Jumaat, 5 Februari 2010

LENSA MAHKAMAH JALAN DUTA DAN DEMO MASJID WILAYAH 5-2-2010













Anwar Ibrahim, Konspirasi No.2

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar (gambar kanan) ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campur tangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya. Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa" yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen.

Peranan Rodwan

Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal. Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak-selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …" sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes tahun 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail (gambar kanan) merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis.

Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabit mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP <2001> 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

"Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia diseksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyeksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan-laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya (Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP <2007> 4 CLJ 697> menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."

Penangkapan dan penahanan Dr.Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, diseksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya. Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr.Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr.Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya.

Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan diseksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke "mata lebam" Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini di bawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan (gambar kanan). Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 - ni terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau- namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara "sumpah lakhnat" di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi (gambar kiri), salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian "kewangan" (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campur tangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campur tangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr.Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habis-habisan di dalam dan di luar parlimen - Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan "mata lebam", kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes "mata lebam" pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan "mata lebam".

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

*Tulisan oleh Sivarasa Rasiah, selaku peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan Naib Presiden PKR.

Laporan Polis dibuat ke atas Pegawai Khas PM

Oleh Roziyah Mahamad

UALA LUMPUR : Laporan polis telah dibuat di balai polis Parit Buntar ke atas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri (PM), Nasir Safar kerana kebiadapannnya yang menganggap orang cina dan India sebagai pendatang dengan ucapan yang berbaur perkauman sempit serta menimbulkan keresahan masyarakat.
"Selain itu saya menyahut keputusan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang mengarahkan semua ADUN dan kesemua 24 Sekretariat Parlimen pakatan Rakyat di Perak mengendalikan urusan membuat Laporan Polis pada hari ini atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu," jelas Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam kenyataan media yang dihantar kepada Era Pakatan.com.
Beliau dalam laporannya merujuk kepada satu berita dari sebuah berita web yang bertajuk “India pelampau', 'Cina jual tubuh” - 1Malaysia dipulau” iaitu berita mengenai satu kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada PM, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka.
Berita itu juga menyatakan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan kerana memprotes ucapan yang bersifat perkauman itu.
"Pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar ternyata telah menimbulkan kemarahan apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu sehingga kelmarin seperti yang dilaporkan dalam banyak media bahawa kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan banyak laporan polis telah dilakukan diseluruh Negara," jelas Khalil Idham lagi.
Beliau berkata, Nasir juga dalam ucapannya mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
"Oleh itu sebagai seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina yang cintakan keamanan dan kemakmuran hidup dalam suasana Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, maka saya mendesak pihak polis untuk melakukan penyiasatan secara tegas dan terperinci serta mengambil tindakan yang tegas kepada Nasir Safar atas ucapannya yang menimbulkan keresahan masyarakat sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia," tegas beliau lagi.

KUALA LUMPUR : Laporan polis telah dibuat di balai polis Parit Buntar ke atas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri (PM), Nasir Safar kerana kebiadapannnya yang menganggap orang cina dan India sebagai pendatang dengan ucapan yang berbaur perkauman sempit serta menimbulkan keresahan masyarakat.

"Selain itu saya menyahut keputusan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang mengarahkan semua ADUN dan kesemua 24 Sekretariat Parlimen pakatan Rakyat di Perak mengendalikan urusan membuat Laporan Polis pada hari ini atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu," jelas Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam kenyataan media yang dihantar kepada Era Pakatan.com.

Beliau dalam laporannya merujuk kepada satu berita dari sebuah berita web yang bertajuk “India pelampau', 'Cina jual tubuh” - 1Malaysia dipulau” iaitu berita mengenai satu kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada PM, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka.

Berita itu juga menyatakan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan kerana memprotes ucapan yang bersifat perkauman itu.

"Pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar ternyata telah menimbulkan kemarahan apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu sehingga kelmarin seperti yang dilaporkan dalam banyak media bahawa kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan banyak laporan polis telah dilakukan diseluruh Negara," jelas Khalil Idham lagi.

Beliau berkata, Nasir juga dalam ucapannya mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

"Oleh itu sebagai seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina yang cintakan keamanan dan kemakmuran hidup dalam suasana Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, maka saya mendesak pihak polis untuk melakukan penyiasatan secara tegas dan terperinci serta mengambil tindakan yang tegas kepada Nasir Safar atas ucapannya yang menimbulkan keresahan masyarakat sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia," tegas beliau lagi.

Demokrasi kampus bukan sekadar pilihan raya

Seandainya tidak berani untuk berdepan dengan pilihan raya kampus (PRK), apatah lagi nak berbincang tentang perubahan negara?

Soalan ini dilontarkan oleh penganalisa politik, Jason Leng Kek Mun ketika mengulas pelbagai sekatan yang dikenakan dalam PRK, termasuklah tempoh kempen yang pendek, sistem e-voting diperkenalkan tetapi kempen melalui facebook dan youtube dilarang dan sebagainya. Kesemua sekatan ini disimpulkan sebagai ketakutan pihak tertentu kepada PRK.

Tanpa menyebut nama parti, tetapi secara tersiratnya merujuk kepada "parti yang menguar-uarkan "KPI (Indeks Prestasi Utama)" dan "NKRA (enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara)", Jason Leng mempertikaikan keberanian pemimpin parti pemerintah untuk membawa perubahan kepada negara, sedangkan tidak berani untuk berdepan dengan PRK.

Pertikaian tersebut dihangatkan dalam forum berjudul "Di manakah Demokrasi Kampus?", anjuran bersama beberapa pertubuhan dalam kampus dengan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Selain Jason Leng, forum ini turut membariskan Ketua Penerangan AMK Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Biro Perancangan Strategi Pemuda MCA Ng Kian Nam dan Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai sebagai ahli panelnya. Forum yang dipengerusikan oleh penganalisa politik, Shawn Tan Shaew Chiean ini dihadiri kira-kira 70 orang.

Pertikaian terhadap sistem e-voting

PRK baru-baru ini menjadi tumpuan masyarakat, berikutan daripada bantahan golongan pro-mahasiswa di IPTA terhadap pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mengendalikan PRK. Sistem e-voting, antara yang paling dipertikaikan, telah menjadi pencetus perdebatan.

Dominic Lau (gambar kanan) yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk menyokong sistem e-voting tersebut, menjadi sasaran kritikan semalam. Beliau pernah bertemu dengan Timbalan Naib Canselor UM untuk mengetahui secara lanjut tentang sistem tersebut, menjelaskan kepada audien bahawa beliau diberitahu TNC, keputusan PRK tidak boleh diubahsuai, malah wakil pelajar dibenarkan untuk memantau data pengundian.

Berhubung fungsi "trace back" yang boleh mendedahkan "kerahsiaan" undi, beliau mendakwa TNC memberi penjelasan bahawa fungsi itu disediakan untuk tujuan semakan semula jikalau pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan PRK dan membuat rayuan. Malah, TNC berjanji bahawa kelemahan tersebut (kerahsiaan terjejas) boleh diperbaiki dalam PRK tahun depan.

Untuk Dominic Lau, beliau gagal membayangkan apa perlunya seseorang Naib Canselor universiti untuk memanipulasikan keputusan PRK, malah tidak percaya bahawa wujudnya keadaan di mana "jikalau tak undi calon tertentu, maka pengundi itu akan dihalau dari asrama".

"Seandainya Naib Canselor pun anda tidak percaya, maka tak ada apa-apa lagi yang boleh saya katakan," ujar Dominic Lau, yang enggan berucap sebagai Setiausaha Pemuda Gerakan.

