Jumaat, 8 Januari 2010

Munafiq : sayang kalimah Allah tapi tolak hukum Allah

Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Ceritanya di sini

Tetapi, kenapa dia tidak pernah menitiskan air matanya atau tersedu-sedu tatkala melihat perilaku para pembesar negara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara @ Tugu Negara dimana mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan , perbuatan itu adalah haram dan menyalahi akidah.

Hoi mangkuk! lebih baik kau gi baca khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah' itu kepada PM Najib dan juga Pak Lah Imam Hadhari itu!

Dan sejak bilakah kerajaan Satu Malaysia ini mengguna pakai fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ?

Agung titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat-tempat ibadah tanpa mengira kaum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Seri Paduka menzahirkan harapan itu memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

“Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,” titah Tuanku Mizan.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. — Bernama

Malaysia's 'First Lady' versus the US First lady

Compare these pictures of Prime Minister Najib Tun Razak and Malaysia's 'First Lady' visiting Tun Dr Mahathir Mohamad in hospital and America's President and the First Lady at a recent halloween party. Now that is what I call a FIRST LADY. It sort of wants to make you migrate to the US. (Thought I would offer you some comic relief with all this church-burning tension going around).

Raja Petra Kamarudin

Najib Kata "Rakyat Tak Marah".....Malah makin sayang kat Big Mama.....


"Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol) nanti," katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini hari ini.

Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah 'munasabah' kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada. "Kalau ada laluan sesak, cepat-cepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

"Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Sumber: Bernama

Perghhh... 01 January 2010 Kera...jaan bagi hadiah harga gula, lepas tu kenyataan terbaru semalam dalam bulan Mei 2010 ada makanisme baru untuk petrol pula. Hari ini PM 1Malaysia dah bagitau akan umumkan pula harga baru toll.



Dari kenyataan akhbar dia tu... macam poyo2 jer... "Rakyat takkan Marah", hmmm... ada yang nak kena sula nih....

Oh... dak aaaiihhhh.... rakyat tak marah... rakyat suka... suka sesangat... apa lagi harga yang nak di naikkan... naikkan lagi tinggi2... biarkan rakyat yang semakin terhimpit bertambah terhimpit dan jatuh miskin... yang miskin pulak... terus mati kebuluran... tak cukup makan... baguih sunguh dapat PM yang mementingkan kesejahteraan rakyat ni....

Kata gua: "Kepala Pak Hannnng"....

2010 - Tahun Sembelih Rakyat.....

Nota: 2 perkataan berbeza, Mekanisme - sesuai pada Rakyat dan Makanisme - sesuai pada Kera..jaan.

Gambar Dua Perhimpunan Yang Berbeza…Dimanakah kita......!

A protester holds a placard in protest of Egypt delaying an international aid convoy to enter the Gaza Strip, during a demonstration outside the Egyptian embassy in Kuala Lumpur January 8, 2010.

A protester holds a placard in protest of Egypt delaying an international aid convoy to enter the Gaza Strip, during a demonstration outside the Egyptian embassy in Kuala Lumpur January 8, 2010.

Himpunan Bantah Mersir 8/1/2010

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Muslim demonstrators hold banners during a protest against a court decision that allows a Catholic newspaper to use the word "Allah" to describe the Christian God in its Malay language editions, after Friday prayers outside the National Mosque in Kuala Lumpur January 8, 2010. The white banner (front) reads: "It is not only our heads that they are stepping, but they are making fun of Allah too!!! Holy War! Holy War! Allah Is Great! Allah Is Great! Allah Is Great!."

Muslim demonstrators hold banners during a protest against a court decision that allows a Catholic newspaper to use the word "Allah" to describe the Christian God in its Malay language editions, after Friday prayers outside the National Mosque in Kuala Lumpur January 8, 2010. The white banner (C) reads: "It is not only our heads that they are stepping, but they are making fun of Allah too!!! Holy War! Holy War! Allah Is Great! Allah Is Great! Allah Is Great!."

Muslims watch demonstrators (not in picture) protesting against a court decision that allows a Catholic newspaper to use the word "Allah" to describe the Christian God in its Malay language editions, after Friday prayers at the balcony of the National Mosque in Kuala Lumpur January 8, 2010.

Muslims protest outside a mosque in central Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Jan. 8, 2010. Three Malaysian churches were attacked with firebombs, causing extensive damage to one, as Muslim worshippers pledged Friday to prevent Christians from using the word "Allah," escalating religious tensions in this multi-racial country. Many of the country's Malay Muslims, who make up 60 percent of the population, are incensed by a recent High Court decision to overturn a ban on Roman Catholics using "Allah" as a translation for God in the Malay-language edition of their main newspaper, the Herald.

Muslims hold placards up outside a mosque following Friday prayers in central Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Jan. 8, 2010. Three Malaysian churches were attacked with firebombs, causing extensive damage to one, as Muslim worshippers pledged Friday to prevent Christians from using the word "Allah," escalating religious tensions in this multi-racial country. Many of the country's Malay Muslims, who make up 60 percent of the population, are incensed by a recent High Court decision to overturn a ban on Roman Catholics using "Allah" as a translation for God in the Malay-language edition of their main newspaper, the Herald.

Malaysian Muslims shout slogans during a protest against the use of the word "Allah" by non-Muslims after Friday prayer at National Mosque in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Jan. 8, 2010. Three Malaysian Christian churches were attacked with firebombs Friday, causing extensive damage to one and sharply escalating religious tensions in the country over the use of the word "Allah" by non-Muslim minorities.

A Muslim demonstrator holds a placard during a protest against a court decision that allows a Catholic newspaper to use the word "Allah" to describe the Christian God in its Malay language editions, after Friday prayers outside a mosque in Kuala Lumpur January 8, 2010. The placard says "Don't Challenge Islam, Please Respect Islam."

A Muslim demonstrator displays a placard to members of the media during a protest against a court decision that allows a Catholic newspaper to use the word "Allah" to describe the Christian God in its Malay language editions, after Friday prayers outside a mosque in Kuala Lumpur January 8, 2010. The placard says "Allah is One, Not Two, Not Three, Not Four. Allah Is One And Only."

A Muslim walks past a banner reading "Unite for Islam" at National Mosque in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Jan. 8, 2010. Three Malaysian Christian churches were attacked with firebombs Friday, causing extensive damage to one and sharply escalating religious tensions in the country over the use of the word "Allah" by non-Muslim minorities.

Himpunan Bantah Penggunaan Nama Allah Dalam Akhbar Mingguan Herald

Gambar – AP Photo And Reuters Pictures

Sokong Dan Berbantah-bantah - Di mana kita..?

