Rabu, 20 Januari 2010

PR semakin gah, kezaliman BN kian terbongkar

Oleh Nor Ani Karma

abu-bakar IPOH – Pakatan Rakyat (PR) Perak akan meningkatkan kualiti dan komitmen bekerja untuk rakyat bagi menyelamatkan rakyat dari terus ditipu oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain (gambar) berkata, PR Perak khususnya akan memastikan rakyat mendapatkan maklumat yang benar supaya semua rakyat jelata mengetahui dengan jelas perjuangan rakyat didokong oleh PR.

“Jika tidak kerana rampasan kuasa yang dilakukan oleh Umno-BN, sudah semestinya rakyat Perak akan hidup dengan aman di bawah pentadbiran PR,” kata beliau kepada Free Malaysia Today ketika ditemui pada majlis makan malam PR Perak, di sebuah hotel di sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, “dalam masa sama, PR Perak khususnya tidak sesekali akan memberi peluang kepada Umno-BN untuk meracuni pemikiran rakyat jelata dengan pelbagai lakonan bagi menutup kezaliman Umno-BN merampas negeri Perak secara tidak sah.”

Beliau menggesa agar rakyat menilai dengan sebaiknya bagaimanakah sepanjang PR memerintah lima negeri, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adakah bangsa dan rakyat yg ditindas.

“Tetapi sepanjang 50 tahun BN memerintah hak rakyat sudah banyak tergadai akibat rasuah dan salahguna kuasa,” terang beliau.

Katanya, Umno sedang dalam proses memulihkan imejnya melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.

“Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno, tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai.

“Sebagai contoh kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang berleluasa, kehilangan enjin pesawat dan kes Menteri Besar Perak yang belum selesai,” ujarnya.

29 Januari Keputusan Dapatkan Dokumen, Sekali Lagi Perbicaraan Anwar Ditunda

Keputusan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan dokumen penting dari pihak pendakwaraya bagi membantunya membela diri dalam perbicaraan kes sodomi ditunda ke 29 Januari.

Sementara itu, kes perbicaan tuduhan sodomi II yang dijadualkan pada 25 Januari ini juga ditunda kepada 2 Februari depan bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan menguruskan kes dokumen terlebih dahulu.

Panel 3 hakim yang bersidang hari ini memutuskan demikian selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

Hakim Besar Malaya, Arifin Zakaria mengumumkan bahawa mahkamah tidak dapat membuat keputusan petang tadi.

“ Ini merupakan mahkamah persekutuan, keputusan ini memberi jaminan di semua mahkamah. Ini adalah penting untuk meraka dan ini merupakan satu permohonan untuk dokumen, dokumen adalah amat mustahak untuk sebarang perbicaraan” ujar peguam Anwar, Karpal singh.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan dokumen dan bukti disorokkan pasukan pendakwaraya diserahkan kepada pasukan peguambela.

Anwar berhujah dokumen dan bukti-bukti yang disembunyikan ini membuktikan beliau tidak bersalah, dan perlu untuk membantu persiapan peguambela.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membatalkan perintah ini dengan alasan pasukan peguambela tidak boleh memancing bukti sebelum perbicaraan bermula.

“ Kami juga gembira kerana perbicaraan pada 25 Januari ke atas Datuk Seri Anwar telah dikosongkan kepada 2 Februari, jika mahkamah ini membenarkan permohonan oleh kami, kami akan mendapat peluang mendapatkan bukti yang kami perlukan untuk persediaan yang lebih baik kepada pelanggan kami, Datuk Seri Anwar” ujar Sankara.

Ujarnya lagi, bahan bukti seperti laporan perubatan, rakaman kamera litar tertutup di kondominium termasuk dua lif dan beberapa bahan lain merupakan bahan bukti yang paling penting dan tanpa bahan bukti berkenaan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghadapi perbicaraan berkenaan.

"Ini terbukti genting. Tanpa bahan bukti bukan mudah atau tidak adil kepada Datuk Seri Anwar dalam pembelaannya dan mengapa kami begitu gembira kerana mendapat rehatsekali-sekala dan mendapat peluang untuk mendapat terbukti" tambahnya lagi.


DS Nizar - 1 Tahun Perak digenggam Kudeta : Pilihanraya DUN hampir sah !


Oleh : bumi perak
Majlis meraikan pemimpin Pakatan Rakyat serta Media bagi memperingati genap 1 tahun Tragedi Rampasan Kuasa yang telah berlaku pada 7 Februari 2009 dimana Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar dipanggil mengadap, melepas jawatan di Istana Kinta Ipoh dan esoknya majlis angkat sumpah kerajaan baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 8 Februari 2009 setahun yang lalu.


Kira-kira 100 orang telah hadir antaranya YB Dato Ngeh Koo Ham, YB Zainuddin Mohd Yusof , YB Sivakumar, YB Dr Lee Boon Chye serta ADUN-ADUN Pakatan Rakyat lainnya, wakil media serta pendokong Pakatan Rakyat di kediaman Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di Sungai Rokam, Ipoh pagi tadi.













Program yang dipengerusi oleh Dr Kairudin Abd Malik menyatakan majlis ini adalah pelancaran kepada beberapa program yang diatur. Acara ekspedisi konvoi pemimpin Pakatan Rakyat akan menjelajah seluruh daerah Negeri Perak membawa mesej penerangan Tragedi Rampasan Kuasa yang berlaku setahun yang lalu. Ekspedisi ini akan bermula dari pokok demokrasi, Ipoh kemudian akan singgah di bandar-bandar ke utara sehingga Parit Buntar, ke selatan sehingga Tanjong Malim dan ke timur ke Lumut dan bandar Teluk Intan. (sumber)

MB S'gor nafi PKR Kuala S'gor pimpinannya lumpuh

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan Parti Keadilan Rakyat cabang Kuala Selangor yang diketuainya 'lumpuh' dan telah dibubarkan.Beliau mengulas dakwaan timbalan ketua PKR cabang Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, bahawa cabang itu telah terbubar, ekoran tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya, telah meletak jawatan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata, tidak ada mesyuarat diadakan untuk membubarkan cabang itu.

"Pemilihan akan berlaku tahun ini untuk AJK baru pada Mac. Itulah sebabnya sesetengah nak berhenti," katanya.

Khalid berkata krisis seperti itu adalah satu perkara lazim yang menimpa beliau.

"Mereka yang tidak sealiran dan tidak sehaluan lebih baik keluar daripada menyukarkan parti untuk diurus," katanya.

Khalid berkata bahawa pada awal 2007 PKR Kuala Selangor mempunyai tidak sampai 100 orang ahli tetapi sekarang bilangannya adalah 3,000 orang.

"Alasan hilang kepercayaan itu perkara biasa...ataupun ayat itu ditulis oleh Umno," katanya.

Sementara itu, Bernama memetik Arshad mendakwa cabang itu telah terbubar.

'Khalid punca kecelaruan Kuala Selangor'

Dakwaannya berasaskan tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya telah meletak jawatan.

Setakat ini, Arshad berkata hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Arshad mendakwa 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lalu dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan 'penuh kecelaruan' tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Khalid juga dituduh tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.

PAS bimbang polis daftar Mykad ada agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS bimbang kalau-kalau tindakan kerajaan mewajibkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam (Mykad) mempunyai agenda politik, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

"Tetapi jika selepas memiliki Mykad, polis hanya boleh mengundi di tempat awam bukan lagi undi pos, saya sokong 100 peratus langkah ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam Harakahdaily menyiarkan maklumat sumber yang memberitahu, polis di Perak diarah membuat Mykad di samping memiliki kad pengenalan polis.

Seorang pembaca Harakahdaily pula memaklumkan, maklumat itu memang benar dan bukan sahaja polis di Perak bahkan di seluruh negara diarahkan berbuat demikian.

"Seperti mana yang kita semua maklum..kerajaan akan melaksanakan peraturan baru mulai 1 Mei 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan menikmati/membeli minyak subsidi perlu menunjukkan Mykad. Oleh kerana pegawai dan anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad maka diarahkan lah semua pegawai dan anggota untuk membuat Mykad bagi tujuan tersebut.," tulis pembaca Harakahdaily itu.

Bagi Mustafa, hujjah itu tidak cukup kuat untuk mengesahkan tindakan tersebut.

