Sabtu, 13 Februari 2010

KISAH ZAMBRI KADIR.. DISUATU HARI

WA TATAK HAILAN..WALAU OLANG CINA MANYAK TA'TAK SOKONG GUA.., GUA TETAP UCAPKAN GONG XI FA CHAI....KEPADA SEMUA OLANG CINA..DI NEGERI GUA ..


TETAPI TEMAN HAIRAN NAPER DEMER TAK SETUJU TEMAN JADI MB PERAK WALAU PUN MAHKAMAH DAH KATA TEMAN LAYAK JADI MB ....

AH.. .. PEDULIKAN JANJI TEMAN BERKUASA SEKARANG HA.. HA.. HA.. HA ......

Zahrain dilamar sertai komponen BN...Apa lagi jangan malu-malu....!!!




Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim dialu-alukan untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahrain merupakan bekas ketua Umno Bahagian Tanjong dan keluar parti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, menyambut baik keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru itu untuk meninggalkan PKR dan berharap beliau akan menyertai BN.

“Kita berharap beliau akan dapat tarik rakan-rakannya yang lain yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang untuk keluar daripada parti itu,” kata beliau dipetik Bernama.

Sekiranya tidak berniat untuk menyertai BN, Zahrain boleh menjadi Ahli Parlimen Bebas yang “mesra BN”, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan selepas merasmikan penubuhan Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor di Simpang Renggam, 71 kilometer dari sini hari ini.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantik timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman sebagai pengerusi lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, beliau berkata pelantikan itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP).

“Sesiapa yang bukan ahli Majlis Agama Pulau Pinang (Mansor) tidak ada hak untuk menjadi pengerusi pusat zakat itu dan hanya presiden majlis yang boleh menjadi pengerusi seperti kebiasaannya,” katanya. — Bernama

Bersihkan Nama Malaysia!!

Oleh : Mutaligat


Nama Malaysia kian buruk kebelakangan ini, Semua ini gara-gara tindakan individu tertentu yang bertindak di luar batasan undang-undang Negara dan antarabangsa.

Kematian seorang warga asing bernama Altantuya yang dibunuh kejam oleh insan yang tidak berhati perut dan berperangai lebih teruk dari binatang benar-benar menyebabkan nama Negara busuk di persada dunia.

Lebih malang lagi ramai pihak mempertikaikan keputusan mahkamah bersabit dengan siapa pembunuh sebenar Altantuya.

Ramai pihak yang merasakan pembunuh sebenar atau ‘kepala pembunuh’ masih bebas dan tidak dihukum. Tetapi kita semua tidak tahu siapa kepala pembunuh tersebut.

Kes kedua melibatkan tuduhan liwat ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi dikatakan menghadapi fitnah musuh-musuh politiknya.

Lebih teruk lagi perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang juga dilihat tidak telus dan berat sebelah.

Dunia sebenarnya sedang memerhatikan semua ini dari dekat.

Memang tidak dinafikan Anwar mempunyai pengaruh yang besar di serata dunia. Bila beliau menghadapi kes ini sekali lagi setelah bebas dari tuduhan sama pada tahun 1998, orang luar berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan politik Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat mengharapkan kerajaan mengambil tindakan drastik bagi membersihkan nama Malaysia.

Saya yakin Perdana Menteri dan kabinetnya tahu apa yang perlu mereka buat untuk membersihkan nama Negara dan rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita berusaha untuk membersihkan nama Malaysia.!!!!!!!!!!



Apa beza lawatan BN berbanding PR ?

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Jika ada yang bertanya kepada anda, apakah perbezaan lawatan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), berikut mungkin jawapannya.

Baru-baru ini, pimpinan PR di Sabah mengadakan lawatan mengejut hampir di setiap tempat tumpuan rakyat di daerah Keningau, iaitu kawasan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah merangkap Ahli Parlimen Keningau, Pairin Kitingan.

Lawatan yang bermula 9 pagi itu berakhir jam 2 petang turut disertai Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffery Kitingan, bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamuddin Sulaiman, pimpinan DAP dan pimpinan PR dari kawasan Keningau kira-kira 25 orang.

Hishamuddin berkata, antara kawasan yang dilawati ialah beberapa deretan kedai yang memperlihatkan peniaga di kawasan Keningau mengadu kepada pimpinan PR yang datang menjenguk mereka.

"Peniaga Cina itu mengadu kepada kami bahawa berpuluh tahun beliau berniaga di situ, masalah longkang pun BN sukar selesaikan dan berharap kehadiran PR pada hari itu mampu menyelesaikan masalah mereka yang tertangguh sekian lama," katanya ketika dihubungi erapakatan.com

Menurut Hishammuddin, walaupun lawatan pimpinan PR itu hanya beberapa jam, namun dua hari selepas itu peniaga di kawasan terbabit mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan PR kerana masalah mereka sudah pun selesai.

Hishammuddin menjelaskan, dua hari selepas lawatan mereka Majlis Daerah Keningau (MDK) telah turun padang sekali gus menyelesaikan masalah peniaga di kawasan itu yang tertangguh sekian lama walaupun BN merampas Sabah sejak 15 tahun lalu melalui wakil rakyatnya yang beramai-ramai masuk BN.

"Kehadiran kita cukup memberi kesan seolah-olah peniaga itu memberikan autoriti cukup bermakna kepada kita sebagai bakal 'pemerintah kerajaan negeri' dan inilah antara perbezaan lawatan pimpinan PR berbanding BN.

"Kita melawat beberapa jam, masalah selesai dalam dua hari, BN melawat bertahun-tahun, masalah tidak selesai dan bertambah parah," katanya yang juga Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Keningau.

Beliau memberitahu, PR negeri juga cukup terharu dengan sokongan yang kian membesar khasnya masayarakat Cina kepada PAS apabila malam sebelum lawatan itu, salah seorang pemimpin masyarakat Cina memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR di Sabah.

Mengulas lanjut, katanya, pemimpin Cina itu dalam ceramah bersama pimpinan PR mengungkapkan kata-kata berikut.

"Kita harus membantu segenap upaya kita untuk memenangkan Pakatan Rakyat di Sabah dan setiap satu undi bukan untuk BN dan bukan juga untuk calon bebas, tetapi hanya untuk calon PR," jelas beliau.

Sehubungan itu, Hishammuddin menyeru setiap ahli dan penyokong PR di Sabah melipatgandakan usaha ke arah menawan Sabah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekali gus menyambut baik isyarat rakyat pada malam itu.

Zahrain Tiada Sokongan Ahli Akar Umbi

Bagi ahli cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, mereka sudah lama hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bayan Baru.

Malah, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman berkata ahli cabang itu sebelum ini pernah bercadang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Zahrain.

Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang itu percaya Zahrain tidak mendapat sokongan akar umbi, malah tiada seorang pun ahli cabang yang mengikut langkah Zahrain.

