Isnin, 8 Februari 2010

Zambry Abdul Kadir 'Memandu' Perak Untuk Kali Terakhir?

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Pengarah Korporat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif The Combines Bus Service (CBS) Sdn Bhd, Datuk Hiew Yew Can (kiri) dan Pengarah Urusan CBS Cheong Kong Fitt (tiga dari kiri), berpuas hati keadaan bas Perak Transit selepas melancarkan kerja pembinaan projek terminal bas bersepadu di Meru Raya, Ipoh, hari ini.BeritaHarian - Foto Muhaizan Yahya

Esok adalah 'D-Day' untuk Zambry dan Nizar. Siapa yang layak diumumkan Menteri Besar yang sah akan memandu serta menerajui Perak seterusnya.

Sesiapa yang menang, terserah kepada kebijaksanaan mereka berdua untuk membuat keputusan samada akan membubarkan DUN Perak.

Barisan Nasional tidak akan sesakali mengambil risiko untuk bubarkan Dewan.

Jika Pakatan Rakyat di'pulang'kan kembali kuasa meneraju Perak esok, hampir pasti akan menghadap Istana untuk tujuan pembubaran.

Pakatan Rakyat tiada pilihan kerana kemelut ini membuat rakyat menjadi gelisah, lagi pun untuk memecahkan 'deadlock' kedudukan kerusi adalah 28-28 dengan 3 Adun bebas yang sudah pasti menyebelahi BN. Tidak ada maknanya jika tidak dibubarkan, Pakatan Rakyat akan di'guling'kan sekali lagi dengan usul undi tidak percaya yang berkemungkinan besar akan dibawa oleh Barisan Nasional.

Kronologi kemelut di Perak, sila baca di sini.

Pesanan Dari DS Nizar....

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.



Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.



Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.



Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!



Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.



Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!


Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!


Dato Seri Nizar Jamaluddin

Katakan TAK KELAPAQ kepada Umno !

Janganlah kerana kita asyik dibuai angin kemenangan, maka kita lupa bahawa PAS ini adalah sebuah jemaah Islam dan bukannya sebuah parti politik. Politik hanyalah satu juzuk daripada perjuangan PAS. Janganlah kita gagal untuk membezakan peranan kita sebagai kader jemaah Islam dengan kader sebuah parti politik.

Politik adalah cara untuk kita mendapatkan kuasa bagi melicinkan lagi kerja dakwah dan kemenangan politik itu bukanlah matlamat utama. Almarhum Tuan Guru Dato Fadhil Mohd Nor pernah menyebutkan – Tidak mengapa jika kita kalah dalam pilihanraya kerana matlamat kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat walaupun kemenangan menerusi pilihanraya itu tetap kita mahukan. Jelas.

Apa yang menyedihkan adalah ramai daripada kader-kader PAS tidak lagi menjadikan dakwah sebagai matlamat utama perjuangan. Kita hanya berbicara soal menang atau kalah. Soal kerusi itu milik parti mana. Kerusi itu siapa calonnya. Soal calon itu anak tempatan atau orang luar. Pelbagai lagi.

Bukankah ini menggambarkan betapa kita gagal untuk memahami perjuangan PAS? Kenapa kita gagal? Jawapannya mudah. Kegagalan sistem tarbiyyah yang selama ini menjadi nadi kekuatan PAS.

Penyokong PAS pada awal penubuhan PAS hanyalah merupakan kelompok petani dan orang-orang kampung. Pendek kata, mereka ini “nobody”. Tidak dikenali sesiapa pun.

Namun, kelompok “nobody” ini mampu memberikan nyawa kepada PAS sehingga PAS sampai kepada generasi hari ini. Semuanya kerana tarbiyyah. Mereka dididik untuk memahami sepenuhnya tentang perjanjian mereka dengan Allah swt. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Mereka menghadaminya.

Akujanji ini menyerap masuk ke setiap ruang bulu roma mereka. Mengalir di dalam saraf dan darah mereka. Mereka berjaya mempertahankan mesej dakwah walaupun kalah berulang kali di sudut politik.
  • Bagaimanakah kita yang hidup dalam suasana serba moden ini?
  • Bagaimanakah kita yang memegang amanah dakwah di dalam suasana yang serba ada ini? Adakah kita seperti mereka? Lebih daripada mereka atau jauh lebih memalukan berbanding mereka?
Mereka hanya petani tetapi kita jurutera. Mereka hanya penoreh getah tetapi kita pensyarah. Mereka tidak pernah kenal ABC tetapi kita kenal A sampai Z. Secara kasarnya, kita memiliki kemudahan jauh lebih baik berbanding zaman mereka. Berjayakah dakwah kita yang serba canggih ini?

Jawapannya, kita GAGAL.

Gagal bukan kerana kita tidak mampu tetapi gagal kerana kita melupakan dan mengenepikan soal keberkatan daripada Allah swt. Inilah punca kenapa kita yang berada di dalam jemaah ini pada hari ini adakalanya kelihatan seperti tenggelam punca apabila tertekan dan ditekan. Kita gagal menjiwai Islam walaupun kelihatan kita cukup “Islamik”.

Renungkanlah apa yang dicatatkan di bawah menerusi harti nurani kita sendiri. Kita berjubah dan berserban tetapi akhlak kita tidak seperti orang yang berjubah dan berserban. Kita “ustaz” tetapi kata-kata kesat seperti anak haram, celaka, pelaq dan sebagainya menjadi kalimah lazim di bibir kita sedangkan kalimah lazim yang sepatutnya adalah kalimah kalimah istighfar dan sebagainya.

Kita sentiasa bertakbir setiap kali ingin menyatakan sokongan kepada apa yang didengari tetapi adakah kita menunaikan apa yang diturut oleh kalimah takbir itu sendiri.

Para sahabat Rasulullah saw juga bekerja mencari rezeki seperti kita tetapi mereka akan tegak di barisan hadapan setiap kali seruan jihad kedengaran. Bagaimanakah kita? Kita pula akan berfikir ligat bagaimana mahu mengelak untuk hadir ke program-program jemaah dan biasanya kita akan menjadikan kesibukan bekerja sebagai suatu alasan mudah untuk menghalalkan keengganan kita itu. (sumber : mujahideen muda/albanjari)

Gua Bangga Dengan Umno...!!!

KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis pada tahun 2012.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

"Dengan kata lain, jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.Sebagai perbandingan jumlah aset semasa negeri Johor adalah RM1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM1,025.89 juta,"katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Selanjutnya di sini.

Perghhh.... dasat tu.., pandai sungguh umno memerintah yeaa..., tapi takpa.. pasir Johor banyak lagi.. jual jer.. kat Singapore buat cover hutang... apa ada hal, macam tak biasa kan... ha..ha..ha...

Apa kata rakyat Johor...? "Hidup Melayu... Hidup Ketuanan Melayu, umno Juara Rakyat" tabik spring... kat umno... pasti rakyat Johor berasa bangga gilerrrr....

Kelantan pun tak berhutang sebanyak tu...

HARI 5 - 1 April 2003 (Bahagian 1)

Mahkamah kemudiannya diberitahu bahawa Azizan pernah berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara tahun 1992 dan 1997. Kemudian, dia berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara September 1992 dan 1997. Selepas itu, dia berkata pula bahawa dia diliiwat antara 1 Januari 1993 dan Mac 1993. Akhirnya, dia berkata bahawa dia diliwat selepas Mei 1992. Menurutnya, kejadian itu berlaku di Tivoli Villa dan bukan di rumah Anwar.

THE CORRIDORS OF POWER


Raja Petra Kamarudin


Anwar dapat dibebaskan jika hakim tidak menyalahi undang-undang

Hari kelima perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan hujah oleh dua peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan Jagdeev Singh Deo, kedua-duanya anak Karpal Singh.

Gobind memberitahu mahkamah bahawa dia akan mengemukakan empat isu utama:

1. Proses pendakwaan yang sepatutnya dijalankan ke atas saksi utama yang juga mendakwa dirinya diliwat, iaitu Azizan Abu Bakar, yakni ekoran sumpah bohong yang dilakukannya sepanjang perbicaraan.

2. Kredibiliti Azizan, yang mana keterangannya menjadi paksi kes tersebut.

3. Alibi Anwar yang menunjukkan lokasi sebenar Anwar, yang juga membuktikan bahawa adalah mustahil baginya untuk berada di tempat kejadian, iaitu Tivoli Villa bagi kesemua 90 hari terbabit, iaitu antara 1 Januari hingga 31 Mac 1993.

4. Keperluan untuk membuktikan kes prima facie terhadap Anwar, yang mana ia tidak dipenuhi oleh Pendakwa.

Azizan sudah banyak kali memberikan keterangan bercanggah, yakni bukan hanya ketika memberikan keterangan atas sumpah, tetapi juga dalam lima kesempatan berbeza antara Ogos 1997 dan Jun 1999, yakni semasa keterangannya dirakam oleh polis menurut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah.

