Selasa, 12 Januari 2010

Suhakam Saran Dialog Antara Pemimpin Agama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini menyeru pemimpin semua agama mengadakan perbincangan antara mereka berhubung insiden perbuatan khianat ke atas gereja dan surau baru-baru ini.

Untuk itu kata badan berkenaan, kerajaan haruslah menyediakan mekanisme yang sewajarnya.

"Suhakam juga berharap para pemimpin tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh dilihat menyokong aktiviti yang menjejaskan persefahaman agama dan keharmonian di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Suruhanjaya itu turut mengutuk perbuatan khianat ke atas semua rumah ibadat dan berharap polis menjalankan siasatan dengan cepat, adil dan saksama agar pihak bertanggungjawab dapat didakwa secepat mungkin.

Badan itu juga meminta polis memastikan semua rakyat Malaysia dapat beribadat dalam suasana selamat selaras dengan peruntukan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Majlis Peguam K. Ragunath dalam satu kenyataan juga menggesa kerajaan memainkan peranan dalam mempromosikan saluran untuk perbincangan sedemikian, bagi menggalakkan pertukaran pandangan secara terbuka selain meningkatkan persefahaman.

"Perbincangan isu-isu yang dihadapi negara tidak boleh sekadar berlangsung pada peringkat rasmi dan secara tertutup, tetapi mesti melibatkan orang ramai dan mereka yang menerima kesannya," katanya.

Beliau berkata sebarang serangan terhadap badan kehakiman juga tidak boleh diterima kerana kebebasan badan itu adalah perkara asas dalam demokrasi dan mesti dipertahankan.

Sekalipun menegaskan keputusan penghakiman mesti dihormati, Ragunath berkata keputusan mahkamah mungkin bukan penyelesaian terbaik kerana badan itu juga mempunyai kuasa yang terhad.

Dalam kes-kes tertentu katanya, adalah lebih baik diselesaikan di luar mahkamah menerusi perbincangan yang sihat. -BERNAMA

Adakalanya Di Bayar Cash...!!!

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.


Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang rajayang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

Allah pun berfirman,

"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"


Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama: Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua: Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi
sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga: Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat: Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

Sesungguhnya DIA..lah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yang telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jangan sesekali berdendam sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

salam ukhwah..

Peguam Anwar Anggap Mahkamah Syariah Telus

Peguam Syarie mewakili Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan Qazaf menyifatkan Mahkamah Syariah mendokong aspirasi ketelusan dan efisyen dalam meneliti setiap kes yang difailkan dimahkamah itu.


Kamar Ainiah Kamaruzaman positif kuasa yang disempadankan kepada badan itu bakal memberikan penghakiman yang adil dan saksama.

"Mahkamah Syariah sekarang nie efisyen. Memang akan berjalan lancar. Kalaupun ada tangguhan sebab orang sakit atau ada halangan yang tidak dapat dielakkan," jelas peguam itu.

Anwar sebelum ini telah memfailkan tuntutan syariah terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di bawah Seksyen 41 'Qazaf' Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Akta ini secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak.

Saiful yang mendakwa telah diliwat Anwar menghadapi hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom melantik barisan peguam yang bakal mewakilinya dalam permohonan ini yang akan mula diperdengarkan esok.

Turut melantik barisan peguam yang sama ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain selaku responden pertama dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali yang merupakan responden kedua.

"Semua orang lantik peguam. Esok kes kat mahkamah sebutan. Selalunya dalam sebutan itu mereka akan masukkan afidavit jawapan. Saya tak rasa mereka sempat nak masukkan esok. Mungkin mereka akan memohon pada mahkamah tempoh yang munasabah untuk memasukkan afidavit jawapan mereka," ujar Kamar Ainiah.

Barisan peguam syarie yang dilantik oleh ketiga-tiga responden ialah Zainul Rijal Abu Bakar, Roslizam Rahim dan Mohd dan Firdaus Mohamed Arifin.

Ketika ditanya gesaan pelbagai pihak supaya kes Qazaf ini dipercepatkan, Kamar Ainiah menegaskan mahkamah tidak sesekali boleh ditekan atau dipaksa dalam menghakimi mana- mana kes.

"Mahkamah perlu diberi masa untuk meneliti kes dan membicarakan kes dengan keadaan aman dan tenang. Kita tidak boleh gesa atau paksa mahkamah," tambahnya lagi.

7 Januari lalu Anwar memohon Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah supaya pihak pendakwa meneruskan pertuduhan qazaf (tuduhan palsu) terhadap Saiful.

Dapatkan Roylati Minyak - Souvenir Teragung Razaleigh Untuk Kelantan

MENURUT Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamad tuntutan Kelantan untuk mendapat royalti petroleum (minyak) tidak ada fakta dan berasas. Katanya Pas sengaja menimbulkan isu tersebut untuk dijadikan modal pilihan raya. Sekarang ini tidak timbul apakah ianya untuk dijadikan modal pilihan raya atau sebaliknya. Yang penting kerajaan Kelantan dengan barisan Exco yang hebat-hebat belaka itu berjaya menimbulkan isu baru di Kelantan dan menyebabkan Umno 'belengas' sampai ke punggung.

Ada orang mengatakan isu minyak ini dikendali sepenuhnya oleh Exco bernama Husam Musa. Saya tidak hairan kerana di sinilah kebijaksanaan dan kelebihan Husam sebagai arkitek baru politik Kelantan dalam mencipta isu untuk mengharu birukan Umno dan meletakkan dirinya di ranting teratas dalam sirkuit politik Pas Kelantan!

Dulu Mustapa bersama Muhyiddin Yassin kata Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana pelantar minyak berada nuh jauh di luar kawasan Kelantan. Kerana itu Kelantan menghantar rombongan untuk mengukur laut. Entah sampai entah tidak rombongan berkenaan, walah’alam, tetapi kerja itu mendatangkan hasil. Umno menjadi kecut perut dengan gertakan rombongan kerajaan Kelantan itu menyebabkan Najib Razak terpaksa membuat pengumuman tidak semena-mena.

Semasa membentang Bajet 2010 di parlimen Najib mengumumkan yang kerajaan Kelantan akan diberikan wang ehsan sebagai menggantikan royalti sebanyak 5 peratus. Dengan pengumuman Najib itu, secara automatik ia menjelaskan bahawa tuntutan kerajaan Kelantan sebelum ini berasas. Bahawa dakwaan Mustapa dan Muhyiddin adalah palsu dan tertolak ke neraka!

Kalau ianya tidak berasas dan tidak berfakta, masakan Najib jadi semurah itu untuk mengumumkan langkah pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan! Sejarah telah merakam sudah berpuluh dekad kerajaan BN menzalim rakyat Kelantan menafikan hak rakyat dengan membelakangkan semangat federalisme. Pengumuman Najib ini menyebabkan Mustapa sebagai Tok Empat Umno Kelantan kalah 1 – 0 dan 'terkinyih-kinyih' macam tupai mabuk gula!

Kini Mustapa sekali lagi nampaknya mencelupkan jari ke dalam air panas dengan mendakwa kerajaan Kelantan tidak ada asas ekoran tuntutan terbaru kerajaan Kelantan. Jumaat lalu Pas telah menghantar rombongan Petroleum yang diikuti sama oleh Ketua Pemuda Pas, Abdul Latiff Abdul Rahman bagi berbincang dengan menyerahkan nota tuntutan kepada Pegawai Eksekutif Petronas, Hassan Marican.

Apakah Mustapa telah berfikir panjang dengan dakwaannya itu? Ingin ingatkan Mustapa agar berhati-hati dalam permainan ini. Ingat minyak ini bahan cecair licin tersalah pijak boleh jatuh tergolek! Apakah beliau perlu sekali lagi mendengar kenyataan dan keputusan Najib untuk mengakui bahawa apa yang didakwa kerajaan Kelantan itu benar?

Kali ini bukan di sebelah Kelantan kena nyatakan bukti dan fakta sebagai menjawab dakwaan Mustapa itu. Sebaliknya Mustapa sendiri kena dedahkan fakta dan bukti yang dimilikinya. Kalau beliau berani kata fakta Pas tidak berasas dan rekaan, maka beliau kena dedahkan akan kesahihan dan kebenaran fakta yang beliau milik.

Kalau Mustapa juga enggan mendedahkannya ini bermakna fakta Mustapa juga tidak berasas dan rekaan buta semata-mata. Kalau sebelum ini Pas telah mengemukakan bukti dengan mengukur laut, apakah Mustapa juga kena berbuat demikian juga? Rasanya tidak menjadi masalah sebab Juruukur Teguh masih ada dan sedia untuk melakukan kerja ukur laut.

Bagi Pas bukan saja tidak perlu menjawab dakwaan Mustapa itu, tetapi Pas sudah bernasib baik. Kerana pada 29 Januari ini orang yang mengasas Petroleum Nasional (Petronas) Tengku Razaleigh Hamzah sendiri akan bercakap fasal minyak di Kelantan. Beliau akan mendedah dan mengemukakan fakta serta hujah kenapa Kelantan harus diberikan royalti seperti yang layak diterima Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Pastilah dalam penjelasan itu nanti Tengku Razaleigh akan bercakap benar atau ‘sengoti’ sekaligus menjawab dakwaan Mustapa itu. Rakyat Kelantan akan dapat mengukur kenyataan atau fakta siapa lebih akurat dan genuine apakah yang ada kepada Tengku Razaleigh atau Mustapa Mohamad.

