Selasa, 26 Januari 2010

Harakahdaily pun sama mangkuk

oleh ali BAGANUTAMA

Previously on "Saman Berita Harian Online"

Salam Jalan Raja Laut. Apo la kono si Harakahdaily nih. Dio pun sama mangkuk macam Berita Harian Online. Apo nak jadi ni bai. Sodih den. Bilo maso AdukaTaruna dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Sesuko hati buek cito. Berita TV3 pukul 1.30 petang pulak seiya sekata dengan Berita Harian Online kata AdukaTaruna ditahan bukannya menyerah diri. Walhal itu semua hanya hendak memalukan AdukaTaruna dan kaum keluarganya. Laporan dari Evelyn pada pukul 4.00 petang dari Blog AdukaTaruna mengatakan Aduka sekarang dibawa ke Bukit Aman.[link]

Jadi kepada famili Aduka, kalau tadi RM101 juta sekarang ni dah jadi RM303 juta campur sekali TV3 dengan Harakahdaily. Saman jangan tak saman. Eh bai yang tigo juta tu tuk sapo ?? Untuk den la. Den nak buek amal jariah sikit. Ha Ha Ha.

Click for enlarge. Ini keratan yang dimaksudkan. Sabar yolah.[link]

Laporan Paling Bangang Dari Portal Media Perdana

Lapor Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20100126004705/Article/index_html) -

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan
Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
__________________________________________________

TPU - Menyembunyikan diri..? ditahan disekitar Kota Bharu...??? what the "Ef You See Kay"...??? baca dekat sini cerita sebenar... IPPD Muar..? beb... jam 3:45 petang, 26hb. Januari, 2010 Aduka dibawa keluar dari IPPD Kota Bharu untuk dihantar ke Bukit Aman dengan menaiki kereta Waja (JSJ) diiringi oleh 3 orang pegawai polis.

Yang dibawa ke IPPD Muar tu sape...??? Buduh punya wartawan Berita Harian...!!!
__________________________________________________

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.
__________________________________________________

TPU - Mokhtar ni makan pil kuda ke..? macam ni gayanye Ketua Polis Johor..? nak translate macam mana ni..? salah bagi maklumat ke, salah terima maklumat..? kalau salah bagi maklumat, jahanam la institusi polis... kalau salah terima maklumat pulak... alamak... KP pun boleh salah terima maklumat..? intergriti..? huh... kacau... ini bikin malu institusi...
__________________________________________________

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.

"Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia," katanya.

Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu,
menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.
__________________________________________________

TPU - Kan aku dah cakap, wartawan media perdana ni bodoh...!!!
__________________________________________________

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.
__________________________________________________

TPU - Jam 4:56 petang (26hb. Januari, 2010), rekod posting dan komen dari blog Aduka Taruna bermula dari hari posting "Dah mampos buat cara mampos la" adalah seperti berikut :

Yang lebih 1000 komen tu datang dari artikel mana..? aku dah cakap, puaka-puaka ni tak reti mengira... Buduh..!
__________________________________________________

Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

Mesti terkejut beruk Bloggers pencacai Umno!!

Mountdweller sedang bersembang dengan Aduka Taruna yang ditemani isterinya di IPD kota Bharu Pagi tadi sebaik saja selepas Aduka dibawa pulang dari mahkamah tinggi kota Bharu . Aduka Taruna kelihatan Tenang saja dan bersemangat semasa bersembang dengan kami semua.Lebih kurang pukul 3 petang selepas itu Aduka telah di bawa ke Bukit Aman oleh beberapa orang anggota Polis dengan menaiki kereta Waja.

Apapun kami ucapkan syabas pada pihak polis di IPD Kota Bharu yang telah memberi layanan dan kerjasama yang sebaiknya pada aduka dan kami semua semasa berada di IPD kota Bharu…

Bernama melaporkan:
Tiada Tindakan Terhadap Penulis Blog Yang Mohon Maaf: Rais

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. --BERNAMA
Sebelum tu bernama ada melaporkan
Penulis Blog Hina Almarhum Sultan Johor Direman Empat Hari

KOTA BAHARU, 26 Jan (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini pada Selasa memerintahkan seorang penulis blog, yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Azrol Abdullah bagi membolehkan lelaki berusia 29 tahun itu disiasat oleh polis berhubung artikel di blognya 'adukataruna.blogspot.com.' baru-baru ini.

Suspek berkenaan, yang bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Negeri Sembilan, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat polis pada pukul 9 pagi dan dilihat keluar dari mahkamah 10 minit kemudian.

Pada Isnin, suspek, yang dikenali dalam blognya sebagai Aduka Taruna, telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu pada pukul 4.40 petang.

