Rabu, 27 Januari 2010

Cemar Rumah Ibadat: KDN Tidak Akan Berkompromi

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan rumah ibadat, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah diarah turun padang untuk memantau siasatan kes empat kepala babi hutan yang berbungkus plastik ditinggalkan di pintu masuk perkarangan dua masjid di Petaling Jaya hari ini.

"Dalam hal ini, saya tak pernah berkompromi dan kita telah buktikan dalam kes-kes di gereja dan surau sebelum ini kita telah ambil tindakan di mana semua yang terlibat telah ditahan, dan akan dihadap ke mahkamah bergantung kepada kesesuaian masa oleh pihak Peguam Negara," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kementerian dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia di sini hari ini, Hishammuddin tidak menolak kemungkinan serangan itu bertujuan menghuru-harakan negara dan menimbulkan konflik antara kaum di negara ini.

"Saya berharap orang ramai tidak terpedaya dengan helah itu," katanya sambil memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kejadian itu.

Ditanya sama ada polis telah mempunyai petunjuk mengenai kes itu, beliau berkata polis masih menyiasat, termasuk tujuan tindakan itu.

Mengenai penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, Hishammuddin berkata, tidak timbul soal untuk membebaskan penulis blog itu walaupun dia telah meminta maaf.

"Bila dia ditahan, kes itu akan diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan. Jika tidak sesiapa sahaja boleh cakap apa yang mereka suka dan selepas itu minta maaf dan terlepas daripada tindakan," katanya.

Hishammuddin berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia turut menyiasat beberapa kes lain yang melibatkan jenayah.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kementerian akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan larangan KDN ke atas buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism", Hishammuddin berkata keputusan mengenainya belum dibuat.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan larangan itu dalam semakan kehakiman yang dipohon oleh pertubuhan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS). - BERNAMA

Permohonan KJ saman fitnah Anwar pada 19 Mac

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Mac untuk mendengar permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah.

Penolong Pendaftar Kanan A Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili Anwar, Wan Anuar Shadat dan peguam yang mewakili Khairy, K Vasanthi.

Pada 4 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar bagi mengemukakan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal memasukkan kehadiran di mahkamah selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonan pada 20 Feb, 2009 untuk mengenepikan perintah itu.

Ejen politik Amerika dan Yahudi

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Sept, 2007 mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah memfitnahnya pada Ogos 2007 pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyatakan kenyataan memfitnah yang dibuat oleh Khairy telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Beliau mendakwa kenyataan Khairy itu menggambarkan yang beliau seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mementingkan perjuangan orang Melayu dan hak mereka, dan bahawa beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.

Beliau juga berkata Khairy telah membuat kenyataan itu untuk memberi gambaran yang beliau (Anwar) merupakan ejen politik kepada Amerika Syarikat dan Yahudi, dan juga bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya.

Beliau mendakwa Khairy mempunyai niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan itu yang semuanya adalah bohong, tidak berasas dan tidak benar.

Selain memohon ganti rugi am, teruk dan teladan serta faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Khairy, atau ejennya daripada mengulangi kenyataan itu.

- Bernama

Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta..dah lah nafikan hak royalti....nak tipu jumlah duitnya pulak...UMNO....!!!!

Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.

"Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di Kota Baharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008.

Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir
pantai negeri itu.

Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.

Husam berkata kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun pusat mengantikannya kepada wang ihsan.

- Bernama

Fuziah: Latih 500 Calon Potensi ntara Formula PKR Hadapi PRU-13

Pengarah pilihan raya baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh yakin mempunyai pendekatan ‘ajaib’ untuk menepis tanggapan kebanyakan pihak bahawa parti itu tidak mungkin dapat mengulangi prestasi Mac 2008.


Sambil mengakui beliau menyedari wujudnya cakap-cakap sedemikian, termasuk sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR) sudah mula merosot, Fuziah berkata isu-isu nasional semasa seperti kalimah penggunaan “Allah” hanya akan memberi kesan kecil ke atas paten sokongan.

Pada akhirnya semasa hari pengundian, kata beliau, pengundi akan membuat keputusan berdasarkan isu-isu dan faktor-faktor tempatan, bukannya dipengaruhi sangat oleh isu nasional.

[Mengikut Fuziah Salleh (gambar) pada akhirnya semasa hari pengundian pengundi akan membuat keputusan berdasarkan isu-isu dan faktor-faktor tempatan, bukannya dipengaruhi sangat oleh isu nasional. — Gambar oleh Jack Ooi]

Mengikut Fuziah Salleh (gambar) pada akhirnya semasa hari pengundian pengundi akan membuat keputusan berdasarkan isu-isu dan faktor-faktor tempatan, bukannya dipengaruhi sangat oleh isu nasional. — Gambar oleh Jack Ooi
“Berdasarkan pengalaman saya, pengundi tidak akan memberi tumpuan kepada isu-isu seperti ini (isu nasional) semata-mata.

“Kemungkinan sebahagian kecil (bergantung pada isu nasional) tetapi pada akhirnya isu tempatan yang lebih penting dan memberi kesan ke atas kehidupan mereka secara langsung (kira-kira 40 peratus),” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

Oleh itu kata Ahli Parlimen Kuantan ini, fokus beliau selaku pengarah pilihan raya PKR yang baru ialah ke atas Sarawak yang akan mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Kata Fuziah, pada masa yang sama beliau perlu menggerakkan usaha rapi bagi menjayakan sasaran PR menuju Putrajaya.

“Ini amanah besar, satu tanggungjawab berat... fokus saya ialah mempertahankan prestasi semasa dan memperbaiki pencapaian dengan matlamat kami hendak menuju ke Putrajaya selepas memerintah empat negeri,” katanya.

PKR bertanding dalam pilihan raya umum kali pertama pada 1999. Bagaimanapun ia gagal mempamerkan prestasi yang sama pada tahun 2004.

Ia kembali kukuh dalam pilihan raya umum lalu. Mengambil kira corak pengundian dan sokongan ketika Mac 2008 dan usaha-usaha diambil oleh Umno-BN, ramai beranggapan bahawa PKR dan dua komponen yang lain dalam PR tidak mampu mengulangi prestasi 2008.

Ini termasuk pandangan salah seorang wakil rakyat yang keluar PR awal tahun lalu, yang menjangkakan PAS dan PKR tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka menang Mac 2008.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan menjangkakan jika Umno-BN “bekerja kuat”, kedua-dua komponen PR itu hanya boleh mempertahankan kira-kira 50 peratus kerusi dikuasai ketika pilihan raya umum ke-12.

Jangkaan itu dikongsi oleh Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, yang keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan PR awal Februari 2009.

Justeru kata Jamaluddin, beliau menjangkakan DAP boleh mengekalkan 18 kerusi yang dimenangi mereka.

Jamaluddin, bekas timbalan pengerusi PKR Perak dan Tanjung Malim membuat perkiraan jika Umno dapat mengekalkan kesemua 34 kerusi yang ditandinginya bermakna PKR hanya boleh berkongsi baki tujuh kawasan yang ada dengan PAS.

Minggu lalu, Nizar mengakui sokongan orang Melayu terhadap DAP, PAS dan PKR di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Mengulas lanjut, Fuziah yang pernah memikul tanggungjawab sebagai timbalan pengarah pilihan raya PKR berkata “perkhidmatan kreatif” akan menjadi kunci utama pihaknya menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga mengakui parti itu berada di belakang BN dari segi kedudukan kewangan tetapi percaya paten pengundian telah berubah dan kini ia berdasarkan keupayaan parti yang memintah untuk menyampaikan perkhidmatan.

“Ya, kami mengakui bahawa ada kekangan kewangan dan tidak boleh berlawan dengan BN dalam aspek ini tetapi ada pendekatan kreatif untuk melalui halangan-halangan ini,” kata beliau.

“Anda boleh berikan pengundi, katakan ikan, tetapi berapa kali yang anda boleh berikan mereka ikan? Apa yang kami lakukan ialah memberi pengundi hak mereka dengan menyediakan perkhidmatan yang berkesan untuk mereka,” kata ibu kepada enam anak ini.

Kata Fuziah, pihaknya juga akan memperkenalkan sistem pemilihan calon yang baru dalam pilihan raya umum akan datang seiring dengan hasrat penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memperbaiki dan menyediakan pengundi dengan pemimpin-pemimpin berkualiti.

PKR merancang untuk melatih 500 bakal calon menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Fuziah lagi.

Dalam temu bual ini Fuziah juga mengakui PKR pernah berhadapan dengan masalah wakil-wakil rakyat yang mencetuskan situasi kurang senang.

Ia membawa kepada tindakan beberapa wakil rakyat menghadapi masalah rasuah dan ada yang keluar parti atau berhenti iaitu dua di Perak dan Kedah dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.

Oleh itu kata beliau, PKR akan menggunakan model penapisan pemilihan calon untuk memilih calon-calon yang benar-benar berkualiti.

Berlatarbelakangkan pengalaman sebagai pakar kaunseling, Fuziah yang dikenali kerana kemahiran motivasi dalam mengendalikan latihan kepimpinan di PKR menambah, beliau secara peribadi akan menyediakan calon-calon berpotensi untuk mengadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, latihan itu akan berdasarkan lima tunjang iaitu kualiti personaliti, kepimpinan, komunikasi, politik dan kemahiran tambahan.

“Saya yakin bahawa pendekatan ini akan menjadi satu kelebihan kepada kami,” katanya.

Ahli Parlimen Kuantan ini juga berhasrat untuk memperkenalkan panduan pilihan raya yang komprehensif, yang akan menyeragamkan strategi pilihan raya parti pada masa depan.

“Manual ini juga adalah berdasarkan amalan terbaik modul kempen pemilihan di negara-negara lain, yang pernah digunakan oleh mereka seperti Obama (Presiden Amerika Syarikat) yang berupaya menuju kemenangan dengan wang yang sedikit,” kata bekas pengarah latihan parti.

Fuziah mengambil alih jawatan pengarah pilihan raya daripada Saifudin Nasution Ismail yang menggantikan Datuk Salehuddin Hashim sebagai setiausaha agung yang baru.

Pelantikan beliau yang akan berkuat kuasa 1 Feb ini dilihat sebagai sangat kritikal ketika anggota PR berhadapan dengan serangan bertubi-tubi BN.

SELENA TAY: Bagaimana mekanisma Advance voting

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan bahawa terdapat kemungkinan ‘Advance Voting’ atau ‘Undi Lebih Awal’ dan jangkamasa 2 hari ‘cooling-off period’ atau ‘jangkamasa pemberhentian berkempen’ akan dilaksanakan.

Terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa sebelum ‘Advance Voting’ dan 2 hari ‘cooling-off period’ ini boleh dilaksanakan, ia perlu dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen. Dalam persidangan Parlimen, kaedah atau mekanisme perlaksanaan ‘Advance Voting’ dan 2 hari ‘cooling-off period’ ini perlu diperjelaskan dengan amat teliti.

Namun demikian, sebelum itu SPR harus menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri dari wakil-wakil Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk perbincangan demi membenarkan semua pihak memberi pendapat, idea dan input mereka berkenaan dengan hal ini. SPR perlu memberi penjelasan tentang apakah prosidur yang akan diambil untuk memastikan bahawa perlaksanaan ‘Advance Voting’ ini adalah telus.

Tanda soal yang besar sekali melibatkan:-

1) hari pengundian tersebut; dan

2) peti undi.

Mengenai hari pengundian ini, saya berpendapat wakil-wakil dari BN dan Pakatan Rakyat patut diberi kuasa untuk memantau proses pengundian yang dijalankan. Adalah tidak betul jika kem komandan sahaja yang memantau proses pengundian bagi pihak tentera yang mengundi. Jika berlaku sedemikian, maka ini adalah sama seperti undi pos juga.

Mengenai peti undi pula, siapakah yang akan bertanggungjawab menjaga keselamatan peti undi ini selepas pengundian dibuat? Adakah pekerja-pekerja parti atau pelajar-pelajar universiti ataupun rakyat biasa (members of the public) akan diupah untuk menjaga keselamatan peti undi 24 jam sehari sehingga peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi? Jika soalan ini tidak dapat dijawab dengan penjelasan logik yang memuaskan mengenai mekanisme dan logistik yang terlibat dalam prosedur ini, maka seluruh proses ‘Advance Voting’ ini adalah sia-sia sahaja.

M Manoharan, anggota Parlimen Teluk Intan berpendapat wakil-wakil dari BN dan Pakatan Rakyat yang patut menjaga keselamatan peti undi pada setiap masa untuk memastikan bahawa tiada penipuan yang akan berlaku. Jangan ada kes seperti di Pilihanraya Kecil Batang Ai, Sarawak pada 7hb April 2009 dimana peti undi tidak diberi penjagaan yang ketat. Kes seperti ini akan memberi kesan dan keraguan terhadap ketelusan proses ‘Advance Voting’.

Malaysia telah sekian lama berada dalam keadaan yang aman damai oleh itu saya berpendapat kebanyakan pihak polis boleh membuang undi mereka pada hari pengundian yang ditetapkan untuk semua rakyat biasa dan ‘Advance Voting’ ini hanya akan melibatkan pihak tentera sahaja terutamanya yang bertugas di hutan pendalaman atau di sempadan.

Lagi satu perkara yang patut diberi penekanan ialah 2 hari ‘cooling-off period’. Pada masa ini, tiada pihak pun yang mesti dibenarkan berkempen. Dr. Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS memberitahu penulis walaupun BN dan Pakatan Rakyat tidak dibenarkan berkempen dalam jangkamasa ini. Pelaksanaan dua hari ‘cooling-off period’ ini patut juga merangkumi media arus perdana yang seperti biasa sentiasa diperalatkan oleh BN dalam kempen mereka untuk mengutuk Pakatan Rakyat. Dr. Dzulkefly membangkitkan tanda-soal samada SPR boleh menghalang media arus perdana berkempen untuk BN dalam masa dua hari ‘cooling-off period’ yang disebutkan tadi.

Pendekkata, ada banyak persoalan yang timbul mengenai ‘Advance Voting’ dan dua hari ‘cooling-off period’. SPR mesti mempunyai kemampuan intelektual untuk melaksanakan ini dengan sempurna, kata William Leong, anggota Parlimen Selayang dari PKR.

Penulis berpendapat sekiranya tidak terdapat perbezaan yang ketara diantara ‘Advance Voting’dan ‘Undi Pos’ maka jika dilaksanakan ia adalah perubahan kosmetik sahaja iaitu nama sahaja yang ditukar, seperti ACA menjadi MACC, macam sama sahaja, memang amat mengecewakan.

LIM GUAN ENG: Piagam DAP Dengan Malaysia Tengah

Apabila saya mengambil alih sebagai Setiausaha Agung DAP pada tahun 2004, saya dan rakan seperjuangan bertekad untuk memimpin sebuah Parti yang beraspirasi membentuk Kerajaan dan bukan sebuah Parti yang akan kekal sebagai Pembangkang. Sesebuah parti politik yang tidak mempunyai aspirasi mencapai kuasa politik bagi melaksanakan program yang memanfaatkan Rakyat tidak layak untuk terus wujud.

Apabila DAP pertama kalinya mengetengahkan visi ini pada tahun 2005 untuk menjadi sebuah rakan kongsi kuasa dalam Kerajaan dalam tempoh masa 10 tahun, tidak ramai yang berkongsi harapan kita. Tetapi kita telah menaruh harapan kepada Rakyat Malaysia yang mengidamkan perubahan. DAP cekal dalam perjuangan sejak 1966 kerana kita menaruh harapan kepada Rakyat Malaysia, sama ada Muslim atau pun bukan Muslim yang inginkan keadilan, kehidupan yang aman dan harmoni, kekayaan bersama dan yang inginkan anak mereka hidup di sebuah dunia yang lebih baik daripada dunia lama mereka.

Pemimpin DAP telah bertungkus-lumus sepanjang perjalanan kita yang penuh kesukaran akibat daripada penindasan oleh sistem perundangan yang tidak adil dan penindasan politik yang keji. Kita cekal hanya berbekalkan dengan kepercayaan bahawa Malaysia ialah sebuah negara untuk semua Rakyat dan menaruh harapan kita kepada Rakyat Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa perjuangan kita adalah sia-sia kerana mereka telah hilang keyakinan mereka kepada Rakyat sedangkan Rakyat yang berkongsi kepercayaan tersebut dan mengidamkan Malaysia yang lebih baik. Tetapi pemimpin dan ahli DAP yang tulen serta tabah tidak pernah berputus asa.

Pilihan raya umum 2008 di mana berlakunya apa yang dikatakan sebagai tsunami politik telah mengubah segala-galanya. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa perubahan akan berlaku dengan begitu pantas sekali. Rakyat telah menaruh kepercayaan mereka kepada kita dan kita mestilah membalas keyakinan mereka tersebut. Walaupun kita tidak berpengalaman, kita telah mempelajari selok-belok pentadbiran Kerajaan dan kita percaya bahawa Pakatan Rakyat telah mentadbir jauh lebih baik dalam masa dua tahun ini daripada pemerintahan BN sepanjang 20 tahun lalu.

Sebagai contoh, di Perak, tanah telah diberikan kepada Rakyat yang memerlukannya tanpa mengira bangsa. Di Pulau Pinang, kemiskinan tegar telah dibasmi dalam tempoh masa setahun sahaja sedangkan BN tidak dapat menghapuskannya dalam 51 pemerintahan mereka. Di Selangor pula, air diberikan secara percuma. Di semua negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, wang duit disalurkan semula kepada Rakyat, dan sekolah Cina, Tamil, mubahligh serta sekolah agama rakyat menerima peruntukkan kewangan tahunan buat pertama kalinya. Negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat juga menerima pujian daripada Ketua Audit Negara kerana berjaya mencatatkan lebihan belanjawan negeri dan pengurusan kewangan yang baik dan pada masa yang sama, Pulau Pinang turut dipuji oleh Transparency International kerana ketelusan pentadbiran. Kita juga menjamin kepentingan generasi masa depan dengan menerajui usaha ke arah menghentikan fenomena perubahan iklim melalui inisiatif mengurangkan penggunaan beg plastik. Usaha ini yang merupakan pertama kali dilaksanakan di Malaysia. Apa-apa yang kita laksanakan tidak didorong oleh sebarang kebencian atau pun ketakutan tetapi dipersembahkan kepada segala Rakyat Malaysia dengan niat baik dan kasih sayang.

Rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dapat melihat, menyentuh dan merasa dengan sendiri bahawa pentadbiran kita adalah jauh lebih baik daripada zaman pemerintahan BN. Kepimpinan Pakatan Rakyat bukanlah hendak menunjukkan kami sebagai pemimpin adalah lebih baik dari anda tetapi tetapi kita ingin memberikan setiap orang peluang untuk mengecapi kejayaan, malah lebih baik jika kejayaan itu lebih tinggi daripada kita. Kita masih sedang belajar dan nescaya akan menjadi lebih baik lagi selagi kita berpegang teguh pada prinsip kita dan pengajaran yang diperoleh.

Sekian lama ini, kita cekal memperjuangkan pembaharuan dengan mendukung prinsip kejujuran dalam kepimpinan and pentadbiran demokratik berpaksikan kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan Rakyat dan patuh pada nilai-nilai keagamaan. Prinsip-prinsip ini mestilah menjadi panduan kita dan juga batu ukuran kepada kejayaan. Kita boleh kompromi dengan kaedah, tetapi tidak sekali-kali dengan matlamat. Walau bagaimanapun hanya sekadar menyatakan niat baik tidak mencukupi jika kita tidak menterjermahkan prinsip-prinsip tersebut kepada tindakan dan pencapaian.

Apa yang telah dipelajari ialah perlunya untuk terus mendengar suara Rakyat, untuk mengamalkan kepimpinan melalui teladan, merendahkan diri dan tidak takut untuk mengaku salah jikalau telah melakukan kesilapan, perlunya segera melaksanakan pembaharuan ke atas perkhidmatan awam supaya cekap dan bertanggungjawab serta “Utamakan Rakyat Malaysia”. Kita tidak ingin menyertai segolongan kecil ekstrimis yang menakut-nakutkan Rakyat Malaysia dengan kenyataan mereka. Kita mestilah mengisi kedudukan tengah di kalangan pengundi yang begitu pelbagai dan bersatu, sederhana dan rasional, konsisten dan relevan kepada Rakyat Malaysia yang biasa. Kita mestilah menjadi “Malaysia Tengah”

Malaysia Tengah lebih sukakan kerjasama dan bukannya konflik; konsultasi dan bukannya konfrontasi; dan sebuah masyarakat bersama yang inklusif iaitu merangkumi semua dan bukannya ekslusif. Sesebuah masyarakat bersama itu meraikan kepelbagaian dan memberikan peluang kepada semua warganya dengan menjamin:

* Penyertaan secara demokratik
* Hormat kepada kepelbagaian dan kemuliaan maruah manusia
* Memberikan peluang yang saksama; dan
* Perlindungan daripada diskriminasi

Malaysia Tengah adalah milik semua Rakyat Malaysia. Berbeza dengan Malaysia UMNO, dalam Malaysia Tengah, kemuliaan sifat lebih penting daripada warna kulit. Berbeza dengan Malaysia BN, dalam Malaysia Tengah, kita memandang satu sama lain sebagai saudara dan saudari, ayahanda dan bonda dan sebagai anak-anak Malaysia. Berbeza dengan Malaysia Kroni, Malaysia Tengah menghormati dan meraikan setiap Rakyat dengan kepercayaan bahawa kemakmuran, peluang dan sumber Malaysia adalah hak milik semua Rakyat Malaysia.

