Khamis, 11 Februari 2010

Umno official denies making racist remarks in London

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Umno executive secretary, Datuk Abdul Rauf Yusoh, has vehemently denied a Malaysian student’s allegation that he made racist remarks at an Umno Club function in London a few days ago.

Rauf led an Umno delegation to London to meet with party members there in a private closed-door meeting earlier this week. There the student, Ahmad Naim Mazlan, heard the party official refer to non-Malays as “bangsa asing” who were trampling on the Malays in “Tanah Melayu”.

In a letter sent to The Malaysian Insider, the finance and accounting student heard Rauf saying “Jangan biarkan bangsa asing pijak kepala kita.” (Don’t let the foreigners walk all over our heads.)

But Rauf denied making any derogatory remarks, stressing that the session was a closed-door meeting and no one outside should be listening in to what was being discussed.

“This was a closed door session... this is not true, because what I said was that Malays must sustain power in order to gain respect from the Chinese and other races,” Rauf told The Malaysian Insider in a telephone interview.

The top Umno official went to great lengths to point out that the function was a party function for “Kelab Umno” and was not a public forum organised by the Malaysian Students Department.

“I think the student who overheard, his BM (Malay language) was not very good,” he added.

The student in London also claimed to have overheard Rauf and an “Umno Youth Exco” defending Datuk Nasir Safar’s recent racist tirade against non-Malays.

Nasir resigned as special officer to the Prime Minister shortly after controversy erupted over an allegedly racist statement he made at a 1 Malaysia seminar in Malacca. It was alleged that he said, “Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”

“I am not supporting Nasir Safar at all! I am supporting what he said. Let me just put it this way — there is a right forum to talk about Malay interests, and what Nasir Safar did was not right, talking like that in public.

“If it was discussed behind a closed door session, its normal, but he said it outside... what he said was not right,” said Rauf, who used to be the Umno Youth assistant secretary,” Rauf said.

He also maintained that Umno is essentially a Malay party, therefore it was an acceptable practice for Umno to talk about “Malay interests”.

Pierahhh Mai Kat Hangpa Semua Boleh.....halal belaka....kat PR haram belaka...!!!

PUTRAJAYA - Tuduhan pembangkang, UMNO menyalah gunakan agensi kerajaan dalam pelaksanaan program Juara Rakyat tidak berasas sama sekali, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, tuduhan seumpama itu tidak perlu dilayan dan UMNO mengambil pendekatan untuk hanya memekakkan telinga.

Katanya, program Juara Rakyat pada dasarnya adalah pemudah cara kepada semua agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendekati rakyat, sekali gus menepati konsep pentadbiran negara ketika ini iaitu rakyat diutamakan.

“Dalam program ini, UMNO bertindak sebagai fasilitator, menjemput pelbagai agensi kerajaan yang berkenaan untuk memberi khidmat dalam bentuk kaunter, bagi melayani segala aduan dan kehendak rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sesi minum petang dan ramah mesra pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama Puteri UMNO, semalam. - Bernama

Debat Royalti : Nazri Dan Mustapha Rupanya Pengecut

Pakatan Rakyat membidas keras kegagalan Kerajaan Pusat mengesahkan penyertaan menterinya dalam bahas royalti minyak.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata keengganan Kerajaan Pusat menyertai dialog merungkai permasalahan royalti minyak menunjukkan pemerintah tidak prihatin kepada tuntutan rakyat Kelantan.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak selaku penganjur forum tersebut menjemput individu-individu yang arif dalam permasalahan royalti minyak Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz, hanya Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dijemput untuk memberi penerangan pada Sabtu ini.

Namun hanya Husam Musa dan Salahuddin mengesahkan kehadiran mereka, manakala dua menteri BN itu gagal mengesahkan penyertaan mereka.

“Ini menunjukkan kedua-dua mereka itu tak berani berhadapan dengan masyarakat dan rakyat khususnya diKelantan apabila penampilan Tengku Razaligh dan Tun Salleh Abbas, dua orang yang terlibat dalam menggagaskan Petronas yang secara jelas menolak keputusan kerajaan yang enggan memberi royalti kepada kerajaan negeri Kelantan,” katanya kepada TVSelangor.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan dua menteri ini juga mengelak dari mempertahankan tindakan Kerajaan Pusat menafikan rakyat Kelantan hak kepada royalti minyak.

“Apatah lagi dengan pendirian Sultan dan pemangku raja yang memperkenan usaha untuk mendapatkan royalti kepada kerajaan itu dilihat sangat ditakuti dan digeruni oleh kedua-dua menteri ini,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF (TVS)

Update : Gambar Terkini Dari Batu Caves



Ulasan Oleh Brader TukarTiub

KONSPIRASI LAGI

Kes Perak sengaja disamakan dengan tarikh
perbicaran bontot sifool. ini untuk
mengalihkan pandangan orang ramai.

menurut anwar ini sengaja dirancang!

PAKATAN RAKYAT

menurut ketua umum PKR juga ketua pembangkang
PAKATAN RAKYAT ialah wajah baru untuk MALAYSIA !

SABOTAGE BERLAKU

Tetiba alat hawa dingin dalam dewan mati.

Siapa punya kerja kita boleh tahu.

Tetapi TIDAK ADA SEORANG oun warga kota yang
berganjak dari tempat mereka.

Kipas dinding masih okay !

GOBIND

KAH KAH KAH


menurut anwar pinggang gobind cukup hebat
dari pinggang dia.

itu pasal dia akan tegak berdiri di parlimen
untuk membuka kes minah cun dari ulan bator !


LIM GOH TONG DAN USTAZ GEROMBOLAN

Anwar mencabar ustaz gerombolan tentang
tanah dan bukit bukit dan gunug yang
diberikan kepada lim goh tong
untuk membuat tempat
perjudian.

Apa pendapat al ustaz dan alim ulamk gerombolan ?

SEMUA IBRAHIM ALI DITIBAI

anwar menibai ibrahim ali
dalam pkr.

dewan kah kah kah gegak gempita ketawa !

ANWAR MENYANYI LAGU GEROMBOLAN

bersatu kita bersatu
kita rompak tanah melayu

kah kah kah
dewan gegak gempita


Anwar memuji Gobind dan Nizar
yang berucap terdahulu !


POLIS LARANG ALAT PEMBESAR SUARA


anwar berucap TANPA pembesar suara.
orang ramai berpusu pusu ke pentas
dan rapat untuk mendengar ucapan dalam dewan.

diluar ada lebih dari 3000 warga kota telah dinafikan
untuk mendengar ucapan anwar apabila
alat pembesar suara di karang polis.

10.33 malam NIZAR mula berucap



NIZAR kata ini permulaan untuk kita
semua jahanamkam gerombolan.

SINAR HARIAN telah melaporkan 87% warga perak
tidak bersetuju dengan zambry yang menyamar
sebagai MB


ANWAR SAMPAI JAM 10.20


keadaan semakin sesak dan berasak asak.
di dalam dan luar dewan muntah penuh dengan
warga kota.

anwar sampai seketika tadi.

laungan REFORMASI ! dia naik ke pentas.

laungan REFORMASI berterusan

polis TIDAK membenarkan alat pembesar suara diluar dewan
orang ramai naik hangat.

di luar ZUNAR macam nak rak menjual komik



PKR Selangor Gesa Zulkifli Guna Saluran Parti Untuk Bersuara

SEKINCHAN: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, diminta menggunakan saluran parti seperti mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) untuk meluangkan pandangannya dan bukan mengkritik secara terbuka melalui media massa.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PR mengamalkan konsep ketelusan dan keterbukaan dan segala perselisihan atau kontroversi di kalangan ahli Parlimen PR boleh diselesaikan melalui mesyuarat dalaman.

