Isnin, 25 Januari 2010

ADUH BUNG...!!! BERBAHAGIA SAKAN MA....!!!


PENGANTIN BARU ... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau. Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas.

Aduka Oh Aduka

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas. -malaysiakini


Sinopsis Semerah Padi oleh Wikipedia

Dua sahabat akrab, Aduka (P.Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman.

Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.

Mungkin cerita ini yang membuat perjalanan pulang ku melayang ke filem lama ini. Aku tidak pernah lupa satu cebisan dialog dari satu babak yang aku sendiri pernah lakunkan di pentas sekolah.

Dalam suasana hujan yang sedang lebat, Aduka membuat pengakuan mengenai hubungannya. Taruna berteriak sedih, "Aduka! Aduka! Lupakah kau pada tuhan! Lupakah kau pada ugama Islam!"

Hati ku tidak tenteram. Ramai yang sudah lupa kepada tuhan. Ramai yang lupa pada nilai-nilai keugamanaan. Ramai yang sudah tinggalkan "perjuangan yang belum selesai." Ramai yang berlakun pura-pura. -anotherbrickinwall


Ulasan GB

GB mengambil masa yang panjang untuk menetapkan pendirian mengenai AdukaTaruna (AT).

Memang di satu aspek, GB tidak pernah gembira dengan tatacara penulisan AT. Semenjak beliau menjadi fourmmer TKO. Di ketika itu GB yang bertugas sebagai Pembantu Webmaster sentiasa memantau posting AT yang GB lihat "keterlaluan" sekalipun hujjah-hujjahnya tersusun dan kritikannya berasas.

Benar kata AT, bahawa dahulu, di TKO, GB adalah penyokong paling depan kepada Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi. Itu era pra-UG.

AT menulis:

Hari ini juga lu tgok Greenboc turut kritik Hadi. Dulu, kat TKO, dialah manusia selevel mod PUTRAJAYA dan BOLOQ skang. Pantang isu mempertikaikan Hadi, PAS dan pimpinan, ghaib punya. Dulu nak buat tindakan kat satu2 thread kena letak nombor mod. So, kita boleh tahu siapa yang lakukan dan atas alasan apa.

dan tulisnya lagi
Dulu, masa gua kat TKO, abah lu pernah buat satu thread beb. Pasal isu apa ntah gua lupa la. Tapi yang pasti pasal merajuk. Masa tu dia belum dilantik jadi SU Akhbar kepada Presiden lagi. Dia buat thread kerana merajuk, ingat nak tarik simpati suruh pembaca pujuk, tapi kena belasah dengan gua sebab merajuk.

Yang backing dia masa tu moderator si greenboc. Last2 bila semakin ramai meluat thread tarik simpati dengan dia, dia keluarkan kenyataan nak test market. Ada word test market. Itu gua ingat sampai skang. Bila dia wat kenyataan thread tu just nak test market (market kepala paip dia), dan GB malu2 kucing kerana ter-bermati2an backing sebelum itu, terus dia (GB) ghaibkan thread tersebut.


Presiden berhak untuk mendapat sokongan kerana belum melakukan apa-apa kesalahan prinsip. Tetapi GB tidak pula menafikan hak forummer untuk mengkritik seiapa juga, hatta Presiden PAS kerana perkembangan intelletualisme tidak sepatutnya disekat.

Hanya sanya jika kritikan itu sudah melewati garis akhlak seperti ada unsur makian tanpa batas, maka GB terpaksa bertegas. Kerana itu tanggungjawab. Kerana itu kewajipan. Kerana itu perintah Allah (wa la tab ghau - jangan kamu melampaui batas).

Di era UG, GB sudah tidak dapat bersama lagi dengan Presiden. Kerana bagi GB, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS telah mula ternoda. Telah mula cuba dirosakkan dan telah mula lari dari garis yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PAS sendiri.

GB melakukan kritikan, tetapi malangnya wadah yang ada iaitu TKO semasa itu tidak senang dengan pendirian GB yang menentang Presiden secara terbuka. Kerana bagi mereka tidak ada adab jemaah. GB rela dilucutkan jawatan, ditarik dari menjadi DJ TKOfm yang sentiasa lantang menentang gagasan UG.

Tetapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa yang GB tentang ialah pendirin Presiden PAS, yang GB tentang ialah gagasan UG, yang GB tentang ialah kelemahan-kelemahan Presiden PAS yang dilihat menjadikan PAS sebagai jemaah yang mundur dan lemah. GB tidak tentang batang tubuh TGHH, GB tidak tentang ilmu TGHH. GB tidak tentang status ulamak TGHH.

Pun begitu, apa jua tentangan, hendaklah dilakukan dengan ilmu, dengan dalil, dengan fakta. Bukan tentangan semborono. Bukan tentangan yang menggunakan perkataan mencarut, memaki atau mengaibkan peribadi.

Begitulah juga apabila GB menulis kritikan terhadap Timbalan Presiden, Ust Nasharuddin, Naib-naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz dan Salehuddin. GB juga pernah menulis kritikan terhadap Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din.

GB juga mengkritik polis, menteri malah tuan-tuan hakim.

Namun sebagai umat Islam, GB sentiasa mesti mempastikan bahawa tulisan kritikan kita mematuhi akhlak Islam.

Ada bezanya akhlak Islam dengan akhlak jemaah. Akhlak Islam adalah tetap dipandu oleh Alquran dan hadith, akhlak jemaah bersesuaian dengan waqi', bersesuaiean dengan masa, bersesuaian dengan keadaan, ia tertakluk kepada angkubah-angkubah jemaah sendiri dan lingkungannya.

Status ulamak sesetengah pimpinan hendaklah dihormati walaupun belaku kritikan terhadap pendirian dan tindakan politiknya.

Malah selepas mengkritik TGHH, GB sentiasa juga masih ke Rusila apabila bertandang ke KT. GB juga selalu menyiarkan artikel pimpinan ulamak yang tidak GB gemari political standing maisng-masing. Kerana didalam Islam, ulamak itu pewaris Nabi - itu hadith Nabi, kena akur, kena patuh.

Namun sayangnya AT tidak memahami kaedah itu. Kritikan tetap diperlukan, terbuka atau tersembunyi. Kerana kritikan itu adalah semakan dan pembetulan terhadap kelemahan dan kekurangan. Tetapi wajib di dalam lingkangan batasan yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya - wa la tabghau - jangan melampaui batas. Jangan hina ulamak kerana ilmu ugamanya.

Sebab utama AT bertindak sedemikian ialah beliau bukan ahli jemaah. Beliau tidak pula mempunyai asas ilmu keagamaan yang baik. Apatah lagi umurnya masih muda belia. Beliau menggunakan passprot "free-lancer" untuk melakukan kritikan liar sehingga terbabas menggunakan kaedah-kaedah di luar norma hidup orang beragama. Itu jelas satu kesalahan serius.

AT wajar dididik. AT wajar diberi peluang untuk memperbaiki diri. AT pula wajar menerima teguran dan nasihat. AT wajar "dimandikan limau, bunga dan air tujuh masjid" untuk menghapuskan segala aura kotor (dirty energy) yang menjadi "sial" yang menetap di dalam dirinya. Jika boleh, AT perlu mengadap ke istana Johor memohon maaf kepada Sultan Johor yang baru ditabalkan diatas keterlanjuran dan perangai "budak baru nak hidupnya" mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan terhadap al-marhum ayahanda Sultan Johor. Terpulang kepada baginda, apa hukuman yang perlu dikenakan.

Bagi GB, hal ini kecil, dan AT perlu menutup blognya sementara waktu supaya sebelum ia dapat kembali semula dengan AT yang baru. PAS perlu memimpin AT menjadi ahli yang baik, bukan terus-terusan menyerangnya lagi. Di luar sana ramai yang menyokong perjuangan PAS tetapi perangainya masih di luar adab Islam. Salah siapa?

Does Ibrahim Ali speak for Umno?


JAN 25 — In the era of 1 Malaysia, Datuk Ibrahim Ali is an anachronism who believes in Malay rights and dominance at the expense of others.

For him, Malaysia is primarily for Malays notwithstanding that it is made up of many races and spans the Malay peninsula to across the South China Sea to Sabah and Sarawak. That worldview is shared by those who have joined his Malay nationalist Perkasa group.

The question now is, does Umno share his view too? After all, Ibrahim — dubbed the “frog prince’ of Malaysian politics for his propensity to jump ship for his own ends — was featured in Umno Juara Rakyat event in Shah Alam last night.

He slammed non-Malay opposition leaders whom he claimed were “disrespectful” to Malay leaders, claiming the “Allah” issue was proof of the disrespect by DAP politicians against the community. He also alleged that DAP leaders had stepped on photos of two Malay assemblymen although in reality, it did not happen.

“We have Lim Kit Siang and Lim Guan Eng stepping on the pictures of the two Perak Malay lawmakers. If they want to step on the pictures of Chinese photos, it’s up to them but never do it to the Malays,” Ibrahim thundered at the Umno event.

The former Umno deputy minister who walked out when Tun Abdullah Ahmad Badawi was party president and later teamed up with PAS to contest in Election 2008 used all these examples to back his claims that the Malay position as the ruling and dominant race, which he claims is enshrined in the Federal Constitution, is being degraded by the non-Malay opposition leaders.

The arguments would fit in well within Umno but the dominant Malay party has always believed in cooperating with its non-Malay allies — from the days of the Alliance to the Barisan Nasional.

Current president Datuk Seri Najib Razak has also made national unity a priority with his 1 Malaysia concept as he seeks to regain support which deserted the ruling coalition in Election 2008, leading it to lose its traditional two-thirds parliamentary majority and four more states.

