Jumaat, 29 Januari 2010

Diberi Amaran: Hassan Ali Pasrah

KUALA LUMPUR: "Ini proses pendidikan yang baik bagi saya."

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali selepas diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti yang bermesyuarat petang tadi.

Beliau yang menerima keputusan jawatankuasa itu dengan hati terbuka berjanji akan terus menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya selama ini.

“Keputusan ini juga tidak akan mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai Exco dan atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia,” katanya kepada pemberita di lobi Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Jawatankuasa Disiplin yang bermesyuarat hari ini sebulat suara memutuskan Hassan didapati bersalah dan dikenakan hukuman amaran bertulis kerana melanggar disiplin tatatertib parti.

Beliau didapati bersalah mempertikaikan prosedur tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.

Mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan, Hassan berkata keputusan tersebut akan dapat melonjakkan semangat PAS negeri dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak media akan dapat memberikan laporan yang lebih adil terhadapnya pada masa akan datang.

“Sebahagian daripada apa yang berlaku adalah kerana laporan akhbar tidak menyebelahi saya dan laporan itu dibuat kerana ingin mensensasikan isu berkenaan.

“Saya berharap teman-teman media supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang. Saya harap media sokong saya untuk menguatkan PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Karpal: Keputusan Mahkamah Persekutuan Timbulkan “Banyak Masalah”

Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini dalam menolak permohonan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan bahan bukti akan melewatkan kes-kes jenayah umumnya dan bukan sahaja perbicaraan Anwar, kata peguam Karpal Singh.

Tiga hakim mahkamah tertinggi negara menolak permohonan Anwar itu kerana ia dibuat sebelum perbicaraan bermula, kata Karpal. Perbicaraan atas tuduhan fitnah liwat Anwar dijadualkan bermula Selasa depan.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menimbulkan banyak masalah kepada orang. Ia akan membawa kepada kelewatan perbicaraan dalam kes-kes jenayah,” kata Karpal.

Karpal berkata demikian selepas mendengar hujah hakim Mahkamah Persekutuan dalam menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen dan bukti relevan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas.

Karpal berkata Mahkamah Persekutuan berpendapat permohonan Anwar itu hanya boleh dilayan setelah perbicaraan bermula, dalam erti kata lain, saksi pertama telah mula memberikan keterangan.

“Jika ini berlaku, maka pihak yang mempertikaikan akses kepada bukti-bukti akan tentunya merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi. Tindakan ini pasti diambil bukan sahaja oleh peguam bela tetapi pendakwaraya juga mempunyai hak membantah dan memrayu …semua ini akan melambatkan proses perbicaraan,” kata Karpal.

Karpal berkata peguambela Anwar tentunya akan merayu sekali lagi untuk mahkamah membenarkan Ketua Pembangkang itu diberikan bukti-bukti berkenaan selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Anwar telah meminta salinan kenyataan penuduh Saiful Bukhari Azlan, laporan perubatan yang relevan dan salinan rakaman video di pintu masuk kondominium Jalan Setiakasih Bukit Damansara di mana Salful mendakwa tuduhan fitnah liwat itu berlaku pada Jun tahun 2008 .

Peguam-peguam Anwar memohon untuk diberikan akses kepada bahan bukti itu bagi membolehkan mereka menyediakan soal balas yang bernas terhadap saksi yang dikemukakan oleh pendakwaraya, demi memastikan keadilan.

"1Malaysia", satu slogan baru?

Apabila Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan pada 3 April lalu sebagai Perdana Menteri yang baru, beliau lantas memperkenalkan satu konsep baru kepada rakyat Malaysia, iaitu "1Malaysia".

Pada asasnya, konsep ini adalah merujuk kepada usaha pemimpin BN untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang etnik di Malaysia. Ini adalah langkah yang penting dalam impian pemimpin negara untuk membina satu masyarakat yang maju, progresif lagi berindustri.

Perpaduan rakyat boleh dipupuk jika ahli dalam masyarakat benar-benar merasakan diri mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Dengan kata lain, nilai keadilan, kesaksamaan dan peluang memperbaiki diri yang sama adalah ramuan yang penting.

Sebagai stakeholders yang mempunyai kepentingan dalam masyarakat, rakyat jelata perlu mendapatkan ruang di mana mereka sama-sama dapat berkongsi idea, impian dan juga kekecewaan, selain daripada juga mencapai kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan. Peluang untuk meluahkan pandangan membina adalah penting dalam menjana perasaan a sense of belonging kepada rakyat yang mencintai negaranya.

Perasaan "ke-asingan"

Sebaliknya, luahan yang menyahkan atau mempunyai kesan menyisihkan sekelompok manusia dalam masyarakat berkenaan, seperti lemparan ungkapan "pendatang", sudah tentunya bukan sahaja mengundang perasaan marah dari komuniti berkenaan, tapi juga perasaan "ke-asingan".

