Ahad, 10 Januari 2010

Naik kesian pulak kat kerajaan UMNO@BN



Hari ni aku berkesempatan tengok Buletin Utama TV3. Naik kesian aku tengok Hishamuddin, sungguh-sungguh nak yakinkan orang ramai supaya 'tak terima bulat-bulat' apa yang dilaporkan di internet.

Dia jugak minta kepada wartawan asing supaya jangan ambil berita dari internet. Dia siap bagitau kerajaan akan panggil kedutaan negara luar nak bagi taklimat berkenaan isu 'bakar gereja' tu.

Naik kesian aku, pasainya nampak sangat orang tak berapa nak percaya apa yang depa kata. Cara dia bercakap kat wartawan tu nampak macam dia cukuppercaya yang ramai tak percaya apa yang kerajaan bagitau selama ni berkenaan isu tu.

Yang mungkin paling depa rasa risau bila wartawan asing pun tak percaya kepada media nasional termasuk Bernama. Wartawan asing mungkin lebih percaya laporan dari Malaysiakini dan Malaysianinsider. Memang 'bahaya' kalau wartawan asing buat 'laporan salah'. Payah laa kalau sampai 'Uncle Sam' depa marah.

Cakap sampai berbuih mulut pun belum tentu orang ramai percaya. Kesiannnnn.....

Aku Tak Kentut. Dia Yang Kentut....!!

Oleh : Kerajaan Rakyat


Biasanya orang yang kentut busuk (kentut busuk biasanya senyap, tak berbunyi.... proooot!!!) tak mengaku dia kentut. Dia kentut tapi buat muka selamba dek...!! Malahan dia buat-buat terkejut beruk. Eh eh siapa kentut? Orang lain belum berbau dia dah tanya. Malah dia juga akan cepat-cepat buka cerita lain dan terus menuduh orang lain yang kentut. Yang selalu kentut busuk, perutnya kotor, banyak makan yang bukan-bukan.

“Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk" Kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Orang yang kentut busuk memang pandai berdalih. Lepas tu dia buat-buat do no. Dia alih topik. Dia buka cerita lain.

“Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Malangnya penipuan orang yang kentut busuk nampak dimukanya.

Ada logik ke, melawat tempat yang ditimpa musibah dua sepupu ni bolih suka, mereka ketawa, mereka gelak....!!! (Ha... rancangan aku berjaya...!!! sambil tersenyum agaknya itulah bisikan hati orang yang kentut busuk)

Nah.... sekarang siapa kentut busuk? Siapa yang rancang serangan ke atas 7 buah gereja setakat ini? .... ("Dah beri RM500 ribu, projek repair gereja ni nak beri pada siapa?".. tanya silidah kontot. "Nanti aku pikir"... jawab si kentut busuk)

Tak kan PUKIDA senyap je kot....!!! Tengah mengatur rancangan seterusnya agaknya...

DEMONSTRASI PARA IBU MENENTANG KENAIKAN HARGA BARANG


Para ibu semakin runsing dan risau harga barang dan kos kehidupan yang semakin naik. Para ibu merupakan pengurus keluarga menjaga kewangan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan am keluarga.Sebelum ini, belanja dapur sebanyak RM100 mungkin dapat menampung keperluan keluarga yang mempunyai 3 orang anak untuk satu minggu.Tapi kini dengan kenaikan harga daging,harga beras,harga gula, harga roti,harga ayam dan lain-lain,RM100 tidak dapat lagi menampung keperluan keluarga tersebut.


Kerajaan Pusat Barisan Nasional seringkali menggunakan alasan subsidi menjadi bebanan kepada bajet Negara dan harga barang Malaysia masih lebih rendah kalau dibandingkan dengan luar Negara.Tetapi Malaysia adalah Negara yang kaya dengan sumber semulajadi yang membawa pendapatan lumayan seperti petroleum, kelapa sawit, getah, gula dan lain-lain.Mengapakah para ibu tidak langsung merasai nikmat hasil daripada sumber semulajadi? Kemana perginya wang penjimatan berbillion-billion ringgit yang diumumkan ekoran pengurangan subsidi? Mengapakah keadaan sosio-ekonomi masyarakat terutamanya di kawasan bandar masih tidak bertambah baik malah lebih buruk lagi?Contohnya sistem perkhidmatan pengangkutan awam, keadaan kesesakan jalan, mutu pendidikan, kadar jenayah dan mutu perkhidmatan kesihatan awam.


