Sabtu, 9 Januari 2010

Tuan Ibrahim: CC PAS bincang isu gereja dibakar esok

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 9 — PAS dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasminya mengutuk keras serangan ke atas empat gereja di Lembah Klang, dan agar diadakan dialog melibatkan masyarakat pelbagai agama bagi membincangkan isu-isu sensitif semasa.

Parti itu telah mengeluarkan pendirian rasminya ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah” Isnin lalu.

PAS juga sudah pun menyatakan pendiriannya mengutuk serangan itu semalam.

Petang tadi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawat gereja di Desa Melawati yang menjadi sasaran serangan bom api tengah malam kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga petang tadi.

“Saya fikir parti (PAS) akan membincangkan isu ini dan menggunakan satu kenyataan rasmi, kenyataan yang tegas mengutuk kejadian yang berlaku,” kata naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam selain Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur menjadi sasaran serangan koktel molotov.

Bagaimanapun, lontaran koktel molotov ke atas Gereja Metro Tabernacle menyebakan letupan disusuli kebakaran.

Satu lagi gereja menjadi sasaran serangan - yang keempat di Lembah Klang sejak tengah malam kelmarin tetapi premis terbaru ini hanya mengalami kerosakan kecil.

Gereja terbaru yang tersenarai dalam serangan pihak bertanggungjawab ialah Good Shepherd Lutheran Church.

Pengurusan gereja berkata bangunan gereja ini yang terletak di Petaling Jaya Old Town dipercayai dibaling dengan bom api antara malam tadi dan pagi ini.

Tuan Ibrahim yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin berkata “kita melahirkan rasa duka cita dengan tragedi ini sebab ia bercanggah dengan dasar Islam.”

“Kami juga bimbang di sebalik isu ini ada tangan lain yang cuba mengeruhkan keadaan, cuba mewujudkan suasana gawat.

“Kita harap pihak polis akan membuat siasatan segera dan ambil tindakan segera,” katanya.

Tuan Ibrahim menambah PAS juga duka cita dengan tindakan ‘kebenaran’ yang diberikan untuk mengadakan protes dan demonstrasi kerana agama dan kaum adalah isu sensitif yang hanya boleh diselesaikan menerusi dialog.

Begitu juga isu apabila perkataan “Islam” diminta digugurkan dari nama parti politik lebih satu dekad lalu, kata beliau.

“Kita minta Majlis Raja-Raja Melayu menyelesaikan isu berkenaan.

“Oleh itu saya bersetuju dengan pandangan (bekas perdana menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dialog adalah cara untuk menyelesaikan apa jua masalah,” katanya.

Dalam pada itu seorang lagi naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri berkaitan isu melemparkan bom api dan pembakaran gereja bertajuk “jangan menuding jari pada Umno”.

“Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa Umno-BN sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan Umno di kandang orang salah.

“Perbicaraan di mahkamah rakyat menggambarkan Umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi,” katanya.

Kata beliau, rakyat menuding jari pada Umno dan pemimpinnya adalah berasaskan sikap pemimpin Umno yang rasis.

Sambil merujuk kepada kenyataan dan peristiwa-peristiwa sebelum ini kata Mahfuz, beliau mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

“Umno ingat dia boleh gunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan.

“Tapi jelas senjata makan tuan, rakyat tidak lagi mempercayaai Umno. Inilah petanda Umno-BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara,” katanya.

Umno gelabah bila dibicara dimahkamah rakyat

oleh YB Pokok Sena

Saya terkejut degan kenyataan YAb PM yg berkaitann isu pengeboman dan pembakaran gereja yangg bertajuk 'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO' seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.

Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa PM menyedari bahawa umno/bn sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan umno dikandang orang salah. Perbicaraan dimahkamah rakyat menggambarkan umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.

Kepada PM ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin umno yang rasis. PM Najib mungkin mudah lupa pepatah melayu yg berbunyi 'siapa yg menanam dialah yg menuai hasilnya'. Kini umno sedang menerima akibatnya.

Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan ngo yang dimangsakan oleh politik jahat umno, peristiwa mencium keris oleh bekas ketua pemuda umno(DS Hishammudin) dgn sentimen perkauman,peristiwa serangan induvidu pemuda umno keatas Yb.Karpal Singh diparlimen, peristiwa memijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald dimana kenyataan PM dan DS Hishammudin seolah olah menggalakkan tindakan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

Umno ingat dia boleh menggunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian untuk tujuan politik murahan, tetapi jelas senjata makan tuan,rakyat tidak lagi mempercayaai umno. Inilah petanda umno/bn telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerentah negara.

Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk bersama sama dengan PAS khususnya dan PR amnya berjuang untuk memuziumkan umno/bn dalam PRU ke 13 nanti. Kepada parti parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir umno dari bn atau mereka meninggalkan bn untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia.


Dato'Haji Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

Betapa Malu dan Busuknya Nama Malaysia Sekarang ni..kerana 1Malaya

http://dperantauan.typepad.com/.a/6a00d8341c032f53ef012876bc468b970c-320wi


http://thenational.newspaperdirect.com/epaper/viewer.aspx

Siapa api-apikan emosi?

Berita Harian hari ini melaporkan berita bertajuk "Jangan emosi". Siapa bakar emosi?

Malay Mail semalam pula menyiarkan tajuk muka depan yang menyeru "Stop it now!" Who started it?

Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan Umno di kandang orang salah.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu pula berkata, pihak yang merasa diri mereka tidak dilindungi tidak berani membakar dan menceroboh beberapa gereja di Lembah Klang semalam (lihat berita Harakah Daily hari ini "Hanya yang merasa dilindungi berani bakar gereja").

Apa hujjah pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak?
"Don't point the finger at Umno or anybody. We have always been very responsible.

"Don't say that these attacks were motivated by Umno. That is a very scurrilous statement that you have just made. You are alluding to it. Please stop that" (Malaysiakini 8/1/10 "PM: Don't blame Umno over attacks")
Berkaitan:
Religious tensions rise in 'One Malaysia' (Al Jazeera The Asia Blog 8/1/10)
Najib takes reporter to task
NST (9-1/10): A reporter from The Malaysian Insider was taken to task by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for saying Umno was responsible for flaming negative sentiments on the "Allah" issue.

The press conference Najib obliged to after chairing the fourth Northern Corridor Implementation Authority meeting at his office yesterday turned tense as the reporter posed a loaded question that presupposed Umno politicians as behind the escalating tension that followed the Dec 31 High Court ruling which allowed the Catholic weekly, the Herald, to use the word "Allah".

Najib warned the reporter against his offensive remark saying, "No, don't point the finger at Umno or anybody.

"We have always been very responsible... Don't say that these attacks were motivated by Umno.

"That was a very scurrilous statement you have just made," the Umno president said before asking the reporter where he was from.

After answering Najib, the reporter then tried to defend himself but was cut short by the prime minister who said: "No, no, you were alluding. Please stop that," he told him.

Home Minster Datuk Seri Hishammuddin Hussein on Thursday also took the website to task for saying on Wednesday that he had allowed yesterday's protest to take place provided it did not get out of hand and that it would be monitored closely by the police.

When Hishammuddin denied saying it, the website reported that Bernama had reported the same although checks showed that the news agency reported the minister as saying, "The government does not prohibit the people from expressing their views on the issue over the use of the word 'Allah' by the Catholic weekly magazine Herald, but on condition that their actions do not undermine national security and that he would take action if it affects security."
Jangan emosi
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Unit Penyiasatan merakam gambar beberapa bahagian Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Desa Melawati, Hulu Klang yang terbakar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Tindakan melampau bakar gereja jejas keharmonian: PM

Berita Harian (9/1/10): Percubaan membakar tiga gereja di ibu negara semalam dikutuk keras oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Berikutan itu, beliau meminta rakyat bertenang dan tidak mengambil tindakan yang melampaui batas, sebaliknya diselesaikan mengikut saluran sesuai dengan undang-undang.

"Saya mengutuk tindakan mereka kerana ini akan menghancurkan keharmonian negara dan kepelbagaian agama sebagai amalan hidup yang hormat-menghormati antara satu sama lain yang tidak boleh digugat oleh sesiapa," katanya semalam.

Dalam kejadian itu, tiga gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald-The Weekly Catholic. Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati, pada jam 12 tengah malam, disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya (jam 4 pagi) dan Gereja Chappel, Damansara (jam 8 pagi).

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran di Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic hanya menyebabkan kemusnahan perabot dan buku. Bom api yang dilempar di dua lagi gereja tidak meletup.

