Isnin, 4 Januari 2010

Gani 4tail dah jumpa enjin jet???




Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.

Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.

Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.

Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.

Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.

PELIK WAL AJAIB.

RPK mungkin didakwa guna pasport asing jika benar

PUTRAJAYA, 4 Jan — Editor laman web ‘Malaysia Today’ Raja Petra Raja Kamaruddin mungkin didakwa menggunakan sebuah pasport asing untuk meninggalkan negara ini sekiranya ada laporan terhadapnya, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar).

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan jika ada laporan seperti itu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan penulis blog itu didakwa jika didapati menggunakan pasport asing untuk melarikan diri tahun lepas selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

“Kami perlu menimbang (mendakwa Raja Petra) jika ada laporan terhadapnya dan siasatan dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Gani berkata perkara penting kini ialah untuk mendapatkan Raja Petra terlebih dahulu sebelum mendakwanya semula.

“Anda tidak semudah mendakwa seseorang apabila anda tidak mendapatkannya. Apabila hanya sudah pasti mendapatkan orang itu, maka anda boleh teruskan.

“Oleh kerana mahkamah membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra, dia boleh didakwa semula atas tuduhan sama apabila dia kembali ke negara ini,” katanya.

Katanya kerajaan masih dalam proses mengenal pasti lokasi Raja Petra dan sebaik sahaja dikesan permohonan sewajar perlu dibuat mengikut undang-undang negara berkenaan untuk membawa semula dia ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan.

Raja Petra didakwa menggunakan pasport sebuah negara jiran untuk melarikan diri ke Britain dan pihak berkuasa imigresen Malaysia telah mengesahkan tiada rekod menunjukkan dia telah melalui pemeriksaan di pintu keluar negara.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk ‘Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell’ dalam blog www.malaysia-today bertarikh 25 April, 2008. Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada 18 Jun tahun lepas.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 Nov lepas membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak polis gagal menyampaikan waran tangkap kepadanya. — Bernama

Tiada Lagi Jawapan 'Masih Dikaji' Atau 'Masih Disiasat' - KSN ...!!! Ha..ha...ucapan rasmi kakitangan kerajaan UMNO@BN...!!

KUALA LUMPUR: "Kita tidak boleh lagi bagi jawapan "masih dikaji" atau "masih disiasat" sebagai alasan kepada aduan orang ramai".

Demikian tegas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang mahu perkhidmatan kerajaan bertindak segera terhadap aduan orang ramai selaras dengan cita rasa pelanggan yang sentiasa inginkan perkhidmatan terbaik serta respons terpantas.

"Kalau boleh, kita nak, sesuatu aduan itu dibuat tindakan dalam masa satu hari atau satu jam, bukan lagi satu minggu atau satu bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat panggilan setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini.

Pusat itu yang juga dikenali sebagai Pusat Panggilan Setempat ditubuhkan oleh DBKL bagi menerima semua aduan sebelum diselaraskan melalui satu pusat sebelum disalurkan terus ke jabatan berkaitan untuk tindakan segera.

Menggunakan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (i-SPAAA), pusat itu yang beroperasi sejak 1 Jan lepas menggantikan Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (PAKL), yang diguna pakai sejak 2003.

Mohd Sidek berkata kewujudan pusat itu dilihat mampu menepati cita rasa pelanggan yang sentiasa inginkan perkhidmatan terbaik serta memberi respons yang pantas bagi setiap aduan.

Sementara itu, Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, melalui pusat panggilan itu, aduan orang ramai akan dibuat tindakan susulan kepada jabatan atau cawangan terlibat pada kadar segera serta pihak pengadu akan turut dihubungi bagi dimaklumkan status terkini tindakan yang telah dibuat.

Pusat panggilan itu boleh dihubungi di talian 1-800-88-3255 dan dikendalikan oleh 21 petugas yang terlatih serta beroperasi di Tingkat 1, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut.

"Buat masa ini, ia beroperasi 24 jam termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Bagaimanapun, selepas pukul 5 petang hingga 8 pagi pada hari-hari bekerja serta pada cuti hujung minggu dan hari kelepasam am, hanya aduan-aduan berbentuk kecemasan sahaja yang akan diambil tindakan serta merta manakala aduan biasa akan diambil tindakan pada hari-hari bekerja selanjutnya," katanya. - BERNAMA

Jom Boikot Produk CELCOM


Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010.

Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita.

Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat.

Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain.

Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu.

Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas.

Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham.

Disamping itu juga produk Celcom seperti Celcom broadband mengalami banyak masalah terutamanya sekitar bandar. Apakah Celcom akan tunggu masa untuk disembelih oleh rakyat?

Jangan cuba mengaut kepentingan demi menjaga nama baik produk sedangkan gajah yang mati boleh disembunyikan tetapi bau bangkai gajah itu boleh disembunyikan?

Marilah ramai-ramai kita boikot Celcom dem menjaga duit kita dari mengalir kepada Drakula yang bersekongkol dengan kerajaan.

Enjin Jet F-5E TUDM Kali Terakhir Dikesan Di Uruguay..!! Wow...luarbiasa boleh pegi sana-sini Enjin tu ye..terbang sendiri le tu..!!!

PUTRAJAYA: Dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kali terakhir dikesan di Uruguay selepas dipindahkan dari Argentina.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, siasatan turut mendapati tiada pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi itu melainkan hanya pegawai pangkat rendah.

Oleh itu, jelas beliau, keputusan sama ada mereka yang terlibat dalam kes itu akan didakwa di mahkamah akan dibuat dalam masa terdekat.

Sementara itu pihaknya sedang mengadakan perbincangan daripada segi prosedur undang-undang dengan negara tertentu dalam usaha mendapatkan semula enjin itu, jelasnya.

"Kita menggunakan segala sumber dan kerjasama antara polis, TUDM dan pihak saya untuk mengesan enjin-enjin yang hilang itu," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dan Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Majid Tun Hamzah.

Abdul Gani berkata, polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kehilangan enjin itu yang mendedahkan ia dihantar ke satu alamat di Subang Jaya, Selangor pada 30 Disember 2007 dan 1 Januari tahun lalu.

"Pihak tentera hanya menyedari kehilangan itu pada 22 Mei 2008 dan apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka telah menjalankan siasatan dan kemudiannya pada 4 Ogos, laporan polis dibuat.

"Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan kami mengesannya hingga ke Argentina sebelum dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay," katanya.

Abdul Gani berkata, Interpol sedar mengenai kes itu dan menurutnya beliau percaya Amerika Syarikat juga tahu, berdasarkan laporan yang diterbitkan.

Ditanya mengenai pembeli enjin itu, beliau berkata, beliau tidak dapat memberikan butirannya kerana siasatan masih dijalankan.

Katanya lagi, beliau tidak tahu sama ada enjin itu sedang digunakan oleh mana-mana negara atau organisasi.

“Saya benar-benar tidak tahu apa yang telah berlaku ke atasnya, sama ada enjin itu dijadikan besi buruk atau batu ladung untuk memancing. Saya bukan hendak bersikap sarkastik tetapi saya benar-benar tidak tahu,” katanya.

Berkenaan harga sebenar enjin itu, katanya semua pihak perlu realistik mengenainya kerana jet itu dibeli pada 1975 dan bukan dibeli baru.

PKA & PKFZ Perkenal Polisi Baru Pemberi Maklumat

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan memperkenalkan polisi ‘pemberi maklumat’ dalam usahanya untuk membanteras korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Pengerusinya, Datuk Lee Hwa Beng berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 16 Disember lalu, selepas meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ad Hoc Mengenai Urusan Korporat.

“Audit Dalaman PKA akan dilantik sebagai ‘wakil khas’ untuk melaksanakan polisi baru itu dan pada masa yang sama Jawatankuasa Khas Pemberi Maklumat akan turut dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, ahli jawatankuasa khas tersebut akan terdiri daripada pengerusi jawatankuasa audit, auditor dalaman PKA, penasihat undang-undang PKA dan pengurus Jabatan Keselamatan & Bomba PKA.

“Satu sesi taklimat yang akan dikendalikan oleh auditor dalaman PKA akan diadakan pada pertengahan bulan ini untuk memaklumkan kepada semua staf PKA dan PKFZ berkaitan pelaksanaan polisi baru ini,” jelasnya lagi.

