Ahad, 31 Januari 2010

Zahrain sedih dirujuk lembaga disiplin

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berkata beliau sedih dengan keputusan PKR yang mahu merujuknya kepada lembaga disiplin berhubung komen pedas terhadap Lim Guan Eng minggu lalu.

Malah kata Zahrain, beliau juga sedih kerana penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, yang Rabu lalu didakwa sebagai “seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis”.

“Saya sedih dengan keputusan parti dan apabila mendapati Anwar (juga) menyokong Guan Eng.

“Saya cuma menyampaikan perasaan ahli-ahli parti (mengenai Guan Eng) ... saya sedih dengan keputusan yang diambil (parti) kerana saya hanya membuat kenyataan berhubung apa yang difikirkan oleh ahli-ahli parti,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Zahrain memberitahu beliau bersedia untuk menghadapi siasatan lembagai disiplin jika dipanggil kelak.

“Saya tidak dimaklumkan apa-apa mengenai hasil mesyuarat hari ini, saya pun baru dapat tahu daripada anda... kalau saya dipanggil, saya akan jumpa lembaga disiplin, saya tiada masalah” katanya lagi.

Zahrain tidak hadir mesyuarat MPP hari ini.

Kira-kira dua jam sebelum Anwar mengumumkan keputusan mereka, Zahrain ketika ditanya The Malaysian Insider sebab tidak menghadiri mesyuarat hari ini memberitahu, biar parti memutuskan pendirian mereka tentang kenyataan yang telah dikeluarkan.

Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat selama empat jam memutuskan untuk merujuk Zahrain, bekas ketua PKR Pulau Pinang, kepada lembaga disiplin.

Ketika mengumumkan keputusan PKR tengah hari tadi, Anwar menyatakan sokongan kepada Lim yang juga setiausaha agung DAP sambil menyifatkan Zahrain tidak wajar mengeluarkan kenyataan pedas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi

dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji

pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Kurang Ajar - Usman Awang

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

~ Usman Awang

AIC bantah tahan aktivis mahasiswa UKM

Kenyataan Media

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) membantah penahanan beberapa aktivis Pro-Mahasiswa yang berdemonstrasi membantah manipulasi keputusan Pilihanraya Kampus (PRK) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi semalam.

Penahanan ini nyata sekali bersifat menghalang hak demokratik dan menyekat intelektualisme mahasiswa di dalam menyatakan pendirian mereka di atas manipulasi sistem yang sengaja direka untuk menyekat suara mahasiswa melalui koalisi Pro-Mahasiswa di kampus-kampus utama IPTA.

Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi bahawa mahasiswa yang membantah kekalahan adalah mahasiswa yang ‘tidak matang’, hanya menyerlahkan ketidakmatangan beliau semata-mata. Beliau harus akur bahawa sistem e-voting ini terbuka kepada sebarang bentuk eksploitasi samada ia mudah digodam untuk mengubah keputusan dan juga tidak menjamin kerahsiaan undi mahasiswa. Dan ini terbukti apabila terdapat dakwaan di beberapa buah IPTA, mahasiswa yang didapati mengundi calon pro-mahasiswa diancam untuk dibuang kolej.

AIC juga ingin mempersoalkan apakah satu bentuk pengauditan profesional dan bebas telah dilakukan ke atas sistem e-voting yang sedang digunapakai sekarang untuk membuktikan bahawa sistem itu benar-benar bebas daripada sebarang bentuk manipulasi teknikal serta menjamin kerahsiaan pengundi. Jika tidak, AIC melihat bahawa keresahan pelajar yang menentang sistem e-voting ini adalah berasas dan dengan itu kami juga menggesa pihak yang berkenaan untuk melaksanakannya dengan kadar segera.

AIC menyatakan sokongan ke atas gerakan mahasiswa yang membantah pelaksanaan e-voting dalam PRK yang di adakan di kampus-kampus IPTA seluruh Malaysia tahun ini. Sistem ini jelas mencabuli hak demokratik mahasiswa selaku warganegara Malaysia yang dijamin haknya melalui Perlembagaan Persekutuan.

Di sebalik pewujudan semula Sudut Pidato di beberapa buah IPTA kebelakangan ini, kecelaruan pelaksanaan sistem e-voting ini hanya membuktikan bahawa sebarang usaha untuk mendaulatkan intelektualisme mahasiswa hanyalah omongan kosong yang menjadi mainan bibir politikus. Justeru,sebarang usaha untuk mengekang intelektualisme mahasiswa harus dibantah tanpa sebarang kompromi.

Hidayat Saifudin
Timbalan Presiden AIC

Penjara Anwar, runtuh Pakatan?

Oleh Sam Ahmad

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah dari media arus perdana secara konsisten terhadap dirinya adalah antara usaha untuk meruntuh Pakatan Rakyat (Pakatan) yang baru-baru ini mengeluarkan “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.”.

“Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan,“ tulisnya.

Lagi, “[j]anganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas.

“Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.”

Anwar berkata demikian di dalam blognya, Anwar Ibrahim Blog.

Dalam entry yang bertajuk “Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah” itu juga Anwar turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwa yang tidak menyerahkan bukti pendakwaan.

Tulisnya mempertikaikan pihak pendakwaan, “[k]eengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.”

Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah

Sekembalinya dari Manila semalam, saya berkesempatan mengunjungi ayahanda di kediamannya sebelum ke majlis anjuran ABIM yang dilansungkan di Kajang. Pertemuan ini sungguh bermakna kerana ianya dihadiri sahabat seperjuangan dekad 70an dan awal 80an dahulu dan disertai lapisan pimpinan muda yang bersemangat. Paduan generasi sebegini, inshaallah akan memantapkan lagi dakwah dan usaha ABIM menyampaikan mesej Islam yang sejagat.

Antara sahabat lama yang hadir ialah Sdr Siddiq Fadhil, Sdr Idris Jauzi, Ustaz Abdul Halim El Muhammady, Sdr Ridhuan Othman dan Sdr Muhd Nur Manuty. Alhamdulillah ukhuwwah di antara kami ternyata kukuh sungguhpun kadangkala ada perbezaan pendapat. Saya juga mengambil kesempatan, selain dari menghimbau pengalaman lalu dengan tokoh seperti almarhum Muhammad Natsir, Profesor Syed Naguib, almarhum Profesor Syed Hussein Alatas dan almarhum Profesor Ismail Raji Al Faruqi mengungkapkan kepentingan organisasi Islam untuk kekal relevan di zaman ini.