"Apa salahnya anggota polis dan tentera menunjukkan kad polis atau tentera mereka untuk mendapatkan subsidi itu. Bagi saya, mereka tidak boleh tolak kalau kita kata ini ada agenda tersirat di sebaliknya," kata beliau kepada Harakahdaily lagi.

Mustafa mengesahkan, dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, PAS menemui banyak data yang menunjukkan pendaftaran berganda anggota tentera dan polis dalam daftar pemilih.

Sistem komputer itu menunjukkan nama yang sama tetapi didaftar di dua tempat yang berbeza. Ia kekal dalam sistem pendaftaran kerana nombor kad pengenalan yang digunakan berbeza iaitu nombor kad pengenalan polis atau tentera dan nombor kad pengenalan awam iaitu Mykad.

Namun oleh kerana data itu di luar Bagan Pinang selepas dihujjahkan oleh SPR, PAS meneruskan tindakan menyertai pilihan raya kecil itu walaupun telah membuat kenyataan akan menarik balik penyertaannya dalam pilihan raya itu.

Anwar Sebuah Piala Rebutan

TANPA sedar atau tidak realiti menunjuk dan membuktikan Anwar Ibrahim banyak membantu dan menjadi modal kepada orang untuk berjaya dalam hidup masing-masing. Jika kita mendasari suasana dan keadaan yang pernah disinggahi atau dialaminya, beliau telah memberi kebaikan dan keuntungan kepada berbagai manusia dengan keadaan dirinya itu.

Tidak melampau kalau dikatakan Anwar bertindak sebagai pemberi cahaya kepada sesiapa juga yang ingin mengambil dari sumbu kehebatan dan keistimewaanya sebagai seorang pemimpin. Beliau adalah sumbu harapan kepada mereka yang tidak mempunyai sumbu sendiri.

Kebaikan atau ‘sumbangan’ itu baik bantuan itu semasa beliau berkuasa sebagai TPM, memiliki kuasa dalam kerajaan ataupun selepas beliau dihina dan dimalui secara terancang oleh Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Umno apabila beliau cuba bangun menegakkan keadilan dan kebenaran sekaligus memerangi kejelekan bikinan bekas PM ke 5 itu dan Umno.

Ternyata dari dua kondisi itu Anwar telah banyak membantu orang dan banyak individu (orang) orang memperolehi manfaat daripadanya. Di sini boleh disifatkan Anwar sebagai ‘superman’ yang membantu orang mencapai agenda peribadi yang dilanggang atas nama jihad – perjuangan tanpa pernah pamrih dan meminta ianya dibalas. Sedihnya kadang-kadang Anwar ‘berkorban’ dan sanggup terkorban demi memberi nilai dan kredit kepada seseorang.

Semasa beliau jadi menteri kewangan ramai kawan-kawannya yang ditolong. Asalnya kekawan itu hidup merempak atau berniaga tepi longkang saja akhir setelah mendapat ‘pertolongannya’ atau menumpang auranya, kekawan itu akhirnya menjadi jutawan. Setengahnya sampai ada pejabat perdagangan di luar negara.

Sementara semasa beliau di dalam penjara pula tidak kurang jumlahnya mereka yang tiba-tiba mendapat political mileage besar kerana memperjuangkannya. Apa yang tampak di luar, perjuangan itu seakan untuk membela nasib Anwar, tetapi dalam masa sama mereka mendapat manfaat mencipta nama dalam masyarakat. Sebelum Anwar di penjara tidak siapa pun mengenali nama mereka. Tetapi tiba-tiba mereka menjadi pahlawan yang dinobatkan apabila membela Anwar.

Tidak hairan kalau kumpulan yang mencari kesempatan hidup semasa ketua pembangkan itu berkuasa atau diseksa di penjara atas nama perjuangan yang bermuka-muka. Munasabahlah kalau dalam keadaan itu mereka mendapat keuntungan daripada aura kehebatan Anwar.

Tetapi yang anihnya, hari ini dalam keadaan Anwar terlepas dari tirani kezaliman, tidak jadi menteri dan sedang berusaha untuk bangkit kembali, masih ada jenis manusia oportunis yang mengambil kesempatan atas nyawa Anwar. Mereka terus mempergunakan Anwar untuk mendapat laba dunia dengan mudah. Mereka terus menggunakan Anwar untuk mencipta nama. Mereka telah mengadaikan nama Anwar demi mendapat sesuap nasi basi.

Berbeza dengan dua keadaan lampau, mereka yang mengambil kesempatan di era Anwar bebas kini dengan menggunakan nama Anwar ialah dengan menghina Anwar. Mereka mendedah keburukan Anwar yang mereka cipta sendiri. Mereka bongkar dan menceritakan keadaan Anwar yang huduh dan busuk. Mereka mengutip apa saja bahan untuk dijadikan bukti bagi memburukkan Anwar.

Tujuan mereka lalukan ialah untuk menampakkan mereka adalah kumpulan manusia yang benar. Manusia yang tidak hipokrit. Manusia yang sanggup meninggalkan hero yang mereka julang lalu kononya kerana ingin menegakkan kebenaran baru?

Manusia seperti ini adalah manusia yang tidak ada moral sama sekali, tidak ada kekuatan dalaman dan luaran. Mereka yang berjuang bagaikan lalang yang mengikut angin. Tidak ada apa-apa yang boleh diambil guna daripada mereka hatta najis mereka untuk dijadikan baja.

Mereka mengharap dengan melakukan pembantai moral dan maruah Anwar mereka akan menjadi hero. Mereka akan disanjung oleh masyarakt konon merekalah pemberani yang sebenarnya. Serentak dengan tindakan mereka itu mereka disanjung oleh media massa yang sudah lama membenci Anwar.

Gelagat dan realiti ini semua menjelaskan, Anwar dalam keadaan bagaimana sekalipun ia tetap menjadi modal dan diambil kesempatan oleh orang-orang baik yang datang kemudian atau yang dulunya adalah kawannya sendiri. Meskipun mereka mencemuh dan membenci Anwar tetapi mereka masih bergantung hidup kepada Anwar dan sejarah yang dilaluinya.

Di sinilah saya melihat Anwar benar-benar seorang pemimpin yang menempati falsafah pemimpin itu perubahan manusia, pemimpin pencipta sejarah dan pemimpin itu pembangun budaya.

Selamanya Anwar di mana saja beliau berada dan dalam keadaan apa jua, baik direndam atau digantung, di simpan dalam tembok besi ataupun dilepas atas padang luas beliau akan terus di manfaatkan baik oleh malaikat ataupun oleh iblis untuk kepentingan diri dan agenda puak masing-masing. Anwar adalah piala rebutan kepada semua orang yang menyimpan satu cita-cita yang sama, untuk berkuasa.

MSO

Chinese ready for PAS, says ex-deputy minister Tan

SHAH ALAM: Malaysian Chinese are ready for PAS, says Dr Tan Kee Kwong, the former Deputy Minister of Land and Cooperatives.

“They can see the differences for themselves, the leadership style and the integrity of leaders like Nik Abdul Aziz and his team,” he said. “They are less pompous and are moderate compared to Umno leaders.”

Tan, who left Gerakan in 2008, said the Chinese had come a long way politically and members of the younger generation were more mature and knowledgeable.

“They know where they stand with Umno’s Barisan Nasional,” he told Harakah, the PAS-owned weekly. “They know they have no future if Umno-Barisan continues to rule. Umno today is far from what it used to be. Even when I was in Gerakan, we had already felt the pressure to leave the coalition. The leaders don’t listen. They do as they please.”

Tan, 63, left Gerakan because he was frustrated with the system. Today he is a member of Parti Keadilan Rakyat’s supreme council and enjoys being able to make a difference.

He said: “I think what is important to the Chinese is that PAS has shown that Malaysia can be a moderate Islamic country in the future. This is essential, and with the ‘Allah’ controversy, we can see where integrity lies.”

On Dec 31 the Kuala Lumpur had ruled that the catholic weekly Herald, could use theterm “Allah” in prayer and publications. It also ruled that the Home Ministry was wrong in banning the publications in 2007.

Tan said PAS had walked the Islamic path correctly, with honesty and integrity, traits that are “grossly missing in today’s political climate.”

Aduan kepada polis, satu jenayah?

Cheng Lee Whee JOHOR BAHRU: Kes ahli sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor Bahru, Cheng Lee Whee yang berusaha mempertahankan hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) telah ditangguhkan pada 25 Januari ini.