But Ibrahim’s fiery rhetoric goes against the soothing noises and promises that Najib has made. The fact that it was made in an Umno event makes it all the more jarring and unnerving especially after the party has ruled the country since Independence.

Has it not done enough via the New Economic Policy (NEP) to ensure the Malays and the poor progress in Malaysia? Should non-Malays continue to be the bogeyman when the economy falters or votes are lost to political rivals?

And the main question is, who reflects Umno’s views better - Ibrahim or Najib? Umno has to decide whether it subscribes to all of Perkasa’s views and rhetoric. And if they do, what does it mean for the rest of the Malaysians whose only home is Malaysia?

The reality is this, Umno cannot wave the keris on one hand and shake hands with other communities with the other. Straddling the divide between Najib’s 1 Malaysia and Ibrahim’s rhetoric will only hurt it in the long run.

Ibrahim can tilt at the windmills in his quest against imaginary giants out to “disrespect” his race, religion and community. It won’t matter.

It only matters when Umno decides that he speaks for Umno and join him, abandoning the pragmatism that had marked its birth and fight for Merdeka.

14 sekolah menengah, enam sekolah rendah diumum sekolah berprestasi tinggi

PUTRAJAYA, 25 Jan — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian.

“Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing.

“SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato' Abdul Razak (Seremban), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra).

Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan SMS Muzaffar Syah (Melaka). Manakala empat sekolah menengah harian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan SMK (P) St. George (Pulau Pinang). Enam sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), SK Bukit Damansara (KL), SK Zainab (2) (Kota Baharu), SK Convent Kota (Taiping), SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu).

Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di “padang yang sama rata” untuk diiktiraf sebagai SBT.

“Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama,” katanya.

Muhyiddin berkata kementerian mensasarkan 30 SBT pada tahun depan dan jumlah itu akan meningkat kepada 50 pada tahun 2012.

Beliau berkata rasional pengiktirafan itu dibuat bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik ke taraf dunia, menghasilkan pelajar yang cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.

SBT akan diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid, katanya.

Beliau berkata dari segi kurikulum, ia fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif, mematuhi peperiksaan awam dan menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa.

Selain itu, katanya sekolah berkenaan diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minima mata pelajaran, memanjangkan waktu persekolahan dan membenarkan murid menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal iaitu seperti kelas lompat yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Muhyiddin berkata dari segi pemilikan bajet, kewangan disalur melalui geran secara sekaligus pada awal tahun persekolahan, fleksibiliti penuh untuk pengagihan kewangan mengikut keperluan dan pengecualian daripada perolehan secara berpusat.

“Setiap sekolah mempunyai bajet mereka sendiri, tetapi dengan status ini, mereka diberi peruntukan tambahan dan mereka boleh menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka rasa perlu,” katanya.

Beliau berkata pengurusan staf adalah berdasarkan prestasi iaitu pengambilan staf tidak berdasarkan kekananan tetapi prestasi pencapaian, kelonggaran dalam menyediakan lebih bayaran (bayaran lebih masa) dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.

“Selain itu, kelonggaran untuk memindahkan staf sekiranya prestasi kurang memuaskan dan pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik,” katanya.

Beliau berkata laporan tahunan berdasarkan petunjuk keberhasilan setiap sekolah dan pemeriksaan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diubahsuai.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata SBT perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan iaitu pencapaian akdemik yang cemerlang, melahirkan personaliti unggul, merangkul anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa, mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.

“Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah-sekolah tempatan dan antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata antara peranan yang perlu dimainkan oleh SBT sebagai sumbangan kepada sekolah lain ialah guru-guru SBT menjadi mentor kepada guru di sekolah lain, melalui program “immersion” membabitkan pengetua, guru besar dan guru.

Bagi pembangunan berterusan sebagai status SBT, sekolah terbabit antara lain perlu meningkatkan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan serta menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah lain dari dalam dan luar negara.

Muhyiddin berkata sekolah dari pedalaman dan luar bandar juga boleh dipilih sebagai SBT jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Saya tahu tidak mungkin semua 10,000 sekolah (di seluruh negara) akan naik ke tahap itu, tetapi tidak kira sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman jika mereka boleh memenuhi kriteria yang ditetapkan akan direkod sebagai SBT.

“Tetapi jika sekolah luar bandar dan pedalaman ada kekangan kerana kemudahan belum setara dan setanding, jangka panjangnya kita akan terus perbaiki,” katanya. — Bernama

YB Azmin Ali tidak senang dengan Nazree

YB Azmin Ali tidak senang kemasukan Nazree dalam PKR. Nazree berbeza sama sekali dengan Zaid Ibrahim mahupun Dr Chua Joo Meng.

Nazree adalah orang yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Khalid dalam kes lembu korban hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hampir terkorban.

Bukan sahaja Tan Sri Khalid malah YB Yaakob dan YB Rodziah
turut diseretnya dengan dakwaan rasuah yang tidak ada asas yang kukuh.

Kenyataan media yang dibuat oleh Nazree juga tidak meyakinkan bahawa beliau benar-benar telah insaf dengan kesilapan lalu.

Ahli PKR juga mahu tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik semua tuduhan tidak berasas yang pernah dibuat oleh Nazree dahulu terhadap pimpinan PKR?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Siapa pula yang Datin Seri peluk kali ini?


Sebelum kita ulas apa kelakuan Datin Seri ini, ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010 yang berakhir Ahad lalu.

Tujuan penulisan ini dibuat bukan untuk mengulas kehebatan Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dalam straight set, tetapi untuk mengulas kelakuan seorang isteri pemimpin negara ini.

Tanpa menafikan perasan keterujaan rakyat Malaysia selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya merangkul juara Terbuka Malaysia sebanyak 6 kali, tetapi tindakan Penaung Permata ini bagi saya tidak boleh diterima apatah lagi sebagai umat Islam yang waras.

Adakah tidak cukup dengan hanya mungkin menjabat tangan mengucapkan tahniah? Kenapakah perlu dipeluk anak muda ini? Adakah ini contoh yang boleh diikuti oleh anak didik Permata Negara? Pasti media massa utama tidak menyiarkan foto ini demi untuk menjaga air muka Penaung Pertama dan suaminya.

Justeru itu nasihat saya, berpada-padalah dalan meraikan kejayaan. Cukuplah hanya segelintir artis menjadikan peluk memeluk ini sebagai budaya. Jangan ia juga menjadi budaya di kalangan pemimpin tertinggi negara apatah lagi di kalangan rakyat jelata.

Yang beringat

-ikhqoi-

Mahkamah tolak bantahan awal bekas mufti Perlis

SHAH ALAM, Jan 25 — Bantahan awal bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah, terhadap permohonan semakan pendakwa syarie untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini ditolak hari ini.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain, yang membuat keputusan itu, berkata Mahkamah Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes tersebut kerana ia berkaitan Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Katanya isu pentauliahan kepada mereka yang ingin mengajar agama bukan kehendak syariah tetapi peraturan yang digubal oleh pemerintah untuk mentadbir orang Islam.

Ianya juga untuk mengawal kemasukan ajaran yang bertentangan dengan agama yang boleh memecah belahkan umat adalah dibenarkan oleh syariah, katanya sambil menetapkan 9 Mac depan untuk mendengar permohonan semakan itu.

Mohammad Adib berkata Allah memberi manusia kebebasan untuk berfikir tetapi kebebasan mutlak tanpa batasan tidak wujud. Beliau berkata kebebasan dalam Islam dalam mengeluarkan pendapat ialah untuk menegakkan kebenaran tetapi kebebasan itu tidak boleh digunakan sehingga memudaratkan orang lain dan merosakkan hubungan sesama manusia.

Perbezaan pendapat adalah dibenarkan tetapi janganlah sehingga menyebabkan pertikaian yang boleh memecah belahkan dan melemahkan umat Islam, katanya. “Kebebasan adalah dipandu oleh undang-undang, ia tidak mengikut selera seseorang sebab itu diadakan undang-undang jenayah termasuk Seksyen 119,” katanya.

Mohammad Adib berkata Seksyen 119 digubal bagi mengelakkan perkara- perkara negatif dan ia tidak bercanggah dengan Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bulan lepas, Mohd Asri, 38, telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Bantahan awal itu dikemukakan oleh peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman dengan alasan Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan semakan itu.

Bantahan itu juga mendakwa Seksyen 119 mengekang kebebasan individu bersuara di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan mengembangkan agama di bawah Artikel 11 dan ini nampaknya bercanggah dengan Artikel 4 (1) Perlembagaan.

Sebelum ini, Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas didakwa mengikut Seksyen 119 kerana didapati mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov lepas. Jika sabit kesalahan Mohd Asri boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Asri diwakili Kamar Ainiah dan Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid dengan dibantu oleh Zusyarafain Md. Yusof. — Bernama

Juara Penipu Rakyat ?


Juara Penipu Rakyat! Ungkapan itu mungkin sesuai ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional khususnya dari Umno apabila budaya menipu semacam rutin bagi pemimpin mereka.

Ingat lagi kenyataan mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12?

Pada masa itu beliau berjanji bahawa parlimen tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat, sebelum membubarkannya esok hari iaitu tarikh ngeri pilihannya sendiri pada 14 Februari 2008 sekaligus menipu seluruh rakyat Malaysia.

Ibarat Kepimpinan Melalui Teladan, penggantinya kini, Najib Razak mengikut jejak langkah beliau bersama Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin apabila turut sama menipu rakyat 1Malaysia.

Najib misalnya, semasa berada di India memberi jaminan kononnya pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) tidak akan menjejaskan bumiputera kerana agensi yang bernaung di bawah kementerian itu sebelum ini seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih lagi berada di bawah kendalian menteri Umno, Shafie Apdal iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) untuk membantu bumiputera.