Demonstrasi Baling antara bukti kesejagatan mesej dakwah menuntut keadilan dan menumpaskan kezaliman. Ianya juga merupakan upaya yang melintasi sebarang sempadan fahaman serta kepercayaan. Saya juga terharu keperihatinan teman-teman terhadap fitnah yang ditohmahkan ke atas saya dan keluarga. Moga dengan berkat doa semua, inshaallah saya dan keluarga, dapat mengharungi ujian Allah SWT ini.

Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan.

Aduhai, janganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.

Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.

Kita sedar di sebalik sogokan muluk-muluk oleh kerajaan yang diperintah umno-barisan nasional, negara sebenarnya berada di kedudukan yang tenat. Ekonomi tidak memperlihatkan keupayaan yang menyegarkan dan hubungan antara kaum meruncing. Harga barang semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan oleh pimpinan negara hanyalah menasihati rakyat agar cermat berbelanja serta menggesa kita untuk perihatin dengan saudara kita yang lain.

Akan tetapi persoalannya, apakah upaya pemimpin, ketika negara memerlukan pimpinan membawa rakyat keluar dari kemurungan? Jawapannya tidak ada! Tidak ada tindakan yang jitu, berkeyakinan dan imajinatif. Semuanya serba kaku.

Di sebalik tohmahan akan kelemahan muafakat ini, kita sudah berjaya melahirkan dokumen bermakna yang dikenal sebagai “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.” Ianya dilakarkan selepas perdebatan dan perbincangan secara terus terang demi menggarap hala tuju negara. Proses bersejarah itu bahkan mematangkan serta memperkukuh kerjasama di antara kami. Yakinlah muafakat ini bukanlah satu ikatan rapuh bahkan mampu memimpin negara keluar dari kelesuan yang sekian lama menghinggapinya.

ANWAR IBRAHIM

Nik Aziz : Minyak Kelantan Untuk Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wang ehsan seharusnya dibayar kepada kerajaan Pusat kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai rizab minyak dan bukan sebaliknya.

Bercakap di satu ceramah di Negeri Sembilan semalam, Nik Aziz berkata konsep wang ehsan yang diterima-pakai pemerintah BN bukan sahaja wajar, bahkan tidak masuk akal.

“ Minyak Kelantan untuk Kelantan. Kuala Lumpur tidak ada minyak setitik pun. Kuala Lumpur sendiri tidak ada minyak. Dia ambil minyak kita, dia beri ehsan kepada kepada kita. Sepatutnya kita beri wang ehsan kepada dia (Kuala Lumpur).

Kerajaan Pusat menolak rayuan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak atas alasan Kelantan bukan negeri pengeluar minyak kerana bahan galian itu terletak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai Kelantan.

Pakatan Rakyat berpandangan Kelantan berhak kepada royalti minyak sepertimana yang ditetapkan Akta Petroleum 1974.

Nik Aziz menjelaskan tindakan Umno-BN menyekat pemberian royalti minyak kepada rakyat Kelantan menunjukkan pemerintah meletakkan keutamaan pada wang ringgit, bukan rakyat.

“ Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit” katanya lagi.

Kerajaan silap tutup kementerian

Dr Nordin

Sesudah membaca artikel tulisan rakan saya Datuk Salleh Majid berkaitan isu usahawan bumiputra, saya terfikir adakah kerajaan wajar ataupun tersilap congak ketika membubarkan MECD berbanding kementerian lain. Impak dari MECD amat besar kepada ekonomi negara terutama sekali kepada bumiputra. Pembubaran MECD benar-benar melesukan program keusahawanan.

Walaupun fungsi MECD diagihkan kepada beberapa kementerian tapi banyak yang menjadi lesu. Lihat saja INSKEN yang sehingga kini gagal mewujudkan program latihan. Layarilah web INSKEN dan anda akan terkejut dengan mesej mereka. Semua menteri yang diagihkan fungsi MECD samada MITI, Kem. Agro, KPLB lebih memberi tumpuan kepada aktiviti dana besar saja. Aktiviti usahawan diberikan perhatian amat rendah dan ada juga tiada langsung. Bayangkan permohonan geran pelancaran pun tidak selesai setelah 6 bulan.

Kalaupun Kerajaan nak menjimatkan kos pengurusan sekalipun. Lihatlah juga setakat mana impak dan sumbangan kementerian sebelum in dibubarkan. Impak ke atas rakyat dan ekonomi adalah sangat besar. Tak perlulah kerajaan malu sekiranya terpaksa mewujudkan semula MECD. Malah kerajaan akan dipuji kerana prihatin.

Terbaca saya komen Tun M bahawa parti Melayu kini sudah mengabaikan kebajikan bumiputra. Mungkin lebih baik dibubarkan Kementerian Pengajian Tinggi yang bermasalah. Serap saja kepada kedudukan asalnya iaitu di Kementerian Pelajaran seperti dulu. Kedudukan IPT pasti menjadi lebih kukuh dan mantap di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri kita yang lebih berautoriti. Kementerian Pengajian Tinggi menelan kos yang amat tinggi yang sepatutnya diberikan kepada kemakmuran ekonomi negara. Mereka sekadar posmen dan bukan pun pos laju. Semua masalah dikembalikan kepada IPTA untuk diselesaikan atas nama autonomi.

Jadi kita tak perlukan begitu ramai orang yang memberi arahan saja. Apabila perlaksanaan AUKU diperturunkan kepada pihak IPTA, apakah masih perlu lagi sebuah kementerian untuk terus mengelirukan pelajar. Bajet IPTA tahun 2010 ini terlalu banyak berkurangan sekadar cukup untuk membayar gaji saja. Aktiviti pencarian ilmu pun seperti persidangan, seminar telah ditangguhkan. Pelajar dalam kesempitan apabila jam mengajar pun dikurangkan kerana penjimatan elektrik dan gaji pengajar kontrak. Tentunya lebih baik kementerian berkenaan dibubar dan bergabung dengan Kemeterian Pelajaran dan kos pengurusan kementerian berkenaan yang tinggi itu diagihkan kepada IPTA untuk kepentingan pelajar.

Polis: Kita tidak roboh apa-apa

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengulangi kenyataannya bahawa polis tidak pernah berniat untuk sengaja menggagalkan apa jua program yang disusun kerajaan negeri.

Beliau mengulas dakwaan polis sengaja cuba mengagalkan program sambutan perayaan Thaipusam kerajaan negeri Selangor di Batu Caves Jumaat lepas.