"Zul Noordin memang banyak cakap... kalau nak cakap ada perselisihan, cakap masa mesyuarat PR bukannya mesyuarat di surat khabar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat milikan tanah pajakan kepada 183 penduduk Kampung Bagan Sekinchan di sini hari ini.

Abdul Khalid, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zulkifli dalam program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3 Isnin lalu.

Dalam program itu, Zulkifli berkata DAP tidak diperlukan kerana parti itu adalah punca utama kepada semua masalah dalaman yang dihadapi dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang bakal dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin parti kerana kelantangan Ahli Parlimen dari PKR itu. BERNAMA

Anwar beri amaran, MP Zul tetap mahu Pakatan ‘gugur’ DAP

Dirujuk kepada lembaga displin lagi.

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dihadapkan kepada lembaga disiplin terus mengulangi kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) perlu mengkaji semula hubungan dengan DAP, salah satu komponennya atas sembilan alasan termasuk pendiriannya memperkenalkan konsep “Middle Malaysia” bulan lalu.

Zulkifli menyatakan pendirian itu meskipun semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan merujuk beliau kepada lembaga disiplin sekali lagi kerana mengkritik DAP dalam siaran langsung program Soal Jawab Isnin lalu.

Kata beliau tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam PR.

“... dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh Datuk Seri Anwar,” katanya.

Malah menurut pemimpin PKR itu beliau mahu menemui Anwar untuk membincangkan kritikan terhadap dirinya.

“Saya yakin Datuk Seri Anwar akan memahami pendirian saya setelah pertemuan tersebut nanti, walau pun saya tidak menafikan, malah menghormati hak Datuk Seri Anwar sebagai ketua umum PKR untuk mengambil tindakan terhadap saya, sebagaimana saya juga berhak mengambil tindakan yang saya fikirkan perlu dan wajar.

“Apa pun, saya masih berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana pada pendapat saya kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Zulkifli berkata banyak pihak yang beliau temui sudah mula mencurigai DAP, dan “merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang seperti kaduk naik junjung”.

“Nampaknya saya memegang rekod akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin serentak dengan dua dakwaan yang berbeza.

“Belum pun terima pertuduhan kes kalimah Allah, dah nak kena pulak pasal isu DAP.

“Saya tidak bercadang untuk membuat apa-apa komen kerana saya akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar sendiri untuk membincangkan kritikan saya terhadap DAP tersebut,” katanya.

Zulkifli berkata, banyak tindak-tanduk kepimpinan DAP jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berfikiran ala komunis.

“Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan ‘untouchable’ sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini,” katanya.

Kata Zulkifli, sekiranya tiada tindakan tegas dan jelas diambil, rakyat akan menolak PR dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mahu PAS, PKR dan Umno duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah merugikan umat dan negara.

Projek Rembat Enjin Di Tangguhkan.

Bagi sesiapa yang mengikuti blog ini sejak awal, pasti tau akan perancangan jahat brutal sadis berkaitan "Projek Rembat Enjin Kapal Selam Scorpene", bagi yang tak tau boleh baca di sini dan juga sini.


Dan atas sebab2 tertentu yang tidak dapat gua elakkan, maka gua terpaksa ishtiharkan penangguhan projek ini hingga diberitahu kelak. Atas sebab dan alasan berdasarkan dari maklumat sulit perisik upahan gua yang di faxkan ke henpon blueberry gua sebentar tadi, laporannya seperti di bawah ini;

Bro.. Isa,

Codename: Hadoiiihh... Mintak maap banyak banyak la panglima oi... lawak apa yang panglima buat ni.

Kapal selam Malaysia boleh selam, tapi tak selam pasai tak diizinkan selam. Apa punya kapal selam ni panglima. Maap cakap la yer nak tanya sikit, kapal selam ni baru ka second hand. Baru jer... sampai, tak sempat 10 kali pusing Malaysia dah down sindrom. Apa punya jenih down sindrom ni. Takkan yang ni kot kita dok bangga gila sebelum ni?

Aku boleh rasakan gegaran hasil gelihati jiran jiran kita, Thailand dengan Singapura tengah gelak sakan guling guling dengaq lawak antarabangsa ni. Depa tergelak sakan mungkin ingat padan muka kot pasai dah terkena badi orang yang mati kena aniaya kerana Scorpene ni. Atau hantunya mengamok sebab komisen tak bayar habis... ha..ha..ha...

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Scorpene teknologi Perancis ni bernilai RM1 bilion. Bukan kecik anak punya belanja tu. La ni dah tak dibenarkan beroperasi pasai nak jaga keselamatan anggota TLDM yang kendali kapal tu. Baguih tu, sikap perihatin pada anak buah.

"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.
Sekian laporan Eden.

Haaa.... itulah serba sikit sumber maklumat sulit/rahsia yang gua terima dari agen perisik gua, yang menggunakan nama samaran Eden... padahal nama sebenarnya Shalehudin. Nama samaran guno bahaso nogori sembilan... buat laporan pakai bahasa utara... licikkan agen gua nih... ha..ha..ha.... apa2 pun gua ucapkan terima kasih pado ekau...

Zahid Hamidi pasti melompat gumbira kalau baca n3 ni, mesti senyum2 cipan jer... sebab kurang satu masalah nak berjawap dengan rakyat... macam-mana enjin kapal selam TLDM boleh hilang, macam hilangnya enjin jet pejuang TUDM.

Gua tak suka ambik upah menggunakan duit rakyat untuk kerja tak berbaloi nih... mana ada pembeli nak beli enjin kapal selam yang tak boleh menyelam.... lawak giler... kerajaan Malaysia nih... dan kalau bab membazirkan duit rakyat dioranglah "Juaranya"... ha..ha...ha....siapa ekkk... yang menguruskan/meluluskan pembelian kapal selam nih...?

P/s: Enjin cekai tak boleh pakai nak rembat buat apa...!!! Jual kat keling besi buruk pun main timbang kati jer... tak berbaloi-baloi... lansung.... ha..ha..ha... buat perabih duit rakyat jer....

Terkini : Kenyataan Media Ku Li Mengenai MB Perak

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.
Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinny a mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah


Najib Jangan Sayang Bertompok - MSO

HARI ini perdana menteri, Najib Razak membuat lawatan ke Petaling Street. Lawatan itu adalah kali kedua sejak beliau jadi PM. Belum sampai 24 jam selepas beliau angakat sumpah sebagai PM beliau turun ke kawasan pelancongan dan lokasi perniagaan kaum Cina itu.
Beberapa hari lalu beliau melawat ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tempat-tempat awam yang dilawati beliau ialah di perhentian bas Puduraya dan kawasan perniagaan India di Jalan Brickfield. Di situ ada pejabat persatuan Orang-Orang Buta, saya tidak tahu apakah Najib jenguk ke pejabat orang buta atau tidak.

Di Pekan usahlah cerita, anak Mak Limah hujung bendang beranak pun Najib pulang untuk melihatnya. Tidak kisah sebab itu pengundinya. Tidak pulang, pengundi akan lupa, bimbang takut jadi dalam pilihan raya 1999 dulu di mana Najib menang hanya kira-kira 240 undi sahaja. Itu pun di selamatkan oleh Orang Asli. Najib sudah hampir bungkus. Pengalaman iu cukup mengajar dan mengingatkan Najib betapa pengundi perlu diberi perhatian sepanjang masa.

Sebagai rakyat Malaysia saya bangga kalau pemimpin turun ke bawah jenguk longkang atau tenguk sawah yang kering kontang atau padi yang hampir masak tetapi dibaham benda peran. Itulah pemimpin yang prihatin dan mesra rakyat. Apa lagi Najib si anak bangsawan yang membesar dalam rumah dan melihat rakyat dari jendela kaca perlu banyak turun ke bawah.