Berikutan artikel itu, sekurang-kurangnya 25 laporan polis dibuat terhadap penulis itu dan kemudian penulis itu menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik artikelnya. -- BERNAMA
Aku pun tak pasti apa sebenarnya status dia la ni. Kalau ikut maklumat kawan-kawan, dia ni dalam perjalanan ke Bukit Aman.

Mungkin jugak takdak apa-apa pendakwaan dari pihak SKMM tapi tak tak mustahil ada tindakan pendakwaan dari pihak-pihak lain berdasarkan banyak laporan polis yang dah dibuat.

Cumanya aku cuba nak membayangkan, macamana raut muka Bloggers pencacai Umno masa baca berita ni.Mungkin sama macam muka berut bila terkejut kut. Aku cukup yakin, mesti berbakul-bakul keluar dari mulut depa maki kat menteri ni. Habih la semua nama barang mak dan barang pak depa depan belakang jadi kata makian.

Setakat masa aku post entry ni masih belum ada apa-apa entry dari mana-mana blogger pencacai Umno dalam bloglist aku yang ulas pasai kenyataan dari Rais Yatim.

Teringin jugak aku tengok macamana rupa si Gomo kalau dia maki Rais Yatim. Agak-agak dia berani ka?

P'raya kampus: Pelajar UKM buat laporan polis

Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuat laporan polis petang ini, mendakwa dia diganggu oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki dan perempuan yang didakwanya tidak puashati dengan sokongannya kepada pihak tertentu yang bertanding dalam pilihan raya kampus.

Pelajar tersebut, yang tidak mahu namanya disebut atas sebab-sebab keselamatan, mendakwa dalam laporan tersebut, bahawa kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke kolej kediamannya tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, pelajar berkenaan mendakwa mereka mengeluarkan kata-kata menghina terhadapnya kerana tidak puashati kerana dia menyokong pihak lain dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung Khamis ini.

Bagaimanapun, katanya, secara kebetulan, seorang rakannya lalu di situ dan dia terus meminta rakannya itu menemaninya pulang ke bilik asramanya.

Dalam laporan itu lagi, pelajar itu berkata, kumpulan berkenaan beredar apabila dia dan rakannya tiba di blok kediamannya.

Selepas itu, katanya, pada 20 Januari lalu, pelajar itu mendakwa dia menerima ugutan dari pegawai kolej kediamannya.

Menurut laporan itu lagi, pelajar mendakwa, pegawai berkenaan memberitahunya jika dia terlibat dengan pihak lain/luar, tindakan akan diambil terhadapnya.

Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan polis hari ini kerana merasakan dirinya terancam dan bimbangkan keselamatan dirinya jika berlaku apa-apa hal di kemudian hari.

Sementara itu, jurucakap pro-M UKM mengesahkan pelajar berkenaan telah membuat laporan polis petang ini.

Katanya, salah seorang pemimpin pro-M turut menemani pelajar itu ketika membuat laporan polis di balai polis Bandar Baru Bangi.

Politik: Tidak daftar pemilih, menentang demokrasi

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pendedahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir 2009.

Lebih memeranjatkan 65 peratus daripada jumlah itu adalah bumiputera khususnya golongan remaja dan belia.

Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000), Kelantan (240,000) dan Perlis (32,000).

Pendedahan itu juga turut menjadi topik perbincangan bukan sahaja parti-parti politik, malah gologan anak muda yang tergolong dalam kategori layak mengundi tetapi tidak mendaftar tersebut.

Dalam komen-komen mereka khususnya di Facebook, mereka beralasan tidak berminat terlibat dengan politik kerana mendakwa politik sesuatu yang menyusahkan.

Pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah berpendapat, mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih itu sebenarnya telah tidak berfungsi sebagai warga negara yang baik.

Ini kerana mereka telah menentang dan tidak menghormati dasar-dasar demokrasi negara ini.

"Setiap warganegara yang layak mengundi, harus mendaftar dan wajib mendaftar.

"Jika mereka tidak mendaftar mereka telah menentang sistem negara yang menjunjung semangat demokrasi, dan perilaku ini juga bertentangan dengan akhlak warganegara yang baik," jelasnya yang juga Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya.

Namun yang lebih besar katanya, golongan ini perlu sedar bahawa keengganan terlibat dalam proses memilih pemimpin negara memberi kesan yang besar kepada kehidupan mereka.

Menurut Abu Hassan, kehidupan golongan ini sebenarnya hanya menumpang atas hasil usaha orang lain yang telah menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin bagi kesejahteraan negara.

Sikap sebegini jelasnya adalah merupakan satu sikap primitif dan tidak bertamadun yang hanya suka berada di 'zon selesa' menikmati hasil kerja orang lain.

