Isnin, 18 Januari 2010

Foot-in-mouth minister 'should quit'

Minister in the Prime Minister's Department Mohd Nazri Abdul Aziz has put his foot in his mouth, with his remark that the use of 'Allah' should be restricted to those in Sabah and Sarawak.

NONEPolitical analyst and constitutional law expert Abdul Aziz Bari (right) argued that Nazri must resign if he chooses to express a different stance from that of the government on the contentious issue.

He said that under the concept of collective responsibility, a minister must remain silent even if he or she does not agree with decisions made by the cabinet. Those who wish to differ will have to resign.

A recent example was the departure of de facto law minister Zaid Ibrahim from both the cabinet and Umno because he opposed the use of the Internal Security Act and saw no reform of the judiciary.

Abdul Aziz was referring to Nazri's announcement last Friday, that Christians in Sabah and Sarawak could use the term 'Allah', but that the practice would not be extended to those in the peninsula.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01“From the constitutional point of view, Nazri may just be making clear the government's stand or policy. However, this has no legal effect as the matter now stands before the Court of Appeal,” he said.

“Nazri (left) has no power to vary the law as laid down by the Kuala Lumpur High Court. It is quite absurd. One cannot see how his formula can be applied, more so when Nazri does not have (jurisdiction to intervene).”

Nazri contradicted

Abdul Aziz also said that neither the palace nor the government has the right to interfere with the judiciary.

The government has been named as a respondent in the dispute over the use of 'Allah'. By extension, Nazri is a member of the government.

Islamic Development Department director-general Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz had told the media on Saturday that there should not be two sets of rules for the use of 'Allah'.

NONEDeputy premier Muhyiddin Yassin (left) had said in London last week that the government will abide by the ruling.

Nazri, however, is not the only minister to have contradicted the official stand on the issue.

Home Minister Hishammuddin Hussein had initially indicated that it was all right for Muslim groups to protest the 'Allah' ruling.

Following the police chief's clarification against demonstrations, Hishammuddin 'clarified' his remark.

Kelaku Umno

Dalam berita Malaysian Insider hari ini yang bertajuk "TPM: Kerajaan tidak akan tarik balik rayuan kes 'Allah'", Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan bertegas bahawa:
Kerajaan tidak akan menarik balik rayuan yang dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald menggunakan kalimah “Allah” dalam edisi Bahasa Malaysia akhbar mingguan itu.
Dalam berita bertajuk "Government won't drop 'Allah' appeal" yang disiarkan lama berita yang sama, beliau juga menekankan:
"We can work together even though we have different religious beliefs but we are 1 Malaysia. So that should be the basis of how we look forward"
Dalam berita bertajuk "'Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang", Malaysiakini melaporkan:
Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun.
Kita lihat saja bagaimana dewa suci Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah itu setelah beliau memberi kata-kata perangsangnya yang masyhur "kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu".

Kita juga ingin melihat apa perkembangan dalam perbicaraan seterusnya mengenai penggunaan nama Allah oleh majalah Herald. Adakah Peguam Negara akan menerima atau menolak pencelahan pihak berkuasa agama Islam?

Benarkah khabar yang bertiup kencang bahawa Peguam Negara akan membantah pencelahan itu?

Lebih menarik lagi, sama-samalah kita saksikan kelaku para penunjuk perasaan yang tidak dihalang oleh Najib untuk berhimpun di sekitar kawasan masjid. Adakah mereka akan menggelejat lagi bila mahkamah membuat keputusan yang tidak membangkitkan kemarahan para pengundi di Sabah dan Sarawak?

Tak mungkin mereka yang tegar dengan Umno itu tak tahu bahawa dewa suci mereka pernah menyifatkan Sabah sebagai "'fixed deposit' for the BN". Sarawak pun apa kurangnya.

Sama-sama kita lihat nanti mana yang lebih utama kepada orang-orang Umno - gelejat yang kononnya nak mempertahankan nama Allah atau "'fixed deposit' for the BN".

Mari sama-sama kita saksikan kelaku Umno.

Berkaitan:
Nazri: Bukan Islam di Pulau Pinang, Wilayah juga boleh guna ‘Allah’ (Malaysian Insider 18/1/10)
Non-Muslims can use ‘Allah’ in three states, FTs (Malaysian Insider 18/1/10)



Tazkirah: Akhlak, perbuatan baik 'auto-pilot'

Nazri Abdullah

Akhlak berasal daripada bahasa Arab `Khuluq' yang membawa kaitan dengan pekerti, tingkah laku dan perangai.

Dalam Islam, akhlak berkait rapat dengan nilai yang dihubungkan dengan ajaran Al-Quran dan sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Selagi sesuatu perbuatan itu tidak bercanggah dengan kedua-dua sumber hukum tertinggi itu, maka ianya termasuk dalam perbincangan akhlak.

Imam Al-Ghazali mendifinisikan akhlak sebagai 'satu tindakan atau perbuatan yang terbit daripada diri secara berterusan, dan perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Manakala Sheikh Dr. Fathi Yakan dalam sebuah buku karangannya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam, meletakkan 'akhlak yang mulia itu adalah objektif paling utama Islam' sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Perjalanan hidup seorang muslim belum sampai ke matlamat jika gagal menjadi seorang yang berakhlak.

Biarpun dia berakidah dengan akidah Islam, beribadah dengan Ibadah Islam namun ianya masih belum sempurna tanpa satu lagi aspek iaitu akhlak Islam itu sendiri.

Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali dalam pendifinisian beliau tentang akhlak, mari kita melihat kepada dua situasi berikut.

Situasi pertama:

Ahmad ditakdirkan terserempak dengan seorang peminta sedekah ketika berjalan menuju ke stesen komuter lantas terdetik dihatinya untuk memberikan wang kepada peminta sedekah itu.

Dia kemudiannya menyedari yang dia hanya memiliki sekeping RM10 dan memerlukan separuh dari jumlah itu untuk tambang pulang ke rumah.

Setelah berfikir tentang jumlah yang wajar disumbangkan, akhirnya dia menghulurkan wang RM10 tersebut kepada peminta sedekah dan meminta dikembalikan semula RM5 kepadanya.


Situasi kedua:

Azman seorang pramugara kepada sebuah syarikat penerbangan.

Mengikut profesyen dan etika kerja syarikat, Azman dikehendaki mengukir senyuman kepada setiap penumpang di dalam penerbangan bersamanya.

Sikap Azman itu bagaimanapun berbeza bila pulang ke rumah.

Senyuman sama jarang-jarang diberikan kepada anak dan isterinya.



Setiap manusia mempunya banyak sebab untuk berbuat kebaikan.

Namun perlu difahami bahawa tidak semua di antara kebaikan yang dilakukan itu boleh dikategorikan sebagai akhlak, mengapa?

Mari kita fahami dari kedua-dua situasi yang dikemukakan di atas tadi.

Pada situasi pertama, secara amnya Ahmad telah melakukan kebaikan kerana memberikan sumbangan kepada seorang insan yang memerlukan bantuan iaitu peminta sedekah tersebut.

Namun jika diteliti dengan lebih cermat, perlakuan baik Ahmad itu belum dapat dikategorikan sebagai berakhlak kerana Ahmad masih menggunakan proses pemikiran untuk menentukan jumlah yang mahu diberikan kepada peminta sedekah tersebut.

Sedangkan dalam pengertian akhlak itu menyebut 'perbuatan itu lahir dengan mudah tanpa memerlukan kepada proses berfikir'.

Pada situasi kedua pula, tindakan senyum Azman sewaktu menjalankan tugas itu merupakan satu perbuatan yang baik, apatah lagi ianya sesuatu perbuatan yang dituntut oleh Islam malah dikira sebagai sedekah.

Namun melihat kepada sikap berbeza Azman di tempat kerja dan di rumah, maka senyumannya ketika melayan penumpang belum boleh dikategorikan sebagai berakhlak.

Ia kerana perbuatan senyum Azman itu dilakukan atas dasar etika kerja dan bukan terbit dari diri sendiri tanpa memerlukan proses berfikir.

Secara kesimpulannya, akhlak adalah perbuatan baik (tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Sunah), yang dilakukan tanpa syarat.

Atau dengan kata lain, perbuatan baik yang 'auto-pilot'.

Sumber: Kuliah kitab 'Apa Ertianya Saya Menganut Islam' disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Jamil (http://saifulislam.com)

LAGU ALLAH JESUS PULAK DAH!!




Salam 2 all.

Saya makin bertambah hairan dengan segelintir puak-puak Kristian di Sabah/Sarawak yang berdegil mahu menggunakan kalimah 'ALLAH' sebagai ganti nama 'God' bagi tuhan triniti mereka-bahawa ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci. Dan bertambah hairan saya dengan segelintir Melayu yang menyokong dan bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur ini!!

Satu soalan saya mahu tanya kepada mereka: apa yang kamu faham tentang nama 'ALLAH' itu? Tahukah kamu bahawa kamu telah terperdaya untuk mempercayai ALLAH itu adalah Tuhan Triniti: Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci. Sebenarnya Tuhan ALLAH itu Satu. Dan itulah risalah yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw. Kesemua para Rasul dan Nabi, daripada Adam a.s hinggalah ke Nabi Muhammad saw membawa risalah tauhid yang sama..ALLAH itu Tuhan yang Satu..sembahlah Dia.