Menurut kenyataan itu, polisi baru ini adalah untuk mengalakkan kakitangan PKA dan PKFZ yang mempunyai maklumat mengenai gejala rasuah, korupsi, kecuaian, penyalahgunaan kuasa atau apa jua perbuatan yang bertentangan dengan polisi lembaga supaya tampil ke hadapan.

Pada masa yang sama, Lee berkata, pihaknya turut mengemukakan cadangan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkenaan pelantikan dua orang anggota lembaga bukan eksekutif bebas.

Mereka ialah Datuk Ng Mann Cheong, seorang peguam berpengalaman selama lebih 30 tahun dan bekas presiden Institut Akauntan Malaysia, Nik Mohd Hasyudden Yusoff.

Burj Dubai Opening Live Stream

Watch the Grand Opening of the World's tallest building Burj Dubai. Watch Burj Dubai Opening Live Stream online. Around two billion people are expected to watch live TV coverage of Burj Dubai’s opening on Monday. The tower will be inaugurated by Dubai’s ruler Sheikh Mohammed Bin Rashid al-Maktoum, and the event will be marked by fireworks and a parachute jump. Two HD TV mobile production units will be on location to cover the opening, according to the UAE’s official news agency WAM.

Burj Dubai
(Arabic: برج دبي‎ "Dubai Tower") is a supertall skyscraper in Dubai, United Arab Emirates, and is the tallest man-made structure ever built, at 818 m (2,684 ft). Construction began on 21 September 2004, with the exterior of the structure completed on 1 October 2009.

Burj Dubai Photos (Click the photo to Enlarge)





Burj Dubai
Burj Dubai Photos
Burj Dubai Images


















The building is part of the 2 km2 (0.8 sq mi) flagship development called "Downtown Burj Dubai" at the "First Interchange" along Sheikh Zayed Road, near Dubai's main business district. The tower's architect is Adrian Smith, who worked with Skidmore, Owings and Merrill (SOM) until 2006. The Chicago-based architecture and engineering firm SOM was in charge of the project design. The primary builder is a joint venture of South Korean Samsung C&T, who also built the Taipei 101 and Petronas Twin Towers., Besix and Arabtec. Turner Construction Company was chosen as the construction project manager . Under UAE law, the Contractor and the Engineer of Record are jointly and severally liable for the performance of Burj Dubai. Therefore, by adoption of SOM’s design and by being appointed as Architect and Engineer of Record, Hyder Consulting is legally the Design Consultant for the tower.

The total budget for the Burj Dubai project is about US $4.1 billion; and for the entire new "Downtown Dubai", US $20 billion. Mohamed Ali Alabbar, the CEO of Emaar Properties, speaking at the Council on Tall Buildings and Urban Habitat 8th World Congress, said that the price of office space at Burj Dubai had reached US $4,000 per sq ft (over US $43,000 per m2) and that the Armani Residences, also in Burj Dubai, were selling for US $3,500 per sq ft (over US $37,500 per m2).

Current records

  • Tallest skyscraper to top of spire: 818 m (2,684 ft) (previously Taipei 101 - 509.2 m (1,671 ft))
  • Tallest structure ever built: 818 m (2,684 ft) (previously Warsaw radio mast – 646.38 m (2,121 ft))
  • Tallest structure: 818 m (2,684 ft) (previously KVLY-TV mast – 628.8 m (2,063 ft))
  • Tallest freestanding structure: 818 m (2,684 ft) (previously CN Tower – 553.3 m (1,815 ft))
  • Building with most floors: 160 (previously both 1 & 2 World Trade Center – 110)[23][3]
  • World's highest elevator installation[24]
  • Worlds fastest elevators at speed of 64 km/h (40 mph) or 18 m/s (59 ft/s)[24] (previously Taipei 101 – 16.83 m/s)
  • Highest vertical concrete pumping (for a building): 605 m (1,985 ft) (previously Taipei 101 – 449.2 m (1,474 ft))
  • Highest vertical concrete pumping (for any construction): 605 m (1,985 ft)[25]
  • The first world's tallest structure in history to include residential space[2]
  • Highest outdoor observation deck in the world[26]
  • Elevator with the longest travel distance in the world
  • Tallest service elevator in the world
  • Worlds highest installation of an aluminium and glass façade, at a height of 512 m (1,680 ft)

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.

