Rabu, 10 Februari 2010

Usah perkecil peranan mamat ini

Perkataan "katak" telah dimaklumi sebagai suatu istilah dalam Dog-Whistle Politics di Malaysia. Katak ini berperanan menggugat malah merobohkan kuasa kerajaan parti tertentu. Mungkin, suatu ketika nanti mampu pula menubuhkan kerajaan sendiri.

Setakat ini, kerajaan PAS Trengganu dan kerajaan PR Perak telah dirobohkan oleh para katak-katak. Kedua-dua kerajaan tersebut dijatuhkan oleh hanya tiga ekor katak.

Tunggu apa lagi Zul Noordin...Blah la!!

oleh : shalehudin


Jawapan yang tepat untuk Zulkifli Noordin dan orang orang yang sealiran dengannya. Juga satu amaran yang jelas bagi mereka mereka yang berperangai macam musang dan dilihat macam musang. Jangan sesekali berani memperlahankan perjalanan kami bagi memenuhi kehendak majoriti rakyat yang menuntut keadilan sebenar benarnya dalam pemerintahan negara.

“Itu dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Tidak mahu orang cari alasan untuk apa-apa, kita ikut prinsip saudara setuju pada dasar saudara kekal, tidak setuju tidak ada pilihan,’katanya.

Itu kenyataan dari Sdr Anwar tentang kelaku hodoh Sdr Zulkifli Noordin yang berperangai ala ala selak kain sendiri tu. Aku yakin, Anwar tak buak lawak dan tak akan melawak menangani isu disiplin ahli ni. Tanpa selak bulu, salah tetap salah dan tindakan tegas amat perlu bagi meyakinkan kembali pendokong Keadilan tentang ketegasan kita mempertahankan prinsip yang dihadam bersama. Anwar sedar, kekuatan Pakatan adalah dokongan rakyat. Kita belum ada projek mega bagi mengharapkan kudrat kroni untuk bersandar.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwear Ibrahim berkata, prinsip parti jelas bahawa hanya ahli yang mempersetujui dasar parti kekal dalam PKR.

Habis tu Zul, hang tunggu apa lagi. Signal dah jelas, jangan dok buat tak faham pulak. Tak rock la kalau hang tunggu nak eksploit keputusan JKD. Sendiri mau ingat la.



Rosmah Kekal Canselor Unisel Sehingga Hujung Tahun - MB

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih kekal sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Masih... masih... masih sehingga hujung tahun ini" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman berita web, Malaysiakini, yang memetik Exco Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar sebagai berkata bahawa Rosmah tidak akan dilantik semula sebagai canselor selepas tempoh lantikannya tamat Jun ini.

Jayakumar berkata kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tetapi perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Besar secara tidak rasmi.

Abdul Khalid berkata sama ada Rosmah akan dilantik semula atau tidak sebagai canselor universiti milik kerajaan negeri itu, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah universiti itu. - BERNAMA

Ulasan GB

Kerajaan PR bukan sebusuk kerajaan UMNO BN, cantas sesuka hati.

Teringat kita kepada Tan Sri Sanusi Joned disingkirkan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa oleh kumpulan Pak Lah kerana Sanusi merupakan orang kuat TDM.

Dia sesama dia juga singkir menyingkirkan.

Malaysia Akan Lantik Duta Baru Ke PBB Di Vienna..ha..ha...hamba abdi Yahudi..Tahniah Datuk Mohd Arshad Kerana Pertahankan Iran.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melantik duta baru sebagai wakil tetapnya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna selepas kontrak duta sekarang, Datuk Mohamad Arshad Hussain, tamat bulan depan.

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata bagaimanapun, keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua tahun Mohamad Arshad tidak ada kaitan dengan undi yang dibuat duta itu pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di ibu negara Austria itu pada 27 November tahun lepas.

"Ini adalah kerana kontrak beliau sudah tamat dan kami mahu memberi peluang kepada orang baru untuk mengambil alih. Kami sedang dalam proses melantik duta baru. Terdapat prosedur dan syarat tertentu yang kami perlu patuhi sebelum kami mengumumkan duta baru itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohd Arshad, 58, yang telah berkhidmat sebagai diplomat selama 35 tahun, juga pada masa yang sama adalah duta Malaysia ke Austria.

Pada awal Disember, Kementerian Luar memanggil balik Mohamad Arshad, yang merupakan pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik, bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan.

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.

Daripada 35 anggota lembaga gabenor IAEA, 25 negara mengundi menyokong resolusi itu, enam negara tidak mengundi, tiga mengundi tidak menyokong dan satu tidak hadir.

MB Katak, MB Sampah...

Ape ke heinye negeghi keme ni weh? Tak abih2 dengan masalah politiknye. Teman ingatkan bile udah umum sape yang sah jadi MB, soh dan amanler hingge PRU 13. Ghupe2nye idak. Baghu saghi udah ghiuh. Tekanje teman.

MB Nizar udah lembut. MB Nizar udah ulo salam bedamei dengan MB DPulo. MB Nizar tak nak lagi ghujuk mahkamah. MB Nizar udah setuju untuk same2 majukan Peghak. Tapi janganle anak tighikan ADUN PR. Bagile peghuntukan same. ADUN PR mane nak keghobek duit mantu ghakyat kalo tak dibagi duit belanje. Penyokong PRpun setuju sesangat dengan keputusan MB Nizar. Same2le kite nunggu jawapan daghi mulut MB DPulo. Adekah MB DPulo akan menyambut baik akan salam damei MB Nizar? Moga2 negeghi teman ni kembali aman damei politiknye setelah kecoh setahun.