Beliau yang membuat laporan polis mengenai hal ini sebaliknya telah didakwa di bawah Seksyen 182, Kanun Keseksaan.

“Penangguhan tersebut adalah hasil tindakan penghantaran petisyen oleh 35 pertubuhan dan parti kepada Peguam Negara di Putrajaya pada 24 November lalu, menuntut supaya pendakwaan terhadap Cheng digugurkan,” kata Suaram dalam satu kenyataannya semalam.

Kata kenyataan itu, “sebanyak 35 pertubuhan dan lebih kurang 500 individu telah mengabsah (endorse) petisyen tersebut.”

Selain itu, kata kenyataan Suaram, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengadakan satu sidang akhbar di parlimen pada 10 Disember lalu mengutuk tindak pendakwa raya mendakwa Cheng. Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj juga membangkitkan isu ini dalam parlimen pada 14 Disember.

Dalam surat kepada Suaram bertarikh 11 Januari lalu, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Mohamad Hanafiah Zakaria, yang mewakili Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menyatakan Peguam Negara bersetuju mengugurkan dakwaan terhadap Cheng.

“Namun demikian, Cheng dan peguamnya, Hassan Karim masih belum menerima surat rasmi daripada pihak mahkamah yang mengesahkan pengguguran dakwaan ke atas Cheng,” terang kenyataan itu.

Isu Kalimah Allah - Dari Perspektif Dakwah (Bhg. 1)

Rujukan: Al-Quran

A. ALLAH (Tuhan Rabb/Rububiyah)

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ .i
.وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ .ii
.اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ .iii
.اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

.وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ .iv

.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .v

.قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ .vi

B. ALLAH (Tuhan Ilah/Uluhiyah@Ubudiyah=Tauhid)

.قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ .اللَّهُ الصَّمَدُ .لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ .وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ .i

.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ .ii

.إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي .iii

وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ... .iv
.فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

C. ALLAH (Tuhan yang disyirikkan/disekutukan=Sesat)

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم .i
.بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِؤُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ .ii

...لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَـهٍ إِلاَّ إِلَـهٌ وَاحِدٌ .iii

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ .iv
...أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى

A(i) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? (Al-Ankabuut: 61)

A(ii) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Al-Ankabuut: 63)

A(iii) Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Luqman: 25)

A(iv) Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”. (Az-Zukhruf: 9)

A(v) Maksudnya:
Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-Fatihah: 2)

A(vi) Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia”. (An-Naas: 1)

B(i) Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa”; “ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan”; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Al-Ikhlaas: 1-4)

B(ii) Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya ALLAH) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah: 5)

B(iii) Maksudnya:
“Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” (Taha: 14)

B(iv) Maksudnya:
... Padahal Al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israil! Sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. (Al-Maa‘idah: 72)

C(i) Maksudnya:
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak ALLAH” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak ALLAH”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga ALLAH binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah: 30)

C(ii) Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih Ibni Maryam” ... (Al-Maa‘idah: 72)

C(iii) Maksudnya:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. ... (Al-Maa‘idah: 73)

C(iv) Maksudnya:
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada ALLAH ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari ALLAH untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya”, ... (Az-Zumar: 3)

Pengajaran dari ayat-ayat di atas:
  1. Al-Quran menegaskan bahawa manusia yang bukan Muslim/musyrik samada penyembah berhala ataupun orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakui ALLAH adalah Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam.
  2. Orang Muslim (Mukmin) wajib mengimani bahawa ALLAH adalah Tuhan (Rabb) bagi seluruh alam dan Dia juga ALLAH bagi seluruh manusia.
  3. Adalah menjadi kesalahan dan bercanggah dengan ajaran Islam sekiranya orang Muslim mendakwa/berkata/mempercayai bahawa ALLAH hanya Tuhan bagi orang Islam sahaja.
  4. Mempercayai ALLAH sebagai Tuhan (Rabb) seluruh alam, belum bererti menjadi Muslim/Mukmin.
  5. Menurut aqidah Islam, seseorang yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan/Rabb Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam; wajiblah mengimani bahawa ALLAH sahaja (yang Esa) ILAH yang wajib diibadati (“disembah” dalam Bahasa Melayu yang kurang tepat).
  6. Orang-orang musyrik termasuk Kristian dan Yahudi menyebut nama ALLAH dalam konteks kepercayaan mereka yang sesat atau bercanggah dengan aqidah tauhid.
  7. ALLAH mengutuk perbuatan mensekutukanNya dan memberi ancaman siksaan yang keras di hari Akhirat.
  8. Namun ancaman keras ALLAH terhadap golongan yang memesongkan kepercayaan aqidah tauhid itu tidak pula bererti bahawa umat Islam boleh melakukan paksaan atau kekerasan terhadap mereka kerana Islam agama dakwah, bukan agama paksaan, apalagi kekerasan.
  9. Hampir setiap kali kalimah ALLAH yang dipesongkan oleh golongan sesat itu, diiringi dengan penegasan dan penjelasan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (dari segi uluhiyah/ubudiyah).



Isu Kalimah ALLAH dan Implikasinya
Umum hanya mengetahui isu ini berbangkit setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Puan Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember 2009. Sebenarnya isu ini sudah berbangkit semenjak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan perintah larangan menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berkenaan pada Januari 2009 dan kemudiannya Ketua Paderi, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam mendapat kebenaran membawa isu ini ke mahkamah yang berakhir dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi membatalkan perintah KDN itu.

Dalam tempoh 3 minggu selepas keputusan penghakiman tersebut, pelbagai peristiwa berlaku di negara kita. Yang paling menarik perhatian dunia ialah peristiwa cubaan membakar beberapa gereja di Semenanjung dan Sarawak. Media on-line utama antarabangsa/luar negeri seperti CNN, BBC, IFP, Al-Jazeera, New York Times, Jakarta Post menggambarkan persepsi negatif terhadap Malaysia sebagai negara bermajoriti Muslim yang menindas penganut agama golongan minoriti khususnya Kristian yang mempunyai penganutnya kira-kira 9% berbanding dengan 60% penganut agama Islam. KDN terpaksa memanggil 96 wakil kedutaan asing di Kuala Lumpur hadir ke Putrajaya untuk diberi taklimat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi ke London menyampaikan ucaptama di Centre for Islamic Studies, Oxford University atas tajuk “Islam and Critical Challenges in Multi-Religious Malaysia”.

Sikap Masyarakat Islam di Amerika
Masyarakat Islam di Amerika menjadi sasaran golongan propagandis Islamophobia yang bergerak hebat selepas peristiwa 11 September 2001. Mereka menjadikan isu penggunaan kalimah ALLAH di Malaysia bagi orang Kristian yang mendapat tentangan hebat dari orang Islam sebagai satu modal lagi untuk berhujah kononnya Islam agama terrorisma. Orang-orang Islam di Amerika terpaksa memberikan penjelasan bahawa persepsi mereka sedemikian itu adalah bercanggah dengan ajaran dan prinsip Islam sebagai agama dakwah dan sama sekali tidak pernah memaksa orang bukan Islam menganut Islam.

Council on American-Islamic Relations (CAIR) atau Majlis Perhubungan Islam-Amerika bukan sahaja memperhebatkan penerangan dan penjelasan mengenai isu berkenaan bagi menolak segala tohmahan-tohmahan terhadap Islam terutama komen-komen negatif yang disiar dalam akhbar on-line The New York Times, malah majlis tersebut telah melancarkan pungutan derma di kalangan orang Islam di Amerika untuk dana bagi membantu memperbaiki beberapa buah gereja yang menjadi mangsa isu kalimah ALLAH ini di Malaysia. Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR, Nihad Awad berkata antara lain: American Muslims, as a symbol of their commitment to interfaith understanding and peaceful coexistence, will take the lead in helping to restore the damaged churches. Pungutan tabung derma tersebut akan disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Washington.

Sikap Berdolak-dalik Kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berdolak-dalik. Mulanya beliau tidak membenarkan sebarang demo membantah keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan, lepas itu beliau berkata kerajaan tiada kuasa menghalang untuk rakyat Malaysia (orang Islam/terutamanya orang UMNO?) untuk menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin memberi amaran akan menggunakan ISA sekiranya mana-mana pihak melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan negara dalam isu ini. Beberapa demo dalam kawasan masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam diadakan pada Jumaat 8 Januari disertai oleh beberapa kumpulan kecil anjuran PEKIDA, ABIM, PKPIM, beberapa NGO Islam dan sudah pastinya orang-orang UMNO yang berselindung di sebalik badan NGO yang mereka dalangi. Antara yang menjadi mangsa adalah gambar Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mereka pijak-pijak. Malah antara pendemo di Shah Alam itu ada yang melaungkan “bakar gereja” dan “buang negeri terhadap Khalid Samad”.