Pada tahun 2008, apabila Pulau Pinang meletakkan papan tanda dwi-bahasa dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan diiringi sama ada bahasa Arab, Mandarin, Tamil atau Inggeris, golongan ekstrimis dalam BN menolak sekeras-kerasnya. Walau bagaimanapun, tindakan Kerajaan Negeri ini telah diterima oleh Rakyat sebagai mencerminkan imej kita yang pelbagai bangsa, pelbagai budaya dan berciri global. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dengan papan tanda dwi-bahasa, dan pada masa yang sama di kawasan 100% orang Cina, tiada masalah meletakkan papan tanda bahasa Arab. Inilah Malaysia Tengah di mana kita melindungi satu sama lain atas semangat persaudaraan yang kukuh.

DAP menegaskan bahawa dalam pada kami mendukung kebebasan hak beragama, kita menghormati Islam sebagai agama Persekutuan. Inilah sebabnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menggandakan peruntukkan Bajet 2010 untuk hal ehwal agama Islam kepada RM24.3 juta berbanding dengan RM12.5 juta di bawah Bajet 2008 BN (Bajet 2009 PR ialah RM20.5 juta)

DAP mengulangi kecaman dan rasa jijik terhadap serangan bukan sahaja ke atas gereja di Malaysia, tetapi semua tempat beribadat termasuk masjid dan kuil. Isu agama tidak patut dibiarkan menjadi masalah yang tidak terkawal oleh sebab penghitungan politik yang mementingkan diri. Kita mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencampuradukkan agama dengan politik dalam keghairahan untuk memenangi sokongan yang telah hilang di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Cadangan terkini oleh BN untuk menyelesaikan krisis dengan melarang penggunaan kalimah “Allah” di Malaysia Timur bagaikan satu penghinaan kepada slogan 1Malaysia dan mencerminkan perhitungan politik yang tidak bertanggungjawab. Pihak berkuasa mestilah menanggung tanggungjawab sepenuhnya kerana gagal menguruskan kontroversi ini sehingga dibiarkan menjadi satu krisis yang memalukan Malaysia di pesada antarabangsa.

Kita bukan sebuah negara yang sedang berperang sesama sendiri. Tetapi kekecohan yang kita saksikan pada hari ini ialah UMNO sedang berperang dengan nilai-nilai keterbukaan, pemikiran logik dan konsep saling hormat-menghormati. Apabila BN bercakap tentang garis ukur antarabangsa, persoalan yang timbul ialah mengapa Islam global yang dipraktik dari Timur Tengah ke Indonesia membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” tetapi tidak di Malaysia? DAP tidak menafikan bahawa isu ini sensitif, tetapi penyelesaian kepada pertelingkahan ini bukanlah melalui konfrontasi tetapi melalui konsultasi dan bukan dengan keganasan tetapi dengan perbincangan secara aman.

Justeru, DAP bangga dengan pendirian berprinsip yang diambil oleh rakan kita dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa umat Kristian di Malaysia boleh menggunakan kalimah “Allah”, satu perkataan am untuk merujuk kepada “Yang Maha Esa” di Timur Tengah yang digunakan oleh semua penganut agama samawi dengan syarat tidak disalahgunakan untuk mengelirukan umat Islam. PR amat konsisten manakala BN berubah-ubah mengikut selera sendiri. Inilah Malaysia Tengah PR, toleransi dan saling hormat-menghormati, berbanding dengan Malaysia Ekstrimis BN yang menakut-nakutkan semua orang dengan ketidak-toleransi dan ketakutan.

Perebutan Kuasa Haram di Perak oleh BN dan Kematian Teoh Beng Hock


Di antara Kongres Kebangsaan yang ke-15 pada 23 Ogos 2008 dan Persidangan ini, dua peristiwa yang penting telah berlaku yang membawa darah, keringat, air mata dan, kita harap, kekuatan pada penghujungnya.

Pertama sekali, kematian Sdr. Teoh Beng Hock akan sepanjang masa menjadi saat yang paling sedih dalam sejarah DAP; walau apa jua, kita akan menegakkan keadilan untuk beliau dan kita tidak akan lupakan Beng Hock. Kita telah menubuhkan satu tabung untuk anak beliau dan nescaya anak beliau akan mendapat peluang pendidikan yang sebaik-baiknya. Kerana ingatan Beng Hock ini, kita akan terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan walaupun menghadapi risiko penindasan dan tahanan yang tidak adil.

Keduanya, perebutan kuasa di Perak yang keji, tidak demokratik dan haram menyedihkan kita semua tetapi juga mengukuhkan tekad kita untuk berjuang menegakkan demokrasi dan keadilan. DAP menegaskan pendirian kami untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak bagi mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih Menteri Besar dan EXCO mereka. Sehinggalah pembubaran DUN berlaku, Menteri Besar dan EXCO yang sah dan Tuan Speaker yang berani ialah mereka yang telah dipilih oleh Rakyat di Perak di Pilihan Raya Umum 2008.

Pada masa yang sama, saudara dan saudari kita termasuk Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pemimpin dan ahli peringkat kebangsaan, negeri dan cawangan telah ditahan, disiasat, didakwa dan ditindas ataupun menghadapi risiko-risiko sedemikian; kita sebulat suara mengisytiharkan sokongan padu kepada mereka.

PENCAPAIAN


Dalam masa setahun yang lepas, DAP telah menerajui perbincangan isu-isu yang menyelubungi Malaysia dan telah berjaya dalam kempen kita supaya tindakan diambil terhadap isu-isu tersebut. Pemimpin Parlimen kita Sdr Lim Kit Siang melalui usaha yang cekal memberi tekanan kepada Kerajaan untuk mendedahkan skandal RM12.5 billion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sejak 2007 telah menyebabkan satu laporan audit oleh PriceWaterHouse Coopers dan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan juga beberapa pihak didakwa di Mahkamah berikutan salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen kewangan. Kerajaan telah menyatakan bahawa ramai lagi individu yang akan didakwa untuk jenayah berkaitan dengan skandal PKFZ tersebut.

DAP juga telah melancarkan kempen anti-ISA yang berjaya memberi tekanan kepada Kerajaan untuk membebaskan saudara-saudara kita Sdr M Manoharan dan Sdr V Ganabathirao, pemimpin Hindraf serta tahanan ISA yang lain. Kita memuji keberanian mereka semua.

Parti kita juga berada di baris hadapan dalam memberikan cadangan yang membina sebagai penyelesaian kepada isu-isu kebangsaan yang lama terbelangkai. Pada awal 2009, DAP telah menghantar suatu cadangan yang terperinci dan kos-efektif untuk mengambilalih konsesi tol yang mencatatkan keuntungan lumayan berlebihan dan merugikan Rakyat selepas Kerajaan menyah-rahsiakan perjanjian konsesi tersebut. DAP juga melancarkan Bajet Alternatif 2010 yang bertujuan untuk tranformasi asas ekonomi Malaysia, dan merangsang pembangunan ekonomi negara serta mencapai potensi kita sepenuhnya.

Kita percaya bahawa dengan memberikan fokus kepada industri berteknologi tinggi serta berasaskan pengetahuan, barulah ekonomi negara akan berjaya mencapai satu transformasi menjadi sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020, dengan pendapatan per kapita USD15,000 melonjak daripada USD7,000 pada masa kini. Dua perkara utama ialah kecekapan ekonomi melalui sistem tender terbuka dan juga satu sistem pendidikan berasaskan merit-keperluan yang berupaya menggalakkan kecemerlangan, dengan penekanan pada sains dan teknologi untuk melatih, menakung dan menarik bakat baru. Kita perlulah segera menghentikan aliran keluar tenaga kerja kita ke negara jiran. Sebagai contoh, pelajar terbaik di Singapura bagi dua tahun berturut-turut merupakan Rakyat Malaysia. Tanpa bakat terbaik kita, Malaysia akan menghadapi kegagalan, hanya dengan bakat terbaik kita pulang ke tanah air untuk berkhidmat, kita mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan.

Tidak hairan mengapa Malaysia masih terperangkap dalam campuran ekonomi kemahiran rendah, produktiviti rendah dan upah rendah. Mengikut satu laporan daripada Bank Dunia, hanya 25% daripada tenaga kerja kita terlibat dalam kerja-kerja berkemahiran. 60% keluarga Malaysia hidup dengan pendapatan seisi rumah bulanan yang kurang daripada RM3,000. Rakyat Malaysia yang berkemahiran mestilah mengundi dengan bijak kerana Negara kita telah mengupah satu populasi besar buruh tak terlatih yang terdiri daripada warga asing.

Pada masa yang sama, belanjawan kebangsaan telah berkembang sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh masa satu dekad yang lalu, dengan perbelanjaan operasi meningkat dua kali ganda dalam lima tahun ini. Jumlah dalam perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan pula bertambah sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh masa yang sama, dari sejumlah yang kurang daripada 900,000 orang bertambah sehingga 1.3 juta orang.

Malangnya kenaikan perbelanjaan wang Rakyat ini bagaikan sia-sia sahaja apabila kita boleh melihat dengan ketara satu kemerosotan dalam sistem penghantaran kerajaan dari segi harta benda awam ataupun perkhidmatan awam, diantaranya termasuklah kemerosotan keselamatan awam, kemerosotan kualiti pendidikan dan penjagaan kesihatan dan kerja projek-projek awam yang disiapkan dengan kualiti yang amat rendah sekaligus merbahayakan nyawa pengguna serta memburukan imej Negara.

Kita juga menyaksikan gejala rasuah, kronisme, komplot dan mencuri secara terang-terang dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang dan banyak lagi kes-kes lain. Kekayaan Negara kita, terutamanya petroleum telah dirakus tanpa membawa faedah sebenar kepada Rakyat. Penswastaan yang tidak terancang terus merugikan Rakyat Malaysia.

