Ahad, 7 Februari 2010

Tangkap peguam: OCPD hadapi siasatan awam Suhakam

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 7 Feb: Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid terpaksa hadir di kandang siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kerana menahan lokap lima peguam muda yang sedang melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 7 Mei tahun lepas.

Mereka terbabit ditangkap ekoran bersikap tegas mahu bertemu kesemua 14 peserta demonstrasi yang ditangkap polis sebelum itu kerana berhimpun secara aman di pekarangan Balai Polis Brickfields sebagai membantah penangkapan seorang penulis blog, Wong Chin Huat.

Di hadapan ketiga-tiga Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria, Abdul Bari dalam suara yang tidak bermaya mengaku tidak tahu bahawa wujudnya Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenazah yang membenarkan setiap mereka yang ditangkap untuk mendapat khidmat peguam.

Abdul Bari juga mengaku tidak bertanggungjawab atas penangkapan Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fakri, Murnie Hidayah Anuar, Syuhaini Safwan dan Ravinda Singh Dalliwal.

Puspawati yang ditemui di luar kamar siasatan awam berkata, mereka ditangkap walaupun masing-masing mengaku sebagai peguam dan berniat untuk bertemu anak guaman masing-masing.

"Mereka (polis) menyuruh kami beredar, memang kami beritahu kami peguam, tetapi mereka tetap tangkap kami," jelasnya.

Beliau yang juga angota Biro Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia turut menjelaskan bahawa ketua kepada Abdul Bari, DSP Judy Blacious Pereira bertanggungjawab menyampaikan kenyataan palsu bahawa 14 pesrta demonstrasi yang ditangkap enggan bertemu peguam-peguam terbabit.

"Judy Blacious Pereira yang beritahu mereka (anak guam) tolak khidmat guaman kami," jelasnya.

"Tapi, dia tidak menunjukkan borang 28A yang ditandatangani oleh mereka, apabila kami minta."

Menurut Murni pula, Majlis Peguam pasca mesyuarat agung luar biasa (EGM) lalu bersedia membawa kes tersebut ke mahkamah, selepas selesai siasatan awam Suhakam itu.

Tambahnya, Majlis Peguam turut memandang serius insiden tersebut kerana kes sedemikian merupakan rekod hitam pertama dalam sejarah guaman tanah air.

Ekoran itu, Majlis Peguam menyediakan tiga peguam kanan untuk mewakili kelima-lima mereka di mahkamah kelak sebagai mengambil tanggungjawab bersama.

Beliau turut menjelaskan, siasatan awam Suhakam akan diteruskan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada jam 8 malam esok.

Saiful Mangsa Liwat Atau Saiful Peliwat?

Saya terbaca dua isu menarik mengenai budak Sayfool dalam blog Kami Sokong Tok Guru . Hangpa bacalah dulu, kemudian buat tafsiran sendiri. Komen saya lepas itu...:

"Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya."
- Bernama.

Hmmm... gua cuma terfikir beberapa perkara saja dari keterangan budak sepol ni...;

1) Kalau Anwar yang menutuh Sepol, sepatutnya KY Jelly itu pasti berada dalam simpanan Anwar, dan polis kena rampas dari Anwar bukannya di ambil dari Sepol. Kenapa pula Sepol yang simpan KY Jelly.... dan berikannya pada polis.... he..he..he.... kepala otak gua mula negatif ni... adakah dia gunakan KY Jelly tu untuk ..... lu orang tafsirkan sendiri....

2) Kenyataan keduanya pula, "seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis di ambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya". Ha..ha..ha... baru tunang beb... seluar dalam dah ada di rumah tunang..., kalau dah nikah tu lain lah ceritanya..., ini pun lu orang tafsirkan lah sendiri... - ISA

Komen PGK:

i) Isu KY Jelly:Jika kisah liwat meliwat ini benar, saya kira yang jadi peliwatnya ialah Sayfool, manakala yang jadi mangsa liwatnya ialah Anwar. Ini kerana berdasarkan keterangan di mahkamah, Sayfool yang menyimpan KY Jelly dan bukannya Anwar. Mana mungkin mangsa liwat yang mengusung jeli haram jadah tu ke sana sini? Jika dalam kes rompakan, pistol dijumpai di tangan seseorang, bolehkah kita katakan orang yang memegang pistol itu bukan perompaknya? Jadi dalam insiden di Kondo mewah itu, pemilik jeli itulah (Sayfool) yang sepatutnya menjadi orang yang dituduh. Apa lagi Sayfool ini orang muda, yang secara fizikalnya lebih kuat dari warga tua seperti Anwar yang sekali kena tendang, sudah boleh patah pinggang!

ii) Isu seluar dalam di rumah tunang: Sekali lagi kredibiliti Sayfool sangat meragukan. Mengapa Sayfool londeh dan tinggalkan seluar dalam di rumah tunang yang bukan muhrimnya? Bukan nak menuduh, tapi ia menimbulkan pelbagai andaian... Jika dalam isu KY Jelly, boleh diandaikan Sayfool yang meliwat Anwar, dalam isu seluar dalam ini, siapa pula yang meliwat dan menjadi mangsa liwat hingga Sayfool terpaksa melondehkan seluar dalam di rumah tunangnya?

Itulah Sayfool, lain kali sebelum beri keterangan di mahkamah, fikir masak-masak dulu. Jangan terlalu bergantung sangat dengan skrip yang puak itu sediakan, nanti Sayfool sentiasa nampak fool! -pendikargunung

Sekretariat Wanita PR Perak adakan program sempena setahun kudeta Perak.

Datin Seri Fatimah sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit di Hospital Ipoh.


IPOH : Sempena dengan setahun kudeta di negeri Perak, Seketeriat Wanita Pakatan Rakyat Perak telah turun padang untuk mendekati rakyat dengan membuat lawatan ke hospital, rumah org-org tua serta mengadakan ceramah bersama pimpinan PR.

Lawatan Ke Hospital Ipoh pada 5 Februari lepas turut dihadiri oleh Isteri MB Rakyat Perak, Datin Seri Hjh. Fatimah taat. Selain itu turu mengirringi beliau ialah ADUN mengelembu, YB. Lim Pek Har, Ketua Wanita Keadilan Perak , Puan Fathamawathy dan Ketua Muslimat PAS Ustz. Bariah serta ahli rombongan wanita yang lain.

Pada sebelah petang pula mereka melawat rumah Orang Tua Sejahtera di Jelapang yang menmpatkan kaum wanita dan lelaki yang tidak mempunyai keluarga dan tinggal berseorangan.