Katanya, apa yang berlaku pada hari itu ialah polis terpaksa mengarahkan pihak penganjur program pemberian bantuan kerajaan negeri Selangor kepada badan amal dan sekolah Tamil di sekitar Selangor membuka pentas yang didirikan di tengah-tengah jalan bagi majlis itu kerana ianya mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang ramai.

"Jangan putar belit, kita tidak robohkan apa-apa. Kita hanya arahkan mereka membuka pentas tersebut kerana ia didirikan di tengah-tengah jalan yang akan menganggu lalu lintas yang turut digunakan penganut pada keesokan pagi untuk membawa kavadi.

"Kita tidak halang mereka mahu memberikan bantuan tetapi kenapa pihak mereka tidak berbincang dengan komuniti kuil itu untuk membuat program tersebut di dalam kawasan kuil yang saya rasakan ia lebih sesuai daripada mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Beliau juga ditanya mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercadang memfailkan saman terhadap polis kerana menghalang majlis penyampaian bantuan tersebut.

Ketua Polis Selangor itu berkata, pihaknya tidak akan menghalang kerana tindakan polis pada malam itu tidak mempunyai agenda politik dan ianya diambil kerana kepentingan keselamatan dan keamanan.

"Kita sendiri mendapat rungutan dari orang ramai yang tidak bersetuju pentas berkenaan didirikan di tengah-tengah jalan kerana menurut mereka ia hanya akan mengganggu upacara perayaan mereka," katanya.

Sementara itu, Khalid menyarankan orang ramai yang ingin pulang ke kampung masing-masing atau bercuti ke luar daerah sempena perayaan Tahun Baru Cina supaya mengisi borang pemberitahuan kepada pihak polis.

Ini akan memudahkan pihak polis menjalankan pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggalkan kosong, katanya.

- Bernama

DUN Perak Dibubar Sebelum 9 Februari?

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.
"Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat, apakah benar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan," jelas penulis blog dalam blog perakkite.blogspot.com.
Menurut penulis blog, desas desus pembubaran DUN kencang merebak di sekitar Ipoh.
"Langkah Zambry membubarkan DUN itu boleh disifatkan mendahului waktu tetapi bijak kerana perkhabaran dari Puterajaya lebih deras mengatakan bahawa Nizar berjaya dalam rayuannya.
"Nizar dikhabarkan memenangi kes berkenaan dengan kedudukan 4:1. Empat Hakim menyebelahi Nizar. Lantaran itu, seperti dijanjikan Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN," jelas penulis blog lagi.
Penulis blog berkata, langkah Zambry membubarkan DUN akan membolehkan beliau menjadi caretaker government. Kedudukan itu penting dalam menguasai jentera kerajaan negeri Perak bagi pilihanraya.
"Namun apakah yang akan berlaku setelah mahkamah memutuskan Nizar selaku MB yang sah, dua hari selepas DUN dibubarkan Zambry. Aduhai apakah akan diheret lagi kes berkenaan ke mahkamah... untuk memutuskan siapa yang berhak menjadi caretaker government pula..." soal penulis blog mengakhiri tulisannya.

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.

"Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat, apakah benar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan," jelas penulis blog dalam blog perakkite.blogspot.com.

Menurut penulis blog, desas desus pembubaran DUN kencang merebak di sekitar Ipoh.

"Langkah Zambry membubarkan DUN itu boleh disifatkan mendahului waktu tetapi bijak kerana perkhabaran dari Putrajaya lebih deras mengatakan bahawa Nizar berjaya dalam rayuannya.

"Nizar dikhabarkan memenangi kes berkenaan dengan kedudukan 4:1. Empat Hakim menyebelahi Nizar. Lantaran itu, seperti dijanjikan Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN," jelas penulis blog lagi.

Penulis blog berkata, langkah Zambry membubarkan DUN akan membolehkan beliau menjadi caretaker government. Kedudukan itu penting dalam menguasai jentera kerajaan negeri Perak bagi pilihanraya.

"Namun apakah yang akan berlaku setelah mahkamah memutuskan Nizar selaku MB yang sah, dua hari selepas DUN dibubarkan Zambry. Aduhai apakah akan diheret lagi kes berkenaan ke mahkamah... untuk memutuskan siapa yang berhak menjadi caretaker government pula..." soal penulis blog mengakhiri tulisannya.

‘Bloggers’ Indonesia hina umat Islam dan Muslim?

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR :Sesudah kendur isu Aduka Taruna menghina sultan Johor, dan 'pengakuan main-main' di Facebook mengenai serangan gereja, umat Islam kini berdepan dengan serangan bloggers Indonesia yang kononnya menyebarkan Islam, tetapi sebaliknya, blog mereka itu menghina Islam dan Muslimin.

Erapakatan.com menerima kiriman khidmat pesanan ringkas berhubung kehadiran sebuah blog yang menggunakan aplikasi wordpress.com di alamat url - http://beritamuslim.wordpress.com baru-baru ini.

"Minta berhati-hati dengan paparan keterlaluan blog-blog tertentu yang menghina agama Islam seperti blog tersebut," kata suatu sumber yang enggan namanya disiarkan.

Tinjauan erapakatan.com mendapati kebanyakan laporan itu ditulis dalam bahasa Indonesia. Semua ini tidak menolak kemungkinan bahawa bloggers tersebut berasal daripada negara republik berkenaan.

Isi kandungan laman portal tersebut turut menyiarkan karikatur-karikatur yang lebih menjijikkan berbanding paparan karikatur yang mengundang kemarahan umat Islam terhadap akhbar terbitan Sweden suatu ketika dahulu.

Selain itu, laman http://beritamuslim.wordpress.com ini turut menyiarkan tulisan bertajuk 'Putra Ketua Hamas Murtad', 'Bazar Pedofilia di Gaza', 'Agama Islam dilindungi oleh Tikus-tikus Pecundang' dan lain-lain lagi.

Dengan kedudukan laman ini yang mungkin dikendalikan di Indonesia, atau mungkin dikendalikan individu di republik itu, maka, kemungkinan besar, pemilik blog itu akan dilepaskan daripada tindakan, biar pun capaian ke atas laman itu telah melebar ke serata dunia.

PR Aktifkan Jawatankuasa Tatatertib

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) akan mengaktifkan jawatankuasa tatatertibnya bagi menangani pelbagai isu ekoran perkembangan tidak sihat yang berlaku melibatkan tiga komponennya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatankuasa berkenaan diarah untuk meneliti serta memperhalusi kod etika yang perlu dipatuhi oleh semua parti yang menganggotainya.

"Kita minta jawatankuasa tatatertib yang dibentuk dahulu menyegerakan perjumpaan untuk melihat perkembangannya berdasarkan perkembangan terbaru.