Mansor juga menyatakan Zahrain jarang turun padang. Kebanyakan kerja di kawasan Parlimen Bayan Baru dilaksanakan oleh ADUN kawasan masing-masing

"Pertama sekali bila dia mula buat serangan atas pimpinan parti,lepas tu dia buat serangan atas Ketua Menteri, hari ke dua selepas itu Ketua Umum,jadi kita jangka dia dah buat keputusan macam inilah(ketua parti)" kata Mansor kepada Tv Selangor.

"Maknanya bila dia serang kepimpinan parti, dia memang bercita-cita untuk inilah (keluar parti).Jadi itu maknanya keputusan yang dibuat itu bukan di luar jangkaanlah selepas dia buat keputusan itu, cabang dia mahu berjumpa dengan dia tapi dia tak mahu dia tidak turun buat keputusan dicabang ini menunjukkan dia tak berani berdepan dengan ahli di peringkat cabang. Dia termasuk dalam golongan yang meletakkan kepentingan diri dahulu" tambahnya lagi.

Menurut Dr. Mansor, serangan Zahrain ke atas parti dan kerajaan Pulau-Pinang membuka ruang bagi tohmahan dan serangan dari Umno.

"Sebab dia perkara pokok dia macam ni, bila dia mula buat serangan tu, maka UMNO ambil kesempatan. Jadi dia buka floodgates".

"Untuk buka ruang bagi UMNO untuk serang kita, serang parti. Kalau kita tgk semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO itu semua kata memang PKR dalam keadaan huru-hara, kucar kacir dan ramai pemimpin dia tak berpuas hati cara parti mengendalikan isu-isu itu membuka ruang bagi mereka serang parti" kata Mansor.

Khalid : Penunjuk Perasaan Harus Akui Kelemahan YBK

Dalam pada itu, tindakan 300 ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan pro- parti itu semalam dilihat sebagai mirip kepada demostrasi jalanan zaman reformasi yang di kecam oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan itu gagal berdepan dengan beberapa persoalan asas mengenai ketelusan Yayasan Basmi Kemiskinan dalam menguruskan hartanah awam yang disumbang oleh kerajaan negeri.

Tunjuk perasaan ini berlangung selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Ia dipimpin oleh Adun Kuang Abdul Shukor Idrus dan Pengerusi Perkasa Ibrahim Ali.

Walaupun tidak mempunyai permit, penunjuk perasaan tidak dihalang polis dan dibenarkan berarak hingga ke bangunan setiausaha kerajaan negeri untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada pejabat menteri besar.

Sangkaan UMNO bahawa kerajaan negeri pakatan rakyat akan rasa tertekan dengan tunjuk perasaan seperti ini meleset.

“Semasa dulu kerajaan BN marahkan reformasi dijalankan melalui tunjuk perasaan dan sekarang menjadi terbalik pula apabila mereka yang lakukan dan saya anggap ini adalah satu pengajaran kepada mereka.

Kepada saya oleh kerana saya dari kumpulan reformasi, saya tidak menghalang kerana kita lebih cekap daripada semua itu,” katanya.

Khalid menjelaskan penunjuk perasaan ini enggan menerima hakikat kerajaan negeri terpaksa bertindak apabila YBK gagal membayar cukai tanah selama 13 tahun.

“Boleh jadi ini perkara biasa dalam pentadbiran BN, kalau perkara biasa, saya perlu betulkan dan kalau bukan perkara biasa, lagi saya perlu betulkan,” katanya.

Justeru beliau berkata YBK perlu membuat permohonan baru bersabit cukai untuk tanah yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

“Permohonan itu ada beberapa perkara dan tidak dapat pentadbiran yang dulu terangkan, kita minta mereka membuat permohonan semula kerana salah satu sebabnya mengapa 13 tahun tidak membayar hasil.”

Tender Tidak Lulus Punca Zahrain Keluar Parti

PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Semalam, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis. - BERNAMA

  • E-mail this  story
  • Print this  story

« Kembali

Abdullah Karim Dan Hanipa Pertikai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS

Exco Pemuda PAS Abdullah Karim (gambar) - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya, demikian lapor malaysiakini.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.

Kenyataan tidak dibetulkan

Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.

"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.


"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.

Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.

Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.

Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.

"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini.

Sementara itu penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak, lapor Malaysian Insider.

Hanipa memnberitahu bahawa beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.

“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang Khalid selama enam bulan.

Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pula diberikan amaran.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.

Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.

Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”.

Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.

Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak.

Ulasan GB

Nampaknya tidak keseorangan di dalam melakukan pendedahan terhadap kepincangan Jawatankuasa Disiplin PAS sejak dari awal sekalipun GB telah diserang hebat dengan menuduh GB yang bukan-bukan oleh kumpulan pro-UMNO dalam PAS.

Ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku diperingkat tertinggi parti. InsyaAllah, ianya bakal terbongkar nanti.

Hasbunallah.

Najib Hadiri Persidangan Nuklear Dunia Di Washington April Ini ..! Berapa Kita Kena Bayar JJ...????? Jangan kencing dah lah...!!!

ROMPIN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Persidangan Nuklear Dunia di Washington, Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 13 April depan.

Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata Presiden AS Barack Obama telah secara rasminya menjemput Perdana Menteri menghadiri persidangan itu menerusi surat yang disampaikan melalui Kedutaan Malaysia di Washington.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Rompin di Universiti Tenaga Nasional di Muadzam Shah dekat sini hari ini, Jamaludin berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh Najib mengenai pengesahan kehadiran beliau pada persidangan yang akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan dari lebih 40 buah negara itu.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata jemputan daripada Obama itu merupakan penghormatan besar kepada Malaysia memandangkan negara ini bukanlah sebuah negara pengeluar nuklear namun suara dan pandangannya turut mahu dikongsi bersama dengan negara lain.

"Saya rasa rakyat Malaysia patut rasa bangga sebab kita bukan negara kuasa nuklear dunia tetapi Presiden Obama beri penghormatan kepada Perdana Menteri kita menghadirinya dan pada masa yang sama menghormati Malaysia sebagai negara Islam dan mahukan suara Islam dalam membincangkan isu ini," katanya.


Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.

Ku Li perlu nilai kedudukannya dalam Umno, kata Muhyiddin

BESUT, Feb 13 — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno memandang berat tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu.

“Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform Umno...saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.

“Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Jan lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalty minyak.

“Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.

“Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li,” katanya.

Mengenai cadangan PAS untuk bekerjasama dengan Umno, Muhyiddin berkata cadangan yang dikemukakan itu tidak mengambarkan permintaan daripada akar umbi parti berkenaan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah beritahu, kita (Umno) tak pasti kerana mereka (PAS) selalu berubah-ubah. Ia dibuat atas kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) saja, kecuali kalau partinya buat keputusan seperti Majlis Syura yang bagi kenyataan nak berkerjasama dengan Umno dan kalau itu berlaku, kita ambil serius.