Polisi tertentu yang dibentuk oleh pemerintah yang mempunyai elemen diskriminasi juga berkeupayaan untuk melemahkan perasaan ‘keahlian’ bagi komuniti yang menghadapi amalan diskriminasi dari pihak tertentu. Pendekata, diskriminasi ini boleh menggagalkan usaha untuk memupuk perpaduan rakyat pelbagai etnik, dan seterusnya menggugat konsep ‘1Malaysia’ itu.

‘1Malaysia’ juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menghayati idea ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) yang penting kerana ini menggalakkan warganegara untuk menghargai kepentingan dan "kecantikan" yang boleh diperolehi daripada kepelbagaian. Konsep kepelbagaian ini dikatakan penting lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia di mana terdapat pelbagai jenis manusia dengan pelbagai sikap, pendirian, fahaman, ritual dan budaya yang diamalkan.

Kepelbagaian juga membawa implikasi bahawa wujudnya perbezaan dalam masyarakat dan interaksi manusia. Dan perbezaan mempunyai potensi mencetuskan kesalahfahaman antara satu kelompok dengan kumpulan manusia lain. Di sinilah timbulnya betapa penting dialog dan perundingan antara pihak yang berkaitan. Malah, perbezaan yang dihargai dan hormati boleh membina solidariti dalam kalangan mereka.

Tapi untuk ini semua dilaksanakan atau dicapai, ianya juga memerlukan penglibatan dan tindakan pemerintah. Misalnya, "1Malaysia" yang benar-benar mengilhamkan masyarakat yang saksama dan merasakan perasaan "keahlian", harus membanteras usaha-usaha elemen tertentu dalam masyarakat yang cuba memecahbelahkan rakyat jelata menerusi politik ras, sepertimana yang dipopularkan oleh beberapa parti politik tanah air yang juga melibatkan kelompok BN sendiri.

Kesatuan rakyat Malaysia juga boleh digagalkan melalui polisi pemerintah yang mendiskriminasi kelompok tertentu hanya berdasarkan warna kulit dan kepercayaan. Gejala ini perlu ditangani golongan pemerintah yang dikatakan prihatin terhadap perpaduan rakyat.

Sekiranya kecacatan yang ada pada dasar pemerintah dan juga tindakan yang diambil yang memecahbelahkan rakyat berdasarkan etnisiti tidak ditangani, maka ungkapan "1Malaysia" ini akan hanya tinggal sebagai slogan kosong semata-mata sepertimana yang telah dilakukan oleh pemimpin politik sebelum Najib.

Menjaga hegemoni politik

Malah, konsep "1Malaysia" yang diwar-warkan ini akan hanya dilihat sebagai satu usaha golongan memerintah untuk semata-mata menjaga hegemoni politiknya dalam ertikata bahawa golongan memerintah berusaha mendapatkan restu (untuk kepimpinannya) daripada sebilangan rakyat dengan menjanjikan keadilan dan hak demokrasi pada tahap tertentu oleh pihak pemerintah kepada kelompok bukan Melayu yang rata-rata telah berkiblat kepada Pakatan Rakyat sejak pilihanraya umum yang lalu.

Sesungguhnya, tawaran konsep "1Malaysia" kepada rakyat Malaysia bukan sahaja perlu berupa ikhlas malah ianya perlu direalisasikan secara sistematik dan berlandaskan lunas-lunas murni seperti keadilan, belas kasihan (compassion), demokrasi dan perpaduan.

*Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati budaya, masyarakat dan slogan.

Polis Pertahan Tindakan Tembak Ke Arah Ibu Tunggal

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman hari ini mempertahankan tindakan anggotanya melepaskan lima das tembakan ke arah kereta dinaiki seorang ibu tunggal bersama tiga rakannya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah pada Oktober tahun lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati anggota berkenaan telah menjalankan tugas mengikut undang-undang dan wanita berkenaan tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Dia boleh mengatakan apa pendapatnya tetapi dia harus tahu dengan siapa dia bercampur, dalam keadaan kereta mana dia berada...dia tahu semuanya dan kita tahu bagaimana anggota kita tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, wanita berusia 30 tahun itu membuat aduan kepada Parti Keadilan Rakyat dengan mendakwa pada 30 Oktober tahun lepas, dia ditembak ketika berada dalam kereta bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke Segambut.

Muhammad Sabtu berkata pihak polis tidak akan menghalang sekiranya wanita itu mahu membawa kes tersebut ke mahkamah kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa mereka menjalankan tugas secara beretika. - BERNAMA

BERKAITAN :

Wanita ditembak polis tanpa sebab...

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Khalid terima keputusan, akan rayu segera

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapati beliau bersalah namun akan membuat rayuan segera berhubung hukuman penggantungan enam bulan dari jawatan parti.


Dalam respon segera kepada Harakahdaily beliau yang berada di luar negara berkata, beliau menghormati keputusan tersebut.

"Oh ok, No problem, saya boleh appeal (merayu) selepas saya balik.

"Yang penting dua dua didapati bersalah dan saya harap Datuk PJ (Hassan Ali) tidak akan lagi menimbulkan masalah dengan PR (Pakatan Rakyat) Selangor," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Hasan Ali dalam sidang medianya sebelum ini juga memaklumkan menerima keptusan Jawatan Kuasa Disiplin dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.
Jawatankuasa disiplin PAS petang tadi memutuskan Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga bersalah dan diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang tadi.

