiti “diri dia sebagai Zahrain.”

“Akan tetapi di atas Zahrain mewakili PKR.

“Sekiranya Zahrain sudah kecewa dengan perjuangan parti dan pucuk pimpinan, maka sudilah sekiranya Zahrain lepaskan jawatan Ahli Parlimen dan bukan hanya setakat keluar parti,” katanya lagi.

Fuziah berkata, Zahrain dan empat Adun berkenaan dialu-alukan bertanding semula, jika undang-undang membenarkan mereka berbuat demikian.

“Kalau betul-betul rakyat mahukan mereka sebagai individu, dan sekiranya mereka telah memberi khidmat yang baik sebelum ini, tentu sekali mereka akan menang walaupun sebagai calon bebas.

“Sebaliknya, sekiranya rakyat pilih wakil parti, maka wakil parti yang akan menang,” katanya.

Fuziah menambah selaku pengarah pilihan raya beliau akan mengambil tanggungjawab untuk memastikan calon PKR berwibawa dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan sekiranya mereka meletak jawatan.

Semalam Zahrain menegaskan beliau akan kekalkan kerusi itu sehingga pilihan raya umum akan datang.