Jangan Permainkan Pengundi Islam, Melayu - Zulkifli

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini membidas rakan sejawatannya dari Shah Alam, Khalid Samad yang membelakangkan majoriti penduduk dan pengundi Melayu beragama Islam kerana menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.

Beliau menegur Yang Dipertua Pas Shah Alam itu yang mempermainkan perasaan dan sentimen umat Islam secara terbuka.

Malah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan Khalid agar tidak memperkotak-katikkan orang Melayu walaupun mereka dilihat bertolak ansur, sabar, tidak bising dan tidak riuh rendah dalam soal tersebut.

"Kelak mereka akan menghukum Pakatan Rakyat (PR) sekiranya spesis seperti Khalid ini terus dibenarkan bermaharajalela. Teguran saya terhadap beliau adalah secara ikhlas dan terbuka serta berdasarkan hujah bernas dan berdalil.

"Ia juga menunjukkan kepada umat Islam bangsa Melayu di Malaysia bahawa dalam PR nasib dan maruah umat Islam masih dibela dan dipertahankan, agar mereka terus yakin dan menyokong pakatan ini," katanya dalam blog beliau zul4kulim.blogspot.com di sini.

Sebelum ini, Zulkifli mendesak Khalid keluar dan menyertai parti lain termasuk DAP berhubung kenyataannya yang menyokong keputusan mahkamah itu.

Ekoran itu, wakil rakyat dari PAS melabel rakannya dalam pakatan pembangkang itu sebagai jahil .

Malah beliau menasihatkan Zulkifli supaya merujuk kepada kitab dan buku agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mencerminkannya sebagai seorang yang tidak berilmu mengenai Islam.

Sebagai wakil rakyat PR, Zulkifli memberitahu, beliau berhak menegur Khalid supaya pakatan pembangkang tersebut tidak kehilangan sokongan dan undi umat Islam khasnya orang Melayu.

"Saya berani menegur beliau agar rakyat terutamanya umat Islam bangsa Melayu meletak keyakinan dan kepercayaan bahawa PR bukan sahaja akan membela kaum dan penganut agama lain, malahan PR juga komited untuk mempertahan dan membela umat Islam termasuk bangsa Melayu.

"Kalau saya dimaklumkan oleh kepimpinan PR bahawa agenda Islam dan Melayu tidak ada dalam PR, maka saya tidak akan teragak-agak keluar daripada PR," tegas beliau.

Malah beliau menegaskan lebih gemar mengambil pendekatan yang mudah iaitu sesiapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuhnya walaupun berada dalam satu parti dengannya.

"Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka.

"Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan. Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela at all cost," tegasnya.

Penentang tidak konsisten, kata Mujahid

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa golongan yang membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, tidak konsisten dengan pendirian mereka berkaitan isu melibatkan agama Islam.

Beliau yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional PAS pusat, mengaitkan perkara itu dengan satu cadangan sebelum ini untuk menghalang mana-mana pertubuhan "menggunakan Islam" dalam nama pergerakan mereka.

Mujahid dipercayai merujuk kepada kempen Umno sekitar tahun 2000 supaya PAS tidak dibenarkan menggunakan perkataan 'Islam' dalam nama parti itu.

"Golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana "menggunakan Islam" untuk kepentingan," tulis Mujahid dalam kolumnya di sebuah portal berita.

"Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan," tambahnya.

Menurut keputusan Majlis Raja-raja pada 22 Mac 2001 itu, "tiada pihak berhak menentukan keIslaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam."

Keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan itu juga memutuskan supaya "ketentuan ke syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah."

"Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu," tulis Mujahid lagi.

"Soalnya lagi, sekiranya Umno sanggup menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, mengapa golongan itu juga mahu melarang orang Islam sendiri menggunakan nama Islam untuk pertubuhan mereka sendiri?

"Kalau mereka mendakwa (penggunaan) nama Allah (oleh Herald Catholic Weekly) akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?" tambahnya.

Beliau mendakwa, dalam kes tersebut Umno dilihat menggunakan hujah yang sama seperti yang disuarakan terhadap penggunaan kalimah Allah tetapi dengan matlamat berbeza.

Tambahnya, interpretasi kepada Perkara 3, 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A) dalam perlembagaan itu merupakan asas yang kukuh kepada Hakim Lau Bee Lan untuk menyampaikan keputusan tersebut.

