Jumaat, 15 Januari 2010

Apalah Nasib Blogger...???


Salam, Moshi Moshi semua...

Isnin sudah, seorang blogger terkemuka lagi kontroversi, Kickdefella @ Sheih telah mengalami serangan mengejut, kenderaan beliau yang telah dipecahkan cermin belakang dengan menggunakan sebilah kapak dihalaman rumah beliau di Kota Bharu. Mungkin ini adalah salah satu ugutan maupun peringatan kepada blogger ini hasil nukilan pendedahan hal dalaman pentadbiran negeri Kelantan. Berita lanjut boleh di dapati [disini] ~ Penulis Blog diancam 'Kapak Terbang'

Jika benar sekalipun apa yang dinukilkan kepada umum, apa yang hendak ditakutkan? Berani kerana Benar, Takut kerana Salah..!!! Pimpinan Parti maupun Kerajaan PR seharusnya berterima kasih kepada penulis blog-blog PR yang selama ini memaparkan kebobrokan dipihak UBN maupun PR sendiri kerana tanpa blogger dan media alternatif versi online / internet ini, gelombang kemenangan rakyat pada PRU ke-12 lalu tidak akan berlaku sama sekali. Kemenangan YB-YB (Yang Berhormat) ADUN dan Ahli Parlimen PR di semua tempat pasai memang betoi betoi rakyat mau YB baru ka?

Sebelum ni sorang dua blogger jugak termasuk si KickDeFella juga pernah di tahan pihak polisi kerna ancaman logo 'baru' PDRM oleh blogger Penarik~Beca dan kes terbalikkan bendera Mesia oleh Kickdefella...hmmmm...penjenayah profesional yang terang2 dok merampok, merogol, meliwati kanak-kanak tak berdosa lambat saja pihak berkuasa nak bertindak, mai tang blogger cargas mengalahkan CARGAS CAFE depa bertindakk...

Blogger Cucu Mat Kilau yang mengendalikan PahangDaily pun pernah diseret pihak berkosa ni 2-3 kali jika tak silap, mula2 kes dadah dia disyaki, abeh rumah dia digeledah dan barang2 rumah dirosakkan, kes naya jaa..lepaih tu kes repot polis oleh si Saifool Bukari pasai kes liwat yang camna tah ada sikit artikel dalam PahangDaily, cucumatkilau disoal-siasat oleh pihak berkosa ni seCARGAS kes jenayah berat...hmmmmm...

Cam yg terbaru, sorang mahasiswa a.k.a cam blogger jugak ka? kena dakwa kes bakaq Gereja pulak dalam FB = FaceBook... betoi atau dak ntah la pulak...senang2 ja depa nak caj blogger walhal kes pecah rumah, rompakan bersenjata, seludup orang, senjata, pendatang dan macam macam serba mak nenek kes jenayah masih dok berleluasa kat Mesia ni... Hampeh betoiii....

Akhir kata dari aku dan juga pertanyaan pada semua maupun diri aku sendiri sebagai blogger,


" Adakah selamat lagi terjamin keselamatan kita ni...???




Arggghhhhhhh... Hentam Ajerlahh Labuuuu......




--
Ahakksss......

Blog ini "bukan boleh nak tambah ilmu"

Selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, Ahli Parlimen Kota Bharu, Cik Gu Wan Abdul Rahim Abdullah cerita kat saya tentang seorang pemuda yang sanggup naik motosikal untuk balik mengundi "mempertahankan kerajaan Tok Guru". Tiket bas dah habis, nak naik kenderaan lain semua dah tak boleh khabarnya, akhirnya pemuda itu naik bas untuk balik mengundi.

Banyak lagi cerita menarik masa pilihan raya umum lalu yang Cik Gu Rahim cerita. Cukuplah yang tu.

Kita juga mendengar pelbagai jerih perih mereka yang terlibat untuk mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan dalam pilihan raya umum tersebut. Serangan datang menggila-gila dari Umno yang confident mereka boleh menang di semua negeri lain dan misi mereka hanyalah untuk merampas Kelantan dari PAS.

Pengorbanan rakyat jembel tak payah cakaplah.

Hari ini pula, semakin kerap kita mendengar cerita bahawa banyak sungguh penyangak dalam kerajaan PAS Kelantan - berkeliling-kelalang di pusat kuasa di negeri itu. Macam-macam orang cerita, cerita tentang penyangak, cerita tentang sialan, cerita tentang budak yang akan bagi punah kerajaan PAS Kelantan, cerita tentang hidup mewah dengan duit entah dari mana, macam-macam kita dengar.

Kita laporkan apa yang kita dengar kepada rakyat dengan harapan pihak yang ada kuasa segera mengambil tindakan memperbetulkan keadaan. Ah, rupa-rupanya kita mengumpat penyangak-penyangak itu.

Masih ada beberapa tahun lagi sebelum kerajaan PAS Kelantan punah. Kalau saya tahu, saya akan dedahkan tentang penyangak-penyangak celaka itu. Mampoih pi la nak kata celaka ka, mengumpat ka, apa ka. Nak harap badan hisbah pun, sejak menang pada tahun 1990 lagi buat perangai keras pedal dan tak nak tubuh badan hisbah di Kelamtan.

Memang, di dalam blog ini "bukan boleh nak tambah ilmu". Blog ini mempersoalkan pemimpin-pemimpin yang tidak thiqah dan tidak wala' kepada ilmu mereka. Blog ini mempersoalkan pemimpin PAS yang bercakap atau berperangai seperti pemimpin Umno!!

Berkaitan:
Nik Aziz kecam penulis blog lebih banyak mengumpat (Bernama 15/1/10)
Akibat didajal penyangak (Bernama 15/1/10)
Nik Aziz hits out at maligning bloggers (Malaysiakini 15/1/10)

MENUJU PILIHANRAYA UMUM 13

Setahun dulu, saya menulis dalam blog ini perbualan dengan seorang anak gadis yang berusia awal 20an. Itulah kali pertama saya berbual dengannya, kami bertemu selepas saya muncul di Astro Awani, sewaktu saya minum petang bersama rakan-rakan.

Masih ingat lagi, pertanyaan saya, "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"

Dia masih muda. Belum pernah mengundi sebelum ini. Saya tak pasti adakah dia telah mendaftar sebagai pengundi atau tidak. Namun tanpa ragu, dia segera menjawab, "Pakatan Rakyat."

Anak gadis itu cukup yakin dengan jawapannya. Dia tidak malu-malu menyatakan sokongan kepada parti tersebut.

Setahun berlalu; dan secara kebetulan saya berjumpanya sekali lagi baru-baru ini. Saya ajukan soalan yang sama. Kali ini dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab.

"Pakatan Rakyat?" tanya saya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Barisan Nasional?" tanya saya sekali lagi.