Sehubungan itu, golongan ini jelas Abu Hassan sebenarnya tidak layak menerima apa-apa kelebihan atau insentif dari kerajaan dan juga tidak berhak mengkritik jika dasar-dasar kerajaan membebankan mereka.

Ini kerana mereka tidak mempedulikan tanggungjawab mereka dalam proses pembetukan sebuah kerajaan.

"Jika terjadi apa-apa kepada negara ini sama ada berlakunya masalah ekonomi, sosial dan politik, maka yang sebenarnya merekalah yang bertanggungjawab menyebabkan perkara ini terjadi.

"Mereka tidak bersama-sama dalam proses demokrasi untuk memilih kepimpinan yang baik menerajui negara, jadi mereka tidak boleh merungut," jelasnya.

Saman RM546 juta terhadap BN didengar 10 Mei

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan lima hari bermula 10 Mei untuk mendengar saman RM546 juta terhadap Barisan Nasional (BN)
oleh sebuah syarikat pengiklanan papan iklan kerana menamatkan kontrak papan iklan.

Timbalan Pendaftar Nur Yusliana Yusoff menetapkan tarikh itu setelah peguam BN, Abu Bakar Isa Ramat berbincang dengan peguam Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) Catherine Durai dalam kamar.

Nur Yusliana juga menetapkan 18 Mac untuk berbincang dengan kedua-dua pihak untuk pengurusan kes akhir.

Saman itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Komersial (Hakim Mahkamah Dagang) Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Syarikat Pentas Permata memfailkan saman itu pada 7 Dis, 2007, terhadap BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Jan, 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN bagi pilihan raya umum akan datang.

Syarikat itu, yang dilantik sebagai ejen untuk memasang papan iklan tersebut untuk BN, menamakan BN yang diwakili pada ketika itu setiausaha kerjanya Datuk Yaakob Mohammad sebagai defendan.

PPSB dalam pernyataan tuntutan, antara lain mendakwa bahawa menurut kontrak itu, BN berhak menamatkannya pada bila-bila masa dalam masa enam bulan ketika ia ditandatangani tetapi notis penamatan kontrak tersebut dikeluarkan selepas enam bulan.

Syarikat itu mendakwa bahawa ia mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.

BN dalam jawapan afidavitnya mendakwa bahawa penamatan kontrak itu adalah sah kerana PPSB gagal menunjukkan sebarang kemajuan dalam tugas-tugasnya yang perlu dilaksanakan seperti dalam terma kontrak.

Ia menambah bahawa BN bukanlah pihak yang bersalah untuk disaman dan saluran betul ialah menerusi setiausaha kerjanya.

- Bernama

Siasatan lawatan Disneyland diserah ke Putrajaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bawah) ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut.

"Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.

"Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua sudut perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya dalam sidang di pejabatnya diShah Alam hari ini, lapor Bernama.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah menghantar 'rombongan' ke pejabat SPRM di Shah Alam, dengan membawa replika 'Disneyland'.

Ia merupakan satu 'ingatan' kepada SPRM supaya membuka segera kes lawatan Khir ke Disneyland, pada 2004.

Dalam satu kenyataan, Abdul Razak Ismail - pegawai kepada exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata pejabat baru bahagian aduan SPRM kini terletak di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ketika berucap di perkarangan bangunan PKPS berkata, mereka kesal dengan penahanan Hussein Ahmad, pegawai khas exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, yang didakwanya dibuat tanpa sebarang bukti kukuh.

Katanya, Hussein direman selama lima, sedang SPRM tidak menahan reman Khir Toyo semasa siasatan dilakukan.

Kira-kira 30 anggota AMK Selangor turut memakai telinga ala 'mickey mouse' sebagai satu peringatan kepada SPRM supaya jangan berat sebelah dan melalukan 'pendakwaan terpilih' dalam mendakwa mana-mana pihak.

Tiada pegawai kanan terlibat, namun ia dirancang rapi

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memberitahu, kehilangan dua enjit jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 telah dirancang dengan rapi tetapi tidak membabitkan pegawai atasan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi TUDM.

Ekoran itu, beliau mengesahkan, perletakan pegawai kanan TUDM berpangkat Brigedier Jeneral sebelum ini sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan kes ini.

"Kami sedar ada semacam persepsi bahawa pegawai kanan tentera terlibat tetapi sebenarnya tidak," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau bagimanapun mengesahkan, ia berlaku secara terancang dan rapi.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Ini adalah pertemuan kedua PAC dengan kementerian dan TUDM.

Azmi juga berkata, harga enjin jet ini bukannya RM50 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini tetapi sekitar RM400,000 sahaja setiap satu.