Disebabkan percanggahan-percanggahan itu, yang mana Pembelaan berhujah, “Apabila saksi sentiasa mengubah keterangannya, maka itu bermakna bahawa dia berbohong,", maka hakim perbicaraan diminta untuk mendakwa Azizan atas kesalahan sumpah bohong.

Namun demikian, Hakim memutuskan bahawa dia hanya akan menimbangkan prosiding pendakwaan selepas Pendakwa selesai dengan hujah mereka. Tetapi akhirnya, Hakim menyatakan bahawa keterangan Azizan adalah 'sekuat Rock of Gibraltar'.

Dalam membuat keputusan ini, Hakim hanya memetik keterangan bercanggah yang pernah diberikan Azizan dan berkata bahawa Azizan telah memberikan penjelasan yang memuaskan berhubung dengan percanggahan itu.

"Di bawah Seksyen 145 Akta Bukti, keterangan daripada saksi yang akan didakwa (kerana melakukan sumpah bohong) mesti diambil secara keseluruhan," Gobind berhujah.

"Hakim perbicaraan menyedari akan keperluan ini. Namun beliau mengisyaratkan bahawa beliau telah memenuhi prinsip itu."

Pada 6 September 1999, kedua-dua Pendakwa dan Pembelaan bersetuju supaya pendakwaan (kerana melakukan sumpah bohong) dijalankan. Tetapi pada 7 September, Hakim memutuskan bahawa percanggahan dalam keterangan Azizan sudah pun dijelaskan.

"Walau bagaimanapun, Hakim membuat keputusan ini sebelum Pendakwa selesai dengan hujah mereka.”

Sebagai justifikasi atas tindakannya itu, Hakim berkata, "Saya telah menimbangkan keterangan yang diberikan Azizan dahulu."

Hakim mengatakan bahawa dia mendapati Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai. Tetapi keputusannya itu dibuat sebelum Pendakwa selesai dengan hujah mereka.

"Hakim sepatutnya menangguhkan keputusannya sehingga dia telah mendengar semua keterangan, iaitu pada akhir perbicaraan,” Gobind berhujah.

Hakim berkeras bahawa Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai dan jujur meskipun perbicaraan belum berakhir. “Belum pun perbicaraan berakhir, dia sudah pun memutuskan bahawa Azizan adalah seorang yang jujur.”

"Hakim berkata bahawa dia tidak menemukan sebarang percanggahan antara keterangan Azizan dalam perbicaraan pertama dan keterangannya dalam perbicaraan kedua. Kata Hakim, kalau pun ada percanggahan, Azizan telah berjaya menjelaskan percanggahan-percanggahan itu."

"Hakim berkata,’Azizan adalah saksi yang jujur, baik secara fakta mahupun secara substansi’."

"Bahkan Hakim membuat keputusan ini sebelum mendengar keterangan saksi yang berkenaan. Hakim seharusnya menimbangkan keseluruhan hujah Pendakwa.”

Mahkamah kemudiannya diberitahu bahawa Azizan pernah berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara tahun 1992 dan 1997. Kemudian, dia berkata bahawa dia tidak pernah diliwat antara September 1992 dan 1997. Selepas itu, dia berkata pula bahawa dia diliiwat antara 1 Januari 1993 dan Mac 1993. Akhirnya, dia berkata bahawa dia diliwat selepas Mei 1992. Menurutnya, kejadian itu berlaku di Tivoli Villa dan bukan di rumah Anwar.

"Paksi kes Pendakwa terhadap Dato’ Seri Anwar hanyalah keterangan Azizan. Jadi, adalah penting bagi memastikan kredibiliti Azizan."

"Walau bagaimanapun, Hakim menolak usaha ini dengan tidak mengikut prosedur yang sewajarnya."

"Hakim sendiri menyatakan bahawa,’Saksi ini suka berdolak-dalih. Soalan senang pun dia tak dapat jawab.”

"Hakim tahu bahawa Azizan tidak boleh dipercayai, malah mengatakan yang demikian. Namun begitu, dia memutuskan bahawa Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai dan enggan mendakwanya kerana melakukan sumpah bohong.”

"Hakim telah melakukan kesalahan. Maka Mahkamah Rayuan perlu membetulkannya," kata Gobind.

"Menurut Azizan, antara 1992 dan 1997, dia masih pergi ke rumah Anwar kerana ia (dakwaan diliwat) tidak lagi berlaku selepas 1992."

"Kemudian, Azizan berkata bahawa dia diliwat di rumah Anwar, tetapi menukar pula keterangannya dengan mengatakan bahawa dia diliwat di Tivoli Villa dan bukan di rumah Anwar."

"Sesudah itu, dia menyatakan bahawa dia 'tidak mempunyai sebarang masalah' dengan Dato’ Seri Anwar antara tahun 1992 dan 1997."

"Kemudian, Azizan menjawab suatu soalan umum dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah diliwat selepas 1992."

Tetapi tarikh dalam pertuduhan Anwar mengatakan bahawa dia meliwat Azizan dari 1 Januari hingga 31 Mac 1993.

"Pegawai penyiasat ditanya tentang asas penetapan tarikh dalam pertuduhan, yakni bahawa Dato’ Seri Anwar meliwat Azizan pada Mei 1992. Adakah ia berdasarkan keterangan Azizan di mahkamah (pada bulan Disember 1998)?"

"Pegawai penyiasat menidakkannya dan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan 'lain-lain keterangan’; dua keterangan terdahulu yang diberikan Azizan pada bulan Julai dan Oktober 1998."

"Meskipun begitu, pada 7 Disember 1998, Azizan berkata bahawa dia tidak pernah diliwat selepas September 1992, dan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Dato’ Seri Anwar."

"Selepas itu, dia berkata bahawa kalau dia ditanya secara 'khusus', dia akan mengatakan bahawa dia masih diliwat antara bulan Januari dan Mac 1993."

"Ini melibatkan perlanggaran asas prosedur yang sewajarnya dalam prosiding pendakwaan (atas kesalahan sumpah bohong). Hakim enggan menimbangkan bukti penting yang berpihak kepada Pembelaan. Jika tidak, sudah tentu Dato’ Seri Anwar dan Sukma dibebaskan."

HARI 5 - 1 April 2003 (Bahagian 2)

Kemudian, mereka mendapati bahawa ada satu lagi masalah 'kecil'. Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah diliwat tahun 1992 dan bahawa semua kejadian liwat berlaku - jika ia memang benar-benar berlaku - sebelum Mei 1992 (kemudian, dia mengubah pula tarikh itu kepada 'September 1992').

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Alibi Anwar adalah sekuat Rock of Gibraltar.

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur diberitahu bahawa menurut Seksyen 402A Kanun Acara Jenayah, alibi tertuduh berkenaan kedudukannya ketika jenayah didakwa dilakukan perlu disiasat dan ditentukan oleh polis.

Pada mulanya, Anwar Ibrahim dan adik angkatnya dari Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja didakwa meliwat Azizan Abu Bakar sekitar Mei 1992 di Tivoli Villa.

Anwar kemudiannya berjaya membuktikan alibinya. Alibinya adalah bahawa Tivoli Villa masih dalam proses pembinaan dan belum pun siap pada Mei 1992. Jadi, kejadian itu tidak mungkin berlaku.

Apabila Pembelaan memfailkan Notis Alibi, dan Pendakwa menyedari kesilapan mereka, mereka terus meminda tarikh dalam pertuduhan kepada satu hari dalam 'Mei 1994'.

Pembelaan membantah tindakan yang tidak ortodoks itu, dan Hakim ‘berani’ pula mengatakan bahawa Pembelaan sepatutnya berdiam diri. Menurutnya, Pembelaan sepatutnya membiarkan Pendakwa meneruskan hujah dan membuat kejutan pada akhir perbicaraan, yang mana ia dapat memusnahkan kes Pendakwa.

Pembelaan dengan ikhlas mendedahkan kesilapan besar ini (pertukaran tarikh), tetapi jangankan dia membuang kes itu, malah Hakim membenarkan pindaan saat akhir itu, dan mentertawakan Pembelaan kerana tidak cukup licik.

Ya, hanya seorang yang licik yang akan menyarankan strategi licik seperti itu – kini terbuktilah bahawa perkataan 'licik' terlalu sopan bagi menggelarkan hakim berkenaan.

Kemudian, mereka mendapati bahawa ada satu lagi masalah 'kecil'. Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah diliwat tahun 1992 dan bahawa semua kejadian liwat berlaku - jika ia memang benar-benar berlaku - sebelum Mei 1992 (kemudian, dia mengubah pula tarikh itu kepada 'September 1992').

