Selasa, 19 Januari 2010

PAS tidak perlu ‘rasuah politik’

PAS tidak perlu rasuah termasuk politik untuk membiayai aktivitinya selagi semangat pengorbanan para pemimpin dan ahli masih menjadi aset parti, kata Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Haji Mohamad Sabu.

Mengulas pendedahan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low bahawa rasuah politik adalah ibu segala rasuah di negara ini, beliau berkata, segala usaha perlu dilakukan untuk mempertahan dan melindungi PAS dari rasuah politik seperti itu.

Dalam kenyataannya semalam, Low berkata, ketiadaan ketelusan dan akauntabiliti mengenai sumber pembiayaan politik mengakibatkan penyalahgunaan sistem politik yang melemahkan proses demokrasi pilihan raya.

Ketika menolak rasuah politik sedemikian, Mohamad menekankan bahawa PAS selama ini hidup dengan semangat pengorbanan para pemimpin dan ahli-ahlinya.

"Kita menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada tahun 1990 dengan semangat perjuangan dan pengorbanan para pemimpin dan ahli-ahli PAS dan Semangat 46. PAS tidak menerima apa jua pembiayaan politik dari mana-mana tauke atau peniaga berkepentingan.

"Begitu juga ketika PAS bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mengulangi sejarah menjatuhkan pemerintahan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

"Saya sendiri bertanding di kawasan Nilam Puri di Kelantan pada tahun 1990 berbekalkan wang RM70 sahaja dan Allah membantu kemenangan kita kerana semangat pengorbanan ahli-ahli dan penyokong kita," katanya.

Malah, kata Mohamad, PAS membina kompleks Markas Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar dan markas-markasnya yang lain di seluruh negara dengan hasil pengorbanan dan titik peluh ahli-ahli dan penyokongnya sendiri.

"Sejarah tersebut membuktikan bahawa kita boleh hidup dan bergerak dengan hasil pengorbanan dan titik peluh kita sendiri.

"Kita bina markas-markas PAS. Kita tidak bina tugu rasuah," katanya sambil merujuk tuduhan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" bahawa ibu pejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai sebahagiannya oleh para pembayar cukai.

Mohamad menegaskan, lebih baik menadah kopiah memohon derma dari ahli-ahli dan penyokong PAS dari mengemis rasuah serta menjatuhkan maruah parti kepada tauke-tauke dan peniaga-peniaga berkepentingan sehingga akhirnya menyebabkan peluang dan keuntungan beredar kepada orang yang sama."Saya penuh yakin ahli-ahli dan para penyokong PAS memandang jijik dan memerangi mana-mana pemimpin politik yang tiba-tiba hidup kaya raya dengan sumber-sumber yang meragukan.

"Saya juga yakin PAS boleh mempertahankan kemenangannya serta menambahkan kerusi dalam pilihan raya akan datang tanpa menjual maruah kepada mana-mana tauke dan peniaga berkepentingan," katanya.

Ketika mengulas cadangan menggubal Akta Parti Politik bagi membendung gejala rasuah di kalangan ahli politik di negara ini, Low berkata, rasuah sedemikian seringkali menjadi punca penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaan.

Mohamad bagaimanapun tidak percaya akta sedemikian akan digunakan terhadap Umno dan BN selagi parti tersebut masih berkuasa.

"Boleh jadi digunakan terhadap orang-orang Umno dan BN, tetapi hanya ke atas mereka yang tidak disenangi dan hendak dibuang oleh pemimpin yang menguasai parti tersebut dan kerajaan yang dikuasainya," kata beliau.

Mursyidul Am baru Ikhwanul Muslimun




Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).

Pemuda PAS Sehati Sejiwa Dengan Pemuda UMNO?

Antara Dua Pemuda

Pemuda UMNO Kelantan buat laporan polis - isu Bazar Tok Guru.

Jika benar Pemuda UMNO Kelantan dan Malaysia mempunyai kesedaran memerangi rasuah dan penyelewengan, masyarakat harus bersyukur. Separuh masalah negara kita otomatik selesai kerana selama ini, hiruk pikuk penyelewengan datang dari parti pemerentah di Putra Jaya.

Sikap tidak berkompromi dengan penyelewengan sudah sangat bermakna, tetapi janganlah ia terhenti atas isu yang cuba dimanipulasikan semata-mata. Ia hendaklah menyeluruh dan seluruh korupsi hendaklah diperangi.

Satu masa dulu, Jambatan Tambahan Sultan Yahya di Pasir Peikan khabarnya melibatkan seorang bekas pemimpin Pemuda UMNO Kelantan dengan nilai 'lesap' berpuluh juta. Kenapa tak ada laporan polis?

Jika diteliti Laporan Ketua Audit Negara sahaja, sudah cukup untuk menunjukkan UMNO/BN lah 'juara' apa yang ditentang oleh Pemuda UMNO.

Saya tidak ingin panjangkan huraian mengenainya.

Dalam kesempatan ini, saya cuma ingin mengajak Pemuda UMNO Kelantan meneliti blog Mindnoevil, posting terakhirnya. Saya petik sebahagian;

What do you think would be the price tag that was charged to the government for the purchase of the 120mm Rifled Mortars, the two regiments of Multi Launched Rocket Systems (MLRS), and the Vera-E Passive Air Defence Sensor that I had mentioned in my earlier writings, to name a few?

Why has the price tag being kept confidential; out of public hearing and is not even discussed in parliament. Does the price have any national security implication? Or is the government too afraid to expose the price tag, because someone will come out with figures that are far less than what the government has paid for?


Pembelian rifel 120mm dan lain-lain kelengkapan tentera melambung melebihi harga pasaran.

Blog ini bukan ditulis oleh sebarang tinta seperti sesetengah blogger sampai keputusan Mahkamah pun cuba 'di tak tahukan'.(Terima kasih kepada Perisik Rakyat atas kecekapannya memasukkan nombor, tarikh dan bilik bicara Mahkamah Rayuan kes berkenaan).

Mindnoevil hasil tinta bekas pegawai kanan tentera, Muhamad Arshad Raji.

Saya cadangkan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Kelantan melaporkan kes ini kepada SPRM secara bersama.

Jangan pula langkah melaksanakan satu obligasi sosial seperti yang dipersetujui oleh Tok Guru dalam kes Bazar ditukar menjadi penyelewengan pada hal tidak. Lihat kenyataan terima kasih para peniaga Arked Uda atas langkah yang diambil oleh Tok Guru. Tok Guru memayungi rakyatnya dengan belanja RM 23 juta dan bagi Pemuda UMNO Kelantan, itu adalah salah.

Adakah Pemuda UMNO tidak terasa malu bila para peniaga di Arked UDA berkeliaran bila Arked UDA akan dirobohkan? Tugas itu patut diambil oleh agensi Kerajaan Persekutuan seperti UDA. Kenapa tugas UDA menjaga kebajikan strategik peniaga di situ hendaklah dilepaskan pada Tok Guru? Kenapa tidak UDA sahaja membina satu bazar baru yang moden dan diberi percuma atau berharga murah kepada peniaga kecil di Kota Bharu? Kenapa UDA juga harus berlumba membina bangunan tinggi sehingga peniaga di bawah naungan mereka terpaksa mencari perlindungan di lain tempat?

Kenapa Pemuda UMNO Kelantan tidak cuba menjadi juara konstruktif dalam isu ini mendesak UDA membatalkan cadangan asal mereka tentang kompleks komersial kepada satu kompleks mampu milik para peniaga di Kota Bharu di tapak yang ada sekarang?

Atau mereka sekadar mahu cemarkan nama baik Tok Guru?

Jika itu agenda sebenar mereka, di mana Pemuda PAS, Negeri atau Pusat?


Mungkin Ketua Pemuda Pusat ada mengeluarkan apa-apa kenyataan menyangkal laporan polis Pemuda UMNO Kelantan namun media mungkin tidak menyiarkannya.

Sebaliknya, komen Ustaz Tantawi mengenai isu 'cah keting' ada disiarkan Utusan hari ini.

Memang wajar media pro UMNO menyiarkan isu-isu 'dalaman' PAS untuk tujuan politik mereka. Sesuai dengan matlamat dan agenda mereka dan selagi kita bersedia memberikan 'bekalan' untuk tujuan itu, mereka sangat bergembira.

Namun, oleh kerana ia telah disentuh oleh Ustaz Tantawi, saya ingin menyokong ulasan beliau.

Isu 'cah keting' adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mencemarkan nama baik PAS yang selama ini dikenali sebagai parti yang berdisiplin dengan pemimpin dan ahli yang jujur.

Fenomena sedemikian perlu dikenalpasti dan program pendisiplinan perlu dilakukan dengan bijaksana dan tegas.

Islam sangat menekankan disisplin yang tinggi pada para pejuangnya dan mempunyai tatacara disiplin yang lengkap.

Jangan dibiarkan ia berlalu tanpa diuruskan tetapi langkahan disiplin perlu segera digerakkan.