Najib mungkin kenal pacat dan lintah tetapi Najib tidak pernah merasai bagaimana geli dan pedihnya digigit pacat dan lintah. Maka untuk menghayati penderitaan petani, nelayan dan buruh kampung Najib perlu kerap ke bawah dan bukan sekadar mendengar dan melihat laporan media massa.

Dengan cara itulah baru simpati dan pembelaan Najib akan jadi realistik. Membaca penderitaan Lahuma dan Jeha dalam “Ranjau Sepanjang Jalan” tidak sama dengan melihat Pak Tih Haji yang kena potong kaki akibat kencing manis yang tinggal di Kubang Kual, Kelantan. Kesakitan di luar lebih perit lagi dengan kesakitan dalam media cetak atau skrin tv.
Tenguk sendiri susah payah rakyat. Tenguk sendiri bagaimana berpeluh berpelai rakyat mencari makan untuk dapatkan seringgit dua. Masih ada rakyat bekerja leih 20 jam sehari, pendapatannya cuma RM15.00. Manakala yang lain pula bekerja hanya 20 jam seminggu pendapatan berjuta ringgit termasuk yang songlap duit negara.

Nasib itu adalah ketentuan dan pilihan manusia itu sendiri. Tetapi menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membantu rakyat. Memberi ilmu, memberi formula dan memberi semangat dan modal untuk mereka berubah kehidupan mereka. Nama lagi pemimpin, ia kena memimpin rakyat yang tidak berkeupyaan.
Pemimpin yang hebat itu sama seperti pengasah besi tumpul menjadi senjata tajam. Keupayaan seseorang pemimpin terletak di sini. Kalau setakat jadi pemimpin untuk diayung, dipikul dan dipuja menerusi banner, billboard, papan iklan atau diarak dengan bunga manggar, itu bukan pemimpin yang boleh merubah kehidupan dan pemikiran rakyat. Apakah Najib mampu berbuat begiu?

Najib telah mempelopori pendekatan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kita berharap slogan itu lebih bererti dengan pelaksanaanya secara menyeluruh, tulus dan ikhlas dan tidak dijadikan retorik politik. Kalau slogan itu hanya untuk dipamer dan dibacakan oleh Rais Yatim setiap jam di radio ia tidak ke mana, ia tidak merubah bangsa dan negara ini ke arah kemajuan.

Di sini saya nak tanya atau nak kemukakan cadangan kepda Najib. Tidak mungkin beliau akan dapat round ke seluruh negara untuk menghayati slogan beliau itu, mendekati rakyat dan mengenali rakyat. Dalam sehari hanya ada 24 jam dan dalam sebulan hanya ada 30 hari. Malaysia terlalu luas. Tidak mungkin dalam janga masa dan waktu amat terhad itu beliau dapat pusing ke seluruh negara.

Makanya saya harap Najib dapat membuat tinjaun rambang ke kampung-kampung naif dan miskin yang ada di seluruh negara. Beliau boleh adakan lawatan mengejut tanpa diheboh-hebohkan terlebih dahulu. Jangan ada sambutan dan lawatan buatlah seolah-olah seperti untuk menyiasat.

Selalunya kalau pemimpin hendak turun ke luar bandar ia dihebohkan. Maka sibuklah pejabat daerah dan agensi kerajaan menyiapkan segala keperluan termasuk prasarana diperbaiki. Jalan yang berlubang diturap dengan tar. Cara ini tidak sesuai lagi. Biarlah pemimpin melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar sesuatu tempat itu. Cara itulah baru realistik.

Berbalik kepada kunjungan Najib ke kawasan China Town hari ini apakah keperluannya sampai dua kali dalam masa tidak sampai dua tahun. Apakah Najib merasakan perlu memberi fokus lebih kepada para peniaga dan penduduk di situ.

Apakah kunjungan itu kerana politik nak ambil hari orang Cina? Hati orang kampung bagaimana. Ia kena juga kena ambil sama. Atau pun kerana hati orang kampung (kecil) mudah dipujuk maka ia tidak perlu diberi perhatian berlebihan. Mungkin orang Cina mempunyai aset dan dapat memberi pulangan kewangan banyak kepada negara maka mereka perlu diberi keutamaan. Begitukah?

Tetapi Najib perlu ingat bahawa nilai undi antara orang Cina dengan orang Melayu di kampung sama saja. Undi seorang korporat Cina sama saja dengan undi seorang petani yang capek dan kaki kudong di kampung. Sama-sama satu undi saja.

Pada saya rakyat yang perlu didahlukan ialah rakyat kampung. Mereka perlu ditenguk dan dimesrakan. Cara Najib mengujung Petaling Street itu bagi saya satu tindakan sayang bertompok kasih terpilih.

Benar Najib sudah ada 221 orang wakil di seluruh kawasan parlimen. Tetapi percayalah tindakan wakil-wakil itu, baik wakil rakya atau Pengarah DUN dan Parlimen tidak begitu berkesan. Bayangkan bagaimana untungnya rakyat setempat apabila Najib (perdana menteri) mengunjungi mereka. Sewaktu beliau kunjung ke Selangor, beliau meluluskan RM5 juta untuk baiki flat. Kunjung ke Kampung baru, lulus RM2 juta juga untuk baiki flat.

Rakyat nun jauh di kampung kediaman mereka lebih daif, busuk dan huduh dari itu. Masih ada orang kampung yang tidak memiliki tanah, memiliki rumah dan makanan pun sekali sehari. Orang-orang inilah yang sepatutnya menjadi tumpuan dan fokus Najib bukannya rakyat yang sudah ada perniagaan atau pun tempat untuk menjual CD haram, barangan tiruan yang tidak pun membayar cukai kepada kerajaan.

Saya yakin kalau Najib membuat tinjau ke kampung-kampung pedalaman sudah pasti rakyat akan mendapat rezeki tersepak hasil lawaan itu seperti mana yang berlaku di tempat-tempat lain yang beliau pernah kunjungi.

Untuk permulaan saya cadangkan kepada Najib buatlah lawatan ke daerah saya di Rantau Panjang, Kelantan. Tenguk keadaan peniaga di sana. Masalah sosial, penyeludupan, penagihan dadah dan sebagainya. Hampir suku generasi mudah di sana di baham najis haram syiatn dadah. Sikap mengatakan itu negeri Kelantan dan Pas parlu bertanggungjawab, sudah lapok. Kita sudah berada pada era politik tahap kedua moden di mana segala pembangunan rakyat perlu diberikan tanpa di batasi sepadan dan ideologi politik. Najib juga perlu kepada pendekatan, fahaman dan amalan politik baru.

Harapnya para pegawai Najib mengambil kira perkara ini. Kita mahu bukan saja orang Pekan, Petaling Street aau Kampung Baru yang puji Najib tetapi orang di hulu Kelantan, hulu Pahang, Hulu Terengganu atau Kuala Kedah juga memuji Najib sebagai perdana menteri berjiwa rakyat kalau beliau dapat memenuhi undangan ini!

Perak Akan Terus Ditindas



Cabaran kepada Menteri Besar BN, Zambry Abdul Kadir pasca kemenangan di Mahkamah Persekutuan adalah menunaikan retorik kerajaan bertanggungjawab dan kemahuan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang dicanangkan di dada-dada akhbar arus perdana.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata rakyat diberi ruang untuk melihat apakah Zambry ada kesungguhan untuk mentadbir Perak dengan adil, atau sekadar propaganda politik semata-mata.

“Sepanjang setahun mereka berkuasa, selepas mereka rampas kuasa, kami tidak mendapat satu sen pun. Jadi macam mana mereka menyatakan mereka telah memberikan peruntukan? Tiada apa cuma Zambry kata kalau ada malapertaka dia akan salurkan kewangan. Yang itu malapertaka lain. Tapi peruntukkan yang akan digunakan oleh pejabat daerah melalui ADUN sebab kami dipilih oleh rakyat, jadi kalau dia boleh buat macam itu maknanya dia ikut apa yang kita buat semasa kita berkuasa dulu”.