Dia senyum, tetapi tidak mengangguk.

"Semuanya sama saja. Masing-masing gila kuasa," kata anak gadis itu.

Entahlah, saya tidak tahu adakah pendapat beliau itu boleh dianggap sebagai kesimpulan pandangan masyarakat terhadap politik dan pemimpin politik Malaysia. Bagaimanapun, komentar anak-anak muda dalam Facebook saya apabila diajukan soalan yang hampir sama memberikan jawapan yang hampir serupa.

Inilah komen yang ditinggalkan dalam Facebook saya:
"Kini politik perpecahan. Tidak ada usaha dari kedua-dua belah pihak untuk mencari titik pertemuan dan berjuang untuk rakyat. Politik kini ialah politik benci dan politik mencari aib."

"Politik Malaysia sudah berada di tahap tepu dan memualkan. Cuma belum muntah saja lagi!"

"Pemerintah dengan pembangkang sama saja, menghabiskan beras."

"Politik cacamerba. Letih kalau melayannya."

"Siapa yang kalah, siapa yang menang? Pandangan saya, akhirnya nanti semuanya kalah."

Itu sebahagian pandangan mereka. Sekiranya pemimpin politik kita ingin tahu pandangan rakyat, itulah pandangan mereka. Pemimpin politik boleh memilih untuk mendengar atau memekakkan telinga.

Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mendapat undi kerana berjaya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional tidak baik. Slogan "ABU" dicanang -- "Asalkan Bukan UMNO", undilah. Ini merupakan strategi menolak Barisan Nasional dan mereka berjaya dalam PRU12 lalu. Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Rakyat tidak jelas apakah yang ditawarkan oleh PKR, DAP dan PAS. Manifesto pilihanraya banyak yang tidak dapat dilaksanakan. Jalan keluar? Salahkan Barisan Nasional; hinggakan sekarang sudah menjadi lawak jenaka kalau ayam kena langgar kereta pun, salahkan Barisan Nasional kerana membina jalanraya!

Inilah yang berlaku. Selepas 19 tahun memerintah, Kerajaan PAS Kelantan masih menyalahkan Barisan Nasional dalam kes di mana Mahkamah Tinggi Kota Baru mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd akibat pelanggaran perjanjian.

Orang berjaya memberikan hasil, orang gagal memberikan alasan. Saya teringat bagaimana Dato' Seri Tony Fernandes membeli Air Asia dari DRB-Hicom. Dia membeli syarikat penerbangan itu dengan harga token RM1 dan memikul semua liabiliti syarikat. Hari ini, Air Asia menjadi salah sebuah syarikat yang berjaya. Kita tidak mendengar Tony Fernandes menyalahkan DRB-Hicom.

Apabila PAS menawarkan diri dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan, adakah ia tidak tahu bahawa ia harus menguruskan sebuah kerajaan -- termasuklah aset dan liabiliti? Selepas 19 tahun, sepatutnya apa sahaja masalah ditangani oleh parti itu yang menerajui Kerajaan Kelantan. Menjadi kerajaan bukan hanya untuk mengambil kredit apa yang berlaku, tetapi juga liabiliti yang datang bersama-samanya.

Dalam PRU12 lalu, PKR, DAP dan PAS mengeluarkan manifesto yang berbeza di negeri yang berbeza. Banyak janji-janji dalam manifesto itu tidak ditunaikan. Salah siapa tak dapat laksanakan? Sekali lagi, salahkan Barisan Nasional.

DAP, umpamanya, berjanji untuk mengadakan pilihanraya tempatan sekiranya memerintah. Itu tidak dilakukan. Salahkan Barisan Nasional kerana Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kepimpinan Pakatan Rakyat sepakat bahawa pilihanraya tempatan tidak akan diadakan.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai kehebatan pemikiran untuk merumuskan strategi bagaimana mewujudkan satu sistem di mana rakyat boleh memilih ahli majlis PBT tanpa melanggar peruntukan akta itu? Atau, adakah mereka mengambil manfaat kewujudan Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk memberikan ganjaran politik (political reward) kepada penyokong parti masing-masing sama seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini?

Sekiranya Pakatan Rakyat mengharapkan untuk bermain sentimen kebencian kepada Barisan Nasional untuk menang PRU13, saya fikir elok mereka memikirkan semula strategi itu. Ketiga-tiga parti itu mengetuai kerajaan negeri dan rakyat ingin melihat bagaimana mereka mentadbir, bukannya kehebatan menyerang parti lawan semata-mata.

Rakyat melihat bagaimana selepas mendapat kuasa, PKR dan PAS menghadapi masalah dalaman parti. Wakil rakyat PKR melompat seorang demi seorang di Perak, Kedah dan Selangor. Wakil rakyat Bebas yang kemudiannya masuk PKR (Bukit Selambau) terpaksa meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah kerana masalah peribadi. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang meletakkan jawatan ADUN dan pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Kemuncak kepada siri perletakan jawatan ialah apabila Setiausaha Agung PKR Dato' Salehudin Hashim meletakkan jawatan tersebut.

PAS juga bergolak teruk. Pertembungan kumpulan Erdogan dan bukan Erdogan (istilah yang diberikan oleh blogger penyokong PAS sendiri) yang memuncak sewaktu Muktamar PAS 55 tahun lalu sampai sekarang belum reda. Dari satu isu ke satu isu, ada saja perbalahan antara mereka. Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat turut terpalit apabila isu-isu membabitkan menantunya didedahkan kepada umum. Politik adalah persepsi. Persepsi masyarakat sekarang ialah PAS hari ini sudah jauh berubah dari sebelumnya.

Pada masa yang sama, Barisan Nasional juga tidak bertambah baik. Pemimpin MCA masih bertelagah (adakah ini wayang atau tidak, itu soal lain), dan masyarakat India belum kembali kepada MIC walaupun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang mereka memberikan undi yang besar kepada Barisan Nasional.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan sistem penyampaian rakyat dengan memperkenalkan KPI dan NKRA bagi sektor awam. Insiatif ini sedikit-sebanyak mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan. Bagaimanapun, parti UMNO masih belum banyak berubah selepas PRU12.

Walaupun dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, perwakilan bercakap soal perubahan, namun sehingga kini rakyat belum melihat perubahan yang ketara. Pada masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat tidak menjalankan tugas sebagai anggota legislatif dengan baik apabila Bajet 2010 diluluskan dengan undi 63 - 60, majoriti paling tipis dalam sejarah negara. Sekiranya beberapa orang Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS tidak ponteng sidang Dewan, tidak mustahil pengundian itu berakhir dengan kekalahan kepada kerajaan.

