Rabu, 13 Januari 2010

Johari Abdul: Akhbar jangan manipulasi fakta

Laporan media perlu telus, berfakta dan menjurus kepada akar umbi permasalahan supaya masyarakat tidak terkeliru atau terpengaruh dengan dakyah jahat.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul berkata manipulasi dan penipuan maklumat mengundang lebih banyak permasalahan, bahkan menghakis kewibawaan pemerintah di mata masyarakat.

“Akhbar kena bertanggungjawab tidak kira arus perdana atau pun akhbar kecil sekali pun harus bertanggungjawab sebagai penyampai kepada rakyat perlu melaporkan menda yang betul. Jadi tak payah manipulasi berita. Kerana akhirnya maruah dan imej serta kredibiliti akhbar itu juga akan terjejas,” katanya.

Johari berkata demikian mengulas laporan Berita Harian yang mendakwa warta Katolik, The Herald, bersetuju untuk menarik balik tuntutan kalimah Allah.

Laporan akhbar pro-kerajaan itu bagaimanapun tidak tepat, dan disanggah oleh Reverend Lawrence Andrew sendiri yang terkejut dengan manipulasi sebegitu rupa.

Situasa ini seraya menguja persoalan apakah bentuk manipulasi, hasutan atau penipuan yang telah diwar-warkan media arus perdana sepanjang liputan polemik kalimah Allah.

“Walaupun mereka menjadi media pemerintah tetapi harus melaporkan benda yang benar, Jadi kalau mereka melaporkan benda yang tidak benar, sudah pasti anggapan rakyat, kalau pun tidak berniat memanipulasikan tetapi yang pasti rakyat akan menganggap bahawa tentunya mereka ingin memanipulasikan isu ini," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

RAHASIA TERBUNUHNYA KELUARGA SAUDARA DT SR ROSMAH


Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah. Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.

Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya. Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman? Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza. Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya!

--http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

Ada tak yang mampu merungkainya rahasia tersebut?

biarlah pihak berkuasa selesaikan siasatannya dulu wuhuuu wuhu..

"Umno? Apa tu? Kertas jamban jenama baru?"

Bukan saya yang kata ayat di atas. Saya tak kata lagu tu. Saya hanya memetik sahaja. Ayat itu terdapat dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh Haris Ibrahim (Anda boleh pergi mengundi di sini manakala komen-komen pula di sini. Gambar tinjauan tersebut di bawah).


Walaupun dalam banyak hal saya tak bersetuju dengan Haris, tetapi saya yakin tindakan membuat tinjauan seperti yang dibuat olehnya perlu dibuat lebih banyak lagi. Saya tak buat tinjauan di sini. Tetapi orang-orang yang saya jumpa di Gombak dan Shah Alam (tempat lain saya tak pi) tak seorang pun yang tidak menuding jari kepada pihak yang kini menggelejat kepanasan.

Itu yang saya jumpa in person. Yang hantar SMS pula, ada seorang yang menafikan pendapat umum itu. Yang lain semuanya menuding jari kepada puak tu.

Itu satu hal. Hal yang lebih menarik minat saya ialah berita Malaysiakini bertajuk "SPR jangan serah kepada PM, desak PAS". Berita itu memetik Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata:
Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat perdana menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ia boleh dipinda sesuka hati oleh perdana menteri mengikut kepentingan partinya.
Dalam posting bertajuk "Bangsa ISA bunuh kerusi Melayu Islam", saya tulis:
Siapa kurangkan kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat? DAP?

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Bila keris puaka makan tuan, bangsa ISA menggelejat meniupkan api perkauman.

DAP memang menang banyak di Perak hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh bangsa ISA. Tetapi, adakah DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu?

DAP bertanding di Gerik (73.49 peratus Melayu)? Kerusi Gerik dimenangi oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

Siapa korbankan kuasa politik Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Siapa musuh sebenar Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Ada akai, pakai.
Kalau rajin, boleh baca pengkhianatan-pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu di sini, di sini dan di sini. Sambil itu, saya nak tanya sekali lagi apa yang saya dah tanya sebelum ini:
Benarkah ada pakatan jahat di dalam PAS untuk menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Saya tanya ja. Jika benar ada pakatan celaka itu, isu besar tu. Jika ada, ia merupakan persekongkolan paling durjana membunuh Melayu dengan memastikan Umno terus berkuasa!!