Oleh : Ustaz AB alBanjary
Dengan tidak semena-mena, berduyun manusia ghairah berkumpul semata untuk menunjukkan perasaan marah dan tidak setuju mereka terhadap pengunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian Katholik. Anehnya mereka-mereka ini sejak zaman laungan merdeka lagi, lebih banyak tidak peduli daripada mengambil perhatian terhadap isu aqidah Islam. Peliknya juga mereka dari golongan ini jugalah yang pernah mencadangkan agar nama Islam diharamkan penggunaannya oleh mana-mana badan pertubuhan.


Gambar hiasan : Foto bantahan Isu guna kalimah Allah di sebuah Masjid di Selangor petang tadi. Ratusan yang hadir turut membawa sepanduk dan kain rentang.

Kini mereka pula, pada zahirnya penuh bersemangat membantah kalimah Allah digunakan oleh Kristian Katholik. Maka adalah memang benar kalimah Allah itu tida layak digunakan oleh sesiapun sekiranya dinisbahkan kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan sifat ke-esa-an Allah itu apatah lagi dengan apa-apa konsep ketuhanan yang sesat lagi menyesatkan.

Justeru, apakah mereka-mereka yang membantah ini benar-benar marah kerana mempertahankan ke-Esa-an Allah atau buat-buat marah supaya mereka digelar orang sebagai pembela agama?



Sikap seorang muslim apabila disebutkan kalimah Allah, akan menjadi takut dia kepada Allah. Takut kepada Allah diistilahkan sebagai taqwa. Orang yang takutkan Allah digelar Muttaqin. Adapun sebelum seseorang itu menjadi muttaqin, mestilah dia dikalangan orang yang beriman dahulu. Orang yang beriman digelar mukmin. Mukmin pula mestilah di kalangan orang yang menerima Islam sebagai cara hidupnya. Orang Islam digelar muslim. Tidak mukmin seseorang itu kalau dia bukan Muslim. Seseorang itu tidak dikira muttaqin jika dia bukan Mukmin.

Iman itu percaya dan ta’at dengan sebenar-benarnya akan perintah Allah Ta’ala. Taqwa pula takut dia untuk melakukan larangan Allah dan takut dia jika tidak melakukan apa yang Allah suruh keatas dia. Jelas di sini iman dan taqwa tidak boleh dipisahkan. Hanya manusia yang takut saja akan ta’at perintah tuhannya. Sebab itulah apabila mereka ini diserukan nama Allah kepada mereka, mereka menjadi gentar dan takut, kerana merasa dirinya seperti ada arahan Allah yang dia tidak laksana dan larangan Allah yang dia kerjakan. Seperti mana firman Allah Ta’ala :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ

وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.”(Surah Al-Anfaal : ayat 2)

Namun disana ada lagi satu spesis manusia yang muslim tetapi tidak mukmin. Manusia spesis ini hanya mengaku dirinya muslim tetapi di dalam hati sanubarinya tidak takut kepada arahan Allah. Mereka hanya menyatakan bahawa mereka juga adalah pejuang agama, pejuang Islam, berjuang mempertahankan Kalimah Allah, namun malangnya, mereka hanya mempertahankan lafaz bukan makna. Mereka hanya menyatakan keIslaman dan keimanan di lidah namun ingkar dihatinya. Perbuatan enyembunyikan kufur dan menzahirkan dipanggil nifaq. Orang yang melakukan perbuatan nifaq dipanggil Munafiq. Bahkan Allah menurunkan satu surah khusus dinamakan Surah Al-Munafiqun. Ia menunjukkan betapa antara musuh di kalanga masyarakat Islam ialah munafiq. Ianya tidak mustahil, kerana Allah telah membongkar isi hati mereka yang sebenar di dalam kitabnya yang maha lengkap. Sepertimana firman Allah :

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ

“Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman” .( Surah Al-Baqarah : ayat 8)

Orang yang takut kepada sesuatu adalah orang yang kenal kepada benda yang dia takuti. Semua orang tahu dan kenal sifat dan perangai Harimau dan Kucing. Sebab kenal dan tahu sifat harimaulah seseorang itu takut untuk ke hutan. Ada orang ingat kucing sifatnya makan orang macam harimau. Jelaslah dia tidak kenal akan hakikat kucing itu. Jika dia kenal, dia tidak setakut itu.

Orang yang takutkan Allah, maka dia mestilah kenal sifat-sifat Allah yang maha sempurna. Dia amat tahu betapa Allah akan memberi azab sebagai balasan ke atas perbuatan ingkar kepada Allah. Dan dia tahu betapa Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.

Kita ingin lihat apakah mereka yang sokong dan bantah ini, apakah benar-benar kerana mereka kenal akan Allah…? Atau bantah kerana semata-mata mahu mencipta sentiment yang boleh menjadi keuntungan politik perkauman mereka, atau menyokong sepenuhnya semata-mata mahu menjaga hati pengundi?

Persoalannya ialah, apakah mereka yang membantah ini kerana mereka kenal akan segala sifat kesempurnaan bagi Allah yang wajib, mustahil dan harus bagi aqal kita sepertimana yang termaktub di dalam perbahasan-perbahasan ilmu tauhid..? Apakah mereka membantah ini atas kesedaran yang lahir dari aqidah tauhid mereka..?

Sekiranya mereka benar-benar membantah atas kesedaran tauhid, maka kehidupan mereka mestilah tunduk dibawah arahan Allah dan Rasul-Nya. Iman dan taqwa memberi kesan dalam corak perjalanan hidupnya. Iman dan taqwa bukan sekadar di mulut yang melaungkan slogan dan bantahan sahaja. Iman dan taqwa itu mesti memberi kesan terhadap setiap tindak-tanduk, gerak-geri, sikap dan pemikiran seseorang itu, berdasarkan apa yang Allah gariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Adalah pelik apabila, seseorang itu, yang mana hidupnya dicorakkan dengan unsur penolakan arahan dan suruhan Allah, sedangkan Allah mengarahkan setiap yang beriman kepadanya untuk mempertahankan apa yang telah diwahyukan-Nya, dan dia selama ini tidak pernah patuh pun kepada-Nya, bukankah di sana ada percanggahan mempertahankan nama tuhan dalam masa yang sama menolak suruhan tuhan yang dipertahankan namanya. Bukankah pelik…??? Katakanlah seseorang itu amat meluat dan benci kepada si fulan, namun di hadapan orang lain di menafikan sikap meluat dan bencinya itu dan menaikkan nama si fulan itu. Kebetulan pula orang lain itu orang yang kenal baik dengan si fulan ini . Tidakkah di sana seperti ada sesuatu yang hendak dituntut dari orang lain atas perbuatannya itu sedangkan dia sendiri tidak suka kepada si fulan ini…???