Selepas hampir dua tahun, inilah politik yang dilihat oleh rakyat. Agak menarik untuk melihat bagaimanakah parti-parti politik Malaysia yang dilanda pelbagai masalah ini keluar dari masalah tersebut menjelang PRU13 nanti. Masanya tidak lama; dua tahun atau mungkin kurang dari itu.

Saya ingin untuk bertemu semula dengan anak gadis 20an itu setahun dari sekarang; berharap untuk bertanya soalan yang sama untuk kali ketiga: "Parti manakah yang akan kamu pilih dalam PRU13 nanti?"

Undang2 Berbeza Untuk Kalimah Allah, Nazri Diselar

Dalam keputusan yang bakal mengundang tuduhan bahawa agama diperalatkan untuk tujuan politik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kaum bukan Islam dibenarkan terus mengguna kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi bukan di Semenanjung Malaysia.

Ini kerana orang Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan kalimah itu dalam upacara sembahyang dan keagamaan mereka, Nazri di petik berkata oleh akhbar Borneo Post.

Ditanya sama ada keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah meletakkan dua standard berbeza untuk penggunaan kalimah Allah, Nazri berkata Malaysia banyak mempunyai undang-undang berlainan bagi keperluan tertentu.

Beliau merujuk kepada wujudnya undang-undang syariah dan sivil di Malaysia sebagai contoh kenapa Umno-Barisan Nasional membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di Semenanjung.

“Orang Kristian di Sarawak and Sabah tidak perlu bimbang bersabit isu ini kerana ia menjadi tradisi di sini. Saya pernah menghadiri majlis sembahyang Kristian Iban dan mendengar kalimah Allah digunakan,” kata beliau.”

“Bagaimanapun kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam gereja di Semenanjung Malaysia dan orang Krisitian di dua negeri itu harus menghormati peraturan ini bila berada di Semenanjung.”

Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk Kristian yang tinggi berbanding di Semenanjung.

Tindakan Umno-Barisan Nasional membenarkan penduduk bukan Islam di dua negeri berkenaan terus menggunakan penggunaan kalimah Allah di lihat sebagai keperluan untuk memastikan sokongan berterusan untuk parti itu.

Keputusan itu memberi impak yang besar, khususnya di Sarawak yang akan menghadapi pilihanraya kecil negeri tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Khalid Samad berkata kenyataan Nazri membayangkan sifat hipokrit Umno-Barisan Nasional.

“Cara Nazri buat sekarang ini, orang keliru kerana tidak faham…sebab itu kita perlu jelaskan dari sudut hukum, hukumnya adalah harus. Sekarang dari kaedah yang Nazri buat, pendirian Umno macam bercanggah,” tegas beliau.

“Pada satu saat, (Umno kata) tidak boleh sama sekali, haram, milik orang Islam sahaja . Dan bila dia kata di Sabah boleh. Ini mengelirukan,” tambah beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Mohd Akin berkata Umno harus menghentikan sandiwara politiknya, terutama sekali dalam isu-isu membabitkan agama.

“Di Semenanjung, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan UMNO khususnya seolah-olah menggalakkan berlakunya demonstrasi dan bantahan walaupun mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak,” kata Samsul.

“Kenyataan Nazri menggambarkan kecetekan pemahaman beliau dalam Perlembagaan. Pada masa sama pendekatan kerajaan yang keras dan agresif ini akan menimbulkan kekacauan dan akhirnya akan ada sekatan terhadap pihak-pihak seperti Kristian untuk mengamalkan agama mereka,” tambah beliau.

Dalam wawancara dengan Borneo Post, Nazri turut membayangkan kerajaan menjangka keganasan akan meletus jika Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan Krisitian The Herald menggunakan kalimah Allah.

Beliau berkata jangkaan itu tepat. Sekurang-kurangnya 10 gereja di Semenanjung dan Sarawak menjadi sasaran bom petrol dan vandalisme.

Nazri mendakwa Umno-Barisan Nasional tidak dapat mengambil sebarang tindakan menyelesaikan isu itu setelah pihak akhbar Krisitian berkenaan menfailkan permohonan di mahkamah bersabit isu itu.

Pakar-pakar perundangan dan pembangkang bagaimanapun menjelaskan isu itu boleh dirundingan ketika proses perbicaraan masih berjalan. -TVS



Ulasan GB

Kerajaan UMNO BN dilihat membuat perkiraan politiknya sendiri sehingga terpaksa mengumumkan dua unang-undang berbeza untuk Malaysia barat dan malaysia Timur di dalam isu kalimah Allah.

UMNO BN menyedari bahawa strategi mereka untuk memperalatkan kalimah Allah untuk menarik sokongan masyarakat Melayu ternyata gagal. Jauh sekali dengan sokongan masyarakat bukan-Islam di Sabah dan Sarawak.

Yang ketara, UMNO BN akan menanggung sengsara yang teramat sangat jika ingin terus mengharamkan kalimah Allah dimana UMNO BN terpaksa bersedia berhadapan dengan kekalahan di dalam pilihanraya akan datang apabila masyarakat Sabah dan Sarawak sudah pasti akan menolak kerajaan UMNO BN. Sedangkan nyawa UMNO BN di Parlimen kini amat bergantung kepada kehadiran wakil-wakil rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.

Dan keputusan kerajaan itu memberi impak seolah-olah Tuhan orang Kristian di Malaysia Barat tak sama dengan mereka yang berada di Malaysia Timur. UMNO BN semakin tersepit dengan isu ini.



Raja Rakyat: Bukti UMNO yang gagal

Betapa hebatnya selepas 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Pemangku Sultan Kelantan Tg Faris Petra mengimani solat hajat ribuan rakyat di Satdium Sultan Mohammad IV. Perisitiwa ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara. Misi dan visi PAS khasnya PAS Kelantan mendekatkan islam kepada siapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang pewaris raja adalah sesuatu yang membanggakan.

Hal ini atau perkara ini adalah kecil bagi UMNO. Sebab sudut pandangan dan nilai hidup UMNO dan PAS amat berbeda sekali. UMNO rasa bangga dan berjaya bilamana setiap kali raja-raja bersama rakyat akan diakhiri dengan Nyayian Karaoke bersama artis di malam hari dengan Jamuan menhabiskan duit rakyat. Atas alasan upacara rasmi dan keraian.

Sebenarnya raja-raja juga tidak amat selesa dengan cara dan gaya UMNO. Mereka sudah terbuai lama dan buaian itu menyedarkan sesetangah raja. Sebab semua itu, tiada kesudahan, matlamat hidup atas dunia bukan hanya berhibur dan nikmati nikmat keduniaan semata-mata. Jauh lebih daripada itu.perantau

Gambar-Gambar Gerhana Matahari

A combination picture shows the different phases of an annular solar eclipse in the southern Indian town of Rameswaram January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the earth, according to NASA.