"Mereka akan mencadangkan isi kandungannya dan langkah yang perlu diambil melibatkan kod etika dan juga tatatertib PR," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Pimpinan PR di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Kebelakangan ini PR dilihat menghadapi pelbagai masalah dalaman yang melibatkan pertikaian dikalangan pemimpinnya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu daripada PKR, Zulkifli Noordin memfailkan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS kerana didakwa menghina dan memperlekehkan Islam.

Kemudian pada Rabu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengkritik secara terbuka kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Zahrain mengkritik keras kepimpinan Lim serta melabelkan Ketua Menteri itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Justeru, PKR telah bertindak merujuk Zulkifli dan Zahrain kepada lembaga disiplin.

Selain itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, jawatankuasa berkenaan akan memainkan peranan mereka bagi memastikan kerjasama dalam PR terjalin kukuh.

"Jawatankuasa ini akan memastikan kerjasama di kalangan pimpinan semua peringkat PR terjalin dengan baik," katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata, PR akan menganjurkan program dialog antara agama bagi mewujudkan persefahaman antara pemimpin agama di negara ini.

"Kami dalam PR memutuskan untuk menganjurkan dengan kadar segera dialog antara agama di Kuala Lumpur dalam masa terdekat sebelum sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Pada sidang media yang sama, Anwar juga mengumumkan PR akan menganjurkan sambutan ulang tahun kedua penubuhannya di Pulau Pinang pada 10 Mac depan.

Umno K'tan tiada kuasa ambil tindakan ke atas Ku Li

Badan Perhubungan Umno Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya Majlis Tertinggi Umno yang boleh membuat keputusan dalam soal itu.

"Ianya bukan bidang kuasa Umno Kelantan, hanya Majlis Tertinggi parti boleh tentukan dan putuskan tindakan ke atas Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di Jeli hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Umno Kelantan boleh mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya pada Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Berikutan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.

Mustapa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendirian Tengku Razaleigh itu.

Sementara itu, dalam majlis perjumpaan khas dengan Umno Bahagian Pasir Puteh di PASIR PUTEH malam tadi, Mustapa berkata Badan Perhubungan Umno Kelantan akan menemui perdana menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri.

"Apabila tarikh diperolehi satu rombongan akan menemui perdana menteri yang turut disertai anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mustapa baru-baru ini mengumumkan kerajaan pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak dan jumlah itu merupakan lima peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008.

- Bernama

The government sends me a message

They wanted me to know that this is not a robbery. And they also left me a ‘message’. What this message means is not too clear at this stage but the knives and scissors they left all over the place appears to be telling me something, whatever that is.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Megat Najmuddin Megat Khas, my senior in the Malay College Kuala Kangsar and a senior member of Umno’s Disciplinary Committee, wants me to return to Malaysia and, according to him, ‘be a man’. He promised me his eternal respect if I do that.

I cannot guarantee I will get his eternal respect if I do that. I can, however, guarantee I shall not be sleeping at home if I surface. I will either be living in the Sungai Buloh Prison -- while awaiting trial on most likely more than a dozen criminal charges that would include crimes of sedition (probably six different charges), criminal defamation (three charges), the Official Secrets Act (probably four of five different charges), the Multimedia Act, etc. -- or I will be living in the Kamunting Detention Center under ISA detention without trial.

We can safely assume that my many trials will take many, many years (especially when you include the appeal to the Appeal Court and Federal Court) and that I will be sitting in jail without bail while the whole process unfolds. Remember Irene Fernandez? Her trial took almost ten years.

So it really does not matter if in the end I win or lose my case. The sentence would probably be six months to 18 months for each charge. Even if I win my case I would still have spent many years in jail. And if I lose my case and get sentenced to jail I would walk out that same day because I would have already served my sentence anyway. And the remand I would suffer would be longer than the jail sentence.

In other words, it would be easier to plead guilty and get a shorter sentence than plead innocent and then win my case while spending an even longer period in jail.

Megat has guaranteed me a fair trial. He has also indicated that the government can guarantee my safety and that nothing will happen to me.

Megat may want to reconsider that offer. Last night, some people broke into my house in Sungai Buloh. They managed to disable the alarm system and break the door to get in.

But nothing was stolen, not even the box of coins. They ransacked my cupboards and went through all my documents. They were definitely looking for something (or wanted to leave something) and were not interested in stealing anything. My TV, DVD player, etc. were not touched. Neither were the other valuables in the house.

They wanted me to know that this is not a robbery. And they also left me a ‘message’. What this message means is not too clear at this stage but the knives and scissors they left all over the place appears to be telling me something, whatever that is.

I can imagine me sleeping in prison and my wife alone at home not knowing when they will come again to fulfil the ‘message’.

Thank you very much Megat but no thanks. Your people sent me a message last night. Knives and scissors placed all over the place probably mean something, though I am not sure exactly what. Or maybe a bomoh (witch doctor) was at work and this is the ‘charm’ that was planted in my house. That is a possibility. They can’t get me legally so they are trying to finish me off with black magic. Hmm…that’s a thought.

Anyway, to hell with your message, Megat. My message is better. Umno’s and Barisan Nasional’s days are numbered so enjoy these last days of your regime while you still can. The day we march into Putrajaya will be the day of reckoning. And I will make sure I make your people swallow those knives and scissors they left in my house last night.

Hampir 10,000 hadir Himpunan Pemuda Perak

16 Safar 1431H.
http://ajijoi.blogspot.com

LARUT, 31 JAN :- Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2010) berjaya mencapai sasaran apabila hampir 10,000 pemuda berhimpun sejak pagi lagi untuk bersama-sama pimpinan PAS Perak yang meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan himpunan pemuda ini.

Antara pimpinan yang turut serta adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Ust. Haji Abu Bakar Hussain, Menteri Besar Rakyat Perak, Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin, Naib Presiden, YB. Salahudin Ayub dan YB.Dato' Mahfoz Omar , Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Al-Tantawi , Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Azman Shapawi, Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir dan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim

Program tersebut diadakan di Darul Ta'alim, Sungai Limau Ijok menghimpunkan pemuda-pemuda daripada seluruh negeri Perak. Biarpun cuaca panas terik, ianya sedikit pun tidak menggugat ketabahan pemuda-pemuda untuk menjayakan program anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini. Program akan berjalan daripada jam 9.00 pagi sehingga 6 petang.


