Khamis, 28 Januari 2010

Kelantan berhak terima royalti 5 peratus - Tengku Razaleigh


KOTA BARU, Jan 28 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam ini, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang tadi.

Tengku Razaleigh akan berucap memberi penerangan mengenai isu itu.

Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Difahamkan program akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.

Pengundian di UM dilanjut sejam kerana masalah teknikal..taktik biasa untuk memenangkan Pro-A....!!

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tempoh pembuangan undi pilihan raya kampus Universiti Malaya hari ini dilanjutkan sejam dipercayai ekoran masalah teknikal.

Ini kali pertama Universiti Malaya menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi).

Sehingga sesi pengajian lalu, Universiti Malaya menggunakan sistem pengundian normal.

“Pengundian yang bermula 10 pagi sepatutnya berakhir 5 petang tadi tetapi dilanjutkan sejam kerana beberapa masalah, antara masalah teknikal pada sistem komputer... menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat mengundi, jadi masa dilanjutkan,” kata Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Shafie Hashim ketika dihubungi sebentar tadi.

Kini proses pengiraan sedang dijalankan dan keputusan dijangka diketuai selepas 7 malam, kata Shafie.

“Kami juga sudah membawa isu ini kepada Naib Canselor universiti dan beliau menerima aduan kami tetapi meminta agar perkara itu dirujuk kepada Pusat Teknologi Maklumat.

“Naib Canselor berkata beliau tidak boleh melakukan apa-apa, tetapi serahkan kepada Pusat Teknologi Maklumat untuk diselesaikan,” katanya.

Penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya kampus kali ini dibantah oleh sebahagian pelajar universiti berkenaan.

Selain Universiti Malaya, universiti-universiti yang mengadakan pilihan raya hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pergurusan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan.

Umno cipta Isu supaya rakyat leka membincangkannya


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum memutuskan apakah dia akan mencabar undang untuk mengangkat larangan tentang sebuah buku yang diterbitkan oleh Sisters in Islam Forum (Malaysia) yang berjudul Wanita Muslim dan Cabaran Ekstremisme Islam.

Timbalan Setiausaha Agung Kementerian , Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz berkata menteri mempunyai 14 hari untuk mengajukan permohonan peninjauan kembali putusan Mahkamah Tinggi dan perkara ini masih dalam pembahasan dengan pihak Peguam Negara.

Pada hari Rabu, Mahkamah Tinggi membatalkan larangan Menteri Dalam Negeri keatas penerbitan tersebut selepas mendapati bahawa 215 halaman buku itu tidak merupakan ancaman terhadap ketenteraman awam.

Buku yang diterbitkan pada bulan Oktober 2005, adalah kompilasi esei berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para ahli antarabangsa yang terkenal dan 18 para aktivis wanita. Ianya mengandungi, antara lain, membahas masalah kesan daripada gerakan Islam fundamentalis tentang hak-hak wanita.

Komen : Pegilah! Bukankah alasan Jakim sudah cukup kuat bahawa buku tersebut boleh menganggu ketenteraman awam dan boleh menjejaskan perpaduan antara kaum.Umno sengaja mahu menjadikan perkara sebegini menjadi pembahasan awam sebagaimana isu penggunaan kalimah Allah.

Umno mewarisi tabiat buruk penjajah British iaitu divide and rule. Disebalik seruan mari bersatu melalui konsep Satu Mlaysianya itu, Umno sebenarnya mahu melihat perpecahan rakyat untuk memerintah.

Umno gagal menyatukan Satu Malaysia melalui Barisan Nasional. Setiap komponen BN menghadap pelbagai masalah dalaman yang runcing . Malah Umno sendiri pun semakin lemah dan lesu gara-gara pemimpinnya lebih mementingkan tembolok masing-masing.

Sebab itu, Umno sangat takut melihat perpaduan dikalangan rakyat menerusi Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan yang menggalakan dari masa ke masa. Maka itu, Umno terpaksa mencipta isu seumpama ini dari masa ke masa supaya rakyat sibuk membincangkannya sedangkan perkara yang lebih penting seperti tekanan dan himpitan hidup akibat kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat berlaku begitu sahaja.

Kempen Facebook, kemenangan dibatalkan

Tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu.

Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.

Semua mereka calon umum daripada 16 kerusi, mendapat surat memaklumkan pembatalan itu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM pada 6.40 petang semalam.

Calon-calon yang mendapat undi terbanyak di kerusi-kerusi berkenaan akan menggantikan kekosongan tujuh kerusi berkenaan.

Menurutnya seorang jurucakapnya Ahmad Faris Rakbi, empat lagi calon kumpulan itu - semuanya peringkat fakulti - tidak menghadapi masalah serupa.

UPM mempunyai 48 kerusi yang dipertandingkan, termasuk 32 kerusi peringkat fakulti - dua daripadanya di kampus Bintulu, Sarawak.

Menurut Ahmad Faris, ketujuh-tujuh calon umum itu terdiri daripada dua pelajar fakulti sains iaitu Muhammad Hazim Md Noh dan Siti Hajar Zolqarnain.

Tiga mahasiswa fakulti pertanian iaitu Mohammad Rafi Abu Bakar, Mohd Hanif Md Radzi dan Azlinda Abdullah.

Sementara masing-masing seorang dari fakulti sains perubatan dan kesihatan, Amirul Rahman Mohd Khozam dan Nurul Hanisah M Yunus dari fakulti bahasa moden dan komunikasi.

Menurutnya calon-calon yang bertanding menerima surat daripada HEP, pada Ahad lalu - dua hari selepas penamaan calon - yang melarang mereka berkempen di laman sesawang termasuk rangkaian Facebook.

Calon dakwa pelajar lain yang mempromosikan mereka

Ekoran arahan tersebut, pihaknya telah memberi peringatan kepada pencadang, calon fakulti dan umum mereka agar patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pentadbiran univerisiti, tambah Ahmad Faris.

"Pelajar lain yang mempromosikan kami di Facebook, bukan calon atau pencadang kami. (Jadi) kami mempertikaikan pembatalan kemenangan kami, sedangkan kami tak buat salah.

"Kami berkempen dengan mengeluarkan poster dengan dicop oleh jawatankuasa pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Faris menyifatkan pembatalan kemenangan mereka adalah "satu pencabulan terhadap demokrasi " di kampus tersebut.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM, Abdullah Arsyad berkata, sehingga jam 5 petang ini, kesemua pelajar terbabit gagal mengemukakan sebarang rayuan.

Sehubungan itu, tambahnya, jawatankuasa pemilihan kampus berkenaan akan bersidang malam ini bagi menentukan isu-isu berkaitan pembatalan kemenangan pelajar terbabit.

"Saya difahamkan keputusan akan diberitahu esok," kata Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Rais: Media tradisional jangan jadi alat propaganda

Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.

rais yatimMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di Port Dickson, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Azmi Ali.

Rais berkata wartawan perlu bebas dalam melaksanakan kewajipan membekalkan maklumat kepada orang ramai dengan mematuhi beberapa peraturan mudah, seperti yang pertama kewajipan utama adalah terhadap kebenaran, kesetiaan penuh kepada rakyat, perlu berdisiplin untuk membuat pengesahan terhadap setiap laporan, dan kekal bebas daripada kongkongan pihak yang dilaporkan.

Beliau berkata di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini.

"Media yang dikongkong sering dilarang daripada mengkritik kerajaan dan dalam banyak kes, ia dikehendaki menyebar propaganda, seolah-olah propaganda ini adalah berita.

"Pelbagai bentuk tapisan pula dikenakan yang mungkin menghadkan laporan berita berhubung isu-isu yang dianggap sensitif oleh kerajaan," katanya.

internet media and print mediaKatanya para wartawan setiap hari berhadapan dengan risiko yang ditampilkan menerusi undang-undang media yang ketat, dan ancaman seperti kemungkinan lesen penerbitan tidak dibenarkan untuk diperbaharui, saman, denda atau penjara, serta gangguan dalam pelbagai bentuk campurtangan kerajaan di bilik berita.

Rais berkata selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan.

Menurutnya SPJ menampilkan kod etika secara sukarela untuk dijunjung oleh ribuan wartawan tapa mengira tempat atau platform, dan ia diguna pakai secara meluas di bilik-bilik berita ahupun kelas-kelas latihan sebagai garis panduan bagi perlakuan beretika.

Kira-kira 60 peserta dari Malaysia dan negara-negara Selatan seperti Azerbaijan, Brunei, Kemboja , Fiji, India, Sri Lanka, Venezuela dan Vietnam mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu.

- Bernama

Rais: Media tradisional jangan jadi alat propaganda

Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.

rais yatimMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di Port Dickson, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Azmi Ali.

Rais berkata wartawan perlu bebas dalam melaksanakan kewajipan membekalkan maklumat kepada orang ramai dengan mematuhi beberapa peraturan mudah, seperti yang pertama kewajipan utama adalah terhadap kebenaran, kesetiaan penuh kepada rakyat, perlu berdisiplin untuk membuat pengesahan terhadap setiap laporan, dan kekal bebas daripada kongkongan pihak yang dilaporkan.

Beliau berkata di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini.

"Media yang dikongkong sering dilarang daripada mengkritik kerajaan dan dalam banyak kes, ia dikehendaki menyebar propaganda, seolah-olah propaganda ini adalah berita.

"Pelbagai bentuk tapisan pula dikenakan yang mungkin menghadkan laporan berita berhubung isu-isu yang dianggap sensitif oleh kerajaan," katanya.

internet media and print mediaKatanya para wartawan setiap hari berhadapan dengan risiko yang ditampilkan menerusi undang-undang media yang ketat, dan ancaman seperti kemungkinan lesen penerbitan tidak dibenarkan untuk diperbaharui, saman, denda atau penjara, serta gangguan dalam pelbagai bentuk campurtangan kerajaan di bilik berita.

Rais berkata selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan.