A combination picture shows the different phases of an annular solar eclipse in the southern Indian town of Rameswaram January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide

CHENGDU, CHINA - JANUARY 15:  A partial solar eclipse is seen at the Tianfu Square on January 15, 2010 in Chengdu of Sichuan Province, China. An annular eclipse of the Sun is visible from within a 300-km-wide track that traverses half of Earth today including China, which is predicted to be the longest of its kind for 1000 years.

CHENGDU, CHINA – JANUARY 15: A partial solar eclipse is seen at the Tianfu Square on January 15, 2010 in Chengdu of Sichuan Province, China. An annular eclipse of the Sun is visible from within a 300-km-wide track that traverses half of Earth today including China, which is predicted to be the longest of its kind for 1000 years.

CHENGDU, CHINA - JANUARY 15:  A partial solar eclipse is seen at the Tianfu Square on January 15, 2010 in Chengdu of Sichuan Province, China. An annular eclipse of the Sun is visible from within a 300-km-wide track that traverses half of Earth today including China, which is predicted to be the longest of its kind for 1000 years.

The sun sets over Taipei during a partial eclipse in Taipei, Taiwan, Friday, Jan. 15, 2010.

An airplane flies past a partial solar eclipse in Taipei, Taiwan, Friday, Jan. 15, 2010.

An airplane flies past a partial solar eclipse in Taipei, Taiwan, Friday, Jan. 15, 2010.

A bird is silhouetted against the sun during the formation of an annular solar eclipse in New Delhi, India, Friday, Jan. 15, 2010. Thousands of people in India viewed the spectacle of the eclipse of the sun looking skywards through special filter eyeglasses as the moon crosses its path blocking everything but a narrow, blazing rim of light. (AP Photo) ** INDIA OUT.

A bird is silhouetted against the sun during the formation of an annular solar eclipse in New Delhi, India, Friday, Jan. 15, 2010. Thousands of people in India viewed the spectacle of the eclipse of the sun looking skywards through special filter eyeglasses as the moon crosses its path blocking everything but a narrow, blazing rim of light. (AP Photo) ** INDIA OUT.

An annular solar eclipse is seen formed over the sky of Male, Maldives, Friday, Jan. 15, 2010. Thousands of people viewed the spectacle of the eclipse of the sun looking skywards through special filter eyeglasses as the moon crosses its path blocking everything but a narrow, blazing rim of light.

An annular solar eclipse is seen formed over the sky of Male, Maldives, Friday, Jan. 15, 2010. Thousands of people viewed the spectacle of the eclipse of the sun looking skywards through special filter eyeglasses as the moon crosses its path blocking everything but a narrow, blazing rim of light.

A man skates on a frozen lake in a park while the sun is seen partially blocked by the moon during a solar eclipse in Kaifeng, in central China's Henan province, Friday, Jan. 15, 2010. The eclipse is known as an annular eclipse because the moon doesn't block the sun completely.

A man skates on a frozen lake in a park while the sun is seen partially blocked by the moon during a solar eclipse in Kaifeng, in central China’s Henan province, Friday, Jan. 15, 2010. The eclipse is known as an annular eclipse because the moon doesn’t block the sun completely.

The moon passes between the sun and the earth during a solar eclipse as seen in Changsha, Hunan province July 22, 2009. A total solar eclipse began its flight on Wednesday across a narrow path of Asia, where it was expected to darken the skies for millions of people for more than six minutes in some places.

The moon passes between the sun and the earth during a solar eclipse as seen in Changsha, Hunan province July 22, 2009. A total solar eclipse began its flight on Wednesday across a narrow path of Asia, where it was expected to darken the skies for millions of people for more than six minutes in some places.

People watch the annular solar eclipse at a planetarium in Bangalore, India, Friday, Jan. 15, 2010. Thousands of people in India viewed the spectacle of the eclipse of the sun looking skywards through special filter eyeglasses as the moon crosses its path blocking everything but a narrow, blazing rim of light.

People watch the annular solar eclipse at a planetarium in Bangalore, India, Friday, Jan. 15, 2010. Thousands of people in India viewed the spectacle of the eclipse of the sun looking skywards through special filter eyeglasses as the moon crosses its path blocking everything but a narrow, blazing rim of light.

Residents pray during a solar eclipse in Amman January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA.

Residents pray during a solar eclipse in Amman January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA.

People use solar viewers to view an annular solar eclipse at the Nehru planetarium in Mumbai January 15, 2010. The annular eclipse of Sun, which will last for over 11 minutes during it's maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA.

People use solar viewers to view an annular solar eclipse at the Nehru planetarium in Mumbai January 15, 2010. The annular eclipse of Sun, which will last for over 11 minutes during it’s maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA.

Residents watch a solar eclipse in Amman January 15, 2010. The annular eclipse of Sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA.

Residents watch a solar eclipse in Amman January 15, 2010. The annular eclipse of Sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA.

People use photographic film strips to observe an annular eclipse near the Kibera slums in Kenya's capital Nairobi, January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA. In Africa, the annular eclipse passed through Chad, Central African Republic, Democratic Republic of the Congo, Uganda, Kenya, and Somalia.

People use photographic film strips to observe an annular eclipse near the Kibera slums in Kenya’s capital Nairobi, January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide track that passes half of the Earth, according to NASA. In Africa, the annular eclipse passed through Chad, Central African Republic, Democratic Republic of the Congo, Uganda, Kenya, and Somalia.

People use solar viewers to view a partial solar eclipse at the national parliament complex in Dhaka July 22, 2009. A total solar eclipse on Wednesday swept across a narrow swathe of Asia, where hundreds of millions of people watched the skies darken, though in some places thick summer clouds blocked the sun.


Nik Aziz Sahkan Kerajaan Negeri Beli Bazar Tok Guru Daripada Pemaju

BACHOK: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal...untuk menjaga kepentingan peniaga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog Kickdefella dalam blognya yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

"Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin agama lain dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.- BERNAMA

Kenyataan Menteri Besar Maklumat Penuh YBK

Kerajaan Negeri Selangor mahu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan.

Ini adalah kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita sedia maklum laporan kewangan yang telah dipaparkan di dalam laman web mereka. Tetapi laporan kewangan tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan tesebut membuat analisa dan penyataan semula,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata laporan kewangan yang dipaparkan menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar). “Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya.”

Beliau juga berkata YBK tidak pernah membayar satu sen pun untuk premium semenjak 2001 dan tidak mengambil sebarang usaha untuk membuat pembayaran. Yayasan tersebut hanya berhubung dengan Kerajaan Negeri ketika membuat permohonan untuk menukar status tanah tersebut dari pertanian kepada pengunaan komersil.