Dato' Seri Nizar sedang berucap




Sebahagian daripada motorsikal berkuasa tinggi yang
turut serta membawa sepanduk 'Orang Muda Geng Kita'




Pesuruhjaya Pas Perak bersama pimpinan yang lain
sedang menyaksikan persembahan silat




Persembahan silat dihadapan pentas utama




Kesemua pandangan tertumpu kepada pesilat-pesilat

Penyerahan baju kepada petugas pilihanraya pemuda
kawasan (Sdr Zaizi sedang menerima bagi pihak
Pemuda Pas Gopeng)

I applaud the Government’s compassion — Tengku Razaleigh Hamzah

JAN 31 — The Government, we are told, is being generous to the people of Kelantan by offering them a “compassionate payment.” I have been accused of being unhelpful by standing before prayer groups of 60-80,000 in sports stadiums to confuse them with notions of their sovereign rights.

Some members of my party have expressed dismay at my action. There will be learned discussions on whether I have breached party discipline.

Let me be helpful then. Setting aside for the moment the discussion of oil “royalty” payments let me be fully supportive of the Government’s initiative to dispense compassionate payments.

The public must be duly impressed that the Government is offering Kelantan money despite maintaining that Kelantan has no legal claim to its offshore oil. Clearly this money is being offered on the grounds of pity alone, and not on the basis of any rights the subjects of the state might imagine they have.

I applaud the Government’s compassion, and I call for the wang ihsan, or compassionate payments, to be made to Malaysians in all the states, not just Kelantan and Terengganu.

I am sure the Federal Govt does not want to be seen to be playing favourites with the people of these two states, especially those of Kelantan, who voted against BN anyway.

Surely the people of the other states are equally deserving of compassion. Out of concern for for all Malaysians, wang ihsan should also be paid out to Perlis, Kedah, Sabah, Sarawak, Melaka and all the other states. Perlis and Kedah, like Kelantan, are deficit financing states. In these difficult times, people all over the country are in need of help and state coffers are empty. We can work out some kind of population and means adjusted formula for handing out this largesse. The Federal Government would be seen to be caring, fair and mindful of the principle of federalism. It might even become more popular.

After this little matter is cleared up I trust those more excitable federal leaders will not be confused when I return to the entirely separate subject of the states’ sovereign rights to their petroleum resources, and consequently the oil payments owed, with compound interest, to the two impoverished states from which they have been illegally withheld.

Dasar Telus PR Pulau Pinang Jadi Ancaman BN

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kejayaan terbesar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang juga merupakan ancaman terbesar kepada cengkaman kuasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah membuktikan dasar yang betul dapat menjadikan bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang berdaya saing dan berjaya dengan pihak lawan yang terbaik di dunia.
"Sejak PR mengambil alih kuasa pada bulan Mac 2008, integriti dan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah menjadi prinsip di dalam pentadbiran kewangan negeri," jelas Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhar yang dihantar kepada Era Pakatan.
Menurut beliau, pendekatan baru yang dilaksanakan termasuklah persaingan secara sihat dan tender terbuka, bayaran secara terus kepada penerima tanpa melalui orang tengah, keutamaan diberikan kepada kontraktor dari Pulau Pinang, sistem e-tender melalui laman web dan masa bantahan selama 2 minggu bagi memastikan bahawa kontraktor yang berjaya adalah melalui ‘kable komputer’ dan bukan melalui ‘kable politik’ seperti sebelum ini.
"Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa sememangnya sistem tender terbuka ini telah berjaya menjimatkan kos dan menambahbaik kualiti kontrak kerja kerajaan negeri," jelas beliau lagi.
Beliau juga berkata, ramai kontraktor telah mendapat peluang secara adil melalui pelaksanaan sistem tender terbuka di semua peringkat.
Melalui sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan bumi sahaja, buat pertama kalinya memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang. Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang sahaja.
Jelaslah bahawa persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan oleh Kerajaan PR adalah lebih telus dan akauntable serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.
Lim Guan Eng berkata, apa yang amat merarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua bangsa ini adalah tanggapan bahawa kontraktor Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.
" Sejak Kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.
Beliau juga berkata, melalui sistem tender terbuka ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperolehi kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.
"Jelaslah kepada kita bahawa bukan kebolehan sesuatu bangsa yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ianya membantu Kerajaan BN mengekalkan genggaman kuasa yang dimilikinya," jelas beliau lagi.
"Contoh terbaik adalah Negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” (a single iron pot) tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak. Walau bagaimanapun, semenjak Negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, Negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah Negara yang 'sakit di rantau Asia' dalam tahun 1960 an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011," tegas Lim Guan Eng.
BN kata beliau telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ianya hanya memberi faedah kepada segelintir kroni-kroni BN sahaja.
"Contohnya, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja, sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham/pulangan daripada Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan Kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT. Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menukarkan anggaran defisit budget sebanyak RM35 juta dalam tahun 2008 kepada lebihan sebanyak RM88 juta," jelas beliau lagi.
Menurut beliau lagi, anggaran defisit sebanyak RM40 juta untuk Belanjawan tahun 2009 telah berjaya menjadi lebihan sebanyak RM77 juta. Sepatutnya lebihan yang meningkat boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM92 juta sekiranya kerajaan tidak perlu membayar RM14.7 juta di atas kecuaian kerajaan lama dalam skandal tanah kes Tang Hak Ju.
Pulau Pinang kata beliau berasa bangga kerana menjadi negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka di dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet (e-tender). Dengan mengamalkan prinsip CAT, Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama yang mana belum pernah ada mana-mana negeri atau Kerajaan Persekutuan yang menerima pujian dan pengiktirafan daripada Transparency International.
"Dalam politik, kita perlukan lebih kawan daripada musuh. Tetapi kita bersedia untuk kehilangan kawan dan menambah musuh sekiranya kita mampu menukar cara fikiran dan minda rakyat dengan memberikan peluang yang saksama, keyakinan, bergantung pada diri sendiri dan mendapat piawaian antarabangsa.
Pencapaian terhebat Kerajaan PR Pulau Pinang dan ancaman besar kepada cengkaman kuasa Kerajaan BN adalah bukti yang menunjukkan bahawa polisi yang betul dapat menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia berdaya saing di pentas antarabangsa dengan berjaya," tegas beliau lagi.

KUALA LUMPUR : Kejayaan terbesar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang juga merupakan ancaman terbesar kepada cengkaman kuasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah membuktikan dasar yang betul dapat menjadikan bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang berdaya saing dan berjaya dengan pihak lawan yang terbaik di dunia.

"Sejak PR mengambil alih kuasa pada bulan Mac 2008, integriti dan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah menjadi prinsip di dalam pentadbiran kewangan negeri," jelas Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhar yang dihantar kepada Era Pakatan.