“Kalau setakat seorang dua yang nyatakan benda (kerjasama) itu, kemudian dia boleh berubah, tak setuju dan ia tak jadi apa-apa. Kita dah melihat banyak peristiwa dulu yang lepas-lepas, bila sebut nak kerjasama, esok dia patah balik,” katanya.

Katanya, Umno tidak boleh bergantung kepada cadangan seorang dua untuk bekerjasama, sebaliknya mestilah datang daripada keseluruhan parti.

“Setakat hari ini kita hanya mendengar...tak sesuai untuk kita respons,” katanya. — Bernama

Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcob Ditahan SPRM? Ha..ha...baru S/U Politik...Kalau Pak Menteri..??? Fuyoooo..!!!!

PETALING JAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.

Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit," kata sumber itu kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebelum ini, The Star melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik kepada menteri kanan yang didakwa memiliki kekayaan dalam masa yang singkat.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik Hasbie serta akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyita empat buah kereta mewah dan empat buah rumah mewah yang dipercayai kepunyaannya yang berusia lewat 30-an. Semua harta tersebut dipercayai terletak di kawasan Lembah Kelang.

Sumber memberitahu, siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa beberapa aset miliknya telah dibeli menggunakan nama pihak lain, dipercayai menjadi proksinya.

Tambahnya, pemilik berdaftar kepada aset tersebut akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull untuk mendapatkan pengesahan mengenai kes tersebut sehingga kini gagal.

GST Yang Masih Kabur dan Tidak Menentu


Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat, Ahli Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat

Sekali lagi Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman tentang GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan. Umum mendapati bahawa terlalu banyak kekeliruan dan tidak pernah dibentang secara penuh maklumat tentang hal GST ini.

Hakikat ini diakui oleh beberapa pihak perunding professional termasuk persatuan seperti Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) seperti didedahkan oleh pelbagai penulisanin majalah bisnes dan ekonomi tempatan seperti ‘The Edge Malaysia’, Malaysian Business dll.

Pengumuman mutakhir ini menyebutkan sekali lagi bahawa beberapa barangan dan perkhidmatan asas seperti bahan makanan, kediaman, pendidikan, perkhidmatan, pengangkutan awam dan penggunaan bekalan air dan elektrik pada kadar tertentu tidak tertakluk kepada GST.

Umum perlu tahu bahawa apakah barang dan khidmat yang terkecuali dan mendapat pelepasan (tax exempted) dan apa pula yang berkadar sifar (zero rated) serta pihak yang terlibat dalam seluruh rantaian perniagaan juga mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan pembayaran balik cukai (refund). Pokoknya masih banyak perkara yang kabur, dengan tidak termasuk faktor sistem GST ini yang amat rumit dan cukup‘complicated.

Namun dalam jua perubahan sistem, khasnya GST, pengurusan dan proses pendidikan itu akan tentunya memakan waktu. Pengilang, pemborong mahupun perunict ingin tahu tentang kekerapan bayaran atau pun tuntutan atau bayaran balik yakni sistem refund, andainya cukai ‘input’ melebihi ‘output’ yang sekaligus akan mempengaruhi aliran tunai mereka.

Pun begitu, dari perspektif Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat, bantahan dan tentangan kami adalah jelas dan tegas.Kami sedar bahawa kerajaan BN yang sedang menanggung bebanan hutang kerajaan Persekutuan yang tinggi (RM 348bilion atau 54% dari KDNK) pada tahun 2009. Peningkatan RM50.5 bilion berbanding 2008 ini merupakan tambahan hutang sebanyak 450% berbanding peningkatan RM9.2 bilion dalam tahun 2005 atau 4 tahun lalu.

Pada waktu yang sama sudah 13 tahun kerajaan Pusat mengalami defisit belanjawan dan telah membelon 7.4% dari KDNK pada tahun 2009, meskipun yg diramal hanya 3.6% pada pembentangan Bajet dalam tahun 2008. Kini kerajaan Pusat sangat-sangat tertekan dan tidak punya pilihan lain kecuali untuk mendapat sumber pendapatan baru.

Pergantungan kepada hasil minyak dan gas Petronas sudah sampai kepada paras tidak wajar. Petronas menyumbang 44.6% dari hasil pendapatan negara sehingga kini.

Dua perkara dilakukan dalam bajet 2010 bagi menambah pendapatan. Pertama mengurang subsidi dan kedua mengambil pendekakan menambah pendapatan dari sistem cukai. Ini kaedah atau pendekatan Fiskal namanya .

Ura-uranya kerajaan juga akan menggunakan kaedah Monetari juga dengan menaikkan kadar faedah (interest rate) yang telah pun mula diwawarkanoleh Bank Negara Msia (BNM). Namun ia tidak mendatang peningkatan hasil atau poendapatan yang langsung atau segera.

Badan Bertindak GST sekali lagi menegaskan bahawa kami tidaklah menentang GST di segi sistem pencukaian baru, meskipun ia tetap bersifat regresif atau memangsakan golongan berpendapatan rendah dan mungkin menguntungkan golongan berpendapatan tinggi. Perkara ini amat tergantung bagaimana sesebuah kerajaan menglah dan melaksanakan sistem cukai ini.

Kami sedar bahawa sistem GST ini boleh dicerakin dan diatur untuk mengelakkan kesan dan akibat ’regresif’ tersebut. Sekarang ini pun kerajaan telah mula meneliti seperti diwawarkan oleh Menteri di atas.

Akan tetapi kalau terlalu banyak barang-barang keperluan dan perkhidmatan seperti yang disebutkan oleh Menterinnya mahu dikecualikan atau diberikan ’pengecualian’ atau ’sifar cukai’ maka matlamat untuk mendapatkan penambahan pendapatan sebanyak RM1bilion dari sistem cukai GST ini berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang lama (SST) akan pasti tidak kesampaian. Ini menjadikan segala susah payah pengenalan sistem cukai ini tidak tersasar dan matlamat ini tidak tercapai.

Mentelahan kadar cukai jualan lama ialah 5% dan kadar cukai perkhidmatan lama ialah 10% dan kadar cukai GST bermula dengan 5%. Ataukah Menteri akan menggunakan ini sebagai alasan dan sebab untuk menaikkan kadar GST dalam waktu yang terdekat. Kuasa ini telah diperuntukkan dalam Rang-Undang GST ini. Menteri boleh dalam klausa rang undang-undang 10 (2, a dan b) melalui perintah yang disiarkan dalam ’Warta’ (a) menetapkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan dan (b) Mengubah atau meminda kadar cukai..

Ini mencemaskan rakyat dan Pakatan!