Jadi, kini, 'Mei 1994' juga tidak dapat digunakan dan mereka sekali lagi terpaksa meminda tarikh dalam pertuduhan. Namun mereka tidak boleh memindanya kepada 1992. Jadi, mereka memilih 'satu hari pada 7:45 malam dari 1 Januari 1993 hingga 31 Mac 1993' sebagai tarikh baru. Bagi mengesahkan tarikh baru itu, Azizan terpaksa mengubah keterangannya dan mencanggahi keterangannya sebelum itu.

Jadi, kenyataan 'Tidak pernah diliwat selepas September 1992' tidak lagi boleh digunakan. Meskipun ia bercanggah dengan semua keterangannya sebelum ini, keterangan baru yang perlu diberikannya adalah, “Jika saya ditanya secara spesifik, maka saya akan mengatakan bahawa ia masih berlaku dari 1 Januari 1993 hingga 31 Mac 1993’.

Hakim membenarkannya bagi memastikan kes Pendakwa terus kukuh, dan enggan mendakwa Azizan atas kesalahan sumpah bohong, dengan mengatakan bahawa, "Keterangan Azizan adalah sekuat Rock of Gibraltar dan bahawa Azizan telah menjelaskan segala percanggahan itu dengan baik.”

Tapi alibi asal yang dikemukakan oleh Pembelaan hanya berhubung dengan pertuduhan 'Mei 1992'. Alibi itu tidak dapat digunakan bagi tarikh baru, iaitu 'satu hari pada 7:45 malam dari 1 Januari 1993 hingga 31 Mac 1993'.

Jadi, Pembelaan memohon penangguhan bagi membolehkan mereka mengajukan Notis Alibi yang baru, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 402A Kanun Acara Jenayah.

"Hakim tahu (implikasi) tindakannya apabila dia menolak permohonan penangguhan bagi mengemukakan Notis Alibi yang baru di bawah Seksyen 402A," kata peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

"Sebenarnya, Hakim perlu mematuhi peraturan mandatori itu dan dalam hal ini, hakim tidak dibenarkan menggunakan budi bicara.”

"Mahkamah Rayuan berkewajipan mematuhi peraturan itu dan membebaskan kedua-dua Anwar dan Sukma dari sabitan tersebut."

"Peguam Negara (pada ketika itu), Tan Sri Mohtar (Abdullah) berkata bahawa alibi 90 hari yang diajukan oleh Pembelaan adalah 'pembelaan yang palsu '. Dia mengatakan sedemikian tanpa mengetahui tentang bukti dan saksi yang akan dikemukakan oleh Pembelaan."

"Peguam Negara dahagakan darah. Dia bertindak secara Mala Fide. Dia tidak tahu dan tidak peduli ketika dia menukar tarikh dalam pertuduhan 'dari Januari hingga Mac 1993'."

"Hakim menyabitkan Anwar dan Sukma 'melampaui keraguan munasabah' bagi jenayah yang berlaku antara bulan Januari dan Mac 1993, sedangkan alibi (Anwar) membuktikan bahawa Dato’ Seri Anwar tidak pernah berada di Tivoli Villa selama tempoh 90 hari terbabit."

"Peguam Negara cuba menindas Dato’ Seri Anwar. Walaupun dia tahu bahawa (ketika itu), Dato’ Seri Anwar dan Sukma tidak berada di Tivoli Villa, namun dia sengaja menetapkan tarikh-tarikh tersebut bagi menggagalkan usaha Pembelaan."

"Tindakannya itu patut dikutuk."

"Ia mengejutkan, mengejutkan, mengejutkan!"

"Peguam Negara mengatakan bahawa dia mempunyai bukti tentang kedudukan dalam mahupun luar negara Dato’ Seri Anwar selama tempoh 90 hari itu. Dia menyatakan bahawa mereka menyimpan diari berkenaan kedudukan Dato’ Seri Anwar."

Peguam Negara terus berdiri dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai diari yang dimaksudkan itu, malah tidak pernah pun melihatnya.

Anwar kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa “diari” yang dinyatakan merujuk kepada diari polis yang mana segala pergerakannya tercatat secara terperinci. Polis merampas diari itu dan sejak itu, ia tidak lagi dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya diberitahu bahawa Pembelaan berjaya mengesahkan kedudukan Anwar sepanjang 90 hari terbabit, yakni antara 1 Januari 1993 dan 31 Mac 1993, dan bahawa ini tidak pernah dicabar ataupun dibantah oleh Pendakwa.

Meskipun demikian, Hakim menyatakan bahawa Pembelaan gagal memberikan alibi bagi salah satu antara 90 hari itu, iaitu 19 Februari 1993, yang merupakan hari Jumaat.

"Hakim menolaknya demi mendapatkan sabitan.”

Seterusnya, Gobind menyatakan bahawa Jumaat, 19 Februari 1993 juga konsisten dengan alibi kerana menurut keterangan Azizan dalam perbicaraan sebelum itu, dia bersolat Zohor di rumah pada hari itu. Jadi, hari itu tidak mungkin hari Jumaat kerana jika ya, maka sudah tentu dia pergi ke masjid untuk bersolat (Jumaat).

"Hakim perbicaraan sendiri mengatakan bahawa solat Jumaat hanya ditunaikan di masjid dan bukannya di rumah."

Dengan demikian, Jumaat, 19 Februari 1993 melengkapkan alibi bagi keseluruhan 90 hari terbabit, dan Anwar dan Sukma tidak mungkin meliwat Azizan antara 1 Januari 1993 dan 31 Mac 1993.

Sungguhpun Pembelaan membuktikan ‘melampaui semua keraguan’ bahawa Anwar dan Sukma tidak pernah pun berada di Tivoli Villa dan dapat menjelaskan mengenai kedudukan mereka bagi keseluruhan 90 hari terbabit, mereka berdua masih didapati bersalah atas jenayah liwat yang berlaku 'satu hari pada 7:45 malam dari 1 Januari 1993 hingga 31 Mac 1993'. Malah Pendakwa sendiri tidak pernah menyanggah ataupun membantah hakikat ini (alibi Anwar).

Apakah perbalahan politik Perak akan berlarutan selepas keputusan mahkamah?

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Ketika para pemerhati di kedua-dua pihak menunggu-nunggu dengan penuh debaran keputusan mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah esok, persoalan terus berlegar sama ada kedua-dua pihak akan menerima keputusan dan membolehkan isu berakhir.

Perak terjebak dalam situasi politik tidak menentu, dengan Datuk Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing mendakwa sebagai menteri besar yang sah.

Penganalisis politik berpendapat, tidak kira apa jua keputusan, perbalahan yang berlaku antara kerajaan negeri sekarang di bawah Barisan Nasional (BN) dengan gabungan PAS-DAP-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan, setidak-tidaknya hingga pilihan raya akan datang.

“Jika Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah, apapun PR akan terus tidak puashati. Ia akan mempersoal kebebasan badan kehakiman manakala pada waktu yang sama meuar-uarkan BN sebagai kerajaan sementara,” kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Tetapi jika Nizar diisytiharkan menteri besar yang sah, beliau berkata ahli politik PAS itu mungkin memohon mandat baru tetapi ini akan bergantung pada sama ada dewan negeri boleh dibubarkan atau tidak.

Keputusan Mahkamah Persektuan tidak mungkin memuaskan hati sesiapa. Jika keputusan tidak memihak kepada Nizar, Pembangkang akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan negeri BN.

“Jika Zambry menang, beliau mempunyai kira-kira dua tahun untuk membuktikan bahawa kerajaannya adalah kerajaan sah. Apakah Pembangkang akan menerima hal itu pada sidang dewan akan datang atau akan terus mencetuskan kacau bilau?.

Perak akan terus berada dalam situasi tidak menentu kecuali kedua-dua pihak bertolak ansur selepas keputusan mahkamah,” kata Sivamurugan, dan menegaskan kedua-dua pihak perlu memahami bahawa tidak wajar dibiarkan dilema ini berlanjutan.

“Jika Zambry menang, beliau mungkin mempertimbang untuk berbaik-baik. Jika Nizar kalah, apakah beliau dapat menerima kerajaan negeri yang sah sehingga pilihan raya akan datang?” soal Sivamurugan.

Menurut hasil tinjauan yang disiarkan oleh Merdeka Center, sebuah firma tinjauan pendapat, Jumaat lepas, ulangtahun pertama BN memerintah Perak selepas pilihan raya umum 2008, 46 peratus daripada mereka yang ditinjau pendapat menyokong Nizar sementara Zambry berada di belakang dengan 44 peratus.

Nizar mempunyai kelebihan signifikan daripada Zambry bila melibatkan masyarakat Cina (59 peratus untuk Nizar lawan 16 peratus untuk Zambry) tetapi Zambry mendahului pertandingan bila melibatkan sokongan Melayu, dengan mendapat 67 peratus berbanding Nizar 35 peratus.