Mujahid turut menjelaskan bahawa dalil yang menunjukkan keharusan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah juga dilihat lebih kukuh berbanding dalil untuk mengharamkannya.

"Ini adalah kerana untuk mengharamkan sesuatu ia perlu kepada ketegasan tanpa ta'wilan, manakala yang mengharuskannya, tidak pula ada ta'wilan kepadanya seperti dalam surah Az Zukhruf ayat 87-89.

"Oleh itu tanpa niat dan alasan menghina kalimat Allah hukum menurut Islam tiada halangan," katanya yang tidak ada masalah dengan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, namun turut menghormati hak mana-mana pihak untuk mempertahankan pandangan mereka secara perundangan.

Bagaimanapun, katanya, beliau membenci golongan yang berhujah 'atas kebenaran' untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.

Pak Lah Hadhari: Segera jelaskan isu kalimah Allah

KUALA LUMPUR, Jan 4 — Isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, perlu diperjelaskan dan diterangkan kepada masyarakat termasuk bukan Islam dengan segera agar ia tidak menimbulkan sebarang ketegangan dan kekeliruan, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), berkata dalam mesyuarat Ikim yang dipengerusikan beliau kira-kira tiga jam hari ini berpendirian isu itu perlu diberi penerangan dan penjelasan yang baik.

“Isu itu perlu difahami dengan baik. Mesti dijelaskan seterang-terangnya dengan fakta-faktanya,” kata Abdullah kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Ikim mempunyai pakar dan ilmuan yang bersedia dan mampu memberikan penjelasan dan penerangan yang baik mengenai isu tersebut.

Katanya proses penerangan itu boleh diadakan dalam bentuk penghasilan artikel dan mengadakan pertemuan serta forum kepada pihak yang berminat.

“Dengan kadar segera kita boleh lakukan. Jika ada bukan Islam yang mahu berjumpa mengenai isu ini, Ikim sedia berjumpa,” katanya.

Abdullah berkata beliau bimbang jika isu itu tidak difahami dengan jelas ia boleh membawa kemudaratan seperti ketegangan dan perbalahan kaum.

Beliau juga berharap agar orang ramai dapat “mengawal diri” agar tidak mencelarukan keadaan hingga membawa kepada tindakan dan reaksi yang tidak sepatutnya.

Abdullah berkata memandangkan isu itu dibawa ke mahkamah, proses itu tidak harus diganggu.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh negeri ini pada Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

“Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan,”katanya dalam satu sidang akhbar yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor.

Pribumi Perkasa rancang protes Jumaat ini..!!! Group RESIS KATAK.....

Pertubuhan Pribumi Perkasa merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara Jumaat ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP hari ini bahawa pertubuhannya itu mahu mengadakan protes tersebut di luar masjid-masjid utama.

"Kami mahu kerajaan membatalkan keputusan mahkamah itu. Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Tiada sebarang keraguannya mengenainya,” katanya.

Pemuda Umno S'gor tangguh perhimpunan..!!! LAKONAN 2010.......

Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan
kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan,"
katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor., lapor Bernama.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar
mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

Keterangan YB Khalid Samad Berkenaan Isu "Kalimah Allah"

Isu Kalimah
Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab. Oleh yang demikian, saya berharap kali ini sesiapa juga yang ingin melontarkan pandangan agar dapat membaca penjelasan saya sehingga tamat dengan berdarkan hujah dalil dan bukan berdasarkan sentimen.

Kenyataan saya sebelum ini merupakan ‘a statement of fact’ atau satu kenyataan fakta dan soal saya menyokong atau menggalakkannya tidak timbul sama sekali. Ianya dipohon bukan oleh saya tetapi oleh sebahagian masyarakat Kristian tanpa apa-apa dorongan dari saya. Namun, apabila saya ditanya, saya menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banyak negara dan diperakui oleh Al-Quran sendiri. Hujjah-hujjah berhubung persoalan ini telahpun saya nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah bahawa yang menentukan Islam atau tidak Islam bukan dengan penggunaan kalimah Allah tetapi kefahaman terhadap Allah sebagai Tuhan yang Esa. Ini disebut sebagai konsep ‘Tauhid’. Itulah sebabnya mengapa apabila seseorang memeluk agama Islam dia mengucap “Aku naik saksi tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah”. Ini bahagian pertama dari dua kalimah syahaadah. Ucapan ini berbentuk penafian dan penolakkan akan wujudnya tuhan-tuhan lain selain Allah. Ianya bukan sekadar mengatakan “Allah adalah Tuhan” tetapi lebih dari itu ia juga menolak wujudnya tuhan-tuhan lain. Kalau kita perhati dan fikirkan sejenak dengan mata hati, maka kita akan memahami sebabnya.

