Selasa, 5 Januari 2010

Malaysian Maverick: "Buku dalam tahanan" laris di Singapura

Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam "tahanan" Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.

Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.

Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini, MerdekaReview mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.

Kedai buku Prologue yang terletak di pusat beli belah ION, Orchard Road memberitahu wartawan MerdekaReview melalui telefon, bahawa buku berjudul Malaysian Maverick yang dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh dua minggu. Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya. Mereka mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.

Kedai buku berangkai seperti MPH, Borders pula telah habis stoknya. Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang masih ada stok sekarang adalah Kinokuniya. Bagaimanapun, kedai ini enggan memaklumkan jumlah jualan Malaysian Maverick atas alasan "maklumat sulit komersial".

Pengedar: Menambah tempahan 1,000 naskah

Menurut statistik daripada pengedar buku, Palgrave Macmillan, sejumlah 1,700 naskah buku berjudul Malaysian Maverick diedarkan di Singapura. Menurut respon daripada kedai buku di "akar umbi", stok buku ini telah habis dijual, maka mereka mengambil keputusan untuk menambah tempahan sebanyak 1,000 naskah. Namun demikian, disebabkan stok ini dihantar dengan pengangkutan laut, maka ia perlu menunggu sehingga Februari untuk diedarkan ke pasaran.

Pada hakikatnya, sejumlah 800 naskah Malaysian Maverick telah tiba di kastam Malaysia pada awal Disember 2009. Namun, buku baru ini "ditahan" kesemuanya oleh kastam atas alasan untuk diperiksa KDN. Buku ini masih dalam "tahanan" di pejabat Pelabuhan Klang, dan gagal masuk ke pasaran buku Malaysia.

Barry Wain adalah editor The Wall Street Journal, kini sebagai pengkaji di Institute of Southeast Asian Studies. Dalam buku setebal 363 muka surat ini, Barry Wain telah mengulas pentadbiran PM keempat, Mahathir Mohamad selama 22 tahun.

Selain itu, Barry Wain juga mengulas pengalaman Mahathir dalam pengajian, dan pengalamannya ketika berkecimpung dalam politik dalam bab kedua. Selain daripada maklumat yang dikumpulnya, Barry Wain juga menemuramah sahabat Mahathir, termasuk Allahyarham Tunku Abdullah Tunku Abdul Rahman.

Walau bagaimanapun, Mahathir pernah menafikan apa yang ditulis oleh Barry Wain, setelah isu ini menjadi kontroversi. Malah, Mahathir mencabar KDN untuk memberi laluan agar buku ini diedarkan di pasaran, supaya beliau boleh menyaman penulisnya, dan beberapa orang lain yang "memfitnah" beliau, lantas membersihkan nama untuk dirinya.【Baca blog Mahathir: MALAYSIAN MAVERICK

Mahathir dipujuk minum arak?

Mahathir muncul sebagai ahli parlimen buat kali pertama pada tahun 1964. Beliau tinggal di rumah Tunku Abdullah semasa parlimen bersidang. Bekas putera Negeri Sembilan ini membawa Mahathir untuk berlegar di Royal Selangor Club, "memujuknya untuk menari dan mimum arak" (persuading him to dance and have a glass of white wine).

Barry Wain memetik Tunku Abdullah untuk berkata, "I brought him down to my level,...otherwise it would have been boring." (Saya menurunkannya ke tahap seperti saya, kalau tidak bosanlah.)

Sememangnya, apa yang menarik adalah skandal yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir (gambar kanan). Di bawah pena Barry Wain, Mahathir jelas "cakap tak serupa bikin". Beliau melaungkan slogan "bersih, cekap dan amanah", tetapi pentadbirannya bercanggah dengan apa yang dilaungkannya.

Pada tahun 1980-an, semasa kejatuhan harga timah di dunia, Mahathir memberi lampu hijau kepada syarikat "dua ringgit" Maminco Sdn Bhd untuk masuk ke pasaran, supaya melambungkan harga timah. Ia berakhir dengan kegagalan. Ketika ditemuramah oleh Barry Wain pada 31 Mac 2008, Mahathir mengakui bahawa "saya tidak masak dengannya ketika itu, saya tidak faham."

Malah, skandal Bank Bumiputera lebih membeliakkan mata. Untuk bail out syarikat yang menjadi lambang perusahaan bumiputera ini, kerajaan telah menyuntik wang secara langsung dan tidak langsung, sebagai cubaan untuk membantunya melalui Petronas, tetapi akhirnya gagal.

Menurut Malaysian Maverick, Bank Bumiputera ini telah menjadi mesin ATM peribadi. Pada tahun 1983, UMNO telah meminjam RM200 juta daripada Bank Bumiputera, untuk membina ibu pejabatnya di PWTC. Namun, UMNO tidak mampu untuk menjelaskan hutang ini. Sehingga Julai 1988, UMNO telah berhutang dengan Bank Bumiputera sebanyak RM300 juta, termasuk faedahnya. Malah pada tahun 1989, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Bank Bumiputera berhak untuk mengambil alih PWTC yang dicagarkan.

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin ketika ditemuramah Barry Wain berkata, UMNO akhirnya mencapai muafakat dengan Bank Bumiputera untuk membayar pampasan RM126 juta.

Bab keenam yang bertajuk, "Skandal, Skandal apa?", menyatakan bahawa tiga juta ringgit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya. Menurut Malaysian Maverick, skandal seterusnya membawa jumlah kepada puluhan bilion ringgit, dan mendakwa bahawa negara mungkin rebah kalau bukan disokong cukai dari Petronas.

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Retro@ABO - Fantaghiro dan Cuti sekolah dulu-dulu !