Berdekad-dekad lamanya kebencian, perkauman dan ketidaktoleransi agama telah bersarang di Malaysia padahal kita sebenarnya patut menjadi satu Negara model antarabangsa untuk kepelbagaian etnik, budaya dan agama yang hidup dengan toleransi, saling hormat-menghormati dan mengamalkan persefahaman.

Satu-satunya maklum balas daripada Kerajaan hari ini ialah untuk melontarkan satu siri usaha luaran ataupun berbentuk kosmetik yang digelar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tanpa sebarang kesanggupan politik untuk berdepan dengan cabaran pembaharuan dari segi struktur yang mengambil kira perubahan global dan mengambil kira Rakyat Malaysia yang mengidamkan sebuah masyarakat yang lebih bebas, lebih demokrasi dan lebih adil serta Kerajaan yang bersih.

MUAFAKAT TRANSFORMASI MALAYSIA

Pendek kata, Malaysia sedang menanti-nantikan satu perubahan yang mendalam tetapi kita tidak mempunyai satu kepimpinan ke arah itu. Bersama-sama dengan rakan kita dalam Pakatan Rakyat, ianya menjadi tanggungjawab kita terhadap Rakyat Malaysia generasi ini dan juga yang belum mengundi ataupun belum dilahirkan untuk mengundi, untuk menyahut seruan mengisi kekosongan kepimpinan Negara bagi menuju ke arah perubahan dan pembaharuan. Biarlah kita sekali lagi mengulangi komitmen kita terhadap satu gabungan Pakatan Rakyat yang kukuh untuk mempersembahkan satu alternatif kepada Barisan Nasional dan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan di Pilihan Raya Umum yang akan datang berdasarkan Rangkakerja Dasar Bersama Pakatan Rakyat “Muafakat Rakyat”.

Kita mestilah berupaya untuk membawa pembaharuan yang tulen dengan segera di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Prestasi kita di negeri-negeri tersebut sama ada baik atau buruk akan menjadi batu loncatan ataupun batu halangan kepada kita untuk mengecapi kuasa Persekutuan. Kita mestilah menjangkaui perubahan secara luaran sahaja.

Kita tidak boleh terus menjadi pilihan secara lalai ataupun “default” kepada pengundi hanya kerana musuh tradisi kita kian hari menuju kemusnahan akibat pergolakkan dalaman mereka. Kita mestilah menjadi satu tarikan tersendiri kepada para pengundi.

Selepas kemenangan besar dalam pilihan raya umum Mac 2008, Parti telah bertungkus lumus bekerja keras bersama-sama rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Pada hari ini, kita telah berjaya menjalinkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan kita tersebut. Kita bertekad untuk membuktikan bahawa gabungan baru ini boleh bertahan walau apa jua perbezaan dalaman serta menangkis serangan daripada Barisan Nasional. Ini telah terbukti dengan penganjuran Konvensyen Pakatan Rakyat yang julung kali baru-baru ini di mana Rangkakerja Dasar Bersama telah berjaya dilancarkan.

Adalah amat penting untuk mengetahui bahawa dalam politik Malaysia, hanya ada satu golongan pertengahan, dan golongan inilah yang akan menentukan segala-galanya. Percayalah bahawa Malaysia Tengah akan menentukan parti mana yang mentadbir pada masa hadapan.

Untuk mendekati Malaysia Tengah, Pakatan Rakyat mestilah bersifat sederhana, inklusif dan menjauh serta membezakan diri kita daripada golongan ekstrimis, perkauman dan ekslusif.

DAP menekankan bahawa perpaduan nasional yang tulen hanya boleh dicapai jikalau Negara kita mempraktikan semangat Utamakan Rakyat Malaysia yang merangkumi nilai-nilai sejagat demokrasi, kebebasan, keadilan, kejujuran dan kemuliaan manusia serta memberikan peluang yang adil kepada semua, mengakhiri pemisahan berdasarkan kaum, agama, kepercayaan dan gender dan menyatupadukan seluruh Rakyat Malaysia untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin rancak sebagai satu Bangsa. Kita menyeru kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat supaya bersungguh-sungguh mewujudkan suatu muafakat baru di kalangan Rakyat Malaysia bagi melahirkan proses pembinaan-negara yang kedua.

Kita juga meluahkan keprihatian kami terhadap Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang telah sekian lama terpinggir dan ketinggalan dalam semua aspek pembangunan dan bertekad untuk merapatkan jurang antara kedua-dua belah Laut China Selatan serta mempertingkatkan kebajikan semua.

18 BULAN YANG AKAN DATANG

Pilihan Raya Umum berkemungkinan besar akan diadakan dalam masa 18 bulan yang akan datang dan kemungkinan besar juga negeri Sarawak dan Perak akan menghadapi pilihan raya negeri. Keputusan pilihan raya ini akan menentukan hala tuju dan nasib Negara kita pada masa hadapan.

Justeru, kita mestilah bersiap sedia dengan sepenuhnya supaya kita tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membawa perubahan yang sebenar-benarnya buat Malaysia dan supaya kita tidak menyalahkan diri kita pada masa hadapan nanti, serta anak cucu kita tidak menyalahkan kita kerana tidak mencuba mengorak perubahan. Di sini, Parti ingin mengarahkan semua pemimpin dan ahli pada setiap peringkat untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum dan pilihan raya negeri Sarawak dan Perak.

Sejak Konvensyen Kebangsaan yang lalu, DAP terus berkembang dengan pesat, dengan jumlah ahli bertambah lebih 50% dan jumlah cawangan berdaftar telah mencecah rekod 700 buah. Parti kita sentiasa bertekad untuk mengambil lebih ramai ahli yang berpegang kepada prinsip demokrasi sosial dan mereka yang boleh membantu kita melaksanakan visi mewujudkan sebuah pentadbiran Kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus.

Bagi menguatkan lagi jentera Parti, pemimpin dan ahli pada setiap peringkat diarahkan untuk mengukuhkan organisasi Parti di peringkat kawasan Parlimen supaya kita mempunyai uni yang lebih utuh bagi menghadapi perang yang akan membentuk masa depan Malaysia. Pemimpin DAP, wakil-wakil Rakyat dan pegawai lantikan di pelbagai pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat mestilah sentiasa ingat dan sedar akan ideologi, platform, visi dan misi serta program Parti dalam perjuangan mereka untuk membawa perubahan kepada Negara melalui mandat yang diberi kepada mereka, dan mestilah sentiasa ingat kepada harapan besar pengundi-pengundi kita.

Ingat bahawa DAP tidak menang secara bersendirian. Kita telah memenangi semua kerusi yang ditandingi calon Parti di Negeri Sembilan, tetapi masih tidak dapat untuk membentuk Kerajaan. Kita mestilah menang sebagai satu gabungan; sebagai rakan kongsi kuasa dalam Pakatan bersama.

Dalam aspek ini, kita juga mengharapkan rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat faham platform kita dan membina serta meluaskan pendirian bersama. Yang penting, kita mestilah sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa hasrat Malaysia Tengah adalah yang paling penting.

Kita sedar kita tidak berpunya apa-apa sekiranya tanpa penyokong yang setia bersama dengan Parti walau hujan ataupun matahari terik. Di sini, kita merayu kepada penyokong setia Parti supaya menyertai kita dalam perjalanan untuk menukar Kerajaan Persekutuan yang penuh berliku ini, serta memerlukan banyak pengorbanan, kesabaran dan kesefahaman.

Kita juga sedar bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan menjadi satu garis pengukur terhadap keupayaan kita untuk menunaikan janji yang diberi. Kita mestilah bekerja keras bagi memenuhi harapan besar tinggi Rakyat Malaysia agar komrad-komrad kita di negeri lain berpeluang untuk menang. Tetapi, objektif yang paling utama tetap Putrajaya.

Apa yang kita sedang lakukan sekarang sah satu sejarah baru buat Malaysia – untuk menubuhkan Kerajaan pertama yang berjiwa Rakyat yang menaruh harapan pada Rakyat Malaysia, sebuah Kerajaan yang mencerminkan semangat Malaysia yang tulen di mana pemimpin Melayu menjaga kebajikan orang Cina, pemimpin India menjaga kebajikan orang Melayu, pemimpin Cina menjaga kebajikan orang Iban dan pemimpin Iban menjaga kebajikan orang Kadazan dan pemimpin Kadazan menjaga kebajikan orang India, di mana semua Rakyat boleh menaruh kepercayaan bahawa Kerajaan PR bukan sahaja menjaga kepentingan mereka malah kepentingan generasi anak cucu cicit pada masa hadapan.

---------------------------------------------
Ucapan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Di Konvensyen Kebangsaan DAP ke-15 di Ipoh pada 17 Januari 2010

Pembunuhan Altantuya jadi idea komik terbaru Zunar

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Kisah pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu serta pilihan raya kecil Bagan Pinang menjadi idea terbaru kartunis Zunar untuk terus berkarya.

Kali ini beliau datang dengan cerita "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria". Kedua-duanya terdapat dalam buku komik terbaru beliau, Isu Dalam Kartun (IDK).

Komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu, 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, dekat sini.

Pengarah Urusan dan juga Ketua Pengarang Sepakat Efektif Sdn Bhd, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar berkata, seperti juga "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah,GST, tol dan sebagainya.

Selain itu, dalam keluaran ini, Zunar dan pasukan kartunisnya mempersembahkan dua cerita satira utama iaitu "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria".

"Sumpah di Bumi Komisen" adalah sebuah cerita fantasi di negeri antah berantah di bawah pemerintahan Datuk Komis dan isterinya Nek Mah. Datuk Komis dikatakan mempunyai hubungan cinta secara sulit dengan seorang gadis yang berasal dari Ular Batok, Antootuya.

"Malangnya Antootuya dibunuh di Puncak Segala Alam. Cerita menjadi gawat apabila negeri itu dilawati hantu jelmaan Antootuya.

"Kartunis Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad) dan Lan (Azlan Isa) berpadu tenaga merealisasikan lukisan cerita yang memenuhi 29 muka surat ini diatas kertas, sementara skrip digarap oleh saya sendiri danRonasina (Apandi Ramli) yang bertindak sebagai Editor,"kata Zunar dalam satu kenyataan.

Manakala "Dari PD ke Mongoria" juga merupakan cerita rekaan mengisahkan bagaimana operasi sulit yang dilakukan oleh pemerintah sebuah negeri, Menteri Kecik untuk menyelamatkan sepasang kekasih yang tertangkap basah di sebuah hotel di selatan tanah air.

Ia dilukis oleh kartunis Oly (Olihairi Othman).
Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya.

Enot juga meneruskan karyanya bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa.

Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah diluar negara.