Masyarakat Jahilliyah pada zaman Rasulullah (SAW) memang percaya pada Allah. Namun mereka juga percaya pada tuhan-tuhan rekaan mereka sendiri yang mereka dakwa adalah anak pada Allah atau pengantara di antara manusia dan Allah. Termasuk di dalam kategori tuhan-tuhan palsu ini adalah Al-Latta wal Uzza dan beratus-ratus lagi tuhan yang mereka letakkan di keliling Kaabah pada masa itu.

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “BismikaLlahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.

Itulah sebabnya apabila seseorang memeluk agama Islam dia menegaskan keEsaan Allah. Dia menegaskan keEsaan Allah supaya membezakan pendiriannya dari mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak dan sekutu. Kepercayaannya terhadap keEsaan Allah yang menjadikannya Muslim bukan kepercayaannya terhadap wujudnya Allah semata-mata.

Begitu jugalah keadaannya berhubung golongan Ahlul-Kitab ia itu Yahudi dan Nasrani. Konsep Trinity pegangan orang-orang Nasrani telah pun wujud pada zaman Rasulullah (SAW). Walaupun mereka turut menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kepercayaan ummat Islam dibezakan dari kepercayaan mereka melalui konsep keEsaan Allah yang dibawa Islam. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegur kesesatan kepercayaan orang Nasrani yang mendakwa Isa (AS) sebagai anak Allah dan Allah sebagai satu dari tiga. Ini semua ditegur walaupun pada masa yang sama orang Nasrani terus menggunakan kalimah Allah. Di antara ayat-ayat ini adalah Ayat 72 dan 73 Surah Al-Maidah di mana Allah berfirman,

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…” (ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...”


Dalam kedua-dua ayat ini tidak dapat dinafikan bahawa kaum Nasrani atau Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi kepercayaan mereka yang menolak keEsaan Allah menjadikan mereka kafir. Tiada kutukan dari Allah terhadap penggunaan kalimah Allah oleh mereka.

Andaian bahawa orang Nasrani sekarang berpegang kepada konsep Triniti dan orang Nasrani pada zaman Rasulullah tidak dan oleh itu mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah adalah tidak berasas. Ini jelas dari ayat-ayat tersebut yang diturunkan pada masa itu dan menegur kepercayaan orang Nasrani pada masa itu.

Konsep Tauhid yang menentukan seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Inilah pada dasarnya yang membezakan Islam dengan agama yang lain. Namun, tidak juga mencukupi dengan hanya itu. Ada juga satu aspek lagi dalam kalimah syahadah ummat Islam yang bererti “Aku naik saksi Muhammad Rasul Allah”. Oleh itu, kalau ada sekalipun golongan yang mengEsakan Allah tetapi menolak keRasulan Nabi Muhammad (SAW), dia tetap bukan seorang Muslim. Termasuk dalam golongan ini kumpulan Qadiayani dan mungkin juga Sikh dan Yahudi.

Berdasarkan penghujahan yang dibentangkan di atas, jelas bahawa masalah kalimah Allah yang ingin digunakan oleh bukan Islam adalah masalah yang diada-adakan. Yang membeza Islam dan bukan Islam adalah konsep Tauhid dan keRasulan Nabi Muhammad (SAW) bukan kalimah Allah. Ini sebenarnya perkara asas dan wajib difahami oleh semua ummat Islam. Dengan kefahaman ini mereka mampu menangkis segala usaha untuk mengelirukan mereka (sekiranya ada) dengan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam. Tanpa kefahaman ini, hakikatnya mereka sudah pun berada di dalam kekeliruan walaupun tiada pihak lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dari sudut dakwah Islamiah, sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah maka ia memudahkan kita berdakwah kepada mereka. Melalui penggunaan kalimah yang sama ini, iaitu ‘Allah’ kita sudah mempunyai titik pertemuan dari mana untuk bertolak. Ini di dalam Al-Quran diistilahkan sebagai “ala kalimatin sawaain” atau ‘atas kalimah yang sama’ dan metodologi dakwah sebegini yang telah digunakan oleh Rasulullah (SAW) berdasarkan perintah Allah yang terdapat di dalam Surah Al-Maidah ayat 64.

“Katakan (Wahai Muhammad); Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama di antara kami dan di antara kamu, iaitu kita tidak menyembah selain Allah dan janganlah kita mensyirikkanNya dengan sesuatu…”


Hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan yang sama ditegaskan lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud ;

“Dan jangan berhujah dengan golongan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik dan jangan (berhujjah sama sekali) dengan yang Zalim di kalangan mereka. Dan katakan, Kami beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu, dan kami berserah kepadaNya.”

Sebenarnya isu ini merupakan sesuatu yang menguntungkan ummat Islam. Ia mampu menjelaskan kepercayaan Tauhid yang dibawa Islam di kalangan ummat Islam dan bukan Islam. Sambil itu ia membuka pintu dakwah kepada golongan bukan Islam, khususnya golongan ahli kitab.

Namun ianya sengaja dikelirukan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka, untuk mencari titik perbalahan menakutkan ummat Islam dan mengelirukan ummat Islam dengan lebih lagi. Melalui kekeliruan ini mereka akan terus berkuasa, kerana rakyat yang keliru mudah ditipu dan dikuasai.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ARIF HUSAINI: Isu nama Allah dalam bahasa dan budaya Melayu

Keputusan mahkamah membenarkan penerbitan mingguan Katolik Herald The Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" telah menunjukkan satu kesan pertamanya yang jelas bertentangan dengan semangat yang telah kita rakyat Malaysia pertahankan selama ini, yakni amalan agama secara aman dan damai.

Walau apapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik itu, ada dua perkara yang paling mudah dapat diperhatikan akan menjadi kesan kepada masyarakat berbilang agama negara kita.

Pertama, rasa tidak senang sesama penganut Islam dengan bukan Islam yang terlibat dalam pertikaian ini dan kedua, penggunaan nama Allah bakal mendatangkan kekeliruan bagi banyak pihak kerana nama Allah telah sebati sebagai nama bagi Tuhan dalam bahasa Melayu, yang digunakan orang Melayu-Muslim yang menjadi majoriti negara ini, yang agama Islam menjadi satu-satunya agama yang disebut dalam perlembagaan.

Usaha pihak Katolik terbabit mahu menggunakan nama Allah mungkin tidak dapat diketahui sebabnya, tetapi yang penting ialah usaha ini telah membawa kesan yang tidak harmoni, apabila umat Muslim menunjukkan rasa marah mereka terhadap agenda pihak Katolik itu.

Memang nama Allah telah disebut oleh penganut agama lain, terutamanya agama samawi sejak lama dulu, tetapi dalam hal ini, isu ini hendaklah dilihat berdasarkan konteks bahasa, budaya dan realiti amalan keagamaan di negara Malaysia ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada konteks bahasa dan budaya negara ini, dan apabila dikaji dengan mendalam, akan sampai kepada hubungan bahasa Melayu, tulisan jawi dan agama Islam yang sangat rapat dengan sejarah tanah ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada peranan bahasa Melayu membina budaya dan peradaban berasaskan Islam di negara ini.

Isu ini terkait dengan jiwa bangsa Melayu dan hubungan rapatnya dengan Islam di negara ini. Hal yang sama berlaku dalam konteks bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah dengan agama Kristian.

Penggunaan nama Allah dan istilah-istilah agama Islam daripada bahasa Arab dan ada yang dimelayukan menjelaskan sejarah hubungan rapat bahasa Melayu dengan Islam.

Seperti disebut ramai pemimpin dan tokoh, penggunaan nama Allah oleh Kristian boleh mengelirukan kerana tidak ada jaminan apa yang akan mereka tulis dan terbitkan tidak akan sampai kepada orang Muslim.

Orang Muslim tertentu boleh keliru dengan penggunaan nama Allah itu dengan beranggapan Allah itu sama dengan yang dia sedia fahami. Ini sangat mudah difahami, kerana sebahagian besar kesannya nanti akan terkena pada orang awam, bukan orang elit termasuk ahli politik tertentu yang menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian itu.

