Khamis, 7 Januari 2010

Setiausaha agung PKR letak jawatan

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali serta kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alasan bagi peletakan jawatan itu adalah beliau ingin kembali kepada bidang minyak dan gas, yang diceburinya sebelum dilantik menjadi setiausaha organisasi PKR pada 2004.

Salehudin berkata, beliau menyertai (PKR) ketika keadaan parti itu tidak menentu, tetapi kini beliau meninggalkannya ketika keadaan semakin baik.

Melayu Telah Nanar!

KALAU pihak yang membawa isu kalimah Allah ke mahkamah bertujuan untuk menguji keimanan umat Islam negara ini dan kesatuan politik orang Melayu, barang kali ia boleh dianggap berjaya. Walaupun kebenaran yang diberikan oleh Mahkamh Tinggi agar penggunaan itu ditangguhkan namun maksud dan tujuan tersirat berjaya dicapai.

Kenapa tidak, gara-gara isu kalimah Allah menunjukkan umat Islam dari semua golongan berbelah bahagi. Ada yang bersetuju kalimah itu digunakan oleh Kristian atau sesiapa saja dan ada yang tidak dan menjadi histeria dengan keputusan mahkamah tinggi itu.

Begitu juga dari kalangan orang politik negara ini, tidak sekata dan bercerlaru. Bukan saja antara politik Pas dengan Umno tetapi di dalam sesama parti juga bercelaru.

Tengok apa kata menteri Umno mengenai cadangan NGO nak mengadakan tunjuk perasaan menyatakan bantahan esok. Najib Razak kata boleh diadakan demostrasi, tetapi Muhyiddin Yassin pula berlapik mengatakan ia harus mendapat permit dan biarlah kalau diadakan pun dalam batas dibenarkan.

Hishmuddin Hussein pula semalam memberi lampu hijkau tetapi hari ini menafikan pula. Kononnya kenyataan beliau yang membenarkan tunjuk perasaan dirancang lepas Jumaat esok diputar belitkan oleh meida massa. Sekali lagi media massa dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan menteri dalam negeri itu.

Begitu juga dengan pihak polis. Dua tiga hari lepas ada orang memaklumkan kepada saya polis akan membiarkan sekiranya ada pihak akan mengadakan tunjuk perasaan, tetapi hari ini KPN, Musa Hassan memberi amaran keras akan menangkap sesiapa yang menunjuk perasaan esok.

Rais Yatim juga turut sama berkokok, katanya elok kalau semua pihak bertenang dan tidak bertindak agresif kerana kes itu dalam bidang kuasa mahkamah. Katanya biarlah mahkamah menetukan dulu. Aduh...

Nampaknya lagi banyak menteri bercakap lagi celaru dan tambah hiru biru. Nasib baik Samy Vellu sudah tidak jadi menteri, kalau tidak lagi kelam kabut jadinya. Apakah percanggahan dan ketidaksektaan ini menunjukkan Umno sendiri tidak sekata dalam soal ini. Yang jelasnya Umno tidak membuat apa-apa stand berhubung isu ini. Jadi dalam isu kalimah Allah sebenarnya baik Umno, Pas atau PKR tidak boleh dibanggakan kerana mereka jelas hanya mahu menumpang tui para NGO saja. Namun kalau mereka sendiri yang merancang, bangun dan tegak mempertahankan tidak.

Begitu juga di sebalik Pas. Kalangan bawahan seronok kalau tunjuk perasaan diadakan esok. Mereka yang sudah terbiasa dengan tunjuk perasaan akan keluar beramai-ramai. Tetapi dari kalamngan pemimpin tidak berapa minat untuk mengadakan tunjuk perasaan. Kebanyakan pemimpin seakan bersikap tunggu dan lihat di samping menghitung untung di sudut lain.

Semalam semasa makan dengan seorang pemimpin Pemuda Pas Pusat, beliau menjelaskan golongan bawahan dan golongan gerakan Islam terdiri dari kalangan muda dan cerdik pandai kurang bersetuju dengan sikap tidak bersungguh Pas dalam hal ini. Mereka mengharap Pas yang menjadi lead dalam siri tunjuk perasaan menyatakan sanggahana itu. Bagaimana pun apa yang diharapkan tidak membuahkan hasil. Sesetengah mereka kata pemimpin muda itu jadi bingung dan tidak faham dengan pendirian Pas.

Dalam pada itu ada pula pemimpin Pas menasihti ahlinya agar jangan ikut menyertai tunjuk perasaan bantah kalimah Allah esok tetapi pergilah ke tunjuk perasaan membantah Mesir?

Apakah maknanya semua ini? Pada saya inilah menunjukkan umat Islam berbangsa Melayu negara ini tidak sepakat walaupun dalam bab agama. Kesimpulannya kalaulah pihak yang menimbulkan isu kalimah Allah ini mempunyai motif untuk menguji kekuatan Melayu dan Islam, nah ternyata mereka mendapat apa yang diharapkan itu.

Setidak-tidaknya dalam tempoh dua hari ini orang Kristian khasnya, menyedari sejauh mana kekuatan dan kesatuan orang Melayu negara ini. Bahawa ..yang penting.. dalam ramai-ramai Melayu itu ada yang menyokong dan simpati kepada mereka tanpa mengira atas alasan dan maslahat apa pun.... yang penting orang Melayu bersimpati dengan mereka dan sedia bertolak ansur.

Allah : Rabbuna Wa-Rabbukum!

Bukankah selama ini, kita ummat Islam beriman dengan kerasulan Nabi Isa A.S. Maka begitu juga ummat Kristian.Namun pemahaman dua kelompok ini amat berbeza.

Ummat Kristian menganggap Isa mati disalib; dan menganggapnya sebagai Anak Bapa atau Tuhan dalam bentuk manusia dan entah apa lagi…Siap dengan ada gambarnya sekali!

Sedangkan Islam mengatakan bahawa Isa adalah seorang manusia biasa yang dilahirkan tanpa berbapa; tidak mati tetapi telah diangkat ke langit dan akan turun semula ke dunia diakhir zaman nanti.Ringkasnya begitulah.

Namun begitu, perbezaan tersebut tidak memberikan kelebihan atau keizinan kepada pihak Islam untuk melarang ummat Kristian daripada menggunakan perkataan ‘Isa’ bagi merujuk ‘Jesus’.Dan kita percaya penggunakan‘Isa’ oleh Kristian bagi merujuk ‘Jesus’ tidak pernah mengelirukan ummat Islam selama ini kerana ummat Islam menyadari yang mana satu ‘Isa’ yang sebenarnya dalam Islam, dan yang mana satu ‘Isa’ yang diimani kaum Kristian.

Kenapa ummat Islam perlu berasa terlalu sangsi dan khuatir apabila ummat Kristian Katholik mahu menggunakan kalimat “Allah” dalam upacara mereka?

Bukankah Allah itu tuhanku dan tuhan kamu? Sebagaimana mafhum Al Baqarah ayat 139 :
Katakanlah:

"Apakah kamu memperdebatkan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati." ( Al Baqarah ayat 139)

Saya menyakini, bahawa ummat Islam telah jelas dengan kalimat “Allah” yang merujuk kepada Allah yang satu atau yang esa.Surah al-Ikhlas dengan mudah dan amat jelas menerangkan bahawa Allah itu satu, Allah tempat bergantung, tidak beranak dan tidak diperanakan. Sedangkan ummat Kristian beranggapan amat berlainan dengan fahaman kita.Namun apakah kita masih kurang yakin dan semudah itu boleh dikelirukan dengan fahaman Tiga dalam satu itu?

Kita menganggap bahawa dengan penggunaan kalimat “Allah” pihak Kristian akan mudah mempengaruhi gulungan belia Muslim melalui bahan bacaan keluaran mereka.

Dan ramai juga yang menganggap penggunaan kalimat “Allah” oleh gulungan Kristian yang menganggap sebagai Tuhan “Tiga dalam Satu” akan mencemar kesucian nama “Allah” yang Maha Esa dan hanya Satu oleh Islam.

Tidak dinafikan mereka ada agenda disebaliknya.Dan apakah kita sendiri tidak ada agenda untuk berhadapan dengan agenda mereka?

Apakah hanya dengan penggunaan kalimat “Allah” itu, maka nantinya akan berbondong-bondong belia Muslim murtad menjadi Kristian? Begitu rapuhkan iman belia kita?

Kalau benar belia Muslim kita imannya begitu rapuh, apakah dengan memperbanyakan program hiburan di TV dan konsert seperti Jom Heboh akan memperkukuhkan lagi keimanan mereka?

Janganlah kita sendiri hanya menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri yang menyesatkan para belia dengan corak hiburan yang melalaikan.

PAS seru ahli sertai bantah Mesir esok, bukan demo lain

PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.

"PAS telah putuskan untuk membuat bantahan rasmi terhadap kerajaan Mesir esok, jadi kita seru seluruh ahli kita untuk bersama dalam himpunan di Kedutaan Mesir esok, bukan di tempat-tempat lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, masyarakat bukan Islam turut diajak menyertai perhimpunan menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur petang esok.