Menurutnya SPJ menampilkan kod etika secara sukarela untuk dijunjung oleh ribuan wartawan tapa mengira tempat atau platform, dan ia diguna pakai secara meluas di bilik-bilik berita ahupun kelas-kelas latihan sebagai garis panduan bagi perlakuan beretika.

Kira-kira 60 peserta dari Malaysia dan negara-negara Selatan seperti Azerbaijan, Brunei, Kemboja , Fiji, India, Sri Lanka, Venezuela dan Vietnam mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu.

- Bernama

Pro-Aspirasi rampas semula Universiti Malaya

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) hilang penguasaan di Universiti Malaya (UM) apabila tewas di tangan musuh tradisinya pro-Aspirasi (pro-A) dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, kekalahan tipis kumpulan itu akibat kemerosotan penguasaan kerusinya daripada 19 pada tahun lalu kepada 17 pada tahun ini.

Manakala pro-A - dikenali juga sebagai Penggerak Mahasiswa - hanya menambah 1 kerusi sahaja daripada 20 kepada 21 pada tahun ini.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada 2 kepada 3 pada tahun ini.

UM me
mpertandingan 41 kerusi - 32 fakulti dan 9 umum - dalam pilihan raya kampusnya kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira jam 7 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan kampus membenarkan peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan.

Hari ini, tiga kampu
s utama - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - turut mengadakan pilihan raya kampusnya

Keputusannya dijangka diperolehi lewat malam ini.

Kelmarin, pro-M turut tewas dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Melayu berpecah: Mahathir salahkan PAS, PKR

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.

Malah bekas perdana menteri itu juga berkata PAS dan PKR sebagai kumpulan serpihan daripada Umno yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu.

Ketika bercakap pada majlis “Bicara Perdana” di Perpustakaan Negara di sini, Dr Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut beliau golongan ulama yang keluar dari Umno pada 1950an telah menubuhkan PAS.

Ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati apabila tidak diberikan jawatan dalam dewan perundangan negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir.

“PAS, sejak dari awal lagi merupakan golongan ulama dari Umno. Mereka kecewa kerana tidak dipilih menduduki dewan perundangan persekutuan dan dewan undangan negeri... ramai pemimpin Melayu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan berpendidikan dipilih dan mereka tidak gembira dengan perkembangan ini.

“Jika anda dipilih, anda akan menjdi YB, dan anda akan dibayar RM300,” kata beliau.

Jelas beliau, golongan ulama ini kemudian menubuhkan sebuah parti itu agar mereka juga boleh bertanding.

“Perpecahan di kalangan orang Melayu wujud kerana mereka mahukan jawatan. Itu masanya bila PAS ditubuhkan,” katanya.

“Kemudian perkara yang sama berlaku dengan Keadilan, dalam juga pada parti Semangat 46 yang telah dibubarkan... semua ini adalah kumpulan serpihan Umno,” katanya.

Dr Mahathir juga mempertahankan kontrak sosial, perjanjian tidak bertulis antara orang Melayu dan bukan Melayu ketika kemerdekaan, dengan menekankan bahawa tanpa perjanjian sedemikian Malaysia tidak mungkin ditubuhkan.

“Jika tiada kontrak sosial, terma dan syarat membenarkan kewarganegaraan bagi bukan Melayu kemungkinan tidak wujud. Kira-kira sejuta rakyat asing diberikan kewarganegaraan ketika itu,” katanya.

Rais: Media tradisional jangan jadi alat propaganda

Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di Port Dickson, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Azmi Ali.

Rais berkata wartawan perlu bebas dalam melaksanakan kewajipan membekalkan maklumat kepada orang ramai dengan mematuhi beberapa peraturan mudah, seperti yang pertama kewajipan utama adalah terhadap kebenaran, kesetiaan penuh kepada rakyat, perlu berdisiplin untuk membuat pengesahan terhadap setiap laporan, dan kekal bebas daripada kongkongan pihak yang dilaporkan.

Beliau berkata di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini.

"Media yang dikongkong sering dilarang daripada mengkritik kerajaan dan dalam banyak kes, ia dikehendaki menyebar propaganda, seolah-olah propaganda ini adalah berita.

"Pelbagai bentuk tapisan pula dikenakan yang mungkin menghadkan laporan berita berhubung isu-isu yang dianggap sensitif oleh kerajaan," katanya.

Katanya para wartawan setiap hari berhadapan dengan risiko yang ditampilkan menerusi undang-undang media yang ketat, dan ancaman seperti kemungkinan lesen penerbitan tidak dibenarkan untuk diperbaharui, saman, denda atau penjara, serta gangguan dalam pelbagai bentuk campurtangan kerajaan di bilik berita.

Rais berkata selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan.

Menurutnya SPJ menampilkan kod etika secara sukarela untuk dijunjung oleh ribuan wartawan tapa mengira tempat atau platform, dan ia diguna pakai secara meluas di bilik-bilik berita ahupun kelas-kelas latihan sebagai garis panduan bagi perlakuan beretika.

Kira-kira 60 peserta dari Malaysia dan negara-negara Selatan seperti Azerbaijan, Brunei, Kemboja , Fiji, India, Sri Lanka, Venezuela dan Vietnam mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu.- Bernama

Umno tak mampu juang hak Melayu?

Kewujudan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disebabkan ada pada kalangan orang Melayu berpendapat Umno tidak mampu memperjuangkan hak kaum ini secara bersendirian, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kata beliau, pertubuhan itu tidaklah sekuat Umno dalam memperjuangkan bukan saja kaum Melayu malah bangsa lain di negara ini.

"Pada kalangan orang Melayu, mereka berasakan bahawa Umno secara bersendirian tidak begitu mampu untuk melindungi mereka, justeru mereka perlukan NGO," katanya kepada pemberita selepas program Bicara Perdana di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kewujudan Perkasa dalam memperjuangkan hak orang Melayu yang dilihat sesetengah pihak sebagai lebih proaktif berbanding Umno.

Perkasa yang didaftarkan sebagai NGO pada September 2008 diketuai Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang terkenal dengan kelantangannya dalam membicarakan isu-isu berkaitan orang Melayu.

Terdahulu pada sesi Bicara Perdana itu, Dr Mahathir turut mengingatkan kaum Melayu, sebagai bangsa teras dalam negara, agar terus memelihara dan meningkatkan perpaduan sesama mereka sebelum merealisasikan perpaduan antara kaum.

"Kita sedia maklum, Melayu merupakan bangsa teras dan kaum majoriti dalam negara.

"Justeru jika Melayu sendiri tidak kuat bagaimana kita mahu menguatkan hubungan dengan kaum lain di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini melihat semula sejarah penting yang menunjukkan kaum Melayu pernah mengalami perpecahan pada kalangan mereka sendiri melalui kewujudan parti-parti serpihan.

"Kita akan jadi lemah dan dijajah oleh pihak lain serta keistimewaan orang Melayu akan terhakis jika perpaduan tidak dijaga dan perkara sama mungkin akan berulang," katanya.

- Bernama

Ku Li tiba di stadium diarak 50 beca

Oleh Mohd Zuharmann

KOTA BARU, Jan 28 — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini sebentar tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik ‘usaha’ kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran pengasas Petronas itu untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Tengku Razaleigh tiba di pekarangan stadium kira-kira 9.30 malam.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam ini, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang tadi.

Tengku Razaleigh akan berucap memberi penerangan mengenai isu itu.

Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Difahamkan program akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.

Gambar Ini Najib Tak Suka Tengok

pendikar gunung kriang


(foto: Bernama)


(foto: Harakahdaily)



Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.

Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.

WAN NIK WAN YUSSOF: Sokong Royalti Tolak Ehsan

Sepanjang minggu lepas, Negeri Kelantan tetap sarat dengan perkembangan isu semasa. Antara isu semasa yang berhawa panas dan mendapat liputan meluas media ialah tuntutan royalti minyak lawan bayaran wang ehsan, hubungan antara agama dan pendakwaan SPRM ke atas salah seorang bekas pegawai kanan Kerajaan Negeri.

Walau bagaimananpun, dari segi perbincangan umum dan terbuka nampaknya isu royalti minyak masih mendapat ranking tertinggi. Ia berikutan isu itu disentuh dan diulas oleh dua pemain utama – Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Namun, permulaan sentuhan yang mula memanaskan hawa adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menafikan hak Kerajaan Negeri di dalam pemberian wang ehsan mahupun royalti minyak. Penafian itu turut menyentuh soal integriti pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan apabila melahirkan kebimbangan wang itu tidak sampai kepada rakyat.

Begitu juga, penafian hak royali itu turut dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Atas sikap itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menganggap Mustapa sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak untuk negeri berkenaan.

Kenyataan Idris itu mungkin berasaskan kenyataan Mustapa yang menganggap tuntutan Kerajaan PAS Kelantan terhadap hasil minyak yang diperoleh di pelantar Bintang yang beroperasi sejak 1984 sebagai tidak berasas. Di samping, sebelumnya beliau juga menafikan hak Kerajaan Kelantan terhadap minyak yang diteroka di kawasan-kawasan bertindih atau dikenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia–Thailand.

Berikutan itu, pihak media telah mendapatkan reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa lawatan di Kolej YIK Kok Lanas. Menurut Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, kenyataan dari pemimpin UMNO (merujuk kepada Dr Awang Adek ) adalah membayangkan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pandai mentadbir dan dijadikan alasan untuk tidak menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Negeri.

Hakikatnya, menurut Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bahawa pemimpin yang mentadbir negeri hari ini adalah yang diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun lalu terbukti lebih ‘pandai’ mengurus harta rakyat berbanding Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kelantan jauh berwibawa berbanding pimpinan mereka (BN) yang terbukti telah mengamalkan dasar rasuah, berbanding pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa bersikap telus.

Tuan Guru mengemukakan contoh; beberapa bangunan yang dibuat oleh kerajaan BN khususnya di Terengganu (merujuk kepada tadium) dan Perak (jambatan gantung Kuala Dipang) didapati runtuh.