Kerana itulah kita mesti berhati-hati dengan telatah mereka ini sebagaimana firman Allah :

يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ

“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar”( Surah Al-Baqarah : ayat 9)

Membantah atas dasar mencipta sentiment perkauman sempit dan mencari sokongan manusia mukmin bukan perkara baru. Ia perkara lama yang diwarisi dari golongan munafiq lama oleh generasi munafiq baru. Perkara ini dapat dibuktikan dengan firman Allah :

وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ

قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ

“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman.” Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”( Surah Al-Baqarah : ayat 14)

Kemudian Allah menegaskan :

ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ

“Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka”( Surah Al-Baqarah : ayat 15)

Golongan munafiq yang berpura-pura membantah juga hanya bertujuan hendak merancang strategi baru menewaskan golonga-golongan pejuang mukmin yang muttaqin, juga mereka yang membela keadilan dan kebenaran bersama orang-orang mukmin. Mereka dengan penuh semangat melaungkan lafaz mempertahan kalimah Allah dan Islam, tetapi pada hakikatnya, selepas daripada itu, mereka mengambil kesempatan terhadap suasana ini untuk berbincang strategi baru untuk menjatuhkan Islam. Firman Allah :

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ۬ فَإِذَا بَرَزُواْ مِنۡ عِندِكَ بَيَّتَ طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۡہُمۡ غَيۡرَ ٱلَّذِى تَقُولُ‌ۖ وَٱللَّهُ يَكۡتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ‌ۖ فَأَعۡرِضۡ عَنۡہُمۡ وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلاً

”Dan mereka (orang-orang munafiq) mengatakan: “(Kewajiban kami hanyalah) taat”. Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari (mengambil keputusan) lain dari yang telah mereka katakan tadi. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung” (Surah An-Nisaa’ : ayat 81)

Dan ketika mereka bersungguh-sungguh memperlihatkan diri mereka sebagai pejuang agama dan mempertahankan kalimah Allah, ita akan melihat mereka keluar dengan penampilan seolah mukmin, malaungkan kalimah-kalimah suci sambil bertakbir. Namun malang, Allah Ta’ala telah memperingatkan kita betapa pada hakikatnya seperti sebatang kayu yang disandarkan di dinding sahaja.

Pendirian mereka tidak kukuh, tidak kukuh sekukuhnya pohon yang tinggi bertunjangkan iman. Kekuatan iman dan aqidah mereka amatlah lemah, kerana hanya dengan sedikit gegaran, kayu yang bersandar itu pun tumbang menyembah bumi. Sebaliknya bagi mereka yang kenal sungguh-sungguh akan Allah, pastilah iman mereka kukuh, tidak akan tumbang walau sekuat mana gegaran yang terjadi. Firman Allah :

وَإِذَا رَأَيۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ أَجۡسَامُهُمۡ‌ۖ وَإِن يَقُولُواْ تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡ‌ۖ كَأَنَّہُمۡ خُشُبٌ۬ مُّسَنَّدَةٌ۬‌ۖ يَحۡسَبُونَ كُلَّ صَيۡحَةٍ عَلَيۡہِمۡ‌ۚ هُمُ ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡ‌ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka ini boleh berpaling (dari kebenaran)? ( Surah Al-Munafiqun : ayat 4)

Dan demikianlah sikap dan pendirian sebenar golongan ini apabila tiba-tiba bangun mempertahankan Islam dan Kalimah Allah. Kerana ramai dikalangan mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan golongan mereka sahaja. Adapun bagi orang-orang yang beriman serta takut dan ta’at kepada perintahnya, mereka akan berpendirian betapa Kalimah Allah itu hanya layak dinisbahkan kepada segala sifat ke-Esa-an-Nya. Tidak tidak sama sekali boleh dinisbahkan kepada konsep-konsep ketuhanan yang sesat lagi bathil. Bersambung..

Penggunaan kalimah “ALLAH” - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja katholik mengguna-pakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan ALLAH adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama ?. Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu di fahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab ?. Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini ?. Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat islam di serata dunia yang terdiri dari berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah di sebut oleh orang arab atau pengguna bahasa arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut yahudi, kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:

61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

Firman Allah bermaksud:

63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah bermaksud:

25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah bermaksud:

38. Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Firman Allah bermaksud:

9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Firman Allah bermaksud:

87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (Adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD dan LORD; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al Asma Al Husna) . Imam Al Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al Asma Wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu baginya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadanya. Perkataan ALLAH itu daripada perkataan AL-ILAH dengan menambah AL kepada perkataan asal ILAH yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila di letakkan Alif dan lam (AL) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka di sebut ALLAH. Penambahan Al dalam bahasa arab bertujuan makrifah (yang di kenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu berbilang tuhan” .

Al Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:

64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran Tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang di halalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan ALLAH sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama-sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang di amal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah ALLAH di hadapan umat Islam.

Iman ‘Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun :

(Kalimahnya benar , tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah ALLAH adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah ALLAH. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah yang bermaksud :

108. Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

Wallahua’alam.

7 Januari 2010

PAS: Kerajaan perlu ajak parti politik, NGO runding isu kalimah ‘Allah’

PETALING JAYA, Jan 8 – PAS mahu kerajaan mengadakan perbincangan menyeluruh membabitkan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari penyelesaian muktamad berhubung polemik penggunaan kalimah “Allah” oleh akhbar mingguan Katolik Herald.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat pihak berkuasa sewajarnya sudah memulakan langkah ke arah itu sekarang membabitkan kesemua pihak lebih-lebih lagi dengan perkembangan semasa yang menyaksikan tindakan menyerang tiga gereja di Lembah Klang sejak tengah malam tadi.

“Kami di PAS bersedia untuk berunding dengan mana-mana pihak sama ada Kristian ataupun masyarakat Melayu, kita sedia untuk berbincang untuk membincangkan isu ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau usaha perlu diambil sekarang agar masalah yang wujud pada hari ini tidak berulang lagi pada masa-masa akan datang.

Petang tadi beberapa pertubuhan Islam akan mengadakan perhimpunan protes di ibu negara dan di seluruh negara berhubung keputusan mahkamah membenarkan Herald menggunakan perkataan “Allah” dalam terbitannya.

Perhimpunan itu diadakan di sebalik tindakan membakar tiga gereja masing-masing satu di ibu negara dan dua di Petaling Jaya.

Sehubungan itu kata beliau kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kejadian hari ini.