Tuntutan sistem demokrasi

Walau bagaimanapun, pandangan Dominic Lau disanggah oleh ahli panel seterusnya, Jason Leng bahawa "kita menuntut satu sistem yang demokrasi kerana ketidakpercayaan kita terhadap pemerintahan perseorangan", bahkan beliau menambah, "Kita tak boleh menaruh kepercayaan selagi dia adalah manusia!"

Menyedari budaya masyarakat kita amat menyanjung Naib Canselor, Jason Leng (gambar kiri) bagaimanapun mengajak Dominic Lau untuk meneliti masalah sistem e-voting dan kewibawaan NC dalam konteks realiti.

"Apakah syarat perlantikan NC? NC yang dilantik oleh siapa? NC yang bertanggungjawab kepada siapa? Siapa yang berkuasa untuk melucutkan jawatan NC? Bagaimana pula NC melindungi periuk nasinya?" tanya Jason Leng.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Biro Perancangan Strategi Pemuda MCA Ng Kian Nam yang mengambil pendirian "atas pagar" dalam isu e-voting, juga mempersoalkan kewibawaan "Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus" dalam mengendalikan PRK. Ng Kian Nam enggan mengulas lanjut dari perspektif teknikal, tetapi mendakwa bahawa masalah e-voting PRK berpunca daripada "Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus" yang tidak "berkecuali".

Ng Kian Nam mempertikaikan sejauh mana pihak pengurusan universiti boleh meyakinkan siswa-siswinya dalam penggunaan sistem e-voting, sedangkan HEP telah memperlihatkan "motif" mereka yang tidak betul sebermulanya. Malah, Ng Kian Nam mempersoalkan bagaimana kita boleh percaya kepada pihak HEP yang sering mengkaji bersama "parti pemerintah tertentu", memikirkan cara untuk menumbangkan calon dari pro-mahasiswa?

"Sumbangan" pencabulan demokrasi kampus

Secara sinisnya, bekas Presiden Persatuan Bahasa Cina UM ini menyindir bahawa "kampus yang tidak demokrasi telah menyumbang kepada sistem dua parti di peringkat negara". "Kalau kita fikir secara positif, ketidak-demokrasian dalam kampus telah menyumbang kepada pendemokrasian negara. Pertamanya, banyak wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berumur 20-an dan 30-an lahir daripada mereka yang mengalami ketidakadilan dalam kampus."

Ng Kian Nam (gambar kanan) sambung, "keduanya, mereka yang asalnya menyokong BN, tetapi setelah melalui atau melihat sendiri ketidakadilan dalam kampus, mereka menjadi penyokong pembangkang setelah tamat pengajian."

Jason Leng juga berpendapat bahawa masalah pencabulan demokrasi kampus perlu diperbetulkan sehingga ke akar umbinya, melalui "kertas undi yang lebih besar (nilainya)" ketika pilihan raya umum (di luar kampus). Beliau menganggap bahawa PRK sekadar sebahagian daripada percaturan politik dalam konteks negara.

Demonstrasi hanya langkah permulaan...

Lee Khai Loon pula menegaskan bahawa "demokrasi kampus" bukan sekadar "pilihan raya kampus", tetapi lebih luas daripada itu. Beliau mempersoalkan mengapa "Suruhanjaya PRK" ditubuhkan oleh HEP, tetapi bukan siswa-siswi sendiri; malah mendakwa bahawa "wakil pelajar yang terpilih" semakin terbatas had kuasanya.

"Di bawah sistem sedemikian, meskinpun pro-mahasiwa menang kesemua kerusinya, had kuasa anda masih terbatas. Anda perlu mendapatkan tandatangan (kebenaran) Naib Canselor bila menggunakan wang," katanya.

Lee Khai Loon (gambar kiri) mengeluh bagaimana hak dan kuasa pelajar terhakis dalam kampus, sehingga tidak terlibat dalam proses penggubalan dasar dalam universiti. Walaupun beliau mengiktiraf tindakan siswa-siswi yang berdemo untuk membantah sistem e-voting, tetapi mengingatkan bahawa ianya hanyalah langkah pertama, dan bukannya langkah terakhir.