Tidak puas hati

Sementara itu, salah seorang anggota PAC, Datuk Kamarudin Jaffar dari PAS ketika dihubungi berkata, beliau sendiri tidak berpuashati dengan keputusan penyiasatan ini kerana tidak banyak yang diperolehi dan masih banyak yang menjadi tandatanya.

"Bagaimanapun, pihak tentera telah berjanji untuk mempertingkatkan sistem penyimpanan alatan tentera mereka yang bagi saya amat strategik ini dan perlukan pegawai dan kakitangan yang tinggi disiplinnya," kata Kamarudin.

PAC mempunyai 11 anggota iaitu enam BN dan lima Pakatan Rakyat.

Pengerusinya adalah Azmi manakala timbalannya adalah Tan Seng Giaw anggota Parlimen Kepong dari DAP.

Menurut Kamarudin juga, pihak tentera memberitahu mereka, lebih dari seorang yang terlibat dari kalangan tentera namun Peguam Negara hanya mendakwa seorang sahaja iaitu seorang sarjan.

Sebelum ini, Sarjan TUDM N. Tharmendran dan pengarah syarikat, Rajandran Prasad telah didakwa ekoran kehilangan dua enjin jet ini.

Menurut Azmi Khalid, PAC dimaklumkan, senarai dua jet ini hilang dalam stor inventori TUDM Sungai Besi selepas dihantar dari Pulau Pinang ke situ.

Ia berlaku pada tahun 2007 tetapi hanya disedari kehiloangan itu setahun kemudian iaitu pada tahun 2008.

Malaysia membeli 14 jet F-5E pada tahun 1974 dan dilucutkan pentauliahannya pada tahun 1999. Namun enam darinya digunakan semula pada tahun 2003 sebagai pesawat latihan dan peninjau.

JANGAN SPEKULASI DI BURSA SAHAM

MB YANG BARU - MAT BLACK YANG BARU



SPEKULASI PEM,BANGKANG CEMAR IMEJ INSTTITUSI RAJA KEHAKIMAN - mekayu

Kerajaan negeri Perak menyifatkan spekulasi liar pembangkang bahawa jawatan Menteri Besar yang bakal diputuskan akan berpihak kepada . Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai mencemarkan imej institusi raja-raja dan kehakiman negara.

Exco Kanan kerajaan negeri, Hamidah Osman berkata, pembangkang sengaja memainkan isu itu bagi mewujudkan perang psikologi untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa menyedari ia juga mencemarkan institusi kesultanan negeri Perak.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Februari ini sama ada Dr. Zambry Abd. Kadir atau Mohammad Nizar yang layak menjadi Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan

KAH KAH KAH…

woit… INI BETUL BETUL PELIK… kah kah kah..

woit … MACAM MANA SPEKULASI BOLEH CEMAR… kah kah kah…

woit… KALAU RAKYAT PERAK BUAT SPEKULASI YANG MAT GELAP INI BELI IJAZAHNYA … kah kah kah…

kah kah kah… APAKAH INI AKAN MENGHINA KERTAS IJAZAH… kah kah kah…

woit… KALAU RAKYAT PERAK BUAT SPEKULASI YANG MAT GELAP INI LAHIR DI BULAN GELAP… kah kah kah..

kah kah kah… APA KAH INI MENGHINA BULAN?.... kah kah kah..

woit…. KALAU RAKYAT PERAK BUAT SPEKULASI YANG MAT GELAP INI LULUSAN OXFORD STREET … kah kah kah…

kah kah kah… APAKAH INI MENGHINA MENANTU MAT NGANTUK…kah kah kah..

woit… BETUL BETUL TAK MASUK AKAL…. kah kah kah..

woit…KALAU RAKYAT PERAK BUAT SPEKULASI YANG MAT GELAP INI LAHIR DI SWEDEN….kah kah kah..

woit… YANG INI JANGAN BUAT HAL… MARAH ORANG SWEDEN… kah kah kah…

kah kah kah….YANG BANGANG MACAM INI DI SWEDEN AWAL AWAL LAGI SUDAH KENA FKUSH DALAM JAMBAN…. kah kah kah

Tukar Tiub

Daripada siasat pasir baiklah SPRM siasat mickey mouse....


Siasatan lawatan Khir Toyo ke Disneyland selesai:SPRM

SHAH ALAM, 26 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan kerja bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil tindakan lanjut.

“Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai perkara itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.
“Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua aspek perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua ‘lawatan teknikal’ ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.

sumber berita : selangorkini

"Cooling off period" ..@.."Tempoh Bertenang"

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan beberapa langkah untuk pembaharuan perjalanan pilihanraya di Malaysia. Diantara pembaharuan yang ingin dilakukan adalah memperkenalkan sistem pengundian awal dan “cooling off period” atau tempoh tenang selama dua hari.

