Sabtu, 6 Februari 2010

Kerajaan Negeri Buat Laporan Polis Terhadap DPMMPP

PULAU PINANG: Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) kerana tuduhan membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.

"Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Semalam sebanyak 30 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai 'Gabungan Sedaq' telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri bagi menyampaikan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan kepada peniaga-peniaga Melayu.

Perhimpunan yang bermula pada pukul 12 tengah hari di tempat letak kereta bersebelahan Masjid Simpang Enam itu disertai lebih 3,000 penyokong, gabungan itu bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum berkenaan kerana Lim enggan berjumpa mereka.

Perhimpunan yang diketuai Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali itu turut disertai DPMMPP. - BERNAMA

Pemimpin Dan Anggota Umno Angkuh Digesa Kikis Tabiat Itu

BALING: Pemimpin dan anggota Umno digesa mengikis tabiat buruk angkuh mereka agar hati orang ramai dapat ditawan semula untuk menyokong parti ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Umno kini sedang bekerja keras untuk memikat semula sokongan orang ramai setelah menerima keputusan mengecewakan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

"Tidak ada masa untuk kita mengamalkan sikap keangkuhan dalam parti ini kerana pilihan raya umum ke-13 dijangka dalam masa dua tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Juara Rakyat di Baling, Kedah.

Menurutnya memang tidak dinafikan ada sesetengah anggota Umno mengamalkan sikap ego dan angkuh dalam parti tetapi mereka hendaklah membetulkan apa yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sikap angkuh merupakan salah satu punca utama Barisan Nasional (BN) menerima keputusan teruk pada pilihan raya umum lepas.

"Orang ramai akan membenci pemimpin yang menjauhkan diri daripada masyarakat, sukar untuk ditemui, apa lagi pemimpin yang megah dan angkuh," tegas beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata program itu menyaksikan acara jangka panjang Umno untuk memahami punca masalah orang ramai dan mencari cara yang paling baik bagi menyelesaikannya.

"Kita mestilah tunjukkan bahawa parti kita ialah juara orang ramai dan pemimpin parti di semua peringkat berusaha memenuhi aspirasi orang ramai di negara," kata Hishammuddin.

Beliau berkata parti itu mestilah bersungguh-sungguh menunjukkan bahawa B Nsentiasa menghargai sentimen orang ramai melalui pelbagai usaha yang telah dilakukan.

"Semua pemimpin Umno mesti bekerja kuat bagi mengukuhkan parti sebelum pilihan raya umum agar parti itu tidak akan dilupakan dan hanya kekal sebagai satu ingatan pada masa akan datang," kata beliau.

Antara pemimpin Umno yang hadir pada pelancaran itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. BERNAMA

Syed Husin: Bawa usul gantung saya jika sangsi keahlian

Syed Husin sewaktu sesi temuramah bersama The Malaysian Insider.

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 6 — Senator Dr Syed Husin Ali mencabar pihak-pihak yang mempersoalkan kedudukannya sebagai timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mencabar status beliau dengan mengemukakan usul pada kongres tahunannya, dijangka Mei ini.

Kata Syed Husin, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan status keahliannya dalam PKR, hasil penggabungan parti itu dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM), boleh mengemukakan usul menggantung keanggotaan beliau.

“Saya syorkan supaya mereka yang mempersoal kedudukan saya sebagai anggota dan timbalan presiden Keadilan menulis secara rasmi kepada parti.

“Lebih baik lagi, jika mempunyai apa-apa sokongan, mereka boleh mengemukakan resolusi dalam Kongres Keadilan akan dating agar menggantung keanggotaan saya, seperti salah seorang dari mereka mahu.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari PKR yang menggesa agar Syed Husin digantung mempersoalkan kedudukan beliau kerana PRM masih wujud meskipun dikatakan sudah bergabung dengan PKR.

“Bagaimana Syed Husin boleh menjadi timbalan presiden jika partinya masih wujud,” kata Tan.

Akhir tahun lalu dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider, Syed Husin berkata, beliau akan melepaskan jawatannya jika parti menerima hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan nombor dua itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Syed Husin berkata, dua orang telah mempersoalkan kedudukannya dalam PKR.

“Mula-mula saya tidak berhasrat menjawab tuduhan liar mereka.

“Kini saya merasa perlu memberi sedikit penjelasan supaya mereka dan media yang dikuasai Umno tidak terus berbohong,” kata bekas presiden PRM ini.

“Keputusan PRM dan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bercantum dan membentuk Parti Keadilan Rakyat telah dibuat dengan majoriti besar lebih dua pertiga dalam longres dan mesyuarat agung tahunan masing-masing sekitar tahun 2002,” kata beliau.

Tambah Syed Husin, PRM juga bersetuju untuk menutup parti.

“Berikutannya, pimpinan Peralihan Keadilan Rakyat dibentuk dengan wakil-wakil dari dua-dua parti menganggotainya.

“Pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah melengah-lengahkan pendaftaran parti baru ini,” kata beliau sambil menambah, pihaknya mengambil keputusan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan memihak kepada pendaftaran parti.

“Pada 3 Ogos PKR dilancarkan dengan rasminya.

“Namun pihak ROS kelihatan liat hendak menerima keputusan majoriti lebih dua pertiga yang dibuat oleh Kongres PRM.

“Mereka membenarkan sekumpulan kecil serpihan untuk meneruskan PRM,” katanya.

Sebenarnya, jelas beliau, beberapa orang pemimpin serpihan telah menyertai pimpinan Peralihan Keadilan Rakyat dan mereka keluar apabila diberi peluang oleh ROS.

“Itu sebabnya 10 orang bekas pemimpin PRM asal, termasuk saya, mencabar dalam mahkamah tindakan ROS itu. Kami tidak mengiktiraf “PRM” baru ini kerana ia bertentangan dengan keputusan Kongres PRM.

“Keputusan mahkamah tidak memihak kepda kami. Kumpulan serpihan kecil itu meneruskan parti. Namun mereka tidak pernah dapat menarik lebih dari 50 orang untuk menghadiri “kongres” tahunan mereka. Baru-baru ini Presiden mereka kembali ke pangkuan Keadilan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah jelas keputusan Kongres PRM menyetujui percantuman kedua-dua parti.

Keputusan itu menurut beliau, sepatutnya dipatuhi oleh semua anggota.

“Pimpinan peralihan Keadilan bersetuju melantik saya sebagai timbalan presiden. Dua Kongres pemilihan Keadilan (yang diadakan tiga tahun sekali) memperkukuhkan kedudukan saya,” katanya.

Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh

Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.

"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.

Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.

Kehadiran anggota polis yang ramai tidak menghalang orang ramai membanjiri dewan untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin Pakatan termasuk Lim Kit Siang dan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Walaupun terdapat spekulasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa ini mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah, mungkin berpihak kepada Nizar, tetapi pemimpin Pakatan tidak begitu optimistik.

Tetapi apabila giliran pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham naik ke pentas dan bertanya sama ada Nizar akan menang, dewan gemuruh dengan laungan 'ya'.

Dalam ucapannya, Nizar berkata jika menang kes tersebut, beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan piliha raya negeri yang baru.

Beliau juga menjangka Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd kadir juga akan melakukan perkara yang sama.

Nak Tanya Ust Shamsuri Sikit... Betoi Ka Guan Eng tindas peniaga melayu..???

Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA,Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang,GPMS sert beberapa HGO melayu telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010. Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka. Polis FRU yang terkenal dengan ganasnya menghentak demosntrator demosntrator bukan UMNO pula seolah olah terlalu lembik untuk menahan mereka.Poorahh...

Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini.Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayu dan mengenepikan kepentingan melayu.

Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik.Ustaz Shamsuri adalah pendakwah bebas dan juga Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan diPulau Pinang.Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini.Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu.Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu.Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah.Lim Guan Eng anti melayu dan Islam.Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan to'kong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam.Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.

Apabila saya mendengar kedua dua berita tersebut saya mula dah mencium sesuatu akan berlaku dengan kedua dua peristiwa ini.Maknanya disini ianya telah dirancang terlebih awal.Sewaktu saya berjalan jalan disekitar KOMTAR pada hari demonstrasi tu saya terpandang dua poster yang digantung oleh pihak Kerajaan Pulau Pinang yang menafikan kenyataan balaci balaci UMNO berkenaan pada flyover berdekatan kompleks KOMTAR.

[2010-02-06_194614.png]
dari sinar harian

Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang.Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta.Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009 selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.

Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj.UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising.Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP yang dianggap oleh UMNO sebagai musuh melayu/Islam kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta.Tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak.Maknanya disini kalau Gerakan yg beri budget ciput pd Majlis Ugama Islam pada pandangan UMNO ianya pro melayu dan pro Islam tetapi bila DAP tambah budget dua kali ganda ianya dianggap anti Islam dan melayu...Hmmmm..Entahlah...Mungkin kita boleh menilaikan tahap mentaliti sesiapa sahaja yg percaya pada dongengan UMNO tu.

Seterusnya yang paling menarik adalah tindakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap penjaja penjaja tanpa lesen.

Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain.Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008.Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya.Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa NGO NGO melayu tu?Lagipun perlu ingat disini kebanyakan dari penguatkuasa MPPP adalah orang orang melayu. Adakah mereka saja nak menganiaya bangsa sendiri ?