Ulama' Yahudi 'Abdullah Bin Salam, dari kaum Yahudi Bani Israel, kaum yang telah beribu tahun menggunakan nama ALLAH tetapi mempercayai ALLAH punya anak bernama Uzair telah terus meninggalkan amalan kufur dan syirik itu apabila Nabi Muhammad menegaskan risalah bahawa amalan menyatakan ALLAH ada anak bernama 'Uzair adalah 'amalan syirik dan kufur! Abdullah bin Salam tanpa sebarang keraguan mengakui bahawa ALLAH itu Satu, dan terus menyembah ALLAH yang Satu itu.

Raja Kristian Maharaja Najasyi daripada Habsyah, ketua satu kaum yang beratus tahun lamanya menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan tetapi mempercayai ALLAH punya anak bernama Isa Al Masih @ Iesous @ Yesus @ Jesus. Tetapi apabila dakwah sampai kepada beliau oleh Ja'far Abi Tolib At Tayyar yang membacakan surah Maryam, menceritakan bahawa Isa @ Jesus itu bukanlah Tuhan Anak tetapi hanyalah seorang Nabi, lantas Raja Besar Kristian itu terus meninggalkan 'amalan syirik dan kufur itu dan mengakui ALLAH itu Satu dan mempertuhankan ALLAH yang Satu itu!

Adakah kamu tahu, Bishop Tiny Muskins, seorang Paderi Kanan daripada Gereja Roma Katolik Belanda berusia 71 tahun baru-baru ini mencadangkan penggunaan ganti nama 'God' kepada 'ALLAH' untuk tujuan penyatuan dan kesatuan manusia. Tetapi sedarkan kamu wahai Kristian Sabah/Sarawak apa jawapan pimpinan Kristian terhadap cadangan itu? Mereka menolaknya bulat-bulat.

Seorang paderi Kristian yang terkenal, Dr. R. Albert Mohler, Jr., Presiden The Southern Baptist Theological Seminary menegaskan bahawa cadangan menggantikan nama 'God' kepada 'ALLAH' tidak boleh diterima sama sekali oleh dunia Kristian (sila baca kenyataan beliau dibawah). Jadi bagaimana pula kamu sebagai penganut agama Kristian boleh menerimanya? Apakah kamu sudah merujuk kepada Pope kamu di Vatican sana? Apa pandangan beliau? Sudahkah kamu baca kenyataan daripada Vatican bahawa nama Tuhan kamu ialah YHWH? Tetapi nama itu terlalu suci buat kamu sehingga kamu tidak dibenarkan menyebutnya?! Dan sebaliknya kamu memilih untuk mencemar kalimah suci ALLAH Yang Satu!

Saya juga mahu bertanya, tidak terfikirkah kamu mengapa nama tuhan kamu berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa? Tidakkah itu sepatutnya membuka mata, jiwa, pemikiran dan hati kamu untuk mengenal tuhan yang lebih benar. Dan saya katakan kepada kamu Tuhan yang benar, yang berhak disembah ialah ALLAH Yang Satu. Kamu sendiri pun tahu, tidak mungkin Jesus yang mencipta kamu. Kamu sendiri pun tahu, tidak mungkin Jesus mencipta dunia ini. Kamu pasti tahu tidak mungkin Jesus yang menumbuhkan pokok-pokok, mendatangkan hujan, membuat gunung-ganang dan lain-lain. Pasti kamu yakin bukan Jesus yang menghidupkan dan mematikan!! Sudah pasti jawapan kamu bahawa ALLAH lah yang membuat itu semua. Kalau kamu akui ALLAH yang mencipta, yang menumbuh, yang menghancurkan, menjadikan, menghidupkan dan mematikan; mengapa kamu tidak mahu menyembah ALLAH Yang Satu itu?

Mengapa kamu hanya jadikan ALLAH soal istilah, sedangkan ALLAH itu wajib disembah! Ini bukan isu terminologi, ini soal aqidah dan kepercayaan! Sebab itu saya seru kamu, marilah akui ketuhanan ALLAH yang Satu, dan sembahlah ALLAH yang Satu itu. Kalau iktiqad dan aqidah kamu begitu, mempercayai dan mengakui ALLAH itu Satu, maka kamu berhak memakai dan menggunakan nama ALLAH itu tanpa sebarang batasan dan halangan. Tetapi kalau kamu masih berdegil mahu mencemar nama ALLAH dengan perbuatan syirik dan kufur, mendakwa ALLAH punya anak dan sekutu, maka kamu sebenarnya mengisytiharkan perang aqidah terhadap kami umat yang mengakui dan menyembah ALLAH Yang Satu!

Maka atas sebab itulah kami meragui niat kamu sebenarnya, apakah ada agenda halus dan terancang dikalangan kamu, untuk menimbulkan huru hara dan kaca bilau dari segi pemikiran dan aqidah Tuhan Yang Satu ini? Maka benarlah apa yang difirmankan oleh ALLAH Yang Satu kepada kami, "sesungguhnya kamu kaum Yahudi dan Kristian, selama-lamanya tidak akan setuju dan redho dengan umat Islam yang mempercayai dan menyembah ALLAH Yang Satu. Malahan kamu akan berusaha selama-lamanya untuk memesongkan kami supaya kami mengikut cara dan kepercayaan kamu bahawa ALLAH itu ada anak dan sekutu. Namun kami ingin memberitahu kamu, cukuplah bagi kami Al Quran itu. Kami tidak akan terpedaya dengan mainan kamu. Kami yakin dengan kepercayaan kami bahawa ALLAH itu Satu, dan kepercayaan itu adalah benar dan yang haq, dan kami pasti menang dan berjaya, walaupun kamu tidak menyukainya!".

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

SRAR - Anak tiri siapa ?

Oleh : Ustaz Hj. Ramli
Mana peruntukan untuk kami ? Mana duit perkapita sekolah kami? Ini adalah antara soalan-soalan yang kerap saya dengar sejak kebelakangan ini dari mulut kakitangan sekolah rendah agama rakyat(SRAR). Di sini ingin saya ceritakan secara ringkas apa itu duit perkapita. Duit perkapita merupakan duit bantuan tahunan kerajaan yang didapati dari tiga sumber iaitu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Baitulmal.

BAGAIMANA IA DISALURKAN?

Wang ini disalurkan kepada SRAR mengikut bilangan murid(kepala) di sekolah tersebut. Seorang murid dinilaikan sebanyak RM99. Wang ini adalah jumlah besar dari Kerajaan Pusat(RM60), Kerajaan Negeri(RM27) dan Baitulmal(RM12). Seperti contoh, jika sebuah SRAR mempunyai 200 pelajar, jadi (200*RM99=RM19800). Jumlah wang inilah yang patut diterima oleh sesebuah SRAR sebagai bantuan tahunan.

APA TUJUANNYA?
30% dari jumlah ini digunakan untuk urusan pentadbiran seperti membayar bil-bil n kos penyelenggaraan dan 70% untuk elaun tenaga pengajar. Rata-rata seorang guru ini akan dapat sebanyak RM1500-RM2000 hasil bantuan perkapita. Guru-guru SRAR juga mempunyai anak-anak yang perlu ditanggung persekolahan mereka jadi dengan adanya duit ini dapatlah mereka membayar wang pendaftaran sekolah dan membeli perkakasan sekolah anak mereka.

ADAKAH ADA ELAUN LAIN UNTUK GURU-GURU?
Jawapannya ada. Setiap bulan mereka akan menerima elaun sebanyak RM500 yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

KOMEN SAYA - Saya dulu adalah salah seorang guru di SRAR Al-Hidayah, Kampung Expo, Kamunting. Bermula tahun 2000-2007 saya berkhidmat di sekolah ini. Isteri saya pula berpengalaman lebih 10 tahun di SRAR di beberapa buah sekolah. Saya dan isteri dah faham sangat asam garam SRAR. Dari segi bantuan,kewangan, pengurusan hinggalah ke aspek pembelajaran. Jadi dalam permasalahan yang timbul berkaitan duit Perkapita ini, ingin juga saya luahkan isi hati saya.

Cuba kita sama-sama fikirkan hanya RM500 sahaja yang diberikan, mengapa tidak lebih? Senang cerita, elaun sebanyak itu sama seperti pendapatan keluarga miskin apabila telah diskopkan pendapatan bulanan di bawah RM 700 adalah miskin!! Nak harap duit lebih pun cuma duit perkapita sajalah. Duit yang hanya akan dapat di hujung tahun. Tidakkah mereka sedar, guru-guru SRAR inilah yang banyak mengajar anak-anak kita hal-hal berkaitan Islam. Di SRK, anak-anak tidak akan belajar banyak mengenai Al Quran dan Tajwid, Tauhid, Fekah, Sirah dan Bahasa Arab melainkan di SRAR sahaja!!

Saya difahamkan SRAR di negeri lain sudah menerima bantuan ini, tetapi mengapa di Perak masih banyak SRAR yang belum lagi menerima bantuan tersebut? Bukankah bajet persekutuan dan bajet negeri sudah diluluskan? Fikir-fikirkanlah....Agama rasmi di negara kita adalah Agama Islam mengikut perlembagaan yang telah dibuat. Kepada pemerintah sekelian, jagalah SRAR dengan sebaiknya kerana di sinilah akan lahirnya generasi Islam selepas kita. Mereka inilah yang akan terus mendaulatkan Islam di negara kita. (sumber)

HAJI RAMLI BIN TUSIN ADUN GUNUNG SEMANGGOL

Zaid Ibrahim: Kepimpinan Islam Di Malaysia

Ada pihak menyuarakan rasa sedih melihat perkembangan Malaysia hari ini kerana menganggap warga Islam majoritinya sudah tidak lagi terbuka, sederhana atau toleransi terhadap warga lain yang berlainan agama. Saperti dahulu. Ini sebenarnya persepsi yang kurang tepat. Saya mahu perbetulkan persepsi ini. Saya kata hanya pemimpin politik UMNO, penulis akhbar dan blog UMNO, dan sesetengah pemimpin agama yang mahu naik pangkat secepat mungkin dalam jabatan atau majlis agama yang sudah menjadi ekstrem dan tidak lagi sederhana. Mereka ini tidak faham apa itu sederhana atau toleransi . Mereka tidak tahu apa yang berlaku di Negara mereka di Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang menimbulkan masalah dalam hubungan kaum dan agama di negara ini.