Jika permohonan penukaran status dibuat, tanah tersebut akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi) “Untuk tanah yang begitu besar nilainya, sudah tentulah Kerajaan Negeri perlu prihatin mengenai hal bagaimana ianya diurus tadbir. Mungkin kerajaan terdahulu tidak mahu mengambil tahu tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu tersebut kerana kami bertanggungjawab atas setiap sen wang rakyat,” kata Tan Sri Abdul Khalid.

Sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Menteri Besar juga mengulangi keputusan Kerajaan Negeri untuk mengeluar satu laporan terperinci berkenaan harta dan wang yang telah diberikan kepada YBK pada tahun sebelum ini.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Dato Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara ahli EXCO kebajikan dan dua lagi wakil Kerajaan Negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut.

Demo Kesas : Kerajaan Enggan Mengaku Kalah

Perjalanan mereka dihalang dan terhalang pada 5 November 2001 lalu untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Mereka tidak mempunyai niat untuk mengadakan sebarang perhimpunan di Lebuhraya Kesas seperti yang dilaporkan sebaliknya mereka dihalang dengan tembakan gas pemedih mata diikuti dengan pancutan air berkimia. Malah ada di antara mereka yang cedera dikasari oleh anggota Simpanan Unit Persekutuan (FRU). Setelah 9 tahun berlalu, namun keadilan kepada Orang Kena Tahan (OKT) yang terlibat dalam 'demonstrasi Kesas' masih belum menemui titik noktahnya. Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes ini. Sebutan semula ini dibuat selepas kerajaan memfailkan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ampang membebaskan 11 orang pada 5 November yang ditahan dalam keganasan polis 9 tahun lalu itu. Peguam mewakili OKT, Yusmadi Yusoff berkata beliau bingung mengapa kerajaan berdegil mengheret kliennya ke penjara meskipun mahkamah sebelum ini mendapati mereka tidak bersalah. “Tapi malangnya kesungguhan pihak DPP untuk merayu tersebut hari ini dipertikaikan bagi saya, tidak ada seorang DPP daripada Pejabat Pendakwa Raya", jelas Yusmadi kepada pemberita. Antara mangsa keganasan yang dipanggil memberi kesaksian dalam kes ini adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar. - MIMI

Zamry tiru Nizar: Tubuh Jawatankuasa Penasihat Orang Asli

Oleh Nor Ani Karma

nizar n zambryIPOH – Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan usaha-yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam mengurustadbir Negeri Perak.

Ini kerana apa yang beliau laksanakan sudah diterjemahkan semasa pimpinan Menteri Besar yang sah, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak.

Pemangku Ketua DPPN Pk, Mohd Nur Amin berkata, semasa pimpinan Nizar, perkara ini telah menjadi agenda bagi menguruskan permasalahan Orang Asli.

Kerajaan negeri ketika itu telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kehidupan Sosial Masyarakat Orang Asli yang telah diketuai oleh Exco Kanan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air serta Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurutnya, “kami melihat Zambry tersepit dengan tindakannya bagi mengembalikan keyakinan rakyat Negeri Perak terhadap Umno- Barisan Nasional (BN).

“Rakyat tentu dapat menghidu pembohongan Zambry yang sebenarnya tidak mencetuskan sebarang perubahan kecuali mengiktiraf dan meniru cara pemerintahan dan kepimpinan Nizar. Saya yakin rakyat Perak akan menolak kepimpinan Zambry dalam pilihanraya yang akan datang.”

“Sepanjang 11 bulan di bawah pentadbiran PR, nilai pelaburan tercatat ialah sebanyak RM770 juta pada tahun 2008 berbanding dengan kerajaan BN tahun 2009 hanya mendapat RM608.66 juta,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, di sini semalam.

Beliau berkata, pelaburan menjadi susut ekoran rampasan kuasa pada awal Februari 2009 menyebabkan pelabur tidak berani untuk melabur kerana kerajaan negeri yang ada tidak kukuh.

“Dengan suasana yang rakyat boleh lihat sekarang ialah ketidakmampuan pentadbiran Zambry untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri Perak di samping keangkuhan beliau membelakangi mandat dan kepentingan rakyat, hanya untuk mempertahankan kuasa kudeta yang diperolehi secara tidak demokratik,” katanya.

Muhd Nur mengulas kenyataan Zambry yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa orang asli hasil mesyuarat exco, kelmarin.

Dalam kenyataan berkenaan, Zambry menyatakan tujuan penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk memperkasakan orang Asli serta membangunkan segala prasarana yang diperlukan oleh golongan ini.

Adun BN Seri Andalas seleweng wang peruntukan

Oleh Rusnizam Mahat

logo-SPRMAngkatan Muda keadilan (AMK) Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan peruntukan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Andalas semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menurut ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, terdapat unsur meragukan dalam beberapa butiran perbelanjaan yang dinyatakan dalam dokumen peruntukan Dun tersebut yang melibatkan wang berjumlah RM110,800. Wang itu dikeluarkan melalui satu cek untuk kegunaan kempen BN semasa pilihanraya umum lalu.

Penyewengan peruntukan itu melibatkan 16 ketua cawangan, seorang ketua MIC, seorang ketua MCA, seorang Ketua Puteri Umno, seorang Ketua wanita, dan seorang bekas Pemuda Umno di Dun terbabit.

Menurut Khairul, salah seorang yang turut disyaki ialah Pengerusi Bersih Bangun Selangor, Mohd Abdul Raof Mokhtar, yang sebelum ini membuat dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor berhubung kampus projek Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kita harap NGO ini dapat membersihkan Selangor dari segala gejala rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi kita harap sebelum dia nak membersihkan Selangor ini, saya ingat dia dulu kena bersih,” katanya.

Khairul atau lebih mesra dengan panggilan Jonah berkata, AMK telah membangkitkan isu ini pada tahun 2008 berkenaan penyelewengan peruntukan tersebut yang dihabiskan dalam tempoh tiga bulan, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil olehSPRM.

“Ini isu yang lama dan kita tidak tahu berapa kali kita akan berjumpa dengan pihak SPRM untuk membuat laporan ini,”

“Kita berharap dengan mendapat ketua Pesuruhjaya yang baru, iltizam yang baru, SPRM Selangor berusha memerangi rasuah ini secara habis-habisan tanpa memilih bulu atau tanpa ada “double standard”.

Ini supaya masyarakat dapat melihat institusi SPRM ini benar-benar sebuah institusi yang boleh dipercayai untuk memelihara integriti, kewibawaan dan imej negara ini,” katanya.

Menurut Ketua AMK cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri beliau berharap dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, institusi itu dapat mmebersihkaan semula imej dan integritinya sepertimana yang dijanjikan.