Lawatan tersebut mendapat kerjasama dari Pengurus penjaga di rumah tersebut, En. Pang. Rombongan juga dihibur dan disajikan dengan persembahan nyanyian oleh penghun rumah tersebut.

Sumbangan yang disampaikan berbentuk wang dan barang-barang makanan..










SELEPAS ISU MB PERAK SELESAI TIMBUL PULAK ISU SPEAKER ...


Mahkamah Persekutuan Selasa ini akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari pakatan rakyat dan Zambry Kadir dari Umno.

Isu itu tercetus setelah Umno melancarkan rampasan kuasa apabila dilaporkan mengumpan tiga Adun Pakatan Rakyat dengan gula-gula politik pada tahun lalu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak bagaimana pun menegaskan keputusan mahkamah persekutuan Selasa ini tidak boleh dilihat sebagai penutup kepada isu pimpinan negeri Perak.

Ini kerana Umno-Barisan Nasional telah melantik speaker baru dewan undangan negeri secara haram dalam cubaan untuk menghalalkan perlantikan kerajaan negeri tajaan Umno.

Pada Mac tahun lalu Umno memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker yang dilantik secara sah, V.Sivakumar diheret keluar secara paksa oleh polis, dalam apa yang disifatkan pencabulan demokrasi Perak.

Umno-Bn kemudiannya melantik V.Ganesan sebagai speaker baru untuk memastikan segala urusan dewan ini mengikut skrip Umno-Bn.

Rampasan kuasa di dalam dewan ini kini dirujuk ke mahkamah.

Isu yang dipertikaikan sama penting dengan keputusan siapa menteri besar perak yang sah.

”Sebenarnya perbicaraan ini tidak akan menyelesaikan masalah atau krisis di negeri Perak, ini merupakan satu lagi kes antara Menteri Besar lawan Menteri Besar dan ada juga kes penting yang dipertikaikan daripada Speaker Ganesan yang tidak sah dengan Speaker V.Sivakumar yang sah,” katanya.

Beliau berkata persidangan DUN Perak akan terus ditimpa permasalahan speaker tidak diselesaikan.

”Jadi akan berlaku pergaduhan lagi kalau ada persidangan, lagi pun kes tiga katak ini mahkamah memutuskan ada kes prima facie mereka sudah meletak jawatan dan bukan lagi ADUN yang sah,” katanya.

Ngeh berkata keputusan mahkamah persekutuan pada Selasa ini tidak harus menjadi pengekang kepada usaha mengadakan semula pilihanraya negeri bagi mengatasi krisis politik perak.

”Jadi isu ini akan berlanjutan terus sungguh pun kes ini akan memutuskan siapa Menteri Besar tetapi siapa pun Zambri mahu pun Datuk Seri Nizar, ia tidak akan menyelesaikan krisis negeri Perak dan yang pentingnya ialah untuk kembali kepada rakyat mesti memutuskan siapa menteri besar atau kerajaan yang hendak menerajui negeri Perak yang disokong oleh rakyat melalui pilihanraya semula dan pembubaran DUN,” katanya.TVSELANGOR

Royalti: Pemuda minta SPRM siasat Mustapa Mohamed

KOTA BHARU, 7 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana didakwa bertindak di luar bidang kuasa berhubung wang ehsan negeri itu.

Laporan berkenaan dibuat anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah yang juga seorang peguam.

Mustapa sebelum ini dilaporkan menyebut Perhubungan Umno Kelantan akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan projek hasil wang ehsan.

Abdul Rashid berkata, tindakan Umno Kelantan itu bersalahan dengan bidang kuasa mereka yang tidak pernah diberi oleh kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan hasil berkaitan royalti petroleum.

Katanya, keghairahan pemimpin Umno terbabit dibimbangi boleh menyebabkan berlaku penyelewengan terhadap penyaluran wang tersebut.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan bagaimana yang diperuntuk di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM di sini.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat bertujuan membolehkan SPRM menyiasat memandangkan usaha tersebut dibimbangi berlakunya penyelewengan duit dari hasil royalti petroleum.

Menurutnya, pengendalikan wang royalti di bawah agensi yang dipertikaikan rakyat Kelantan seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dianggap satu cara yang tidak sah.

“Tindakan Ketua Umno Jeli itu di luar bidang kuasa Umno Kelantan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat,” katanya.

Hadir sama di pejabat SPRM, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Hisyam Fauzi, bendahari, Wan Azimin Wan Adnan dan exco dewan berkenaan.

Why the prosecution of Malaysia's Anwar Ibrahim matters to the West

That's why the Obama administration and other Western governments interested in stability in Asia should make clear that the imprisonment of Mr. Anwar would be a blatant human rights violation -- and not in Malaysia's interest.

The Washington Post Editorial

IN THE PAST two years, Malaysia, which has been a one-party state since it gained independence in 1957, has made remarkable strides toward becoming a democracy. That it has done so is mostly due to the efforts and political talent of one man -- Anwar Ibrahim. So the fact that Mr. Anwar went on criminal trial last week should deeply concern the democratic world. The outcome could determine whether one of Asia's most economically successful countries preserves its stability and embraces long-overdue reforms.

A former deputy prime minister in the ruling party, Mr. Anwar was deposed and jailed in 1998 by former Malaysian strongman Mahathir Mohamad. A manifestly unfair trial followed in which Mr. Anwar was convicted of homosexual sodomy, which shamefully remains a crime in Malaysia. Six years later, the conviction was overturned by a court, and Mr. Anwar resumed his political career -- this time as an open champion of democracy in Malaysia and other Muslim countries.

Mr. Anwar succeeded in forging a coalition of opposition parties, including his own multiracial People's Justice Party, an Islamic party, and a secular party. He has campaigned against the government's toxic policy of racial discrimination, which funnels economic favors to well-connected members of the ethnic Malay majority. In the past two years, his coalition has pulled off a string of stunning victories in state and parliamentary by-elections; it now controls four of 13 state governments. If led by Mr. Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013.

That's one reason it's suspicious that, three months after the state election victories in 2008, Mr. Anwar was once again accused of sodomy. Another is that his young male accuser was seen with aides of Najib Razak, who is now prime minister; Mr. Anwar says he has evidence that the accuser met with the prime minister and his wife shortly before making his charge. A third is that the case has been transferred from criminal court to a higher court whose judges are closely linked to the ruling party.