Nizar berkata demikian selepas menyatakan kesudian Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri BN di Perak.

Ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat, peruntukan Dun RM150,000 diagihkan kepada semua wakil rakyat termasuk BN.

Beliau berkata Zambry perlu mengangkat semua sekatan politik yang dikenakan, khususnya sekatan peruntukan yang seolah-olah hukuman BN keatas para pengundi di Dun-Dun Pakatan Rakyat.

“Kita mahu bekerjasama dengan kerajaan yang dianggap sah oleh mahkamah semalam dengan syarat, kalau syarat kita dipenuhi barulah kita dapat kerja sama, tapi kalau kami nak pakai dewan pun setahun yang lepas kami tidak dibenarkan. Kami hendak pakai padang, hendak pakai stadium tidak boleh, untuk rakyat. Jadi bagaimana kita hendak bekerjasama dengan kerajaan”.

Nizar bagaimanapun tidak terkejut jika BN enggan mengangkat sekatan keatas Dun-Dun Pakatan Rakyat, mahupun dasar pembaziran dan salahguna kuasa kembali subur di Perak.

“Saya rasa tidak membantu. Apa sahaja sumber-sumber hari ini digunakan untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka akan menang pada pilihan raya ke-13. Jadi mereka telah pun berkempen setahun yang lepas, mereka akan gunakan sumber kewangan negeri untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka kuat, Barisan Nasional kerajaan yang sah jadi dua tahun setengah ini mereka akan gunakan kempen untuk itu disamping menggunakan sumber-sumber yang ada

KALAU PENGECUT SEKALIPUN KOSONGKAN 3 KERUSI KATAK

(KATAK KENYANG...SENDAT PERUT)

Saya setuju dengan pandangan Datuk Seri Nizar supaya 3 kerusi yang diwakili oleh YB yang tiada maruah iaitu DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang dikosongkan bagi memberikan laluan kepada pilihanraya kecil diadakan.


Buatlah apa cara sekalipun (kerana BN boleh lakukan apa sahaja sesuka hati) supaya ketiga-tiga YB muka tebal itu mengosongkan kerusinya. Jadi selepas itu pilihanraya kecil diadakan supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang diberikan mandat oleh rakyat bukan mahkamah atau institusi lain.


Kalau Zambry dan BN takut untuk membubarkan DUN Perak saya yakin sekurang-kurangnya 3 kerusi ini mesti dikosongkan supaya rakyat dapat memilih wakil rakyat baru seterus dapat menentukan kerajaan baru yang mendapat mandat rakyat.


Jika BN menang 2 dari 3 DUN tersebut BN jadi kerajaan yang sah dan bermaruah. Sebaliknya jika PR menang 2 maka PR akan jadi kerajaan. Itu cara terbaik bagi menentukan siapa yang berhak menjadi kerajaan.
Jika inipun Zambry dan BN takut maka jangan berpolitik lebih baik minta Najib lantik jadi Senator atau Pengerusi Veteran Umno.


Pembaziran Yang Tiada Tara : Kapal Selam Scorpene Rosak & Tidak Dibenarkan Menyelam

Kapal selam Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion dengan kos senggaraan hampir RM1 juta satu hari dilaporkan rosak dan tidak dibenar melakukan selaman.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.

"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

"Ia adalah kecacatan biasa dan berlaku pada sub-sistemnya, dan bukan sistem utamanya.

"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.

Abdul Aziz berkata, anggota-anggota TLDM beria-ia dan bersemangat tinggi untuk menjalani ujian air tropika apabila ia diperbaiki sepenuhnya.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

RENCANA GB SEBELUM INI MENYENTUH SCORPENE


"Ia boleh selam...tapi tak diizinkan selam" - PTL ..ha..ha..Hantu Altantuya ada dalam laut ..!!!!

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.

"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Para hakim melanggar doktrin pemisahan kuasa

Bahagian Kedua

Oleh N H Chan

Apabila kita membicarakan tentang kebebasan para hakim, ia akan membawa kita kembali kepada perenggan-perenggan pembukaan mengenai hal ini yang saya baca dari Lord Denning.

Secara ringkas, kebebasan para hakim bermaksud terdapatnya pemisahan kuasa-kuasa yang rigid di antara kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman.

Ujian kritikal di mana setiap hakim mesti lulus ialah beliau mesti bebas dari pengaruh eksekutif. Jika seseorang hakim dilihat tidak bebas dari eksekutif maka beliau akan kehilangan keyakinan daripada orang ramai.

Apabila orang ramai tidak ada keyakinan terhadap hakim maka integriti dan reputasi beliau sebagai seorang hakim tamat. Pernahkah anda mendengar di kalangan orang ramai memberi komen, "Saya tidak lagi menghormati hakim-hakim kita’, sejak kemelut politik Perak meletus di negara ini?

Apa yang membuat orang ramai begitu terasa dengan keadaan ini? Ini adalah kerana perkara utama dalam peraturan undang-undang ialah kebebasan para hakim. Bagi orang-orang Inggeris, Lord Denning telah menjelaskan perkara ini dengan cara begini, ibid, muka surat 192:

Kenapa perkara seumpama ini begitu memberi kesan kepada orang-orang Inggeris? Kerana ianya lahir bersama mereka. Kita tahu dengan jelas bahawa kita tidak akan membiarkan eksekutif mempengaruhi hakim-hakim.

Kita juga tahu bahawa datuk nenek kita mempelajarinya semasa perjuangan mereka menentang raja-raja di England – raja-raja yang menggunakan kuasa eksekutif tertinggi mereka pada masa lampau terhadap sesebuah kerajaan.

Kita, rakyat Malaysia juga merasakan ianya memberi kesan walaupun ianya bukan lahir bersama kita. Ianya tidak sebati dengan naluri kita dari menyekat kita dari membiar eksekutif mempunyai kawalan ke atas para hakim kerana datuk nenek kita tidak pernah mengalami sebarang perjuangan yang perit menentang raja-raja, sultan-sultan dan para gabenor kita.

Negara kita adalah negara yang muda, baru 52 tahun usianya. Tetapi kita telah mewarisi ‘common law’ dari England – Akta Undang-Undang Sivil 1956. Dari ‘common law’ kita belajar bagaimana kita dapat melihat dengan jelas pemisahan di antara kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman.

Kesedaran mengenai maksud sebenar keadilan seperti inilah di mana orang awam dapat menghakimi para hakim. Sesiapa pun boleh menjadi hakim.

Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mempunyai pemikiran yang berlandaskan keadilan, diperlihatkan melalui tingkah laku dan sikap kita di depan mahkamah undang-undang.

Keadaan di mana kita mengendalikan keadilan yang tidak berat sebelah, kerana keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi mesti dilihat telah dilaksanakan. Ciri lain seorang hakim ialah untuk mentadbir keadilan menurut undang-udang.

Secara ringkas, keadilan bermaksud kewajipan hakim untuk melakukan sesuatu dengan betul. Cara yang betul ialah dengan menolak ketidakadilan atau berat sebelah. Cara yang betul ialah dengan mengaplikasikan undang-undang sebagaimana yang termaktub.

Krisis Perak telah menimbulkan beberapa kes yang menunjukkan bahawa para hakim memberi gambaran bahwa mereka berat sebelah. Persepsi rakyat ialah mereka memihak kepada kerajaan Barisan Nasional.

Satu contoh klasik ialah kes yang memeranjatkan, Zambry Abdul Kadir melawan V Sivakumar di Mahkamah Persekutuan. Kita semua ingat hakim-hakim itu – Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Nik Hashim Ab Rahman, Augustine Paul dan Ahmad Makinuddin.