Kita sepatutnya sedia maklum DPMPP memang meradang pada YAB Lim Guan Eng sebab mereka yang rata rata ahli UMNO yang dah biasa mendapat habuan kontrak secara percuma tanpa perlu bersusah payah.Tu sebab mereka marah pada Lim Guan Eng.Mereka merasakan Lim Guan Eng tidak berlaku adil.Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan tender.bagi mereka yang sentiasa dimakan suap dan tak biasa bersaing didalam tender terbuka sudah tentu mereka menganggap perkara ini tak adil .Sebahagian dari ahli ahlinya cuma mempunya syarikat RM2 sahaja tetapi sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri dulu.Yang mereka marah bukan tak dapat peluang langsung tetapi mereka marah sebab dah tiada hak istimewa UMNOputra.

Mereka dah tak boleh menjadi jutawan segera.Mereka terpaksa bekerja keras saperti orang lain jika ingin menjadi jutawan. Kalau Lim Guan Eng sanggup meneruskan pemberian kontrak percuma pada mereka saya yakin mereka akan menjunjung Lim Guan Eng dan menganggap beliau dan DAP adalah pro melayu dan Islam

Manakala PERKASA pula hanyalah golongan merapu diketua Ibrahim Ali .Siapa Ibrahim Ali.?Tak payah lah saya ceritakan sebab semua orang dah kenal. Beliau adalah individu yan tiada kredibiliti . Malas saya nak komen pasal pertubuhan ni.

Demonstrasi ini sebenarnya gagal dan tidak menarik perhatian bangsa melayu secara umumnya.

Saya sendiri dah mula rasa hilang hormat kepada Ustaz Shamsuri.Sebagai pendakwah bebas Beliau tidak sepatutnya membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO atau sesiapa sahaja.Sesiapa yang membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO akhirnya akan hilang kredibiliti .Perkara begini serng berlaku kepada ramai tokoh tokoh ugama yang mendekati UMNO

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

Nik Aziz Perjelas Kenyataan Pelawa Umno Berbincang Dengan PAS

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kenyataannya mempelawa Umno untuk duduk semeja berbincang dengan PAS, adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu agama Islam yang diperjuangkan parti pembangkang itu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara berkenaan bukannya baru dan pernah disarankan sejak berpuluh tahun lalu.

"Dalam perbincangan itu, kita menumpukan kepada dua perkara utama saja, iaitu kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang menyalahtafsirkan pelawaannya hingga menimbulkan salah faham di kalangan pimpinan Umno dan PAS sendiri.

"Saya memang nak berunding atau bermuzakarah lama dah, malah surat yang saya hantar (untuk tujuan itu) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)tiga bulan lepas, belum terjawab," katanya.

PAS sebelum ini pernah dilanda polemik apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan disokong beberapa pimpinan tertinggi parti itu, termasuk Timbalannya, Nasarudin Mat Isa dan Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali, menyarankan untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan di negara ini.

Tindakan pemimpin itu dikecam hebat oleh Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyarankan supaya diadakan muktamar agung khas bagi menjernihkan kemelut dalaman PAS.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada beberapa pemimpin Umno yang menyambut baik pelawaannya dan rata-rata menyifatkan sebagai perkembangan positif.BERNAMA

PAS sedia dialog dengan Umno isu Islam, rakyat

GOMBAK, 6 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno/Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga isu berkaitan kepentingan rakyat.

Presiden PAS berkata, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno yang hadir dan wakil mereka ada di dalam dialog berkenaan.

“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.

"Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis taklimat khas Presiden PAS berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di Anjung Rahmat, di sini, hari ini.

Sementara itu di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam.

Sedangkan, tambahnya amat tidak wajar parti itu menentang perjuangan PAS memandangkan ianya diperjuangkan oleh orang Melayu yang menegakkan Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sahabat Cyber Sayang Kelantan (Sain) dan pelancaran facebook Tok Guru sempena majlis Hi-Tea Kelantan Facebookers Ghatering di Perdana Resort petang ini.

Menurutnya, Umno juga perlu menjelaskan kenapa parti itu tidak mahu bersama dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS kepada umum.

“Itu saja cadangan saya untuk bermuzakarah, tidak ada perkara lain, Umno kena jelas kenapa partinya menolak perjuangan Islam, yang lain tu biar dulu,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana Umno Kelantan menyambut baik saranannya itu.

Bagaimanapun, menurutnya, bukan sahaja Umno Kelantan yang harus bersetuju, yang penting sekali dalam soal ini Umno di peringkat pusat.

Tambahnya, apa yang ingin dimuzakarah ialah soal agama, bukannya teori, falsafah atau sebagainya.

Menjawab tuduhan Umno yang mendakwa cadangan muzakarah itu dibimbangi beliau tidak konsisten sebagaimana pertemuan sebelum ini yang dikatakan batal, beliau menafikan perkara itu.

“Bila tidak jadi? Siapa yang batal pertemuan? Saya nak jumpa dengan orang, tetapi orang tak mari (datang) nak jumpa macam mana,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tegasnya, hasrat untuk mengadakan muzakarah itu setakat ini hanya melalui cadangan.

“Lepas ni kita akan teruskan dengan usaha lain pulak melalui tulis surat ke, facebook ke, pandailah kita buatnya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, cadangan itu telahpun dikemukakan melalui surat kira-kira tiga bulan lalu untuk mengadakan pertemuan bagi mengadakan muzakarah tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya sehingga kini belum ada jawapan berhubung perkara itu.

Beliau mempersoalkan tentang imbuhan kepada qari dan qariah di peringkat antarabangsa sebanyak RM2,000 sebulan.

“Nak bagi tu baguslah, tetapi apa tujuan pertandingan bacaan quran itu dibuat, saja untuk dilagukan atau untuk diambil manfaat hasil dari bacaan,” ujarnya.

Wahai Menteri, berhentilah beretorik

Kerajaan meluluskan 100,000 pekerja asing baru untuk tempoh lima bulan kerana permintaan syarikat untuk pekerja asing semakin meningkat. Peningkatan ini berlaku berikutan pemulihan ekonomi.

Kerajaan mengambil langkah itu juga kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk menerima tawaran syarikat berkaitan.

Sementara syarikat berkaitan pula ketika diminta oleh kerajaan menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik pekerja tempatan tidak sanggup melakukan demikian.

Itu petikan kenyataan menteri. Boleh baca di bawah sekali. Saya musykil dalam beberapa perkara.

Pertama, betulkah 100,000 pekerja asing itu untuk keperluan industri atau untuk keperluan kroni? Bukankah ramai pemimpin Umno berniaga ‘orang’? Dan, mereka menjadi kaya dengan perniagaan itu.

Kedua, betulkah rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan? Atau, syarikat berkenaan tidak mahu mengambil pekerja tempatan kerana mengelak tanggungan bebarapa kos yang tidak perlu ditanggung ke atas pekerja asing?

Ketiga, kerajaan berkata ekonomi negara semakin pulih. Kalau begitu, mengapa syarikat tempatan tidak bersedia menawarkan gaji yang setimpal untuk pekerja tempatan?

Bagi saya, kerajaan bohong dan bermain silap mata dalam isu ini. Bagaimana?

Pertama, kalau dikatakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan, itu bohong di siang hari. Kalau ada pun bilangannya sangat kecil. Bukan rakyat tidak mahu bekerja tetapi sektor perkilangan tidak bersedia menerimanya. Sektor perkilangan ada alasan tersendiri.

Pengalaman berada di syarikat swasta sekarang, setiap hari ada sahaja permohonan daripada lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk bekerja termasuk di sektor perkilangan. Mereka sanggup bekerja walau pun secara kontrak, bahkan dengan gaji yang seadanya. Asalkan mereka ada kerja.

Bukan pekerja yang memilih pekerjaan tetapi sektor industri yang memilih.

Kedua, kalau ekonomi negara sudah pulih, sepatutnya sektor perkilangan bersedia menaikkan gaji setimpal untuk pekerja tempatan. Mereka mengambil pekerja asing kerana bebanan kewangan. Kerajaan berbohong dengan kenyataan ekonomi negara sudah pulih.

Ketiga, pengambilan pekerja asing dibuat untuk penjimatan kos operasi. Mereka boleh ditamatkan perkhidmatan termasuk diperah keringat mereka dengan mudah oleh majikan. Di samping itu ramai pemimpin Umno yang tumpang senang dan kaya dengan pengambilan pekerja asing.

Pengurangan jumlah pekerja asing juga bukan sepenuhnya bertolak daripada kebertanggungjawaban kerajaan dalam isu ini tetapi lebih kepada ‘pengalihan isu’. Isu sebenarnya, Malaysia bukan lagi tumpuan pekerja asing. Di samping ‘bangkai’ cari makan dengan berniaga pekerja asing yang dibuat oleh pemimpin Umno / BN sudah tidak boleh ditutup lagi.

Pemimpin Umno / BN usah berbohong dengan perkara ini. Kepada bapa menteri, cukup-cukuplah dengan retorik ekonomi semakin pulih. Mengaku sajalah bahawa Umno / BN memang telah hilang stamina untuk memulihkannya.

Rakyat sudah tahu itu semua. Cuma rakyat menunggu masanya sahaja.

Pakatan could win Perak again, but…

By Sheridan Mahavera and Choo Choy May

IPOH, Feb 6 — Though it has been a year since the elected Perak government was brought down by defections, a Malaysian Insider straw poll showed that Perak folk “tak mudah lupa”.

Many still remember the previous Pakatan Rakyat government and the changes it brought to the state. But this is not an endorsement of the Datuk Seri Nizar Jamaluddin’s eventful but short-lived 10-month administration.

The poll showed that just as Pakatan’s contributions were fondly remembered by some, others felt left out by those same programmes.

The poll, which surveyed 101 residents from districts in northern and southern Perak, indicated that although the men on the street may not keep abreast of the latest developments in local politics, they are pretty sure of their political allegiances.