“Kerajaan perlu memikul tanggungjawab penuh dengan keadaan hari ini,” katanya.

Awal minggu ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah “Allah” tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan dan lunas perundangan semata-mata.

Menurut beliau, undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan.

“Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,” kata beliau yang pernah mengetuai portfolio Kementerian Dalam Negeri.

Pada Dis 31, Hakim Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya setelah beliau berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dan ia bukan eksklusif kepada umat Islam.

Inkues Ditangguh, Beri Laluan Kes Raub Hina Mahkamah Terlebih Dulu

Inkues mendiang Teoh Beng Hock sekali lagi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada kes menghina mahkamah oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani didengar terlebih dahulu pada 15 Januari ini.

Hakim Mahkamah Koroner Azmil Muntapha Abas semalam mengarahkan supaya prosiding terhadap Raub dijalankan terlebih dahulu berikutan keluarga Teoh memfailkan permohonan itu.

Pada 1 Januari lalu, Raub memfailkan laporan polis terhadap pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand ekoran tersiarnya sebuah artikel bertajuk "Pornthip sahkan Beng Hock mati dibunuh" di akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

Para peguam Teoh, Karpal Singh dan Gobind Singh Deo memfailkan permohonan menghina mahkamah di bawah Seksyen 5, Akta Kesaksian, Penculikan dan Ugutan 1947.

Dalam laporan polis, Raub mendakwa Dr Pornthip telah "membocorkan" maklumat kepada orang-orang yang tidak layak memperolehinya mengenai laporan forensik ke atas bedah siasat kali kedua pada 22 November
lalu.

Mereka juga memfailkan permohonan bagi mendapatkan laporan-laporan polis yang dibuat oleh pegawai-pegawai SPRM dan supaya mahkamah juga boleh memperolehinya.

Hakim mengarahkan supaya peguam SPRM, Abdul Razak Musa menyerahkan laporan-laporan itu di mahkamah hari ini.

Dr Shahidan Md Noor menyerahkan laporan bedah siasatnya di mahkamah semalam. Bagaimanapun laporan bedah siasat kedua daripada Dr Pornthip dan laporan daripada patologi British, Dr Peter Vanezis belum diserahkan lagi.

Gobind berkata, "laporan polis yang dibuat oleh Raub berupa ugutan. Ekoran dari itu, Dr Pornthip berkemungkinan tidak akan hadir untuk memberi keterangan pada ikues ini. Oleh itu, prosiding menghina mahkamah hendaklah didengar terlebih dahulu."

Beliau berkata, integriti sistem kehakiman di Malaysia menjadi persoalan jika Dr Pornthip gagal hadir kerana takut akan akibatnya daripada tindakan peguam negara dan pihak polis ekoran dari laporan itu.

"Kami telah diberitahu oleh para peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor bahawa Dr Pornthip telah dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan sama ada beliau harus datang ke Malaysia," tambah beliau. -FMT

Suruhanjaya Diraja Mampu Bersihkan Nama Dr. Mahathir, Abdullah

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad membazirkan wang kerajaan berjumlah RM100 bilion mengakibatkan bekas Perdana Menteri itu tidak dapat membersihkan namanya.

Dr. Mahathir berkata, penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi juga mengalami nasib sama berikutan keputusan itu dalam isu ke mana kerajaan di bawah pimpinannya membelanjakan RM270 bilion yang diterima daripada Petronas.

"Sekarang saya dan Abdullah tidak dapat membersihkan nama kami. Barry Wain sudah tentu sangat gembira. Dia boleh terus memfitnah sesiapa mengikut kesukaannya dan tiada apa-apa akan berlaku terhadapnya.

"Bagaimanapun saya disaman (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebanyak RM100 juta apabila saya mengulangi kepada media tentang keputusan mahkamah. Sekarang telah lebih tiga tahun dan kes itu masih belum selesai," katanya dalam blog popularnya, Che Det di sini hari ini.

Barry yang menetap di Singapura menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Berikutan itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Mahathir secara sinis mempertikaikan rasional kerajaan menghalang pengedaran buku tersebut.

Beliau yang telah membaca buku itu berpendapat, orang ramai wajar membacanya malah ia sepatutnya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

"Adalah baik orang ramai mengetahui apa pandangan Barry mengenai Malaysia, orang Melayu, Umno dan semestinya diktator hebat iaitu saya.

"Tiada negara yang lebih teruk, tiada bangsa yang lebih bersifat perkauman, tiada pihak lebih korup berbanding Malaysia, orang Melayu dan Umno. Dan semestinya tiada ketua kerajaan lebih menyalahgunakan kuasanya berbanding Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

"Benar-benar Malaysia patut kembali menjadi tanah jajahan British," katanya.

Four churches attacked - government powerless, says Najib

Najib Abdul Razak, Malaysia's prime minister, earlier said his government was powerless to stop the planned protests as long as protesters did not leave their mosques.

Al Jazeera

Four Christian churches in Malaysia have been attacked amid tensions over the use of the word "Allah" by non-Muslims in the country.

Attackers threw a molotov cocktail which failed to ignite at a church in the state of Selangor on Friday afternoon, media reports said.

The incident comes hours after a petrol bomb was thrown at a church in the capital, Kuala Lumpur, as well as attackers trying to set another two ablaze in a nearby suburb.

Police also recieved reports of cars displaying Christian symbols having their windscreens smashed in the suburb of Bangsar.

Hishammuddin Hussein, the home minister, appealed for calm and moved to assure religious groups in the country that "they are safe".

"I take the events that happened last night very seriously," he said.

"We want to assure the public that this was not a co-ordinated and well-planned action."

Ruling suspended

A Malaysian court had last week overturned a government ban on non-Muslims using the word "Allah" in their literature, allowing Roman Catholic newsletter, theHerald, to use the term to refer to God in the Malay language.

The judge has since suspended the implementation of the ruling, after the government appealed and the Roman Catholic church agreed to the suspension.

Muslim groups held protests after prayers on Friday against the court overturning the "Allah" ban, despite a warning from Musa Hassan, the country's police chief, advising organisers to "let this be handled by the court" and that he "will take action against anyone who acts to jeopardise national security".

Muslims in Malaysia argue that the "Allah" is exclusive to Islam, and its use by Christians would confuse Muslims.

But Catholic church officials say that for Christian indigenous tribes in East Malaysia, who are the main readers of theHerald's Malay-language edition, "Allah" is the only word they have known for God for decades.

Al Jazeera's Harry Fawcett, reporting outside a mosque in the suburb of Kampung Baru, said that protests were held within the mosque compound.

