Isnin, 1 Februari 2010

Polis Itu Memang Double Standard, Puak UMNO Berhimpun Di Masjid Negara Dikata Halal Tapi Penyokong Anwar Mahu Berhimpun Diharamkan!

Esok, tanggal 2 Februari 2010 maka bermulalah satu lagi episod baru dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Hakim Zabidin dijangka memutuskan sama ada kes tersebut akan diteruskan atau ditangguhkan seperti yang dipohon oleh peguam Anwar. Malam ini satu majlis solat hajat diimamkan oleh Ustaz Ramlang Porigi dan ceramah berhubung dengan isu ini di Temerloh Pahang. Semua mata sudah pasti akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi esok. Seperti biasa pihak polis sekali lagi mengeluarkan arahan agar penyokong Anwar tidak hadir beramai-ramai ke mahkamah esok. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok, jam 9 pagi. Katanya, pihak polis akan ambil tindakan tegas jika mereka tetap mengadakan perhimpunan haram itu. Inilah dia kerja Polis Di Raja Malaysia, tanpa menghiraukan khalimah "Muhammad" dan "Allah" yang terletak diatas kepala mereka maka mudah sahaja mengeluarkan arahan tersebut. Perhimpunan haram masih terus dijadikan alasan bagi menidakkan rakyat berkumpul secara aman. Anehnya, bila perhimpunan-perhimpunan yang dilakukan oleh puak-puak UMNO dan BN pihak polis tidak pula mengatakan perhimpunan itu haram biarpun tidak mempunyai permit. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam demonstrasi dalam isu "khalimah Allah" di Masjid Negara baru-baru ini. Polis bukan sahaja tidak menyuraikan perhimpunan tersebut, malah mereka siap pula berkawal supaya tidak ada tindakan provokasi daripada pihak-pihak tertentu. Jika beginilah caranya polis melaksanakan tugas, maka memang benarlah telahan kita selama ini bahawa mereka mengamalkan sikap "Double Standard" terhadap rakyat Malaysia.
[Jika perhimpunan memberi kelebihan kepada kerajaan UMNO BN, maka dibiarkan. Sebaliknya jika memudaratkan mereka maka ia akan dihalang atas nama perhimpunan haram. Rakyat yang tidak berdosa sudah pasti akan diperlakukan sesuka hati seperti binatang oleh mereka. Kami difahamkan, pihak polis akan menempatkan seramai mungkin anggota mereka di jalan-jalan sekitar masuk ke Mahkamah Tinggi esok. Malah, seperti biasa kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) juga akan dapat dilihat di sana-sini. Soalnya sekarang, beranikah rakyat bangkit untuk mempertahankan keadilan buat Anwar esok. Ramai yang dijangka hadir untuk memberikan sokongan kepada mantan TPM itu khabarnya].

Esok Anwar Akan Di Penjara?

Zambry meroyan lagi...


Meroyan si Zambry datang lagi weh... Komer tahu mengapa tetiba ajer di meroyan merapu tak tentu hala??

Ater.... mana tak meroyan sakan dia. Dia perasan dia MB yang sah. Perasan yang rakyat gemor bebenor ke dia. Tup-tup... bila wakil kedutaan Amerika datang ke Perak.... mat salleh tu mencari si Nizar. Ater... berjumpa ler demer di Pejabat PAS negeri dan bersok-sek... sok-sek ler demer di situ. Besor maknanya tu pada PAS dan Pakatan Rakyat. Ala-ala dapat pengiktirafan gitu.

Frust badak sumbu si Zambry? Apa ke heinya mamat orang putih tu jumpa Nizar pulak?? Bukan ke aku MB Perak. Ater kalau nak bincang pasal peluang pelaburan pun... jumpa ler aku. Agaknya itu ler yang bermain dalam fikiran si Zambry.

Bangang betul dia. Takkan ler tak paham. Apa yang dibuat oleh mamat Amerika tu ada maksud tersirat. Mulut dia jer yang kata dia tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tapi tindakannya ada maksud lain. Nampak benor yang mamat Amerika yang mewakili negara dia, tu beri signal yang jelas bahawa mereka mengiktiraf Nizar sebagai MB Perak yang sah. Sebab..... Nizar dilantik secara demokratik. And.... si Zambry pulak dipilih oleh Mahkamah. Jadi... Zambry hanya MB Mahkamah ler!!! Orang tak respek babe!!!

Oleh sebab, dia marah sesangat... dia cakap pun sampai udah merapu macam orang tak berotak. Ater... ada ke dia nyuruh Nizar dan wakil rakyat Pakatan Rakyat letak jawatan dan bertanding semula. Tak ke gila bangang namanya??

Sekarang komer tahu mengapa Najib pun tak berapa gemor dia jadi MB? Sebab... dia kurang cerdik. Tapi.. mungkin dah tak der choice kot... Maklum ler dalam UMNO, mana ada yang cerdik lagi. Semua bangang-bangang belaka. Ha ha ha.... yang cerdik-cerdik semua udah lari ke kem kita.

Zambry.. oh Zambry... udah ler tu. Baik ler tutup ajer mulut mike tu. Lagi banyak mike bercakap.... lagi terserlah kebangangan mike. Kesiankan ler diri mike. Jangan zalimi diri sendiri dengan menunjukkan kebodohan diri. Dan... jangan syok sendiri, kononnya mike tu popular bebenor. Itu sejenis penyakit jiwa... bahaya!!

Apa-apa pun, kalau nak test power, tunggu pilihan raya, ya?? Kita tengok apa jadi pada mike....

Wakil Kedutaan Amerika menemui DS Nizar

al-Husseyn punya
Ipoh 1 Feb : Kunjungan hurmat Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika ke Pejabat PAS Perak pagi ini merupakan satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak, khususnya terhadap DS Ir Nizar Jamaluddin.

Turut mengiringi beliau menemui Majlis Dewan Harian PAS ialah Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, En Ravi Manickam.

Tetamu dari Kedutaan Amerika tersebut berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin PAS Perak hampir satu jam lebih.

al-Husseyn punya
Selain DS Nizar, turut hadir ialah Pesuruhjaya Negeri, Ust Abu Bakar Hussin, Timb 3 PJ, Ust Mustaffa Shaari,YB Zainuddin,Misbahul Munir dan beberapa yang lain.

Ditanya oleh wartawan samada kunjungan beliau menemui PAS Perak ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang akan memutuskan kedudukan DS Nizar sebagai Menteri Besar pada 9 Februari nanti, Jeremy menyatakan bahawa kunjungan ini sebenarnya telah lama dirancang dan hanya kali ini beliau ada kesempatan.

Beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dan bertanya tentang peluang pelaburan yang ada di Perak.

“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelasnya lagi kepada pihak media.

Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes DS Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini.

Mahkamah Koroner Menolak Permohonan Abang Teoh Beng Hock Demi Selamatkan Peguam SPRM Daripada Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah !!

SHAH ALAM, 1 Feb - Mahkamah Koroner di sini, hari ini menolak pemohonan abang Teoh Beng Hock supaya peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand. Peguam SPRM berkenaan membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip berhubung artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan yang bertajuk "Dr Pornthip sahkn Teoh mati dibunuh". Koroner Azmil Muntaha Abbas memerintahkan inkues disambung semula 19 Februari.

[Sesuatu yang amat memusykilkan kita sekarang ini ialah kenapa sehingga ke saat ini keputusan hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock masih belum diumumkan lagi?. Apakah terdapat keraguan atau unsur-unsur pemalsuan akan dilakukan agaknya. Tambahan pula, laporan polis yang dibuat terhadap pakar forensik dari Thailand itu juga jelas sengaja cuba untuk menakut-nakutkan beliau sebenarnya. Soalnya sekarang, kita gusar ada pihak yang akan membuat tawaran kepada Dr.Pornthip supaya memutarbelitkan fakta dan hasil bedah siasat yang telah dijalankan itu akhirnya. Segalanya berkemungkinan berlaku jika tidak disedari!].

Diesel Subsidi + SPRM + KPDNKK = Rasuah?

SKANDAL Penyeludupan dan pemerdagangan diesel bersubsidi yang dibekalkan Ko-Nelayan sudah memasuki era darurat apabila ianya dijual secara terbuka dan berleluasa di Keningau sedangkan tidak ada seorangpun nelayan di Keningau.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainuddin Hassan, menjelaskan AMK telah memantau kegiatan ini sejak sekian lama dan memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan Malaysia, namun semuanya hanya mendiamkan kegiatan haram ini.

“Kita telah mengesan beberapa orang yang bertindak bagi pihak JC Petroleum yang mendapat konsesi diesel bersubsidi daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan menjual diesel berkenaan ke kilang-kilang papan di daerah Keningau,” ujar Zainuddin lagi yang mengesan beberapa pegawai KPDNKK yang terlibat secara langsung selama ini.

Menurut Zainuddin pihaknya telah mengekori dua orang pegawai KPDNKK bernama Mokhtar dan Saripuddin sejak sebulan lalu dan mendapati mereka telah berhubung dengan seorang wakil JC Petroleum di Keningau terutama di KRK.

“Ramai taukeh di Keningau yang mengenali mereka, terutamanya Mokhtar dan Saripuddin. Keduanya berketurunan Bugis dan berasal daripada Sandakan dan Tawau,” ujar Zainuddin yang menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad menjalankan siasatan menyeluruh kerana Pejabat SPRM Keningau gagal mengambil tindakan terhadap dua orang pegawai ini yang secara curang terlibat dengan kegiatan ini.