Islam, dalam konteks governance, menekankan dua perkara : individu yang terbina atas dasar taqwa dan mempunyai nilai-nilai persenaliti kukuh yang terbina secara dalaman. Kedua, sistem luaran yang boleh mencegah dan mengelakkan apa-apa ciri buruk yang disebutkan oleh Ustaz Tantawi.

Dalam konteks ini, sudah sampai masanya semua pemegang jawatan kerajaan terutama pemimpin dan petugas parti mengisytiharkan kekayaan dan harta mereka dari masa ke semasa kepada satu badan tertentu yang telus dan bebas.

Ia boleh mengelakkan sesiapa sahaja pemimpin yang jujur dan bersih dari apa jua tuduhan seperti tamak dan menyeleweng.

Pemuda PAS dan Pemuda UMNO rasa saya, boleh bersetuju jika mereka memang sehati sejiwa menentang keburukan dari kesempatan pangkat dan kedudukan.


Pemuda UMNO buat laporan polis

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA


Ulasan GB

Ada satu hal di dalam tulisan Husam yang menarik perhatian GB.

"Atau mereka (Pemuda UMNO Kelantan - GB) sekadar mahu cemarkan nama baik Tok Guru?

Jika itu agenda sebenar mereka, di mana Pemuda PAS, Negeri atau Pusat?


Mungkin Ketua Pemuda Pusat ada mengeluarkan apa-apa kenyataan menyangkal laporan polis Pemuda UMNO Kelantan namun media mungkin tidak menyiarkannya.

Sebaliknya, komen Ustaz Tantawi mengenai isu 'cah keting' ada disiarkan Utusan hari ini."

Benar, mengapa hal "cah keting" pula yang diperbesarkan oleh Pemuda PAS Pusat sedang PAS sedang diserang dengan isu Bazaar oleh Pemuda UMNO?

Apakah Pemuda PAS sehati sejiwa dengan Pemuda UMNO? Sama-sama menghentam PAS Kelantan? Perenggan akhir Husam (Read between the lines.) sinis bertanya kepada Ust Nasaruddin Hassan Tantawi.

Tidak adil beri gambaran buruk terhadap Malaysia mengenai kalimah ‘Allah’..sape yang buat hal..!!

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Tidak adil memberikan persepsi buruk oleh penganut agama Kristian terhadap Malaysia ekoran isu kontroversi kalimah “Allah” kerana negara lain juga dituduh kerana pendirian kuatnya mengenai isu sensitif dan agama tertentu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata sebagai contoh Switzerland yang tidak membenarkan kubah di masjid sementara wanita Muslim di Perancis dilarang memakai hijab atau tudung.

Dengan itu, tidak ada imej negara yang tidak dapat mengelakkan diri daripada kritikan dan Malaysia tidak terkecuali seperti yang dibuktikan oleh laporan buruk akhbar mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di sini hari ini.

Dengan itu, beliau berkata negara-negara ini akan pada suatu ketika atau yang lain akan dikritik kerana tidak munasabah dan demokratik, yang akan memberikan tanggapan buruk kepada mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persepsi negatif terhadap Malaysia dari luar negara berkaitan isu kalimah Allah.

“Saya ada tanggapan atau persepsi buruk terhadap Switzerland, sebagai contoh, yang tidak membenarkan kubah dan di Perancis melarang wanita pakai tudung. Tanggapan saya terhadap negara-negara ini ialah mereka tidak demokratik. Perkara ini berlaku kepada setiap negara,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga membidas media tempatan untuk melaporkan bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara yang telah melakukan kesalahan dan yang lain tidak munasabah atau terbatas serta tidak sangat demokratik. — Bernama

700 Lori Angkut Pasir Silika Ke Singapura Setiap Hari - Dr. M ..!...Sekarang sape tipu sape..??

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini.

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Beliau mengulas kenyataan Shaziman pada November lalu yang menyebut sebanyak 700 buah lori bertolak dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor setiap hari, manakala sejumlah 1,000 buah lori menggunakan laluan sama dari Malaysia ke Singapura.

Shaziman menambah, lebih kurang 500 buah lori ke Singapura membawa pasir.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, republik itu memerlukan pasir silika untuk menghasilkan mikrocip.

Secara sinis beliau menambah: "Saya tidak tahu berapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip yang sekecil itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."

Beliau berkata, pulangan dengan menjual bahan mentah tidak menguntungkan dan kerana itu adalah lebih baik bagi negara ini memproses bahan mentah terbabit supaya ada nilai tambahan.

"Tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Saya rasa kilang kaca ada melakukannya sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Kenapa kita tidak hasilkan wafer silikon dan menjualnya kepada Singapura," ujarnya.

YBK: Melaka, NS tawar tapak kampus UiTM

Kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing menawarkan tapak baru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor untuk membina kampus cawangan baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebelum ini, YBK merancang untuk membina kampus UiTM di tanah miliknya di Serendah, Rawang. Ia bakal mengandungi tiga fakulti yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dan sarjana dan mampu menampung kira-kira 5,000 pelajar.

Tawaran itu dibuat ekoran kemelut yang dihadapi YBK ekoran usaha kerajaan Selangor yang mahukan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Dilaporkan kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK, jika tidak, pembinaan kampus itu di Serendah akan dihentikan.

Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, tawaran tersebut telahpun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Disember lalu.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan mengenai permohonan tersebut akan diumumkan pada bila-bila masa.

"Keputusannya terserah kepada budi bicara perdana menteri," katanya.

Mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor itu, Zainal Abidin berkata ia mempunyai unsur politik dan "proses pengambilan YBK sedang berjalan".

“Sedangkan YBK adalah sebuah yayasan NGO yang didaftarkan di bawah Ordinan Pemegang Amanah 1952 dan ia ditadbir oleh enam anggota lembaga pemegang amanah.

"Kalau (kerajaan Selangor) nak bekerjasama, kita tak ada masalah. (Dan) tak perlu buat syarat-syarat begini.

"YBK pada asasnya ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang politik. Kalau kerajaan negeri menguasai, (maka) hilanglah fungsinya sebagai NGO,” katanya.

YBK ditubuhkan oleh bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika negeri itu diperintah oleh BN.

Ia ditubuhkan 20 tahun lalu, bercadang membangunkan kawasan seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang.

Tanah tersebut adalah milik YBK yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar tahun 1995.

Pada 11 Januari lalu, sebuah NGO - Bersih Bangun Selagor (BEBAS) - telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pengerusi BEBAS, Mohd Abdul Raof Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan Selangor telah mengarahkan YBK melantik Khalid sebagai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sekeping tanah milik yayasan itu akan dihentikan.

Mohd Abdul Raof dilaporkan mendakwa ianya mengandungi unsur ugutan terhadap YBK dan meminta SPRM menyiasatnya.

Untuk Insan Bernama Perempuan - Kewajipan menutup aurat


sebar2kanlah artikal ini untuk makluman semua

Disediakan oleh: Siti Sumayyah Sha’arani

“ Katakanlah, hai Nabi, kepada isteri-isterimu, anak-anak gadismu dan isteri-isteri orang-orang beriman, “Hendaklah mereka menutupkan baju kurungnya ke badan mereka (waktu keluar rumah)”. Yang demikian lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Ahzab : 59)

Allah telah memerintahkan kepada Nabi s.a.w agar menyuruh umatnya menutup aurat. . Sebagaimana firman Allah, para lelaki dan wanita beriman hendaklah membatasi pandangan mereka kepada lawan sejenisnya. Mereka juga hendaklah menahan pandangan yang menimbulkan syahwat. Dan caranya adalah dengan menutup aurat.

Islam menyuruh umatnya melakukan sesuatu perkara bukan tanpa sebab yang jelas. Semuanya mempunyai penjelasan. Seperti ayat Al-Quran di atas, Allah memerintahkan agar Rasulullah menyuruh isteri-isterinya dan anak-anak gadisnya untuk berpakaian sopan dan rapi agar mereka tidak diganggu orang. Ini kerana, yang biasa dan selalu diganggu di jalanan ialah wanita-wanita dan para gadis yang berpakaian minima, tidak sopan dan meransang ghairah orang yang memandangnya. Menutup aurat boleh mengelakkan mereka dari diganggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan aurat? Aurat wanita ialah menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya kepada lelaki ajnabi (bukan muhrim). Ini bermaksud, seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangannya wajib ditutup. Tiada pengecualian dalam hal ini. Setiap wanita beriman hendaklah patuh kepada perintah Allah ini untuk menjaga kemuliaan wanita.

Di antara batasan-batasan aurat yang perlu dijaga oleh wanita seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anak-anaknya, anak-anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya yang laki-laki, anak-anak saudaranya yang perempuan, wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan pria yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum melihat aurat wanita. Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(Surah An-Nur : 31)

Seperti maksud firman di atas, Allah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga auratnya termasuklah; pertama: kaki: “Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan”. Maksudnya di sini, para wanita dilarang memakai perhiasan di kaki yang mempunyai bunyi-bunyian seperti loceng, yang mana bila dihentakan kainya, berbunyi loceng tersebut. Kadangkala bunyi loceng di kaki boleh mendebarkan lelaki. Selain itu, kaki juga hendalah ditutup dengan stoking.