Mereka membuat keputusan memihak kepada Zambry, menteri besar yang dilantik oleh Barisan Nasional. Mereka memutuskan Sivakumar, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry dan enam ADUN dari menghadiri sidang DUN.

Saya pos kritikan terhadap keputusan ini dalam internet. Saya menulis:

Satu keputusan yang menyakitkan hati oleh Mahkamah Persekutuan. Ianya menyakinkan hati kerana keputusan dibuat secara terang-terangan melanggar Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, "kesahihan mana-mana prosiding DUN tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah’.

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan kerajaan negara ini apabila mereka memilih untuk mengenepikan undang-undang perlembagaan Malaysia. Dalam kata lain, hakim-hakim enggan melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.

Perkataan-perkataan yang terdapat dalam Artikel 72 (1) adalah bersifat khusus.

Perkataan-perkataan itu bermaksud secara tepat apa yang dimaksudkan dan apa yang hendak diperkatakan. Malahan kanak-kanak pun boleh memahaminya.

Sungguh pun begitu, kelima-lima mereka ini memilih untuk tidak menghiraukan maksud perkataan-perkataan yang mudah itu. Mereka memberi maksud lain kepada perkataan-perkataan itu.

Mereka berkata, bagi tujuan penafsiran, peruntukan perlembagaan tidak membenarkan speaker menggantung ketujuh-tujuh pemohon (ADUN) itu.

Tetapi siapa mereka untuk mengatakan speaker tidak dibenarkan menggantung menteri besar dan yang lain-lain apabila undang-undang tertinggi di negara ini menyebut, "kesahihan mana-mana prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipertikai oleh mana-mana mahkamah’?.

Esok – Bahagian Akhir

Ramai tidak faham maksud perbincangan PAS-Umno

KOTA BHARU, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS menganggap banyak pihak tersasar memahami maksud sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perbincangan PAS dan Umno.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, akibat salah faham tersebut menyebabkan mereka mengulas di luar konteks sebenar sehingga terpesong jauh.

“Cadangan Menteri Besar Kelantan sebelum ini mahu mengadakan perbincangan dengan Umno berkaitan agama seperti PAS berdialog dengan penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu.

“Maka tidak salah jika PAS turut berdialog dengan Umno atas dasar agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak Umno berbincang kenapa parti itu menolak Islam sebagai cara hidup dan bernegara, selain itu katanya di mana silap PAS memperjuangkan Islam.

Oleh itu, Abdul Latif berkata, kenyataan yang dibuat Ketua Dewan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dan pihak-pihak lain dianggap tidak ada kena mengena dengan kenyataan awal Menteri Besar Kelantan.

Pemuda Umno dalam kenyataan hari ini menyebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz diminta membuat pertemuan dengan DAP lebih yang secara terang-terangan menolak Islam sebelum berniat mengadakan pertemuan dengan Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemuda Umno begitu angkuh yang memperlihatkan parti itu tidak berminat berbincang untuk kebaikan agama.

“Apa yang Umno inginkan hanya menangguk keuntungan politik dari cadangan dibuat Mursyidul Am PAS,” ujarnya.

Malah, katanya juga, DAP sehingga kini tidak pernah membuat kenyataan menolak Islam secara terang-terangan seperti didakwa pemuda Umno.

Beliau berkata, Umno sering mengungkit DAP menolak Islam, sedangkan Umno dan parti kompenan lain Barisan Nasional secara jelas menentang pelaksanaan hudud.

Katanya, tahun lepas Gerakan memasang sepanduk bagi menyatakan penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud.

Umno Kota Baharu Buat Laporan Polis Cubaan Jual Bangunan Umno..ha...ha..UMNO JUAL UMNO...JUAL RAKYAT..HA..HA...!

KOTA BAHARU: Umno Bahagian Kota Baharu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang bekas pemimpinnya kerana didakwa mahu menjual bangunan Umno Kota Baharu di Jalan Sultanah Zainab di sini hari ini.

Setiausaha Umno Bahagian Kota Baharu Zulkifli Abdul Ghani membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 2.45 petang dengan diiringi 50 pemimpin dan anggota Umno bahagian itu.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata laporan itu dibuat supaya polis menyiasat aspek penjualan bangunan Umno, yang diiklankan dalam akhbar, kerana bangunan itu tidak seharusnya dijual.

"Ia adalah milik Umno Kota Baharu," katanya. - BERNAMA

IKUT SUKA KAMU ZULKEFLI NORDIN HANG NAK KATA APA ..TETAPI..!!!



Dalam nada yang tidak pasti sama ada menyindir atau memberi lesen besar untuk berbuat apa sahaja, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin bebas mengeluarkan apa juga kenyataan kepada media.

"PKR tidak akan bertindak ke atas Ahli Yang Berhormat dari Kulim-Bandar Baru Sdr Zulkifli Noordin sehinggalah kesnya dibawa ke hadapan Jawatankuasa Disiplin parti minggu depan," kata Saifuddin.

Sehingga itu, katanya, Zulkifli bebas mengeluarkan apa juga kenyataan atas apa juga isu kepada media, sama ada berkaitan dengan Pakatan Rakyat, isu kalimah Allah atau apa-apa pun.

“Bagaimanapun, semuanya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PKR minggu depan," ujarnya sebagai respon kepada kenyataan Zulkifli dalam rancangan Soal Jawab TV3 Isnin baru-baru ini dengan menyebut Pakatan sebenarnya tidak memerlukan DAP sebagai rakan kongsi sambil menyifatkan parti itu sebagai duri dalam daging.

Dalam program berkenaan, Zulkifli juga menyalahkan DAP di atas segala macam masalah yang sedang dihadapi oleh Pakatan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Malah beliau turut berkata yang DAP hanyalah sebuah parti bapa dan anak sebagai merujuk kepada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang mendominasi halatuju parti itu.

Beliau juga meramalkan bahawa akan berlaku perletakan jawatan besar-besaran dalam PKR dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi kerana ahli-ahli semakin hilang kepercayaan ke atas kepimpinan parti kerana tidak mengendahkan aduan ahli mengenai tindak tanduk DAP.

Lebih memburukkan keadaan ialah apabila Zulkifli mencadangkan agar PKR bersatu bersama PAS dan Umno dalam membentuk entiti politik yang lebih stabil.

Zulkifli telahpun dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin parti ekoran laporan polis yang beliau buat ke atas ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dari PAS kerana menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. - TAG

HARI 5 - 1 April 2003 (Bahagian 3)

"Pendakwa enggan menghantar Azizan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan bahawa dia memang telah diliwat, walaupun mahkamah menyatakan bahawa masih belum terlambat dan masih ada waktu bagi berbuat demikian.”

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Keterangan Azizan tidak pernah disokong (bukti tambahan)

Anwar Ibrahim dan adik angkatnya dari Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja disabitkan atas jenayah seksual, iaitu liwat dengan hanya berasaskan keterangan pengadu, Azizan Abu Bakar.

"Bagi jenayah seksual, bukti sokongan diperlukan," kata peguam Anwar, Gobind Singh Deo kepada Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada hari kelima perbicaraan rayuan itu.

"Ujian berganda perlu dilakukan. Kebolehpercayaan saksi perlu dipastikan dan keterangannya perlu disokong bukti tambahan."

"Tetapi jika ternyata saksi itu tidak boleh dipercayai, maka kes itu perlu dibuang. Keterangan si saksi perlu ditolak dan tiada bukti sokongan yang diperlukan."

Mahkamah diberitahu bahawa dalam usaha menyabitkan Anwar dan Sukma, tiada bukti lain yang dikemukakan dan pemeriksaan kesihatan tidak dilakukan bagi mengesahkan dakwaan Azizan.

"Pendakwa enggan menghantar Azizan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan bahawa dia memang telah diliwat, walaupun mahkamah menyatakan bahawa masih belum terlambat dan masih ada waktu bagi berbuat demikian.”