Sebahagian besar orang Melayu dan umat Islam tidak begitu sifat mereka. Tidak dinafikan, kumpulan majoriti ini mungkin ada kebimbangan mereka serta tidak memahami sesuatu isu yang dimainkan dalam media massa, tetapi mereka bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan permasalahan itu secara baik dan berhemah. Sebenarnya umat Islam secara amnya berhemah dan bertoleransi. Lihatlah kumpulan majoriti Islam di merata dunia termasuk di negara umat Islam terbesar di dunia Indonesia. Mereka berhemah dan ada toleransi kerana pemimpin agama mereka mempunyai kualiti dan bersifat moderate, lebih mementingkan “essence” agama Islam.

Sebab itulah di negara-negara umat Islam lain tak ada larangan menggunakan nama Allah atau 32 perkataan “Islam” lain yang telah dilarang seperti di Selangor, Melaka dan Pahang. Perkataan “masjid”, “baitulmal” dan “kaabah” juga dilarang dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di neger-negeri berkenaan. Nampaknya hanya Melayu UMNO yang takut dan tidak faham sejarah dan melihat musuh di mana-mana. Inilah kumpulan yang mengatakan negara lain tak sama dengan negara kita. Memang tak sama. Orang lain tahu sejarah dan faham erti toleransi. Mereka yakin kepada intelek dan fahaman agama mereka.

Nampaknya berbeza kualiti dan kekusutan intelek pemimpin agama kita jika dibandingkanb dengan pemimpin agama di Indonesia, India, Pakistan dan Mesir. Malah di Singapura pun, Islam dilaksanakan dengan penuh hemah dan hikmah. Pesanan Majlis agama Islam Singapura (MUIS): “Contohilah sifat Rasulullah SAW , sifat simpati(Aziz) prihatin, penyantun (Rauf) dan penyayang(Rahim). Masyarakat Islam seharusnya merasakan bahawa kewujudan mereka di kalangan masyarakat lain hendaklah membawa rahmah seperti mana Rasulullah membawa rahmah kepada seluruh alam. Ini memerlukan masyarakat Islam menilai sesuatu keadaan baru dan mencari penghuraian dan pendekataan terbaik dan bijak menggunakan pendekatan lembut untuk mencapai matlamat murni.” Berbeza dengan nasihat badan badan agama kita yang sentiasa mahu berperang.

Lihatlah cara Rasalullah mendampingi dan menyesuaikan diri di Yathrib, di tempat orang Yahudi dan Nasrani sehingga mereka akhirnya menerima baginda sebagai pemimpin. Sebaliknya, pemimpin Islam di Malaysia lebih suka marah-marah, lebih suka mencari gaduh dan senentiasa mengajak Islam bersatu bukan untuk kebaikan tetapi kerana mahu melawan musuh kononnya – dan digunakan Yahudi sebagai contoh seolah-olah ada kumpulan tertentu di negara ini yang dianggap sebagai Yahudi atau musuh besar Islam. Inilah sifat pemimpin yang kurang ilmu, kurang tahu selok-belok hidup bermasyarakat majmuk, kurang memberi ruang untuk perbincangan kerana mereka mungkin tidak faham pun isu yang sebenar. Yang mereka tahu hanya lah menyenaraikan kira-kira 30 perkataan yang tidak boleh disebut oleh orang bukan Islam. Mereka tidak pula memberi cadangan apa yang boleh orang bukan Islam gunakan sebagai ganti. Jadi nama apa yang boleh mereka pakai? Itulah tahap kecemerlangan pemimpin Islam Malaysia. Dan semakin hari semakin tertutup peluang Islam untuk berdakwah secara hemah dan hikmah di negara kita ini.

Berkaitan :

Sudah jelas dari kejadian membakar gereja beberapa hari lalu, hubungan di antara sesetengah penganut agama minoriti Kristian dan majoriti Islam menjadi tegang. Tiga tahun dahulu kita melihat ketegangan yang sama di antara orang Islam dan penganut Hindu dari kes-kes seperti Murthi dan Subashini serta beberapa perkara lain. Kerajaan yang sama iaitu UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai buat seruan untuk perpaduan tapi tak pernah ada langkah susulan yang serius. UMNO dan BN langsung tidak mengemukakan tindakan dan dasar khusus supaya perkara ini tidak berulang lagi. Dan kerana ini ketegangan antara agama dan kaum terus berpanjangan. UMNO dan BN sebenarnya tak mmpu mengatasi masalah yang rumit dan sensitif. Jalan keluar bagi mereka hanyalah ugut guna Akta Keselamatan Dalam Negeri dan salahkan orang lain; atau pun cuba membeli rakyat dengan membuat sumbangan wang tunai disana sini.

UMNO dan BN sombong dan angkuh kerana tak mahu berdialog dan berbincang masalah antara agama di negara kita. Bagi mereka, terutamanya pemimpin UMNO, berdialog dengan orang beragam lain seolah-olah menunjukkan kita mengalah dan lemah. Itulah sebab nya mereka takut kapada perkataan “interfaith” dan berjaya menggagalkan penubohan badan tersebut dahulu.Ini macam tabiat orang yang tidak ada keyakinanan diri, atau sangsi tentang intelek dan keimanan diri sendiri. Inilah juga cara orang yang tidak menghormati agama orang lain dan tidak mahu mencari cara penyelesaian secara aman.

Apa salahnya jika kita akan tubuhkan satu badan atau mekanisme yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wakil semua agama duduk berbincang di mana segala hal yang rumit dan yang menjadi masalah serta isu pertelingakahan dapat dibincangkan secara ilmiah dan tertutup. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri dari ketua-ketua dan pakar-pakar dari semua agama. Dengan itu, mereka ini yang percaya dan takutkan kuasa Yang Maha Esa akan memberi pandangan ikhlas dan berani kepada kerajaan untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan ketegangan dan pertelingkahan. Dengan cara ini banyak hal dapat diselesaikan tanpa menggunakan mahkamah atau kuasa Menteri Dalam Negeri yang kita semua tahu memang tidak ada kepakaran dalam hal-hal pelbagai agama. Dengan cara ini juga banyak prejudis dan kesangsian boleh diatasi. Lagipun badan ini bukan ada kuasa memaksa itu dan ini, Cuma badan yang memberi nasihat. Tidak akan menggugat mana mana kuasa yang ada dibawah undang undang negeri dan Negara.

Saya masih ingat sewaktu pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, cadangan menubuhkan Majlis Antara Agama telah ditolak oleh kerajaan berikutan tekanan UMNO dan NGO-NGO Islam yang lain (Walaupun PakLah pada awal nya bersetuju) Hairan juga mengapa mereka sebagai orang Islam menolak pebincangan dan dialog sedangkan agama yang agung ini tidak pernah melarkan diri dari bedepan dengan isu-isu secara jujur dan ikhlas. Jadi saya minta Perdana Menter Najib Razak supaya beranikan diri dan hidupkan kembali cadangan ini jika benar-benar jujur mahu persefahaman dan kedamaian wujud antara kaum dan agama. Saya percaya Pakatan Rakyat akan menyokong usaha saperti ini.

Kita orang Islam tak patut ada penyakit bongkak dan angkuh di mana kita rasa semua orang lain salah dan hanya kita mempunyai hak “superior” atau hak yang lebih (dari segi undang-undang negara) dari mereka yang menganut agama lain. Dalam isu perkataan Allah, orang Melayu dan Islam tidak bolih membuat andaian tanpa bukti kukoh bahawa penggunaan nama Allah itu adalah satu muslihat. Satu cara nak memujok orang Islam masok agama mereka. Orang Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan nama Allah sebagai Tuhan sejak sekian lama (inilah hakikatnya) dalam Bible, kitab, buku, majalah dan doa mereka. Penggunaan perkataan Allah olih orang Kristian telah digunakan didunia Arab lebih saribu tahun. Mengapa selama ini kerajaan membenarkannya tanpa sebarang masalah. Mengapa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak benarkan dan tidak menghalang mereka? Mengapa sebelum Sabah dan Sarawak dibawa menyertai Persekutuan Malaysia bersama Malaya dan Singapura dulu, perkara ini tidak diperkatakan atau diperjelaskan? Inilah masalahnya apabila secara tiba-tiba tiga tahun dulu, Menteri Dalam Negeri dengan pandai-pandai telah mengharamkan majallah Herald menggunakan perkataan Allah. Sesuatu yang halal di sisi undang-undang sebelum ini.. Bukankah lebih baik perkara ini diselesaikan oleh yang empunya kuasa, iaitu kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, yang jelas di bawah kuasa pentadbiran mereka. Mengapa Mentri Dalam Negeri pula yang lebih mengetahui?