Nanpaknya isu minyak ini kalau ia dicipta untuk dijadikan isu pilihan raya, Pas berjaya kerana ia telah meletakkan pemimpin Umno Kelantan bertelagah sesama sendiri. Yang jelas Tengku Razaleigh lebih mahu menjadi jagoh membela hak Kelantan daripada parti yang pernah diketuainya itu. Apa yang berlaku kepada Tengku Razaleigh menjelaskan akan ketidakteraturan Umno. Bukankah Tengku Razaleigh Hamzah orang Umno yang sepatutnya bercakap untuk kepentingan Umno?

Saya yakin Tengku Razaleih akan bercakap perkara benar pada 29 Januri nanti. Sebagai anak Kelantan beliau akan mendedahkan fakta yang menguntungkan rakyat Kelantan. Tentu tidak tergamak untuk beliau berbohong kepada rakyat Kelantan dalam usia sudah lebih separuh abad. Mungkin Tengku Razaleigh menganggap usaha itu sebagai kebajikan terakhirnya untuk Kelantan.

Lagipun tidak ada gunanya Tengku Razaleigh menjaga kepentingan Umno kerana parti itu tidak pernah menjaga kepentingannya! Malahan sejak Abdullah Badawi jadi PM sehingga ke era Najib kini Tengku Razaleig Hamzah hanya menjadi kulat malam di siang hari sahaja. Tahu kulat malam, ianya cerah waktu malam dan putih waktu siang, cahayanya tidak bermakna dan diperlukan ketika suasana terang benderang!

Umno memerlukan Tengku Razaleigh hanya di masa-masa tertentunya. Bila keperluan Umno sudah tidak ada ia ‘kehak’ Tengku Razaleigh macam kucing memuntahkan perut tikus yang ditelannya. Jadi adalah baik bagi Tengku Razaleigh bangkit menjadi jaguh di Kelantan dengan membela anak buahnya untuk mendapat royalti minyak. Biarlah kalau Tengku tidak dapat jadi PM tidak mengapa asalkan rakyat Kelantan mendapat manfaat royalti minyak hasil perjuangan anak raja Kelantan itu. Itu lebih besar.

Saya sendiri yakin suara bekas Menteri Kewangan itu ebih keramat berbanding dengan 12 suara pemimpin kerajaan Pas hari ini termasuk Nik Abdul Aziz sendiri. Makanya Tengku Razaleigh boleh ambil kesempatan untuk meletakkan dirinya di atas ‘par’ sanjungan dan penghormatan rakyat Kelantan terhadap beliau sebagai pemimpin tunggal negari yang sepatutnya sudah dinobatkan sebagai perdana menteri menerusi isu tuntutan royalti petroleum itu.

Bagi rakyat yang bawahan, yang mana yang akan jadi pemikul balang gas atau pengisi minyak petro di stesen minyak kalau industri gas dan minyak mendarat di Kelantan, akan menunggu bicara dan tuntutan Tengku Razaleigh Hamzah di stadium Sultan Mohamad ke IV pada 29 Januari ini. Diharap rakyat Kelantan akan datang beramai-ramai memberi semangat kepada Tengku Razaleigh.

Saya optimis dalam hal ini suara Tengku Razaleigh masih bernilai dan dihormati. Sekiranya apa yang Tengku Razaleigh perkatakan semuanya fakta, Najib tidak ada pilihan lain untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan. Lagipun kalau itu yang Najib laksanakan ia tidak merugikan. Sekiranya pandangan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Abdul Halim Abdul Rahman di dewan satu masa benar, ini bermakna Umno akan berjaya menambah kerusi kalau pun tidak berjaya menawan Kelantan apabila royalti minyak diagihkan.

Kata Ustaz Abdul Halim, kalau Umno beri minyak kepada Kelantan (royalti) mungkin Umno boleh menang dalam pilihan raya. Dan katanya selagi Umno tidak beri minyak (royalti) selama itulah Umno akan kalah! Akhirnya sekiranya Tengku Razaleigh telah memberi sumbangan besar kepada rakyat Kelantan pada ucapan itu nanti, maka rakyat Kelantan hendaklah membalasnya dengan cendermata yang setimpal dengan apa yang dilakukan itu.

MSO

SPR tak setuju murid didedah kepada politik, pilih ketua murid..ha..ha SPR takut ramai ibubapa dan pelajar cerdik soal Pilihanraya...!

KUALA LUMPUR, Jan 12 — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata adalah terlalu awal bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun didedahkan kepada proses pengundian memilih pemimpin mirip kepada kempen pilihan raya.

“Bagi saya, murid ini terlalu awal didedahkan dengan politik ataupun proses berkempen,” katanya bagi mengulas proses pengundian memilih ketua murid yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (TTDI)1 semalam.

Biarpun sudah dua kali mengadakan pengundian bagi memilih ketua murid, namun proses pengundian di sekolah itu kali ini mirip satu pilihan raya kerana ia turut melibatkan penyertaan SPR Wilayah Persekutuan selaku pengendali dan pemantau proses itu.

Ia bermula dengan proses penamaan calon, kempen selama seminggu termasuk memasang poster, mengedar kalendar serta nama dan slogan calon, kunjungan calon dari kelas ke kelas dan akhirnya pemilihan yang menggunakan kotak mengundi seperti dalam pengundian pada pilihan raya.

“Di SPR sendiri kami turut menyediakan pendidikan pengundi tetapi terus kepada peringkat sasaran iaitu mereka yang lebih berusia seperti penuntut sekolah menengah dan universiti ataupun kolej,” kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk mengadakan proses pengundian itu merupakan hak sekolah dan beliau menganggap pastinya SKTTDI1 sudah mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Wan Ahmad berkata beliau tidak mengetahui tentang proses pengundian yang diadakan di sekolah berkenaan semalam sehinggalah melihat dan membacanya melalui media.

Beliau percaya bahawa SPR di peringkat negeri hanya menjalankan kewajipan dalam memberi bantuan kepada sekolah itu.

“Kami di SPR tidak pernah berbincang mengenai perkara ini di peringkat atasan dan proses pengundian semalam mungkin merupakan rutin yang dijalankan oleh SPR peringkat negeri,” katanya.

Ditanya kemungkinan sekolah lain akan mencontohi SKTTDI1 untuk mengadakan proses pengundian yang serupa, Wan Ahmad berkata terpulang kepada Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah terbabit manakala SPR hanya akan memberi nasihat dan bantuan yang diperlukan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan sebaliknya memandang positif tindakan sekolah berkenaan dan berharap ibu bapa tidak perlu risau dengan proses pengundian yang dijalankan di peringkat sekolah.

“Saya tidak lihat proses itu melibatkan politik dan menganggapnya sebagai pendedahan bagi anak-anak ini memahami proses demokrasi tulen di negara ini,” katanya.

Mohamed Ali berkata pendedahan itu akan membantu proses kematangan kanak-kanak dalam menghadapi proses demokrasi sebenar apabila dewasa kelak.

Namun, katanya, proses pengundian itu perlu dibimbing dan dipantau oleh pihak sekolah supaya tidak disalah guna seperti murid mengaibkan sesama calon semasa berkempen.

“Kita boleh mengajar murid-murid ini supaya menjaga tatasusila dan etika berkempen bagi memupuk mereka nilai-nilai murni. Dengan cara ini, persaingan sihat dapat dipupuk,” katanya.

Seorang ibu yang dua anaknya bersekolah di SKTTDI1 berkata beliau menganggap pendedahan yang cuba diberikan itu memberi manfaat kepada murid di Tahun 4, 5 dan 6.

“Tapi bagi murid tahun satu hingga tiga, mereka terlalu muda untuk memahami keseluruhan proses itu dan tujuannya,” kata wanita enggan namanya disiarkan.

Beliau bagaimanapun berharap ibu bapa tidak dibiarkan campur tangan dalam proses pengundian ini seperti membantu menyediakan poster dan bahan kempen yang mahal harganya dan memberi tekanan kepada anak-anak yang menjadi calon.

“Proses ini baik untuk membina keyakinan murid, jadi biarkan mereka berkempen secara semula jadi, seperti menyediakan sendiri poster dengan melukis atau mencetak daripada komputer, dan bukan didedahkan kepada kemewahan menempah banner dan sebagainya,” katanya. — Bernama

Rayuan Terakhir Dokumen Kes Liwat 20 Januari, Anwar Pohon Penangguhan Perbicaraan Kali Kedua Bagi Membuat Persediaan Lebih Rapi !

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat kedua melibatkan beliau yang dijadual bermula 25 Jan ini. Peguamnya Karpal Singh memberitahu permohonan akan difailkan minggu depan. “Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak akan melayan permohonan kami agar perbicaraan ini ditangguhkan tetapi meminta kami berbuat demikian di Mahkamah Persekutuan, jadi kami akan berbuat demikian,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Karpal berkata beliau juga memfailkan rayuan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan lebih banyak dokumen berhubung kes liwat kedua daripada pendakwa raya. Awal bulan ini Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan Anwar mendapatkan dokuman sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian bagi membolehkan beliau mengemukakan petisyen dan menyediakan kesnya. Rayuan itu difailkan semalam. Antara dokumen yang diminta Anwar ialah kenyataan saksi tertuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan selain Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi Hospital, dan pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid. Beliau juga ingin memperoleh kenyataan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), satu nota kimia dan laporan-laporan perubatan yang lain. Sementara itu Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Januari ini untuk mendengar rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen yang beliau dakwa amat penting bagi pembelaan dalam perbicaraan liwat yang dihadapinya. Rayuan itu adalah peluang terakhir beliau untuk memperoleh dokumen itu.