Sebaliknya, tertuduh pula, iaitu Sukma dihantar bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menemukan sebarang bukti bahawa dia (Sukma) diliwat (Sebelum itu, Sukma dipenjarakan selama enam bulan atas dakwaan bahawa dia membenarkan Anwar meliwatnya).

Gobind kemudiannya memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dalam penghakiman bertulisnya, hakim perbicaraan tidak memasukkan banyak perkara yang berlaku sepanjang perbicaraan. Gobind kemudiannya menyerahkan sesalinan laporan sebuah akhbar yang memetik kata demi kata (verbatim) perbicaraan itu kepada panel tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar.

Semua ini tidak dimasukkan dalam penghakiman bertulis hakim perbicaraan, kata Gobind.

Gobind kemudiannya meminta Mahkamah Rayuan bagi membebaskan kedua-dua Anwar dan Sukma kerana terdapat "lebih daripada cukup bahan bagi Yang Arif membenarkan rayuan ini."

'Harimau' mengganas pada tahun baru Cina?

Ketika masyarakat Cina sibuk membuat persiapan terakhir sambutan tahun baru mereka pada Ahad ini, kerajaan Pulau Pinang pula bertungkus lumus cuba meredakan ketegangan isu perkauman di negeri itu.

Kerajaan negeri sejak minggu lalu 'diserang bertubi-tubi' oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kedua-dua pertubuhan itu mendakwa kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang meminggir dan menindas orang Melayu.

Bagi menangkis tohmahan berkenaan, kerajaan Pulau Pinang dalam proses untuk mencetak 10,000 risalah bagi menerangkan keadaan sebenar tetapi belum diketahui bila ia dapat diedarkan.

Kerajaan Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan di dua kawasan majoriti Melayu beberapa hari sebelum tahun baru Cina meskipun lazimnya aktiviti politik mula lesu sempena sambutan itu.

Perhimpunan pertama akan diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya esok manakala perhimpunan kedua pula akan diadakan di Permatang Pasir Sabtu ini.

'Wanita dan kanak-kanak dicabuli'

Ini bukan kali pertama kerajaan Pulau Pinang dikecam oleh kumpulan berkepentingan Melayu.

Malah, tohmahan yang sama dilemparkan ketika parti Gerakan menerajui negeri itu dengan dakwaan masyarkat Melayu, yang merupakan kaum kedua terbesar di negeri ini, terus dipinggirkan.

Namun beberapa kenyataan terbaru daripada presiden DPMPP, Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa cenderung bertindak ke atas penjaja kecil Melayu berbanding Cina, dianggap berbaur perkauman melampau.

"Demonstrasi Jumaat lalu adalah permulaan kecil dan kita akan menghimpunkan lebih ramai NGO pada peringkat nasional dan menamatkan kezaliman serta keganasan ke atas bangsa Melayu di Pulau Pinang.

“Kita tidak akan membiarkan mereka datang ke rumah kita dan mencabuli isteri dan anak-anak kita. Kita akan lawan. Jika tidak dibendung dia (Lim Guan Eng) akan bertambah teruk.

"Kami akan menentang pembohong ini yang bersembuyi di sebalik skirt. Dia tidak sesuai untuk Pulau Pinang dan seharus melepaskan jawatannya untuk diterajui oleh anak Pulau Pinang yang boleh melakukan tugas dengan lebih baik,” kata Rizal, menurut versi internet penerbitan The Edge.

Rizal juga memberi amaran pertelingkahan kaum seperti yang tercetus di Kampung Rawa pada 1998 akan berulang jika masalah yang dihadapi oleh orang Melayu tidak diselesaikan.

Anak RPK tidak perlu dibedah

Doktor yang merawat Raja Azman Raja Petra mengambil keputusan tidak perlu menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan mata pisau cukur di dalam perutnya.

Menurut peguam itu, doktor berkenaan berpendapat mata pisau yang patah dua itu perlu dibiarkan keluar secara semula jadi.

Peguam yang tidak ingin dikenali itu menambah, anak kepada penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin itu kini stabil.

Raja Azman, yang kini ditahan reman, antaranya atas tuduhan mencuri, kini dikawal ketat dengan digari ke katil serta dikawal oleh pengawal penjara di Hospital Sungai Buloh.

"Kami sedang memohon untuk menemui beliau dalam tempoh sambutan Tahun Baru Cina," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Raja Azman sebelum ini dilaporkan menggunakan mata pisau cukur itu untuk mengelar pergelangan tangannya sebelum menelan mata pisau tersebut.

Bagaimanapun, masih belum diketahui bagaimana Raja Azman memperolehi mata pisau tersebut semasa dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Raja Azaman juga dilaporkan berada di wad Hospital Sungai Buloh sejak insiden tersebut berlaku pada malam Selasa lalu.

Ketua polis Gombak Abdul Rahim Abdullah mengesahkan Raja Azman dikesan dalam keadaan lemah oleh warder Penjara Sungai Buloh selepas insiden tersebut berlaku.

Hisham: Kenyataan rasis bekas pegawai khas PM masih disiasat

Oleh Adib Zalkapli

PUTRAJAYA, Feb 11 — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa orang ramai agar bersabar kerana polis masih menyiasat insiden bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis, yang telah menyinggung perasaan orang bukan Melayu baru-baru ini.

Hishammudin berkata pihak berkuasa perlu objektif dalam siasatan mereka melibatkan Nasir yang minggu lalu meletakkan jawatan ekoran kenyataannya “orang India datang ke Malaysia sebagai pengemis manakala orang Cina pula khususnya wanita untuk menjual badan mereka” ketika berucap pada Program Rapat 1 Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Melaka, 2 Feb lalu.

“Ia masih dalam siasatan... kita telah memperlihatkan bahawa dalam semua kes, kita tidak bertindak kerana emosi, dalam kes kepala babi, kita masih belum mendakwa sesiapa, kes itu juga masih disiasat,” kata beliau merujuk kepada insiden kepala babi hutan diletakkan di pekarangan dua buah masjid di Lembah Klang bulan lalu.

“Laporan polis telah dibuat. Jadi tanggungjawab kami untuk menyiasat, jadi tunggu hasil siasatan,” kata Hishammuddin.

Polis Melaka dijangka menyerahkan kertas siasatan kes membabitkan Nasir kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan selewat-lewatnya hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dipetik berkata, pasukan penyiasat yang dilantik mengendalikan kes itu selesai melakukan tugasan termasuk mendapatkan keterangan Nasir.

Polis dilaporkan menerima 45 aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu itu sejak hari kejadian, membabitkan 13 dari Perak, sembilan (Melaka), lima (Kedah), empat (Pulau Pinang, Pahang dan Selangor) dan masing-masing tiga dari Negeri Sembilan dan Johor.

Difahamkan juga sekurang-kurangnya 30 saksi dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan wartawan.

Nasir, 61, yang meletak jawatan sebagai pegawai khas Perdana Menteri pada hari kejadian disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Pada 4 Feb lalu Nasir memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung kenyataan itu yang dianggap bersifat perkauman.

Nasir berkata beliau sedar mengenai pelbagai reaksi selepas ucapan yang dibuatnya pada seminar 1 Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

“Saya telah menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau menghina mana-mana kaum. Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat sebaliknya dan saya telah meminta maaf atas sebarang kesalahan,” katanya.

Nasir berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak bagi mengambil tanggungjawab akibat isu itu.

Bekas pembantu khas Anwar tampil beri maklumat mengenai RPK

Raja Petra (tengah) sedang diburu polis.

MELAKA, Feb 11 — Bekas pembantu khas kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil memberi maklumat kepada polis di sini berhubung penyiasatan bagi mengesan bekas editor laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini dilaporkan berada di luar negara.