SPRM kaji dedah hasil siasatan tangkis imej ‘tiada gigi’


PUTRAJAYA, Jan 13 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertimbangkan dasar baru mahu mendedahkan kepada umum status siasatan kes-kes yang dilihat sebagai berprofil besar ataupun yang mendapat perhatian umum, kata Ketua Pesuruhjaya barunya Datuk Abu Kassim Mohamed.

Perkara itu telah dibincangkan di peringkat pengurusan SPRM baru-baru ini, umum beliau yang menambah sama sekali tidak pernah menerima arahan pihak atasan agar menghentikan mana-mana siasatan.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan SPRM. Ia akan dibincangkan di peringkat lembaga penasihat (SPRM) kita.

“Kita ada cadangan untuk mengumumkan kes-kes yang sudah diketuai umum... tidak umumkan semua kes, hanya kes-kes yang sudah pun diketahui umum,” kata beliau pada sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Abu Kassim yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sejak 1 Jan lalu berkata, pendekatan ini akan digunakan untuk mengatasi persepsi negatif orang ramai terhadap SPRM.

Wujud tanggapan di kalangan orang ramai bahawa SPRM gagal mengesan dan mendakwa ‘jerung’ yang disiasat terlibat dalam rasuah.

Misalnya tahun lalu SPRM menerima kes rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.

Badan itu beroperasi sebagai suruhanjaya sejak 1 Jan 2009.

Abu Kassim menjelaskan pihaknya tidak berupaya dan tidak wajar untuk mengumumkan hasil siasatan kesemua kes yang terbabit.

“Ambil contoh, kita siasat 1,000 kes tahun lalu sebagaimana dikatakan oleh Datuk Mohd Shukri (Abdull, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM) tadi, mungkin 20 kes yang orang ramai tahu... yang 980 lagi orang tidak tahu.

“Dan, kalau kita dedahkan hasil siasatan semua kes, kes yang orang tidak tahu pun mereka akan tahu kemudian,” katanya.

Beliau menjangkakan bahawa dasar itu boleh diperkenalkan dalam waktu terdekat, kemungkinan keputusannya akan diketahui bulan depan.

Sepanjang tahun lalu SPRM menerima 12,153 maklumat tetapi hanya 5,825 merupakan maklumat yang berasas.

Daripada jumlah itu sebanyak 937 kertas siasatan dibuka, yang berakhir dengan 500 tangkapan dan 176 dituduh.

Daripada 176 yang dituduh, 14 orang melibatkan ahli politik termasuk 11 dari Barisan Nasional manakala tiga yang lain ialah pemimpin Pakatan Rakyat.

Seramai dua orang adalah kalangan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional (19), sokongan (68), pegawai kanan sektor swasta (17) dan orang awam (56).

Mengenai pembukaan kertas siasatan berprofil tinggi dan kepentingan awam sepanjang tahun lalu, sebanyak 27 kes melibatkan menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ketua menteri, wakil rakyat (20), orang politik (38), pegawai korporat (24), pegawai pengurusan tertinggi Gred 54 dan ke atas (20), pegawai kanan kerajaan (22).

Keseluruhan kes itu ialah 151.

Mengenai misinya sebagai ketua SPRM, Abu Kassim berkata langkah pertama yang diambil setelah dilantik ketua pesuruhjaya ialah bagi membantu kerajaan meningkatkan persepsi indeks bagi mengurangkan pandangan negatif masyarakat terhadap SPRM.

“Tanggungjawab saya adalah memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap SPRM iaitu seolah-olah SPRM bukan menjalankan siasatan malah turut membuat pendakwaan

dan tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana kami hanya menjalankan siasatan sama ada kes besar atau kecil,” katanya.

Oleh itu katanya, pihaknya turut menubuhkan lima jawatankuasa bagi memberi peluang dan ruang kepada masyarakat terlibat dalam kerja-kerja SPRM termasuk

bagi memantau perjalanan siasatan SPRM.

Beliau berkata sebanyak 75 peratus kes-kes yang dibicarakan di mahkamah memihak kepada SPRM dan beliau berharap peratusan itu akan meningkat kepada 80 peratus pada tahun ini.