Rakyat diseru “berubah cara kehidupan” dengan mengorbankan kualiti hidup keluarga tetapi Kerajaan Pusat Barisan Nasional terus membazirkan duit rakyat tanpa kawalan melalui asuah, penyelewengan, kronisme dan pengurusan yang tidak lembab.Contohnya skandal PKFZ dan skandal penjualan enjin jet yang terbaru.


Wanita Parti Keadilan Rakyat bersama-sama dengan badan bukan kerajaan ingin menyatukan kekuatan para ibu untuk menyuarakan bantahan yang sekuat-kuatnya kepada Perdana Menteri menentang kenaikan harga barang melalui satu perhimpunan dan demonstrasi secara aman pada HARI AHAD, 10hb Jan 2010 pada jam 1230 tengahari di kawasan lapang bersebelahan Ampang Point. Wakil Rakyat Wanita Parti Keadilan Rakyat yang diketuai Ketua Wanita,YB Hajjah Zuraida Kamarudin,YB Rodziah Ismail dan lain-lain akan memberi ucapan pada masa itu.

Bukti UMNO Pembela Agama Islam....

Bila timbul isu penggunaan kalimah "Allah", UMNO mendabik dada "kununnya" komited dalam memperjuang, memartabat, mendaulat, mempertahankan bukan sahaja Agama Islam, tetapi juga kalimah "Allah" dan tanpa segan silu, UMNO menuduh pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS "kununnya" sekadar "menggunakan agama demi kepentingan politik".

Bukan itu sahaja, UMNO juga menuduh Pakatan Rakyatlah punca utama kenapa bukan Islam tidak menghormati agama Islam. dibawah ini disiarkan rakaman penuh pemusnahan Masjid Desa Makmur, Rancangan Tanah Berkelompok Kijal, Kemaman, Terengganu pada 26hb Mei 2005.
Ini adalah arahan dari Kerajaan UMNO Terengganu dan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan FRU yang menembak gas pemedih mata dan menghalau penduduk kampung disana yang majoritinya terdiri dari orang-orang Melayu beragama Islam.

Rakaman ini ihsan dari Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang waras, inilah sebenarnya antara perbuatan-perbuatan gila dari UMNO sendiri yang membuatkan penganut agama lain tidak menghormati agama Islam.

Siapa yang hendak hormat pada agama yang mana penganutnya yang dikatakan sebagai "Pejuang Islam Tulen" dalam masa yang sama menghina agamanya sendiri dengan perbuatan sebegini..?

Siapa yang menggunakan agama untuk kepentingan politik sebenarnya Pakatan Rakyat atau UMNO dan siapa pula yang benar-benar berjuang diatas nama agama Islam..? Pakatan Rakyat atau UMNO..?

Apakah merobohkan rumah Allah itu satu dakwah dalam Islam..?
Bila timbul isu penggunaan kalimah "Allah", UMNO mendabik dada "kununnya" komited dalam memperjuang, memartabat, mendaulat, mempertahankan bukan sahaja Agama Islam, tetapi juga kalimah Allah.

Semua Orang Islam Sila Baca - Siri Pengkianatan UMNO@BN terhadap ISLAM

Di bawah adalah antara fakta yg menunjukkan siri pengkhianatan UMNO/BN kepada umat Islam di negara ini..


1. (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

2. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

3. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

4. MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan MissMalaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

5.MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’


(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom)yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

6. MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

7. Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam. Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).


8. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Siapa yang sebenarnya mengkhianati orang melayu dan orang islam sebenarnya




Pas Dicabar Bawa Royalti Minyak Ke Mahkamah ...Cara UMNO untuk melewatkan pembayaran royalti dengan alasan kes mahkamah....piiiirah..!