Anuar Shaari, 41, yang pernah bertugas di Kementerian Kewangan semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu, berkata Raja Petra boleh dijejaki menerusi seorang media strategi rakyat Pakistan, Aasil Kazi Ahmad.

“Aasil sering berurusan keluar masuk ke negara ini sejak 2004 dan mempunyai kaitan dengan seorang tokoh politik pembangkang,” katanya kepada pemberita di balai polis Melaka Tengah.

Anuar, 41, yang kini mengusahakan perniagaan dan menetap di sini, berkata maklumat serta gambar Aasil yang diserahkan kepada polis adalah atas tanggungjawabnya sendiri dan juga nasihat oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan beliau telah ditemui oleh Anuar yang bersedia membantu polis menjalankan siasatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneliti maklumat yang dikemukakan oleh Anuar.

“Kita tengok dulu laporan yang dibuat, jika kita dapati boleh membantu kita akan ambil percakapannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur. — Bernama

Apabila Muhyiddin Sendiri Dedahkan Sifat Hipokritnya

Pakatan pembangkang tidak sepatutnya mengenakan sebarang syarat untuk membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak melaksanakan pembangunan di negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak perlu kerana ia akan menyulitkan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.

Malahan, katanya, amalan mengenakan syarat itu juga adalah tidak ikhlas dan tidak baik.

"Usahlah kenakan apa-apa syarat. Bekerjasamalah sebagai petanda keikhlasan membantu memajukan negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bersama dengan petugas kumpulan Felda di Dewan Felda di sini hari ini, Bernama dipetik.

Tetapi Muhyiddin mungkin terlupa yang ini:

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno sewaktu kempen pilihanraya kecil awal tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

“Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.



Rampasan kuasa Perak: Rakyat masih bersama, Nizar, PR - Zentrum

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Walaupun mahkamah memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun sokongan dalam bentuk peratusan undi rakyat di negeri itu masih memihak kepada Mohammad Nizar, demikian kata Pengasas Zentrum Future Study Malaysia Dr Abu Hassan Hasbullah.

"Ulasan media perdana ke atas isu-isu mahkamah membabitkan Anwar dan Mohammad Nizar tidak akan banyak menukar pola pemikiran rakyat terhadap Pakatan Rakyat," kata beliau ketika ditemui erapakatan.com baru-baru ini.

Beliau turut merujuk kepada lebih 60 peratus undi popular yang menurutnya masih jelas memihak kepada pakatan pembangkang itu.

Sementara itu, dalam suatu tinjauan Merdeka Centre telah menunjukkan bahawa hanya 45 peratus daripada responden bersetuju bahawa rampasan kuasa di Perak telah mengukuhkan kedudukan politik pembangkang Melayu di di negeri itu.

Peratusan itu diambil berdasarkan tinjauan ke atas 805 pengundi berdaftar di Perak yang diambil pandangan mereka berhubung halatuju negeri, keadaan ekonomi terkini, pandangan mereka terhadap kepemimpinan negara dan perubahan yang mereka lihat sejak BN melakukan rampasan kuasa di Perak sejak Februari tahun lalu.

"Apabila ditanya jika diberi pilihan antara keutamaan ekonomi atau kerajaan yang lebih demokratik, kira-kira 60 peratus daripada responden (termasuk 58 peratus dalam kalangan Melayu) menyatakan bahawa pilihan raya yang demokratik adalah lebih utama," demikian menurut Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian dalam penyelidikan tinjauan pengundi Perak pada Februari, 2010.

Paling mustahak, tambah Ibrahim lagi, 65 peratus responden, berasakan bahawa isu politik Perak adalah masih relevan sehingga kini, walaupun hal rampasan kuasa itu telah berlangsung sejak lebih setahun yang lalu.

Sehingga jam 12:26 tengah hari ini, tinjauan erapakatan.com menunjukkan undian yang memihak kepada Mohammad Nizar sebagai MB Perak adalah 93.02 peratus (120 undi) berbanding Zambry Abdul Kadir sebanyak 6.98 peratus (9 undi). Jumlah undian keseluruhan 129.

Tinjauan itu berbunyi - "Pada pendapat anda, siapakah bakal Menteri Besar Perak yang sebenar pada 9 Februari ini?"

Dari korporat ke politik: Cabaran Khalid di Selangor

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bukan sahaja perlu berdepan dengan musuh politiknya UMNO-BN di luar, tetapi juga terjerat dalam pergelutan kuasa yang wujud dalam gabungan parti itu dirinya.

Sistem birokrasi yang tidak terkawal, ditambah pula kerajaan tempatan yang kurang cekap dan sebagainya, telah mencungkil ketidakpuasan pengundi. Lebih-lebih lagi, sesetengah dasar seperti pembekuan projek pembangunan di cerun bukit, turut mengundang ketidakpuasan pihak pemaju.

Keadaan bertambah runcing apabila kerajaan negeri PR Selangor diserang bertubi-tubi oleh lidah UMNO, Utusan Malaysia, malah khabar angin bahawa kerajaan ini bakal digulingkan tidak pernah terhenti. Prestasi "Reformasi" yang gagal menjangkau harapan rakyat, ditambah pula sesetengah pemaju yang dikatakan sedang mengerah sokongan untuk menjatuhkan kerajaan PR (lantaran ketidakpuasan tadi), maka kemungkinan kerajaan PR boleh mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU ke-13 telah menjadi tanda soal.

Pimpinan Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (gambar kiri) menjadi tumpuan apabila tokoh korporat yang berkecimpung dalam bidang politik ini dikatakan cuba menerapkan corak korporatnya ke dalam pentadbiran kerajaan.

Walaupun prestasinya terserlah dalam pengurusan kewangan, misalnya menstruktur-semula sumber negeri Selangor, dan berjaya mengurangkan defisit kewangan, tetapi sesetengah pemimpin PR tetap tidak menyenanginya kerana menganggap kepekaan MB ini terhadap politik agak rendah.

Ramai ahli parlimen dan ADUN PR, terutamanya dari Kelab Penyokong tidak puas hati kerana Khalid Ibrahim tidak menyingkirkan pegawai kanan dalam sistem birokrasi yang enggan melaksanakan dasar kerajaaan negeri. Juga, Khalid dilihat "tidak cukup berani" untuk merombak kabinet kerajaan negerinya, misalnya menyingkirkan EXCO yang lemah prestasinya.

Pada 19 November 2009, DUN Selangor meluluskan pengambil-alihan hutang sejumlah RM392 juta yang ditunggak oleh Kumpulan Talam. Amalan ini adalah sesuatu yang lumrah dalam dunia korporat, tetapi tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan. Keputusan ini mencungkil ketidakpuasan bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim, yang membidas Khalid dalam email kepada wakil rakyat PKR.

Sistem penyampaian perlu dimantapkan

Dalam satu taklimat dalaman antara wakil rakyat PKR pada 26 Januari tahun ini, terdapat wakil yang membangkitkan masalah "sistem birokrasi yang gagal dikawal" oleh kerajaan negeri Selangor, lantas menjejaskan keberkesanan sistem penyampaian. Akibatnya, ramai wakil rakyat dilimpahi rungutan pengundi.

Sistem birokrasi yang sedia ada enggan memberi kerjasama sejak kerajaan negeri PR terbentuk selepas PRU ke-12, dan ini menjadi batu penghalang dalam operasi pentadbiran. Misalnya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya mencetuskan pertikaian apabila merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman pada September 2008. Baru-baru ini pula, Majlis Perbandaran Klang secara senyap merobohkan stesen teksi di utara Klang pada awal pagi 20 Januari 2010, turut mengundang ketidakpuasan wakil rakyat kawasan itu, S.Manikavasagam.