Beliau berpendapat bahawa siswa-siswi perlu mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak dalam kampus untuk memulihkan demokrasi dalam kampus, yang mana pelajarnya harus mempunyai autonomi dalam pentadbiran kampus.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Stolen jet engines found

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Tan Sri Abdul Gani Patail has tonight confirmed that the stolen F-5E engines have been located in Uruguay.

The attorney-general, in a statement, said the engines were discovered in the South American country following co-operation from the authorities there.

Expressing his gratitude over the assistance rendered by the Uruguayan officials in helping bring an end to the case of the stolen engines, Gani said that the two countries will continue to work closely to enable the return of the engines to Malaysia.

The two F-5E jet engines were stolen in 2007 and discovered missing one year later, before a police report was lodged.

RMAF Sergeant N. Tharmendran and company director Rajandran Prasad were charged early this month in connection with the theft.

Malaysia bought 14 F-5Es in 1974 and decommissioned them in 1999. One crashed in the Malacca Straits near Perak on May 31, 1995.

Only six of the jets remain operational after they came back to service in 2003.

‘Roadshow’ Untuk Anwar Seluruh Negara

Kuala Lumpur menyaksikan laungan reformasi kembali bergema apabila 100 aktivis veteran reformasi berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Wilayah, petang tadi.

Menghimpunkan aktivis-aktivis reformasi era 1998 dari wakil rakyat hingga ke aktivis jalanan, demonstrasi ini mengecam pertuduhan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mereka sifat sebagai ulangan konspirasi 10 tahun lalu.

Perhimpunan berlangsung tanpa gangguan dibawah pemantauan pihak berkuasa. Gerombolan Cawangan Khas turut dikesan, serta ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan turut dikerah ke lokasi.

Kain rentang tertulis “Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2” dan “Keadilan Untuk Anwar” dikibarkan bagi memperlihatkan sokongan teguh kepada pemimpin reformasi itu.

Ahli Parlimen Tian Chua berkata perhimpunan seperti ini akan berterusan sepanjang perbicaraan Anwar.

Mereka juga dijangka menjelajah seluruh Malaysia memberi perkembangan terkini perbicaraan kepada segenap lapisan masyarakat.

“Selagi bicara ini berkalu perhimpunan akan berterusan. Bukan saja di mahkamah tetapi kita akan adakan ‘roadshow’ seluruh negara dan kita akan bawa mesej ini secara terus kepada rakyat. Kita akan lancar pelbagai perhimpunan besar-besaran di kota-kota lain di seluruh negara dan setiap malam di ibu pejabat Keadilan kita akan adakan sesi informasi untuk memberi penerangan kepada penyokong-penyokong kita yang tidak sempat hadir dalam sesi mahkamah”, kata beliau. -HY (Detik TVS)



Download:
FLVMP43GP

Serangan ke atas speed internet dan blog tempatan

Penulis Tamu - Ikhqoi,

Pesalah adukataruna sudah dihadapkan ke mahkamah rentetan daripada penulisan yang keras dan berbaur kebodohan maksimum.

Tapi bukan itu yang ingin saya beritahu. Apa yang ingin saya beritahu, kebelakangan ini, kelajuan internet sungguh mengharukan, kadang-kadang tidak sepadan dengan yuran yang kita bayar bulan-bulan.

Ditambah lagi kenyataan Menteri yang 'bijaksana' yang memberitahu polis akan memantau blog-blog tempatan (dengan mengambil kes aduka taruna sebagai contoh terdekat).

Harus diingat, Mantan Perdana Menteri yang keempat pernah memberi jaminan bahawa internet di Malaysia tidak akan disekat. Justeru itu, kenyataan Menteri yang 'bijaksana' itu memperlihatkan kebodohan beliau sendiri.