Seperti biasalah, bila timbul ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam, pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa memainkan peranan “lempar batu, sembunyi tangan”. Perdana Menteri berkata: “Jangan dengar cakap pembangkang yang menyalahkan pihak UMNO dan kerajaan sebagai punca ketegangan, terutama sekali jangan dengar cakap dari pemimpin PAS.” Kini isu berkenaan kelihatan reda sedikit kerana KDN telah berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya dengan mendapat kebenaran menggantungkan keputusan tersebut dan menunggu keputusan Mahkamah Rayuan mendengar dan membuat penghakimannya. Bila kes ini akan didengar di mahkamah berkenaan, kita pun belum tahu.

Tiba-tiba sahaja meletup berita bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily, berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana dan mereka boleh terus menggunakannya. Tapi lain halnya di Semenanjung kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu. Belum ada komen dari Perdana Menteri dan Timbalannya atas pendirian Nazri ini kerana mereka masih berada di luar negara. Namun demikian Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan membantah pendapat Menteri di JPM itu. Setakat ini pendapat beliau belum jelas samada disokong atau sebaliknya oleh Menteri di JPM yang bertanggungjawab atas hal ehwal Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Baharom.

Pendirian PAS
PAS telah membuat pendirian yang jelas atas nama jemaah gerakan Islam. Lazimnya dalam isu seperti ini, gerakan Islam menjadi mangsa yang sering dikaitkan fahaman pelampau Islam atau terus dilabelkan sebagai “Islamic terrorist”. Dalam kes yang selari dengan isu apa yang dinamakan golongan pelampau, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi pernah memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di London yang mengaitkan nama beliau dengan kumpulan pendokong Al-Qaedah. Tuan Guru Haji Hadi menang dalam kes beliau dan berjaya membuktikan PAS bukan golongan ekstremis. Akhbar berkenaan terpaksa membayar tuntutan gantirugi beratus ribu pound. Namun pendirian PAS dalam isu kalimah ALLAH ini dibuat selari dengan prinsip Islam sebagai agama dakwah, pendirian PAS membuka mata golongan non-Muslim. Ketua Paderi Katolik Kuala Lumpur, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam bukan sahaja menyatakan kesediaan berdialog bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang menimbulkan kebimbangan atau kekeliruan di kalangan orang Islam, malah memuji sikap PAS yang terbuka dan menunjukkan Islam sebagai agama yang mahukan keharmonian dan kedamaian di antara sesama manusia yang berbeza kepercayaan dan agama. Kesediaan PAS berdialog sama sekali tidak menjurus ke arah persetujuan bersama untuk mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFCM) yang memang dibantah oleh PAS tiga tahun dahulu kerana dialog bererti PAS berada di satu pihak dan kumpulan agama lain di satu pihak. Manalaka Suruhanjaya Antara Agama bermakna duduk dalam satu badan iaitu suruhanjaya.

Pendirian PAS berpegang kepada fakta penggunaan perkataan ALLAH berpandukan kepada tiga kategori lafaz ALLAH yang disebut dalam Al-Quran berulang kali sejumlah tidak kurang dari 2,800 kali keseluruhannya. Tidak ada keterangan nas yang qat‘ie (putus/tegas) melarang penggunaan kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam. Yang dilarang dan menyebabkan orang yang menyebutnya itu kafir samada mereka itu musyrik penyembah berhala atau Yahudi dan Nasrani adalah disebabkan mereka menukar konsep tauhid kepada syirik. Memang tepat apabila PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak pun supaya lafaz ALLAH tidak menimbulkan penghinaan ke atas kalimah suci “lafz al-jalalah” itu seperti umpamanya meletakkan kalimah ALLAH pada patung Jesus (Isa Al-Masih) atau Mary (Maryam). PAS sudah memulakan langkah dakwahnya apabila Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Pusat bersama beberapa orang rakannya dari pimpinan PAS Pulau Pinang mempelopori suatu majlis dialog dengan ratusan penganut agama Kristian di sebuah dewan Gereja Katolik di Island Glades, Pulau Pinang. Beliau juga berdialog dengan paderi Kristian di Parit Buntar dan Bagan Serai.

Pengalaman dan Dakwah Saya
Saya sendiri dalam keadaan serangan batuk sejak 3 minggu lalu telahpun menjadikan isu ini sebagai tajuk kuliah di beberapa surau dan masjid di Lembah Klang dan di kawasan Taiping. Bermula dengan kuliah tetap saya pada setiap hari Ahad, saya membawa tajuk ini pada Ahad 3 Januari di Balai Kuliyah Tasawwur Islami, Simpang Empat Semanggol. Memang kuliah saya ditujukan kepada masyarakat Islam sahaja bagi menjelaskan perkara ini dari perspektif Islam dan dakwahnya. Saya menjelaskan bagaimana kita sewajarnya mengambil pendirian yang tepat bagi menggambarkan Islam sebagai agama ALLAH yang benar, yang adil, yang risalahnya untuk seluruh umat manusia bahkan rahmat untuk seluruh alam. Pendirian yang tepat ini akan membawa manusia dekat kepada Islam dan ALLAH sahajalah kemudian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (Al-Quran, surah An-Nahli, 16:125).

Bagaimanapun mengenai dialog, sebenarnya saya telah melaksanakannya sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila saya menerbitkan sebuah buku berjodol “Mencari Kebenaran: Suatu Dialog Islam-Kristian”. Buku tersebut diterbitkan dalam lingkungan 10,000 naskhah dan saya edarkan melalui kuliah dan ceramah saya di seluruh Semenanjung, namun dalam tempoh 4 tahun, buku tersebut masih tidak habis walaupun hanya berharga RM2. Akhirnya pada 1989, buku itu saya tukar menjadi sebuah komik dengan tajuk yang sama. Saya dipertemukan ALLAH di Masjid Kolej Islam Malaya, Seksyen 16, Petaling Jaya dengan pelukis komik yang dikenal dengan nama samarannya Rossem. Saudara Rossem, nama sebenarnya Rosidi Semail menyiapkan lukisannya untuk membantu aktiviti dakwah saya melalui Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang saya terajui pimpinannya selama kira-kira 17 tahun. Saya sendiri mencetaknya kerana saya ketika itu mempunyai syarikat percetakan yang dikenal dengan nama Perusahaan Litografik Usrah Sdn Bhd. Alhamdulillah lebih 100,000 naskhah dapat saya cetak dan diedarkan sampai ke Sabah dan Sarawak.

Pada mulanya buku komik tersebut mendapat bantahan daripada seorang paderi Gereja Katholik Kuala Lumpur ketika itu (1989). Beliau menulis surat kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dengan menghantarkan salinannya kepada saya (malangnya surat tersebut tiada lagi dalam simpanan saya), meminta supaya komik tersebut diharamkan oleh KDN dan mengambil tindakan terhadap saya dan PUM yang saya pimpin. Bagaimanapun saya menulis surat kepada paderi tersebut dengan salinannya kepada KDN mengajak paderi tersebut berdialog dengan saya atas isu “ketuhanan Jesus” atau yang seumpamanya mengenai Islam dan Kristian. Surat saya tidak berjawab dan Alhamdulillah buku komik tersebut banyak tersebar dan saya mendapat maklum balas sebilangan non-Muslim yang berpeluang membaca komik itu membawa mereka memeluk agama Islam. Paling terkini 3 minggu lepas, seorang pendakwah muda di Taiping memberitahu saya bahawa beliau telah memberikan 2 buah buku komik tersebut kepada kenalannya yang bukan Muslim kira-kira 3 bulan lalu dan kedua-duanya telah memeluk Islam (Alhamdulillah). Saya berkata kita wajib menyahut seruan ALLAH supaya berdialog dengan “ahlil kitab” iaitu Yahudi dan Kristian (Al-Quran, surah Al-Ankabuut, 29:46).