Yang kedua, sebagaimana firman Allah: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya”, para wanita hendaklah menutup kepala dan dada mereka dengan sempurna kerana disitu terletak fitnah yang sangat besar. Ini bermakna, seluruh kepala hendaklah ditutup dan dilabuhkan hingga ke dada sepenuhnya. Nabi s.a.w juga ada bersabda : Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan rambut wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya dengan *tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan”. (Sahih Bukhari). Untuk menutup bahagian ini pula hendaklah dengan sempurna, dan bukan bahagian yang nipis.

Seterusnya, mata. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya…” .Wanita-wanita juga hendaklah menjaga pandangan mata mereka dari memandang aurat lelaki dan juga benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka hendaklah sentiasa menundukkan pandangan mereka.

Terakhir, di dalam ayat ini Allah telah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga kehormatan mereka. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya”. Kehormatan di sini bermaksud mereka hendaklah mempunyai perasaan malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. Mereka haruslah merasa malu untuk mendedahkan aurat mereka, seterusnya menjaga perlakuan dan mengelakkan fitnah dari mata-mata yang memandang.

Selain itu, di antara batasan-batasan aurat lain yang perlu dijaga oleh wanita termasuklah suara. Firman Allah: “ Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidaklah seperti wanita lain. Jika kamu bertaqwa, maka janganlah perkataanmu merayu sehinggamenimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (untuk berbuat jahat). Ucapkanlah perkatan yang baik (makruf)”. (Surah Al-Ahzab:32). Suara mereka tidak boleh terlalu lunak dan mencairkan hati-hati yang berniat jahat. Sebaiknya bercakap dengan suara yang perlahan, tetapi jelas dan tenang seterusnya menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Islam juga telah menggariskan dengan jelas garis berpakaian yang sesuai dan mengikut syarak. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki. (Sahih Bukhari). Seorang wanita hendaklah berpakaian seperti seorang wanita selayaknya dan tidak mengikut pakaian kaum yang lain. Begitulah, setiap suruhan oleh agama Islam mendatangkan kebaikan untuk umatnya. Dengan menjaga aurat, kita dapat menjaga kehormatan diri dan memelihara daripada fitnah. Dengan memutup aurat, kita dapat mengelak siksaan api neraka yang maha dahsyat.

*tusukan di dalam hadith berkenaan bermaksud tattoo.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my

Kenyataan Shafie Apdal berniat jahat, mengelirukan

Pejabat Menteri Besar Kedah menyifatkan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyebut tiada sebarang pembangunan di negeri ini bersifat provokasi, berniat jahat serta mengelirukan rakyat.

Setiausaha Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, ucapan menteri itu yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Hassan Malek yang menyebut bahawa tiada sebarang pembangunan serta dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua hanyalah retorik dan Kerajaan Kedah hanya mampu menyambung apa yang telah diasaskan oleh BN sebelum ini adalah amat melucukan, geli hati dan lawak.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini, Mohd Helmi berkata, selayaknya teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat cawangan dan bukannya di baca atas sifat mewakili seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu

Berikut ialah kenyataan penuh Mohd Helmi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak media yang sudi menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersebut.

Kenyataan itu cukup untuk membuktikan bahawa penulis teks ucapan, serta pembacanya yang mewakili Shafie iaitu Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek langsung tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Negeri Kedah Darul Aman.

Teks ucapan itu juga lebih kepada bersifat provokasi, berniat jahat serta mengelirukan pandangan rakyat kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman serta tidak merujuk mana-mana asas serta tidak berfakta.

Selayaknya teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat cawangan dan bukannya di baca atas sifat mewakili seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu – saya berkata demikian berpandukan isi ucapan yang langsung tidak berkualiti dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ucapan itu juga sekaligus menafikan titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sempena Hari Keputeraan baginda pada 17 Januari lalu antara lain menitahkan bahawa: “Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah kempimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum amat dipuji”

Dalam ucapan yang dibaca oleh Hassan itu menyebut bahawa tiada sebarang pembangunan serta dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua hanyalah retorik dan Kerajaan Kedah hanya mampu menyambung apa yang telah diasaskan oleh BN sebelum ini.

Ia amat melucukan, geli hati dan lawak.

Saya langsung tidak berhajat untuk membariskan satu persatu perancangan yang dalam pelaksanaan oleh Kerajaan Kedah.

Buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, pada tahun 2009, sebanyak 11 GLC berjaya memberi sumbangan sejumlah RM 30 juta kepada Kerajaan Negeri.

Laporan Audit Negara tahun lalu bagi negeri Kedah dengan jelas menyebut bahawa peningkatan hasil sebanyak 205% dalam kutipan hasil balak, kadar kemiskinan pula dicatatkan menurun dan pertumbuhan KDNK hanya kurang 0.02% kenaikannya jika dibandingkan dengan KDNK Negara (KDNK Kedah 4.6% sementara KDNK Kedah 4.6%)

Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil dengan harga sekitar RM380 juta dengan memperkenalkan pengajian di bidang profesional termasuk bidang perubatan atau pembinaan kilang yang bakal menjadi hub kepada hasil tanaman seperti nanas, mempelam serta rambutan yang menjadi lambakan tanpa hasil sejak zaman sebelum merdeka di kalangan rakyat, rasanya cukup memadai bagi menjawab tohmahan dan ucapan dendam kesumat oleh menteri berkenaan.

Itu belum mengambil kira pembinaan rumah kos rendah di Baling dan Kubang Pasu yang bakal dibina, yang kesemuanya dibina berpandukan kemampuan rakyat, bagi menggantikan pembinaan projek perumahan berpandukan kemampuan para pemaju seperti yang diamalkan oleh rakan-rakan Shafie ketika menerajui pentadbiran BN di Kedah.

Menteri Besar senantiasa menyahut saranan Kerajaan Pusat serta memberi kerjasama yang amat baik bagi kepentingan rakyat, tetapi apabila Shafie mula mengungkit-ungkit bahawa hanya BN yang membantu rakyat, saya musykil bahawa Naib Presiden Umno ini seolah mahu meruntuhkan jambatan perpaduan serta kersama erat yang terbina antara Presidennya sendiri, YAB. Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama Dato’ Seri Ustaz Azizan bagi kepetingan dan masa depan rakyat seluruhnya.

Bagi saya, ‘serangan’ ini adalah idea terkini pihak Umno dan BN Kedah untuk memburukkan imej baik pimpinan Ustaz Azizan yang semakin disenangi rakyat, selepas usaha Umno dan BN selama ini memfitnah melalui laman blog dan sebagainya tidak berhasil.

Saya tekankan bahawa ucapan tersebut telah menafikan titah ucapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah serta Laporan Audit Negara 2008 selain berniat jahat memburukkan imej baik Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Marilah sama-sama kita renungi antara ucapan awal Ustaz Azizan ketika diberi amanah menerajui Kerajaan Negeri Kedah dua tahun yang lalu: “Kedah kita punya, saya anak Kedah dan tuan-tuan, puan-puan juga anak Kedah, kita sama-sama sayangkan negeri Kedah, adalah menjadi tanggungjawab saya dan semua dari kita untuk sama-sama membangunkan Kedah yang kita cintai ini, Kita bina semula Kedah, Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.”

Remaja Bunuh Anak Guru Tuisyen Mahu Jadi Peguam

Lee Lam Thye (tengah) bertanya sesuatu kepada seorang daripada pelajar dan juga banduan di Sekolah Integriti Kajang sempena lawatannya ke Penjara Kajang di Kajang, hari ini. Turut sama Zulkifli Omar (kiri) dan Timbalan Penguasa Penjara Kajang Ranjit Singh. - Foto BERNAMA

KAJANG: Meskipun disabitkan kesalahan membunuh anak perempuan guru tuisyennya pada tahun 2002 dan akan kekal di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong, seorang remaja membulatkan tekad untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang peguam.

Untuk mencapai hasratnya itu, pesalah juvenil terbabit yang kini berusia 21 tahun sedang mengikuti kursus undang-undang di Sekolah Integriti Penjara Kajang.

Ketika ditemui mStar Online di penjara berkenaan hari ini, remaja itu memberitahu Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat belajarnya masih berkobar-kobar.

"Semangat belajar saya masih membara dan saya percaya kepada keadilan," katanya di sini.

Lee bersama kira-kira 10 ahli jawatan kuasa melakukan lawatan rasmi ke Penjara Kajang di sini sambil ditemani Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar.

Menurut remaja itu, seorang profesor akan membawa 16 pelajar universiti awam di bawah bimbingannya ke penjara untuk melawat sambil belajar bersama-sama pada setiap bulan.