Tegas Zainuddin, JC Petroleum telah menjual diesel bersubsidi di Keningau dengan memindahkan kuota berkenaan secara haram dan berpakat dengan pegawai LKIM dan Ko-Nelayan agar tidak meletakkan pengesan nano ke dalam diesel berkenaan bagi mengelak tangkapan atau serbuan pihak berkuasa.

“Boleh dikatakan setiap kilang-kilang ada menyimpan minyak diesel yang dibeli daripada JC Petroleum di sekitar jalan menuju ke Nabawan,” tegas Zainuddin yang meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap penjenayah diesel bersubsidi ini sekiranya Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja, KPDNKK dan SPRM bersekongkol dengan mereka.

Zainuddin kesal kerana hampir sembilan juta liter diesel bersubsidi sebulan di pasarkan di Keningau sedangkan nelayan kecil di Sandakan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu terpaksa membeli diesel dengan harga yang mahal antara RM1.90 hingga RM2.20 berbanding diesel bersubsidi pada harga RM1.30 seliter.

Oleh: PAUL BAKULAN (sabahkini)

DUN Perak tidak boleh dibubarkan sebelum keputusan mahkamah

Januari 2010 telah berlalu. Rakyat Perak telah tidak sabar menunggu akan tarikh 9 Februari 2010, iaitu tarikh pengumuman akan siapakah MB Perak yang sah. MB Nizar atau MB DPulau?. Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rasmi setelah tiga bulan keputusannya dipendam. Harap-harap keputusannya tidak ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak!

Seminggu dua ini pelbagai spekulasi telah dicetuskan sama ada secara sengaja atau tidak. Kononnya DUN Perak akan dibubarkan sebelum tarikh keputusan kerana diyakini bahawa MB Nizar akan disahkan sebagai MB Perak. Bahkan YB Titi Serongpun turut bersama mengeluarkan kenyataan membodohkan rakyat yang MB DPulau akan memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN Perak.

Memang benar UMNO sering memutar-belitkan undang-undang agar sentiasa menyebelahi UMNO. Memang tidak mustahil UMNO melalui MB DPulau boleh menyembah perkenan istana. Tetapi adakah terlalu tidak cerdiknya bagi UMNO untuk mengulangi kesilapan kedua dengan menjadikan istana sebagai benteng nyawanya buat kali kedua? Kali pertama telah dilakukan oleh UMNO setahun yang lalu. Apakah istana akan sekali lagi mengikut rentak tari UMNO, sedangkan dalam minggu yang sama Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan akan status MB Perak yang sebenar.

MB DPulau atau UMNO tidak akan membubarkan DUN Perak selagi MB DPulau tidak disahkan sebagai MB Perak. Membubarkan DUN Perak sebelum tarikh keputusan bermaksud UMNO mendahului keputusan mahkamah. Sekiranya DUN Perak berjaya dibubarkan sebelum 9 Februari, bermakna akan berlakulah lagi perlanggaran kepada perlembagaan negara. Tidak mungkin istana mahu menimbulkan lagi konflik politik di kalangan rakyatnya.

DUN Perak hanya boleh dibubarkan atas permintaan MB Perak yang sah sahaja. Walaupun MB DPulau dilantik oleh istana sebagai MB Perak, akan tetapi statusnya sebagai MB Perak yang sah masih tergantung. Mahkamah dijangka akan membuat keputusannya seminggu lagi. Mungkin MB DPulau atau mungkin juga MB Nizar. Harap-harap MB Nizar akan disahkan sebagai MB Perak.

Saya mahu menyentuh sedikit tentang kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak yang berani membuat andaian bahawa DUN Perak akan dibubarkan sebelum 9 Februari ini. Walaupun kenyataannya mungkin ditujukan khusus kepada petugas atau jentera PAS/PR supaya bersiap sedia untuk PRU Perak, tetapi kepada saya rakyat marhaen, ianya merupakan satu kenyataan ‘akal pendek’ PAS Perak. Kenyataan yang memperlihatkan betapa pendeknya akal PAS Perak kepada pengundinya. Kenyataan yang mengesahkan pengundinya setaraf dengan pengundi UMNO. Satu kenyataan yang tidak dapat memisahkan persamaan rentak tari dondang sayang antara PAS dan UMNO.

Pemimpin PAS semestinya bijak dan sentiasa berusaha mendidik pengundinya menjadi pengundi minda kelas pertama. Pemimpin PAS Perak mesti bijak memimpin. Sekiranya pemimpin PAS merasakan bahawa politik itu satu kerjaya, lebih baik anda mengundur diri. Berikan laluan kepada mereka yang benar-benar kukuh ekonominya seperti MB Nizar. Jikalau ekonomi anda sendiri belum kukuh, agak sukar untuk rakyat merasai kenikmatan berkerajaankan PR.

Kepada pimpinan PAS atau PR, tolonglah jangan menampakkan yang kami pengundi PAS/PR ini begitu mudah diperbodohkan melalui kenyataan demi kenyataan dangkal kalian.

Wallahualam

BN Makin Terdesak, KDN pantau blog

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti kini sedang dikumpulkan dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.


“Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah,” katanya.

Beliau di:temui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, semalam.

Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail seba:gai kes rintis, Hishammudin berkata, KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau telah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan laman web yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.

Ditanya mengenai laporan beberapa blog mengenai terdapatnya desakan agar Ketua Pergerakan UMNO Khairy Jamaluddin meletak jawatan, Hishammuddin berkata, laporan terbabit adalah tidak tepat.

Menurutnya, penulis blog terbabit tidak tahu hujung pangkal perbincangan mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, tidak menolak laporan itu mungkin dibuat kerana kepentingan tertentu, namun katanya desakan seumpamanya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti.

Beberapa blog baru-baru ini melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Syor persembah memorandum royalti kepada Agong

KOTA BHARU, 1 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mencadangkan memorandum tuntutan royalti dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menzahirkan rakyat negeri ini tidak akan menyerah kalah terhadap perkara itu.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, dalam kenyataan medianya memberitahu, memorandum berkenaan dipersembahkan kepada baginda Yang di-Pertuan Agong selepas majlis ceramah besar-besaran diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) sekali lagi perlu memainkan peranan untuk menganjurkan majlis berkenaan secara besar-besaran di peringkat pusat.

“Pada majlis ini amat wajar dijemput Tengku Razaleigh Hamzah bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir pada majlis itu,”ujarnya lagi.

Katanya, Pemuda PAS negeri juga mencabar Pemuda Umno Kelantan supaya mengambil tindakan terhadap bekas Pengerusi Petronas itu, sekiranya dakwaan Anggota Parlimen Gua Musang itu tidak benar.

Katanya, sekiranya fakta-fakta yang didedahkan Ku Li tidak benar, mereka hendaklah mengemukakan faktar sebenar berhubung perkara itu.

“Dengan cara itu Pemuda Umno Kelantan dapat membuktikan yang mereka tidak hanya bercakap kosong dan membuat kecaman dalam media kononnya rakyat negeri ini telah diperbodohkan oleh Ku Li,” ujarnya lagi.

Dewan Pemuda PAS Kelantan juga, kata beliau turut berharap Ku Li keluar daripada Umno dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat yang cukup membuktikan dasarnya untuk memperjuangkan kebajikan.

Tambahnya, ini berbanding dengan perjuangan Umno yang hanya mengambil berat tentang periuk nasi sendiri dan bukannya menjaga kebajikan rakyat.

Penduduk Bukit Botak Bakal Terima Rumah Semi D dari Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini memberikan semula hak tanah yang dinafikan oleh Umno-Barisan kepada penduduk Bukit Botak selama 20 tahun.

Setelah hampa dalam cubaan mendapatkan pembelaan daripada kerajaan negeri lalu, pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan kemelut penduduk berkenaan pada perjumpaan dengan mereka petang tadi .

Kerajaan Selangor menawarkan untuk membina rumah berbentuk semi-D untuk 1400 keluarga di Bukit Botak dan menjualnya kepada mereka pada harga lebih rendah dari pasaran.

Lebih sembilan puluh peratus daripada penduduk bukit Botak hadir pada sessi dialog ini.

Selain Tan Sri Abdul Khalid, kerajaan negeri turut diwakili oleh EXCO Kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad dan pegawai-pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid bersama wakil PKNS memberikan taklimat mengenai usaha pembangunan semula Bukti Botak yang tergendala dalam zaman pemerintahan Umno-BN dalam tahun lapan puluhan.

Khalid tegas menyatakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan memberi janji kosong kepada penduduk di sini.

" Taklimat cadangan pembangunan yang diadakan di Dewan Sri Siantan Selayang hari ini dan memberikan komitmen kerajaan negeri komitmen Kerajaan Negeri, memberikan penjelasan yang saya rasa akan menguntungkan rakyat, akan menguntungkan mereka-mereka yang telah kita janjikan sejajar dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor" ujar Khalid.

Beliau berkata kira-kira 1,442 rumah teres berkembar akan dibina dalam tempoh tidak melebehi 24 bulan untuk membolehkan penduduk bukit botak mendapatkan hak kekal untuk menetap di sini.

Projek ini akan membabitkan tanah seluas 55.8 hektar dan dijual pada penduduk dengan harga RM99 ribu.

Harga pasaran untuk unit rumah berkenaan ialah RM175 ribu sebuah.