Walaubagaimanapun awas kepada blogger tempatan dan pencinta internet, jangan hairan kalau pada masa ini anda akan merasa kelembapan jika melayari internet.. Apatah lagi sekarang tengah hot cerita pasal Saiful tidak berak selama 2 hari selepas diliwat..

Kira-kira, seminggu dua ini, rehat-rehatlah tangan dan mata itu dari main Mafia War, Farmville dan Texas HoldEm Poker di fesbuk masing-masing.

Sesungguhnya Barisan Nasional takut surat khabar Utusan dan Berita Harian tidak boleh cari makan pasal kes Saiful tidak berak selama 2 hari selepas diliwat.

Pikir-pikirkanlah

Ku Li says no law for compassionate payments

By Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Tengku Razaleigh Hamzah today declared that the law does not allow Petronas to give compassionate grants instead of oil royalty to states, but stopped short of calling it illegal.

The Kelantan prince maintains that the state is entitled to oil royalty while the federal government, which is only offering RM20 million as “wang ehsan” or a compassionate grant, says that oil is being extracted beyond the maritime boundaries of this East Coast state.

Kelantan is of one of Malaysia's poorest states.

"Some people say this could be an illegal payment. I am not a lawyer to determine this," said the Gua Musang MP, who was the founding chairman of Petronas.

The Umno veteran has come under fire from his own party for his stand, with some party leaders claiming he has reversed his earlier opinion when the government substituted oil royalties with a grant to Terengganu when PAS took power in 1999.

Razaleigh pointed out that the “wang ehsan” payments to Terengganu was made to the wrong parties instead of the state government which is named under Section 4 of the Petroleum Development Act 1974. He added that Petronas should have honoured the agreements with state governments.

“Under the Act, the cash payment must be made to the state government concerned and not to any other party if payment is to be made,” said the former finance minister, popularly known as Ku Li.

He noted that the “wang ehsan” went to the Crystal Mosque in the Islamic Civilisation Park, a leaking swimming pool, a collapsed stadium, a collapsed school lab and a collapsed bus station and the Monsoon Cup sailing regatta.

The Umno leader pointed out that the Crystal Mosque cannot be used for worship and is surrounded by the poor in Kuala Terengganu while the Monsoon Cup is for the rich.

He said the issue must be corrected and recommended the formation of a National Petroleum Advisory Council, which is provided for under the Petroleum Development Act.

Razaleigh said the council should be made up of senior national leaders to advise the prime minister, adding his stand was not about politics but about doing the right thing.

He has been the only Umno leader to insist on Kelantan's right to oil royalties, and publicly made his stand at a gathering in the Sultan Mohamed IV Stadium, Kota Baharu on Jan 28.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and other PAS leaders were present at the gathering.

Razaleigh also pointed out that the laws and agreements in question were signed between Petronas and each state government and not the federal government.

He added that these agreements must be honoured.

“The federal government has no part in it. The issue of royalty is between states government and Petronas," Razaleigh said in response to question on whether the issue was being politicised.

He added that in his opinion, Petronas should not have followed the directions of politicians but act in accordance with the law.

He also said the late Tun Abdul Razak, who directed him to set up Petronas, always had the welfare of the poor and poor states in mind but he was sad and ashamed that this had been forgotten by the people. Tun Razak's son Datuk Seri Najib is now the prime minister.

"He told me in no uncertain terms to ensure the poorest states in the East Coast and Sabah and Sarawak would benefit from the oil wealth.”

Razaleigh said he never anticipated the difficulties that the Terengganu and Kelantan governments now face when oil was first found.

He said he supported the Terengganu state government's refusal of payment until the issue is straightened out, adding those responsible for abusing funds should be investigated.

As for Kelantan, he said the people were ashamed at the government's offer of “wang ehsan”.

"They offer to give RM20 million when cigarette companies give RM50 million to RM100 million to sponsor sports events," said the politician, who has faced calls from Umno to step down as MP because of his stand.