Bila kuasa Menteri Pusat terpaksa digunakan untuk mengharamkan sesuatu dalam agama lain, ianya mestilah berasaskan keselamatan dalam negara. Bila keputusan itu dibuat, ini bererti kita menganggap agama berkenaan telah mengancam ketenteraman awam dalam negara. Apa kita rasa kalau orang menganggap agama kita sebagai mengancan keselamatan negara? Kita akan rasa terhina. Dan inilah rasa orang Kristian bila majallah dan Bible mereka diharamkan.

Ada orang mengatakan penggunaan perkatan Allah itu sengaja digunakan untok memikat hati orang Islam. Ia ada muslihat.Jika ada bukti inibenar dakwa sahaja kumpulan ini. Ini adalah satu kesalahan. Perkara ini memerlukan cara penyelesaian berbeza. Yang dibangkitkan ialah isu penggunaan perkataan Allah dalam majallha dan dalam doa mereka Kita tak layak dan tak ada hak untok mengajar mereka cara nak berdoa bila mereka menggunakan bahasa Melayu. Lagipun mengapa orang Islam yang rasa amat tersinggung dengan penggunaan perkataaan Allah itu tidak pula marah dengan kegagalan kerajaan termasuk majlis dan jabatan agama negeri tidak berbuat apa-apa dalam hal” conversion” ini (kalaulah ianya berlaku) sejak berpuluh tahun lalu. Tujulah kemarahan kita kepada sasaran yang tepat. Membakar gereja bukan jalan penyelesaiannya; malah ia perbuatan menghina Islam.

Suatu masa dulu seorang ulamak (pro-UMNO agaknya) telah membuat tuduhan kononnya lebih 200,000 orang Islam telah masuk agama Kristian.Berita yang sensasi yang mendapat liputan luas. Apa jadi dengan tuduhan itu? Sepatutnya ada siasatan bebas tentang perkara yang begitu serius. Kalau terbukti benar, ambil tindakan. Kalau tak benar, hukum orang yang buat pembohongan besar itu. Dalam Islam, hukuman terhadap orang yang membuat fitnah memang berat. Mengapa orang Islam tidak marah kepada perkara itu yang ditutup begitu saja? Dedahlah perkara yang sebenar. Sebaliknya orang yang membuat dakwaan yang tak pernah dibuktikan itu diberi anugerah tokoh Ma’al Hijrah dan tuduhannya dibiarkan terbenam begitu sahaja. Bayangkan kesannya kepada orang Islam yang percaya dengan tuduhan tanpa bukti itu. Bukankah rasa marah dan benci akan kekal dalam hati orang Islam terhadap orang Kristian di negara ini? Tak susahlah orang orang saperti ini membakar gereja terutama sekali bila Utusan Melayu meminta orang Islam bersedia menetang ancaman yang menimpa mereka. Ini bukan cara kita menjaga ketenteraman negara dan ini juga bukan cara kita menjaga keharmonian agama.Ini bukan cara kepimpinan yang bertanggongjawab.

Agama memang berbeza. Tak ada siapa yang kata semua agama sama. Dan semua agama kata mereka lah yang betul. Tapi yang sama ialah rasa hormat.Yang sama adalah hak mereka dari segi Perlembagaan. Sama ada setuju atau tidak, kita perlu hormati agama lain sebagaimana kita mahu orang hormati agama kita. Itu prinsip asas. Jika UMNO dan BN tak mahu selesaikan masalah ini, dan sebelum ia menjadi lebih parah, maka rakyat tidak banyak pilihan kecuali mula berfikir untuk perubahan. Berilah peluang kepada mereka yang sanggup dan berani berdepan dengan masalah serta mampu mengatasinya. Saya yakin, jika diberi peluang, Pakatan Rakyat lebih mampu dalam usaha merapatkan hubungan antara kaum dan agama yang semakin retak di bawah pemerintahan UMNO dan BN.

UMNO TERDESAK

Posted January 8, 2010 by myzaidibrahim
Categories: 1

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi UMNO terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama. Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama. Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.

Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas. Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza. Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah. Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”. Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah? Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka. Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain. Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain. Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain. Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untuk kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah. Siapa yang perlu disalahkan?

NAJIB CIPTA SEJARAH DENGAN LAWATAN RASMI KE CHENNAI ...BIG MAMA NAK JUMPA MAHAGURU..!

LAWATAN empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke New Delhi dan Chennai mulai esok bakal mencipta satu sejarah baru di mana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang akan melakukan lawatan rasmi ke ibu kota Tamil Nadu di selatan India itu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengadakan perjumpaan ringkas secara tidak rasmi dengan bekas Ketua Menteri Tamil Nadu mendiang M.G.Ramachandran ataupun lebih dikenali sebagai MGR, iaitu pelakon tersohor dalam dunia perfileman Tamil pada tahun 1983.

Akhbar-akhbar di India, sama ada yang berpusat di New Delhi atau Chennai, sudah mula memberikan liputan yang luas mengenai lawatan Najib yang mereka sifatkan sebagai "Perdana Menteri Reformasi".

Media di India melaporkan bahawa lawatan Najib buat pertama kali sejak dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia akan memberi harapan baru dan suntikan semangat yang lebih meyakinkan dalam memperkasakan lagi hubungan dua hala.

Lawatan julung kali oleh seorang Perdana Menteri Malaysia ke Chennai pula bukan sahaja dinanti-nantikan oleh masyarakat India di Tamil Nadu malah masyarakat India di Malaysia juga begitu tertarik dengan pendekatan Najib untuk berada di Chennai.

Ini adalah kerana masyarakat India di Malaysia mempunyai pertalian yang akrab dengan Tamil Nadu sejak bertahun-tahun lagi dari aspek pertalian darah, persaudaraan, kebudayaan, agama dan perniagaan.

Justeru itu, lawatan Najib ke Tamil Nadu dijangka akan mendapat liputan yang luar biasa kali ini.

Adalah difahamkan ramai juga ahli perniagaan dari Malaysia yang menjalankan perniagaan di Chennai mahupun di Malaysia "tersentuh" dengan keputusan Najib untuk melawat Chennai.

"Beliau telah membuktikan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk semua kaum melalui gagasan Satu Malaysia. Biasanya New Delhi yang menjadi tumpuan tetap. Inilah buat pertama kali seorang perdana menteri Malaysia akan melakukan lawatan rasmi ke Chennai.

"Dasar keterbukaan Najib akan memberikan satu lembaran baru antara Malaysia dan Tamil Nadu," kata seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang menjalankan perniagaan tekstil di Kuala Lumpur.

Apa yang pasti kehadiran Najib di Chennai ketika musim perayaan ponggal (musim menuai) sekarang di Tamil Nadu bakal memberikan satu harapan baru kepada kedua-dua pihak.

Kemuncak lawatan di Chennai ialah pertemuan antara Najib dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Kalaignar M. Karunanidhi yang bakal mencatat satu lagi sejarah baru dalam hubungan antara Kuala Lumpur dan Chennai.

Kalaignar merupakan seorang pemimpin terkemuka di kalangan masyarakat India di seluruh dunia. Beliau juga merupakan seorang penyair, penulis, tokoh kesusasteraan India yang disegani dan juga dihormati di kalangan masyarakat India di merata dunia.

Pertemuan antara Najib dan Kalaignar dijangka akan menjurus kepada isu-isu yang berkaitan dengan visa pelancongan untuk pelancong Malaysia dan India, peluang perniagaan di Chennai dan Kuala Lumpur dan masalah permit melibatkan sektor perniagaan kecil seperti di restoran, kedai gunting rambut dan sebagainya.

Perdana Menteri juga dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli perniagaan Malaysia serta para pelajar Malaysia dan ini merupakan kali pertama para pelajar itu berpeluang untuk bersemuka dan berinteraksi dengan beliau.

Selain berucap di forum "16th CII Global Partnership Summit 2010" bertajuk "Hubungan Serantau dan Persaingan", Najib dijangka mengadakan rundingan meja bulat dengan beberapa ahli-ahli perniagaan yang tersohor di India dan seterusnya merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di Chennai.

Bocor maklumat: Husam mahu dalang didedah, Kickdefella pertahan ‘bos’

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 18 — Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) mahu agar siasatan dijalankan berhubung kebocoran maklumat mengenai kompleks perniagaan Bazar Tok Guru yang didakwa kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan RM23 juta untuk membelinya semula.

Husam yang sejak kebelangan ini dituduh cuba membelakangi kepimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang prasangka terhadap beliau memandangkan blog yang membawa maklumat itu merupakan ‘orang kuatnya’.

Maklumat kononnya kerajaan negeri mengalami kerugian disiarkan oleh penulis blog Kickdefella Jumaat lalu, tiga hari selepas mesyuarat Exco.

Kickdefella mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

“Bagaimana maklumat ini bocor? Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS II berkata isu berkenaan telah dibincangkan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk kerajaan negeri.

“Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu.

“Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini.

“Wakil PMBK juga mungkin hadir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini... ia kemudian dibincang dalam Exco,” katanya.

Husam menambah jika ‘kebocoran’ ini perlu disiasat beliau sangat menyokong kerana boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan baik bernama sangkaan atau tudingan.

“Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka,” katanya.

Jumaat lalu, Nik Aziz mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi PMBK masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal...untuk menjaga kepentingan peniaga,” kata Nik Aziz.

“Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,” katanya.