Mereka bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan dalam masa 30 hari.

Selain itu kedua-duanya juga tidak dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan parti dan Pakatan Rakyat.

Umno teliti 'tindakan' pada Ku Li

Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.

Katanya, beliau masih belum menerima kandungan ucapan tersebut bagi menentukan tindakan sepatutnya ke atas ahli parlimen Gua Musang itu.
.
"Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya lagi, kandungan ucapan Tengku Razaleigh itu juga akan dibincangkan lanjut oleh parti.

"Pendirian kita, mesti patuh kepada disiplin parti. Tetapi macam mana pun kita akan bincang perkara ini," tambahnya lagi.

Beliau yang juga presiden BN menjelaskan, keputusan untuk memberi wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuat berdasarkan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.

"Apa yang berhubung dengan rakyat kelantan, kita akan bagi. Kita tak lari daripada tanggungjawab kita. Tapi kita mesti buat apa-apa berdasarkan perlembagaan," katanya.

Sementara itu, beliau turut menepis dakwaan pemimpin pembangkang yang mengaitkan Umno dengan insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

"Ini kaedah biasa yang dilakukan oleh parti pembangkang. Pertamanya mesti dia tuduh Umno. Belum ada apa-apa bukti, tuduh Umno dulu. Itu dia punya modus operandinya," katanya.

Ketika ditanya, Najib turut menjelaskan pendekatan yang diambil kerajaan dalam membuat penahanan ISA terhadap 12 orang minggu lalu, umumnya bagi menjaga imej negara.

Katanya, tindakan itu satu usaha kerajaan bagi membendung kejadian keganasan dan bagi mengelakkan Malaysia daripada dijadikan pusat transit bagi pengganas.

"Langkah ini adalah langkah pencegahan sebelum berlaku apa jua insiden keganasan sama ada (dari) dalam negara kita mahu pun luar negara," kata Najib.

"Kalau berlaku (keganasan) dalam negara kita, sudah tentu ia akan memberi kesan amat buruk kepada imej negara kita selain menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda."

Sementara itu, beliau mengumumkan perhimpunan agung Umno bagi tahun ini ditetapkan pada 28 sehingga 30 Oktober.

Dirgahayu Mahasiswa Pemberani

Oleh Hasmi Hashim

Sebagai bangsa yang bermaruah, kita wajib membantah keras perlakuan biadab dan liar pihak berkuasa terhadap mahasiswa biar dalam apa bentuk sekalipun.

Sejak semalam dan malam tadi, sehingga jam 1.30 pagi, suasana di beberapa universiti masih tegang; terutamanya di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UM). Kita maklum, kedua universiti ini menyimpan gah sejarah perjuangan bangsa.

Hari ini, 29 Januari 2010, hari ini hari Jumaat. Hari ini seolah-olah sempurnalah perlakuan biadab dan curang penguasa kepada anak-anak mahasiswa. Mereka tidak lagi mengenal lawan. Musuh mereka bukan lagi jagoan politik di luar pagar universiti, tetapi tergamak mereka memperlakukan anak-anak mahasiswa mutiara bangsa kita laksana langsung tiada harga.

Hanya… Hanya semata anak-anak mahasiswa ini menuntut hak yang memang hak mereka. Jika diteliti, tuntutan anak mahasiswa ini cukup munasabah.

Sistem “E-Voting”, atau “E-Undi” yang pertama kali diaplikasikan di UM adalah karut. Ia sama sekali tidak boleh diterima pakai di dalam sistem demokrasi. Teknologi sehebat manapun bukan alasan bilamana sistem berkenaan terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi.

Asas penting ialah, undi itu rahsia. Dengan E-Undi, maka mahasiswa terdedah diketahui undi mereka. Dengan keraguan ini, juga menjadi ugutan di mana mereka yang tidak mengundi mengikut selera penguasa, boleh dikenal pasti. Boleh pula dikenakan tindakan.

Bertaburan suara di bawah, siapa yang undi calon Pro-Mahasiswa akan dibuang kolej. Misalnya.

Oleh itu, adalah munasabah untuk tuntutan mahasiswa UM agar dikembalikan sistem undi kertas. Meskipun ia nampak konvensional, tetapi itulah cara terbaik. Dengan sistem pengkomputeran, sama sekali tidak melambangkan sistem demokrasi semakin baik. Bahkan, semakin memburuk.

Sebaliknya, karut apabila beberapa keputusan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan atas tuduhan mahasiswa berkempen secara berkumpulan. Maknanya mereka seakan pro kepada mana-mana parti politik di luar.

Bukan menjadi rahsia bagaimana beberapa pertubuhan mahasiswa di dalam universiti jelas dikuasai, bahkan dibiayai parti pemerintah. Dalam keadaan kuasa yang sedemikian besar, mereka masih membatalkan kemenangan beberapa calon yang dikatakan menggunakan blog atau facebook yang sama. Hanya dengan itu, calon-calon ini dikatakan sudah berkempen secara ‘berkumpulan’.