Jambatan, masjid dan sebagainya terjadi sampai runtuh adalah akibat tidak pandai mengurus di samping boleh jadi berlakunya amalan rasuah.

Contoh khusus, seperti mana perbelanjaan projek sebuah jambatan dibina oleh pihak BN di Kampung Beris Jambu yang panjang ‘sejengkal’ bernilai RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Jika dibandingkan dengan harga jambatan yang dibina oleh Kerajaan PAS di Kelantan di Panchor berdekatan rumah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar, labih pajang dan jauh lebih rendah hanya RM9 juta sahaja.

Sehubungan itu, realiti fakta pentadbiran pincang kerajaan BN dapat dipamerkan dengan beberapa contoh lagi; betapa kes dihadapi kerajaan Kelantan sekarang berhubung dengan keputusan mahkamah dalam kes tuntutan Timbermine berjumlah RM800 juta juga adalah warisan pentadbiran pincang kerajaan BN ketika itu yang tidak pandai mengurus krisis, menyebabkan Negeri Kelantan menanggung beban.

Demikian pula jika diimbau kepada permulaan Kepimpinan Ulamak menerajui pentadbrian negeri pada 1990 dulu, banyak beban tertanggung akibat tidak pandai mengurustadbir atau governance yang lemah kerajaan BN sebelumnya.

Antaranya beban hutang dengan kerajaan Pusat mencecah RM760 juta, kemudahan asas yang terabai, ketirisan dalam amalan tender balak, kegagalan pelaburan pembangunan tanah di Lojing dan masalah penerokaan haram tanah dan pembalakan haram secara meluas.

Dalam konteks Kelantan, demikianlah rekod prestasi pentadbiran kerajaan BN. Jika dibuat penelitian kepada rekod pentadbiran BN di negeri-negeri lain pula, boleh jadi lebih banyak kepincangan yang boleh dipaparkan.

Misalnya, di Pahang sahaja berlaku beberapa pendedahan berhubung salah urus sumber alam hutan dan tanah tinggi. Antaranya, pendedahan aktiviti pembalakan haram di sekitar Rompin, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pernah merekodkan lebih 200 kesalahan perhutanan dalam satu tahun, pernah berlaku saman pihak pembalak kepada kerajaan negeri, dan pencemaran serta penggondolan di Cameron Highland. Belum lagi dinilai dari segi keberkesanan pembangunan pelbagai agensi pelaksana.

Apapun penilaian dan persepsi yang cuba dibina di sebalik perkembangan isu di Kelantan, pihak pemimpin BN dilihat mengutamakan motif politik. Oleh itu, setiap tindakannya adalah cuba untuk memenangi hati rakyat dengan apa cara sekalipun.

Maka, dalam kes royalti lawan ehsan, rakyat dijadikan alasan untuk tidak melayani tuntutan Negeri Kelantan. Namun, pihak BN di Kelantan sekarang ini dilihat terdesak untuk menegakkan fakta yang songsang sehingga terpaksa menyeleweng maksud perjanjian antara Petronas dengan Negeri Kelantan yang membenarkan Kerajaan Negeri dibayar wang tunai sejumlah lima peratus daripada hasil minyak.

Rakyat Kelantan sudah cekap membaca nilai wang ehsan yang akan diterima rakyat jika pihak pemimpin BN menguruskan perbelanjaan. Sudah ramai mula bercakap, ”jika wang ehsan diberi kepada JPP, hakikatnya orang Umno yang akan dapat”.

Malah ada pula yang menterjemahkan, ”di sebalik projek akan berlaku agihan wang politik”. Misalnya, peruntukan kepada seorang ahli parlimen BN berjumlah RM1 juta, maka boleh difahami hanya RM500 ribu yang sampai kepada rakyat, RM500 ribu lagi adalah terlekat dalam poket pemimpin Umno.

Walaupun pemimpin Umno menafikan, tetapi itulah persepsi awam dan gambar yang terpampang di mata rakyat. Benarlah apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, ”Umno bertuhankan wang, maka matlamatnya adalah wang.” Mungkin rakyat Kelantan cukup memahami firasat tersirat daripada ungkapan itu.

Justeru itu, secara simboliknya perhimpunan solat hajat (28 Januari) menghimpunkan puluhan ribu rakyat adalah jawapan secara objektif hakikat sokongan rakyat yang menolak tindakan mempolitikkan wang hasil minyak. Dan hasrat rakyat mahukan royalti bukannya ehsan.

Maka, tindakan dan usaha serta perjuangan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedang bergerak dilandasan yang betul. Sebaliknya pula, gerakan politik songsang Datuk Seri Mustapa sudah tergelincir daripada kehendak dan aspirasi rakyat.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan.

Ketegangan agama: Nik Aziz persalahkan Umno

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 28 Jan: Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata perkara buruk seumpama itu berlaku akibat Umno telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang muslim beribadat.

(GAMBAR: Nik Aziz makan tengahari bersama paderi Kristian di sebuah hotel hari ini. Turut serta 200 pemimpin lima agama utama di Malaysia)

“Astaghfirullahalazaim…saya mendoakan semoga Kelantan terselamat dari gejala itu termasuk Malaysia juga.

“Kalau kita tidak suka pada ajaran agama lain, kita tidak boleh menghianati, kalau buat jahat kita kena dakwah dia," katanya.

Sikap Umno yang menolak dasar Islam dalam perjuangan mereka juga jelasnya telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.

Sedangkan Islam lebih luas dari kefahaman itu.

“Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam, sepatutnya sejak awal lagi mereka membuang perjuangan kebangsaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 200 ketua-ketua pelbagai agama di Hotel New Pasific, di sini tengah hari tadi.

“Apa yang dilakukan sekejap tadi (majlis mahabbah) sebenarnya untuk meneruskan kefahaman, persaudaraan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian sebahagian dari cabang kerja-kerja Islam,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menghimpun semua ketua-ketua agama di Kelantan dan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau menggunakan kesempatan tersebut bertemu ketua-ketua agama lain dengan mengunjungi dari meja ke meja diiringi anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam ucapannya sebelum itu berkata, program mahabbah yang dianjurkan ini sebagai menzahirkan hidup bermasyarakat rakyat pelbagai anutan agama dan kaum.

“Ianya symbol keamanan masyarakat di negeri ini dan mudahan akan menjadi ikutan di negeri-negeri lain,”ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Perunding Agama Budha, Kristian, Hindu dan Sikh, Kalanalagan dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Herman Sastri.

Di Kelantan sahaja lebih 30 ketua-ketua agama dari rumah ibadat Budha, Hindu dan Sikh hadir pada majlis yang penuh bersejar

Nik Aziz: Royalti, nama Allah dan hubungan antara agama

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjawab pelbagai isu dalam wawancara khas dengan beliau di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan Sabtu, 23 Januari lepas. Beliau telah diwawancara oleh tiga wartawan kanan termasuk dari Harakahdaily, Zulkifli Sulong. Berikut adalah hasil wawancara eksklusif itu dengan dibantu oleh Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir.

Wartawan: Isu royalti minyak, sejauh mana kerajaan Kelantan berusaha untuk mendapatkannya.

Nik Aziz: Sepatutnya tuntutan Kelantan terhadap royalti tidak menjadi masaalah, kerana minyak terletak dalam pantai di perairan Kelantan. Jauh mana sekalipun ianya dikira hak kerajaan Kelantan.
Tiga kilometer ke, 10 kilometer ke atau 70 sekalipun, kerana ianya (ukuran) perbuatan manusia.

Sekiranya Kerajaan Pusat, yang mana setitik minyak sekalipun tidak ada di tempat mereka, namun mereka juga turut mendapat hasil melalui Petronas.

Tetapi, kenapa Kelantan yang mempunyai hasil minyak sendiri melalui telaganya yang banyak, kenapa pula dijadikan isu?.

Sepatutnya minyak yang keluar dari bumi Kelantan, menjadi hak negeri inilah. Kalau dikira dari segi ehsan, kerajaan Pusat yang sebenarnya perlu mendapat ehsan dan bukannya Kelantan. Kelantan yang ehsan pada Kuala Lumpur, tetapi sudah terbalik keadaan.

Tinggal lagi masaalah mahkamah tu, tuan-tuan sudah maklum, kita telah membuat tindakan. Pada masa yang sama kerajaan negeri telah melantik penal peguamnya sendiri, termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Insyaallah, Allah akan menolong kita dan saya minta doa agar Kerajaan Pusat akan memberi kepada kita sebagai hak kita, disamping tidak menimbulkan rasa benci rakyat pada mereka.

Rakyat sekarang ini semakin ramai yang faham apa itu erti demokrasi, komunis itu pula macam mana, jadi sekiranya masih melakukan tindakan sebegini (nafi hak Kelantan) tiada bezanya dengan tindak tanduk komunis dengan demokrasi.

Komunis rampas harta orang, demokrasi juga rampas harta rakyat, dengan sebab ini akan menimbulkan rasa benci rakyat terhadap demokrasi sebagaimana mereka benci pada komunis. Ini bahaya jika rakyat akan berperasaan begini.

Baru-baru ini Tun Salleh Abas berkata ketika dalam wawancara dengannya berhubung kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai penderhaka. Contohnya Mustapha Mohammad. Jadi apa pandangan Tok Guru?

Ada dua tiga orang rakyat Kelantan ini yang hanya boleh dibilang dengan jari yang tidak bersetuju (tuntutan royalti). Sebagai bukti yang jelas sekali sebagai bukti pada 28 Januari ini, Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menjelaskan keadaan yang sebenar berhubung perkara itu.

Tengku Razaleigh telah lama menyebut. Dia ni orang Umno, tetapi atas sifat kemanusiaan, beliau memahami sehingga tidak menjadikan ianya sebagai isu politik parti yang didokonginya.

Beliau lebih memandang tuntutan itu sebagai yang benar-benar berhak serta adil. Kenapa hasil balak tidak ada siapa yang peduli, kenapa hasil minyak ingin pula diganggu-gugatkan? Sedangkan ianya perkara yang sama.