Menurut beliau, pendekatan baru yang dilaksanakan termasuklah persaingan secara sihat dan tender terbuka, bayaran secara terus kepada penerima tanpa melalui orang tengah, keutamaan diberikan kepada kontraktor dari Pulau Pinang, sistem e-tender melalui laman web dan masa bantahan selama 2 minggu bagi memastikan bahawa kontraktor yang berjaya adalah melalui ‘kabel komputer’ dan bukan melalui ‘kabel politik’ seperti sebelum ini.

"Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa sememangnya sistem tender terbuka ini telah berjaya menjimatkan kos dan menambahbaik kualiti kontrak kerja kerajaan negeri," jelas beliau lagi.

Beliau juga berkata, ramai kontraktor telah mendapat peluang secara adil melalui pelaksanaan sistem tender terbuka di semua peringkat.

Melalui sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan bumi sahaja, buat pertama kalinya memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang. Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang sahaja.

Jelaslah bahawa persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan oleh Kerajaan PR adalah lebih telus dan akauntable serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Lim Guan Eng berkata, apa yang amat merarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua bangsa ini adalah tanggapan bahawa kontraktor Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

Menurut belaiu, Sejak Kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Melalui sistem tender terbuka ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperolehi kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

"Jelaslah kepada kita bahawa bukan kebolehan sesuatu bangsa yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ianya membantu Kerajaan BN mengekalkan genggaman kuasa yang dimilikinya," jelas beliau lagi.

"Contoh terbaik adalah Negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” (a single iron pot) tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak. Walau bagaimanapun, semenjak Negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, Negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah Negara yang 'sakit di rantau Asia' dalam tahun 1960 an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011," tegas Lim Guan Eng.

BN kata beliau telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ianya hanya memberi faedah kepada segelintir kroni-kroni BN sahaja.

"Contohnya, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja, sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham/pulangan daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan Kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT. Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menukarkan anggaran defisit budget sebanyak RM35 juta dalam tahun 2008 kepada lebihan sebanyak RM88 juta," jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, anggaran defisit sebanyak RM40 juta untuk Belanjawan tahun 2009 telah berjaya menjadi lebihan sebanyak RM77 juta. Sepatutnya lebihan yang meningkat boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM92 juta sekiranya kerajaan tidak perlu membayar RM14.7 juta di atas kecuaian kerajaan lama dalam skandal tanah kes Tang Hak Ju.

Pulau Pinang kata beliau berasa bangga kerana menjadi negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka di dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet (e-tender) kerana dengan mengamalkan prinsip CAT, Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama yang mana belum pernah ada mana-mana negeri atau Kerajaan Persekutuan yang menerima pujian dan pengiktirafan daripada Transparency International.

"Dalam politik, kita perlukan lebih kawan daripada musuh. Tetapi kita bersedia untuk kehilangan kawan dan menambah musuh sekiranya kita mampu menukar cara fikiran dan minda rakyat dengan memberikan peluang yang saksama, keyakinan, bergantung pada diri sendiri dan mendapat piawaian antarabangsa.

"Pencapaian terhebat Kerajaan PR Pulau Pinang dan ancaman besar kepada cengkaman kuasa Kerajaan BN adalah bukti yang menunjukkan bahawa polisi yang betul dapat menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia berdaya saing di pentas antarabangsa dengan berjaya," tegas beliau lagi.

Huan nafi cuba pikat MP PKR masuk PCM

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menafikan dakwaan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen PKR supaya menyertai partinya.

Beliau menafikan demikian ketika diminta mengulas dakwaan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah menghubungi ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melalui telefon bimbit.

Huan berkata, ini adalah kali pertama beliau menghubungi Azan, kerana ingin tahu apa yang berlaku kepadanya baru-baru ini.

Beliau juga turut menafikan telah memujuk ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohd Yusuff supaya menyertai PCM.

Bagaimanapun, Huan mengakui bahawa beliau adalah 'kawan baik' kepada kedua-dua ahli parlimen PKR itu.

Malah, katanya, mereka sering berhubungan untuk 'minum teh'.

"(Bila) saya hubungi mereka, ia tidak bermakna yang saya meminta mereka masuk PCM.

"Begitu juga bila mereka menghubungi saya, ia (juga) tidak bermakna yang mereka meminta saya masuk PKR," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi, Anwar berkata, wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk Azan.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga Huan yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

Jelas ketua umum PKR itu lagi, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Katanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

Kerajaan Kikis Petronas Ketika Ekonomi Jatuh

Ekonomi Negara terjejas teruk apabila harga pasaran minyak dunia jatuh merudum, ekoran kebergantungan kerajaan kepada sumber petroleum.

Kegagalan kerajaan mempelbagaikan nadi ekonomi Negara, menyebabkan pendapatan merosot RM20 bilion dengan dari RM50 bilion kepada RM30 bilion dengan kejatuhan pasaran minyak dunia.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata kerajaan Pusat diancam kelumpuhan sekiranya situasi ini berterusan.

Namun apa yang dikesalkan adalah Umno-BN terus memerah perbendaharaan Petronas agar Belanjawan Perdana Menteri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan.

“Keuntungan Petronas yang turun kepada lebih 60 bilion daripada dekat 100 bilion, sewaktu itu pada tahun 2009, 2008 sumbangan Petronas kepada kerajaan ialah 50 bilion lebih, separuh daripada keuntungan, tetapi 2010 ni, sumbangan Petronas mesti berdasarkan keuntungan 2009, dan 2009 diumumkan bahawa keuntungan hanya 60 bilion lebih saja, maka bergegarlah pihak-pihak kementerian khususnya Menteri Kewangan menghubungi Petronas dan mendesak Petronas membuat pengumuman esok harinya bahawa komitmen Petronas pada Kerajaan pada tahun ini tetap kekal sebagai 50 bilion lebih”, jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Maljis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Yang amat dikesalkan adalah pemerintah enggan menuruti nasihat Pakatan Rakyat supaya memperketatkan displin perbelanjaan, memulihkan ketanggungjawaban kementerian-kementerian kerajaan bagi mengekang kelembapan yang semakin membengkak.

Ketua Audit Negara melaporkan kira-kira RM20 bilion setiap tahun tanpa dapat dikesan kerana kebocoran dan pembaziran.