In other words, if there were state polls tomorrow, more than two-thirds of respondents have already made up their minds which coalition they would choose.

In fact, going by the poll’s results, 42 out of 101 people would choose Pakatan while 34 would choose the BN.

In terms of popularity, Nizar is slightly better regarded than his rival Datuk Seri Zambry Abdul Kadir who is the present Mentri Besar. Forty-three respondents thought he would make a better chief executive while 32 thought Zambry was better.

On the surface, these numbers are a rough gauge of what Perak folk think of both administrations but beneath that lies something more fundamentally important — that Perak society is deeply fractured.

It is not just differences between the three dominant ethnic groups in terms of who they are more likely to vote. It is about how each community perceives the other and the values of each group.

One year on and still going strong

The 101 respondents were asked six questions to get a sense of what they thought of the current political climate.

The Malaysian Insider surveyed the opinions of 46 Malays, 35 Chinese and 20 Indians in rural areas in Larut, Bukit Gantang and Kuala Sepetang, the semi-rural towns of Teluk Intan and Kampar, and around Ipoh city.

They were aged between the early 20s to the late 70s and comprised, among others, farmers, fishermen, small businessmen, civil servants and professionals.

The most obvious trend that emerged and which has been hinted at before by politicians is the difference in support of Pakatan and BN among the communities.

Support for the BN was highest among the Malays with close to half (21) of those surveyed saying they would vote BN if an election was held tomorrow, versus 15 who would vote Pakatan.

Conversely, 20 of the 35 Chinese polled said they would choose Pakatan and of the remaining 15, only four would choose the BN.

Indian support is narrowly split with nine of those surveyed saying they would vote BN and seven for Pakatan.

This pattern is repeated in how favourably each group views the two coalitions. Nineteen Malays had positive feelings about the BN administration under Zambry compared to nine Indians and only nine Chinese.

Yet, among Malays, 26 of them did not think that their lives have generally improved under BN. The main reason given for this was because Zambry’s administration has only been in office for a year.

About a quarter of the Indians, Chinese and Malays interviewed say they saw no changes under either administrations because their terms were too short.

Pakatan’s contributions, however, were well remembered by all. In fact there were more people who remembered their initiatives (54) than there were those who thought that BN had changed things for the better (37).

Yet there is an unpleasant truth to this. Though 25 Malays say they remembered Pakatan’s contributions, about 10 of them felt that the programmes were unfair to the community.

“What about us Malays?”

“Yes, I remember what Pakatan did. They let the Chinese rule Perak,” remarked one Malay respondent from northern Perak. This sentiment was echoed in other interviews with many other Malay respondents.

The views ranged from grouses about how too many Chinese villages were getting freehold titles to how preferential treatment was given to Chinese businesses in the Kinta Valley.

The sentiment has its roots in the popular and not unfounded perception that the state was run by an unofficial triumvirate that included Nizar and executive council members Datuk Ngeh Koo Ham and Nga Kor Ming.

Other respondents based their belief that it was a pro-Chinese administration based on the fact that seven of the 10 state executive committee posts went to non-Malays.

Malays who say they would vote for Pakatan also admitted to subscribing to the notion though they claimed it did not affect their support for the coalition.

A veteran Pakatan activist says these perceptions persist because the coalition itself has failed to dispel them.

The reality is that under Pakatan, Malay villages also received offers for freehold titles while the community benefited much from grants given to Perak university students and aid for funeral expenses.

These benefits, however, were never highlighted by the Bahasa Malaysia media who instead kept playing up the issue of freehold titles for Chinese villages, says the activist who requested anonymity.

“There is a drop in Malay support for Pakatan ever since the March 2008 elections. I would not be surprised that support has eroded further.”

The finding suggests that Pakatan faces a greater challenge than just winning enough seats to form the government in the next state election, as the survey shows it still has support.

Yet this is not enough to endear it to a large section of Perak Malays. The community’s support is crucial if Pakatan truly wants to realise its “new” politics of transparency and meritocracy for all.

The mind war for Perak

By Sheridan Mahavera

IPOH, Feb 6 — Standing precariously on the rotting wooden floor of a kampung house, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar stares out at what hours ago used to be the bedroom wall.

Now, the Kubu Gajah state assemblyman is staring down into the garden at the remains of that wall, which collapsed that morning. He belts out orders to a building contractor over what he wants to see done for the house owner before nightfall.

He gets assurances that something will be done so that the whole structure doesn’t collapse but what he tells owner Khalid Osman is not very heartening.

“I’m sorry but you’ll just have to find another place to stay. I can help stabilise it so it doesn’t fall apart anymore but the house has been thoroughly eaten by termites,” says Raja Ahmad Zainuddin.

The prognosis merely confirmed Khalid’s fears but for the 50-year-old, what really mattered was that his wakil rakyat took the time to come down and see what his problem is.

Raja Ahmad Zainuddin (left) at the house which is falling apart. — Pictures by Choo Choy May

And in the next elections, Barisan Nasional is betting on this to be its main selling point, that BN politicians are better at resolving the everyday problems of Ali, Ah Chong and Aru than Pakatan Rakyat.

Of course bringing development and economic progress are still hallmarks of a BN administration and the Perak government under Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir has excelled in this.

But many BN politicians, grassroots activists and supporters say that crowing about getting RM11 billion in investments is not enough to win over rural folk.

“ADUN (state assemblymen) BN tak turun padang (did not go down to the ground),” says one long-time Umno activist in Larut on why the BN lost in the March 2008 general election.

“They became aloof and took their support for granted. Many of them don’t even live in their own constituencies and only return once in a while,” says the Umno man, who declined to be identified in criticising his party bosses.

Behrang state assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi echoed this, claiming that Pakatan had won on “protest votes” from people disillusioned by BN’s arrogance.

“That’s why Najib (BN chairman and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak) said that in the next election, he wants candidates who are people-friendly and who actually stay in their constituencies,” says Jamaluddin, an ex-Pakatan assemblyman who jumped ship and is now a BN-friendly independent.

Raja Ahmad Zainuddin says that the main BN approach is not to have one-off, large-scale programmes but consistent little meetings with ordinary folk to listen to grouses and help where they can.”

He thinks the “protest votes” led to an unprecedented loss in support for seasoned Umno politicians like him in seats where they had previously scored huge majorities. Raja Ahmad Zainuddin, for instance, won the Kubu Gajah seat by only 66 votes, down from the over 7,000 votes he garnered when he won the Larut parliamentary seat in 2004.

Raja Ahmad Zainuddin says people wanted to teach Barisan a lesson in the last election.

“People just wanted to teach us a lesson. They didn’t really expect that it would lead the BN to lose Perak. They are not Pakatan supporters per se and I think next time around, they will come back to us.”

And he claims to have really taken the lesson to heart. The former Commercial Vehicle Licensing Board chairman now visits his constituency’s service centre everyday.

He makes it a point to know his constituents’ latest problems and pays regular visits to the poor, the infirm and to the old.

“Even if it’s only for five minutes I turun (come down) every day. I help out everyone, be it a BN supporter or Pakatan. And I help all races,” he says.

For the folks in kampungs that are cut-off from mainstream society, such regular meet-greet-and-listen contacts go a long way to making them feel valued.

And that was proven in 2008 because that was essentially Pakatan’s approach.

“Many of my neighbours voted for Pakatan last time because orang BN didn’t come down to see them. But now, we are seeing more Umno people here in the village, so maybe next time, things will be different,” says a village official in Selama.

“Teaching Malays how to think”

There was no laughing in the ceramah crowd in Taman Meru, Jelapang when PAS’ Dr Khairuddin Abdul Malik took the stand.

It wasn’t a side-splitting speech filled with folksy humour common in a PAS ceramah. Instead the Perak PAS deputy commissioner gave a slide presentation so caustic that he had to apologise several times if his points were harsh.

Women and children were part of the ceramah crowd where Khairuddin spoke.

The theme of his talk centred on the view that the Perak Pakatan government under Datuk Seri Nizar Jamaluddin was pro-Chinese at the expense of the Malays.

This perception is being spread by Umno in Perak’s Malay heartlands of Larut, Bagan Datok, Parit, Pengkalan Hulu and Kuala Kangsar. PAS grassroots activists are worried that it is steadily converting Malays who voted Pakatan in 2008 back to Umno and the BN.

“I want my government to give opportunities for Malays to do business,” says a stall owner in Bukit Gantang, when asked what he wanted from the state administration.

If left unchallenged, this perception could blunt attempts by Pakatan to boast of its achievements during its 10-month term to Malays. These initiatives could be re-spun to seem like they only benefited one community.

To counter this perception, Khairuddin explained how Pakatan’s programmes benefited proportionately more Malays compared to other groups because the aim was to help the poor regardless of race.

“In the Malay community, eight per cent of all Malays are poor while Indians are two per cent and the Chinese are 0.8 per cent. So when we do programmes for the poor, of course Malays would benefit the most.

“Umno says we only give land titles to Chinese villagers. In reality we have given more titles to Malay villages but Umno does not talk about this.”

He doesn’t just blast Umno and BN. The main aim is to erase the deeply-grafted assumption in the Malay mind that only Umno can truly represent and look after the community.

It is also to refute the allegation that PAS’s partner DAP was the “Communist, anti-Malay Chinese” while MCA represented the “good Chinese.”

“Penang Chief Minister Lim Guan Eng gave twice the amount of funds that Umno gave for the development of Islam in Penang. He even formed a Syura Council to discuss Islamic issues. Ask yourselves, is this what a communist government would do?,” Khairuddin asked the crowd.