Tetiba Kuli YB ameno dan keghabat ghaje Kelate pulak ghiuh. Kuli kate walopun mahkamah kate MB DPulo adalah MB Peghak, tapi hakikatnye MB Nizar tetap MB Peghak yang sah. Takde undang2 di Malaysia ini yang boleh halalkan MB DPulo sah sebagei MB Peghak. Teman ingatkan PR je yang gegham dengan keputusan mahkamah, ghupenye Kulipun gegham. PR gegham dalam hati, tapi Kuli gegham sampei keluor dalam media.

Tut2 bekaih hakim mahkamah rayuan, NH Chan pulak bersungut. NH Chan dengan tegas membakul sampahkan keputusan lima hakim yang menidakkan undang2 yang sedia ade. Undang2 yang ade udah jelaih ngabokan yang caghe MB DPulo jadi MB Peghak amat bercanggah dengan undang2 tubuh Peghak dan Malaysia. Kalo udah bercanggah, maknenye tak sahle lantikan MB DPulo sebagei MB Peghak. Memang nampak bebeno yang lima hakim itu telah mengecek perlembagaan. Maklumle ghakyat tak beghape nak paham. Yang ghakyat paham, keputusan mahkamah persekutuan adalah muktamad. Tapi kalo udah bekaih hakim sendighi kate yang keputusan itu keputusan sampah, maknenye kelima2 hakim tersebut adalah hakim sampah. Rumusannye, MB DPulo adalah MB Sampah.

Kemudian ade pulak yang ngatekan negeghi teman ni negeghi katak. Heee, bughuk bebeno name negeghi teman ini. Mane idaknye, yang menentukan jenih keghajaan negeghi teman ini adalah tige eko katak. Katak kala itam, katak putih dan katak kuning. Kalo deme lompat ke daghat dan duduk lame di daghat, jadile keghajaan daghat. Kalo deme balik beghendam dalam ayor, jadile keghajaan ayor. Selagi katak ni begelo YB, selagi itule tak selamatnye keghajaan daghat atau keghajaan ayor. Duduk lame di daghat, hangat pijo. Beghendam lame dalam ayor boleh kecut. Libang libu wehh. Entahle. Apale malang nasib negeghiku. Elok2 name Peghak udah jadi Katak ...

Esok entah ape pulak heinye. Tunggu ajele ...

Pembangkang Tak Perlu Letak Syarat Di Perak

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang diingatkan supaya ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat tanpa memberikan sebarang syarat dan alasan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pembangkang tidak perlu mengalihkan pandangan rakyat dengan tuntutan-tuntutan remeh atau bermain politik.

"Tidak perlu kita bermain politik, kita perlu bekerja untuk rakyat, jangan bagi semua syarat atau alasan seperti ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuntutan Pakatan Rakyat Perak yang sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinannya demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Tiga syarat yang ditetapkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan untuk melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat, memberi kebenaran menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk menjalankan aktivitinya dan tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat negeri itu.

Tuntutan berkenaan diumumkan oleh ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin selepas mesyuarat ADUN pembangkang di Ipoh semalam.

Mengulas mengenai tuntutan peruntukan kewangan, Zambry berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu rakyat tanpa mengambil kira latar belakang politik.

Sebaliknya beliau mempersoalkan niat pembangkang untuk meminta peruntukan kewangan berkenaan supaya disalurkan kepada mereka sebelum diagihkan kepada rakyat.

"Persoalannya sekarang mereka mahu untuk tujuan politik atau untuk rakyat?

"Perkara penting ialah untuk rakyat, duit mesti pergi kepada rakyat... jadi tak timbul soal tuntutan itu, jika ada kemiskinan yang dilaporkan kita pasti akan bantu," katanya.

Menjelas lanjut, Zambry berkata kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan pembanggunan walaupun di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Sebagai contoh katanya, kerajaan negeri akan melakukan kerja membaik pulih enam buah pasar basah di sekitar Lembah Kinta dan Ipoh yang berada di bawah penguasaan pembangkang.

Mengenai permintaan untuk menganggotai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah, Menteri Besar itu berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkanya jika merasakan penglibatan mereka boleh berfungsi untuk kepentingan rakyat.

"Kita akan tengok perkara itu, jika mereka boleh bantu kita akan buat.

"Tapi bagi saya perkara penting ialah mereka perlu berfungsi di kawasan mereka kalau mereka benar-benar nak bantu rakyat.

"Persoalannya ialah adakah apabila mereka berada di situ bermakna akan jadi lebih efektif, sejauh mana mereka dapat lakukan yang terbaik kepada rakyat?" katanya.

Ditanya sama ada beliau sebenarnya tidak akan melayan permintaan berkenaan, Zambry berkata: "Saya tak mahu kata tak mahu layan, tapi sebenarnya soal ini tak perlu ditimbulkan.

"Kita bekerja untuk rakyat, mengapa perlu letakkan syarat," katanya.

Dalam pada itu Zambry berkata beliau dan barisan exconya serta semua ADUN BN serta yang menyokong parti itu akan terus bekerja keras untuk membantu rakyat.

"Kita akan terus bekerja untuk rakyat, apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada kita.

"Inilah masanya untuk kita buktikan kesungguhan kita membantu rakyat," katanya.

BN mengambil alih pentadbiran di Perak daripada Pakatan Rakyat selepas memperoleh kelebihan 31 kerusi berbanding 28 kerusi yang dikuasi pembangkang dalam DUN Perak.

Umno cuba ragut suasana aman negeri Pakatan

KOTA BHARU, 10 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan suasana aman di lima buah negeri Pakatan Rakyat diragut Umno apabila melakukan kudeta di Perak.

Sedangkan katanya, selepas pilihan raya umum lalu, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan aman.

“Pergolakan berlaku bermula dengan hari rampasan kuasa sehingga tidak berkesudahan sebagaimana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Kelantan alhamdulillah termasuk tidak berlaku huru hara kerana tidak berlakunya perancangan rampasan kuasa,” katanya ketika ditemui selepas majlis jamuan perpisahan dua bekas setiausahanya, Annual Bakri Haron dan Mohd Saiba Yaakub.