Pada 2003, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja lelaki itu ditahan selama perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mensabitkannya dengan kesalahan membunuh dengan menikam sebanyak 24 kali anak perempuan guru tuisyennya yang berumur 11 tahun di rumah gurunya itu di Taman Sri Rampai di Wangsa Maju antara 3.30 petang dan 4.30 petang pada 30 Mei, 2002.

Semasa melakukan jenayah tersebut dia berumur 12 tahun.

Kes itu menjadi tumpuan pada tahun 2007 apabila Hakim Mahkamah Rayuan pada ketika itu, Datuk Gopal Sri Ram (kini hakim Mahkamah Persekutuan), dalam keputusannya memutuskan Seksyen 92 (2) Akta Kanak-kanak melanggar Perlembagaan kerana ia memberi kuasa eksekutif untuk menjatuhkan hukuman terhadap kanak-kanak yang melakukan pembunuhan.

Beliau berkata ia melanggar doktrin pemisahan kuasa seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sri Ram memutuskan mahkamah-mahkamah mesti mempunyai kuasa eksklusif untuk mendapati seseorang itu bersalah membunuh dan kemudian mengenakan hukuman, dan ia tidak boleh sembarangan mensabitkan seseorang tetapi menyerahkan tanggungjawab melaksanakan hukuman kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan atau gabenor yang bertindak atas nasihat eksekutif.

Sri Ram mengekalkan sabitan itu, menyatakan terdapat "banyak" keterangan terhadap budak lelaki itu tetapi membebaskannya selepas memutuskan tidak terdapat undang-undang yang memperuntukkan hukuman kepada kanak-kanak yang disabitkan kesalahan membunuh.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan remaja lelaki itu bagi semakan terhadap keputusannya pada 23 Oktober 2007, dan membatalkan perintah Mahkamah Rayuan.

In search of ‘Middle Malaysia’

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Is “Middle Malaysia” a new breed of voters who want more accountability from the government? Or is it merely political sloganeering? Last Sunday, DAP secretary-general Lim Guan Eng told members of his party that Pakatan Rakyat (PR) would have to take the middle ground and focus their efforts on these voters, as they can send the federal opposition to Putrajaya.

Lim (left), who is also Chief Minister of Penang, also said it was incumbent upon Pakatan Rakyat to create a more moderate, more tolerant Malaysia that is “Middle Malaysia.”

Ibrahim Suffian, who is the director of the independent research firm Merdeka Center, believes that the times have indeed changed over the past few decades and Malaysian voters are now more “sophisticated.” He is of the opinion that they will vote based on pragmatic issues rather than political allegiance, largely because they are more informed now about what is happening in the country.

“Middle Malaysia prefers co-operation not conflict, consultation instead of confrontation and an inclusive, shared society rather than an exclusive, separate society.

“We want no part of the extremist fringes with pronouncements and positions that frighten off any decent Malaysian,” Lim had said in his opening address during the DAP National Convention over the weekend in Ipoh.

Lim said the other component parties within PR such as PAS and PKR had also successfully taken the middle ground by addressing various issues, the latest being the controversy surrounding the usage of the word “Allah” by non-Muslims.

However, many people remain divided over the identity of these “Middle Malaysians”.

“My take on the matter is that for the past five decades, Barisan National has had the key winning formula... thus managing in the past to occupy the centre stage. The ‘middle ground’ at that point of time meant capturing each ethnic group, something which component parties like Umno, MCA and MIC had managed to do.

“Right now, we’re looking at a situation where many of these same component parties have lost the middle ground. What constitutes the term ‘middle’ now does not mean capturing each ethnic group,” explained Ibrahim, who compared the “Middle Malaysia” of today to the Democrats in the United States.

He believes that DAP’s pitch to Middle Malaysia will help garner Pakatan Rakyat more votes in the next general election.

“Yes, it will help them (PR) in getting votes. The way constituencies are designed is that one-half are what you call mixed seats, which leaves the other half, or 45 per cent or so Malay-majority seats. Whichever party gains the support of the mixed seats as well as a substantial support of the Malay voters will get the numbers needed.”

He added that the people who occupy the middle ground right now are not necessarily politically-inclined and will vote based on issues of the day that concern Malaysians.

“We look at PAS’ position on the issue of ‘Allah’ and we can see that PAS is taking a middle path on the matter. This is a risk taken by PAS, as they are still somewhat counting on their hardcore voters to remain loyal.”

However, Ibrahim cautioned that as the next general election draws closer, what defines the current middle ground can also change again.

Not everyone shares Ibrahim’s optimism though.

Professor Shamsul Amri Baharuddin, a political analyst, is sceptical on “Middle Malaysians” being the majority of voters in the country and harshly criticised DAP for misconceiving the definition of “middle.”

“In Malaysia, there is no such thing as middle voters. They (DAP) have messed up their calculations. The idea of middle voters is in their imagination... if they do not conceptualise their ideas properly, it can backfire,” said Shamsul, director of the Institute of Ethnic Studies (Kita) in UKM.

The academic firmly believes that in the case of constituencies, voters are still split on an ethnic level, and not all voters necessarily reside in the area that they vote in.

He claims that 30 per cent of voters in a constituency are urban folk who come from rural areas, hence they have different interests in mind and do not care about “local issues.”

‘Middle Malaysia’ not just a slogan, says Pua. — file pic

“The situation is like this. You have three types of constituencies in Malaysia; the Chinese, Malay/Bumiputeras and the mixed group. These groups, which make up 70 per cent of voters, are generally politically-inclined towards a certain party, be it opposition or government.

“This leaves the 30 per cent which I have mentioned earlier are not local voters... these are the only ones divided between voting on either the government or the opposition. Where are your middle voters then?” questioned Shamsul.

Barisan National had in the past commanded the support of “Middle Malaysians”, who represent the bulk of Malaysians, admits DAP’s Tony Pua.

He agreed that times have changed and now moderate Malaysians have an idea of the Malaysia that they would want to live in and Pakatan Rakyat has made it their responsibility to ensure that the notions of moderation, equality and justice for all are kept a tangible reality, not just dreams or ideals.

Pua, who is Petaling Jaya Utara MP, took great pains to explain that “Middle Malaysia” was not a slogan or a concept, rather a description of people in the centre of the Malaysian voting sphere.

“‘Middle Malaysians’ could be sitting on the fence or may not be on the fence when it comes to voting, but they share these moderate ideals about what our country should be. Barisan National’s old formula has been broken down. People no longer see race-based parties as viable or acceptable,” said Pua.

Whether they are indeed representative of “Middle Malaysia” or not, perhaps the time has come for Malaysians to decide on stability and results rather than political rhetoric.

Husam: PAS perlu disiplinkan ahli elak ‘cah keting’

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 19 – PAS tidak harus memandang ringan budaya ‘cah keting’ yang diakui Datuk Nik Abdul Nik Aziz wujud dalam parti itu, sebaliknya perlu mengambil tindakan tegas untuk mendisiplinkan ahlinya.

Disebabkan isu itu mula diperkatakan, ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Husam Musa berkata, persekitaran itu perlu dikenal pasti dan program pendisiplinan wajar dilakukan dengan bijaksana dan tegas.

“Isu ‘cah keting’ adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mencemarkan nama baik PAS yang selama ini dikenali sebagai parti yang berdisiplin dengan pemimpin dan ahli yang jujur.

“Fenomena sedemikian perlu dikenal pasti dan program pendisiplinan perlu dilakukan dengan bijaksana dan tegas.

“Islam sangat menekankan disiplin yang tinggi pada para pejuangnya dan mempunyai tatacara disiplin yang lengkap,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Malah isu-isu kebelakangan ini yang menyelubungi kepimpinan kerajaan negeri Kelantan juga dilihat usaha cah keting atau cantas-mencantas dalam PAS.

Bekas naib presiden itu menambah budaya itu tidak harus dibiarkan tanpa diuruskan tetapi “langkahan disiplin perlu segera digerakkan.”

“Islam, dalam konteks ‘governance’, menekankan dua perkara individu yang terbina atas dasar taqwa dan mempunyai nilai-nilai personaliti kukuh yang terbina secara dalaman.

“Kedua, sistem luaran yang boleh mencegah dan mengelakkan apa-apa ciri buruk yang disebutkan oleh (Ketua Pemuda PAS) Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi,” katanya.

Sehubungan itu Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan ini menambah, dalam konteks ini, sudah sampai masanya semua pemegang jawatan kerajaan terutama pemimpin dan petugas parti mengisytiharkan kekayaan dan harta mereka dari masa ke semasa kepada satu badan tertentu yang bebas.

Ia boleh mengelakkan sesiapa sahaja pemimpin yang jujur dan bersih dari apa jua tuduhan seperti tamak dan menyeleweng.

“Pemuda PAS dan Pemuda Umno rasa saya, boleh bersetuju jika mereka memang sehati sejiwa menentang keburukan dari kesempatan pangkat dan kedudukan,” katanya.

Tulisan beliau hari ini turut berkait dengan komen beliau dua hari lalu agar siasatan diadakan bagi menyiasat bocornya maklumat mengenai pembelian semula Bazar Tok Guru di Kota Baru oleh kerajaan negeri.