Ekoran pendedahan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan dilapor meminta Nik Abdul Aziz menyiasat kebocoran maklumat tersebut kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun Kickdefella dalam komennya hari ini berkata, “namun begitu saya ingin tahu adakah ini (kenyataan Takiyuddin) adalah kenyataan rasmi PAS Kelantan dan pendirian rasmi PAS.

“Setahu saya barisan pembangkang sudah lama menentang penggunaan Akta Rahsia Rasmi kerana sebab-sebab yang mereka sendiri mengetahuinya.

“Apakah kali ini kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS mahu bersembunyi di sebalik tirai besi akta-akta yang mereka tentang sekian lama bagi menghalang rakyat mengetahui perkara yang sebenar?” katanya.

Kickdefella juga menambah beliau sedia disiasat dan sedia menerima hukuman cuma jika melakukan kesalahan.

“... cuma saya minta, demi kepentingan rakyat Kelantan, janganlah pula mereka yang ‘melakukan kesilapan teknikal’ hingga memaksa kerajaan negeri membayar pampasan untuk menjaga air muka Menteri Besar terlepas begitu sahaja sebab dia adalah menantu Menteri Besar Kelantan.

“Saya akrab dengan hampir semua barisan Exco kerajaan negeri Kelantan dan hampir kesemua mereka mempunyai nombor telefon saya.

“Oleh yang demikian, hampir semua mereka boleh dituduh sebagai suspek yang membocorkan rahsia kerajaan negeri kepada saya termasuklah Datuk Takiyuddin sendiri.

“Yang jelas, bukan Datuk Husam Musa yang memberi maklumat itu kepada saya,” katanya.

PR terus bantu masyarakat miskin

Oleh Ahmad QayyumDr Lee Boon Chye

IPOH – Walaupun Pakatan Rakyat (PR) telah ditumbangkan pada Februari 2009 namun wakil rakyat dan jenteranya terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat walaupun tidak lagi mentadbir kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, PR tetap meneruskan agenda perjuangan parti dalam memastikan nasib rakyat golongan marhaen terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Beliau berkata, tidak dinafikan jika kita masuk ke pelosok kampung, kita dapati banyak masalah melibatkan penduduk malah kebanyakan daripada mereka memerlukan pertolongan dan jika mempunyai sumber mencukupi adalah mudah untuk menyelesaikannya.

“Masalah di kawasan pedalaman mampu diselesaikan jika peruntukan yang diberi disalurkan kepada golongan seumpama ini dengan telus dan sekiranya PR memerintah sama ada di peringkat negeri ataupun pusat, lebih banyak yang mampu kita lakukan.”

“Selain itu, keprihatinan masyarakat setempat menyelesaikan masalah jiran tetangga mereka sangat dialu-alukan,” katanya kepada Free Malaysia Today pada majlis makan malam bersama penduduk di Kampung Seri di sini semalam.

Ini kerana katanya, dalam hidup bermasyarakat, rakyat tidak hanya mengharapkan bantuan tetapi sama-sama menggembleng tenaga membantu mereka yang memerlukan.

Lee berkata, dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan, PR tidak mempunyai sebarang halangan antara masyarakat peringkat bawah dengan pemimpin dan komunikasi amat penting.

“Komunikasi dua hala antara pemimpin dengan masyarakat sering berlaku dan kalau selama ini masyarakat tidak mengutarakan sebarang masalah kepada peringkat kampung memang kita di peringkat atasan tidak mengetahuinya.”

“Alhamdulillah, setakat ini di peringkat Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, boleh dikatakan setiap bulan kami turun ke kampung-kampung dalam menyelesaikan masalah rakyat dan kita akan selesaikan sedaya yang mungkin,” tegasnya
lagi.

Hakim terima rasuah, jika ikut telunjuk

Oleh Ahmad Qayyum

drs-khalil-idham-lim-abdullahPARIT BUNTAR – Semakin lama sistem kehakiman berada di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, selama itu kepercayaan kepada badan berkenaan semakin terhakis dan mungkin sampai pada satu tahap tidak dipercayai lagi.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Khalil Idham Lim Abdullah (gambar) berkata, dalam banyak perbicaraan dan kes yang melatari kehidupan rakyat dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, dalam pelbagai kes yang dibicarakan namun keputusannya seingat beliau tidak
diumumkan siapakah pemenangnya.

“Menang atau kalah dalam sesuatu perbicaraan dengan melibatkan pendengaran kes di hadapan hakim di Malaysia seringkali sudah diketahui lebih awal, arah dan halatujunya.”

“Lihat dulu siapa yang dibicarakan, adakah ianya pemimpin Umno ataupun bukan, orang kaya atau miskin dan beberapa kategori lain yang saya tidak sebutkan, sesudah itu kita boleh menjangkakan siapa pemenangnya,” katanya semasa dihubungi Free Malaysia Today, di sini, pagi tadi.

Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong berkata, jika hakim membenarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh anggota kerajaan, Ahli Parlimen atau sesiapa sahaja maka ia sama dengan amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"Apabila ini berlaku, mereka mungkin memilih untuk mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang dipikul, mereka kemudian terbabit dalam perbuatan dan tindakan berdosa.”

“Contoh mengenai isu terkini dan mendapat perhatian ramai dan terus menjadi tanda tanya iaitu siapakah MB Perak yang sah. Pertikaian yang panjang sehingga hampir mencecah tempoh setahun nampaknya tidak reda dan terus diperkata apabila Mahkamah
Persekutuan selesai bersidang pada 5 November lalu.”

“Setelah hampir mencecah tiga bulan, lima hakim mahkamah tersebut masih tidak mengumumkan siapakah MB Perak yang sah. Persoalannya kenapa waktu yang begitu lama diperlukan untuk mengumumkan siapa yang menang, sedangkan sepatutnya pada hari yang berkenaan keputusan sudah diumumkan,” ujarnya lagi.

Kata Khalil, siapakah yang akan dipersalahkan bila ada yang mempertikaikan dan cuba mengaitkan perkara itu ada kaitan dengan campur tangan dari pihak lain kepada badan kehakiman.

“Dalam hal ini Ketua Hakim Negara seharusnya mengambil langkah drastik termasuk kes di Perak, saya kira tidak ada langkah yang paling wajar melainkan dia memastikan Mahkamah Persekutuan dengan secepat mungkin mengumumkan siapakah MB Perak yang sah,” katanya.

Jurang pimpinan-akar umbi lebarkan jarak DAP-Putrajaya

"Malaysia Tengah" (Middle Malaysia) laungan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disambut dingin, apabila perbahasan perwakilan tidak menyentuh slogan atau konsep yang melakarkan halatuju dan strategi masa depan parti ini. Pimpinan akar umbi kelihatan belum bersedia untuk menjejaki langkah pemimpin peringkat pusat, lantas melebarkan jarak DAP dari destinasi Putrajaya.

Oleh kerana tiada pemilihan dalam Persidangan Parti yang diadakan semalam, kadar kehadiran perwakilannya hanya mencecah 49.92%, iaitu 641 daripada jumlah 1,284 orang. Selepas menggulung, Lim Guan Eng meninggalkan dewan lebih awal lantaran tragedi kematian pelajar di Pulau Pinang, ramai perwakilan yang turut beredar. Dewan menjadi semakin dingin dengan kurang daripada 200 orang perwakilan.

Seandainya mengikut perlembagaan parti yang menetapkan 25% sebagai had minima untuk meminda perlembagaan atau meluluskan usul, maka apa yang diluluskan pada hari itu mungkin dipertikai "kesahan"-nya.

Ini adalah kali kedua DAP membuka Persidangan Partinya untuk liputan media, selepas kali pertamanya pada Ogos 2008, lima bulan selepas tsunami politik 8 Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan gabungan di negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah.

Seandainya diteliti dalam konteks ini, bukan sukar untuk memahami keadaan di mana partinya belum menyesuaikan diri sebagai pemerintah. Namun, setelah hampir dua tahun, perwakilan masih tidak memperlihatkan kesediaannya untuk menuju ke arah Putrajaya, lantas mencungkil keraguan sama ada parti itu mampu mengotakan janji dan melaksanakan dasarnya.

Mesyuarat Agung sebagai pentas

Sememangnya, parti komponan Barisan Nasional mahupun parti lain tidak semestinya lebih unggul berbanding dengan perwakilan DAP. Sepanjang 42 tahun selepas ditubuhkan, DAP tidak pernah membuka pintu persidangannya untuk dibuat liputan oleh media. Sehingga tahun 2008, pintu dibuka kerana desakan suara yang menuntut demokrasi dalam parti.

Selain membuka ruang untuk penglibatan perwakilan dalam perbahasan halatuju dan dasar parti, Persidangan Parti juga menjadi satu pentas untuk memupuk muafakat dalaman, sementara menampilkan kekuatan parti kepada dunia luar.

Seandainya dilihat kepada Pemuda UMNO, yang mana bekas ketuanya, menjulang keris dan disambut dengan positif oleh ahli sayap parti tersebut. Gerak tubuh tersebut bukan sahaja menyatukan suara ahli, juga secara langsung menimbulkan keresahan kaum lain. Ini namanya pengaruh yang ditampilkan melalui pentas mesyuarat agung. Pendek kata, mesyuarat agung mempunyai unsur "pertunjukan", sama ada memberi imej positif atau negatif kepada parti.

Berbalik kepada DAP, suasana dalam sesi persidangan pada hari Ahad agak baik. Jika dibandingkan dengan parti pembangkang, PAS yang jelas melakar pelannya ke Putrajaya, malah membentangkan pelan pembinaan bangunan ibu pejabatnya melalui klip video; Setiausaha Agung DAP pula, melakar gambaran yang jelas dengan memberikan halatuju parti dan slogan baru.