Annual meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik akhir tahun lepas dan Mohd Saiba tamat kontrak pelantikan awal Febuari lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, berlakunya rampasan kuasa di Perak menyebabkan rakyat sedar kerja tersebut merupakan perkara mungkar yang tidak bermoral.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai melahirkan rasa benci kepada mereka yang menggadaikan maruah rakyat dengan melakukan kudeta.

Katanya, perasaan benci wajar ditanam terhadap mereka yang kufur dan fasik kerana Islam mengajar agar menanam kebencian terhadap golongan seperti itu.

Beliau juga berkata, tidak wajar dilakukan demontrasi terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Herald memandangkan ia telah lama digunakan bukan Islam di tanah Arab.

JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.

"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku.

"Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh.

Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.

"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah.

"Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.

Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil.

Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.

"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.

Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat, manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Tengku Fakhry minta Indonesia, AS serah perintah mahkamah

Manohara Odelio Pinot.

KUALA LUMPUR, Feb 10 — Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra telah meminta bantuan kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di sini dalam usahanya untuk menyampaikan tiga penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap isterinya Manohara Odelio Pinot.

Peguam Mohd Haaziq Pillay dan Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, menyerahkan ketiga-tiga penghakiman Mahkamah Tinggi itu kepada wakil Kedutaan Indonesia hari ini, dan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat semalam.

Dua daripada penghakiman itu merupakan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, pada 13 Dis 2009, supaya Manohara kembali taat kepada suaminya serta perintah supaya Manohara membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada Tengku Muhammad Fakhry.

Sementara yang ketiga ialah penghakiman ingkar yang berjaya diperolehi Tengku Muhammad Fakhry daripada Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 5 Nov, 2009 terhadap Manohara dan ibu mentuanya Daisy Fajarina, berhubung saman malu RM105 juta kerana memfitnah beliau.

Mohd Haaziq berkata selain itu pihaknya telah “menghantar penghakiman itu kepada Manohara tetapi beliau tidak memberikan kerjasama”.

“Oleh itu, kami bekerjasama dengan pihak Kedutaan Indonesia untuk menyampaikan penghakiman-penghakiman ini kepada Manohara supaya dipatuhi dan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di Kedutaan Indonesia di sini.

Pegawai konsulat Indonesia Amiruddin Panjaitan telah menerima penghakiman itu. Zainul Rijal juga berkata pihak mereka tidak menetapkan sebarang tempoh masa kepada pihak kedutaan Indonesia untuk menyampaikan penghakiman itu kepada Manohara.

Selain kedutaan Indonesia, Zainul Rijal berkata mereka juga turut meminta bantuan Kedutaan Amerika Syarikat kerana “Manohara mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Indonesia dan Amerika Syarikat, kerana bapa Manohara ialah warganegara Amerika Syarikat”.

Tengku Muhammad Fakhry, 32 dan Manohara, 18, yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong, telah berkahwin pada 26 Ogos, 2008 dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara telah pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya.

Pada 5 Julai, 2009, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu terhadap Manohara bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Pada 20 Julai lepas, Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan pula saman malu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Manohara dan ibu mentuanya berhubung dakwaan memfitnah beliau dalam sidang media. — Bernama

Kedah Tumbang April 2010

Oleh : Blog C++


So ... Apa cerita lagi... hahaha... suda tamat.. finish .. stop .. period ... hahaha..

Semalam selepas gua bagitau kengkawan rapat ngan gua sejam sebelum keputusan Mahkamah (Kes Nizar Lawan Zambry) mengenai keputusan yang gua dah dapat pukul 10.30 malam 8 Februari 2010 .. berduyun-duyun SMS dan CALL silih berganti... semua nak tau.. camana gua dapat info awal....

Hahaha... sori la bhai.. takkan gua nak dedahkan sumber gua... hahaha...

Semua tue gua tak dapat nak kasi... tapi nieh.. setelah berbincang dengan beberapa sumber sohih gua... hehehe... gua nak citer satu perkara lagie.... hahaha... tentang aper ... hehehehe... tentang perancangan... ini pendedahan bhai... pendedahan...

Okeh ler... straight to the point... hehehe..

Duluan kes (precedence) yang telah Mahkamah Persekutuan buat semalam tue sebenarnya bukanlah untuk meleraikan kekusutan yang berlaku... malah menambahkan lagi kekusutan kepada peringkat yang lebih teruk dan bahaya.. Hakim sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak (Nizar mahupun Zambry) dengan tidak mengumumkan Zambry menjadi MB Perak... sebaiknya Hakim memutuskan bahawa satu pilihanraya semua wajar dilakukan untuk mengesahkan majoriti dalam DUN.... tapi .. biasa la.. Hakim sudah terkhilaf dalam penghakiman setebal 5 muka lebih tue... hahaha..

So... apa cerita lagi

1. Selepas ini UMNO/BN akan menggunakan taktik dan teknik yang ada untuk menguasai negeri-negeri yang dikuasai oleh PR dalam tempoh masa kurang dari 3 bulan... hehehe... Negeri yang akan tersungkur dahulu dengan ramai ADUN yang akan melompat dan menyokong BN adalah..... jeng .. jeng ... jeng.... Negeri Kedah Darul Aman.... (takder hal kalu lu orang nak sangkal... tapi pada gua... sori la.. Azizan Razak tue dah kira nyawa ikan dah jadi MB Kedah)....

2. Kedah akan jatuh ketangan BN seawal bulan April 2010 .. hehehe.. sapa yang melompat... lu cari la sendiri.. info gua kata... orang yang paling rapat ngan Azizan Razak nie la yang akan belot dulu... hahaha..