Oleh : FdausAmad
Sekolah telah pun beroperasi semula. Tak kiralah Sekolah Kebangsaan, sekolah Chung Sing, sekolah Anglo-Chinese, sekolah Taska, sekolah cluster, sekolah MRSM, sekolah agama rakyat atau sekolah dekat shopping kompelex berhampiran kedai game, semuanya telah onn balik. Budak budak yang naik darjah enam, mula berani bawak Dunhill selit poket belakang, masing masing dah sedia nak merusuh depan penolong kanan. Budak budak yang ada otak maju sikit dah start berangan nak menyertai audition geng bas sekolah season ke tiga. Manakala, bagi adik adik yang dapat UPSR 5A hasil tuisyen semenjak tadika pula sedang bedebar untuk masuk sekolah asrama, kalau nak lagi stailo, masukla sekolah asrama agama macam gua, nanti besar boleh jadi macam gua.

Gua tengok, budak budak sekarang cuti sekolah bukan main lagi. Lama satu hal, aktiviti cuti pulak semua jenis canggih canggih dan berteknologi. Tak sama langsung masa gua cuti sekolah zaman hobi kumpul setem dan tolong ibu siram bunga.Tengok tivi pun setakat cerita The Girl From Tomorrow, Alana tu entah kerja apa la sekarang. Cerita fantaghiro pun boleh tahan sedap, dulu gua dah bekira kira nak tukar nama Tarabas bubuh dalam IC. Mujurla gua tak pandai naik bas pergi Pejabat Pendaftaran di Taiping.Bila dah mengadap tivi, mula la badan jadi malas pegi mengaji. Gua argue juga dulu, kenapa sistem cuti sekolah tak diselaraskan dengan sistem cuti mengaji?,cuti sekolah pun kena pegi mengaji, tak demokrasi langsung.

Masa cuti sekolah,kalau hebat sikit, dapatla merasa pergi Pesta Pulau Pinang tumpang anak anak jiran.Bawak duit pun tak banyak, dalam lima puluh ringgit habuan beli kacang, main kereta laga, main buaian pusing dan beli tshirt putih gambar jambatan pulau pinang. Lepas balik pesta hari hari pekena tshirt jambatan sampai lunyai..sampai gambar jambatan pun dah keluar benang.Selain pesta pulau pinang, gua juga selalu mengamuk ajak ayah gua pegi Taman SM Noor dekat Batu Gajah. Budak budak kata sana ada rumah hantu.Tapi sayang, sampai la Taman SM Noor tu melingkup, gua tak dapat pergi.Ayah gua kata Batu Gajah tu jauh, kalau pergi nanti gua muntah dalam kereta pulak.

Ada sekali masa cuti sekolah darjah dua, gua naik pegi Kolumpo ikut jalan lama. Sepanjang jalan tujuh lapan kali gua muntah.Masa tu badan tak kemas lagi.Tak biasa jalan jauh naik kereta murah.Pergi kolumpo kami menumpang rumah setinggan tokngah gua di Selayang.Pehh hari hari gua pujuk anak tokngah bawak pegi seven e pekena slurrpy. Dalam hati rasa nak bungkus je slurrpy tu bawak balik Bagan Serai tunjuk kat budak budak kampung. Belah malam pulak, kami ramai ramai naik bas mini kaler merah jambu hala ke Yaohan. MasyaAllah punya la besar binatang Yaohan.Ada banyak pulak tangga naik turun sendiri.Dekat kampung gua mana ada benda ni semua. Paling hype pun ada pasaraya Kedai Kawan yang bahagian barang mainan dia takde jual PlayDoh walaupun sudah lapan tahun beroperasi.

Kalau musim cuti tu jatuh masa ekonomi ayah gua tak berapa baik, lawatan lawatan ke luar negeri akan digantikan dengan aktiviti domestik. Aktiviti domestik ni macam macam. bergantung pada musim, bila musim lastik burung, pegi mana mana gua ready lastik. Bila musim mengagau ikan, pegi mana mana gua ready bawak tangkoi kecik. Bangun pagi pagi gua lari ke belakang rumah tahan taut dalam saliran air padi. Belah petang gua pegi tengok balik, kalau nasib baik adala lekat ikan haruan besar lengan Bary Prima.

Budak budak zaman milenium ni tak tahu la teknik macam mana mereka habiskan cuti. Nak kata duduk kampung pun dah serupa duduk Kolumpo.Tinggal takde Pavilion dengan KLCC saja.ASTRO dah merata tempat, rumah fakir miskin pun dia punya ASTRO ada HBO. Zaman global semua jadi global. Budak remaja belah Kokdiang sana pun tahu perlunya Pendidikan Seks di peringkat sekolah. Bukan apa, ilmu berkenaan boleh di bawak melepak masa turun Alor setar jumpa makwe dari Jitra.

Kehidupan persekitaran pun dah berubah banyak.Rumah kawasan kampung dinaik taraf jadi perumahan kos rendah atau kos sederhana. Kawasan padi yang mana kurang diusahakan, bertukar rupa jadi pusat kedai dua tingkat yang menempatkan kedai tayar Hong Huat, pusat snooker, kedai internet, kedai sport toto dan port hisap ganja di lorong belakang.Bisnes bisnes tradisi macam tampal tayar basikal secara IKS, pasang grill kecil kecilan, jual ikan sepat kering dan meniaga aiskrim malaysia dah semakin tandus. Sistem pengangkutan juga dah macam Tokyo, lebuhraya disana sini. Jalan masuk parit 6 pun ada ura ura nak sambung dengan lebuhraya. Kepesatan industri jalan raya juga mempengaruhi program cuti sekolah budak budak zaman sekarang. Duduk Arau pun dah tak rasa jauh nak pegi Kolumpo.Pagi pagi dari Arau naik bas Ekspress Sani dua tingkat, dalam bas pekena ipod nano kat telinga, atau main PSP, dalam tengahari dah boleh main Daytona dibangunan Kotaraya.Hidup tak mencabar langsung!.

Kalaula gua lalui zaman cuti sekolah macam sekarang masa tahun 90'an dulu, rasanya otak gua dah jadi genius. Kerja sekolah gua link kan dengan google. Masalah matematik dah boleh siap sambil tulis blog, buat karangan Pengalaman Cuti Sekolah tak payah cakap la, cerita pergi pantai Malibu pun gua boleh sampaikan dengan fantastic, padahal gua cuma duduk rumah saja tengok konsert Roadrunner dalam YouTube. Main bolasepak tak payah pegi padang, cukup sekadar main Nintendo Wii dah boleh keluar peluh. Kalau gua rasa nak bersosial, gua ajak budak budak main Dota,main Counter Strike atau takpun main WarCraft. hal hal susun buku sekolah, setting rantai basikal, dan kapur kasut gua akan bagi orang gaji uruskan.Baru la ada style.

Oklah, bini gua pun dah panggil banyak kali suruh buang sampah dengan salin lampin.Benda benda senang macam tu pun gua nak kena buat. "Lu suruh internet setelkan tak boleh ka?" (sumber)

Mari berhibur dengan Umno

Dalam artikel Malaysia Today hari ini bertajuk "How RM2 million a year became RM21 million a year for 15 years", Raja Petra Kamarudin mendakwa:
Sejak 1988, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) melatih kakitangannya di Korat, Thailand, dengan kos RM2 juta setahun.

Pada 2007, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu meluluskan pajakan Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) dari sebuah syarikat Malaysia dengan kos RM21 juta setahun - lebih sepuluh kali ganda yang dibayar TUDM untuk melatih kakitangannya di Thailand. Tempoh pajakan pula selama 15 tahun.

Kontrak tersebut dibuat atas dasar "runding tanpa tender" dan syarikat yang berkenaan pula tidak ada pengalaman. Kontrak yang dirundingkan itu tidak dibuat melalui prosedur biasa. Ia juga tidak diluluskan melalui saluran yang betul. Meskipun demikian, Perdana Menteri kini telah meluluskan kontrak tersebut dengan melanggar prosedur. Tindakan itu boleh dianggap sebagai salah guna kuasa (baca selanjutnya di sini).
Marilah kita sama-sama berhibur melihat bagaimana puak-puak 'asabiyyah Umno (dalam PAS pun ada) mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak mereka. Saya akan siarkan semua komen puak-puak tu untuk mempertahankan suami Datin Seri Rosmah Mansor, termasuk dari apa yang saya anggap cybertrooper.

Mari kita lihat bagaimana mereka membelasah Raja Petra untuk mengalihkan isu. Semuanya pasti amat menghiburkan!

Ah, mungkin juga mereka tak sudi nak menghiburkan kita. Maklumlah, "tiket-tiket" dalam Umno dijual mahal.

How RM2 million a year became RM21 million a year for 15 years

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin Since 1988, the Royal Malaysian Air Force (RMAF) used to train its personnel in Korat, Thailand, at a cost of RM2 million per year.

In 2007, the then Deputy Prime Minister approved the leasing of the Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) from a Malaysian company at a cost of RM21 million per year -- more than ten times what the RMAF was paying to train its personnel in Thailand. The leasing was for 15 years.

The contract was based on ‘negotiated without tender’ and the company had no prior experience in the business. The negotiated contract was not conducted through the normal procedure nor was it approved through the proper channels. Yet the current Prime Minister approved the contract in violation of procedure and what could be classified as abuse of power.

Malaysia Today kicks off this expose with the documents below. More on this matter will be revealed as we go along to show the many blatant incidences of abuse of power and violation of procedure perpetuated by the Ministry of Defence under Najib Tun Razak.





Pasangan Sehati Berdansa: Kopi Dangdut Sungguh!



Siapakah gerangan pasangan Sehati Berdansa dari Kelantan? Kalau dalam ruang siber bergelek bukan main tetapi bila berdepan mata ke mata kejam celik sikit terus tiada. Macam biskut chipsmore pun ada.

Dua Minggu Yang Lalu

Di dalam satu temubual ekslusif yang diantara Malaysiakini dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan itu telah antara lain didalam usaha mengagungkan Almenantunya telah memberi persepsi buruk terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Ini menyebabkan bekas ahli pengurusan kanan PROTON itu mengambil tindakan untuk menyaman malu Menteri Besar Kelantan. Ini mengakibatkan Tok Guru resah dan mengambil keputusan untuk memohon maaf. Tuan Haji Anual Bakhri Haron yang ketika itu masih menyandang jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan telah diarahkan menjadi orang tengah.

Akhirnya di atas kehendak Tok Guru sendiri, Haji Anual dan Tok Guru mengunjungi kediaman bekas CEO PMBK itu. Di dalam pertemuan tersebut Tok Guru menyampaikan sendiri surat mohon maafnya kepada bekas CEO PMBK itu yang amat dimusuhi oleh Ariffahmi.

Beberapa hari kemudian di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, Tok Guru memaklumkan bahawa dia telah memohon maaf diatas ketelanjurannya.

Kejadian itu seharusnya berakhir disitu dengan umum yang mengetahui tentang kejadian itu merasa hormat diatas sikap mulia Tuan Guru Nik Aziz. Seorang Menteri Besar dan seorang ulama besar sanggup mengunjungi rumah rakyat biasa untuk memohon maaf diatas ketelanjurannya. Begitulah bertuahnya rakyat Kelantan.

Satu Minggu Yang Lepas

Di dalam satu pertemuan tertutup antara pihak Muslimat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar Kelantan dengan lantang menyelar Haji Anual Bakhri dan menuduh Anual Bakhri telah menjatuhkan maruah Menteri Besar Kelantan dengan memujuk MB ke rumah bekas CEO PMBK untuk memohon maaf.

Sebulan Yang Lalu

Almenatunya Abdul Ariffahmi Abd Rahman telah memusing Malaysia untuk menjelaskan kepada pimpinan parti dan Dewan Pemuda PAS berhubung polemik yang melandanya.

Di dalam pertemuan demi pertemuan itu Ariffahmi telah mendakwa dia adalah mangsa kepada kerakusan Dato’ Haji Husam Musa.

Antara tuduhan yang dibuat oleh Almenantunya terhadap Husam adalah seperti berikut :

  • Husam mempengaruhi Bapa Mertuanya menggunakan blogger Kickdefella dalam usaha jahat Husam menjatuhkannya sebagai CEO PMBK. (Saya amat berharap Ariffahmi berani untuk mengulangi tuduhan ini dikhayalak umum atau kepada pihak media)
  • Tindakan Husam itu dikatakan kerana Husam gagal mempengaruhi Ariffahmi dan menggunakan Ariffahmi untuk kepentingan peribadi Husam iaitu mengumpul kekayaan. (Pada pendapat saya, Ariffahmi yang gagal mempengaruhi Husam untuk menutup mata diatas segala kepincangan pentadbiran PMBK dibawah Ariffahmi).
  • Anak syarikat PMBK iaitu PMBK Sawit yang dipengerusikan oleh Husam mengalami kerugian teruk kerana Husam menggunakan sumber kewangan PMBK Sawit untuk tujuan politiknya dan peribadi serta membayar kroni-kroninya dengan gaji yang amat tinggi. (Kakitangan kerajaan negeri akan ketawa besar mendengar tuduhan ini kerana PMBK Sawit sajalah sebenarnya yang membawa keuntungan berbanding lain-lain anak syarikat PMBK. PMBK Sawit jugalah yang ‘menyara’ PMBK).
  • Husam hanya pandai lancar program tetapi semua gagal dan PMBK terpaksa menanggung kegagalan itu dan antara yang dimaksudkan sebagai gagal ialah projek Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. (Skim Takaful Kifaalah adalah satu skim yang berjaya memenangi hati dan perasaan rakyat Kelantan sehingga membawa kemenangan besar kepada PAS dalam PRU12 yang lalu, kini skim tersebut menjadi ikutan dibeberapa buah negeri).
  • Husam didakwa menerima rasuah daripada Tamrin bin Ghafar (Tamrin sendiri menafikan hal ini pada Ariffahmi tetapi Ariffahmi terus dengan dakwaannya).

Sehari Yang Lalu

Bertempat di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Dewan Muslimat PAS telah menjemput Pasangan Sehati Berdansa Ariffahmi dan Amalina untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu yang melanda dengan alasan mahu mendengar terus dari mereka berdua.

Begitu hebat kedua-dua mempelai itu membelasah Dato’ Husam di dalam sessi tersebut.

Apabila ditanya sama ada mereka bersedia berhadapan dengan Dato’ Husam bagi mendengar pihak sebelah Husam pula, mereka dilaporkan sebagai berkata bersedia.

Kemudian mereka dimaklumkan bahawa Dato’ Husam turut berada di JKR 10 dan akan dijemput masuk supaya Pasangan Sehati Berdansa boleh mengulangi tuduhan mereka itu dihadapan Dato’ Husam sendiri. Mereka cepat-cepat berkata, tidak bersedia melakukannya sekarang dan memberi alasan, YAB MB sudah merancang satu pertemuan lain untuk mereka jadi biarkan pertemuan antara Husam dan mereka dibuat mengikut perancangan MB.

Apabila Husam dan beberapa orang ADUN PAS yang juga merupakan penjawat jawatan parti masuk, Ariffahmi hanya menyambut ADUN PAS itu tetapi tidak Husam. Husam terpaksa pergi kepada Ariffahmi dan menghulurkan salam. Selepas itu, Ariffahmi dan Amalina terus keluar meninggalkan majlis tersebut.

Nampaknya ternyata Ariffahmi dan Amalina hanya berani dibelakang sahaja. Apabila berdepan, mereka hanya berani jika Tuan Guru Nik Aziz turut serta. Kalau didalam ruang yang neutral, mereka rupanya takut untuk berdepan dengan Husam.

Kopi Dangdut untuk Pasangan Sehati Berdansa semoga mereka kuat semangat untuk berdepan dengan orang yang mereka kecam sehebat-hebatnya selama ini.

Seminggu Yang Akan Datang

Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kebobrokan dan campurtangan anak menantunya dalam hal pentadbiran negeri dan sikap kurang ajar kepada pimpinan negeri dan parti. Kegagalan Tuan Guru bertindak segera hanya akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar.

Dua Minggu Yang Akan Datang

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan akan terpaksa membuat suatu perisytiharan yang akan memeranjatkan rakyat jelata di Kelantan dan mereka yang melihat PAS sebagai sebuah Parti Politik yang mampu mewakili kehendak semua kaum dan penganut berbilang agama.

Kickdefella.

Si Buta Nak Mengajak Orang Lain Buta Sepertinya

Ada orang berpendapat isu kalimah Allah tidak boleh ditangani seperti orang buta meraba gajah. Gambaran gajah bagi orang buta bergantung kepada mana satu anggota gajah yang dipegangnya.

Pendapat itu benar. Namun, ada beberapa persoalan yang berlegar di kepala.

Adakah orang Islam di Malaysia masih seperti orang buta meraba gajah? Adakah tidak ada di sana orang celik yang mampu menjelaskan kepada orang buta mengenai hakikat sebenar gajah?

Benar, kita bimbang keputusan mahkamah yang terbaru bakal menjadi duluan mengikat kepada keputusan mahkamah pada masa hadapan. Soalnya, adakah kita yakin bahawa keputusan mahkamah yang lebih tinggi selepas ini bukan seperti sekarang?

Kalau seperti sekarang juga, bagaimana?

Dan, katakan keputusan mahkamah selepas ini adalah berbeza dengan keputusan mahkamah sekarang, adakah orang Islam sudah tidak lagi menjadi sibuta yang meraba gajah?

Justeru, isu kalimah Allah bukan dapat dirungkai oleh mahkamah. Apa pun keputusan mahkamah, tanggungjawabnya tetap terpulang ke atas pundak orang Islam juga.

Raja-raja kita adalah orang Islam. PM, TPM, sebahagian besar menteri, sebahagian besar timbalan menteri, MB, sebahagian besar KM, sebahagian besar exco, sebahagian besar pegawai kanan kerajaan, general tentera, Ketua Polis Negara, Tim KPN, dan… adalah orang Islam.

Kita ada berbelas mufti, timbalan mufti, jabatan agama, JAKIM, YADIM, IKIM, puluhan universiti Islam, fakulti pengajian Islam dengan ratusan profesornya, semuanya adalah orang Islam.

Itu belum termasuk panelis Halaqah, Forum Perdana Ehwal Islam,… mana mungkin ada yang tidak Islam.

Dengan semua itu, masih ramai lagi orang Islam yang menjadi sibuta meraba gajah?

Kita boleh marah kepada orang bukan Islam menuntut apa yang mereka anggap sebagai hak mereka, tetapi adakah kemarahan kita itu menguntungkan Islam atau kemarahan itu menjadikan wajah Islam semakin hodoh?

Wajah Islam bukan menjadi hodoh kerana diconteng oleh orang bukan Islam yang menuntut apa yang mereka anggap sebagai hak mereka, tetapi menjadi hodoh kerana orang Islam sendiri. Dia menyangka dia menyolek Islam dengan tindakannya, pada hal dia menconteng arang ke muka Islam.

Lupakah kita kepada penjelasan al-Quran bahawa Allah akan mengganti kaum lain sebagai pembawa Islam sekiranya kaum yang sedia ada tidak lagi berkemampuan membawa Islam?

Apa kita ingat Islam adalah hak mutlak orang Melayu? Atau, kita syok sendiri kerana dilahirkan sebagai orang Islam? Atau, kita ingat Islam adalah hak mutlak dan ekslusif orang Islam sahaja?


Bagaimana kalau ada orang bukan Islam ingin mengamalkan Islam dalam kehidupannya? Kita ingin melarangnya? Kalau ada orang bukan Islam ingin mengaku Allah sebagai Tuhannya, kita menafikannya?

Harap-harap kita tidak menjadi penghalang petunjuk Islam daripada sampai kepada orang lain. Jangan kerana kita buta, kita juga mahu orang lain turut buta seperti kita. -Ustadz Zorkharnain Abidin

Ulasan GB

Memang betul apa yang dikatakan oleh Ustadz Zorkhanain di atas.

Esok, berkemungkinn keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi akan diterbalikkan oleh mahkamah Rayuan, dan bersorak sorailah Melayu di dalam UMNO dan geng Perpaduang dalam PAS.

Namun setidak-tidaknya PAS telah pun menyuarakan kebenenaran dengan lantang bahawa tidak ada kesalahan untuk ssiapa pun menggunakan kalimah Allah. Sekalipun keputusan Jawatankuasa Lajnah Politik malam tadi mengambil dalil bahawa penggunaan kalimah Allah telah digunakan oleh penganut agama samawi, namun ini tidak bererti bahawa kalimat itu dibataskan hanya untuk mereka, jauh sekali hanya untuk umat Islam.

Islam adalah untuk semua, begitulah Allah adalah Tuhan untuk semua, bukan hanya untuk penganut Islam kerana kalimat itu bukan milik umat Islam tetapi milik mutlak Allah.

Allah adalah satu nama bagi Zat Yang Maha Agong dan Maha Mulia. Ia tidak boleh direbut dan dibataskan mengikut kehendaki hati sesiapa kecuali Dia. Allah akan memerangi mereka yang melampaui batas yang cuba mengurung kalimat itu hanya untuk menjadi pesakanya.

Yang disembah bukan kalimat "Allah" itu tetapi adalah Zat yang empunya nama tersebut.

Nazri: Judge was wrong in ‘Allah’ decision

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Jan 5 — Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz has come out in defence of the Home Ministry’s move in appealing to the Court of Appeal over the controversial “Allah” issue.

He said that High Court judge Lau Lee Lan, who made the ruling that Catholics could use the word “Allah” in their weekly publication Herald, was wrong.

Nazri asserted that the judicial review was supposed to be on whether the Home Minister had the power to impose the ban, not on whether non-Muslims should be allowed to use the word “Allah”.

“In my opinion, the judge has erred in making the decision. The issue is whether the Home Minister had the power to impose a ban on the Catholic church in using the term “Allah”, not whether “Allah” can be used or not.

“The Home Minister was definitely acting within his powers in exercising the ban, in view of public interest and sensitivities in order to avoid public unrest over the matter,” said Nazri.

The Minister in the Prime Minister’s department explained that the supposed error in the judge’s ruling justified the Home Ministry seeking an appeal at the Appellate Court.

“We have to take into consideration the culture and nature of Malaysia. What is considered normal in the United States and Europe is not necessarily normal here.

“The Home Minister was doing the right thing, in making a decision to avoid public unrest and dissatisfaction among Muslims, who make up more than 60 per cent in this country,” said Nazri.

Nazri compared the “Allah” uproar to the cow-head protests in Shah Alam, saying that it is essentially very similar.

“Take the cow-head protests for example. If you look at it from a legal perspective, there seems to be nothing wrong with stepping on the head of a cow. But because a significant portion of this country’s

citizens are Hindus, the government has taken action against the cow-head protestors.”

The now-infamous cow head protest, which took place in Shah Alam in August last year was spearheaded by a group of Malay residents “angry” at the Selangor State Government for relocating a Hindu temple to Section 23, a Malay-Muslim majority area.

“I see the usage of the word “Allah” and the cow-head incident as the same. If you can take action against cow-head protestors, why not over the usage of “Allah” among non-Muslims? We have to be fair in the matter,” stated Nazri.

He went on to question the purpose of the Catholic church’s insistence in using the word “Allah”, saying that it was “irresponsible” and “looking for trouble”.

“If you do want to use the word God in Bahasa Malaysia, God is Tuhan. I don’t understand why you want to use Allah.

“The Malay word for God is Tuhan. Of course Muslims are not satisfied. For 50 plus years after independence this issue has never cropped up before.”

Nazri also urged fellow Muslims to not be carried away by emotions and to let common sense prevail, adding that if they demonstrate and cause public unrest, it may affect the decision making process in the Court of Appeal.

“We leave it to the Court of Appeal to find a solution to the matter.”

Dompok: Pengaruh BM, generasi muda lebih selesa guna ‘Allah’

PUTRAJAYA, Jan 5 — Tan Sri Bernard Dompok, anggota Kabinet persekutuan kanan dari kalangan masyarakat Kristian berkata, rakyat Sabah menggunakan perkataan Tuhan “Allah” kerana generasi muda lebih selesa dengan penggunaan istilah dalam Bahasa Malaysia, malah ia juga telah lama digunakan.

Mengulas polemik semasa ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu, Dompok menjelaskan istilah itu telah lama digunakan sebelum Sabah menyertai Tanah Melayu bersama Sarawak dan Singapura pada 1963.

“Komuniti Sabah sentiasa menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa serantau dan agama Kristian telah dianuti di Sabah sejak 1881 di mana ia telah berkembang kemudiannya,” kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan esok untuk mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan akhbar minggu Katolik, Herald menggunakaan perkataan Allah.

Hakim Datuk Lau Bee Lan akan mendengar permohonan itu kira-kira 2.30 petang.

Semalam kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada 31 Dis lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan “Allah” sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian bahasa Malaysia.

Ia digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Keputusan Khamis lalu telah mencetuskan pandangan campur aduk termasuk sokongan bersyarat daripada PAS semalam selain perasaan marah dan protes di kalangan ahli Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak bertenang sementara menanti keputusan rayuan kelak.

Dompok yang juga Presiden Upko berkata keputusan Khamis lalu menyebabkan pelbagai komen dengan separuh daripadanya “tidak bersifat boleh membantu usaha-usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dan hubugan kaum di negara ini.”

“Saya percaya bahawa Hakim Datuk Lau Bee Lan telah meneliti aspek sejarah dan hak berperlembagaan sebelum membuat keputusan,” kata Ahli Parlimen Penampang ini.

Kata beliau, komuniti Kristian di Sabah seperti juga Murut dan Kadazandusun mengadakan upacara keagamaan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda mereka.

“Dalam upacara yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, perkataan Tuhan (God) digunakan, jika dalam Bahasa Malaysia istilah Allah digunakan, dan sekiranya dalam bahasa ibunda seperti Kadazandusun, ‘Kinoingan’ digunakan,” kata Dompok.

Kata beliau, kebanyakan gereja di bandar menggunakan Bahasa Inggeris manakala Bahasa Malaysia digunakan di gereja-gereja di kawasan pedalaman di Sabah.

“Langkah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan dalam sistem pendidikan telah mengembangkan pengaruh bahasa di kalangan masyarakat Sabah,” katanya.

“Generasi yang lahir selepas dasar ini dilaksanakan lebih selesa menggunakan Bahasa Malaysia. Mereka lebih selesa untuk menghadiri upacara beribadah dalam bahasa kebangsaan,” katanya.

Tambah beliau setiap agama harus mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama mereka secara aman dan menggunakan istilah yang selesa bagi mereka dalam upacara masing-masing.

Pada 24 Jan 2009, Dompok telah merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald menggunakan tulisan “Allah” dalam edisi terbitan Bahasa Malaysia sehingga mahkamah membuat keputusan.

Ketika itu Dompok juga berkata, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald harus berhenti menggunakan perkataan “Allah” atau sebaliknya.

No fresh polls for now, Liow disappointed

MCA deputy president Dr Chua Soi Lek today announced that the party would not witness fresh polls in the immediate future, hitting the brakes on the thrust by vice-president Liow Tiong Lai and his supporters.

The reason for this is because the constitutional requirement for two-thirds of the central committee (CC) members to resign in order to pave the way for a contest could not be obtained.

chua soi lek 050110Currently, only 13 CC members have submitted undated resignation letters, falling short of the 21 needed.

However, Chua did not rule out the possibility of a fresh elections in the near future if more CC members resign in the coming months.

"In simple terms, it is very difficult to hold fresh polls this month," he said after chairing an hour-long meeting by the special committee formed to oversee the matter at the MCA headquarters in Kuala Lumpur.

Liow's faction had hoped to ride on the wave of discontent against president Ong Tee Keat's leadership during the fresh polls.

Backed by the women's wing chief Chew Mei Fun and youth chief Wee Ka Siong, Liow's faction set a 60-day deadline which began in early December to call for fresh polls, purportedly to "save the party" which had endured four months of infighting.

Some CC members felt 'pressured'

Additionally, the special committee did not decide if the fresh polls should also include the women and youth wings as well.

Due to conflicting legal opinions, Chua said it would be best for the CC to decide on this matter.

He stressed that despite the stalemate, the public should not conclude that fresh polls would not be held because more CC members might resign.

"Some have expressed that they don't want to be pressured by a timetable set by certain quarters. They want to have their own say," he said.

To a question, Chua was non-committal as to whether he would resign.

The former health minister said he would make an announcement "when the time comes" while stressing that he had always maintained the need for fresh polls to be held.

Liow disappointed, but optimistic

In an immediate reaction, Liow, who is also part of the special committee, told reporters that he was disappointed with the lack of urgency among the CC members.

liow tiong lai and faction resign 151209 05He said the CC previously agreed on the need for fresh polls and there should not be any delay as this would have an impact on the Chinese community and the party.

"Since we have decided to have re-election there is no reason to ponder too long. That is what I reiterated to this meeting. We want the CC to take this seriously and make a decision as soon as possible," he said.

On an optimistic note, Liow said Chua had revealed that there were other CC members who have indicated their wish to resign, but would only do so in February or later.

"Let's work on them first and see how it goes," he said, when asked if he would take other measures to force the fresh polls such as conducting a signature campaign.

PERANGAI PELIK MINGGU INI...



Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.

Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.

Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.

Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.

Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.

Zambry Seram Sejuk Menanti Keputusan Mahkamah

Debaran Kian Terasa-oleh JJ

Walaupun Mahkamah Persekutuan masih belum menetapkan bilakah tarikh untuk keputusan kes DS Nizar dan Zambry tetapi debaran tetap terasa, bukan sahaja dirasakan oleh DS Nizar atau DS Zambry, tetapi debaran itu turut dirasakan oleh seluruh penyokong Pakatan Rakyat di negara ini, khususnya di negeri Perak.

Seram sejuk dibuatnya, apakah Zambry juga tidak terasa `seram sejuk' atau dia rasa cukup selesa untuk menghadapi keputusan mahkamah yang entah bila diketahui.

Seandainya keputusan mahkamah menyebelahi DS Nizar, satu kemenangan moral kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat. Yang pasti Nizar akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak mohon berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Plihanraya satu negeri pula, inikah yang Zambry dan Umno/BN yang takutkan.

Sekiranya Zambry menang, apakah dia akan mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan, Jika ini yang Zambry lakukan `tabik' buat Zambry. Kalau sudah menang rasanya Zambry tidak akan bertindak untuk mohon DUN dibubarkan

Jika Nizar menang beliau akan mengembalikan mandat kepada rakyat. samada pilih BN atau Pakatan Rakyat. Biar rakyat buat keputusan . Inilah pemimpin mendahulukan rakyat.Tetapi sekiranya zambry menang, apa macam, Pakatan Rakyat macam mana? Adakah Zambry juga akan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Agak agaknya Zambry akan buat macam tu? Mengikut firasat saya yang kerdil ini mana mahunya Zambry mengadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan. Mana mungkin orang yang sudah menang, tiba tiba pergi jumpa Sultan mohon perkenankan DUN dibubarkan.

Jika Zambry benar benar pemimpin Perak 1 Malaysia, sewaktu Perak tengah gawat dengan krisis yang melanda negeri ini, di saat itulah Zambry wajar mengadap Sultan mohon berkenan DUN dibubarkan.

Ada angin bertiup sama ada angin sepul sepul bahasa atau angin taupan tidak pula diketahui, kononnnya Zambry akan mengadap Sultan Perak mohon DUN dibubarkan sebelum keputusan mahkamah dibuat. Tidak diketahui `matan khabar angin' itu sama ada palsu atau sahih.

Bagi saya jika Zambry ada moral, ketika krisis melanda itulah dia kena mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan kerana dia antara pemimpin pemimpin BN yang menyanjung slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan.

Kalau di saat saat hampir tarikh keputusan dibuat oleh mahkamah baru dia hendak mengadap Sultan mohon DUN dibubarkan,, tindakan itu jelas mementingkan' kuasa. Jika itu yang bakal terjadi, saya kira Zambry sudah tidak yakin dia boleh menang,

Apa pun seluruh rakyat Perak sedang menunggu penuh debaran, `penyokong penyokong Pakatan Rakyat `menanti hari esok' yang penuh ceria atau derita atau adakah `esok masih ada' buat Pakatan Rakyat Negeri Perak

Burj Dubai: Bangunan tertinggi dunia dibuka

000_Was2788468 DUBAI: Mula dibina ketika ekonomi melambung oleh lebih 12,000 pekerja buruh, bangunan tertinggi di dunia ini mula dibuka semalam, ketika mana negeri itu sedang memulihkan keyakinan berhubung krisis kewangan yang dihadapi dewasa ini.

Burj Dubai, yang mana majlis pembukaannya telah ditunda dua kali sejak pembinaan bermula tahun 2004, mencipta satu rekod sejarah bagi sebuah negeri yang terbelit dengan hutang yang banyak.

000_Nic417581

Dubai, salah satu wilayah dalam Emiriyah Arab Bersatu, mencipta reputasi sebagai pembazir wang dengan mewujudkan pulau-pulau buatan manusia berbentuk pokok kurma dan lurah ski tertutup di padang pasir.

Dengan keyakinan pelabur semakin luntur ekoran pengumuman Dubai World pada bulan November untuk menangguhkan bayaran balik hutang berjumlah US$26 bilion (RM90 bilion) maka Burj Dubai dianggap permulaan yang baik bagi tahun 2010, selepas melalui masa suram tahun lalu.

Projek ini telah diteliti oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, yang menentang layanan terhadap buruh, termasuk tentangan dari para pencinta alam sekitar yang menganggap projek ini menambah burukkan lagi pencemaran karbon.

Walaupun dikritik, ramai yang menyifatkan bangunan yang menelan belanja sebanyak US$1.5 bilion (RM5.25 bilion) itu sebagai satu keindahan arkitek. – Reuters

Siapa percaya Umno tak politikkan isu Allah?

Kalaulah PAS membuat keputusan seperti semalam sejak dari awal majalah Herald-The Catholic Weekly berkeras mahu menggunakan nama Allah, saya yakin tidak akan tersiar kenyataan seperti di bawah:
"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

"Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia" (Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Kenyataan Dr Haron Din dipertikai").
Apa nak buat. PAS tak habis-habis dengan sifat lambat dan lembab membuat keputusan. Last-last, berbalah sesama sendiri.

Nak lawan Umno tak boleh lambat dan lembab, bib. Kalau lambat dan lembab, sampai bila-bila pun orang-orang Melayu dan rakyat negara ini akan disiksa oleh pemerintahan Umno.

Sementara itu, ayat yang paling power dari Umno seminggu dua ini ialah "ini isu agama, isu 'aqidah. Ini bukan isu politik. Jangan politikkan".

Tak kisahlah. Umno bercakap lagu tu sebab depa ingat depa ja yang pandai. Depa ingat depa bagus sangat. Orang lain semua boleh dibodohkan dengan kenyataan depa yang kononnya ikhlas tu.

Kalau tak ikut telunjuk lurus kelingking berkait Umno, PAS khianat la, kuli DAP la, macam-macam. Kalau para pemimpin PAS sanggup menjadi babi tunggangan depa, barulah PAS bagus.

Macamlah orang tak kenal pemimpin-pemimpin parti pengkhianat. Bercakap fasal Melayu, fasal Islam, lepas tu pi merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah ("Many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll" - Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker). Jual negara, jual bangsa, jual agama.

Nanti sat, nak tanya sikit: Siapa percaya Umno tak main politik?

Berkaitan:
Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din (mStar Online 4/1/10)
Berbeza pandangan: Haron Din hukum parti sendiri (mStar Online 5/1/10)
Haron speaks for himself' (Malaysiakini 5/1/10)
PAS tolak tindakan agresif dan provokatif (Malaysiakini 5/1/10)
Kontroversi kegunaan kalimah Allah (Tun Dr Mahathir Mohamad 5/1/10)
'Allah' for everyone, insists MCA (Malaysiakini 5/10/10) - Lu jangan cakap la, MCA. Mau tukar perkara pertama Rukunegara kepada "Kepercayaan kepada Allah"? Puak-puak Herald-The Catholic Weekly mau tukar perkara pertama Rukunegara kepada "Kepercayaan kepada Allah"?

Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”

–Kenyataan Akhbar–


Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

HADIAH UMNO@BN UNTUK RAKYAT..

By Sya Reformis.

Rakyat DiULUkan , Pencapaian DiuTAMAKAN…

100 billion untuk F1
100 Juta untuk Rosmah dan Permata
Kenaikan 20 Sen untuk Rakyat
Kenaikan harga Minyak
Kemiskinan Tegar untuk diteruskan
“Rakyat DiULUkan Pencapaian DiuTAMAKan” Peratus kemiskinan terkini Negara menunjukan ia masil lagi di aras tertinggi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3.8 peratus(tidak rasmi) yang membawa jumlah 61,000 keluarga dan isi rumah.Ini jelas menunjukan bahawa rakyat yang ada dinegara kita ini masih lagi didominasi oleh kelompok rakyat yang miskin tegar.Mereka ini hidup diparas kemiskinan yang melampau yang mana ia dilihat sebagai salah satu bukti pengabaian kerajaan dan pimpinan Negara terhadap rakyat.

Jumlah wang yang dibelanjakan kepada pembangunan sukan yang dirasakan tidak sepatutnya didaHULUkan namun diberi KeUTAMAAN hanya kerana ia melibatkan KRONI dan kepentingan mereka sendiri.Akibat dari jumlah besar yang dibelanjakan kepada tujuan yang tidak sepatutnya maka terjadilah kenaikan harga gula yang dilihat sebagai satu lagi projek Kerajaan untuk membebankan Rakyat.Persoalanya apakah Kerajaan tidak tahu yang Rakyatnya sudah cukup terbeban dengan kenaikan harga minya baru-baru ini..?

Hasil tinjauan menunjukan ada beberapa kedai-kedai makan yang mula menaikan harga makanan dan minuman ekoran dari kenaikan harga gula tersebut.Tidak sepatutnya kemarahan itu dilontarkan sepenuhnya kepada peniaga akan tetapi yang sepatutnya dipersalahkan ialah Kerajaan yang mana selepas menggadaikan sejumlah wang demi keseronokan mereka sehinggakan mereka sanggup melihat Rakyat terbeban dan dibebankan.

Peniaga kecil yang diklasifikasikan sebagai rakyat diberi amaran oleh Kerajaan UBN yang ada untuk tidak menaikan harga makanan dan minuman dan apa jua sempena dengan kenaikan harga gula.Nampak bagai tiada apa namun Rakyat dinafikan HAK mereka untuk mendapat sedikit kesenangan akan tetapi bagi mereka,kroni dan syarikat besar yang ada dibiarkan begitu sahaja untuk mengaut keuntungan dan kemewahan berganda.Akhirnya Rakyat yang menjadi Tuan Tanah dijadikan pencacai dan mereka yang kononnya mendahulukan Rakyat,berkhidmat untuk rakyat akhirnya yang dapat merasa empuk kerusi pemerintah dan juga mereka megah berkata “Kami Mendahulukan Rakyat”.

Namun ingat Rakyat tidak akan berdiam diri,keluhan rakyat akan terus berbunyi gendang perubahan akan terus dipalu agar rakyat diangkat kembali sebagai Tuan dan mereka yang zalim dan menindas akan kembali kepada asal..Satu nama yang tiada erti..!

Seorang yahudi buta..

Oleh : ruhen abdulrachman
Bismillahhirrahmanirrahim. Bacalah artikel ini kerana ia amat menyentuh hati & perasaan. Cerita ini sering di ulang-ulang di majlis-majlis ilmu di serata dunia tetapi pengajarannya cukup bermakna untuk kita teladani.

Akhlak Rasulullah S.A.W. adalah sebaik-baik akhlak manusia di muka bumi ini. Biarlah orang mengata buruk tentang diri kita. Sesungguhnya balasan yang baik & buruk itu ada di sisi Allah S.W.T.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abu bakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abu Bakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

* Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya – Hamka *

AJK UMNO Tasek Gelugor Meliwat Isteri dan pernah tidur dengan lebih 10 wanita..!

Sumber : Mstar

Photo kiri - Mastura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya," katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

"Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

"Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali," katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

"Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

"Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

"Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

"Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

"Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga," ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.