[Penangguhan perlu dilakukan demi keadilan Islam yang ingin diperjuangkan. Memang ramai penyokong Saiful Bukhari kecewa dengan tindakan ini dan menuduh Anwar mencari helah dan takut berhadapan dengan Saiful di Mahkamah. Tetapi, mereka juga harus ingat, bahawa setiap yang tertuduh berhak untuk membela diri dan mendapatkan salinan dokumen berkaitan. Jika tidak sia-sia sahaja perbicaraan ini diadakan, kerana ia hanya mengikut skrip pihak-pihak tertentu. Saiful boleh tersenyum dalam hal ini. Namun tahukan beliau yang ulamak terkenal seperti Sheikh Yusuff Qardawi sendiri pun mahukan kes ini ditangani secara Islam dan keadilan perlu diberikan kepada Anwar untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah dibawah undang-undang Qazaf itu].

Ahli politik diseru pupuk sefahaman antara agama

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menyeru ahli-ahli politik supaya membantu usaha menyedarkan rakyat mengenai kepentingan menghormati fahaman agama anggota masyarakat.

Presidennya Dr Thomas Philips berkata, ini boleh dilakukan sekiranya ahli politik mengeluarkan kenyataan yang betul kepada masyarakat, seperti kenyataan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin PKR.

Abdul Hadi pada Sabtu mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja dengan bom api di Lembah Klang pada Jumaat.

Umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat dalam situasi perang, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman," kata ahli parlimen Marang.

Dr Philips menjelaskan, kenyataan seperti itu perlu disebarkan kepada masyarakat berikutan kejadian insiden serangan ke atas gereja Kristian yang berlaku sejak Jumaat.

"(Insiden serangan) berlaku kerana kurangnya perasaan hormat di antara para penganut agama di negara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Dalam keadaan biasa, kita tidak ada masalah antara satu sama lain tetapi dalam setiap masyarakat pasti ada orang-orang yang ekstrem. Mereka tidak boleh dibiarkan menjadi suara majoriti," katanya.

"Kita sepatutnya bekerjasama untuk membina persefahaman antara satu sama lain," tambahnya.

"Kita berasa khuatir (dengan insiden yang berlaku), tetapi melihat dari sudut positif, saya gembira kerana penganut Kristian tidak melawan semula dan berjaya mengawal perasaan mereka."

Katanya lagi, beliau juga gembira kerana lebih ramai pemimpin Islam yang tampil mengutuk serangan yang dilakukan oleh individu yang sedang dikesan oleh polis itu.

"Kita juga terharu kerana kumpulan Islam turut memberi sumbangan untuk gereja yang terbakar," jelasnya, merujuk kepada sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh pertubuhan Islam kepada gereja-gereja terlibat.

Ditanya lagi mengenai pendekatan yang boleh diambil bagi meningkatkan rasa hormat di antara penganut agama, Dr Philips berkata saluran pendidikan formal harus digunakan bagi menyampaikan maksud tersebut.

"Pada masa saya dulu ada mata pelajaran untuk memahami agama masing-masing, sekarang (mata pelajaran) itu sudah tidak ada lagi.

"Jadi bagaimana untuk kita rasa hormat antara satu sama lain?" katanya.

Berat sebelah luluskan permit demo : Musa Hassan digesa letak jawatan

Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR : Ekoran kegagalan menjalankan tugas melibatkan keselamatan negara, sikap berat sebelah dan tidak profesional ketika meluluskan perhimpunan aman di negara ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatannya.

"Hal itu termasuklah kes penyelewengan kuasa yang wujud dalam kalangan anggota polis yang tidak pernah langsung diselesaikan sehingga ke hari ini," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung dalam suatu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah Yap, sikap berat sebelah polis itu semakin jelas ketara dalam isu perhimpunan aman khasnya yang membabitkan isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

"Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi anjuran Hindraf di Gereja Assumption, Petaling Jaya yang mahu diadakan pada 13 Jan depan.

"Tetapi, polis sebaliknya membenarkan perhimpunan aman diadakan di beberapa buah masjid mengenai isu kalimah 'Allah' pada 8 Januari," katanya.

Yap berkata, polis hanya menyeru supaya rakyat bertenang dalam isu ini, tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan serius seperti mengumumkan langkah-langkah penyelesaian atau pencegahan untuk menghentikan kes-kes keganasan yang berlaku di tempat beribadat dan sekolah.

"Kami tidak berpuas hati dengan pendirian polis apabila mereka meminta gereja mengambil langkah keselamatan sendiri kerana mereka kekurangan anggota polis untuk berkawal.

"Persoalannya di sini, adakah keselamatan rakyat bukan tanggungjawab polis dengan memberi alasan bahaw rrakyat perlu mengambil langkah keselamatan sendiri untuk mendapat perlindungan?" kata Yap.

Govt and Baginda ask for deposit in Altantuya RM100mil suit

altantuya SHAH ALAM: After having suffered the loss of their daughter, the family of murdered Mongolian model Altantuya Shaariibbu (picture) may have to place a court deposit if they wanted to pursue a RM100million suit against the Malaysian government and her lover, political analyst Abdul Razak Abdullah Baginda.

The High Court here has set March 30 to hear the application for the undertaking of costs by the Government and Abdul Razak who was a close aide of Prime Minister Najib Abdul Razak.

High Court deputy registrar Mohd Hafizi Abdul Halim set the date when the case came up for mention before him today.

Senior Federal Counsel Habibah Haron, who is representing the Malaysian government, when met by reporters afterwards, said the government and Abdul Razak filed the application to get the plaintiffs (Altantuya’s family) to deposit a certain amount of money with the court to assure that they would continue with the proceedings of the suit over the death of the Mongolian woman.

She said the court had also ordered the parties involved to file their written submissions prior to Feb 9 before proceeding to hear the application (undertaking of costs).

On June 4 2007, Altantuya’s parents, Shaariibuu Setev, Altantsetseg Sanjaa and Altantuya’s two children Mungunshagai Bayarjargal and Altanshagai Munkhtulga sued the government, Abdul Razak and two people accused with murdering her, C/Insp Azilah Hadri and Cpl Sirul Azhar Umar, and demanded RM100 million in damages over her death.

In their statement of claim, the family among others cited that the mental shock and psychological trauma they suffered as a result of her death justified that they be paid exemplary and aggravated damages.

They further claimed that Altantuya was shot dead and her corpse blown up with C4 explosives by Azilah and Sirul Azhar, who are members of the police’s Special Action Unit (UTK), and that pieces of her body were found at a forested area in Puncak Alam, Shah Alam, on Nov 7 2006.

The family also alleged that Abdul Razak had conspired with the two policemen concerned to murder Altantuya.

They further claimed that as a result of the actions of Azilah, Sirul Azhar and Abdul Razak, they suffered grief and loss especially Altantuya’s two children losing their mother’s love and their only source of livelihood.

Besides exemplary and aggravated damages, Altantuya’s family, who filed the suit through the law firm of Messrs Karpal Singh & Co, are also seeking interest, costs and other relief deemed fit by the court, according to Bernama

Abdul Razak, 49, was charged with abetting Azilah, 34, and Sirul Azhar, 38, in the murder of Altantuya, 28, in 2006.

He was acquitted by High Court judge Datuk Mohd Zaki Md Yassin on Oct 31 2008 without his defence being called.

On April 9 2009, Azilah and Sirul Azhar were found guilty of murdering Altantuya and sentenced to death.

Royalti : PAS Kelantan Perlu Munajat Perdana Sekali Lagi

Allah Yang Disembah, Allah Tempat Kita Bermohon.

Kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz Nik Mat disarankan supaya mengadakan Munajat Perdana sekali lagi untuk menundukkan keangkuhan UMNO BN yang enggan melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

Datuk Mustapa Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha PAS mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam, tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

PAS Kelantan pernah menganjurkan beberapa kali munajat perdana dianntaranya ialah sehari sebelum pilihanraya umum 2008.

Tiada siapa menyangka waktu itu tangis dan esakan TG Nik Aziz yang memecah hening Suboh di majlis Munajat Perdana pada 7 Mac 2008 adalah tangis dan esakan yang mengangkat doa dan munajat rakyat Kelantan ke hadhrat Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kemenangan besar kepada Kerajaan PAS Kelantan di dalam pilihanraya sehari selepasnya iaitu pada 8 Mac 2008.

Sepagi itu Tok Guru berkali-kali menyapu air matanya sebaik sahaja mengakhiri doa dan munajat yang dipersembahkannya kepada Allah setulus hati, penuh rendah diri.

Ia adalah satu doa yang besar, satu hari penuh hiba dan satu rayuan kepada Allah Yang Maha Esa untuk menyelamatkan Kelantan dari satu kospirasi jahat sebuah kerajaan Pusat yang mabuk kuasa.

Pada waktu itu, UMNO BN telah merancang pelbagai cara untuk merampas Kelantan dari tangan PAS, sehingga mereka telah bersiap-sedia untuk menobatkan MB baru dari kalangan mereka, Awang Adek Hussin namanya.

Berpuloh-puloh malah beratus biji bas mengangkut pengundi-pengundi luar masuk ke negeri Kelantan untuk memberikan undi kemenangan kepada UMNO BN.

Dan tiada siapa menduga, hati-hati pengundi hantu ini telah dipalingkan oleh Allah s.w.t. untuk memberikan undi kepada PAS.