Perdana Menteri juga sudah mengarahkan polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara dan memberi jaminan kerajaan akan mengambil segala tindakan perlu bagi mencegah perbuatan berkenaan.

Najib secara tegas menolak andaian seorang wartawan sebuah laman portal berita kononnya Umno cuba menimbulkan ketegangan selepas keputusan mahkamah membenarkan perkataan Allah digunakan majalah itu.

"Jangan menuding jari kepada Umno atau sesiapa juga... kita sentiasa bertanggungjawab. Jangan kata serangan ini didalangi oleh Umno. Anda baru saja membuat kenyataan yang cabul. Anda bermaksud begitu... tolong hentikan," katanya.

Menjawab soalan, Najib berkata beliau meminta polis berwaspada mengenai kemungkinan berlaku tindak balas atau ketegangan dan mahu supaya tidak ada pihak yang melanggar undang-undang dan mencegahnya sehingga akar umbi.

Sementara itu, dalam laman web 1Malaysia, Najib berkata mereka yang bertanggung jawab dalam insiden itu akan dihadapkan ke mahkamah.

"Kejadian yang cuba memecah belah, tidak mewakili Malaysia atau agama Islam. Mereka tidak mewakili keluarga kita dan masyarakat kita atau usaha yang sedang dilakukan ke arah mengukuhkan gagasan 1Malaysia," katanya.

Perdana Menteri menegaskan insiden keganasan yang digerakkan oleh perbezaan politik, sosial atau agama adalah ancaman kepada kestabilan dan keharmonian negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pula berkata siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian, namun ada kemungkinan ia berpunca daripada tidak rasa puas hati keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah itu.

Beliau berkata, berdasarkan modus operandi, ia tidak dirancang rapi dan yang melakukannya adalah lelaki bermotosikal yang mungkin terlalu emosional sehingga mendorongnya bertindak terburu-buru.

"Ada kemungkinan tiga kejadian ini membabitkan suspek berlainan dan usaha dijalankan bagi mengenal pasti identiti mereka berdasarkan keterangan beberapa saksi, termasuk kakitangan dan pengawal keselamatan gereja terbabit.

"Difahamkan, ada kakitangan gereja menerima panggilan ugutan daripada seorang individu pada jam 6 petang kelmarin yang memberi amaran berjaga-jaga. Kita percaya ugutan itu ada kaitan dengan kejadian ini," katanya.

Saifudin is new PKR sec-gen

KUALA LUMPUR, Jan 9 — Parti Keadilan Rakyat (PRK) has appointed Saifudin Nasution as its new secretary-general, replacing Datuk Salehudin Hashim.

Salehuddin told The Malaysian Insider tonight that Saifudin’s appointment takes effect on Feb 1.

Saifudin (in picture) is currently PKR’s elections strategy director. He has been a close aide and confidante of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim since they were together in Umno.

His appointment follows the resignation of Salehuddin, who says he is quitting politics but would remain a member of the party.

On Thursday, Salehuddin quit as PKR secretary-general, following months of speculation surrounding his rumoured rift with some party leaders, including Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

While Salehuddin said that he quit in order to return to the corporate world, his resignation has sparked fears of a fresh round of uncertainties in Pakatan Rakyat’s (PR) leadership structure.

He had told The Malaysian Insider that he decided to quit because the party had not properly utilised him.

Saifudin’s appointment is seen as a move by Anwar to shore up his position in and control over the party.

Speculation has been rife for months of a rift between the vocal Salehuddin and Khalid, the Selangor Mentri Besar.

According to the grapevine, the rift deepened after the MB went ahead with the controversial multi-million Ringgit buyout of debt-ridden developer Talam Corporation Berhad, which Salehuddin vehemently opposed.

Anwar, who plays advisor to both the party and the Selangor state government, Malaysia’s richest, today dismissed rumours of a rift.

Harusssani berkata" Haram serang rumah ibadat"



“Haram memusnahkan rumah ibadat agama lain,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Diminta reaksinya berikutan kebakaran di tiga buah gereja di Lembah Klang semalam, beliau berkata, perbuatan itu didorong emosi sehingga sanggup bertindak di luar kewarasan.

“Inilah akibatnya jika menyentuh sensitiviti Islam yang cukup bersabar dan bertolak ansur selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kerajaan harus bertindak tegas terhadap pihak yang membangkitkan isu ini sebelum ia menjadi bertambah kritikal.

“Tindakan seperti melucutkan hak kerakyatan patut dikenakan ke atas mereka yang cuba mengganggu-gugat keamanan dengan mencetuskan ketegangan seperti ini.

“Kita telah lama hidup dalam suasana harmoni, tetapi apabila Herald Catholic Weekend membawa kes ini ke mahkamah, ia memberi kesan besar kepada keharmonian negara,” katanya.

Sementara itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Islam melarang perbuatan merosakkan rumah ibadat seperti yang berlaku semalam.

Beliau percaya, perbuatan tersebut dilakukan oleh individu yang tidak memahami ajaran Islam dan mengikut nafsu amarah.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak pula berharap tidak ada pihak cuba menangguk di air yang keruh atau membuat provokasi.

Yang Dipertuanya, Suhaimi Latip berkata, pihaknya menyarankan umat Islam di negara ini berdoa dan melakukan solat hajat agar isu ini selesai dengan aman.

“Abim sangat yakin perkara ini boleh diselesaikan secara baik, bukan dengan cara kekerasan,” katanya.SH

Usah Biarkan Husam Kosongkan DUN Salor

Sewaktu awal kemelut politik Kelantan setelah saya ditamatkan kontrak, khabar-khabar angin mula kencang tentang YB. Dato’ Haji Husam Musa akan mengosongkan jawatan exco yang disandangnya. Ia bermula setelah pertemuan Husam dengan Tuan Guru MB yang berakhir dengan kedua-dua mereka menangis dan Husam mengambil cuti beberapa hari.

Antara mesej yang Husam sampaikan kepada saya waktu awal-awal kemelut itu ialah, “langit belum runtuh, kalau runtuh, ambo pun tertimpa sama tak sempat angkat bendera putih.”

Jawapan saya pada Husam, “Dato’ yakin matlamat boleh menghalalkan cara, tetapi bagi saya yang haram tetap haram, kalau nak buat, buatlah tetapi jangan cakap ia tak haram.”

Di situlah tergendalanya persahabatan kami yang dibina untuk dunia dan akhirat sehinggalah ke detik ini. Bertemu kami tidak tidak lagi selain berkali-kali di dalam mimpi saya sahaja.

Beberapa hari yang lalu, saya bertemu seorang exco yang saya sanjung tinggi dan dia berkata pada saya, “Sheih, pergilah jumpa Husam, dia menangis tiap kali orang sebut nama Sheih depan dia…”

“Saya pun menangis sama Dato’….” kata saya.

Benar, sehingga hari ini bila melintas dihadapan restoran Jepun, air mata saya akan menitis dengan sendiri. Saya elakkan ke Surya KLCC dan ke Bangsar. Belum masanya saya menjadi Kassim Selamat dalam Ibu Mertuaku.

Saya masih ingat ketika kami melangkah keluar dari pejabatnya satu petang sebulan selepas saya bekerja dengannya, Husam bertanya tentang keadaan ibu saya setelah saya pulang bekerja di Kelantan, kata saya, “Kalau dia jumpa Dato’, mesti dia peluk cium Dato’ sebagai tanda terima kasih.”

Benar, urusan Husam dan saya bukan sekadar urusan dunia, ia urusan akhirat juga.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya berjaya lepasi segala cabaran kewangan kerana bekerja dengan Husam bukan untuk dunia tetapi untuk akhirat.

Pada awal-awal dulu, banyak pihak menawarkan saya pelbagai ganjaran termasuk imbuhan RM5,000 sebulan dan saya jawab pada mereka, “Tanya Husam, kalau Husam benarkan saya ambil, baru saya akan ambil.” Mereka tidak pernah lagi kembali kepada saya dengan isu yang sama.

Satu malam saya gempur Husam dirumahnya, “Dato’…” kata saya sambil letakkan sepucuh surat permohonan balak yang seorang anggota parti bawa ke rumah saya dengan alasan minta Husam minitkan dan menjanjikan saya lebih RM100, 000.