Dalam posting saya seterusnya mengenai isu ini saya akan jelas dan huraikan seperti berikut:
  1. Sikap kerajaan yang double-standard dan berdolak-dalik dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.
  2. Pendedahan sikap UMNO yang bermain dengan isu Melayu dan Islam bila berhadapan dengan konflik atau pertentangan antara penganut agama bukan Islam dan umat Islam.
  3. PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam sentiasa istiqamah pada perkara usuli (dasar) dan boleh berubah dari segi uslub dan strategi.
  4. Penganut agama bukan Islam khususnya Kristian perlu sentiasa berdialog dengan golongan pendakwah dan gerakan Islam.
Bersambung...

Terkini Selangor, Hussein Ahmad Dibawa Ke Pejabat SPRM

Hussein Ahmad, pegawai khas dan setiausaha kerja exco kerajaan negeri Selangor, Yaakob Safari, telah ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Difahamkan SPRM telah berjaya mendapatkan waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Tiga exco kerajaan negeri yang lain turut berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Sementara itu di dalam satu kenyataan petang ini, SPRM menyatakan bahawa pegawai merekat telah menahan 34 orang, termasuk masing-masing seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik berhubung sindiket mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri serta rasuah seks.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kes mencuri dan menyeludupan pasir itu membabitkan suapan lebih RM280,000 manakala rasuah seks membabitkan tiga kes.

"Wang tunai RM50,000 turut dirampas selain dokumen dalam beberapa siri operasi tangkapan semalam dan hari ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, petang ini.

Ulasan GB

Nama Shukri Abdull ini memang masyur. Beliau kini ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Semasa kes Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam, Shukri adalah Pengarah Siasatan SPRM yang telah membuat kenyataan paling awal mengenai kematian Teoh Beng Hock. Beliau membuat pengumuman pada ketika itu bahawa Teoh mungkin mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan.

Inkues kematian Teoh masih berjalan dan ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok.Dr Pornthrip mencuri perhatian umum, apabila ketika memberi keterangan forensik beliau bagi pihak kerajaan Selangor pada inkues kematian Teoh Beng Hock berpendapat bahawa kebarangkalian 80 peratus kematian Setiausha Politik itu adalah bersifat homisid (pembunuhan).

Beliau memberi alasan terdapat kesan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.

Maruah SPRM sebenarnya telah lama rosak tetapi sikap dan pegawai tinggi SPRM tidak berubah. Persepsi masyarakat bahawa SPRM menjalankan tugasnya secara tidak profession, melakukan siasatan berpilih dan berindak sebagai kuda tunggangan pihak tertentu nampaknya belum terhakis.

Aktivis: Isu Allah tak timbul jika k'jaan cepat bertindak

Kegagalan kerajaan menangani isu-isu mengganggu keharmonian beragama menyebabkan terdapat pihak yang kini berani bertindak lebih jauh dengan menyerang rumah ibadat agama lain, kata seorang aktivis Katholik.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, K Sudhagaran Stanley mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwanya lambat bertindak, antaranya berhubung insiden dua gereja di Kuala Lumpur 'dicerobohi' dua wartawan majalah Al Islam tahun lalu.

"Sehingga kini, tiada pendakwaan dikenakan terhadap dalangnya dan ini menghantar tanda (signal) yang salah kepada rakyat Malaysia.

"Ia menyarankan, adalah okey untuk memasuki rumah ibadat orang lain, mengintip dan menghina ibadah mereka," katanya.

Sudhagaran berkata, jika kerajaan bertindak tegas daripada mula, insiden seperti serangan dan vendalisme terhadap gereja - yang dikaitkan dengan pertelingkahan berhubung penggunaan kalimah Allah - mungkin tidak akan berulang.

"Hari ini gereja kami dibom (dengan bom petrol), dirosakkan dengan batu dan cat, (tetapi) masih tiada sesiapa dibawa ke muka pengadilan," tulisnya.

Dalam surat dua halaman tersebut, Sudhagaran bertanya kepada Najib:

"Adakah kerajaan anda menentang orang Kristian di negara ini? Apa yang polis tunggu lagi? Adakah mereka tunggu sehingga seseorang terbunuh (baru hendak bertindak)?

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat laporan polis kepada dua wartawan majalah terbitan Kumpulan Utusan Berhad, Al Islam kerana memasuki gereja dekat Putrajaya bagi menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Sehingga kini, Sudhagaran mendakwa masih tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Keluhan Sudhagaran pernah disuarakan sebelum ini, termasuk melalui surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

Misteri kehilangan Enjin Jet TUDM

Isu enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.

Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Analisis Gong Zheng Bao

Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

Facebook: Anda penentu halal haramnya

Mohd Alif

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh negara.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..

SPRM serbu pejabat exco Selangor..Jangan ada yang mati lagi sudah la..!!! Tak habis lagi projek terjah UMNO@BN ni..!

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan seorang pembantu exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.

Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.

Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat

Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.

Jurucakap itu juga mendakwa yang pegawai SPRM datang tanpa membawa sebarang notis atau waran tangkap.

Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.

Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Guangzhou (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.

Kes Felda: Mahkamah menyebelahi rakyat, macam mana pula di Perak?

Mahkamah Persekutuan kelmarin mengarahkan supaya Felda membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995. Malah panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

Saya menganggap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu telah menyebelahi rakyat dan ianya sesuatu yang dialu-alukan. Tambahan pula saya ucapkan tahniah kepada Tun Zaki yang mengepalai jemaah hakin untuk mendengar dan memutuskan kes ini.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.

Namun sesuatu yang malang di mahkamah yang sama telah berlaku untuk negeri Perak apabila krisis politik Perak yang dibicarakan di mahkamah tersebut nampaknya kurang penting, sedangkan kalau kes Felda melibatkan 354 peneroka di Perak melibat 2 juta lebih penduduk yang terkial-kial menunggu keputusan yang sebenarnya.

Semasa perbicaraan pada 5 November 2009 yang lepas pihak peguam DS Nizar yang menampilkan Pn. Ambiga untuk berhujah, dia telah mengemukakan bukti yang cukup kuat supaya lebih ramai hakin mendengar kes tersebut kerana ia memberi kesan kepada 2.4 juta rakyat Perak dan banyak lagi hujah yang diberikan.

Pertanyaan saya lagi kenapa Tun Zaki langsung tidak nampak batang hidung dalam kes ini, jauh sekali untuk mengepalai kes MB Perak. Kalau kes Felda hanya untuk 354 peneroka dia sanggup tampil kenapa untuk 2.4 juta rakyat Perak dia tidak muncul.

Rakyat Perak sebenarnya secara jelas telah menolak BN dengan lebih 50 peratus undi telah diberikan kepada PAS, DAP dan PKR dan selepas itu mereka bergabung dalam gagasan yang dipanggil Pakatan Rakyat.

Namun keharmonian kehidupan politik dan rakyat terganggu dengan teruk apabila Perak menyaksikan berlakunya satu kudeta yang terancang oleh BN apabila mereka berjaya menafikan hak rakyat yang memilih secara demokratik dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat dengan nilai jutaan ringgit.

Kalau dalam kes Felda, mereka telah menipu 354 rakyat dan di Perak BN juga telah menipu rakyat dengan melanggar perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak demi kuasa yang telah hilang dan ditolak oleh rakyat. Mereka cuba mewujukkan kefahaman baru yang tidak benar iaitu bahawa mahkamah boleh mengesahkan seseorang sebagai MB.

Kalaupun Tun Zaki tidak mengepalai panel hakim untuk mendengar ke MB Perak, kenapakah payah sangat untuk membenarkan lebih 5 hakim mendengarnya.

Selain itu, nampak payah dan sesuatu yang tidak kena untuk menentukan siapakah pemenangnya. Setelah melewati 2 bulan kes ini masih belum diumumkan siapa yang menang.

Jelas dua kes yang berbeza ini ada persamaan yang sedikit saya utarakan. Rakyat Perak sesungguhnya menunggu-nunggu sesuatu yang sebenarnya dipulihkan dalam sistem kehakiman negara termasuklah campur tangan pihak lain kepada badan ini. Seperti mana yang diucapkan oleh Tun Zaki beberapa hari lepas.

Sekali ini mahkamah mampu melakukannya, dan ianya boleh bermula di Perak.