Dan Allah memberikan kemenangan ceemerlang kepada PAS Kelantan!

Kini untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Jangan tunggu esok kerana esok mungkin sudah terlambat!

Penerangan Kerja Rasul Dan Nabi


Penerangan adalah kerja mulia dan penerangan ialah kerja Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi, demikian ditegaskan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz bin Nik Mat Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar Kelantan ketika menutup Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa di Bangunan MBSA. Oleh kerana penerangan kerja Rasul dan Nabi penerangan hendaklah perkara yang benar dan membawa kepada kebaikan, tambahnya.

Beliau menjelaskan sebagai contoh ayat-ayat Quran yang bermula dengan 'Qul' bermaksud, 'Katakan' atau 'Sebutkan' atau 'Nyatakan' yang melibatkan berbagai persoalan seperti akidah, akhlak, sayariat, keilmuan, pendidikan dan berbagai-bagai lagi. Cara menyampaikan penerangan pula hendaklah secara berhikmah dan nasihat yang baik sesuai dengan tuntutan al-Quran (al-Nahl:125).

Tuan Guru Dato' Nik Aziz juga mengingatkan, bahawa manusia adalah datang dari turunan yang satu, iaitu dari Adam. Mereka akan mati dan dikembalikan ke tempat yang sama (tanah).

Adam diturunkan dari Syurga. Bererti kita berhak mewarisi sama tempat asal Adam sebelum diturunkan. Sebab itu antara tugas kita ialah mengingatkan, memperbaiki dan menyelamatkan manusia agar dapat kembali sama ke tempat asal secara sejahtera.

Tuan Guru juga mengingatkan cara menyampaikan penerangan hendaklah sesuai. Contoh menyampaikan ilmu oleh orang yang berilmu. Yang menyampaikan pula hendaklah kena dengan sifat dan keadaan. Beliau memberi contoh, kalau orang mengajar keagamaan dan kerohanian secara bergondol kepala dan memakai tali leher adalah tak kena dengan suasana dan penerimaan khalayak. Sepatutnya dia berpakaian sebagai tokoh agama dan ilmuan. Dalam hal pakaian ini juga, kalau seorang imam yang menjadi imam dan mendidik sesuai dengan cara berjubah dan berserban. Pendapat kita jika bersongkok hitam kurang kena dan kurang sesuai, bukan saja dari segi budaya pakaian agama, tetapi kerana songkok boleh meragukan dari segi kebersihan. Songkok yang dibuat dari baldu tidak dibersih dengan air sepanjang hayat songkok itu dipakai. Dalam masa bertahun diguna bukan saja ianya dikotori oleh daki dan peluh, tetapi kemungkinan kena najis dan sebagainya. Jadi ianya pakaian meragukan di dalam ibadat.

Tuan Guru menekankan perlunya diberi penerangan berbagai-bagai aspek baik politik, pentadbiran, sosial dan kehidupan yang tidak terpisah dari Islam. Islam membawa kesejahteraan yang kita perlu tawarkan kepada semua, agar semua pihak dapat menikmati sama kesejahteraan di dunia dan akhirat.

MOHD NAZREE YUNUS: Bertanggungjawab dalam jaga intergriti agama

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) menyeru agar semua pihak pelbagai agama termasuk pimpinan parti-parti politik tidak mempolitikkan isu agama termasuk isu penggunaan kalimah Allah.

Agama tidak boleh dipolitikkan secara khianat namun kita harus menggunakan pendekatan dan nilai keilmuan yang wujud dalam agama untuk menangani masalah yang berlaku melibatkan pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh sebuah majalah terbitan pihak Kristian. Dengan kaedah ini maka imej dan integriti agama dan pengamal agama dapat dikekalkan.

Gerak bimbang jika isu ini dipolitikkan untuk tujuan sempit sesetengah pihak termasuk menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah maka integriti agama bagi agama-agama yang terlibat dalam pertikaian ini akan terjejas.

Gerak menggesa agar seluruh rakyat yang menganuti agama Islam dan Kristian bertenang dan tidak menimbulkan ketegangan agar isu penggunaan kalimah Allah ini tidak menjejaskan integriti agama masing-masing.

Mana-mana pihak yang sengaja mempolitikkan isu ini secara khianat sama ada oleh pengamal agama mahupun ahli politik adalah secara tidak langsung menjerumuskan diri mereka untuk meletakkan nilai integriti agama mereka pada tahap yang rendah. Ini tidak dibolehkan oleh mana-mana agama sekalipun.

Bagi kumpulan yang ingin mempertahankan tindakan mereka pula perlu untuk merujuk kepada fakta-fakta atau dalil-dalil yang terdapat di dalam ajaran agama masing-masing untuk meletakkan kembali isu ini pada tahap yang sebenar.

Tindakkan untuk cuba memanipulasikan dalil-dalil agama bagi tujuan jahat tertentu juga adalah tidak dibenarkan dan ini sememangnya jelas terkandung dalam ajaran Islam. Dalam aspek yang lain, tindakan mempertahankan agama tanpa hujah yang berkesan juga akan menimbulkan kekeliruan terhadap kelompok masyarakat yang lain.

Gerak ingin menegaskan agar semua pihak bersedia untuk bertoleransi secara bertanggungjawab agar isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan secepat mungkin bagi memelihara nilai integriti dan kesucian agama.

Toleransi ini wajar dikembalikan kepada nilai keilmuan yang wujud dan juga dinisbahkan kepada kondisi suasana dakwah di Malaysia.

--------------------------------
Penulis adalah Pengerusi Gerak Malaysia

Tak cukup gula, petrol, roti, tarif elektrik pun naik jugak..betul umno juara rakyat


PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.

"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.

Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.

"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.

Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.

sumber:freemalaysiatoday

Di Mana kah Najib dan Mahathir? Kenapa hanya Anwar?


Dalam DSAI dituduh dan didakwa pelbagai tuduhan berkonpirasi namun DSAI juga yang di julang hingga ke taraf dunia.Malang Tun Mahathir yang pernah jadi jurucakap Dunia Ketiga dan hampir Ottaknya dikaji sebab terlalu bijak langsung tidak tersenarai.



Anwar Ibrahim Menghadiri Sidang Bersama Pemikir Islam Di Beirut
Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di Beirut, Lebanon, menghadiri persidangan bersama pemikir dan pemimpin Islam anjuran Institut Antarabangsa dan Pemikiran Islam(IIIT) dari 10 -14 Januari 2010. Selain itu Dato’ Seri Anwar juga akan bersama membincangkan isu berhubung pengajian tinggi bersama Majlis Sarjana institut tersebut.


Antara mereka yang turut serta adalah mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abu Hamid Abu Sulayman, Syeikh Taha Jabir al Alwani, Dr Anas Sheikh Ali dan Dr Hisham al Talib.


Anwar telah membuktikan beberapa kali apabila karisma kepimpinan dan pemikiranya telah diktiraf perbagai badan dunia.


Baru ini dalam senarai tokoh Islam dunia paling berpengaruh Anwar tersenarai dalam dalam carta kategori ahli politik malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga turut tersenarai sebagai tokoh agama. Juga pernah tersenarai dalam 100 tokoh pemimpin berpengaruh sedunia oleh TIMES.


Terkini Anwar tersenarai di tangga ke 35 oleh 'agensi Foreign Policy' sebagai pemikir sejagat. Kofi Annan menduduki tempat ke 30 didalam senarai tersebut. Juga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menduduki tempat pertama.

Retorik 1Malaysia : Tembelang BN Pecah - Zuraida Kamaruddin

Oleh Roziyah Mahamad

Ketua Wanita KeADILan mengetuai demo bantahan kenaikan harga gula

KUALA LUMPUR : Tidak sampai 6 bulan slogan 1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian yamg di diuar-uarkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunjukkan dengan jelas wajah sebenar dan sikap pemerintah yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan rakyat.
"Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) menaiikan harga gula dan menarik balik subsidi terhadap roti putih jelas menunjukkan sikap sebenar BN," tegas Ahli Parlimen Ampang, Hajjah Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi wartawan Era Pakatan.
Menurut beliau, dengan keadaan ekonomi dunia yang masih meleset, Kerajaan BN sepatutnya melindungi kehidupan rakyat Malaysia yang selama ini bekerja keras dan membayar cukai untuk tujuan pembangunan negara.
" Begitu juga hasil minyak yang dibayar royalti oleh Petronas kepada Kerajaan Malaysia bagi pihak semua rakyat negara ini seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat," jelas Zuraida.
Beliau berkata, BN dilihat mengambil mudah kesan kenaikan harga gula dan roti putih terhadap kehidupan rakyat. Gula merupakan bahan penting dalam semua jenis makanan di negara ini dan kenaikan harganya akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain secara keseluruhan.
Sikap cuai Kerajaan BN ini adalah sama dengan tindakan mereka menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen tidak lama dulu, yang diikuti dengan kenaikan harga barang secara mendadak.
"Walaupun selepas itu harga minyak dikurangkan, ia tidak berupaya memberi impak menurunkan harga barang. Rakyat terus teraniaya di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Nampaknya Kerajaan BN tidak belajar dari kesilapan lampau dan terus bermaharajalela menekan rakyat jelata," jelas beliau lanjut kepada Era Pakatan.

KUALA LUMPUR : Belum sampai enam bulan slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian diuar-uarkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunjukkan dengan jelas, wajah sebenar dan sikap pemerintah yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan rakyat.

"Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menaikkan harga gula dan menarik balik subsidi ke atas roti putih jelas menunjukkan sikap sebenar BN," kata Ahli Parlimen Ampang, Hajjah Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Era Pakatan di sini, hari ini.

Menurut beliau, dalam keadaan ekonomi dunia yang masih meleset, kerajaan BN sepatutnya melindungi kehidupan rakyat Malaysia yang selama ini bekerja keras dan membayar cukai untuk tujuan pembangunan negara.

"Begitu juga hasil minyak yang dibayar royaltinya oleh Petronas kepada kerajaan bagi pihak semua rakyat ini, seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat," kata Zuraida.

Beliau berkata, BN dilihat mengambil mudah terhadap kesan kenaikan harga gula dan roti putih ke atas kehidupan rakyat.

"Gula adalah bahan penting dalam semua jenis makanan di negara ini dan kenaikan harganya akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain secara keseluruhan," katanya.

Tambah beliau, sikap cuai kerajaan BN ini adalah sama dengan tindakan mereka menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen tidak lama dulu yang kemudian diikuti dengan kenaikan harga barang secara mendadak.

"Walaupun selepas itu harga minyak dikurangkan, ia tidak berupaya memberi impak menurunkan harga barang. Rakyat terus teraniaya di bawah kerajaan Barisan Nasional. Nampaknya mereka tidak belajar daripada kesilapan lampau dan terus bermaharajalela menekan rakyat jelata," kata beliau.

Interfaith Advisory Council

Sudah jelas dari kejadian membakar gereja beberapa hari lalu, hubungan di antara sesetengah penganut agama minoriti Kristian dan majoriti Islam menjadi tegang. Tiga tahun dahulu kita melihat ketegangan yang sama di antara orang Islam dan penganut Hindu dari kes-kes seperti Murthi dan Subashini serta beberapa perkara lain.

Kerajaan yang sama iaitu UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai buat seruan untuk perpaduan tapi tak pernah ada langkah susulan yang serius. UMNO dan BN langsung tidak mengemukakan tindakan dan dasar khusus supaya perkara ini tidak berulang lagi. Dan kerana ini ketegangan antara agama dan kaum terus berpanjangan. UMNO dan BN sebenarnya tak mmpu mengatasi masalah yang rumit dan sensitif. Jalan keluar bagi mereka hanyalah ugut guna Akta Keselamatan Dalam Negeri dan salahkan orang lain; atau pun cuba membeli rakyat dengan membuat sumbangan wang tunai di sana sini.

UMNO dan BN sombong dan angkuh kerana tak mahu berdialog dan berbincang masalah antara agama di negara kita. Bagi mereka, terutamanya pemimpin UMNO, berdialog dengan orang beragama lain seolah-olah menunjukkan kita mengalah dan lemah. Itulah sebabnya mereka takut kepada perkataan "interfaith" dan berjaya menggagalkan penubuhan badan tersebut dahulu. Ini macam tabiat orang yang tidak ada keyakinanan diri, atau sangsi tentang intelek dan keimanan diri sendiri. Inilah juga cara orang yang tidak menghormati agama orang lain dan tidak mahu mencari cara penyelesaian secara aman.

Apa salahnya jika kita akan tubuhkan satu badan atau mekanisme yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wakil semua agama duduk berbincang di mana segala hal yang rumit dan yang menjadi masalah serta isu pertelingkahan dapat dibincangkan secara ilmiah dan tertutup. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri dari ketua-ketua dan pakar-pakar dari semua agama.

Dengan itu, mereka ini yang percaya dan takutkan kuasa Yang Maha Esa akan memberi pandangan ikhlas dan berani kepada kerajaan untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan ketegangan dan pertelingkahan. Dengan cara ini banyak hal dapat diselesaikan tanpa menggunakan mahkamah atau kuasa Menteri Dalam Negeri yang kita semua tahu memang tidak ada kepakaran dalam hal-hal pelbagai agama.

Dengan cara ini juga banyak prejudis dan kesangsian boleh diatasi. Lagipun badan ini bukan ada kuasa memaksa itu dan ini, cuma badan yang memberi nasihat. Tidak akan menggugat mana-mana kuasa yang ada dibawah undang-undang negeri dan Negara.

Saya masih ingat sewaktu pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, cadangan menubuhkan Majlis Antara Agama telah ditolak oleh kerajaan berikutan tekanan UMNO dan NGO-NGO Islam yang lain (walaupun Pak Lah pada awalnya bersetuju). Hairan juga mengapa mereka sebagai orang Islam menolak perbincangan dan dialog sedangkan agama yang agung ini tidak pernah melarikan diri dari berdepan dengan isu-isu secara jujur dan ikhlas. Jadi saya minta Perdana Menteri Najib Razak supaya beranikan diri dan hidupkan kembali cadangan ini jika benar-benar jujur mahu persefahaman dan kedamaian wujud antara kaum dan agama. Saya percaya Pakatan Rakyat akan menyokong usaha seperti ini.

Kita orang Islam tak patut ada penyakit bongkak dan angkuh di mana kita rasa semua orang lain salah dan hanya kita mempunyai hak "superior" atau hak yang lebih (dari segi undang-undang negara) dari mereka yang menganut agama lain. Dalam isu perkataan Allah, orang Melayu dan Islam tidak boleh membuat andaian tanpa bukti kukuh bahawa penggunaan nama Allah itu adalah satu muslihat. Satu cara nak memujuk orang Islam masuk agama mereka.

Orang Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan nama Allah sebagai Tuhan sejak sekian lama (inilah hakikatnya) dalam Bible, kitab, buku, majalah dan doa mereka. Penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian telah digunakan di dunia Arab lebih seribu tahun. Mengapa selama ini kerajaan membenarkannya tanpa sebarang masalah? Mengapa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak benarkan dan tidak menghalang mereka? Mengapa sebelum Sabah dan Sarawak dibawa menyertai Persekutuan Malaysia bersama Malaya dan Singapura dulu, perkara ini tidak diperkatakan atau diperjelaskan?

Inilah masalahnya apabila secara tiba-tiba tiga tahun dulu, Menteri Dalam Negeri dengan pandai-pandai telah mengharamkan majalah Herald menggunakan perkataan Allah. Sesuatu yang halal di sisi undang-undang sebelum ini. Bukankah lebih baik perkara ini diselesaikan oleh yang empunya kuasa, iaitu kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, yang jelas di bawah kuasa pentadbiran mereka. Mengapa Menteri Dalam Negeri pula yang lebih mengetahui?

Bila kuasa Menteri Pusat terpaksa digunakan untuk mengharamkan sesuatu dalam agama lain, ianya mestilah berasaskan keselamatan dalam negara. Bila keputusan itu dibuat, ini bererti kita menganggap agama berkenaan telah mengancam ketenteraman awam dalam negara. Apa kita rasa kalau orang menganggap agama kita sebagai mengancan keselamatan negara? Kita akan rasa terhina. Dan inilah rasa orang Kristian bila majalah dan Bible mereka diharamkan.

Ada orang mengatakan penggunaan perkatan Allah itu sengaja digunakan untuk memikat hati orang Islam. Ia ada muslihat. Jika ada bukti ini benar dakwa sahaja kumpulan ini. Ini adalah satu kesalahan. Perkara ini memerlukan cara penyelesaian berbeza. Yang dibangkitkan ialah isu penggunaan perkataan Allah dalam majalah dan dalam doa mereka. Kita tak layak dan tak ada hak untuk mengajar mereka cara nak berdoa bila mereka menggunakan bahasa Melayu. Lagipun mengapa orang Islam yang rasa amat tersinggung dengan penggunaan perkataaan Allah itu tidak pula marah dengan kegagalan kerajaan termasuk majlis dan jabatan agama negeri tidak berbuat apa-apa dalam hal "conversion" ini (kalaulah ianya berlaku) sejak berpuluh tahun lalu. Tujulah kemarahan kita kepada sasaran yang tepat. Membakar gereja bukan jalan penyelesaiannya; malah ia perbuatan menghina Islam.

Suatu masa dulu seorang ulamak telah membuat tuduhan kononnya lebih 200,000 orang Islam telah masuk agama Kristian. Berita yang sensasi yang mendapat liputan luas. Apa jadi dengan tuduhan itu? Sepatutnya ada siasatan bebas tentang perkara yang begitu serius. Kalau terbukti benar, ambil tindakan. Kalau tak benar, hukum orang yang buat pembohongan besar itu.

Dalam Islam, hukuman terhadap orang yang membuat fitnah memang berat. Mengapa orang Islam tidak marah kepada perkara itu yang ditutup begitu saja? Dedahlah perkara yang sebenar. Sebaliknya orang yang membuat dakwaan yang tak pernah dibuktikan itu diberi anugerah tokoh Ma'al Hijrah dan tuduhannya dibiarkan terbenam begitu sahaja.

Bayangkan kesannya kepada orang Islam yang percaya dengan tuduhan tanpa bukti itu. Bukankah rasa marah dan benci akan kekal dalam hati orang Islam terhadap orang Kristian di negara ini? Tak susahlah orang orang seperti ini membakar gereja terutama sekali bila Utusan Malaysia meminta orang Islam bersedia menentang ancaman yang menimpa mereka. Ini bukan cara kita menjaga ketenteraman negara dan ini juga bukan cara kita menjaga keharmonian agama. Ini bukan cara kepimpinan yang bertanggungjawab.