Dalam penulisan kali ini, saya ingin membincangkan terlebih dahulu mengenai “cooling off period” atau tempoh bertenang. Sistem pengundian awal mungkin akan saya bincangkan dalam penulisan akan datang.

“Cooling off period” atau tempoh bertenang adalah hari dimana semua kempen pilihanraya baik daripada parti politik mahupun daripada calon yang bertanding akan dihentikan untuk memberi ruang kepada pengundi-pengundi bertenang dan memikirkan mengenai calon atau parti politik yang ingin mereka pilih setelah menyaksikan kempen pilihanraya dalam sesuatu tempoh berkempen yang ditetapkan.

Amalan ini telah dilaksanakan oleh negara-negara jiran kita di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Malahan Afghanistan juga telah melaksanakan amalan ini bermula dari Pilihanraya Presiden yang pertama pada tahun 2004.

Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa, untuk melaksanakan tempoh bertenang dalam pilihanraya, tempoh berkempen yang diberikan juga seharusnya mencukupi.

Sebagai contoh, tempoh berkempen bagi pilihanraya parlimen di Indonesia pada tahun 2009 ialah selama 20 hari. Di Filipina pula, bagi pilihanraya bulan Mei 2010 ini, tempoh berkempen bagi pilihanraya presiden, timbalan presiden, senator dan party list bermula dari 9 Febuari dan berakhir pada 8 Mei. Ini bermakna, tempoh berkempen yang diberikan ialah selama 89 hari!

Ertinya, setiap calon yang bertanding dan parti politik sama ada yang besar atau kecil mempunyai masa yang cukup untuk berkempen. Tempoh berkempen yang mencukupi diperlukan juga bagi pengundi untuk mempelajari dan memahami perjuangan parti-parti politik dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya tersebut.

Untuk melaksanakan tempoh bertenang, selain daripada memerlukan tempoh berkempen yang mencukupi, setiap parti politik dan calon yang bertanding juga seharusnya mendapat liputan yang seimbang daripada media cetak mahupun elektronik.

Negara-negara yang mengamalkan tempoh bertenang seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, semua parti politik dan calon yang bertanding mendapat laporan yang seimbang daripada media. Selain daripada itu, mereka juga boleh membeli iklan di akhbar, radio dan televisyen.

Debat-debat diantara calon dan wakil daripada parti politik juga dibenarkan menyemarakkan lagi suasana pilihanraya itu sendiri.

Dengan ini, pengundi-pengundi akan mempunyai maklumat yang mencukupi dan mereka boleh menilai parti-parti politik dan calon yang bertanding sebelum membuat keputusan untuk mengundi.

Jika tempoh berkempen yang diberikan mencukupi dan media memberikan laporan yang adil dan seimbang kepada semua parti politik dan calon yang bertanding, kemungkinan besar ramai pihak akan menyokong cadangan SPR ini.

Jika tempoh bertenang dilaksanakan tanpa memanjangkan tempoh berkempen dan tidak ada langkah yang dilaksanakan bagi memastikan media memberikan laporan yang adil dan seimbang kepada semua parti politik dan calon yang bertanding, masalah besar akan melanda.

Parti-parti politik atau calon yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berkempen dan tidak mendapat liputan daripada media sudah tentu tidak akan berpuas hati.

Oleh yang demikian, sebelum SPR mahu melaksanakan cooling off period atau tempoh bertenang, adalah wajar untuk SPR mengadakan perbincangan dengan parti-parti politik, NGO yang berkaitan dan Institusi Akademik agar pandangan-pandangan boleh diperolehi dan perlaksanaan peraturan baru dalam pilihanraya dapat diterima oleh semua pihak.

SPR boleh mengadakan perbincangan tertutup atau terbuka dengan menetapkan sesuatu tarikh, waktu dan lokasi agar wakil-wakil dari semua parti politik, NGO yang berkaitan dan Institusi Akademik boleh hadir untuk bersama-sama membantu SPR dengan memberikan pandangan-pandangan yang bernas untuk memastikan pilihanraya di Malaysia berjalan dengan telus, terbuka dan adil kepada semua pihak yang bertanding dan juga pengundi.

SPR boleh diumpamakan sebagai pengadil dalam permainan bolasepak. Jika pengadil menjalankan tanggungjawab secara professional dan adil, kedua-dua pasukan yang bertanding akan berpuas hati. Penonton juga akan berpuas hati.

Jika pengadil tidak professional dan memihak kepada sesebuah pasukan, sudah pasti pasukan yang satu lagi akan marah dan penyokong mereka akan mengamuk.