Sehubungan itu juga kata beliau, SPRM akan mengadakan pertemuan bulanan dengan media untuk membincangkan perkembangan semasa melibatkan SPRM.

Gerhana separa Jumaat ini, umat Islam digalak solat kusuf


KUALA LUMPUR, Jan 13 — Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada Jumaat ini, bermula pada pukul 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 4.26 petang.

Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Jakim juga melalui Cawangan Falak akan mengadakan solat sunat kusuf di masjid-masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada pukul 3.45 petang.

Selain itu, katanya aktiviti cerapan juga akan diadakan di keempat-empat masjid tersebut dengan kerjasama seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor.

Jakim menjadikan Masjid Putra, Putrajaya sebagai lokasi utama bagi menunaikan solat sunat kusuf, aktiviti cerapan dan pameran.

Di samping itu, katanya orang ramai juga dijemput mendengar ceramah berhubung fenomena itu yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula pada pukul 2.45 petang iaitu sebelum solat sunat kusuf disempurnakan.

Ceramah yang akan mengupas tajuk Fenomena Gerhana Matahari itu akan disampaikan oleh Dr Azhari Mohamed dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Jakim juga menyeru semua masjid dan surau di negara ini agar dapat mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat sunat kusuf. — Bernama

BERKAITAN :


SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF)


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


(Dinukil dari buku saya bertajuk Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W.)

Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Terdapat juga sesetengah pihak tatkala apabila mengalami peristiwa gerhana bulan mahupun matahari, namun mereka hanya melihat kejadian ini sebagai satu perkara yang luar biasa. Tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf)

HUKUM SOLAT GERHANA


Para ulamak telah sepakat bahawa disyariatkan mengerjakan solat sebanyak dua rakaat sekiranya terjadi gerhana.

Menurut Ibn ‘Umar radhiallahu’ anh, Nabi s.a.w bersabda:


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا


Maksudnya:


Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

Namun, para ulamak berbeza pendapat tentang hukum perlaksanaan solat Gerhana tersebut. Syeikh Muhammad bin ‘Umar bin Salim Bazmul pula menguatkan pendapat bahawa solat Gerhana ini hukumnya sunat mu’akkadah bersandarkan hadis berikut:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَفَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا


Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat, matahari telah kelihatan. Seterusnya baginda berkhutbah di hadapan manusia dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya, kemudian bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat hal itu itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedekah.
Kemudian baginda bersabda: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada seorangpun yang lebih cemburu daripada Allah apabila hamba-Nya sama ada lelaki atau wanita melakukan perzinaan. Wahai umat Muhammad! Sekiranya kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu semua akan tertawa sedikit dan lebih banyak menangis. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Dapat dikatakan di sini bahawa dalil yang terkandung di dalam hadis merupakan perintah agar mengerjakan solat itu berserta perintah agar bertakbir, berdoa dan bersedekah. Namun, tidak ada seorangpun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdoa ketika terjadi gerhana. Oleh itu, menurut kesepakatan ijmak bahawa perintah tersebut bersifat sunat. – Rujuk Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, edisi terjemahan bertajuk Meneladani Solat-Solat Sunnah Rasulullah s.a.w, Pustaka Imam al-Syafie, Bogor (2005), ms. 140-141.

Tetapi, tanggapan ulamak berijmak (sepakat) bahawa solat Gerhana ini hanyalah sunat mu’akkadah kurang tepat kerana terdapat juga ulamak yang mewajibkannya. Menurut al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah:

Majoriti ulamak mengatakan hukumnya adalah sunnah mu’akkadah (sunnah yang amat dituntut). Tetapi, Abu 'Awanah di dalam shahihnya menyatakan bahawa hukumnya adalah wajib. Aku tidak pernah menemui ulamak yang berpendapat sedemikian selain beliau kecuali apa yang dinukil daripada Malik yang menyamakannya dengan hukum solat Jumaat. Ibn al-Manayyar menukilkan daripada Abu Hanifah bahawa menurutnya hukum solat Gerhana adalah wajib. Demikian juga dinukilkan oleh sebahagian penulis kitab mazhab Hanafi. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani tahqiq Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, edisi terjemahan dengan tajuk Fath al-Bari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 6, ms. 4.