A former senior civil servant says the perception is entrenched in the Malay psyche largely because of 50 years of communal politics.

“Malays generally don’t think far enough when they look at policy. For example, when the government cuts subsidies for boarding schools. They don’t see that it affects mostly Malay students because they are the largest group in these schools.

“And when non-Malays get a few land titles, they over-react.”

The Pakatan strategy is not just about a regular ceramah circuit to keep the memory of them and their downfall alive among the rakyat.

Khairuddin explained Pakatan’s programmes at the ceramah.

A DAP official explained that the parties are increasing their new voter-registration drives in all constituencies by having mini-contests that reward agents who register the most.

The three parties are also intensifying recruitment drives where they want to increase members in every area by 30 per cent, says Khairuddin.

It is going to be a battle of values in the war for political control of Perak, opined a long-time Ipoh-based Parti Keadilan Rakyat activist.

Since Pakatan and BN have chalked up their own noteworthy accomplishments whether it is helping the poor, resolving land issues or bringing in development, choosing between BN and Pakatan is no longer a choice between who has the better track record and whose ideals are better.

For the first time in their lives, Perak folk will be able to truly compare between two different ways of governance and the values that underline their policies.

Whether it is Pakatan or the BN, the ceramah and the small group meeting are tools that Perak folk will see more often as both coalitions try to sell them their values.

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?


SUDAH tiga hari Anwar Ibrahim bersama isteri, anak-anak serta seluruh keluarganya dan para penyokong setia berulang alik ke mahkamah untuk menghadapi perbicaraan tuduhan liwat ke atasnya. Satu keadaan yang sungguh menjengkil dan melelahkan. Bukan saja kerana pertuduhan liwat yang kotor dan jijik itu, tetapi berurusan dengan birokrasi mahkamah sungguh-sungguh melengguh dan membosankan.

Mahkamah adalah antara tiga tempat yang tidak berapa diminati untuk dikunjungi orang ramai. Dua lokasi lagi yang kurang menyenangkan ialah tanah perkuburan dan rumah sakit. Namun lokasi ini ada signifiken baik dan buruknya tersendiri.

Tempat ini tempat berhantu! Tempat menyebabkan fikiran tidak tenteram dan emosi tertekan. Tetapi kerana terpaksa, tidak ada jalan mengelakkannya. Kalau kita didakwa bersalah terhadap sesuatu kesalahan, kita akan ke mahkamah untuk mendapat keadilan atau diadlili. Kalau sakit kita kena ke rumah sakit dan pastinya kalau mati akan di bawah ke kubur atau mengikut jenazah ke kuburan sebagai menunaikan fardu kifayah.

Ramai yang marah kepada Anwar bila beliau dihadap ke mahkamah sekali lagi dan kemungkin akan meringkuk dalam penjara atas tuduhan berulang, liwat. Ada yang sedih dan geram. Ada yang marah-marah dan menyesal kerana menyokong Anwar. Tidak kurang juga yang bertaubat tidak akan menyokong Anwar lagi. Mereka marah kerana pertuduhan itu menyebabkan mereka tidak fasal-fasal jadi malu. Mereka seakan merasakan diri dilempar najis sedangkan dalam masa sama terpaksa berdepan dengan musuh.

Berlainan dengan mereka yang masih menyanyangi Anwar. Yang menjadikan Anwar sebagai negarawan harapan mereka. Betapa mereka kesal, menyusahkan atas apa yang berlaku sokongan tidak berganjak. Malahan simpati bertambah-tambah kepada Anwar. Mereka tidak peduli apa orang maki dan cemuh Anwar.

Bagi mereka apa hujah dan buktinya yang berlaku itu tetap satu tragedi hasil satu konspirasi bersambungan. Apa lagi ada elemen-elemen itu dalam kejadian berkenaan. Ini mengukuhkan lagi persepsi mereka bahawa Anwar teraniaya. Maka atas keyakinan itulah mereka tidak berganjak memacangkan perjuangan bersama Anwar walaupun apa dunia kata.

Itulah dua keadaan yang menimpa dan mengusik ilusi mereka yang menyokong Anwar. Mereka yang lemah dan terkapur dengan laporan media akan menjadi lemah semangat. Sebaliknya mereka yang sudah faham dengan dunia politik dan tribulasi perjuangan pula akan menganggap sebagai satu kebiasaan.

Satu hakikat yang tidak dapat dilupakan, apa yang berlaku itu semuanya tadir Allah. Baik Anwar atau sesiapa hatta Mohd Najib Razak mungkin tidak mahukan apa yang berlaku. Atas kenangan persahabatan mereka, dan Anwar selaku bekas bos, Najib juga merasa sedih mengenangkan apa yang dilalui Anwar. Tetapi dalam situasi sekarang atas prinsip politik sukar untuk Najib menzahirkan simpati itu.

Apa lagi Anwar sendiri. Beliau tidak berhajat untuk menjadi hero atau pun menyambung tesis Master kepada tesis Phd sebagai narapidana. Begitu juga dengan keluargnya mereka tidak pernah mendoakan untuk menyusahkan Anwar melainkan untuk kesejahteraan keluarga mereka. Saya yakin kalau boleh keluarga Anwar tidak mahu Anwar berkecimpung dalam politik lagi demi masa depan mereka. Sejarah lampau cukup menyakit dan memedihkan mereka. Tetapi apa boleh buat Anwar adalah publik figure atau aset bangsa mereka tidak dapat mengekang Anwar.

Apa lagi sebagai pejuang bagi Anwar sekali melangkah beliau akan terus melangkah tanpa mempedulikan apa yang menghalangnya di jalanan. Adalah lemah dan bacul baginya selaku pejuang (atas apa juga persepsi) untuk mundur ke belakangan kerana hanya sedikit ancaman dan gangguan. Batang tubuh Anwar tersepuh dari waja kursani bukannya dari plastik seperti mana rakan-rakan yang mengikutinya di sekerat jalan.

Mengenai kekesalan dan kekecewaan pengikut Anwar, sehebat mana rasa kesal, sebanyak mana terkilan dan sedih mereka, tetapi ia tidak seberat bebanan yang ditanggung oleh Azizah anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Kalau mereka dapat mengukur beratnya beban dipundak Aziah dan keluarganya baru mereka dapat merasakan betapa ringannya risiko yang terpikul kerana perisitwa kini. Mereka bukan saja perlu merasai berat malahan untuk menyatakan ianya berat pun tidak layak.

Namun lagi namanya takdir, semua orang kena menerimanya. Tinggal lagi bagaimana persediaan dan ketahanan mental untuk menghadapinya. Bagi mereka yang tidak pandai menjangku hikikat yang Allah lakukan akan meletakkan kesalahan itu kepada Anwar seoptimunya. Mereka akan menghukum Anwar sebagai bersalah dan bertanggungjawab. Anwar membawa masalah dan beban buat mereka! Anwar adalah pembawa sial kepada bangsa.

Tetapi bagi mereka yang dapat menjangkau, akan merasakan ketentuan itu sebagai satu ujian daripada Allah. Sesusuai dengan firman Allah bermaksud, seseorang itu tidak akan boleh mengakui dirinya beriman (kuat berpegang kepada agama), kalau ianya tidak diuji melalai ujian dan cabaran berbagai-bagai. Nah Anwar kini sedang melalui satu lagi ujian untuk meletakkan dia sebagai insan kamil.

Selain itu para penyokong Anwar juga kena ingat. Kemalangan yang menimpa Anwar kini, beliau didakwa dan perbicaraannya sengaja didedahkan demikian rupa, adalah disebabkan para penyokong juga. Penyokonglah menjadikan Anwar begitu. Sekiranya penyokong tidak menjadi Anwar sebagai kandil, cahaya Anwar tidak akan menyala kemudian menyilaukan ke dalam mata musuh yang akhirnya mereka berusaha menghembuskan kandil berkenaan. Jadi para penyokong harus bertanggungjawab dan tak usah menyesal dengan apa yang berlaku.

Siapa kata si peliwat (kalau benar) tidak akan dapat masuk syurga, kalau kita membenci Anwar kerana ia menjauhkan penyokongnya dengan syurga! Kalau Anwar telah melalui segala hukuman, penbersihan (taubat) dosa-dosanya dia tetap juga berhak ke syurga. Yang belum bersih diri dan hati ini kita semua yang prejudis atas apa yang berlaku.

Saya tidak mahu bertanya banyak dalam soal ini kecuali dua persoalan saja yang sangat simple. Pertama apakah si pembacuh kopi itu merasakan dia akan suci dengan apa yang beliau lakukan – membawa Anwar ke mahkamah dan dengan kesucian itu menjaminya diredhai Allah? Apakah dia fikir hanya dengan cara itu saja dia kembali suci? Dan segala-gala kemuliaannya akan kembali semula apabila Anwar dihukum?

Dan kedua, siapa kita untuk membenci dan menghina Anwar dengan kejadian itu. Apakah kita boleh mengakui kita lebih bersih, beriman, mendekati diri dengan Tuhan berbanding dengan Anwar. Sesiapa pun tidak dapat menentukan nasibnya. Hanya pada saat-saat menghadapi sakaratulmaut saja yang akan menentukan apakah seseorang itu muslim atau menjadi kafir.

Dalam hal ini apakah semua pemimpin lain yang galak bercakap dan berkicau mereka realtif bersih, suci dan mulia dari Anwar. Tidak semestinya kerana mereka tidak diseret ke mahkamah atas tuduhan liwat maka mereka lebih bersih dan maksum dari Anwar. Semua kita yang hidup segenarasi dengan pemimpin hari ini tahu tinggi mana longgokkan dosa dan noda dan serendah mana telaha iman mereka!