Sebagaimana yang dimaklumkan, wakil rakyat PR tidak puas hati dengan Khalid Ibrahim kerana tidak menukarkan Yang Di-Pertua Majlis Daerah dan Datuk Bandar setelah menerajui tampuk kerajaan negeri. Pegawai kerajaan ini mewarisi kerenah birokrasi yang lama, dan tidak mematuhi dasar kerajaan negeri Selangor ketika menjalankan tugas.

Menurut seorang ahli Majlis Perbandaran, Ronnie Liu (gambar kanan) yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan juga menghalang penguatkuasaan pegawai Majlis Perbandaran, seperti mendenda pemilik warung yang tidak memenuhi syarat kebersihan yang ditetapkan. Ini menjurus kepada prestasi kerajaan tempatan yang gagal memenuhi harapan rakyat.

Disebabkan perkhidmatan kerajaan tempatan bakal memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, sesetengah pemimpin PR khuatir seandainya mereka gagal mendapat kerjasama daripada sistem birokrasi, maka pengundi akan menganggap pentadbiran kerajaan negeri kurang cekap. Ia disusuli dengan ketidakpuasan rakyat, dan mungkin diakhiri dengan kekalahan PR pada PRU ke-13.

Mempertingkatkan penyertaan ADUN

Seorang ADUN yang menghadiri taklimat tersebut berkata kepada MerdekaReview, ADUN dari Kelab Penyokong Kerajaan PR Selangor menyatakan harapan mereka untuk memainkan peranan yang lebih aktif, dan melibatkan diri dalam proses membuat keputusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Hasilnya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengarahkan agar portfolio di bawah EXCO PKR menubuhkan kumpulan yang dianggotai ADUN untuk terlibat dalam proses membuat keputusan.

Ketidakpuasan terhadap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bukanlah sesuatu yang baru. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Azmin Ali (gambar kiri) pernah melontarkan kritikannya pada 9 Julai tahun lalu, malah mencadangkan agar MB merombak barisan EXCO-nya dengan menyingkirkan EXCO-nya yang kurang cekap. Bagaimanapun, Khalid Ibrahim telah menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk berbuat demikian setakat ini. (Bahagian pertama, bersambung)

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Kucing mata satu


SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

PELIK...anak kucing tanpa hidung dan bermata satu.
PELIK...anak kucing tanpa hidung dan bermata satu.
Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.


Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.


Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.


“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.


Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.


“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

Tapak Eye On Malaysia jadi satu lagi kesan 'sejarah'

MELAKA, 11 Feb: Kesan 'sejarah' tapak Eye On Malaysia (EOM) sudah tentu akan dikenang sampai bila-bila kerana di situlah sebanyak RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Insya Allah jika tidak ada aral melintang satu lagi kesan sejarah dijumpai di Melaka iaitu tapak Eye On Malaysia,” kata Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab.

Tambahnya, EOM yang di pindahkan ke Melaka pada tahun 2008 dahulu diarah sita oleh mahkamah beberapa minggu lalu kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.

Katanya, pada 8 Februari lalu sejarah tercipta lagi apabila MST Ad Suria Sdn Bhd (syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, EOM Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.

Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi EOM dan boleh memasuki tanah milik syarikat Eye On Malaysia Sdn Bhd dan mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

“Ini bermakna roda gergasi, Eye On Malaysia dan tapaknya itu akan hanya tinggal nama dan menjadi bahan sejarah, mungkin ianya boleh dimasukkan sebagai destinasi pelancongan terbaru Melaka,” ujarnya.

Katanya, rakyat amat kesal dengan kerajaan negeri yang terbukti lemah dan lembap dalam membuat perancangan memulakan sesuatu program dan dan projek sehingga menyebabkan duit rakyat hangus begitu sahaja.

“Di saat Melaka dikatakan Maju 2010, Eye On Malaysia terpaksa diserahkan kepada pemiik asalnya. Siapa yang malu dan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini.

“Sejak dari awal lagi PAS sudah menjangkakan ini adalah projek membazir, duit rakyat hangus begitu sahaja,” ujarnya.

Muhyiddin: PERC "bercakap melalui hidung"..ha..ha...Tak Guna Kita Menipu Diri Sendiri...!!! JUAL RAKYAT...!!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perunding Politik dan Risiko Ekonomi yang beribu pejabat di Hong Kong "bercakap dengan tidak berasas" apabila mereka menggambarkan Malaysia ke arah keadaan yang tidak stabil.

Beliau berkata semua laporan PERC memang ada motif tertentu dengan niat tidak mahu membantu.

"Kita tidak minta mereka bantu kita. Kita bantu diri kita dan kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai orang lagi tahu dan menilai diri kita sangat objektif. Kita bukan berdasarkan emosi tetapi fakta dan realiti.

"Pada hakikatnya bahawa rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi sebarang bencana besar atau mengalami kegelisahan kaum di negara ini atau berperang sesama sendiri.

“Jadi, apa yang mereka cakap? Saya fikir mereka mesti "bercakap dengan tidak berasas," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin juga berkata bahawa laporan PERC itu tidak masuk akal yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini.

"Saya tidak fikir kita perlu bertindak terhadap semua laporan tidak masuk akal itu yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini. Mungkin mereka berada di suatu tempat pedalaman Hong Kong.

"Mereka hendaklah datang ke sini dan kita gembira untuk membawa mereka dan melihat apa itu kestabilan, apa itu keselamatan, apa itu perang, apa itu kegelisahan," kata beliau.

Dalam laporan itu, PERC memberikan contoh beberapa perkembangan di Malaysia, termasuk kehilangan enjin jet tentera, penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan.

- Bernama

Kerajaan UBN Perak Kerajaan Kuasa Katak!!


Sya reformis


Maka bermulalah episod baru buat Rakyat dan Pemimpin baik Pakatan Rakyat ataupun UBN dalam mewarnai lanskap politik Negeri ini selepas apa yang berlaku kelmarin di Putrajaya.Aku cukup tertarik dengan satu ungkapan yang boleh digambarkan dan menjadi cerminan kepada Kerajaan Pemerintah di Negeri ini hari ini iaitu sebuah Kerajaan yang akan jatuh dan mampu bertahan hanya kerana mempunyai kekuatan 3 ekor Katak!

3 Katak ini merupakan nadi utama ataupun dengan kata lain sebagai mesin penyambung nyawa kepada UBN yang mana ketika ini selepas sahaja memenangi keputusana semalam maka akan lebih tinggilah harga 3 ekor katak tersebut dan pastilah mereka menjadi bahan bidaan tertinggi dan merupakan aset terpenting yang perlu dijaga oleh mereka-mereka yang dahaga kan kekuasaan.Maka berjalan sombonglah pemimpin UBN dengan GAH dan dalam nada Ghairah menyetakan bahawa merekalah yang berkuasa sedangkan dari satu sudut sisi yang gelap kekuasaan mereka mampu direbut dan ditumbangkan hanya dengan satu lompatan dari katak-katak yang menjadi belaan mereka.

Ketika ini gambaran buat Pemimpin UBN ialah apabila emas telah memenuhi mulut-mulut mereka apakah mereka akan bersuara dan membiarkan emas-emas tersebut jatuh bertaburan??Hari ini katak-katak yang ada merupakan kepentingan buat mereka dan mereka tanpa segan silu menolak tomahan Rakyat yang menyatakan bahawa mereka sekarang adalah Kerajaan Katak dan semalam hari yang penuh erti jelas kurniaan Allah swt yang mengesahkan bahawa mereka Kerajaan UBN adalah Kerajaan Mahkamah dan bukan Kerajaan pilihan Rakyat yang SAH..!

Kepada katak-katak teruskan bernada sumbang kerana pembelamu adalah seorang yang buta MATA,HATI,PEKAK dan juga BISU dalam mentafsir sesuatu kerana bagi mereka sekarang engkaulah Raja,Engkaulah RATU..!!