Syeikh al-Albani rahimahullah pula menyokong pendapat bahawa solat Gerhana ini hukumnya wajib. Menurut beliau:

Inilah pendapat paling unggul (iaitu wajib solat Gerhana) dan untuk membuktikan penjelasan berikut ini, menurut pendapatku sesiapa yang mensunatkannya bererti dia telah mengabaikan perintah-perintah yang datang daripada Nabi s.a.w mengenai solat Gerhana tanpa ada dalil yang boleh menolak hukum asalnya, iaitu wajib. Al-Syaukani lebih cenderung kepada hukum wajib sebagaimana dinyatakan di dalam al-Sail al-Jarrar, jilid 1, muka surat 323 dan dipersetujui oleh Shadiq Khan di dalam al-Raudoh al-Nadiyyah. Inilah pendapat paling sahih. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, edisi terjemahan dengan tajuk Tamamul Minnah Komentar Dan Koreksi Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid Sabiq, Maktabah Salafy Press,Jakarta (2002), jil. 1, ms. 329.

Syeikh al-‘Utsaimin rahimahullah pula menegaskan bahawa majoriti ulamak menyatakan solat Gerhana adalah sunat mu’akkadah. Namun, sebahagian ulamak menyatakan ia wajib sama ada termasuk kategori fardu ‘ain atau fardu kifayah kerana terdapat perintah daripada Rasulullah s.a.w agar mengerjakan solat itu. Malah, perintah itu menunjukkan wajib.

Setelah itu, beliau menguatkan pandangan bahawa hukum solat Gerhana adalah wajib katanya:

Tidak diragukan lagi bahawa dalil ini cukup kuat baik dari sumber riwayat mahupun melalui pengkajian cerdik pandai agama. Paling tidak ia termasuk kategori fardu kifayah. Inilah menurut pendapat kami. Manakala pendapat jumhur, mereka tidak memiliki dalil yang menunjukkan perkara itu tidak wajib kecuali sabda Nabi s.a.w kepada seorang lelaki yang bertanya kepadanya:


Apakah ada lagi selain itu (selain kewajipan solat lima waktu)? Baginda menjawab: Tidak! Kecuali solat sunat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Imaan, no: 46.
Hal ini tidak bererti menolak kewajipan solat-solat selain solat lima waktu apabila wujud sebab yang mewajibkannya. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah nafi 'tidak!' sebagaimana sabda baginda s.a.w, iaitu berkaitan solat-solat rawatib yang selalu berulang setiap hari. Mengenai solat-solat yang berkait dengan sebab-sebab tertentu, maka hadis ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menolak kewajipannya.


Kesimpulannya, kami memandang bahawa solat Gerhana adalah wajib sama ada fardu atas setiap individu (fardu ‘ain) atau fardu kifayah (memadai dikerjakan oleh sebahagian kaum muslimin sahaja). – Rujuk Kitab Majmu’ Fatawa Arkanil Islam karya Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, edisi terjemahan dengan tajuk Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Pustaka Arafah, Solo (2002), jil. 1, ms. 429-430.

Dengan ini, dapat kita fahami bahawa perlaksanaan solat Gerhana ini adalah satu perkara yang dipandang besar di kalangan para ulamak sehingga ada yang mewajibkannya. Pengajian hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu amalan itu hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan atau tidak.

Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu sunnah itu sabit daripada hadis yang sahih maka mereka akan berusaha mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ia wajib atau sunat.

Menurut Syeikh Abdullah al-Bassam:

Seorang muslim sewajarnya mematuhi syariat tanpa memandang apakah ia fardu atau sunat. Apa yang penting dia melakukan kerana mematuhi syariat Allah semata-mata mengikuti sunnah Nabi-Nya dan mengharapkan ganjaran pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan ketika berlaku suatu waktu ingin meninggalkannya. Ketika itu apakah sunnah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau sunat (agar tidak bergelumang dengan dosa meninggalkan sunnah). Oleh itu, menjadi kewajipan seorang hamba agar serius beribadah. Manakala dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya bertujuan mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. - Rujuk Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram karya Syeikh Abdullah Abdul Rahman al-Bassam, edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta (2006), jil. 1, ms. 217.

TATACARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA


Waktu Dikerjakan Solat Gerhana.


Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَفَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ


Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat matahari telah kelihatan. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Hadis di atas merupakan dalil tentang waktu harus dikerjakan solat Gerhana, iaitu bermula terjadinya gerhana sehingga berakhirnya gerhana. Sungguhpun begitu, sekiranya kita telah menyelesaikan perlaksanaan solat Gerhana namun gerhana tersebut belum berakhir, kita hendaklah memperbanyakan berdoa dan berzikir.

Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah:

Lafaz ini (hingga matahari kelihatan) merupakan dalil tentang lamanya solat Gerhana, iaitu hingga matahari nampak kembali. Al-Tohawi berpendapat bahawa di dalam hadis dinyatakan hendaklah kamu semua solat dan berdoa. Dalam erti kata lain, jika kita selesai melaksanakan solat Gerhana, namun matahari masih belum juga kelihatan, kita hendaklah memperbanyakan berdoa sehingga gerhana berakhir.


Ibn Daqiq al-'Id menguatkan lagi pendapat ini bahawa had waktu tersebut (antara mula gerhana hingga matahari muncul kembali) adalah had waktu untuk solat dan berdoa. Malah bermungkinan doa tersebut boleh dilakukan setelah selesai solat hinggalah matahari muncul kembali. Oleh itu, solat Gerhana tidak harus dilakukan terlalu lama atau mengulanginya beberapa kali jika matahari belum kelihatan sehingga matahari muncul (gerhana berakhir). – Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 6.

Dikerjakan Di Masjid Secara Berjemaah Oleh Lelaki Dan Wanita.


Perlaksanaan solat Gerhana ini adalah secara berjemaah. Ia dilaksanakan di masjid dan bukan di musolla, iaitu tanah lapang seperti solat hari raya dan istisqa’ (mohon hujan).

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Solat ketika terjadi gerhana matahari dan bulan diadakan secara berjemaah. Solat seperti ini tidak dilakukan pada tanda-tanda kebesaran Allah yang lain kecuali hanya pada gerhana matahari dan bulan. – Rujuk Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie, ringkasan dan tahqiq oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 1, ms. 341.

Dalil tentang disyariatkan perlaksanaan solat Gerhana secara berjemaah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu’ anha katanya:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ


Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya lalu baginda bertakbir. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Solat Gerhana ini bukan hanya dikerjakan oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga boleh turut serta mengerjakannya secara berjemaah.

Menurut Hisyam bin 'Urwah radhiallahu’ anh, Fatimah Binti al-Mundzir radhiallahu’ anha telah meriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakar radhiallahu’ anhuma katanya:



أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ وَإِذَا هِيَ قَائِمَةٌ تُصَلِّي...


Maksudnya:


Aku telah menemui Aisyah radhiallahu’ anha ketika terjadi gerhana matahari. Ternyata manusia berdiri mengerjakan solat. Begitu juga Aisyah berdiri mengerjakan solat. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1053.

Namun, sekiranya solat Gerhana itu tidak dilakukan secara berjemaah ia tetap sah. Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah, dalil yang mengharuskan solat Gerhana dikerjakan secara besendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:



فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ


Maksudnya:


Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah berkata:

Berdasarkan lafaz ini dapat disimpulkan bahawa berjemaah bukanlah syarat sahnya solat Gerhana. Ini kerana terdapat terdapat isyarat di sini agar segera melaksanakan solat. Sedangkan menunggu jemaah kadang-kadang mengakibatkan waktu solat tamat atau membiarkan sebahagian waktu tanpa diisi dengan solat. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 29.

Hendaklah Diserukan As-solatu Jami'ah Atau Innas Solata Jami'ah Sebelum Memulakan Solat.


Tidak ada seruan azan sebelum didirikan solat Gerhana tetapi disunnahkan melaungkan as-solatu jami'ah ataupun innas solata jami'ah.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Tidak ada laungan azan untuk solat Gerhana, solat hari raya, dan semua solat yang bukan solat fardu. Aku lebih menyukai imam agar memerintahkan seseorang meneriakkan as-solatu jami'ah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344-345.