Program tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketuanya, Nasaruddin Hassan berkata, tindakan kerajaan Mesir tersebut membuktikan negara berkenaan tidak berperikemanusiaan dan kurang berminat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi Israel.

“Dewan Pemuda akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bebaskan Palestin tidak lama lagi bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap semua anggota masyarakat yang prihatin penderitaan umat Islam di Palestin turut sama membantah tindakan kerajaan Mesir.

Kaji semula hubungan dua hala Malaysia-Mesir

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak kerajaan mengkaji semula hubungan dua hala di antara Malaysia dan Mesir ekoran beberapa tindakan Kerajaan Mesir akhir-akhir ini yang dilihat mencabar kesabaran dan prinsip aqidah umat Islam di Malaysia yang mahukan rakyat Palestin dibela.

Desakan itu dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di pejabat Wisma Putra 1 siang tadi.

Ini termasuk insiden penangkapan seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi Viva Palestin bagi menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Bercakap selepas menyerahkan memorandum di Kementerian Luar Negeri di sini, Nasrudin berkata, tindakan Kerajaan Mesir membina tembok penghalang terowong penghubung di Gaza seolah-olah sengaja menghalang rakyat dan umat Islam Palestin daripada mendapat bekalan makanan, ubat-uabatan dan kewangan.

“DPP menggesa kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan (dua hala) dengan kerajaan Mesir kerana melihat mutakhir ini Mesir terlalu taat kepada Israel.

“Jika perlu, panggil Duta Malaysia ke Mesir untuk pulang ke tanah air sebagai satu tekanan kepada Mesir kerana negara-negara Islam yang lain sedang memberi tekanan kepada Mesir yang dilihat menjadi boneka kepada Amerika dan Israel,” katanya.

Turut hadir dalam serahan memorandum berkenaan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, dan setiausaha, Kamaruzaman Mohamad.

Menurut Nasrudin juga, tindakan Kerajaan Mesir itu jelas bertentangan dengan ketetapan dan prinsip Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang termaktub untuk menjaga dan membela nasib umat Islam Palestin.

DPP juga menggesa pihak Kementerian Luar menyiasat laporan bahawa rakyat Malaysia yang ditahan itu tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak berkuasa Mesir.

Memorandum berkenaan diterima oleh Setiausaha Politik Anifah, Datuk Norhaidi dan beliau berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada Anifah dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi sekali lagi menggesa seluruh warga Malaysia untuk bersama menyertai himpunan aman di kedutaan Mesir esok bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kejam kerajaan negara itu.

“Saya sekali lagi menyeru seluruh rakyat yang prihatin supaya dapat keluar beramai-ramai esok untuk kita sama-sama berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur.

“Saya berharap semua rakyat dapat keluar untuk menunjukkan solidariti terhadap penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Khalid: Jangan lama macam kes enjin TUDM

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berharap siasatan lembaga disiplin PAS terhadapnya tidak mengambil masa sepanjang kes kecurian enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

"(Harap jangan) sama lama macam kes enjin jet hilang," katanya berseloroh.

Enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

NONEKhalid ditemui selepas selesai memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung siasatan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang "melanggar displin dan merosakkan imej parti".

Beliau memberi keterangan itu di pejabat agung PAS di ibunegara selama kira-kira satu jam setengah mulai pukul 3.30 petang tadi.

Oktober lalu, mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Ekoran itu jawatankusa displin menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali yang disifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "beberapa pemimpin bermasalah".

Khalid gembira kerana dapat memberi penjelasan kepada jawatankuasa displin parti itu berhubung tuduhan terhadapnya itu.

"Saya dipanggil (oleh jawatankuasa displin) tentang apa yang berlaku. Saya gembira dapat memberi keterangan. Terserah kepada jawatankuasa untuk menyiasat.

"Sekiranya saya bersalah, saya akan dikenakan tindakan displin dari parti, sekira saya tidak bersalah, saya lepas," katanya.

Ditanya mengenai pertuduhan terperinci terhadapnya, Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam berkata:

"Mungkin kenyataan yang saya dikeluarkan. Mungkin melibatkan kenyataan di blog dan akhbar berhubung PAS Selangor." .

Ditanya apakah siasatan terhadapnya itu ada kaitan dengan kes bai'ah talak, Khalid berkata ia "tidak ada kena mengena" dan "perkara tersebut telahpun diselesaikan".

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada beliau akan dipanggil lagi oleh jawatankuasa tersebut.

Khalid muncul dari bilik tempat beliau memberi keterangan, bersama dengan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Saari hadir sebagai saksinya untuk "menjelaskan beberapa isu yang perlu dijelaskan".

"Beliau bertindak sebagai saksi untuk membuat penjelasan, bukan sebagai proksi," kata Khalid sambil tersenyum.

Menurutnya, sesi soal siasat itu dikendalikan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin yang juga naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama dua lagi.

Kemalangan Nizar : Kerana Volvo ini...?

(2) Kemalangan Nizar : Kerana Volvo ini...?

Oleh : anak-sengat
Inilah volvo yang muncul tiba tiba dari simpang menyebabkan kereta DS Nizar mengalami kemalangan. Walaupun keadaan fizikal kereta DS Nizar agak teruk yang mungkin menyebabkan persepsi, luka parah, tapi Alhamdulillah ! Allah masih memberi peluang beliau untuk terus berkhidmat dan berjuang juga untuk kita terus berjuang bersamanya. Dan takdirnya...kerana Volvo ini..beliau kemalangan hari ini.

Inilah Volvo Mak datin tu..

Kemek sikit...aje !

Buku antara khazanah dalam kereta DS Nizar

Ia ujian dari Allah

Sekaki payung PAS ! Masih elok dan tiada 'kecederaan'

Pintu yang membolehkan beliau merangkak keluar.

8851 - Ini nombor bukan untuk di tikam ! Apaa..? Sold out kaa..!!

Malaysia is in need of fundamental reform — Tengku Razaleigh Hamzah

JAN 7 — Thank you for the honour of addressing you today.

The centre of gravity of global economic activity has been moving eastwards towards Asia for quite some time now. The present global financial crisis has accelerated that process.

Asian economies, led by China, seek to spur domestic demand and increase intra-regional trade. As the global appetite for treasuries and US equities decreases, it is likely that large flows of risk capital will start moving to emerging markets again over the next six months. The main destinations will be India and China, but the countries of Southeast Asia are also set to benefit from these flows of global capital to the extent that they have an economic story to tell. The two top performers are going to be Indonesia and Vietnam. Indonesia, the new “i” in BRIIC, has a market-size, natural resources and liberalisation story while Vietnam has a large and industrious labour force that is skilling upwards rapidly. The Philippines and Thailand, despite political worries, remain relevant for their large domestic markets while Singapore, as the financial hub of the region, benefits from any increase in regional economic activity. This year also sees the full implementation of AFTA and the signing of more regional FTAs. We can be cautiously optimistic about the basis for growth in trade and investment.

I mentioned the major Asean countries but not Malaysia in my list of investment destinations. That is because Malaysia has fallen off the map for much foreign investment. With neither the cost and scale advantages of Vietnam and Indonesia nor the advanced capabilities of Singapore, Malaysia is firmly caught in a middle-income trap and appears to have fallen off the radar screen of foreign investors. It might seem puzzling that this country, sitting at the heart of Southeast Asia, blessed with extraordinary natural, cultural and human capital, and once a beacon in the developing world, has become irrelevant.

I want to discuss how this happened, and reflect on what this story might teach about larger issues of common concern. Other members of Asean might be concerned that a country that was once at the forefront in spearheading regional initiatives is at a crossroads over its own future.

The general election of March 2008 was a watershed in Malaysian politics. The ruling Barisan Nasional coalition lost its accustomed two-thirds majority in the Parliament, and lost five states to the opposition, including the economic backbone states of Selangor, Perak and Penang. Compared to the ebb and flow of power in other parliamentary democracies, you might not find this a remarkable development. Against the backdrop of Malaysia’s political history, however, the entire political landscape had changed overnight. Gone was the invincibility of Umno, the Malay-based party that has dominated Malaysian politics since independence. The political credibility of Umno/BN had been more than just a set of racially-based political parties. Over its decades of ascendancy, history had been re-written, mythology created, and the party abolished and reinvented to reinforce the necessity and inevitability of a government led by Umno.

The formula of communal power-sharing that the Barisan Nasional and its predecessor were built on had started life as a political accommodation, a nation-building compromise, a way-station on the road to a fuller union of our citizens. Fifty years later it had ossified into the appearance of an eternal racial contract, a model replicated at every level of national life. The election results plunged this model, and the regime built upon it, into crisis.