Agama memang berbeza. Tak ada siapa yang kata semua agama sama. Dan semua agama kata merekalah yang betul. Tapi yang sama ialah rasa hormat. Yang sama adalah hak mereka dari segi Perlembagaan. Sama ada setuju atau tidak, kita perlu hormati agama lain sebagaimana kita mahu orang hormati agama kita. Itu prinsip asas. Jika UMNO dan BN tak mahu selesaikan masalah ini, dan sebelum ia menjadi lebih parah, maka rakyat tidak banyak pilihan kecuali mula berfikir untuk perubahan.

Berilah peluang kepada mereka yang sanggup dan berani berdepan dengan masalah serta mampu mengatasinya. Saya yakin, jika diberi peluang, Pakatan Rakyat lebih mampu dalam usaha merapatkan hubungan antara kaum dan agama yang semakin retak di bawah pemerintahan UMNO dan BN.

*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat.

'Saya tak kenal Suhaimi'...pulak dah...masing-masing dah tak mengaku pulak..!

Pengerusi Anak-anak Muda Islam Selangor (Amis), SD Mohd Johari Yasin berkata beliau tidak mengenali seorang individu yang berucap semasa protes anjuran Amis di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Jumaat lalu.

Sebaliknya, kata beliau, lelaki itu yang dilaporkan melaungkan "bakar gereja", muncul sejurus sebelum protes itu bermula apabila selesai solat Jumaat.

Menurutnya, sewaktu sidang akhbar Amis selepas itu pun, lelaki
berkenaan turut hadir dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Suhaimi Shafie'.

Sebelum berucap di protes tersebut, Suhaimi (foto) yang memakai jubah putih, dilaporkan melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

"Saya tidak ada di situ ketika dia berucap. Saya cuma ada semasa sidang media bersama (bekas exco Selangor) Datuk Mokhtar Dahlan," katanya sambil menambah, Suhaimi turut memberi kenyataan dalam sidang media tersebut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia tiba-tiba muncul dalam sidang media itu.

"Kami cuma tahu namanya bila beliau ditanya wartawan dalam sidang media tersebut," katanya sambil menegaskan lelaki itu tidak ada kaitan dengan penganjuran demonstrasi itu, yang disertai kira-kira 30 orang.

"Kami ingin tegaskan, dia tidak mewakili kita. Kami tidak tahu dia (mewakili) kumpulan mana. Dia cuma beritahu, dia adalah orang awam yang marah dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Dia juga beritahu kami, dia tinggal di kawasan berdekatan dan merupakan ahli kariah masjid negeri," kata SD Mohd Johari.

Katanya, sebelum demonstrasi itu bermula, lelaki berkenaan meminta untuk berucap.

"Tapi kami nampak dia agresif sangat dan terlalu beria-ria. Kami dapati kenyataannya (dalam ucapan dan sidang akhbar) terlalu agresif dan tidak selari dengan pendirian Amis. Sebab itu kami cepat-cepat hentikan sidang media selepas itu," katanya lagi.

Selepas demonstrasi itu tamat, kata SD Mohd Johari mereka beralih menyertai perhimpunan yang lebih besar di ruang solat utama di dalam masjid negeri itu.

Bagaimanapun, beliau mengaku membawa kain rentang yang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama" semasa demonstrasi tersebut.

"Ya, kami yang bawa kain rentang itu," katanya sambil menambah, ia merupakan bantahan kepada ahli parlimen Shah Alam itu yang didakwanya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Dalam ulasan di blognnya, Khalid menyatakan pendiriannya bahawa penggunaan kalimah itu di kalangan orang bukan Islam merupakan sesuatu yang "diharuskan." -Mkini

Hubungan Saudara Kristian-Islam Tetap Kukuh

KUALA LUMPUR: Beberapa siri perbuatan membakar dan vandalisme yang dilakukan terhadap gereja membimbangkan masyarakat di sini dan ramai yang merasa terkejut serta sedih sambil mengutuk tindakan pengecut seperti itu.

Bagaimanapun, di seberang Laut China Selatan di negeri Sarawak, meskipun terdapat laporan berlaku perbuatan vandalisme di Gereja Anglican Good Shepherd di Lutong, Miri, namun semangat hidup bersama secara harmoni di sebalik perbezaan agama amat terserlah.

Apa yang nyata, keadaan hanya terbatas di Semenanjung Malaysia, sungguhpun selepas berlaku insiden melempar bata ke arah gereja itu pagi Ahad lepas dan wujud kebimbangan bahawa insiden itu mungkin merebak ke Sarawak.

"Kami hidup dalam suasana harmoni. Sungguh menyedihkan apabila perkara seperti ini berlaku kalau benar pun ia mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Pada pengetahuan kami, insiden ini mungkin tiada kena mengena dengan insiden di Lembah Klang," kata paderi Reverend Donald Juti ketika dihubungi dari sini.

Juti, yang mendapati tingkap kaca gereja itu pecah akibat dibaling beberapa biji bata pada pagi Ahad itu berkata, upacara sembahyang pada hari berkenaan berjalan seperti biasa sungguhpun beberapa penganut berasa takut dengan insiden yang berlaku.

"Oleh itu, keseluruhan khutbah pagi itu diisi dengan berdoa untuk keamanan serta melembutkan hati pelaku vandal dan segala-galanya berjalan lancar selepas itu," katanya.

Juti berkata, penduduk di Malaysia Timur sangat berupaya untuk saling memahami dan mengamalkan toleransi di sebalik perbezaan agama dan kaum, sesuatu yang telah lama berakar umbi dalam kalangan penduduk di Sarawak.

"Gereja ini, misalnya, terletak bersebelahan dengan sebuah masjid. Kami berjiran sejak sekian lama tanpa sebarang tanggapan negatif, sebaliknya menghormati dan bersaudara," katanya, sambil menambah Masjid An-Naim terletak disebelah gereja itu.

Malah katanya, imam Masjid An-Naim turut melawat ke gereja itu selepas mendapat tahu mengenai insiden membaling bata kerana sangat memahami bahawa perbuatan vandalisme itu tidak akan menimbulkan sebarang provokasi serangan terhadap mana-mana tempat ibadah seperti yang berlaku di sesetengah tempat.

"Persefahaman dan perasaan bersaudara dalam kalangan penganut Kristian setempat dan rakan mereka yang beragama Islam sangat dipelihara.

"Hakikatnya, kami berbangga kerana Masjid An-Naim dan gereja ini terletak sebelah menyebelah satu bukti kepada persefahaman dan muhibbah yang sedia terjalin," katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, masyarakat di Malaysia Timur secara amnya tidak mudah dipengaruhi oleh provokasi seperti itu memandangkan penduduk di Sarawak terkenal dengan sikap toleransi mereka.

"Kita mungkin mempunyai beberapa perbezaan membabitkan pendapat tertentu namun masyarakat di sini sama sekali tidak akan beralih kepada tindakan seperti itu. Jika mereka cuba menimbulkan provokasi seperti itu, saya pasti masyarakat di sini akan bergabung tenaga dan menangkap mereka," katanya.

Malah Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim dilaporkan berkata, tiada sebarang kemungkinan bahawa perbuatan vandalisme itu ada kena mengena dengan insiden yang berlaku di Semenanjung Malaysia sungguhpun siasatan menyeluruh sedang dijalankan ketika ini.

"Tolong jangan buat sebarang spekulasi atau mengaitkan insiden ini dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia memandangkan kami masih lagi menyiasat," katanya. - BERNAMA

Rakyat Malaysia Tolak Keganasan

KUALA LUMPUR: Susulan daripada cubaan membakar gereja sejak Jumaat lepas berhubung kontroversi penggunaan perkataan Allah oleh sebuah majalah Kristian jelas menunjukkan rakyat berbilang bangsa di negara ini menolak keganasan, jauh sekali menerimanya.

Bermula semalam, sukarelawan daripada 130 badan bukan kerajaan (NGO) khususnya pertubuhan Islam memantau dan mengawasi kawasan gereja sekitar Lembah Klang bagi mengelak insiden seperti itu berulang.

Sentimen yang mengecam tindakan menyerang gereja itu turut dikongsi semua pihak termasuk pemimpin dan parti politik, NGO dan orang persendirian. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi mengutuk perbuatan keji itu.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mempertanggungjawabkan insiden itu kepada segelintir golongan tidak waras yang ada dalam mana-mana masyarakat di dunia yang bertindak secara emosi.

"Saya yakin majoriti rakyat menolak keganasan kerana keganasan bukan cara kita," katanya.

Jumaat lepas, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara dilempar dengan bom tangan oleh orang yang tidak dikenali. Tiada kecederaan dilaporkan.

Insiden itu dikaitkan dengan bantahan keras umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lepas yang membenarkan majalah gereja Katolik, Herald, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan itu.

Lee berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana toleransi kaum dan agama di negara ini amat tinggi.

Sambil tidak menolak kemungkinan isu itu dimainkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan sempit, Lee berkata, isu itu hanya dapat diselesaikan jika semua pihak bertenang dan membiarkan pihak berkuasa menyelesaikannya.

Menyuarakan sentimen yang serupa, Pensyarah Antropologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, semua pihak perlu bersikap rasional, walaupun mengakui, isu mengenai Allah dan Islam amat sensitif kepada orang Melayu.

Sejarah dunia katanya membuktikan isu agama dan perkauman jika gagal ditangani secara berkesan boleh mengundang malapetaka.