“Kalau benar Datuk Abu Kassim ingin mengembalikan semula maruah, imej dan intergirti SPRM kita nak dia siasat penyelewengan ini. Kita nak beliau buktikan beliau benar-benar komited dengan janji beliau untuk membersihkan imej SPRM,” katanya.

Polis tak boleh tahan Lim – Karpal


karpal n limKUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, polis tidak boleh menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan memberi keterangan ekoran kenyataannya yang dianggap berupa hasutan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19 Disember lalu.

“Lim boleh menyaman pihak polis atas penahanan yang salah atau pemenjaraan,” kata Karpal kepada sidang media di sini semalam.

Sambil mengkritik Timbalan Pesuruhjaya Polis Selangor, Khalid Abu Bakar, kerana mengugut untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Keseksaan bagi membuat Lim memberi keterangan, Karpal berkata, “pihak polis sepatutnya memberi salinan laporan polis yang dibuat terhadapnya.”

“Saya tidak menempelak pihak polis tetapi mengugut seorang ketua menteri adalah satu perkara yang serius. Saya tidak kata kedudukan ketua menteri berada di atas undang-undang.

“Tetapi seperti warganegara yang lain, beliau (Guan Eng) mempunyai hak untuk meminta salinan laporan polis yang dibuat terhadapnya. Ini supaya membolehkan beliau memberi jawapan dalam konteks pertuduhan dalam laporan itu,” terang beliau.

Dr Pornthip Tak Didakwa Bocor Laporan Forensik Teoh Beng Hock


SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Peguam Negara tidak akan mendakwa ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rajanasunand, berhubung dakwaan membocorkan maklumat laporan forensik mendiang Teoh Beng Hock kepada sebuah akhbar tabloid tempatan.

Peguam Tan Hock Chuan memberitahu Koroner Azmil Muntapha Abas, yang sedang mendengar inkues mengenai kematian Teoh, berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telahpun meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis semalam dan mendapati tidak terdapat bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu.

"Dalam keadaan itu, Peguam Negara berpendapat tiada asas untuk mendakwa Dr Pornthip atas tuduhan itu," kata Tan yang bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia dalam inkues berkenaan.

Beliau juga berkata Dr Pornthip tidak akan dihalang daripada memberi keterangan dalam prosiding inkues itu selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberikan jaminan tidak akan menahan atau mengganggu saksi itu.

Tan menjelaskan perkara itu di hadapan Azmil Muntapha pagi ini sebelum mahkamah mendengar prosiding menghina mahkamah terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat laporan polis terhadap Pornthip pada 1 Januari lalu.

Dua pegawai SPRM berkenaan, Raub Ghani, 41, dan Hisyam Mohd Yusoff, 30, telah membuat laporan polis berhubung artikel bertajuk "Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh" yang disiarkan akhbar Suara Keadilan pada 29 Disember, 2009.

Berikutan itu, abang mendiang, Teoh Meng Kee mendakwa laporan polis itu sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock, dan memohon mahkamah mengadakan prosiding menghina mahkamah terhadap pegawai itu.

Meng Kee memfailkan notis usul menghina mahkamah itu melalui peguamnya Karpal Singh pada 5 Jan lepas, dan hujah berhubung isu itu ditetapkan untuk didengar hari ini.

Dalam prosiding hari ini, Koroner Azmil menyarankan supaya prosiding menghina mahkamah tersebut tidak diteruskan setelah pihak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memberi jaminan tidak akan mendakwa atau menahan Dr Pornthip daripada hadir ke mahkamah dan memberikan keterangan.

Bagaimanapun Karpal membantah atas alasan Raub tetap perlu dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana pegawai itu telah dengan sengaja membuat laporan polis yang tidak berasas dan palsu. "Peguam Negara sendiri menyatakan tiada bukti menyokong dakwaan terhadap Dr Pornthip, ini jelas menunjukkan pegawai SPRM tersebut tidak bertanggungjawab dan sengaja membuat laporan polis palsu. Ini adalah suatu kesalahan serius.

"Kami mahu pegawai ini dikenakan tindakan menghina mahkamah dan disabitkan dengan kesalahan itu serta dihukum penjara," kata Karpal.

Koroner Azmil menetapkan 22 Februari depan untuk mendengar hujahan peguam itu terhadap isu sama ada prosiding menghina mahkamah perlu diteruskan ke atas Raub, sebelum prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Beng Hock yang terhenti November lepas, diteruskan semula.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.- BERNAMA

Rombakan kabinet tidak lama lagi?

Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya rombakan kabinet semakin kuat diperkatakan di kalangan ahli politik MCA ketika pakatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek, mensasarkan Mac ini untuk mengadakan pemilihan baru bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.

Ketika Ong dan Chua mahu pemilihan itu diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kumpulan yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkeras ia diadakan dalam bulan ini.

Mereka mendakwa Ong dan Chua sengaja melambat-lambatkannya supaya mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan sokongan.

Sebelum ini, kumpulan Liow gagal mendapatkan sokongan 21 ahli jawankuasa pusat (CC) MCA untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru itu diadakan bulan ini.

Hanya 13 ahli CC yang berbuat demikian dan mereka terdiri daripada Liow sendiri dan para penyokongnya.

Berikutan itu, nampaknya, satu-satunya pilihan yang ada ialah untuk mengadakan pemilihan baru parti itu Mac depan.

Pertembungan Chua-Liow?

Selepas pemilihan itu selesai, mengikut amalannya, calon-calon yang menang akan mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri yang diperuntukkan kepada MCA.

Chua dijangka berentap dengan Liow bagi jawatan presiden kerana Ong dikatakan tidak berminat untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Pemilihan tersebut bakal menyaksikan persaingan sengit antara pakatan Ong-Chua dengan kumpulan yang menyokong Liow, yang dikatakan mendapat sokongan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.

Berdasarkan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) Oktober lalu, maka pemilihan kali ini bakal menyaksikan persaingan paling sengit dalam sejarah MCA bagi merebut enam jawatan tertinggi - presiden, timbalan dan empat jawatan naib presiden.

Berikutan itu, penyandang jawatan empat menteri dan enam timbalan menteri yang diisi oleh MCA itu, mungkin berubah jika ada yang tumbang dalam pemilihan nanti.

Desas-desus mengenai rombakan kabinet tersebut juga telah mendorong sesetengah menteri mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mengisi jawatan lantikan politik, sehinggalah keadaan lebih jelas Mac ini.

Beberapa sumber MCA juga berkata, kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tipis dan beliau mahukan parti itu menyelesaikan krisis kepimpinannya menjelang Mac ini.

Peluang terakhir Khairy?

Sementara itu, rombakan kabinet kali ini dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ismail juga dilantik sebagai timbalan menteri sukan.