Sebab itu, Badan Bertindak Anti-GST Pakatan bertegas dengan pendirian kami bahawa pengenalan GST ini mestilah didahulukan dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mengizinkan rakyat mengalami apa yang disebutkan dengan isitilah peralihan kepada ’regim pendapatan yang lebih tinggi’ dengan ekoonomi negara keluar dari perangkap ”regim berpendapatan rendah-sederhana’, dalam satu model ekonomi baru yang akan dibentang kan oleh kerajaan.
  2. Kerajaan mesti berani untuk melonjakkan negara dengan peralihan ini dan tentunya ia mesti disekalikan dengan meningkatkan produktiviti dan kegiatan nilai-tambah yang lebih tinggi berdasarkan dan berbekalkan warga kerja yang berpengetahuan. Ini lah penegasan Badan Bertindak Ani-GST Pakatan dan pendekatan ini mesti mengambil kaedah yang integrated bersekali dengan reformsi sistem pendidikan yang lebih berdaya saing.
  3. Menutup punca-punca ketirisan dan kebocoran di segi ’delivery’ atau sistem penghantaran yang lebih eifisian dan efektif dengan menangani rasuah dan kronisme khususnya disegi kegiatan perolehan GLCs dan agensi-agensi kerajaan.
  4. Menghentikan pendirian yang bersifat berbolak-balik atau ’flip-flop’ khususnya dalam pengendalain projek-projek mega kerana tanggungan kos pinjaman dan kewangan yang tinggi seperti yang berlaku dalam kes ’landasan berkembar’, PKFZ dsbnya.

Kerajaan wajar faham bahawa negara belum benar pulih dan akan mengalami pelbagai kesan dari pengurangan peruntukan belanjawan 2010. Mutakhir, kesan kepada sekktor pendidikan dan pelbagai impak buruknya telah mula disaksikan.

Saya ingin ingatkan kerajaan ’Apakah mereka sedar akan akibat dari potongan belanjawan 2010, pelbagai kesan sedang ditanggung oleh rakyat, khususnya pendidikan dan sektor awam.Ada pihak awam yang memotong sehingga keparas 20% perbelanjaan mereka. Kesemua ini akan menggigitkan dalam tahun 2010 ini. Cuepac telah mengkritik kerajaan kerana memberhentiakn 5000 pekerja kontrak yang telah berkhidmat selama 10-15 tahun.

Pada waktu yang sama CAP telah melaporkan bahawa barang barang keprluan mengalami peningakatan sehingga 40-140% dalam satu tinjauan yang meeka lakukan. Ini meletakkan persoalan untuk menangani one-off inflasi akibat pengenalan GST apabila ia dilaksanakan menjadi satu bahan jenaka, kerana ada atau tidak GST, jelas inflasi tak boleh dikawal kerajaan. Tambahan kalau dengan GST yang dikenakan dengan tidak mencermati keperluan rakyat, maka akan bertambah parah lagi.

MP Zul: ‘Saya ada opsyen untuk keluar PKR’

Zulkifli Noordin mempertimbangkan opsyen keluar PKR. - Gambar oleh Jack Ooi

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengakui “mempertimbangkan opsyen” untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gagal untuk meyakinkan kepimpinan parti itu termasuk susulan nasibnya yang bakal ditentukan lembaga disiplin, dijangka diketahui menjelang akhir bulan ini.

“Saya mempunyai opsyen untuk keluar parti... apa pun saya ini bukan ahli politik... opsyen yang ada ini luas (untuk saya mempertimbangkan).

“Yang jelas saya ini tidak mengejar jawatan, malah selama ini pun saya tidak pernah minta supaya saya dijadikan calon (pilihan raya),” kata Zulkifli dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum 2004, Zulkifli bertanding di kawasan Parlimen Kuala Langat tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Dr Shafie Salleh.

Pada 2004, kata Zulkifli, beliau diminta bertanding di kerusi Parlimen Kuala Langat sehari sebelum hari penamaan calon.

Katanya beliau dipilih sebagai calon Kuala Langat bagi menggantikan Ezam Mohd Noor dan Azmin Ali. Zulkifli, yang kini disiasat lembaga disiplin, tidak bertanding dalam pilihan raya umum 1999, pilihan raya pertama selepas PKR (dahulu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional) ditubuhkan.

“Begitu juga saya diminta bertanding di Kulim-Bandar Baharu dua hari sebelum hari penamaan calon. Ketika kedua-dua kali itu sebagai calon payung terjun,” katanya.

Bagaimanapun wakil rakyat yang dilabel sebagai “ekstremis” kerana seringkali membangkitkan isu agama menegaskan tidak akan menyertai Umno sama sekali.

“Umno? Tidak, tidak... PAS, sudah pasti tidak akan menerima saya,” kata beliau sambil menafikan Umno menarik balik petisyen pilihan raya terhadapnya pada akhir 2008 sebagai syarat atau umpan untuk menariknya menyertai parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

Oleh itu kata Zulkifli, mereka yang mengecamnya harus tahu bahawa beliau tidak mengutamakan jawatan dalam parti.

Pertemuan dengan The Malaysian Insider ini diadakan beberapa hari sebelum rakan separtinya, Datuk Seri Zahrain Hashim memutuskan untuk keluar PKR, sekali gus berperanan sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kerusi Bayan Baru.

Zulkifli, salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya bagi kes syariah berkaitan dengan tuntutan qazaf kali ini, berkata beliau seorang yang “setia” kepada ketua pembangkang itu.

“Saya mempertahankan beliau dan mahu memastikan beliau menjadi perdana menteri satu hari nanti. Anwar mampu untuk melakukan keajaiban.

“Selepas beliau (Anwar) keluar dari penjara (pada 2004) beliau telah lakukan banyak perkara ajaib... sekarang kami mahu beliau jadi perdana menteri,” kata Zulkifli sambil menjustifikasikan kesetiaannya dengan mengatakan bahawa semasa di peringkat awal perbicaraan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri beliau mengunjunginya di Penjara Sungai Buloh setiap hari.

Bagaimanapun menurut Zulkifli, sudah ada petanda hubungan beliau dengan Anwar kelihatan “retak” sejak kebelakangan ini.

“Anwar biasanya tidak akan menegur apabila saya membangkitkan isu-isu seperti ini tetapi buat kali pertama beliau memanggil saya (selepas membuat laporan polis terhadap Khalid Samad)... ini kali pertama... saya boleh melihat keretakan sudah wujud.

“Jadi, saya boleh melihat bahawa hari-hari saya di PKR sudah mula dihitung... walaupun saya naif dalam politik, saya sudah boleh merasakan perkara ini,” katanya yang mengakui ada yang menganggap beliau sebagai “liabiliti” kepada PKR.

Zulkifli berkata beliau pernah menawarkan untuk mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil selepas keluar penjara.


Bagaimanapun disebabkan prosiding petisyen pilihan raya yang mengambil masa, Anwar mengubah pendirian dan bertanding di Permatang Pauh pula.

“Saya tidak pernah mengenakan (sebarang) syarat untuk saya mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu dan Anwar bertanding di sana. “Sebenarnya saya sudah pun menyediakan teks untuk dibacakan di mahkamah bagi mengumumkan yang saya mahu mengosongkan kerusi saya... tetapi entah macam mana prosiding mahkamah pada hari itu ditangguhkan,” kata Zulkifli menjawab soalan adanya desas-desus beliau mengenakan syarat-syarat tertentu kepada Anwar ketika itu.