“Kalau ini cara Dato’ mahu menguji saya, tak perlu… kalau Dato’ nak berikan saya wang, saya akan akan ambil dari Dato’ sendiri. Saya tidak akan ambil yang bukan hak saya…”

“Orang ini bawak surat ni ke rumah saya, dia kata Dato’ dah setuju dan suruh datang jumpa saya. Dia tanya saya nak berapa duit? Saya tak suka cara macam ni Dato’. Dato’ boleh jawab dan boleh tidak jawab pada saya…” ujar saya lagi.

Husam tepis surat itu tanpa menelitinya langsung dan berkata, “Serah balik pada tuannya…”

Saya dapati amat mudah menghormati Husam. Saya merasakan amat bertuah dapat berkhidmat dengannya. Dan sehingga hari ini, saya masih merasa amat mudah membasahi pipi saya dengan airmata bila mengenangnya.

Pada 22 November 2009, Husam menafikan bercadang meletakan jawatan exco dan menulis di blognya,

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tetapi desas-desus itu tidak berakhir sehinggalah Husam akhirnya mengutus surat saman kepada pihak media.

Namun setelah tragedi yang menimpa Tuan Haji Anual Bakhri, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Husam buat pertama kalinya dalam sejarah politiknya telah mempertikaikan secara terbuka pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Di dalam posting bertajuk Malaysia atau Diri yang dikarang jam tiga pagi, penghujung Disember 2009, Husam meluahkan persoalan yang menjadi kemelut menghantui dirinya,

“Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.”

Husam telah melanggar segala prinsip perjuangannya di dalam mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz. Mungkin yang tinggal hanyalah kasih sayang dan rasa kasihan kepada seorang tua, ayah politiknya.

Husam menghantar beberapa mesej kepada mereka yang terdekat dengannya dalam arena politik Kelantan. Mesej itu berlegar-legar dan satu darinya masuk ke peti mesej Blogger Penarik Beca.

Penarik Beca kemudiannya mengeluh dan meluahkan bahawa Husam akan mengosongkan Kerusi Dewan Undangan Negeri Salor yang bererti akan terlucut juga segala jawatannya di dalam kerajaan.

Husam tidak menghantar surat saman kepada Penarik Beca tetapi Tok Guru mengecap Penarik Beca sebagai celaka.

“Celako semua sekali ni, blog celako, blog celaka!”, Itulah ayat manis yang keluar dari mulut orang tua itu.

Mengkaji insiden yang membuat Penarik Beca menulis postingnya, saya rasa kalimah celaka itu patut dikembalikan semula kepada Tok Guru Nik Aziz.

Di dalam kenyataan di sidang medianya Husam antara lain berkata bahawa beliau tidak berhasrat melepaskan jawatannya kerana masih fokus menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak Negeri Kelantan.

“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”, Husam dipetik oleh beberapa akhbar yang kali ini amat hati-hati memainkan isu ini.

Februari adalah antara tarikh yang disebut oleh sesetengah sahabat Husam.

10 Januari adalah antara tarikh yang dijolok kepada sahabat-sahabat dalam politik.

Husam sendiri terus senyap dan fokus dengan misinya.

Husam memberi perhatian penuh kepada urusan tuntutan royalti minyak dan semalam rombongannya telah menemui Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Husam amat gembira dengan pertemuan itu. Kerja keras Husam untuk Negeri Kelantan dan keadilan mendapatkan hak bagi yang berhak semakin sampai ke penghujung.

Pengiktirafan adalah penting. Dan walaupun isu ini tidak akan berakhir di dalam penggal Parlimen ini yang pasti berakhir dalam tempoh 18 ke 24 bulan lagi, tetapi Husam telah mendapat pengiktirafan bahawa perjuangannya di landasan yang betul.

Husam boleh meletakkan segala jawatan dan tinggalkan arena politik Malaysia untuk selamanya. Nama Husam akan terus dikenang oleh mereka yang pernah mengenalinya dan pernah membaca tentang perjuangannya akan terus mengkaguminya.

Tetapi kata orang, Husam akan selamanya jadi ‘putera yang tidak pernah menjadi raja’.

Ramai sahabat terdekat yang berada diluar arena politik mendesak Husam tinggalkan sahaja politik PAS Kelantan. Ia semakin cemar. Husam semakin tercemar oleh mereka yang cemar-cemar belaka. Apatah lagi, yang cemar itu datangya dari keluarga Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Musykilnya, sedarkah Tok Guru segala masalah antara Husam dan Tok Guru bermula kerana Husam menghalang beberapa kerat di dalam keluarga Tok Guru dari melakukan kerja-kerja yang akan memburukkan nama baik Tok Guru sendiri.

Hari ini kemelut Ariffahmi telah mencemar teruk nama baik Tok Guru.

Ramai tidak tahu bagaimana bermulanya kemelut perbalahan Nik Abduh dengan Husam. Plotnya tidak jauh berbeza dengan kemelut hari ini. Segalanya bermula dengan keberanian Husam menghalang ketamakan dipihak sana. Husam masih menyimpan segala dokumen-dokumen itu yang dikumpul semula pada Mei 2009 yang lalu.

Pada ketika itu, demi membersihkan nama baik anak-anaknya, adik beradiknya, isterinya dan dirinya sendiri, Husam pernah bercadang menulis sebuah buku kecil dan menceritakan segalanya berlandaskan fakta ditangannya. Tetapi niat itu terpadam oleh rasa sayang pada Tuan Guru Nik Aziz.

Jikalau Husam membela dirinya dengan membuktikan Nik Abduh memang ada dendam kesumat terhadap Husam, yang buruk namanya kelak ialah Nik Aziz kerana berdasarkan fakta pada Husam, orang boleh berkata, “Nik Aziz sebagai pemimpin telah gagal memimpin anak jantannya sendiri!”

Bagaimana kita hendak harapkan Nik Aziz memimpin ‘anak jantan’ dan ‘anak betina’ kita?

Nasib baik kita yang jahil ini hidup dalam sebuah kerajaan yang ‘Membangun Bersama Islam’ kerana di dalam Al Quran dan di dalam kisah para Rasul dan Nabi kita telah diajar betapa kisah anak, isteri dan saudara mara para pesuruh Allah sendiri tidak patuh kepada suruhan yang dibawa oleh ayahanda mereka. Jadi bagi kita tiada apa yang peliknya.

Kita tidak perlu mengajar Nik Abduh dan Nik Amalina kisah keluarga Nabi Nuh dan Nabi Lut, bukankah mereka ini dari keluarga yang mulia seperti dibanggakan oleh Nik Amalina.

Bukankan juga Iblis itu adalah makhluk yang mulia? Benar, Iblis seperti Nik Amalina juga begitu berbangga dengan kemuliaannya sehinggalah bongkak dan takabur memberinya visa penghuni tetap neraka jahaman.

Husam masih sayangkan Nik Aziz. Nik Aziz tidak perlu sayangkan Husam tetapi Nik Aziz perlu buktikan sayangnya pada rakyat Kelantan yang sudah 20 tahun berada dibawah naungannya.

Segala kemewahan yang dirasai oleh beberapa kerat anggota keluarga Nik Aziz adalah kerana sudah 5 pilihanraya rakyat Kelantan mengundi PAS.

Sanggupkah Nik Aziz matikan karier politik Husam yang disanjung oleh sahabat dan lawan itu sebagai balasan kepada rakyat Kelantan.

Ada baiknya bukan DUN Salor yang dikosongkan, tetapi DUN Chempaka yang patut dikosongkan. Bolehlah Nik Abduh, Nik Amalina atau Ariffahmi diletak sebagai calon disitu. Bolehlah kita dapat Menteri Besar baru dari kalangan keluarga yang mulia.

Husam, demi para sahabatmu di dalam parti, demi inspirasi yang kau berikan kepada mereka yang menyanjungmu dan demi sebuah wadah perjuangan tanpa hipokrisimu, kamu tidak boleh kosongkan DUN Salor.

Dan yang patut berundur bukan kamu.

Di dalam rakyat Kelantan mula berdoa Nik Aziz berundur atau berehat, rakyat Kelantan harus pertahankan Husam. Inilah pilihan terbaik yang kita ada.

Lagi gereja di PJ diserang, rosak kecil

PETALING JAYA, Jan 9 — Satu lagi gereja menjadi sasaran serangan — yang keempat di Lembah Klang sejak tengah malam kelmarin tetapi premis terbaru ini hanya mengalami kerosakan kecil.

Gereja terbaru yang tersenarai dalam serangan pihak bertanggungjawab ialah Good Shepherd Lutheran Church di sini.

Pengurusan gereja berkata bangunan gereja ini yang terletak di Petaling Jaya Old Town dipercayai dibaling dengan bom api antara malam tadi dan pagi ini.