The people are often ahead of their government. They are interested in more things than identity politics. Unable to respond to the reality that the BN formula is broken and the people want more than ethno-religious politics, the ruling party appears to be reacting by digging itself deeper into narrow racial causes with no future in them. This desperate response is self-defeating in a cumulative way. As Umno is rejected by the voters, party members pursue racial issues more stridently. They think this will shore up their “base”. They are mistaken about the nature of that base. As they do so, they become more extreme and out of touch with ordinary voters of every race and religion whose major concerns are not racial or religious identity but matters such as corruption, security, the economy and education.

Umno’s position in the present controversy over the use of the term “Allah” by non-Muslims is an example. In a milestone moment, PAS, the Islamic party, is holding onto the more plural and moderate position while Umno is digging itself into an intolerant hardline position that has no parallel that I know of in the Muslim world. Umno is fanning communal sentiment, and the government it leads is taking up policy lines based on “sensitivities” rather than principle. The issue appears to be more about racial sentiment than religious, let alone constitutional principles.

In a complex multiracial society a party and a government whose primary response to a public issue is sunk in the elastic goo of “sensitivities” rather than founded on principle, drawn from sentiment rather than from the Constitution, is already short of leadership and moral fibre. Public life is about behaving and choosing on principle rather than sentiment. Islam, in particular, demands that our actions be guided by an absolute commitment to justice for all rather than by looking inward at vague “sensitivities” of particular groups, however politically significant. It is about doing what is right rather than protecting arbitrary feelings. If feelings diverge from what is right and just, then it’s time to show some leadership.

“Sensitivities” is the favoured resort of the gutter politician. With it he raises a mob, fans its resentment and helps it discover a growing list of other sensitivities. This is a road to ruin. A nation is made up of citizens bound by a shared conception of justice and not of mobs extracting satisfaction for politicised emotional states.

As a mark of our decline, at some point in our recent history the government itself began to speak the language of sensitivities. In the controversy over whether Christians are allowed to use the term “Allah” the government talks about managing sentiment when it should be talking about what is the right thing to do. This is what government sounds like when a political system and its leadership have come unstuck from the rule of law. It goes from issue to issue, hostage to the brinksmanship of sensitivities. Small matters threaten to erupt into racial conflict. The government of a multiracial society that cannot rise above sentiment is clearly too weak or too self-interested to hold the country together. It has lost credibility and legitimacy. The regime is in crisis.

The deterioration of our political order did not happen overnight or in isolation. It is part of a more general pattern of the decline of democracy and the rule of law in many newer democracies. Many post-colonial societies that began with democratic institutions saw democracy collapse afterwards into dictatorship. I can think of Nigeria, Pakistan and Kenya, for example. What has not been said is that underneath the appearance of continuity, and over two decades, Malaysia has quietly undergone the same process. There has been, beneath the surface, a decisive rupture with the federal, constitutional and democratic system upon which we were founded, and which alone confers legitimacy. What replaced it was an authoritarianism based on personality. Policy was set according to personal whims of the leader, which is to say that in areas such as the economy and foreign affairs, the country was run according to the personal enthusiasms and pet peeves of individual leaders.

Power was consolidated and constitutional government turned back. The result was a recession to authoritarianism and the centralisation of power, abetted by the corruption of the ruling party. The ideology of the ruling party, which had combined Malay nationalism with an overriding national concern, was vulgarised into an easily manipulated politics of group resentment.

Umno started in 1946 as a grassroots-based party that commanded the idealism of my generation. After 1987 it was transformed into a top-down patronage machine. Party membership became a ticket to personal gain. The party attracted opportunists and ne’er do wells while good people stayed away in droves. For any organisation this is a death spiral.

The challenge of Umno and of Malaysia today is not simply reform but restoration, not simply democratisation but re-democratisation. This is because we are not building from scratch but trying to recover from the decline of once-excellent core institutions.

There are regional implications to Malaysia’s crisis. The formation of the Federation of Malaysia in 1963 precipitated a regional conflict to which, in part, the formation of Asean in 1967 was meant to be a solution. Now in a clear sign of the erosion of the rule of law, agreements that structured state-federal relations over matters such as the distribution of the petroleum revenue are casually ignored. Malaysia is a federation of sovereign entities, but one of the consequences of authoritarianism has been that it has come to be run habitually as a unitary state. We have to learn again how to be a federation.

Let me try to draw some conclusions:

Shortcuts in governance may appear to work for awhile, but they wreak long-term havoc on the institutional capability of a nation. Short-term boosts to the economy are difficult to evaluate when 40 per cent of the national budget come from a single source which does not report financial details either to the public or to Parliament.

What is clear is that there is no secure basis for long-term growth without a return to strong institutions, transparency and good government. The challenges of economic development, nation-building and institutional integrity are linked, more so in a complex country like Malaysia.

The success of Asean collaborative measures depends on the core countries taking a lead, and it is in everyone’s interest that these countries have strong democratic institutions and the rule of law. When countries lack good governance and transparency, domestic economies falter, domestic politics goes from crisis to crisis, and the country turns inwards and away from engaging constructively with the real world and with their neighbours.

The economic success of Asean economies up to the Nineties was based in part on the superiority of their institutional frameworks to those of Eastern Europe and South America. In the early days, Malaysia and Singapore played leading roles in Asean. Of late, Malaysia’s role has diminished, while that of Indonesia has grown. It is no accident that this is the result of successful reform and democratisation in Indonesia and the failure so far of any such process in Malaysia. Over the longer term, reform and democratisation must go hand in hand for there to be sustained economic development.

The present Prime Minister has made some helpful gestures towards liberalising the economy and pursuing more multiracial policies. These initiatives, however, must do more than skim the surface of what must be done. Malaysia is in need of fundamental reform. The reforms we need include, at minimum:

a. An overhaul of the party system which rules out racially exclusive parties from facing directly contesting elections. This will inaugurate a new era of post-racial politics.

b. The restoration of the independence of the judiciary and the freedom of the media.

c. An all-out war on corruption, the root of all the evils in nation-building and economic development.

The greater economic collaboration we aspire to in Asean requires that we pay attention to the internal conditions in each country that make it possible. We need to place the promotion of governance and institutional reform on the Asean agenda. I hope this is a matter you see fit to take up.

This was the speech delivered by Tengku Razaleigh Hamzah at the ISEAS Regional Outlook Forum 2010 at the Shangri-la Hotel, Singapore on Jan 7.

Ku Li says an intolerant Umno is fanning racial sentiments

Tengku Razaleigh says Umno’s response to the ‘Allah’ controversy is ‘short of leadership and moral fibre’. — File pic

By Leslie Lau
Consultant Editor

KUALA LUMPUR, Jan 7 — Tengku Razaleigh Hamzah lashed out at Umno today over its strident position on the “Allah” controversy, pointing out that the party was bent on fanning communal sentiment and digging itself into an intolerant hardline position with no parallel in the Muslim world.

He also suggested that racially-based parties should no longer be allowed to contest elections in multiracial Malaysia.

Speaking in Singapore today at the ISEAS regional outlook forum, his scathing remarks comes as Prime Minister Datuk Seri Najib Razak shored up Umno and the government’s position over the Allah controversy by backing the right of Muslim groups to hold a public demonstration tomorrow.

Umno and a number of Muslim NGOs have been in an uproar over the recent High Court ruling allowing the Catholic church’s Herald newspaper to use the word “Allah” to refer to God in its Bahasa Malaysia section.

The government has filed an appeal against the ruling and yesterday it won a stay of execution.

The Islamist PAS, however, has backed the court’s ruling by pointing out that the word “Allah” can be used by those of the Abrahamic faiths — Judaism, Christianity and Islam.

Tengku Razaleigh suggested today that the rejection of Umno and the Barisan Nasional (BN) communal politics model by large swathes of voters in Election 2008 had led the Malay nationalist party to pursue racial issues more stridently.

“They think this will shore up their ’base’. They are mistaken about the nature of that base. As they do so, they become more extreme and out of touch with ordinary voters of every race and religion whose major concerns are not racial or religious identity but matters such as corruption, security, the economy and education.”

He cited as an example the “Allah” controversy.

“In a milestone moment, PAS, the Islamic party, is holding onto the more plural and moderate position while Umno is digging itself into an intolerant hard-line position that has no parallel that I know of in the Muslim world.

“Umno is fanning communal sentiment, and the government it leads is taking up policy lines based on ‘sensitivities’ rather than principle. The issue appears to be more about racial sentiment than religious, let alone constitutional principles,” he said in his luncheon address.

He said Umno’s response to the “Allah” controversy was “short of leadership and moral fibre.”

Tengku Razaleigh’s latest attack on Umno and the government is not likely to go down well with the hardline conservatives in his party.

But the Umno veteran has been unrelenting in his call for reforms in Umno. Recently, he also slammed the BN government’s position in refusing to give oil royalties to Kelantan, which is ruled by PAS.

On the “Allah” issue, the former Finance Minister is particularly scathing in his remarks.

“Sensitivities is the favoured resort of the gutter politician. With it he raises a mob, fans its resentment and helps it discover a growing list of other sensitivities. This is a road to ruin. A nation is made up of citizens bound by a shared conception of justice and not of mobs extracting satisfaction for politicised emotional states,” he said.