Abdullah bin Amr radhiallahu’ anh berkata:


لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلاَةَ جَامِعَةٌ


Maksudnya:


Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, lantas diserukan innas solata jami'ah (sesungguhnya solat berjemaah akan didirikan). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1045.

Dikerjakan Sebanyak Dua Rakaat.


Jumlah rakaat solat Gerhana adalah dua rakaat sahaja. Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Jumhur ulamak mengatakan bahawa solat itu (gerhana) dilakukan dua rakaat dan setiap rakaat dengan dua kali rukuk. – Rujuk Kitab Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Sayyid Sabiq, edisis terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur (1990), jil. 1, ms. 74.

Abu Bakrah radhiallahu’ anh berkata:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْمَسْجِدِ وَثَابَ النَّاسُ إِلَيْهِ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ فَانْجَلَتْ الشَّمْسُ


Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas baginda keluar sambil menarik atau menyeret rida' (kain yang diletakkan di atas bahu) hingga sampai ke masjid dan orang ramai telah berkumpul di sekelilingnya lalu baginda solat dua rakaat mengimami mereka. Kemudian matahari bersinar kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1063.

Diperpanjangkan Bacaan Dalam Solat Gerhana.


Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَفَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ


Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah ketika menjelaskan tentang baginda memanjangkan berdiri katanya:

Dalam riwayat Ibn Syihab disebutkan:


فَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً


Maksudnya:


Maka baginda membaca dengan bacaan yang panjang.
Manakala pada bahagian akhir perbahasan tentang solat melalui jalur lain daripada Ibn Syihab disebut pula maka baginda s.a.w membaca surah yang panjang. Disebutkan dalam hadis Ibn Abbas yang akan disebutkan setelah empat bab:


فَقَرَأَ نَحْوًا مِنْ سُورَة الْبَقَرَة فِي الرَّكْعَة الأُولَى


Maksudnya:


Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat pertama.

Abu Daud meriwayatkan riwayat yang serupa melalui jalur Sulaiman bin Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz:


قَرَأَ فِي الْقِيَام الأَوَّل مِنْ الرَّكْعَة الثَّانِيَة نَحْوًا مِنْ آل عِمْرَان


Maksudnya:


Baginda s.a.w membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali ‘Imran ketika berdiri pertama pada rakaat kedua. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqlani, jil. 6, ms. 14-15.

Terdapat Empat Kali Rukuk.


Berbeza dengan solat-solat sunat yang lain, solat Gerhana memiliki empat kali rukuk, iaitu dua kali rukuk setiap rakaat.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَفَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdiri, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk.


Kemudian baginda berdiri dan memanjangkan berdiri namun lebih pendek dari berdiri yang pertama. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuk, namun lebih pendek dari rukuk yang pertama.


Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujud seterusnya melakukan pada rakaat kedua sama seperti yang dilakukan pada rakaat pertama.


Kemudian baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa perbezaan solat Gerhana berbanding solat-solat yang lain ialah sebaik sahaja membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran kita hendaklah rukuk. Kemudian bangun kembali dan sekali lagi membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran lalu rukuk semula. Kemudian iktidal lalu sujud dan teruskan solat sebagaimana solat-solat yang lain.

Ulangi perkara yang sama pada rakaat kedua. Tidak terdapat riwayat yang menunjukkan adanya zikir-zikir atau bacaan yang khusus untuk solat Gerhana ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Oleh itu, kita boleh membaca apa jua bacaan ketika solat yang sabit daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis.

Menguatkan Suara (Jahr).


Suara hendaklah dinyaringkan ketika membaca ayat al-Quran dalam solat Gerhana. Menurut 'Urwah, Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

جَهَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَتِهِ كَبَّرَ فَرَكَعَ وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يُعَاوِدُ الْقِرَاءَةَ فِي صَلاَةِ الْكُسُوفِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ


Maksudnya:


Nabi s.a.w mengeraskan bacaan pada solat Gerhana. Apabila selesai membaca baginda terus bertakbir dan rukuk. Apabila baginda selesai rukuk, baginda mengucapkan sami’allaahu liman hamidah rabbana lakal hamdu (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya, wahai Tuhan kami bagi-Mu segala pujian), kemudian baginda membaca kembali. Pada solat Gerhana terdapat empat kali rukuk dalam dua rakaat dan empat kali sujud. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1065.