Keadaan lebih parah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jagoh dan wira baru anak muda Malaysia lahir di sana apabila hampir dua minggu lalu, 9 orang diberkas di Kuala Lumpur dalam satu aksi unjuk rasa. Penguasa jangan lupa, sementara mereka angkuh sedemikian, yang terpendam di bawah universiti ini adalah perjuangan nasionalisme bangsa kita yang masih membara.

Sehingga saat saya menuliskan ini, 5 orang sekurang-kurang sudah diberkas dalam demontrasi ratusan orang sejak selepas sholat Jumaat tadi. Lima truk FRU ditempatkan. Apa ertinya semua ini?

Apakah ini bentuk layanan terhadap mahasiswa. Negara yang mundur demokrasinya, bahkan kalangan bangsa yang tidak beradab sahaja yang tergamak berterusan menindas mahasiswa sedemikian rupa. Bukan hanya ditakut-takutkan, diugut, diperlekeh, ditangkap, malah ada yang dipukul.

Seorang mahasiswa di UKM sempat bercakap melalui telefon dan bercerita dengan saya bagaimana sulitnya dan tekanan yang beliau dan teman-teman lalui sepanjang tempoh kempen. Beliau, sudah tentu berada di sebelah Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan bertugas di kolejnya.

“Bagi student first year, mereka ditakut-takutkan. Kalau undi kita orang, akan dibuang kolej. Lagipun mereka banyak wang rasanya sebab t-shirt mereka lawa-lawa,” suaranya sayu.

Salut! Anak-anak mahasiswa itu takkan terkalahkan. Saya berikan tunjuk hormat di hadapan mereka.

Hasan Ali Dedah Rahsia PAS Juga. Apasal Tak Kena Gantung?



Download:
FLVMP43GP

Saya sedikit pun tidak terkejut atas keputusan JK Disiplin PAS. Bagaimana Hasan Ali boleh dikenakan hanya Amaran Bertulis sedangkan 70% AJK PAS Pusat mahu Hasan Ali ditukar dari menjadi PJ Selangor.

Padahal, Hasan Ali juga telah mendedahkan rahsia parti di hadapan blogger UMNO.

Sila dengar rakaman tersebut di atas.

Kita tahu perkara mendedahkan rahsia parti ini telah pun sampai kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Rakaman ini juga telah sampai kepada Tuan Ibrahim Tuan Man melalui Al Banjari.

Juga, pendedahan berkenaan rakaman ini telah menjadi maklumat umum.
Sedangkan tiada bukti pun Khalid Samad mendedahkan rahsia parti. Mengapa Khalid digantung manakala Hasan Ali terlepas?

SEPATUTNYA SAYA TIDAK TERKEJUT

Setiuasaha kepada JK Disiplin adalah Dr. Supyan Husin. Beliau ini bekas Exco Pemuda Pusat. Beliau terkenal sebagai seorang yang anti Anwar Ibrahim dan pernah melahirkan sikap anti beliau dalam Mesyuarat Exco Pemuda Pusat.

Jadinya sepatutnya orang seperti Dr Supyan Husin tidak patut duduk dalam JK Disiplin PAS Pusat. Sepatutnya beliau menarik diri. Namun, beliau terus mengadili YB Khalid Samad sedangkan beliau jelas seorang yang anti Anwar Ibrahim sampai hari ini.
Ini kerana setiap pimpinan PAS yang pro PR sering dilabel sebagai “proksi Anwar” dan Khalid adalah salah seorang darinya.

Jelas, ini suatu kezaliman, pada pandangan saya dan sebagai ahli PAS saya tidak dapat menerima keputusan seperti ini.

Lebih-lebih lagi, BUKTI KESALAHAN HASAN ALI TERBENTANG DI DEPAN MATA JUTAAN RAKYAT MALAYSIA.

Kalau Khalid Samad kena 6 bulan, sepatutnya Hasan Ali mesti kena 12 bulan. Bukan hanya amaran bertulis. Mengapa JK Disiplin begitu TIDAK ADIL?

Apakah perlu Tulang Besi mendedahkan KESELURUHAN rakaman KUTUKAN serta NISTA Hasan Ali terhadap KERAJAN NEGERI PR dan juga PARTI-PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT SELURUH SELANGOR?

Rakaman yang penuh dengan FITNAH dan MEHNAH terhadap Pakatan Rakyat yang membuktikan TANPA SYAK Hasan Ali melanggar keputusan Muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.
Adakah selepas itu baru JK Disiplin dan PAS Pusat mahu mengambil tindakan yang betul dan benar?

Beri saya sampai hari Isnin untuk buat keputusan.

Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

ps kalau Khalid benar2 bersalah, saya pun tak sokong dia. Tapi apa sebenarnya kesalahan Khalid? Saya ingin bertanya.

Peralat rumah ibadat, politik biadab nakal-Mahfuz

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin tindakan melempar kepala babi di dua masjid di Petaling Jaya adalah cubaan pihak tertentu memprovokasi umat Islam bagi membangkitkan kemarahan terhadap penganut agama lain.