3. Selepas Kedah.... BN akan taji pulak Selangor... hahaha... ramai ahli PKR yang bersedia nak melompat nih... Last skali adalah Pulau Pinang ... (PPMP = Pulau Pinang Mamak Punya... hahaha)....

4. Itu semua cerita kecik jer... hahaha... tapi nie ha.. cerita tahap mega yang gua dapat.... hahahaha.... Setelah semua negeri kembali kepada BN .... maka nyawa politik Ahmad Said (MB Terengganu) pulak akan sayonara .... Idris Jusoh akan gunakan taktik yang sama untuk jatuhkan Ahmad Said .... Muhyiddin Yassin dah beberapa kali buat perjumpaan rahsia ngan Idris Jusoh nih... hahaha... mintak dier tunggu dulu sampai negeri lain dah balik kepada BN... hahaha

5. Ini lagi blockbuster... hahaha... Ahli Parlimen PR pulak akan ramai melompat menjadi bebas dan mengisytiharkan menyokong BN sehingga BN mendapat majoriti mudah dalam Parlimen.. dengan ini... mudah la semua urusan Parlimen dapat dijalankan dan rang undang-undang diluluskan sebulat suara... hahaha... So .. Ahli Parlimen yang akan melompat kali nie bukan sajer dari PKR dan DAP.... tapi ramai gak dari PAS..... hahahaha... PAS negeri mana aa.... sori bhai.. takkan gua nak bagitau awal-awal... kasi saspen la skit... nak tau... lu tunggu artikel gua yang akan datang.... hahaha..

Lepas nih.. korang yang rasa nak membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang (PRU13) boleh lupakan saja niat tue... hahaha... sebab.. jangan terkejut kalu PM dapat menggunakan kuasa yang ada untuk membuat perubahan dalam perlembagaan yang memungkinkan tiada pilihanraya umum lagi selepas ini... hahaha...

Lu ingat BN ada brani ka nak hadapi PRU13... jangan mimpi la bhai...

Anwar: PAS tidak dihalang bincang dengan Umno

PAS tidak dihalang daripada membuat apa-apa perbincangan dengan mana-mana parti, termasuk Umno, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada masalah bincang dengan sesiapa. Kita tidak pernah melarang perbincangan," katanya ketika diminta mengulas keterbukaan PAS untuk berbincang dengan Umno.

Bercakap dalam satu sidang media di perkarangan komplek mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, Anwar berkata, beliau maklum dengan dasar PAS terhadap dasar-dasar yang digarap dalam Pakatan Rakyat.

"Kita memang diberikan maklumat oleh PAS dari semasa ke semasa. Tapi prinsip PAS bersama Pakatan Rakyat, prinsip PAS menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa, itu tidak berganjak sedikitpun," katanya lagi.

Anwar berkata, pendirian PAS itu boleh dilihat dalam persetujuan mereka untuk menandatangani dokumen bagi mengukuhkan pakatan tersebut bersama PKR dan DAP.

Menurutnya, dokumen tersebut memaktubkan persetujuan bagi menerima prinsip-prinsip asas dalam perlembagaan.

Tambahnya, ia termasuk soal bahasa, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam dan juga kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Tetapi ini dipermainkan oleh Umno untuk memecahbelahkan di antara Melayu dan Cina.

"Media Umno masih membesarkan seolah-olah DAP itu menentang hak keistimewaan orang Melayu yang tidak berbangkit kerana pimpinan DAP dan PAS telah menandatangani muafakat bersama," katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut mengulas mengenai kedudukan wakil PKR Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

"(Kedudukan Zulkifli) dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Kita tidak mahu orang tuduh apa-apa. Kita ikut prinsip 'saudara setuju dengan dasar, saudara kekal. Saudara tidak setuju, tidak ada pilihan'," katanya lagi.

Mana gomen ada duit yob?? He he...jangan mimpi lah pegawai kerajaan semua...

Cuepacs demands cash for overtime work

Cuepacs demands cash for overtime work

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Cuepacs is demanding cash payment instead of off-days for overtime work by civil servants.

Its secretary-general, Ahmad Shah Mohd Zin, said today that since last December almost 50,000 support staff from various government departments and statutory bodies had been given just off-days for the overtime work.

“For every eight hours of overtime work they were given one day off,” he said. “We consider this as exploitation and want the government to take immediate steps to stop this practice because it is very demoralising and affects the staff productivity,” he told Bernama today.

Untungnya Jadi Katak Emas. Ada Berani...???

Apabila gua baca n3 dari PerakXpress ini, gua senyum sendirian... benar dan tidak dapat di sangkal lagi, itulah hakikatnya dan begitulah kenyataannya. Kerajaan Negeri Perak bergantung kepada 3 ekor katak kuang..kuang..kuang... untuk terus berkuasa.


Andai kata... jika ada sesiapa yang berani membeli katak2 ini dengan bidaan yang paling tinggi untuk melompat kembali ke Pakatan Rakyat, apakah mungkin UBN akan masih menjadi peneraju Kerajaan Negeri Perak..? Begitulah juga sebaliknya... lompat sana.. lompat sini... siapa offer lebih gua lompat... peduli apa cakap2 orang... inilah masanya untuk buat duit dan harta... huhhh... syoknya... pakcik kayooooo....

Dan apakah mungkin Mahkamah juga terpaksa bersidang semula untuk mengesahkan siapakah Menteri Besar Perak kali ini. Dan apakah mungkin penghakiman yang berlaku semalam akan bersifat adil atau masih berpihak kepada UBN.

Apakah mungkin Sultan Perak akan akur kepada majoriti Ahli Parlimen Pakatan Rakyat setelah katak2 emas itu melompat semula bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak. Banyak lagi kemungkinannya.

Persoalannya...? Adakah jika berlaku lompatan katak2 itu seperti yang gua bayangkan... apakah segala bentuk perundangan yang berjalan secara songsang selama ini akan diperbetulkan atau bertambah songsang bagi memenangkan UBN.