Sebagai pegadil yang adil dan professional, SPR perlulah melibatkan semua “stakeholder” dalam pilihanraya seperti parti-parti politik yang bertanding, NGO yang berkaitan dan Institusi Akademik sebelum menggubal sesuatu peraturan yang baru. Jika ini dilakukan, perubahan peraturan dalam pilihanraya akan lebih mudah diterima oleh “stakeholder” yang terlibat sekaligus menunjukkan keikhlasan SPR untuk memperbaiki perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Karpal: AG gagal serah 'fiat' dakwa Lingam..ha..ha..semua tu sandiwara Nazri dan AG jek...!!!

Peguam veteran Karpal Singh berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menyerahkan sijil perintah 'fiat' bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa peguam Datuk VK Lingam (bawah).

vk lingam 300108Katanya, beliau menerima sepucuk surat daripada Abdul Gani semalam dengan menyatakan bahawa dia tidak dapat mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

"Hujah Peguam Negara tidak dapat menyediakan atau mengeluarkan perintah 'fiat' di bawah Seksyen 379 itu berkaitan dengan cara memulakan pendakwaan jenayah.

"Ia tidak memperuntukkan untuk memulakan sebuah pendakwaan jenayah," kata Karpal dalam kenyataan hari ini.

(Perintah 'fiat' merupakan perintah ringkas atau waran seorang hakim atau majistret dalam mengarahkan sesuatu tindakan diambil).

Lingam dikaitkan dengan skandal melobi dan mempengaruhi urusan pelantikan hakim-hakim setelah klip video perbualan telefon beliau tersebar luas.

karpal singh 00Karpal (kanan) berkata tindakan memulakan sebuah pendakwaan jenayah diperuntukan mengikut Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Seksyen 376 (1) CPC.

Katanya hujahan Abdul Gani itu hanya semata-mata dari segi undang-undang dan wujud bahan yang secukupnya terhadap syor Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Lingam.

gani patail ghani patailKarpal meminta Abdul Gani (kiri) untuk menyemak semula kedudukannya dan memulakan prosiding jenayah terhadap Lingam dan membenarkannya mendakwa peguam itu kecuali Peguam Negara atau pegawainya tidak mahu berbuat demikian.

- Bernama

PKR arah Zulklifi 'tutup mulut'

Biro politik PKR hari ini mengeluarkan arahan 'tutup mulut' ke atas ahli parlimen kontroversialnya, Zulklifi Noordin, sementara menunggu keputusan jawatankuasa disipilin yang dijadualkan tidak lama lagi.

Biro politik yang berkuasa itu bermesyuarat tengahari tadi bagi menentukan nasib ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu yang dibidas kerana membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.

Mesyuarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.

Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kenyataannya yang dianggap membelakangkan parti.

Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpakasa dibatalkan.

November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

Kes liwat Anwar: Wan Azizah dipanggil polis lagi selepas 2 tahun

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 26 — Polis hari ini memanggil semula isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diambil keterangan sebagai saksi kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya diminta oleh pegawai penyiasat (Penguasa Polis Jude Pereira) untuk memberikan keterangan lagi.

“Saya hairan kerana tinggal lagi seminggu kes Anwar untuk bermula, saya dipanggil... dua tahun selepas kes ini disiasat,” kata beliau kepada pemberita sebelum melangkah ke balai polis Tropicana di sini kira-kira pukul 3 petang.

Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula semalam tapi ditangguhkan sehingga 2 Feb ini.

Beliau meninggalkan mesyuarat Biro Politik untuk memberi keterangan di balai polis itu, yang terletak dua pintu dari ibu pejabat PKR.

Wan Azizah diiringi peguam R. Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR.

Rakyat Tak Tahu Sejarah Adalah Rakyat Kasar: Rais

PULAU PINANG: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membantu sekolah untuk mempertingkatkan pembelajaran subjek sejarah bagi memupuk gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar.

"Subjek sejarah adalah penting kerana rakyat yang tidak tahu sejarah adalah rakyat yang kasar," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika merasmikan Ikrar Gemilang Sekolah Menengah Perempuan St George di sini hari ini.

Beliau berkata, subjek sejarah penting untuk memupuk gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar menerusi kegiatan mengenali sejarah kebudayaan, kesenian dan warisan.

Rais berkata, bantuan kementerian akan disalurkan menerusi pelbagai aktiviti sekolah termasuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan muzium.

Katanya, sekolah-sekolah digalak mempergiatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang cintakan seni pelbagai kaum.

"Gagasan 1Malaysia memang bermula dari sekolah kerana di situlah bermulanya pergaulan masyarakat pelbagai kaum dan saling kenal mengenali budaya dan warisan satu sama lain," katanya.