Khalid menambah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama pakar telah melakukan kajian untuk memastikan penduduk Bukit Botak mendapat tempat tinggal yang selesa buat mereka.

" Dalam kajian-kajian PKNS bersama dengan pakar-pakar, arkitek, QS dan juga pihak akauntan, mereka akhirnya membuat keputusan mencadangkan pembinaan rumah yang sesuai dengan keadaan tanah-tanah tersebut dengan nilai boleh dikemukakan kepada masyarakat Bukit Botak dengan harga RM 99 ribu ringgit" tambahnya.

Penduduk Bukit Botak juga diberi pilihan samada menerima rumah tersebut dengan harga yang ditawarkan ataupun menjual rumah itu kepada PKNS dengan harga pasaran semasa.

" Mereka juga bersedia menjamin, jika mereka tidak mahukan rumah tersebut apabila sudah siap, PKNS menjamin untuk membelinya dengan harga RM170 ribu".

Difahamkan, rumah berbentuk Semi D ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan diterap gaya binaan berunsur kontemporari moden.

Kerajaan negeri juga berjanji akan melantik kontraktor berkemampuan untuk membangunkan projek ini.

Berkaitan :

Penduduk Bukit Botak Dipinggir Sejak 1986

Penduduk Bukit Botak mula dibelit masalah pemilikan tanah seawal tahun 1986.

Sebanyak 2,300 keluarga tiba- tiba dinafikan hak milikan tanah mereka, sebaik sahaja kerajaan negeri terdahulu mengumumkan akan melancarkan program pembasmian setinggan.

Hasil pengurusan longgar pihak kerajaan negeri terdahulu, sebanyak 39 orang tercicir dari senarai pemilik tanah kawasan ini.

Projek yang melibatkan tanah seluas 201 ekar ini membabitkan 9 buah kampung iaitu Kampung Kok Doh, Lembah Selayang, Lembah Mutiara, Lembah Mutiara 2, Bukit Mutiara, Bukit Perwira, Lorong muhibab, Pinggiran Cendana dan Sri Cendana.

Pada tahun 1988, Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menubuhkan Shah Alam Propeties (SAP) sebagai Pengurus Pembangunan Projek bagi meneruskan usaha menempatkan setinggan itu.

Sebanyak RM17 juta telah diluluskan untuk kerja- kerja pembangunan dan perancangan perbekalan air, elektrik dan lampu jalan bagi kawasan itu.

Malangnya projek jutaan ringgit itu terbengkalai pada tahun 1992 dan tidak diteruskan oleh SAP.

Pada tahun 1996, ketika kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abu Hassan Omar, syarikat pemaju baru dilantik untuk meneruskan projek itu.

Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) diamanahkan untuk menyediakan 1,367 rumah berkembar. Untuk tujuan itu, Del Puri mengarahkan peserta pembasmian setinggan ini menjelaskan kos pembinaan rumah dan infrastruktur kepada DCSB dan membuat bayaran premium kepada kerajaan negeri.

Paling memberi kesan, mereka diarahkan mengosongkan tanah kediaman mereka sehingga rumah yang dijanjikan siap dibina.

Pada tahu 2004, projek ini sekali lagi terbengkalai.

Antara punca kepada terbitnya permasalahan ini adalah,

- DCSB tidak membuat bayaran premium tanah yang dikutip daripada peserta.

- Tidak menyiapkan rumah transit seperti yang dipersetujui.

- Tidak konsisten dalam pembayaran wang subsidi sewa sejumlah RM300.

- Hanya menyiapkan 82 lot rumah berkembar dan sebanyak 52 hakmilik telah digadai kepada pihak bank.

Pada tahun 2005, Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohd Khir Toyo telah mengarahkan PKNS mengambilalih pembinaan itu.

Kontrak DCSB ditamatkan namun tiada tindakan diambil ke atas DCSB walaupun Kerajaan negeri menanggung kerugian yang besar dan masalah setinggan masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Akibat dari pengambialihan itu, PKNS telah menanggung kos projek sebanyak RM48 juta untuk bayaran kontrak, bayaran yuran profesional, bayaran subsidi sewa dan saguhati pemindahan, kos penamatan konrak dan lain- lain bayaran. Jika projek ini diteruskan, PKNS akan menanggung kerugian sebanyak RM136.4 juta.

BN Terdesak 'Pancing' Pembangkang

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terdesak sehingga terpaksa memancing Ahli Parlimen pembangkang menyertai kerajaan.

Malah beliau mendakwa, tindakan tersebut hanya merosakkan kredibiliti parti pemerintah itu.

"Tindakan mereka menghantar SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kepada saya jelas menunjukkan tindakan terdesak pemimpin Umno dan BN.

"Bagi saya tindakan mereka itu sangat tidak berfaedah dan sia-sia. Bagi saya perkara sebegini akan hanya merosakkan kredbiliti mereka,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Azan dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pernah menerima tawaran daripada Umno dan BN.

Semalam Anwar dilaporkan berkata kedua-dua ahli Parlimen berkenaan pernah didampingi pemimpin Parti Cina Malaysia, Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berhubung pelawaan untuk menyertai parti masing-masing.

Beliau turut mendakwa ekoran tidak melayan pelawaan itu maka jumlah wang ganjaran yang dikatakan akan ditawarkan kepada kedua-dua pemimpin berkenaan tidak dibincangkan. Mengulas lanjut isu berkenaan, Azan mengakui pelawaan itu diterimanya dua hari selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi II PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian negeri.

"Selain SMS, saya juga ada terima panggilan telefon. Saya anggap SMS dan panggilan itu, sekadar satu pelawaan biasa dan cubaan untuk memancing saya sahaja.

"Ingin saya tekankan sekali lagi, bahawa saya akan terus setia bersama PKR mempertahankan dasar perjuangan parti bersama-sama PAS dan DAP," ujarnya.

Ditanya sama adakah pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu, ialah bekas menteri Kabinet, Jamaluddin Jarjis, Azan berkata: "Hatta daripada mereka yang pernah ada dalam Kabinet pun ada.Cuma butirannya tidak perlulah saya dedahkan sekarang," katanya.

Beliau turut mencabar pemimpin Umno tersebut menafikan dakwaannya itu, jika mereka berada di pihak yang benar.

"Saya ada bukti, SMS yang dihantar kepada saya pun saya masih simpan. Kalau mereka betul mereka boleh nafikan dakwaan ini," ujarnya.

Pada 25 Januari lalu, Azan, 44, meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Dua PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian negeri, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau membuat keputusan itu selepas kecewa dengan pentadbiran PKR negeri terutama berkaitan isu pengurusan kewangan dan kutipan dana awam parti berkenaan.

Sementara itu, Yusmadi dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

"Maaf, saya tidak sihat hari ini. Saya tak mahu ulas mengenai isu ini," katanya.

'Sudah terlambat, Ali Rustam'

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata sudah terlewat untuk Yayasan Melaka membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu melunaskan tunggakan cukai tanah berjumlah RM5.7 juta tersebut.

Ini kerana katanya cukai itu telah tertunggak selama lapan tahun.

"Satu tahun tak apa, ini lapan tahun terlalu lama. Sekarang kita ada ketelusan dan kebertanggungjawaban, kita kena telus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat pelupusan sampah Worldwide Holdings Bhd di Bukit Kerayong, Jeram di Kuala Selangor.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada Sabtu lepas bahawa Yayasan Melaka bersedia membantu YBK Selangor melunaskan cukai tertunggak itu jika kerajaan negeri Selangor setuju melanjutkan tempoh bayaran sehingga 1 Feb.

Sebelum itu, Pengerusi YBK negeri Datuk Zainal Abidin Sakom dilapor media sebagai berkata yayasan perlu menjelaskan cukai tanah seluas 526 hektar di Serendah, Rawang pada 30 Jan lepas.

Khalid juga menyarankan agar Yayasan Melaka membeli tanah itu pada harga pasaran sekiranya benar-benar mahu membantu YBK membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara itu di sana.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan merampas tanah itu, Khalid berkata:"Ia akan dilakukan mengikut proses."

Ada orang kampung yang tanah mereka dirampas kerana lewat membayar cukai tanah, katanya.

- Bernama

SU PAS: JK tatatertib hanya memandu

Jawatankuasa tatatertib Pakatan Rakyat hanya berfungsi menasihatkan dan memberi panduan kepada parti-parti pembangkang yang bergabung dalamnya, kata setiausaha agung PAS.

"Kita hanya ada jawatankuasa tatatertib yang menasihatkan jawatankuasa disiplin parti komponen sebab dalam Pakatan tidak ada badan rasmi (tersebut)," kata Datuk Mustafa Ali.

"Jawatankuasa tatatertib ni hanya beri pandangan kepada parti yang berkenaan. Matlamatnya hanya untuk beri panduan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas keperluan diwujudkan sebuah jawatankuasa disiplin bersama PKR-PAS-DAP bagi menangani aduan-aduan disiplin terhadap pemimpin masing-masing.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Pakatan akan mengaktifkan jawatankuasa tatatertib bagi menangani perkembangan tidak sihat yang melibatkan parti gabungannya.

Kebelakangan ini berlaku pertikaian terbuka antara pemimpim Pakatan, antaranya melibatkan dua ahli parlimennya Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Khalid Samad (Shah Alam).

Sementara ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim pula mengkritik keras Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Zulkifli dan Zahrain kini dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.