Anggota exco negeri Perak Dr Mah Hang Soon berkata BN sedar sokongan daripada rakyat masih begitu berbelah bagi.

“Tetapi keadaan bertambah baik untuk kami, rakyat tidak menaruh sikap terlalu bermusuhan seperti dulu. Kami percaya jika kami terus bekerja keras dan membuktikan rancangan ekonomi kami, mereka akan menyokong kami... buktikan kami adalah kerajaan yang lebih baik,” katanya.

Bagi Pembangkang, ia masih menganggap penyelesaian muktamad terhadap kebuntuan ini ialah menerusi pilihan raya baru.

“Tidak ada apa yang akan berubah kecuali diadakan pilihan raya baru. Saya tidak nampak mana-mana jalan lain. Apa juga keputusan mahkamah, ia tidak akan mengubah sentimen rakyat,” kata pakar strategi DAP dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong. — Bernama

Ku Li: Umno boleh pecat saya jika mahu

Oleh Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal),” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, “siapa yang makan cili dialah rasa pedas.”

Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.

Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan,” katanya.

Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.

PAS JANGAN JADI BODOH DAN BENGONG DUA KALI...

Kenyataan YAB Tuan Guru Nik Aziz bahawa PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO hanya atas isu Islam sahaja telah digunakan oleh pemimpin UMNO untuk putarbelitkan kenyataan tersebut. memang benar, sejak dari dulu kala lagi PAS ajak UMNO berdebat atas isu Islam...Tapi UMNO menolak dan takmau kerana pada masa itu mereka kuat dan mantap.

Sehingga UMNO pernah mengadakan DEBAT OLOK-OLOK. Satu puak berlakun sebagai ahli panel PAS dan satu puak lagi berlakun sebagai ahli panel UMNO. Depa memang takdak hujah jika berdebat dan berbincang dengan PAS atau isu Islam. Kalau berdebat pun depa akan kalah.

Dalam saat UMNO dan BN makin dibenci dan ditolak oleh rakyat, mereka sudah pasti akan gunakan apa saja isu untuk meraih sokongan dan menjahanamkan Pakatan Rakyat. Mereka akan memperli dan menempelajk Pakatan rakyat dengan macam-macam ejekan. Mereka akan hentam PAS dan menuduh PAS tidak tetap pendirian. Mcam-mcm depa akan buat.

Jadi, dalam saat seperti ini, sepatutnya pemimpin PAS jangan terpedaya dan terpengaruh dengan bisikan iblis dan syaitan ini. UMNO pandai mengumpan dengan tujuan untuk bagi PAS melatah. Yang menjadi masalahnya masih ada dalam saf kepimpinan PAS yang dok gila nak jadi menteri dengan cara wujudkan gabungan Kerajaan Perpaduan.

Sepatutnya apabila sudah termetri perjanjian dengan Pakatan Rakyat dengan ikrar untuk kukuhkan Pakatan Rakyat, bermak ruang dan peluang untuk berbincang dengan UMNO sudah tamat dan ditutup. Kenapa Presiden PAS masih terhegeh-hegeh lagi mau bicara dan bincang sama UMNO. Jangan layan ajakan dan perlian UMNO. Semua itu adalah mengarut. Sepetutnya fokus kepada hala tuju dan matlamat yang dijalin bersama Pakatan Rakyat.

Isu yang UMNO timbulkan dengan bersandarkan kepada ketuanan Melayu sudah lapok dan basi. Selama lebih 50 tahun UMNO dan BN memerintah, sepatutnya Melayu sudah cemerlang dan gemilang. Bukan lagi merempat dan merana mcm pelarian seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Dalam tempoh 50 tahun itu, UMNO sepatutnya sudah pulihkan Melayu dan angkat Melayu hingga ke mercu yang tinggi. Nampaknya UMNO telah gagal membela dan menjamin kesenangan kepada Melayu. Depa dok polok mulut dan perut sendiri saja. Masing-masing kaut dan himpun harta di atas kesusahan dan keringat Melayu sendiri.

Oleh yang demikian, Presiden dan kepimpinan PAS jangan terlalu kalut dan terhegeh-hegeh nak berunding dengan UMNO. Waktu ini waktu untuk kuburkan UMNO. Melayu boleh hidup senang tanpa UMNO kerana selama ada UMNO dan UMNO memerintah, Melayu tak pernah senang pun. Yang senang dan kaya adalah pemimpin-pemimpin UMNO.

Ingatlah wahai Presiden PAS, jangan jadi bodoh dan mangkuk untuk kali kedua. Jangan sampai ahli dan pengundi PAS menentang PAS kerana telatah dan gila kuasa di kalangan beberapa kerat pemimpin PAS yang bergelar USTAZ dan Tuan Guru....

Not another Augustine: Anwar acts to pre-empt bias

KUALA LUMPUR, Feb 8: In a move to pre-empt the kangaroo court and injustice he suffered in 1998, Opposition Leader Anwar Ibrahim has sought to disqualify the presiding judge in his current sodomy trial on the grounds of gross bias.


“We are afraid that the judge may be subjected to political pressure and may continue to make adverse decisions towards Anwar to help Umno win. We don’t want another Augustine Paul,” one of his lawyers told Harakahdaily.

He was referring to the late Federal Court judge Augustine Paul, who had overseen much of Anwar’s first sodomy trial in 1998.

Augustine's rulings were widely slammed for being skewed, making him an object of much ridicule both among the Malaysian public and his own legal fraternity.

Refusal to cite Utusan for contempt


On Monday, which was to have been Day 4 of the sodomy case brought against him by the Umno-BN government, Anwar applied to disqualify High Court judge Mohd Zabidin Mohd Diah for partisanship.

In particularly, he pointed to Mohd Zabidin's refusal to cite Umno newspaper Utusan for contempt over its malicious coverage of the trial.

“As a result of the rulings made by the learned trial judge, there has been a departure from the standard of even handed justice upon the applications made by my counsel with an independent mind,” Anwar said.

“With respect, a fair-minded and informed bystander would, under the position obtaining, entertain a fear of real danger of bias on the part of the learned trial judge.”

The sodomy trial will now continue on Tuesday at 9.30am and the court will also hear the details of his application to disqualify Mohd Zabidin.

Flashbacks from the past

Umno-owned Utusan had spearheaded the government's smear campaign against Anwar by publishing both photos and text that blatantly insinuated the latter had repeatedly sodomised his complainant Saiful Bukhari Azhari.

On February 4, the Malay-language daily front-paged an article with the heading “Not willing to be sodomised again”. On page 3 of the same edition, it wrote “Resigned from my job because I did not want to be sodomised again”.

The paper also carried photos of a bed in the master bedroom of a condominium, where the alleged offence took place, with a caption showing Saiful as telling the judge he had been sodomised on that bed.

But despite objections from Anwar's lawyers, Mohd Zabidin sided with Utusan, saying the newspaper had done nothing wrong. His comments raised eyebrows amongst the legal fraternity and the dozens of observers sent by various embassies to follow the trial.

“Political tricks and intentional damage to my character which is continually being done by Umno-owned newspapers are being allowed. The statements published are blatantly inaccurate, yet the judge did not take any action,” Anwar chided.

Torrent of international condemnation


The 62-year leader is facing sodomy charges that have been internationally condemned as being rigged and politically motivated to destroy his career.

A torrent of pleas to Prime Minister Najib Razak and his Umno party for fair play and to respect human rights have poured in from civil society and international watchdog bodies, including the foreign press.

“For the second time, the Malaysian legal system is being manipulated by supporters of the incumbent government to drive Malaysia’s best-known leader, Anwar Ibrahim, out of national politics," Michael Danby, who chairs the Australia’s foreign affairs subcommittee, told his Parliament in Canberra last week.

“For the second time, documents are being forged, witnesses are being coerced, and evidence is being fabricated. This trial, like the first trial, is a disgrace to Malaysia, a country that aspires to democratic norms.”

In 1998, Malaysia's then-prime minister Mahathir Mohamad had forced through sodomy charges against Anwar that were so manifestly fabricated that it outraged the citizenry and split Umno in two.

But the courts still threw Anwar into jail. However a year after Mahathir retired in 2003, the charges were overturned and Anwar was finally freed.

Najib's order to jail Anwar at all costs may backfire

Indeed, few first world governments have not either directly or indirectly criticized the sham trial that Anwar has been subjected to.

But that has not stopped Najib and his Umno party from turning a deaf ear and raising their arsenal against the storm of protest throughout the country and overseas.

As far as the ruling Umno-BN coalition is concerned, Anwar must be stopped at all costs or he will end their 52 years of cushy political hegemony.

From the mainstream local media to the police to the Chemistry Department to the judiciary, Najib has pulled out all stops to ensure a conviction, which could spell a 20-year jail term and whipping for his political arch enemy.