MSO.

Isu JK Disiplin : Sebenarnya orang masih sayangkan PAS

Dunia PAS mutaakhir ini sering bergelora. Ombaknya beralun dek kemenangan yang tidak diduga pada PRU12 Mac 2008. Kira-kiranya dah agak tenang selepas gelora UG tapi ramai yang meramalkan akan bergelora kembali selepas keputusan JK Disiplin PAS diumumkan. Ternyata ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Ramai juga yang bertanya saya mengenai keputusan JK Disiplin tapi saya berdiam diri. Cuma.. bertambah ramai yang bertanya pandangan apabila mereka membaca luahan Abdullah Karim dalam blog. Orang bertanya saya mungkin atas dasar Pengerusi JK Disiplin adalah PJ Pahang dan Abdullah Karim juga Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang merangkap Penasihat/Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pahang(meletak jawatan pada 30.1.2010 kerana menemani isterinya di Scotland). Dan kebetulan saya pula diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Saya hanya mampu berkata "hormatilah dan akurlah dengan keputusan JK Disiplin pimpinan Dato' Tuan Ibrahim (DATI) dan hormatilah jua pandangan Abdullah Karim, seorang anak muda yang mungkin suatu hari nanti amat berguna mewarisi kepimpinan parti".

Saya telah membaca luahan DATI dalam blognya. Ya.. DATI adalah seorang yang baik dan jiwanya lembut. Kalau beliau menyatakan bahawa pada awalnya beliau menolak amanah sebagai Pengerusi JK Disiplin maka sesungguhnya penolakannya itu saya yakin kerana jawatan itu tidak sesuai dengan jiwanya. Beliau memang seorang yang mudah mesra dengan semua orang hatta dengan kanak-kanak. Bagi saya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada DATI boleh dianggap satu yang tak wajar. Meletakkan sesuatu, tak kena pada tempatnya adalah zalim namanya. Tapi akhirnya amanah itu terpaksa dipikulnya jua mungkin atas kapasitinya sebagai Naib Presiden.

Saya mengenali DATI sejak kecil. Kami sekampung dan pernah berada satu sekolah tapi berpisah bilamana saya menyambung ke Al Azhar, beliau ke UKM. Rumah beliau depan rumah saya. Bahkan kami ada pertalian keluarga menerusi perkahwinan. Jadi..hubungan kami boleh dikatakan rapat. Sebab itu saya berani bercakap 'sikit-sikit' mengenai dirinya.

Apabila beliau diamanahkan supaya mengadili kes Dato' Hasan Ali dan YB Khalid Samad, dalam hati saya berkata 'Kesian kat DATI'. Tentu beliau sukar untuk berdepan dengan dua insan tersebut kerana seorang daripadanya adalah rakan dalam Forum Perdana dan seorang lagi sahabatnya. Saya pernah juga melontarkan kepada sahabat yang lain kenapalah PAS tidak memilih orang yang berkecuali untuk menjadi Pengerusi JK Disiplin yang terdiri daripada veteran parti seperti Ust Hasan Syukri, Dato' Mutalib Embong, Dato' Umar Muhamad dan seumpamanya. Rupa-rupanya perlembagaan PAS mensyaratkan Pengerusi JK Disiplin mesti dari kalangan AJK PAS. Maka saya amat bersetuju dengan cadangan DATI agar Pengerusi JK Disiplin diambil dari orang luar daripada AJK PAS Pusat. PAS Pusat kenalah segera buat pindaan perlembagaan.

Atas dasar pengetahuan saya tentang sifat DATI maka saya amat bersimpati pada beliau yang menjadi 'objek' serangan rasa tidak puas hati pencinta PAS terhadap keputusan JK Disiplin dalam kes Dato' Hasan Ali & YB Khalid Samad. Saya yakin keputusan itu bukan keputusan beliau seorang. Semestinya keputusan yang telah disepakati oleh JK yang lain. Tapi... adab beroganisasi maka baik buruk akan dipertanggungjawabkan pada ketua.

Kadang-kadang anak jahat, ayahlah yang dipandang buruk. Anak baik dan cemerlang ibubapanyalah yang dipandang mulia. Pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan SPM dan seumpamanya akan menyebabkan nama pengetua akan dijulang sedangkan yang bertungkus lumus mempastikan kejayaan itu ialah guru-guru dan anak murid yang akan mengambil peperiksaan. Bahkan akan memberi kredit kepada pengetua untuk cepat naik pangkat. Sebab itu di negara bermaruah seperti India, Jepun dan seumpamanya, kereta api tergelincirpun pasti menteri yang bertanggungjawab akan meletak jawatan. Padahal menteri tak reti pun hal kereta api. Tengok keretapi pun seram macam tengok hantu. Tapi dah keretapi tergelincir kerana hujan atau drebarnya cuai maka ketuanyalah yang dipersalahkan.

Dalam kes ini saya yakin DATI telah bersepakat dengan JK yang lain untuk memutuskan begitu. Sepanjang saya terlibat dalam Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP), saya sempat melalui 2 kali pilihanraya (2004 & 2008).

Semasa era DATI jadi PJ, saya dan anggota BPPNP amat berpuashati apabila semua calon-calon diputuskan bersama oleh Anggota BPPNP. Bahkan seingat saya lebih dari 3 kali dibuat semakan dan pindaan setiap calon yang akan bertanding dalam pilihanraya 2008 tempohari. Sedangkan sebelum ini mengikut 'orang lama', pemilihan calon biasanya diputuskan oleh pimpinan tertentu sahaja. Ini menunjukkan DATI cukup berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan jamaah.

Walaupun keputusan dibuat secara 'bersama' dengan JK yang lain namun DATI tak terlepas dari serangan oleh mereka yang tak berpuas hati. DATI kena menerima hakikat bahawa itulah nasib menjadi ketua.

Menyedari hakikat bahawa ketua akan dipuji atau dikeji bila membuat sesuatu keputusan maka ketua seharusnya menggunakan sedikit kuasanya untuk mengemukakan pandangannya sebelum membuat apa-apa keputusan. Mungkin kesilapan kerana tidak 'menjatuhkan hukuman yang berat' lebih baik jika dibandingkan dengan 'menjatuhkan hukuman yang berat'meskipun ianya betul.

Dalam kes ini, saya dapat rumuskan bahawa ramai yang tidak puas hati dengan keputusan JK Disiplin kerana mereka yang dilihat menggongcangkan Pakatan Rakyat, dikenakan hukuman ringan manakala yang cuba memperkemaskan hubungan PR dikenakan hukuman yang berat. Sedangkan Tok Guru Nik Aziz pula memandang berat kes ahli atau pimpinan PAS yang cuba hendak melemahkan PR sehingga beliau mencadangkan EGM diadakan. Tok Guru kelihatan tegas terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yang mengkhianati ikatan PR. Ketegasan beliau boleh dilihat apabila Tok Guru menunjukkan kepada 3 pemimpin supaya dibei perhatian dan diambil tindakan (tak perlu disebut namanya). Tegas Tok Guru ni samalah dengan tegasnya Allah swt terhadap orang yang berdosa terhadap hambanya yang lain. Allah swt boleh berlembut bila melihat kepada dosa hamba denganNya. Tapi... Allah swt tidak boleh bertolak ansur bila hambanya mempunyai kesalahan dengan orang lain. Artinya kesalahan ahli dengan rakan dalam PR (orang luar) adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kesalahan ahli dalam partinya sendiri.

Kegagalan menjaga erti 'setiakawan' dalam PR akan memberi impak negatif yang besar kepada PAS. Orang akan kata PAS tidak boleh dipercayai. Oleh kerana PAS membawa imej Islam maka Islam akan turut sama tercemar dan kelihatan hodoh.

Fenomena ketidakpuasan hati ini menjadi lebih hangat apabila Abdullah Karim menulis. Bagi saya..tindakan beliau dan siapa jua yang menegur dan mengkritik PAS, sebenarnya melambangkan betapa sayangnya beliau dan mereka-mereka itu kepada PAS. Kritikan dan teguran masakini pula amat sukar untuk diasuh dan di'etika'kan kerana zaman telah berubah. Dulu orang tegur 'depan-depan'. Tapi... sekarang lain. Zaman sekarang adalah zaman internet, zaman orang menegur dengan jari yang diketuk pada laptop atau komputer lalu terus keluar di dalam blog lantas menembusi alam maya sampai ke Mexico, Jepun, Algeria, Mesir, China, India dan seumpamanya.

Cumanya.. kita harus memandang kepada potensi anak muda yang bernama Abdullah Karim. Setahu saya beliau orang yang tiada berkepentingan dalam parti. Pada PRU Tahun 2008, saya selaku YDP PAS Jerantut mewakili PAS Kawasan Jerantut telah menawarkan kepada beliau untuk bertanding di DUN Tahan (DUN yang mana PAS pernah menang pada 1999) namun beliau menolak walaupun ayahnya adalah seorang guru yang dikenali di DUN tersebut. DATI yang mewakili BPPNP juga pernah menawarkan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Temerloh dan beberapa tempat yang lain tetapi beliau tetap juga menolak.

Jadinya... kritikan beliau saya anggap satu kritikan yang datang dari seorang yang sayangkan PAS dan beliau harus diberi perhatian dan asuhan agar ia menjadi pemimpin PAS di masa akan datang. Janganlah menganggap beliau seperti buah kelapa yang busuk seperti yang disebut oleh seorang pemimpin Dewan Pemuda.