Hishamuddin Rais pula meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka."
Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya “Racau.” Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Zunar juga,IDK adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri bernombor pendaftaran (PP16565/12/2010(026185).

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada syarikat Anilusca Ideas Enterprise yang telah memberi kebenaran untuk saya menggunakan permit penerbitan mereka," katanya lagi.

IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat termasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara.

PAS kutuk tindakan baling kepala Babi di Masjid

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas.

Menurutnya, PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi itu.

“Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God', jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.

PAS berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada erapakatan.com di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PAS menyeru kepada rakyat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membantu pasukan keselamatan untuk memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu terus berlaku.

MB S'gor: Terima kasih sebab bertenang

Menteri Besar Selangor berterima kasih kepada penduduk Taman Datuk Harun di Petaling Jaya kerana bersabar ketika kesucian masjid di kawasan mereka dicemari.

"Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi. Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk setempat kerana bersabar dan bertenang," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melawat Masjid Jumhuriyah.

Beliau ditemani dua lagi exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu dalam lawatan singkat di masjid itu kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Awal pagi tadi, kepala babi ditemui di dalam perkarangan masjid tersebut dan sebuah lagi masjid di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu perbuatan terbaru merosak dan mencemarkan rumah ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Bercakap kepada pemberita di Masjid Jumhuriyah, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor mengutuk keras perbuatan itu.

"Ini adalah perbuatan yang salah. Walaupun berbeza pendapat, ia perlu ditangani melalui mesyuarat dan perbincangan," katanya.

Beliau berpendapat, perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan yang tidak menghormati agama Islam dan juga agama-agama lain di Malaysia

"Saya harap semua pihak dapat berdoa supaya apa yang berlaku tidak menumbulkan satu tragedi dalam masyarakat," katanya.

Abdul Khalid sebelum itu, berjumpa dan bersalaman dengan penduduk setempat di sekitar masjid berkenaan kira-kira 15 minit.

Beliau turut meninjau tempat dua kepala babi hutan diletakkan. Beberapa penduduk menunjukkan kepada Abdul Khalid gambar kejadian pagi tadi.

Abdul Khalid beredar jam 3.45 petang bersama Ronnie dan Dr Xavier.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali yang turut berkunjung ke masjid berkenaan sejam sebelum ketibaan Khalid berkata, insiden tersebut merupakan perbuatan khianat dan mencetuskan keadaan tidak tenteram.

"Saya mengutuk keras perbuatan ini dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Islam tidak menganjurkan perbuatan khianat dan mencetuskan keadaan tidak tenteram," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak berkata, pihak polis harus lebih serius "mengerahkan kekuatan bagi menjamin ketenteraman awam, bukan ketenteraaan Umno dan BN semata-mata."

Aduka Taruna Perlu Mohon Maaf Di Depan Hakim Dan Keluarga Diraja Johor : Rais

Penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.

"Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang akhbar di sini Rabu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada Isnin lepas dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.

Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

"Di bawah Seksyen 233, seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan, kesemuanya ini boleh dikemukakan oleh pihak yang mendakwa supaya kes tersebut dibawa terus ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata sejumlah 352 kes telah disiasat oleh SKMM sepanjang tahun lepas dan dari angka tersebut 13 pertuduhan telah dibawa ke mahkamah, sama ada kerana kesalahan mengikut Seksyen 232 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes-kes yang dikompaun ialah 38 dan jumlah denda atau kompaun yang diterima ialah RM460,000, manakala kes yang masih dalam siasatan ialah 174 dan kes yang memerlukan siasatan lanjut atas arahan timbalan pendakwa raya ialah 36," katanya.

Sejumlah 88 kes pula telah ditutup oleh pendakwa raya atas sebab-sebab tertentu, sama ada tidak cukup bukti ataupun atas budi bicara jabatan berkenaan, katanya.

"Ini termasuklah kes-kes di mana mereka yang telah terbabit mungkin telah memohon maaf ataupun dalam kes-kes tertentu pula didapati bahawa barang-barang yang disiasat itu tidak dapat menimbulkan pembuktian yang jelas.

"Jadi kesemua ini menunjukkan bahawa bidang bagi seseorang itu memohon maaf secara formal memang ada dan digalakkan tetapi itu hanya boleh dibuat semasa mitigasi hadapan dengan hakim atau pihak yang menghakimkan kes-kes tersebut dan juga sekiranya diterima oleh pihak-pihak tertentu seperti kes blogger yang melibatkan pihak diraja kita di Johor," katanya.

Rais berkata SKMM telah diarah untuk bertindak tegas dalam menangani perkara itu selain menjalankan siasatan secara adil dan objektif.

-- BERNAMA

Ulasan GB

Inilah yang GB tekankan di dalam tulisan-tulisan yang lalu. Sepatutnya sebelum melapor dan menyerah diri ke Balai Polis, AT berusaha ke Istana Johor untuk mengadap Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Sultan Johor yang baru ditabalkan memohon maaf.

Seandai ia telah dilakukan terlebih awal, dan Sultan perkenan mengampunkan, maka terdiamlah semua para penjerit di alam siber atau di atas bumi meminta AT disiasat dan ditangkap.

AT memilih ke Kota Bharu. Kerana dua faktor, faktor isteri dan faktor rakan. Mungkin yang memburukkan keadaan pada masa itu, Pemuda PAS Johor sendiri meminta beliau ditangkap dan disiasat, bukan untuk membantu mententeramkan keadaan.

Empat ulama tersohor sokong Qazaf terhadap Saiful

Oleh Fazallah Pit

HTP_6131Empat lagi ulama muktabar dalam bidang fekah menyusul Sheikh Yusuf al-Qaradawi (gambar) dan Dr Wahbah Az-Zulaili, mahukan permohonan mendengar aduan qazaf yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Saiful Bukhari Azlan disegerakan.

Mereka ialah ialah Dr Saud Al-Fanisan, Dr Muhammad Ali Zaghul, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi dan Dr Taha Jabir Al-Alwani.

Mereka sebulat suara menegaskan bahawa undang-undang Islam mensyaratkan penuduh (Saiful) untuk mengemukakan bukti kukuh berupa empat saksi bagi menyokong tuduhan liwat yang dibuatnya.

Jika beliau gagal berbuat demikian, Saiful harus berhadapan dengan hukuman hudud, menurut pakar-pakar agama itu.

Mantan Dekan Fakulti Syariah daripada Universiti Al-Imam Al-Sa’ud, Arab Saudi, Dr Saud Al-Fanisan menegaskan, pertuduhan liwat yang dibawa oleh Saiful secara langsung bertujuan mencemar keperibadian dan rekod baik Anwar.

Justeru, aduan qazaf itu harus didengar secepat mungkin bagi memberi keadilan kepada pihak berkenaan mengikut hukum syarak Islam, kata beliau.

Dr Saud mengenali Anwar sebagai orang baik dengan rekod perjuangan terpuji dan yakin permusuhan politik di peringkat tertinggi menyebabkan beliau diasak dengan pelbagai fitnah.

“Asas keadilan adalah seseorang itu bebas daripada pertuduhan sehingga ia dibuktikan di muka pengadilan. Kaedah ini terpakai pada sudut syarak dan perundangan sivil,” katanya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Mu’tah dari Jordan, Dr Muhammad Ali Zaghul pula menegaskan, jika pendakwa (Saiful) tidak mengemukakan bayyinah (bukti), seperti mengemukakan empat saksi, beliau dianggap pembohong dan penqazaf boleh dikenakan hukuman hudud.MALAYSIA-ANWAR/

“Dia (Saiful) (gambar) mesti mengemukakan bukti atau dalil terhadap dakwaannya. Jika gagal, kesaksiannnya tidak akan diterima,” katanya.

Dr Zaghul menyatakan pertuduhan itu adalah pengharaman paling keras jika berpunca daripada permusuhan politik dan memerlukan bukti yang benar-benar jelas untuk proses pendakwaan.

“Penegasan secara sumpah dalam kes ini tidak wajib dilakukan oleh Anwar. Mengikut kaedah Syariat Islam, bayyinah perlu dibawa pendakwa (Saiful) terlebih dahulu sebelum diikuti sumpah.

“Ia juga tidak harus bersandarkan ujian DNA sebagai bukti… ujian DNA hanya petunjuk, bukan bayyinah dalam syariat,” tambah beliau.

Ahli Majlis Kajian dan Fatwa Eropah merangkap Pengerusi Rabitah Islamiah Denmark, Dr Muhammad Fuad Al-Barazi berkata, pihak berkuasa harus merujuk kepada keperluan syarak Islam untuk mensabitkan seseorang atas tuduhan zina atau liwat.

“Jika ada pengakuan, maka tuduhan itu boleh disahkan. Jika tiada, Islam menuntut empat saksi yang melihat pelakuan zina atau liwat secara jelas dan terang, tanpa sebarang keraguan. Jika tidak, maka ia dikira qazaf. Malah, jika disaksikan tiga orang, kemudian saksi keempat mengingkari kesaksian itu, maka tiga saksi berkenaan dihukum sebat,” tegas beliau.

Pakar Feqah dan Usul Fekah, Pengarah Institiut Pemikiran Islam Antarabangsa dan mantan Pengarah Majlis Fekah Amerika Utara, Dr Taha Jabir Al-Alwani, pula secara asas menolak pertuduhan itu.

Hujahnya, Ibnu Qayyim dalam bukunya, Al-Turuq Al-Hukmiah dan ulama lain menolak dakwaan yang dibuat oleh orang yang diragui keperibadiannya.

“Dakwaan terhadap orang yang ada kedudukan dalam masyarakat dianggap qazaf manakala pendakwa adalah qazif (penuduh), mengikut al-Quran ayat 4 Surah An-Nur,” katanya.

100,000 rakyat Selangor dapat geran tanah....Tak patut PR main kotor kasi geran tanah....GGGGRRRRRRRRRRRRR...!!!

Oleh Norasikin Samsi

khalid2 Untuk lebih tiga puluh tahun, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu, walaupun diberi pelbagai jaminan oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional yang lalu.

Namun penantian kira-kira 6,000 keluarga di Kuala Selangor untuk mendapatkan hak milik tanah kini berakhir setelah mendapat pembelaan dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mulai bulan ini, mereka akan diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat melalui Jadual Perancangan Proses Pemberian Milikan Tanah secara berkelompok.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian geran tanah dibuat secara berperingkat bermula bulan ini dan dijangka selesai hujung tahun 2010.

Dianggarkan kira-kira 100,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan negeri itu.

Di Kuala Selangor sahaja, pemberian geran itu sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan berkenaan selesai.