Beliau berkata, tindakan itu berkemungkinan setelah gagal membangkitkan kemarahan umat Islam dengan pembakaran beberapa gereja baru-baru ini ekoran isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian.

Tindakan itu disifatkannya sebagai strategi politik 'Biadab Nakal'.

"Kejadian tersebut berpunca dari kenakalan politik mengadudombakan rumah Ibadat bagi mencapai cita-cita politik Biadab Nakal.

"Tindak tanduk politik Biadab Nakal ini adalah berpunca apabila mejoriti rakyat pelbagai kaum dan agama menolak dan tidak lagi terpengaruh dengan kenakalan politik golongan ini," katanya.

Percubaan itu jelasnya dilakukan bagi mengharapkan umat Islam kembali berpayung kepada politik murahan Biadab Nakal untuk kelangsungan kuasa mereka.

Lebih malang katanya, apabila suspek yang ditangkap adalah merupakan penganut agama Islam dan mencerminkan ada sesuatu yang silap dalam memberi kefahaman kepada mereka.

"Penangkapan suspek dalam kejadian pembakaran gereja dan surau yang terdiri dari kalangan umat Islam dan kini melemparkan kepala babi ke dalam masjid ternyata gagalnya pihak berkuasa agama Islam dan mereka yang punya kuasa dalam hal ehwal Islam memberikan kefahaman yang jelas betapa Islam sangat memuliakan rumah ibadat," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, perbuatan melempar babi di Masjid Taman Datuk Harun dan Taman Sentosa juga dilakukan oleh mereka yang beragama Islam.

"Melemparkan kepala babi yang di bungkus dalam pelastik lutsinar adalah petunjuk ianya di lakukan oleh orang yang jijik dan haram dengan babi.

"Kalau ianya di lakukan oleh orang tidak jijik dan tidak haram dengan babi sudah tentu ianya tidak perlu di letakkan dalam pelastik lutsinar," katanya.

Beliau melahirkan kekesalan dengan beberapa insiden serangan rumah ibadat yang boleh menjejaskan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab menghentikan dan menamatkan politik Biadab Nakal dan usaha memporakperandakan negara orang Malaysia," katanya.

Khalid digantung, Hassan lepas

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

SPR makin merapu nak selamatkan BN

Oleh Rosli Hashim

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekarang memang sudah tidak tahu apakerja yang mereka perlu buat. Pengerusi dan timbalan badan itu nampaknya hanya makan gaji buta.

Ketika banyak penambahbaikan perlu dilakukan bagi menjadikan pilihanraya di Malaysia adil, bersih dan telus, badan itu sebaliknya sibuk mengeluarkan cadangan dan saranan yang merapu dan berbelit-belit.
Hanya yang tidak waras akan mengatakan pilihanraya Malaysia bersih dan telus. Banyak bukti kepincangan sudah didedahkan baik oleh Pakatan Rakyat (PR) mahu pun NGO dan badan-badan pemantau pilihanraya. Tetapi seperti biasa, semuanya digelapkan atau menjadi bahan sendaan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Oleh kerana dalam keadaan tidak tahu nak buat apa tetapi mahu tunjuk kononnya SPR buat kerja, maka timbullah bermacam idea merapu dan lucu. Keluar cadangan untuk melaksanakan tempoh bertenang selama dua hari sebelum hari mengundi. Penamaan calon pula dibuka selama tiga hari.

Alasan diberi SPR kononnya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti pergaduhan dan ketegangan semasa penamaan calon atau menjelang hari mengundi.

Semua tahu apabila pilihanraya ada melibatkan Umno, pasti akan berlaku kekecohan. Tetapi tanpa calon Umno, keadaan tegang tidak pula tercetus seperti kita saksikan dalam pilihanraya kecil Dun Penanti dulu.

Maknanya SPR patut melihat punca kekecohan itu kerana badan itu terlalu memberi muka hingga dipijak-pijak kepala mereka oleh gerombolan pemuda Umno.

Kerana SPR selalu membuat keputusan memihak Umno, maka badan itu sudah tidak dihormati kerana Umno berasa selamat jika melakukan sebarang kesalahan undang-undang pilihanraya atas perlindungan yang SPR berikan.

Dan sekarang timbul pula satu lagi cadangan dungu untuk memanjangkan hari mengundi supaya pengundi dari pekerjaan tertentu boleh turun mengundi. Secara tersiratnya, ia merupakan perluasan untuk undi pos. Cuma ditukar nama atau cara saja.

Kita tidak nafikan ada kalangan rakyat yang tidak berpeluang mengundi kerana terpaksa bertugas dan sebagainya. Tetapi rakyat pastinya mahu tahu secara fakta, berapa peratuskah pengundi jenis ini dan mengapakah mereka tidak dapat mengundi sedangkan perkara ini tidak mungkin berlaku kalau SPR memang buat kerja yang sepatutnya.