Lim Guan Eng (gambar kanan) mengambil kesempatan pada ketika UMNO terperangkap dalam pertikaian isu agama dan perkauman, bersama parti komponen PR merebut "kedudukan di tengah" yang dikosongkan UMNO. Tanpa menyebut ideologi politik, sama ada kiri atau kanan, tetapi sekadar menyebut "jalan tengah".

Tetapi, jelas "Malaysia Tengah" ini gagal mendapat prihatin perwakilan. Teks ucapan Lim Guan Eng berbunyi, "Malaysia Tengah dimiliki semua orang Malaysia. Tidak seperti Malaysia UMNO, apa yang diutamakan Malaysia Tengah ialah intipati, dan bukannya kulit. Tidak seperti Malaysia BN, Malaysia Tengah melihat semua orang bagaikan sekeluarga, adik beradik, ibu bapa dengan anak. Tidak seperti Malaysia Kroni, Malaysia Tengah menghormati setiap orang, malah tetap percaya bahawa sumber, kekayaan dan peluang dimiliki semua orang Malaysia."

Mungkin tiada perbezaan antara apa yang diungkapkan di atas dengan slogan "Malaysian Malaysia" dan "Malaysian First", yang dilaungkan untuk 42 tahun yang lalu, maka tidak dijadikan isu oleh perwakilan.

Isu remeh temeh

Sebagai parti pembangkang kedua terbesar yang memiliki 78 orang ADUN dan 28 orang ahli Parlimen, sesi perbahasan DAP pada semalam adalah mengecewakan. Pemimpin peringkat pusat, termasuk Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Naib Pengerusi Tan Kok Wai dan Ketua DAPSY Anthony Loke juga menggelengkan kepala.

Tiada orang memanjangkan ulasan atau pertikaian terhadap "Malaysia Tengah", juga tiada perwakilan yang meminta untuk memperkayakan slogan yang baru ini. Malah, ada yang menjadikan Persidangan Parti selepas 18 bulan ini sebagai pentas untuk melontarkan aduan terhadap pemimpin peringkat pusat.

Timbalan Setiausaha Organisasi negeri Perak, Teh Hock Kee (gambar kanan) terus menunjukkan banner yang telah disediakan, mengkritik tanpa menyebut nama Adun Jalong, Leong Mee Meng. Leong kemudiannya memberi penjelasan, mendedahkan pergelutan parti di peringkat tempatan ini kepada semua perwakilan.

Seperti apa yang dikatakan Leong Mee Meng (gambar kiri), kritikan Teh Kock Kee seharusnya diselesaikan di peringkat negeri. Namun demikian, kritikan terhadap pemimpin dan masalah disiplin wakil rakyat disahut oleh perwakilan di bawah pentas, menunjukkan bahawa masalah disiplin merupakan persoalan yang menjadi tumpuan. Sehingga Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng dan Adun Bahau, Teo Kok Seong juga mengingatkan supaya parti mengambil tindakan terhadap "perosak" dalam parti, agar tidak tewas dalam pilihan raya umum dan kehilangan peluang untuk menawan Putrajaya.

Jalan Tengah atau Lebuh raya?

Semua orang memandang ke arah Putrajaya, namun tiada orang yang melakarkan peta atau halatuju ke arah Putrajaya dalam sesi perbahasan. Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 19 Disember 2009 secara berseloroh bertanya mengapa PAS memilih jalan yang lebih jauh ke Putrajaya, dengan melalui Kajang. 【Baca: "Di dada Karpal ada bulan":Karpal memahat nama di hati PAS】

Apa yang kurangnya, perwakilan DAP masih belum tahu sama ada untuk mengikut "jalan tengah" atau "lebuh raya". Sekurang-kurangnya PAS telah melakarkan pelannya, tetapi DAP sekadar dengan laungan slogan, bahkan slogan yang gagal mencungkil minat perwakilan. Perwakilan hanya berminat dengan perkara yang remeh temeh, tidak mengendahkan persoalan dasar, seperti pilihan raya tempatan yang masih tidak terlaksana sehingga kini. Walaupun ada yang menyentuh isu cukai, tetapi ianya sekadar garu-garu di permukaan, dan tidak mendalam.

Ketika menggulung ucapannya, Ketua DASY Anthony Loke (gambar kiri) berkata perwakilan masih tidak menyediakan diri dari segi mental untuk memerintah. Dalam satu temuramah selepas persidangan, dengan terus terang beliau berkata, "Secara keseluruhannya, kami masih belum membawa mesej kepada pengundi Malaysia."

DAP mengalami kadar pertambahan ahli sebanyak 50% selepas PRU ke-12. Tetapi setelah persembahan yang gagal ini, ia mungkin menjadi satu lagi kerja publisiti yang gagal selepas pilihan raya umum.

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Elok Muhyiddin Yassin Saja Jadi PM

Mengulas mengenai komen Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai BN Perlu Sealiran Dengan Minda Masyarakat Masa Kini menurut laporan Bernama 18 Jan, nampaknya beliau lebih memahami demografi rakyat.

Oleh itu sebelum gagasan pakatan rakyat ambil alih, elok serahkan jawatan PM pada Muhyiddin secepat mungkin untuk selamatkan one Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berfikiran sealiran dengan minda masyarakat Malaysia hari ini kerana senario politik kini telah banyak berubah. Kebimbangan Tan Sri Muhyiddin disebabkan generasi muda yang kebanyakannya berpendidikan tinggi mempunyai pemikiran yang berbeza dengan generasi terdahulu dalam soal politik.

Muhyiddin ada buat homeworknya sebab itu beliau berpendapat BN tidak boleh lagi statik dan tidak harus ikut cara lampau kerana cara lampau walaupun sudah berhasil, tetapi tidak lagi sesuai dan sebahagiannya mungkin tidak diterima oleh generasi baru.

Tambah Muhyiddin lagi, golongan muda ketika ini mempunyai jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap kerajaan.

"Kita perlu mengambil kira tuntutan mereka. Sekarang tuntutan mereka jauh lebih tinggi. Tidak seperti masa lampau. Jadi kita berdepan dengan profil rakyat Malaysia yang berlainan," katanya.

Bakal PM baru itu berkata kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas dan kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang perlu ditebus semula pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, katanya, parti-parti komponen perlu bermula daripada sekarang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN dan bukan hanya bertindak ketika pilihan raya umum semakin hampir.
"2013 menjelang Mei jika saya tak silap adalah bulan terakhir penggal lima tahun.
"Biasanya Perdana Menteri tak tunggu sampai akhir. Jika mahu tunggu tahun itu baru nak mula, sori...dah terlambat," katanya. -- BERNAMA
Komen Sinar Hairan: Elok Muhyiddin saja ambik alih jawatan PM buat sementara waktu ni kerana sesetengah PM tu tak buat kerja dan buat homework. Enjin jet pejuang pun boleh hilang... [sinar hairan]

Kenapa Menteri-menteri bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah?

Sebelum ini Hishamuddin mempertahankan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipimpinnya untuk membuat rayuan dalam kes semakan kehakiman berhubung isu penggunaan nama Allah oleh Heral The Catholic Weekly. Rayuannya disokong ramai pihak termasuklah Perdana Menteri dan Timbalannya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga JAKIM, Jamil Khir juga sokong. Tetapi Nazri Aziz minggu lepas buat kejutan dengan mengumumkan bahawa Kristian Sabah Sarawak dibenarkan mengunakan nama Allah. Hari ini, Nazri tambah lagi iaitu Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang turut dibenarkan.

Majlis Agama dikeempat-empat negeri ini dilaporkan tidak mempunyai peraturan terhadap larangan itu. Tetapi JAKIM menafikan kerana mereka juga tertakluk kepada JAKIM yang turut menyokong rayuan KDN.

Dalam hal ini rakyat jadi keliru. Adakah kenyataan Nazri ini bersifat peribadi atau sekadar gula-gula untuk menyedapkan hati rakyat sebab jelas ia bertentangan dengan kenyataan Menter-menteri lain.

Secara peribadi saya menganggap komen Nazri bahawa dialog sudah terlewat bagi menyelesaikan isu adalah tidak betul kerana pintu dialog harus sentiasa dibuka. Saya yakin jika mahkamah tertinggi sekali iaitu Mahkamah Persekutuan buat keputusan sekalipun pasti akan ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Maka dialog adalah pentas terbaik untuk berhujah untuk melihat dari sudut agama, sedangkan mahkamah hanya membuat keputusan berdasarkan tafsiran Perlembagaan. Memang kelakar kalau Hakim Mahkamah Tinggi kata boleh, bespk kat mahkamah rayuan kata tak boleh pula. Jadi nampaknya Perlembagaan kita memang ada yang tak kena, sebab ada Hakim kata boleh dan ada yang tidak.

Akhirnya isu ini akan berbangkit dan tiada jawapan yang boleh berikan kepuasan. Dialog menjadi ruang untuk sampaikan pandangan, dan disana ada ruang untuk tolak ansur. Sekurang-kurang beri ruang untuk semua pihak berhujah.

sumber

Tiger 'sexually caged'

SEX ADDICT IN REHAB Seven weeks after the car crash that destroyed his carefully controlled and lucrative image, Tiger Woods has reportedly resurfaced at an addiction clinic in Mississippi, reported The Guardian.

tiger-wood-caged.jpgMultiple media sources in the United States were confirming that Woods, who has not been seen in public since Nov 27 when he crashed his sports-utility vehicle just metres from his Florida home, has checked into the Pine Grove Behavioural Health and Addiction Services clinic in Hattiesburg.