“Kita akan mengadakan pemberian geran, iaitu bermula di Kampung Sentosa, Kampung Seri Aman dan Kampung Baru Ijok pada bulan Januari.

Kita pergi ke Kampung Seri Makmur, Kampung Aman Tambahan, Kampung Bistari Jaya, sampai ke satu tahun.

Kita ada program satu tahun. Jadi maknanya, pada akhir tahun ini, bererti lebih daripada 90 peratus pemberian tanah di seluruh Kuala Selangor dapat diselesaikan,” katanya.

Kuala Selangor adalah sasaran pertama di bawah rancangan pemberian geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah milik kerajaan negeri.

Khalid berkata pemberian geran tanah kepada rakyat Selangor yang telah lama menetap di kawasan berkenaan akan turut memudahkan proses pembangunan dijalankan di negeri Selangor.

“Dengan cara ini, kita akan membuat pembangunan di kawasan-kawasan ini dengan baik dan tertib. Dan penguasa tempatan boleh merancang pembinaan kemudahan awam contohnya, bukan sahaja di Kuala Selangor, malah di seluruh Selangor,” kata beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad melahirkan kesyukuran di atas pengumuman yang dibuat Menteri Besar itu.

“Saya melahirkan lafaz syukur di atas pemberian tersebut kerana akhirnya penantian rakyat selama tiga dekad lamanya berkesudahan dengan sedikit keceriaan kepada mereka.

“Alhamdulillah ini semua kejayaan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang berjuang untuk rakyat, dan saya sangat-sangat menunggu perkara ini diputuskan Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hanya memerlukan masa kurang dari 21 bulan sahaja untuk menyelesaikannya berbanding pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Saya selaku Ahli Parlimen di Kuala Selangor dan juga mewakili Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sangat berbesar hati kerana dapat membantu rakyat mendapatkan kembali hak mereka iaitu ratusan ekar tanah yang dibolot oleh pemimpin dan kroni-kroni BN selama 30 tahun lamanya, namun tiada satu ekar pun yang diberikan kepada rakyat.

“Tetapi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengembalikannya kepada mereka. Kita hanya memerlukan sekurang-kurangnya 21 bulan sahaja untuk ke arah itu, kerana kita tahu apa yang rakyat mahu dan perlu,” ujar beliau lagi.

Dr M tak setuju 'orang luar ' terajui Petronas

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kesinambungan penting bagi syarikat minyak nasional itu dan Ketua
Pegawai Eksekutifnya (CEO) perlu dilantik dari dalam syarikat itu sendiri.

"Ketiga-tiga yang kini disenarai pendek untuk jawatan itu adalah dari
Petronas dan ini bermakna mereka tahu mengenai syarikat," katanya semasa ditanya tentang pilihan calon bagi jawatan CEO dan presiden.

"Kalau mereka lanti

k orang luar, ini akan menimbulkan kemarahan, kenapa mereka yang dalam syarikat tidak dipilih," kata beliau semasa melawat I-City di Shah Alam hari ini.

Selain dari itu, Tun Dr Mahathir berkata orang baru juga akan mengambil masa untuk mempelajari selok belok perniagaan minyak dan gas serta mewujudkan hubungan memandangkan Petronas telah berada di pelbagai benua.

"Yang pentingnya, kita telah menjalankan perniagaan dengan banyak negara. Orang baru akan mendapati sukar dalam mewujudkan hubungan dengan mereka yang telah mempunyai jalinan perniagaan dengan kita," kata bekas Perdana Menteri itu.

"Bagaimanapun, pengerusi boleh diambil dari luar. Tetapi, CEO perlu dari dalam. Itulah yang saya fikirkan," katanya.

Mengenai kemungkinan kontrak Presiden dan CEO sekarang ini, Tan Sri Mohd Hassan Marican tidak diperbaharui, beliau berkata: "Mungkin, beliau sudah mencapai umur persaraan.

"Beliau telah lama di sana. Seseorang itu perlu bersara, walaupun jika erlalu baik," katanya.

- Bernama

"UMNO Juara RAKYAT" Nie Program POLITIK ka Program Kerajaan..???

Pakatan bantah Umno anjur 'Juara Rakyat' di sekolah

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Desakan itu dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat bahagian Segambut dalam memorandum bantahan bersama yang diserahkan kepada jabatan itu pagi ini.

Ia ekoran penganjuran program Juara Rakyat Ekspo Pendidikan Jalinan Mesra 1Malaysia oleh Umno bahagian Segambut di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut pada 24 Januari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Segambut, Ishak Sidin, program itu jelas bermotifkan politik berdasarkan sepanduk dan logo parti yang tertera dalam program tersebut.

"Ini dapat dibuktikan melalui wujudnya Khemah Khas 'Jom masuk Puteri', promosi pada sepanduk program yang tertera logo 'Umno' dan 'BN 1Malaysia' serta kehadiran pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno - BN," katanya ketika memorandum bantahan tersebut, dalam satu sidang media.

"Kami memohon agar tindakan tegas dapat diambil sama ada memastikan keadaan ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Beliau berkata, sekiranya parti politik sememangnya dibenarkan menggunakan kawasan sekolah untuk mengadakan program seperti itu, peluang yang sama juga perlu diberikan kepada parti-parti daripada Pakatan Rakyat.

'Guru tak boleh berpolitik'

"Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Pelajaran melalui (timbalan menteri pada masa itu) Datuk Razali Ismail telah mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak berpolitik dan tidak membincangkan hal politik di sekolah," katanya lagi.

Program berkenaan dilaporkan telah dirasmikan oleh setiausaha politik kepada menteri Wilayah Persekutuan, M Sazali Kamilan dan turut disertai ketua Umno bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambak.

Dilaporkan, dalam program tersebut, 66 keluarga masing-masing menerima sumbangan RM100 dan juga kelengkapan sekolah.

"Lebih menyedihkan lagi, program ini telah mendapat sokongan daripada (antaranya) pihak PIBG (persatuan ibu bapa dan guru) sekolah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBJK) dan Jabatan Penerangan Malaysia," kata Ishak lagi.

Dalam sidang media yang sama, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata anjuran program Juara Rakyat itu menunjukkan pihak sekolah mengamalkan 'pilih kasih' dalam memberi kebenaran kepada ahli politik untuk menjalankan aktiviti di dalam sekolah.

Katanya, beliau telah dihalang memasuki tiga sekolah di kawasan tersebut pada Oktober tahun lalu untuk mengedarkan topeng muka bagi mencegah jangkitan H1N1 kepada pelajar.

"Sebaliknya saya hanya dibenarkan mengedarnya di luar kawasan sekolah. Itulah layanan yang diberikan kepada saya sebagai ahli parlimen," katanya.[MalaysiaKini]

Musuh Khianat Kerana Kelemahan Kita

SETIAP kali tercetus kejadian yang tidak diingini seperti perbuatan mencemarkan rumah ibadat, masjid, gereja dan kuil atau lain-lain maka kita ramai-ramai akan bangkit memperkatakannya. Masing-masing melahirkan rasa kesal, kecewa dan sedih atas apa yang berlaku. Kita juga mula menunding jari mencari siapa yang terlibat. Timbulah berbagai teori gelap yang mana lebih memburukkan lagi keadaan.

Kita juga akan buru-buru mula membelek sejarah lama untuk dipadankan dengan apa yang berlaku.

Begitu juga dengan kejadian jahat meletakkan kepala babi hutan di dua buah masjid di Jalan Klang lama awal pagi tadi. Ia satu kejadian yang malang bagi negara ini. Hati umat Islam akan terguris dan pedih dengan perbuatan itu. Bukan saja orang muslimin di sini tetapi di tempat lain juga.

Kejadian itu bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini sudah dilaporkan masjid di UM diletakkan kepala babi. Siap dibungkus dalam bendera Pas. Dan lama sebelum ini masjid juga pernah dilontarkan dengan perut babi.

Apakah erti dan tujuan semua perbuatan ini? Sepatutnya isu ini sudah selesai. Semua kita yang cintakan Malaysia dan bernaungan di bumi tercinta ini mencari punca apakah sebab musababnya berlaku demkkian. Bukan saja di pihak Islam, di pihak Hindu dan Kristian yang juga jujur dan berjiwa keagamaan juga turut sama sakit dan pedih dengan perbuatan demikian. Apa lagi rumah ibadat mereka juga turut dihina dan dilakukan perbuatan jahat.

Melihat kejadian itu yang melibatkan semua rumah ibadat ia semacam ada dendam antara satu sama lain. Apakah kita boleh beranggapan begitu? Kalau kita beranggapan begitu ini bermakna sampai ke bila pun masalah itu tidak akan selesai. Tuduh menuduh dan tunding menunding akan berlaku. Misalnya kalau orang Islam beranggapan yang meletak kepala babi itu orang Budha atau Hindu atau Kristian maka maka balas dendam ke atas permis dan rumah ibadat Budha, Hidu dan Gereja akan dilakukan.

Begitu juga sebaliknya.

Rasanya sudah sampai sekarang ini semua pihak mengambil pendekatan lunak, bijak dan terbuka untuk mengatasi masalah ini. Pertama, ialah perasaan syak wasangka yang tidak berdalil hendaklah dibuang. Orang Islam jangan muda menuduh orang Hindu atau Kristian melakukannya. Begitu juga kalau ia terjadi ke atas agama lain, penganutnya jangan mudah prejudis orang Islam yang melakukannya. Sebaliknya semua pihak penganut sama-sama menjaga kepentingan bersama.

Dalam konteks ini orang Hindu boleh kawal - tolong tenguk Masjid. Begitu juga dengan Kristian boleh tolong pantau Kuil Hindu. Juga roang Islam boleh tolong jenguk dan silau terhadap Gereja dan Kuil. Kalau semangat bekerjasama berlandaskan patrotik ini dapat diamalkan saya rasa masalah yang menjadi duri dalam daging ini dapat diatasi.

Dalam konteks lain pula, kejadian menceroboh dan menghina masjid dan surau ini patut dijadikan iktibar oleh orang Islam. Orang Islam khasnya Melayu jangan melihat ia perbuatan khianat semata-mata. Sebaiknya kita semua kena melihat ke dalam diri sendiri. Mahasabah kelemahan dan kekruangan yang ada dalam diri kita dan masyarakat Melayu.

Mungkin kejadian itu berlaku disebabkan perpaduan orang Melayu saat ini tidak padu. Pergaduhan kerana ingin merebut kuasa, harta dan kedudukan menyebabkan Melayu... bergaduh, bersengketa sesama sendiri. Kerenggangan kehidupan ini memudahkan musuh menyusup masuk bagi memecah belahkan perpaduan dan ukhwan orang bangsa Melayu.