Antara masalah mengapa ada rakyat tidak dapat mengundi adalah disebabkan kerenah SPR sendiri. Apa bijaknya memilih hari kerja untuk dilangsungkan pengundian seperti yang berlaku dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini? Tetapi bila di kawasan yang BN ada potensi, boleh pula dibuat pada hari cuti?

Begitu juga dengan cadangan tempoh bertenang. Jika mahu dilaksanakan, ia perlu mencakupi semua parti dan semua saluran kempen.

Jangan hanya PR tidak boleh berkempen, tetapi Umno dan BN pula bebas menggunakan media harian dan elektronik mereka membalun PR sepuasnya tanpa tuduhan dan tohmahan itu dapat dibalas.

Sebelum menguatkuasakan sebarang pembaharuan, SPR perlu membuktikan yang badan itu tidak diperkudakan Umno dan berani mengambil tindakan terhadap Umno bila parti tua itu melanggar mana-mana peraturan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Yang paling mudah untuk membuktikannya adalah dengan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berkenaan kekosongan kerusi Dun Kota Siputeh di Kedah. Dalam kes itu SPR jelas melindungi Umno sekalipun Adun Kota Siputeh itu sudah terang-terang melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri sendiri.

Itu belum dicampur lagi dengan kes-kes saman yang sedang dihadapi Umno oleh dua syarikat pembekal bahan-bahan kempen pilihanraya parti itu. Jumlahnya mengejutkan kerana mencecah ratusan juta ringgit. Dimana SPR yang sibuk mengingatkan tentang had perbelanjaan kempen kepada parti-parti bertanding? Mengapa tiada komen langsung?

Di sini kita dapat lihat sendiri betapa kerana kerja yang sepatutnya menjadi keutamaan SPR tidak dibuat, lalu untuk nampak SPR ini kreatif diciptalah idea-idea yang sebenarnya tidak menyelesaikan pun masalah pokok dalam sistem demokrasi Malaysia.

Empat tuntutan BERSIH, sebuah badan gabungan yang memperjuangkan demokrasi dan pilihanraya yang adil, hingga kini tidak dipedulikan langsung oleh SPR. Yang paling asas iaitu penggunaan dakwat kekal, itu pun SPR berdolak-dalik sampai sekarang.

Jadi janganlah pengerusi SPR dan timbalannya syok sendiri membandingkan badan itu dengan rakan sejawat mereka di Thailand atau Indonesia. Di kedua negara berkenaan, SPR lebih bebas dan tidak dikongkong oleh Perdana Menteri atau Presiden mahu pun mana-mana parti politik.

Dan kerana SPR semakin merapu semata-mata mahu mencerahkan peluang BN dalam pilihanraya akan datang, mungkin ada baiknya BERSIH kembali merancang untuk menghimpunkan rakyat seperti dilakukan pada 2007 yang lalu. Dan kali ini dengan himpunan rakyat yang jauh lebih besar jumlahnya.

Anwar: Najib wants me in jail quickly

anwar By Karl Malakunas

MANILA: Opposition leader Anwar Ibrahim today accused the Najib regime of seeking to convict him quickly of sodomy as part of efforts to deflect attention against its own woes.

Anwar spoke out angrily after he lost his appeal for access to the government’s evidence against him in the sodomy trial, which is due to start this Tuesday and could see him jailed for 20 years.

"I’m shocked with the (government’s) impunity to go on with such a case despite overwhelming evidence to the contrary," Anwar told AFP on a short trip to the Philippines.

Anwar accused Prime Minister Najib Abdul Razak of orchestrating efforts to have him convicted of sodomy, and said he feared the court could buckle under pressure from the government.

Asked if he thought he would win the case, Anwar said: "Yes, assuming the court agrees… to look at facts and the law. I’m confident of the facts.

"(But) I’m not too confident of the system because I think Najib is quite directly involved."

Anwar said the court case may be over in a matter of weeks.

"It seems they want to rush it… their political masters want a quick conviction."

Anwar insisted the government was seeking to jail him on sodomy charges only to eliminate his political challenge, as the Barisan Nasional was losing popularity amid corruption allegations and rising racial domestic tensions.

"I think Najib wants to deflect attention from the cases of corruption and the tensions that are brewing," he said.

In Kuala Lumpur, Anwar’s lawyer said his legal team would seek a review of Friday’s Federal Court ruling that barred him from having access to the prosecution’s evidence against him.

"The court ruled that the evidence that we were seeking did not fall within the ‘necessary and desirable’ category and turned down the appeal," lawyer Sankara Nair told AFP.

"It has far-reaching negative implications in Malaysian criminal law as it is a reversal of earlier positions in law allowing greater disclosure by the prosecutors so the accused can prepare his defence effectively."

Sankara said he would seek a stay of the trial, which is due to begin on Tuesday, to give time for Anwar’s legal team to push for an appeal to strike out the case completely.

Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya menimbulkan lebih banyak kesangsian apabila mendakwa tidak ada pihak atasan Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang dua tahun lalu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mencapai rumusan itu kerana tidak ada rekod TUDM digunakan untuk membawa keluar dua enjin berkenaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan hasil siasatan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai longgar dan perlu diperjelaskan dengan lebih teliti.