28 haribulan ini ada suatu perkara penting saya nampak di Kelantan. Ada wakil-wakil paderi di seluruh Negara akan berhimpun di Kelantan. Kemudian Tuan Guru akan menganjurkan makan tengahari bersama mereka, jadi bagaimana Tuan Guru melihat hubungan antara agama?

Saya ini adalah di antara orang yang belajar agama, saya belajar dengan orang tua saya, saya belajar di India, Pakistan termasuk juga di Mesir.

Agama Islam ini disebut Islam, sesekali juga disebut ‘assilmu’, sesekali juga disebut ‘alamin’. Orang Islam apabila bertemu dengan orang lain akan mengucapkan ‘assalamualaikum’. Ini satu-satunya agama yang mengajar penganutnya berhubung kesejahteraan serta keamanan.

Allah hanya satu, malah Allah meminta kita mengulang namanya dengan ‘arrahmanirrahim’. Walaupun nama Allah ada 99, tetapi ‘arrahmanirrahim’ diminta ulang-ulang mengucapkannya. Arrahman ni bermaksud pemurah, kesihanbelas, Al Jabbar (gagah perkasa), Al Mutakkabir (yang menyombong), Al Muttaqim (pendendam), namun malangnya nama Allah itu tidak diulangi bagi melahirkan rasa takut, gerun pada Allah. Yang biasa diketahui Arrahman, Arrahim sahaja.

Nabi Muhammad sendiri perkara pertama yang baginda lakukan sewaktu sampai di Madinah dengan musuh tradisi ialah ‘perdamaian’ atau disebut Piagam Madinah.

Piagam Madinah ini adalah antara sebuah kerajaan yang dipegang baginda di Madinah dengan musuh lamanya Yahudi.

Walaupun Islam mendakwa Nabi Isa dinaikkan ke langit, namun bagi orang Kristian, Yahudi telah membunuh Nabi Isa dengan menggunakan ‘salib’ sehingga lambang berkenaan digunakan oleh penganut Kristian sama ada di gereja atau seumpamanya sebagai simbolik ke atas kematian Nabi Isa atau ‘Jesus’.

Tetapi Nabi Muhammad menyelesaikannya secara perjanjian dan bukannya melalui peperangan dengan kaum Yahudi antaranya sekiranya puak berkenaan diserang, tentera Nabi Muhammad akan membantu dan begitulah sebaliknya. Itu kaedah perjanjian keamanan yang disebarkan oleh Rasulullah.

Begitu juga dengan Nabi Musa di mana puak Yahudi yang buat masaalah dengan pelbagai tuduhan terhadap Nabi Musa ketika itu.

Bagaimanapun akhirnya Yahudi yang membatalkan perjanjian dalam Piagam Madinah sehingga akhirnya Rasulullah menghalau puak Yahudi dari Khaibar.

Sampai sekarang ini pun puak Yahudi yang banyak buat masaalah, perang sana, perang sini, semuanya kerja-kerja Yahudi. Untuk membesarkan kilang senjata mereka memperkenalkan system riba dan sebagainya.

Sewaktu 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur hingga berlaku pertumpahan darah, namun ketenangan berlaku di Kelantan.

Walaupun kaum Cina minoriti di negeri ini, namun kerana rakyatnya tidak beremosi sebaliknya menanganinya dengan kaedah agama, akhirnya peristiwa itu tidak berlaku.

Islam mengajar umatnya menjaga air muka (maruah) diri sendiri, orang lain, jaga harta kita, jaga harta orang lain, tuduh orang melakukan zina tidak boleh dan sebagainya.

Sebagai contoh sekarang ini orang menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat, ianya sesuatu perkara yang cukup memalukan. Liwat dilakukan dalam kelambu, jangankan manusia nak tengok, nyamukpun tak ada dalam kelambu. Tetapi menuduh pula manusia seperti Datuk Seri Anwar melakukannya, ini satu perkara yang cukup memalukan.

Saya sendiri kalau keluar negara sekiranya mereka bertanya saya datang dari negeri mana, saya cakap dari Malaysia, secara automatiknya mereka menggambarkan peristiwa memalukan itu dilakukan oleh seorang pemimpin di negara ini. Memang cukup memalukan. Minta doalah banyak-banyak pada Allah supaya orang melakukan fitnah berhubung perkara ini insaf kerana mereka yang melakukan fitnah tersebut akan berhadapan dengan kemurkaan dan siksaan yang amat pedih. Jahat-jahat komunispun tak buat fitnah macam ni.

Apa sikap PAS terhadap isu penggunaan nama Allah oleh Kristian?

Saya telah membuat kenyataan yang acap kali berhubung ‘kalimah Allah’ ini. Ayah Nabi Muhammad ialah Abdullah. Ayah baginda lahir ke dunia sewaktu anakandanya Muhammad belum lagi menjadi Nabi, iaitu zaman jahiliah lagi. Namun ketika itu nama ayahanda baginda adalah Abdullah (hamba Allah). Nama Allah yang bermaksud hamba Allah telah lama digunakan oleh orang-orang jahiliah terutama di negeri-negeri di Timur Tengah.

Tempat kita ini sekiranya saya ingin berniat baik kepada orang Kristian, saya boleh kata kepada mereka sekarang ini kamu ingin menggunakan nama Allah, ada baiknya kamu menerima sepenuhnya ajaran Allah bukan hanya setakat kalimah. Sekarang ini kamu hanya mengambil namanya sahaja, lama kelamaan ambil pula ajaran agama Allah itu sepenuhnya.

Keduanya kalau ingin disangka tidak baik, mereka ingin mengambil kalimah Allah dengan tujuan untuk mengelirukan. Tidak sepatutnya menggunakan agama untuk mengelirukan orang lain. Sekiranya ingin menyebarkan agama Kristian, tidak perlu mengelirukan masyarakat, sebaliknya mengeluarkan hujah. Islam dengan jelas menyatakan kepada agama lain bagaimana sekalipun kebenaran agama yang dibawa, tetapi biarlah melalui hujah.

Jangan sekali-kali membawa kekeliruan, jangan bawa kesamaran dan jangan juga membawa syubhah. Kerana itu saya mengeluarkan kenyataan sekiranya ingin menggunakan kalimah Allah tidak mengapa, tetapi jangan sekali-kali mengelirukan masyarakat dengan kalimah itu dengan hasrat untuk menarik mereka menerima ajaran agama Kristian, ia akan memburukkan nama agama tersebut. Pada masa yang sama imej paderi akan menjadi rosak, jadi ada baiknya mereka menunjukkan keikhlasan mereka sekiranya benar ingin menggunakan kalimah itu.

Di beberapa negeri, perkataan Allah dan beberapa istilah lagi digazetkan oleh enakmen agama tidak boleh digunakan oleh agama lain. Bagaimana dengan Kelantan.

Itu negeri-negeri lain, dia ada cara mereka sendiri, saya tidak mahu campur. Saya bercakap atas nama Kelantan. Kelantan telah meletakkan segalanya atas suasana persaudaraan, keharmonian bukan sahaja sesama Islam, sebaliknya bukan Islam.

Tujuan Kelantan menjemput semua paderi-paderi, alim ulamak, para sami, sikh dan Buddha kerana makanan (majlis makan tengahari) itu sebagai satu simbolik mengeratkan hubungan silaturrahim.

Sejak zaman berzaman lagi sekiranya ada sesuatu masaalah, akan dapat diselesaikan melalui silaturrahim. Kita melahirkan kesyukuran kita buat jamuan, kita aqiqah, buat jamuan, berkahwin juga membuat jamuan, kita musafir jauh dan akhirnya pulang semula ke rumah juga kita membuat jamuan. Jamuan ini adalah fitrah manusia untuk mendekati satu sama lain.

Jadi sekiranya orang ingin membakar atau mengganggu gereja di negeri lain itu terpulang pada mereka, namun Kelantan ingin memaut masyarakat dalam suasana harmoni. Namun yang penting bakar gereja yang berlaku baru ini sesuatu fitnah (dirancang) oleh golongan tertentu. Sebelum itu mengarakkan kepala lembu, sedangkan perkara itu begitu biadab untuk dilakukan. Sedangkan umumnya sudah ketahui lembu adalah dianggap ‘holly’ bagi Hindu, kenapa merancang perkara-perkara yang boleh mengguriskan hati masyarakat Hindu.

Daripada kita mengarak kepala lembu, ada baikknya kita mengajak mereka menerima Islam, tetapi kerana tidak pandai untuk berdakwah, mereka melukakan masyarakat bukan Islam dengan insiden tersebut.

Apa pandangan Tuan Guru dengan dialog antara agama?


Ya, saya setuju benar cadangan tu. Kalau boleh semua penganut pelbagai agama berhimpun khususnya ketua-ketua agama. Namun saya cadangkan jangan memanggil orang PAS sebagai moderator pada pertemuan itu takut nanti dikatakan berat sebelah atau seumpamanya.

Boleh menjemput pensyarah-pensyarah universiti bahagian perbandingan agama.

Adakah dialog antara agama dibenarkan dalam Islam?


Islam tidak menghalang dialog antara pelbagai agama dilakukan, namun yang pentingnya perkara apa yang ingin dibincangkan.

Sekiranya saya ingin melakukan dialog saya akan mencadangkan ‘di mana salahnya Islam’. Selagi tidak ada sesiapa dapat membuktikan Islam itu agama yang salah, saya nak tinggalkan Islam pun tak boleh kerana dia tak dapat membuktikan salahnya Islam dan ‘you’ ingin menolak Islampun tidak boleh kerana Islam tidak salah. Itu sebagai contoh sekiranya saya mengendalikan dialog, orang lain saya tak tahulah.

Dialog tu baguslah, tetapi berdasarkan tajuk apa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan bertujuan untuk berdialog dengan pemimpin di seluruh dunia. Islam telah lama mengajar dialog sebagaimana yang diajar dalam al-Quran menyeru golongan bukan Islam supaya membawa hujah sekiranya mereka benar dengan pegangan mereka.