Malaysia ‘Missing Country’? - Fauzi Abdul Rahman

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Malaysia kini boleh digelar sebagai 'Missing Country' kerana banyak kejadian aneh kehilangan misteri yang berlaku belakangan ini.
"Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun mendiang Teoh dijumpai mati di pejabat SPRM Selangor namun mati-mati pihak terbabit menyatakan mereka tidak bertanggungjawab atas insiden tersebut.
"Malah segala bukti-bukti dihilangkan begitu sahaja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum," jelas Penegrusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam konvensyen PKR Pahang 2010 yang diadakan baru-baru ini.
Menurut beliau, kehilangan terus berlaku selepas itu dalam kes Altantuya apabila rekod perjalanan masuk wanita Monggolia itu ke negara ini telah hilang dan akhirnya wanita itu sendiri dihilangkan menggunakan letupan bom C4.
Terbaru, negara turut digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat jet pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bernilai jutaan ringgit.
Beliau sebagai berkata, kehilangan yang berlaku ini mengesahkan lagi kepada rakyat bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sememangnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Mereka katanya bukan sahaja menghilangkan semua barang bukti kes-kes tertentu, malah turut gemar menghilangkan wang rakyat dan harta negara sesuka hati mereka.
Terdahulu, PKR telah menganjurkan Konvensyen PKR Pahang 2010 dalam mengggilap harapan rakyat dan membuat perubahan besar menjelang pilihanraya umum akan datang. Seramai 920 perwakilan dari cabang-cabang PKR seluruh negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut datang menyampaikan ucaptamanya. Hadir dalam konvensyen ini adalah Ahli Parlimen (MB) Kuantan, Fauziah Salleh, MB Indera Mahkota, Azan Ismail, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Zakaria Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu, Tuan Haji Abdul Rahman Yusof serta pemimpin peringkat neg

KUALA LUMPUR : Malaysia kini boleh digelar sebagai 'Missing Country' kerana banyak kejadian aneh dan kehilangan misteri yang berlaku belakangan ini.

"Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun mendiang Teoh dijumpai mati di pejabat SPRM Selangor, namun mati-mati pihak terbabit menyatakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

"Malah segala bukti dihilangkan begitu saja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum," kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam konvensyen PKR Pahang 2010 yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, kehilangan terus berlaku selepas itu dalam kes Altantuya apabila rekod perjalanan masuk wanita Monggolia itu ke negara ini telah hilang dan akhirnya wanita itu sendiri dihilangkan menggunakan letupan bom C4.

Terbaru, katanya, negara turut digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat jet pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bernilai jutaan ringgit.

Tambah beliau, kehilangan yang berlaku ini mengesahkan lagi kepada rakyat bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sememangnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.

"Mereka katanya bukan sahaja menghilangkan semua barang bukti kes-kes tertentu, malah turut gemar menghilangkan wang rakyat dan harta negara sesuka hati mereka," katanya.

Terdahulu, PKR telah menganjurkan Konvensyen PKR Pahang 2010 untuk membuat perubahan besar menjelang pilihan raya umum akan datang. Seramai 920 perwakilan dari cabang-cabang PKR seluruh negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyampaikan ucaptamanya. Hadir dalam konvensyen ini, Ahli Parlimen (MP) Kuantan, Fauziah Salleh, MP Indera Mahkota, Azan Ismail, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Zakaria Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu, Tuan Haji Abdul Rahman Yusof serta pemimpin peringkat negeri lain.

Dr M: Selepas 'Avatar', 9/11 mungkin sandiwara..!!! ha..ha... tok ki det..apa citer pulak ni...???

Selepas pembikinan filem blockbuster fiksyen sains 'Avatar', mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sangsi berhubung serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia pada 2001.

“Saya kini tidak pasti sama ada pengganas Islam yang melancarkan serangan itu. ”Ada bukti kukuh yang serangan itu dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan 'Avatar', maka mereka boleh membuat apa sahaja.

“Membunuh orang yang tidak berdosa sebagai alasan untuk berperang bukan sesuatu yang baru kepada Amerika,” kata Mahathir dalam ucapannya ketika sidang untuk meluahkan sokongan kepada Al-Quds di Kuala Lumpur.

Pertubuhan Al-Quds adalah kumpulan pendesak terbaru yang ditubuhkan bagi menuntut tanah warisan rakyat Palestin yang dicerobohi oleh kaum Yahudi dikembalikan.

Pada ucapannya itu, Mahathir juga menyentuh mengenai perspektif sejarah dengan menekankan bahawa Britain bertanggungjawab mewujudkan negara Israel daripada bumi Palestin.

“Yahudi sentiasa menjadi masalah. Walaupun pernah dipulaukan dan dibunuh secara beramai-ramai, mereka masih kekal, berkembang, malah kini menjadi ancaman kepada kerajaan.

“Selepas disembelih oleh tentera Nazi dari Jerman, mereka kekal dan terus menjadi punca kepada masalah dunia. Penyembelihan beramai-ramai itu gagal sebagai penyelesaian,” katanya.

Justeru, tambah Mahathir, pembentukan sebuah negara bagi Yahudi dilihat sebagai penyelesaian yang lebih baik.

Konspirasi liwat nombor 2 : Bahagian Pertama

Laporan perubatan: Tiada tusukan pada dubur Saiful

Oleh R Sivarasa

anwar0 SHAH ALAM: Sebelas tahun telah berlalu, sejak Anwar Ibrahim, (gambar) yang baru dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, mula dilemparkan dengan beberapa tuduhan keji liwat dan rasuah yang direka-reka.

Ini mengakibatkan beliau seterusnya melalui dua perbicaraan yang dikutuk di seluruh dunia ekoran dari tindakan yang sengaja dicipta dan berasaskan dorongan politik semata-mata.

Sebagai akibatnya, beliau menghabiskan masa enam tahun di Penjara Sungai Buloh, berseorangan disebalik tembuk besi dalam tempuh itu, hanya perhubungan dengan keluarga dan peguam-peguamnya sahaja dibenarkan.

Akhirnya, selepas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamed, dengan agak keberatan mengundur diri pada bulan Oktober 2003, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 pada peringkat akhir rayuannya atas tuduhan liwat.

Sekarang ini, mimpi ngeri bermula sekali lagi. (Perbicaraan baru telah ditetapkan selama sebulan bermula 25 Januari ini). Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan atas tuduhan liwat yang baru, selepas laporan dibuat pada 28 Jun 2008 oleh seorang pembantu muda dipejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kata Anwar, dakwaan ini juga didorong oleh motif politik. Suatu usaha yang diperbaharui untuk mengekang karier politiknya, yang menyaksikan beliau kembali berpengaruh, meskipun beliau menghadapi berbagai halangan, sejak pembebasannya.

Ramai mereka yang berada dalam dan luar negeri bersetuju mengenai penilaian ini.

Skrip lama diberi nafas baru dengan para pelakun yang baru. Skrip yang baru ini juga membenarkan campur tangan politik didedahkan seperti yang terdapat dalam skrip lama. Manipulasi oleh para pegawai di kamar Peguam Negara dan polis, dan pemalsuan bukti-bukti yang kesemua ini timbul dari konspirasi politik untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar.

Kes yang penuh dengan kecurigaan.

Banyak fakta tuduhan Saiful dan tingkah lakunya sudah menjadi pengetahuan umum. Fakta-fakta ini membuktikan kebenarannya sendiri dan menunjukkan terdapatnya kekurangan fakta atau hujah dalam kes yang direka cipta.

Saiful, dalam laporan polisnya pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa bahawa beliau diliwat oleh Anwar pada petang Khamis, 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara.Saiful mendakwa beliau telah dikasari sebanyak lapan atau sembilan kali tanpa kerelaannya oleh Anwar selama dua bulan lalu.

Dalam laporan polis itu iaitu dua hari kemudian, pada 28 Jun 2008, beliau mendakwa insiden liwat berlaku tanpa kerelaannya.

Versi dakwaannya dengan serta merta menimbulkan keraguan kenapa orang mendakwa sebagai “mangsa” diliwat lapan hingga sembilan kali tanpa kerelaannya selama dua bulan tidak membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Pada masa itu, beliau sering berhubung dengan Anwar dan kesemua staf di pejabat Anwar.

Juga didedahkan pada Rabu, 25 Jun 2008, sehari sebelum beliau dikasari pada Khamis, beliau telah menemui Penolong Pesuruhjaya Kanan, Rodwan Mohd Yusof (Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia pada ketika itu dan kini CPO
Melaka) di Bilik Nombor 619, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Apabila disoal oleh wartawan mengenai pertemuan itu, Rodwan berkata, beliau tidak ada apa-apa komen. Rodwan memainkan peranan penting dalam kes Anwar pada tahun 1998/1999.