“Bom api ini terlepas sasaran dan mengakibatkan kerosakan kecil,” kata Rev Dr Hermen Shastri iaitu setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa biskop Lutheran Church memaklumkan beliau tentang kejadian itu.

Shastri berkata satu aduan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sudah memulakan siasatan.

Sejak semalam polis di seluruh negara telah mempertingkatkan keselamatan ke atas gereja dan masjid.

Dalam kejadian semalam selain Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur menjadi sasaran serangan koktel molotov.

Bagaimanapun, lontaran koktel molotov ke atas Gereja Metro Tabernacle menyebakan letupan disusuli kebakaran.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian cubaan menyerang gereja.

Serangan itu berlaku sebelum protes diadakan di beberapa bahagian di seluruh negara selepas solat Jumaat berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Umno Bukan Parti Perkauman Dan Tiada Niat Rampas Kuasa Kaum Lain - Najib....Setiap patah perkataan pemimpin UMNO@BN kini dianggap bohong...!

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Umno bukan parti yang mengamalkan perkauman dan tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaumkaum lain dalam negara ini.

Beliau berkata Umno sebaliknya sentiasa berdiri atas prinsip mahu berlaku adil kepada semua.

"Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia," katanya ketika berucap merasmikan Program Umno Juara Rakyat di Bukit Beruntung, dekat sini, hari ini.

"Kalau hendak kata kita (Umno) rasis, itu sudah menafikan sejarah. Umno tidak pernah (bersifat) parti rasis atau parti melampau," tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menterimenteri kabinet dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Najib yang juga Presiden Umno turut menegaskan bahawa Umno tidak pernah berniat untuk merampas kuasa kerana selain mengikut perintah Allah, Umno sentiasa menghormati peranan dan kedudukan kaum lain dalam negara ini.

"Sehingga hari ini kita pertahankan kaum lain di samping memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Inilah konsep kita. Jadi jangan tuding jari mengatakan Umno ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno ini jahat. Saya katakan di sini, kita mengutuk perbuatan itu dan mahu berlaku adil...kalau polis boleh cari siapa yang melakukan perkara ini, kita hukum dia dengan adil dan saksama," tegasnya.

Najib juga menegaskan, jangan kerana insiden itu ada pihak yang mahu menafikan semangat dan prinsip Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan ketika beliau mengambilalih tampuk kepimpinan negara April tahun lepas.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata jika dilihat dari segi sejarah, tidak ada parti lain yang boleh mengaku menjadi juara kepada rakyat dalam negara ini selain parti perikatan itu.

"Cuba kita lihat semasa menentang Malayan Union, siapa yang bangkitkan semangat kebangsaan dalam negara kalau tidak parti keramat, parti Umno.

"Bila sampai pada masa hendak tuntut kemerdekaan, siapa yang telah jadi juara kemerdekaan, siapa yang telah pergi ke London menuntut kemerdekaan, kalau tidak Umno bersama dengan pemimpinpemimpin yang mewakili kaum Cina dan India yang sekarang MCA dan MIC.

"Bila capai kemerdekaan, siapa pula yang telah mengisi kemerdekaan, yang telah bawa perubahan di kota dan desa negara kita, yang telah memerangi kemiskinan, bawa prasarana di bandar dan di desa, buka tanah untuk rakyat yang tidak ada tanah, siapa yang sediakan kemudahan perumahan, buat jalan, sekolah, siapa yang bangunkan negara kita, kalau tidak Umno dan BN," katanya.

Begitu juga, kata Najib, Umno dan parti komponen BN merupakan parti yang telah bersamasama berjuang ketika negara berdepan pelbagai krisis, termasuk pemberontakan komunis, konfrantasi dengan Indonesia dan cabaran kemelesetan ekonomi yang melanda negara ini.

Najib berkata ketika mahu mencapai kemerdekaan, orang Melayu boleh menubuhkan kerajaan melalui kuasa untuk orang Melayu sahaja, tetapi pemimpin-pemimpin terdahulu tidak memilih jalan itu.

Sebaliknya mereka, termasuk Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah mengajak kaumkaum lain dari mula.

"Bila timbul peristiwa hitam 13 Mei, kita ambil alih kuasa, tidak menubuhkan kerajaan ala tentera. Umno tidak rampas kuasa, sebaliknya Umno tadbir keadaan dan bila keadaan sudah tenteram, kita kembali dan kita kembangkan parti Perikatan dengan menubuhkan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi kalau di negara lain, mungkin kaum majoriti akan cuba lakukan perkara sedemikian rupa jika ada peluang," katanya. Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Najib ketika diminta mengulas insiden cubaan membakar tiga gereja di sekitar ibu kota semalam, berkata setakat ini kerajaan belum berhasrat membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja.

Ditanya sama ada kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalang perkara seumpamanya daripada berlaku, Najib berkata, Malaysia mempunyai undangundang yang cukup untuk menghukum mereka yang melanggar undangundang negara.

Katanya apa yang lebih penting sekarang ialah untuk mendapatkan bukti dan mengenalpasti individu yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Mengulas mengenai kejadian paderi diugut, Najib berkata,:"Dalam manamana masyarakat, ada orang yang suka melanggar undang-undang dan mengambil tindakan undang-undang di tangan mereka sendiri.

"Anda tidak boleh menghakimkan reaksi daripada seorang atau dua individu sebagai menunjukkan kedudukan parti itu, sedangkan ia sudah jelas berhubung isu ini," katanya sambil menambah bahawa beliau akan melawat gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, di Kuala Lumpur lewat petang ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati terbakar teruk apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut tetapi dua lagi iaitu Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara terselamat apabila bom petrol yang dilemparkan suspek tidak pecah.BERNAMA

Last lap to toll hikes...Thanks 1Malaya..!!

PETALING JAYA - The Government is in the final stages of restructuring the toll rates of the country’s major highways, Prime Minister Najib Abdul Razak said.

He said the plan is to provide ‘reasonable’ toll rates for users, which would also come with better highway facilities, reduction of traffic jams and better quality roads.

plus-highway“This is another important touch-point for the people. A properly-managed highway system can provide satisfaction and allow the people to enjoy a smooth drive, less congestion and an acceptable level of toll rates,” he said.

Najib was speaking here on Saturday at the launch of Persada Plus – the new corporate headquarters of highway concessionaire Plus Expressway Bhd.

Works Minister Shahziman Abu Mansor, who was present, said the package plan is being studied by the Economic Planning Unit and is expected to be completed soon.

Tough decision on toll rates

Earlier, the PM had witnessed the exchange of documents on the memorandums of understanding between the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) and five organisations at his office in Putrajaya.

The MoUs are for investments worth almost RM50mil for human capital development programmes in the Northern Corridor Economic Region (NCER).

NCIA will supply RM19.1mil in investments, while Mara and four corporations – Sime Darby Bhd, Intel Malaysia, Tradewinds Corporation Bhd and Tanjung Rhu Resorts – along with Mara have pledged investments totalling RM30.8mil.

plus-highway-3It was reportedly recently that the Government faces a tough decision on toll rates as it seeks a balance between allowing for an increase and absorbing the costs in its upcoming review.

There is a growing likelihood that some of the increase in charges might be passed on to consumers as the Government tries to trim its budget deficit, say analysts.

Obviously, increasing toll rates would be a very unpopular move and there were other options at the Government’s disposal, they said.

'Something's got to give'

Concession agreements could be prolonged so that current toll rates could be capped or the Government could absorb the debts of the concessionaires, pay them a one-off cash sum and “force” them to lower the rates, so that the consumer benefits.

Either way, these involve three parties – the consumer, the toll concessionaires and the Government. Not all will benefit. Something’s got to give, said OSK Research analyst Jeremy Goh.

A note by Maybank Investment Bank last week said toll charges for 10 highways in the peninsula are due for review this month.

The toll revisions have already been delayed by one year.

“The toll revisions may be tabled in the upcoming Cabinet meeting, but we expect a decision only by end January or early February,” the research house said.

Among the highways involved are the North-South Expressway (managed by PLUS Expressways Bhd) and the Sprint Highway (Litrak-Gamuda). - Malaysian Mirror

Jika Benar PAS Kelantan Sayangkan TGNA, Bertindaklah..!

Salam.

Sesiapa pun apabila sesuatu isu atau musibah yang menimpa ahli keluarga terdekat atau cuba dihina atau diburukkan, akan tersentuh hatinya, akan terluka hatinya. Dan, reaksi spontan dan lebih kepada tindakan bawah sedar, akan mempertahan integriti ahli keluarganya.