Anehnya, nasib yang dihadapi oleh bakal juruterbang negara di Kolej Akademi Penerbangan Antarabangsa Gulf Golden (GGIFA) di Bintulu, Sarawak baru-baru ini jelas bercanggah dengan kenyataan presiden Umno itu.
Sejumlah 16 penuntut di kolej penerbangan itu tertekan apabila pinjaman biasiswa mereka yang telah pun diluluskan oleh MARA melalui surat bertarikh 21 Februari 2008, tiba-tiba dibekukan oleh agensi itu pada 4 November lalu.

“Penolakan secara tiba-tiba ini tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana menghalang pelajar-pelajar terbabit daripada meneruskan cita-cita mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GGIFA Sairi Naim semasa sidang akhbar pada 17 Januari lalu.

Malah usaha pihak kolej itu bersama pelajar terlibat menghantar surat rayuan kepada pihak MARA turut gagal walaupun disertakan bersama surat sokongan dari pejabat Perdana Menteri (PM) dan KPLBW yang dihantar kepada MARA pada 9 September lalu.

Selain 16 bakal juruterbang negara yang telah memulakan pengajian selama 18 bulan ketika ini, sejumlah lapan lagi rakan mereka gagal memulakan kursus di kolej penerbangan itu akibat masalah yang sama, walapun MARA merupakan agensi tunggal yang menyediakan pinjaman pengajian kepada golongan Bumiputera dalam bidang penerbangan.

“Kami ingin tahu apa alasan MARA, kerana kami memenuhi kesemua syarat dan kelayakan yang diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),” kata Muhd Izam Naroodin, yang bercakap bagi pihak rakan-rakannya.

Jika Najib menipu golongan Mahasiswa di Bintulu semasa berada di India, timbalannya pula menipu penduduk Sarawak semasa berucap di Bintulu.

Muhyiddin semasa berucap dihadapan kira-kira 2,000 penghuni Rumah Panjang di Bintulu, Sarawak dengan angkuhnya berkata, kerajaan Barisan Nasional amat komited dan bertanggungjawab, serta tidak mengamalkan pendekatan tunjuk muka hanya ketika pilihan raya seperti dilakukan pembangkang,


"Ini berbeza dengan pembangkang, yang tidak tahu mentadbir negeri, tidak tahu masalah sebenar rakyat, tidak pernah turun ke bawah, mungkin nak pilihan raya baru nak tunjuk muka.

"Kita (BN) tidak tunggu pilihan raya kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan sepanjang masa," katanya di Dewan Masyarakat Sebauh yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.


Walhal, beberapa hari sebelum kenyataan Timbalan Presiden Umno itu dikeluarkan, penduduk di Kampung Tengah Sungai, di negeri itu melahirkan rasa kesal berhubung perkhidmatan dua wakil rakyat dari BN di kawasan mereka.

Dua wakil rakyat BN itu ialah masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawah, Tan Joo Phoi dan Ahli Parlimen Stampin, (MP) Yong Khoon Seng.

Seorang penduduk kampung itu, Muhammad Juki mendakwa, Tan Joo Phoi hanya sekali melawat mereka, itu pun atas jemputan penduduk terbabit selain Yong Khoon Seng yang ponteng seratus peratus sejak 8 Mac 2008.

“Setakat yang saya tahu Ahli Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng tidak pernah ke sini. Mungkin disebabkan tidak mengetahui kewujudan kampung ini,” kata Muhammad Juki yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung itu.

Walaupun tempoh Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan berakhir Mei 2011, namun, pilihanraya di negeri itu dijangka diadakan dalam masa terdekat antara Februari hingga Jun tahun ini.

Nik Aziz: Kelantan sedia terima wang ihsan tanpa lalui JPP

KOTA BARU, Jan 25 — Kerajaan PAS Kelantan sedia menerima wang ihsan yang diberikan dari hasil minyak walaupun tidak dalam bentuk royalti dengan syarat ia diuruskan sendiri tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) hari ini.

Beliau berkata walau dalam bentuk apapun pemberian itu, kerajaan negeri akan menerima tetapi hendaklah diberi terus kepadanya.

Katanya, Kelantan mempunyai kemampuan untuk mengurus dan mengendali sendiri wang itu tanpa melalui JPP yang merupakan agensi Kerajaan Pusat.

“Kita sedia menerima wang ihsan yang hendak diberikan oleh Kerajaan Pusat itu walaupun tidak atas nama royalti dengan syarat hendaklah diberi secara terus tanpa melalui JPP,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kolej Yayayan Islam Kelantan (YIK) di Kok Lanas, dekat sini.

Mursyidul Am PAS itu diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed supaya Kerajaan Kelantan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan rakyat negeri itu dalam tuntutan royalti minyak.

Bercakap kepada pemberita semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya tidak terus berkonfrontasi politik dalam hal ini.

Menurut Nik Aziz, malu bagi Kelantan jika pemberian wang itu disebut dalam bentuk wang ihsan bukannya royalti, kerana ihsan bermakna kasihan belas dan dalam hal ini bukan Kerajaan Pusat yang patut mengasihan belas Kelantan, tetapi Kelantan yang patut beri ihsan kepada pusat kerana minyak itu didakwa hak milik Kelantan.

Beliau juga menafikan kerajaan negeri mempolitikkan isu royalti itu. Sedangkan Barisan Nasional (BN) lebih dahulu mempolitikkan isu itu, katanya.

“Yang dia (BN) sendiri tidak politiking ke?. Kalau minyak itu datang dari pantai Terengganu tak payah buat undang-undang...Jadi dalam (hal) ini dia yang lebih dulu politiking dari kita,” katanya. — Bernama

Wang ihsan: Satu pengkhianatan – Nik Aziz

Oleh Mohd Zuharman

nik aziz KOTA BARU: Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau tidak akan menerima bayaran wang ihsan.

“Saya tidak akan terima wang ihsan. Saya akan beritahu kepada rakyat semua, pusat merampas, mencuri, menyamun harta Kelantan.

“Dan saya akan minta tolong rakyat semua doa supaya musnah pemimpin pusat,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima rombongan ekspedisi PAS Batu di kediaman rasminya semalam.

Ekspedisi diketuai Yang Dipertuanya, Ishak Surin menyerahkan memorandum sokongan PAS kawasan tersebut terhadap usaha kerajaan negeri menuntut royalti petroleum. Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun lalu.

“Kelantan menuntut hak kami secara Islam. Allah beri kepada kami logam di bumi Kelantan, balak permukaan Kelantan dan batu-batan di tanah Kelantan dan juga logam di laut yang kita panggil petroleum.

“Itu adalah hak Kelantan. Mana-mana orang ambil hak orang lain berdosa dunia akhirat. Di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh semua rakyat Kelantan. Di akhirat kelak, dia akan dimamah oleh api neraka,” katanya.

Nik Aziz menyifatkan pemimpin pusat sebagai pembohong besar apabila berdolak-dalik ketika membuat kenyataan tersebut sebagai mengarut dan putar belit seolah-olah kehidupan mereka bertuhankan duit.

“Mereka menyebut peringkat pertama Kelantan tiada hak. Diulang berkali-kali Kelantan tiada hak. Kemudian sekarang ini ada hak pula? Tapi dengan nama wang ihsan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertahankan hasil pengeluaran minyak dari perairan pantai Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Katanya, bahan api tersebut tidak terdapat di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

“Adanya duit petrol di khazanah pusat ini hasil daripada tuah bumi Kelantan… bumi Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tiba-tiba mereka yang tiada minyak setitik ni kata hak dia.

“Kami yang mempunyai hak ini mereka kata tiada hak. Mengarut!” katanya. Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein kerajaan akan melantik beberapa wakil kerajaan Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan, Nik Aziz berkata, itu perkara kedua.

“Itu masalah yang kedua. Pasti dulu nak runding ni, hendak bagi royalti atau ihsan kepada kerajaan Kelantan? “Kalau runding nak beri wang ihsan tak payah runding. Saya tak akan
terima,” ujarnya.

Difahamkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini. Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bertegas bahawa di bawah undang- undang rakyat Kelantan akan diberi wang ehsan bukan royalti.

“Yang penting rakyat Kelantan akan menerima habuan. Namanya berbeza kerana di bawah undang-undang rakyat Kelantan akan diberikan wang ihsan bukan royalti.

“Peruntukan tetap disalurkan,” kata beliau di sini malam tadi mengulas keengganan kerajaan negeri untuk menerima bayaran wang ihsan dari kerajaan pusat selain menolak rundingan dan pelantikan wakil kerajaan menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan.

Kata Mustapa, kerajaan pusat mempunyai pendekatan 1 Malaysia untuk bermuafakat melibatkan kerajaan pusat dan negeri bagi menjaga hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat.

“Kita harap isu ini tidak dipolitikkan. Kita (kerajaan pusat) punyai niat ikhlas di mana kita merasakan penting wang ihsan ini disalurkan bagi menentukan keutamaan projek atau program yang wajar kita laksanakan untuk faedah rakyat di negeri ini.

“Kerajaan pusat akan berlaku adil, apa jua yang berhak diterima rakyat Kelantan, akan di salurkan,” katanya sambil menafikan dakwaan kerajaan negeri kononnya rakyat Kelantan dianiaya dalam isu berkenaan.

“Peruntukan tetap disalurkan, namanya wang ihsan. Jadi kita mahu supaya ada muafakat antara kerajaan pusat dan negeri demi kemanfaatan rakyat Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu Mustapa menyeru kerajaan negeri tidak terus berkeras dalam hal ini dengan mengambil sikap berkonfrontasi memandangkan kerajaan pusat ikhlas membantu rakyat Kelantan melalui wang ihsan.