According to its website, the clinic specialises in treating people suffering from sexual addiction.

In the aftermath of the crash, a number of women came forward claiming to have had a relationship with Woods, who is married and has two children.

'Better husband and father'

The golfer subsequently issued a statement admitting to 'infidelities' and stated his intention to become a better husband, father and person.

He also said he would be taking an indefinite break from golf.

tiger-woods-affairs.jpgTreatment at Pine Grove lasts for an average of six weeks.

A spokesman for the clinic declined to comment on Woods last night, and the sheriff's office in Hattiesburg refused to confirm or deny reports that local police had stepped up security at the clinic following the arrival of a new celebrity patient.

Will Tiger return to golf soon?

Meanwhile, a number of people are beginning to expect that Tiger Woods will soon return to golf, despite unanswered questions about his scandal.

Although Tiger still hasn’t been spotted in public, several reports are emerging about what’s on his mind. Roger Federer told the French daily L’Equipe that he had spoken to Tiger Woods by phone.

Federed related that Tiger was bit a freaked out about by how quickly his public image went up in flames. Federer said he too was amazed at the rapid change that can occur.

“It scares you a bit, but that’s the way things are,” he told his friend. “The tabloids are going crazy, sponsor contracts are falling apart … I’ve always been aware that the image you patiently construct for an entire career can be ruined in a minute.”

Tasyrif Produk Sentimen Umno-BN

Umno-BN harus bertanggungjawab diatas penahanan pelajar tahun pertama Akademi Seni Budaya dan Warisan yang terbabit dalam tragedi serangan gereja.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor, Haniza Talha, berkata murid ini adalah mangsa percaturan politik Umno-BN dan media pemerintah yang rakus mengapi-apikan sentimen agama.

Mohamad Tasyrif Tajudin ditahan Jumaat lalu selepas mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengaitkan beliau kepada tragedi serangan gereja.

Melalui laman Facebook, Tasyrif berkata dia bertanggungjawab menyediakan bahan yang digunakan dalam bahan letupan dalam serangan keatas gereja yang tidak dinamakan.

Beliau juga mendakwa berada di tempat kejadian.

Tasyrif didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dibawah Seksyen 233(1) A
kta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Aslam Zainuddin pagi tadi.

Haniza berkata rakyat Malaysia harus insaf bahawa murid ini telah ditahan kerana termakan hasutan media Umno-BN.

“Siapa yang berkata dibenarkan demonstrasi isu-isu sensitif, siapa yang suruh bagi kebenaran macam itu? Bila isu sensitif seperti ini perkara yang dibimbangkan adalah ia tidak boleh dikawal.

“Jadi kalau awak (Najib) dah bagi lampu hijau, orang dah buat dan awak (Najib) tidak boleh kawal, itu kesalah awak (Najib). Itu keputusan yang tidak bijak untuk membenarkan perkara ini diperbesar-besarkan.

Lebih membimbangkan lagi apabila ketegangan ini tidak reda sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak memberi ‘lampu hijau’ kepada tunjuk perasaan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat.

Sejak Jumaat lalu, 11 gereja di seluruh negara, sebuah kuil Gurdwara, sebuah masjid dan sebuah sekolah menjadi sasaran serangan dan vandalisme.

“Dia (Najib) memberi mesej yang salah, kononnya demokratik tetapi bila buat macam itu ia bagi mesej yang salah, memberitahu kepada orang bahawa perkara ini juga kita boleh tunjukkan kemarahan kita tidak kira sensitiviti orang lain, ini lah bendanya,”katanya.

SPRM Perlu Ambil Pandangan Rakyat - Gerak

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengambil kira pandangan rakyat tentang kaedah melaporkan aduan rasuah kepada badan tersebut.
"Kita harus sedar bahawa rasuah adalah suatu bentuk jenayah yang luar biasa dan perlu ditangani secara luar biasa. Pendekatan secara monotype tidak akan memberikan kesan besar terhadap agenda membanteras rasuah. Kita juga bersetuju, laporan kepada SPRM tidak boleh didedahkan kepada media jika bertujuan untuk mengaibkan pihak lain.
"Namun, laporan kepada SPRM juga boleh didedahkan kepada media jika bertujuan untuk memberikan kesedaran pendidikan anti korupsi terhadap masyarakat," jelas Pengerusi GERAK Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan.
Menurut beliau, kenyataan daripada SPRM sebelum ini yang tidak membenarkan aduan yang dibuat kepada SPRM didedahkan akan menyebabkan rakyat akan bimbang untuk melaporkan kepada SPRM. Walaupun di bawah seksyen 29(4), Akta BPR 1997 telah menyatakan perkara ini, namun adalah wajar untuk SPRM memberikan ruang kepada rakyat untuk sedikit sebanyak berkongsi aduan bersama-sama dengan media.
"Untuk tujuan ini, Gerak bersedia memberikan pandangan secara menyeluruh kepada SPRM berkaitan pendekatan membanteras rasuah termasuk mengambil kira perspektif pandangan rakyat. Suruhanjaya ini tidak akan berdiri tegak tanpa dukungan rakyat dan media.
" Kita yakin jika SPRM mempunyai pegawai-pegawai yang cekap, mereka mampu untuk menyelesaikan kes-kes rasuah walaupun sudah ada hebahan media sebelum ini. Kita lihat pada hari ini, kebanyakkan kes-kes yang didakwa oleh SPRM ke mahkamah juga adalah hasil daripada hebahan rakyat dan juga media. Kita beranggapan perkara ini semua banyak membantu SPRM," jelas Nazree lagi.
Beliau sebagai berkata, kes-kes berprofil tinggi seperti skandal, PKFZ, ketirisan pengurusan wang negara melalui laporan Audit Negara, dakwaan salahguna kuasa Setiausaha Politik PM, kes banglo Khir Toyo, kehilangan enjin jet, kes akuan bersumpah Bala dan lain-lain lagi kes yang penting wajib ditangani secara segera oleh SPRM untuk memulihkan imejnya.
" Dalam kes Setiausaha Politik PM misalnya, sehingga hari ini tidak ada siasatan mula oleh SPRM dilakukan walaupun Parlimen Malaysia telahpun dimaklumkan berkaitan dakwaan salahlaku beliau. Perubahan integriti oleh Perdana Menteri akan dilihat gagal jika masih terdapat lagi individu-individu yang tidak bersih berada disekeliling beliau.
"Pendakwaan permulaan oleh SPRM dalam kes PKFZ disambut baik oleh Gerak dan kita mahukan agar kes ini dapat diselesaikan sehingga pihak yang benar-benar terlibat dalam skandal rasuah berskala mega dapat didakwa dan diambil tindakan oleh mahkamah.," tegas Nazree.
Dalam perkembangan lain, Gerak juga mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang tidak bersifat terbuka sehingga

KUALA LUMPUR : Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambilkira pandangan rakyat berhubung kaedah melaporkan aduan rasuah kepada badan tersebut.

"Kita harus sedar bahawa rasuah adalah suatu bentuk jenayah yang luar biasa dan perlu ditangani secara luar biasa. Pendekatan secara monotype tidak akan memberi kesan besar terhadap agenda membanteras rasuah. Kita juga bersetuju, laporan kepada SPRM tidak boleh didedahkan kepada media jika bertujuan untuk mengaibkan pihak lain.

"Namun, laporan kepada SPRM juga boleh didedahkan kepada media jika bertujuan memberi kesedaran pendidikan anti korupsi terhadap masyarakat," kata Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus dalam kenyataan medianya baru-baru ini.

Tanbah beliau, kenyataan daripada SPRM sebelum ini yang tidak membenarkan aduan yang dibuat kepada SPRM didedahkan akan menyebabkan rakyat akan bimbang untuk melaporkan kepada SPRM.

Mohd Nazree berkata, walaupun di bawah seksyen 29(4), Akta BPR 1997 telah menyatakan perkara ini, namun adalah wajar SPRM memberi ruang kepada rakyat untuk sedikit sebanyak berkongsi aduan bersama-sama media.

"Untuk tujuan ini, Gerak bersedia memberi pandangan secara menyeluruh kepada SPRM berkaitan pendekatan membanteras rasuah termasuk mengambilkira perspektif pandangan rakyat. Suruhanjaya ini tidak akan berdiri tegak tanpa dokongan rakyat dan media.

"Kita yakin jika SPRM mempunyai pegawai-pegawai yang cekap, mereka mampu menyelesaikan kes-kes rasuah walaupun sudah ada hebahan media sebelum ini. Kita lihat hari ini, kebanyakan kes-kes yang didakwa SPRM ke mahkamah juga adalah hasil daripada hebahan rakyat dan juga media. Kita beranggapan hal ini semua banyak membantu SPRM," tambah Mohd Nazree lagi.

Beliau berkata, kes-kes berprofil tinggi seperti skandal PKFZ, ketirisan pengurusan wang negara melalui laporan Audit Negara, dakwaan salahguna kuasa Setiausaha Politik PM, kes rumah banglo Khir Toyo, kehilangan enjin jet, kes akuan bersumpah Bala dan lain-lain kes lagi adalah wajib ditangani segera oleh SPRM bagi memulihkan imejnya.