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata:

Telah ditetapkan oleh Allah bahawa solat Gerhana matahari dilakukan oleh Nabi s.a.w hanya sekali. Juga telah diriwayatkan daripada hadis sahih bahawa baginda mengeraskan bacaan al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam Sahih al-Bukhari dan tidak benar jika ada mengatakan bahawa terdapat hadis lain yang menyanggahinya. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, jil. 1, ms. 331.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana


Rakaat Pertama


1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Membaca Surah al-Fatihah
9) Membaca Surah al-Qur’an
10) Rukuk
11) Iktidal
12) Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14) Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua


1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Qur’an
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Membaca Surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Khutbah Ringkas Selepas Solat.


Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan, memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344.

Antara contoh khutbah Rasulullah s.a.w setelah mendirikan solat Gerhana seperti di bawah.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَفَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ


Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w mengimami solat manusia… Setelah baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. Lalu baginda berkhutbah di hadapan orang ramai dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ... فَاسْتَكْمَلَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي أَرْبَعِ سَجَدَاتٍ وَانْجَلَتْ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَنْصَرِفَ ثُمَّ قَامَ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Maksudnya:


Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya, lalu baginda bertakbir… Baginda s.a.w menyempurnakan empat kali rukuk pada empat kali sujud dan matahari telah mula kelihatan sebelum baginda selesai solat. Kemudian baginda berdiri lalu memuji Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya (semasa berkhutbah). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.


Sumber : http://akob73.blogspot.com/2009/12/tatacara-solat-gerhana-cara-nabi.html

Lim Guan Eng akan ditangkap?


oleh : al-brangi

Seperti posting sebelum ini, saya ada memperkatakan mereka ada kuasa dan 'berkuasa'. Mereka boleh bila-bila masa menggunakan kuasa mereka. Siapakah mereka itu? Mereka itu ialah pemerintah sekarang di bawah UMNO/Barisan Nasional. Segala instrumen Kerajaan akan bila-bila masa menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka sangat taat dan patuh. Mereka tidak pernah mungkir apabila diarah berbuat sesuatu. Waran tangkap bila-bila masa akan dikeluarkan untuk menangkap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng, jika beliau terus menerus tidak mahu bekerjasama dan enggan memberi kenyataan kepada polis dalam kenyataan Guan Eng yang berbau hasutan pada pandangan polis pada 19 Disember 2009 di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam. Ketua Polis Selangor berkata mereka gagal mengambil kenyataan dari Guan Eng pada Sabtu lepas. Satu pasukan polis telah dihantar untuk menemui Guan Eng di Pulau Pinang setelah memaklumkan dalam telefon tetapi gagal. Guan Eng memohon satu salinan report awalan dari polis sebelum memberi kenyataan kepada polis. Polis akan menggunakan Seksyen 111 'Criminal Procedure Code' yang memberi kuasa kepada polis agar saksi perlu hadir memberi kenyataan. Guan Eng diperlukan oleh polis untuk tujuan penyiasatan kata-katanya di Konvensyen tersebut, bahawa "Teoh Beng Hock telah mati dibunuh." Seorang pegawai polis telah membuat report polis yang memungkinkan Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Seterusnya sila baca di sini. al-brangi: Saya percaya Guan Eng akan 'menyerah' diri untuk memberi kenyataan dan bekerjasama dengan pihak polis, mungkin kesibukan tugasnya tidak memungkinkan beliau berbuat demikian. Mustahil Guan Eng mengambil risiko dengan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa. Tiada yang lebih berkuasa melainkan kuasa Allah SWT.


Bekalan Gula Habis, Ismail Sabri Perlu Bertanggungjawab


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan spekulasi kononnya harga gula akan dinaikkan sekali lagi menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini.

Beliau sebaliknya memberi jaminan bahawa harga bahan itu tidak akan dinaikkan lagi sama ada sebelum ataupun selepas musim perayaan tersebut.

Justeru, beliau menyifatkan berita dan spekulasi tentang kenaikan harga gula itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sema-mata untuk meraih keuntungan.

“Perbuatan mereka itu boleh menyebabkan rakyat menjadi panik dan ini tentunya akan mendorong orang ramai membeli gula dengan kuantiti yang banyak.