Khalid: Jelaskan isu, bukan beri ugutan

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengemukakan penjelasan bagi membolehkan masyarakat faham mengenai larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

"Saya harap penjelasan atas isu ini dibuat secara ilmiah dengan segala dalil dan hujah yang jelas dan terang.

"Itu kaedah yang lebih bersesuaian dengan tuntutan Islam," katanya ketika diminta mengulas amaran keras yang dikeluarkan kenyataan pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi semalam.

Utusan Malaysia
hari ini melaporkan Mohamed Khusrin memberi amaran keras kepada Khalid supaya berhenti mempertikaikan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Beliau mengulas kenyataan Khalid sebelum itu yang menggesa Jais dan Mais menubuhkan parti politik kerana menyertai satu protes yang diadakan pada 8 Januari lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Mohamed Khusrin juga dilaporkan mengancam untuk mengambil tindakan mengikut bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 ke atas golongan yang melanggar keputusan Mais atau mufti berhubung isu tersebut.

Mengulas perkembagan itu, Khalid berkata, kaedah ugutan dan paksaan seperti yang dibuat oleh Mohamed Khusrin itu, tidak lagi berkesan dalam menyampaikan pandangan kepada umum.

"Itu bukan cara yang boleh jelaskan isu tapi hanya cara yang ingin memaksa sesuatu pandangan ataupun tindakan ke atas pihak yang lain dan kaedah ini tidak lagi sesuai.

"Ia mungkin kaedah yang sesuai pada zaman kerajaan BN dulu, di mana sememangnya tak ada hujah atau dalil dan jawapan mereka seperti biasa adalah amaran yang keras," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, Jais dan Mais perlu berpijak di atas bumi nyata dan sedar perubahan yang berlaku ke atas masyarakat pada masa kini.

"Kita tidak lagi tertarik dengan kaedah amaran dan ugutan tapi ingin kaedah penjelasan dan penerangan," katanya lagi.

Jelasnya, kaedah penerangan itu digunakan oleh pemimpin PAS yang mampu mengemukakan pandangan berbeza, berdasarkan hujah yang lengkap dengan dalil.

"Walaupun saya dan beberapa tokoh agama termasuk (mursyidul am PAS) Nik Aziz dan (presiden parti) Hadi Awang telah kemukakan pandangan yang berbeza, tapi hujah kami lengkap dengan dalil.

"(Jadi) harap Jais jawab dengan kemukakan hujah-hujah yang sebaiknya, bukan berikan amaran itu dan ini," katanya lagi.

ZAID: Kerja 6 bulan selesai 3 bulan sahaja

Ahli Majlis Tertinggi PKR, DATUK Zaid Ibrahim berkata, beliau mengambil masa selama tiga bulan sahaja untuk menyelesaikan tugas yang berat iaitu membuat dasar bersama Pakatan Rakyat dan mendaftar parti itu.

Beliau mengambil cuti enam bulan dari aktif dalam Biro Politik PKR untuk tugas ini, namun selepas tiga bulan beliau berjaya menyelesaikannya. Dasar Pakatan Rakyat telah dibentangkan dalam Konvensyen Pertama Pakatan baru-baru ini.

Ikuti pengalaman beliau dalam menjalankan tugas ini sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria.

Harakahdaily: Pertama sekali terima kasih kepada Datuk kerana sudi bersama dengan Harakahdaily pada hari ini. Datuk dilihat sebagai arkitek di belakang Dasar Pakatan Rakyat dan pendaftaran Pakatan Rakyat itu sendiri. Apa pengalaman Datuk sebenarnya dalam menyelesaikan kerja-kerja ini.

Zaid: Saya tidaklah mahu dipanggil arkitek. Dasar Pakatan Rakyat, saya membuat inisiatif itu dan Alhamdulilah kita dapat sokongan daripada ketiga-tiga parti. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua. Saya pun terkejut dengan cepat malah bila saya kata saya ingin bercuti enam bulan, saya ingat sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk menjayakannya.Tapi kita berjaya dalam masa tiga bulan.

Dalam hal ini saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada ketiga-tiga parti khususnya kepada PAS kerana kebanyakan dasar bersama yang diluluskan itu di antara PKR dan DAP telah banyak persamaan kecuali dalam hal-hal tertentu. Tetapi inilah pertama kali kita bersemuka dengan PAS secara detail dan mendalam. Dan saya menghargai sokongan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang dan sokongan Datuk Mustafa Ali misalnya dalam membawa muafakat ini kepada satu tahap yang baru.

Saya tidak pernah melihat dalam sejarah tanah air kita tiga parti yang berbeza ini, yang asal usulnya berbeza, sejarahnya berbeza, perjuangan politiknya agak berbeza dalam banyak hal dapat duduk bersama dan ini menunjukkan kematangan parti-parti ini dan juga keprihatinan mereka tentang keperluan rakyat. Rakyat mahu perubahan, rakyat mahu bergerak ke arah satu peringkat yang baru dalam pentadbiran negara dan Pakatan Rakyat telah menyahut seruan ini.Saya amat bangga dan berpuasa hati.

Mengenai pendaftaran kita telah menghantar borang dengan memenuhi segala syaratnya tapi saya rasa ini terpulang kepada Menterinya, Datuk Seri Hishamudin samaada mereka hendak meluluskan atau tidak. Tapi saya percaya mereka akan luluskan kerana tidak ada sebab mengapa pendaftaran Pakatan ini boleh ditangguhkan lagi.

Cuma saya ingin memberi peringatan bahawa kekuatan kita bukan terletak pada pendaftaran tapi kekuatan kita adalah muafakat kita, kesanggupan kita dan keinginan kita untuk berkerjasama. Dan hari ini Barisan Nasional tidak boleh menggunakan propaganda lagi bahawa Pakatan tidak boleh bersama dan sebagainya. Propaganda itu telah pun basi. Rakyat dari sehari ke sehari melihat kekuatan Pakatan. Misalnya isu penggunaan nama Allah baru-baru ini, pada saya Umno cuba menggunakan isu ini kerana mereka dalam keadaan terdesak dengan masalah-masalah negara yang disebabkan oleh dasar-dasar mereka yang tidak mementingkan kepentingan negara dan rakyat.

Jadi dalam isu ini kita melihat ketiga-tiga parti menandatangani satu kenyataan bersama, bersetuju merujuk kepada orang-orang alim, sejarah dan berpandukan kitab suci Al-Quran dan pandangan-pandangan yang lain dan mereka membuat keputusan yang cepat, jelas dan ini memberikan ketenteraman menyebabkan orang Melayu dan Islam faham dalam isu yang disensitifkan oleh Umno ini. Dan usaha untuk membawa kepada pertelingkahan kumpulan antara orang Islam dan bukan Islam telah tidak berjaya. Saya rasa inilah satu lagi kemajuan Pakatan Rakyat, satu lagi bukti bahawa kita dapat menangani segala masalah termasuklah yang sensitif, yang rumit yang disebabkan oleh dasar-dasar Umno tadi. Pada saya tidak perlu kesangsian daripada rakyat mengenai muafakat dan kesanggupan kita untuk mengatasi masalah-masalah yang rumit.