Saya berasakan Tok Guru Aziz kini tertekan dan dilema, apatah lagi ahli keluarga beliau yang terdekat masih tegar mempersalahkan orang lain. Ahli keluarganya adalah liabiliti kepada beliau.

Satu cara yang ampuh ialah PAS Kelantan harus bertindak segera. Ambillah apa pun langkah hatta yang menampakkan melukakan hati To Guru Nik Aziz. Pada saya sekarang yang terlebih penting ialah menyelamatkan PAS Kelantan, dan dengan itu menyelamatkan Tok Guru Nik Aziz serta TGNA dibantu dalam membuat keputusan yang betul.

Hakikatnya ialah PAS Kelantan amat bersalah dalam hal ini kerana membiarkan TGNA melantik menantunya sebagai CEO PBMK. Sewajibnya kehendak Tok Guru ini ditentang habis-habisan. Apa yang berlaku ialah mereka tidak bertindak atau kalau pun bertindak tetapi tak cukup kuat.

Jadi sudah tiba masanya PAS Kelantan bertindak sekarang untuk menebus balik kesilapan mereka. Kemarahan atau kecil hati Tok Guru, pada saya, hanya sementara, dan akhirnya apabila kemarahannya reda, kebenaran akan terserlah jua.

Marilah kita berdoa dan bersolat hajat agar Tok Guru diberi kekauatan dan petunjuk. Beliau sebenarnya sedang diuji denga ujian maha hebat. Tok Guru wajib dibantu.

Biar berkelahi sekarang daripada rugi selama-lamanya.

Sumber - Pencak Dimensi

PAS kesal serangan gereja, sedia berdialog

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi melahirkan kekesalan berhubung isu serangan ke atas beberapa buah gereja yang belaku kelmarin.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Taklimat Isu-isu penerangan PAS Pusat di sini, beliau memberitahu, lebih menyedihkan jika perkara tersebut dilakukan orang Islam sendiri.

Tegasnya Islam menghormati penganut agama lain termasuk rumah-rumah ibadat mereka walaupun dalam keadaan peperangan.

"Bila Islam diceroboh, berlaku peperangan, namun dalam peperangan sekalipun gereja perlu dipelihara," katanya.

Walaubagaimanapun beliau yakin isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan dengan mengadakan dialog antara agama.

Dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajran Islam sebenar berdepan isu-isu berkaitan agama.

"PAS sedia berdialog, menghadiri majlis-majlis memberi kefahaman kepada rakyat," katanya.

Beliau juga meminta ruang media diberikan kepada PAS bagi tujuan tersebut.

Apa yang berlaku katanya, kerana selama ini penyebaran ajaran Islam itu sendiri telah dikongkong.

"Saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan elok, syaratnya jangan ada yang tidak ikhlas untuk menangguk di air yang keruh, untuk dapat sokongan," katanya lagi.

Dalam hal ini katanya, PAS tidak melihat kepada sokongan rakyat, namun apa yang penting adalah kewajipan PAS untuk menjelaskan sesuatu yang benar dan betul tentang ajaran agama kepada masyarakat.

"Saya anggap ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan isu ini dan mengambil kesempatan dan meniupkan api supaya membakar," katanya.

Kalimah Allah juga jelasnya kalimah yang benar, tetapi telah dihuraikan cara mencapai matlamat yang salah oleh pihak-pihak tertentu.

Ditanya sama ada PAS kan mengambil tindakan jika ahlinya didapati terlibat dengan demonstrasi isu kalimah Allah semalam, beliau menjelaskan PAS tidak sampai berbuat begitu namun telahpun menasihatkan ahlinya supaya tidak terlibat dengan mana-mana bantahan isu itu.

Namun jika ahli PAS didapati terlibat dengan insiden serangan ke atas gereja, PAS katanya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan seperti diperuntukkan perlembagaan parti.

Hanya yang merasa dilindungi berani bakar gereja.....Siapa yang sentiasa dilindungi ya...??

Pihak yang merasa diri mereka tidak dilindungi tidak berani membakar dan menceroboh beberapa gereja di Lembah Klang semalam, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Saya percaya, hanya mereka yang merasa dilindungi yang berani berbuat demikian," katanya sambil merujuk serangan-serangan sedemikian ke atas pejabat-pejabat parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan rumah para pemimpin parti-parti tersebut.

Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disifatkannya memberi kata-kata pembakar semangat kepada mereka yang memilih cara yang provokatif dalam menangani isu antara kaum dan agama yang sangat sensitif.

"Umpamanya, kalau si ayah kata anaknya tidak boleh dihalang apabila si anak hendak memilih provokasi terhadap jiran, tentulah anaknya fikir bakar rumah jiran pun si ayah tak akan halang," katanya.

Mengenai apa yang disifatkannya sebagai kata-kata pembakar semangat itu, Mohamad merujuk berita Bernama yang melaporkan bahawa Najib berkata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.

Utusan Malaysia pula melaporkan Najib berkata, mereka yang hendak berhimpun membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama lain "tidak boleh dihalang untuk berhimpun asalkan di dalam pagar masjid".

Bernama juga melaporkan Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalangrakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.

"Sepatutnya mereka mencari jalan meredakan suasana tegang memandangkan Mahkamah Tinggi telah menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald itu," kata Mohamad.

Mengenai amaran Hishammuddin bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau mengingatkan Menteri Dalam Negeri itu bahawa penggunaan akta tersebut tidak akan meredakan perasaan mereka yang telah diransang dengan kata-kata pembakar semangat tersebut.

"Ketegangan tidak akan reda kerana kerajaan Umno tidak akan menangkap dalang-dalang utama ketegangan seperti yang berlaku dalam Operasi Lallang 1987 dahulu.

"Kita tahu, mereka akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin pembangkang.

"Sejarah Operasi Lallang mungkin akan berulang di mana pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno menggunakan isu perkauman ketika itu," kata beliau yang turut dimangsakan operasi tersebut.

Beliau berharap mereka yang tidak berpuas hati terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald supaya tidak mengambil kesempatan untuk melepaskan geram secara tidak bertamadun.

"Semua orang ada hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara. Tetapi, perbuatan membakar gereja tidak akan menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka malah akan menyebabkan orang-orang Islam dipandang negatif.

"Soal kaum dan agama sangat sensitif, apa salahnya memilih cara yang lebih tenang seperti mengadakan perbincangan?" katanya.

Jika perbincangan diadakan, katanya, banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam.

Tiga gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald.

Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya dan Gereja Chappel, Damansara.

Orang Islam Yang Faham Agama Tidak Mungkin Bakar Gereja - Dr Asri

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini berpendapat insiden membakar tiga gereja pagi semalam, tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam erti kata yang sebenar.

"Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini," kata Dr Asri ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi.

Kata beliau, jika insiden tersebut ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas diperdebatkan sekarang, kemungkinan ia dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut: pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain, pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi atau pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

"Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni.

"Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama," kata Dr Asri yang mengesyorkan agar ruang perbincangan dan dialog dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain.

Dr Asri berkata beliau khuatir, ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa.

"Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini," kata Dr Asri ketika diminta mengulas lanjut mengenai tiga insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara semalam.

Insiden bakar gereja dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, jalan yang baik ialah seperti dalam firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri". (Surah al-Ankabut: 46).

Kata Dr Asri, Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini kerana al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah.

Jelasnya lagi, ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.

Pada masa yang sama juga, orang bukan Islam dalam negara ini, kata Dr Asri, hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti Islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam.

"Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan," jelasnya.

Beliau mengesyorkan para sarjana Islam memainkan peranan penting dan para pemimpin umat Islam di Malaysia mempamerkan ketinggian nilai Islam ini.

"Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan kita memiliki berbagai-bagai peruntukan dan ruang.

"Saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati," kata beliau yang akan menghadiri "Makan Malam Amal Bersama 1000 Penyokong Dr Asri" yang bertemakan 'Perubahan Minda' bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam selepas Maghrib malam ini.

Najib: Serangan gereja tidak gugat gagasan 1 Malaysia

Oleh Adib Zalkapli

HULU SELANGOR, Jan 9 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan serangan ke atas tiga gereja dalam 12 jam di Lembah Klang semalam tidak gugat gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau April lalu.