Beliau mengusulkan perkara itu kepada Menteri Besar agar langkah tersebut penting bagi mengelakkan perbuatan menuding jari serta prasangka yang berterusan di antara satu sama lain.

“Jalan yang paling mudah rasa saya ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya,” kata beliau.

Maklumat mesyuarat exco pada minggu lepas itu didedahkan oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz menerusi blognya Kickdefella.

Syed Azidi, orang kuat Husam, mendakwa kerajaan Kelantan kerugian RM50 juta dalam isu kompleks Bazar Tok Guru itu ekoran berlaku penyelewengan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

Berikutan pendedahan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan dilapor meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat tersebut kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

OKU: Ketua Pesuruhjaya SPRM minta maaf kepada Karpal Singh

Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamad memohon maaf kepada Karpal Singh berikutan tindakan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dikatakan menghina orang kurang upaya (OKU).

Begitu juga Peguam Kanan Persekutuan Persekutuan yang mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap OKU itu juga difahamkan telah memohon maaf.

Baru-baru ini, seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa mengeluarkan kata-kata menghina ke atas peguam Karpal Singh berkaitan dengan kecacatannya.

Ekoran itu, pelbgai pertubuhan OKU membuat bantahan terhadap penyataan yang dianggap menghina itu. Antaranya bantahan dibuat oleh Badan Latihan & Hidup Berdikari (ILTC), sebuah NGO yang mewakili orang kurang upaya.

(Gambar: Surat ILTC yang dihantar kepada SPRM bagi membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM)

ILTC membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan berkenaan yang dianggap sebagai menghina OKU apabila beliau menghina Karpal Singh.

Berikut adalah kenyataan penuh SPRM yang dihantar kepada Harakahdaily yang dikeluarkan oleh Ps. Nurhasmah Mohamed Kassim bagi pihak Ketua Unit Komunikasi Korporat SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

----------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan media berhubung kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dalam satu perbicaraan mahkamah pada 18 Januari 2010.

SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan tersebut telah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf telah dibuat oleh beliau kepada individu berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini.

SPRM juga merujuk kepada dakwaan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) yang dikatakan terpaksa menunggu lama untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta ketiadaan pegawai SPRM untuk menerima memorandum tersebut.

Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan memorandum tersebut melalui faksimili jam 10.03 pagi pada 18 Januari 2010. Dalam permohonan tersebut, ILTC meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menerima memorandum tersebut pada jam 11.30 pagi.

Namun begitu, Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dapat hadir kerana pada waktu yang sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi-Agensi Sektor Awam oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Walau bagaimanapun, pihak SPRM Wilayah Persekutuan telah diminta untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak Ketua Pesuruhjaya.

SPRM memohon maaf di atas segala kesulitan yang dilalui oleh pihak MADD dan ILTC dan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

IBU PEJABAT
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PUTRAJAYA
19 JANUARI 2010

Dr M backs Hassan Marican to stay as Petronas boss

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Petronas advisor Tun Dr Mahathir Mohamad (picture) signalled his objection today to the national oil company’s CEO Tan Sri Hassan Marican being replaced with a senior politician.

The Malaysian Insider had reported last week that Hassan’s term at the helm of Petronas is likely to be extended for another year after his contract expires next month, but speculation persists about a politician taking over his job.

An announcement on the extension — expected soon from the government — will put an end to the uncertainty surrounding Hassan’s future.

Dr Mahathir said today that a politician appointed as chairman would not be in the interest of Petronas.

“Well, I do not know. From what I see is that some of the top politicians have been making a mess of our economy. If you want them to make a mess of Petronas then I think they should become the top executive or chairman of Petronas,” he told reporters at Petronas’s headquarters in KLCC here.

Speculation has been rife that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak plans to replace the current chairman with a senior politician with the former home minister Datuk Seri Syed Hamid Albar mentioned as one of the candidates.

Petronas is under the jurisdiction of the government and only the PM can determine such a senior appointment in the company.

Hassan also refused to comment on his future in the national oil company. “I think the best to comment is the government,” he said.

Petronas had recently announced that its net profit before tax for April — September 2009 was RM31.2 billion compared to RM63.3 billion in the same period last year. While at the same time, revenues dropped 37.5 per cent to RM 98.2 billion from RM157.2 billion.

The government has been criticised for its high dependency and over reliance on Petronas’ revenue. Many fear that Petronas funds will be abused with a politician appointed as the company’s chairman.

There has been swirling speculation that Hassan would be replaced as Petronas chief executive after his contract ends in February. This was because of his clashes with the Datuk Seri Najib Razak administration in the past year over an appointment to the board of directors and his own independent streak.

The clash with the administration happened last year when Omar Mustapha, a senior aide of Najib, was denied a board seat at the oil firm despite explicit instructions by the prime minister.

Under the Petroleum Development Act, the oil firm is answerable only to the PM, which meant that the board may have been insubordinate in its actions.

Eventually, a second request by Najib led to the board “deferring” the decision. Najib then put his foot down and Omar has since joined the board.

The Omar saga led to much speculation surrounding Hassan’s future. But The Malaysian Insider understands that the continued economic uncertainty and Hassan’s experience has made replacing him now an unattractive prospect.

Rais says BN not threatened by DAP’s ‘Middle Malaysia’

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Barisan Nasional (BN) does not feel threatened by the various calls and strategies mounted by the opposition as the ruling coalition continues to strive at winning the people’s hearts.

Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Rais Yatim (picture) said: “They can say out whatever big dream they have but ultimately, it’s the people who will decide.

“We in BN will not sit still. We will work hard, and let’s see who will get the smiles of approval and be accepted by the people. On DAP’s “middle path” strategy, he said:

“As far as I know, the DAP has not done anything yet except being like ‘pungguk rindukan bulan’ (the owl pining for the moon) and the moon will not drop unless if Allah wills it.” Rais, who is also Information Communication and Culture Minister, said this to reporters after receiving a courtesy visit from Sarawak Deputy Chief Minister Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, who is also state Tourism and Heritage Minister, at his office in the Sultan Abdul Samad building, here, today.

The DAP’s “middle path” strategy, also named “Middle Malaysia”, was announced by party secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng, at the party’s 15th national conference last weekend. — Bernama

Bubar DUN Perak - Pakatan sekadar menang sorak..?

Oleh : anak-sengat
PAS Perak kini mengesan satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.

Antaranya adalah dengan mengarahkan semua anggota polis agar membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa.

Dengan cara ini, anggota polis berkenaan akan boleh mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam. Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, dengan kad pengenalan polis, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa.

Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak. Semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS hampir menarik diri dari pilihan raya kecil itu apabila mereka mengesan banyak nama berganda dalam senarai daftar pemilih.

Namun selepas didapati ia bukan berlaku di Bagan Pinang sebagaimana yang dihujjahkan balik oleh SPR, PAS meneruskan pilihan raya itu. Ini bermakna, pendaftaran berganda ini mungkin dirancang sedemikian rupa khasnya di Perak. Menurut sumber Harakahdaily, beliau secara tidak sengaja mendapat maklumat itu melalui perbualannya dengan beberapa pegawai polis di sekitar tempatnya dekat sini.

"Menurut pegawai balai tempat saya berjumpa itu, kesemua 14 anggotanya diarahkan agar membuat kad pengenalan biasa walaupun lambat lagi bersara. Kesemua mereka diarahkan membuat kad pengenalan itu di pejabat pendaftaran secara berperingkat," cerita sumber Harakahdaily itu.

Untuk mengesahkan perkara ini, sumber itu berhubung dengan Setiausaha kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar iaitu Saudara Amran. "Dia bagitau pada saya, mereka pun dapat maklumat tersebut malam tadi daripada polis daerah Manjong," beritahu sumber Harakahdaily itu. Kedua-dua mereka membuat andaian, arahan membuat kad pengenalan awam untuk polis ini dibuat serentak ke seluruh negeri Perak kerana maklumat itu sampai serentak kepada kedua-duanya iaitu malam tadi.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta PAS khasnya membuat siasatan penuh mengenai hal ini.

DZULFIKAR MASHOOR: Akhirnya kalimah ‘Allah’ dimuzakarahkan

Akhirnya para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sedia bermuzakarah secara harmoni dengan cendekiawan muslim, ahli akademik, para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta beberapa pihak lagi.

Walaupun muzakarah di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut malam tadi dilihat agak lewat, sekurang-kurangnya inisiatif tersebut boleh dijadikan sandaran bahawa masing-masing begitu peduli dengan isu kalimah ‘Allah’ serta tidak mahu isu tersebut dijadikan ‘tiket’ untuk menghalalkan gereja-gereja di Malaysia dibom oleh pihak tertentu.

Bagi Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, PR seharusnya lebih bersikap realistik dalam menyelami perasaan sebenar akar umbi masyarakat Islam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

“Kita mungkin boleh kata ini emosi orang Melayu semata-mata, tapi mereka yang di bawah rakyat berasa sendiri kegelisahan sebenar orang-orang Melayu,” jelasnya.