Ha..ha..ha..., gua cabar ni... kalau nak test kewibawaan UBN dan Tuan Tanah Negeri Perak selama ini, cubalah "counter offer" 3 ekor katak2 emas itu... dan sama2 kita tunggu dan lihat... betapa meloncatnya UBN sekali ini.

Melainkan UBN kena bela 3 ekor katak2 itu dengan sebaik2 penjagaan, cukup segala kebajikannya dan di kurung dalam sangkar emas serapi mungkin. Akan tetapi ianya sedikit sebanyak akan memeningkan kepala tuannya... iaitu MB Harmsah kerana "demand" katak2 emas itu semakin hari semakin tinggi... nak itu nak ini... hehehe...

Untung juga jadi Katak Emas yeaa.... inilah peluang nak berlagak dan kerek..., apa barang kalau jadi macam katak Pasir Mas... tak ada nilai lansung... kalau kena lenyek tayar lori khinzir kat highway pun orang tak pandang... no value beb....

Kalau gua jadi Katak Emas ini..., inilah masanya gua nak bermanja dengan UBN sambil mengikis dan buat harta... dalam waktu yang sama gua mohon kerakyatan Negara Switzerland... cukup tempoh nak dekat PRU-13 gua angkut anak bini pi duduk sana... dah kaya... beb.... nak bertanding apa lagi... cabut la....

3 katak peras ugut kerajaan Perak Kudeta



BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi di DUN Perak manakala tiga lagi diduduki oleh tiga wakil 'bebas' yang memihak kepada BN.

"Kedudukan Zambry ternyata goyah dan dia terpaksa menurut apa sahaja kehendak tiga 'katak' berkenaan; hingga terpaksa memenuhi tuntutan kelengkapan rumah tangga mereka jika ingin meneruskan kuasa sehingga pilihan raya yang akan diadakan," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kerajaan Perak terpaksa memenuhi kehendak 3 ekor katak tersebut yang menyebabkian Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar berada di tangan pemeras ugut 3 katak tersebut.

Dua daripada katak tersebut sedang menghadapi tuduhan rasuah yang sengaja dilambat-lambatkan perbicaraannya dan ini meletakan kerajaan Perak bukan sahaja tidak stabil, malah kerajaan Perak yang ada ini tidak bermoral.

Nizar menggesa supaya UBN berani berhadapan dengan rakyat untuk menentukan siapakah yang mereka inginkan untuk mentadbir negeri Perak.

"Pilihan terbaik ialah mengumumkan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi berkenaan (Jelapang, Changkat Jering dan Behrang) untuk memperkuatkan pegangan politiknya bagi mentadbir Perak," katanya lagi./ end

Tindkan Tegas Akan Diambil Ke Atas Zulkifli Nordin - DSAI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berikutan kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan prinsip parti dan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwear Ibrahim berkata, prinsip parti jelas bahawa hanya ahli yang mempersetujui dasar parti kekal dalam PKR.

“Itu dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Tidak mahu orang cari alasan untuk apa-apa, kita ikut prinsip saudara setuju pada dasar saudara kekal, tidak setuju tidak ada pilihan,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli bahawa DAP tidak diperlukan dalam PR yang dianggap sebagai punca utama masalah dalaman yang melanda pembangkang.

Anwar dengan tegas menyifatkan kenyataan itu sebagai pendapat peribadi Zulkifli yang dimanipulasi media Umno untuk memecahbelahkan oarang Melayu dan Cina.

“Itu pendapat peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar Pakatan Rakyat serta Keadilan. Dalam konvensyen baru-baru ini PR telah memutuskan untuk menerima tiga-tiga parti induk PKR, Pas dan Dap menerima beberapa prinsip asas perlembagaan, nbaik bahasa, hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja.

“Tapi dipermainkan media Umno untuk memecahbelahkan diantara Melayu dan Cina dan ini diteruskan. Media Umno memperbesarkan seolah-olah DAP menetang hak ke istimewaan orang Melayu. Ia tidak berbangkit kerana pimpinan DAP, Keadilan dan Pas telah menandatangani bersama,”katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak menghalang sekiranya Pas ingin mengadakan perbincangan dengan Umno dan Pakatan Rakyat sedia maklum mengenai perkara itu.

Katanya, bagaimanapun Pas tidak berganjak dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat untuk menengakkan prinsip mereka.

Terdahulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat untuk melihat Umno dan Pars duduk semeja membincangkan isu berkaitan agama Islam.-YUSMAWATI MHD YUSOF (TVS)


Pakatan Rakyat tak perlu DAP

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengibaratkan DAP duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat (PR) dan sebenarnya tidak diperlukan langsung.

Beliau berkata, apa yang ada kini hanyalah persepsi iaitu PR tidak boleh bergerak jauh tanpa DAP kerana menyangka tidak akan menerima undian daripada bukan Melayu.

"Sebenarnya pada pandangan saya, kita tidak perlukan langsung DAP....PR perlu bertegas dalam meneruskan pimpinan agenda rakyat," katanya ketika program Soal Jawab bersama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Time Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Ahmad A Talib di TV3, malam tadi.

Menurutnya, perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti ini mulai dikesan selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu yang sebelum ini diketepikan.

"Kita tidak dapat menjangka apakah perubahan drastik yang bakal berlaku dalam tempoh dua ke tiga minggu akan datang kerana keadaan menjadi kritikal apabila PKR mula bersuara mengenai kepemimpinan DAP di Pulau Pinang.

"Saya tidak akan terkejut jika ahli PR beramai-ramai membuat keputusan keluar parti yang mungkin bertindak secara individu atau mewujudkan parti baru.