Rodwan, adalah orangnya yang menggunakan sampel darah Anwar secara haram untuk tujuan ujian DNA dan beliau juga terlibat dalam meletak kesan palsu DNA ke atas tilam yang diusung ke mahkamah.

Dalam perbicaraannya yang pertama tahun 1999, bukti DNA begitu tercemar sehinggakan membuat hakim yang mempunyai sikap negatif Augustine Paul dipaksa menolak bukti itu dalam membantu pendakwa raya.

Juga didedahkan bahawa “mangsa” itu juga bertemu dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, (Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu), beberapa hari sebelum insiden itu didakwa berlaku.

Apa yang menarik dalam pendedahan ini ialah Najib pada mulanya menafikan bertemu Saiful kepada media, kemudian mengakuinya, dan berkata pertemuan itu diadakan kerana Saiful (yang gagal menamatkan pengajiannya di universiti) memohon mendapatkan biasiswa.

Najib kemudian memberitahu media bahawa Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar dan kelihatan sugul ketika pertemuan itu. Tingkat laku Saiful selepas dakwaannya dikasari oleh Anwar pada hari Khamis itu juga menimbulkan berbagai persoalan.

Pagi keesokan harinya, Saiful pergi ke pejabat Anwar seperti biasa. Beliau tidak membuat aduan kepada sesiapa pun dan kelihatan normal. Pada lewat hari tersebut, beliau menghadiri majlis Kelab Anwar Ibrahim di rumah Anwar di mana Anwar juga hadir.

Di sana beliau membantu menyediakan kopi kepada beberapa orang yang hadir, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda bimbang dan resah gelisah, dan beliau dapat duduk dan berdiri tanpa memperlihatkan sebarang tanda ketidakselesaan.

Pada jam 2.00 petang hari berikutnya, hari Sabtu, Saiful pergi ke klinik swasta, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Jalan Tun Razak. Di sana beliau membuat aduan kepada Dr Osman, bahawa beliau merasa sakit pada bahagian dubur selama beberapa hari dan item ‘plastik’ telah dimasukkan.

Satu pemeriksaan ‘proctoscopy’ yang dilakukan oleh Dr Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda tusukan dan Saiful memiliki lubang dan saluran dubur yang normal.

Selepas pemeriksaan itu, Saiful memberitahu Dr Osman bahawa beliau telah diliwat oleh seorang VIP dan beliau kemudian telah dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.

Meskipun jarak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan Pusrawi adalah hanya dengan melintas jalan, Saiful mengambil masa dua jamsetengah untuk tiba di sana.

Di HKL, di mana beliau membuat laporan beliau diliwat, beliau telah diperiksa oleh tiga doktor pakar, suatu keadaan yang luar biasa mengikut prosedur ini.

Ketiga-tiga doktor ini, dalam laporan rasmi mereka, telah menyatakan bahawa “tidak terdapat penemuan klinikal yang mutlak yang menunjukkan adanya tusukan terhadap dubur”, dan sekali lagi mengesahkan kesimpulan yang dibuat oleh Dr Osman.

Sesiapa pun, penyiasat yang bersikap objektif akan memahami bahawa pendakwaan terhadap liwat tidak boleh dibawa ke mana-mana ekoran dari laporan perubatan yang cukup jelas itu.

Di sini kita melihat yang sebaliknya – penyiasatan yang dipandu-arah, alaupun bukti perubatan menolak adanya sebarang tusukan terhadap dubur. Penyiasatan yang berniat jahat ini menguatkan hujah bahawa terdapat penglibatan yang bermotifkan politik.

Penyiasatan diteruskan walau terdapat penemuan-penemuan perubatan, yang segera boleh diperolehi oleh para penyiasat polis.

Kain lembut pencuci dubur Saiful, dengan penuh keraguan, mengambil masa dua hari untuk tiba di makmal pakar kimia untuk dianalisa.

Sekarang ini kita tahu bahawa pihak pendakwa raya bergantung kepada bukti DNA untuk mencuba membuktikan bahawa Anwar terlibat dalam perlakuan liwat dengan Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang lelaki berusia 61 tahun yang mengalami sakit belakang mampu memaksa dirinya ke atas seorang pemuda yang cergas dan tinggi lampai berusia 24 tahun adalah persoalan yang menarik untuk para pemerhati perbicaraan politik ini.

Soalan lain yang menarik ialah, memandangkan terdapatnya bukti perubatan yang jelas dan tidak ada penemuan klinikal yang menunjukkan adanya tusukan ke dalam dubur, kekurangan kredibiliti mana-mana laporan DNA menunjukkan DNA Anwar berada pada saluran dubur Saiful.

Laporan seperti ini pada asasnya menimbulkan keraguan tentang kredibiliti bukti DNA seperti itu, bermaksud bukti seperti itu telah dipalsukan atau diusik, mudah untuk menyediakan bukti DNA, terutama mereka yang mendakwa adalah para penyiasat itu sendiri, seperti dalam perbicaraan tahun 1998.

Konspirasi Liwat Nombor 2 : Bahagian Kedua

Contoh pemalsuan bukti untuk mengaitkan Anwar

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

MNONEenurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

SidangNONE media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah.

Umno juara rasuah, bukan juara rakyat

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.

“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh itu, tegasnya rakyat perlu menyedari Umno akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk talian hayat politik sempit mereka.

Baginya, Umno semakin terdesak untuk mengemis sokongan rakyat setelah rakyat menolak politik perkauman sempit yang diamalkannya dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

“Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat sering diperlecehkan dan diinjak-injak, malahan suara daripada golongan muda langsung tidak dipandang,” ujarnya.

Kini, katanya rakyat sedar dan mengetahui akan kebobrokkan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.

Tambahnya, AMK Selangor ingin menyatakan bahawa rakyat tidak semudah dan selunak itu untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan.

Katanya, jika Umno sahaja juara rakyat bagaimanapula parti komponen dalam BN yang lain.

Ini, tambahnya membuktikan bahawa Umno tidak pernah menganggap bahawa parti-parti dalam BN adalah juara rakyat juga selama ini.

Justeru, ujarnya apa lagi yang ditunggu untuk bersama-sama dalam BN kerana Umno hanya mempergunakan parti-parti komponen hanya dalam pilihan raya sahaja, lemudian jasa dan pengorbanan parti-parti komponen itu terus dilupakan.

“Maka ini adalah masa yang amat sesuai parti komponen dalam BN menilai semula hubungan politik dengan Umno kerana pPolitik Umno umpama bahtera yang sedang karam sedikit demi sedikit.

“Oleh itu keluar segera daripada bahtera usang Umno yang semakin hari mulai tenggelam akibat arus perubahan besar yang melanda dunia dan iklim politik negara,” ujarnya lagi.

Perluas hak undi pos karut

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Abdul Halim berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.

"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pengkalan chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.

"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.

PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.

"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan, kita akan bertemu mereka," katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk kemenangan mereka.

"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos, lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi pos memang diragui ketelusannya.

Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah menghapuskan undi pos.

"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini. Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi dalam pilihan raya," tegasnya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.

Hanya pemimpin tidak bersih perlukan APCO@ISRAEL

Hanya pemimpin yang tidak dilihat bersih yang memerlukan perunding imej bagi memberikan gambaran penuh pembohongan kepada rakyat tentang dirinya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pendedahan laman berita Free Malaysia Today bahawa APCO Worldwide yang diambil khidmatnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada diktator-diktator dan pemimpin-pemimpin korup di seluruh dunia, beliau berkata, orang yang mempunyai penyakit yang sama biasanya pergi ke klinik yang sama.

"Orang yang perlu perunding imej seperti itu ialah orang yang ada penyakit. Najib yang sebaris diktator-diktator dan pemimpin-pemimpin korup untuk mendapatkan khidmat APCO juga dilihat ada penyakit.

"Rakyat sentiasa teringatkan Altantuya Shaariibuu apabila nama Najib disebut. Sebab itulah beliau memerlukan perunding seperti APCO bagi memaparkan gambaran penuh pembohongan kepada rakyat tentang dirinya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib perlu perunding seperti itu untuk mereka-reka dakwaan kepada rakyat kononnya dia tidak ada penyakit, katanya.

Mahfuz juga kesal dengan penggunaan wang negara yang begitu banyak semata-mata untuk memberikan gambaran palsu tentang diri Najib.