“Kita menyebutkan perkara yang berlaku, perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun di mana sebanyak lebih 20 bilion tidak dapat dikesan dan ini dinyatakan oleh Ketua Audit negara memberi komen ini adalah hasil dari 3P iaitu Pemborosan, Pembaziran dan Penyelewengan”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN




Sistem Pilihanraya Kampus Perlu Dirombak

AHMAD SABKI YUSOF

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ekoran Kekecohan Pilihanraya Kampus

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2009/2010 di IPTA seluruh negara yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kekecohan dan bantahan yang berlaku tidak lain berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak pengurusan universiti yang memang sejak dari dulu dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya (impartiality).

Ianya adalah akibat sikap pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu hingga menjadikan demokrasi kampus bahan lawak semata-mata.

DPPP sekian lama berpendirian bahawa soal pemilihan kepimpinan mahaasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka.

Strategi menggugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah penghinaan terhadap maruah para mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka.

Begitu juga sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti yang menyokong kumpulan pro Aspirasi di kampus-kampus hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa.

Bagaimana universiti-universiti di Malaysia ingin mencapai tahap universiti bertaraf dunia jika dalam hal menentukan pemimpin mereka pun mahasiswa diperlakukan seumpama kanak-kanak.

Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihanraya dengan cara mengugut dan menekan lawan.

Oleh yang demikian DPPP mendesak supaya :

1) Semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.

2) Sekiranya jawatankuasa ini mendapati terdapat ketidak adilan dan pencabulan demokrasi di dalam PRK kampus tersebut, maka PRK hendaklah diadakan semula dikampus-kampus yang berkenaan.

3) Pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah Unit HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti dari kalangan ahli-ahli akademik terkemuka dan kakitangan kanan universiti tersebut yang tidak dipertikaikan kewibawannya. SPRK ini hendaklah diberi kuasa untuk melantik para petugas untuk negendalikan pilihanraya dari kalangan kakitangan universiti.

4) Peraturan perjalanan Pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilhanraya yang adil dan telus.

5) Para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka untuk memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi.

6) Proses pengiraan dan penjumlahan undi serta pengumuman keputusan pilihanraya hendaklah diadakan secara terbuka dengan dipantau oleh calon-calon atau agen-agen mereka bagi mengelakkan sebrang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

7) Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding.

8) Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari SUHAKAM, MAFREL dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK.

Sebulan putus tindakan terhadap Zulkifli, Zahrain

Jawatankuasa disiplin PKR menetapkan tempoh selama sebulan untuk meneliti tindakan yang akan diambil ke atas dua orang wakil rakyatnya - Zulkifli Noordin (Kulim) dan Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru).

Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengulas tempoh yang panjang itu bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud parti itu tidak serius dalam menangani tindakan wakil berkenaan.

Jelasnya, PKR membantah tindakan Zahrain menyerang ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat sebagai satu perbuatan yang keterlaluan.

Tambahnya, jawatankuasa disiplin telahpun mengadakan mesyuarat pertama bagi meneliti perkara itu.

"Kita dengar pandangan (dalam mesyuarat) supaya parti ambil tindakan keras dan segera. Tapi kita dalam PKR dan Pakatan Rakyat mesti tunduk kepada peraturan dan perlembagaan parti.

"Juga kita perlu beri peluang kepada orang itu untuk bela dirinya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Zahrain yang bertindak menyerang Lim sebagai seorang pemimpin "diktator, cauvinis, befikiran komunis" antaraya kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak kerajaan Pulau Pinang kepada bumiputera.

"Ia bukan masalah kritikan. Kita memang beri ruang untuk kritik, tapi bila serang Lim Guan Eng sebagai cauvinis, komunis dan diktator, itu tidak betul.

Tambahnya, majoriti daripada kontrak secara tender terbuka daripada kerajaan negeri itu disalurkan kepada golongan bumiputera

"Ada benda yang kita tidak setuju, tapi dia ketua menteri, dia yang putuskan," katanya lagi.

Selain Zahrain dan Zulkifli, turut disiasat ialah ahli pimpinan tertinggi parti itu Datuk Zaid Ibrahim yang menyelar tindakan Zulkifli.

"Ada juga yang serang Datuk Seri Zaid Ibrahim kerana tidak tegas dan jawatankuasa disiplin juga sedang teliti kenyataan beliau (Zaid)," katanya lagi.

Bercakap dalam satu lagi sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat petang ini, Anwar berkata, pemimpin PKR telah diarahkan untuk memberi sokongan padu kepada Lim Guan Eng.

"Saya bagi pihak PKR telah memberi penjelasan (dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat) bersabit dengan kenyataan dan tindakan Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap ahli parlimen PAS Khalid Samad.

"Pimpinan Pakatan Rakyat memandang berat dan tidak bersetuju dengan laporan polis berkenaan dan juga minta kes itu dirujuk dengan kadar segera kepada jawatankuasa disiplin," katanya dalam sidang media tersebut, yang turut dihadiri presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan juga penasihat DAP Lim Kit Siang.

Anwar dalam pada itu turut menyeru supaya jawatankuasa tatatertib Pakatan menyegerakan perjumpaan bagi memastikan kerjasama di semua peringkat pakatan itu berjalan dengan baik.

Dalam sidang media yang sama, Hadi kemudiannya berkata isu melibatkan Zulkifli dan Khalid itu kini dianggap selesai apabila Zulkifli dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Menurutnya, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa namun, dan menambah bahawa "yang penting adalah kesefahaman."

Kit Siang pula berkata, DAP juga akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Kami menghormati sepenuhnya hak PKR untuk mengambil tindakan sewajarnya (ke atas Zahrain dan Zulkifli)," katanya.Sebelum itu, Anwar juga memberitahu bahawa sambutan dua tahun penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Pulau Pinang pada 10 Mac ini.

Sambutan tahun pertama penubuhannya telah diadakan di Selangor tahun lalu.

PM ajak rakyat bersatu tentang cubaan gugat keharmonian

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu menentang cubaan liar menggugat keharmonian negara, termasuk beberapa serangan terhadap rumah ibadat baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, beliau terharu dan mendapat inspirasi daripada bantahan yang disuarakan oleh pelbagai pihak di seluruh negara yang mengutuk perbuatan demikian.

Katanya, bantahan dan kemarahan pelbagai pihak yang bergema dari seluruh negara terhadap segelintir individu yang bertindak jahat itu mencerminkan semangat sebenar 1Malaysia atau perpaduan dalam kepelbagaian.

"Saya tahu ada pihak yang mengkritik 1Malaysia. Saya tahu sesetengah rakyat Malaysia begitu cepat menolak atau memperkecil-kecilkannya. Saya tahu ada pihak yang mempersoalkan isinya.