“The ruling party no doubt hopes a conviction will cause the opposition coalition to crumble. But it could just as easily provoke a backlash against Najib or street demonstrations that could destabilize the country," the influential Washinton Post wrote in a rare editorial on Southeast Asian politics.

"That’s why the Obama administration and other Western governments interested in stability in Asia should make clear that the imprisonment of Anwar would be a blatant human rights violation – and not in Malaysia’s interest.”

Syed Azman, Siti Mariah to join Anwar in Doha meet

KUALA LUMPUR, Feb 8: Two senior PAS members - Dr Syed Azman Syed Ahmad and and Dr Siti Mariah Mahmud – have been invited to participate at the prestigious U.S.-Islamic World Forum due to be held in Doha, Qatar from February 13th to 15th.

The pair will join Opposition Leader Anwar Ibrahim, who is also slated to deliver a paper at the annual conference, now in its seventh year. Dr Syed Azman is the head of PAS' international bureau, while Dr Siti is the Kota Raja parliamentarian.

A renowned democracy icon in Southeast Asia along with Myanmar's Aung San Suu Kyi, Anwar is also well-respected as being one of the most progressive voices for Islam throughout the Muslim and Western worlds.

He will be sharing the spotlight with Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan and John Kerry, chairman of the U.S. Senate Foreign Relations Committee. U.S. Special Representative for Afghanistan and Pakistan Richard Holbrooke will also be attending.

Fitnah towards Anwar


However, according to Dr Syed Azman, Anwar may be prevented from going because of his ongoing sodomy trial.

The Malaysian leader is facing charges that have been internationally condemned as being trumped up by his arch rival – Prime Minister Najib Razak – to destroy his political credibility.

“From Australia to Britain, Canada to France and the U.S., which of these first world governments have not condemned the charges as being rigged and politically motivated. Now in Doha, at this international gathering of Muslim brothers, Najib and his Umno regime will once again shame Malaysia,” said Dr Syed Azman.

“Anwar is so well-thought of in the Muslim world, his incarceration will spark great anger towards Umno. It is supposed to champion Islamic virtues, Islam is our official religion but what we are going through is a clear-cut case of the worst sort of fitnah or defamation towards an individual. And in Islamic eyes, this is a gross injustice and an evil act.”

Islamic parties in sync with democracy

More than 100 participants from at least 30 countries have been invited to the three-day conference, of which 22 are from South and Southeast Asia.

“It is of course a tremendous privilege to be invited and to be able to share and debate views with the best Islamic minds in the world today,” Dr Syed Azman said.

He will be delivering a paper on Islamic political parties, their impact and participation in a full-fledged democracy

“Basically, my paper will argue the role of Islamic parties and their viability in the democratic process. The thrust will be on how existing Islamic parties are already contributing to democracy and how they can further improve this process in the face of a rapidly modernizing world,” Dr Syed Azman said.

“For too long, non-Muslims especially in the West have a false impression that Muslims are always connected to extremism and my paper will aim to show that this is not true. There are the bad eggs but also many - like PAS – which have been able contribute meaningfully and peacefully to nation building for decades.”

Demo bantah hakim perbicaraan Anwar, 10 pagi esok!

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Berikutan perbicaraan berat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, khasnya merujuk sikap hakim yang enggan bertindak ke atas Utusan Malaysia baru-baru ini, orang ramai diseru menghadiri perhimpunan aman di kompleks mahkamah Jalan duta esok sekitar 10 pagi

"Perhimpunan esok pagi itu bertujuan menuntut agar hakim yang membicarakan kes pertuduhan ke atas Anwar ditukar kepada hakim lain yang lebih berwibawa," kata Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin di sini, hari ini.

Pagi tadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim diketuai Karpal Singh memohon hakim menarik diri kerana bersikap berat sebelah dan enggan bertindak ke atas Utusan Malaysia yang membongkar rakaman gambar semasa kes dibicarakan dalam kamar tertutup baru-baru ini.

Sebelum perbicaraan dimulakan dengan memanggil saksi untuk soal balas Karpal mengemukakan permohonan baru; hakim perlu menarik diri daripada membicarakan kes itu.

Ekoran itu, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menetapkan keputusan baru untuk mendengar semula permohonan tersebut yang telah difailkan oleh Karpal Singh. Mahkamah ditangguhkan dan ia bersidang semula pada jam 9.30 pagi esok.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Anwar Ibrahim, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Rumah Urut : Usaha PAS yang cuba digelapkan media

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Sekonyong-konyong, akhbar Kosmo! menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berhubung berleluasanya rumah urut di negeri itu termasuk cuba memancing PAS agar turut sama menyalahkan kerajaan negeri, namun usaha itu tetap gagal.

PAS yang kekal setia bersama PR sejak 8 Mac 2008, walaupun hanya diberi sedikit jawatan tetap komited agar rumah urut di negeri itu tidak membiak selain cuba memperkenal beberapa peraturan baru berhubung rumah maksiat itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berkata, kehadiran ahli-ahli majlis PAS dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor tidak memungkinkan parti itu bersetuju dalam meluluskan rumah-rumah urut yang sebegitu banyak tanpa kawalan.

Roslan memberi contoh bagaimana dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang ahli majlis daripada PAS berani memperkenal dua peraturan penting kepada para penguasaha rumah-rumah urut dan kelab-kelab malam yang dilesenkan.

Menurutnya, bagi rumah-rumah urut itu, berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, sekiranya pemegang yang dilesenkan menjalankan urut uniseks iaitu melibatkan lelaki urut wanita atau sebaliknya, maka ia tidak dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam bekerja.

Beliau menjelaskan, tindakan itu bertepatan dengan semangat Enakmen Jenayah Syariah di Selangor dan jika syarat itu dilanggar, lesen pengusaha itu boleh dibatalkan.

"Manakala bagi kelab-kelab malam yang menghidangkan atau menjual arak, pemegang lesen juga tidak dibenarkan mengambil pekerja Islam bekerja kerana ia bertentangan dengan Enakmen yang sama," kata beliau melalui blognya, http://n32.blogspot.com.

Rekod sebelum ini menunjukkan, lelaki Islam memang dilarang mengunjungi rumah urut uniseks seumpama itu dan peraturan tersebut telah wujud sejak kerajaan BN memerintah, namun hal itu gagal dilaksanakan walaupun BN sejak sekian lama mendominasi segala pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor.

Walaupun ahli majlis PAS hanyalah hanya tiga daripada keseluruhannya 24 orang dalam MPSJ, namun ahli-ahli parti itu dilihat lebih tegas bertindak dan memanfaatkan kuasa yang ada pada mereka berhubung perkara itu, berbanding Umno yang memerintah Selangor sejak sekian lama.

"Jangan sesiapa menganggap bahawa kerajaan PR ini tidak mengambil pusing langsung berhubung kerja-kerja amar makruf nahi mungkar. Jangan cetuskan persepsi seolah-olah PAS dalam kerajaan PR hanya sebagai 'sleeping partner'.

"Kami lebih suka membawa perubahan dan memperkenalkan pembaharuan tanpa menjaja 'political mileage' kononnya merekalah juara di sana sini sedangkan hakikatnya, semasa mereka berkuasa dahulu dengan majoriti mutlak, kerja-kerja seumpama ini langsung tidak menjadi keutamaan," kata Roslan.

Umno, menurutnya, ketika ini sibuk dengan program juara rakyatnya yang dilaksanakan sehinggalah pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Roslan turut memberitahu, kenyataan beliau kepada akhbar Kosmo! tidak disiarkan walaupun beliau telah memberi kenyataan hampir setengah jam selepas dihubungi oleh wartawan daripada akhbar tersebut.

Beliau mengakhiri catatan beliau di blognya itu, dengan ayat berikut, 'Terima kasih Kosmo!'.

Hey Nasir, you're wrong!

IN any culture, it is a big taboo to insult a person's mother.


You can call people any name you like, and perhaps, a large-minded person will just see you off as a jerk or a fool, and will not make a big fuss over it.

But in no way can you ever insult his mother, or his grandmother.

And this is particularly serious in the Chinese culture.

Both mum and granny are sacred beings not to be encroached upon or desecrated.

Nasir Safar said Chinese women came to Malaysia to sell their bodies (jual tubuh).

You have blasphemed the mothers and grandmothers of some six million Chinese Malaysians, Nasir.

Our grannies did NOT come here to sell their bodies!

With their pure souls, youthfulness and vitality, they established their homes here and had made significant contributions towards nation-building.

What would become of this country if not for these grannies?

Including my own grandma, Madam Liu Qian, a person I respect the most in my entire life.

grannyShe was a foot-bound woman from Mainland China. When my grandpa came to Malaya, she stayed back at the ancestral village in Fujian province to take care of my father.

When the life of my grandpa became more stable later, he went back to China to bring her here along with my father.

I'm here to tell you that my granny, along with the grannies of other six million Chinese Malaysians, sailed across the oceans here not to sell their bodies!