“Iyalah...memang perlu dakwah dan kefahaman yang rasional, tapi kita juga harus rasional melihat realiti sebenar orang-orang Islam Melayu apabila kalimah Allah ini dituntut sebegitu.”

Menurut beliau, realiti emosi sebegini timbul bukan disebabkan Ketua Paderi Gereja Roman Katholik, Tan Sri Murphy Pakiam memohon menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar minggu mereka, The Herald semata-mata.

Tetapi, umat Islam menurutnya, begitu merasai asakan demi asakan dari pihak tertentu, bermula pada kes permohonan gugur perkataan Islam pada kad pengenalan oleh Azalina Jailani atau Lina Joy, tuntutan mayat Allahyarham Muhammad bin Abdullah atau Moorty, usaha merendah-rendahkan kedudukan Mahkamah Syariah dengan mendesak Artikel 121 (1A) digugurkan; dan banyak lagi.

Mengakui perkongsian Azmi itu, Anwar mahu perbedaan pendapat tersebut terus digalakkan.

Tetapi, perbedaan tersebut menurut Anwar, tidak seharusnya dijadikan asas untuk semua pihak mengetepikan kezaliman yang lebih besar, yang dilakukan oleh Umno.

“Sebab itu, sama ada kita setuju atau tidak, baik tidak dipertajamkan,” tegas Anwar.

Tambah Anwar lagi, kebimbangan seperti yang diperkatakan oleh Cikgu Azmi juga adalah sesuatu yang wajar.

Pun begitu, kebimbangan tersebut tidak boleh menjadikan para pendakwa Islam bersikap rendah diri (infearility complexs), sebaliknya harus progresif menjelaskan keadilan Islam secara rasional dan wacana.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mencelah kemudiannya berkata, kebimbangan yang dirasai bersama itu tidak boleh dijadikan asas untuk menghalang orang bukan Islam melihat keadilan Islam.

“Kalau hari ini kita (umat) Islam bimbang dan berjaya menghalang mereka dari menggunakan kalimah (Allah), esok lusa kita akan halang mereka pula menggunakan kalimah ‘Isa’ disebabkan bimbang,” jelas Khalid.

“Kebimbangan kita menyebabkan orang bukan Islam tidak dapat keadilan dan hikmah Allah, sedangkan Dia sendiri membenarkan namaNya disebut-sebut oleh sekelian hamba-Nya.”

Bagi filosof Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Dr Osman Bakar pula, membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ lebih menguntungkan Islam itu sendiri.

“Membenarkan mereka menyebut ‘Allah’ sebenarnya memudahkan mereka mengkaji Islam kerana ada ‘persamaan nilai’ akhirnya menguntungkan Islam, kalau tidak umatnya; kerana mereka mengkaji tentang Tuhan kita,” jelas Osman.

Mengambil pengalaman melihat sendiri ‘budaya beragama’ di Amerika Syarikat pasca runtuhnya Pusat Perdagangan Antarabangsa (WTC) pada 11 September 2001 yang lalu, Osman berkata inkuiri penganut agama Kristian terhadap Islam amnya tidak begitu mudah, disebabkan tiada ‘persamaan nilai’ – iaitu menggunakan nama ‘Allah’.

“Di Amerika, orang bukan Islam menganggap orang Islam menyembah suatu Tuhan yang lebih kecil daripada kita hinggakan nampak seperti Tuhan mereka dan kita berlain-lainan.

“Akhirnya, mereka itu lebih sukar didekatkan dengan Islam, istilah Tuhan yang lain-lain,” jelasnya.

Senada dengan Dr. Osman, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat lebih mengambil sikap optimis kerana berasaskan kewajaran Allah menggalakkan Rasulullah s.a.w berwacana dengan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani menggunakan ‘ kalimatin sawa’in ’ (suatu titik persamaan).

Firman Allah yang bermaksud, “Katakanlah: ‘Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), marilah (berpegang) dengan suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu…” (Surah Aali-Imran: 64)

Menurut Tuan Ibrahim, kalau penganut Gereja Katholik dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’, mereka juga boleh jadi terkeliru sebagaimana yang disangkakan (iaitu rasa bimbang) oleh segelintir umat Islam.

“Hikmah Allah membenarkan (nama-Nya disebut oleh orang bukan Islam) sebenarnya nak kelirukan orang bukan bukan Islam supaya dekat dengan agama Islam.

“Zaman Nabi lagi, orang bukan Islam sembut nama Allah dan Nabi tak sekat mereka dari menggunakan nama Allah,” ujarnya.

“(Nabi bertanya kepada Ahli Kitab Nasrani), betulkah Allah itu ada anak? Siapa pula Rohulkuddus? Akhirnya mereka ini menyembah Allah yang Maha Esa disebabkan mereka keliru (dengan agama mereka) tapi nak sebut nama Allah.”

Tuntas dari itu, Naib Presiden PAS Salahuddin pula mencadangkan PR memulakan budaya ‘Wacana Ilmiah’ bersama-sama umat Islam dan masyarakat bukan Islam atas nama ‘kalimatin sawa’in’.

Berpijak atas ayat ke-64 dari Surah Aali-Imran, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, wacana ilmiah tersebut tidak seharusnya dibataskan hanya atas kalimah ‘Allah’ semata-mata.

Sebaliknya, ‘Kalimatin Sawa’in’ atau ‘suatu titik persamaan’ tersebut, menurut Salahuddin boleh juga dimaknakan dengan nilai-nilai sejagat yang lain seperti keadilan, integriti, kebebasan, ketelusan, demokrasi dan sebagainya.

Dalam benak saya, mungkin inilah yang dimaksudkan oleh beberapa cendekiawan kontemporari sebagai polisi ‘Islamisasi’.

Kalau benar tanggapan ini, bermakna PAS dilihat lebih mudah memenangi akal fikiran-budi masyarakat Islam dan bukan Islam yang serba plural, majmuk dan rencam ini; sebelum Pilihan raya Umum Ke-13 kelak bergendangan kelak.

Kalau yang menolak Islam ini adalah para pemimpin Umno, esok lusa mereka ini jugalah yang akan menolak idea faham Islam yang mahu diketengahkan PAS di Malaysia.

Lebih 50 tahun Umno menolak keadilan hak di sebalik undang-undang Allah di tanah air, tetapi baru hari ini rakyat tidak kira beragama Islam atau berpegangan yang lain diberi peluang mulai melihat pihak-pihak terbabit seolah-oleh sedang membantu Umno menghalang sekalian manusia dari menyebut nama Allah.

“Nas al-Quran adalah wahyu. Setiap ketetapan yang ‘membenarkan’ di dalam al-Quran ini sudah tentu tersembunyi di sebaliknya sesuatu maslahah (kebaikan) yang berlebihan, berbanding mafsadah (kemudhoratan) yang sedikit,” saya berbisik seorang diri.

Mungkin apa yang sedang menghimpit Umno inilah salah satu hikmahnya.

“Fiqar...kalau lebih banyak lagi berwacana sebegini, PAS dan Pakatan Rakyat mungkin lebih berani (dalam) membuat banyak lagi perubahan pemikiran di kalangan ahli-ahlinya sendiri, insya Allah,” bisik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kepada saya.

Sebab dewa-dewa suci kamu tidak telus dan penipu?

Sebab pemimpin-pemimpin depa yang buat, bulan Februari 2009 lalu para muncikari dan pak-pak yet pemimpin Umno itu tidak menggelejat membantah. Apa? Oh, dulu tak tau. Kenapa tak tau? Sebab dewa-dewa suci kamu tidak telus dan penipu?

Malaysian Digest hari ini melaporkan:
The Government has initially approved for the Christians to use the world "Allah" as long as the publications are directed towards the followers, according to Government Gazette (Warta Kerajaan) published in February last year.

A copy of the Gazette obtained by Malaysian Digest indicated that the document was gazetted in February, 2009 under the Internal Security Act by then Home Minister Dato’Seri Syed Hamid Albar.

It is stated in Article 2(1) that “The printing, publication, sale, issue, circulation and possession of any document and publication relating to Christianity containing the words “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” and “Solah” are prohibited unless on the front cover of the document and publication are written with the words “FOR CHRISTIANITY”.

It also makes reference to an earlier document gazetted on March 22, 1982 by then Deputy Home Minister Abdul Rahim Tamby Chik stating in Article 2 that “ The printing, publication, sale, issue, circulation or possession of the publication which is described in the Schedule and which is prejudicial to the national interest and security of the Federation is prohibited, subject to the condition that this prohibition shall not apply to the possession or use in Churches of such publication by persons professing the Christian religion, throughout Malaysia." (Baca selanjutnya di sini)
Nota bawah:

Saya memohon kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya hentikanlah perangai Umno. Hentikanlah kebodohan yang menjadikan para pemimpin kamu sebagai dewa-dewa suci. Itu budaya dan perangai yang sebati dengan Umno. Jangan maksumkan pemimpin-pemimpin kamu. Hentikanlah kegianan kamu kepada candu masyarakat yang dihias dengan nama thiqah dan wala'. Cukuplah!