Sementara itu, mengulas ketidakpuasan hati seorang exco Pemuda PAS yang mempertikaikan kewajaran setiausaha agung parti menapis aduan terhadap jawatankuasa disiplin, Mustafa berkata, perkara itu merupakan haknya.

"Setiausaha agung berhak menilai aduan berdasarkan merit dan memberitahu kepada pengadu sama ada aduan itu perlu dibawa ke jawatankuasa disiplin atau boleh diselesaikan pada tahap pentadbiran," katanya.

Pemuda Umno Kelantan gesa Ku Li lepaskan kerusi MP

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 1 — Pemuda Umno Kelantan mahu Tengku Razaleigh Hamzah melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, dan menyertai PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat.

Susulan ceramahnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan Ahli Parlimen Gua Musang itu dilabel sebagai menentang arus dan menyimpan agenda tersendiri.

“Tindakannya (Ku Li) itu jelas membayangkan beliau tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Jadi, Pemuda (Umno) Kelantan merasakan adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai PAS atau PKR,” kata Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Razaleigh (gambar), yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, ketika menyampaikan ceramah royalti di Stadium Sultan Mohamad IV Khamis lalu.

Meskipun telah ditegaskan oleh Tengku Razaleigh bahawa kesanggupannya berada di pentas tersebut berasaskan prinsipnya untuk menegak keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan, namun kenyataan beliau mencetuskan kontroversi kerana melibatkan kerajaan negeri pimpinan PAS.

“Saya bebas bersuara apa yang saya suka asalkan saya tidak langgar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin Umno.

"Saya bukan ‘pak turut’,” kata beliau.

Pun begitu, prinsip Tengku Razaleigh dilihat sebagai tidak laku digadai apabila ia disanggah Pemuda Umno negeri yang mengatakan ceramah beliau itu sebagai tidak lebih daripada memperbodohkan rakyat Kelantan.

“Persoalannya kenapa baru sekarang Ku Li bangkit untuk memberikan penjelasan akan kepentingan rakyat Kelantan?

"Kenapa tidak daripada dulu lagi," kata beliau.

"Sedangkan beliau mempunyai ruang yang terlalu luas sebagai Ahli Parlimen lebih dari 30 tahun,” katanya.

Merujuk sejarah perkembangan politik Tengku Razaleigh, Anuar memberitahu Pemuda Umno melihat rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti beliau yang tidak pernah tetap dengan pendirian.

Ku Li di antara pimpinan kanan kerajaan Umno-BN bertindak menubuhkan parti Semangat 46 bersama rakannya Datuk Rais Yatim bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam era 90-an selepas tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertandingan merebut jawatan presiden pada pemilihan parti 1987.

Bagaimanapun apabila parti tersebut dibubarkan pada 1996, Tengku Razaleigh dan Rais kembali menyertai Umno semula.

Dalam pada itu Anuar menegaska selaku Ahli Parlimen BN Tengku Razaleigh tidak seharusnya duduk bersama-sama pemimpin PAS yang telah banyak memperkecilkan pimpinan Umno-BN dengan pelbagai tuduhan yang bukan-bukan.

Tambah beliau, bagi Pemuda Umno sama ada royalti atau wang ihsan adalah sama.

"Apa yang penting adalah program dan pelaksanaan akan sampai kepada rakyat," katanya.

Sementara itu Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi menyifatkan kerajaan Umno-BN mencarik peradaban prinsip demokrasi terhadap kerajaan negeri jika pemberian wang ihsan mahupun royalti disalur melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Beliau menyelar kaedah tersebut jelas menggambarkan sikap diskriminasi kerajaan pusat bukan sahaja menganaktirikan kerajaan negeri malah menganiaya demi kepentingan politik.

“JPP adalah agensi kerajaan pusat. Sedangkan royalti adalah milik kerajaan negeri sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

"Petronas sepatutnya membayar royalti secara langsung kepada kerajaan negeri.

“Akta Kemajuan Petroleum sudah jelas, royalti menjadi hak mutlak Kelantan. Maka tiada sebab nak dinafikan,” katanya semasa ditemui.

Menurutnya, justifikasi segelintir menteri Umno yang khuatir dari segi pengurusan kewangan oleh kerajaan negeri sekiranya wang tersebut disalurkan terus kepada kerajaan negeri hanya satu retorik tidak berasas sama sekali.

Tegasnya, perkara asas paling utama adalah hak sesebuah negeri itu dalam menerima hasil daripada perjanjian yang dibuat, bukan soal pengurusan atau kelayakan.

“Kalau nak pertikai soal bijak atau tidak, contoh sudah ada. Semua rakyat sudah nampak.

"Di Terengganu stadium bernilai ratus juta ringgit tiba-tiba runtuh.

“Begitu juga stesyen bas, masjid, termasuk hospital yang tidak dapat diguna selepas dibina oleh kerajaan persekutuan.

“Secara logiknya kejadian tersebut menunjukkan berlakunya salah guna kuasa ataupun tidak menguruskan kewangan dengan baik. Jadi di mana bijaknya kerajaan persekutuan?” soal Che Abdullah.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kebimbangannya jika wang ihsan disalurkan kepada kerajaan negeri gagal diurus dengan bijaksana sekali gus pengagihan wang tersebut tidak menepati sasarannya.

Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

maza_umrah.pngOleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:

1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?

Lampiran 1

Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)

Lampiran 2

Aishah R.A bangang dalam tajuk
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)


Tindakan UMNO BN Cuba Rampas Selangor Dikecam

Tindakan UMNO BN memperalatkan agensi-agensi kerajaan pusat disamping memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat menerima kecaman hebat dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini.

AMK menuntut agar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan menghormati mandat rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 lepas.

“Justeru, AMK Selangor menggesa agar kerajaan persekutuan menghormati konsep federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, AMK Selangor mengulangi desakan agar kerajaan persekutuan bersikap profesional mengenai peruntukan dan geran pembangunan yang telah termaktub.“AMK Selangor juga berharap kerajaan persekutuan tidak mensabotaj sebarang usaha untuk membawa pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor,” jelas beliau.

“Kita berharap usaha giat membawa FDI ke Selangor dapat memperbaiki kedudukan ekonomi negara yang kini masih memerlukan pemulihan dan suatu usaha bersepadu kerajaan persekutuan dan negeri,” tambahnya.

Kata Mohd Ezli, “suara pilihan rakyat dalam PRU-12 perlu dihormati. Justeru kerajaan persekutuan di bawah Umno-BN tidak harus menganaktirikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jika pimpinan persekutuan mempunyai jiwa besar memajukan negara.”

“Kita tidak mahu ada usaha-usaha mana-mana menteri persekutuan menghalang mana-mana agensi kerajaan persekutuan untuk berbincang dan bertukar-tukar kepakaran bersama agensi di bawak kerajaan negeri Selangor,” tambahnya.

AMK Selangor juga menggesa agar tiada kekangan dan sekatan peruntukan geran pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan Selangor dilencongkan menggunakan apa jua alasan yang tidak profesional dan terkongkong dalam persepsi politik sempit.

“Kita menggesa agar kerajaan persekutuan menghentikan sebarang usaha yang cuba mengganggu-gugat kerajaan Selangor disebabkan perbezaan dan pandangan politik,” ujar beliau.

Sementara itu pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan UMNO BN yang memperlatakan agensi kerajaan pusat, SPRM dan Polis untuk menekan bagi menjayakan missi rampas Selangor tanpa menunggu pilihanraya umum sebagai keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan rakyat.

"Mereka telah berjaya melaksanakan kudeta di Perak, kini mereka cuba di Selangor dan di Pulau Pinang dibantu pula oleh media-media arus perdana untuk memburuk-burukkan pemerintahan PR di negeri-negeri tersebut," tegas seorang pensyarah IPTA.

Zambry Buat kenyataan GILAK hari nie.. Kalau Letak Jawatan SPR bukan bagi lawan lagi dah..!!

Zambry cabar Nizar dan wakil rakyat pembangkang kosongkan kerusi

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Menurutnya, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini berpihak kepadanya.

Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.-Bernama

Admin - Zambry nie tak tau Undang-Undang SPR kee..Seandainya pakat letak jawatan mereka itu bukannya boleh bertanding lagi sebab SPR gantungkan mereka tak boleh bertanding... ini pon tak reti tapi hendak juga bercakap....

DARI LEMBAH PANTAI

MINAH CUN BERGETAH




KENYATAAN MEDIA

Tarikh: 1 Februari 2010


SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH

Pada hari ini, seluruh Wilayah Persekutuan meraikan Ulang Tahunnya yang ke-36. Sempena sambutan Hari Wilayah ini, saya ingin menarik perhatian Kerajaan serta penduduk wilayah tentang beberapa isu besar yang melibatkan kepentingan dan kemaslahatan rakyat agar sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini dapat dimanfaati bersama.

Sebelum meraikan Hari Wilayah, marilah kita meraikan keberanian mahasiswa Universiti Malaya memperjuangkan sistem pilihan raya yang lebih telus dalam kampus baru-baru ini.