If Mr. Anwar is convicted, he could be sentenced to up to 20 years in prison and would be banned from politics for five years. He is 62. The ruling party no doubt hopes a conviction will cause the opposition coalition to crumble. But it could just as easily provoke a backlash against Mr. Najib or street demonstrations that could destabilize the country. That's why the Obama administration and other Western governments interested in stability in Asia should make clear that the imprisonment of Mr. Anwar would be a blatant human rights violation -- and not in Malaysia's interest.

18SX - Aksi keterlaluan dan melampau. Melayu tu beb !

albanjari
Di Kuantan, 2 lagi wanita melayu islam bakal menghadapi hukuman sebat kerana meminum arak. Apa pulak jadahnya ini. Atau memang dah haram jadah ! Operasi Ops Taubat awal pagi tadi memang berbaloi-baloi. Itu di Kuantan.

Jika awal malam kelmarin, ada solat taubat di kediaman zamry di Ipoh, tengahmalamnya pula ada Ops taubat pula. Nama operasi dah cantik, tapi sejauhmana makna 'taubat' itu ditanam ke dalam kehidupan, hanya Allah yang tahu.

Hebat melayu sekarang, sama taraf dengan barat. Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau. Itu komen orang agama yang join sama dalam operasi tersebut. Bravo ! Melayu 1Malaysia.

Itu yang mengonggong arak, yang menayang pusat juga tak kurang hebatnya. Status wanita melayu maju konon. Ceh ! banjar hakap punya si diyang galuh. Boleh kata pula 'ter' tayang pusat satu kesilapan. Kah..kah..kah ! Bila kita cakap artis macam tut..tut ! Bising seantero malaya.

Harap Haji Aznil dapat nasihat kawan se'AF' yang kata ter'tayang' pusat tu. Jika doa pecah perut boleh kamu komen, tak kan tertayang pusat, kamu diam jadi Pak Bisu pulak.

Yang meliwat anak sampai mati paling celaka. Jika benar itu yang berlaku, hukum sula itu yang paling baik untuk mengajar manusia-manusia durjana ini. Anak kecil 5 bulan diperlakukan begitu, memang tahap iblis. Binatang pun tak buat anaknya begitu. Tak mampu dibayangkan jeritan dan tangis anak kecil yang meraung sakit tidak tahu apa-apa yang mati kerana di liwat bapa. Bapa yang jiwanya sudah dirasuk iblis. Wajar benar jika diakui bersalah kelak oleh mahkamah, hukuman gantung sampai mati itu sebagai balasan dosanya didunia. Hukuman akhirat itu kerja Allah swt.

Tidakkah si bapa durjana itu pernah terfikir, betapa anak yang mati itu jika besarnya kelak menjadi sseorang tahfiz yang lancar dan hafal bacaan al-Qurannya ? Alangkah mulianya dia. Malah memberi rezeki yang tidak terhingga kepadanya pula di akhirat, memang jahil sungguh si bapa durjana ini. Kalau dia fikir macam tu tak ler dia sanggup meliwat, fahamlah..kerana dia bertuhankan nafsu, nafsunya yang berada di celah kangkangnya, terjulur memanjang tanpa mata dan tulang. Hanya pandai angguk-angguk. Memang celaka ! Sori wak sikit emosi. Kesian anak kecil tu beb !

Angkara nafsu serakah, minum arak, liwat dan tayang pusat adalah biasa kini. Harga yang harus dibayar oleh umat akhir zaman. Harganya juga kian murah. Semurah harga buah 'epoi'. Runtuh moral, runtuhlah negara. Hanya islam menjamin sejahtera. Takbir !
___
Dibawah ini pula. Perbuatan 'biadap'. Tak perlu nak ulas panjang. Laporan polis pun telah dibuat. Cari sampai ke lubang cacing. Cerita penuh klik di sini.

Apa punya blogger bikin macam ni punya gambar. Senonoh la sikit. Kau sakit otak ker ?

PAS Sedia Bincang Dengan Umno – Abdul Hadi

KUCHING: PAS sedia untuk berbincang dengan Umno dalam isu-isu yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama termasuk yang berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal dengan kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.

"Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama," katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke Sarawak untuk meninjau persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Mengenai pilihan raya negeri, beliau berkata PAS belum lagi menentukan jumlah kerusi dewan undangan negeri yang bakal ditandingi dan akan berbincang dengan Pakatan Rakyat untuk membuat pembahagian secara strategik. - BERNAMA

AMK Kesal Pemimpin UMNO Perolokkan Jemputan Ikhlas TGNA




Parti Keadilan Rakyat kesal dengan bidasan-bidasan Umno terhadap jemputan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjemput parti pemerintah itu untuk duduk semeja merungkai permasalahan kalimah Allah dan Islam mutakhir ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno tidak seharusnya merasa terancam dengan inisiatif Pas dan Pakatan Rakyat mendekati masyarakat Islam dan bukan Islam, sebaliknya menyahut peluang ini untuk kebaikan negara.

"Dalam hal ini Datuk Najib ingin cuba memancing pandangan daripada pemimpin Pas mungkin, dalam nada yang sama mungkin cuba gunakan pendekatan memerli Tok Guru Nik Aziz dan itu tidak mungkin menyelesaikan masalah. Tok guru Nik Aziz nak berbincang itu khusus tentang kalimah Allah tetapi di betray bahawa jemputan itu hanya nak berbincang full stop. Tetapi sebenarnya berbincang koma tentang kalimah Allah" ujar Shamsul.

Bagi sayap pemuda PKR, mungkin Umno berasa yakin kempen merampas semula negeri-negeri Pakatan Rakyat akan berjaya sekiranya kecelaruan dan kemelut agama ini berterusan.

Malah UMNO juga kelihatan seolah hilang arah di dalam isu yang cuba direkanya sendiri.

"Kerana ini adalah taktik lama yang telah pun kita pelajari sejak tahun 70-an lagi. Dan mereka mengulangi taktik ini untuk mewujudkan suatu suasana yang tegang di kalangan umat Islam dan pengamal agama Kristian. Dan bagi saya ini adalah satu tindakan yang cukup biadab" tambahnya lagi. -TVS

UMNO Perbodoh seluruh orang Melayu


Bismilah Hir Rahman Nir Rahim

Sifat perniaga Melayu tidak akan berubah sampai bila bila . Tak malu ke kita yang berbangsa Melayu hanya level "BERNIAGA di gerai WARUNG DAN DI TEPI LONGKANG DAN DI TEPI JALAN RAYA atau GERAI BEGERAK shaja" .


Bangsa Melayu Thai atau Mamak mampu menyewa Gerai di shoplot . Walhal Bangsa Melayu Malaysia telah diberi berbagai bagai imbuhan dan pinjam oleh TEKUN Dan Mikro , kenapa sampai sekarang Perniaga Melayu Malaysia masih berniaga di warung di tepi longkang.