Jangan nanti orang kata, Islam tapi bangang!

Bukankah Polis Sendiri Yang Menjejaskan Imejnya?

Dtuk Wira Abu Seman, Timbalan Menteri Dalam Negeri (gambar) menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan terdapat penulis laman blog menulis artikel bagi memburuk-burukkan imej anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk publisiti murahan.

"Ada kemungkinan blogger yang buat cerita-cerita spekulasi itu semata-mata untuk publisiti," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar Chowrasta di sini hari ini, Bernama dipetik.

Tetapi tindakan seperti itu hanya akan mencetuskan suasana tidak aman dan menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan masyarakat, katanya ketika mengulas kenyataan sesetengah pihak kononnya PDRM gagal mengawal situasi hingga berlaku pelbagai insiden tidak diingini.

Rakyat ingin memberitahu kepada Datuk Wira bahawa apa sebenarnya berlaku ialah polis-polsi sendiri yang telah menjatuhkan imej polis.

Kita mempenyai pelbagai bukti yang kalau hendak di dedahkan di dalam blog, maka satu-satu entri blog itu akan panjang berjela-jela dengan gambar, dengan klip video dengan ulasan dengan komen-komen pengunjung.

Polis perlu perbaiki mutu perkhidmatan, polis perlu kembali kepada professionnya yang sebenar supaya berkhidmat dengan adil, dengan bersih tanpa pilih kasih.

Apa yang masyarakat lihat kini polis hanya menumpukan perhatian untuk "menekan" dan "menindas" golongan yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat.

Mereka yang dari Pakatan Rakyat apabila melakukan demonstrasi walau sebagaimana kecil dan aman sekalipun akan diberikan layanan buruk oleh polis dengan sekatan jalanrayanya, dengan water canonnya, dengan anjing pengesannya, dengan semburan gas pemedih matanya, air asidnya, provokasinya, pukulan cotanya dan bermacam-macam lagi.

Sedangkan jika ianya ada kaitan dengan UMNO BN, polis akan berdiam diri sekalipun demontrasi itu boleh menimbulkan ketegangan agama dan kaum seperti perarakan kepala lembu dan demonstrasi kalimah Allah di Masjid Negara baru-baru ini.

Asalkan ada perhimpunan yang dilakukan oleh pihak yang tidak ada kepentingan kerajaan, maka akan berlaku hal-hal yang melibatkan kelibat polis melakukan kekasaran yang tidak perlu dan tidak wajar sepertimana kes penyerahan memorandum mahasiswa kepada Menteri Pendididikan Tinggi, Datuk Khaled Nordin beberapa hari lalu.

Di Selangor keadaan lebih buruk di mana Ketua Polis Selangor sendiri, Datuk Khalid Abu Bakar mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri semata-mata kerana negeri tersebut berada di bawah Pakatan Rakyat.

Semua rakyat tahu bahawa salah satu dari enam KRA (Key Result Areas), yang berkait rapat dengan KPI (Key Performance Index) yang perlu diambil berat oleh KDN ialah persoalan "mencegah jenayah".

Itu yang sepatutnya diberikan perhatian oleh anggota PDRM untuk menggilapkan semula imej polis. Bukan menuduh yang bukan-bukan kepada blogger. Blogger tak perlu publisiti murahan dengan mendedahkan kelemahan polis kerana itu bukan matlamat blogging.

Pendedahan kelemahan polis adalah rintihan rakyat marhain supaya setiap satu kelemahan itu ditangani dengan telus, pantas dan effisyen tanpa mengambil kira kepentingan politik atau kumpulan tertentu.

PDRM perlu diletakkan di statusnya yang lebih murni. Dan sepastinya jika sifat PDRM lebih terbuka dan berlapang dada menerima kritikan dan bersedia melakukan perubahan, matlamat itu boleh dicapai dan ianya tidak perlu lagi tersenarai di bawah NKRA yang menjadi harapan Perdana Menteri sendiri.

Pro-Mahasiswa juga kuasai MPP Kuis

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Kumpulan Pro-Mahasiswa menambah satu lagi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dengan memperoleh majoriti mudah — tanpa saingan — dalam pilihan raya kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) Selangor.

Pada hari penamaan calon hari ini barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran.

Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.

“Pada hari ini kumpulan Pro-Mahasiswa dapat enam kerusi umum dan enam kerusi peringkat fakulti tanpa pertandingan. Daripada baki sembilan kerusi lagi, kami jangka boleh peroleh lagi empat kerusi,” kata pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Kuis Syukri Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Syukri berkata ini kali pertama pihaknya meletakkan calon berdasarkan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Bagaimanapun pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan seperti ini dalam pilihan raya.

“Kali ini, julung kali, kami meletakkan calon dan bertanding atas nama kumpulan Pro-Mahasiswa, dan ia mendatangkan kejayaan,” kata beliau mereka berbuat demikian untuk membawa kesedaran politik di kalangan generasi muda.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

Khamis depan sebanyak enam universiti akan mengadakan pilihan raya.

Goodbye Samy...ayoyo...ini kali for good lah dey tambi!!


KUALA LUMPUR, Jan 18 — A rare and stormy face-off between MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu and his deputy and anointed successor Datuk G. Palanivel yesterday has sparked fierce speculation in the MIC that the usually inoffensive Palanivel has finally found the gumption to move against the wounded and battered president.

The MIC is abuzz over the import and significance of the huge fallout between the party’s two top leaders.

“Is this the beginning of the end of Samy Vellu?” one top MIC leader asked. “If Palanivel publicly asks Samy Vellu to step down that is the start of the end of Samy Vellu.”

“Samy Vellu cannot survive such an outcome,” the leader said adding everyone in the MIC and Barisan Nasional are waiting for the party president to announce a firm date to depart the scene.
But Samy Vellu has refused to do so, giving various excuses to stay on including the need to “train” Palanivel for leadership.

Their stunning face-off took place during the meeting of the directors of MIED, nearly all of whom are senior leaders in the MIC.

The quarrel broke out after Samy Vellu loudly complained that he is “under attack from all sides and from everyone”, a senior MIC leader present at the meeting told The Malaysian Insider.

“Even those who were elected with my help are now arrayed against me,” the sources quoted Samy Vellu as saying.

Samy Vellu proceeded to name the people attacking him — from former deputy Datuk S. Subramaniam to former MIED CEO Chitrakalla Vasu and others like former close ally, Tan Sri M. Mahalingam.

“There is a conspiracy against me,” he accused everyone present, at which point the usually taciturn Palanivel spoke up and blasted Samy Vellu point for point, arguing all the “problems” Samy Vellu is facing were of his own making and originated long before the October 2008 MIC election in which Palanivel defeated Subramaniam by a narrow 80 votes.

Samy Vellu has been telling his supporters that without his votes, Palanivel would not have made it but now “after winning they are all lined up against me.”

Sources said Palanivel’s rare outburst shook Samy Vellu especially after the point-by-point rebuttal.

Palanivel shot back that Chitrakala — who is suing Samy Vellu and who has lodged police reports against him, alleging mismanagement and corruption — was a problem of his own making.

Palanivel accused Samy Vellu, according to sources, of bringing Chitrakala into MIED, promoting her and giving her a carte blanche to manage MIED.

“Now you are blaming us for your mess,” Palanivel allegedly shot back.

He also turned on the president for favouring Subramaniam over other party leaders and “giving him ideas that he can succeed the president”, and in the end Subramaniam “rewarded Samy Vellu with a stab in the back.”

Palanivel also lambasted the president fort thinking that he (Palanivel) won on Samy Vellu’s strength. “I won on my own merit… your supporters voted for Sothinathan (former vice-president and Samy Vellu blue-eyed boy Datuk S. Sothinathan who polled 280 votes) and Subramaniam.”

“Stop thinking I am not a leader on my own merit… I can run this party better then you have,” Palanivel allegedly shot back, according to witnesses. “I have not taken one cent from the MIC or MIED but I have contributed millions to the party.”

A shaken Samy Vellu then threatened to resign immediately and Palanivel dared him to as MIC leaders watched in silence, stunned.

The meeting ended on that note.

Sources said Samy Vellu, dazed by the unexpected rebellion from his deputy, took immediate steps to mollify Palanivel and not let the rebellion, which is privately supported by many MIC leaders, from worsening.

He took two steps immediately.

He is understood to have telephoned Palanivel and assured him that he was not blaming the deputy president but the three-vice-presidents for not giving him his due as party president.
Secondly, he got his family-owned Tamil Nesan daily to run a front-page story with a “pleasant” photograph of Palanivel under the heading “Samy Vellu will consult with Palanivel to rebuild MIC.”

The story implies that the two leaders are on good and friendly terms, and will work together for the MIC when in fact they probably had their biggest clash in their usually balmy relationship.
Palanivel left the country last night and could not be reached for comment.