"Misalnya insiden melibatkan sengketa agama berlaku pada 1992, apabila Masjid Babri di Ayodha, India, dimusnahkan oleh pelampau Hindu yang mendakwa tapak masjid yang didirikan pada 1527 oleh pemerintah Islam itu merupakan tapak suci agama mereka," katanya.

Menurutnya, rusuhan yang berlaku akibat sentimen yang diapi-apikan itu mengorbankan lebih 1,000 nyawa dan merupakan sengketa agama terburuk dalam era moden ini.

Dalam konteks Malaysia, Shamsul Amri dalam satu kertas kajiannya berkata, sejak episod hitam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, rakyat negara ini secara jelas menolak keganasan.

"Rakyat Malaysia menyatakan dengan jelas yang mereka lebih utamakan perbincangan daripada pergaduhan," katanya.

Rata-rata rakyat juga tahu keganasan, jika berlaku, hanya menggambarkan ketidakstabilan politik yang menakutkan pelabur asing dan menjejaskan ekonomi negara untuk jangka panjang sekaligus menyebabkan semua pihak menderita.

Dalam hal ini, Lee pula berkata, perkembangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini berhubung isu penggunaan perkataan Allah menunjukkan semua pihak tidak boleh mengambil mudah mana-mana perkara sensitif.

"Untuk menjaga perpaduan, kita perlu bekerja keras tetapi dengan cara yang sederhana," katanya.

Seperti yang disimpulkan oleh Shamsul Amri, rakyat Malaysia akan terus menyuarakan dan membincangkan masalah sesama kaum dan antara kaum secara terbuka atau tertutup namun mereka akan tetap mencari jalan tengah untuk menjamin masa depan generasi akan datang dan kerana itu keganasan ditolak di negara ini. - BERNAMA

Saksi Dakwa Mastura Pernah Dipukul Suami; Hakim Beri Amaran Akhir Pada Tertuduh

KUALA LUMPUR: Saksi kes tuntutan fasakh Mastura Bakar, hari ini mendakwa dia mengesyaki Datuk Muhamad Mustafa Idrus memukul plaintif setelah melihat kesan-kesan lebam di badan.

Marianti Bakar, 27, yang merupakan saksi pertama dan kakak kepada Mastura dalam tuntutan itu turut memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia juga ada melihat laporan perubatan yang dibuat oleh adiknya itu serta laporan polis terhadap defendan.

Ditanya oleh peguambela Roslizam Rahim berapa kerap kejadian seperti ini berlaku, Marianti berkata, dia kurang pasti tetapi mengingati jelas kejadian yang berlaku pada 2006, Disember 2007 dan pada bulan April tahun lalu.

"Saya tidak pernah melihat adik saya dipukul oleh suaminya tetapi saya sering melihat kesan lebam pada badan adik saya setiap kali selepas mereka bergaduh," katanya pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mastura,24, sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan dan juga bekas suami kepada penyanyi popular lagu-lagu etnik, Noraniza Idris. Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.

Menurut Marianti lagi, dia mengetahui kedudukan adiknya sebagai isteri keempat semasa Mastura ingin melahirkan anaknya yang ketiga.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui defendan mempunyai seorang isteri. Namun semasa adik saya ingin melahirkan anaknya yang ketiga barulah saya tahu dia adalah isteri keempat," katanya ketika menjawab pertanyaan peguambela.

Marianti turut memberitahu mahkamah bahawa defendan tidak memberi nafkah kepada adiknya sejak kelahiran anak mereka yang ketiga dan pihak keluarga menanggung keperluan adiknya anak beranak.

Sementara itu, saksi kedua, ibu kepada plaintif, Harlina Nordin, 56, memberitahu mahkamah selain isu tidak diberi nafkah, menantunya itu turut berlaku curang dan menyimpan wanita lain selain tidak berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

"Plaintif curang dan banyak simpan perempuan. Saya mengetahui perkara ini apabila defendan menunjukkan gambar bukti kepada saya.

"Plaintif juga tidak berlaku adil dalam berpoligami. Hari Raya juga dia tidak pernah balik menjenguk anak-anak dan keluarga," katanya.

Harlina turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mendendami menantunya itu cuma berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera supaya anaknya boleh memulakan kehidupan baru.

Prosiding ketiga hari ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok kerana pihak defendan dan wakilnya gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi mendengar prosiding ketiga tuntutan fasakh oleh plaintif.

Hakim Mohd Yunus berkata, prosiding akan diteruskan esok untuk memberi peluang kepada defendan menghadirkan diri.

Bagaimanapun, Mohd Yunus akan membuat keputusan dan menutup kes tersebut sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri ke mahkamah esok.

"Kita beri satu lagi peluang kepada defendan untuk menghadirkan diri esok kerana dia tidak pernah menghadirkan diri ke mahkamah.

"Sekiranya plaintif gagal hadirkan diri, saya akan membuat keputusan dan menutup kes ini," katanya.

Sebelum itu, peguambela Roslizam Rahim memohon kepada mahkamah untuk menutup kes dan memohon mahkamah membuat keputusan namun ditolak oleh hakim.

Hakim turut mengarahkan pihak peguambela menyediakan pengulungan hujah bertulis kepada mahkamah.

PAS: Masih awal tentukan bentuk hukuman terhadap Hasan, Khalid

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya masih meneliti respons yang dikemukakan oleh dua pemimpin PAS Selangor termasuk menunggu satu dokumen tambahan yang diperlukan.

“Terlalu awal untuk menentukan apa bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas Datuk Hasan dan Yang Berhormat Khalid... kami sedang meneliti skrip respons dan masih menunggu satu dokumen yang dijanjikan oleh Datuk Hasan,” kata beliau ketika dihubungi.

Tuan Ibrahim mengulas laporan sebuah akhbar tabloid Bahasa Malaysia bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad tidak akan dikenakan hukuman pecat.

Laporan itu juga menyebut sekiranya didapati bersalah, Hasan dan Khalid ‘berkemungkinan’ hanya akan berdepan dengan amaran bertulis atau digantung jawatan “Jawatankuasa Disiplin dukacita dengan laporan tersebut.

“Andaian yang dibuat adalah tidak betul dan satu kesilapan,” kata beliau yang juga naib presiden PAS.

Jawatankuasa itu dijangka membuat keputusan hujung minggu ini ataupun selewat-lewatnya minggu depan.

Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.

Dalam pada itu Khalid berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.

Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik. Jawatankuasa disiplin menyiasat mereka selepas

PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.

Tidak ada saksi lain akan dipanggil. Pada akhir bulan lalu jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.

Khalid telah memberikan keterangan lebih dua jam kelmarin. Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin.

Sebelum ini Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.

Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama.

Pro-Mahasiswa lancar Misi-10 tawan MPP kampus IPTA

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 12 — Kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 universiti awam melancarkan MiSi-10 — sasaran menawan kampus dalam pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berlangsung bulan ini sambil menggesa pengurusan universiti agar mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kumpulan itu mahu pilihan raya telus dan seimbang diadakan untuk memilih kepimpinan yang berwibawa, berintegriti serta akauntabiliti bagi membela nasib mahasiswa.

Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat-peringkat mulai bulan ini bagi semestar pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu.

Empat belas universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.

Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaysia Terengganu sudah membubarkan MPP. Proses pencalonan bagi MPP Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung minggu lalu.

Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.

MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.

Ketika dihubungi wakil sekretariat SMM Hilman Idham berkata, pilihan raya kampus yang semakin hampir adalah perkara yang sangat signifikan untuk mahasiswa melibatkan diri dalam memastikan pengaruh mahasiswa masih lagi bertaring pada pandangan massa.

“MiSi-10 merupakan isyarat awal menunjukan bahawa keseriusan kami di peringkat mahasiswa untuk memastikan pilihan raya kampus dijalankan dalam ruang padang yang adil demi melahirkan kepimpinan mahasiswa yang berkualiti,” katanya.

Isu-isu yang akan diketengahkan oleh pihaknya ialah kes lapan mahasiswa UM disabitkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ekoran tindakan mereka menjemput ahli politik untuk merasmikan program mahasiswa, pelaksanaan sistem e-undi, kes conteng “Rosmah puaka” di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam UM dan tuduhan berkaitan ke atas lima mahasiswa dan penafian hak calon peringkat umum di Universiti Malaysia Terengganu, mahasiswa UKM difitnah pro-Israel.

“MiSi-10 melihat bahawa isu-isu ini telah mencalarkan imej dan fungsi sebuah universiti yang seharusnya disuburkan dengan budaya dan suasana demokrasi yang memberikan keselesaan kepada mahasiswa untuk beridealisme dan melaksanakan aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, MiSi-10 juga mengemukakan empat tuntutan iaitu mnyediakan ruang demokrasi yang bebas dan adil di semua kampus, mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan kebebasan akademik, pelaksanaan sistem e-undi dimansuhkan serta menjaga keselamatan calon dan mahasiswa dalam proses pilihan raya.

Hilman memberitahu pihaknya akan menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi Jumaat ini.

'Siasat jika ada unsur politik'

Sekumpulan peguam dari Sarawak hari ini menggesa supaya dijalankan siasatan bebas terhadap kemungkinan wujudnya elemen politik yang memainkan peranan dalam insiden serangan ke atas gereja baru-baru ini.

Diketuai Chong Chien Jen yang juga ahli parlimen DAP bagi Bandar Kuching, mereka turut membidas kementerian keselamatan dalam negeri yang didakwa gagal menangani isu itu dengan berkesan.