Sepertimana yang kita maklumi, rakyat Malaysia yang tinggal di luar kawasan WP berpeluang untuk mengundi wakil kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Ini tidak dinikmati oleh 1.5 juta rakyat di kawasan WP yang tidak berpeluang untuk menentukan kepimpinan mereka di peringkat wilayah. Ini juga bermakna RM 2.12 bilion wang peruntukan DBKL, tidak dipantau oleh mana-mana wakil rakyat di peringkat WP. Ini bercanggah dengan prinsip demokrasi yang menetapkan penyertaan rakyat sebagai tunggak kepada sebuah pentadbiran yang telus dan adil. Justeru, saya menyeru agar rakyat Wilayah Persekutuan diberikan ruang dan kuasa untuk menentukan dasar dan halatuju pemtadbiran WP melalui dialog dan rundingan awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Saya turut berasa kesal dengan penyelewengan kuasa dan penggunaan e-undi yang berlaku dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Saya menggesa pihak pentadbir universiti agar lebih menghormati hak mahasiswa untuk berpolitik melalui wadah demokratik di kampus dengan bebas dan saksama.

Baru-baru ini, penahanan 9 mahasiswa Universiti di kawasan Jalan Raja Laut, Wilayah Persekutuan kerana berhimpun dan berarak secara aman amatlah dikesali. Sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, saya yakin dan percaya bahawa mahasiswa kampus harus diberikan peluang dan ruang untuk menyuburkan demokrasi dan hak asasi di kampus ke arah Malaysia yang lebih bebas dan harmoni.

Dengan itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan Salam Hari Wilayah dan Salam Demokrasi!


NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai



MINAH BUN BANYAK GETAH

Ku Li: Tindakan disiplin tidak relevan, Umno boleh lakukan apa saja

KUALA LUMPUR, Feb 1 — Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan.

“Isunya ialah apa yang undang-undang kata. Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” kata Tengku Razaleigh (gambar) kepada Astro Awani hari ini.

Bekas menteri kewangan ini memberitahu sebagai (bekas) pengerusi Petronas beliau menggubal akta itu dan memeterai perjanjian-perjanjian berkaitan atas arahan Allahyarham Tun Razak, yang merupakan perdana menteri kedua.

“Oleh kerana beliau mahu memastikan negeri-negeri miskin di Semenanjung akan mendapat faedah daripada minyak ditemui di pesisir.

“Beliau mengetahui bahawa mereka tiada minyak di darat atau dalam lingkungan perairan negeri,” katanya.

Kata Tengku Razaleigh isunya sekarang bukan beliau, di sebalik soal perundangan dan hak rakyat dalam pertikaian mengenai tuntutan wang royalti petroleum.

Sehubungan itu jelas beliau Umno boleh berbuat apa sahaja yang mereka “inginkan.”

“Lebih-lebih lagi mereka masih perlu berurusan dengan soal undang-undang dan menghadapi rakyat,” katanya.

Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh, yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Kata Mustapa, hanya Majlis Tertinggi Umno yang boleh membuat keputusan dalam soal itu.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.

Mustapa baru-baru ini mengumumkan kerajaan pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak dan jumlah itu merupakan lima peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008.

NC UM jamin akan letak jawatan jika e-undi bermasalah?

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon dikatakan rela meletakkan jawatannya jika sistem e-undi yang diamalkan kelak akan mendatangkan masalah.

"NC pernah jamin bahawa sistem e-undi di kampus itu tiada masalah, dan jika sebaliknya berlaku, beliau rela meletak jawatan," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada Kedah) Syazwan Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Tambahnya, hal jaminan itu pernah disuarakan dalam suatu mesyuarat bersama kumpulan Pro Mahasiswa dengan NC sebelum ini.

Syazwan, wakil calon kepada Mohd Hafiz Ilyas (Umum) yang mendapat undian tertinggi dalam PRK sebelum ini berkata, hal itu pernah disebut dalam suatu rundingan bersama kumpulan Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah) sebelum ini.

"Ya, ada (jaminan itu). Waktu temubual (antara) wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM UM) dengan beliau tentang isu UM dan e-undi," kata Pengerusi Bantah Mohd Aizat Mohd Salleh, ketika mengesahkan kedudukan hal itu melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada erapakatan.com hari ini.

Sidang media yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang ini di Akademi Pengajian Islam (API UM) dibatalkan berikutan program konvoi anjuran kumpulan mahasiswa itu ke Gombak yang bermula pagi tadi di Masjid Ar-Rahman.

Kerajaan Persekutuan mesti hormati mandat rakyat Selangor

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menuntut agar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan menghormati mandat rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 lepas.

“Justeru, AMK Selangor menggesa agar kerajaan persekutuan menghormati konsep federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, AMK Selangor mengulangi desakan agar kerajaan persekutuan bersikap profesional mengenai peruntukan dan geran pembangunan yang telah termaktub.“AMK Selangor juga berharap kerajaan persekutuan tidak mensabotaj sebarang usaha untuk membawa pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor,” jelas beliau.

“Kita berharap usaha giat membawa FDI ke Selangor dapat memperbaiki kedudukan ekonomi negara yang kini masih memerlukan pemulihan dan suatu usaha bersepadu kerajaan persekutuan dan negeri,” tambahnya.

Kata Mohd Ezli, “suara pilihan rakyat dalam PRU-12 perlu dihormati. Justeru kerajaan persekutuan di bawah Umno-BN tidak harus menganaktirikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jika pimpinan persekutuan mempunyai jiwa besar memajukan negara.”

“Kita tidak mahu ada usaha-usaha mana-mana menteri persekutuan menghalang mana-mana agensi kerajaan persekutuan untuk berbincang dan bertukar-tukar kepakaran bersama agensi di bawak kerajaan negeri Selangor,” tambahnya.

AMK Selangor juga menggesa agar tiada kekangan dan sekatan peruntukan geran pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan Selangor dilencongkan menggunakan apa jua alasan yang tidak profesional dan terkongkong dalam persepsi politik sempit.

“Kita menggesa agar kerajaan persekutuan menghentikan sebarang usaha yang cuba mengganggu-gugat kerajaan Selangor disebabkan perbezaan dan pandangan politik,” ujar beliau.

PAS kekal di Pakatan meskipun dterus dilanda krisis

Oleh Adib Zalkapli


KUALA LUMPUR, Feb 1 — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata soal parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) tidak timbul meskipun wujud krisis membabitkan pemimpin komponennya, yang terbaru antara PKR dan DAP.

“Perkara ini tidak timbul. Kami ada berbincang mengenai ini semalam dan kami diberi penerangan tentang perkara ini dan perkara ini dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mustafa ditanya sama ada pertelingkahan antara DAP dan PKR di Pulau Pinang akan menyebabkan PAS mengkaji semula kedudukannya dalam PR.

Krisis terbaru tercetus ekoran kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai diktator dan berfikiran komunis.

Ekoran kenyataan itu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam memutuskan untuk merujuk Zahrain kepada lembaga disiplin.

Zahrain didakwa mengetuai sekumpulan ahli Parlimen PKR untuk menyertai Barisan Nasional (BN), yang membolehkannya memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.

Minggu lalu PKR memutuskan untuk merujuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada lembaga disiplin kerana membuat laporan polis terhadap Khalid Samad dari PAS agar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana meminta enakmen agama Islam Selangor dipinda.

Mengenai jawatankuasa disiplin PR, Mustafa berkata ia hanya akan memainkan peranan sebagai ‘penasihat’ buat peringkat ini.

“Terma rujukan belum digariskan tetapi ada garis panduan untuk memberi nasihat kepada kes-kes yang ada,” katanya.

Mengenai dakwaan Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim bahawa parti terlalu ‘dingin’ dalam menangani kes-kes disiplin, Mustafa berkata beliau masih mengkaji laporan yang dikemukakan oleh Abdullah.

“Saya akan memanggil beliau dalam sehari dua ini,” kata Mustafa.

Kes-kes disiplin akan dirujuk kepada setiausaha agung sebelum dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin.

APAKAH MAKSUDANYA? KELANTAN MERDEKA?

PANAS : Ku Li Gesa Kelantan Kaji Kedudukan Dalam Persekutuan

Ahli Parlimen Gua Musang mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan supaya mengkaji semula kedudukan mereka dalam Persekutuan.

Beliau menegaskan kajian itu penting kerana sikap angkuh serta tidak bertanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan sikap diskriminasi terhadap Kelantan.

Menurut beliau banyak ketiadakadilan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan terutama dalam pengagihan pembangunan, geran tahunan dan pelbagai kepincangan yang dilakukan terhadap negeri itu.

Sebaliknya, Ku Li menegaskan, Kerajaan Kelantan begitu komited sebagai sebuah negeri yang mendokong kedaulatan undang-undang serta perlembagaan persekutuan.

Antaranya banyak cukai yang kerajaan negeri berikan kepada Persekutuan, menjelaskan hutang kerajaan negeri kepada persekutuan setiap tahun tanpa gagal, walhal hutang berkenaan angkara kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memerintah Kelantan dahulu.

Beliau dipetik berkata demikian oleh akhbar rasmi Pas, Harakah selepas sesi penerangan isu royalti minyak kepada rakyat Kelantan di Stadium Sultan Muhamad di Kota Bharu, baru-baru ini.

TV Selangor sedang mendapatkan reaksi daripada Kerajaan Kelantan berhubung kedudukan itu. -TVS

ANGPOW UNTUK WAKIL RAKYAT PR? Ah..yaa... ini lagi satu Angpow tahun baru cina..!!!