SPRM jangan tumpu isu remeh sahaja – Khalid

khalid ibrahim2 SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa tidak terus memainkan isu-isu remeh berhubung rasuah membabitkan kakitangan kerajaan negeri tetapi terus berdiam diri terhadap dakwaan penyelewengan ratusan juta ringgit para

pemimpin Barisan Nasional.

Mengulas siasatan SPRM yang menggeledah rumah pembantu exco Selangor, Hussein Ahmad tanpa waran yang sah, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, “SPRM perlu memberi penjelasan mengapa perkara itu berlaku.

Sambil melahirkan rasa terkejut, Khalid berkata, siasatan tersebut melibatkan sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti pelombongan pasir di Selangor.

Beliau menegaskan, tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana kerajaan negeri yang sebenarnya membiayai kos kunjungan dua hari Hussein yang hanya menelan belanja sebanyak RM3,295.

“Justeru, pihak kerajaan negeri berhak meragui akan motif dan integriti siasatan pegawai-pegawai SPRM terhadap isu-isu remeh yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,” katannya, dipetik dari keluaran terbaru, Harakah.

Katanya, “pegawai SPRM sewajarnya menggunakan masa dan tenaga yang sangat berharga untuk menyiasat penyalahgunaan wang rakyat yang bernilai berjuta ringgit termasuk RM1.7 juta oleh mantan menteri besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo semasa melancong ke Disneyland, Amerika Syarikat dan Perancis.”

Beliau mempersoalkan apakah keutamaan SPRM memandangkan suruhanjaya itu sepatutnya menentukan keutamaan dan lantas menyiasat isu besar yang melibatkan penyalahgunaan ribuan jutaan ringgit.

Katanya, hal itu perlu diutamakan oleh SPRM agar tindakannya itu dilihat tidak sebagai alat politik untuk memuaskan hati pihak tertentu di Putrajaya saja.

Dalam hal ini, sekiranya pihak SPRM bertindak secara profesional dan bebas, kerajaan negeri dengan senang hati bersedia memberikan bantuan yang sewajarnya.

KEADILAN siap sedia hadapi pilihan raya negeri

Oleh Qayyum Al Walid

foto1IPOH – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, (gambar) sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya ini, program wacana adalah satu langkah bagi memperkemaskan jentera pilihan raya negeri bagi parti itu.

“Langkah ini mengalu-alukan semua cabang KEADILAN negeri untuk memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing bagi menghadapi pilihan raya setelah sebahagian besar cabang KEADILAN negeri menghantar nama bagi calon Dewan Undangan Negeri
(DUN) terutama 20 DUN Mac 2008.

“Saya yakin Barisan Nasional (BN) juga faham mereka telah mengambilalih kuasa pada Februari 2009 dengan tidak berdemokrasi dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” katanya kepada Free Malaysia Today selepas merasmikan Program Wacana Pilihanraya di sini, hari ini.

Mustaffa berkata, sesi ceramah gerakan rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mendapat sokongan rakyat terhadap parti berkenaan.

“Kehadiran lebih 10,000 penduduk di Sungai Manik, Teluk Intan semalam, memperlihatkan semangat dan komitmen untuk meneruskan perjuangan parti berkenaan dan yakin rakyat semakin bijak dalam menghadapi cabaran.

“Beliau mengharapkan pembelaan rakyat diteruskan walaupun ada cubaan untuk menghantar semula beliau ke Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Parti KEADILAN Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, beliau yakin pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa yang terdekat.

“Antara faktor pilihan raya negeri diadakan berikutan Perak perlu dibubarkan kerana krisis politik masih belum selesai dan kedudukan kerajaan sedang dalam proses perbicaraan.

“Faktor lain apabila Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke India dilihat sebagai satu perbincangan berkenaan politik Perak serta Pengerusi SPR mengadap Sultan Perak sebagai satu petanda cukup baik,” katanya.

MUALLAF: Perlukah kita bersifat dendam?

"Seorang teman pernah menceritakan sewaktu zaman kanak-kanaknya, dia ditangkap oleh ibu bapanya yang berpegang teguh dengan ajaran Katolik sewaktu melakukan onani dan sebagai pengajaran, dia dipaksa berbogel dan ditinggalkan di tepi jalan raya. Tidak lama selepas itu, anak saudara saya memberitahu bahawa teman wanitanya yang beragama Islam, telah dicukur botak oleh bapanya sendiri sebagai hukuman menjalinkan hubungan dengan jejaka yang bukan beragama Islam.

Dua cerita ini membuat saya tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mampu bertahan setelah trauma yang mereka alami sewaktu kecil, atas perbuatan orang yang mereka kasihi. Saya juga tertanya-tanya apa akan berlaku jika jejaka Katolik itu bertemu dengan gadis beragama Islam itu.

Sewaktu saya menulis skrip mengenai pertembungan dua dunia ini, saya menyedari bahawa saya tidak lagi dibayangi oleh sejarah hitam zaman kanak-kanak dengan berbuat sesuatu yang mudah tapi payah sekali iaitu memaafkan sesiapa yang telah berbuat salah terhadap saya. Saya tahu pada mulanya ini adalah sebuah cerita yang berat. Pada saat itu saya juga sedar bahawa saya tidak berminat untuk membuat sebuah filem berat. Bagi memastikan nilai cerita, saya mengadakan persamaan untuk diri saya: filem ini akan diibaratkan seperti sup 'tom yam'. Jelas, tetapi pedas dan berperisa.

Dengan itu, lahirlah 'Muallaf'. " -- Yasmin Ahmad (gambar kanan)


Aku melihat filem ini banyak memperbincangkan sifat-sifat negatif manusia. Sifat iri hati, makan rasuah, tikam belakang, fitnah-memfitnah dan mencuri harta orang lain tidak menjadi suatu yang dilakukan secara terbuka.

Semuanya berlingkar di dalam benak hati manusia. Filem ini membawa setiap orang yang menonontonnya "mencerminkan diri mereka sendiri; adakah mereka juga bersifat demikian?"

Allah melalui firman-firmannya di dalam al-Quran banyak mengingatkan umat manusia supaya tidak bersifat dendam. Salah satu ayat yang dibentangkan di dalam Muallaf ialah ayat 4:43 dari ayat An-Nisaa yang menyebut;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami kerjakan sembahyang, ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah campur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu akit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang di antara kamu dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tiada memperoleh air, maka hendaklah kamu tayamum dengan tanah yang bersih; maka sapulah mukami dan kedua tanganmu dengan kedua tanganmu (dengan tanah itu). Sesungguhnya Allah pemaaf lagi pengampun."

Menurut Tafsir Quran Karim (Prof Dr H. Mahmud Yunus, 1973), Allah mengingatkan umatnya untuk banyak bersabar dalam menangani sesuatu masalah. Ia harus dimulakan dengan nasihat dengan perkataan yang lemah lembut. Sekiranya ianya tidak memberikan hasil, maka tinggalkan dia di tempat yang membolehkan dia berehat keseorangan. Kalau hal itu tidak berhasil juga, boleh dipukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan badannya. Alternatif terakhir yang membawa bertambahnya keras kepala, maka akhirnya boleh diambil jalan penyelesaian dengan perceraian.

Bagi menerangkan persepsi pengarah mengenai unsur ini, Yasmin Ahmad menggunakan Brian (lakonan Brian Yap) yang memberontak (secara tidak langsung) atas apa yang pernah berlaku terhadap dirinya semasa kecil. Perbuatan seperti mengeluarkan mani dengan sengaja (sebut merancap)….. menjadi satu sifat negatif di dalam ajaran agama. Mungkin sifat sebegini secara fizikal dan saintifiknya normal bagi seorang lelaki yang mula baligh, tetapi apa sekiranya perbuatan di dalam bilik air itu terbongkar?

Di dalam cerita ini, ibubapa Brian mempunyai pegangan agama kuat terhadap kepercayaan katolik. Penganut katolik percaya perbuatan seperti merancap itu perbuatan yang membawa kepada dosa. Brian didapati ditangkap sedang membelek majalah lucah yang memaparkan model-model wanita yang memperagakan bahagian tubuh sulit mereka sambil memperagakan seolah-olah biarawati. Maka, Brian dihukum dengan ditelanjangkan di khalayak ramai dan dibiarkan pulang bersendirian dengan telanjang bulat. Brian pada waktu itu berusia sembilan tahun.

Perisitwa hitam itu sudah semestinya tersemat di dalam fikirannya. Selepas bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, tidak bergantung kepada keluarga, Brian sudah mula mahukan pembalasan. Beberapa babak melalui perbualan telefon dengan ibunya, menunjukkan sikap mahu membalas dendam atau menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keluarganya.

Babak yang paling ketara ialah apabila Mrs. Siva menyebat Rohana hanya kerana lukisannya ialah gambar bunga sedangkan tugasan yang sepatutnya ialah gambar gajah. Mungkin tindakan Mrs DSiva telah mengembalikan titik hitam pengalamannya dengan kuat sehingga berani (sebagai guru baru bertugas) "menghalang" Mrs. Siva dari melakukan "hukuman" yang sama seperti bapanya dahulu di mana kali ini dia mampu untuk bertindak balas.

Tetapi adakah pilihannya untuk mempelajari Islam sebagai alternatif kepada Katolik juga sebagai unsur membalas dendam? Di sini, Brian tidak bertukar agama.