Walau apapun, saya ingin mengesyorkan agar dapatlah kiranya 'Orang Tua' dalam parti yang bertaraf ulama' mendamaikan dan mengharmonikan suasana yang menyempitkan dada ini. Bukankah kita menyatakan Islam adalah penyelesaiannya. Kalau ini pun kita tak mampu nak selesaikan maka apakah Islam yang tak lengkap atau kita yang tak cekap.

Mudah-mudahan Allah swt menyelamatkan PAS dari terus menerus dilanda fitnah dalaman.

Dr Hamzah Jaafar,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Aasil Kazi Boleh Bantu Siasatan 'Kehilangan' Raja Petra - Anuar Shaari

PETALING JAYA:Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, hari ini menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad baru-baru ini, berkaitan watak dan kebolehan Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan dalang yang menajanya.

Dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, individu tersebut mempunyai personaliti yang sama seperti Raja Petra iaitu bijak memutar belit isu.

Abdul Latif dipetik sebagai berkata, "Raja Petra yang cekap mengendalikan media tidak mungkin 'tunduk' atau mengikut telunjuk individu yang lebih lemah daripadanya dalam aspek kepakaran mencipta kontroversi."

Menurut Anuar dalam sebuah kenyataan media hari ini, beliau amat menyokong kenyataan Abdul Latif seperti yang disiarkan dalam akhbar tersebut berkaitan watak dan kebolehan Raja Petra Kamaruddin.

"Ramai antara kita mengakui bahawa Raja Petra Kamarudin adalah seorang 'media genius'.

"Sebagai seorang yang mempunyai kepakaran ini, RPK amat berkebolehan memanipulasi minda masyarakat untuk mempercayai sesuatu isu walaupun isu yang dikemukakan beliau tidak mempunyai fakta dan asas yang kukuh," kata Anuar.

Jelasnya lagi, RPK dan beberapa orang rakan beliau, mempunyai 'kepakaran' ini bagi mengheret dan mengelirukan rakyat Malaysia dengan isu-isu tempatan tanpa dokongan bukti yang kukuh.

"Antaranya ialah Aasil Kazi Ahmad, seorang 'media strategist'. Beliau adalah seorang Pakistan yang memegang paspot Amerika Syarikat.

"Saya difahamkan Aasil Kazi Ahmad, memang mengetahui banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra. Aasil juga tahu tentang Buletin Herald Catholic Weekly," kata Anuar.

Nizar sees second Perak power grab

Furious tour to prepare for the Feb 9 decision. — Picture by Choo Choy May

By Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin has accused Barisan Nasional of planning yet another “coup d’├ętat” if the Federal Court rules in his favour next week and reinstalls him as Perak mentri besar.

“When the Feb 9 (court) decision comes out, Umno will launch yet another coup de tat of the worst kind to wrest power away from us.

“They will do anything in their power to make sure that the Pakatan (Rakyat) would not hold [the] government,” he said in a speech during a breakfast session with the public at Chemor, here this morning.

Later at Sungai Siput, Nizar explained to The Malaysian Insider that he was “pre-empting” Umno’s next move in predicting what would happen once the Federal Court delivers its decision in the MB vs MB case next Tuesday.

“If the decision sides with me, they will get (deputy Speaker) Hee Yit Foong to convene a special assembly sitting so that they can move a vote of no-confidence against me as the mentri besar,” said Nizar.

A vote of no-confidence against Nizar would see the fiery leader losing his post as mentri besar once again for PR only holds 28 seats in the 59-seat assembly.

While BN also shares the same number of assemblymen, they would also get supporting votes from the infamous three “frogs” who have become “BN-friendly independents.”

Although Hee, by chairing the assembly, will be unable to cast her vote, BN would still have a two-seat edge over PR.

Nizar said he would not put it past BN to perform yet another power grab.

“They will use their people to stop the lawful Speaker of Perak, V. Sivakumar from entering into the hall,” he predicted.

Should Nizar win in his appeal in the MB vs MB case, The Malaysian Insider understands that Sivakumar would automatically be re-instated as the lawful Speaker of Perak.

This is because all the events, including the swearing-in of Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir as the new mentri besar and the appointment of BN’s Speaker, Datuk R. Ganesan, that took place after Nizar’s ousting would be considered as null and void.

In a mammoth ceramah last night at the Ku Tien hall in Ayer Tawar, Seri Manjung, Nizar told a crowd of over 3,000 people of his suspicions, in a clear bid to warn the BN government against any hanky-panky.

He retold the story of the “violence” that BN had used against the 28 PR assemblymen during the tumultuous May 7 sitting as well as the recent Oct 28 sitting last year.

“They are capable of doing anything. That is why I am saying, on Feb 10 or Feb 11, after the court decision, BN will once again grab power from us,” he said.

He alleged that there was irregularity in Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi’s call for a meeting with all veteran army personnel at the State Secretariat today.

“What is the meaning of this? It is because they know that the support of the people is with us. So they will stop at nothing — they will use their police power, the commandos and their people to stop us.

“But I hope that, despite this, the judgment on Feb 9 will be a fair one where the people of Perak will get their rights returned,” he said.

Zahid met with former army personnel from Perak at the State Secretariat this morning and handed out awards to 22 personnel for their contributions.

During the ceramah, several other PR heavyweights were also present to engage the crowd, including DAP’s Lim Kit Siang and PKR supremo, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, however, left early after a short speech, to attend to another function.

In spite of this, the size of the crowd that gathered for the ceramah was a good boost to the spirits of the Perak PR representatives.

For the past week, the PR team has been campaigning furiously across the state in preparation for the coming Feb 9 decision and to cement their support from the people in conjunction with the one-year anniversary of the power grab.

During today’s expedition, Nizar, who is leading the northbound bus to Parit Buntar, received warm response from the public.

“It has been very promising so far. The people are responding well to us,” he told The Malaysian Insider.

He will make at least 10 stops, in the towns of Jelapang, Chemor, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Lenggong, Padang Rengas, Changkat Jering, Taiping, Bagan Serai and ending with a ceramah at Parit Buntar.

The southbound expedition will pass through the towns of Batu Gajah, Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Slim River, Tanjung Malim and ends in Teluk Intan.

Both expeditions, which kicked off from the “Democracy Tree” here this morning, are being followed by state PR representatives and party members.

To lend a softer touch to the campaign, Nizar also brought along his wife, Datin Seri Fatimah Taat, and his two young daughters aboard the bus

Bayaran wang minyak perlu lihat perspektif perundangan

KUALA LUMPUR, Feb 6 — Soal hak terhadap pembayaran hasil minyak oleh Petronas harus dilihat daripada pelbagai perspektif undang-undang yang berkaitan dengannya, demikian menurut seorang pengamal undang-undang.

Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata soal siapa yang berhak kepada pembayaran wang sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum oleh Petronas, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri terbabit, tidak hanya tertakluk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Beliau berkata peruntukan Seksyen 4 PDA yang memperuntukkan pembayaran wang tunai oleh Petronas bagi hasil yang diperolehi kepada kerajaan Persekutuan dan negeri perlu dibaca bersama dengan beberapa peruntukan perundangan yang lain.

Ini termasuk Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, Kanun Tanah Negara 1965 dan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan dengan jelas hak kawasan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, katanya kepada Bernama hari ini.

Peruntukan lain termasuklah Akta Pelantar Benua 1966 serta Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982, katanya yang merupakan rakan kongsi utama tetuan Hafarizam, Wan & Aishah Mubarak.

“Isunya sekarang sama ada minyak itu diperolehi dalam perairan negeri atau di luar negeri... itulah isunya sekarang,” katanya.

Menyentuh tuntutan yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri Kelantan terutama hak mereka ke atas eksplorasi petroleum secara usaha sama kerajaan Malaysia dan Thailand di Teluk Siam, beliau berkata walaupun ia hanya 150km dari Kota Baharu dan 180km dari Pattani, Thailand, kawasan tersebut terletak di luar kawasan tiga batu nautika bersamaan 5.5km yang merupakan sempadan negeri itu.

“Untuk kerajaan Kelantan membuat tuntutan terhadap royalti minyak, ia mesti tidak lebih daripada tiga batu nautika, itulah yang dikatakan sebagai sempadan negeri dan keluar sahaja daripada tiga batu nautika sehingga 200 batu nautika, ianya adalah Zon Ekonomi Ekslusif Kerajaan Malaysia.

“Jadi tuntutan royalti bagi eksplorasi petroleum di kawasan ini terletak di bawah Akta Pelantar Benua 1966 yang menyatakan dengan jelas bahawa segala juga hak untuk membuat eksplorasi dan juga eksploitasi terhadap sumber-sumber asli termasuk petroleum terletak di Malaysia, akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan iaitu kerajaan Malaysia,” katanya.

Kerajaan Malaysia dan Thailand telah menandatangani perjanjian pada 1979 bagi mewujudkan Pihak Berkuasa Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) untuk membangunkan kawasan bertindih pelantar benua antara kedua buah negara seluas 7,250km persegi terletak di bawah Teluk Siam di Laut China Selatan, dan keuntungan dari hasil ekplorasi itu dibuat secara sama rata.

Pada 26 Januari lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan Persekutuan telah memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini hasil pengeluaran minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang dieksplorasi di bawah MTJDA.

Jumlah tersebut adalah hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas dan merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008, katanya.

Bagaimanapun pada hari yang sama kerajaan PAS Kelantan mempertikai jumlah pemberian wang ehsan itu, dan meminta kerajaan pusat menilai semula jumlahnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan perbincangannya dengan Petronas awal Januari ialah sebanyak RM40 juta dan bukannya RM20 juta.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan mendakwa melalui perbincangannya dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau dimaklumkan RM40 juta, dan jumlah itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang bertindih dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.