Razaleigh said his concern was whether Umno could retain Gua Musang if he quit.

Saiful diketawakan dalam mahkamah

Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kandang tertuduh.

Bagaimanapun, tindakan Ketua Pembangkang itu keluar dari kandang tersebut adalah dengan kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Ini kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat melihat dengan jelas tayangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan keluar masuk ke Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.

Rakaman CCTV itu dipaparkan di dua buah skrin tv bersaiz kira-kira 50 inci yang setiap satunya diletakkan menghadap hakim dan galeri awam.

Tayangan tersebut sepatutnya merangkumi rakaman bekas pembantu peribadinya memasuki premis kondominium tersebut bermula dari pos pengawal hingga dia keluar di tingkat lima yang merupakan laluan ke unit kondominium 11-5-1 yang didakwa merupakan tempat dia diliwat.

Bagaimanapun, ekoran terdapat masalah teknikal, rakaman keluar masuk di pos pengawal tidak dapat ditayangkan dan hanya rakaman bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu keluar masuk lif ditunjukkan.

Ketika dibenarkan keluar dari kandang tertuduh, dilihat salah seorang anak perempuan Anwar mangambil pelapik belakang berwarna merah dari kandang tersebut dan meletakkannya di salah sebuah kerusi yang dikhaskan untuk polis mahkamah.

Pelapik tersebut kemudian diserahkan kepada Anwar untuk digunakan apabila dia duduk di sebelah salah seorang peguamnya, Marisa Regina Fernando.

Pelapik tersebut bagaimanapun dilihat tidak digunakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalam.

Tayangan rakaman tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum keterangan Mohd. Saiful Bukhari diteruskan.

Sementara itu, saksi pendakwa pertama itu telah diketawakan oleh beberapa orang awam dan peguam-peguam bela Anwar apabila memberi keterangan berhubung pemeriksaannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ini kerana, sewaktu diminta mengenal pasti sebatang putik kapas, Mohd. Saiful Bukhari dengan yakin menyatakan bahawa putik kapas tersebut digunakan untuk mengambil sampel daripada tubuhnya.

Bagaimanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahunya bahawa putik kapas yang ditunjukkan adalah baru dan masih belum digunakan.


Sama Tapi Serupa Pada Gambar Ini.Sama Tak?

http://4.bp.blogspot.com/__J2G4HF-iDQ/SMVhr7cx_aI/AAAAAAAAAUs/SyDmKtPJDKw/s400/KOYAK+GAMBAR+KOH+TSU+KOON.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/Sy2qRl40kFI/AAAAAAAAD6k/-4wAMjQXo7I/s320/Koh+sukun+dikoyak.jpg

http://media1.malaysiakini.com/238/bbf91c0e19455aa2eb90923f354af322.jpg

http://media1.malaysiakini.com/238/425fe06b526a934c58cce2caf401d75f.jpg

http://promahasiswaupm.files.wordpress.com/2009/08/ibrahim-ali.jpg



sama kan?

http://ustadchandra.files.wordpress.com/2010/01/monkeyportrait-emial.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_RePlKsFUoas/SxUHRqXfDWI/AAAAAAAABes/ut_fYfdbJaM/s400/beruk+rokok.jpg


http://kudalumpingmakanpager.files.wordpress.com/2008/09/monkey_wideweb__470x3530.jpg

Konon nak Bela Melayu?

hang p tengok rumah2 melayu yang besar atas bukit kat belah pulau!
malayu mana dok balun duit rakyat ppinag?
melayu mana dok ambik tanah buat projek?
melayu tipu melayu!

Kerajaan gagal jelaskan ketirisan RM28 Bilion

PETALING JAYA, 5 Feb: Kerajaan Persekutuan gagal memberikan penjelasan berhubung ketirisan berjumlah RM28 bilion perbelanjaan kerajaan seperti yang didahkan Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara Oktober tahun lalu.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, ketika berucap merasmikan portal berita KONSUMERKINI pagi tadi berkata, sehingga kini belum ada penjelasan berhubung ketirisan yang berlaku itu.