Muallaf: sebuah "Perjalanan

Sekadar berkongsi pengalaman, ramai pelajar freshies di IPTA didera oleh pelajar senior selepas induksi. Kegiatan seperti royal flush (pelajar freshie disuruh meletakkan kepalanya di dalam jamban dan pelajar senior akan flush jamban tersebut), helicopter (zakar freshies diikat dengan benang kepada kipas siling) menjadi kelaziman. Alasan berbuat demikian ialah untuk melekaskan proses kemesraan di antara freshies dan seniors. Mungkin aktiviti tersebut menghiburkan senior dan orang yang menyaksikannya tetapi bagaimana kita yang menjadi badut penderaan? Jawapan mereka mudah, "nanti bila kau dah senior, kau buat freshies pulak". Dan sikap membalas dendam itu menjadi tradisi.

Tetapi ada juga segelintir yang didera teruk semasa proses induksi tidak sanggup ianya berlaku kepada orang yang lain dan pengalaman itu biar padam. Justeru, dihalangnya daripada teman-teman senior melakukan perbuatan tersebut. Adakah sikap ini luar biasa?

Perkara yang sama berlaku kepada Rohani (lakonan Sharifah Amani) yang diaibkan bapanya dengan mencukur kepala. Rohani membawa adiknya lari ke Ipoh. Apabila bapanya (lakonan Rahim Razali) terlantar sakit di rumah sakit, Rohani dengan penuh kasih sayang pulang dan menjaga bapanya.

Tindakan lari dri rumah itu tidak dipaparkan sebagai tindakan memberontak seperti di dalam defines Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sebagai jalan untuk mencari perlindungan. Ia disampuk oleh Rohana (lakonan Sharifah Aleysha) dengan membacakan ayat 16:41 (ayat An-Nahl) yang menyebut:

"Orang-orang yang berhijrah dalam keredhaan Allah, sesudah mereka teraniaya, sesungguhnya Kami tempatkan mereka di dunia di negeri yang baik. Sesungguhnya pahala akhirat lebih besar, jika merka ketahui."

Muallaf adalah cerita tentang sebuah "Perjalanan"; seperti ungkapan kata Brother Anthony (lakonan Tony Savarimuthu), "setiap orang sedang mencari Tuhan dalam caranya sendiri".

Daripada seorang individualis (seperti kebanyakan daripada kita), keras kepala kepada seorang yang bertanggungjawab, belas kasihan dan suka menolong.

Perkenalan Brian-Rohani lebih banyak membawa kesan kepada "perjalanan perubahan" kepada diri Brian (gambar kanan) secara peribadi. Brian yang tidak menyukai haiwan peliharaan cuba melawan sifat tersebut dengan memastikan Uncle (nama kucing peliharaan Rohani dan Rohana) tidak kebuluran. Rutin Rohani dan Rohana menjaga seorang pesakit koma yang mereka sendiri tidak mengenalinya di hospital berdekatan juga seolah-olah membawa perubahan kepada Brian.

Rohani juga berjaya melembutkan hati Brian terhadap ibunya. Perbandingan hubungan anak-ibu Rohani dengan Brian-ibunya menyedarkan Brian bahawa dia lebih beruntung dari Rohani kerana masih memiliki seorang ibu. Akhirnya Brian kembali ke pangkuan ibunya sebagai tanda bahawa perwatakan Brian sudah sepenuhnya bulat balik ke titik asal-usulnya.

Unsur lain yang menarik perhatian saya dalam mengulas filem ini ialah gelagat umat Islam. Mereka meminum arak tanpa segan-silu di khalayak ramai tetapi takut memegang anjing. Ada juga (sebagai tambahan di luar filem) yang tidak memakan babi kerana haram tetapi berani melakukan zina. Ada yang yang tidak menjalankan rukun Islam tetapi mengaku penganut agama Islam!

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Tak payah susah-susah. Get Out!!!

Dalam N3 aku bertajuk "Nyahkan YB seorang ini!!" jelas aku dah nyatakan pandangan dan pendiriran aku terhadap Zul Nordin dan Khalid Samad dan pandangan tersebut masih kekal.

Apa-apa pun Zul Nordin tetap liabiliti yang patut dicampak dan dihumban daripada PKR/Pakatan Rakyat. Dan... Khalid Samad pada aku tetap seorang yang berpendirian teguh, rasional, berani, tahu strategi, ada semangat setia kawan, tegas, amanah dan jujur. Dia tahu apa yang dibuat dan tidak pernah condong daripada pendiriannya walaupun apa orang kata.

Dan aku pulak sedar dan tahu apa yang aku buat.... siapa yang aku sokong dan ke mana arah tuju yang aku ikuti. Pada aku Khalid Samad tetap seorang pemimpin Islam yang ada pendirian.

Lantaklah apa yang Zul Nordin buat.... report polis ke, kutuk ke, menyalak ke, pada aku apa yang dia buat tu, satu yang banggang!!! Dan... apabila orang kata dan sarankan dia masukUMNO, mengata yang dia sudah jadi barua UMNO.... aku memang setuju sesangat. Lagi cepat dia belah... lagi bagus. Lenyap satu bebanan buat PKR/Pakatan Rakyat.

Seperti yang aku katakan dulu, kalau dia sudah tak serasi dengan dasar dan ketetapan parti dan jika dia ada maruah.... letak jawatan sebagai MP PKR/Pakatan.

GET OUT!! FULL STOP!!

Usah Simpan Duri Dalam Daging - Pecat Zulkefli Nordin

SAYA telah lama menulis mendedahkan sikap dan perangai buruk ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin (foto). Bagaimana ahli parlimen ini hidup dalam penuh pembohongan, kelentung dan mengada-ngada. Dia berbohong sampai tidak berkerut kening. Dia juga suka mencari publisiti dengan apa saja isu dan di mana juga ruang terbuka.

Akhir-akhir ini dia jadi syok sendiri apabila mendapat liputan meluas akhbar kroni UBN dan juga televisyen. Dia suka dan syok namanya di sebut dalam akhbar dan tv.

Tindak tanduknya jelas menjejaskan parti yang diwakilinya, PKR dan juga Pakatan. Tetapi dia tidak peduli itu, asalkan dia dapat bercakap, cakapnya didengar dan diberi reaksi. Sebenarnya dia juga tidak pandai berpolitik, tidak tahu meletakkan dirinya dalam suasana politik menguntungkan partinya. Pemilihan Zulkefli Nordin sebagai calon antara dosa besar PKR dalam pilihan raya lalu.

Kepada anda yang tidak percayai mengenai gaya hidup Zulkefli ini, silalah turun ke Kulim Kedah. Selidik dan tanya rakyat di sana. Kebetulan saya mempunyai pengalaman sendiri mengenai gelagat dan tindak tanduk beliau ini. Malahan orang ini pernah makan dan minum di rumah saya lebih dari dua kali...

Ingatkah anda sekali, kemenangannya di Bandar Baru - Kulim dibantah oleh calon Umno, Abdul Aziz Sheikh Fadzil. Sebab atau kesalahan bantahan itu ialah kerana Zulkefli tidak menghantar penyataan perbelanjaan pilihan raya disertainya tahun 2004.

Bukti itu memberi peluang besar kepada Aziz untuk mendapat perintah agar kerusi itu dikosongkan. Tetapi kenapa tiba-tiba saja Aziz menarik balik petisyen itu? Ini ramai yang orang tidak tahu apa yang berlaku di sebalik pembatalan itu. Pembatalan itu bukan saja-saja melainkan ada kira-kira di sealiknya.

Zulkefli sangat takut dan bimbang dengan petisyen yang dibuat oleh Aziz itu. Dia takut kehilangan kerusi itu. Dalam masa sama pihak PKR juga telah meminta beliau mengosongkan kerusi berkenaan kerana merasakan peluang untuk beliau dapat mempertahankan adalah sangat tipis.

Parti telah mengarahkan beliau mengosongkan kerusi berkenaan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kenapa? Inilah yang orang tidak tahu apa yang berlaku di sealik kejadian itu. Sebenarnya secara diam-diam Zulkefli sudah berunding dengan pihak Aziz Sheikh Fadzil. Seorang lawyer di Kuala Lumpur yang bertindak bagi pihak Zulkefli, yang juga kawannya dan juga kawan saya mengetahui proses rundingan ini.

Apabila saya mendedahkan telatah dan sikap Zulkefli ini ada yang tidak mempercayainya termasuklah orang PKR sendiri. Terutamanya golongan muda yang teruja dengan janji dan cakap-cakapnya yang berkobar-kobar untuk memperjuangkan Islam. Mereka ini hanya mendengar cakapnya tetapi tidak melihat perbuatannya.

Bagi mereka yang ada pengalaman, kisah-kisah tersendiri dan melihat apa yang Zulkefli lakukan tidak tergamak untuk menerima beliau sebagai seorang pemimpin apa lagi ahli Parlimen. Beliau bagi saya bukan saja sudah melampau dengan tindak tanduknya tetapi seorang yang jahil politik dan tidak berintergriti.

Misalnya kalau dia faham politik dia tidak akan membuat laporan polis terhadap Khalid Abdul Samad. Beliau boleh berlawan dengan Khalid secara senyap saja. Tetapi kerana beliau syok sendiri dan mahukan publisiti murah maka beliau terpaksa menjadikan Khalid sebagai sasarannya. Khalid Samad bukannya musuh Islam nombor satu di negara ini yang patut diperangi seperti mana di lakukan ahli parlimen berkenaan!

Jadi hari ini kalau ada orang mencadangkan agar PKR memecat Zulkefli dari parti itu ia adalah saranan paling tepat. PKR atau Anwar Ibrahim tidak perlu merasa sayang lagi kepada Zulkefli ini. Saya melihat sendiri bagaimana Anwar cukup menjaga hati Zulkefli walaupun tindak tanduk Zulkefli banyak menyusahkan Anwar.