Kita lihat Bangsa Melayu Thai mampu membuka Gerai TOM YAM dan malah mampu menyewa gerai di shoplot tanpa bantuan TEKUN Dan MIKRO dan Bangsa Mamak pun mampu menbuka BISTRO 24 Jam di shoplot tanpa bantuan TEKUN Dan MIKRO.


Kepada Kumpulan SEDAQ dan NGO NGO yang berdemo pada hari Jumaat yang lalu jangan anda semua memperbodohkan Perniaga Melayu Malaysia untuk berdemo kerana perniaga Melayu Malaysia berniaga di tepi longkang dan di tepi jalan . Kenapa Kumpulan SEDAQ dan NGO NGO yang di tunjangi oleh UMNO BN tidak mahu membantu Perniaga Melayu Malaysia mendapatkan atau menyewa gerai dishoplot.Kita dah masuk zaman 20han , kenapa level kita masih berniaga di tepi longkang dan di tepi jalan . Wahai Perniaga Melayu Malaysia tak malu ke kita dengan Warga Bangsa Melayu Thai dan Bangsa Mamak .


Perniaga Melayu Thai dan Perniaga Mamak tanpa bantuan pinjaman TEKUN Dan MIKRO mereka mampu sewa gerai shoplot dan mereka berniaga mempunyai lesen dari PBT. Bangunlah Perniaga Melayu Malaysia jangan jadi katak ( macam ibrahim ali ) di bawah tempurung . ALLAH tidak akan merubah sesuatu kaum melainkan kaum e2 sendiri merubah.


Tinggalkan UMNOBN kalau tidak Perniaga Melayu Malaysia akan sampai mati berniaga ditepi longkang dan di tepi jalanraya .Perniaga Melayu Pulau Pinang tolonglah berdemo lah kat bangunan UMNO bahgian masing masing , minta UMNOBN dapat gerai dishoplot untuk berniaga kalau benar mereka mahu tolong bangsa melayu untuk berniaga jangan jadi macam " LEMBU DI TARIK HIDUNG JE ".


Saya rakyat 1 Malaysia menyeru kepada Perniaga Melayu Malaysia terutama di pulau pinang jangan berkawan dengan UMNOBN kalau mereka tidak dapat membantu anda untuk mendapat atau bantu sewaan gerai shoplot untuk anda berniaga seperti Bangsa Melayu Thia dan perniaga Mamak . Dan berdemolah kat Bangunan Mara , memohon akar Mara membuat gerai deretan untuk anda berniaga /hj jamaludin,

Bala Menimpa Gara-Gara Tangguh Hukuman Sebat Kartika, 26 Orang Termasuk Dua Wanita Ditahan Atas Kesalahan Sama Di Kuantan !!



KUANTAN, 7 Feb [5.25 pm] - Rakyat Malaysia digemparkan dengan isu seorang wanita Melayu yang dikenali sebagai Kartika Sari Dewi Shukarnor (foto) 32 tahun, yang berasal dari Sungai Siput, Perak. Pada 11 Julai 2008, beliau telah didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, dekat sini sekitar jam 11.40 . Kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di mana sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Hukuman itu telah dijatuhkan oleh Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Kartika telah mengaku bersalah ketika didakwa di mahkamah itu pada 1 Disember 2008. Namun anehnya, sehingga ke hari ini hukuman tersebut masih belum dilaksanakan. Ini mengundang seribu persoalan dikalangan umat Islam seolah-olah undang-undang Islam yang telah termaktub itu dipermainkan. Apa tidaknya, pemimpin politik dari UMNO ramai yang mempertikaikan hukuman tersebut kononnya zalim, tidak berperikemanusian, primitif dan sebagainya.

Malah, kekeliruan itu menyebabkan rakyat semakin tidak faham sebenarnya. Banyak bantahan yang timbul termasuk dikalangan NGO Islam di Kuantan sendiri. Malah, satu seminar pelaksanaan hukuman sebat telah diadakan di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober 2009 yang lalu. Tujuannya bagi memberi kefahaman kepada semua berhubung hukuman sebat sebelum ia dilaksanakan. Kes Kartika telah menimbulkan kontroversi dan namanya popular dengan sekelip mata sahaja. Penantian itu satu penyeksaan, nampaknya seolah-olah ia dilupakan begitu sahaja. Campurtangan pihak atasan menyebabkan rakyat takut untuk bersuara dan Kartika sendiri sebagai orang yang dituduh amat hairan dengan apa yang berlaku. Beliau rela menerima hukuman atan kesilapannya, namun ada pula pihak yang menghalang sehingga ia tertangguh sekian lama itu. Makanya apa yang berlaku sekarang ialah rakyat terutamanya generasi muda di Kuantan bahkan Pahang ini seolah-olah tidak takut lagi untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Kartika. Mereka tahu bahawa, hukuman syariah tidak akan dilaksanakan ke atas mereka seperti apa yang berlaku kepada Kartika itu.

Kini, golongan terbabit tidak segan silu untuk melakukan perbuatan yang sama di kebanyakan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, bar & bistro, kelab dangdut dan sebagainya di Kuantan ini. Malah kejadian ini dilhat semakin serius dan parah selepas hukuman terhadap Kartika ditangguhkan. Inilah padahnya pabila undang-undang Islam itu dipermainkan oleh golongan yang berkepentingan serta takut dengan keadaan. Akhirnya, bagai bala datang semalam seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam Ops Taubat. Menurut Ketua Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat. Operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu membabitkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar ini. "Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya. Ahmad Raffli berkata, ada di antara pengunjung terbabit memberi alasan tidak meminum arak, namun gagal membuktikannya selepas diperiksa alat pengesan alkohol.

[Kesemua yang ditahan bagi kesalahan meminum arak akan didakwa di Mahkamah
Syariah mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan berkhalwat, katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 145 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali].

TG Nik Aziz sepakat dengan TG Presiden PAS

Umno-BN dan blogger celaka tidak dapat memisahkan dua Tok guru kesayangan Ummah

Kerana putar belit media, blogger celaka dan kesempatan Umno-BN untuk melaga-laga kedua-dua pemimpin tertinggi PAS yang disegani itu, maka idea muzakarah Tuan guru Presiden PAS sedikit masa dulu telah dilanyak secukup-cukupnya. Sehinggakan isu muzakarah ini menjadi polemik dan pertelingkahan dikalangan ahli, penyokong dan rakan Pakatan Rakyat.