Berucap di hadapan kira-kira 7,000 penyokong Umno di sini — antara bahagian Parlimen tercicir daripada penguasaan Barisan Nasional, Najib yang juga Presiden Umno mengulangi parti itu tidak harus dipersalahkan ekoran insiden terbaru ini.

“Jangan dengan mudah salahkan Umno apabila adanya masalah, apabila gereja dibakar menuding jari ke atas Umno... kami telah mengutuk serangan ini,” kata Najib pada majlis pelancaran Umno Juara Rakyat di sini.

Dua daripada tiga gereja dibakar terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Selangor kini dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Program itu bertujuan mengembalikan keyakinan pengundi terhadap Umno-BN dan akan dijalankan sehingga pilihan raya umum ke-13.

Najib menambah pemimpin parti dan kerajaan serius dalam menangani krisis terbaru ini dan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan di mahkamah.

“Hanya kerana satu atau dua gereja diserang 1Malaysia dikatakan terancam, 1Malaysia tidak akan berada dalam keadaan bahaya,” kata beliau.

PM: Program Juara Rakyat ekoran 'isyarat' rakyat

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Juara Rakyat dilancarkan hari ini atas keinsafahan ekoran 'isyarat' yang ditunjukkan oleh rakyat semasa pilihan raya umum 2008.

"Jangan sesekali kita lupa dan lalai bahawa kedudukan kita sekarang semata-mata atas kehendak dan restu rakyat," katanya lagi.

Berucap merasmikan program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Najib yang juga perdana menteri berkata:

"Kami dengar dan terima bahawa rakyat beri teguran dan teguran itu kami akan hayati, bukan setakat dengar sahaja".

Najib berkata, program tersebut yang bertujuan mendekati semula rakyat, akan dijalankan berterusan setiap bulan di seluruh negara.

"Tiap-tiap bulan mesti buat program Juara Rakyat," katanya. Majlis pelancaran program itu turut dihadiri pemimpin tertinggi Umno dan BN itu.

Najib dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan 15.6 juta untuk baiki 5,000 pangsapuri penduduk di kawasan itu.

Katanya lagi, peruntukan itu perlu bagi membaiki pangsapuri berkenaan yang disifatkannya "seperti rumah berhantu."

Banyakkan menerang bukan menyerang- Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara.

Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.

"Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya.

Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani.

Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi keterangan sebenar kepada masyarakat berdepan maklumat yang salah yang dilapor dalam blog.

"Maklumat yang betul tidak apa, maklumat salah menimbulkan masalah kadang kadang menimbulkan masalah dalaman.

"Sebab itu tugas penerangan sangat besar dalam hal ini," katanya lagi.

Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.

"Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?

"Ini punca sikap jahil terhadap agama islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik," katanya lagi.

Lebih 500 pemimpin PAS khususnya jentera penerangan disegenap peringkat hadir menyertai taklimat anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat hari ini.

Mereka terdiri dari Ahli Majlis Syura Ulama, AJK Pas Pusat, pimpinan dan AJK Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian, Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah, Ketua dan Setiausaha Penerangan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, AJK Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Program sehari ini antara lain akan membentangkan secara khusus isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga semua jentera penerangan akan didedahkan cara berdepan dengan beberpa isu yang dimanipulasi media dan perti pemerintah.

Mereka juga akan dibentangkan isu-isu nasional dan isu-isu disekitar negeri Pakatan Rakyat sama ada Kelantan, Kedah, Selangor dan termasuk juga isu Perak.

Program hari ini juga dijangka berakhir jam 5.30 petang ini dengan perasmian penutup akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ceramah Royalti Petroleum Ku Li Pada 28 Januari 2010

Satu delegasi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) telah mengadakan satu pertemuan dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan merupakan pengasas Petronas di Kelab Golf Diraja Selangor.

Delegasi itu diketuai oleh Setiausaha GEGAR dan disertai oleh 3 orang AJK Pusat GEGAR yang lain. Pertemuan selama 3 jam itu bagi membicangkan tentang Akta Kemajuan Petronas 1974, Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan Petronas, Persempadanan laut, JDA, CAA dll.

Pada pertemuan tersebut YBM Tengku bersetuju untuk hadir ke program (comfirm) Ceramah Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 28 Januari 2010 (Khamis) bertempat di Dewan Besar, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu bermula jam 7 malam dimulakan dengan program solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan sendiri oleh YBM Tengku.

Semua rakyat Kelantan adalah dijemput hadir beramai-ramai, tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

Terima kasih kepada YBM kerana sudi menerima kunjungan daripada wakil GEGAR ke rumah beliau dan sudi meluangkan masa bagi membincangkan hal0-hal berkaitan Royalti Petroleum. (GEGAR)

Sokong Dan Berbantah-bantah - Ulamak agama turut dipersenda..?

Oleh : AB albanjary
Bahagian 2 : Siri 1 KLIK DI SINI
Dibawah ini sambungan dari siri 1.

Siri 2
Maka adapun di sini satu puak yang menyokong keputusan ini secara buta tuli. Mereka lupa akan asas-asas tauhid yang menjadi panduan dan sempadan antara iman dan kufur. Mereka ini secara mutlak memberikan kebenaran menisbahkan kalimah Allah walaupun kepada tuhan ciptaan manusia yang bathil lagi sesat. Sedangkan bagi golongan kafir, kalimah Allah ini boleh disebut apabila merujuk kepada Allah yang Esa. Bukan kepada tuhan yang ada anak , bukan kepada tuhan yang ada isteri, bukan tuhan yang ada bentuk dan persamaan seperti makhluk. Maka disini ingin dipertegaskan bahawa, merujuk kalimah Allah kepada konsep ketuhanan yang sesat adalah perlu dielakkan sama sekali.

Malangnya ada dikalangan muslim, tetapi mukminnya adalah palsu. Dikhuatiri nanti tidak ada rasa takut akan taat kepada Allah melainkan takut kepada sokongan manusia.

Ia juga bukan mustahil. Ia telah diperjelaskan oleh Allah di dalam kitabnya yang Maha Agung. Betapa Allah telah memperincikan sikap sebenar mereka yang tidak dapat dibongkar oleh akal dan hati manusia melainkan setelah disingkap oleh Allah sebagai peringatan kepada orang-orang Mukmin yang muttaqin. Firman Allah :

وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤ‌ۚ إِنَّكُمۡ إِذً۬ا مِّثۡلُهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡكَـٰفِرِينَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيعًا

”Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”,( Surah An-Nisaa’ : ayat 140)

Sedangkan meredhai akan keinginan Kristian Katholik menggunakan kalimah Allah merujuk kepada konsep keimanan yang mereka imani, seolah meredhai perbuatan mereka mendua atau mentigakan Allah sedangkan ia amat bercanggah dengan kaedah-kaedah ilmu tauhid.

Marilah kita renung dan meneliti sejenak tentang sifat lawan kepada sifat wahdaniah Allah sebagaimana yang disebut dalam matan Ummul Barahin karangan Imam Muhammad As-Sanusi yang menyebut:

وَيَسْتَحِلُ عَلَيْهِ تَعَالَى أَنْ لاَ يَكُوْنَ وَاحِدًا بِأَنْ يَكُوْنَ مُرَكَّبًا فِيْ ذَاتِهِ أَوْ يَكُوْنَ لَهُ مُمَاثِلٌ فِيْ ذَاتِهِ أَوْ صِفَاتِهِ أَوْ يَكُوْنَ مَعَهُ فِيْ الْوُجُوْدِ مُؤَثِرٌ فِيْ فِعْلٍ مِنَ اْلأَفْعَالِ

Huraiannya:

Mustahil bagiالله berbilang-bilang dengan bahawa adala zat الله berjuzuk-juzuk (seperti berdaging, berdarah, bertulang dan berurat) atau ada baginya sebanding pada zatnya iaitu ada yang menyerupai الله pada zat atau sifatnya atau ada sertanya yang lain memberi kesan pada perbuatan daripada sekelian perbuatan seperti api boleh menghangus dengan sendiri yakni dengan tidak daripada perbuatan الله .

Kerana itulah wajib bagi kita beriktiqad bahawa wajib bagi Allah pada aqal kita bersifat wahdaniah atau esa dan tiada layak sekutu baginya. Ia juga bermaksud bahawa ke-Esa-an Allah itu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya dan aqal kita wajib tidak dapat menerima tuhan itu berbilang-bilang pada zat, sifat dan perbuatan.

Maka apabila Allah itu bersifat esa, wajib kita sebagai mukmin yang muttaqin menafikan bahawa adanya kepada Allah zat yang berbilang-bilang, menyerupai zat mahkluk, dan menyanamakan perbuatan makhluk dengan-Nya.