“Ini akan menyebabkan gula habis di pasaran bukan dalam tempoh yang sepatutnya,'' katanya hari ini.

Ismail Sabri tidak menyedari bahawa beliau sendiri yang telah membuat kenyataan bahawa tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.

Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.

"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.

Beliau turut menyelar pihak-pihak yang menuduh tindakan kerajaan menaikkan harga gula kononnya mengugat usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyemarakkan konsep 1Malaysia.

"Jika saya nak naikkan harga gula pada bulan Februari pun orang akan kata saya membantutkan usaha 1Malaysia kerana ketika itu Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat cina," ujarnya.

Kesan daripada kenyataan yang tidak berhati-haro dari menteri berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya dia hal - pertama, wujudnya rasa panik rakyat terhadap bekalan gula yang menyebabkan rakyat terpaksa membuat pembelian yang lebih daripada biasa kerana khuatir harga gula akan naik. Kedua, meningkatnya kegiatan sorok gula oleh peniaga-peniaga dengan harapan dapat mengaut keuntungan yang lebih apabila harga gula dinaikkan.

Justeru itu Ismail Sabri perlu bertanggungjawab dari kenyataan awalnya.


Police have lead on church arsonists

UPDATED

By Shazwan Mustafa Kamal

The Metro Tabernacle Church in Desa Melawati which was torched. - Picture by Choo Choy May

KUALA LUMPUR, Jan 13 — Deputy Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar revealed today that police now have a lead on the “physical attributes” of the suspects in last Friday’s firebombing attack on the Metro Tabernacle Church in Taman Desa Melawati here.

The Metro Tabernacle Church was the most badly damaged and the first to be hit by a spate of firebombing and arson attacks against Christian churches which followed the recent uproar over the “Allah” issue.

The first floor of the church was completely gutted by the ensuing fire.

“We now have a lead on the physical attributes of the people who are believed to be involved in the church attack,” Ismail said at a press conference in the Bukit Aman federal police headquarters here.

“We are working hard in order to obtain more information. We need more time to get more accurate information,” he added.

The deputy IGP also warned people not to take issue of sending out false alarms to the police lightly, as all the reports will be investigated and action will be taken accordingly.

“This is a reminder to everyone... this is a serious matter and is an offence under section 436 of the Penal Code.”

Ismail also assured the nation that based on the information given to him by police stations in all districts and states, things were very much under control and “peaceful.”

In fact, he went so far as to say that over the last 24 hours no new cases of attacks had been reported.

This comes amid a report that a Sikh temple in Sentul had been attacked, where the glass panels of the sliding front doors had been smashed with stones.

“Last night, there was an incident involving a Sikh temple in Sentul. However, nothing was broken. Police are now investigating whether this case has any connection with the other attacks,” Ismail said.

He also affirmed that the attacks in other states such as Miri and Perak were “sporadic” and “unplanned.”

“So far the church attacks in the other states have been sporadic, unplanned and done by individuals. We are monitoring the situation and will take the necessary measures.”

When asked to comment on Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein’s statement that the government will not hesitate using the ISA against religious agitators during a television interview last night, Ismail replied that action will be taken according to the process of law and evidence.

“We will do whatever it takes to endure the peace in the country. There have indeed been information on possible suspects, but the process takes time.

“The police need to verify the information, what we’ve seen and heard, we have to be very sure. When enough evidence is gathered, we will take action,” Ismail said.

He urged the public not to completely trust the information spread through the Internet or text messages, and to go to the police if they have any fresh information regarding the matter.

“All Malaysians are objective on the matter, we can work together. Do not use the situation to make things worse.

“If anyone have any new information, help the police. Do not go to other third parties online or Facebook,” said the deputy police chief, referring to the church attacks being a frequently discussed issue within the realm of the popular social networking site.

There has been eight attacks on churches and one convent school throughout the country over the Dec 31 High Court ruling that Catholic weekly may use the word “Allah” in their Bahasa Malaysia section, provoking an uproar among Muslims.

It is still uncertain whether the Sikh temple attack in Sentul has any connection to the spate of church attacks over the past week but the minority also refer to the word “Allah” in their Punjabi language.