Tahun lalu, Kelantan mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali minyak di perairannya kepada kerajaan pusat, dan negeri itu didapati tidak berhak mendapat royalti kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu. — Bernama

Nizar dakwa BN rancang satu lagi ‘rampasan kuasa’

Nizar sewaktu majlis angkat sumpah di Parlimen tahun lalu.

Oleh Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pagi ini memulakan “ekspedisi demokrasi” di Perak untuk mengingatkan rakyat tentang rampasan kuasa yang genap setahun hari ini, mendakwa Barisan Nasional (BN) merancang satu lagi usaha untuk “merampas kuasa”.

Kali ini, menurut beliau, rancangan BN kemungkinan melibatkan usaha bersubahat yang lebih ketara berbanding sebelum ini, membabitkan anggota tentera termasuk polis dan komando.

“Apabila keputusan (mahkamah) keluar 9 Feb ini, Umno akan melancarkan satu lagi rampasan kuasa yang lebih teruk.

“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Pakatan (Rakyat) tidak memegang kerajaan,” kata beliau pada ucapan majlis sarapan pagi dengan penduduk di Chemor dekat sini.

Kemudian di Sungai Siput, Nizar menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau “menjangkakan” tindakan susulan Umno dengan meramalkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan memutuskan kepada kes MB melawan MB Selasa ini.

“Jika keputusan memihak kepada saya, mereka akan meminta (timbalan speaker) Hee Yit Foong agar memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri agar mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya ke atas saya sebagai menteri besar,” kata Nizar.

Undi tidak percaya bermakna Nizar akan kehilangan jawatannya sebagai menteri besar memandangkan PR hanya mempunyai 28 kerusi.

BN juga mempunyai 28 kerusi tetapi mereka mempunyai sokongan wakil rakyat Bebas, yang merupakan bekas Adun PKR dan DAP.

Selain Hee, dua wakil rakyat PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu masing-masing dari Behrang dan Changkat Jering.

Meskipun Hee, dengan mempengerusikan sidang dewan, tidak boleh mengundi, tetapi BN mempunyai kelebihan dengan sokongan Adun Behrang dan Changkat Jering.

Nizar juga bertekad tidak akan membenarkan BN mengadakan satu lagi rampasan kuasa di negeri itu.

“Mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk menahan Speaker yang sah, V. Sivakumar daripada memasuki dewan,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan sekiranya Nizar menang dalam kesnya Selasa ini, Sivakumar secara automatik akan dikembalikan sebagai speaker yang sah.

Ini kerana kesemua acara termasuk majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar dan pelantikan Speaker BN Datuk R. Ganesan, yang berlaku selepas Nizar digulingkan akan dianggap tidak sah.

Dalam ceramahnya di Ayer Tawar, Seri Manjung malam tadi, Nizar memberitahu kira-kira 3,000 hadirin bahawa beliau memberi amaran kepada BN agar tidak melakukan perkara-perkara tidak betul.

Beliau mengingatkan tentang pendekatan “keganasan” yang digunakan oleh BN ketika sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei dan juga pada 28 Okt lalu.

“Mereka berupaya untuk melakukan apa sahaja. Pada 10 Feb atau 11 Feb ini, selepas keputusan mahkamah, BN sekali lagi akan merampas kuasa daripada kami,” katanya.

Kes Nizar Akan Jadi Kayu Pengukur Kebebasan Kehakiman Era Zaki

Mahkamah Era Tun Zaki
Oleh Datuk Zaid Ibrahim

Selepas pemecatan hakim-hakim oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988, Allahyarham Tun Suffian Hashim telah menyatakan bahawa badan kehakiman Malaysia akan hanya pulih dari segi kewibawaan dan kepercayaan rakyat dalam masa 50 tahun akan datang.

Daripada langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, saya melihat efisiensi Mahkamah sudah meningkat manakala kes-kes tertunggak banyak diselesaikan. Ini adalah satu perkembangan yang baik. Saya harap Majlis Peguam akan terus memberi kerjasama kepada badan kehakiman supaya Mahkamah kita lebih mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih cepat dan adil.

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi juga telah menunjukkan sikap ‘bebas” dan berani dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini. Bebas dan berani ini dalam konteks kehakiman ialah berani membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang serta Perlembagaan tanpa mengira sama ada keputusan itu popular atau tidak, sama ada dipuji atau dicemuh orang ramai. Hakim-hakim tidak sepatutnya mengambil kira sama ada pembangkang atau kerajaan menyokong keputusannya; keputusan yang bijak dan adil adalah tanggungjawab mereka.

Antara contoh-contoh ketegasan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berani dan bebas baru-baru ini adalah:

• Kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dengan syarat tidak disalahgunakan oleh majalah Herald milik Gereja Katolik Malaysia;
• Kes Mahkamah Tinggi di Bintulu yang mengiktiraf hak Orang Asal Sarawak berhubung tanah adat (NCR); dan
• Kes Mahkamah Tinggi di Kucing yang mengiktiraf konsep adat Melayu “serah” dalam tuntutan pampasan penat lelah dalam usaha membangunkan tanah.

Mahkamah Persekutuan juga membuat keputusan yang tepat dalam soal “indefeasibility of title” dalam Kanun Tanah Negara bila mereka menolak keputusan awal yang sungguh tidak masuk akal. Mahkamah sekarang nampaknya lebih berwibawa jika dibandingkan dalam tahun-tahun 1990an daulu.

Kini apa yang ditunggu oleh rakyat ialah sama ada Mahkamah kita akan berani dan bebas dalam membuat keputusan yang adil dan tepat dalam kes-kes “politik”. Kes-kes ini akan menentukan sama ada hakim-hakim akan benar-benar bebas atau masih terikat dengan cara lama waktu zaman Mahathir dahulu. Cara lama ialah di mana beberapa hakim “sub standard” digunakan untuk membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan atau orang-orang tertentu sahaja dengan mengenepikan prinsip undang-undang dan Perlembagaan tanpa rasa malu.

Sebab itulah keputusan kes Menteri Besar Pakatan Rakyat lawan Menteri Besar Barisan Nasional di Perak minggu depan akan menjadi penentu sama ada Mahkamah era Tun Zaki akan berbeza dengan era sebelum ini. Ia akan menentukan sama ada amalan demokrasi berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang (rule of law) akan wujud semula di Malaysia.

Kalau Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 menang dalam kes ini, maka kita yakin pemulihan Mahkamah telah bermula dan roh arwah Tun Suffian tidak perlu menunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan pemulihan badan kehakiman di Malaysia. Sebaliknya, kalau seorang lagi yang telah merampas kuasa melalui politik melompat yang diisytiharkan menang, maka kita akan kembali kepada zaman perundangan gelap seperti suatu masa dahulu.

Hee is happy, but her voters are not

By Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Jelapang assemblyman Hee Yit Foong, once termed as “the most hated woman in Malaysia”, is a very happy person these days. Following her controversial defection from the DAP last year, she was under constant scrutiny and many spiteful things were said about her. But time heals all wounds and she finds life quite peaceful now.

In fact, she finds this such a precious commodity that she refuses to speak of the past one year. When approached by The Malaysian Insider for an interview, Hee, though smiling and friendly, shook her head vigorously and said: “No, no, I do not want to talk about all this anymore.”

More than anything, Hee is apprehensive about the probable repercussions she would have to face if she revisited the days that led to the infamous power grab of Feb 6, 2009.

“I do not want to say anything. I am afraid that whatever I say, they (the Pakatan Rakyat) will take it and use it against me one more time. I do not want that to happen. Not now. I am happy and things are good for me,” she told The Malaysian Insider.

Of the three “frogs” whose defections from PR parties led to the fall of the Perak PR state government, Hee was probably considered the most villainous of them all.

Things are looking good for a happier Hee these days. — Pictures by Choo Choy May

The other two defectors were Behrang assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi and Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Mohd Jailu, both formerly of PKR and both former state executive councillors.

At the time, Hee had reportedly been unhappy with the leadership of the DAP for a number of reasons; that her grouses were not being taken seriously, that she had not been given a voice in the state government and even that she had not been given a new Toyota Camry, which the PR government had bought to replace the ageing fleet of Proton Perdanas.

Hee’s decision to leave the party and side with the BN was looked upon as childish and selfish and irked the electorate in her constituency, which is known to be a DAP stronghold.

In the March 2008 general election, Hee won the Jelapang state seat of 26,157 voters by a 6,707-vote majority. She went on to become the state assembly’s deputy speaker, the first handicapped person to hold such a position in the country.

“Yes, I did suffer very much that time. But it was no problem, for people did not come up to me and scold me to my face. I just hear about it through others or through the media. But it is different now,” she said guardedly.

After Hee’s defection, she stayed away from her service centre in Jelapang for over one month for fear over her safety. Angry at their representative, Hee’s constituents staged protests and even signed a petition, calling for her to vacate her seat. Hee, however, stood her ground.

She said she goes back to her constituency as often as needed. “People are okay with me, I will always be there to help my constituents,” she said.

Hee said that the focus of her service was always to aid the elderly and the underprivileged. “At the end of the day, an assemblyman is still an assemblyman. It does not matter who we support because the most important thing is that we serve the people. To me, this is important. I do not wish to play politics anymore,” she said.

But what do her constituents really feel about her? Since Hee’s abrupt departure, the DAP has formed the Jelapang Service Team (JST) to take care of her constituents.