Untuk menyelesaikan segala masaalah bukan dengan ISA, penumbuk, tetapi hujah. Ini tidak, kita bawa hujah dia bawa ISA. Mengarut orang Umno ni. Dia sendiri tiada hujah, tetapi kerana sombong dan takabur mereka menggunakan ISA.

Alim ulama atau lebih dikenali dengan panggilan ‘tok guru’ pondok tahun-tahun 60-an, di Kelantan ramai ditangkap di bawah ISA. Atas sebab itu juga walaupun saya sebagai seorang guru pada asalnya namun kerana ingin membela nasib mereka saya menyertai parti politik. Saya heran kenapa orang Melayu menangkap tok guru Melayu. ISA ni nak bawa ke mahkamah tak boleh, malah tak tahu pula bila nak dilepaskan, punya jahat orang Umno ni tak habis-habis. Jadi saya tinggalkan jawatan saya sebagai seorang guru sertai politik PAS.

Apa tujuan Kelantan menganjurkan jamuan tengahari 28 Januari ini.

Kelantan buat jamuan, 28 haribulan ini bukan kali pertama, sebelum ini pertemuan serta jamuan yang sama telah dilakukan beberapa tahun lalu. Saya panggil ketua-ketua agama lain datang ke pejabat saya, ramai datang. Malah saya sendiripun pergi ke wat-wat mereka khususnya di Tumpat, saya pergi. Jumpa sami mereka dengan tujuan untuk membuktikan Islam ini membawa keamanan dan kesejahteraan. Sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak kena berhubung ajaran suci ini, nyatakan di mana silapnya.

Harapan Tok Guru pada pertemuan itu nanti bagaimana?

Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.

'UMNO bakar gereja', Azmin tak dipanggil..Kenapa Tak Siasat Azmin..?? Azmin tipu jek kot..!!! Atau takut terbarai..!!!!

Kerajaan akan menangkap dan mendakwa mereka yang terbabit dalam membakar dan mendalangi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle, meskipun mereka ahli Umno, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hessein, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan naib presiden PKR Azmin Ali semalam yang dia mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Hishamuddin berkata dia tidak menyalahkan Azmin kerana "beliau orang politik. Kerja beliau kerja politik. Saya tidak hendak salahkan beliau.

"Beliau hendak cakap, cakaplah, tetapi rakyat akan menilainya katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hishamuddin juga menafikan Umno mengeluarkan arahan supaya serangan dilancarkan.

Beliau juga berkata polis tidak akan mengambil keterangan daripada Azmin kerana beliau bercakap atas kepentingan politik semata-mata.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu dan tidak sekali-kali membuat tuduhan
sembarangan.

Polis tidak pilih kasih

Beliau berkata polis tidak akan pilih kasih dalam sebarang tindakannya setelah bukti yang diperolehi mencukupi tidak kira ia melibatkan orang Umno atau sesiapa sahaja yang didapati terlibat.

"Sekarang polis sudah bertindak termasuk menahan seorang anak pegawai polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa tidak pilih kasih dalam tindakan yang penting setelah kita mempunyai bukti untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pula berkata dakwaan tentang penglibatan Pemuda Umno dalam insiden itu hanyalah satu strategi baru pembangkang yang kini mensabitkan semua kejadian buruk kononnya datang dari Umno.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, Umno juga boleh menuduh PKR atau pembangkang melakukan perbuatan tersebut, tetapi Umno tidaklah sejahil itu untuk membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Saya nak ingatkan pembangkang jangan buat tuduhan melulu. Jika ada bukti sila dedahkan. Yang penting Umno tak suruh. Jika misalnya ada ahli Umno yang terlibat mencuri, itu bukan Umno yang suruh. Itu yang penting," katanya.

M FAQIH: Mencari penipu besar di sebalik royalti minyak

Aneh sekali, ketika rakyat terdedah dengan pelbagai sumber maklumat tiba-tiba ada pemimpin yang bertaraf menteri menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Tanpa segan silu menteri terbabit mendakwa Akta Kemajuan Petroleum 1974 terbatal dengan adanya perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand 1979.

Itulah perkara yang berlaku pada forum Wang Ehsan bertajuk ‘Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat’ di sebuah hotel lima bintang di sini, malam tadi.

Ahli panel forum itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, Datuk Prof Dr Hussin @ Mohamad Abdul Rahman sebagai pengerusi.

Akhbar melaporkan lebih 5,000 orang ramai hadir pada forum berkenaan, sedangkan kelihatan lebih banyak kerusi kosong.

Mereka yang diwajibkan hadir ialah pemimpin-pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan persekutuan terutamanya warga pendidik.

Malang sekali tradisi menafikan fakta seperti menjadi satu mainan bagi pemimpin Umno di era sekarang.

Pembaca tentu masih ingat harga dua jet pejuang pada awalnya disebut RM50 juta setiap satu. Tiba-tiba sekarang sudah jadi RM400,000 pula. Siapa yang memperbodohkan rakyat dalam isu ini.

Lagi nampak kurang matang apabila dakwaan kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM pada 2007 dikatakan tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.

Maknanya prebetlah yang buat kerja mencemar kedaulatan negara tersebut. Inilah sandiwara yang berterusan berlaku di Malaysia selagi akar umbi agama diketepikan.

Nampaknya siri cerita dongeng tidak berakhir di situ. Sekarang cerita pak kaduk diteruskan pemimpin Umno di Kelantan. Malang sungguh bagi rakyat di Jeli mengangkat seorang pemimpin seperti Mustapa sejak 2004.

Rakyat di Jeli tidak sepatutnya bersubahat dengan agenda sulit yang memperlihatkan agenda politik peribadi. Mampukah rakyat di sana terhibur dengan hanya menyaksi dari luar pagar bangunan cantik MRSM dan projek politeknik dan kampus Universiti Malaysia Kelantan tersergam di Jeli.

Sedangkan duit royalti mahu disihirkan menjadi wang ihsan. Sepatutnya rakyat di Jeli sudah tidak keluar menoreh lagi kerana di situ sudah pelbagai projek dibawa Mustapa.

Berbalik kepada cerita asal tadi, nampak sangat pemimpin Umno menyembunyikan perkara sebenar. Akta Kemajuan Petroleum 1974 bagi mereka sudah lusut dan tidak terpakai lagi.

Sedangkan akta itulah yang mengikat Petronas membayar royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tiba-tiba dalam konteks Kelantan disebut pula perjanjian itu sudah lapuk.

Maka mengambil kira kedegilan itulah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas menganggap pemimpin terbabit sebagai penderhaka.

Malam tadi Mustapa menjelaskan kerajaan Persekutuan mahu membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan Mac depan.

Menurutnya perbincangan dengan Petronas menghasilkan jumlah wang tersebut. Kata beliau lagi ia merupakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 berdekatan dengan perairan Kelantan.

"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008," katanya.

Sedangkan sebelum ini beliaulah yang menafikan hak Kelantan ke atas royalti. Orang kampung masih ingat pemimpin itu bernama Mustapa dan Awang Adek.

Sejak Julai sehingga awal November, mereka menolak mentah-mentah hak rakyat Kelantan ke atas royalti. Macam-macam alasan yang sukar difahami orang di Jeli dan Bachok diberi.

Namun, tiba-tiba selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui akan membayar royalti dalam bentuk ihsan kepada Kelantan, akhirnya kedua pemimpin terbabit terpaksa mengikis malu.

Kalau sekadar berlapik alasan dengan menyebut pengeluaran minyak di Blok PM302 dituntut bersama Thailand, mengapa pula Songkhla difahamkan sudah lama menerima royalti daripada kerajaan Siam.

Sedangkan minyak dan gas digerudi di perairan Kelantan sejak 2004.

Mustapa mendakwa hasil diperolehi dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta. Kata beliau hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan bertindih dua negara.

Jadi timbul kemusykilan, apa pula makna RM20 juta yang disebut wang ihsan di awal tadi.

Amat malang sekali bagi rakyat Kelantan yang menyokong Umno. Sebelum ini mereka mengharap ada pemimpin yang lebih berwibawa berbanding dengan Tan Sri Annuar Musa.

Rupa-rupanya tidak. Penyokong Umno terpaksa menunggu 10 tahun lagi untuk mengimpikan pemimpin yang benar-benar jujur.

Biar pun didakwa lebih 5,000 hadir pada forum malam tadi, Umno tetap bimbang kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah malam esok di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Tengku akan menjelaskan perkara sebenar. Pencarian siapa pembohong alaf baru akan menjelma malam esok.

Apakah pagi Jumaat nanti, Mustapa dan Awang Adek bekejar-kejar mencari media mahu menafikan penjelasan Tengku pula.

Banyak pihak melihat itulah yang akan dilakukan kedua-dua pemimpin kelahiran Bachok selagi ada kuasa di tangan mereka.

Maka tidak hairanlah penganjur majlis penjelasan royalti rakyat cuba diganggu.

Urusetia Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan lain-lain pihak yang terbabit mendakwa menerima pelbagai ugutan.

Apakah tanggungjawab untuk merungkai perkara sebenar seperti menelan jadam yang terlalu pahit.

Semuanya itu menggambarkan ada pihak amat gelisah apabila ratib rakyat sekarang royalti dan bukan wang ihsan. Siapa yang menipu dan tertipu dalam isu ini.

MOHD ARSHAD: “Petaling Jaya , ke arah bandar bistari”

‘…KE BANDAR BISTARI?’ But what is the meaning of this word? Must be an Indonesian word that many could not explain; could be some sort of jargon to describe something wonderful, well planned and maintained? To me, it is far from that.

Almost every lane I visit, are strewn with garbage from restaurants and shopping areas, with most drains clogged up. Rats and cockroaches have field days. Every river that I pass is full of rubbish and tons of eroded soil deposits.