Ada pihak menuduh bahawa BN sedangkan menyediakan angpow untuk wakil-wakil rakyat PR supaya melompat menyertai BN. Saya tidak hairan dengan tuduhan itu kerana selama ini pun sudah banyak kali saya mendengar hal sedemikian. Malah ada yang mengaku sendiri akan hal ini bahawa mereka pernah hendak disogok oleh BN.
Terbaru Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri mendedahkan perkara ini, ada percubaan untuk menghasut dan meyogok Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail untuk meninggalkan PKR dan Pakatan.
Anwar berkata YB Azan Ismail sendiri menunjukkan sms mereka untuk tujuan itu.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR dekat Petaling Jaya semalam.
Dalam sejarah politik Malaysia sendiripun, kerajaan negeri Terengganu pernah tumbang kerana angkara politik 'angpow' ini iaitu di era hujung 50-an dulu.
Dalam kenyataan medianya semalam Anwar mengingatkan semua Wakil Rakyat PR supaya bersedia dengan modus operandi orang-orang ini (tali barut BN) yang cuba membuat semua cara yang tidak bermoral untuk menimbulkan masalah dalam Pakatan Rakyat.

Beliau meminta semua rakan dalam Pakatan berwaspada dengan pelancaran pembelian besar-besaran sebelum hari raya Cina ini.

Hati-hati dengan angpow BN menjelang Tahun Baru Cina ini. Rakyat Malaysia tidak mampu dan tidak mahu ada Wakil Rakyat yang mudah dijual beli macam ayam itik di pasar. Kepada pimpinan BN dan tali barutnya hentikan kerja tidak bermaruah dan berdosa ini (jika benar sudah merancang sedemikian).

Pelajaran sejarah untuk Dr Mahathir

Kesian Dr Mahathir. Semakin hampir ke destinasi akhir, semakin kurang daya fikir. Begitulah ragam manusia apabila sudah lanjut usia.

“Tun Dr. Mahathir Mohamed delivered a history lesson on Malay unity today and blamed PAS and PKR for dividing the community because of what he claimed was their greed for power.”

Maaf Tun, saya tidak dapat menerima pelajaran sejarah songsang, yang mengaitkan PAS dan PKR sebagai punca perpecahan Melayu. Disebabkan saya bukan balaci UMNO, tidak juga ahli PAS atau PKR, maka itu saya masih boleh membezakan antara ajaran sesat, fantasi dan kenyataan.

Mungkin kerana terlalu taksub dengan pujian juak-juak keliling, Dr Mahathir terlupa bahawa setiap telunjuk yang menuding, tiga jari lagi terarah ke diri sendiri. Itulah yang sebenarnya beliau lakukan, menepuk air di dulang, merecik ke muka sendiri.

Sejak PAS wujud pada tahun 1951 sehingga Dr Mahathir dinobatkan sebagai Perdana Menteri, berapa kali orang Melayu berpecah dan berapa ramai yang menganggotai parti bukan UMNO?

Mungkin kerana faktor usia, Dr Mahathir terlupa benih perpecahan yang beliau semai hidup subur dan masih lagi dituai hingga hari ini. Semasa berada di persada kekuasaan berapa kali pernah beliau menangani masalah mengikut tradisi orang Melayu, yang membolehkan kiambang bertaut setelah biduk berlalu? Sebaliknya, pecah dan perintah peningglan penjajah yang diamalkan. Setelah orang Melayu berpecah, maka mudahlah proses mengekalkan kuasa.

“Melayu mudah lupa”.ungkapan keramat Dr Mahathir. Oleh kerana beliau sudah tergolong sebagai Melayu, maka wabak pelupa orang Melayu pun sudah meresap ke dalam dirinya. Untuk memulihkan ingatan, saya catitkan rentetan peristiwa besar yang membawa kepada perpecahan.

Keretakan UMNO dan orang Melayu bermula pada tahun 1986 apabila timbalan beliau, Dato Musa Hitam meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan. Amanat Musa “Jaga UMNO baik-baik” dipandang ringan oleh orang Melayu sendiri. Ramai pengikut fanatik berpendapat orang Melayu akan terus bersatu, mengangguk patuh macam abdi walau apa pun yang dilakukan oleh pemimpin.

Retak menjadi belah apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988. Susulan dari itu, wujud parti Semangat 46. Berduyun-duyun orang Melayu keluar parti kerana tidak mahu terus berada di bawah cengkaman kuku besi. Setelah menyedari Semangat 46 bukannya angsa yang bertelur emas, ramai berpatah balik termasuklah DS Rais Yatim yang pernah membakar jambatan. Namun, kembalinya mereka masih belum dapat menyatukan orang Melayu.

Retak yang belah terus berkecai macam kaca terhempas ke batu apabila Dr Mahathir melucutkan jawatan timbalannya pada tahun 1998. Kebencian orang Melayu memuncak setelah beliau sendiri mengaibkan bekas timbalannya menerusi media yang di kuasai kerajaan. Ramai yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi, termasuk saya, bergegas ke pusat pendaftaran kerana sudah hilang kepercayaan.

Dalam pilihan raya 1999, untuk pertama kalinya, UMNO kehilangan 32 kerusi dari 104 yang dipertandingkan. Terlepasnya Kelantan dan Terengganu bukan kerana keampuhan PAS dan Semangat 46 tapi kerana UMNO sendiri jadi lemah. Siapa yang menyuntik kuman polio ke dalam UMNO kalau bukan pemimpinnya sendiri? Siapa pencetus perpecahan?

Keputusan pengadilan yang tidak menggambarkan keadilan merentap sisa-sisa kepercayaan orang Melayu yang masih siuman. Mereka menunggu wadah perjuangan baru. Apabila PKR ditubuhkan, orang-orang UMNO yang mengutamakan prinsip dari kepentingan peribadi tidak teragak-agak keluar parti untuk meneruskan perjuangan.

”PAS and PKR greed for power”. Kenapa PAS dan PKR ataupun Semangat 46 sahaja yang dituduh tamak kuasa? Apakah yang berkuasa tidak tamak kuasa kalau enggan memberi laluan kepada orang lain?

”Perjuangan belum selesai”. Itulah alasan Dr Mahathir. Kalau belum selesai, kenapa akhirnya melepaskan juga jawatan Perdana Menteri? Kenapa tidak terus duduk di singgahsana hingga denyutan nadi terhenti?

PAS dan PKR punca perpecahan? Tidakkah terfikir tindakan keluar dari UMNO semasa Pak Lah menjadi perdana menteri boleh meranapkan perpaduan orang Melayu yang sudah nazak? Atau memang itu maksud yang tersirat?

Benih yang disemai Dr Mahathir terus dituai. Kalau dulunya rakyat Terengganu dihukum kerana memilih PAS untuk menerajui kerajaan negeri, kali ini rakyat Kelantan pula yang menjadi mangsa.

Berbeza dengan Terengganu, Kelantan masih ada pejuang tulen yang sanggup bangun memperjuangkan hak rakyat walaupun menyedari kemungkinan beliau tersingkir dari parti kerana kononnya melanggar etika. Sekiranya UMNO mengikut jejak Dr Mahathir, memilih jalan pintas dengan mencantas, menyingkir Ku Li, perpecahan orang Melayu pasti berlaku lagi.

Kalau tidak cermat menarik rambut dari dalam tepung, kemungkinan rambut bukan saja putus, tapi tepung juga akan berserakan. Perpecahan yang bakal menanti lebih dari apa yang telah dialami.

Cuba teliti maksud tersirat disebalik kenyataan Tengku Razaleigh:
“The oil caucus I will lead is not just about oil. It is to re-examine the relationship between the states and the federal government.”

“Let us re-examine the terms of the Federation Agreement signed in 1948.”

Dari mana puncanya segala permasalahan ini? Interpretasi ‘royalty’ boleh ditukar mengikut selera kerajaan pusat. Tidakkah ia bermula pada tahun 1999 ketika Dr Mahathir menerajui UMNO dan kerajaan?

Virus yang menyerang saraf perpaduan orang Melayu bertambah kronik setelah Dr Mahathir dan pengikut tegar dibalut daki penswastaan. Orang Melayu yang selama ini sanggup sama melapah hati gajah, mencecah hati kuman bertukar menjadi enau melepaskan pucuk masing-masing. Akhirnya muncul dua kasta Melayu. ‘Brahmin’ dari kelompok elit politik UMNO yang berideologi ‘matalamat menghalalkan cara’ di satu pihak manakala di pihak yang lain terdiri dari golongan ‘untouchables’, merangkumi masyarakat kampung, Felda dan nelayan.

Rumpun Melayu akan terus layu kalau punca kelahiran ‘Brahmin’ dan ‘untouchables’ dibiarkan rendang.

Wang ihsan: Tawaran pada Kelantan masih terbuka..ha.ha..ha..tawaran tahun baru cina oleh UMNO@BN...!!! Petualang Rakyat Kelantan nak main-main lagi..!

Walaupun kerajaan Kelantan telah menolak tawaran menyertai jawatankuasa pengurusan wang ehsan namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri untuk menyertainya demi masa depan rakyat secara keseluruhan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memikirkan secara serius penolakan itu kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Kelantan yang sememangnya mahukan pembelaan dan pembangunan.

"Tawaran untuk sertai jawatankuasa ini masih terbuka buat kerajaan Kelantan dan jika masih menolak ia akan merugikan rakyat Kelantan.