With her bound feet, granny came here to support a family. And when the Japanese troops rolled over Malaya, she led the family to safety.

When the situation became more stable later, she negotiated with the Japanese to get a licence to do business, and had been able to expand her business when the British returned.

She treated her Malay and Indian neighbours as her own compatriots, and would prepare a whole stack of angpows on the first day of every Chinese New Year to distribute to the Malay and Indian kids queuing up in front of our house.

She leased out a small plot of land for a Chinese primary school, but had not in decades asked for the return of the land.

Every year on August 31, she would try to find a national flag and hang it up high on a very long pole in front of our house.

She landed on Malaya, and treated this place as her own country.

She had not had another home or country since.

When she passed away, many Malay makcik came to our house and mourned her passing.

With her unparalleled wisdom, hard work, morality and determination, she spent her entire life in a very respectful manner.

No one can ever insult her and accuse that she had come here to sell her body!

My granny, like the grannies of many other people, was a truly great woman.

From Malaya to Malaysia, they were scattered in every family and every corner of this country.

From the rubber-tapping workers in the estates, to the excavators in the tin mines, they were the most hardworking and exceptional women anywhere in the world.

During those darkest years, they displayed the most glorious side of humanity.

They sacrificed their youths and lives, so that you and I, along with our homes and nation, can come into being.

Even though they might no longer be around today, they still live deep inside our hearts, and support us morally.
Not only the country's laws will come after you, Nasir, you still owe our grannies a sincere apology.

This article first appeared in Sin Chew Daily and is reproduced with permission.
- Translated by DOMINIC LOH

Isu PRK : Siswa dijemput bertemu Anwar, Khalid Ibrahim esok

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Kumpulan mahasiswa Pro Mahasiswa dan semua kumpulan mahasiswa lain yang terlibat dengan pilihan raya kampus baru-baru ini boleh mengadukan sebarang permasalahan dan aduan mereka kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifullah Zulkifli berkata, pihaknya kini sedang membuka ruang kepada seluruh mahasiswa yang ingin mendedahkan segala permasalahan dan penyelewengan pihak pentadbiran universiti, khasnya yang berhubung dengan pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Dijemput untuk menghadiri pertemuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama mahasiswa esok," kata beliau kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Pada 5 Februari (Jumaat) lalu, berlaku pergaduhan sengit antara kira-kira 50 mahasiswa di tepi tangga bangunan Kompleks Perdana Siswa (KPS) Universiti Malaya bermula jam 3:30 petang sehingga tamat waktu pejabat.

Kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya itu ingin mengirim patung replika demokrasi kepada Timbalan Naib Canselor yang didakwa terlibat dengan beberapa projek membabitkan wang sehingga melumpuhkan kepercayaan mereka terhadap beliau selaku pengendali PRK baru-baru ini.

Di Universiti Kebangsaan Malaya, pada hari yang sama, berlaku perhimpunan besar-besaran anjuran Pro Mahasiswa di kampus tersebut selepas solat Jumaat, gara-gara tindakan pihak pentadbiran universiti itu yang tidak mempedulikan bantahan mahasiswa ke atas keputusan pilihan raya kampus berasaskan sistem e-undi sebelum ini.

Selain itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, berlaku kekecohan apabila pihak pentadbiran universiti berkenaan membatalkan pencalonan kumpulan Pro Mahasiswa ekoran tindakan mereka menjalankan kempen PRK melalui laman sesawang sosial Facebook.

Sikap yang diambil oleh UPM ini bercanggah dengan pendirian Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Profesor Dzulkifli Abdul Razak yang menyifatkan kempen PRK tidak perlu dijalankan terlalu lama kerana mahasiswa hari ini boleh menggunakan kempen melalui laman sosial seperti Friendster dan Facebook.

Mahasiswa yang mahu maklumat lanjut berhubung pertemuan bersama Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Selangor itu boleh terus menghubungi saudara Saifullah Zulkifli di talian 013-3005461.

Solidariti Kepada Anwar Tetap Utuh

Reformis era kebangkitan rakyat 1998 berhimpun di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat malam semalam sebagai tanda solidariti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muka-muka lama dari segenap negara turun ke Kuala Lumpur untuk menggerakkan semula bantahan massa akan konspirasi baru pemerintah terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sekali lagi memikul obor rakyat adalah Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

“Kita kena ingat kita berhadapan lagi dengan orang jahat di dalam negara ini, Ketua Polis jahat, Peguam Negera jahat, Perdana Menteri jahat. Bukan ayah (Anwar Ibrahim) seorang yang akan terus menerus jadi mangsa tetapi kita semua rakyat Malaysia, sampai anak cucu kita kalau kita biarkan mereka ini pemimpin yang zalim terus menerus berkuasa,”katanya.

Izzah dalam ucapan pembakar semangatnya berkata reformasi bukan mengenai susuk-tubuh Anwar, sebaliknya ia adalah bantahan rakyat kepada sikap pemerintah menghalalkan cara menzalimi rakyatnya sendiri.

Ucapan ini disambut Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Ini bukan peribadi, ini politik. Politik lawan dengan politik jangan kamu libatkan dengan peribadi, kalau libatkan peribadi Datuk Najib tidak cukup dewan kita hendak tulis. Sebab itu saya beritahu ini perbicaraan politik, ini bukan bukan perbicaraan biasa, kalau perbicaraan biasa semua ikut undang-undang. Tetapi kalau perbicaraan politik dia jadi undang-undang rimba,”katanya.

Sehubungan itu beliau meminta semua rakyat mara membenam cara jahat dan zalim yang digunapakai Umno-Barisan Nasional untuk memalukan Anwar melalui media.

“Jangan kita takut dan gentar, kali ini kita berhadapan dengan rakyat yang penuh yakin, laporan perubatan itu menjadi peluru kita. Kita tanya balik kepada orang-orang Umno yang tuduh, yang lakukan fitnah dan pengaiban ini kalau tidak ada benda tidak masuk, adakah berlaku kejadian liwat?

“Itu doktor tulis, dalam laporan itu pesakit (Mohd Saiful bukhari Azlan) mengatakan plastik dimasukkan di dalam dubur saya. Jika kesnya begitu maka ia bukannya liwat bagaimana anda boleh meliwat orang menggunakan plastik boleh anda jelaskan? Hari ini dalam blog dalam Facebook dalam semua media baru yang direka Barisan Nasional kata laporan perubatan ini palsu pula...,”katanya.

Dalam pada itu Timbalan Ketua AMK, Faris Musa berkata konspirasi ini jelas di reka bagi menyekat kemaraan Anwar.

“Kita lihat bagaimana sejarah membuktikan Anwar ibrahim diaibkan, dfitnah, konspirasi yang tertinggi terhadap Anwar bagi menjatuhkan maruah, karier politik termasuk bagi memastikan Anwar akan terus dibenamkan oleh pemimpin Umno yang diketuai oleh Dr Mahathir,”katannya.

Bagi Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin, reformasi menentang kezaliman umno-BN kali ini lebih utuh dengan kehadiran 31 Ahli Parlimen dan 86 Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) yang dimiliki Pakatan Rakyat.

“Jangan cuba bermain dengan kita, dia hendak main kita main dengan dia....jangan cuba jadi kelakar..jangan cuba lawan kita dalam permainan kita..dia pancut kita..kita pancut dia balik..dia kejar kita, kita kejar dia balik..inilah semangat yang kita hendak,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF

Liwat II: Momentum Reformasi merudum?

Reformis yang turun ke jalan raya pada tahun 1998 semestinya merindui nostalgia bagaimana bangunan mahkamah dibanjiri lautan manusia yang melaungkan "reformasi". Arus kebangkitan rakyat ketika itu walaupun gagal menghalang orang nombor dua dalam negara, Anwar Ibrahim daripada dimasukkan ke penjara; namun berjaya menumbangkan orang nombor satu dalam negara, Mahathir Mohamad dari tempatnya.

Istilah baru seperti "liwat", "sodomi" menyarat media arus perdana, dengan satu-satunya tujuan untuk mengaibkan seorang makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Maruahnya bersama keluarganya ditelanjangkan di khalayak ramai, sehingga melewati sempadan kesabaran masyarakat tempatan...

12 tahun kemudian, "Liwat II" dimainkan semula, dengan skrip yang agak sama tetapi pelakon yang berbeza. Namun, scene di jalan raya dan kawasan masjid jelas berbeza. Belum ada himpunan manusia yang melebihi ribuan orang di Lembah Klang setakat ini, sebagai sokongan terhadap Anwar Ibrahim sejak "Liwat II" dibicarakan pada 2 Februari.