Harakahdaily: Datuk berjaya meletakkan ketiga-tiga pendapat yang berbeza ini dalam bentuk tulisan. Mungkin Datuk Seri Anwar berjaya membawa ketiga-tiga parti duduk bersama, tetapi Datuk pula berjaya membawa ketiga-tiga parti untuk membuat satu dasar bersama. Bolah Datuk ceritakan pengalaman Datuk dalam mendekatkan PAS, DAP dan PKR.


Zaid:
Selain daripada soal menggubal dasar dan sebagainya, saya juga bernasib baik kerana hubungan saya dengan PAS, DAP dan PKR tidak ada masalah walaupun saya dalam Umno dulu, berlawan dengan PAS, tetapi saya mempunyai hubungan peribadi yang baik misalnya dengan Tok Guru Nik Aziz, Datuk Husam, dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Datuk Wan Rahim di Kota Bharu, Datuk Mustafa Ali di Terengganu, semua itu kawan saya walaupun saya dalam Umno. Saya selalu berhubung dengan Lim Kit Siang walaupun saya tidak berapa kenal dengan Lim Guan Eng. Jadi bila saya masuk PKR, sudah tentu mudahlah sikit untuk bincang isu-isu semasa, apa lagi yang perlu dibuat untuk perkukuh Pakatan ini mudah kerana kita dah kenal. Saya rasa ini merupakan faktor yang membantu saya.

Tapi saya juga ingin memberikan pujian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga kerana sebelum saya dapat bawa kepada PAS dan DAP, saya mestilah dapat kelulusan daripada parti saya sendiri. Datuk Seri Anwar tidak mengambil masa yang lama. Beliau melihat platform dasar itu dan beliau terus membuat keputusan bahawa kita harus mengemukakannya kepada ketiga-tiga parti. Jadi sokongan Datuk Seri Anwar memang kritikal dan beliau membuat keputusan yang cepat. Ini memudahkan perbincangan dengan DAP dan PAS.

(Bersambung ke bahagian kedua)

Pemimpin Pakatan temui masyarakat Kristian buka lembaran baru


Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 15 — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meneruskan usaha menerangkan isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah” kepada masyarakat Kristian ekoran siri serangan ke atas gereja-gereja sejak minggu lalu, di samping mahu membina kepercayaan mereka.

Pagi tadi salah seorang Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan 10 pemimpin PR mengunjungi Gereja Katolik di Mentakab, Pahang.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata usaha itu diambil untuk menerangkan situasi semasa ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhir bulan lalu dan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyerang gereja dengan bom api dan membaling batu.

“Kami menerangkan pendirian selaras dengan keputusan yang dicapai oleh PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Kami membuat kunjungan atas permintaan kami sendiri dan telah menjelaskan bahawa apa yang berlaku sekarang (serangan ke atas gereja) bukan tindakan yang direstui prinsip Islam.

“Mereka menerima dan menyambut baik penjelasan kami.... mereka juga sedari bahawa ini bukan ajaran Islam, ini dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau.

Turut hadir Ketua PKR Bahagian Temerloh, Ahmad Nizam Hamid.

PR memilih gereja itu kerana pejabat PAS Pahang secara kebetulan terletak dalam kawasan Temerloh.

Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana wakil agama demi kepentingan bersama.

“Jika ada keperluan kami sedia berbincang dengan mana-mana agama kerana perbincangan adalah cara terbaik ke arah pemahaman bersama,” kata beliau dengan merujuk kepada Dasar Bersama PR yang diputuskan 19 Dis lalu.

Mengenai reaksi pengurusan gereja berkenaan, Tuan Ibrahim memberitahu mereka menerima dengan baik perbincangan yang diadakan hari ini.

“Kami percayai kejadian yang berlaku sekarang bertujuan menutup kes-kes besar yang berlaku sekarang.... ini bukan soal agama, ini perbuatan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Kelmarin PAS Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya pada tahun 2010 yang menyaksikan pelbagai peristiwa hitam.

Mujahid diiringi aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Takiqudin Hamzah.

Antara rumusan ucapan Mujahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS ialah beliau menasihatkan masyarakat Kristian jangan terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang mahukan negara menjadi tidak tenteram pada hal masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan mudah.

Ia sengaja disensasikan bagi kepentingan politik pihak tertentu terutamanya melindungi isu yang tengah hangat diperkatakan.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Meru dari PAS, Dr. Abdul Rani Osman melawat dan berdialog dengan pemimpim gereja semalam.

Abdul Rani meminta semua penganut agama jangan bimbang untuk melakukan amalan di tempat ibadat mereka masing-masing.

Katanya, inilah yang dibenarkan oleh Islam malah Perlembagaan negara juga memperuntukkan begitu kepada rakyatnya.

Perkara ini telah dibuktikan berjalan dengan baik sebelum ini sehingga ada pihak mengeruhkan keadaan.

Jika ada kebimbangan melaksanakan tuntutan agama, beliau memberi jaminan memberikan tenaga Pemuda PAS di kawasannya untuk tampil menjaga keharmonian masyarakat jika diperlukan.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kapar berkata demikian ketika bercakap pada majlis meraikan kunjungannya di Gereja Glad Tidings Assembly dan Gereja Our Lady of Lourdes.

Dipetik Harakah Online, katanya, PAS menghormati kebebasan semua penganut agama selain Islam mengamalkan agama mereka kerana sikap ini telah dibuktikan oleh pemerintahan Islam sejak zaman-berzaman.

Abdul Rani menambah, di zaman pemerintah Khalifah Saidina Omar, Masjidil Aqsa diperintah oleh Islam di mana terdapat sebuah gereja di sebelahnya yang mana kuncinya dipegang oleh orang Islam sehingga kini.

“Sebab itulah PAS yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengutuk keras mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian merosak serta membakar gereja dan kuil ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Saya yakin jika semua penganut agama kembali kepada ajaran mereka, nescaya masyarakat kita aman kerana tidak ada agama yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan,” tegasnya.

Di Gereja Glad Tidings Assembly, rombongan Abdul Rani bersama Ahli Parlimen Kapar S. Manickavasagam disambut oleh Pastor Lau Moong Som.

“Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Dr Rani mempelawa kami untuk menjalin kerjasama dalam menjaga keamanan masyarakat setempat,” tegas Lau.

Dalam kunjungan itu juga, rombongan Abdul Rani telah dibawa melawat keadaan di dalam tempat ibadat di kedua-dua gereja berkaitan.