Kalau pun PKR pecat Zulkefli ia tidak memberi kerugian apa-apa. Kalau dulu Pakatan Rakyat mengharapkan akan berlaku rampasan kuasa dalama Parlimen, tetapi cita-cita itu kini sudah pun tidak ada lagi. Saya berani tegaskan kalau pun Pakatan mengharapkan undi dari Zulkefli Nordin di Parlimen selama ini ia tidak akan tercapai sebab janji dan ikrarnya dengan Najib Razak mengikat beliau untuk tidak dapat berbuat apa-apa.

Kepada PKR dan Anwar eloklah kalau keluarkan saja duri itu dari daging. Bukan saja Anwar dan PKR yang merasa lega dengan pemecatan itu, penyokong Pakatan Rakyat yang mengetahui hipokrasi Zulkefli juga akan merasa lega. Cukuplah bagi Anwar melayan seorang manusia yang tidak tahu menerima budi. Sekarang inilah elok kalau PKR Kedah merisik calon baru untuk diletakkan di kerusi berkenaan bagi menggantikan Zulkefli Nordin.

MSO

Kes pasir Selangor....tiada kes tapi media perdana canang satu malaysia macam dah bersalah...Terbukti SPRM berniat jahat terhadap PR Selangor...




Haji Hussein Ahmad (Setiausaha Yaakob Sapari (EXCO negeri Selangor) dilepaskan oleh SPRM... SPRM cakap tak ada kes...apa da, siap gari-gari masuk utusan meloya, masuk berita hairan, masuk TV3 suku, tiba-tiba kata tiada kes.

Suka-suka tangkap, suka-suka gari...lain kali siasat dulu baru tuduh, bukan tuduh dulu baru siasat....

Kita tidak harus memberi sumbangan lagi kepada Umno dan Barisan Nasional - Nasharudin

Buat perubahan untuk elak kemudaratan berterusan - Nasharudin

PADANG SERAI, 24 Jan: Timbalan Presiden PAS,Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyeru supaya masyarakat supaya segera membuat perubahan dalam negara sekiranya tidak mahu kesesatan dan kemunduran berterusan melanda negara ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian PASTI Al Munawwarah, Taman Lagenda, Padang Serai, Kedah.

Menurut beliau, perubahan harus dan mesti berlaku dengan segera apabila rakyat menyedari bahawa mereka selama ini berada dalam kemunduran dan kesukaran hidup yang begitu parah, setelah kerajaan melaksanakan kaedah penjimatan yang menyusahkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

"Kita tidak harus memberi sumbangan lagi kepada Umno dan Barisan Nasional. Caranya ialah jangan lagi memberi peluang kepada mereka untuk terus menerus mendapat kuasa untuk memerintah negara.

"Sehubungan itu perubahan harus dan mesti dilakukan dengan segera. Sekiranya perubahan ini tidak dilakukan maka kita sudah pasti akan berada dalam kesesatan dan kemunduran berterusan yang akan menjadikan kita sebagai mangsa kepada keadaan yang ada kini.

"Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mendapat kuasa untuk mentadbir negara maka hal dan hak yang berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah menjadi perjuangan utama kita.

"Oleh kerana itu bermula pada saat ini rakyat sudah harus membuat persediaan untuk mengorak langkah bagi mengubah kerajaan yang sedia ada supaya kemelesetan ekonomi dan kesukaran hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat kini dapat diperbaiki melalui pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh PR,"katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali dan kepimpinan PAS kawasan Padang Serai.

Zaid: UMNO-BN Gagal Pertahan Dasar Sendiri

KOTA DAMANSARA, 24 Jan - Kegagalan pemimpin kerajaan UMNO-Barisan Nasional mengawal polimik isu kalimah Allah meletakkan rakyat dalam situasi keliru.

Fenomena yang wujud sejak sekian lama sebenarnya mendedahkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional untuk mempertahankan dasar sendiri.

“Yang menjadi punca masalahnya ialah, bila kerajaan Barisan Nasional sendiri melarang Herald menggunakan perkataan Allah dalam majalah, dia melanggar dasar dia sendiri. Dasarnya terbukti dalam enakmen-enakmen agama Islam yang saya sebut tadi. Enakmen yang mengatakan kita tidak boleh menggunakan perkataan ini dalam mengembangkan agama. Dia tidak kata tidak boleh gunakan dalam semua keadaan”, tegas beliau.

Begitu kata Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di sini pagi tadi.

Dasar yang dirujuk ialah peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988).

Kata beliau, masyarakat harus faham konteks enakmen bertujuan menghalang perkembangan agama selain Islam kepada masyarakat Islam.

Menurut beliau, sekirannya politik dicampur-adukkan dengan isu agama maka masyarakat akan berpecah-belah.

Zaid menyeru kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk terus memperjelaskan perkara ini agar rakyat tidak terkeliru dengan permainan politik UMNO-Barisan Nasional.

“Sebab itu perbezaaan antara perkembangan dengan penggunaa biasa itu kita kena faham. Kalau tidak orang politik menggelirukan isu tersebut. Sebab itu saya merasakan perlu, selain daripada pandangan ulama, dari segi dasar kerajaan Barisan Nasional sendiri. Jadi saya harap dengan kefahaman ini, kita tidak lagi menjadi kecoh”, katanya.

Zaid yang ditemui menyatakan kekecewaan beliau terhadap umat Islam bertelagah berkenaan isu hangat kalimah Allah.

Polis Harus Bertindak Profesional


Beliau berkata, perkara tersebut seharusnya tidak terjadi tambahan pula jam belum lagi menunjukkan 12.00 malam.

“Dia tidak memberi permit kepada kami dan kita pun memang sudah memohonnya. Apa pun ini tidak membenarkan dan memberi dia sebab untuk datang ke atas pentas dan jam pun belum pukul 12 tengah malam lagi, dengan cara yang begitu kasar di depan khalayak ramai,” katanya.

Beliau berkata tindakan polis yang tidak profesional itu memberi gambaran kepada peningkatan jenayah kerana mereka banyak tertumpu kepada perhimpunan Pakatan Rakyat.

“Saya rasa kalau kita tengok polis yang betul-betul profesional dalam negara kita memang jauh bezanya dan kerana itulah kita melihat peningkatan jenayah meningkat kerana banyak sangat fokus dan tumpuan kepada pihak pembangkang daripada penjenayah sebenarnya di luar sana perogol, penjenayah dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiusaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata tindakan polis menghentikan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memalukan negara.

“Saya rasa memalukan negara kerana negara kita Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara. Sekiranya Datuk Anwar Seri Ibrahim ada mengeluarkan kata-kata yang melanggar undang-undang, polis boleh mengambil tindakan, tetapi melarang pemimpin berjumpa dengan rakyat sewaktu ceramah, ini adalah taktik kotor,” katanya.

Beliau berkata tindakan terdesak polis malam tadi juga mencerminkan Umno/BN semakin resah apabila ceramah itu turut membincangkan perkara sebenar yang terjadi di dalam negara.

“Yang memang menunjukkan Umno/BN semakin hari semakin risau, mereka takut rakyat mengetahui perkara sebenar, pepatah Melayu ada menyebut, takut kerana salah dan berani kerana benar. Sekiranya benar, mengapa takut memberi pemimpin PR ceramah,” katanya.

Pengharaman buku Sisters in Islam ditarik balik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik balik pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' yang dikuatkuasakan lebih setahun setengah yang lalu.

Buku berkenaan diedit oleh pakar sosiologi dari Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Norani Othman dan diterbitkan untuk NGO, Sisters in Islam (SIS).

Buku berkenaan adalah kumpulan esei nukilan aktivis dan para intelektual antarabangsa. Ia diharamkan oleh kementerian dalam negeri pada 31 Julai 2008 atas alasan ia boleh mengugat ketenteraman awam.

Ia juga dikatakan boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam, khususnya wanita.

Dalam penghakimannya, petang tadi, hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata dia gagal melihat bagaimana buku berkenaan boleh menganggu ketenteraman awam seperti yang didakwa.

"Buku berkenaan berada di pasaran sejak 2005 tetapi hanya diharamkan pada 2008," kata Mohamad Ariff.

"Lagi

pun, hanya tujuh daripada 215 muka surat yang didakwa boleh memudaratkan."

Dalam reaksi spontan, Norani berkata penghakiman itu adalah berita baik bagi kebebasan berakademik.

"Buku itu tidak menyentuh prinsip Islam tetapi mengenai undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah Syariah." katanya.

Hampir separuh daripada 3,000 berkenaan telah terjual sebelum ia diharamkan.

Zulkifli jawab emel Anwar, dakwa penasihat PKR tidak neutral

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 25 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung laporan polis terhadap Khalid Samad, tidak bertindak secara neutral dalam isu itu.

Pada masa yang sama, Zulkifli menegaskan beliau tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap rakan sejawatannya dari PAS itu.

“Saya tidak akan menarik balik laporan terhadap Khalid. Jika mahu saya menarik balik laporan polis, Khalid juga mesti menarik balik kenyataannya yang mendakwa enakmen agama Islam Selangor sudah ketinggalan zaman dan beliau juga perlu memohon maaf,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Zulkifli menyatakan demikian dalam respons yang dihantar kepada Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 11.30 pagi tadi menerusi emel.

Beliau mengakui menerima emel daripada Anwar semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar sebagai seorang pemimpin dan beragama Islam seharusnya mengambil pendirian neutral dalam isu tersebut.

“Saya menulis kepada Anwar bahawa saya menghormati perbezaan pendapat sebagaimana dikatakan beliau dalam emelnya. Tetapi sebagai seorang pemimpin dan yang beragama Islam, beliau juga seharusnya mengambil tindakan yang neutral.

“Sebaliknya beliau mengambil pendirian berpihak, beliau menyokongnya (kenyataan Khalid),” kata Zulkifli.