Idea dan pemikiran yang dilontarkan oleh Tuan Guru Presiden untuk difikirkan bersama telah disalahtafsirkan dan dihentam secara membuta tuli.

( Gambar atas: Keserasian, kemesraan dan keakraban dua Tok Guru)

Media massa memainkan peranan batu apinya dengan menimbulkan isu kononnya Presiden PAS dan segelintir pemimpin kanan PAS cuba mengajak PAS menyertai Umno. Kerana sempitnya pemikiran dan fobianya segelintir manusia yang mengaku ahli PAS terhadap Umno, begitu mudah percaya dengan berita yang dicanangkan oleh akhbar-akhbar arus perdana yang sudah sememang tali barut Umno-BN

Tapi yang menyedihkan lagi, wujud pula 'blog-blog celaka' yang sengaja memainkan sentimennya bagi mengeruhkan lagi keadaan. Bukan sahaja menyimpul persepsi yang salah terhadap pemimpin PAS, bahkan dengan ditohmah, dicerca, dihina dan lebih dahsyat mencipta idea bodoh 'projek langgar pemimpin'.

Mereka yang celaka ini cuba meyakinkan orang ramai dengan mereka cipta puak-puak dalam PAS hinggakan timbul puak 'erdogan', puak 'UG' atau puak muzakarah. Dalam blog-blog celaka mereka ditampalkan logo-logo yang memperlekeh pemimpin termasuk menterbalikkan gambar-gambar mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka cuba melaga-laga pemimpin PAS dan lebih jahat lagi, melagakan dua Tok guru, seolah-olah mereka berbalah.

Punyalah sempit pemikiran hinggakan hanya berfikir dalam skop kepala otaknya sahaja tanpa memikirkan lebih kedepan yang PAS itu bukan sahaja parti politik yang semata-mata inginkan kemenangan pilihanraya dan mendapat sokongan sementara rakyat bahkan lebih besar dari itu lagi.

PAS merupakan sebuah gerakan Islam Malaysia yang memainkan peranan kebangkitan Islam di Malaysia. Ia sudah diiktiraf oleh badan-badan ulamak dan Islam sedunia, bahkan diiktiraf oleh Pengerusi Ulamak Sedunia, Syeikh Dr. Yusof Qardhawi.

Disamping perjuangan memartabatkan Islam, PAS juga tidak lupa memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat di Malaysia termasuk bukan Islam. Semua itu terbukti di Kelantan dibawah pemerintahan PAS. Begitu juga ketika memerintah Terengganu, bukan sahaja orang Melayu dibela, kaum Cina dan India turut terbela dan diberi keadilan.

Namun baru-baru ini Tuan Guru Nik Abd Aziz telah menyatakan kesudian beliau untuk berbincang atau bermuzakarah dengan UMNO isu Islam dan kepentingan rakyat. (Ingat! muzakarah bukan menyertai) Aku bagi kepastian kerana ada segelintir manusia yang berkepentingan cuba mencucuk jarum fitnah ataupun ada sebahagian blogger-blogger celaka yang boleh memahami ucapan pemimpin PAS.

Sedikit masa dulu, Tuan Guru Presiden pernah menyuarakannya dan sekarang telah disepakati pula Tuan Guru Mursyidul Am. ( Apa pendapat blogger celaka? ).

Namun yang pasti, muzakarah bukan bermakna menyertai Umno. Muzakarah hanyalah untuk membincangkan masalah semasa, umat dan kepentingan rakyat. Mereka itu tidak mempunyai niat lain bagi meruntuhkan kita. Lebih-lebih lagi bukan kerana jawatan. Mereka lebih memahami perjuangan daripada kita. Jika berkepentingan, mereka tidak akan menyerahkan diri mereka untuk diwakafkan kepada perjuangan jamaah. Setiap hidup mereka hanya kerana Allah.

Kembalilah wahai kawan-kawan!. Jangan kita membuang masa lagi untuk berbalah, bergaduh dan bermusuhan antara kita. Misi utama kita hanyalah untuk meruntuhkan kezaliman kerajaan Umno-BN. Jangan kita buang masa dengan pemikiran sempit kita untuk mempertahankan diri kita semata-mata tetapi jamaah kita hancur.

Ingat pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Seorang pendakwah diibarat seperti pohon yang berbuah yang memberi buah kepada manusia, tetapi manusia akan membaling batu kepada pohon untuk mengambil buah.

Saiful, bersedia dengan serangan peguam Anwar esok!!!

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini yang masuk hari keempat esok akan menyaksikan pihak pembelaan menyoal balas pengadu dalam kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Mohd Saiful dijangka akan diperiksa balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V.Prabhakaran, S.N.Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd Razlan Jalaluddin.


Mohd Saiful merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.


Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Sementara pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden selesai dalam pemeriksaan utama ke atas Mohd Saiful, Jumaat lepas.
Mohd Yusof dibantu oleh timbalan-timbalan pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.


Mohd Saiful, 25, mula memberikan keterangannya dalam perbicaraan kes itu Rabu lepas.

Pasti Tiada Dalam Akhbar Malaysia.

Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar. Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.

Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.

Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.

Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.

Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.

Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.

Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.

Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus.

Sumber: TV Selangor.

Inilah jadinya apabila "Juara Rakyat" yang dah lebih 50 tahun memerintah masih tak sedar diri. Ianya akan menjejaskan ekonomi Malaysia di mana para pelabur berasa kurang yakin untuk membuat pelaburan.

Yang pasti berita ini tidak akan ada dalam mana-mana akhbar di Malaysia.... ha..ha..ha....

(3) RoadTour Nizar@Utara Perak - Tendang 'tin' ? simbolik beb !

Route 8
Taiping/Kamunting | 4.30 pm - Bertemu rakyat

abu Nidal - Rombongan Dato Sri Nizar sampai pada jam 4.38 petang di perkarangan stesyen teksi Taiping. Lebih kurang 200 orang penyokong menunggu untuk menyambut ketibaan rombongan ekspedisi ini. Satu majlis penerangan ringkas di berikan oleh Ds.Nizar berkaitan dengan keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 9hb Feb ini.

Selain itu hujan renyai-renyai turun setelah rombongan sampai. Ds. Nizar juga memotong 59 ikatan belon hitam yang digantung dengan banner kecil "Bubar DUN" untuk di lepaskan sebagai simbolik DUN perak perlu di bubarkan.

Kami datang !

Agaknya apa yang bro 'macho' tu bualkan dengan DS Nizar !

Nampak tin tu ? Upacara simbolik menendang kerajaan kudeta(tin). Mari tendang ramai-ramai.