“Kepada mereka yang mempunyai keraguan mengenainya, saya ingin katakan: 1Malaysia bertujuan mulia.

"Ia merupakan seruan ke arah tindakan yang berasaskan nilai-nilai asas yang telah wujud sejak sekian lama dan sentiasa menjadi amalan kita seperti integriti dan kesetiaan... yang menjadi identiti rakyat Malaysia,” tulis Najib dalam blog beliau

Keputusan rasmi PRK UKM esok hasil bantahan Pro-M

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Keputusan pilihan raya kampus (PRK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih belum rasmi ekoran bantahan yang dibuat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Pimpinan GMUKM Jumaat lalu, secara aman menghantar surat rayuan beserta duit bantahan kepada pihak pentadbiran universiti kerana mendakwa berlaku penyelewengan yang sangat ketara ketika proses PRK kali ini.

Dakwaan ini termasuk jumlah undi yang diumumkan oleh setiap pengetua kolej tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan dari pusat penjumlahan undi.

Malah, sepanjang proses pilihanraya kampus ini dijalankan, telah berlakunya 'double standard' pihak universiti terhadap Pro Mahasiwa (Pro-M) untuk berkempen.

Ekoran bantahan itu, pihak pentadbiran melanjutkan tempoh 48 jam yang diberikan GMUKM sehingga esok untuk mengumumkan keputusan rasmi.

Pihak pengurus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga bersetuju untuk bersidang bersama-sama pengetua kolej dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) esok sebelum mengumumkan keputusan rasmi.

Namun GMUKM mempertikai keperluan JAKSA menyertai sidang berkenaan sedangkan mereka tidak terlibat dalam menguruskan pemilihan tersebut.

Turut dikesalkan GMUKM mengenai tindakan pihak pentadbiran yang sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor (TNC) bagi menyelesaikan kes ini secara aman.

Sehubungan itu, GMUKM berharap persidangan itu menemui satu penyelesaian yang adil terhadap Pro-M.

Jumaat lalu, GMUKM selepas solat Jumaat mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat kampus mengenai situasi PRK kali ini secara aman. Namun, apa yang dikesalkan mereka tindakan pihak pentadbiran memanggil polis beserta Pasukan Polis Persekutuan (FRU) yang dilihat sengaja menimbulkan suasana tegang dan menakut-nakutkan mahasiswa.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat Jumaat. Mereka juga melakukan kekasaran dengan merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang memberikan penerangan.

Dua mahasiswa ditangkap sewaktu sesi penerangan itu namun dilepaskan 30 minit kemudian dan diarahkan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang itu untuk memberikan keterangan.

PRK Khamis lalu menyaksikan Pro-M tewas di tangan Pro-Aspirasi. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A manakala bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Guan Eng: 70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera

KUALA LUMPUR, Jan 31 — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

“Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi,” katanya.

Zahrain: ‘Saya ada prinsip, jangan perlekeh saya’

Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengulangi beliau belum terlintas untuk meninggalkan PKR sambil menegaskan, “jangan memperlekehkan” beliau dengan spekulasi mahu menyertai BN.

“Saya seorang (pemimpin) yang ada prinsip. Jangan perlekehkan saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang berkata demikian apabila ditanya sama ada benar desas-desus mendakwa beliau mahu meninggalkan PKR dan ada diberi tawaran untuk menyertai ataupun menyokong BN di Parlimen.

Zahrain menegaskan beliau masih meletakkan kepercayaan pada perjuangan PKR yang ditubuhkan lebih sedekad lalu.

Justeru Zahrain yang merupakan bekas pemimpin Umno Bahagian Tanjong sebelum menyertai PKR ketika era reformasi berkata, apa yang beliau luahkan hanyalah harapan agar pemimpin PKR khususnya penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggadai prinsip perjuangan PKR atas nama kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

PR adalah ikatan tidak formal PKR-PAS-DAP yang mempunyai 82 anggota di Dewan Rakyat.

“Saya minta Datuk Seri Anwar jangan kompromi dalam perjuangan parti. Sebagai ahli parti, saya hanya memberikan pandangan,” katanya.

Semalam Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr. Mansor Othman dan Anwar pula pada hari ini mengesahkan ada usaha untuk memikat ahli-ahli Parlimen parti itu agar menyertai komponen BN atau Parti Cinta Malaysia bagi memperkukuhkan kedudukan BN di Parlimen.

Ditanya apakah Anwar, yang juga ketua umum PR sudah tidak layak memimpin PKR dan juga pakatan itu, Zahrain berkata: “Itu bukan saya yang kata.”

“Bagi saya Datuk Seri Anwar masih kawan saya, beliau adalah pemimpin tersohor Pakatan,” kata beliau sambil mahu Anwar tidak berkompromi dalam soal prinsip PKR.

Minggu lalu Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Mengulas soal integriti dan pegangan pada prinsip perjuangan parti, Zahrain menafikan beliau mengecam Lim kerana masalah peribadi, termasuk kecewa berhubung keengganan Lim untuk tidak menyokong tender pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat RM2.

Sehubungan itu kata Zahrain, dakwaan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow adalah tidak benar sama sekali.

“Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf,” kata Chow di sini semalam.

Oleh itu Zahrain memberitahu, Lim telah bertindak secara tidak profesional apabila memanggil semula tender projek pengurusan berkenaan tanpa mengadakan perbincangan dengannya.

Kata beliau, apabila tender pengurusan kelab itu dibuka hanya sebuah syarikat yang membuat bidaan.

“Oleh kerana hanya satu syarikat mengemukakan bidaan, maka lembaga kelab memutuskan agar syarikat berkenaan menaikkan modal berbayar dan diberikan tawaran projek pengurusan.

“Ini keputusan lembaga, bukan keputusan saya seorang selaku pengerusi kelab... ini keputusan bersama lembaga,” kata beliau.

Bagaimanapun kata Zahrain, Lim telah membatalkan keputusan tawaran projek itu tanpa berbincang dengan beliau dan lembaga terlebih dahulu.

Tindakan Lim itu dikatakan telah mencabar integriti keputusan lembaga berkenaan.

Oleh itu kata beliau adalah tidak wajar mengatakan syarikat RM2 milik anaknya atau keluarganya diberikan projek tersebut.

“Saya berharap mereka akan jaga mulut mereka. Jika masih ada yang terus mengatakan bahawa projek itu hendak diberikan syarikat anak atau syarikat keluarga saya, saya akan mengambil tindakan saman,” katanya.

KEMPEN BESAR-BESARAN : BONGKAR PENYELEWENGAN PRK UKM

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.