Dalam emel itu, kata Zulkifli, Anwar meminta beliau menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Khalid kelmarin dan harus menerima perbezaan pandangan yang wujud dalam parti termasuk dalam Pakatan Rakyat.

Malah dalam emel itu, Anwar juga memaklumkan bahawa tindakannya akan dirujuk kepada biro politik, yang dijadual bersidang esok.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan, Zulkifli akan berhadapan dengan tindakan disiplin atas tindakan terbarunya ini.

Selain mengatakan Zulkifli sudah melampaui batasan, Anwar berkata, beliau turut kecewa dengan tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid.

Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok.

Mengulas lanjut jawapan yang dihantar kepada Anwar, Zulkfili menjelaskan, beliau tiada masalah dengan PKR dan PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, tambah beliau, hanya Khalid yang telah melampuai batasan dengan mengesyorkan agar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dikaji semula atas alasan sudah ketinggalan zaman.

“Saya membuat laporan polis kerana Khalid secara peribadi telah membuat kenyataan sedemikian yang pada pandangan saya telah membuat kenyataan bersifat jenayah.

“Saya merasakan beliau telah menghina umat Islam, sekali gus mengetepikan sokongan umat Islam dari Pakatan,” katanya.

Mengenai kemungkinan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin, Zulkifli berkata, beliau bersedia dan tidak risau untuk berhadapan dengan apa juga tindakan.

“Parti mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan dan saya juga mempunyai hak untuk memberikan pandangan,” katanya.

“Saya merasakan parti seharusnya menghargai pandangan saya... saya memberi pandangan yang memihak kepada parti agar sokongan umat Islam tidak beralih daripada Pakatan,” katanya lagi.

Tengah hari semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno.

Hari ini, salah seorang pemimpin PKR Datuk zaid Ibrahim menggesa agar parti itu memecat Zulkifli atas tindakannya itu.

Wakil Jawatankuasa: Kelantan tolak, Awang Adek dan Umno khianat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar tindakan Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mendakwa bahawa sebuah jawatankuasa yang turut disertai kerajaan negeri Kelantan akan ditubuhkan bagi menentukan jenis projek dan kaedah penyaluran wang ihsan.

Awang Adek cuba menunjukan bahawa Kelantan seolah-olah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa. Kenyataan putar belitnya jelas menyimpang jauh dengan pendirian Kelantan yang menolak idea Wang Ehsan bagi mengantikan Wang Royalti bagi isu minyak dinegeri itu. Menteri Besar kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan;

“Kalau dijemput untuk runding terima wang ihsan, saya tak akan pergi, kerajaan negeri seratus-peratus akan tolak. “

“Kalau nak bagi ihsan tak payah rundinglah, kerana dia paksa dan saya tidak akan terima”

Sebagai orang Kelantan, Awang Adek sewajarnya mempunyai rasa kebersamaan dengan rakyat untuk pertahankan hak dan sumber negeri Kelantan bukannya mengkhianati rakyat.

Kempen Umno Juara Rakyat di Kelantan sudah gagal sebelum dilancarkan dek kerana isu tuntutan Royalti ini.

Maka PAS mengingatkan Awang Adek yang menjadi Timbalan Menteri dari pintu belakang pejabat Perdana Menteri agar tidak memainkan wayang pacak yang enggan dilihat oleh rakyat. Tuntutan rakyat Kelantan jelas, bayar wang royalti bukan wang ehsan.

Kalau Kelantan terima wang ehsan hari ini maka sampai bila-bila pun ianya akan kekal wang ehsan sama seperti yang BN Terengganu hadapi sekarang.

Maka rakyatlah yang akan rugi kerana berbilion wang royalti yang jadi hak negeri telah dirompak oleh Kerajaan Persekutuan. Ketahuilah, rakyat Kelantan bukannya peminta sedekah sampai perlukan duit ehsan, rakyat Kelantan berhak dapat Royalti.

PAS berharap dengan keputusan tegas Kerajaan Negeri itu, maka wang ehsan tidak menjadi keperluan atau isu sekarang.

Sekiranya wang ehsan itu masuk ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan maka ianya adalah wang haram dari segi semangat federalisme.

PAS yakin, Umno akan mengunakan wang itu sepenuhnya bagi menjalankan kempen Umno Juara Rakyat di kelantan dengan menaja wakil rakyat dan Umno Bahagian mengadakan program bersama rakyat.

PAS juga yakin rakyat Kelantan memahami perkara ini, dan sesekali tidak akan membiarkan Kelantan menjadi seperti Terengganu yang kembali kepada BN setelah wang ehsan ditaburkan.

PAS juga mahu Jabatan Audit Negara memeriksa akaun Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan oleh BN disemua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, kerana rakyat mahu tahu berapa banyak duit mereka dibazirkan oleh ‘Kerajaan haram BN’ ini.

Ust Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sultan Selangor Gesa Hakim Syarie Tidak Lengahkan Prosiding Mahkamah

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggesa agar hakim Mahkamah Syariah di negeri itu tidak melengahkan prosiding tanpa alasan yang munasabah dan menyelesaikan kes dalam tempoh masa yang sepatutnya.

"Beta seringkali mendapat aduan daripada orang ramai tentang kes-kes Mahkamah Syariah yang tertangguh agak begitu lama hanya disebabkan oleh perkara-perkara remeh, yang sepatutnya boleh dielakkan seperti hakim menghadiri kursus, peguam syarie mempunyai kes lain, saksi tidak dapat hadir, prosiding tidak lengkap dan sebagainya.

"Justeru, beta menyeru kepada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)mengatasi masalah ini agar kes-kes atau perbicaraan dijalankan mengikut jadual dan diharapkan ia dapat diselesaikan dalam tempoh masa sepatutnya," titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Syariah Negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah keutamaan hendaklah diberi kepada kes-kes Mal yang melibatkan rumahtangga agar tidak ada pihak yang teraniaya akibat kelalaian pihak tertentu.

Beta juga tidak mahu lagi mendengar aduan-aduan negatif terhadap institusi kehakiman Syariah yang secara tidak langsung menjejaskan imej agama Islam di Selangor, titah baginda.

Sultan Selangor turut menyeru hakim Mahkamah Syariah agar mematuhi segala etika sebagai seorang hakim yang berwibawa, tegas dan berkeyakinan dalam mengendalikan setiap kes.

Titah baginda, seseorang hakim Mahkamah Syariah akan melanggar etika kehakiman apabila membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas kehakiman hingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang hakim.

Justeru, baginda menasihatkan hakim tersebut melaksanakan keadilan sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak dan memberi penghakimannya berdasarkan undang-undang berkaitan ketika mendengar sesuatu kes.

"Apabila menjalankan tugas-tugas kehakiman, beta berharap seseorang hakim Mahkamah Syariah itu mestilah berada dalam keadaan tenang dan sempurna supaya dapat memberi penghakimannya dengan baik.

"Seseorang hakim Mahkamah Syariah juga mestilah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang dihakimi dan mendengar dalam keadaan terbuka akan hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak," titah baginda.

Sultan Selangor juga berharap dengan penambahan bilangan hakim Mahkamah Syariah di negeri itu, JAKESS dapat menguruskan kes-kes Mal dan jenayah serta kes-kes Mahkamah Rayuan secara lebih efisien dan sistematik.

"Sistem E-Syariah yang sedia ada haruslah dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya agar ia membantu para hakim dan kakitangan JAKESS mengendalikan rekod-rekod dan maklumat mengenai setiap kes dengan lebih berkesan," titah baginda. - BERNAMA

Pemimpin PR Sokong Nik Aziz Tolak Pelawaan Kerajaan Pusat

Pimpinan Pakatan Rakyat menyokong pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menolak tawaran rundingan dengan kerajaan pusat untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan Kelantan bagi membincangkan isu wang ihsan negeri yang menggantikan royalti minyak negeri itu.

Nik Aziz berkata jika kerajaan pusat hanya sekadar mahu membincangkan isu wang ihsan, pihak kerajaan negeri tidak akan menghantar wakil.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein menyatakan hasrat kerajaan pusat akan melantik beberapa wakil kerajaan Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pembangunan wang ihsan.

Namun cadangan itu ditolak Nik Aziz berpaksikan, rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak, bukan wang ihsan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pendirian Nik Aziz mencerminkan ketegasan beliau dalam memperjuangkan hak rakyat Kelantan.

"Kita kena sokong pendirian Kelantan. Sebab jika kita hanya wakil ke rundingan itu, ia memberi makna kita bersetuju bahawa Kelantan hanya layak dapat wang ihsan sahaja bukan royalti", uajra Mustafa.

Difahamkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan bermula Mac tahun ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis berkata, cadangan yang dikemukakan Awang Adek itu jelas mencerminkan kerajaan pusat mulai cemas dengan sokongan padu rakyat yang diterima kerajaan negeri itu.

"Cadangan yang dibuat Awang Adek ini menggambarkan rasa cemas kerajaan berikutan Ku Li sendiri tidak bersetuju dengan cara pengendalian kerajaan ini menangani masalah ini. Dan Tun salleh Abbas yang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penubuhan Petronas dan menggubal akta yang berkaitan dengan royalti ini" tambahnya.

Mahfuz juga berkata kerajaan pusat tidak konsisten dalam memperjelaskan status sebenar hak royalti negeri pengeluar minyak itu.

"Dulu mereka kata Kelantan tidak berhak. Kini mereka mahu bagi wang ihsan pula. Kalau betul Kelantan tidak berhak, maka wang ihsan pun negeri itu tidak berhak dapat."