Pada 24 Jan lalu Anwar menegaskan Zulkifli akan berhadapan dengan tindakan disiplin kerana sudah melampaui batasan.

Malah beliau turut kecewa dengan tindakan terbarunya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.

Tindakan membuat laporan polis itu dikatakan membelakangi semangat Pakatan Rakyat dan oleh itu bakal dihadapkan kepada lembaga disiplin PKR.

Dua hari kemudian beliau diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin. Awal minggu ini, Zulkifli meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari PKR secara beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini.

Dakwanya senario itu berkemungkinan akan berlaku disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang langsung tidak mengendahkan aduan mereka berhubung masalah yang dihadapi dengan DAP.

Beliau mendakwa DAP tidak diperlukan dan merupakan duri dalam daging kepada pakatan tersebut. Kata beliau tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat Pulau Pinang perlu buka mata supaya kenal puak pembohong

Oleh sebab dia orang DAP, tiuplah sepuas-puasnya api perkauman untuk melanyak dia. Tibailah kalau itu boleh membahagiakan hampa. Tetapi, buatlah homework sikit. Jangan buat cerita bohong.

Bila hampa buat cerita bohong, nanti banyak mamat-mamat sengal yang percayakan cerita bohong itu termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jangan sampai Mamat DAP yang ditiup sakan api perkauman untuk membencinya itu berkata: "Utusan Malaysia lied and I don't want Muhyiddin Yassin to embarrass himself by believing that lie" (Lihat Malaysian Insider hari ini "Guan Eng calls Utusan’s bluff on Prophet’s birthday march").

Mamat DAP yang ditiup sakan api perkauman supaya dia dibenci itu juga berkata:
"Don’t politicise the issue. The DPM should not rely on unverified information based on a report in Utusan. The report that we wanted to cancel the march are lies. I dare the DPM to join the procession when it takes place".
Rakyat Pulau Pinang perlu buka mata supaya depa kenal puak pembohong. Mereka perlu kenal siapa berlagak sebagai pejuang bangsa. Ghapla jingga yang suka buat john. Siru!

Aku pun benci Umno. Tapi, oleh kerana saya tak ada bukti nak menuduh Umno serang masjid, surau, gereja dan kuil, saya tak boleh sebut terang-terang Umno yang buat kerja tu walaupun satu Malaysia heboh tuduh gitu. Sebab itulah saya tak minat nak petik berita satu Mamat PKR yang tuduh gitu kepada Umno. Tak minat yang sama tahap dengan tak minat kat dia.

Pertama, aku mengaku terus terang aku takut kena saman. Kedua, ia bukan sahaja tak adil kepada Umno kalau saya sebut terang-terang nama dia sebagai puak yang serang masjid, surau, gereja dan kuil, malah ia juga tak adil juga kepada yang lain termasuk saya.

Tuduh tak boleh berasaskan keyakinan umum yang tidak ada bukti.

Malang, ganyang, bangang, kenyang....

Malaysia Boleh!!!


Beli jet.... tersadai
Tak boleh terbang!!! Hilang!!!

Beli kapal selam..... malang
Tak boleh menyelam!!! Lemas!!!


Kah..kah..kah...kah...

Pemimpin bertindak..... bangang supaya kenyang!!
Duit rakyat... hilang, melayang, tak nampak bayang!!!
Rakyat.... sayang seribu kali sayang, sentiasa malang!!!
Pemimpin.... senang lenang bukan kepalang!!!

Jadi patutkah rakyat yang malang, ganyang pemimpin yang bangang dan kenyang??

Kementerian Luar Akan Tegakkan Benang Basah Perjelas Fakta Perbicaraan Kes Anwar Kepada Anggota Parlimen Australia.

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ekoran daripada bantahan dan memorandum sekumpulan Ahli Parlimen Australia meminta pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim ditarik balik, Bernama melaporkan bahawa Kementerian Luar sedang mengatur langkah untuk menjelaskan fakta-fakta “Benang Basah” mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota Parlimen Australia, kata Menterinya Datuk Seri Anifah Aman.

Tindakan kementerian berbuat demikian seolah-olah masyarakat luar tidak mendapat berita sebenar tentang apa yang terjadi.

Mungkin kementerian atau kerajaan Malaysia sudah terlupa bahawa ini adalah era teknologi global yang serba canggih yang mampu menyalurkan berita tanpa disekat-sekat. Masyarakat luar sedang memantau tindak tanduk ketinggalan zaman kerajaan dalam kes fitnah terhadap Anwar.

Bagaimana mungkin sebuah kerajaan yang gagal menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang Negara dan tidak mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat meminta supaya pihak lain untuk menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang Negara dan tidak mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat?

Penerangan apa yang nak diberikan? Berdasarkan fakta apakah kementerian akan terangkan tentang perbicaraan Anwar?Adakah ianya satu lagi sesi penerangan untuk memburuk-buruk dan menghukum Anwar dengan menggunakan saluran khas kerajaan?

Itulah format Keadilan One Malaysia.

Dokumen-Dokumen Aduan Salah Laku Kepimpinan PAS Pusat

Assalamualaikum,

Kepada para pembaca yang berhajat untuk membaca aduan saya kepada PAS Pusat serta mendengar rakaman audio sebagai bahan bukti, dipersilakan memuat turun dari link di bawah:


1. Aduan Terhadap Dato Harun Din Di Atas Pelanggaran Pendirian Parti Dalam Isu Kalimah Allah




2.0 Aduan Rasmi Tindakan Pesuruhjaya Selangor dan Timbalan Presiden PAS Pusat Kerana Mendedahkan Rahsia Parti Dalam Isu Baiaah Taklik



3.0 Surat Lampiran Aduan Rasmi kepada PAS Pusat

4.0 Aduan Rasmi Terhadap Hasan Ali kerana Melanggar Keputusan Muktamar Shah Alam dan Ipoh



5.0 Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat



6.0Aduan Hasan Ali Memburukkan Kerajaan PR.wav

7.0 Aduan Berkaitan Baaiah Taklik.mp3

8.0 AduanKepada Ahli2 Majlis Syura 01.mp3

9.0Aduan Kepada Ahli2 Majlis Syura 02.mp3


“Kenapa tak ambil teguran orang luar dalam kes liwat?” - Anwar Ibrahim

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Sikap kerajaan yang tidak pedulikan teguran luar negara ke atas isu fitnah liwat membabitkan dirinya, dikecam habis-habisan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini bukan masalah kementerian luar negeri yang menjamin bahawa badan kehakiman ini bebas. Ini adalah persoalan mengenai kritikan orang luar terhadap badan kehakiman kita.

"Kita (kerajaan Malaysia) boleh tegur mengenai perang antara Arab - Israel, ketidakadilan ke atas serangan Afghanistan dan isu-isu di Darfour, jadi apa salahnya jika mana-mana ulamak luar dari mana-mana negara luar menegur mengenai kes penghakiman ini," kata beliau.