Rais berkata, 1Malaysia bukanlah soal politik, ia adalah soal kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. - BERNAMA

Ada Usaha Jadikan Malaysia Negara Republik - Khir Toyo

PETALING JAYA: Malaysia tidak mustahil akan diisytihar sebagai sebagai sebuah republik jika kuasa Sultan semakin terhakis.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo mendakwa, usaha ke arah itu dapat dilihat berdasarkan beberap insiden mencabar kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam yang hakikatnya mempunyai agenda tersembunyi.

"Secara jelas kita dah nampak tindakan beberapa pihak yang mencabar kuasa monarki yang tidak seberapa ketika ini yang menjurus kepada kepada penubuhan negara republik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menegaskan bahawa Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman.

Di bawah enakmen berkenaan, orang bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah termasuk 25 kalimah lain.

Ekoran itu juga Sabtu lalu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin - yang kini menerima tekanan daripada pimpinan partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap Khalid kerana mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Zulkifli mendesak supaya Khalid menarik balik kenyataannya yang dianggap menghina Sultan Selangor, Yang di-Pertuan Agong dan umat Islam.

Mohd. Khir yang juga Ketua Pembangkang berkata, Perak, Pahang dan Johor juga memiliki enakmen yang sama semata-mata untuk melindungi kepentingan umat Islam dengan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu.

"Apabila ada yang mula mencabar enakmen terbabit ia seakan-akan mencabar kuasa Sultan yang amat berkait dengan agama," tegasnya lagi.

Beliau berkata, Malaysia akan kehilangan sistem raja berpelembagaan apabila Raja Melayu tiada lagi kuasa berkaitan hal-hal agama.

"Mungkin itu yang sedang dilakukan oleh puak-puak tertentu. Dan saya yakin mereka bakal dapat sokongan daripada masyarakat antarabangsa yang mahu sangat melihat Malaysia sebagai negara republik seperti Singapura dan Filipina," jelasnya.

Zizie - "I Tak Kesah"....Aduh Bung ...!!!

Zizie Tak Kisah Gambar Mesra Dengan Bung Tersebar Di Internet

Gambar mesra Zizie dan suami, Bung yang tersebar di sebuah blog, semalam.

PASANGAN yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran 'perkahwinan rahsia' sekitar penghujung tahun lalu, Zizie Ezette dan suami, Datuk Bung Mokthar Radin, sekali lagi menarik perhatian umum apabila gambar mesra mereka tersebar di Internet, baru-baru ini.

Gambar mesra Zizie dan Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu dipaparkan di sebuah laman blog pada hari ini (semalam).

Justeru, mStar Online terpanggil untuk menghubungi empunya diri bagi mendapatkan pandangannya berhubung isu itu.

Sebaik diajukan pertanyaan, Zizie sedikit terkejut, namun telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab setiap pertanyaan.

Menurut Zizie, dia sama sekali tidak menyedari tentang isu tersebut. Dalam nada kebingungan, Zizie kedengaran begitu teruja untuk mengenal pasti ciri-ciri gambar yang dimaksudkan.

Sambil mengakui perkara itu berlaku di luar kawalannya, pelakon wanita itu bagaimanapun lebih selesa mengambil sikap tidak kisah.

PENGANTIN BARU ... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Ezette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. - Foto Bernama

"Saya betul-betul tidak tahu mengenai penyebaran gambar itu dan tidak pasti gambar yang mana.

"Saya dan suami memang tidak pernah halang atau larang mana-mana individu untuk bergambar bersama atau mengambil gambar kami seandainya terserempak di mana-mana.

"Kami menjalani kehidupan seperti biasa. Kami bebas bergerak ke sana sini tanpa perlu bersembunyi atau sorokkan apa-apa.

'Cerita perkahwinan kami sudah diketahui umum dan tiada apa hendak sorok pun," katanya.

Tambah Zizie, dia juga tidak kisah sekali pun 'gambar mesra' itu tersebar tanpa pengetahuannya. Padanya, mungkin gambar itu diambil oleh peminat ketika mereka berada di tempat awam atau menghadiri majlis.

"Gambar itu tersebar tanpa pengetahuan atau izin saya atau suami. Mungkin gambar itu diambil oleh peminat atau orang awam. Tapi saya tidak kisah. Tiada apa yang hendak disorokkan lagi.

"Kami sudah menjadi suami isteri yang sah. Pada saya tiada apa yang perlu disorokkan lagi. Malah, kami sama sekali tidak pernah berselindung mengenai perkahwinan ini," ujarnya.

Ditanya bilakah dia dan Bung bersedia untuk berkongsi gambar-gambar mereka secara rasmi dengan pihak media, Zizie berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan khalayak buat masa ini.

Namun, Zizie juga tidak menolak kemungkinan akan berkongsi cerita kebahagiaan mereka di masa akan datang.