BACHOK: Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Pas dicabar supaya membawa isu royalti minyak ke mahkamah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan pusat akan memberikannya dalam bentuk wang ehsan dengan tidak perlu mempolitikkan isu itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata ini kerana cadangan kerajaan pusat itu sudah muktamad selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkannya pada pembentangan Bajet 2010.

"Ini sahajalah kaedah yang ada bagaimana untuk menyelesaikannya tetapi saya tidak fikir Pas akan menerima cabaran itu kerana tiada kes mengenainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perupuk di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan parti itu melancarkan gerakan secara besarbesaran sebagai membantah cadangan wang ehsan dan mahukan ia diubah dalam bentuk wang royalti dengan dakwaan hak mutlak rakyat Kelantan mesti dikembalikan.

Ini termasuk pembentangan kainkain rentang di jalan raya utama termasuk Kota BaharuKuala Krai dan terbaharu akan mengadakan perhimpunan secara besarbesaran pada akhir bulan ini dengan disertai badanbadan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan percaya Pas sudahpun menyedarinya tetapi sengaja mahu memutar belitkan isu itu supaya mereka terus berkuasa pada pilihan raya umum kelak.

Selain itu, Pas juga mahukan rakyat Kelantan membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) seolaholeh pemberian wang ehsan itu menzalimi rakyat negeri tersebut.

Katanya kerajaan pusat bersedia menyalurkan peruntukan itu kepada kerajaan negeri sekiranya mereka dapat mengemukakan projekprojek yang akan dilaksanakan bagi faedah rakyat tetapi sehingga ini, masih gagal mengemukakannya.

"Mereka mahukan kerajaan pusat menyalurkan kesemua wang itu tanpa bersyarat (senarai) dan mereka mungkin mahu membelanjakannya secara sesuka hati termasuk bagi kepentingan politik," katanya.

Malah kerajaan pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan agensiegensi kerajaan pusat akan membelanjakannya secara telus bagi kepentingan rakyat Kelantan terutama membantu mereka yang miskin, tambahnya. - BERNAMA

Anwar: Padam api kebencian melalui Musyawarah


Semangat musyawarah dan dialog harus mengatasi cubaan pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini demi memenuhi agenda politik sempit mereka, kata Mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Anwar berkata “api kebencian” tindakan membakar gereja di Lembah Kelang yang kini menular ke Taiping Perak, “boleh dituding kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.”

“Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut.

“Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka,” tegas Anwar.

Anwar berkata rakyat Malaysia mesti bersatu menentang pihak yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu.

“Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama,” tegas Anwar dalam satu kenyataan sebagai mengulas isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian.

Setakat ini sekurang-kurangnya enam gereja termasuk sebuah di Taiping Perak menjadi sasaran perbuatan khianat pihak tertentu untuk mencetuskan provokasi agama dan kaum.

Sebuah surau di Kelang, turut dibaling batu, walaupun polis setakat ini enggan mengaitkannya sebagai serangan balas ke atas pembakaran gereja.

“Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama.

“Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan,” tambah beliau.

Anwar berjanji Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara.

Beliau berkata masyarakat beragama Kristian harus berasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah terjamin di negara ini.

Berikut teks penuh kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim :


KAMI mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.

Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.

Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.

Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah.

Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.

Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah " (Ali-Imran, 3:64)

Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut: Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (al-Ankabut, 29:46)

Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian.

Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.

Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.

Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut.

Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.

Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan.

Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.


ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang

Anwar: We must defend freedom of religion



Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today condemned the attack on the historical All Saints Church in Taiping and on the christian community as a whole.

He urged Malaysians to unite and fight against groups which fuel animosity and use religion to further their political agenda.

“We must defend freedom of religion, “ he said, adding that the current situation was a test of strength of all the religions and to those who believed in peace and mutual respect.

“We must uphold rule 11 of the Federal Constitution will guarantees freedom of religion and the right of each community to secure the needs of their religious followers,” just before meeting church leaders this evening.

Since Friday six churches – Metro Tabernacle, Assumption, Life Chapel, All Saints and St Xavier, and a convent school have been attacked .