Tambah Anwar, cara penghakiman terhadapnya turut dikecam oleh ulama-ulama antarabangsa seperti Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dan Syeikh Wahbah Zuhaily.

"Demikian juga tokoh politik Australia membantah proses undang-undang ini. Jadi, sekarang bukan hanya orang Kristian dan orang Australia sahaja yang bantah hal ini.

"Sebutkan sahaja, ulamak mana yang pertahankan kes fitnah ini? Kes seperti mana di dunia ini, yang dibuat sebegini rupa, untuk mengaibkan peribadi, seolah-olah ia adalah suatu kenyataan yang tetap," tambah beliau lagi.

Mengulas berhubung serang balas terhadap mereka yang terbabit dalam fitnah ke atasnya, Anwar berkata bahawa pihaknya sudah ada cukup bahan bukti yang boleh diketengahkan kepada mereka.

"Saya nak beritahu bahawa kita ada cukup bukti, cukup kekuatan untuk menolak (pertuduhan fitnah) berdasarkan hukum dan fakta. Saya tidak bimbang sama sekali.

"Saya bimbang hanya bila media menghukum, menfitnah dan mengaibkan. Dan saya bimbang bila hakim tak dapat menjamin proses undang-undang yang sah. Kenapa media masih mengaibkan saya, media sudah melakukan semua ini pada 1998. Saya mempersoalkan kredibiliti mereka (media)," kata beliau.

Pada 6 Februari lalu, sebuah laporan akhbar menunjukkan wujudnya kesilapan besar fakta dalam media-media arus perdana.

"Ada kesilapan besar ke atas fakta-fakta yang dicetak dalam media-media. Tuduhan berlaku dan mahkamah belum bersedia membetulkannya dan sekali gus membiarkan media Umno dan Barisan Nasional menyalurkan fitnah untuk kelirukan rakyat, walhal, hal itu tiada langsung dalam keterangan.

"Dalam keterangan, dalam kamera itu bezanya besar yang disebutkan. Jadi, kalau beginilah caranya mahkamah mengendalikan kes ini, saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan," kata Anwar.

Utuhkan perpaduan, katakan tidak pada racist


1. Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2010 , saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan " semoga beroleh kegembiraan dan kebahagiaan " buat semua kaum Tiong Hua [ Chinese ] di negara ini.

2. Kegembiraan dan kebahagiaan adalah nikmat Allah swt Tuhan yang Mencipta seluruh manusia dan alam semesta ini . Ianya jua adalah manifestasi dari sebuah perpaduan yang sememangnya dianjurkan oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 :

Maksudnya : Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti .

3. Perjuangan Parti Islam se Malaysia [ PAS ] pula melandasi firman Allah swt tersebut , bilamana PAS menjadikan perpaduan sebagai prinsip perjuangan melewati batas kaum dan bangsa . Politik baru PAS dengan prinsip Li Taarafu [ saling kenal mengenal ] membawa slogan PAS For All sekaligus meletakkan perjuangan PAS dan dakwahnya terbuka tanpa sempadan .

4. Perkauman sempit sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN adalah musuh tradisi kepada usaha mewujudkan perpaduan dan keamanan di dalam negara ini . PAS konsisten menentang perjuangan dan gerakan yang berasaskan sentimen perkauman sempit justeru perbezaan kaum dan bangsa adalah suatu ciptaan Allah swt yang menandakan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta .

5. Baru - baru ini negara menjadi gempar dengan kenyataan ultra -racist dari Datuk Nasir Safar bekas Pegawai Khas YAB Perdana Menteri apabila beliau secara terbuka menyelar kaum Cina dan India sebagai pendatang dan peminta sedekah serta mengancam untuk menarik balik kerakyatan jika kaum - kaum ini gagal menuruti ketetapan dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN .

6. Terbaru laporan dari Malaysianinsider bahawa setiausaha kerja UMNO menyebut di dalam satu ceramah beliau bersama kelab UMNO di United Kingdom bahawa Cina adalah kaum yang merempat di negara ini . Sebelum ini kenyataan Nasir Safar turut mendapat sokongan dari sebahagian kalangan pemimpin UMNO dan BN .

7. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kenyataan - kenyataan bersifat perkauman ini semakin ketara dan ia boleh mendorong berlakunya persengketaan antara kaum dan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat malah mengancam keselamatan negara .

8. Selayaknya UMNO dan BN menghormati hak - hak orang Cina dan India di dalam negara ini dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentang dengan semangat 1 Malaysia yang diperjuanhgkan oleh UMNO dan BN pada hari ini atau sememangnya konsep 1 Malaysia itu hanyalah retorik semata - mata .

9. Sekali lagi suka saya tegaskan bahawa kami Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat tidak senang dan sangat tidak setuju terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang berbau racist dan chauvinist . Sebaliknya marilah kita beramal atau menerima pakai apa yang diajar oleh Islam agar kita mewujudkan perpaduan atas semangat saling kenal mengenal antara satu sama lain . Bukan hanya kenal nama dan wajah tetapi turut mengenal budaya dan adat resam antara kaum dikalangan penduduk dan rakyat di dalam negara ini .

10. Islam menjadi dasar perjuangan PAS . Justeru itu , apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah apa yang diajar oleh Islam . Antara ajaran Islam yang suci lagi mulia ini ialah saling hormat menghormati antara kaum , bangsa dan agama agar dapat diwujudkan suasana sejahtera , harmoni , aman dan damai . Sementara semua suasana - suasana itu bertepatan dengan nilai fitrah kejadian manusia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim

Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.

Kenyataan tidak dibetulkan

Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.

"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.

"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.

Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.

Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.

Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.

"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini.

Allah row signals Malay race fear

The use of the word 'Allah' has sparked outrage amongst some Malay muslims recently. - Reuters pic

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Malay, Chinese and Indian Malaysians, thrown together by a colourful past, have often managed a mutual accommodation of each other’s different faiths and cultures.

But the recent argument over the use of the word “Allah” has provoked strident — and divergent — views both within the Muslim community and outside it.

So too has the labelling of Indian and Chinese Malaysians as “pendatang”, or immigrants, by a senior ruling party member, Datuk Nasir Safar.

He lost his job as adviser to the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak 12 hours later.

Meanwhile, the cancellation of a concert by US singer Beyonce, the arrest of young unmarried couples for “close proximity” and the caning sentence given to a mother for drinking beer have all attracted international attention.

Such rows call into question whether Malaysia is a state in which different races and faiths live in equality and comfort with each other, or whether the country is becoming more conservatively Muslim at the expense of others.

Change of direction

The results of Election 2008 ramped up the tension.

The ruling coalition still won, but with a much reduced majority in the worst result in 50 years.

Norani Othman, a professor at the Institute of Malaysian and International Studies (Ikmas) at Universiti Kebangsaan Malaysia, says that after independence, there was a national emphasis on consensus-building and equality.