Berasaskan sedikit penerangan di atas, maka layakkah Allah dinisbahkan kepada Konsep ketuhanan bathil (Tuhan bapa – Tuhan Anak-RohulQudus) kristian ?

Maka atas dasar apakah kita tanpa segan silu menyokong apa yang mereka mahukan..?? Dan ada diantara kita yang cuba bersangka baik terhadap mereka lau menyatakan bahawa pihak kristian tidak akan menyalahgunakan kalimah jalalah ini, boleh percayakah kita betapa apa yang dimahukan oleh Kristian akan memberi kelebihan kepada Islam ? Lupakah kita peringatan Allah tentang sikap Yahudi dan Nasrani yang terpendam di dalam hati mereka sebagaimana firman-Nya :

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

"Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka, Katakanlah (kepada mereka): "sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang benar." dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan (tentang kebenaran) kepadamu, maka tiadalah Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."(Surah Al-Baqarah : ayat 120)

Tidakkah di sana ada sesuatu yang hendak dicapai oleh pihak kristian Katholik di Malaysia ini? Jika kita hanya ghairah dengan teori “jangan termakan dengan mainan politik musuh kita”, kenapa tidak kepada Kristian Katholik? Apakah Kristian Katholik tidak mengambil kesempatan langsung dengan suasana politik dewasa ini untuk kepentingan ajaran kristian ?

Apakah dengan sedikit pertolongan yang dikurniakan oleh Allah dengan undi non-muslim termasuk Kristian Katholik maka kita tidak semena-mena terus membuat keputusan menyokong membuta tuli tanpa merujuk panduan disiplin aqidah ?

Apakah hanya mahu menjaga hati mereka agar tidak terlepas undi kristian Katholik pada pilihanraya akan datang ? Apakah tawakkal kita hanya pada Allah atau strategi politik atau tawakkal kepada manusia ? Oleh itu eloklah kita muhasabah diri kita dengan peringatan Allah kepada manusia mukmin yang muttaqin agar tidak melakukan nifaq, firman Allah :

بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا

”Kabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih.”( Surah An-Nisaa’ : ayat 138)

ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ

فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا

”(iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan (di sisi orang kafir itu)? Maka sesungguhnya semua kekuatan adalah kepunyaan Allah..”(Surah An-Nsaa’ : ayat 139)

Yang paling menghairankan, ada dikalangan mereka tanpa segan silu melihat bahawa, keputusan mahkamah ini suatu pengiktirafan terhadap kewujudan Allah. Apakah kewujudan Allah itu perlu kepada pengiktirafan hatta menunggu keputusan mahkamah...???

Juga terdapat dikalangan mereka yang menjual kalimah ”dakwah” kononnya agar golongan Kristian tidak menjauhkan diri dengan Islam, bahakan kononnya apabila kristtian menggunakan Kalimah Allah maka akan ramai golongan kristian akan faham Islam ?

Ada juga dengan yakin mengatakan ini adalah hak asasi manusia, yang lebih teruk ada yang mengatakan ini bukan isu aqidah, yang terbaru ialah dengan mudah melaungkan slogan ALLAH UNTUK SEMUA ? Masya-Allah, Mudahnya kesimpulan ini dibuat oleh mereka yang megah dengan kelulusan akademik yang tinggi yang tidak lain menjadikan ianya lesen membenarkan apa yang dikatakan.

Bagaimana pula nanti apabila agama lain seperti Hindu dan Buddha yang juga menuntut untuk menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan Brahman dan Ghautama Buddha atas alasan cerdik pandai Islam yang terlebih cerdik dan dan terlebih pandai melaungkan slogan Allah Untuk Semua ? Mampukah cerdik pandai agama itu menjawabnya kelak jika ia berlaku ?

Berkawan dengan sesiapapun tidak menjadi masalah, bahkan memang dituntut oleh Islam untuk memberi gambaran yang baik terhadap Islam. Bahkan diharuskan parti politik Islam menjalinkan kerjasama politik dalam perkara yang tiada kaitan dengan dasar seperti menperjuangkan keadilan, Tetapi mengapa sehingga boleh menyamakan tuhan kita dengan dia..?? Takut dia tidak mahu berkawan dengan kita lagi, takut kita tidak disokong lagi, atau takut dia tidak undi kita lagi...?? Maka apakah kemenangan dan kekalahan itu mutlak milik strategi politik atau tawakkal kita selepas berusaha ? Lupakah kita ingatan Allah kepada kita :

ٱلَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمۡ فَإِن كَانَ لَكُمۡ فَتۡحٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ قَالُوٓاْ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡ وَإِن كَانَ لِلۡكَـٰفِرِينَ نَصِيبٌ۬ قَالُوٓاْ أَلَمۡ نَسۡتَحۡوِذۡ عَلَيۡكُمۡ وَنَمۡنَعۡكُم مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ فَٱللَّهُ يَحۡكُمُ بَيۡنَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ وَلَن يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لِلۡكَـٰفِرِينَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ سَبِيلاً

“(iaitu) orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) beserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman”.( Surah An-Nisaa’ : ayat 141)

Malah setelah diberikan hujah dan dalil betapa tidak layak bagi Kristian Katholik menggunakan kalimah Allah menggantikan makna god, terdapat suara-suara yang menempelak pandangan ‘ulamak yang kontra dengan mereka dengan memutar-belitkan perkataan-perkataan ulamak dengan cara yang amat tidak bertanggungjawab. Kononnya ulamak tidak pandai/reti berpolitik, tidak bijak, buat percaturan bodoh dan sebagainya. Sebagai peringatan kita bersama jangan sampai kita tergolong sebagaimana yang Allah sebutkan dalam firman-Nya :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ‌ۗ

أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ

“Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Apakah kami mahu beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu” (Surah Al-Baqarah : ayat 13).

Menghina ‘ulamak bukan perkara baru dan bukan juga perkara pelik dalam dunia ini. ‘Ulamak akan menjadi rujukan apabila berada dalam keadaan susah, namun apabila merasai sedikit kemenangan, mereka meninggalkan peranan ulamak dalam membuat ijtihad dan keputusan. Apa sahaja kesalahan akan disangkut di atas bahu ‘ulamak.

Hatta apabila ada ‘ulamak2 yang memberi peringatan bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah ALLAH boleh membawa kepada kufur pun dipermain-mainkan. Sebagai peringatan kita Allah telah tegaskan untuk kita mmperbetulkan diri kita agar tidak menjadi seperti mereka-mereka sebagaiman firman Allah :

أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬‌ۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَ‌ۚ قُلۡ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَالِ هَـٰٓؤُلَآءِ ٱلۡقَوۡمِ لَا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ حَدِيثً۬ا

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafiq) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?”(Surah An-Nisaa’ : ayat 78)

Rumusan Artikel Siri 1 dan 2
Akhirnya, tulisan ini bukanlah mahu menghina sesiapa hanya sekadar peringatan kepada kita bersama agar segala tindakan dan kenyataan kita tidak terkeluar daripada batas-batas iman dan kufur dan berwaspada dengan tingkah laku golongan munafiq dan yang paling penting agar diri kita tidak diselubungi sifat-sifat munafiq seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Qur’an. Golongan munafiq ini wujud sama ada di sebelah pihak menyokong atau membantah. Yakinlah bahawa golongan itu memang wujud.

Namun biarlah sokongan kita dengan meletakkan syarat yang nyata, iaitu hendaklah kalimah Allah itu merujuk kepada zat Allah yang esa dan bukan kepada konsep ketuhanan yang bathil. Begitu juga biarlah bantahan kita itu atas dasar tauhid dan kerana makrifah kita dengan Allah dan bukan mengambil kesempatan untuk kepentingan politik asabiyyah jahiliyyah.