"There was a lively crowd, but not a huge one. Some of the protest organisers filed complaints to local officials over the use of the word Allah in Christian literature," he said.

Government powerless

Najib Abdul Razak, Malaysia's prime minister, earlier said his government was powerless to stop the planned protests as long as protesters did not leave their mosques.

Marina Mahathir, a board member of the Sisters in Islam organisation and the daughter of the former prime minister Mahathir Mohamad, told Al Jazeera that many Malaysians are "deeply disappointed as to how this issue has been manipulated".

"This issue goes beyond words and debate. I think many do not understand aspects of this religion, which is why there has been a lot of misinformation going around," she said.

Fire in Friday's first incident gutted the administrative office on the first floor of the three-storey Metro Tabernacle church, shortly after midnight.

Mohamad Sabtu Osman, the Kuala Lumpur police chief, said a witness saw four people on two motorcycles breaking the glass front of the church and throwing an incendiary object inside before fleeing.

Molotov cocktails were believed to be thrown into the compounds of two other churches in Petaling Jaya, just outside Kuala Lumpur, before dawn on Friday.

The attacks on the Assumption church and the Life Chapel caused minor damage, officials said.

Osman said there were no fatalities in the attacks and police were investigating, but added that it was premature to link the attacks on the churches to protests by Muslim groups over last week's court ruling.

Heightened security

Lawrence Andrew, editor of the Herald, said many churches had employed extra security guards amid protest threats as a precaution for fear that matters "may just blow up".

And police say they have stepped up security at churches nationwide following the attacks.

Musa, the police chief, said he had "instructed all patrol cars to patrol all church areas - we are monitoring all churches".

Najib, the prime minister, condemned the attacks "because they will destroy our country's harmony".

"The government will take whatever steps it can to prevent such acts," he said.

Salahuddin Ayub, a leader from the Islamic opposition party PAS, also condemned the attack, saying Islam does not allow followers to destroy houses of worship belonging to non-Muslims.

"Even during war, those who seek sanctuary in houses of worship cannot be killed or the buildings itself destroyed," he was quoted as saying by the Malaysian Insider website.

Azmi Sharom, a columnist and law professor at Universiti Malaya, told Al Jazeera that "the unrest is not surprising because of the fact that the government has been pandering to these kinds of people for a long time".

He said the government allowed some groups to protest when others were banned because the main ruling Umno party - which depends on the Malay/Muslim demographic to remain in power - was "unwilling to do anything which would seem to go against what they think is the Malay/Muslim desire".

"This is a noisy demographic and it is potentially dangerous for Umno to alienate them, so this will be a real test for Najib's administration," he said.

Kajian Kadar Baru Tol Di Peringkat Akhir - Najib ...!!! Lagi hadiah 1Malaya kepada rakyat.......

PETALING JAYA: Kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.

"Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol)nanti," katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini hari ini.

Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah 'munasabah' kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada.

"Kalau ada laluan sesak, cepatcepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

"Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata pembangunan lebuh raya adalah sangat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan penempatan dan kawasan perindustrian baru yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

"Saya percaya sistem lebuh raya kita dapat cetuskan kerancakan ekonomi di tahap tinggi kerana pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung kepada jaringan lebuh raya yang canggih dan berkualiti," katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian kadar baru tol itu terletak di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian, Shaziman berkata kementeriannya turut memberi input terhadap kajian tersebut.

Pada majlis yang sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program Permata Pintar Negara merasmikan pusat pembangunan kanak-kanak PLUS (PLUS CDC) yang memberi peluang kepada kakitangan syarikat itu menghantar anak masingmasing bagi mendapatkan pendidikan pada usia awal.

Ia mula beroperasi sejak Mei tahun lepas dan boleh menampung seramai 60 kanak-kanak dalam satusatu masa. PLUS CDC dilengkapi dengan ruang aktiviti yang luas, taman permainan kanak-kanak, kolam permainan pasir, ruang makan, katil mudah alih serta bilik sakit.

Persada PLUS berkeluasan lebih 9 hektar yang menelan belanja sebanyak RM108 juta terdiri daripada sebuah menara korporat setinggi sembilan tingkat yang turut memuatkan pusat kawalan trafik PLUS, mula beroperasi pada penghujung 2008. BERNAMA

Bakar Gereja Perbuatan Keji, Bercanggah Dengan Islam - Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyerang dan membakar tiga buah gereja di Lembah Klang awal pagi tadi bercanggah dengan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berkenaan yang sememangnya ditegah oleh Islam.

Malah menurut beliau, terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang melarang umat Islam daripada mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah sentiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tiga insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membenarkan perhimpunan aman di mana-mana masjid bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah.

Menurutnya, tindakan membenarkan perhimpunan bantahan mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

"Saya pelik bagaimana Perdana Menteri boleh benarkan perhimpunan bantahan mengenai isu agama, tapi beliau tidak benarkan jika rakyat berhimpun untuk nyatakan bantahan mengenai isu tuntutan rakyat seperti harga minyak.

"Sedangkan isu agama ini jika dibiarkan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut beliau, PAS sememangnya membantah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan tersebut, namun menyeru kepada semua rakyat agar lebih profesional dalam menangai isu ini.

"Kita memang bantah (guna kalimah Allah), tapi kita harap penyokong PAS dan semua rakyat lebih bersikap profesional dalam menghadapi isu yang sensitif seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam tindakan menyerang tiga buah buah gereja dalam kejadian awal pagi tadi.

Menurut beliau, Islam menggesa umatnya menghormati tempat beribadat agama lain.

"Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al-Quran, agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah ibadat penganut agama lain," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertenang dan tidak mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu ini.

"Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian dan sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit.

"Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik," katanya.

Gambar demo di hadapan kedutaan Mesir...ni baru betul demo

Ni baru betul demo...membantah tindakan Hosni Mubarak halang konvoi Viva Palestine




Gambar ehsan : Shamsul Iskandar

Bakar Gereja Kejadian Malang Yang Berulang

PERISTIWA pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di Taman Melawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya malam tadi sesuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.

Kejadian semalam bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiriskan hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahanag.

Rakyat negara ini mengutuk atas kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak?

Kini giliran gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa melakukannya kita kesal atas apa yang berlaku. Tidak seharusnya rumah ibadat di bakar!

Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik ke atas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun.

Apakah pembakaran itu disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Apakah itu puncanya. Kita tahu suhu dan darah orang Islam sejati dua tiga hari ini panas gara-gara isu berkenaan.

Pun begitu kita tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam. Orang Islam yang bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan rumah ibadat agama apa sekalipun.

Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan hgarapan untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini.

Zaman semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-apa perbuatan memusnhkan harta awam ianya akan dikaitkan dengan perbuatan jahat komunis. Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagpun komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.

Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian ke atas kejadian itu. Walaupun suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam memburukkan lagi keadaan.

Polis kena siasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari suasana yang timbul hari ini, maka berusahalah untuk mengatasi mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember lalu sebelum Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.

Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara malang ini tidak terjadi sebelum ini?

Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atau pun membuat ujian test merket atas apa tujuan sekali pun kerana ia sangat merbahaya. Dan atas semangat 1 Malaysia dan menerima kalimah Allah sebagai hak sejagat rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil!

Bagaimana Melayu Islam dimurtadkan...!!! Kenapa mereka tak ambil peduli..???

Mengapakah Komplek Gereja Kristian Terbesar akan dibina di Shah Alam di tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam? Adakah gereja ini akan digunakan nanti sebagai pusat mengkristiankan orang Melayu? Seperti yang kita sedia maklum sudah ada beberapa gereja seperti di Jalan Gasing, Petaling Jaya (berhampiran EPF) yang dibina khas untuk mengkristiankan orang Melayu. Ramai lagi yang akan murtad nanti kalau kita tidak tingkatkan bantahan kita.

Keputusan kerajaan UMNO-BN Dr Mahathir meluluskan pembinaan komplek gereja di Shah Alam tersebut di tengah-tengah kawasan Melayu tidak menghairankan. Bukankah Dr Mahathir , Hamid Othman dan pemimpin UMNO yang lain sentiasa memehak kepada orang-orang Melayu yang telah murtad.

Gereja terbesar di Asia itu telah dibenarkan oleh kerajaan Dr Mahathir untuk dibina ditengah-tengah kawasan Islam tetapi disebaliknya pula kerajaan UMNO-BN telah merobohkan satu surau kecil di pangsapuri Pandan Perdana, Ampang Kuala Lumpur dengan alasan, antara lainnya, kerana surau tersebut dibina dikawasan perumahan yang majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Dan kerajaan UMNO-BN dikatakan sudah pun meluluskan cadangan Malaysia Airports Berhad untuk merobohkan Masjid Lapangan Terbang Subang atas alasan hendak membina sebuah Convention Centre bagi Terminal 1 Subang Airport. Mengapa Convention Centre tersebut dibina di lapangan terbang Subang dan tidak pula di KLIA seperti yang sepatutnya.

Desas-desus mengatakan niat sebenar kerajaan Dr Mahathir hendak musnahkan rumah Allah ini adalah kerana masjid ini merupakan antara masjid-masjid yang sangat aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah Islamiah dan telah terus, tanpa takut dan gentar, mengadakan ceramah-ceramah oleh ulamak-ulamak yang inginkan pemerintahan Islam walau pun telah diberi amaran berulangkali oleh pihak berkuasa.

Dengan gejala murtad ini semakin berleluasa maka dipetek dibawah ini sebahagian dari rakaman kaset ceramah mengenai pendedahan ajenda Kristian untuk murtadkan orang Melayu yang diberi oleh saorang bekas Paderi kristian Melayu, En Salleh bin Omar agar dapat kita semua bayangkan dengan lebeh jelas lagi ancaman yang dihadapi oleh agama Islam kita, dan ancaman ini, terutamanya ancaman murtad menjadi begitu serius kerana Islam di Malaysia punyai musuh dalam selimut. Musuh Islam dalam selimut itu adalah Dr Mahathir dan UMNO.

(Ceramah En Salleh bin Omar, bekas Paderi)

Nama saya Salleh bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya berasal dari Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya menetap di Kedah, di Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Kami terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum, dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur, bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong Wanita Kristian seluruh Indonesia.

Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama satu bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua pendakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Melayu seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia .

Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah. Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan). Didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum, seminggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap, dan mendengar azan macam meletup telinga. Hal dakwah Islam tidak mahu.

Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victotia Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian- susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian: 1). Desakan hidup 2). Kurang agama

(Kaset ceramah bekas Paderi, En Salleh Omar maseh ada dijual)

En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982.

Setelah bertaubat dan kembali kepada Islam, En Salleh Omar telah dapat menarik semula 300-400 orang kembali kepada Islam. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid .

En Salleh Omar telah menceritakan bagaimana selepas mesyuarat 3 hari beliau hantar 6 orang pendakwah dan , tidak sampai sebulan 400 orang Melayu telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah, dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.

Cara untuk masuk Kristian Mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

En Salleh telah beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Seorang lagi bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat: 1). Tidak boleh hisap rokok 2). Tidak boleh minum arak 3). Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4). Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka didapati ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad akui tiga negeri tidak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pendakwah Kristian pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA

Wassalam.

Tarabulsi.

Isu ‘Peliwat Agama’ : BN Wujudkan Ketegangan? - Khalid Samad

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Sekumpulan individu yang melakukan demo dan mengecam Khalid Samad dan mengatakan Khalid sebagai 'Peliwat Agama' dianggap sengaja mewujudkan ketegangan dan bertujuan menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR).
"BN sengaja nak mewujudkan keadaan tegang dan memainkan politik kotor serta murahan. Kita seharusnya menolak politik sebegini. Ketegasan saya satu. Kita perlu rujuk dalam Al-Quran dan hadis mengenai isu ini. Kalau Al-Quran dah kata boleh siapa kita untuk membantahnya," jelas Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad kepada Era Pakatan.
Khalid juga yakin serangan ke atas tiga gereja awal pagi tadi juga mempunyai hubungkait rapat dalam usaha Umno untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di selangor.
Perkara ini juga dilihat lebih kurang sama dengan tindakan 'kepala lembu' yang terjadi di selangor baru-baru ini. Tindakan ini dilihat seperti ingin mengapi-apikan kaum di negara ini
"Kita berharap rakyat bertenang dan jangan tertipu dengan polimik Umno untuk menjatuhkan PR," Tegas Khalid.
Terdahulu, sekumpulan individu mengadakan demontrasi dan mengecam tindakan Khalid Samad yang bersetuju sekiranya penggunaan nama Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Khalid Samad menegaskan yang Al-Quran dan Hadis membenarkan penggunaan nama Allah untuk bukan Islam. KUALA LUMPUR : Sekumpulan individu yang melakukan demonstrasi mengecam Khalid Samad dan mencemuh beliau sebagai 'Peliwat Agama' dianggap sengaja mewujudkan ketegangan dan bertujuan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kejadian terbaru tengah hari tadi di Shah Alam, beberapa pihak telah mengadakan demonstrasi dengan mengangkat kain rentang berbunyi 'Khalid Samad Peliwat Agama'.