That was adapted, after race riots in 1969, to more overtly pro-Malay policies.

As Muslim nations around the world struggled to modernise, yet not lose touch with their traditional roots, the influence of Islamist parties expanded.

In Malaysia, that pitted the ruling United National Malays Organisation (Umno) against the Islamic Party of Malaysia (PAS) with the result that the 1980s saw a deliberate process of Islamisation.

What were once affirmative action policies geared to help Malays “catch up” with other Malaysians became policies enshrining Malay primacy or ascendancy, and being Malay meant being Muslim.

Institutions deemed to conform with Islamic principles and values were created — Islamic banks, Islamic insurance, Islamic university — there was even talk of “Islamising knowledge”.

The list of matters judged to be under the jurisdiction of Islamic laws has expanded over the decades.

Just as the so-called race riots of 1969 were in fact a sign of systemic breakdown, as Australian academic Clive Kessler argues, so do the current tensions pose a direct challenge to Malaysia’s founding aspirations of a diverse and democratic nation, argues Noraini.

Malay-ness

The trend, she says, is clear: “It is one of a steady increase in religious authoritarianism and intolerance, emanating from many key sectors and influential levels of Malaysian Muslim society.”

National citizenship training has sparked recent controversy, with some critics saying it was contributing to an apparently unstoppable rise of race and faith-based exclusivity.

Participants report they are told that the only thing left for the Malay community is power, because they are a majority, and that any loss of power could mean they become something like an American Indian in their own country, one source said.

Shoring up that power involves “the projecting of the Other, the non-Malay, as always conspiring or wanting to take over”, she said.

That siege mentality is expressed in the claim that non-Muslims using the word Allah might convert Muslims — even when figures suggest that Islam is the fastest growing faith in the country.

A new group called Perkasa — meaning strengthen — is avowedly pro-Malay. Critics call it chauvinistic.

Its founder, Datuk Ibrahim Ali, says: “If the Malays are not happy, then it will become a problem.”

Rising stars such as Datuk Idris Haron, MP for Melaka and a member of Umno’s Supreme Council, has supported party colleagues who describe non-Malays as “immigrants”.

“Yes the fundamental structure of the country is race-based,” says Idris.

“It is the Malaysian way of life that a Malay must be a Muslim,” he says — and that Malays are rightfully “the top priority when it comes to political development”.

Idris argues that the Chinese and Indians in Malaysia live far better than they would in other countries, thanks to Malay tolerance and generosity.

1 Malaysia?

But the determination of one’s rights according to one’s race and religion profoundly worries not only Malaysia’s many more liberal minds — it bothers the strategists behind the ruling coalition too.

They know that loyal non-Malays no longer see them as representative of a pluralist centre of Malaysian life.

“We don’t have an effective channel of communication between the communities,” says Chandra Muzaffar, chairman of the independent 1 Malaysia Foundation..

The elections in March 2008 also showed many Malays deserted Umno, their traditional source of protection and wealth. Hence Najib’s creation of the 1 Malaysia idea.

“1 Malaysia, very simply put, is to promote unity in diversity — with the emphasis not just on tolerance but mutual respect”, the Minister in the Prime Minister’s Department, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, told the BBC.

“We recognise the polarity and we are engaging it,” he said.

Many Malaysians want clear progress from a determined leadership, says Chandra.

They say a new multi-faith, multi-racial body is needed not just to talk about but implement solutions to sources of division.

“We need very concrete solutions, about handling the deceased (of different faiths within one family), the conversion of minors, custody of children, the use of Allah, circulation of literature for Christians in Bahasa Malaysia. I personally think the obstacles placed in the way are bureaucratic obstacles.

“We have to resolve it. At the moment we don’t have an effective channel of communication between the communities,” he said.

A clue to the problem is visible at the seat of federal government, the created city of Putrajaya.

It has two huge mosques.

Ten years after the city was built, permission has been granted to one Christian and one Buddhist group to build their own houses of worship. — BBC

U Mobile dibeli oleh Singapura

Vincent Tan akan menjual majoriti 33 peratus saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi, bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (gambar).

Singapura pernah gagal menguasai 30 peratus Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak.

Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai.

Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

PETALING JAYA: U Mobile Sdn Bhd’s major shareholder Tan Sri Vincent Tan is said to have struck a deal to sell a 33% stake in the celco to Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT) in a deal that could be worth RM626mil or RM5 a share.

It is learnt that a term sheet was signed this week by Tan’s company, U Television Sdn Bhd, and STT, the parent of Singapore’s second largest telco, StarHub. (The Star)

Khalid tak mahu rayu, serahkan kepada CC PAS

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad mengubah pendirian dengan menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu.

Sebaliknya Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat PAS untuk menentukan nasib beliau.

Kata Khalid (gambar), jika jawatankuasa kerja pusat merasakan keputusan jawatankuasa disiplin yang dipengerusi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak adil, pihak berkenaan yang harus mengkaji semula hukuman itu.

“(Saya) tak akan merayu. Jawatankuasa kerja pusat tahu fakta.

“Kalau mereka rasa tak adil, boleh betulkan tanpa saya membuat rayuan. Kalau rasa adil, apa gunanya merayu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain kepada jawatankuasa kerja pusat, Khalid juga boleh merayu kepada Majlis Syura PAS.

Jawatankuasa kerja pusat PAS yang sepatutnya bertemu esok telah menangguhkan mesyuarat mereka disebabkan cuti sambutan Tahun Baru Cina.

Akhir bulan lalu Khalid yang juga anggota Lajnah Politik PAS berkata akan membuta rayuan berhubung penghakiman jawatankuasa disiplin.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Semalam, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa memnberitahu The Malaysian Insider beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.

“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang Khalid selama enam bulan.

Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pula diberikan amaran.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.

Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.

Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”.

Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.

Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak.

Mauludir Rasul Pulau Pinang Tidak Batal. Guan Eng Cabar Muhyiddin Ikut Serta

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.

Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.

Sebaliknya beliau menjemput timbalan perdana menteri itu sendiri mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari akhir bulan ini.

“Saya mencabar timbalan perdana menteri untuk menyertai perarakan ini apabila ia diadakan,” kata Lim sambil menambah, media arus perdana dengan sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar tentang Pulau Pinang.

“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha agung DAP itu kini berhadapan dengan siri dakwaan bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Hashim yang semalam keluar parti itu untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Bulan lalu Zahrain mengecam keras kepimpinan Lim dan semalam pula mengumumkan keluar Pakatan Rakyat.

Lim yang mengetuai Pulau Pinang sejak Mac 2008, sendiri pernah mengambil bahagian dalam perarakan itu selaku ketua menteri bagi memperlihatkan beliau juga mengambil berat tentang sentimen umat Islam.

“Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan,” katanya.

Lim telah pun melarang Utusan Malaysia dan New Straits Times, kedua-duanya dikaitkan dengan Umno, kerana menurut beliau seringkali salah lapor dan enggan membawa jawapan balas beliau.