"Dalam kes Setiausaha Politik PM misalnya, sehingga hari ini tiada siasatan awal yang dilakukan SPRM walaupun Parlimen telah dimaklumkan dengan dakwaan salahlaku beliau. Perubahan integriti oleh PM akan dilihat gagal jika masih terdapat individu-individu yang tidak bersih berada di sekeliling beliau.

"Kita sambut baik pendakwaan permulaan oleh SPRM dalam kes PKFZ dan kita mahu kes ini dapat diselesaikan sehingga pihak yang benar-benar terlibat dalam skandal rasuah berskala mega dapat didakwa dan diambil tindakan oleh mahkamah," kata Nazree.

Dalam perkembangan lain, Gerak juga mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang tidak bersifat terbuka sehingga menyebabkan anggota keselamatan menahan dua pimpinan mahasiswa dan seorang wartawan Harakahdaily minggu lalu ketika menyampaikan memorandum berhubung bantahan E-Undi.

"Sewajarnya, KPT menerima baik memorandum itu dan memaklumkan anggota keselamatan agar tidak mengganggu rapat umum mahasiswa itu. Bantahan E-Undi oleh para mahasiswa itu wajar diberi pertimbangan dan ruang perbincangan yang serius," katanya.

Menurut beliau, tuduhan Menteri Pengajian Tinggi bahawa kumpulan mahasiswa itu hadir untuk mencari publisiti menjelang pilihan raya kampus adalah dangkal sama sekali.

Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.

Kelantan nafi alami masalah tunggakan kos rawatan Sultan

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Jan 18 – Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan wujudnya tunggakan bil kos rawatan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, yang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu.

Malah beliau juga menolak dakwaan kononnya cadangan membawa balik Sultan Kelantan berkaitan dengan kos yang mencecah berjuta ringgit.

“Raja-raja adalah seperti ayah kita. Bila sakit kita sebagai anak bertanggungjawab memberi rawatan tak kira walau cara mana sekali pun. Murah atau pun mahal itu tanggungjawab kita.

“Jadi dalam kerajaan tidak pernah berbangkit pasal kos.

“Mereka yang berteka-teki pasal itu itu adalah mereka yang tidak tahu gapo (apa). Ada setengahnya sengaja nak jadikan ia sebagai isu. Sengaja nak jatuhkan moral kerajaan,” katanya.

Tegas beliau, tidak ada tunggakan dalam urusan rawatan Sultan Kelatan sebagaimana didesas-desuskan kebelakangan ini.

“Semua bayaran jelas. Yang bercakap pasal tunggakan itu sebab mereka tidak tahu urusan mengenainya,” kata beliau ketika ditemui di Masjid Hj Ahmad Jamaluddin, Kubang Kawah, Bachok dekat sini.

Mohd Amar mengakui beliau sedar tentang spekulasi itu khususnya membabitkan bayaran peringkat kedua.

“Sebenarnya ia bukan tertunggak, cuma berlaku kelewatan sikit pada bayaran peringkat kedua sebab Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris Petra) nak buat semakan,” jelas beliau tetapi tidak menyatakan jumlah kos rawatan tersebut.

Ketika ditanya reaksi Pemangku Raja berhubung perkara berkenaan Mohd Amar berkata “kenyataan tok guru (Menteri Besar) setelah mendapat perkenan Pemangku Raja.”

Mengulas lanjut desas-desus bahawa Sultan Kelantan hendak dibawa ke tanah air kerana soal kos, Mohd Amar memberitahu perkara itu tidak pernah berbangkit sebagaimana ditomahkan sesetengah pihak.

“Cadangan kerajaan negeri itu berdasarkan laporan enam orang panel dilantik yang merujuk kepada laporan perubatan hospital berkenaan (Hospital Mount Elizabeth).

“Baginda kini menjalani rawatan latihan fisioterapi. Memandangkan di sini juga terdapat pakar fisioterapi yang setanding dengan pakar-pakar di luar negara mungkin ia satu keperluan atau cadangan yang munasabah.

“Seperti mana kata tok gurum yang utama ialah kesan psikologi, ingatan rakyat terhadap Tuanku,” kata beliau .

Tahun lalu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bersetuju cadangan memohon Pemangku Raja Kelantan membawa pulang Sultan Kelantan untuk menerima rawatan susulan dalam negara.

Sultan Kelantan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei tahun lalu setelah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini.

Pemilih: 4.4 juta belum daftar, 65 peratus bumiputera

PUTRAJAYA, Jan 18 — Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripadamereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

“Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik diSabah dan Sarawak kerana mengikut ratio penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

“Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun keatas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

“Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana,” katanya.

Beliau berkata SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

'S'gor tidak boleh campur tangan dalam YBK'

Kerajaan Selangor tidak boleh mencampuri urusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana ia bukan di bawah kerajaan negeri itu, tetapi didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata bekas menteri besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

"Di bawah pentadbiran saya dahulu, saya bekerjasama dengan YBK. Ia didaftar dengan ROS dan aktivitinya dikawal oleh lembaga pemegang amanahnya," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Khir menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri Selangor yang mahukan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan pengerusi YBK.

Selain itu, dilaporkan, kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK.

Bagaimanapun, pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata, ia bermakna kerajaan Selangor mahukan jawatan empat daripada enam ahli pemegang amanah yayasan tersebut.

Bagaimanapun, Zainal Abidin dilaporkan berkata YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri itu yang ingin menyekat segala kegiatannya jika tidak mematuhi syarat tersebut.

Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya mengugut YBK.

"Menggunakan kuasa untuk mengugut, memberi imej yang tidak baik (kepada kerajaan negeri). Kita tidak bersetuju dan sepatutnya (kerajaan negeri) bekerjasama dengan mereka.

"Meletakkan kata dua (kepada YBK) adalah satu tindakan yang tidak betul," katanya lagi.

Sepatutnya, kata Dr Mohd Khir, kerajaan negeri membantu pelaksaaan program-program YBK dan bukannya mengugut yayasan tersebut.

Beliau sebaliknya mendakwa, hasrat kerajaan neger itu untuk campur tangan dalam perjalanan YBK, dilihat sebagai satu usaha untuk "mengambil kesempatan" untuk kepentingan politik mereka.

YBK ditubuhkan oleh bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika negeri itu diperintah oleh BN.

Pada 11 Januari lalu, sebuah NGO - Bersih Bangun Selagor (BEBAS) - telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pengerusi BEBAS, Mohd Abdul Raof Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan Selangor telah mengarahkan YBK melantik Khalid sebagbai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sekeping tanah milik yayasan itu akan dihentikan.

Mohd Abdul Raof dilaporkan mendakwa ianya mengandungi unsur ugutan terhadap YBK dan meminta SPRM menyiasatnya.

YBK yang ditubuhkan 20 tahun lalu, bercadang membangunkan kawasan seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang. Tanah tersebut adalah milik YBK yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar tahun 1995.

Bazar Tok Guru: Husam saran siasat exco dahulu

Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong saranan supaya kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru disiasat bagi mengelakkan ada mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan".

Dan beliau menyarankan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan siasatan dengan memanggil anggota exco terlebih dahulu.

Ini ekoran maklumat tersebut didedahkan oleh penulis blog Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang diketahui umum pernah rapat dengan Husam.

Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta.

Dan kelmarin, exco kerajaan tempatan Datuk Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mengulas mengenainya, Husam berkata, siasatan tersebut dapat mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari, berhubung perkara itu.

"Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong," tulis Husam dalam blognya Cetusan Hati kelmarin.

"Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya.

"Ia boleh bermula dengan ahli exco sendiri supaya ia (tuduh-menuduh) tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka (sesama sendiri)," tulisnya lagi.

Menceritakan latar belakang pembinaan bazar berkenaan, Husam berkata, PMBK dan Sensatimur menandatangani perjanjian bagi membina sebuah kompleks perniagaan tiga tingkat untuk menempatkan peniaga daripada Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut perjanjian tersebut, tambahnya, tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM40 juta diserahkan kepada PMBK. Sensatimur pula diberikan tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut yang bernilai RM23 juta.

Menurut pendedahan Syed Azidi bulan lalu, menjelang pilihan raya umum Mac 2008, menteri besar telah bersetuju memberikan ruang perniagaan kepada peniaga di tingkat bawah bazar.

Perjanjian asal tidak menyatakan Sensatimur akan memiliki premis tingkat bawah tersebut, tulisnya.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz dilaporkan mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta - yang sedang dibina - daripada Sensatimur disebabkan oleh masalah teknikal, demi menjaga kepentingan peniaga.

Husam di blognya itu turut membayangkan maklumat yang didedahkan Syed Azidi bukanlah rahsia kerana perbincangan projek tersebut melibatkan banyak pihak.

"Pertama, ia dibincang oleh jawatankuasa (yang dibentuk kerajaan negeri). Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu.

"(Oleh) kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Wakil PMBK juga mungkin hadir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK," tulisnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Azidi dilihat mempertahankan Husam kerana menurutnya, beliau "akrab dengan hampir semua barisan exco kerajaan negeri."

"Oleh yang demikian, hampir semua mereka boleh dituduh sebagai suspek yang membocorkan rahsia kerajaan negeri kepada saya, termasuklah YB Datuk Takiyuddin sendiri.

"Yang jelas, bukan YB Datuk Husam yang memberi maklumat itu kepada saya," tulisnya semalam, dipercayai untuk mempertahankan mantan naib presiden PAS itu.

Syed Azidi juga mempersoalkan sama ada kenyataan Takiyuddin mewakili pendirian PAS, sedangkan parti itu "sudah lama menentang penggunaan OSA".