Kesulitan teknikal

"Kalau awak nak pergi demo dekat mahkamah, awak perlu memandu kereta ke Jalan Duta, macamlah kamu nak pergi ke Putrajaya. Berbeza dengan dulu, sekitar bangunan mahkamah tu ada pejabat. Ramai orang bekerja di situ. Mereka turun saja dan demo," kata seorang "reformis" ketika ditanya mengapa bilangan peserta perhimpunan merosot, khususnya di mahkamah di mana Anwar dibicarakan.

Tetapi bagaimana pula dengan perhimpunan selepas sembahyang di masjid, pada Jumaat yang lalu, dengan bilangan peserta yang gagal mencecah angka seratus pun?

"Itu (keputusan) last minute (minit terakhir). Mereka sebarkan khabar (mengadakan perhimpunan) pada 11 malam (Khamis)..." kata seorang aktivis muda, cuba menjustifikasikannya dengan alasan "tidak sempat".

Perhimpunan semalam di ibu pejabat PKR yang bertempat di Merchant Square, Petaling Jaya "di-aib-kan", apabila tiada polis yang datang menjenguk, apatah lagi FRU dengan trak-nya.

Namun, seandainya diteliti, bukan sahaja penyokong tidak turun ke gelanggang, malah wakil rakyat PKR sendiri tidak turun untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum mereka. Antara yang hadir semalam, hanyalah Tian Chua (Batu, juga Pengarah Strategi), Zuraida Kamaruddin (Ampang, juga Ketua Wanita), S.Manickavasagam (Kapar), Amiruddin Bin Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang), Lee Kim Sin (Kajang) dan sebagainya, selain Shamsul Iskandar Mohd. Akin dari sayap AMK dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Apa yang sudah terjadi?

Jentera penyebar maklumat lemah

Jikalau "Liwat II" digambarkan sebagai perang hidup-mati antara UMNO-Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, maka ia sememangnya mencungkil kekhuatiran, dan "keraguan" terhadap PR, apabila jentera sebegini digunakan untuk berperang. Tiada sebarang infomasi dalam laman rasmi PKR berhubung perhimpunan semalam, walaupun ia diberi nama "Malam (Suai Kenal) Himpunan Gerakan Reformasi 98".

Situasi sebenarnya lebih "membeliakkan", apabila sumber dalam parti memberitahu MerdekaReview, bahawa wujudnya perbezaaan pandangan yang ketara antara pemimpin tempatan dengan pemimpin peringkat pusat.

Secara terus terang, sumber ini memberitahu, "...Yang ada sense of crisis tu, hanyalah pemimpin di peringkat pusat. Sesetengah pemimpin di akar umbi masih terlalu optimis, bahawa Anwar tidak akan terjerat dalam kes ini."

"Apa yang selalu dimegah-megahkan oleh golongan ini (pemimpin tempatan) adalah, PR kini menguasai empat kerajaan negeri. Seandainya Najib berani 'mengisytiharkan perang' terhadap PR, kami akan mengerah sumber dan tenaga keempat-empat negeri ini untuk memerangi UMNO-BN habis-habisan!" tambahnya.

Menurut sumber maklumat dalam parti ini, kerana tanggapan bahawa PR masih dalam "keselesaan", maka sesetengah pemimpin tempatan tidak merasai bahang kemungkinan Anwar dipenjarakan. Keadaan ini bertambah dahsyat, apabila ada antaranya berlagak seperti "pembesar PKR", menyebabkan mesej dari pusat gagal sampai ke peringkat akar umbi.

"Misalnya, apabila perhimpunan dirancang, sesetengah pemimpin akan berlagak di depan penyokong akar umbi, 'saya tak tahu pun perhimpunan akan diadakan?!'," sambungnya, "Jadi, benda sekecil inilah yang mengakibatkan kekeliruan. Jentera penyebar informasi gagal berfungsi dengan baik, mesej tidak diselaraskan... Ini yang pening kepala ni!"

Ketidakpuasan "kaki demonstrasi"

Bukan sahaja "kerenah" sesetengah pemimpin seperti yang disebut, Anwar Ibrahim juga perlu berdepan dengan penyokongnya yang turun ke jalan raya semasa tahun 1998. Ramai antaranya yang dibelasah FRU, disembur air meriam kimia, ditembak gas pemedih mata semasa turun ke jalan raya untuk mempertahankan Anwar Ibrahim pada zaman reformasi.

Namun, Anwar Ibrahim, dan juga PKR berdepan dengan kesulitan untuk "menempatkan" golongan ini dalam parti, setelah memperolehi kuasa dalam PRU ke-12. Ketika berucap semalam di depan "reformis" ini, Anwar Ibrahim berkata, "Saudara tahu memang nak jadi wakil rakyat tak dapat. Saudara tahu, nak dapat projek memang tak dapat. Saudara sokong (saya), kerana saudara mahu keadilan dipertahankan."

Sebelum ini, rintihan dan rungutan kedengaran apabila sesetengah reformis ini menuduh bahawa Anwar atau PKR sudah terlupa "jasa dan sumbangan mereka", dan lebih mengutamakan "orang bersijil" untuk menyandang jawatan atau pangkat yang tinggi.

"Ada antara mereka sebenarnya mahukan agar kerajaan negeri yang dikuasai PR, memperuntukkan sumber kepada mereka. Tetapi Anwar dan Khalid Ibrahim (MB Selangor) bertegas dalam isu ini, kerana sedar bahawa mereka dipantau ketat SPRM," jelasnya, "tapi saya perlu mengakui bahawa Khalid Ibrahim tidak begitu peka dalam isu memberi penghargaan kepada golongan ini."

Kini, tenaga "kaki demonstrasi" ini amat diperlukan, seandainya PKR memutuskan untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran, untuk memberi tekanan kepada regim UMNO-BN yang diterajui Najib Razak. Apakah ketidakpuasan golongan ini sempat diredakan, untuk mengerah perhimpunan raksasa yang kedua?

Faktor luaran: PAS dan DAP

Selain faktor dalaman PKR, PAS dan DAP menjadi tumpuan. DAP memang bukan terkenal sebagai parti demonstrasi, lebih-lebih lagi komuniti Cina kini bersiap sedia untuk meraihkan Tahun Baru Cina menjelang Sabtu (14 Februari) ini. Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sibuk menangkis serangan demi serangan daripada UMNO ke atas pentabiran kerajaannya.

PAS pula, yang sering menjadi "jentera mobilisasi" dalam hampir kesemua perhimpunan, kini berdepan dengan "perbezaan pendapat" dalam partinya sendiri. "Maklumlah, PAS kini berpecah dua. Ada yang dikenakan hukuman, ada yang tidak. Bila dah berpecah, susah anda nak mobilisasi rakyat untuk keluar berdemonstrasi. Takut kena label terlalu pro-Anwar pula," kata seorang aktivis kepada MerdekaReview semalam.

Walau bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) menolak persepsi bahawa "PAS kurang komited dalam memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II", sambil memberi bukti bahawa pemimpin utama PAS hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian dirinya, Dzulkefly Ahmad mendakwa bahawa kes Liwat II ini sebenarnya menimbulkan rasa benci, jelak yang tidak kurangnya di kalangan golongan kelas menengah. Namun, beliau mengambil kira senario stamina perjuangan, keadaan ekonomi dan sebagainya, yang mungkin menjurus kepada kemerosotan bilangan peserta demonstrasi sekarang.

Sambil menyifatkan situasi kini sebagai "simpan tenaga", Dzulkefly Ahmad menjangkakan kebangkitan rakyat di keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. "...Menunggu masa yang tepat," katanya.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

CHIPSMORE MEDIA : BERNAMA ada UTUSAN tak ada..!!!

Ada sahabat mai email satu artikal kepada kami... dia kata ada 'chipsmore' di artikal tersebut.. selepas dibuat penelitian maka ada benda yang hilang dalam artikal yang sama... satu di BERNAMA.COM satu lagi di UTUSAN.COM.MY... jadi anda lihat dan fikir2kanlah sendiri 'chipsmore' tersebut...
Kerajaan Sedia Peruntukan RM15 Bilion Melalui Tabung PFI

BUTTERWORTH, 7 Feb (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion melalui tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) bagi membantu syarikat-syarikat besar yang menghadapi masalah kewangan menyiapkan projek mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata peruntukan tabung berkenaan merupakan salah satu daripada pelan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Katanya usaha kerajaan mewujudkan tabung berkenaan adalah bagi membantu syarikat besar yang menghadapi kekangan kewangan bagi memastikan supaya projek yang dijalankan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Kerajaan sudah mula membentuk satu tabung iaitu PFI yang mana ia adalah bantuan khusus dari kerajaan untuk syarikat-syarikat besar yang tidak cukup duit bagi melaksanakan projek mereka....[lagi]
Ini pulak di Utusan Malaysia... dan anda tengok betul apa yang hilangnya..