"Buat masa nie yang mengatakan tidak ada pihak atasan terlibat ini adalah satu persoalan yang besar. Adakah ia dicuri ? Kalau dicuri, soal keselamatan mereka kita pertikaikan. Tapi kalu kata dikeluarkan, bukan dicuri, bagaimana benda sebesar ini memerlukan kelulusan dari penjawat bawahan saja," kata Azan.

"PAC telah memberikan kita gambaran bahawa kaedah pengurusan pengendalian aset- aset kerajaan yang menuntut tahap keselamatan yang tinggi tidak diuruskan dengan baik setakat ini," tambahnya lagi.

Azan berkata orang awam tidak akan menerima penjelasan bahawa dua enjin jet pejuang boleh dibawa keluar dari negara ini, tanpa keperluan dokumen dan prosedur ketat.

"Benda tu perlu diangkat keluar dan melalui satu prosedur yang ketat. Ia perlukan semakan ketua komanden DEPO dan banyak lagi prosedurnya. Tapi hilang juga,"katanya.

"Mungkin benda itu dirancang dengan melibatkan individu yang mempunyai tanggungjawab yang ketat," hujahnya lagi.

Azan berkata hasil siasatan PAC perlu diperinci dan dibahas di Parlimen dan tidak boleh diterima secara bulat.

"Bila PAC kata tidak ada orang atasan yang terlibat, kita masih tidak boleh buat apa- apa tindakan sebab PAC hanya keluarkan kenyataan itu selepas bermesyuarat sesama mereka dan saya yakin perkara ini akan dibentangkan diparlimen bulan 3 ini," katanya.

"Saya akan mula mengkaji isi kandungan laporan itu dari semua sudut, prosedur, pengauditan, siasatan pengurusan kita akan tengok," katanya.

Sidang Parlimen dijangka kembali bersidang Mac ini.

Keputusan p'raya kampus UM digantung

Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.

Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa.....Pengantin Glamour 2010

Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.

Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari ole mahkamah majistret Kota Baharu.

Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas prosiding tersebut, Khairul Nizam berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata.

"Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu," kata anak kelahiran Paroi itu.

Beliau kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Khalid Samad digantung, Hasan Ali hanya amaran...ha..ha... kes dah terbalik pulak dah..!!! ape-ape jek....!!!

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 29 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad digantung daripada jawatannya manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali ‘terselamat’ dengan amaran sahaja.

Selain itu Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dilarang daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan parti.

Khalid yang kini berada di luar negara merupakan anggota Lajnah Politik PAS.

Mengumumkan keputusan jawatankuasa disiplin petang ini, pengerusinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Hasan juga diberikan amaran daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan Pakatan Rakyat.

Insiden Kepala Babi: Anasir dari UMNO dan Polis terlibat?

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota UMNO terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama UMNO ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, Ketua Polis Negara Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja - tidak orang biasa - yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.

*Kenyataan media oleh Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden KEADILAN.

Wanita ditembak polis tanpa sebab...Cerita sebenar Polis Yang Cuba Di Tutup..!!!

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

MP DAP disiasat mengikut Akta Hasutan

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.

Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

"Tapi saya kata begitu dalam konteks Umno sebagai tulang belakang kerajaan. Jadi apa-apa yang berlaku kepada rakyat, Umno mesti bertangungjawab," katanya yang akan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Setapak petang ini.

Tambahnya lagi, ketika dihubungi Malaysiakini, beliau bagaimanapun tidak mempunyai rekod ucapan berkenaan kerana berucap secara spontan tanpa teks pada ceramah di Cenderiang Balai itu

"Saya bercakap tanpa teks dan tidak mempunyai rekod ucapan tersebut. Polis ada rakaman (ucapan) itu dan saya nampak ada juga beberapa orang yang merakam dengan kamera video," katanya lagi.

Dihubungi tiga hari lalu

Tambahnya, polis Teluk Intan telah menghubunginya sejak tiga hari lalu untuk merakam keterangannya, namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Kuala Lumpur.

"Hanya hari ini saya lapang untuk bertemu mereka di Kuala Lumpur," katanya lagi yang menyifatkan tindakan polis memanggilnya memberi keterangan itu sebagai "prosedur biasa."

"Cuma, saya harap ini bukan bermotifkan politik semata-mata sebab saya sebut Umno terlibat (dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat)," katanya lagi.

Manogaran merupakan individu pertama yang disiasat polis kerana mengaitkan Umno dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat.

Naib presiden PKR,
Azmin Ali turut membuat kenyataan serupa kelmarin dengan mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata polis tidak akan mengambil kenyataan daripada Azmin berhubung dakwaan itu yang diketepikan sebagai "kenyataan politik."

Kepala babi: Pihak berkuasa diminta siasat kesimpulan penduduk

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali menggesa pihak berkuasa meneliti beberapa kesimpulan yang buat penduduk berdasarkan beberapa petunjuk awal dalam kejadian melempar kepala babi hutan di dua masjid di Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu terdapat empat kesimpulan besar berhubung perkara itu dapat dibuat iaitu:

Pertama: kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua- Kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih tepatnta Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia haram dalam Islam.