"Kalau ada wakil kerajaan negeri, wakil itu boleh menentukan keutamaan dalam sektor tertentu untuk membelanjakan wang ihsan yang akan diterima pada Mac ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pertemuan dengan pengetua Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bertegas kerajaan negeri yang diketuainya itu tidak akan menerima pelawaan menyertai jawatankuasa berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemberian wang ehsan yang bukannya royalti petroleum.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan pusat mempelawa kerajaan negeri melalui wakilnya untuk berada dalam jawatankuasa tersebut bagi pengagihan wang ihsan secara telus terhadap rakyat.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Jan lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini namun jumlah itu juga dipertikaikan oleh kerajaan negeri.

Mengulas isu itu lagi Mustapa menjelaskan beliau telah diberi restu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan jumlah wang ihsan itu baru-baru ini.

"Ini bukan keputusan saya seorang kerana keputusan ini diambil secara bersama oleh kerajaan pusat dan juga Petronas dan isu ini tidak perlu dipolitikkan oleh sesetengah pihak," katanya yang mengulas kenyataan exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang mempertikaikan mengapa jumlah itu tidak diumumkan perdana menteri sendiri.

Beliau juga berkata isu wang royalti yang ditimbulkan itu sebenarnya tidak menjejaskan keadaan keselamatan di Kelantan tetapi salah faham dan fitnah mengenai isu tersebut bagaimanapun perlu dihentikan segera.

"Banyak berlaku salah faham dan fitnah termasuk mengaitkan diri saya dan (Senator Datuk Dr ) Awang Adek seolah-olah kami ini pengkhianat kepada rakyat Kelantan," katanya.

Berita Angin: Pilihanraya serentak Perak dan Sarawak.


Register today,  vote for your future!

Dengar khabarnya di kedai2 kopi, di warung2, di kopitiam2 dan di restoran2 nasi kandar DUN Sarawak dan DUN Perak akan dibubarkan serentak.

Strategi ini untuk menumpulkan tumpuan kempen parti2 PR. Kalau DUN Perak saja bubar, semua jentera parti2 PR akan tertumpu ke Perak.
Begitu juga kalau DUN Sarawak saja dibubar.

Pihak BN tak ada masalah tentang jentera, infrastruktur dan logistik berkempen. Semua jentera negara dan negeri akan dikerahkan untuk berkempen dan bekerja bagi pihak BN.

Begitu juga dengan kewangan, BN banyak pemodal-taukey yang sanggup beri subsidi. Wang negara pun akan kena pau.

Ini terutamanya berkempen di Sarawak. Negerinya besar, lebih luas daripada Tanah Semenanjung. Bagi satu kawasan DUN, untuk logistik dan berkempen, memerlukan RM200,000.

Ada 71 kawasan DUN. RM200,00 x 71 Berapa da?

BN akan belanja tak kurang dari RM 1 juta untuk satu kawasan DUN. Untuk politik wang!

Oh ya, bila?

Desas desusnya ialah pada bulan Mei. Bulan Jun pesta Gawai di Sarawak. Jadi kata Orang Iban tak sesuai buat pilihanraya.

Hujung bulan Februari ini AGM parti PBB - parti pemerintah Sarawak. Ranking parti itu akan diputuskan di situ. Calon2 juga akan dikenalpasti kat situ.

Masa aku pegi kat Sarawak, kuat sekali lobi melobi calon ni. Sudah ada yang mengenalkan diri sebagai calon dan mula berkempen.

Sarawak dan Perak, BN rasa mereka boleh menang. Apa khabar PR?...

Ketua UMNO Bhgn. Pendang Guna Sekolah Bantai Kerajaan Negeri Kedah

Mananya walk the talk Menteri Pelajaran oii. KPI kamu dimana!!

Kalau dizaman Pak Lah, sering kita dengar perkataan " walk the talk", tetapi diaman DS Najib ni tak lagi kedengaran perkataan macam itu, apa yang sering didengari adalah hanya satu Malaysia, rakyat didahulukan.

Beberapa kali didalam perbahasan ana telah menyentuh berkenaan dengan walk the talk yang sering diabaikan oleh kebanyakan Menteri BN ini, Apa yang mereka perkatakan itulah yang mereka langgari. Sering kita dengar sekolah jangan dijadikan gelanggang politik, guru dan anak murid disekolah jangan dicampur adukkan dengan politik, tetapi itulah pengkhianatan yang amat sering dilakukan oleh UMNO dan BN ini.

Mereka larang orang gunakan sekolah untuk gelanggang politik, tetapi merekalah yang sering menjadikan sekolah sebagai gelanggang politik.

Dalam perbahasan peringkat jawatan kuasa bajet 2010 dalam perlimen bulan Disember lepas, ana ada sentuk pasal sekolah tidak benarkan kami wakil dari Parti Pemerintah di negeri Kedah ini masuk kedalam dewan sekolah untuk sama-sama berada diatas pentas semasa majlis pencapaian hadiah cemerlang, tetapi kalau mohon derma sekolah kerajaan Malaysia inilah yang paling kerap memohon, apa yang dijawab oleh Dr Fuad Zarkashi, ia akan beri jawapan secara bertulis berhubung perkara tersebut, namun sampai sekarang ana masih belum menerima jawapan daripada beliau lagi.

Apa yang ana paparkan disini adalah apa yang berlaku 2-3 hari lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh Dalam

dalam kawasan ana di Pendang dimana ketua UMNO bahagian, telah menggunakan dewan SMK itu untuk berucap menghentam kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat dengan berbagai hujjah yang tidak ada fakta dan bukti kepada para ibu bapa yang terpaksa hadir atas alasan anugerah cemerlang untuk anak-anak mereka , ramai yang melahirkan rasa meluat dan geram dengan program ini, kata mereka kalau tahu Ketua Bahagian UMNO yang hadir, dari awal mereka tak sudi untuk hadir pada hari itu. Mereka merasakan telah ditipu, Menteri mengajar supaya sekolah tidak digunakan untuk kepentingan politik, tetapi membiarkan UMNO menyalahgunakan sekolah untuk kepentingan politik.

Ana tak kisah kalau mereka nak bagi wang ke, hadiah ke kepada murid cemerlang kerana duit peruntukan untuk Ahli Parlimen Pendang satu sen pun ana tak dapat dari peruntukan untuk kawasan Parlimen, tetapi janganlah menggunakan sekolah untuk meracuni fikiran anak-anak murid kerana itulah yang dilarang oleh Menetri Pelajaran sendiri, harap suatu tindakan perlu dikenakan kepada mereka yang membenarkan sekolah digunakan untuk program meracuni fikiran murid sekolah dengan aktiviti songsang ini.

Yang datang pula buka PPD ke atau Ketua Pengarah Pelajaran ke, tetapi Ketua UMNO Bahagian. Dah nampak jelas tak ada KPI Menteri Pelajaran ni.

Kalaulah begini kata mereka, makin ramai guru dan ibu bapa akan lebih meluat kepada UMNO pada PRU ke 13 nanti. Ana memang sokong cara ini kerana kalau berterusan peristiwa macam ini berlaku, ana tak payah lagi nak teruk berkempen kepada cikgu-cikgu untuk memberi sokongan kepada PAS lepas ini.

Sarawak dapat RM3.4 bilion di bawah NKRA..ha..ha...bajet dan gula-gula PRK Negeri ...!!

SIBU 1 Feb. - Sarawak akan menerima RM1.7 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan raya dan sebanyak RM1.7 bilion lagi untuk melaksanakan projek bekalan elektrik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata negeri itu juga akan mendapat RM9 juta untuk melaksanakan projek bagi bekalan air dirawat.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembangunan bagi kawasan Lanang yang disampaikan oleh anggota Parlimen kawasan itu Datuk Tiong Thai King, di sini malam tadi, katanya negeri itu juga akan mendapat RM100 juta bagi projek perumahan.

Mohd Shafie menjelaskan kosnya 10 kali lebih mahal bagi pelaksanaan projek infrastruktur di Sarawak berbanding di semenanjung berikutan keadaan muka bumi yang sukar dan tanah lembut di banyak tempat.

"Sebagai contoh, dalam pembinaan jalan raya, kontraktor perlu mengatasi masalah tanah lembut di banyak tempat. Mereka perlu memasang cerucuk bagi mengukuhkan jalan. Mereka perlu menghantar alat jentera dan bahan binaan di jarak yang jauh dengan muka bumi yang sukar, yang menyebabkan kos meningkat,” katanya. - Bernama

Polis, Undang-undang dan Hak asasi

Hujung minggu lalu ketika saya sedang berehat selepas mendaki Bukit Gasing dan bersarapan pagi, saya telah dihubungi dan dimaklumkan tentang penangkapan sembilan orang mahasiswa oleh polis dan mereka telah meminta bantuan guaman. Penangkapan dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, yang mana pihak polis mendakwa bahawa mahasiswa-mahasiswa tersebut telah terlibat dalam satu perhimpunan haram.

Sejak kebelakangan ini, saya memang mengikuti perkembangan kebangkitan mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan kita yang semakin berani menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pentadbiran universiti dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kebebasan akademik dan orang ramai secara keseluruhan. Saya pernah menghadiri beberapa siri forum yang mana terdapat beberapa wakil mahasiswa bersuara, dan pendapat yang disuarakan sangat tajam, bernas dan berani.

Rancangan AUKU gagal

Justeru itu, saya tidak terkejut sekiranya kerajaan persekutuan kini sudah mula berasa takut dan risau, walaupun isu yang dibangkitkan oleh golongan mahasiswa ini kebanyakannya adalah isu politik kampus dan bukannya negara, tetapi nampaknya rancangan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak lagi mahasiswa-mahasiswa kurang bijak melalui AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) nampaknya sudah tidak berjaya.