Ds. Nizar dan rombongan ADUN PR mengambil masa sekitar setengah jam untuk bertemu rakyat Taiping di perkarangan gerai makanan di bawah bangunan yang dulunya Supermaket Larut Matang.

Risalah juga diedarkan bagi menyedarkan rakyat tentang situasi yang sedang berlaku hari ini. 12 kotak limau manderin juga diagih-agihkan sewaktu Ds Nizar melawat gerai-gerai jualan makanan dan berjumpa orang ramai. Rombongan kemudiannya bertolak ke Bagan Serai pada Jam 5.15 petang. (sumber)

TG Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.

Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Pak Lah Pun Nak Kritik Guan Eng

Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran, pendirian dan sikap Ketua Menteri itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata perkara itu semakin nyata kerana mereka yang mengkritik adalah pemimpin parti dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini adalah satu tanda kelemahan yang wujud semenjak Guan Eng mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Menteri dan situasi ini akan berlarutan serta membawa kelemahan kepada kerajaan negeri.

"Guan Eng patut tahu di antara peranan mengkritik dengan peranan mentadbir negeri yang amat jauh bezanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan angpau dan barangan sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Hadir sama, ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kepala Batas iaitu Datuk Azhar Ibrahim (Penaga), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal) dan Zabariah Wahab (Bertam) serta pemimpin masyarakat Cina.

Kerajaan negeri pimpinan DAP dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zaharin Mohamed Hashim dari PKR, melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga dari PKR turut mengkritik Ketua Menteri dengan mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan Ahli Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.

Jumaat lalu, kira-kira 3,000 ahli kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa meminggirkan orang Melayu.

Ditanya ada dakwaan kononnya Umno menjadi dalang terhadap kebangkitan itu, Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata Umno tidak berbuat demikian.

"Tidak perlu nak ada dalang kerana ahli parti mereka sendiri yang sudah nampak jelas (kelemahan) dan membuat teguran serta pandangan yang berani. Itulah petanda ada kebenaran apa yang dicakapkan (kelemahan)," katanya.

Mengenai tindakan Zaharin yang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, Abdullah berkata:

"Apa yang kita lihat ialah parti mereka sendiri (pakatan pembangkang yang membuat tuduhan), bukannya Umno yang buat kacau. Ahli parti mereka sendiri yang lahirkan rasa tidak puas hati.

"Ini (kelemahan yang berlaku) adalah satu perkara yang benar, kalau tidak, mana mungkin ahli parti sendiri yang timbulkannya. Ada kebenaran mengenai kelemahan kepimpinan kerajaan pembangkang Pulau Pinang," katanya.

Ulasan GB

Isy Pak Lah ni. Beliau terlupa pada masa beliau PM, beliau dikritik hebat bukan oleh pembangkang sahaja tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia, terlebih-lebih lagi UMNO sendiri sehingga ada yang buat laporan polis.

Orang Nelayu di bawah Koh Tsu Koon lebih teruk nabisnya, skelaipun PM pada masa itu orang Pulau Pinang. Sampai ada yang koyakkan poster Koh Tsu Koon.

Sekarang menantu Pak Lah pun dah senyap. Ada apa-apa yang tak kena ker?

Ini Bukan Masalah "HILANG @ GODAM" tapi Isunya Keselamatan Negara...

Enjin Jet dan Sistem digodam , Bukan Harga Isunya Tetapi Keselamatan Negara


oleh : M.I.A..


Melihat kepada kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia, bahawa harga enjin jet bagi pesawat F 5E yang hilang sebelum ini hanyalah pada hitung kasar RM 300 ribu lebih.

Jumlah yang digembar-gemburkan media itu tidak tepat. Lalu kenyataan ini diberikan sebagai langkah mitigasi isu supaya ia sedikit reda dengan kehilangan yang sikit.

Sebagai Muslim rakyat Malaysia, harga bukan isunya. Jika pencungkil gigi berharga lima puluh sen milik mana-mana juruterbang TUDM hilang di dalam pesawat sekalipun ia tetap isu besar. Isu ini merupakan isu pengkhianatan terhadap negara.

Isu ini merupakan isu betapa lemahnya sistem keselamatan dan kawalan melibatkan aset paling penting negara. Ia merupakan isu betapa harapan rakyat kepada pemerintah yang diharapkan menyediakan system pertahanan yang boleh melindungi mereka, diperkosa harapan itu oleh pemegang-pemegang amanah yang tidak cekap, cemerkap dan bermentaliti mee segera. Segalanya segera.

Segalanya dilihat pada kadar penilaian kesan akibat sekadar dua minit ke depan.

Googlekan sahaja melalui Google Earth mana-mana pengkalan tentera di Malaysia. Susun atur pesawat, hangar, bangunan pentadbiran, lokasi-lokasi aset-aset strategik, transformer pembekal kuasa elektrik, tangki air, berek dan segalanya jelas terpampang dalam skrin computer mana-mana pihak yang berminat dengan apa jua niat untuk mengetahui apa yang Malaysia ada sebagai aset pertahanan.

Biarpun rata-rata imej Google Earth itu berusia dua tahun ke belakang, asset-aset bangunan biasanya tidak berubah kedudukan dan kemajuan pengkalan dulu dan kini dapat dinilaikan oleh pihak-pihak yang mahu mengambil tahu. Jika niat yang mahu mengambil tahu itu baik, tidaklah menjadi masalah.

Tetapi bagaimana jika yang mahu mengambil tahu itu sedang merangka suatu kemudaratan yang datang bersama angin pagi yang betiup sesudah subuh pada suatu hari dihapadan nanti? Generasi kita mungkin sudah lupa dengan cakap besar sebuah republik yang menyatakan bahawa Malaysia ini dapat di tawan hanya dengan dua serangan udara. Operasi DAWN BLITZ yang digembar-gemburkan satu ketika dulu.

RMAF Butterworth yang terletak di kawasan Bagan Ajam tempat saya selalu memancing juga selalu menimbulkan rasa kurang senang hati bagi saya yang selalu berulang-alik ke sana. Dengan Transformer bekalan elektrik pembekal kuasa kepada pengkalan tersebut yang hampir dengan jalanraya, dibatasi hanya dengan pagar Chainlink dan kedudukan pagar tidak sampai 10 meter dari transformer tersebut, menimbulkan seribu satu persoalan.

Siapakah yang mengatur dan merangka strategi pertahanan negara?