Dalam pada itu, Nik Aziz memberi amaran kepada kerajaan pusat yang bertali arus melancarkan siri dolak dalih mereka dalam usaha menafikan hak rakyat negeri itu.

Beliau mengulangi pendiriannya, tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat mendoakan kemusnahan pemerintahan kerajaan pusat.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata kerajaan pusat bertindak tidak rasional jika mereka memutar belitkan isu amaran doa ini.

"Tok Guru suruh doakan ? Tok Guru tidak suruh bom kan ? Tok Guru tidak suruh pedangkan ? Dia hanya minta doa. Jadi apa takut dengan doa ? Apa ganasnya ? Doa orang- orang yang dizalimi akan dimakbulkan tuhan. Terpulang pada orang UMNO nak senyum ke...nak sengeh ke...yang penting rakyat Kelantan dapat balik hak mereka" ujarnya lagi.

Kelantan menyertai beberapa negeri pengeluar minyak yang dinafikan hak mereka oleh kerajaan pusat.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu menggerakkan tuntutan sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang tertunggak sejak 2004.

Tuntutan tersebut turut disokong bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah melalui suratnya kepada Nik Aziz.

Ku Li dalam surat sokongannya itu menyifatkan ia sebagai hak kerajaan negeri Kelantan dan beliau sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu.

Awal Ogos lalu, Kelantan menghantar jurutera pengukur mereka ke pelantar minyak Cakrawala bagi mengukur jarak sebenar pelantar tersebut dari perairan negeri itu.

Hasilnya, pelantar tersebut disahkan terletak hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan iaitu jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Melayu yang tak perlukan Ibrahim Ali

Saya kenal Datuk Ibrahim Ali. Dia juga mungkin kenal saya. Secara peribadi, dia ada banyak sifat-sifat yang baik. Dia baik walaupun selalu kelihatan sombong dan ego. Antara kebaikannya yang saya ingat sangat ialah beliau seorang yang pemurah. Memang, banyak kali juga dia belanja saya minum. Tetapi segala puji bagi Allah s.w.t., saya tidak pernah meminta atau mengambil walau satu sen pun darinya.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu Ibrahim mempunyai banyak kelemahan. Tak payahlah saya tulis.

Ibrahim kini kelihatan sedang bersusah payah untuk menampilkan dirinya sebagai hero Melayu sekaligus hero Umno.

Sebagai hamba Allah Yang Maha Esa, saya tidak membantah malah bersyukur dengan ketetapan-Nya yang menetapkan saya menjadi orang Melayu. Saya bersyukur emak saya, pak saya, isteri saya dan anak-anak saya diketegorikan sebagai bangsa Melayu. Itu ketetapan Allah kepada kami dan saya amat bersyukur dengan ketetapan-Nya itu.

Saya juga benci dengan orang-orang yang terus melabelkan orang yang bercakap tentang kepentingan dan nasib bangsa Melayu sebagai 'asabiyyah.

Bagi saya, 'asabiyyah ialah bersikap double standard terhadap saudara, kumpulan atau gang sendiri. Kalau orang lain kita kutuk. Kalau gang kita sendiri, kita tolong dia buat jahat dengan membela kejahatannya atau menyembunyikan kejahatan penjawat awam yang menjadi gang kita.

Umpamanya, kalau orang lain mengamalkan kronisme kita hentam dengan penuh histeria. Kalau kena pemimpin parti yang kita sokong, kita jadi histeria bila salah lakunya dikritik. Jangankan kritik, tegur pun tak boleh.

Tak ikut saluran kononnya. Membuka pekung di dada kononnya (sila baca posting bertajuk "'Asabiyyah Barisan, 'asabiyyah Pakatan (III)").

Walaupun saya selalu memohon Allah yang kita kasihi membantu saya menjauhi 'asabiyyah seperti memohon perlindungan dari neraka, saya kasih dan saya sayang bangsa saya, Melayu.

Tetapi, saya terpaksa memohon maaf kepada Ibrahim kerana saya langsung tak memerlukan orang-orang seperti beliau untuk mempertahan dan membela bangsa saya.

Berkaitan:
Perkasa to defend against ‘disrespectful non-Malay leaders’ (Malaysian Insider 25/1/10)\

Aduka Taruna bunuh diri? bukan blogger PAS - HermanSamsudeen

Apasal la bodoh sangat Aduka Taruni nie sampai buat artikel mengutuk almarhum Sultan Johor yang telah mangkat. Baginda Sultan kini sudah putus hubungan dengan hal ehwal dunia. Kini Baginda sudah disambut malaikat di alam barzakh. Jadi tak perlulah nak tulis artikel untuk memburuk-burukan dia lagi.

Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;

“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”

Walaupun artikel itu sudah dikeluarkan dan beliau mohon maaf, tapi itu semua sudah tak dapat diubah lagi. Kemarahan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan sentimen politik tidak dapat dihalang. Tidak semua kesilapan boleh diselesaikan dengan maaf.

Tindakan beliau ini boleh saya umpamakan sebagai bunuh diri? memang satu tindakan liar yang tidak berakhlak. Memang wajarlah kalau ada orang marah sampai buat laporan polis. Malah ada yang mahu dia di penjarakan dalam ISA.

Apa sahaja untuk Aduka buat masa ini. Makian, cacian dan demo yang dibuat sudah cukup menunjukan dosanya pada almarhum Sultan. Itulah akibatnya bila hina orang yang sudah meninggal dunia. Dia kena minta maaf pada almarhum Sultan bukan pada rakyat Malaysia sahaja. Tapi bagaimanakah orang yang sudah tiada boleh memaafkannya. Memang malang nasibmu Aduka.

Selama ini sudah ramai orang menegur cara penulisan Aduka yang kasar dan biadap. Tapi dek kerana begitu ramai yang ketagih dengan cerita-cerita yang dibuatnya maka dia lupa akan teguran-teguran itu. Makin besar kepala. Tapi apa boleh buat, dia memilih jalan itu.

Yang pasti dia bukanlah blogger PAS. Mungkin sesekali dia bercakap macam orang PAS, tapi yang pasti dia bukanlah blogger PAS macam Tulang Besi. Dia mungkin sayang PAS tapi hatinya masih berkecamuk dengan pelbagai ideologi peribadinya. Sebab itu dia suka pakai label “pemerhati bebas”.

Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya dia silap lompat. Tak sempat nak perhatikan, dia sudah jatuh ke tanah. setiap manusia ada kelemahan dan kesilapan. Jadi harap beliau belajar dari kesilapan paling bodoh yang beliau pernah lakukan hari ini. Dalam hal ini saya meminjam label Aduka..saya hanya ‘pemerhati bebas’, terpulanglah apa kerabat Johor nak buat padanya.

Kepada Blogger-blogger lain, ambilah ini sebagai satu pengajaran. Orang yang sudah meninggal dunia, biarlah dia pergi dengan aman. Kita berikan doa dan maafkan dosanya. Moga Allah juga mengasihani kita.

Melayu Bukan UMNO Bertaraf Lebih Rendah Dari Kaum Cina dan India

Di bawah adalah sepucuk surat dari Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Surat tersebut menyuruh pihak JKR Batu Pahat menyenarai hitamkan beberapa kontraktor Melayu Islam yang didapati menyokong pembangkang.

Ini bererti peluang ekonomi dalam bentuk kontrak dan projek hanya diberikan mengikut fahaman politik dan bukannya mengikut kelayakan serta kemampuan seseorang. Ini bererti diskriminasi berlaku bukan sahaja kepada orang Cina dan India, tetapi juga pada orang Islam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

SOALNYA SEKARANG

Soal sekarang adalah adakah wang JKR itu hak UMNO atau hak rakyat? Mengapa Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berlagak seperti wang tersebut milik bapak dia?

Soal lain adalah bukankah penyokong pembangkang juga rakyat Malaysia yang membayar cukai, tol dsbnya? Kenapa mereka tidak layak menerima kontrak dari kerajaan hanya kerana mereka menyokong pembangkang?

Soal lain, bukankah ”pembangkang” di dalam Perlembagaan Malaysia sebuah entiti yang sah mengikut undang-undang? Malahan bukankah pembangkang sebuah entiti yang bernaung di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung?

Buktinya, sewaktu Yang Di Pertuan Agung memberi titah Baginda setiap kali bermulanya sessi parlimen, ketua pembangkang and semua ahli pembangkang berada di dalam dewan yang sama dengan anggota Kerajaan?

Soal sekarang, mengapa pembangkang di diskriminasi dengan sebegitu teruk sekali oleh UMNO. Mengapa apabila di dalam bab”membayar” seperti cukai, tol, dsbnya, penyokong pembangkang terpaksa membayar seperti orang lain, sedangkan dalam bab ”menerima” seperti kontrak, bantuan dsbnya, pembangkang di diskriminasi?

Secara spesifik, saya mengenali reputasi Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat ini, saudara Fuad Zarkashi. Beliau ini, sewaktu zaman mahasiswa dahulu, pernah menjadi naqib usrah dan seorang pendakwah.

Di dalam UMNO Johor, beliau dikenali sebagai seorang tokoh agama dan tokoh Islam. Malangnya, beliau juga adalah seorang yang zalim dan seorang yang buta keadilan.

Sekiranya, seorang yang beragama di dalam UMNO buleh bersikap begitu zalim dan tidak adil, saya tak sanggup untuk memikirkan bagaimana sikap tokoh-tokoh UMNO yang lain, yang tiada latar belakang agama.

MARI KITA BUANG UMNO KE LAUT CINA SELATAN

Itu lah sahaja jalan yang sebaik-baiknya kalau kita mahu melihat orang Melayu mampu bersaing dengan kaum lain di Malaysia dari segi ekonomi.

Tulang Besi

MB Perak: Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menulis bahawa mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada BN pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.