(PIC: The Majestic sign of Kg. Cempaka, Kelana Jaya does not correspond to its surroundings)

The roadside drains that empty into rivers are clogged up, the roads badly maintained. This surely could not possibly describe the situation that existed for decades.

The area visited on 25th. Dec. 09 and commented upon here is Petaling Jaya, Section 25/32, Off the LDP, just before the Kg Chempaka, Kelana Jaya round about. Thousands of people pass this area daily but no one complains regarding the pollution; maybe no one wants to take action. There are many other areas in Kelana Jaya with similar sights or even worse.

This refuse and ‘mountains’ of eroded soil in the river could not have accumulated over a short time. The village was there for almost half a century. The new, concrete buildings are new developments and progress over the last 10 to 15 years.

This is just one section or area reported here. I have seen the river about 100m upwards and lower section from this site, the condition is all the same. As long there are living quarters and construction, the situation is the same, that is rivers used as dumping grounds.

Erecting huge banners or permanent signs not to discard rubbish into rivers and elsewhere is of no use without enforcement. Threatening with huge fines and jail terms will not produce the desired results other than the authorities feeling satisfied with themselves that they are doing their duty (‘shok sendiri’).

(PIC: Looking Eastwards, just below the bridge)


In Taiwan, whole areas or villages are penalised for strewn garbage or erosion and the island is amazingly clean. Everyone is a ‘policeman’ or ‘enforcement’ personnel, like how it is in Singapore.
In Singapore, neighbours, municipal employees and passers by would report to the relevant authority of any activities detrimental to the environment, security or anything that is against the law or social well being of society. You do not see policemen or enforcement personnel anywhere unless requested.

The same applies in Taiwan. At one time while in Taiwan, I asked a tour guide why people do not litter around even though there were no enforcement personnel or rubbish bins. I received a snappy reply, ‘you litter, I will report you immediately!’

(PIC: Looking Westwards towards LDP, just below the bridge towards)

The two island nations I mention here, mean business when dealing with anyone; the authorities could not care less with anyone’s status unlike our country where you can get away with almost everything so long you are connected or well stacked financially. The multiple questions from foreigners here or while we are in their countries, are better not be stated here lest they infuriate some people.

Now, the question is, why is it not possible for the authorities to keep checks on construction work and garbage from every outlet? No one could go undercover or pay someone to be ‘booty hunters?’ Maybe those in authority are not capable of thinking in this way or other ways to over come environmental pollution that would take millions of Ringgit to rectify.

Regular, staggered sight enforcement by health inspectors, water and drainage and environment personnel should be carried out. Summons should be raised on the spot. Fines or jail term should be swift and deterrent with no leniency shown. According to Mr. Lee Kuan Yew of Singapore, a cane should always be held over man (if you want anything to work).

DAP mahu Wee disiasat sahamnya dalam Hijau Sekitar

Datuk Dr Wee Ka Siong PUTRAJAYA: DAP mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) atas dakwaan syarikat miliknya, Hijau Sekitar Sdn Bhd terlibat dengan kajian pembangunan tanah di sebelah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen DAP – Seremban, John Fernandez berkata, " Wee mesti disiasat kerana hasil siasatan kami, mendapati beliau masih menguasai hampir 50% saham syarikat itu.

"Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia, mendedahkan Wee memegang 49,998 saham Hijau Sekitar," kata beliau kepada para pemberita selepas menyerahkan laporan lima muka surat itu ke pejabat SPRM di sini semalam.

Pengarah-pengarah syarikat, Lim Kit Siong dan Wong Woon Ping,masing-masing memegang sebanyak 50,001 dan satu saham.

Fernandez, yang juga seorang peguam dan naib pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, beliau telah menyerahkan salinan laporan itu kepada kamar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pejabat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau mahu pihak-pihak yang berkuasa menyiasat sama ada terdapat salah laku oleh Wee dan menyiasat status saham Wee dalam Hijau Sekitar.

PAS Kutuk Penangkapan ISA, Mahu 10 tahanan dibicarakan

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : PAS mengutuk pengunaan Akta ISA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.

"PAS bertegas menolak penggunaan Akta ISA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka. Keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat.
"Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka," jelas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.com.
Menurut beliau, penahanan dibawah Akta ISA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.
"Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas. Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah." jelas beliau lagi.
Bagi beliau, adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta ISA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.
Beliau berkata, PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional (BN) bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka.
Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka.
"Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa.
Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah," jelas Idris.
Idris berkata, PAS juga mendesak agar Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta ISA.

KUALA LUMPUR : PAS mengutuk pengunaan Akta ISA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.
"PAS bertegas menolak penggunaan Akta ISA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka. Keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat.

"Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka," jelas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.com.

Menurut beliau, penahanan dibawah Akta ISA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.

"Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas. Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah." jelas beliau lagi.

Bagi beliau, adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta ISA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.

Beliau berkata, PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional (BN) bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka.

Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka.

"Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa.

Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah," jelas Idris.

Idris berkata, PAS juga mendesak agar Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta ISA.

Kalimah Allah: Satu wajah dua sisi - Dr Dzulkefly Ahmad

Saya telah diminta untuk menjelaskan dan memberi rasional kenapa tampak seperti ada dua sudut pandang dan pendirian yang berlawanan di kalangan tokoh-tokoh ulama utama PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan-Islam. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan saya pula berasa amat tidak selesa dengan tugasan ini.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abd Aziz (TGNA) dan Presidennya, DS Hj Abd Hadi Awang (DSHA) mewakili pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu ‘yajuz’ atau ‘harus’, khususnya agama-agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi), sementara Timbalan Mursyidul Am Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Haron Din (DDHA) (dan juga beberapa buah NGO Islam dan sebilangan ahli akademik) mengambil pendirian berlawanan, iaitu tidak membenarkan penggunaan kalimah itu oleh orang lain.

Saya memang mahu menulis artikel ini lebih awal, tetapi telah mengambil sikap bersabar sedikit untuk membaca tulisan-tulisan yang lain terlebih dahulu, terutamanya yang ditulis oleh para ulama. Justeru ketika tidak mendapati analisis ini, saya menulis juga artikel ini selepas diminta berbuat demikian.

Supaya tidak terlalu panjang dan bagi manfaat orang awam, juga penganut agama-agama lain, saya akan cuba memudahkan wacana teologi yang agak rumit ini. Namun begitu, saya tidak pula dapat mengelak daripada menggunakan beberapa terminologi atau perkataan Arab. Barangkali ia adalah pendedahan yang juga ada kebaikannya untuk sesetengah pembaca.

Secara mudah, kedua-dua pendirian yang berlawanan ini terhasil kerana kedua-duanya melihat subjek ini daripada pendekatan metodotogi yang berbeza, yang bersandarkan dua perspektif yang juga berbeza. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan sekirannya ia menghasilkan rumusan yang berlawanan juga.

Lebih menarik, walaupun pendirian dan rumusannya tampak berlawanan, namun kedua-duanya masih berada dalam lingkungan pandangan pemikiran Islam, dan secara umumnya ‘betul’ dalam perspektifnya masing-masing. Jika ia kedengaran mengelirukan atau pelik, mari kita gunakan analogi “satu wajah, dua sisi”. Saya akan berusaha bersikap adil dan objektif dalam hal ini.

Kedua-dua sisi wajah ini pastilah nampak berbeza, tetapi ia masih mewakili wajah yang sama seumpama satu syiling. Kita tidak perlu bertegang leher bagi menentukan sisi mana yang betul atau lebih penting. Ia bukanlah usaha untuk menentukan pendirian yang betul atau salah, sebaliknya yang lebih tepat ialah untuk menentukan pandangan atau perspektif mana yang lebih wajar diambil setelah mengambil kira konteks ruang dan realiti semasa yang tertentu.

Secara mudah, sebagai ad-Deen atau Cara Hidup, Islam berdiri di atas dua tonggak, iaitu:

1. Aqidah – perkara-perkara berkaitan teologi mengenai Kepercayaan dan Keimanan kepada Allah (dan rukun-rukun Iman yang lain seperti Kenabian, Wahyu dan sebagainya)

2. Ibadah – perkara-perkara berkaitan kepatuhan/pengabdian manusia terhadap Allah SWT.

Kedua-dua tonggak ini merupakan agenda utama Dakwah atau Risalah semua Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad SAW. Dakwah merupakan raison de’etre atau intipati tugas semua Nabi (Wazifatul Rasul). Dakwah juga adalah sebab dijadikan seluruh semesta alam ini bagi Allah diperkenalkan kepada makhluq dengan perantaraan para anbiya’ dan mursalin melalui Syariat dan Manhaj (Metodologi) tertentu.

Jika ini telah difahami, maka kita akan beralih kepada usaha memahami kedua-dua sudut pandang di atas.

DDHD berhujah dari perspektif aqidah, sementara TGNA dan DSHA pula mengambil perspektif Dakwah (dan bidang Siyasah Syar’iah – politik dari prisme Syariah – yang lebih luas), tanpa sama-sekali menafikan kepentingan perspektif aqidah.

Dari perspektif disiplin Aqidah Islam, Allah merupakan nama khas Al-Ilah atau Tuhan (lafzul-Jalalah) yang merangkumi ketiga-tiga aspek Keesaan Ketuhanan, iaitu sebagai Pencipta dan Pemelihara (Tauhid Rububiyah), Pembuat Undang-undang (Tauhid Uluhiyah), serta Tauhid Asma’ wa Sifat yang mewakili 99 NamaNya yang terkandung dalam al-Quran (seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Malik, al-Quddus dan lain-lain) serta 20 SifatNya (al-Wujud, al-Baqa’, al-Wahdaniyah dll).

Surah al-Ikhlas (ayat 1-4) menegaskan Ketunggalan Keesaaan Allah ini.