Siapa sahaja orang itu, yang jelas dia kurang bijak! Transformer bekalan elektrik yang menjadi nadi operasi pengkalan yang diletakkan pada kedudukan yang mudah diakses oleh orang luar tanpa perlu memasuki kawalan ketat pengkalan, meletakkan status operasi pengkalan tersebut mudah untuk disabotaj.

Dengan bermotor kapcai dan peralatan yang sesuai, keseluruhan operasi pengkalan tersebut boleh dilumpuhkan dalam masa yang tidak sampai 10 minit! Apakah pengkalan sebegini yang kita harapkan untuk menjadi benteng utama pertahanan negara? Ini satu teguran. Jika enjin jet boleh di bawa keluar tanpa sebarang masalah, apatah lagi perkara-perkara lain yang tidak pernah terfikir oleh rakyat Malaysia yang menyandarkan pengharapan kepada pengkalan seumpama ini boleh berlaku.

Cuba google earthkan pula pengkalan dan system pertahanan negara jiran Singapura. Segalanya kelabu asap. Sesiapa sahaja yang hidup di zaman Red Alert dan menggilainya sehinga tak tidur dua tiga malam tahu apa yang diperlukan pengkalan masing-masing untuk mengelakkan aset-aset strategic mereka dibom dan dihancurkan dari jauh.

Gap Generator yang mengkelabukan kawasan dengan awan gelap merupakan sesuatu yang perlu sebagai perlindungan dari satelit-satelit dan pesawat-pesawat pengintip. Mungkin teknologi sedemikian belum wujud, tetapi tidak mustahil ia boleh dihasilkan.

Saya ada ramai kawan dari yang berpangkat rendah hingga ke yang sedikit berpangkat di dalam perkhidmatan tentera. Semangat mereka cukup kuat untuk mempertahankan negara. Semangat mereka cukup hebat. Mereka tidak bercakap mengenai kelemahan, mereka sentiasa bercakap mengenai semangat.

Tetapi malang bagi mereka kerana semangat mereka itu seakan bersandarkan suntikan placebo yang tidak memberi jaminan dan kesan. Isu pertahanan negara bukan satu isu yang kecil. Jika ada elemen yang menggugat keselamatan negara, saya percaya ramai masyarakat muslim di Malaysia ini tahu akan tanggungjawab mereka mempertahankan negara ini walaupun diri mereka bukan anggota tentera.

Muslim sanggup mengangkat senjata jika diperlukan negara untuk berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara ini dari segala pencabulan luar. Tetapi janganlah mempariahkan semangat ini dengan ketumbukan dan pembuat dasar yang tidak kompeten! Kami mahu keseriusan dalam segala perancangan yang melibatkan semua dasar dalam negara terutamanya keselamatan.

Kami mahukan negara diperlengkapkan dengan system pertahanan paling hebat tanpa perlu membazirkan wang dengan komisen-komisen yang tak perlu sehingga merendahkan spesifikasi asal ke tahap peralatan buruk yang sesuai untuk India besi buruk. Tak siapa melupakan 35 buah pesawat Skyhawk bertaraf ‘besi buruk terbang’ di gurun Arizona yang masih tersadai hingga kini kerana masalah-masalah ‘teknikal’.

Apakah pembuat dasar membeli peralatan semata-mata untuk dihadiahkan kepada India besi buruk? Jika demikian keadaannya, bukankah lebih baik ditukarkan sahaja nama Kementerian Pertahanan kepada Kementerian Besi Buruk atau Kementerian Tak Tahan.. Auww…

Pada ketika pak-pak menteri, jeneral-jeneral perang dan pakar-pakar pertahanan sibuk mengira apa bentuk kontrak yang boleh diwujudkan bagi usaha memenuhkan tembolok golongan tertentu dan lena terkenyang di dalam angan di bawah sedar mereka, tiada siapa pun peduli tentang apa khabar keadaan dan situasi beberapa tempat dengan kedalaman lebih 30 meter di bawah tanah negeri-negeri yang bersempadan dengan jiran kecil yang bercita-cita besar.

Kita semua berfikir bahawa pencerobohan itu mungkin berlaku melalui jalan udara, darat dan air, tetapi tiada siapa pun peduli mahu memeriksa apa yang berlaku di bawah tanah negeri-negeri yang bersempadan dengan negeri-negeri yang dekat dengan kita tetapi jauh mata fikir mereka. Malangnya kita fakir dalam cara kita berfikir.

Saya tidak mempunyai apa-apa maklumat, saya hanya berfikir sebagaimana saya pernah berfikir semasa menjadi ‘jeneral perang’ di dalam Red Alert satu ketika dulu. Taktik perang meracun tanah dengan menggunakan Desolator yang dihantar melalui jalan bawah tanah, penkalan tentera musus diracun dan dimusnahkan dalam masa yang singkat.

Dengan nick Black Flag 2.0 sempena band hardcore kegemaran saya di zaman remaja dulu, saya membawa panji hitam kepada ‘musuh-musuh’ cyber saya. Black Flag lawannya Bendera Putih. Black Flag bagi saya membawa simbolik bahawa saya berperang bermati-matian dan membawa angin maut untuk dihembuskan ke kerongkong jalan keluar roh pihak musuh. Black Flag milik saya bukan seperti bendera Jolly Roger. Ia semata-mata bendera hitam yang bererti ‘maut untuk anda sebagai musuh’.

Ya.. ia mungkin fantasi liar bahawa negara ini mungkin diceroboh melalui jalan bawah tanah oleh elemen yang cuba meruntuhkan sistem dan membuat kekacauan dari dalam sebelum apa-apa DAWN BLITZ atau operasi yang sewaktu dengannya dilancarkan, tetapi bagaimana jika ini merupakan satu bentuk calling bahawa sejak 30 tahun dahulu, di bawah tanah dalam negeri-negeri tertentu yang bersempadan dengan negara lain, sudah pun dibina labyrinth dan terowong-terowong yang berakhir di dalam rumah-rumah dan bangunan-bangunan tertentu yang bersekutu dengan musuh dari luar sebagai jalan seludup perkara-perkara, bahan-bahan atau apa saja elemen-elemen yang membawa kesudahan bersifat subversive di dalam negara?

Bukankah ianya menarik untuk disiasat?

Terpulang.. mungkin hanya saya seorang ‘berfantasi’…

Terbaru.. sebaik mahu memuatkan penulisan yang saya tulis hampir seminggu lepas ini, menteri yang sama mengumumkan bahawa rahsia pertahanan negara telah dibocorkan oleh agen-agen yang diupah oleh kedutaan sebuah negara.