Tengku Razaleigh said that when the government began speaking the language of sensitivities, it was a mark of the country’s decline.

He said the controversy over the use of “Allah” should not be about managing sensitivities but about doing what was right.

“This is what government sounds like when a political system and its leadership have come unstuck from the rule of law. It goes from issue to issue, hostage to the brinksmanship of sensitivities. Small matters threaten to erupt into racial conflict.

“The government of a multiracial society that cannot rise above sentiment is clearly too weak or too self-interested to hold the country together. It has lost credibility and legitimacy. The regime is in crisis.”

Tengku Razaleigh said that while the prime minister had made what he called “helpful gestures” towards freeing up the economy and pursuing multiracial policies, Malaysia was still in need of fundamental reform.

He urged an overhaul of the political system to rule out racially exclusive parties from directly contesting elections; a restoration of the independence of the judiciary and the media; and an all-out war against graft.

Jamaluddin Jarjis perlu letak jawatan, kata Mohd Nor

Oleh Roziyah Mahamad

Hadirin dalam majlis hanya mendengar dan melihat Jamaluddin Jarjis di layar skrin besar sahaja.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dinasihatkan perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak mampu menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat dikawasannya. Dalam suasana rakyat dihimpit dengan pelbagai bebanan khususnya bagi peneroka felda, beliau seharusnya bersama-sama dengan rakyat tempatan demi memperjuangkan dan membela hak rakyat.
"Sebagai seorang wakil rakyat penting bagi dia untuk melihat masalah rakyat sebenarnya. Apa yang dibuat kepada masyarakat orangf asli dan peneroka felda? Kalau tak ambil peduli apa fungsi beliau sebagai wakil rakyat," Mohd Nor Jaafar menluahkan perkara ini ketika dihubungi era pakatan.
Menurut Timbalan Pengerusi 1, PKR Pahang, Mohd Nor Jaafar, terdapat banyak masalah sosial dan ekonomi yang melanda di kawasan felda. Jamaluddin sebagai seorang wakil rakyat perlu mengambil inisiatif dan cuba menyelesaikan masalah penduduk felda dan orang asli di kawasan beliau.
Pertindihan tugas sebagai ahli parlimen Rompin dan Duta Besar ke Amarika Syarikat merupakan salah satu penyebab terabainya tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin. Dalam satu blog mendedahkan yang Jamaluddin hanya berucap melalui skrin besar sahaja. Hal ini berlaku ketika program penyerahan bantuan beg sekolah dan t'shirt yang telah diadakan di sekolah kebangsaan LKTP Keratong.
"Bagi saya setiap calon samada yang sedia ada atau bakal menjadi wakil kepada rakyat harus menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Pakatan Rakyan sendiri pun sekiranya menang dinasihatkan menjalankan tugas sebaik mungkin sebagai wakil rakyat kerana itu adalah tugas wakil rakyat yang sebenarnya," jelas Nor Jaafar lagi.
Mohd Nor sebagai berkata, Najib sebagai Perdana Menteri perlu menarik balik jawatan Jamaluddin Jarjis sebagai duta dan membawanya kembali kepada rakyat yang diwakilinya. Jika tidak beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rompin," jelas Nor Jaafar lagi kepada Era Pakatan.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis dinasihatkan supaya meletakkan jawatannya jika tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik untuk rakyat di kawasan parlimen tersebut.

Dalam suasana rakyat dihimpit pelbagai bebanan khasnya bagi peneroka Felda, beliau seharusnya bersama-sama rakyat tempatan demi membela nasib mereka, kata Timbalan Pengerusi 1 PKR Pahang Mohd Nor Jaafar ketika dihubungi Era Pakatan di sini, hari ini.

"Sebagai wakil rakyat, adalah penting bagi beliau untuk melihat sendiri masalah rakyat sebenarnya. Apa yang dibuat kepada masyarakat Orang Asli dan peneroka Felda? Kalau tak ambil peduli, apa fungsi beliau sebagai wakil rakyat?" katanya.

Tambah Mohd Nor, terdapat banyak masalah sosial dan ekonomi yang melanda di kawasan Felda dan Jamaluddin perlu mengambil inisiatif dalam rangka mencari penyelesaian terhadap masalah yang melibatkan kedua-dua golongan itu di kawasan beliau sendiri.

Kata beliau, pertindihan tugas Jamaluddin sebagai ahli parlimen Rompin dan Duta Besar ke Amerika Syarikat adalah salah satu punca kepada terabainya tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen Rompin selama ini.

Sebelum ini, sebuah blog telah mendedahkan bahawa Jamaluddin cuma berucap melalui skrin besar sahaja. Hal ini berlaku dalam acara penyerahan bantuan beg sekolah dan t-shirt yang diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong.

"Bagi saya, setiap calon sama ada yang sedia ada atau bakal menjadi wakil rakyat haruslah menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin. Pakatan Rakyat sendiri pun kalau menang dalam pilihan raya, dinasihatkan supaya menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sebagai wakil rakyat, kerana hal itu adalah tugas wakil rakyat yang sebenarnya," kata beliau lagi.

Mohd Nor mencadangkan supaya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak menarik balik jawatan Jamaluddin sebagai duta lalu membawa ahli parlimen itu kembali berkhidmat kepada rakyat Rompin yang diwakilinya.

"Jika tidak, beliau perlu meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Rompin," tegas Mohd Nor.

Kita boleh tunjuk perasan dalam kawasan masjid

Selepas ini, bolehlah kita mengadakan demonstrasi "di dalam lingkungan batas kawasan" masjid. Perdana Menteri kata, "kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid". Sila lihat petikan berita Bernama bertajuk "Biar mahkamah selesaikan isu penggunaan kalimah Allah, kata Najib":
Menjawab soalan lain, Najib berkata kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu (lihat juga berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Najib harap bantahan tidak undang perkara negatif lain").
Selepas ini, bolehlah kita susun agenda demonstrasi rakyat kerana "kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid".

Kita jangan buat demonstrasi perkauman seperti puak-puak tu. Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald The Catholic Weekly kelihatan "lebih kepada sentimen perkauman berbanding agama".

Mungkin kita boleh menunjuk perasaan membantah penghinaan terhadap Allah s.w.t.:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20/4/1983 kepada para wartawan.

240 Ribu Belum Berdaftar Sebagai Pengundi Di Kelantan?

Lebih 240,000 rakyat Kelantan yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih sekalipun pelbagai langkah telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mereka berbuat demikian.

Pengarah SPR Negeri Ab. Rahim Md Salleh berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.4 juta penduduk Kelantan yang telah melewati usia 21 tahun dan layak mengundi.

"Jumlah itu boleh dikatakan agak tinggi berbanding negeri-negeri lain. Entah di mana silapnya, pelbagai cara telah dilakukan termasuk melantik agen dari wakil parti politik," katanya kepada Bernama di sini hari Khamis.

Beliau berkata keadaan itu mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa rakyat selain suka mendaftar pada saat-saat akhir ketika pilihan raya semakin dekat.

Bagi menggalakkan golongan itu mendaftar, Ab. Rahim berkata pihaknya kini membuka kaunter bergerak di pasar raya seluruh Kelantan.

"Pembukaan kaunter itu lebih menyenangkan kerana orang ramai tidak lagi perlu pergi ke pejabat pos atau pejabat tanah jajahan semata-mata untuk mendaftar sebaliknya sebelum atau selepas membeli belah, mereka boleh mendaftar di kaunter yang dibuka," katanya. -Bernama

Ulasan GB

GB tertanya-tanya apakah ada agenda SPR mengumumkan jumlah mereka yang belum mengundi sebegitu ramai, 240,000 orang?

Jika kita masih ingat, jumlah pengundi begitu ramai di Terengganu dimana di dalam PRU yang lalu, jumlah pengundi keseluruhannya di negeri itu mencecah kira-kira 516,000 orang daripada jumlah satu juta keseluruhan penduduk negeri itu.

Apakah modus operandi yang serupa akan dilakukan di kelantan sebagai usaha untuk merampas Kelantan dari PAS?

Hubaya-hubaya Kelantan.

Kalau UMNO Benar2 Berjuang Islam, Perjuangkan Tuduhan Qazaf

Wahai juak2 dan puak2 UMNO sakalian. Hari Jumaat ni korang nak berdemo sempena keputusan Mahkamah Tinggi (yang telah pun ditangguhkan) yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh The Herald.

Mengapa tidak kamu berdemo juga meminta Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya mempercepatkan pendakwaan ke atas Saiful Bukhari di atas tuduhan QAZAF yang telah dilaporkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan yang lepas?

Ataupun UMNO sendiri telah menghalalkan jenayah Qazaf bagi ahli-ahli UMNO sehingga UMNO tidak melihat keperluan untuk memperjuangkan hak seorang Islam bernama Anwar Ibrahim?

Apakah bezanya keputusan Mahkamah Tinggi dengan tindakan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melambat-lambatkan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari? Kedua-dua nya “penghinaan” pada Islam bukan?

Yang saya tahu, “qazaf” ni halal dalam UMNO. Dosa besar Qazaf ni sudah jadi macam amalan biasa di kalangan ahli UMNO. Mereka membuat tuduhan Qazaf pada Anwar tanpa rasa dosa walau sedikit pun.

Padahal,”Qazaf” ini adalah tergolong dalam dosa-dosa besar yang dibenci oleh Allah SWT. Tak heranlah judi dan arak pun UMNO boleh sokong, Qazaf ni lagilah diorang boleh halalkan.

Berentilah nak buat demo hari Jumaat ni. Buat tekak saya loya je. Nak demo konon. Pada waktu yang sama kamu halalkan judi, halalkan arak, halalkan sekularisman, buang tulisan jawi, HALANG perlaksanaan hukum jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan ancaman darurat dan MAGERAN dsbnya.

Nak demo konon nak pertahan nama Allah, tapi nama Allah kamu ludah kamu hinjak kamu maki bila kamu halalkan benda yang Allah SWT haramkan i.e. kes Saiful Bukhari.

Jenis manusia UMNO dalam Al Quran disebut sebagai:

8. Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe.

9. Fain would they deceive God and those who believe, But they only deceive themselves, And realise (it) not!

Mengikut ayat2 di atas, UMNO ni cuba untuk menipu Allah dan orang2 yang Beriman dengan demonstrasi mereka, namun sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar mereka menipu diri mereka sendiri.
Jadi, orang-orang yang beriman sekelian, janganlah tertipu dengan aksi-aksi orang yang menipu diri mereka sendiri.

Tulang Besi


Anwar mohon tuntutan qazaf tidak dilengahkan lagi
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi ini untuk mendapat perintah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (KPS) supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf.

Selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Husin yang dinamakan sebagai responden pertama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga.

“Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997,” ujarnya dalam kenyataan media selepas memfailkan permohonan itu dan berharap tuntutan qazaf itu tidak dilengahkan lagi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah Jawi dan menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.

Menurutnya, permohonan itu adalah lanjutan daripada qazaf beliau bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi terhadap Mohd Saiful yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya beliau telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful pada 26 Jun 2008.

“Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada Jawi kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.

“Dalam bulan Ogos 2009, saya mendapat maklumat pihak Jawi telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap Mohd Saiful,” ujarnya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kesemua surat-surat peguam syarienya yang bertanyakan mengenai status laporan qazaf beliau tidak dijawab KPS.

Oleh itu, beliau agak terkejut apabila menteri berkenaan telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

“Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil,” ujarnya.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.
Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden-responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.

“Sebagai seorang Islam, saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh hukum syarak,” tegasnya.

Manusia Yang Zalim...?? Tapi apa puncanya...


Suspek kes pembunuhan empat sekeluarga (bergari) menunjukkan tempat senjata yang dibuang ketika dibawa ke tempat kejadian di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, hari ini. Terdahulu suspek di bawa ke Mahkamah Majistrit Gemas untuk mendapat tahanan reman dan polis berjaya memperolehi tahanan reman selama tujuh hari terhadapnya. Dalam kejadian yang berlaku tiga hari lepas empat sekeluarga termasuk sepasang warga emas, Atan Daud, 90 dan isterinya Sutiah Katas, 80, menantu mereka, Ismail dan cucu Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan di kampung itu. --fotoBERNAMA

RM2 Juta Keluar Untuk ‘Umno Juara Rakyat’ - Nashruddin Abd Aziz

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Program 'Umno Juara Rakyat' menelan lebih RM2 juta bagi meyempurnakan hasrat kerajaan untuk memastikan Umno digelar sebagai juara di mata rakyat. Ini merupakan satu pembaziran yang besar dan merugikan tambahan kini rakyat dibebani dengan pelbagai bebanan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kerajaan seharusnya berjimat cermat. Program ini dikatakan bersifat nasional tetapi perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk menjamin program ini berjaya," tegas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abdul Aziz.
Menurut Nashruddin lagi, Perdana Menteri dan Timbalannya mewakili program ini bukanlah sebagai pemimpin negara tetapi sebagai pemimpin parti sahaja kerana program ini hanya untuk parti Umno sahaja. Umno menyajikan program yang berbentuk pembaziran sahaja kerana program ini dilancarkan di seluruh Malaysia.
"Hakikatnya rakyat yang berhak menjadi juara sebenarnya, kerana rakyat merupakan pembayar cukai dan pemangkin kepada ekonomi negara. Tanpa rakyat negara tidak akan ke mana-mana," jelas Nashuddin.
Nashruddin sebagai berkata, Umno melancarkan program di bulan yang sama ketika isi rumah dibebani dengan kos perbelanjaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan. Selain itu rakyat juga dibebani dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen.
Esok, Umno akan melancarkan program Umno Juara Rakyat yang akan dilancarkan di Hulu Selangor. Terdahulu, Umno dikatakan mengadakan progam ini pada hari yang sama PAS mengadakan program "Umno Pengkianat Rakyat". Namun program itu telah diawalkan dan diadakan pada 8 januari ini.

KUALA LUMPUR : Program 'Umno Juara Rakyat' menelan lebih RM2 juta bagi meyempurnakan hasrat kerajaan untuk memastikan Umno digelar sebagai juara di mata rakyat. Ini merupakan satu pembaziran yang besar dan merugikan ketika rakyat kini dibebani dengan pelbagai bebanan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kerajaan seharusnya berjimat cermat. Program ini dikatakan bersifat nasional, namun perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk menjamin program ini berjaya," tegas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abdul Aziz.

Menurut Nashruddin lagi, Perdana Menteri dan Timbalannya mewakili program ini bukanlah sebagai pemimpin negara tetapi sebagai pemimpin parti sahaja kerana program ini hanya untuk parti Umno sahaja. Umno menyajikan program yang berbentuk pembaziran dilancarkan ke seluruh negara.

"Hakikatnya rakyat yang berhak menjadi juara sebenar, kerana rakyat merupakan pembayar cukai dan pemangkin kepada ekonomi negara. Tanpa rakyat negara tidak akan ke mana-mana," jelas Nashuddin.

Tambah Nashruddin , Umno melancarkan program di bulan yang sama ketika isi rumah dibebani dengan kos perbelanjaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan. Selain itu rakyat juga dibebani dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen.

Esok, Umno akan melancarkan program Umno Juara Rakyat yang akan dimulakan di Hulu Selangor. Terdahulu, Umno dikatakan mengadakan progam ini pada hari yang sama denagn PAS mengadakan program 'Umno Pengkianat Rakyat'. Namun program itu telah diawalkan dan diadakan pada 8 Januari ini.

Baru Kita Nampak Siapa Yang Tidak Wala’ Sebenarnya

Dalam Isu Kalimah Allah ni, barulah terdedah siapa sebenarnya yang tidak wala’ pada keputusan Jemaah. Selama ini, mereka yang menentang usaha mengadakan Kerajaan Perpaduan disebarkan kepada umum bahawa mereka tidak wala’(taat) kepada Presiden.

Ke hulu ke hilir, juak-juak pemimpin Pro UMNO dalam PAS menjaja bahawa kumpulan “Erdogan” tidak wala’ pada Presiden, tidak wala’ pada PAS dan telah memberikan wala’ mereka kepada Anwar Ibrahim. Walhal, PAS tidak buat apa-apa keputusan berkenaan rasmi berkenaan dengan isu “Kerajaang Perpaduang” ini.

Tuduhan sebegini dilempar kerana usaha-usaha pimpinan Pro-UMNO untuk berkempen kepada ahli2 dan aktivis PAS digagalkan oleh kumpulan yang mereka gelar sebagai “Erdogan”. Jadi, demi untuk memburukkan imej mereka yang tidak mahu berselingkuh dengan UMNO, tuduhan “tidak wala’” atau “tidak taat” di sebar dengan begitu meluas sekali. Juga, tuduhan “pro-Anwar” juga disebar oleh juak2 pimpinan Pro UMNO ini seluas-luasnya.

Salah seorang juak-juak pimpinan Pro UMNO ini bernama Afyan Mat Rawi dan beliau pernah menyebarkan fitnah seumpama ini dalam blog Malaysiawaves. Beliau sekarang ini memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Gombak.

Bacalah apa yang ditulis oleh beliau di bawah :

Ini adalah kata-kata dari salah seorang dari ribuan juak-juak pimpinan Pro UMNO yang begitu ghairah menyebarkan fitnah dan nista terhadap mereka yang tidak bersetuju kepada usaha membawa PAS berselingkuh dengan UMNO. Afyan inilah contoh yang jelas betapa fitnah-fitnah seperti ini telah disebarkan di akar umbi PAS sebagai menentang pimpinan2 PAS yang tidak bersetuju dengan usaha membawa PAS duduk sebarisan dengan UMNO.

SIAPA YANG TIDAK WALA SEBENARNYA!!!

Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Lujnah Politik memberitahu bahawa keputusan mahkamah ini ditentang oleh pegawai-pegawai MAIS dan JAIS. Ertinya, Hasan Ali telah membawa pendapat dan pendirian dari penyokong-penyokong UMNO di dalam institusi kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata penyokong dan pendokong UMNO. Sepertinya, Dato Hasan telah menjadi penyambung lidah pada anasir-anasir UMNO dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Sepatutnya Dato’ Hasan mempersoalkan pegawai2 ini, dimana suara mereka bila Dato Najib meluluskan 10 lesen judi yang baru? Biar mereka terhegeh-hegeh menjawab. Dato Hasan ni betul ke orang PAS ni?

Maka, selepas Presiden mengeluarkan kenyataan rasmi Parti secara bertulis pada 4 hb Januari 2010, tiba-tiba Dato Hasan telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan pada 6 Januari menentang pendirian rasmi Parti berkaitan dengan isu ini.
Kata Dato Hasan :

APA SEBENARNYA DEFINASI WALA’ DALAM PAS?

Saya hairan, mereka yang menentang “Cadangan Presiden” sahaja, telah dilabel sebagai “tidak wala’” dan Proksi Anwar dalam PAS. Sedangkan kalau kita lihat, cadangan “Kerajaang Perpaduang” ini tidak pernah diputuskan oleh parti.

Cadangan “Muzakarah dengan UMNO” pun tidak pernah diputuskan oleh parti mahupun Majlis Syura Ulama PAS. Namun, mereka yang menentang idea muzakarah juga dilabel sebagai “Tidak Wala’” dan “Proksi Anwar”.

Oleh kerana itu, bagaimana pula dengan puak2 yang telah menentang pendirian rasmi PAS dalam isu Kalimah Allah ini? Adakah mereka juga boleh kita katakana sebagai “tidak wala’” serta “Proksi UMNO”? Para pembaca sekelian fikir-fikirkanlah secara tenang dan insaf.

Sedihnya saya adalah masih wujud pimpinan2 PAS yang membiarkan diri mereka menjadi alat propaganda UMNO. Seharusnya, Ustaz Nasaruddin mesti keluar menafikan laporan Berita Harian terhadap kenyataan beliau. Jelas Berita Harian mahu menggunakan kenyataan beliau untuk kepentingan UMNO.

Hai, bilalah kita nak bersihkan PAS dari pimpinan2 yang pro UMNO ni. Menyakitkan hati je. Bilalah nak EGM ni

PUJIAN PADA CHE GU PA DAN DR SHAMSURI

Saya secara terbuka ingin memuji tindakan Cikgu Pa yang telah mengarahkan semua kenyataan pimpinan2 yang tidak selari dengan keputusan parti diturunkan sama sekali. Saya tahu ada yang mengamok i.e. Ustaz Idris Ahmad tapi saya anggap tu semua sifat manusia biasa sahaja. Pada saya, kenyataan Ustaz Idris tu masih 50-50. Nak kata sokong tidak, nak kata tentang pun tentang yang beradab. Namun, Ustaz Idris janganlah marah, sebab Che Gu Pa cuma melakukan tugas beliau sahaja.

Dan kenyataan Dr Shamsuri dalam Harakahdaily juga saya puji kerana jelas pendirian PAS dalam isu ini tiada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ianya adalah berasaskan kepada hukum syariat Islam.

Setakat yang saya faham, dan juga dari kenyataan Tuan Haji Khalid Samad di Malaysiakini, keputusan PAS itu TIDAK SAMA SEKALI menyatakan PAS menyokong keputusan Mahkamah Tinggi. Cumanya, PAS tidak mahu isu ini dijadikan isu yang akan menguntungkan UMNO dan merugikan dakwah Islamiyyah.

UMNO adalah penyakit yang parah kepada Malaysia. Seharusnya kita pikir jalan untuk buang penyakit bernama UMNO ini. Bukan pegi sokong, macam Hasan Ali buat tu.

Tulang Besi

p/s - Seruan saya pada ahli2 PAS adalah supaya jangan ingat isu ini adalah isu Semenanjung sahaja. Isu ini berkaitan dengan penduduk2 kristian di Sabah dan Sarawak. Mereka telah menggunakan nama Allah ni SEJAK SEBELUM MALAYSIA ditubuhkan lagi.

Soalan saya (dan soalan yang sama saya berikan pada AB Banjary yang tidak dijawab sampai sekarang) adalah: Adakah kita mahu berjuta- penganut Kristian di Sabah dan Sarawak berhenti menggunakan nama Allah sedangkan mereka telah berketurunan menggunakan kalimah Allah?

Sila klik di sini untuk melihat contoh Bible yang mereka pakai selama ini.

Woii.. jaga-jaga dajjal !


BULETIN الحضارة~*BIL:88/Muharram 1431

A L – H A D H A R A H

Woii PAS! Issunya Bukan Kebebasan, Tetapi Pencerobohan Agama..

Firman Allah swt bermaksud; Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. al-Imran 103.

Selawat dan salam penuh kasih sayang kepada Nabi Junjungan Muhammad saw, kaum keluarga serta para sahabat baginda yang kita muliakan.Tidak dilupakan kepada guru-guru dan alim-ulama` yang benar-benar menunjuk

serta membimbing ummat ke jalan yang lurus.

`PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi` Demikianlah antara kenyataan rasmi Presiden PAS berkaitan issu penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. PAS terang-terang mengalih issu kepada hak kebebasan beragama seseorang individu, sedangkan perkara ini timbul dan telah menjadi keresahan serta perhatian ummat Islam di Malaysia ialah kerana berlaku pencerobohan atau `penyusupan` pihak Kristian untuk memudah serta menggiatkan usaha kristianisasi terhadap ummat Islam khususnya yang lazim berbahasa Malaysia (Melayu). Ini `point of view`nya atau perkara pokok yang semua pihak samada individu, mufti-mufti, pertubuhan pelajar, NGO, parti politik termasuk UMNO malah sebahagian pemimpin-pemimpin PAS sendiri berpendirian begitu sebelum ini.

Jika soal hak kebebasan beragama seseorang, ummat Islam dan pihak-pihak yang bangun membantah terhadap issu ini telah maklum dan tahu lama dah chek ooi… Tidak ada siapa pun yang naïf akan perkara itu. Sedangkan perkara sebenar di sebalik issu ini ialah usaha-usaha pihak kristianisasi melalui gereja mereka terutamanya di Sabah untuk mendakyahkan ummat Islam, saya ulangi mendakyah ummat Islam! supaya menjadi golongan murtad (nau`zubillah minzalik). Mereka telah melakukan berbagai cara dan perkara sebelum ini seperti mencetak `Bible` dalam Bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Mungkin PAS sendiri yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa.. sila rujuk kepada buku kecil `Murtad Barah Ummah` keluaran Badan Bertindak Anti-Murtad Pusat Penyelidikan PAS Pusat dicetak oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat tahun 2007.

Kenapa lani sejak PAS dan pemimpinnya mula memakai `kaca mata gelap` untuk bergaya menduduki takhta kuasa di Putera Jaya semua yang selama ini diperjuangkannya sendiri bersama-sama NGO dan ummat Islam seperti tidak pernah wujud langsung. Siapa sebenarnya yang berubah… UMMAH atau PAS yang mabuk kepayang bagai orang muda yang gila bercinta, waktu bercinta itu `kentut` pun bau wangi. Jika anak-anak muda prihatin yang membahasakan diri mereka `Ali Baba Bujang Lapok` dalam facebook pun boleh faham dan sensitif ini haji-haji dan lebai-lebai tak boleh nampak sebab apa..? Mabuk candu politik… kemaruk nak pegang kuasa, bla.. bla.. bla.. BALA. Mereka yang berdolak dalik, sekejab kata begini dan sekejab pula kata begitu kerana kepentingan politik murahan, tetapi menuduh UMNO pula yang memainkan issu ini supaya mendapat sokongan ummat Islam.

Saya sebagai ummat Islam yang tidak pernah menyertai UMNO tetapi pernah terlibat dan menjadi ahli PAS merasakan jika betul pun UMNO itu mengambil kesempatan atas issu ini dengan bermuka-muka menyokong ummat Islam dan cuba pula menjuarainya, apa salahnya ? Kerana amal dan kerja seseorang itu Allah swt yang akan membalas dan menghakiminya bukan kita. Hasilnya tindakan UMNO itu memberi faedah kepada ummat Islam dan generasi ummah jua di kemudian hari. Sebaliknya yang PAS beria-ia benar membuat keputusan yang membelakangkan atau menentang arus ummah untuk menampakkan terbuka, tolenransi dan liberal kepada orang bukan Islam supaya dapat meraih sokongan mereka yang bukan Islam itu dalam PRU 13, tidak pula dikatakan mengambil kesempatan atau berpolitik ka? Malangnya.. belum tentu tindakan mereka itu akan mendapat sokongan penuh orang bukan Islam nanti. Yang pastinya tindakan bodoh mereka itu menguntungkan missionari kristian dan mula menghakiskan sokongan ummah kepada PAS.

Sebagai ummat Islam juga, kita tidak pernah lupa bagaimana pada waktu pemerintahan, sekarang Tun Mahathir, atas kepentingan perebutan atau survival politik masing-masing tercetusnya issu untuk membuang perkataan Islam dalam pertubuhan. Ketika itu ummah bangkit dan PAS pula yang menjadi juaranya, tidak pula timbul dari PAS sendiri bahawa mereka dan NGO berpolitik mempengaruhi ummat Islam untuk kepentingannya sendiri. Ya kerana mereka ketika itu bersama-sama ummah dan membawa kepentingan ummah. Tetapi kenapa sekarang ketika pihak lain atau orang lain yang bersama-sama ummah, bukan mereka lagi, mereka menuduh pihak atau golongan tersebut mengambil kesempatan politik pula. Sedangkan bagi saya dan saudara-saudara ummah yang lain sejak dahulu (issu perkataan Islam) atau sekarang (issu kalimah Allah) kami tidak pun berjuang dan mempertahankan kepentingan politik-politik sempit kedua-duanya. Ummah tetap berdiri dan berpijak demi kepentingan Islam dan ummat biarpun kekadangnya nampak seperti menyokong salah satunya… Itu pendirian saya dan percaya ramai lagi yang boleh menerima serta berpendirian begitu.

Kepada saudara-saudara ummah yang masih keliru, berbelah bagi atau terkejut dengan pendirian PAS yang mereka sangka akan menyokong perjuangan Islam, perjuangan ummah. Sebenarnya inilah akibat apabila PAS sekarang meletakkan kepentingan untuk mendapat kuasa politik melebihi dari kepentingan Islam dan ummah sendiri. Tidak hairan mereka begitu mudah menjadi golongan Islam liberal yang selama ini mereka tentang habis-habisan. Kalau di negara jiran Indonesia pihak kristian berjaya mempengaruhi dan menyelewengkan fikrah-fikrah individu-individu bertaraf ulama` Nurcholis Majid dan yang sepertinya sehingga wujud dalam sebuah keluarga ibu dan ayah berlainan pegangan agama. Anak-anak pula bebas memilih yang mana mereka suka, semua menyembah `Allah` juga katanya. Manakala di sini Malaysia, mereka maju setapak lagi apabila berjaya mempengaruhi dan menyelewengkan pertubuhan atau gerakan ummat Islam sendiri. Kerana pihak ummat Islam sendiri yang lemah dan bernafsu besar sanggup menjual prinsip kerana mengidamkan kuasa.

Sebelum betul-betul terlewat saya ingin bertanya kepada pemimpin dan mereka yang menyokong pendirian PAS ini, sukakah kamu masa depan negara ini nanti dipenuhi dengan rencam yang pelbagai tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan ruhul qudus digantikan dengan `Allah` sekian… ***** sekian dan sekian. Dalam sesebuah keluarga pula kerana kebebasan beragama boleh rojak + pasembur yang kesannya nanti bukan kepada masyarakat bukan Islam kerana mereka memang dah begitu (satu millah) tetapi jangka pendek dan panjangnya ialah generasi ummah. Kalau Nik Aziz dan Hj Hadi suka anak cucu dan cicitnya nanti ada yang buka pondok dan ada yang buka *****, bla, bla, bla. Atau seperti Mujahid yang menconteng arang ke bani Rawi, lantak pi lah dekat kamu… kerana asasnya mereka agama samawi hujah kamu. Tetapi saya cuba untuk mengingatkan kepada mereka yang masih ada keikhlasan mencari kebenaran dan berjuang kerana Allah bahawa agama samawi itu sendiri sudah tidak wujud lagi dalam ajaran Kristian serta Yahudi sekarang.

Oleh kerana itu jika ditakdirkan Nabi Allah Isa as dibangkitkan sekarang atau akhir zaman nanti, semua ulama` ahli sunnah wal jamaah sepakat beliau tidak membawa syariat baru atau syariat sebelum ini yang Yahudi dan Nasara mendakwa mereka memilikinya. Tetapi baginda akan bersama-sama pemimpin-pemimpin UMMAH memerangi dajjal-dajjal yang kebanyakan bermata satu. Khaibar! Khaibar! Ya yahud.. Khaibar! Khaibar! Ya nasara.. Khaibar! Khaibar! Ya musyriken wal munafiq.. jaisyun Muhammad qad ya`ud. Takbir…! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sekian dari Ibnu Ramadhan.``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal, 13210 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

Poket rakyat bakal rabak lagi...petrol naik 30 sen...gula naik 20 sen, jumlah 50 sen, inflasi tak tahu lagi Harga petrol naik lagi 1Mei ini, memandan


Harga petrol naik lagi 1Mei ini, memandangkan harga gula naik, tidak dapat tidak inflasi juga bakal mencanak lagi.

Di masa ekonomi masih lagi belum pulih, umno/BN masih lagi memeras peluh rakyat marhaen dengan pelbagai kenaikan.

Benar mekanismenya bunyi menarik, bergantung kepada kapasiti enjin, tetapi sedar atau tidak garis kemiskinan manakah yang diguna pakai.

Perbezaan pendapatan bandar dan luar bandar, kos sara hidup di bandar dan luar bandar, jumlah isi rumah, saiz keluarga juga perlu diambilkira.

Harga minyak mentah di pasaran masih lagi di bawah paras 80 dollar setong, apa hisabnya yang rakyat terpaksa menanggung harga lebih tinggi sedangkan mutu minyak RON95 juga diragui,

Apa sebenar yang diutamakan....mengurangkan atau menambah duit dalam poket rakyat sebenarnya

FAKTA:-

RON95...subsidi kerajaan sebanyak 30 sen perliter.

Harga sekarang = RM1.80

Harga selepas 1 Mei 2010 = RM2.10

Perlaksanaan, mekanisme dan kesan akibat kenaikan = ???

Disibukkan rakyat dengan kalimah 'ALLAH', tapi sebenar umno/bn tak nak rakyat marah pasal kenaikan harga petrol dan harga gula. Impak kepada inflasi...??? Rakyat Didahulukan kunun

TPM: Umno tidak kompromi dalam isu kalimah Allah..!!! Lagi satu lawak UMNO@BN.....

PUTRAJAYA, Jan 7 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) menyangkal dakwaan PAS bahawa Umno cuba mempolitikkan soal kalimah“Allah” kerana sebenarnya pembangkang yang cuba meraih kepentingan politik daripada isu tersebut.

Malah kata beliau kenyataan-kenyataan para pemimpin mereka juga jauh berbeza.

Muhyiddin memberitahu Umno tidak akan mempolitikkan isu tersebut kerana ia berkaitan dengan agama dan akidah umat Islam.

“Pendirian kerajaan juga adalah pendirian parti dan kita tidak pernah gunakannya untuk kepentingan politik.
“Isu kalimah Allah berhubung kait dengan akidah umat Islam... kita tidak kompromi dalam soal ini.
“Kalau ada pun kenyataan daripada pemimpin Umno mengenai soal ini, adalah untuk menunjukkan bahawa kita prihatin dan bukannya untuk mendapatkan kepentingan politik.

“Kita hendak memastikan tidak timbul buruk sangka yang boleh membangkitkan perasaan dan keadaan tidak baik antara agama dalam negara kita,” kata beliau selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Semalam ketua penerangan PAS Idris Ahmad mendakwa Umno menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang “mahu diiktiraf juara rakyat secara ‘fast track’.”

Sehubungan itu parti itu, mendesak Umno yang 12 penggal mentadbir Malaysia supaya meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.

Idris juga berkata terlalu banyak bukti menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.

“Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata reaksi berbeza-beza daripada pemimpin bukan Islam dalam kerajaan terhadap isu penggunaan kalimah Allah tidak akan menyebabkan perpecahan dalam Kabinet.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata beliau tidak nampak isu berkenaan akan menyebabkan ketegangan di kalangan pemimpin kerajaan.

Katanya, sebagai pemimpin yang mewakili pelbagai parti politik dan menganut agama yang beza mereka tentulah mempunyai pandangan mereka sendiri dan kerajaan menghormati pandangan tersebut.

Namun pada yang masa sama kerajaan bersatu dalam menangani isu tersebut, tegas beliau.

“Saya tidak fikir (perpecahan dalam Kabinet). Kita amat faham dengan situasi. Saya tidak fikir ia begitu kritikal pada peringkat ini. Ianya adalah perkara biasa untuk mempunyai pendapat yang berbeza,” katanya.

Gagal patuhi spesifikasi punca stadium runtuh...! Kena tanya sape ni..???

Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan jawatankuasa siasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.

Mengulas perkara itu, Shaziman berkata laporan itu telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam yang juga bersetuju supaya laporan itu diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu, manakala satu lagi salinan dikemukakan kepada pejabat peguam negara, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Shaziman, yang ditemui ketika mengadakan lawatan kerja ke Hubungan Kerinchi Arah Utara Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dekat sini, berharap kerajaan negeri Terengganu dapat menggunakan hasil laporan itu untuk mengambil langkah susulan.

"JKR juga telah memaklumkan kepada kerajaan Terengganu supaya kerja-kerja mengubah runtuhan yang ada di kawasan stadium itu boleh dilakukan dan kerja-kerja pembaikan boleh dimulakan," katanya.

Dalam kejadian pada 2 Jun tahun lepas, bumbung stadium berkenaan di Gong Badak yang berharga RM300 juta dan siap dibina pada Mei tahun yang sama untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, runtuh secara tiba-tiba.

Ekoran kejadian itu, sebuah jawatankuasa siasatan terdiri daripada 10 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional berkaitan diberi masa enam bulan untuk melaksanakan penyiasatan dan menyiapkan laporan akhir ekoran kejadian keruntuhan bumbung utama stadium berkenaan.

Jawatankuasa itu dipertanggungjawab antara lain untuk mengenal pasti punca kejadian, mengesyorkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian itu berulang dan mengemukakan cadangan pembinaan semula stadium.

- Bernama

Amaran polis jangan anjur perhimpunan haram esok..!! Satu lagi lawak UMNO@BN...!!

KUALA LUMPUR, Jan 7 — Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau yang memantau secara serius perkara itu berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.

“Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif,” kata beliau selepas merasmikan Seminar Pengurusan Inovasi dan Kualiti PDRM di sini hari ini.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijangka berhimpun secara aman bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic di beberapa masjid di ibu negara selepas solat Jumaat, esok.

Beliau berkata polis tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana permohonanuntuk berhimpun meskipun ia adalah perhimpunan secara aman.

Beliau berkata semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu itu dan jangan membuat kenyataan yang boleh menaikkan semangat serta kemarahan orang ramai.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Gereja Katolik, Derek Fernandes mencapai kata sepakat supaya perintah itu ditangguh sementara menunggu rayuan.

Laporan sebelum ini menyebut selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara esok Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan 'Satu hati mempertahankan kesucian Islam' diadakan selepas solat di Masjid Negara.

Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pagi tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua pihak perlu menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi bagi menyelesaikan isu semasa.

“Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik..kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negaraini.

“Tapi walau apapun, pihak berkuasa sentiasa bersedia dan saya berharap jika ada orang yang mahu menunjuk perasaan, ia tidak akan merebak sehingga menjadi sesuatu yang amat serius... moga-moga ia hanya tunjuk perasaan yang minimum,” katanya.

Najib diminta mengulas khabar angin bahawa akan ada tunjuk perasaan meluas esok selepas solat Jumaat terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald.

Najib juga berkata kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.

Perkataan "Allah" : Hormati keputusan mahkamah – Isna

Logo Persatuan Islam Amerika Utara (Isna) menyeru semua pihak supaya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu, yang membenar masyarakat Kristian menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan mereka.

"Keputusan mahkamah itu sebagai mengesahkan kebebasan beragama dan hak masyarakat Kristian menggunakan perkataan "Allah" menggantikan "Tuhan" dalam Bahasa Malaysia," kata Isna dalam satu kenyataannya.

Dalam kenyataannya, Isna yang berpangkalan di Plainfield, Indiana, Amerika Syarikat berkata, keputusan ini juga membatalkan larangan kerajaan dalam tahun 2007 menggunakan perkataan itu dalam kesusasteraan agama Kristian.

"Golongan yang menentang penggunaan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada Tuhan berhujah bahawa perkataan "Tuhan" pada kebiasaannya digunakan oleh rakyat Malaysia yang bukan Islam, bukan "Allah". Mereka menegaskan bahawa perkataan "Allah" hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Islam.

Hujah ini bercanggah dengan amalan dan kefahaman Islam. Al Quran agak jelas menerangkan orang-orang Islam menyembah Tuhan yang sama dengan Tuhan yang diiktiraf oleh orang-orang Kristian.

Al Quran memerintah orang-orang Islam supaya mengisytihar bahawa Tuhan yang mereka sembah dan yang disembah oleh pengikut -pengikut kitab samawi termasuk Kristian, adalah satu: "… dan berkata: Kami yakin tentang apa yang diwahyukan kepada kami dan
kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu, dan kepada Dia kami menyembah." (Quran 29:46)

Mengikut sejarah dan amalan tradisi, orang-orang Arab Kristian menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan dalam sumber-sumber agama mereka sejak kedatangan Islam. Hal keadaan ini tidak pernah dicabar oleh individu Muslim maupun kerajaan Islam.

Kata kenyataan itu, "undang-undang Islam jelas memperakui pengikut ajaran Kristian mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka mengikut ajaran mereka"

"Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mendokong kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian dan agar menghormati keputusan mahkamah itu.

"Kami juga menyeru badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam menghormati ajaran Islam dan menarik balik penentangan terhadap penggunaan perkataan "Allah" oleh sahabat Kristian mereka," tambah kenyataan itu.

Allah Untuk Semua!

Dzulkefly Ahmad

Saya amat insaf isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Katolik Kristian di negara ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi buruk seandainya penganut Islam dan penganut agama lain khususnya Kristian gagal mengawal emosi dan tidak faham isunya yang sebenar.

Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik PAS Pusat ketika melangkah masuk ke dewan mesyuarat, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada malam Isnin, 4 Januari 2010. Silap haribulan, dalam PAS pun boleh berlaku kebrentakan.

Bermain di minda penulis adalah kesan impak dan senario, akan akibat keputusan yang bakal diambil. Berlatarbelakangkan demografi negara atau kependudukan dan pengundi yang bersifat 60-40 atau "Mixed", kesan "senjata dua mata" atau "double-edged sword" ini tidak dapat dielakkan. Ada yang suka dan menyokong dan tentunya ada yang akan kecewa dan marah.

Namun, penulis berazam dan mahukan keputusan yang bakal dicapai adalah satu yang dirumuskan dengan segala pertanggungjawabannya. Ya betul perhitungan politik yang bijak dan waras itu penting, tetapi dasar yang berdasarkan hujjah dan sandaran Al-Quran mesti jelas dan teguh dahulu.

Penulis benar-benar menarik nafas lega dengan keputusan. Keputusan lujnah telah pun diumumkan dan tentunya penulis tak boleh menceritakan apa yang yang berlaku di sebalik dewan tertutup itu untuk hampir tiga jam. Berikut adalah penulisan secara ilmiah sebagai perkongsian untuk tatapan umum.

Kerana kekangan ruang, isu ini wajar dilihat penulis dari 2 aspek penting.
i. Perspektif Al-Quran atau Hukum dan
ii. Perspektif Pentadbiran atau Perundangan dan kalau sisi pandang PAS apa yang dikatakan sebagai perkiraan Siasah Syariah atau Siasah dari kacamata Syariah atau tegasnya kesan baikburuk mengikut pandangan Syariah.

Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa KDN salah dalam pengharaman itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Saya cuba huraikan kemudian secara ringkas.

Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah "Allah" sejak 150 tahun lalu. Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara. Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama "Allah" oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.

Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam? Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?

Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.

Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq. Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah). Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Uluhiyah).

Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 : "Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?", Tentu mereka akan jawab "Allah". Katakanlah "Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui".

Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat "Rububiyah"(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).

Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama "Allah" adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.

Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat "persaudaraan agama samawiyat", paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.

Perhatikan ayat di seterusnya ini. Allah sebutkan dalam Al-Quran: "....kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri".....Surah Al-Angkabut:46.

Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima "Allah", walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.

Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi. Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.

Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama "Allah", maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama "Allah" itu. Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.

Hal ini juga dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri (gambar kiri). Ini aspek pengurusannya atau Siyasah Syariahnya, supaya dijaga maslahahnya dan dijauhkan mafsadah atau kemudharatanya. Jelasnya begitu.

Sebenarnya, perkara itulah yang dimaksudkan dengan Perkara 11(4) dan 11(5) dalam Perlembagaan Persekutuan supaya di pihak berwajib menjaga pentadbiran kebebasan bergama supaya tidak timbul huru-hara dan ketidakstabilan dan dikekalkan keharmonian. Pada waktu yang sama agama lain tidak boleh berdakwah kepada orang Islam seperti Perkara 11 (4). Ini wajib dijaga dan perlu juga peraturan. Adakan peraturan. Jangan haramkan penggunaan nama Allah, tak selesai masalah.

Sebab itu juga keputusan PAS menekankan supaya jangan ada pihak yang terlalu agresif dan melakukan provakasi sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian antara agama dan konflik antara kaum-budaya.

Itu saja. Mengapa sampai nak berperang? Mengapa sampai nak berdemonstrasi? Kata 1-Malaysia? Mengapa perlu menimbulkan kesangsian dan syak wasangka sehingga menjejaskan keharmonian antara agama? Siapa yang mempolitikkan isu ini?

Pada saya yang lebih penting dari memperjuangkan isu nama "Allah" itu, ialah memperjuangkan Apa yang Allah perintahkan kepada kita ummat Islam, termasuk menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran termasuk membenteras rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, membasmi kemiskinan, kezaliman dll!

*Dr.Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.