Ketiga- Ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang ekstremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Dan keempat- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi hutan itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki bukan orang awam biasa yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus melainkan dia seorang yang mempunyai kuasa.

"Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya," katanya.

Dalam kejadian 27 Januari lalu, dua bungkusan masing-masing berisi dua kepala babi hutan dilemparkan di perkarangan masjid Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Azmin Ali turut mendakwa ahli Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati dan akan membaut pendedahan lanjut berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memutuskan Azmin tidak perlu dipanggil untuk membantu siasatan.

FRU ‘berpesta’ di Batu Caves

img0030a

img0031a

img0033a

BERITA TERDAHULU

Gambar-gambar ini dirakam sekitar pukul 7.45 pagi ini di Jalan Cheras. Deretan kenderaan FRU berserta ‘lokap bergerak’ menghala ke arah pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Ke mana destinasi kenderaan FRU ini adalah tidak pasti. Adalah dipercayai sedang menuju ke Batu Caves tempat sambutan perayaan Hari Thaipusam.

BBERITA BERKAITAN

Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam

Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.

“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan,” kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar juga mendakwa mereka telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang.

Beliau berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

“Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini,” kata Xavier.

Sambutan Thaipusam adalah sebahagian daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.

Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.

Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam.

“Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini,” jawab Xavier.

Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat. - MKini

Oleh DAP Melayu

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa


Seorang penulis blog, yang disiasat berhubung kesalahan menghina Sultan Johor, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Pemuda 29 tahun itu, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, ditahan reman di Majistret Kota Bharu selama empat hari yang berakhir hari ini.

Menurut peguammnya, Mohd Razlan Jalaludin, Aduka Taruna telah tiba di mahkamah berkenaan selepas solat Jumaat tadi dan sedang menunggu pendakwaan terhadapnya dimulakan.

Penulis berkenaan menyerah diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu Isnin lalu.

Beliau akan didakwa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000, satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Wan Azizah Nama Pertama Senarai Saksi Alibi Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata polis hari ini.

"Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam S.N Nair dan Partners," Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media bahawa R.Sivarasa, antara peguam kepada Anwar, tidak ingat nama Wan Azizah ada dikemukakan sebagai alibi dalam kes itu. Wan Azizah dipanggil polis tiga hari lepas untuk memberi kenyataan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Semalam, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini.

Peguamnya S.N.Nair berkata mahkamah telah menetapkan Selasa juga bagi Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar permohonan itu dan sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada keputusan hakim.

Nair berkata perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Dis lepas. Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu.

Pada 1 Dis 2009, Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Jan 2010.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda ke 2 Feb sementara menunggu keputusan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu hari ini. - BERNAMA

Siapa nak jadi si 'bangang' ?

Dah bangang ka apa perempuan melayu fikir macam ni ! Bila disebut 'bangang', marah plak nanti..tapi yang bodoh melampau ikut promo ni memang jelas 'bangang'.


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends. The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.” State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said: “We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (The Star)
___oleh : mantot

Siapa yang
persuade ni? Takde pun pihak tu disebutkan ?

Tak pakai underwear untuk boyfriend, BODOH.
Sambut valentine ?, LAGI BODOH.
Melayu ikut benda-benda camni, SUPER BODOH.
Tersenyum apabila ditanya benda-benda camni DAN sambut valentine, UMMI BODOH! Perempuan Melayu ramai jugak sebenarnya yang suka dieksploitasi.

Siap laa.., aku nampak perempuan melayu 'islam' tak pakai panties 14hb Februari, aku pegi swipe credit card dekat celah bontot dia. It's A New World Now! Takleh marah ok !

Ir Mustafa Salleh, Dilantik CEO PMBK Yang Baru

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang - Ariffahmi

Ariffahmi serah tugas CEO PMBK

Isu membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang tadi, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

Isu membabitkan Ariffahmi timbul ekoran wujud dakwaan berlaku penyelewengan sehingga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malayasia (SPRM) membuka fail siasatan.

Kesnya tersebar kepada umum ekoran sebuah blog milik bekas pegawai PMBK yang mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Ketika ditemui beliau memberitahu telah menerajui agensi korporat milik kerajaan negeri itu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama lima tahun dua bulan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.

“Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.

Pada majlis itu anak-anak syarikat PMBK menyampaikan cenderahati kepada Ariffahmi sebagai tanda ingatan.

Hadir sama Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat, Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah dan pegurus-pengurus anak syarikat di bawah PMBK.

Ir Mustafa pula melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.

“Saya berharap mendapat kerjasama semua agensi kerajaan dan syarikat-syarikat anak bagi melancarkan lagi pentadbiran PMBK.

“Terima kasih juga kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui syarikat besar seperti PMBK,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul ketika berucap ringkas pada majlis tersebut turut melahirkan rasa sedih dan menghargai sumbangan Ariffahmi sepanjang berkhidmat di PMBK.