"Saya fikir, BN sengaja nak wujudkan ketegangan dengan memainkan politik kotor serta murahan. Kita seharusnya menolak politik sebegini. Ketegasan saya satu, iaitu kita perlu rujuk al-Quran dan hadis mengenai isu ini. Kalau al-Quran dah kata boleh, siapa kita untuk membantahnya?" jelas Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad kepada Era Pakatan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, beliau menjangkakan bahawa serangan ke atas tiga gereja awal pagi tadi juga mempunyai hubungkait rapat dengan usaha Umno untuk menjatuhkan PR di Selangor.

Hal ini juga, menurut beliau dilihat lebih kurang sama dengan tindakan sesetengah pihak yang mengheret 'kepala lembu' di Selangor baru-baru ini.

Tindakan ini, tambah Khalid, telah menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu yang ingin mengapi-apikan isu perkauman di negara ini.

"Kita harap rakyat dapat bertenang dan jangan tertipu dengan polemik Umno untuk menjatuhkan PR," tegas Khalid.

Sebelum ini, sekumpulan individu mengadakan demontrasi dan mengecam tindakan Khalid Samad yang bersetuju sekiranya penggunaan nama Allah dalam akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berkala berkenaan.

Khalid Samad menegaskan bahawa al-Quran dan hadis telah membenarkan penggunaan nama Allah untuk bukan Islam.

Perhimpunan Batu Burok Terengganu Bersama Pekida...!!! Tak de yang kena tembak ke..????


Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul bagi mengadakan bantahan secara aman selepas solat Jumaat di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Tindakan itu dibuat sebagai membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' pada [penerbitan sebuah akhbar Katolik, Herald. Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Kalimah Allah: Protes, solat hajat di pelbagai lokasi tiada tangkapan


Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Jan 8 — Lebih 200 penyokong dari 50 pertubuhan bukan Islam mengadakan perhimpunan aman tetapi provokatif di pekarangan masjid Kg Baru di sini hari ini, mendesak agar keputusan mahkamah dikaji semula minggu lalu.

Mereka yang menyertai protes membawa kain rentang provokatif menggesa “jangan mencabar Islam”, “jangan uji kesabaran kami” dan “Allah hanya untuk kami” manakala beberapa pemimpin memberi ucapan konfrontasi.

Zaim Shari, seorang pemimpin dari Ikatan Muslimin Malaysia dalam ucapannya berkata keputusan mahkamah 31 Dis lalu satu bentuk “pencerobohan pihak luar.”

“Bumi kita telah diceroboh, kepercayaan kita diancam, kita tidak harus membenarkan perkara ini,” katanya.

Perhimpunan diadakan selepas solat Jumaat tadi.

Protes diadakan di sebalik tindakan membakar tiga gereja di Lembah Klang sejak tengah malam tadi.

Pelbagai pihak mengecam tindakan membakar gereja.

Dalam pada itu, bantahan secara aman diadakan di Masjid Negara di ibu kota selepas solat Jumaat hari ini tanpa insiden, malah sekumpulan 83 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di situ mengutuk kejadian bakar gereja yang berlaku awal hari ini.

Mereka membantah pencerobohan itu dan menyifatkan tindakan itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Awal hari ini, dua gereja — satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya — mengalami kebakaran akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

Wakil kumpulan NGO tersebut, Arman Azha Abu Hanifah, yang juga ketua Wira Perkasa Negeri Selangor, berkata tindakan itu merupakan provokasi sesetengah pihak yang boleh mendatangkan perpecahan kaum di negara ini.

“Kita tidak akan bertindak sedemikian sehingga boleh memecahbelahkan kaum dan keharmonian negara,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman NGO Melayu di pekarangan Masjid Negara di sini.

Mereka berkumpul di perkarangan masjid dan bersurai dengan aman selepas 10 minit bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan kalimah “Allah” dalam terbitannya.

Sementara itu, presiden Perkida Malaysia Jamaluddin Yusoff berharap penganut agama lain menghormati agama Islam dan orang Islam demi menjaga keamanan negara.

“Bagi mewujudkan 1Malaysia, kita kena menghormati agama lain agar tidak berlaku berpecah-belah antara kaum dan kalimah Allah itu sudah termaktub sebagai hak orang Islam,” katanya.

Beliau berkata umat Islam di negara ini dapat bersabar sehingga kes ini selesai dan tidak bertindak di luar kawalan.

Tinjauan Bernama mendapati terdapat beberapa sepanduk turut dipasang dalam kawasan masjid bagi membantah penggunaan kalimah “Allah” oleh Herald.

Jurucakap polis berkata keadaan di perkarangan masjid terkawal dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku manakala anggota polis turut ditempatkan di beberapa lokasi di sekitar masjid.

Di sekitar PETALING JAYA, tinjauan Bernama mendapati suasana di masjid Seksyen 14 dan beberapa gereja adalah tenteram.

Tidak ada sebarang perhimpunan diadakan di masjid tersebut dan umat Islam terus bersurai sebaik selesai menunaikan solat Jumaat.

Keadaan sama juga dilihat di gereja St Francis bersebelahan Catholic High School di Jalan Gasing dan para pelajar kelihatan melaksanakan aktiviti harian seperti biasa.

Di IPOH, lebih 500 umat Islam menyertai solat hajat yang dipimpin Imam Masjid Negeri Perak, Pohat Hatim, selepas solat Jumaat.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul di luar kawasan masjid kononnya beberapa NGO akan mengadakan demonstrasi.

2 suspek terlibat bakar gereja di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR, Jan 8 — Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata ini berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua buah motosikal diletakkan berhampiran gereja tersebut kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang diperoleh.

Katanya setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Muhammad Sabtu berkata siasatan awal menunjukkan kesemua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek

sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.

“Kita percaya tingkap itu dipecahkan menggunakan sepana berikutan polis menemui satu sepana dan bekas mengisi petrol di tempat kejadian dan juga terdapat dua helmet yang terbakar di hadapan gereja berkenaan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat komen atau mengeluarkan sebarang reaksi yang mungkin akan mengeruhkan keadaan kerana ia melibatkan sensiviti kaum.

Gereja Katolik Metro Tabernacle sudah beroperasi sejak 12 tahun lepas dan mempunyai 1,500 jemaah. — Bernama

Elak api kebencian, kata pemimpin BN dan Pakatan

PETALING JAYA, Jan 8 – Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan menyerang gereja-gereja di Lembah Klang sambil menegaskan, “sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit.”

“Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian.

“Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Insha-Allah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua,” katanya.

Dalam pada itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tindakan pihak tertentu yang memilih cara ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap gereja adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

“Perlulah diingat bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam.

“Begitu banyak ayat dari al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka.

“Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menambah tindakan yang bercanggah dengan Islam ini hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri.

“PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

“Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam,” katanya.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata perbuatan mencemar dan merosakkan rumah-rumah ibadat milik mana-mana agama sekalipun, perlu dikutuk.

“Pihak polis dan semua peringkat masyarakat perlu sama-sama bertanggungjawab dan berusaha supaya insiden seperti ini tidak merebak dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu melindungi dan memelihara kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Kita juga perlu sentiasa menjaga keharmonian dan hubungan baik di antara kaum dan agama,” kata beliau.

Kolumnis dan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir berkata Islam tidak menggalakkan seseorang itu melakukan kejahatan.

“Ini bukan satu tindakan secara Islam...dan jika benar-benar menghayati ajaran Islam, bukan begini caranya melepaskan geram,” katanya yang turut meninjau gereja itu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga melawat gereja itu berkata tindakan membakar rumah ibadat bertentangan dengan budaya dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Beliau yang juga naib presiden MCA berkata sebarang isu boleh diselesaikan melalui saluran yang sesuai dan semua rakyat perlulah bekerjasama untuk membanteras kejadian seperti ini.

“Saya percaya hampir 99.9 peratus mengutuk usaha yang cuba menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Polis sahkan hanya 3 gereja diserang, tiada kereta dirosakkan

KUALA LUMPUR, Jan 8 – Gereja yang keempat di Lembah Klang didakwa telah diserang dengan molotov cocktail tetapi ia gagal meletup manakala pihak polis menafikan khabar angin kereta-kereta yang ada simbol Kristian di kawasan Bangsar di sini turut dirosakkan petang ini.

Pasukan polis menghantar anggota mereka untuk menjalankan siasatan di sebuah gereja di Kampung Subang, Selangor ekoran aduan premis itu turut diserang.

Tiga gereja telah diserang sejak tengah malam tadi ekoran keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata molotov cocktail yang dibaling ke arah gereja di Kampung Subang itu tidak meletup.

Polis Kuala Lumpur juga telah mempertingkatkan kawalan di kawasan Bangsar selepas orang ramai melaporkan beberapa kereta yang mempunyai simbol agama Kristian dipecahkan cermin.

Bagaimanapun polis memberitahu tiada kereta dirosakkan dikesan setakat petang ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada sidang akhbar di pejabatnya petang ini mengesahkan hanya tiga gereja telah diserang setakat ini.

Ia merupakan sidang media kedua beliau hari ini.

Sejak tengah malam tadi, kata Musa, hanya gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di ibu negara, Church of Assumption di Petaling Jaya Old Town dan Life Chapel di Seksyen 17 juga di Petaling Jaya, telah diserang dan cuba dibakar.

Gereja Metro Tabernacle mengalami kerosakan teruk.

“Beliau (Ketua Polis Selangor) tidak memberitahu saya, jadi ia tidak berlaku,” kata Musa.

Malah Musa juga menafikan laporan bahawa kereta-kereta dirosakkan di kawasan Bangsar.

“Saya menerima satu SMS hari ini. SMS ini menyebut sila alihkan bahan-bahan berkaitan dengan agama dari kereta anda.

“Mereka merosakkan kereta yang ada objek (simbol) agama Kristian. Protes diadakan di PJ, Shah Alam dan Bangsar,” katanya.

“Ini satu pembohongan,” tegas beliau.

Musa juga memberi amaran kepada orang ramai agar tidak percaya pada khabar angin menerusi SMS dan internet.

“Jika mereka ada sebarang pertanyaan sila hubungi polis. Jangan percaya pada khabar angin,” katanya lagi.

Musa juga mengesahkan tiga demonstrasi telah diadakan di Kuala Lumpur, dua di Pahang, empat di Selangor dan satu di Terengganu.

“Tempoh protes hanya antara 13 hingga 15 minit dan mereka telah bersurai selepas diminta berbuat demikian.

“Oleh kerana mereka ikut arahan polis mereka tidak ditahan,” katanya.

Katanya situasi adalah terkawal dan tidak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya juga telah mengarahkan kesemua Ketua Polis Negeri agar menjalankan rondaan dan memantau masjid dan gereja bagi mengelakkan tidak diingini di kawasan masjid dan gereja.

“Jadi tidak mahu orang ramai menyalahkan satu sama lain. Kami akan memantau situasi dua, tiga hari lagi,” kata beliau.

Mentri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran agar media tidak mensensasikan keadaan sebenar.

IGP denies Kg Subang church attack and car-smashing in Bangsar

IGP Tan Sri Musa Hasan showing reporters the SMS messages he had received. – Picture by Choo Choy May

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 8 – IGP Tan Sri Musa Hasan denied reports of a church attack in Kampung Subang even though Selangor CPO Datuk Khalid Abu Bakar had confirmed the incident.

“He did not tell me so it did not happen,” he told reporters at Bukit Aman here.

He also denied reports that cars were being smashed in Bangsar.

“I received an SMS today ... ‘Please remove any rosaries and religious articles in your car. They are smashing cars with Christians objects. There are protests going on in PJ, Shah Alam, and Bangsar.’

“It is a lie,” he stressed

Musa warned the public not to believe rumours from SMSes and the internet.

“If they have any questions, please contact the police. Do not believe the rumours,” he added.

Musa confirmed that there were three demonstrations in Kuala Lumpur, two in Pahang, four in Selangor and one in Terengganu.

“The duration of the protests was only 13 to 15 minutes and they dispersed when we asked them to ... so there were no street demonstrations.

“So since they have followed all the police requests, all of them have not been arrested,” he said.

He added that the situation was under control and there was “no untoward incidents happening.”

“I have also directed all CPOs in all states to do patrols and to monitor mosques and churches so we do not want any untoward incidents happening at the mosques or churches.

“We do not want people to blame one another later on. We will be monitoring the situation for the next two to three days,” he said.

Home Mininster Datuk Seri Hishammuddin Hussein also warned the media not sensationalise the issue.

“I would like the co-operation of the media to actually come out with the right facts and information because there is so much disinformation out there and we are actually playing with fire.

“I hope that any parties that would like to exploit the issue and situation must always remember that they are playing with fire,” he said.

He also believes that the country will be able to cope with the current crisis.

“The challenges that we faced from independence, which is our diversity, are still our challenge ... that needs to be addressed with wisdom and courage.

“What needs to be done will be done,” he said.