One of his strong supporters said the clash was in the making for a long time from Samy Vellu’s dilly dallying with his departure, the fate of the MIC and the disenchantment in the Indian community.

“There is no kiss-and-make-up after this clash,” he said. “This is the tipping point for him. By standing up to Samy Vellu, Palanivel is saying he is ready to provide the leadership and direction that the MIC badly needs.”

[Fikrah Islamiah] Ciri-ciri wanita yang paling baik

Ahmad Baei Jaafar

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

PAS dapat perhatian peringkat antarabangsa

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa melahirkan rasa bangga kerana parti itu senantiasa menjadi perhatian pergerakan politik dan institusi akademik luar negara terutamanya membabitkan aktiviti kemasyarakatan serta penglibatan dalam bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Ini, katanya menunjukkan PAS mempunyai potensi yang cerah kerana penerimaan masyarakat terhadap PAS makin meningkat termasuk masyarakat luar negara.

"Semasa dalam satu seminar di Jepun, salah seorang pembentang kertas kerja membuat analisis tentang PAS, aktiviti dan penglibatan PAS di peringkat antarabangsa.

“Rupa-rupanya PAS disanjung di luar negara malahan diterima sebagai sebuah pergerakan politik yang berpotensi di masa depan," ujarnya ketika berucap merasmikan Seminar Politik dan Pilihan raya PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh, Penanti, kelmarin.

Jesteru itu, katanya ahli PAS patut berbangga perkembangan tersebut kerana selama ini PAS dianggap 'parti kampungan' yang hanya bergiat aktif dalam Malaysia itu pun sewaktu pilihan raya sahaja.

Tambahnya, PAS sekarang bukan lagi parti untuk berjuang pada pilihan raya sahaja bahkan berjaya menembusi bidang dakwah sehingga berjaya menarik ramai bukan Islam menyertai parti itu.

Dengan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS, ujarnya, menjadi medan terbaik untuk PAS bergerak sebagai pendakwah untuk menerangkan kebaikan Islam supaya mereka yang sudah dekat dengan PAS dapat menambah info terhadap Islam.

"Kita patut berbangga dengan perkembangan terkini tentang PAS kerana bukan sahaja mulai diterima di tanahair sendiri malahan di peringkat antarabangsa," tegasnya pada program anjuran Lajnah Politik PAS Pulau Pinang.

Maka sebab itu, katanya tugasan semua aktivis parti ialah meningkatkan prestasi agar penerimaan masyarakat terhadap PAS tidak luntur.

Program yang bertujuan untuk mencari formula terpenting memenangkan PAS di beberapa kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang itu turut mengundang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai pembentang kertas kerja.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa, ketua-ketua dewan, Ustaz Soid Mohd Amin (ulama), Ustazah Rahmah Md Isa (muslimat), Yusni Mat Piah (pemuda) dan seluruh pimpinan PAS kawasan dan cawangan.

PWD silent on 'overpriced' hospital

More than a month after allegations of irregularities surfaced over the Shah Alam Hospital project, the Public Works Department (PWD) has yet to respond to the questions raised.

Last month, Malaysiakini reported source-based claims that the contract was awarded under debatable circumstances and at an inflated price of about RM500 million to Sunshine Fleet Sdn Bhd, a company owned by a member of the Selangor royalty.

NONEThe company has allegedly been skimming off project funds for 'advances' and 'expenses', and also stands accused of harassing companies it had engaged as sub-contractors. It has refused comment, saying that queries should be directed to PWD which 'owns' the project.

Since then, PWD secretary-general Judin Abdul Karim - who signed the letter awarding the contract - has not been available for comment, despite repeated phone calls to his office.

The matter was referred instead to Judin's special officer Zulakmal Sufian, who requested that the questions be emailed to his boss, with a copy to him.

This was duly done on Dec 10 and Zulakmal confirmed receipt by phone. He later indicated that the questions had been addressed by Judin and that the response would be sent when public relations officer Saipol Anwar Mohd Raji has reworked it.

NONEAmong the questions were whether the contract was awarded in an open tender or if it was directly negotiated and why the cost has escalated from the original allocation of RM300 million.

When contacted, Saipol said he is unaware of the email and the response and asked for the questions to be forwarded to him. This was done on Jan 5.

He acknowledged receipt the same day, pledging to revert with a response as soon as possible but has yet to do so.

NONEPrior to this, sources close to the PWD confirmed the existence of an internal report that was commissioned to address the issues, together with a list of answers to Malaysiakini's questions.

However, the source implied that the matter is being held up pending approval by Works Minister Shaziman Abu Mansor.

Yesterday, Saipol said his department has yet to go through the response because the personnel "are busy with more routine matters".

While he apologised for the delay, he could not say when and if a response can be expected.

'Hint of corruption'


Transparency International-Malaysia president Paul Low has questioned whether the contract was awarded through a fair and open tender process.

ti global corruption report 230909 paul low"Were there submissions by other contractors? Did the PWD evaluate the submitted tenders in an objective and professional manner? Was the awarding of the project made in keeping with best practices and in the interests of the public?" Low (right) asked.

Malaysian Institute of Corporate Governance president Megat Najmuddin Megat Khas, when contacted, said, "If there is any hint of corruption or abuse of power, then the MACC must step in to investigate. If any fraud is seen, the police must step in.

"We cannot compromise in our fight against corruption and other criminal acts of a financial nature, irrespective of the personalities involved. Nobody is above the law."

The 300-bed hospital is slated to open in November.

Pecat 14 ahli CC ‘hadiah’ Thanenthiran dari India esok?

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Selepas lebih dua minggu berada di India, RS Thanenthiran dijadual pulang ke tanah air esok — sehari lebih awal daripada dijangkakan dengan membawa “buah tangan” memecat kesemua 14 anggota jawatankuasa pusat (CC) yang menggulingkan beliau dari Makkal Sakti, kelmarin.

Thanenthiran akan tiba lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pagi esok - empat hari selepas diumumkan oleh Kumpulan 14 bahawa beliau telah dipecat dari parti itu yang dilancarkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Okt lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Thanenthiran sudah mengetahui perkembangan mutakir dalam Makkal Sakti termasuk tindakan Kumpulan 14 yang memutuskan keahliannya telah dibatalkan, sekali gus hilang jawatan sebagai presiden Makkal Sakti.

Seorang anggota CC yang memihak Thanenthiran memberitahu The Malaysian Insider beliau akan menemui Pendaftar Pertubuhan menjelang Jumaat ini untuk memaklumkan bahawa kesemua 14 anggota CC itu sebenarnya bukan lagi ahli Makkal Sakti.

“Ini kerana kesemua mereka telah diberikan surat tunjuk sebab berhubung masalah disiplin dan mereka tidak menjawab surat itu dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.

“Oleh itu, Thanenthiran sudah memutuskan mereka bukan lagi ahli parti ini dan mereka tidak layak mengadakan mesyuarat di premis Makkal Sakti dan membuat apa-apa keputusan seperti yang diumumkan pada Ahad lalu,” katanya.

Thanenthiran berada di India kerana upacara sembahyang.

Beliau akan berlepas ke Pulau Pinang dari Chennai.

Thanenthiran mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas kesemua 14 anggota berkenaan kerana mengadakan mesyuarat di tempat letak kereta di pekarangan pejabat Makkal Sakti di Shah Alam dan tindakan itu didakwa telah menjejaskan nama baik parti itu.

Surat itu dikeluarkan pada 31 Dis lalu.

Dalam pada itu, penolong setiausaha agung Makkal Sakti S. Sutager mengesahkan Thanenthiran akan tiba di Bayan Lepas pada pukul 8.30 pagi esok.

“Walaupun maklumat pada tiketnya menyebut beliau ada masa untuk pulang pada 21 Jan (Khamis) tetapi beliau memutuskan untuk pulang esok... beliau akan tiba pada pukul 8.30 pagi,” katanya.

“Malah kami mahu beliau muncul di lapangan terbang untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar telah pergi ke India, bukannya berada dalam negara sebagaimana didakwa oleh mereka (Kumpulan 14),” katanya.

Ketika ditanya tentang reaksi Thanenthiran mengenai keputusan kumpulan yang mencabarnya kelmarin, Sutager berkata, beliau menyedari perkembangan tersebut tetapi enggan membincangkan dengan mendalam.

Kelmarin kumpulan 14 anggota CC yang mencabar kepimpinan Thanenthiran memutuskan untuk memecat beliau sebagai presiden sulung Parti Makkal Sakti dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu yang dilihat sebagai satu bentuk “penggulingan” diputuskan susulan keputusan inkuiri yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Shah Alam.

Inkuiri itu menghalusi lima tuduhan yang secara umum mendakwa Thanenthiran telah mencemarkan nama baik parti.

Kesemuanya diluluskan sebulat suara.

Kumpulan itu diterajui timbalan presiden A. Vathemurty yang diisytihar sebagai pemangku presiden sementara menunggu 7 Feb untuk memilih presiden baru.