Kerajaan sewajarnya menggunakan semua saluran komunikasi yang ada bagi menjelaskan kepada rakyat tentang ketirisan atau pembaziran tersebut agar tidak wujud kekeliruan.

Selain itu, penjelasan tersebut juga penting agar kekeliruan tersebut tidak diguna pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik.

”Kerajaan sudah tentu mempunyai maklumat sebelum sesuatu dasar atau peraturan itu dibuat.

"Maklumat itu perlu dikongsi bersama-sama oleh rakyat, termasuk pegawai kerajaan, penghulu dan ketua kampung. Apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup, mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang dasar kerajaan,” tambah beliau lagi.

Rakyat juga jelasnya perlu diberi penerangan dan penjelasan berhubung hasrat kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2011 dan penstukturan subsidi petrol pada Mei 2010.

"Rakyat perlu diberikan maklumat tentang perlaksanaan dasar-dasar ini supaya mereka tahu apa yang sebenarnya hala tuju kerajaan," katanya.

Terdahulu beliau merasmikan portal berita KONSUMERKINI kelolaan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di Institut Pemasaran Malaysia di sini

Kewujudan web itu jelasnya sangat bertepatan bagi menyalurkan maklumat dan kesedaran kepenggunaan kepada pengguna agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak dalam perbelanjaan.

Salahuddin, Shaari 'Menggempur Garuda Draf KL 2020 '6 Feb

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Setelah BN puas 'bergelembung' dan menjanjikan pelbagai jalan penyelesaian, akhirnya tiada sebarang keputusan dicapai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan kedudukan tujuh kampung tradisi yang bakal dilanggar Draf KL 2020 ini.

Tujuh kampung tersebut ialah Kg. Puah, Kg. Sungai Merali, Kg. Bandar Dalam, Kg. Sungai Mulia, Kg. Chubadak, Kg. Selayang Lama dan Kg. Padang Balang.

Ekoran itu, PAS Kawasan Batu bertindak menggempur kebobrokan dan langkah tidak bertanggungjawab kerajaan yang cuba untuk 'merampas' tujuh kampung tradisi itu, yang dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Haji Suhaimi Abdul Rahman, PAS akan membawa tokoh-tokoh utama pembangkang, antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Ismail; Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain mereka, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said serta beberapa tokoh rakyat seperti Mohamad Sabu, Dr Nasir Hashim, dan Datuk Paduka Husam Musa untuk 'tinjau terjah' kawasan ini disamping mengadakan dialog dengan para penduduk setempat.

Untuk itu, pada Sabtu, 6 Februari ini (esok), Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama Adun Hulu Klang, Shaari Sungip serta Pengerusi Majlis Permuafakatan Kampung Tradisi Melayu (Muafakat), Haji Ishak Surin akan menggempur kawasan terbabit pada majlis ceramah yang bakal diadakan di Pasti Kg. Padang Balang, Sentul, jam 9.30 malam.

Senaskah memorandum akan disampaikan kepada Salahuddin agar ia terus diperjuangkan pada Sidang Parlimen Mac ini.

Sehingga kini Datuk Bandar masih enggan bertemu penduduk sebaliknya pula, Umno Bahagian Batu berhempas pulas 'memujuk' mereka bagi menjayakan Draf KL 2020 ini kononnya, inilah masanya tuan tanah menerima pembangunan dan kemajuan.

Royalti: Ku Li sedih amanah Tun Abdul Razak dilupakan

KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.

Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.

Ku Li pada 28 Januari lalu hadir memberikan penerangan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dianggotai 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan berkata, rakyat kelantan berasa terhina dengan keputusan itu kerana mereka inginkan hak mereka dikembalikan.

"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.

Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan negeri untuk mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan hak royalti diberikan kepada rakyat negeri itu.