"Buat masa ini, saya minta maaf sangat sebab masih tidak dapat kongsi gambar-gambar atau cerita perkahwinan kami dengan lebih mendalam.

"Harap semua pihak faham kami perlu menjaga hati banyak pihak.

"Bagaimanapun, di satu masa terbaik, saya tidak menolak kemungkinan untuk kami berkongsi perkara ini kepada umum. Tunggulah nanti," ujarnya mengakhiri perbualan.

Ketika diusik dengan pertanyaan bilakah mereka akan berbulan madu, Zizie berkata, dia tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan kedua-duanya sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Zizie yang enggan memaklumkan mengenai butiran lanjut pernikahan mereka termasuklah tarikh nikah, bagaimanapun mengakui dia dan Bung kini sedang bahagia.

DS Nizar akan saman TV3, TV9 kerana fitnah..!

oleh : cikgu din


Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya.


Najib: Kita tak bermain politik selesaikan isu ‘Allah’

KUALA LUMPUR, Jan 26 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang berusaha mencari jalan atau “national consensus” untuk menyelesaikan isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah” yang memuncak selepas keputusan mahkamah akhir bulan lalu.

“Memang kita cuba mencari jalan atau national consensus dalam apa saja isu termasuk isu kalimah Allah.

“Kita masih menjalankan usaha dan ada tanda-tanda bahawa mereka menghargai keihklasan kerajaan dalam hal ini. Mereka sedar kita tak bermain politik,” kata beliau.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, tegas beliau, kerajaan BN akan mencari penyelesaian yang sebaik-baiknya dan “insya-Allah, kita akan teruskan usaha ini.”

Najib berkata demikian ketika diwawancara oleh Pengarah Eksekutif Editorial Media Prima Berhad Datuk Ahmad A. Talib dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3 malam tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata krisis dalaman yang melanda beberapa parti komponen ikatan itu mulai kelihatan semakin reda.

“Ada tanda-tanda bahawa keadaan sudah reda dan mereka (pemimpin parti komponen BN) sedang melihat kepada beberapa kemungkinan yang boleh dijadikan sebagai formula.

“Jadi saya anggap bahawa usaha ini sedang dalam proses, belum muktamad lagi, belum sampai ke penghujung jalan, tetapi ada tanda-tanda bahawa penyelesaian sedang dilakukan dan boleh diterima di kalangan anggota parti mereka,” katanya.

Perdana menteri berkata beliau telahpun memberikan panduan kepada parti berkenaan dengan harapan bahawa kepimpinan parti yang terbabit boleh mencari formula yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut dalaman parti masing-masing.

Beliau berkata parti komponen yang bermasalah boleh mencontohi tindakan Umno yang membuat perubahan radikal apabila meminda perlembagaannya tahun lepas dalam memperkuatkan lagi parti itu.

“Mereka ini rakan kita, mereka boleh ikut apa yang telah dimulakan oleh Umno kerana kita telah membuat perubahan radikal pada perhimpunan Umno yang lepas.

“Kalau dikaji signifikan pindaan Perlembagaan Umno ia menyaksikan hampir tiada kekangan bagi mana-mana anggota parti untuk bertanding sebarang jawatan dalam parti,” katanya.

Katanya apa yang penting ialah kesemua parti komponen BN mesti mengukur diri sendiri dari segi sokongan rakyat terhadap mereka kerana apa juga kesudahannya terletak di tangan rakyat.

Najib juga berkata, setiap wakil rakyat akan dinilai secara objektif berdasarkan komitmen mereka serta sokongan pengundi terhadap mereka.

Katanya wakil rakyat yang sedia ada tidak perlu melobi untuk menjadi calon semula kerana mereka tetap akan menang dalam pilihan raya jika mereka memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan masing-masing.

“Tetapi kalau mereka tak turun padang dan mengabaikan tugas, rakyat akan memberi isyarat dan kita tidak akan memilih mereka semula,” katanya.

Najib berkata apa yang menjadi cabaran kepadanya apabila wakil rakyat yang memegang jawatan dalam parti tidak disukai oleh rakyat.

“Ini menimbulkan dilema kepada kita. Jika ada wakil rakyat yang tidak disukai, rakyat akan beri isyarat. Jadi jawatan dalam parti tidak menjamin kemenangan seseorang itu ketika pilihan raya, hanya mereka yang disukai, disenangi dan mesra dengan rakyat akan dipilih,” katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, juga berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membuat penilaian kerana mendapat maklumat daripada pelbagai pihak dan kaedah termasuk melalui Facebook dan Twitter.

“Ini bukan soal saya suka atau tidak. ini bukan soal subjektiviti. Ini soal objektiviti. Maknanya, mereka mesti dapat sokongan daripada rakyat,” katanya.

Ada apa pada AJL 24?



Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.