Berpandukan kepada iktibar itu adalah elok kalau semua orang Melayu dan Islam insaf mengeratkan semula ikatan ukhwah sesama sendiri. Kurangkan politiking keduniaan dan mantapkan hubungan kemanusiaan. Sudah pasti kalau orang Islam dan Melayu berpadu, musuh dan mereka yang anti kepada Melayu dan Islam akan sukar untuk menyusukkan jarum kebencian dan kejelekkan mereka.
MSO

Pakatan Rakyat tidak akan kekal, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Gabungan Pakatan Rakyat merupakan ‘‘marriage of convenience’’ (perkahwinan mutaah) yang tidak akan kekal lama, demikian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulanginya hari ini.

“Tidak ada apa-apa persamaan antara PAS, DAP dan PKR. Ia hanya ‘marriage of convenience’ dan ia tidak kekal lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat I-City di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergesaran antara Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.

Mengenai isu dakwaan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, oleh seorang penulis blog baru-baru ini, Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog, berkata penulis blog tidak wajar menyatakan sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun.

“Kenapa guna blog untuk mencerca orang dan membuat tuduhan yang anda tidak dapat pertahankan? Saya ada banyak artikel dalam blog saya berbanding penulis blog lain. Saya tidak fikir mereka akan menahan saya setakat ini,” katanya dengan nada gurau.

Katanya beliau bersedia mempertahankan apa yang disiarkan dalam blognya. – Bernama

Muhyiddin marah terhadap kejadian di masjid

CEBU, (FILIPINA) 27 Jan — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini melahirkan rasa marah dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian meletakkan empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras di dua masjid di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan perlakuan itu sebagai tidak siuman dan bertentangan dengan amalan yang rasional. “Saya rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Ia sesuatu yang amat memalukan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata polis perlu mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan yang serius terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Beliau berkata kejadian sebegini boleh membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam dan mahu agar semua pihak tenteram serta tidak menuduh sesiapa sebagai dalang di sebalik perbuatan itu.)

“Saya tidak mahu buat tuduhan siapa melakukan perbuatan ini, macam kes surau terbakar di Muar rupanya bukan orang bukan Islam yang lakukan, jadi kita tidak boleh semberono sebutkan siapa.

“Baik Islam atau bukan Islam lakukan, tindakan sekeras-kerasnya patut diambil kerana kita tidak boleh kompromi tentang soal menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara kita, lebih-lebih lagi kalau ia tercetus atas perkara yang berbaur keagamaan” katanya.

Beliau yang memandang serius terhadap perkara itu tidak mahu kejadian tersebut menjadikan kemarahan umat Islam semakin membara sehingga boleh menjejaskan keamanan negara.

Dalam kejadian selepas solat Subuh awal pagi ini, dua buah bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron.

Dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama pula dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer. — Bernama

Wee accused of insider trading

PUTRAJAYA - DAP turned the screws on Dr Wee Ka Siong, alleging he might be involved in “insider trading” over land development next to Port Klang Free Zone (PKFZ).

john-fernandezIn handing over a five-page report to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) yesterday, along with an appendix of almost 200 pages, Seremban MP John Fernandez (right) said the deputy education minister should be investigated for any improprieties in his ministerial conduct and also the status of his shareholdings in consultancy firm Hijau Sekitar Sdn Bhd.

Still a substantial shareholder

Fernandez said a search in the Companies Commission of Malaysia on Jan 25 showed that Wee held 49,998 shares in Hijau Sekitar, while company directors Lim Kit Siong and Wong Woon Ping held 50,001 and one share respectively.

The DAP man had also couriered a copy of the report to the Attorney-General’s Chambers and the Inspector-General of Police.

Dr Wee’s consultancy, together with four other firms, had been picked by Wijaya Baru Sdn Bhd to do a study on the need for port development in Port Klang.

wee-ka-siong-pkfzWijaya Baru is the parent company of Kuala Dimensi Sdn Bhd, which was in charge of the controversial billion-ringgit PKFZ project. Kuala Dimensi is headed by Tiong King Sing, who is also the Bintulu MP.

Seeing conflict of interests

Wee had on Dec 24 last year said that while Hijau Sekitar provided consultancy work on Port Klang it did not do any work on the PKFZ project.

Said Fernandez: “Since the (deputy) minister has admitted that his company Hijau Sekitar has done work for Wijaya Baru, investigations must be carried out to see whether there has been any breach of ministerial rules, for example, doing business whilst being in Cabinet.

Wee, who is also MCA Youth chief, said Hijau Sekitar provided consultancy work on Port Klang but denied any link to the controversial Port Klang Free Zone (PKFZ) project.

Doubts and suspicions

“The relevant authorities must also investigate as to whether the (deputy) minister has made use of inside knowledge of PKFZ development programmes for personal gains. This is because it is alleged that Hijau Sekitar has headed a team of consultants to draw up plans to build a new port next to PKFZ. Has he gained inside knowledge about adjoining land appreciation?” said Fernandez.

He urged the authorities to investigate suspicions that Wee, who is also the MCA Youth chief, may not have revealed all his assets as required to the prime minister when he was elected to Cabinet.

"PAS bertahan di Kelantan selagi Nik Aziz kekal"

Meskipun dibanjiri berita-berita negatif sejak tahun lalu, tetapi kerajaan PAS dijangka akan tetap bertahan di Kelantan, selagi Menteri Besarnya, Nik Aziz Nik Mat kekal pada tempatnya.

Demikianlah analisa ahli akademik yang mengamati perkembangan politik di Malaysia. Berita negatif seperti perlantikan menantu MB, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Menteri Besar Incorporated, yang mengundang pertikaian amalan nepotisme, isu Bazar Tok Guru dan sebagainya yang menyarat di dada Utusan Malaysia, lidah UMNO, memberi gambaran seolah-olah kedudukan kerajaan PAS di Kelantan semakin tergugat.

Biarpun pergelutan kuasa dalaman PAS turut memberi kesempatan kepada UMNO untuk menonjolkan kecelaruan yang berlaku dalam parti, namun penganalisa menganggap ia tidak menjejaskan kedudukan Nik Aziz. Cuma, senario ini mengundang permasalahan di sebaliknya, iaitu kebergantungan PAS terhadap karisma Nik Aziz. Persoalannnya, sejauh manakah PAS boleh bertahan atas imej Tok Guru yang sudah berusia 79 tahun?

Pergelutan dalaman semakin ketara

Ketika ditemuramah MerdekaReview melalui email, Profesor Madya di Singapore Management University, Bridget Welsh berkata, secara umumnya, prestasi kerajaan PAS di Kelantan memperlihatkan penambahbaikan dalam jangka lima tahun kebelakangan ini, dan kemajuan ini menjadi faktor PAS diberi mandat semula dalam PRU ke-12.

Walau bagaimanapun, Bridget (gambar kiri) mengakui bahawa pergelutan dalaman di PAS Kelantan telah membawa imej negatif kepada kerajaan Kelantan, mencungkil keraguan sama ada parti ini mampu mentadbir di peringkat persekutuan. Namun, Bridget gagal meramalkan sejauh manakah pergelutan dalaman ini memberi kesan kepada PAS dalam PRU setakat ini. "Terpulang kepada bila PRU diumumkan," katanya.

"Sementara itu, sama ada PAS mampu menyelesaikan pergelutan kuasanya sebelum pemilihan parti pada tahun depan (2011), juga menjadi faktor penting. Seandainya tidak, isu ini akan menjadi semakin ketara dan terus menghakis kekuatan dalam parti. Sepanjang tahun yang lalu, serangan peribadi semakin ketara, tanpa mengendahkan imej parti," tambahnya.

Ahli akademik yang mengamati politik PAS sekian lama ini berpendapat, sememangnya kekuatan UMNO juga menjadi punca yang penting, tetapi PAS perlu meneliti kelemahan sendiri.

Kestabilan kerajaan mengalihkan medan pertarungan

Menurut sumber yang mendekati PAS, walaupun perbezaan pendapat dalam parti adalah sesuatu yang lumrah sejak dahulu, tetapi keadaannya tidak dahsyat kerana parti berdepan dengan ancaman UMNO. Namun demikian, apabila kuasa kerajaan menjadi stabil selepas PRU ke-12, maka medan pertarungan politik dialihkan dari luar parti ke dalam parti.

Namun, beliau tidak menganggap kedudukan kerajaan akan tergugat, memandangkan pergelutan kuasa ini hanya terbatas kepada pimpinan atasan, dan belum menular ke peringkat akar umbi. Dengan kata lain, sokongan akar umbi terhadap PAS masih kukuh.

Analisanya dilanjutkan kepada pemilihan parti pada tahun 2009. Salah satu faktor pemimpin Kelantan kecundang adalah kerana perwakilan melihat ketidaksepaduan antara mereka. Menurut sumber ini, ketika pemilihan parti pada tahun 2007, perwakilan pusat telah memenangkan pemimpin Kelantan, agar mengekalkan kerajaan Kelantan PAS dalam PRU ke-12. Selepas tewas dalam pemilihan parti tahun lalu, pemimpin Kelantan telah kehilangan medan politik di peringkat ahli jawatankuasa pusat, maka medan pertarungan politik dialih ke dalam kerajaan Kelantan sendiri.

Sumber ini menambah, perlantikan EXCO kerajaan Kelantan, Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS pada 24 November 2009 bertujuan untuk menyisihkan pengaruh pemimpin ini dari Kelantan. Takiyuddin Hassan juga menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bahru.

Sebagaimana yang difahami, Takiyuddin Hassan tidak sehaluan dengan Husam Musa, malah dikhabarkan cuba "cah keting" Husam Musa lantaran cemburu terhadap pemimpin yang lebih "dimanjakan" ini. Bahkan, Takiyuddin Hassan disindir sesetengah orang kerana cara hidupnya yang mirip dengan orang UMNO.

Nik Aziz terlalu lama di tempatnya...

Sementara ada yang melihat Nik Aziz sebagai kekuatan PAS, ada pula yang bertanggapan kemelut kebelakangan ini berpunca daripada Nik Aziz yang terlalu lama memegang kuasa. Beliau berkata, mungkin keluarga Nik Aziz beranggapan bahawa mereka memiliki kekebalan, dan boleh memperolehi kepentingan daripada kerajaan negeri, kerana keadaan ini sesuatu yang lumrah dalam politik.