Memetik The Times Of India (TTI), Free Malaysia Today melaporkan bahawa APCO Worldwide juga memberikan perkhidmatan kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan lain APCO termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang juga salah seorang pemimpin muda Parti Komunis Rusia yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.

Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi yang diselubungi misteri.

Pada 1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di sini selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Huru-hara - Zukri Aksah

18 Januari 2010, jam lebih kurang 9.30 malam, saya bersama rakan saya, Saudara Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, berada di hadapan sebuah sekatan polis memasuki Felda Keratong 5. Kenapa? Saya diminta Saudara Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat PKR Pahang untuk mewakili beliau berceramah di situ kerana pertama, beliau keletihan selepas bertungkus-lumus selama dua minggu bagi menjayakan Konvensyen PKR Pahang dan kedua, beliau sedikit keuzuran. Agak lucu, kerana saya ahli PAS menjadi wakil PKR untuk berceramah, tak kisahlah, janji Pakatan Rakyat, lagipun ceramah tersebut anjuran bersama PAS dan PKR Rompin.

Bila ditahan di sekatan polis itu, saya meminta Hatta yang memandu supaya memberitahu sahaja polis yang bertugas yang kami mahu ke ceramah, tidak perlu takut. Akibatnya kami diminta turun untuk diambil nama dan nombor kad pengenalan. Polis pertama yang menahan nampaknya tahu dia tiada alasan atas tindakannya itu, bila ditanya kenapa, dia memberitahu tidak salah pergi ceramah, tetapi nasihatnya janganlah pergi ke ceramah itu… aikkk!!!

Kepada polis kedua yang mengambil maklumat nama dan nombor kad pengenalan saya bertanya, “Kenapa, ceramah ini tak ada permit ke,” selamba dia menjawab “Ada,” lagi pelik! Habis itu, kenapa perlu sekatan polis dan segala? Katanya takut ada kacau, huru-hara! Saya tergelak, siapa yang mahu buat huru-hara? Polis tersebut serius dengan alasannya, mana tahu, takut-takut berlaku… Saya terus tersenyum, yalah saya datang untuk berceramah, bukan untuk membuat huru-hara. Sumpah saya tidak tahu siapa yang mahu membuat huru-hara itu…

Saya kira kedua-dua polis itu sendiri, yang tugasnya menguatkuasakan undang-undang, tidak tahu undang-undang mana yang sedang mereka kuatkuasakan. Saya yakin mereka sedang melaksanakan arahan pihak tertentu, bukan melaksanakan arahan undang-undang, maka tugasan mereka itu dalam keadaan mereka memakai uniform yang dibiayai wang cukai rakyat, menggunakan kereta peronda polis dan segala peralatan sekatan jalanraya yang juga dibiayai oleh wang cukai rakyat adalah satu tindakan haram kerana tidak berasaskan mana-mana undang-undang yang terpakai, saya pula sebagai salah seorang pembayar cukai tidak akan menghalalkannya dunia-akhirat.

Sesampainya di tapak ceramah, dapatlah saya akan gambaran sebenarnya, tahulah saya siapa yang sedang bercadang mahu menimbulkan huru-hara, anda tahu siapa? Ya… Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), FRU masuk Felda! Setelah sekian lama “bersara” dari aktiviti politik, hari itu saya mahu berceramah kerana hanya mewakili sahabat saya yang begitu berharap (walaupun anak kecil saya masih demam), begitulah sambutan meriah yang saya terima, sambutan topi merah!

Ceramah terpaksa dialihkan ke markas PAS yang hanya beberapa meter sahaja dari lokasi asal, sebuah kawasan lapang di hadapan deretan kedai. Melihat kepada jarak yang begitu dekat di antara lokasi asal dengan lokasi ganti (markas PAS), saya tidak faham mengapa ia perlu diarah pindah oleh polis, kalau ada kebaikan tentang kedua-dua lokasi, maka kebaikannya sama, jika ada keburukan tentang kedua-dua lokasi, maka keburukannya sama, apa alasan polis?

Tokoh yang berceramah bersama saya malam itu ialah Saudara Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Seluruh Malaysia (ANAK) yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Saya dimaklumkan ada dua sebab mengapa ceramah pada malam itu menerima tindakbalas sebegitu rupa, pertama kerana ada pihak tertentu risau dengan kesan ceramah Anwar Ibrahim di Kuantan pada malam sebelumnya, dan kedua kerana kehadiran Mazlan Aliman itu sendiri. Rupa-rupanya antara yang sedang huru-hara ketika itu adalah pengurusan Felda yang begitu takut dengan kelibat Mazlan Aliman yang dikenal lantang bersuara dan berjuang memartabatkan nasib peneroka Felda.

Kebetulan pula Saudara Wak Rabidin, Ketua PKR Cabang Rompin yang turut hadir malam itu adalah Timbalan Pengerusi Konvensyen Peneroka yang sedang sibuk dalam proses persiapan untuk dilaksanakan oleh Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Mazlan Aliman juga bakal membentangkan kertas kerja dalam konvensyen tersebut. Patutpun ada telinga yang berdesing hebat.

Polis pada malam itu betul-betul menghadiahkan saya bola tanggung. Manakan tidak, saya ambil peristiwa gangguan polis itu sebagai contoh kecil bagaimana orang Melayu khususnya, dari dahulu sehingga sekarang tidak habis-habis ditakutkan oleh pemimpin mereka. Anda bayangkan bagaimana perasaan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mahu ke ceramah bila terpaksa memberi nama dan nombor kad pengenalan mereka kepada polis yang menyekat mereka di tengah jalan, ini zaman darurat ke? Ceramah itu anjuran sebuah gerakan bawah tanah ke? Dari zaman dahulu kita ditakutkan kononnya ditimpa daulat atau ketulahan bila mahu melakukan sesuatu yang tidak sealiran dengan pemikiran pemimpin. Bila munculnya gerakan-gerakan awal mahu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang berkhidmat dengan penjajah menakut-nakutkan orang Melayu, mahu merdeka konon, buat jarum sebatang pun tidak tahu.

Sampailah ke senario politik hari ini. Orang Melayu khususnya terus ditakut-takutkan. Sokonglah Pakatan Rakyat, tengok tu, DAP dah paksa Khalid Ibrahim buka UiTM untuk Cina, begitulah rasisnya dakwaan mereka, padahal dalam masa yang sama mereka melakukan cadangan Khalid Ibrahim yang tidak boleh dilaksanakan itu kerana Khalid bukanlah pemimpin Kerajaan Persekutuan pun, Najib baru-baru ini mengumumkan penyediaan kuota 30% bukan Melayu untuk kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD), ada siapa bising?

Saya tiada masalah dengan pembukaan institusi-institusi pendidikan ini untuk bukan Melayu, bahkan ketika saya di Matrikulasi MARA Kulim pada tahun 1990-1992, ia sudah dipraktikkan, dipraktikan oleh pemerintah Umno dan BN! Soalnya mengapa Melayu perlu ditakutkan bila ada pemimpin Pakatan Rakyat mengemukakan idea yang serupa, menuduh Pakatan Rakyat dikuasai Cina? Najib pula dikuasai oleh siapa bila memperkenalkan kemasukan bukan Melayu ke MTD ini?

Begitu juga dengan isu kalimah Allah. Munculnya isu ini memberi modal baru kepada Umno untuk terus menakutkan orang Melayu, sokonglah lagi Pakatan Rakyat, sekarang Allah pun mereka nak kongsi! Bila Dr. Mohammad Nor Manuty dari PKR mengeluarkan kenyataan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, kalangan Umno ada menakutkan orang Melayu yang menyokong PKR dengan menuduh PKR parti sesat, padahal kenyataan Mohammad Nor Manuty bukanlah setakat pandangan beliau, ia adalah pandangan alim-ulama seluruh dunia, lebih dari itu ia adalah sebahagian Kalamullah yang dinukil dari Kitabullah Al-Quran ul-Kareem.

Apapun saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas keberanian YDP PAS Kawasan Rompin, Ustaz Shukri Haji Ahmad dan Ketua PKR Cabang Rompin, Saudara Wak Rabidin bersama sekitar 300 peneroka Felda yang hadir dengan setia pada malam 18 Januari itu, walaupun terpaksa berpindah tempat. Keberanian peneroka Felda Keratong 5 ini dalam mengatasi usaha menakut-nakutkan yang dibuat oleh polis pada malam itu saya percaya telah membuatkan pihak tertentu semakin merasa huru-hara.