Menjawab persoalan spekulasi keluar daripada parti, beliau berkata akan mengumumkan perkara berkenaan selepas perkara (keluar parti) itu sudah berlaku.

Malah beliau berkata, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah permulaan kepada DAP menunjukkan belang sebenar dan agenda sendiri apabila ditukar 'Malaysia Malaysian' kepada 'Middle Malaysia'.

"Pada saya, 'Middle Malaysia' ini cuba menukar Malaysia menjadi seperti Macau dan Hong Kong, malah inilah masalah sebenar dalam PR yang cuba di selindungi dan kebanyakan masalah berpunca daripada DAP," katanya.


Beliau berkata, peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen sebelum ini kerana tidak berpuas hati, malah kejatuhan PR di Perak juga berpunca daripada DAP namun kini wujudnya pemberontakan dalaman. -hmetro



Zulkifli tidak wakili PKR kecam DAP

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kritikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang adalah pandangan peribadi beliau semata-mata, bukan mewakili pandangan Pakatan Rakyat (PR) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga enggan mengulas lanjut kenyataan Zulkifli kerana perkara itu menyentuh isu dalaman PKR, di samping tidak mahu ianya disalah tafsir mana-mana pihak.

Guan Eng berkata, meskipun beliau dikritik hebat oleh beberapa pemimpin PR kebelakangan ini, beliau menerima apa sahaja tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, asalkan ianya tidak mewakili parti berkenaan.

“Saya enggan komen kenyataan Zulkifli (Nordin) kerana bimbang ianya menyentuh isu dalaman PKR.

“Lagipun saya tidak mahu kenyataan saya disalah tafsir oleh pihak tidak bertanggungjawab. Biarlah parti beliau (PKR) yang menentukan apakah hukuman yang sesuai ke atasnya memandangkan kesemua mereka yang mengkritik pemimpin PR yang lain sudah dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti,”katanya pada sidang media di sini semalam.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang.

Zulkifli daripada PKR turut menyifatkan DAP sebagai ‘duri dalam daging’ yang sering menimbulkan banyak masalah dalam PR di samping menggesa, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang bersikap lebih tegas dalam menangani isu itu.

Selain itu, Zulkifli turut mendakwa, wujud segelintir pemimpin dalam DAP yang mempunyai agenda sempit atau cauvinis. -SH

Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Datuk Nasir Safar berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian menurut peguamnya, Americk Sidhu.

Dakwaan tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR.

Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir (kiri, bertali leher) di blog.

Nasir diheret dengan kontroversi apabila minggu lalu dia membuat ucapan yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.

Dia didakwa sebagai berkata kaum Cina dan India sebagai pendatang.

Akibat bantahan dan kemarahan pemimpin dan rakyat, Nasir kemudiannya meletakkan jawatannya.

Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.

Bala (kanan) menjadi terkenal pada Julai 2008, apabila dia membuat pengakuan bersumpah mendakwa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib.

Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.

Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah).

Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

Nasir yang dihubungi oleh Malaysiakini sebentar tadi, tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata sidang media akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.

"Saya tidak mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.

Karpal Singh Ditegur Kata Hakim Bohong

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, Rabu ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.

"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.

Sebelum itu, Karpal berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif".

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

Mohd Saiful, saksi pertama, sedang disoal dalam pemeriksaan balas.

Pada prosiding Rabu, Mohd Yusof berkata Hakim Mohamad Zabidin tidak perlu menarik diri kecuali jika ada perkara atau sebab semasa perbicaraan bahawa hakim itu bertindak berat sebelah.

Bagaimanapun, kata beliau, andaian wujudnya sikap berat sebelah perlulah dibuat dengan penuh kejujuran dan berlandaskan kemuliaan badan kehakiman.

Mohd Yusof berkata sikap berat sebelah tidak boleh dibuktikan kewujudannya, melainkan hakim mempunyai kepentingan diri atau kepentingan daripada segi kewangan.

Katanya mahkamah tidak sepatutnya mengetepikan isu sebenar yang ada di hadapannya, apa yang dilaporkan oleh media atau kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Dalam kes ini, apa jua yang dilaporkan oleh akhbar adalah sesuatu yang berasal dari luar," katanya.

Mohd Yusof berkata dalam permohonan bagi melucutkan kelayakan seseorang hakim, mahkamah perlu menimbang beberapa perkara, termasuk ujian tentang wujudnya bahaya sebenar, dan orang ramai yang cukup bermaklumat sedar bahawa hakim berkenaan tidak berlaku adil kepada mereka sekiranya beliau membuat sesuatu keputusan tanpa berdasarkan bukti atau berdasarkan alasan yang tidak berkaitan.

"Aduan tentang Utusan Malaysia bukan suatu isu yang perlu dibuat keputusan oleh mahkamah ini dalam mengadili tuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.

Mohd Yusof berkata keputusan hakim berkenaan bukan bererti penolakan sepenuhnya dan pihak pembelaan boleh memohon penangguhan sebelum memfailkan usul menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah mengikut Perintah 52 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.

Katanya adalah silap dan berlebihan bagi pasukan pembelaan untuk membuat andaian bahawa mahkamah telah menolak usul bagi menuduh akhbar itu menghina mahkamah kerana permohonan mengenainya tidak dibuat secara formal.

Mohd Yusof berkata asas bagi aduan berkenaan (merujuk kepada laporan muka depan bertajuk "Tak rela diliwat lagi" bertarikh 4 Feb), telah terhapus setelah kedua-dua pihak membuat pengesahan tentang perkara itu melalui nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.

Mengenai aduan kedua iaitu berkaitan keterangan pada foto, beliau berkata perkataan yang digunakan mempunyai maksud yang kabur.