FirmanNya:Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Berdasarkan huraian di atas, bolehlah disimpulkan bahawa Keesaan Allah merupakan tonggak terpenting Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa atau apa-apa pun yang setaraf, bersekutu atau serupa denganNya. Sejak manusia sedari zaman Nabi Adam AS lagi, telah melakukan pelbagai dosa dengan menyekutukan Allah dengan pelbagai bentuk tuhan, dewa atau anak dan sebagainya, maka Allah telah mengutuskan para Nabi bagi menyucikan kepercayaan kepada Keesaan Tuhan.

Disiplin Usuludin merupakan cabang pemikiran Islam yang berperanan memelihara dan mempertahankan ketulenan dan kesucian keimanan terhadap Keesaan Allah dan rukun-rukun keimanan (Al-‘Aqaid) yang lain. Di kalangan orang Islam, pengetahuan yang mendalam tentang Usuludin dianggap penting dan utama kerana ia berperanan memelihara penganut Islam daripada amalan dan kepercayaan yang salah dan sesat.

Sehingga ke tahap ini, jelas bahawa hujah bagi menyokong penekanan terhadap pengetahuan Umat Islam dalam aspek Usuludin atas perbahasan isu ini, terutamanya pelbagai aspek Aqidahnya, termasuk Nama-nama dan Sifat-sifat Allah adalah meyakinkan dan kukuh.

Menurut metodologi ini, sayugia dijelaskan bahawa Nama Allah adalah termasuk dan dianggap sebagai sebahagian daripada ciri atau milik khusus agama Islam. Hal ini adalah kerana hanya orang Islam sahaja yang menerima dan mengimani Allah sebagai Al-Ilah atau Tuhan seperti yang dihuraikan di atas. Justeru itu maka hanya orang Islam sahaja yang berhak dan layak untuk menggunakan Nama Allah itu kerana penggunaan nama Allah oleh yang golongan agama lain, tidak menjamin maksud yang sama. Apatah lagi ia juga merupakan Lafzul-Jalalah, ia itu nama khas dan istimewa Allah, selain daripada 99 NamaNya yang disebut sebelum ini.

Permasalahan dikesani ketika melampaui peringkat ini, dimana logika pendekatan ini, penggunaanya bukan sahaja tidak dibolehkan kepada orang lain, tetapi ia kini telah turut dikanun atau diundang-undangkan sebagai satu kesalahan oleh beberapa undang-undang negeri-negeri yang sedia ada.

Oleh sebab perkataan itu ditanggappi suci atau kudus dalam Islam, maka ia tentulah tidak boleh digunakan oleh orang lain. Perkataan-perkataan lain yang termasuk ke dalam kategori ini adalah Kaabah, Mufti, Ulama dan sebagainya. Kini ia telah diharamkan dan dijadikan eksklusif bagi umat Islam di sesetengah negeri di Malaysia. Hal ini kini diperdebatkan dengan begitu sengit sekali. Bantahan terhadap pendirian sebegini tampaknya telah menjadi lebih pelik dalam zaman pencerahan maklumat dan pengetahuan sekarang.

Bersekali dengan kebimbangan terhadap salah guna dan ancaman kegiatan mubaligh Kristian di kalangan umat Islam, maka langkah mengharamkan penggunaan kalimah Allah itu ditanggapi golongan ummat Islam ini sesuatu yang tampak kena dan wajar. Penelitian terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 menyerlahkan jalur fikiran dan garis hujah ini. Kes pengharaman edisi bahasa Melayu akhbar mingguan The Catholic Herald oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru kini menjadi kontroversi besar berpotensi menggegarkan negara ini.

Meneliti pendirian yang diambil oleh AJK PAS, yang juga merupakan pendirian TGNA dan DSHA, dalam isu penggunaan Nama Allah membawa kita sekaligus menelusuri konteks Dakwah Nabi Muhammad yang lebih besar – yang mengambil masa selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Al-Quran telah dengan begitu jelas sekali merakamkan bahawa masyarakat yang wujud semasa kemunculan Nabi terakhir, Muhammad SAW, telah turut sama menggunakan perkataan Allah. Allah SWT berfirman dalam al-Quran

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” . (Luqman:25)

Dari segi teologi, walaupun para penyembah berhala di Mekah menerima Allah sebagai Rabb (Tuhan), namun mereka juga mengadakan berhala-berhala dan sebagainya di sisi Allah dan menganggapnya sebagai tuhan juga. Ketauhidan Allah yang sempurna tidak mereka imani. Bahkan Allah menerangkan apakah sebabnya amalan syirik itu mereka teruskan dalam Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar, ayat 3: “Tidaklah kami menyembah mereka kecuali untuk kami dapat bertaqarrub (mendekatkan diri) dengan Allah”.

Pun begitu, kedudukan golongan Ahli Kitab. Lebih jelas lagi, bagi agama-agama warisan Nabi Ibrahim yang lain pula, perkara penggunaan perkataan Allah ini dilihat jelas dalam surah al-Haj, ayat 40.

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya”.

Daripada pelbagai ayat ini, para Mufaseer berhujah bahawa nama Allah bukanlah hak eksklusif orang Islam. Imam Al-Qurtubi (1214-1273), pakar tafsir al-Quran, merumuskan bahawa dalam ayat 40 di atas, Allah bukan sahaja disebut dan dibesarkan di masjid-masjid, tetapi juga ditempat-tempat keagamaan agama-agama warisan Nabi Ibrahim yang lain, terutamanya agama Yahudi dan Kristian.

Selain itu, kita juga merujuk kepada pandangan dua tokoh ulama kontemporari di dunia Islam, iaitu Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili, yang melawat negara kita baru-baru ini, berhubung isu ini.

Kedua-dua mereka bukan sahaja mengaggap penggunaan nama Allah oleh penganut agama samawi (langit) dibenarkan, malah juga adalah digalakkan, sebagai kaedah bagi menyatukan Persaudaraan Kemanusiaan berdasarkan Tuhan yang sama dan Esa (Tunggal). Kesatuan Ummat Islam pula dipaksikan di atas Kesatuan Tauhid. Islam dan agama secara umum wajar menyatukan, dan tidak sebaliknya memecah-belahkan manusia.

Nah, maka jelas bahawa dari sudut nas, kebenaran penggunaan nama Allah ini adalah termaktub dalam al-Quran. Nas, dalam metodologi ‘beristidlal’ seharusnya tidak boleh diatas bahkan mengatasi sumber yang disandarkan kepada sumber-sumber hukum yang lain, ijma’ atau qiyas tambah lagi kalau ianya hanyalah sekadar qawaid fiqhiyyah seperti ‘as-Sadda Zari’ah atau kaedah fiqh bagi menutp pintu-pinti kemudharatan.

Lebih penting, harus juga disedari bahawa keseluruhan al-Quran itu sendiri adalah jelmaan dan penghayatan Dakwah dan Risalah Nabi Muhammad SAW dalam tugas besar baginda menterjemahkan maksud sebenar “Islam sebagai Rahmat kepada Sekelian Alam” – Rahmatan Lil-‘Alamin.

Ternyata pendirian DDHD dan lain-lain akan hanya menatijahkan keterasingan (Disengagment) dan iklim eksklusif, sementara pandangan sebaliknya menekankan peri perlunya Islam dan umat Islam mengambil sikap ‘Inklusif’ dan ‘Keterterliban’ (Engagement) dalam agenda besar Dakwah dan Penampilan Advokasi Politik Islam. Keterlibatan, bukannya Pengasingan, seharusnya menjadi pertimbangan asas para pembuat dasar di peringkat legislatif dan para pemikir di institusi-institusi Islam lain di negeri dan peringkat Pusat.

Walaupun pendekatan Usuludin menekankan kepentingan ketulenan iman di kalangan umat Islam, namun malangnya, secara tidak sengaja, ia turut terserlah dan mengambil bentuk ‘mentaliti-terkepung’ (siege mentality) apabila berhubungan dengan golongan agama dan budaya lain.

Mahu tidak mahu ia akan menjadikan Islam dan nama Allah dan lain-lain perkataan ‘suci’ lain sebagai hak eksklusif orang Islam yang mesti di’lindungi’ dan dipertahankan daripada ‘pencerobohan’ penganut agama-agama yang lain. Kita tidak mungkin boleh berhubung dengan orang lain jika kita bersikap eksklusif. Sebaliknya, kita akan menyudutkan, malah mengasingkan orang lain dengan sikap tersebut.

Selain ia bakal menyuburkan rasa benci, ia juga akan menjadi baja kepada sikap saling tidak mempercayai di antara agama-agama, iaitu sesuatu yang berlawanan sama sekali dengan tujuan Dakwah dan Risalah. Secara umum, ini tidak boleh dipertahankan, malah kelihatan serba songsang dengan mindset ‘Dakwah’ dan “Islam yang Universal”.

Pendirian TGNA dan DSHA yang mewakili pandangan arus perdana PAS telah membuat penegasan bahawa ‘berdasarkan prinsip-prinsip al-Quran dan Islam, penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama warisan Nabi Ibrahim seperti Kristian dan Yahudi adalah dibolehkan”.

Dalam pada itu, kedua-dua tokoh ini juga telah menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah juga tidak boleh disalah guna atau diselewengkan kerana ia akan memberi kesan ke atas keharmonian hubungan agama dan kaum di negara ini. Pada saat yang sama, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, turut menekankan keperluan diadakan garis panduan yang jelas bagi penggunaannya. Kata beliau, kalimah Allah hanya boleh digunakan bagi merujuk kepada Tuhan Yang Tunggal, bukannya dikaitkan dengan berhala, dewa-dewa dan sebagainya.

DSHA turut menolak percubaan untuk mempolitikkan isu ini kerana ia boleh mengancam keamanan di kalangan pelbagai golongan agama. PAS mengutuk keras perbuatan mengugut dan ganas sebagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat supaya akur dan tunduk kepada ‘terorisme berkumpulan’ baru yang berlaku kini. Kedua-dua TGNA dan DSHA turut mencadangkan jalan keluar yang berasaskan dialog dan perbincangan atas dasar sikap saling menghormati dan persefahaman di antara agama dan budaya dalam proses pembinaan-semula bangsa kita.