RM15b bantu syarikat bermasalah

BUTTERWORTH 7 Feb. – Kerajaan menyediakan dana RM15 bilion untuk membantu syarikatsyarikat yang menghadapi masalah kewangan bagi membiayai projek mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, penyediaan dana melalui Tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) itu adalah sebahagian daripada pelan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Menurut beliau, usaha mewujudkan dana itu bertujuan memastikan syarikat yang menghadapi masalah kewangan dapat meneruskan projek mengikut tempoh yang ditetapkan...[lagi]

ok dah jumpa....macamana boleh hilang pun tidak tahau..atau ada udang dalam mee..... entah leee... inilah negara ku Malaysia senang-senang jee orang permainkan kepala otak kita.....

Hatib bin Abi Balta'ah, Sahabat Yang Mendedahkan Rahsia Jamaah

Firman Allah:
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا

يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisa': 58)


Fat-hu Makkah
Pembukaan Kota Makkah pada bulan Ramadhan tahun kelapan hijriah merakamkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. untuk dijadi iktibar dan pengajaran bagi umatnya. Salah satu peristiwa tersebut ialah tindakan Hatib bin Abi Balta'ah (HAB) menulis surat kepada kaum Quraisy di Makkah memberitahu perancangan Rasulullah s.a.w. untuk menyerang kaum musyrikin Quraisy secara mengejut.

Rasulullah s.a.w. merahsiakan perancangan tersebut bagi memeranjatkan kaum Quraisy dengan kehadiran tentera Islam di Makkah. Hanya beberapa orang sahabat sahaja yang diberitahu baginda. Rasulullah menyediakan angkatan perang yang mengandungi tidak kurang dari 10,000 orang pejuang setelah menolak permintaan Abu Sufyan bin Harb, ketua musyrikin Makkah, supaya Perjanjian Damai Hudaibiah yang terbatal disambung semula setelah pihak Quraisy dan sekutunya mencabuli perjanjian damai tersebut kira-kira 2 tahun perjanjian tersebut terlaksana.

HAB yang mengetahui rahsia tersebut mengirim surat kepada kaum Quraisy kerana kebimbangannya keluarganya dari kaum musyrikin di Makkah akan terancam keselamatan mereka. Surat tersebut dikirimkannya melalui seorang wanita bernama Dza'inah. Rasulullah yang mendapat wahyu Allah mengenai perbuatan HAB itu memerintahkan Sayidina Ali bin Abi Talib bersama dengan Zubair dan Miqdad segera mengambil surat tersebut dari wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Makkah. Di satu tempat bernama Raudzah Khoh seperti yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w., wanita tersebut ditemui dan menyerahkan surat tersebut kepada Sayidina Ali setelah dia diperiksa walaupun pada mulanya menafikan ada membawa surat berkenaan.

Hatib Dipanggil
Kemudian Sayidina Ali menyerahkan surat itu kepada Rasulullah s.a.w. yang didapati isi kandungannya menyebutkan datangnya dari HAB dan ditujukan kepada orang-orang musyrikin Makkah yang mendedahkan perancangan yang dirahsiakan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyerang kaum Quraisy. HAB dipanggil mengadap Rasulullah s.a.w. dan disoalsiasat mengenai surat tersebut. HAB mengaku melakukannya. Dia memberi alasan bahawa hubungannya dengan kaum musyrikin Quraisy di Makkah sangat rapat apatah lagi di kalangan mereka itu terdapat orang-orang yang menjaga dan melindungi keluarga dan harta orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah. HAB juga memberikan alasan bahawa kaum musyrikin Makkah melindungi kaum keluarganya sendiri di sana. Dia menegaskan bahawa perbuatannya itu bukanlah kerana berpaling tadah dari Islam (murtad) atau redha dengan tindak-tanduk orang-orang kafir musyrikin itu.

Rasulullah menerima alasan itu. Lantas Sayidina Umar Al-Khattab yang hadir bersama di majlis itu meminta Rasulullah membenarkannya untuk memancung HAB. Sayidina Umar mengatakan HAB adalah seorang yang munafik. Rasulullah s.a.w. menjawab Sayidina Umar dengan berkata bahawa HAB adalah seorang 'ahli badr' (yang telah menyertai perang Badr). Rasulullah berkata lagi kepada Sayidina Umar: "Kamu tidak tahu, moga-moga Allah memberi kedudukan kepada orang yang menyertai perang Badr." Nabi berkata pula kepada HAB: "Buatlah apa yang kamu suka, aku telah memaafkan kamu." Bersebab dari peristiwa ini, turunlah ayat Al-Quran (Al-Mumtahanah, ayat 1) yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul."

Ayat di atas menegaskan bahawa dalam apa jua keadaan pun Islam tidak membenarkan mengambil dari musuh-musuh Allah menjadi pemimpin yang ditumpahkan perasaan kasih sayang kepada mereka, atau diberikan bantuan atau pertolongan kepada mereka. Ayat ini diturunkan sekalipun HAB memberikan alasan bahawa dia bukan bertujuan menolong atau membantu kaum musyrikin Makkah itu, bahkan sebaliknya dia mahu mereka melindungi keluarganya serta hartabenda orang Islam yang berhijrah yang ditinggalkan kepada mereka.

Iktibar Kepada Jawatankuasa Displin PAS
Mengingat peristiwa perbuatan HAB mendedahkan rahsia penting mengenai perancangan Rasulullah membuka Makkah (fat-hu Makkah), terlintas di fikiran saya tidakkah Jawatankuasa Displin PAS yang dianggotai oleh dua orang ulama' terfikir peristiwa ini boleh dijadikan panduan atau iktibar dalam memutuskan penghakiman terhadap Khalid Samad (KS) atas pertuduhan yang dikatakan serius iaitu mendedahkan RAHSIA parti. Sebesar manakah rahsia yang didedahkan KS itu telah juga dijawab oleh beliau sendiri di hadapan majlis penghakiman Jawatankuasa Displin yang diketuai oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rahsia yang didedahkan oleh HAB adalah satu rahsia yang sangat besar dan perbuatan yang dilakukan oleh HAB itu satu kesalahan yang sangat serius sehingga Allah memberitahu rasulNya atas perbuatan HAB itu. Kalau rahsia sebesar itu yang didedahkan HAB boleh diampuni oleh Rasulullah s.a.w. atas pertimbangan HAB adalah 'ahli badr', walaupun mendapat sanggahan dari Sayidina Umar Al-Khattab, apakah KS tidak layak untuk dimaafkan menimbangkan usaha dan pengorbanannya yang besar dalam PAS. Kita tidaklah samakan pengorbanan KS setaraf dengan pengorbanan 'ahli badr', namun jasa KS juga besar kepada PAS yang mungkin boleh dipertimbangkan. Antaranya, peranan beliau yang menggagalkan perancangan sulit pimpinan PAS Selangor untuk menubuh kerajaan gabungan PAS-UMNO di Selangor, dua atau tiga hari selepas PRU Ke-12 2008. KS juga dalam tempoh perjuangannya dalam PAS hampir 30 tahun pernah bertanding dan kalah di Kelantan, Perlis dan Selangor sebelum PRU Ke-12. Beliau juga berkorban dengan meninggalkan jawatan profesionalnya hingga kehilangan sumber pendapatan lumayan yang pernah dinikmatinya. KS juga pernah ditahan di bawah ISA.

Saya percaya sebahagian pimpinan PAS dan ramai pendokong jamaah PAS mengenali KS seorang yang dapat menampilkan perjuangan PAS dengan keupayaan dan kekuatan berhujah, baik di segi rasional mahupun dari segi prinsip-prinsip dan kaedah dakwah Islam. KS pernah bersama saya dalam satu lajnah yang saya mempengerusikannya. Saya dapati beliau seorang yang memang bercakap dan bekerja dengan perancangan dan melaksanakan perancangan yang diprogramkan dengan begitu bersungguh-sungguh. Cukup kalau saya katakan kalau ramai pimpinan PAS seperti KS, PAS boleh bergerak lebih lancar dan maju ke hadapan dalam konteks PAS ber'tahaluf' degan parti-parti Pakatan Rakyat sekarang, bahkan dengan parti-parti lain yang (selain UMNO) yang boleh ber'tahaluf' dengan PAS.

Bersabit dengan perkara mendedahkan RAHSIA parti, saya melihat kepimpinan parti perlu menggariskan panduan yang eksklusif bagi mentakrifkan kerahsiaan itu supaya tidak dipertikaikan tafsirannya terutama apabila ia melibatkan kes pertuduhan yang diadili Jawatankuasa Displin parti. Bahkan selaras dengan pindaan perlembagaan yang terkini mengenai Jawatankuasa Displin, perlu juga diteliti kedudukan keahlian jawatankuasa tersebut bagi membolehkan terlaksananya prinsip keadilan dalam sebuah ungkapan yang popular "not only must justice be done, it must also be seen to be done" yakni bermaksud keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, bahkan mesti kelihatan dilaksanakan.