Ketika mahasiswa-mahasiswa tersebut menghubungi saya, saya telah meminta mereka memberikan saya nama pegawai polis yang bertugas dan jikalau boleh, mendapatkan nombor telefonnya sekali. Selepas lebih satu jam, salah seorang rakan mahasiswa yang ditangkap telah memberikan nama pegawai yang bertugas tetapi beliau gagal mendapatkan nombor telefonnnya. Maka saya telah menghubungi sendiri balai polis di mana mahasiswa-mahasiswa tersebut ditahan dan minta dihubungkan dengan pegawai terbabit.

"Sayalah polis yang tangkap awak (dulu)..."

Baru saja saya memperkenalkan diri saya sebagai "Puspa" kepada pegawai polis tersebut yang berpangkat ASP, beliau menyambung "Puspawati Rosman". Jadi saya sangkakan bahawa mahasiswa-mahasiswa yang ditahan telah memaklumkan kepada beliau bahawa saya adalah peguam yang mereka telah hubungi untuk khidmat guaman. Akan tetapi, pegawai tersebut berkata "tidak, tapi saya ingat nama tu. Sayalah polis yang tangkap dan lepaskan awak di Masjid Jamek tahun lepas". Saya tidak tahu reaksi bagaimana yang harus saya berikan selepas mendengar ayat penyata tersebut.

Pegawai tersebut memberitahu saya bahawa beliau adalah pengadu di dalam kes tersebut dan bukannya pegawai yang bertugas, dan pegawai penyiasat masih belum ditentukan untuk kes tersebut. Selepas lebih sejam, saya dan dua orang lagi peguam daripada Pusat Bantuan Guaman, Murnie dan Latheefa pergi bertemu dengan pegawai yang bertugas, yang berpangkat Inspektor.

Pada waktu yang sama, saya telah dihubungi oleh salah seorang daripada mahasiswa yang ditangkap yang memberitahu saya bahawa Inspektor tersebut telah mendesak supaya mereka menghubungi dan menyuruh ibu bapa masing-masing datang ke balai untuk mengikat jamin mereka.

Diperbodohkan oleh polis

Pada pendapat saya, permintaan daripada Inspektor tersebut adalah keterlaluan dan tidak masuk akal. Kebanyakan mahasiswa yang ditahan bukan berasal daripada Kuala Lumpur. Adakah polis sengaja hendak menyusahkan mereka, sedangkan tidak ada peruntukan di dalam mana-mana undang-undang pun bahawa ibu bapa wajib datang ke balai untuk menjamin anak yang sudah cukup umurnya?

Pegawai Inspektor tersebut juga bersikap dingin ketika kami para peguam meminta untuk dibenarkan berjumpa dengan anak guam. Katanya "tak boleh, saya masih menyiasat". Dengan penuh sabar kami bertanya kepada beliau atas dasar apakah permintaan kami ditolak dan Inspektor itu hanya menjawab "pergi periksa undang-undang".

Yang itu memang benar-benar menguji tahap kesabaran saya, kerana itu bukan pertama kali saya rasa diperbodohkan oleh polis. Di dalam Kanun Prosedur Jenayah, terdapat beberapa keadaan di mana hak anak guam untuk berjumpa dengan peguamnya boleh dinafikan, tetapi ia hanya boleh dilakukan oleh seorang pegawai polis berpangkat DSP ke atas atau di atas arahan DSP ke atas, bukan Inspektor. Inspektor di dalam kes masa kini bukan sahaja tidak memberitahu kami atas keadaan yang mana satukah penyebab hak anak guam kami dinafikan, tetapi beliau juga telah menyalahguna kuasa dan pangkat Inspektornya untuk menafikan hak anak guam kami.

Peguam diminta keluar

Selepas bertikam lidah dan membuat beberapa desakan melalui pelbagai cara selama lebih dua jam, akhirnya kami dibenarkan untuk berjumpa dengan anak guam dan menemani mereka memberikan keterangan. Kami pun berpecah. Akan tetapi terdapat satu insiden di mana ketika rakan saya Murnie menemani dua orang mahasiswa memberikan keterangan, tiba-tiba beliau telah diminta keluar daripada bilik siasatan oleh pegawai yang bertugas, kononnya kehadiran beliau di situ menyebabkan anak guamnya enggan memberikan kerjasama apabila memilih untuk tidak menjawab beberapa soalan yang diajukan. Murnie enggan keluar.

Terdapat peruntukan undang-undang di dalam Kanun Prosedur Jenayah di mana seseorang itu berhak berdiam diri atau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan ketika siasatan, sekiranya beliau berasakan bahawa jawapan yang diberikan boleh menyebabkan beliau dikaitkan dengan mana-mana jenayah atau penalti atau perlucutan hak. Malah, hak ini wajib dibacakan oleh pegawai penyiasat sebelum proses pengambilan keterangan bermula. Maka salahkah para mahasiswa tersebut menggunakan hak mereka itu?

"Kamu nak buat kacau saje, kan?"

Ketika saya pergi berjumpa dengan Inspektor bertugas yang menyuruh saya memeriksa undang-undang tadi, saya bertanya secara elok kepada beliau berapa ramaikah lagi mahasiswa yang masih belum diambil keterangan mereka, kerana saya mahu berada bersama mereka. Inspektor tersebut membalas "kamu ni nak buat kacau saja kan, tak payahlah". Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku ketika Murnie dibenarkan menemani dua orang mahasiswa tadi, dan menunjukkan kertas keterangan dua orang mahasiswa itu kepada saya.

"Ni apa ni? Tak nak jawab soalan! Kamu ni memang mengganggu kerja saya!" Kali ini saya tidak boleh bersabar lagi.

"Puan, ini kan memang hak mereka di bawah seksyen 112(2) Kanun Prosedur Jenayah", kata saya.

"Mana undang-undang pasal hak tu? Tunjuk pada saya!" Reaksi balas Inspektor itu memang memeranjatkan saya. Ini adalah kerana Kanun Prosedur Jenayah mewajibkan seseorang polis itu membacakan hak di bawah seksyen 112(2) tersebut kepada orang yang ditahan sebelum keterangan diambil!

Macam halau anjing...

Perang mulut berlaku di antara kami, yang mana akhirnya Inspektor tersebut mengugut untuk membuat laporan polis terhadap saya selepas saya menyifatkan bahawa cara beliau menghalau saya adalah seperti menghalau anjing.

Secara sindiran, saya serahkan kad saya kepada beliau bagi memudahkan beliau membuat laporan terhadap saya. Selepas itu, saya menuju ke kaunter pengaduan dan membuat laporan rasmi terhadap Inspektor tersebut yang telah menyalahguna kuasanya dan bertindak tidak mengikut undang-undang. Rupa-rupanya, rakan saya Latheefa telah terlebih dahulu membuat laporan polis terhadap Inspektor tersebut atas sebab yang sama.

Tidak lama kemudian, Murnie telah menyertai kami. Beliau memberitahu bahawa Inspektor tersebut telah marah-marah kerana ketika sesi mengambil keterangan. Mahasiswa tersebut tidak memberikan jawapan seperti yang beliau mahukan, dan Inspektor itu menyatakan hasratnya untuk mengambil semula keterangan semua mahasiswa tanpa kehadiran peguam.

Jelas sekali Inspektor tersebut tidak faham dengan peranan sebenar peguam di dalam situasi sedemikian. Dalam apa jua keadaan sekalipun, peguam adalah dilarang melatih dan memberikan anak guam jawapan untuk soalan ketika siasatan. Kami berada di situ hanya untuk memastikan supaya anak guam kami dilayan mengikut undang-undang dan supaya anak guam kami boleh menggunakan segala hak yang diperuntukkan kepada mereka dengan bebas. Ketiga-tiga kami mengeluh.

Walaupun saya tidak dapat menemani anak guam ketika mereka memberi keterangan, tetapi saya tetap menunggu di luar balai bersama-sama dengan kumpulan mahasiswa lain yang memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang ditahan. Mereka ini juga telah menguruskan proses ikat jamin dengan bantuan beberapa ahli keluarga mahasiswa yang ditahan. Saya pulang dengan ke rumah dengan keyakinan bahawa mahasiswa-mahasiswa ini sudah mampu mengawal situasi dan menguruskan proses ikat jamin sehingga selesai. Tugas saya berakhir setakat itu sahaja. Mahasiswa yang terakhir dilepaskan pada kira-kira pukul 12:30 tengah malam.

Polis buta undang-undang?

Saya seringkali berfikir di manakah silapnya sistem keselamatan dan kepolisan negara kita, sehingga pegawai polis yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan undang-undang sendiri tidak tahu apakah undang-undang dan prosedur yang patut dipatuhi ketika menjalankan tugas (atau mungkin mereka tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu?).

Adakah hak asasi orang kena tahan, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai langsung di mata mereka? Kadangkala saya menyalahkan diri sendiri apabila anak guam saya dinafikan hak untuk mendapat bantuan guaman yang sewajarnya walaupun saya berada dekat dengan mereka, kerana saya tertanya-tanya adakah ia berlaku selepas saya bertindak agresif melawan polis yang buta undang-undang itu?

Tapi, siapa yang mampu menahan sabar dengan manusia yang begitu?

*Puspawati Rosman ialah seorang peguam, juga Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG).