Rabu, 6 Januari 2010

Mat Sabu Sokong TGNA - Temukan Pemimpin Islam Dan Kristian Selesaikan Isu Kalimah Allah

Mohamad Sabu menyokong penuh usul yang dikemukan oleh Musyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menemukan pemimpin Islam dan Kristian di Malaysia bagi menyelesaikan perkara berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pemimpin Pas itu menjelaskan Islam menggalakkan dialog antara ilmuan dalam menyelesaikan titik-titik bingit antara agama, sesuai dengan iklim demokrasi hari ini.

Menurutnya lagi, penggunaan kalimah Allah tidak dibantah Al-Quran namun apa yang dikhuatiri umat Islam adalah penyalahgunaannya.

"Kalimah Allah tu di Malaysia ni, di sebelah sini memang sesuai untuk orang Islam sahaja. Tapi kalau orang bukan Islam nak guna kita tidak boleh paksa, tapi kita bimbang penyalahgunaan perkataan itu", jelas beliau.

Beliau turut berpendirian bahawa perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan di mahkamah sedangkan ianya hanyalah bersangkut paut dengan kepenggunaan perkataan tersebut.

"Bukan soal mahkamah, di sini lebih soal sosio politik. Bukan A atau B cuma kita bimbang penyalahgunaan", tegas beliau.

Oleh yang demikian, cadangan Nik Aziz untuk menemukan pemimpin Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kekeliruan ini adalah jalan terbaik bagi mengelak sebarang perselisihan faham antara kaum.

"Ini saya lebih setuju kita bertemu dengan orang-orang parti-parti kristian di Malaysia", kata beliau. -TVS

Gempar!!! Sila Lihat Gambar2 Najib ini!!!

Transformasi Terbaru 1Malaysia












p/s : terima kasih kepada pengirim email gambar2 ini kepada loveperak ;)


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/01/gempar-sila-lihat-gambar2-najib-ini.html#ixzz0bqKYFikL

Home Ministry to allow protests against ‘Allah’ ruling....So Special this group ah...!!!

By Shazwan Mustafa Kamal

PUTRAJAYA, Jan 6- The Home Ministry will allow a public demonstration against the “Allah” ruling, planned by Muslim groups this Friday at the Kampung Baru mosque here, to proceed and will only take action if “things get out of hand.”

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn (pic) told a press conference here at a post-Cabinet meeting that the developments will be monitored and that action will only be taken if the need arises.

“There is a balance that needs to be addressed. We (the Home Ministry) have faced this situation before. Right now, if you do not allow the protest, it will cause a lot of emotional reaction. But if you also allow it, it might turn into a security threat,” explained Hishammuddin.

The Home Minister asserted that the core issue was the issue of safety of the country, and that the group had already been advised against the protest.

“Everyone’s been appealing to them. No one, from the government to the opposition, wants this whole thing to get out of hand.

“As long as it does not affect national security, we will not stop it yet. We plan to get closer to the would-be demonstrators and try to talk to them first.”

When asked whether the crisis surrounding the use of the word “Allah” by the Catholic church through its Herald publication had been discussed in today’s Cabinet meeting, Hishammuddin said that it had been brought up, but the Cabinet has decided to leave the matter to the Court of Appeal.

“Right now, the stay of execution has been granted ... this is the normal process in line with the appeal we have filed. As the issue is right now being discussed in court, the Cabinet leaves it to the court to decide,” he said.

The Home Minister added that sensitive issues pertaining to race and religion needed to be handled with wisdom and intelligence, and that only leaders with no “ulterior motives” could ensure that the right decisions be made on the matter.

“Don’t play around with the issue of race and religion. These have always been sensitive issues that can threaten the harmonious balance of the country. Only an honest leadership will put the country’s interest above his own.”

The High Court on Dec 31 allowed the Catholic publication Herald to use the word “Allah” in its weekly publication.

This move has resulted in an uproar among some Muslims in the country, with some threatening to take their dissatisfaction to the streets this Friday.

The Home Ministry had filed for an appeal against the High Court’s decision on Monday, and for a stay of execution of the ruling.

Today, the High Court granted the stay.

Judge Datuk Lau Bee Lan made the decision in chambers after both lawyers for the government and the church came to a consensus to freeze the decision of the case to be settled in the Court of Appeal.

Kenyataan berdasarkan prinsip Islam bukan kerana keputusan mahkamah - Abdul Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar."

Beliau membuat penjelasan ini ekoran laporan akhbar The Star yang melaporkan seolah-olah beliau menyokong keputusan mahkamah tinggi itu.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penjelaskan artikel berita akhbar The Star 6 Januari 2010

Satu artikel berita yang bertajuk “Word Allah not restricted only to Muslims, says Hadi” sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar The Star, muka N12 bertarikh 6 Januari 2010 adalah dirujuk.

Dalam para keempat ianya ditulis sebagai : “In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word 'Allah', he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”.

Ingin dijelaskan disini bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara rasmi oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 4 Januari 2010 itu tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat ‛Allah’ untuk penerbitan Herald. PAS hanya menjelaskan prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar.

Oleh yang demikian, maksud yang difahami dari para keempat terutamanya merujuk kepada ayat ”In supporting the High Court’s decision..” yang ditulis itu adalah tidak tepat sama sekali.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiusaha Politik Presiden PAS
6 Januari 2010

Kalimah Allah: Gereja, KDN sepakat tangguh perintah mahkamah

KUALA LUMPUR, Jan 6 – Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah” berikutan persetujuan kesemua pihak terlibat - gereja dan Kementerian Dalam Negeri dalam kes ini demi kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan itu kamarnya petang ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai permohonan itu berkata beliau secara peribadi telah meminta peguam-peguam yang mewakili gereja agar tidak menghalang permintaan itu “demi kepentingan negara.”

“Kami telah memohon dan mereka telah bersetuju untuk penangguhan pelaksanaan demi kepentingan nasional.

“Penangguhan ini dibenarkan sementara menanti rayuan dipertimbangkan di Mahkamah Rayuan,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan mahkamah.

“Ini berlandasakan hakikat bahawa rayuan mesti didengar secepat yang mungkin,” tambah beliau.

Peguam gereja, Benjamin Dawson menyokong kenyataan Gani.

“Atas permintaan Peguam Negara, pemohon iaitu ketua biskop, telah menyatakan persetujuan untuk penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah yang diputuskan 31 Dis demi kepentingan negara,” kata Dawson kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau tiada perhujahan panjang lebar dengan sesi berhujah berakhir dalam tempoh 15 minit.

Mahkamah juga menolak usaha awal peguam-peguam kumpulan Muslim yang terdiri daripada enam Majlis Agama negeri dan Persatuan Muslim-Cina Malaysia yang menyokong usaha Kementerian Dalam Negeri.

Peguam Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu percubaan mereka untuk berhujah di mahkamah ditolak kerana hakim juga telah menolak usaha mereka mencelah dalam kes utama pada 31 Dis lalu.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan Herald menggunakaan perkataan Allah.

Kelmarin, kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 31 Dis lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian Bahasa Malaysia.

Perkataan ‘Allah’ digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri memberikan justifikasi bagi larangan penggunaan perkataan itu oleh akhbar itu atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Bukan tahun pilihan raya tapi MB Selangor gerakkan program

SHAH ALAM, Jan 6 – Ini bukan tahun pilihan raya, tetapi kerajaan negeri Selangor mengumumkan ia akan mengadakan lebih banyak program turun padang untuk para pemimpin bersama rakyat pada tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanggal 8 Mac ini genap dua tahun pilihan raya umum diadakan.

Selangor antara negeri yang jatuh ke tangan pembangkang yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat (PR) iaitu ikatan DAP, PKR dan DAP.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini, Abdul Khalid berkata program itu bukan sahaja akan dilaksanakan di kawasan kampung tetapi juga di kawasan-kawasan rumah pangsa di bandar-bandar.

Program pertama turun padang telah bermula Isnin lalu di mana Sultan Sharafuddin Idris Shah sudi mencemar duli menghadiri Majlis Menuai Padi di Kg Parit 15, Simpang Lima, Sungai Besar, kata beliau.

Bagi program di rumah-rumah pangsa ia akan melibatkan program pembersihan dan mengecat kembali kediaman-kediaman berkenaan bagi menceriakan suasana kehidupan masyarakat di sana.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku tunjuk perasaan pada Jumaat ini berikutan bantahan umat Islam di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah, beliau berkata: “Saya sokong bantahan dalam stadium”.

Dipetik Bernama beliau juga berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah terutama kenyataan-kenyataan yang mengelirukan umat Islam.

Sementara itu, Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini berkata ia bersama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan SSIC Bhd akan menganjurkan program Jelajah Jom Kerja pada Jumaat dan Sabtu ini.

Siri jelajah ini akan menyaksikan peserta-peserta konvoi bergerak di sekitar daerah Klang bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat tentang peluang-peluang pekerjaan di Selangor.

“Antara objektif program ini adalah untuk mempastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang kerja. Ia juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran,” katanya.

Satu sesi temuduga terbuka bagi pencari-pencari kerja juga akan diadakan di Dewan Pejabat Daerah Klang pada Sabtu dan Ahad ini dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang.

Sirul dan Azilah versi India

Anda dah baca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM"?

Antara lain, berita tersebut melaporkan:
Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

N Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Adakah Tharmendran dan Rajandran hakikatnya versi baru kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar? Itu kena tanya orang-orang Melayu yang ternama yang pernah intim dengan Altantuya Shaariibuu.

Tidak mengapa kalau anda mahu yakin 100 peratus dengan berita itu kerana saya yakin ada banyak tempat kosong di hospital Tanjung Rambutan dan Tampoi.

MARI KITA LIHAT SIAPA YANG TAK KENAAA...


KUALA LUMPUR: Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM.

N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan keduadua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

(OK lah...kita dakwa mereka yang mencuri enjin jet tu. Tetapi bagaimana dengan mereka yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan itu sendiri. Tidak adakah mana-mana mekanisme bagi melihat bagaimana kelalaian dan kealpaan sehingga menyebabkan boleh kehilangan barangan yang amat besar dan berharga itu. Akhirnya, MARI KITA LIHAT SIAPA YANG TAK KENAAA....!)

ar_rawa

MOHD NAZREE MOHD YUNUS: Mahkamah Khas Rasuah

Dalam membicarakan persoalan integriti dan rasuah, kita akan dapati apabila sesebuah negara dihinggapi penyakit rasuah sehingga rasuah menjadi alat pengumpulan modal utama, maka kita akan dapat menisbahkan negara itu sebagai negara kleptokratis. Situasi ini akan lebih parah apabila wujudnya hubungan rasuah di antara ahli politik dan birokrat pada satu pihak dengan kelompok ahli kelas pemodal bagi pihak yang lain.

Terdapat perbezaan di antara Malaysia dan Indonesia dalam penubuhan Mahkamah Khas rasuah ini. Walaupun kedudukan Indonesia berada lebih kebelakang daripada Malaysia yang berada ditangga ke-56 daripada 180 buah negara berdasarkan indeks persepsi rasuah oleh Transparency International 2009. Namun kita harus sedar bahawa terdapat beberapa kelebihan Indonesia daripada aspek penubuhan Mahkamah khas Rasuahnya.

Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah dilihat penting berdasarkan kepada beberapa justifikasi. Pertamanya kita harus melihat bahawa kes-kes rasuah adalah kes-kes yang berat dan penting untuk diselesaikan.. Ini terbukti apabila pandangan daripada Ibnu Khaldun seorang tokoh sarjana Islam yang menyebut bahawa sesebuah tamadun bangsa itu boleh runtuh jika berlakunya amalan rasuah dan nepotisme melampau.

Kes-kes yang melibatkan rasuah wajar untuk diselesaikan sesegera yang mungkin bagi mengelakkan berlakunya penangguhan yang tidak wajar terhadap. Keduanya, penubuhan mahkamah khas rasuah ini adalah mampu untuk meringankan bebanan hakim-hakim mahkamah biasa dalam membicarakan ribuan kes-kes jenayah dan sivil..

Sehingga hari ini kita mempunyai hampir 700 kes rasuah yang sedang dibicarakan dan 400 kes rasuah yang dalam proses rayuan. Jika di Indonesia terdapat pengadilan berkaitan rasuah yang di sebut sebagai Pengadilan Tindak Pidana Korupsi ataupun disebut sebagai Pengadilan TIPIKOR. Pengadilan ini disokong oleh undang-undang berdasarkan Undang-Undang Republik Indonesia No. 30 Tahun 2002 Tentang Komisi Pemberantasan Pidana Korupsi.

Lebih khusus lagi kita boleh merujuk dalam Bab 7, Undang-undang tersebut yang memberikan garis panduan berkaitan Pemeriksaan Disidang Pengadilan bagi kes-kes rasuah yang tertakluk dibawah akta ini. Di dalam Bab 7, Fasal 53 ada menyebut bahawa dengan undang-undang ini dibentuk Pengadilan Tindak Pidana Korupsi yang bertugas dan berwenang memeriksa dan memutus tindak pidana korupsi yang penuntutannya diajukan oleh Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK).

KPK adalah badan yang sama tarafnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Malaysia. Jika kita merujuk kepada Akta SPRM 2008 yang telahpun dibentangkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Tidak ada langsung klausa ataupun fasal undang-undang didalamnya yang menyentuh ataupun menyokong pembentukan Mahkamah Khas Rasuah.

KPK Indonesia boleh terus melakukan proses pendakwaan di Mahkamah Pengadilan Tindak Pidana Korupsi mereka bagi kes-kes rasuah kendalian badan anti rasuah tersebut. Namun sebaliknya berlaku kepada SPRM, kuasa pendakwaan masih terletak di bawah kuasa Peguam Negara yang telahpun disebut di dalam akta SPRM yang baru pada Seksyen 58. Dalam akta yang sama hanya memberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai timbalan pendakwaraya di bawah Seksyen 5 Subseksyen 6.

Bagi kes-kes yang ingin didakwa oleh SPRM setelah mendapat endorsmen Peguam Negara juga terpaksa dibawa ke mahkamah biasa sama ada Mahkamah Sesyen ataupun Mahkamah Tinggi. Jika Malaysia mampu menggubal undang-undang yang menyokong penubuhan Mahkamah Khas Rasuah. Kita pasti kes-kes rasuah yang dikendalikan oleh SPRM akan lebih segera dapat dibicarakan dan mampu untuk memberikan keadilan dengan kadar segera terhadap apa-apa juga situasi yang mungkin timbul akibat daripada konflik pendakwaan kes rasuah terbabit.

Saranan penubuhan Mahkamah Khas Rasuah juga wajib dibaca dengan kaedah perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Peguam Negara yang perlu diambil kira dalam usaha kita menubuhkan mahkamah khas ini. Jika kita mempunyai Mahkamah Khas Rasuah sekalipun, tetapi kuasa pendakwaan secara mutlaknya masih berada ditangan Peguam Negara. Maka perlu kita pastikan bahawa Peguam Negara itu dilantik dengan kaedah-kaedah transparen dan diiktiraf integritinya.

Mungkin dalam soal ini kita boleh merujuk bagaimana KPK melantik pimpinan anggota pentadbirannya. Perbincangan ini akan kita lanjutkan dalam nukilan akan datang. Kombinasi perlunya wujud Mahkamah Khas Rasuah, Kaedah Perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, pimpinannya dan Peguam Negara adalah amat penting bagi memastikan tidak timbul pertikaian pada masa hadapan berkaitan kredibiliti SPRM itu sendiri sebagai badan bebas mencegah rasuah.

Kaedah perlantikan hakim juga boleh merujuk kepada bagaimana Pengadilan TIPIKOR di Indonesia mempunyai hakim Pengadilan Negeri dan hakim ad-hoc menjadi hakim-hakim di mahkamah jenayah korupsi Indonesia. Situasi ini mampu untuk mengelakkan hakim-hakim daripada terdedah kepada sogokan oleh perasuah yang didakwa di mahkamah tersebut kerana komposisi hakimnya yang berubah-ubah lantas menyukarkan proses sogokan hakim berlaku. Kaedah perlantikan hakim seperti ini disebut di dalam Fasal 56 Undang-Undang Komisi Pemberantasan Tindak Pidana Korupsi Indonesia.

Dalam aspek yang lain, SPRM boleh kita anggap sebagai alat atau tool yang bertujuan membudayakan integriti dan anti rasuah. Walaubagaimanapun tool ini akan dilihat tidak bertaring dan bersifat transparen jika tool pelincir seumpama Mahkamah Khas Rasuah yang bertindak sebagai pelengkap kepada SPRM itu tidak diwujudkan.

Mahkamah Khas Rasuah perlu diwujudkan segera bagi mempercepatkan proses pendakwaan dan keadilan dijalankan dengan seoptimum mungkin setelah SPRM bertindak menerima aduan dan laporan rasuah lantas menjalankan penyiasatan atas laporan tersebut.

Hari ini, kerajaan termasuk ahli-ahli Parlimen bertanggungjawab untuk bersama-sama membentangkan dan membahaskan rang undang-undang berkaitan penubuhan Mahkamah Khas Rasuah ini. Kegagalan kita untuk secepat mungkin mempunyai Mahkamah Khas Rasuah hanya akan mengundang kelengahan terhadap usaha-usaha membudayakan integriti dan membentuk Good Governance.

(Terkini) Kenyataan Viva Palestina Malaysia berhubung konflik terbaru di Al Arish, Mesir terhadap ahli konvoi Viva Palestina.

Viva Palestin Malaysia ingin mengekspresikan kekesalan dalam perkembangan terbaru di Al Arish, Mesir . Untuk menganiaya sekelompok sukarelawan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat Gaza adalah sama sekali tidak boleh diterima akal.

Dalam perbualan telefon dengan British MP, Mr George Galloway, ketua konvoi Viva Palestina ke Gaza, difahamkan bahawa polis anti rusuhan Mesir telah menggunakan kekerasan yang melampau termasuk merejam, memukul dan menembak gas air mata kepada ahli konvoi. Terdapagt ahli konvoi yang terluka dan dirawat di rumah sakit. Beberapa orang telah ditangkap, termasuk seorang mahasiswa Malaysia yang berpusat di UK.

Kami ingin mengingatkan kerajaan Mesir bahawa konvoi Viva Palestina memenuhi kehendak Mesir setibanya di sempadang Al Arish sepatutnya dapat masuk ke Gaza dengan sah. Namun, Mesir telah menambah syarat2 kemasukan ke Gaza semasa ketibaan konvoi dan ini menimbulkan pertanyaan apakah motif sebenar mereka ?? . Keadaan ini telah merenjatkan lima puluh trak bantuan ke Gaza.

Viva Palestin Malaysia dengan ini menuntut kerajaan Mesir supaya:

1. akan melepaskan semua ahli konvoi dan bertanggungjawab atas keselamatan mereka jika mereka belum diserahkan.

2. akan memastikan keselamatan, kecepatan dan bebas insiden kepada ahli2 konvoi ke Gaza.

Viva Palestina Malaysia mengulangi bahawa negara jiran Mesir mempunyai kelebihan dalam memastikan perjalanan konvoi mencapai misinya. Sebaliknya, seperti yang diketahui umum, kerajaan Mesir telah merosakkan perjalanan ini. Mesir yang mengakui berdiri menyokong rakyat Palestin ternyata dalam episod sedih telah merungkaikan segalanya. Kerajaan Mesir kini telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa memang ada pengepungan di Gaza dan Mesir adalah kaki tangan utama dalam jenayah keji ini.

Viva Palestina Malaysia sangat kecewa dengan tindakan memalukan kerajaan Mesir ini. Kami berharap kerajaan Mesir akhirnya akan melakukan apa yang benar terhadap Palestin dan menebus reputasinya yang telah compang-camping di mata ketamadunan dunia.

sumber Dr Hafidzi Mohd Noor (JIM)

Hassan Ali Menentang Keputusan Parti

Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan Ali

SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya. -SH

Ulasan GB

PAS telah pun menyatakn pendiriannya iaitu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukn Islam tertutama penganut agama samawi.

Tiba-tiba masih ada pimpinan PAS seperti Hassan Ali yang bertindak melawan keputusan berkenaan seperti berita di atas.

Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba berdiam diri dengan kenyataan Hassan Ali walhal sebelum ini beliau memberikan arahan kepada YB Khalid Samad supaya berhenti keluarkan kenyataan yang kononnya bertentangan dengan pendirian parti (skalipun akhirnya terbukti pendirian parti menyokong kenyataan Khalid).

Dan sepatutnya apabila pendirian parti adalah jelas, maka semua pemimpin dan ahli PAS perlu akur dan tindakan disiplin diambil ke atas mereka yang berindak atau mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh parti.

GB adalah benar apabila sebelum ini GB menyatakan bahawa Pengerusi JK Disiplin PAS ini adalah tidak professional malah terlalu BIAS. Maka tidaklah keterlaluan juga untuk GB sebelum ini meminta beliau meletakkan jawatan.

Nak bantah apa lagi?

Tuduhan Jais cabul hak Asri sebar Islam, hujah peguam

Oleh Adib Zalkapli

SHAH ALAM, Jan 6 — Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Nov lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau telah dinafikan hak untuk menyebarluaskan ajaran Islam, peguam beliau memberitahu mahkamah hari ini.

Kamar Ainiah Kamaruzaman memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tuduhan yang dibawa ke atas Asri juga bertentangan dengan prinsip Islam yang mahukan setiap umatnya menyebarluaskan ajaran agama Islam.

“Adakah Dewan Undangan Selangor mahu menghentikan umat Islam daripada menyebarluaskan ajaran Islam,” kata Kamar Ainiah dengan merujuk kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Beliau menambah kebebasan bersuara Asri yang turut dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan juga dilanggari ekoran tuduhan terhadap beliau.

“Seksyen 119 tidak konsisten dan berlawanan dengan syariah yang mengehendaki setiap penganut Islam menyampaikan ajaran Islam,” katanya lagi.

Kamar Ainiah juga berhujah bahawa tuduhan ke atas Asri (gambar) bukan satu kesalahan dan oleh itu, beliau tidak harus didakwa di Mahakamah Tinggi Syariah kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Ekakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Hari ini beliau mengemukakan bantahan awal ke atas permohonan pendakwa raya agar dikaji semula keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak kes itu daripada didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid pula memberitahu mahkamah bahawa tafsiran Perlembagaan Persekutuan seharusnya diserahkan Mahkamah Persekutuan.

Kata beliau isu-isu yang dibangkitkan dalam bantahan awal Asri tiada kaitan dengan permohonan pendakwa raya agar mahkamah mengkaji semula keputusan mahkamah rendah yang telah pun menolaknya bulan lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohammad Adib Hussain akan memberikan keputusan beliau 25 Jan ini.

Ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Nov lalu Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan Asri dilepaskan dengan bon jaminan RM3,000 bersama dua penjamin dan menetapkan hari ini untuk perbicaraan.

Kemudian awal bulan lalu mahkamah menangguhkan sehingga hari ini untuk mendengar prosiding rayuan Jais bagi memindahkan kes Asri.

Prosiding itu ditangguhkan ekoran bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Asri, 38, telah memfailkan bantahan awal itu dengan alasan antaranya, pertuduhan terhadapnya bukan satu kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.

Justeru katanya, beliau tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Jais memohon agar kes Asri yang didakwa menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada 18 Nov lalu, Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov.

Pemuda PAS panggil semua rakyat bantah Mesir

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sekali lagi menggesa seluruh warga Malaysia termasuk bukan Islam untuk bersama menyertai himpunan aman di kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

"Saya menyeru seluruh rakyat prihatin supaya dapat keluar beramai-ramai Jumaat, 8 haribulan (Januari) untuk kita sama-sama berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur," kata ketua DPPP, Nasaruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily.

Nasaruddin juga berkata, beberapa tindakan terbaru kerajaan Mesir dilihat keterlaluan dan memberi kelebihan kepada Israel untuk terus mencengkam kekuasaannya ke atas umat Islam di Gaza.

Ianya termasuklah insiden terbaru di mana Kerajaan Mesir telah menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Selain itu, dua hari lalu pasport mereka juga dirampas Kerajaan Mesir sehingga memaksa mereka hanya duduk beramai-ramai di pelabuhan sehingga pasport dipulangkan semalam.

Lebih teruk lagi apabila lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah akibat tindakan ganas polis Mesir menyuraikan tunjuk perasaan membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan Al-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Salah seorang yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Disember lepas.

"Sememangnya sejak dulu kita prihatin terhadap isu kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin, di atas semangat solidariti ummah, kita hendaklah bangkit sekali lagi," katanya.

Umat Islam di seluruh dunia, katanya telah bangkit dan bantahan sama juga sedang dibuat.

Selain Pemuda PAS, beliau turut mengharapkan penyertaan Angkatan Muda Keadilan AMK dan DAP Socialist Youth (DAPSY) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia.

"Saya juga ingin menyampaikan salam dari Dr. Hammam Said, Murakibul Am Ikwan Al-Muslimin yang menyeru seluruh rakyat bangkit beramai- ramai menentang tindakan zalim kerajaan Mesir ini," katanya lagi.

Terdahulu, anggota kontinjen Viva Palestina berhimpun dan mengadakan benteng manusia memprotes keputusan kerajaan Mesir menghalang 59 kenderaan termasuk dua trak keluar dari pelabuhan itu.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Mesir menempatkan 189 anggota unit anti rusuhan lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Menurut pengasas Viva Palestina, George Galloway rundingan di peringkat tertinggi sedang diadakan oleh pihak Turki dengan kerajaan Mesir termasuk menuntut agar kesemua anggota konvoi yang ditahan dibebaskan segera.

Misi mereka bermula dari London pada 6 Disember lepas, melalui pelbagai tempat di Turki, Syria, dan Jordan.

Mereka sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Disember, tetapi tertangguh akibat halangan kerajaan Mesir yang enggan membenarkan mereka menggunakan bandar Nuweiba sebagai pintu masuk ke Rafah sebelum tiba di Gaza.

Akibatnya, mereka terpaksa kembali ke Damsyik, Syria untuk mencari laluan lain untuk memasuki Rafah sebelum tiba di Gaza.

Isu Kalimah Allah: PAS memperlihatkan kesederhanaan

PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi", tetapi mengingatkan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan", malah "dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat". 【Kenyataan media PAS

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".

Pujian daripada DAP

Jelas, bahang kontroversi penggunaan kalimah Allah kini cuba "dipadamkan" di media cetak bahasa Cina. Selain hujah Menteri dan pemimpin BN, komen atau pandangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat semakin tidak mendapat ruang di dada akhbar Cina.

Misalnya, penilaian positif oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang (gambar kiri) terhadap PAS semalam, berbunyi "PAS memberi sumbangan yang wajar dipuji dalam penyelesaian kontroversi ini" (merujuk kepada pendirian PAS), tidak disiarkan pada hari ini. Malah, kenyataan Nga Kor Ming, ahli parlimen Taiping (DAP) yang membidas UMNO kerana cuba mengalih pandangan daripada kenaikan harga gula dan kehilangan enjin jet dengan isu kalimah Allah, juga tidak disiarkan.

Lebih-lebih lagi, media cetak bahasa Cina mula mengelak daripada menyiarkan sebarang analisa atau pandangan yang dikemukakan kolumnis, pemerhati politik dan sebagainya. Pendek kata, dalam isu kalimah Allah, media cetak bahasa Cina lebih "berwaspada", dengan memaparkan kenyataan daripada menteri dan pemimpin BN.

Parti komponan BN terasa bahang

Walau bagaimanapun, seandainya diperhatikan di laman internet, pendirian PAS ini disambut secara positif oleh bukan muslim. Misalnya, pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Dalam blognya, Jason menulis "PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan," sebelum mempertikaikan, "kalau dilihat kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?"

Malah, Jason memanjangkan kepada bebrapa isu yang berlaku beberapa tahun kebelakangan, "Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan?(Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?"

Beliau memberi jawapannya di akhir tulisan tersebut, iaitu UMNO. Malah, beliau sempat untuk mengusik MCA dan Gerakan, dengan dakwaan bahawa realiti ini hanya tidak difahami oleh kedua-dua parti komponan BN ini.

Khalid Samad dipuji

Sementara itu, pendirian Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin kontroversial, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam-PAS) turut mendapat penilaian baik daripada masyarakat bukan Islam. Menurut temuramah Malaysiakini edisi bahasa Cina dengan beberapa tokoh agama dan pemerhati politik, Nik Aziz dan Khalid Samad dipuji kerana menampilkan imej yang memperlihatkan "keterbukaan".

Ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong juga memberi pujiannya kepada PAS, bahawa ramai antara pemimpin PAS yang menafsir soal agama dari perseptif yang lebih luas, dan bukannya melihat isu dari perspektif perkauman yang sempit.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar (gambar kiri) juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Ketika ditemuramah therocknews, laman internet bahasa Cina, Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.

Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Umno tersepit antara Allah dan Tugu Negara

Kepelbagaian agama di Malaysia adalah satu keunikan, tetapi sebagai umat Islam kita harus tahu membezakan yang mana amalan Islam dan yang mana bukan Islam. Sesungguhnya menyembah Patung Salib, Buddha, Hinddu dan apa jua patung boleh membawa kepada kekufuran jika dilakukan oleh umat Islam.

Saya teruja bila Umno secara tiba-tiba tampil cuba menjuarai konflik penggunaan nama Allah. Namun di tengah-tengah kekalutan itu, kita tidak lupa bahawa pemimpin Umno juga selalu melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan tindakan bertafakur di Tugu Negara kerana ia boleh membawa kepada perlakuan mensyirikkan Allah dan bertentangan dengan ayat-ayat Surat Al-Ikhlas yang dijadikan Umno bahan hujjah dalam isu nama Allah ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”-Surah Al Ikhlas ayat 1-4.

Sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada apa pun jua yang layak disembah, melainkan Allah. Allah sesekali tidak boleh disamakan seperti atau dibandingkan dengan Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara. Yang jelas Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara bukan tuhan kita.

Maka segala iktikad, niat, percakapan, dan perbuatan kita hendaklah selari dengan apa yang Allah sudah sebutkan dalam Surah Al-Ikhlas.

Ini Amalan Agama Bukan Islam…

Inikah Amalan Islam?

Berikut adalah kertas perbahasan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu Tugu Negara

HARI KENANGAN RAKAN SEPERJUANGAN
DI TUGU NEGARA

________________________________________

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali Ke-19
Tarikh : 6 – 7 Oktober, 1987
Tempat : Dewan Syura, Tingkat 11,
Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

1. Ulasan/Hujah


1.1. Muzakarah telah mengambil maklum terhadap kertas kerja yang dibentangkan dan juga penjelasan Sahibul Fadhilah Kol. Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin seperti berikut:

(a) Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (A.T.M) adalah atas model Angkatan Tentera British (A.T.B), boleh dikatakan sebahagian besar mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, adat resam dan tradisi yang dipraktikkan oleh ATM tidak banyak berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh ATB. Oleh itu tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang terpengaruh dengan ciri-ciri penjajah yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.

(b) Di antara sekian banyak amalan tradisi yang berbau ciri-ciri penjajah tetapi masih kuat dipertahankan ialah Hari Kenangan Rakan Seperjuangan yang diraikan di Tugu Negara dengan aturcaranya yang tersendiri. Sebenarnya kenangan ini hanya disambut setahun sekali sempena menyambut Hari Ulang Tahun ATM. Upacara ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang masih diamalkan dalam ATM sekarang ini. Untuk menghapuskan segala perkara ini memerlukan kesabaran dan memakan masa yang agak panjang dan usaha ini perlu dibuat supaya ATM akan bersih daripada sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran-kemungkaran itu akan melemahkan kedudukan ATM dan negara ini sendiri.

(c) Upacara sepertimana yang dijelaskan di dalam kertas kerja ini merupakan satu upacara yang mengandungi ciri-ciri yang nyata bercanggah dengan akidah Islam dan masih kuat dipertahankan oleh pihak ATM terutama oleh pegawai-pegawai peringkat atasan dengan alasan ianya adalah satu tradisi yang perlu dipertahankan.

(d) Di akhir-akhir ini telah timbul suasana keresahan di kalangan sebilangan anggota tentera yang telah menyedari bahawa upacara ini adalah tidak Islam, menyebabkan mereka merasai serba salah. Berbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menghadiri upacara tersebut.

1.2. Muzakarah telah mengambil ingatan terhadap pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ahli seperti berikut :

(a) Upacara Hari Kenangan ini adalah mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada syirik.

(b) Oleh kerana upacara ini nyata bertentangan dengan akidah Islam, maka hendaklah dicadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya upacara ini ditiadakan dan diganti dengan upacara tahlil.

(c) Aturacara yang tidak menyalahi dengan syarak yang terdapat dalam upacara ini seperti pembacaan sajak bolehlah diteruskan. Aturcara ini boleh disusun dengan lebih baik dan diperbesarkan lagi, misalnya dengan menjemput penyair-penyair yang terdapat di negara bagi mendeklamasikan sajak-sajak yang boleh menaikkan semangat perjuangan dan seumpamanya.

(d) Selain daripada upacara ini terdapat banyak lagi upacara yang perlu difatwakan, umpamanya tos semasa minum ucap selamat dan lain-lain lagi. Perkara-perkara tersebut bolehlah dibawa kepada Jawatankuasa ini dari semasa ke semasa.

2. Keputusan

Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju iaitu :

(a) Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan olah Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(b) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Penggunaan kalimah Allah ditangguh

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan akhbar mingguan Katolik Herald,The Catholic Weekly, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan mereka.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan berkenaan berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara.

Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail yang mewakili KDN berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya menghina keputusan mahkamah dengan membuat kenyataan di luar mahkamah berhubung isu berkenaan sehinggalah ianya diptuskan di mahkamah Rayuan.

"Saya minta peguam-peguam supaya tidak menentang permohonan KDN (menangguhkan keputusan mahkamah) demi kepentingan negara. Saya juga telah meminta Hakim mendengar kes ini secepat mungkin dan Hakim sendiri berkata beliau akan memberikan keputusan secpat mungkin,' katanya kepada pemberita.

Isnin lalu, KDN mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember lepas bahawa berdasarkan Perkara 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Sementara itu, permohonan beberapa Majlis Islam negeri-negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Badan Bukan Kerajaan (NGO),Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) untuk mencelah dalam kes ini tidak diluluskan mahkamah.

Umno raih simpati rakyat isu 'Allah'

Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik.

Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut.

“Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik.

"Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’.

Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat.
”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa hairan pemimpin negara menyanjung tokoh ulama luar negara, Dr Yusuff Al-Qardhawi sehingga memberi tokoh Maal Hijrah, sedangkan pengikut ulama tersebut di negara ini dikenakan tekanan.

Kata beliau Dr Yusuff Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Al-Daulah begitu marah kepada alim ulama atau tok guru yang tidak berpolitik dalam kehidupan mereka.

"Ini juga pernah berlaku pada zaman Imam Ibn Al-Qayyim di mana beliau mengadu pemerintah pada masa itu membuat peraturan sendiri tanpa merujuk kepada Islam.

“Keadaan itu berlaku kerana alim ulama dan tok guru tidak berperanan dalam politik dan bersifat jumud.
"Raja, sultan atau amir pada masa itu menggubal undang-undang sendiri sehingga menyebabkan berlaku banyak kerosakan,” katanya.

Baru-baru ini Dr Yusoff al Qardhawi dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 pada sambutan yang diadakan pada 1 Muharam lalu.

Dubai’s Tower of Debt — Laura Flanders

Jan 6 — New year, new symbol? Dubai’s new tower fits. The US$1.5 billion (RM5 billion) building unveiled in downtown Dubai Monday is the world’s new tallest tower.

More than half a mile high, more than two Empire State buildings tall, the Dubai tower boasts 169 stories, the world’s highest swimming pool, the world’s highest place of worship, and the world’s tallest mountain of denial.

History repeats. Like the Empire State building before it, the Dubai tower was built in a global depression when cheap labor was plentiful, as were the dreams of the ambitious and affluent.

The engineering marvel was constructed in the desert heat by low paid immigrant workers, mostly Indians and Pakistanis, paid US$5-20 a day. (It’s a state secret how many lost their lives in the process.)

While the state-owned construction operation suppressed worker demands and banned unions from the site, it catered to consumer fantasy with equal extravagance. The tower features 144 apartments and a hotel designed by Giorgio Armani, the Italian designer.

In the super scraper, the super-affluent can live and vacation without leaving the brand, or the building.

On Monday, Dubai’s Sheikh Mohammed and his Chicago-based architects hailed their building as a symbol of future good all things great. There’s just one glitch.

According to the Sunday Times, that future involves melting the equivalent of 28 million pounds (RM151 million) of ice a day for air conditioning, and the consumption of billions of gallons of desalinated water in a city-state that already has the world’s highest per-capita carbon footprint.

The climate actually changes as you ride the elevator. It’s way, way hotter at the bottom. The engineers are doing everything in their power to counter physics and so far so good.

But rising heat of a far less metaphorical sense already struck in the form of economics.

In last minute switch at its inauguration Monday night, the Burj Dubai (“Dubai Tower”) was renamed the Burj Khalifa. It was a rather ignominious concession to reality.

Sheikh Khalifa, the head of Abu Dhabi, Dubai’s oil rich neighbor, has repeatedly saved Dubai from financial collapse during the construction of the tower most recently, just three weeks back when devastating defaults beckoned.

It’s hardly a win for the hot people at the bottom, but it’s a big hit for Dubai’s would-be cool and competitive leaders. Theirs is a tower of debt. How perfect. Welcome to the decade. — www.counterpunch.org

Kami berhak menyimpan warisan nenek moyang kami — Stemmah Sariau

JAN 6 — Salah satu ayat Alkitab yang diajarkan oleh ibu bapa saya untuk dihafal pada awal tahun 1960-an adalah Efesus 5:1-2, dipetik daripada Kitab Pe-rjanjian Baharu serta dengan Kitab Zabur, terbitan British and Foreign Bible Society pada 1949. Saya mempunyai sebuah naskhah kitab Perjanjian Baharu serta Zabur (Mazmur) ini, satu warisan yang amat bernilai daripada mendiang bapa saya, dan masih sangat dihargai oleh ibu saya yang berumur 76 tahun.

Petikan ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut: “Sebab itu hendaklah kamu menurut teladan Allah, sepe-rti anak-anak yang dikasehi, dan lakukanlah diri-mu dengan kaseh, seperti Almaseh un sudah me-ngasehi kamu lalu menyerahkan dirinya karna kita, menjadi perse-mbahan dan kurban kapada Allah akan bau yang harum.” (E-fe-sus 5:1-2; ms. 489).

Ibu bapa saya berasal daripada suku Kadazandusun dari daerah Tuaran dan Kota Belud di Sabah. Mereka belajar membaca dan menulis pada awal tahun 1950-an daripada guru-guru agama Kristian di kampung mereka. Kelas celik huruf bagi orang dewasa diajar dalam bahasa Kadazandusun dan Melayu (sebutannya, ‘Malayu’), tetapi bahan bacaan yang ada pada waktu itu hanya kitab Perjanjian Baharu serta Zabur dalam bahasa Melayu.

Mereka juga bertutur dalam bahasa Melayu ketika pergi ke pekan untuk berjual beli dengan orang daripada suku kaum lain, seperti Bajau, Iranun, Cina dan Kadayan (Melayu Brunei). Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan (lingua franca) antara penduduk Borneo sejak dahulu kala, dan bahasa itu tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana agama.

Apabila sejumlah penduduk asal negeri Sabah dan Sarawak menjadi Kristian dan menggunakan nama ‘Allah’, mereka berfahaman bahawa nama itu adalah sebahagian daripada bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan dalam perdagangan sejak nenek moyang lagi. Oleh sebab kitab Perjanjian Baharu dan kemudian seluruh Alkitab hanya terdapat dalam terjemahan bahasa Melayu, maka bahan pelajaran Alkitab, nyanyian, doa dan bahan-bahan Sekolah Alkitab pun ditulis dan diucapkan dalam bahasa itu.

Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa perantaraan dalam perniagaan, bahkan bahasa itu menjadi bahasa ‘rasmi’ Kristian bumiputera dalam persidangan, seminar, Sekolah Alkitab, mesyuarat, ibadah hari Ahad dan dalam kegiatan-kegiatan lain gereja, kerana para peserta berasal daripada berbagai-bagai suku, misalnya, Kadazandusun, Lun Dayeh, Murut, Iban, Kayan, Kenyah, Penan, Bidayuh, Kelabit. Amalan dan kegiatan ini berlaku pada tahun 1940-an, dan menjadi lebih berleluasa selepas Perang Dunia Kedua, dan berlanjutan sehingga hari ini.

Selepas Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 1963, penggunaan nama ‘Allah’ oleh orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia di dua buah negeri tersebut, tidak pernah menjadi isu persoalan dalam perhimpunan keluarga yang diadakan pada hari Krismas, Tahun Baru, Hari Raya, Pesta Menuai, Gawai dan perkumpulan lain. Oleh sebab kahwin campur, maka dalam keluarga yang sama ada anggota keluarga yang beragama Kristian, Islam, Buddha, Sikh, dan Hindu.

Semasa perayaan Krismas, lagu-lagu dinyanyikan dan doa diucapkan dalam bahasa Melayu – dan nama ‘Allah’ disebut oleh orang Kristian, tetapi saya sendiri belum melihat atau mendengar tentang sanak saudara atau kawan yang beragama Islam menjadi bingung kerana perkara itu. Adakah anda gembira jika warisan nenek moyang dirampas daripada anda?


* Stemmah Sariau ialah seorang Kadazandusun dari Sabah.

DUA KAMBING HITAM UMNO@BN KES ENJIN F5...!!!


N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang (kiri) dan Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM. -Foto The Star oleh KEVIN TAN

Harga petrol, diesel diramal naik lagi

812 Harga petrol dan diesel diramalkan akan naik sekali lagi, sekaligus menambah beban rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga gula dan roti pada tahun baru 2010.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, harga minyak sekarang tidak akan dapat dipertahankan berikutan jaminan Peteronas untuk tetap membayar RM30 bilion sebagai dividen kepada kerajaan, meskipun keuntungannya merosot.

Azan berkata jaminan yang diberi oleh Pengerusi Petronas Hassan Merican akan memberi tekanan ke atas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas berpendirian begitu, kerana apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan memberi kesan kepada rakyat. Mereka naikkan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih semata-mata untuk memenuhi jaminan yang diberi Petronas kepada kerajaan,” katanya.

Hassan membayangkan Petronas tidak ada pilihan selain memberi komitmen kewangan itu kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun. Wang Petronas pula diguna untuk membiayai hampir separuh dari
perbelanjaan kerajaan.

Azan menyoal keperluan BN menggubal belanjawan yang begitu terikat kepada perolehan hasil gas dan petroleum walaupun Malaysia mempunyai pelbagai sumber ekonomi berbanding negara lain.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya pro-aktif mempelbagaikan sumber pendapatan negara kerana rizab petroleum Malaysia semakin menipis.

Beliau juga mengingatkan bahawa wang Petronas sepatutnya diguna untuk membangunkan modal insan, memajukan prasarana bandar, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya mengisi kocek pimpinan politik dan konco-konco mereka menerusi projek-projek mega.

“Dalam keadaan krisis, Petronas sepatutnya tidak lagi hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri sebaliknya ia perlu mengikuti jejak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) yang lain melapor kepada Parlimen. Yang berlaku sekarang ialah seolah-olah
Petronas ini milik Perdana Menteri,” kata Azan.

Katanya, jika keadaan ini beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

Najib takut siasat bekas PM

Oleh Fazallah Pit

KEENGGANAN Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhajaya Diraja menyiasat pembaziran RM100 bilion yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkuasa, disebabkan bimbang lebih banyak nama pemimpin Umno terheret.

Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chye berkata, siasatan itu jika dibuat akan memberi implikasi buruk terhadap Umno yang sinonim dengan pembaziran, rasuah dan kronisme.

Beliau menekankan kepentingan penubuhan suruhanjaya itu berikutan agensi kerajaan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hilang kredibiliti.

“Memang agak banyak suruhanjaya diraja dibuat kebelakangan ini. Bukan apa, sebab polis dan SPRM tidak boleh diharap, rakyat tidak percaya lagi.

“Jika tiada suruhanjaya diraja, kesalahan pemimpin Umno dengan mudah dapat disembunyikan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Najib sebelum ini menyatakan, kerajaan tidak perlu menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan terhadap Dr Mahathir seperti cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Boon Chye bagaimanapun kesal kerana cadangan suruhajaya diraja sebelum ini tidak diendah kerajaan, sebaliknya memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Lihat saja suruhanjaya diraja berkaitan V K Lingam. Suruhanjaya kata ada asas pendakwaan tapi Peguam Negara langsung tidak ambil tindakan.

“Begitu juga Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada 125 cadangan tapi tiada langkah dibuat,” katanya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin pula berkata, keengganan Najib itu lantaran Perdana Menteri takut dengan bayang-bayang sendiri.

Beliau berkata, Najib tidak mahu menjadi pemula kepada tradisi menyiasat bekas Perdana Menteri jika menubuh suruhanjaya itu.

Katanya, Najib bimbang terpaksa berdepan siasatan suruhanjaya berkenaan apabila beliau tidak lagi menyandang jawatan Perdana Menteri.

Setujukah anda "Jesus" ditukar nama "Allah"

Saya rasa amat sedih sangat bila isu kalimah "Allah" ini timbul, berbagai pihak tampil memberikan kenyataan termasuk golongan Ustaz dan Ulama'.

Lebih menyedihkan bila kenyataan mereka terutamanya golongan Ustaz dan Ulama' ini tidak senada.


Ini membuatkan orang Islam dan bukan Islam pun pening bila tengok kenyataan yang bercanggah ini.Percanggahan pendapat terutama golongan Ustaz dan Ulama' hanya merugikan Islam.

Tidak kurang juga yang berpendapat ini adalah mainan politik UMNO untuk alih isu gula naik, 2 enjin hilang dan Isu Anwar dan Saiful.

Akhirnya UMNO akan dilihat juara mempertahankan "Allah" walaupun mereka sendiri pernah mahu gugurkan perkataan Islam dalam pertubuhan dan mempersendakan Hukum Hudud.


Ia tidak ubah seperti seorang kaki arak yang mengamok bila Masjid dibakar. Masjid tidak mahu diimarahkan dan sekolah Agama mahu ditutup.

Saya menyokong penuh pandangan Ustaz Haron Din dalam isu kalimah "Allah" ini.

Pada 12 Jan 2010, ada satu lagi tuntutan yang sama oleh Kristian Sidang Injil BORNEO (SIB) Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk guna nama Allah.

Adakah anda semua umat Islam bersetuju pada suatu hari nanti gambar di atas ditukar dari nama "JESUS" kepada "ALLAH".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Kenyataan siapa ikut Quran? Presiden PAS atau Dr Hassan?

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dengan lantang menegaskan, penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam.

Sebelum itu, dalam kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS, Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan, "PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi".

Dr Hassan membuat penegasan itu berdasarkan enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Tok Guru Presiden bercakap berdasarkan "kaedah Islam". Dr Hassan pula memberi amaran berdasarkan "enakmen dan fatwa".

Menurut Tok Guru Presiden, al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ

Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Justify Full
Untuk rekod, Dr Hassan juga menghadiri juga menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS yang berakhir dengan kenyataan Tok Guru Presiden itu. Tidak diketahui adakah beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mempertegaskan pendiriannya. Mungkin beliau berbuat demikian. Maklumlah, beliau ada hujah berasaskan "enakmen dan fatwa".

Saya rasa, perasaan Dr Hassan selepas mesyuarat itu boleh dibaca dalam posting Mohd Sayuti Omar bertajuk "Pendirian PAS macam rokok Marlboro Light: Berangin tetapi tidak menyengat".

Semalam, apabila kebetulan entah macam mana dapat bercakap dengannya, saya beritahu Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad bahawa saya tak sokong pendirian sikap Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad yang lurus bendul macam jawab soalan matematik dan bersikap terlalu naif konon kita tak tahu apa niat orang kerana itu dalam hati mereka dan kita tak nampak sedangkan ada ayat al-Quran yang mengingatkan kita semua supaya berwaspada "وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ".

Saya juga tak setuju dengan sikap Timbalan Presiden yang saya rasa seperti jurucakap Umno yang membawa kad keahlian PAS. Lihat laporan Mingguan Malaysia 31/12/09 "Islam perlu bersatu". Saya juga tak setuju sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Senang-senang nak kafirkan orang (lihat Lihat berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din").

Untuk makluman, PAS sudah berpuluh tahun tidak kedengaran mengkafirkan orang kerana tokoh-tokoh utama mengkafirkan orang seperti Mohd Noor Idris dan lain-lain semua dah pakat-pakat masuk Umno.

Saya mohon Idris supaya mengambil jalan tengah di antara pendirian Khalid dan sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Dan saya rasa kenyataan Tok Guru Presiden amat seimbang.

Tak payah nak jerkah sampai pecah rengkung. Tak payah nak pedas (teringat pula cerita seorang OKT yang satu lokap dengan saya dulu yang mendakwa antara cara siksaan polis ialah memasukkan carrot yang dilumur cili yang pedas gilerr ke dalam dubur orang yang disiksa).

Orang yang ada akal dan tak bangang boleh memahami kenyataan berikut dari PAS:
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Ha, sekarang saya nak tanya. Tok Guru Presiden mengingatkan supaya jangan main "politik murahan".

Siapa yang nampak sangat main "politik murahan" sekarang?

Dan yang lebih penting untuk ditanyakan ialah kenyataan mana yang ikut Quran? Kenyataan Tok Guru Presiden atau kenyataan Dr Hassan yang nampak macam menjerkah-jerkah kenyataan Presiden PAS.

Allah dan Kartun Hina Nabi

Oleh HASMI HASHIM

…Bagaimana politik-Islam sudah [dibawa] masuk ke dalam kotak mancis dan boleh terbakar sesama sendiri.”

~ Temubual Ummahonline [Terbit: 20 Mac 2006].

Bangkitnya isu “nama Allah”, teringat saya isu “kartun hina Nabi”, hampir 4 tahun lalu. Bagi saya, isu nama Allah ini tidaklah serumit isu kartun yang merebak baik di Eropah, Amerika dan khususnya negara-negara majoriti umat Islam. Bangunan dan harta benda dirosakkan, dibakar.

Kartun hina Nabi itu diterbitkan sebuah akhbar di Denmark beraliran ekstrem kanan, Jyllands-Posten.

Slogan yang mengerikan pun segera berkumandang. Jiwa umat dibakar tanpa belas; bukan hanya oleh pihak Jyllands-Posten, tetapi oleh pemimpin Islam sendiri.

Api emosi mula merebak ke Malaysia. Demontrasi pun direncana, dianjur. Termasuk oleh Dewan Pemuda Pas di Mesjid Negara; disertai oleh segelintir pimpinan AMK Pusat.

Dalam masa sama, sebuah akhbar di Sawarak, Sarawak Tribune yang menerbitkan kembali kartun berkenaan, juga didesak agar ditutup. Desakan itu datang bukan sahaja daripada Pemuda Umno, tetapi juga Pemuda Pas

Rumusan saya, andai kita meminta kerajaan tutup Sarawak Tribune, kita sebenarnya telah memberi ruang agar suatu hari kelak kerajaan mencari alasan untuk menutup Harakah, mahupun Suara Keadilan, misalnya.

Ia ke arah membungkam kebebasan bersuara keseluruhannya. Kalangan teman pimpinan yang bertindak sebelum berfikir, terdiam bila dihadapkan hujah sebegini.

Apa yang tak terlihat ialah prinsip “Negara Hukum” itu sendiri. Mengambil tindakan terhadap editor yang terlibat (itupun selepas melalui proses perundangan), dan bukannya menutup terus keseluruhan akhbar berkenaan dengan jumlah ratusan pekerjanya akan terjejas.

Dalam kekalutan itulah, saya memberanikan diri mengutara pandangan ‘berbeza’, apabila ditemubual oleh portal Ummahonline, yang terbit dengan judul, “Nabi Yang Perlu Bela Saya Kelak”.

Pandangan yang dilihat ‘asing’ itu bukan bererti saya tidak kasehkan Baginda Nabi Muhammad SAW. Kerana kasehkan Nabi-lah, maka saya terpaksa mengambil risiko keluar daripada sentimen popular demi mengkristalkan pandangan politik Muslim.

Untuk mengelakkan salah faham, sebuah NGO generasi muda, Open Dialogue Centre (ODC) menjemput saya bercakap mengenai isu berkenaan yang dirancang bersama Ketua Pemuda Pas, Sallehuddin Ayub dan Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein.

Surat jemputan dihantar.

Seperti yang terduga, mereka tak hadir. Diganti oleh wakil masing-masing daripada Umno dan Pas. Saya ‘ditengah-tengah’. Debat malam itu berakhir dengan baik tetapi beberapa ketika kemudian, segelintir yang gagal berhujah dengan kebenaran, mula menuduh saya dan teman-teman sebagai “Islam liberal”. Ahhh, menjengkelkan!

Saya sayang Pas, sama seperti saya sayangkan Keadilan. Saya tidak runsing kalau Umno mahu masuk gaung assabiyah. Tetapi tak sanggup saya biarkan, khususnya AMK dan Pemuda Pas tersalah pandang dan mengambil jalan binasa.

Bersyukur apabila keputusan saya bersuara, bukanlah keputusan yang salah dan sedikit sebanyak dapat meredakan api sentimen yang sia-sia. Umno, sang hipokrit yang agung itu pun tak pergi setara kononnya untuk membela Nabi.

Beberapa hari ini, mereka cuba membakar lagi sentimen umat atas isu nama Allah ~ dalam masa sama hendak ditutup kenyataan hidup rakyat yang semakin merempat. Kita mahu tahu, apakah nas, dalil dan ayat Quran yang akan dipetik PM Najib Razak untuk dibentangkan kehadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, bagi kononnya menyelesaikan isu ini.

Umno dan Najib mungkin tak sedar, dia sudah tak mampu lagi memerangkap Pas. Bezanya Pas dalam isu nama Allah berbanding perangkap Umno sebelum ini apabila Pas mengeluarkan kenyataan jelas bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian tidak bertentangan dengan Islam.

Ketegasan Pas (walaupun ada sedikit percanggahan dengan satu-dua pemimpinnya pada peringkat awal) menunjukan parti itu sanggup meletakkan kebenaran lebih tinggi daripada kepentingan politik-kekuasaan. Kalau Umno, seperti Ketua Pemudanya mahu menuduh Pas mengorbankan kepentingan Islam, jelas nyata beliaulah nanti yang akan dilihat sebagai jahil terhadap agama sendiri.

Sekurang-kurangnya kenyataan ’selamat’ Pemuda Umno akan terlihat bahawa parti itu sanggup membuat pertimbangan politik walaupun di atas isu yang sebegini mustahak; selain masih tetap mahu memperbodoh umat.

Ada juga hujah kononnya tak menjadi amalan Melayu-Islam untuk mengizinkan penganut agama lain menggunakan nama Allah; dan kenyataan awal terbit daripada misalnya mulut mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohammad selain daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkiflee Nordin.

Orang yang berkata sebegini adalah orang yang terkeliru, mungkin buta sejarah kalaupun bukan pendusta.

Kita lihat di dalam karangan Munshi Abdullah (1796–1854), iaitu “Hikayat Munshi Abdullah”, bukan sahaja nama Allah, tetapi Munshi (orang bijak dan alim) itu jualah yang telah membantu dua orang paderi yang menjadi muridnya menterjemah al-Kitab daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.

Tidak sepertimana Dr Mahathir, Munshi mengakui dia berdarah “keling” (seperti katakannya sendiri) namun diterima sebagai antara cendiakawan Melayu terawal yang membawa perubahan pemikiran kemodenan. Munshi hidup ditengah-tengah nilai kosmopolitanisme yang baru tumbuh di Melaka dan Singapura.

Dalam kekelang-kabutan ini, saya lebih berminat menunggu dan mahu mendengar pandangan tegas dan jelas daripada kaum muda; kalangan YB-YB muda dan termasuk juga pimpinan orang politik muda yang riuh rendahnya bukan kepalang terutama apabila ada pertandingan dalam parti.

Aduhai, terasa begitu sunyi. Betapa kita faham, bukan hanya cara politik selamat berkali-kali dipilih, tetapi juga politik kebudak-budakan.

Apapun, dengan membenarkan penganut agama lain (dalam kes terbaru bagi majalah The Herald) menggunakan nama Allah, maka umat Islam (khususnya Melayu Malaysia) bukan sahaja telah berjiwa besar, tetapi memahami dan melaksanakan tuntutan Islam itu sendiri.

Dengan lafaz Bismillahir-rohman-nir-rahim, maksud Quran yang menyeru jihad (berperang) dari Surah al-Hajj ayat 39-40 dipetik sebagai penutup bicara:

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: “Tuhan Kami adalah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya; dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa;–”

Benarlah segala firman dan janji Allah, amin.

3 Soalan, 3 Jawapan Untuk Li Fook Gao

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pertamanya penulis ingin menjawab persoalan yang dikemukan oleh saudara Li Fook Gao, bukan atas dasar seorang 'ustaz' ataupun 'politician'. Tetapi, jawapan ini berdasarkan ilmu dan pengetahuan penulis yang begitu cetek. Pada pantun terakhir saudara Li Fook Gao, saudara telah menyatakan niat yang ikhlas untuk mengetahui jawapan-jawapan Islam. Moga-moga jawapan yang bakal saya kemukakan ini seiring dengan tujuan saudara, niat belajar demi muafakat bersama. Mudah-mudahan, kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang diiktiraf Tuhan sebagai ‘Ulul Ilmi’.

Allah Taala berfirman;


“Allah menerangkan (kepada sekelian makhluk Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang mentadbir alam dengan keadilan, dan malaikat beserta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian)” - al Imran:18, al Quranul Karim

Soalan Satu (1): Mengapa umat Islam mempunyai perasaan berbeza terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang dikelaskan sebagai haram di dalam ajaran Islam? Umpamanya – mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik dan mempunyai ketahanan diri yang jauh lebih tinggi terhadap binatang haram seperti khinzir daripada perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina sedangkan perkara-perkara ini sama haramnya di sisi agama Islam?

Jawapan : Minum arak, berzina, rasuah, judi itu semuanya adalah dosa besar di sisi Allah Taala, dalam apa jua keadaan dan alasan, ia tetap haram secara mutlak. Maka, tidak mungkin wujud keharusan vodka menjadi ‘halal’ diminum untuk memanaskan badan sewaktu kedinginan, pelacuran dibenarkan untuk menyara kehidupan, rasuah dibolehkan untuk mengaut keuntungan atau yang seumpamanya. Berbeza dengan babi (khinzir), walaupun ia termasuk dalam perkara yang ditegah Allah Taala, tetapi di dalam ajaran Islam ; menjamahnya ketika dalam keadaan dharurat adalah dibenarkan.

Tentunya larangan Allah terhadap sesuatu perkara bukan sekadar rasional di lembaran-lembaran wahyu dan kalam perutusan Baginda salallahualaihi wasalam, tetapi juga di benak pemikiran manusia. Adakah larangan Islam itu menjadi masalah besar kepada budaya sesuatu kaum yang menjadikannya - 'babi' haram sebagai nilai gizi? Sedangkan di dalam ajaran Kristian, kitab mereka juga mengharamkan babi! Hal ini disebut di dalam Bible, Deuteronomy 14:8 ;

You may not eat pigs. (Although their hoofs are divided, they don't chew their cud.) Never eat their meat or touch their dead bodies
[ Kamu jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.. ]

Carilah di mana-mana fakta perubatan, tiada manfaat kesihatan-pun yang akan di perolehi dari daging babi kecuali mudharat, mudharat dan kemudharatan. Begitu juga dengan hal rasuah, zina, minum arak, judi dan lain-lain perkara yang diharamkan Allah, semuanya itu bukan sahaja boleh merosakkan sistem kekeluargaan, tetapi juga masyarakat secara umumnya. Jika babi memudharatkan si pemakannya, maka dosa-dosa besar yang telah disebutkan boleh menggoyahkan kestabilan masyarakat.

Lalu, mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik terhadap binatang haram seperti khinzir berbanding perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina?

Syaitan tidak menghasut Adam dan Hawa secara literal agar mereka berdua terpedaya memakan buah dari pohon larangan Allah. Kerana itu, syaitan tidak memaksa Adam dan Hawa, "Mari aku ajak kamu makan buah-buahan dari pohon yang dilarang oleh Allah kepada kamu". Sebaliknya pujukan syaitan berhasil melalui janji-janji kemewahan, kelebihan dan sebagainya. Hal ini digambarkan oleh Allah di dalam al Quran;

“Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Hai Adam, mahukah, aku tunjukkan padamu pohon yang menyebabkan kamu hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” - Taha:120, al Quranul Karim

Pujukan itu berasaskan kepada kuasa dan umur yang kekal berpanjangan. Sedangkan sejak awal lagi Allah Taala telah melarang kedua-duanya agar menjauhi pohon larangan tersebut.

“Janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim” – al Baqarah:35, al Quranul Karim

Hal ini, samalah seperti realiti kehidupan umat Islam sekarangi. Mereka tidak suka pada babi, tetapi mereka terpedaya dengan keuntungan yang ada pada amalan rasuah, zina dan judi. Sedangkan keseluruhan perbuatan maksiat tersebut lebih fatal jika dibandingkan dengan babi. Babi memudharatkan kepada individu, manakala perbuatan dosa-dosa besar seperti yang telah diterangkan, merosakkan masyarakat keseluruhannya.

Soalan Dua (2) : Andai kata jikalau khutbah yang disediakan (sama ada sendiri ataupun orang lain) itu bermasalah dan mempunyai unsur menyeleweng daripada agama Islam, apakah hukum dan tahap dosanya terhadap ustaz-ustaz yang masih sanggup membacanya kepada para hadirin solat sekalian kerana takut dikenakan hukuman manusia seperti penarik-balikan sijil tauliah mereka? Jika benar perkara di atas berlaku, apakah yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah di atas dalam membendung terlahirnya lebih banyak umat Islam yang berfikiran sempit di dunia ini?

Jawapan : Di dalam ibadah Islam, Khutbah mempunyai syarat-syarat, hukum dan rukun. Manakala isi khutbah tidak termasuk perkara sah atau batalnya tujuan ibadah tersebut. Bagaimanapun semua perkara yang dibicarakan mengenai isi khutbah tersebut semuanya termasuk perkara yang akan dipertanggung-jawabkan Allah di padang mahsyar kelak. Firman Allah Taala;
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan. Sungguh besar kebencian Allah terhadap kamu atas apa yang kamu katakan tetapi kamu sendiri tidak lakukan" - as Soff:2-3, al Quranul Karim


“Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal” - az Zumar:18, al Quranul Karim

Firman Allah lagi;

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah niscaya ia akan menerima pahalanya, dan barangsiapa yang melakukan keburukan sebesar biji zarah niscaya ia akan menerima balasannya” - az Zalzalah:7-8, al Quranul Karim

Samalah seperti Taoisme, Buddhisme, Hinduisme yang mendokong konsep; "yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk". Kerana itu, jika konsep pahala dan dosa ini kita lumati dengan baik, maka pemikiran umat yang sempit takkan terjadi. Masalahnya, umat ini kelalen* lupa dengan ‘dosa’ dan ‘pahala’ kerana menyangka umurnya masih panjang. Kerana itu, Rasulullah salallahualaihi wasalam pernah bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Umar radhiAllahu anhu bahawa seorang lelaki Ansar bertanya, "Manakah di antara orang beriman yang paling cerdik? Lalu Baginda menjawab;

[ Yang paling banyak mengingati kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya menghadapi kematian. Mereka itulah orang-orang yang cerdik ] HR. Imam Ibnu Majah:4249.

Jika umat Islam selalu sedar hadirnya kematian, tentulah mereka berusaha melakukan persiapan yang baik dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan baik dan juga perkataan-perkataan yang benar.

Soalan Tiga (3) : Dalam isu kalimah Allah ini pula, umat-umat Islam negara kita telahpun mula menggerakkan bantahan demi bantahan sekitar negara dengan alasan untuk menjaga kalimah Allah daripada dihina dan disalahgunakan. Semangat “sediakan payung sebelum hujan” di sini amatlah dikagumkan, tapi perkara ini juga amat membinggungkan banyak orang kafir seperti saya, kerana, kebanyakan kami hairan mengapa pula semangat yang membara ini tidak wujud dalam hal isu menjaga nama baik Islam daripada dikaitkan dengan amalan rasuah, kroniisme dan nepotisme yang dipraktikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

Jawapan : Orang Islam yang mengamalkan rasuah, secara tidak langsung juga telah menghina Allah beserta agamanya. Salah satu nama Allah itu ialah ar Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki? Lantaran itu, mengapa ada umat Islam tidak yakin dengan Maha Kudrat Allah yang menganugerahkan rezeki dengan membelakangi perintahNya, mengamalkan rasuah, kroniisme dan sebagainya?

Begitu juga Al Hakim, merupakan salah satu nama-nama Allah yang bermaksud ‘Yang Maha Bijaksana’. Lalu jika ada seorang Muslim yang menolak undang-undang Allah sebagaimana yang telah digariskan di dalam al Quran, secara tidak langsung dia juga telah menghina nama Allah kerana tidak yakin dengan Maha Mulia Tuhan yang mempunyai kecerdikan.

Isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini bukanlah isu baru. Sama ada isu ini berputar di sebalik agenda sebelah pihak atau tidak, yang pasti Allah itu Maha Terpuji dari segala perkara yang dipersekutukan.

[ Tiada Tuhan selain ALLAH dan Musa itu RasuluLlah. Tiada Tuhan selain ALLAH dan Jesus (Isa) itu RasuluLlah. Tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu Rasulullah, khotimul ‘anbiya ]

Ajaran Islam itu tetap tinggi walaupun umatnya dihinakan. Dan umatnya akan terus dalam kehinaan jika mereka tega meninggalkan ajaran Islam.

Penutup

Di sebalik tiga soalan yang dikemukakan oleh saudara Li Fook Gao ini, ada tiga elemen penting yang perlu disemat sungguh-sungguh oleh umat Islam. Ketiga-tiga elemen ini adalah topik soalan yang pernah ditanya Malaikat Jibril kepada Baginda salallahualaihi wasalam iaitu ISLAM, IMAN dan IHSAN. Ketiga-tiga elemen tersebut mesti disenergikan di dalam kehidupan setiap umat Islam. Bukan semua umat Islam mencapai tahap kualiti iman yang sebenarnya, begitu juga orang yang beriman kadangkala tersasar dari sifat ihsan. Apakah dia Ihsan? Ihsan itu ialah, " menghambakan diri kepada Allah sebagaimana kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat kamu".

Sebahagian besar ulama' Islam mengistilahkan Ihsan itu sebagai akhlak atau tasawwuf.

Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Allah Maha Mengetahui.

oleh Qutuz's Legacy

Semangat 1 Malaysia ‘tersepit’ dalam polemic kalimah ‘Allah’?

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 6 — Tinggal tiga bulan genap setahun gagasan 1 Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak, polemik berhubung keputusan penggunaan kalimah “Allah” dilihat sebagai satu cabaran kepada kemajuan penerimaan gagasan berkenaan oleh masyarakat pelbagai kaum.

Justeru, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman mengakui "ada betulnya jika dikatakan isu semasa ini satu cabaran besar kepada perdana menteri."

"Sebab itu, (pada Ahad lalu) beliau hanya dapat membuat keputusan bersifat neutral walaupun beliau mengatakan bahawa kerajaan akan membuat rayuan.

"Beliau memang sedang memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan isu ini agar keputusan beliau mengenai isu ini tidak menyakiti atau tidak menyenangkan mana-mana pihak," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Najib menjadikan gagasan 1 Malaysia sebagai platform memimpin negara dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri awal April lalu.

Sambil merujuk beberapa insiden sepanjang sembilan bulan lalu termasuk protes “kepala lembu” di Shah Alam, Ahmad Nizamuddin berkata perkembangan terbaru ini tidak harus dilihat sebagai kegagalan gagasan 1 Malaysia, sebaliknya ia "satu bentuk cabaran kepada kemajuan" gagasan itu.

"Ia sangat mencabar... ia (kejayaannya) sangat bergantung pada keputusan yang beliau ambil. Perdana menteri berada dalam keadaan tersepit," kata beliau dengan menjelaskan bahawa jika tidak mengeluarkan kenyataan yang memihak umat Islam beliau akan dikatakan tidak membela mereka, sebaliknya jika mengeluarkan kenyataan sebaliknya masyarakat bukan Islam akan menganggap Najib tidak selari dengan gagasan 1 Malaysia.

Ahad lalu Najib meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.

Kabinet mengadakan mesyuarat mingguan hari ini. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) dijadual untuk mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakaan perkataan Allah 2.30 petang ini.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat ia sebagai satu ujian kepada Najib kerana ia boleh menentukan sama ada keputusan diambil kerajaan boleh melonjakkan populariti beliau ataupun sebaliknya.

"Sudah pasti beliau (Najib) perlu membuat keputusan mengikut tuntutan majoriti, dan keputusan ini boleh mempengaruhi senario politik negara," kata beliau sambil menambah, Najib telah mengambil langkah awal mahu rayuan dikemukakan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Selepas kedua-dua langkah awal itu yang bertujuan menjaga ketenteraman awam diambil Najib, kata beliau rakyat ingin melihat tindakan susulan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Pun begitu kata Sivamurugan, ketika sesetengah pihak cuba menjadikan isu semasa sebagai modal politik kepentingan diri mereka, pihak berkuasa perlu melihat kepada punca masalah ini dan menerangkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam hak masing-masing.

Bagaimanapun Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik Prof. Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin tidak melihat isu semasa ini sebagai ujian kepada Najib dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia.

Sebaliknya tegas beliau ia memperlihatkan sikap kejahilan orang ramai memahami aspek sejarah negara ini.

"Ini isu kejahilan mereka tentang sejarah negara... bukan soal ujian kepada gagasan 1 Malaysia," kata beliau yang menekankan rakyat negara ini perlu memahami keperluan setiap anggota negara ini dari persekitaran budaya dan politik Malaysia.

Sehubungan itu beliau juga menggesa pihak berkuasa mengambil langkah menganjurkan dialog ataupun perundingan membabitkan masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini.

"Kita perlu ada daya kepekaan dan sensitiviti dalam menyelesaikan isu ini," kata beliau lagi.

"Kita perlu memikirkan dialog antara komuniti atau dialog antara komunal," kata Shamsul Amri yang menyifatkan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berpendapat perlu ada usaha ke arah mencapai penyelesaian menang-menang dalam isu semasa sekarang.

Setiap pihak yang terbabit perlu menangani isu ini dengan tenang dan terbuka, kata beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berhubung soal perpaduan negara.

Beliau yang kembali dari luar negara petang semalam menambah, selaras dengan semangat 1 Malaysia pihak-pihak yang terbabit perlu memahami dan menerima kebimbangan kaum-kaum lain dalam menyelesaikan isu ini.

"Saya faham bahawa masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk Tuhan sebelum negara mencapai kemerdekaan dan begitu dengan masyarakat Sikh dalam kitab suci mereka.”

Oleh itu beliau melihat ia bukan fenomena baru ataupun sebarang usaha untuk mengelirukan atau menukar agama masyarakat Islam.

Jelas beliau usaha melarang daripada menggunakan perkataan “Allah” juga satu tindakan menghalang mereka daripada mengamalkan agama masing-masing dan menggunakan sesuatu bahasa memandangkan perkataan itu menjadi sebahagian daripada bahasa mereka sendiri dan dalam Bahasa Malaysia.

“Di pihak lain, kebimbangan bahawa membenarkan istilah ini dalam penerbitan Kristian kemungkinan mengelirukan umat Islam seharusnya ditangani dengan konstruktif, walaupun adalah jelas sebarang usaha menukar agama seseorang Muslim dilarang oleh undang-undang," katanya.