While admitting to the surging mood of discontent among muslims in Malaysia following the Dec 31 Kuala Lumpur High Court ruling which declared that the Home Ministry had no right to ban the use of the term “Allah” by catholic weekly, Herald, in its Bahasa Malaysia version, Anwar said attacks on churches and protests hindered efforts to find an amicable solutions.

He blamed the Umno-led Barisan National government and the media, in particular Utusan Malaysia, for its blinkered religious views and for fuelling hatred and religious intolerance.

He noted with happiness that many muslims organisations had come forward to condemn the attacks on the churches and welcomed the call by christian leaders to its followers to remain calm.

“We must engage in dialogue and overcome the voices which are fuelling animosity in this country. Pakata is going down the ranks to ensure our Christian friends feel safe,” he said

Mufti, paderi perlu berunding atasi pertikaian kalimah Allah

Oleh Ahmad Qayyum

DSC_0059 - Romihadi (kanan) dan Kar Hing selaku wakil AMK Perak mahu rundingan diadakan bagi menyelesaikan konflik penggunaan kalimah 'Allah' dicapai.IPOH – Mufti dan paderi perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik konflik pertikaian penggunaan kalimah Allah agar tidak timbul lagi ketegangan membabitkan insiden pembakaran Gereja.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perak, Romihadi Rose berkata, seandainya rundingan dapat dilakukan maka keputusan akan tercapai tanpa perlu melalui proses yang lebih rumit.

“Penyelesaian tidak boleh dengan cara politik tetapi menerusi perbincangan, dialog dan perlu diperhalusi.”

“Kata sepakat itu dicapai setelah mengadakan mesyuarat khas yang diadakan malam kelmarin bagi mencadangkan mekanisme terbaik dalam isu berkenaan.

Katanya dalam satu sidang media di Pejabat Induk Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak di sini petang tadi.

Hadir sama, Exco AMK Perak , Tan Kar Hing selain Setiausaha AMK Perak, Shamsul Mustafa.DSC_0067 - Romihadi (dua dari kiri) disertai anggota AMK Perak dalam sidang media di Pejabat Keadilan Negeri Perak di sini semalam. Turut kelihatan Shamsul (kanan) dan Kar Hing (kiri).

Katanya, dengan cara itu diyakini persetujuan akan diperolehi dan tidak lagi menimbulkan persepsi yang negatif dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.

Sementara itu, Kar Hing pula menyifatkan insiden ganas itu menunjukkan kegagalan UMNO Barisan Nasional (BN) dalam menangani insiden berkenaan sehingga berlarutan.

“Saya rasa insiden provokasi itu bukanlah isu tunggal kerana seperti yang berlaku pada tahun lalu berkenaan kepala lembu di Shah Alam, kita mengesyaki ada pihak yang menghasut tindakan ini dilakukan kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Shamsul pula berpendapat bahawa demonstrasi yang diadakan semalam hanya melibatkan orang-orang Melayu.

“Majoritinya adalah orang Melayu sedangkan kalimah Allah ini untuk orang Islam.”

“Kita nampak kenapa ditonjolkan orang Melayu sahaja kenapa tiada kaum-kaum lain yang beragama Islam” soalnya lagi.

Shamsul berkata, sekiranya benar-benar mahu pertahankannya, bawa semua yang beragama Islam dan bukan sahaja Melayu.

Justeru, AMK Perak meminta supaya sebarang provokasi hendaklah dihentikan sama sekali bagi memastikan bahawa keamanan dan toleransi antara agama yang diamalkan sepanjang 52 tahun kemerdekaan hendaklah dikekalkan.

Gereja diserang: MCA gesa Pakatan henti salahkan Umno-BN



Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 10 – Presiden MCA menggesa Pakatan Rakyat (PR) agar berhenti daripada menyalahkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) ekoran siri serangan ke atas gereja di pelbagai lokasi di seluruh negara sejak Khamis lalu.

Sehubungan itu kata Datuk Seri Ong Tee Keat, setiap pihak seharusnya membiarkan polis menangani situasi semasa.