"Inilah yang berlaku apabila kita ingin sembunyikan maklumat daripada orang ramai. Tetapi, Karpal tetap bertegas mengenainya. Apa yang ada hanyalah sekeping foto...kapsyennya mempunyai maksud yang tidak jelas...saya tak nampak ada sebarang masalah...kapsyen berkenan merujuk kepada sebuah katil tempat kesalahan itu berlaku," kata beliau.

Mohd Yusof berkata maklumat terperinci tentang katil dan bilik tidur utama telah disebut di mahkamah terbuka dan tiada siapa dapat mempertikaikannya kerana ia dicatat dalam nota prosiding.

Katanya dalam membuat laporan tentang kes liwat, pemberita mungkin tersilap dengar, tetapi mereka tidak boleh membuat laporan dengan niat jahat.

"Hari ini, terbukti bahawa mereka melaporkan dengan betul berdasarkan nota prosiding mahkamah dan oleh itu, pihak pendakwaan perlu memohon maaf kepada pemberita Utusan Malaysia yang berkenaan," katanya.

Beliau berkata para hakim dilatih supaya hanya membuat keputusan berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah, bukan berdasarkan laporan akhbar.

"Mahkamah yang adil akan hanya membuat keputusan berdasarkan bukti. Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa Yang Arif bersikap berat sebelah," katanya.

Sementara itu, Karpal Singh meminta Mohamad Zabidin menarik diri daripada mengadili kes berkenaan kerana mendakwa hakim itu melakukan kesalahan apabila beliau tidak mengatakan sesuatu yang benar dan ini boleh dianggap sebagai melakukan pemalsuan dan pembohongan.

Karpal Singh berkata dalam keputusannya, hakim berkenaan berkata butiran terperinci telah disebut di mahkamah terbuka, sedangkan ia tidak terdapat dalam nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.

"Ini menunjukkan bahawa Yang Arif berbohong. Ini terbukti, boleh dibuktikan dan telahpun dibuktikan. Yang Arif tidak berlaku jujur, jadi Yang Arif berat sebelah. Buktinya ada di sini, ia adalah suatu fakta. Oleh itu, Yang Arif tiada pilihan, selain mengundurkan diri," katanya.

Karpal Singh berkata dalam menolak permohonan pihak pembelaan untuk menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah, hakim berkenaan membuat keputusan bahawa laporan itu tidak menghina mahkamah dan akhbar berkenaan tidak berniat untuk menimbulkan kekeliruan.

"Bagaimanakah Yang Arif boleh membuat kesimpulan bahawa tidak wujud niat seperti itu? Ia datang daripada Utusan, bukan dari mahkamah ini...yang Arif perlu keluarkan surat tunjuk sebab kepada Utusan Malaysia, tapi yang Arif tidak berbuat demikian," kata beliau.

Mohamad Zabidin menetapkan 18 Feb sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya. - BERNAMA

Beri peluang pada Zambry, negeri Pakatan Rakyat macamana?

Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)


Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.

Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:

Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!


Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.

Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?

Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.

Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.

Zambry perlu bubar Dun jika utamakan rakyat

IPOH, 10 Feb: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika benar Umno/BN mengutamakan rakyat.

Pemangku ketuanya, Mohd Nur Amin berkata, ini kerana rakyat telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, justeru hak mereka yang telah dicabuli mesti diserahkan kembali.

Beliau berkata, Pemuda PAS negeri juga mencabar pendirian Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang agar mengisytiharkan status sama ada sebagai wakil Bebas atau di dalam BN kerana terus dipertikaikan.

Katanya, ini kerana pemerintahan kerajaan BN bila-bila masa sahaja akan jatuh semula sekiranya mereka mengubah pendirian di samping tidak harus mempersendakan rakyat yang memilih mereka atas nama PR semasa PRU ke-12 lalu.

Pihaknya juga juga meminta seluruh petugas Pemuda PAS dan PR agar terus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat berkaitan nasib mereka akibat perkembangan yang berlaku itu.

“Kesedaran mendaftar sebagai pemilih mesti digerakkan agar rakyat akan kembali memartabatkan PR sebagai pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kelak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemuda PAS negeri mencabar pemimpin Umno/BN bagi menyediakan pentas atau forum berkaitan situasi yang ada itu jika mereka benar-benar meyakini berada di landasan betul.

“Pemuda PAS Perak juga akan membuktikan bahawa rakyat selesa dengan pentadbiran 11 bulan PR pada tahun lepas berbanding dengan pemerintahan kudeta Umno/BN pada 11 bulan yang lalu,” katanya lagi.

Tambahnya, hak rakyat mesti dikembalikan setelah dicabuli oleh Umno/BN dan mereka mesti menjadi hakim bagi menentukan siapakah yang paling layak memerintah ini.

Akhbar Cina (I): Sasaran Media Prima seterusnya?

Desas-desus tersebar bahawa Media Prima yang dimilik-kawal oleh UMNO-BN, bakal mengambil alih sebuah akhbar bahasa Cina, sebagai pelengkap kepada rangkaian media milikannya yang melangkaui pelbagai bahasa pengantar.

Penasihat Kumpulan (Kandungan Bahasa Cina) Media Prima Berhad , Goh Hin San (gambar kanan) walaupun enggan mengesahkan khabar ini, tetapi mengakui bahawa Media Prima berniat untuk "memiliki satu kumpulan media yang 'sempurna'", malah "lebih ideal seandainya memiliki akhbar bahasa Cina".

Bahkan, beliau berharap agar komuniti Cina bersikap optimis terhadap media bahasa Cina yang diusahakan kumpulan Media Prima, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dalam buletin bahasa Cina ntv7 dan 8TV.

Rangkaian media milikan Media Prima

Media Prima Berhad menjadi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia sejak 22 Oktober 2003, dengan rangkaian yang merangkumi media elektronik, media cetak, iklan, penerbitan rancangan dan media baru. Media Prima menguasai kesemua stesen televisyen free-to-air, tiga stesen radio dan tiga akhbar harian.