Penganalisa ini mengambil bekas PM Mahathir Mohamad sebagai contoh, yang terlalu lama pada tempatnya, sehingga perkara yang kecil diperbesarkan. Beliau berkata, Nik Aziz telah memerintah hampir 20 tahun. Seperti manusia yang lain, beliau juga mempunyai kelemahan sendirinya. "Hal yang remeh-temeh seperti kek di perbesarkan, sebaliknya isu kehilangan enjin jet yang bernilai RM100 juta ditutup begitu sahaja."

Pada pendapatnya, perlantikan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman adalah berdasarkan kepada kemampuannya, seperti perlantikan Khairy Jamaluddin oleh Abdullah Badawi (bekas PM), tetapi Nik Aziz terlupa bahawa isu seperti ini mudah menjadi buah mulut orang lain.

Tumbang kerajaan Kelantan, Musnahnya PAS

Bridget Welsh juga membuat andaian bahawa jikalau PAS kehilangan kuasa di Kelantan, maka ia mungkin mengundang kesan yang "memusnahkan". Menurut Bridget, PAS memerlukan masa yang lebih memulihkan partinya, jikalau sokongan asas PAS itu dileraikan dari kubunya.

Sejak tahun 1960-an, Kelantan menjadi kubu PAS, dan diperluaskan pengaruhnya ke negeri lain di Utara Semenanjung oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Mohamad Asri Muda. Bekas Menteri Besar ini pernah memimpin PAS untuk menyertai Barisan Nasional, yang berakhir dengan pemecatan PAS dari BN. Beliau meletak jawatan pada 23 Oktober 1982, ketika Muktamar PAS ke-23 bersidang, lantaran pelbagai tuduhan dan skandal yang dilemparkan terhadapnya.

Nik Aziz masih teguh

Profesor Sains Politik Univerisiti Kebangsaan (UKM) Malaysia, Mohd Agus Yusoff beranggapan bahawa tuduhan nepotisme terhadap Nik Aziz (gambar kanan) tidak akan menjejaskan kedudukan dan sokongan terhadap beliau. Beliau berkata, imej Nik Aziz sukar untuk di-demystify, kerana beliau seorang penganut Islam yang beriman, dan tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

"Saya tak nampak pokok bergoncang, air berkocak. Nik Aziz masih dihormati rakyat dan sesetengah ahli UMNO," katanya. Malah, profesor ini menganggap kerajaan negeri PAS tidak akan tumbang di Kelantan, selagi Nik Aziz kekal pada tempatnya.

Untuk Mohd Agus Yusoff, UMNO gagal mencari seorang pemimpin yang setanding Nik Aziz di Kelantan. Keadaan menjadi lebih sukar untuk UMNO Kelantan apabila penduduk Kelantan mengambil berat terhadap apa yang berlaku di peringkat kebangsaan.

"UMNO Kelantan susah nak mempertahankan apa yang dilakukan pemimpin UMNO di peringkat persekutuan," ulasnya.

Kerajaan bertukar setiap dua dekad?

Ironinya, kelemahan PAS tersembunyi di sebalik kekuatan ini. Bukan sahaja UMNO gagal mendapatkan seorang tokoh yang setanding dengan Nik Aziz, bahkan PAS sendiri gagal menemui pemimpin sedemikian. Jika dilihat pada barisan pimpinan yang ada dalam kerajaan Kelantan, Timbalan MB Ahmad Yaakob antara calon yang paling diterima sebagai pengganti Nik Aziz, tetapi masih jauh ketinggalan, dari segi karismanya berbanding Nik Aziz.

Keadaan ini mendedahkan dilema PAS. Persoalannya, sejauh manakah kerajaan PAS ini mahu bertahan atas imej dan karisma seorang tokoh bernama Nik Aziz?

PAS membentuk kerajaan negeri buat kali pertama pada tahun 1959, dan memerintah untuk 18 tahun (1959-1978). Kemudiannya, kuasa beralih kepada BN untuk 12 tahun (1978-1990), sebelum merampas kembali Kelantan bersama dengan Semangat 46 yang terpisah dari UMNO pada tahun 1990.

UMNO Kelantan melaungkan slogan "Cukuplah 18 tahun" pada PRU ke-12, sebagai cubaan merampas kembali kerajaan negeri tersebut, tetapi berakhir dengan hanya mendapat 6 dari 45 kerusi DUN.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Jangan jadi mangsa kepada Agen Provokator!

Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.

Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan diubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokator jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.

Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.

Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pergolakan politik menjelang Februari

Tiada kepastian sehingga hari ini bahawa krisis Perak akan dibubuh noktah dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang bakal diumumkan pada 9 Februari 2010. Apa yang pasti, Februari tahun ini tidak kurang "berkocak"-nya berbanding Februari 2009, melihat kepada isu demi isu yang beratur menunggu masa untuk diletupkan.

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan inkues tragedi kematian Teoh Beng Hock telah dijadualkan pada awal bulan Februari, sebelum diberi kata dua "siapakah Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari. Desas-desus mula tersebar, meramalkan pembubaran DUN Perak dalam masa yang terdekat.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang menjadi sasaran selepas Perak, juga diuar-uarkan bakal ditumbangkan. Khabar ini tercetus sejak tahun lalu, meletakkan 16 September 2009 sebagai saat letup-hancurnya kerajaan PR, yang kemudiannya ditundakan kepada Januari 2010.

Biarpun khabar sedemikian disifatkan sebagai "perang psikologi" oleh mereka yang tidak mempercayainya, namun ia tetap mencungkil saraf PR, sehingga Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sendiri turun ke gelanggang negeri darul Ehsan ini untuk menghalang impian UMNO-BN daripada menjadi "kenyataan".

Bubar DUN Perak?

Sindiran "1Malaysia, 2Perak" menjadi tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, sejak beliau menerajui kerajaan dengan laungan slogan "1Malaysia". Malah, rampasan kuasa yang mengungkit kemarahan rakyat, sehingga gambar dirinya dipijak ini telah menjadi beban UMNO-BN dalam PRU ke-13.

Berlatar-belakangkan konteks ini, Najib dijangka akan melepas tangan sebelum PRU ke-13. Lebih-lebih lagi, UMNO-BN amat yakin dengan sokongan masyarakat Melayu-nya di Perak, ditambah pula penghakiman kes ini bakal memberi implikasi yang boleh menimpa Najib sendiri, maka UMNO-BN terpaksa memilih untuk berdepan dengan rakyat.

Sama ada Menteri Besar BN sekarang, Zambry Abdul Kadir membubar DUN sebelum penghakiman diumumkan, atau Menteri Besar PR, Nizar Jamaluddin berbuat demikian seandainya dirinya disahkan sebagai "MB halal", akan menjurus kepada pembubaran DUN dan disusuli dengan pilihan raya negeri Perak.

Kes liwat: Perkembangan yang tidak menentu

Empat hari lagi Januari sampai ke penghujungnya. Sembilan hari selepas itu "MB Perak yang sah" bakal dikenalpasti. Seandainya diberi laluan, segala-gala ini akan berlaku di sekitar Februari, setahun selepas krisis Perak bermula.

Di Kuala Lumpur pula, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim akan berlangsung. "Bahan bukti" yang bakal dihadap ke mahkamah, sama ada "melucukan" atau "menggemparkan", pastinya menjadi isu kempen jikalau pilihan raya Perak diadakan. Malah, untuk berdepan dengan perkembangan yang tidak menentu ini, PR perlu mengerah kepakaran peguam dan sokongan rakyat di ibu negara.

Sudah pastinya, Anwar Ibrahim wajib berulang-alik ke mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan. Sebahagian rakan seperjuangannya akan berada di sisinya untuk menghadapi kes mahkamah, sementara sebahagian yang lain pula akan menjelajah ke negeri Perak untuk mengembalikan kuasa kerajaan negeri itu ke pangkuan PR.

Perkiraan ini berdasarkan andaian bahawa DUN Perak dibubarkan. Seandainya ditambah pula andaian pembubaran DUN Sarawak (pilihan raya lalu - Mei 2006), pembahagian kerja antara pemimpin PR akan menjadi lebih rumit.

Bagaimana pula dengan Selangor?

Keadaan sedemikian mungkin membuka ruang kepada musuh PR di Selangor. Sekiranya diteliti rekod kerajaan PR ini, hampir kesemua Exco-nya terjerat dengan tuduhan yang dilemparkan. MB-nya Khalid Ibrahim terperangkap dengan isu "kereta dan lembu"; Exco Senior-nya Teresa Kok pernah ditahan bawah ISA kerana isu azan; Exco yang lain seperti Ean Yong Hian Wah, Ronnie Liu, Yaakob Sapari dan Xavier Jayakumar pula disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak cukup dengan itu, imej kerajaan PR di Selangor dicalitkan apabila gambar peribadi Elizabeth Wong didedahkan pada tahun lalu, dan tuduhan khalwat dilontarkan terhadap Halimah Ali. Malah, ADUN PR yang lain seperti Lau Weng San sebagainya terbelit dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram, yang belum tentu nasibnya.

Melihat kepada senario sedemikian, tidak mustahil sekiranya kerajaan negeri PR ini digulingkan, walaupun pernah seketika selesa dengan kedudukan 36-20 kerusi selepas PRU ke-12. Pada November 2009, ADUN Port Klang-PKR Badrul Hisham Abdullah keluar parti sebagai calon bebas yang menyokong BN, merapatkan jurang kepada perbezaaan 14 kerusi, yang cuma memerlukan "penyeberangan" lapan orang ADUN untuk menukar kerajaan.

Kemelut luar dan dalam

Perkembangan terkini semakin tidak menentu, apabila kontroversi penggunaan kalimah "Allah" gagal ditamatkan. Pada masa yang sama, Malaysia digemparkan pula dengan penangkapan 10 orang pelajar ( termasuk 9 orang warga asing) di bawah ISA, sebagaimana yang diakui oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini.

Namun, kemelut terbesar sebenarnya datang dari dalaman PR sendiri. Zulkifli Noordin (PKR), Hasan Ali (PAS)... antara pemimpin PR yang kontroversi telah dihadapkan kepada lembaga disiplin parti masing-masing. Nasib Hasan Ali dan seorang lagi pemimpin PAS, Khalid Samad akan diketahui minggu ini, sementara tindakan terhadap Zulkifli Noordin pula akan diketahui dalam tempoh sebulan.

Padahal, lidah UMNO telah bersedia dengan retorik yang bakal didendangkan seandainya kedua-dua orang yang menggelar dirinya "pejuang Islam" ini tersingkir dari PR. "Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'" tulisan Zaini Hassan yang tersiar di Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan, "Apa ini? Bercakap mengenai Islam pun tak boleh? Hendak mengkritik kawan yang menentang Islam pun tak boleh?"

Januari semakin ke penghujungnya. Februari satu Malaysia mula bergolak.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.