“Saya mesti mengatakan bahawa buat masa sekarang situasi ini sedang ditangani oleh polis, jadi mengapa tidak kita menyerahkan kepada polis untuk menjalankan kerja mereka secara profesional daripada menuding pihak lain,” kata beliau di Wisma MCA hari ini.

Tujuh gereja telah diserang sejak tengah malam Khamis lalu termasuk di Miri.

Sehubungan itu kata beliau orang ramai tidak harus membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan perasaan kebencian.

“Saya merasakan bahawa ia bukan hanya buat Umno ataupun sesiapa tetapi terpakai kepada kesemua rakyat Malaysia,” kata Ong sambil menambah beliau menganggap majoriti rakyat negara ini adalah rasional dan mencintai negara serta menghargai kekayaan kepelbagaian kaum dan keharmonian agama.

PR menyalahkan Umno memanaskan ketegangan ekoran isu penggunaan kalimah “Allah”.

Sehubungan itu, Ong menambah tiada ruang bagi apa jua bentuk serangan keji di negara ini

Pemuda PAS Selangor gesa ahlinya elak provokasi


KUALA LUMPUR, Jan 10 – Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh ahlinya di semua peringkat agar tidak menyertai mana-mana demonstrasi atau terlibat dalam tindakan provokasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan ekoran cubaan membakar gereja sejak kelmarin dan cermin sebuah surau di Klang pecah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pergerakan pemuda PAS itu berkata, mungkin akan ada tindakan susulan dari pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tindakan jahat ke atas masjid dan surau pula bagi memberi gambaran bahawa adanya serang balas oleh pihak yang diserang.

“Sama ada kejadian di Surau Taman Menara Maju, Kg Jawa, Klang subuh semalam merupakan tindak balas penganut agama lain atau angkara provokasi yang terancang atau tindakan orang mabuk dan sebagainya, yang perlu kita ambil pendirian bersama ialah jangan kerana sedikit cetusan yang dibuat oleh perseorangan atau sekelompok kecil manusia yang primitif menyebabkan kita melenting lalu bertindak melulu dengan cara yang sama,” kata Pemuda PAS Selangor.

Katanya, jangan kerana seorang yang berlainan bangsa melakukan suatu bentuk onar, maka menghukum semua bangsa tersebut sebagai pengkhianat lalu menghalalkan tindakan-tindakan yang dilarang oleh agama terhadap bangsa yang berlainan dengan kita itu.

Cubaan membangkitkan kekacauan antara agama adalah suatu tindakan yang sangat jahat kerana kesannya mungkin akan menyamai kesan kekacauan tragedi 13 Mei 1969, kata Pemuda PAS lagi.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia tak mengira agama dan bangsa untuk tidak terpengaruh dengan taktik kotor sebahagian ‘rasis’ yang memulakan api permusuhan kaum dengan agenda yang tidak diketahui.

“Ingatlah bahawa kelahiran anda sebagai bangsa apa pun bukanlah atas kehendak anda sendiri tetapi telah ditakdirkan Allah sejak azali lagi.

“Tidak ada seorang pun yang pernah mengisi borang permohonan untuk lahir sebagai laki-laki atau perempuan atau untuk lahir sebagai Melayu, Cina, India, Inggeris dan sebagainya,” katanya.

Oleh itu ia menambah marilah "kita bersama-sama menangani segala perselisihan dengan cara yang penuh baik dan rasional sebagai sebuah bangsa yang merdeka dari sebarang bentuk jajahan minda."

“Allah menegaskan dalam al-Quran, “orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa”, tanpa mengira bangsa dan keturunan,” kata pergerakan itu.

Dalam kejadian semalam cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu tetapi ia tiada kaitan dengan isu gereja-gereja di Lembah Klang diserang, kata polis.

Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Hari ini sebuah gereja dan sekolah di Taiping, Perak diserang.

Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.

Mohamad berkata siasatan awal polis juga mengesyaki kejadian itu tidak dilakukan oleh orang luar berdasarkan batu-bata yang digunakan untuk memecahkan pintu cermin itu sama dengan batu yang terdapat di kawasan surau berkenaan.