Team chairman Frankie Wong told The Malaysian Insider that the team worked round the clock to ensure that Hee’s constituents continued to receive good service.

“She is nowhere to be seen because she is still afraid to come out and meet the people. I have one full-time staff and two part-time staff working for our team. Our office is in town itself, just near the market,” he said.

Wong added that the voters of Jelapang were still angry at Hee for abandoning them.

“In fact, the voters are now more sympathetic with the DAP because of what Hee did. This is making the DAP stronger,” he said.

Wong also scoffed at Hee’s claims that she often comes back to Jelapang to meet with her constituents. “Whenever she comes down, she is with at least four or five bodyguards and she only comes here to give out allocations to schools or societies. She leaves quickly when she is done, before anyone knows that she had even come down,” he claimed.

When interviewed, Jelapang voters confirmed this. “I see her face more often in the newspapers than I do here in the constituency. Whenever we need to look for her, she is nowhere to be seen but in the newspapers, it looks as though she is always here.

“What kind of assemblyman is this — if you want to see her face, you have to look at the newspapers,” said Chan Chin Fah, a contractor from Papan Baru, Jelapang. He added that many local problems that needed attention were not seen to.

“We have no choice but to seek the help from political parties like MCA or the DAP,” he said.

Chan added that Jelapang constituents were not just angry with Hee, they were “extremely furious.”

“In the next election, if she dares to contest, no one will vote for her. The people still want the DAP,” he predicted.

Another constituent, supervisor Yau Hoy Wah, 57, who claims to have been a close comrade of Hee’s, said that the three-term assemblyman was too afraid to come back to Jelapang to meet the people.

“She comes now with a big team of policemen to protect her. Even then, she comes quickly and leaves,” he said.

He added that he had given her his full support during the 2004 and 2008 elections and was very disappointed that she had abandoned the party.

“She asked for my support in 2004 and I gave it to her. In 2008, I helped to raise RM1,000 for her in the election,” he said.

Yau added that that before Hee left the DAP, she had confided in him and told him how the MCA had offered her millions to cross over to the BN. “I asked her if she would jump and she said no but look, she suddenly left the DAP,” he said.

Today, Yau said that Hee was too afraid to even face him. “She knows that I am angry with her. She tried calling me shortly after she left and told me she wanted to return the money I had given her but I declined. I told her the money had been a contribution to the party and not to her personally,” he said.

Housewife R. Vijayasvari also agreed that Jelapang voters were still angry with Hee as they had not voted for her but for the DAP in the March 2008 election.

“And now, we feel that she has let us down. She is a very irresponsible leader. It was because of her that the government fell,” she said.

She added that she too has not seen Hee in the constituency since she left the DAP.

Whatever it is, this looks like the end of the road for Hee though. In a recent interview, Perak MCA chairman Datuk Seri Kong Cho Ha confirmed with The Malaysian Insider that the MCA would not select Hee to contest under its party banner.

If Hee chooses to stand as an independent, that is as good as the end of her political career. DAP sources said preparations are already being made for the Jelapang seat and the party is confident it would earn another win in the next election.

One DAP assemblyman said: “Jelapang is still a very safe seat for us. In fact, we can put anyone in that seat, I am sure we can win it.”

Jamaluddin and Osman say it was PR’s fault they quit

By Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Their defections triggered the downfall of the Perak Pakatan Rakyat government one year ago but until today, former PKR duo Jamaluddin Mohd Radzi and Mohd Osman Mohd Jailu still insist that it was not their fault.

They blame the weak PKR leadership and top leaders in the fallen PR government for ostracising them and add that there is still a deep feeling of regret.

“Umno people often come up to us to thank us for giving them Perak but I always say to them — do not thank me. Thank (former mentri besar Datuk Seri Mohammad) Nizar (Jamaluddin) and thank the PR.

“The fall of the PR government was caused by the PR itself and not us, me and Osman,” said Jamaluddin.

The former PKR state treasurer and Osman spoke to The Malaysian Insider recently in an exclusive interview at the Impiana Casuarina Hotel coffeehouse here.

Both men, now Barisan Nasional-friendly independents, said that they still feel great disappointment with the PKR, a party they had grown to love over the past decade.

“It is sad, really. I feel very disappointed that things had to turn out this way,” said Osman.

Jamaluddin said that although a year had gone by and a certain calm had settled, he still often felt sad that all his years with the PKR had been for naught.

One year on, and the duo of Jamaluddin Mohd Radzi and Osman Mohd Jailu still insist that the fall of the PR government in Perak is not their fault. - Picture by Choo Choy May

“We feel calm, but very regretful sometimes. After all those years with the PKR, my time, my struggles, everything disappeared just by the submission of one letter to say that I had resigned.

“(PKR de facto leader Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) was my idol. Yes, that is true. He was my idol for years, but when I saw him for what he truly became, things changed,” he said.

The Perak crisis erupted in the early days of February last year when rumours began to spread that the PR government was not as cohesive as it claimed to be.

The Ngeh-Nga cousins from DAP were rumoured to be dictating all policies and decisions made by the government and Nizar was called a mere “puppet mentri besar.”

When both Jamaluddin and Mohd Osman went “missing” on Jan 31, word spread like wildfire that the duo had already planned to defect.

Hence on February 3 when they tendered their resignations from the party and declared their allegiance with the BN, it did not come as a surprise to many.

Today, however, Jamaluddin and Mohd Osman claim that they never planned to leave the PKR or quit their seats.

“We were just angry with how the government was being run. Many decisions made were not told to us.

“It was just the top three guys in the government who were calling all the shots. How would you feel? Furthermore, the PKR leadership was weak and never made any effort to fight for our rights,” said Jamaluddin.

He added that to teach the PR a lesson, he and Mohd Osman decided to go on a “little holiday” at the end of January, hoping that they would buck up.

“We never wanted to quit. We were in Grand Seasons Hotel in Kuala Lumpur all that time when they claimed we had gone missing.

“And you know what? Nizar and no one from the PR government even tried calling us to say — please come back, let us discuss this,” said Osman.

Jamaluddin said that the plan was merely for the two of them to quit from their posts as state executive councillors and nothing more.

“If they failed to change, we only planned to quit as state executive councillors, nothing else. But when the PKR leadership submitted the undated resignation letters to (former Speaker) V. Sivakumar we knew what we had to do,” he said.

Jamaluddin and Mohd Osman (picture, right) also claimed that everything had been a part of a grand plan laid out by Anwar himself to remove them from the scene and replace them with his men.

“What we heard was that Anwar wanted to let Mustaffa Kamil and Ismail contest our seats in a by-election and if they won, he (Anwar) planned to cause trouble in the PR government and insist that Mustaffa replaces Nizar as mentri besar,” alleged Jamaluddin.

Mustaffa Kamil Ayub was recently anointed the Perak PKR chairman and Ismail Yusof is the former state PKR chief.

Party insiders say that Mustaffa Kamil is Anwar’s blue-eyed boy and he may very well be named as the next Perak mentri besar if PR wins in the next polls and PKR again takes more seats than PAS.

“These were the reasons why we had to leave. I believed in the party but the leaders are weak. And Anwar only cares about himself and his people. When there are people like these in a party, the party will be destroyed,” said Jamaluddin.

In agreeing with his friend, Osman said that the decision to leave PKR had been difficult but it had brought some calm into his life.

Both men admitted that in the early days of their defection, the response from the rakyat towards them were less than desirable.

“But it was not as bad as the people claim. I did not have people coming up to me to tell me off,” said Mohd Osman.

Jamaluddin said only two people had refused to greet him — a fellow villager and a PAS member. “Other than that, it was fine. I went out in public and served my constituents,” he said.

When asked if they had plans to migrate to Umno, both men laughed, saying it was too soon to ask such a question

Mohd Osman (picture, left), however, expressed interest in re-contesting his seat in the next general election.

Jamaluddin said he would leave it to the hands of fate and did not discount the possibility of even rejoining the PKR if the party were to court him.

“Who knows, we may be asked to recontest, if it is true what Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said that he wants local candidates who are close to their constituents,” said Jamaluddin, but declined to say if he was willing to contest under Umno’s banner.

The duo said that although their daily schedules were taken up by having to make appearances in court for their ongoing corruption trial, they made it a point to meet with their constituents every weekend.

Both men face corruption charges for accepting bribes in exchange for expediting a RM180 million housing development project in Seri Iskandar in 2008.

“The most important thing is that we are close to the people. We make them our friends and we focus on servicing them, not on harping on political issues,” said Jamaluddin.

He noted that in the early days, people accused them of being “bought over” by the BN and that in exchange for handing over the Perak government, their corruption cases would be thrown out of court.

“We let it be. We never felt the need to go around explaining because at the end of the day, the truth will come out,” said Osman.

So what of the next election? A PKR source told The Malaysian Insider that while the seat of Changkat Jering was a relatively safe one for the PR, Behrang could very well pose as a threat.

“Changkat Jering is a state seat under Bukit Gantang and Nizar is the MP for the area. In general, people are still angry with the power grab. The sentiment is still there,” said the source.

For Jamaluddin’s seat. however, the situation remains murky. “He is close to the constituents, that is true. The seat is very crucial. We have to work hard,” the source added.

In the March 2008 elections, Jamaluddin beat MIC’s Dr M. Ramasamy when he polled 6, 771 votes against the latter’s 5,744 votes with a majority of 1,027 votes.

Mohd Osman beat incumbent, former Perak Speaker Datuk Mat Isa Ismail of Umno, and garnered 9,411 votes against 8,309 votes with a majority of 1,102 votes.