Moga-moga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang sedikit ini agar benar-benar berpendirian atas dasar iman dan taqwa, seterusnya mendapat keredhaan Allah atas segala amalan yang kita lakukan di dunia ini dan madapat rahmat Allah di akhirat nanti, wallahu a’lam.- intaha

Tiga Suspek Penyerang Gereja Ditahan Polis

Tiga Suspek Penyerang Gereja Ditahan Polis

An Egyptian guard sits with his gun a day after clashes between Coptic Christians and Egyptian police in the town of Naga Hamadi, Qena province, about 40 miles (64 kilometers) from the famous ancient ruins of Luxor, Egypt, Friday, Jan. 8, 2010. The three suspects in a drive-by shooting on Christmas Eve that killed six Christians in southern Egypt gave themselves up to police Friday after being surrounded by security forces, the state media reported. The gunmen opened fire on a crowd of worshippers leaving a church in the town of Naga Hamadi, Wednesday night, the day before Egypt's orthodox Coptic Christians celebrate Christmas. (AP Photo/ Tara Todras-Whitehill)

Egyptian riot policemen stand guard a day after clashes between Coptic Christians and Egyptian police in the town of Naga Hamadi, Qena province, about 40 miles (64 kilometers) from the famous ancient ruins of Luxor, Egypt, Friday, Jan. 8, 2010. The three suspects in a drive-by shooting on Christmas Eve that killed six Christians in southern Egypt gave themselves up to police Friday after being surrounded by security forces, the state media reported. The gunmen opened fire on a crowd of worshippers leaving a church in the town of Naga Hamadi, Wednesday night, the day before Egypt's orthodox Coptic Christians celebrate Christmas. (AP Photo/ Tara Todras-Whitehill)

Egyptian riot police take position as a curfew is imposed in the southern Egyptian town of Nagaa Hamady, in Qena, 700 km (435 miles) south of Cairo, January 8, 2010. Separate protests by Muslim and Christian groups broke out in southern Egypt on Friday after six Coptic Christians and a Muslim policeman were killed in a drive-by shooting on Wednesday, security sources said.

An Egyptian man walks past two destroyed vehicles at hospital a day after clashes between Coptic Christians and Egyptian police in the town of Naga Hamadi, Qena province, about 40 miles (64 kilometers) from the famous ancient ruins of Luxor, Egypt,  Friday, Jan.8, 2010. The three suspects in a drive-by shooting on Christmas Eve that killed six Christians in southern Egypt gave themselves up to police Friday after being surrounded by security forces, the state media reported. The gunmen opened fire on a crowd of worshippers leaving a church in the town of Naga Hamadi, Wednesday night, the day before Egypt's orthodox Coptic Christians celebrate Christmas.

Egyptian Parliament member, Fathi Qandil (C), calms onlookers surrounding a police van as police detain Coptic Christians found carrying acid that they said could be used as weapons, in the southern Egyptian town of Nagaa Hamady, in Qena, 700 km (435 miles) south of Cairo, January 8, 2010. Separate protests by Muslim and Christian groups broke out in southern Egypt on Friday after six Coptic Christians and a Muslim policeman were killed in a drive-by shooting on Wednesday, security sources said.

Egyptian plainclothes police officers detain protestors during clashes between Coptic Christians and Egyptian police in Qena province, about 40 miles (64 kilometers) from the ancient ruins of Luxor, Egypt, Friday, Jan. 8, 2010. The three suspects in a drive-by shooting on Christmas Eve that killed six Christians in southern Egypt gave themselves up to police Friday after being surrounded by security forces, the state media reported.

An Egyptian man stands near a damaged shop a day after clashes between Coptic Christians and Egyptian police in the town of Naga Hamadi, Qena province, about 40 miles (64 kilometers) from the famous ancient ruins of Luxor, Egypt,  Friday, Jan. 8, 2010. The three suspects in a drive-by shooting on Christmas Eve that killed six Christians in southern Egypt gave themselves up to police Friday after being surrounded by security forces, the state media reported. The gunmen opened fire on a crowd of worshippers leaving a church in the town of Naga Hamadi, Wednesday night, the day before Egypt's orthodox Coptic Christians celebrate Christmas.

Polis Mesir berkas tiga suspek penyerang gereja Koptik

KAHERAH 8 Jan. – Polis hari ini memberkas tiga suspek dalam kejadian tembakan pada sambutan Krismas yang membunuh enam penganut Kristian Koptik dan mengejutkan kumpulan minoriti itu di negara ini.

Pihak berkuasa telah mengepung dan mencari suspek di sebuah ladang tebu di selatan Mesir di mana kumpulan lelaki bersenjata menembak mati enam penganut Kristian yang pulang dari sambutan Krismas dipercayai bersembunyi, lapor media negara hari ini.

“Polis menahan mereka di sebuah ladang tebu.” kata seorang pegawai kepada pemberita.

Agensi berita MENA memetik sumber keselamatan lewat semalam yang mengatakan penemuan kereta yang digunakan dalam kejadian ngeri itu dan mengenal pasti tiga dalang serangan.

Tiga orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penganut Kristian Koptik yang sedang meninggalkan sebuah gereja di bandar Nag Hamadi, 64 kilometer dari utara kawasan tinggalan sejarah Luxor.

Seorang pengawal beragama Islam turut terbunuh sementara sembilan yang lain cedera dengan tiga daripadanya berada dalam keadaan serius.

Polis telah mengenal pasti dalang serangan sebagai tiga individu yang mempunyai rekod jenayah lampau dan percaya serangan mempunyai kaitan dengan kes rogol seorang gadis Islam oleh lelaki Koptik di perkampungan Farshut berdekatan pada November lalu.

Penduduk Islam bertindak balas terhadap insiden itu dengan membakar kedai milik Koptik dan mengepung balai polis tempat suspek ditahan.

Beribu-ribu penganut Kristian melancarkan protes semalam malah menyerang polis dan ambulans kerana mendakwa komuniti mereka telah didiskriminasi.

Penganut Kristian, kebanyakannya Koptik Ortodoks, meliputi kira-kira 10 peratus daripada 80 juta penduduk Mesir. Mereka meraikan Krismas pada 7 Januari setiap tahun.

Mereka biasanya hidup aman dengan orang Islam walaupun pertempuran dan ketegangan kerap berlaku, terutamanya di selatan Mesir berhubung pertikaian tanah atau perbalahan mengenai pembinaan gereja. – AGENSI

Pemuda MCA: Mesej PM tidak jelas

Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen membidas penceroboh gereja kerana menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia, malah menggesa Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk memberi arahan segera, supaya melarang sebarang aktiviti demonstrasi atau kelakuan protes yang ektrem. Jikalau tidak, semangat "1Malaysia" yang disarankan beliau hanyalah bahan sindiran semata-mata, katanya.

Chai Kim Sen (gambar kiri) juga menyelar mereka yang terlibat dalam kes pencerobohan gereja, kerana tindakan sedemikian bukan sahaja bagaikan peperangan terhadap orang yang tidak seagama, malah juga peperangan terhadap kesejahteraan Malaysia. Beliau juga menyifatkan bahawa tindakan ini tidak rasional.

Chai Kim Sen menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bertenang, dan tidak memburukkan keadaan pada masa kini.

Chai Kim Sen berkata, pencerobohan gereja dengan sengaja ini telah dikaitkan dengan pertubuhan Islam, terutamanya mereka yang mendakwa akan mengadakan demonstrasi. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, maka hubungan harmoni yang terjalin antara agama di Malaysia dalam setengah abad yang lalu akan terjejas.

"Malaysia bukan negara yang huru-hara, juga bukan seperti di Timur Tengah yang tiada keamanan antara agama dengan agama lain. Ini kali pertama di Malaysia di mana rumah ibadat dicerobohi secara berturutan. Ia menjejaskan imej Malaysia di global, dan juga satu sindirian terbesar buat semangat '1Malaysia'," katanya.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau mendakwa Najib belum memberi mesej yang jelas, sekadar dengan kenyataan "kerajaan tidak dapat halang demonstrasi". Hujah ini telah diputar belit oleh mereka yang berniat jahat, dengan menganggap sebarang bentuk protes direstui kerajaan, malah dengan sewenang-wenangnya melancarkan kegiatan protes yang lebih ekstrem.

"Saya berharap Najib segera menurunkan arahan untuk menghalang sebarang aktiviti protes, dan menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang terlibat. Seandainya keadaan sedemikian tidak dihentikan daripada menular secara berleluasa, saya khuatir keadaan hilang kawal. Teladan baik oleh Malaysia dalam hubungan antara kaum dan agama, akan musnah sekelip mata. "

Chai Kim Sen juga Timbalan Presiden Perhubungan MCA Wilayah Persekuatuan, beliau menggesa agar polis memperbanyakkan rondaan di gereja sekitar kawasan Lembah Klang, untuk mengelakkan keadaan lebih banyak gereja diceroboh. Pada masa yang sama, beliau berharap kerajaan menangkap mereka yang terlibat, dan menghalang isu daripada merebak.

*Kenyataan media oleh Chai Kim Sen selaku Setiausaha Pemuda MCA dalam bahasa Cina, diterjemahkan.