"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebanar. Itu sahaja,"katanya.

Umno: Adakah PAS hanya bermain politik?

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Cadangan PAS untuk bekerjasama dengan Umno diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata cadangan itu bukanlah yang pertama kali diusulkan parti pembangkang tersebut tetapi ia sering gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

Semalam Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan bahawa Umno dan PAS perlu duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

“Terpulang kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangkan cadangan itu.

“Tetapi jika ada sinar harapan perpaduan dan semangat berbaik antara dua parti Melayu terbesar ini, maka yang untungnya adalah semua rakyat Malaysia,” kata Ahmad kepada Bernama di sini.

Menurutnya sebelum ini, PAS pernah mengemukakan cadangan kerajaan perpaduan yang disambut baik oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tetapi apabila cadangan tersebut dibawa berbincang dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sudah tentulah mereka tidak bersetuju. Jadi lebih baik jika PAS berbincang dengan Umno dan BN.

“Sebelum ini juga pintu dialog terbuka sekali lagi apabila Datuk Nik Aziz setuju untuk kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan pusat tetapi kemudiannya tidak setuju. Kita menjadi keliru dan adakah PAS hanya bermain politik,” katanya.

Ahmad berkata cadangan itu akan timbul setiap kali pakatan pembangkang kelihatan berpecah.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah menolak untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik pembangkang dalam membincangkan isu-isu agama Islam, menurut dua orang pemimpin tertinggi Umno.

Zahid berkata sekiranya pemimpin PAS memperlihatkan kewarasan politik ini, Umno mengalukan-ngalukan dan bukan dengan emosi politik yang boleh menyelesaikan segala masalah.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berharap sikap keterbukaan Nik Aziz ini berterusan dan diikuti oleh pengikutnya dengan tidak lagi mengeluarkan kenyataan melalut yang boleh menjurus kepada perpecahan ummah.

Apa reaksi Rais terhadap anak buah sendiri yang tidak beretika melapor Kes Liwat Anwar ?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tidak boleh diulas kerana masih dibicarakan atau mempengaruhi keputusan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jonson Kok Wei Chong telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana merndakwa Utusan Malaysia telah menghina mahkamah kerana laporan fakta yang tidak tepat dan bercanggah dengan apa yang berlaku dalam perbicaraan.

Kok dalam laporan polisnya juga mendakwa akhbar itu "cuba menipu rakyat dengan menyiarkan artikel tersebut selain cuba mengambil kesempatan dengan mensensasikan kes itu untuk menarik perhatian umum.

Ha! Ha! Rais! Rais! Kau tidak malukah? Konon nak menasihatkan penulis blog, tetapi perangai anak buah sendiri yang tidak beretika kau tidak terlepas pandang.

Kita mahu lihat tindakan dan reaksi Rais terhadap anak buahnya yang membuat laporan kes liwat tersebut dengan tidak beretika.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia semalam berbunyi "Tak rela diliwat lagi", dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

PERAK : NIZAR KALAHKAN ZAMBRY



Terbukti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mendapat sokongan dari rakyat negeri Perak 'mengalahkan' perampas kuasa, Zambry Abdul Kadir.

Tinjauan terbaru Merdeka Centre ke atas 805 rakyat Perak yang terdiri dari 382 Melayu, 330 Cina dan 93 India menunjukkan 46 % menyokong Nizar, hanya 44 % menyatakan sokongan kepada Zambry.

Bagi kaum Cina pula 59% menyokong Nizar, hanya 16 % mengampu Zambry.

Sementara di kalangan Melayu, 67 % mengampu Zambry dan 37 % menyokong Nizar.

Keputusan kajian ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Zambry yang sentiasa bangga diri menyatakan rakyat Perak sudah kembali menyokong BN kerana kebijaksanaan BN memerintah negeri Perak.

Kalau anak jantan sila bubar DUN Perak sekarang.