Untuk media atau kandungan bahasa Cina, ntv7 dan 8TV menerbitkan buletin bahasa Cina, OneFM pula adalah stesen radio bahasa Cina dan Kantonis. Walaupun New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di bawah Media Prima pernah menguasai akhbar bahasa Cina, Shin Min Daily News pada tahun 1980-an, namun kumpulan media ini tidak lagi mengusahakan akhbar Cina setelah Shin Min ditamatkan pada tahun 1994.

Rangkaian Media di bawah Media Prima

Media
Catatan
Televisyen
TV3
8TV
Buletin bahasa Cina
ntv7
Buletin bahasa Cina
TV9
Stesen Radio
FlyFM
HotFM
OneFM
Stesen Radio bahasa Cina dan Kantonis
Akhbar
New Straits Times
Akhbar harian bahasa Inggeris kedua terlaris, dengan edaran harian sejumlah 120,770 naskah
Berita Harian
Akhbar harian bahasa Melayu kedua terlaris, dengan edaran harian sejumlah 189,338 naskah
Harian Metro
Akhbar harian bahasa Melayu terlaris, dengan edaran harian sejumlah 338,552 naskah

Baru-baru ini, khabar angin tersebar bahawa Media Prima berniat untuk mengambil alih akhbar bahasa Cina, dan Goh Hin San yang menyandang jawatan penasihat kumpulan media tersebut sejak Mei 2009, dikatakan sebagai antara orang yang bertanggungjawab dalam hal ini. Goh Hin San, 54, adalah Presiden Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF), di samping sebagai anggota Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia.

Prestasi Media Prima yang menonjol dalam media cetak, mungkin merupakan dorongan untuk kumpulan media tersebut agar mengambil alih, atau menubuhkan satu akhbar bahasa Cina yang baru. Menurut laporan kewangan Media Prima tahun 2008 yang diumumkan pada April 2009, NSTP telah memperolehi keuntungan bersih sejumlah RM47.40 juta, 40% lebih daripada keuntungan bersih sejumlah RM33.80 juta pada tahun 2007.

Akhbar Cina sebagai pelengkap

Ketika dihubungi MerdekaReview, Goh Hin San walaupun enggan mengesahkan khabar ini, tetapi menyatakan bahawa Media Prima sebagai Kumpulan Media terbesar di negara ini, hanya kekurangan satu akhbar bahasa Cina untuk menjadi "sempurna".

Menurut Goh, Media Prima memiliki empat stesen televisyen free-to-air, tiga stesen radio dan tiga akhbar, yang agak baik prestasinya. Stesen televisyen dan radio menyiarkan rancangan tiga bahasa, tetapi apa yang kurang sempurnanya ialah sebuah akhbar bahasa Cina. Keadaan ini mendorong hasratnya untuk "memiliki satu kumpulan media yang sempurna".

Malah, Goh Hin San meluahkan "kekesalan" yang terpendam dalam hatinya. Shin Min Daily News yang pernah dimilik-kawal oleh NSTP di bawah Media Prima, dibubuh noktah penerbitannya, berikutan kegagalannya untuk mendapat sokongan komuniti Cina. Lantaran daripada hubung-kaitnya dengan parti politik, Shin Min dilihat sebagai media yang tidak adil dan tidak berkredibiliti.

Shin Min Daily News diasaskan oleh penulis terkemuka Hong Kong, Jin Yong, dan kemudiannya diambil-alih oleh Tan Koon Swan pada tahun 1976. Tan Koon Swan menyandang jawatan Presiden MCA pada tahun 1985, secara dramatiknya dipenjarakan di Singapura pada tahun 1986 kerana terjerat dalam skandal Pan-El.

Selepas itu, NSTP Berhad mengambil alih 70% saham daripada Shin Min Daily News, malah bertambah kepada 89.11% sahamnya pada Disember 1988. Jumlah edaran harian Shin Min pada tahun 1987 adalah 66,458 naskah, dan 81,503 naskah pada hari Ahad. Namun, Shin Min akhirnya tersingkir dalam persaingan, dan terpaksa ditamatkan pada tahun 1994. Sebagaimana yang difahami, permit akhbar ini masih berada pada tangan NSTP Berhad.

Menurut Goh Hin San, bukan sesuatu yang senang untuk mengusahakan satu akhbar bahasa Cina dalam suasana politik di negara kita sebegini. Namun, beliau berkata Media Prima perlu menyuarakan pandangan rakyat khususnya komuniti Cina, tidak kira bagaimana orang luar menafsir "niat Media Prima untuk mengusahakan akhbar Cina". Beliau yakin prestasi ntv7 dan 8TV dapat menghapuskan keraguan komuniti Cina.

MerdekaReview seterusnya bertanya kepada Goh Hin San, apakah kenyataan itu mempunyai maksud tersirat, bahawa Media Prima sedang merancang untuk mengusahakan akhbar Cina, Goh berkata, "Tiada maksud tersirat. Sebagai Penasihat Kumpulan (Kandungan Bahasa Cina) Media Prima Berhad, saya menyebut perkara yang saya ambil kisah."

MerdekaReview cuba menerokai kemungkinan senario yang wujud, sama ada Prima Media cuba mengambil alih satu akhbar Cina yang sedia ada dalam pasaran, ataupun menubuhkan sebuah lagi akhbar Cina yang baru. Goh menganggap kini bukan masanya untuk membincangkan hal ini secara lanjut, tetapi menganggap bahawa, "sebagai kumpulan media yang sempurna", adalah lebih ideal jikalau memiliki sebuah akhbar Cina.

Walau bagaimanapun, Goh mengakui bahawa Media Prima masih berasa khuatir dalam isu ini, setelah mengambil iktibar daripada pengajaran yang lalu. (Bahagian pertama, bersambung)

*Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah oleh Lim Hong Siang.