Semalam Muhyiddin berkata tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim yang membatalkan acara tradisi umat Islam yang diadakan sebagai tanda rasa cinta dan sayang mereka kepada Nabi Muhammad, seolah-olah menunjukkan mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita orang Islam.

Katanya perkara yang telah menjadi amalan tradisi tidak sepatutnya diberhentikan apatah lagi dalam situasi negara yang perlu sentiasa menjaga sensitiviti semua kaum.

Menurut Muhyiddin sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, mereka sepatutnya meneruskan amalan yang membawa kebaikan kepada sesebuah masyarakat di negeri berkenaan kerana ia melambangkan pimpinan memahami dan menghormati agama-agama lain.

“Apakah ini hendak menunjukkan satu sikap baru daripada DAP bahawa mereka tidak menyokong hasrat dan cita-cita umat Islam? Kita tanya balik pada dia (Guan Eng),” kata Muhyiddin.

Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masihi peringkat negeri pada 3 Feb lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa pekeliling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, ketua badan berkanun dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga melahirkan pandangan sedemikian dengan meminta kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul di negeri itu kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan. -MalaysianInsider

Otak cikai.. tak boleh pakai. Baghai!!!

Dunia sedang mentertawakan 1Malaysia.... negara yang kini ditadbir dan diperintah oleh regim Najib. Mereka ketawa kerana lawak jenaka yang sedang dipersembahkan oleh seekor lembu tunggangan yang ditaja oleh dot... dot... dot... di pentas. Ya... di pentas yang sudah tak boleh kita nak rely lagi iaitu Mahkamah Malaysia.

Antara yang ketawa terbahak-bahak hingga kedengaran di sini ialah negara yang mesra-Malaysia iaitu Australia. Nak dengar 'ketawa' mereka, baca sini.

Mereka ketawa nak pecah perut sebab lakonan si lembu tunggangan dot..dot..dot... tak masuk akai langsung. Lakonan yang sepatutnya heavy drama tetapi bertukar menjadi lawak jenaka. Pengarah dan penilis skripnya tak creative langsung. Otak cikai... tak boleh pakai!! Plagiat skrip lama. Itu sebab.... barai!!!

Pada dunia.... sebenarnya bukan si Sayfool yang di ***** tetapi institusi-institusi yang jadi lembu kepada pihak yang memerintah Malaysia iaitu kerajaan UMNO/BN. Mereka kena 'tunggang' hingga lunyai dan tak berdaya. Tapi mereka rela... mereka rela di'tunggang' oleh tuan-tuan politik mereka. Institusi-institusi yang ditunggang ini, habis terbarai maruah, integriti dan kredibiliti mereka. Siapa nak percaya mereka?? Sebab itu dunia ketawakan negara kita.

Tapi para pemimpin negara, mereka peduli apa?? Yang penting kuasa kekal bersama mereka. Kritikan dunia... mereka buat nohen ajer. Negara di bawah kuasa kita... itu urusan kita. Tak der hal, dunia luar nak campur tangan.

Sikap angkuh dan ego inilah yang merosakkan sistem pemerintahan negara. Sebenarnya para pemimpin ini tidak ada sikap prihatin langsung pada imej dan maruah negara. Macammana nakjaga maruah negara sedang mereka sendiri tidak ada maruah. Sebab itu..... mereka sanggup 'tunggang' semua institusi penting negara, demi kepentingan dan kelangsungan kuasa mereka.

Siapa yang paling teruk kena 'tunggang'....?? Bukan si Sayfool tetapi...

Ehem... ehem... tak payah sebut. Satu dunia sudah tahu!!! Ada jugak yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Bagi yang belum tahu.... bukak mata dan ambil tahu. Apabila sudah tahu... jangan tunggu, jom lakukan sesuatu. PRU13, kita bersatu.... jatuhkan mereka. Fajar baru akan menyinsing untuk sebuah MALAYSIA BARU!!

Pengkhianat baru 4 tahun masuk PKR-malaysiakini



Bermacam cerita pasai Dz ni,Tun tak mau panggil Dato Seri dah ,Tun tarik balik anugerah tu ,kerana terlalu bahlollll.
Dulu simpan saja dalam hati sebab Boss katakan,apa buat semua betoi lah.Tengok bila pengundian bajet dulu pun dia tak ada kat Parlimen, dah tau sikap dia dah berpihak kepada Umno Barisan Nasional.Masa pegang Cabang pun ,caranya memang mengajar kami cara Umno........
Aihk tuihhh najis juga rupanya.....tak dapat jawatan ,dah nak pusing.....memang pejuang haram jadah.....Kawasan pun tak turun,yang nak berjawab kami........Kami kata ada kat Parlimen ,tapi kat parlimen pun takda..... Apa cerita.......
Kalau dah dok hentam jerrr,tak kira Guang Eng ke Dsai ke Yb Malik ke, nampaknya macam dah termakan pujuk BN.......
Dari dulu lagi memang dah tau...Kalau hilang jawatan mesti meloncat punya,,Tu lagi sorang Tat Tet Beng pun sama,dia jangka jadi Timbalan Pegerusi tapi kecewa,Syukurlah banyak yang kita dah nampak perjuangan kebendaan dan jawatan,,,sedangkan jawatan Dato Seri pun dicadangkan sendiri..........Apakan Padang Golf,arrrrr arrrr memang tak syak lagi.......
Banyak juga dia janji pada Amk Bila dah pegang pusat nanti,Ajar cara macam umno...janji Glc ni ,tulah
Ingat ofer gitu ,Amk nak tutup mulut ,ini Anak muda barulah.......
Satu lagi Jeff OOii,nak mengata jaga sikit bukan semua PKR macam tu.....Lu kena tarik balik lu punya ayat.Jangan kurang ajar sangat.
Memang sahih lah yang zahrain ni mau swastakan golf projek tu kat company anak dia. kita kata BN projek juta juta bagi kat company RM 2 ,ni kita pulak nak buat apa cerita.......Pilah zahrain ,bulu roma Tun tak naik pun bila kau letak jawatan,bersyukur panjang lagi ye.
Rakyat pun tahu sekarang n PRi masa buang toksin toksin dalam parti yang merosak dan gugatkan parti.Ini bukan Parti rumah asuhan yang boleh dibelai manja,merajuk sikit nak belah .

blah blah blah le,
Dulang Dulang dapat tanah liat,orang mendulang dapat emas.........
tu yang dia Blah tu.......
perasit duit tak cukup cukup........
Pada pandangan Tun tindakan beberapa pemimpin parti KEADILAN yang meletakkan jawatan didalam parti bahkan yang keluar parti.
Tun langsung tidak risau walaupun sedikit. Jelas Tun nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.
Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.
Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.
Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.
Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.
Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.
Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.
Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Tun tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.
Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?
KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.
Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.
Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.
So, Tun tidak risau, bahkan mengalu-alukan supaya mereka keluar dari KEADILAN

Walaikum salam. say no to "salam 2 all"