"kita mengecam sikap 'double standards' yang diamalkan oleh kementerian dalam negeri yang tidak menghalang demonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi (mengenai isu Allah)," katanya dalam satu sidang akhbaradi luar kompleks makamah Kuching.

Mereka yang menyokong keputusan tersebut, menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan seumpama itu yang boleh dianggap menekan bidang kehakiman.

Di samping itu, mereka juga menggesa supaya ditubuhkan majlis antara agama dan mengadakan dialog antara agama untuk memupuk sikap tolak ansur dalam soal agama dan menjamin keamanan.

Mereka juga menegaskan bahawa semua bangsa mempunyai hak untuk menyebarkan agama sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan kementerian dalam negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut, sementara menunggu rayuan didengar.

Sejak Jumaat lalu, sembilan gereja menjadi mangsa serangan bom api dan perbuatan vandalisme di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Bagaimanapun, menurut polis, insiden di Sarawak - di mana sebuah gereja dibaling dengan batu - dipercayai perbuatan kanak-kanak nakal.

Pengeboman Gereja : “Kenapa tangkapan belum dibuat?” - Mahfuz Omar

Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR : Sikap berlengah pihak polis yang tidak membuat sebarang tangkapan ke atas suspek yang dikenalpasti sebagai pengebom gereja, akan mencalarkan imej polis dan Menteri Dalam Negeri, sekali gus mengundang prasangka buruk rakyat ke atas badan penguatkuasa itu.

"Datuk Hishammuddin Menteri Dalam Negeri telah menyatakan bahawa polis sudah pun mengenal pasti siapa yang terlibat, tetapi masih belum membuat apa-apa penangkapan.

"Saya bimbang, jika dibiarkan hal ini tanpa penangkapan segera, tidak mustahil akan lebih banyak kejadian seumpama ini akan berulang. Ini yang menghairankan saya. Kalau Datuk Hishammuddin kata, mereka sudah mengnenal pasti siapa yang melakukannya, apa yang susah sangat nak tangkap?" kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam suatu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, Umno mungkin kian terdesak dan sedang mencuba sedaya upaya untuk membersihkan imejnya yang tercalar.

"Umno nampaknya begitu tertekan dan defensif dalam menghadapi kesan daripada provokasi mereka sendiri ke atas isu penggunaan kalimah Allah termasuk tragediu pengeboman dan pembakaran gereja Kristian.

"Umno sedang mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada keadaan tersepit bagi membolehkan mereka menerkam mangsanya, ibarat pepatah Melayu melepaskan anjing tersepit," kata beliau.

Mahfuz berkata, beliau tidak menolak berhubung kemungkinan kerajaan akan mengisytiharkan darurat selepas berlakunya ketegangan demi ketegangan, ekoran berlakunya beberapa siri pengeboman ke atas gereja mutakhir ini.

"Mungkinkah Umno dengan kerjasama pihak berkuasa sedang berusaha memujuk orang yang telah dikenal pasti itu untuk membuat pengakuan bahawa mereka adalah ahli atau penyokong PR khasnya PAS.

"Tak mustahil apa yang saya jangkakan ini boleh berlaku kerana Umno berhempas pulas untuk membebas diri mereka daripada keadaan defensif kepada ofensif.

"Saya sangat hairan, kenapa sehingga kini masih belum ada lagi penangkapan-penangkapan ke atas mereka yang dikatakan telah melakukan pengeboman dan pembakaran gereja," kata beliau.

Kalau Kerja Kerajaan Cuma Boleh Sokong BN/UMNO Saja.. Sokong Lain nahas hangpa...!!

Pegawai Sektor Awam Yang Ahli UMNO Saja ke Boleh Cenderung Politik?

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam di negara ini menjadi satu perkhidmatan yang profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik.[sumber.]

Sambungnya lagi,"Ini satu prinsip yang suci dalam negara kita jika hendak negara kita mencapai kejayaan demi kejayaan. Tidak kira apa jua pendapat peribadi, kita mesti berpegang kukuh dan teguh kepada perkhidmawatan awam yang profesional sepenuhnya,”

al-brangi : Setiap warganegara, samada dia penjawat awam atau penganggur sekalipun, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Negara, mereka berhak perpersatuan, mereka berhak menjadi ahli mana-mana parti politik. Jika mereka dari Gred atasan, mereka dibolehkan memegang jawatan parti dengan syarat memohon kebenaran bertulis daripada JPA.

Yang menjadi isunya, pegawai atasan seperti Setiusaha Kerajaan Negeri, terutama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat kebanyakkannya tidak profesional, tidak mencurahkan 'taat-setia' kepada Kerajaan Negeri.Begitu juga dengan ketua Jabatan, ramai yang tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri tersebut.

Yang 'anihnya' pegawai-pegawai sektor awam terutama guru boleh pulak aktif dalam politik dengan syarat kalau dia ahli UMNO.

Jadi, dimana keprofesionalan pegawai-pegawai ini? Kenapa berpilih-pilih pulak. Semacam 'double-standard' saja.

Suaram pertikai polis isu keselamatan gereja

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap polis yang menyeru gereja mengawal keselamatan mereka sendiri, susulan satu rentetan serangan dan vandalisme sejak Jumaat lalu, kerana pasukan keselamatan itu kurang kakitangan.

azlan"Suaram juga amat tidak berpuas hati terhadap pendirian polis bahawa pihak gereja perlu mencari langkah keselamatan secara persendirian atas alasan kekurangan pengawai polis," kata penyelarasnya Lucas Yap Heng Lung.

"Adakah masalah keselamatan rakyat Malaysia bukan tanggungjawab pihak polis, malahan rakyat perlu mencari langkah keselamatan secara individu untuk mendapatkan perlindungan?"

Selain mengecam polis dengan mendakwa pasukan itu gagal menyelesaikan serangan dan vandalisme, setakat ini sembilan kes, Yap juga berkata pasukan itu mengamalkan sikap tidak konsisten.

Beliau merujuk amaran Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi di gereja Assumption, Petaling Jaya yang asalnya dijadualkan esok tetapi kini dibatalkan.

NONE"Tetapi sebaliknya membenarkan perhimpunan aman diadakan di beberapa buah masjid mengenai isu kalimah 'Allah' pada 8 Januari lalu," kata Yap.

Sehubunga itu Suaram turut mempertikaikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis yang dilaporkan mencatat 113.8 peratus pada tahun lepas "walaupun pihak polis masih tidak dapat menjaga keselamatan negara secara berkesan."

"Kes kebakaran gereja dan cara pengendalian pihak polis dalam kes ini menjadi contoh terbaru kegagalan ini," kata penyelaras itu dalam satu kenyataan hari ini.

NGO itu juga yakin undang-undang sedia ada mencukupi untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dan juga kerosakan harta benda gereja tanpa perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Polis.

Isu Bakar Gereja: Jangan Jadi Operasi Lalang, kata Idris Ahmad

Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR : PAS melahirkan kebimbangan mengenai berulangnya kejadian Operasi Lalang ekoran tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pihak-pihak yang dikatakan terbabit dalam insiden pengeboman gereja baru-baru ini.

"PAS harap Menteri tidak mengambil jalan mudah dan menjadikan isu ini sebagai Ops Lalang kedua, di mana suspek yang membakar gereja gagal ditangkap tapi orang lain pula disumbatkan ke dalam ISA demi kepentingan politik BN menjelang PRU-13," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dalam suatu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan akta itu dalam usaha membanteras kejadian serangan pengeboman ke atas gereja-gereja yang kerap berlaku akhir-akhir ini.

PAS berharap, tambah Idris, rakyat pelbagai agama di negara ini dapat bertenang dan tidak terus menerus melayan provokasi ciptaan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Rakyat perlu bekerjasama dalam menjaga rumah-rumah ibadat dan komuniti seluruhan daripada menjadi sasaran penjenayah. Isu penggunaan nama Allah hanya boleh diselesaikan dengan akal waras dan bukannya melalui tindakan ganas.

"Kami mengutuk serangan ke atas sembilan gereja sejak 8 Januari lalu berikutan bantahan meluas terhadap isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald. PAS juga kesal dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu mengunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.

Apa yang berlaku sekarang, tambah Idris, termasuk ugutan Hishammuddin untuk menggunakan ISA ini, secara tidak langsung telah menafikan kata-kata manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjamin bahawa keadaan di negara ini berada dalam keadaan terkawal.

"PAS melihat Hishamuddin gagal menyelesaikan masalah ini walaupun sebelum ini beliau mendakwa bahawa beliau sudah mengenalpasti suspek yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Sehingga kini, rakyat tertanya-tanya mengenai tindakan lanjut polis ke atas suspek-suspek tersebut.

"Bilakah suspek-suspek itu akan ditangkap dan didakwa di mahkamah? Rakyat juga risau kerana setiap hari ada sahaja gereja yang diserang," tambah beliau lagi.

Untuk rekod, kemuncak awal serangan ke atas gereja bermula pada 8 Januari, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar, Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel (Petaling Jaya) diserang dengan bom buatan sendiri. Keesokannya, Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya pula menerima nasib yang sama dengan serangan bom buatan sendiri.

Sementara itu, dua hari lalu, lima buah gereja telah diserang, Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, disimbah cat hitam, Gereja All Saints di Taiping pos pengawal SM Convent di Taiping dan Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling dengan bom buatan sendiri, sementara Gereja Good Sheperd di Lutong Bazaar, Miri pula di baling bata.

Kelmarin, di pintu utama Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban turut dibakar.