Saya berani menyatakan bahawa PAS kini telah muncul sebagai sebuah parti Islam yang memahami tentang perlunya wujud politik Plural dan Majmuk (Politik Li Ta’arafu) dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini. ‘Pendekatan Wasatiyah’ PAS ini bakal disenangi oleh semua pihak dan mengisi tuntutan ‘ruang tengah’ politk negara, sementara Islam dan Ummat Islam akan terus dipertahankan.

Juga perlu ditegaskan bahawa pendirian ini tidak diambil semata-mata untuk memenangi hati atau lebih banyak undi di kalangan orang bukan Islam. Sebaliknya PAS mendedahkan dirinya kepada penolakan oleh para penyokong tegarnya di kawasan-kawasan majoroti Melayu. Bolehkan seteru politik PAS, iaitu Umno, mengambil sikap yang sama? Bolehkah Umno keluar dari garis hanya mempolitikkan isu nama ‘Allah’ dan tidak benar-benar mahu menunaikan perintah Allah, termasuk menghapuskan rasuah, kezaliman serta kebejatan kerakusan kekuasaan dan kebendaan.

Sebagai sebuah parti Islam, kami perlu melakukan apa yang “Benar” di mata al-Quran terlebih dahulu, dan setelah itu berusaha keras untuk menyesuaikannya dengan demografi kita yang sesungguhnya majmuk dan plural. Benar kami perlu mengambil jalan sederhana untuk mendapat sokongan ‘ruang tengah’. Benar, kami juga perlu memenangi hati-budi orang Islam-Melayu. Namun lebih benar lagi ialah perjuangan kami untuk mencari keredhaan Allah terlebih dahulu. Kami juga mahu mewujudkan “Keadilan Untuk Semua”.

Jika dengan berbuat demikian kami kemudiannya memperoleh kepercayaan, mandat dan sokongan pengundi, maka kami ucapkan Segala Pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Reputasi Khalid sudah diibarat pekung dalam PKR — Kamal Ahmad

JAN 28 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini semakin sakit dan memasuki peringkat tenat, tetapi belum tahap lumpuh. Kenyataan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jelas memberi pengertian bahawa penyokong, ahli dan pemimpin parti itu kini saling bercanggah pendapat serta berpuak. Buktinya, Wan Azizah berkata, rombakan kepemimpinan parti itu pada 20 Januari lalu menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Beliau mengakui dan sedar tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan dibuat kepemimpinan parti.

Dr Wan Azizah melalui kenyataan dalam laman web rasmi parti itu seterusnya mengakui PKR akan menempuh saat sukar untuk mencipta keseimbangan kepemimpinan yang terbaik dan strategi ampuh. Seterusnya, beliau mengakui bahawa kekecewaan diluahkan sebilangan rakan dan ahli parti memang ada asasnya sekali gus sedia berbincang dengan semua pihak terbabit.

Selangor contoh terbaik bagi menggambarkan senario perpecahan PKR di seluruh negara. Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, adalah Ketua Perhubungan PKR negeri dan datang daripada cabang PKR Kuala Selangor yang dibubarkan. Cabang itu “lenyap” selepas hilang 15 ahli jawatankuasa (AJK) apabila dua daripadanya meninggal dunia, seorang keluar parti dan 11 meletak jawatan pada 20 Januari lalu. Tindakan mereka didorong kesedaran selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap Abdul Khalid.

Kes cabang PKR tidak upaya disembunyikan lagi oleh parti itu. Tindakan AJK itu juga adalah pernyataan atau manifestasi protes pemimpin bawahan dan penyokong beliau. Apabila seorang Menteri Besar digugat sebegitu rupa, pasti ada sebabnya. Ini berlaku ketika parti sudah menggenggam tampuk kuasa sekali gus membuktikan ada sesuatu tidak kena dengan Menteri Besar. Kesan kegagalan mentadbir cabang PKR Kuala Selangor turut dirasakan di cabang parti seluruh negeri. Hujah mereka ialah kalau Abdul Khalid gagal mentadbir cabang parti yang ada 5,000 ahli, di mana kemampuan beliau mengurus parti peringkat negeri. Apabila gagal mentadbir parti, Khalid juga sebenarnya tidak layak mengurus kerajaan serta rakyat Selangor.

Sebaliknya, Abdul Khalid seperti biasa menuding jari mendakwa Umno bertanggungjawab atas semua perkembangan buruk PKR di negeri itu. Itulah cara beliau melepaskan diri daripada prestasi dan reputasi buruk dirinya mengurus parti. Contoh kelemahan pentadbiran beliau ialah menukar setiausaha, naib ketua, ketua penerangan dan bendahari peringkat cabang serta penyandang jawatan dalam perhubungan PKR negeri berpuluh kali sejak menerajui parti itu.

“Dalam hal ini, jangan sekali-kali Tan Sri (Abdul Khalid) salahkan Umno. Dia harus cermin dirinya dulu siapa puncanya. Pembubaran cabang PKR Kuala Selangor dan keluarnya AJK serta ahli parti di Ijok bukan atas dasar mereka dapat imbuhan atau habuan daripada Umno. Ini atas kerelaan hati masing-masing.

“Tan Sri (Abdul Khalid) dengan sombongnya tidak pernah membela nasib ahli-ahli parti... inilah yang sebenarnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi ini bukan salah Umno atau Barisan Nasional. Masing-masing (AJK yang meletak jawatan) ada fikiran. Dia tahu mana baik dan mana yang tidak baik. Mana yang boleh memimpin dan yang tidak boleh memimpin,” kata Azmi Muhamad, 51, bekas AJK Cabang PKR Kuala Selangor yang keluar parti itu pada 19 Disember lalu.

Antara sebab kekecewaan 11 AJK cabang yang didakwa terhadap Khalid seperti diumumkan pada 20 Januari lalu ialah:

• Gagal mengadakan mesyuarat AJK Cabang dalam tempoh 14 bulan terakhir menyebabkan biro tidak dapat diwujudkan sekali gus gerak kerja serta aktiviti tidak dapat diadakan.

• Wujud jurang kemesraan dan jalinan komunikasi dengan disebabkan sikap sombong selain tidak lagi turun menemui AJK serta ahli akar umbi.

•Cabang PKR Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran parti sebaliknya menggunakan Pejabat Kerja Menteri Besar di pekan Ijok yang dibiayai kerajaan negeri.

• Khalid tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti walaupun ahli bukan Melayu keluar parti dan menyertai Kelab Penyokong PAS.

• Bersikap enggan menerima pandangan, teguran dan cadangan dalam hala tuju parti yang hanya ditentukan olehnya.

“Kami juga kecewa dan bosan kerana Tan Sri (Abdul Khalid) gagal menunaikan janji-janjinya seperti mahu memajukan Ijok menjadi seperti Bandar Klang. Beliau juga menjanjikan membantu belia di sini memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan. Pada awalnya memang ada belia dihantar berkursus, tetapi hingga kini masih belum ada kerja seperti dijanjikan.

“Kita rasa kecewa lagi apabila beliau mengambil sahabat baiknya daripada kalangan bukan orang Ijok. Contohnya, Pegawai Penyelarasnya duduk di Kajang, tetapi ambil beliau letakkan di Ijok untuk mentadbir Ijok. Seolah-olah di Ijok tiada orang bijak pandai (berkelayakan),” katanya.

Lantas Khalid dicabar mengosongkan kerusi DUN Ijok yang diduduki bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi mendapatkan mandat baru rakyat yang rata-rata didakwa kecewa dengan beliau.

“Saya cabar beliau letak jawatan. Siapa yang akan dapat sokongan. Kalau dia betul-betul hebat, dia letak jawatan. Kita akan lawan habis-habisan,” kata Azmi yang pernah menjadi orang kuat Menteri Besar itu sejak 10 tahun lalu. Satu lagi kekecewaan Azmi sehingga mendorong beliau keluar parti ialah tindakan Abdul Khalid membubarkan Jawatankuasa Penyelaras PKR DUN Ijok selepas dua bulan dipersetujui penubuhannya dan menerima sijil pelantikan daripada Menteri Besar itu.

“Tetapi adakah benar surat pembubaran itu ditandatangani oleh menter besar sendiri kerana kami meraguinya. Namun beliau langsung tidak memberi maklum balas dan saya pun sudah membuat laporan polis mengenai surat itu,” katanya.

Cabang PKR Kuala Selangor wujud dengan sokongan kira-kira 30 ranting yang mempunyai kira-kira 5,000 ahli. Namun keupayaan Abdul Khalid mentadbir Cabang PKR Kuala Selangor, malah tindakan beliau selaku Ketua Perhubungan PKR Negeri, sangat kontroversi. Apakah yang boleh dinilaikan mengenai sikap beliau apabila pernah menukar sekurang-kurangnya enam Setiausaha Cabang dan lima Setiausaha Perhubungan Negeri? Apakah yang tersurat dan tersirat apabila beberapa orang sama ada “berhenti atau diberhentikan” bagi jawatan Timbalan Ketua Perhubungan dan Naib Ketua Perhubungan? Begitu juga jawatan bendahari dan ketua penerangan peringkat cabang serta negeri.

Lebih kontroversi ialah kenapa ada memorandum kepada Dr Wan Azizah dan Setiausaha Agung PKR mendesak Abdul Khalid meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan daripada cabang PKR Kuala Selangor, pertengahan 2009 lalu? Menariknya, ibu pejabat PKR senyap membisu tanpa memberi maklum balas kepada memorandum berkenaan.

Apa tanggapan ibu pejabat terhadap cabang PKR Kuala Selangor? Apakah yang ditanya kepada Abdul Khalid? dan, sehingga menyusul surat kedua kepada Dr Wan Azizah serta Setiausaha Agungnya seminggu kemudian yang bertanya status memorandum berkenaan, namun sehingga kini Abdul Khalid umpama berada di bawah perlindungan kepemimpinan tertinggi PKR di ibu pejabat. — Berita Harian