Apa perlu mempunyai sistem jika sistem itu mudah digodam, diceroboh dan dilelong sesuka hati? Saya bukanlah ahli dalam bidang ini. Tetapi saya mempunyai hak untuk bersuara demi menjalankan tanggungjawab dan amanah lisan dan pertuturan yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Apa yang kita mahu semua yang terlibat dan menamakan diri mereka sebagai kerajaan yang mewakili rakyat Malaysia, harus bermuhasabah dan memandang berat setiap amanah yang dipikulkan ke atas bahu mereka dan tidak mempersekutukan ibadah tanggungjawab mereka itu dengan motif-motif lain selain dari mengharap redha Allah.

Di pencapaian itu, kita semua akan selamat dan aman di dalam naungan rahmat dari Allah. Tetapi sebelum ke pencapaian itu, jihad menentang kehendak hawa nafsu harus dimenangi terlebih dahulu. Tuan berusaha dan kami juga berusaha. Semoga Allah memudahkan usaha kita semua. Amin… Wallahua’lam.

p/s: Kepada tuan Jeneral dan pak menteri… jangan lupa hal-hal bawah tanah dengan negeri bersempadan negara jiran.. mungkin ada penemuan menarik di situ… tidak salah untuk memeriksa, jika benar tidak ada apa-apa, bukankah ia satu bentuk kelegaan kepada semua bahawa kita selamat dari pencerobohan dalam satu aspek.

PAS buat laporan polis blog siar imej Anwar ‘liwat’ Nik Aziz

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 7 – PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menggambarkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang “diliwat” Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blog tersebut, jeffrydamien09.blogspot.com selain mempamerkan beberapa imej lucah menggunakan kaedah tindan-tindih gambar, turut memuatkan artikel memburukkan dua tokoh itu.

Bahan itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Pak Ajis dah kecut!!: Perpaduan dah jahanam.. Al Jubori pun nak jahanam.. Nak bincang ape lagi?”

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Baru, Pengkalan Chepa oleh Mejar (B) Mohamad Ibrahim selaku Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan hari ini.

Hadir sama Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi, exco Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah dan 30 penyokong PAS.

Beliau ketika ditemui berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu bersifat provokatif boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara.

“Kami membuat laporan ini memohon kepada pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas blogger berkenaan kerana telah bertindak di luar batasan seorang blogger.

“Kami juga memohon satu siasatan segera dibuka mengikut akta multimedia, akta fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan-perbuatan fitnah sebegini,” kata beliau.

“Bukan satu sahaja tapi banyak grafik lain terdapat dalam blog tersebut.

“Saya kira ini adalah satu perbuatan melampau jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan ketegangan di kalangan penyokong PAS dan Umno di negeri Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, selain memburuk-burukkan imej Nik Aziz dan Anwar ia juga menyentuh perbicaraan terhadap Anwar dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang.

“Kami juga merasakan ini satu tindakan subjudis menyentuh perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Semua kami yang berada di sini hari ini berharap tindakan segera pihak polis berhubung perkara ini dapat diambil memandangkan kes ini telah dapat dilihat dengan jelas,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Pemuda PAS negeri diketuai Ketuanya Abdul Latif Abdul Rahman membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkaitan pemberian wang ihsan.

Aduan tersebut dibuat Mohammad Abdul Rashid selepas merujuk kenyataan Mustapa pada majlis perjumpaan khas dengan Umno Pasir Puteh yang menyebut akan menemui Perdana Menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan.

Ekoran itu beliau percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar bidang kuasa mereka dalam pengagihan wang tersebut.

“Sekurang-kurangnya mereka (Umno-BN) terlebih dahulu rujuk kepada kerajaan negeri kerana walau apapun bentuk projek akan dilaksanakan di negeri ini perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri dulu.

“Tapi malang, sebaliknya berlaku. Ini menunjukkan telah nampak unsur-unsur penyelewengan dalam hal ini.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam kadar segera,” katanya.

(2) RoadTour Nizar@Utara Perak - Doa rakyat bersama Nizar !

Route 2
Chemor | 9.15 pagi - minum pagi di pekan Chemor

Blogger PAS on duty - ajijoi/alhusseyn
Ketibaan kami di Chemor pada jam 9.15 pagi disambut meriah. Telah ramai yang menantikan kami di sebuah rumah yang merupakan Markaz Pas Tambun.

Dibawah adalah foto expedisi yang sempat dirakan dari lensa ajijoi yang mengikuti rombongan DS Nizar dari Ipoh kelmarin. Semoga Allah beri ganjaran atas tiap titik peluh anda yang jatuh bumi. Takbir !

Inspektor polis ini cuba mengelak untuk bersalam dengan
MB Nizar. Takkan bersalam pun boleh diturunkan pangkat?

Ramai berbaris menantikan ketibaan MB Nizar dan rombongan

Ketibaan yang dinantikan




Rantaian orang ramai yang menyambut ketibaan MB Nizar


Muslimat juga ramai yang hadir

Ustaz Wan Zawawi menyampaikan ucapan alu-aluan

Pimpinan Pakatan bersama rakyat

Dr Khairuddin, YDP Tambun menyampaikan ucapan beliau


Ucapan daripada Menteri Besar Perak

Dato Seri Haji Nizar memberikan penerangan mengenai
suasana politik di Perak


Selasa ini (9 Feb) akan diketahui siapakah Menteri Besar
Perak yang sebenar


Datin Seri Fatimah Taat bersama-sama masyarakat kaum
Tionghua yang menggoreng kuih loyang

Sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina disampaikan
oleh MB Nizar kepada masyarakat Cina Chemor




Kesemua penerima sumbangan berbesar hati dengan
ingatan tulus ikhlas MB Nizar kepada mereka

Mencuba goreng kuih loyang bersama YB Tai Sing Ng dan
YB Chan Ming Kai

Sarapan pagi dijamu kepada semua. Dr Khairuddin menikmati
nasi lemak bersama yang lain

Ini le first time yang pertama teman duduk makan sekali
dengan seorang Menteri Besor Perak

Duduk makan atas tangga bersama Menteri Besar Perak.
Ada yang mencadangkan nama 'tangga demokrasi'.
Jangan datang MBI nanti robohkan tangga tu, sudahlah...

Sedap nasi lemak ni, yob. Chefnya yang pakai apron dan
berkopiah putih tu

Jamuan nasi lemak kepada semua hadirin


Seorang penduduk Chemor yang mengambil kesempatan
untuk menyuarakan masalahnya kepada MB Nizar

Bacaan doa sebagai penutup majlis

Terima kasih Dato Seri Nizar kerana sudi menjenguk kami
di Chemor ini