Perdebatan mengenai isu ini berlaku di kalangan orang intelektual dan orang yang mahir dalam undang-undang, tetapi perlaksanaannya akan sampai kepada lebih ramai orang yang tidak tahu-menahu tentang persamaan dan perbezaan antara agama-agama samawi.

Bagi ramai orang Muslim, pemahaman mereka mudah, yakni Tuhan itu ialah Allah, al-Quran itu ialah kitab suci Islam, masjid ialah tempat ibadat orang Muslim, dan sebagainya.

Penggunaan istilah-istilah yang telah terbiasa dalam bahasa Melayu yang menjadi satu asas agama Islam di Malaysia untuk menyifatkan apa yang dirujuk agama lain akan mengelirukan.

Isu ini melibatkan kepentingan orang ramai, ketenteraman awam dan keharmonian hubungan antara agama di Malaysia ini. Kenapa orang yang mendakwa agama mereka, Jesus mereka membawa mesej kasih-sayang mahu meneruskan usaha yang bertentangan dengan mesej kasih-sayang Jesus itu?

Kenapa mereka beriya-iya mahu menggunakan nama Allah sedangkan nama Allah lebih dikaitkan dengan Islam? Ini memberi tanggapan yang mereka mempunyai niat menyebarkan agama mereka kepada orang Melayu.

Ini adalah kerana menjadi kebiasaan dalam usaha menyebarkan agama kepada pengikut agama lain, pada mula-mulanya penekanan diberi kepada persamaan agama yang mahu disampaikan itu dengan agama pendengarnya.

Persamaan-persamaanlah yang akan mendekatkan dua agama tersebut. Akhirnya, seseorang itu mudah menerima agama yang satu lagi itu, yang dilihat tidak ada bezanya dengan agamanya sendiri.

Dalam kes ini, orang Melayu Muslim terutamanya perlu sedar di sinilah pentingnya bahasa Melayu yang kita pegang, dan kenapa penting untuk kita memahami bahasa kita dengan lebih dalam dan menjadikannya bahasa yang utama dari segi kedudukan dan amalan di negara kita ini, menjadikannya bahasa yang bersatu dari sudut semangatnya dengan agama Islam.

Semua orang Muslim perlu bersatu hati dalam hal ini. Menyalahkan Umno semata-mata tanpa bertindak sewajarnya tidak akan membawa sebarang penyelesaian. Kita tidak perlu apologetik dan cuba mewajarkan tuntutan Kristian itu dengan hujah-hujah berlandaskan pluralisme, kerana tuntutan itu membawa implikasi besar yang tidak dapat ditangani dengan fahaman liberal.

Implikasi isu ini bersifat praktikal dan perlu ditangani sewajarnya. Isu ini melibatkan politik, agama, bahasa dan budaya sekaligus, dan memerlukan gabungan tenaga seluruh umat untuk menanganinya.

3 soalan bukan Islam untuk ustaz PAS

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,


Diharap ustaz-ustaz dapat membantu saya dalam mencari jawapan-jawapan terhadap beberapa kebuntuan dan persoalan saya mengenai agama Islam dan juga isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang mengenai kalimah Allah.

Untuk makluman ustaz-ustaz, saya pernah membaca buku al-Quran demi memahami intipati saranan ajaran Islam yang dipeluk oleh beribu juta manusia ciptaan Tuhan (Bolehkah saya menggunakan perkataan Allah di sini?). Walaupun pernah membacanya, masih ada banyak perkara yang saya tidak faham mengenai ajaran Islam; mungkin sebab itulah sehingga kini saya tetap tergolong dalam kategori seorang yang kafir.

Soalan 1: Perkara-perkara haram.

Mengapa umat Islam mempunyai perasaan berbeza terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang dikelaskan sebagai haram di dalam ajaran Islam? Umpamanya – mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik dan mempunyai ketahanan diri yang jauh lebih tinggi terhadap binatang haram seperti khinzir daripada perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina sedangkan perkara-perkara ini sama haramnya di sisi agama Islam?

Adakah fenomena ini berlaku disebabkan budaya kita yang suka untuk membezakan bangsa atau kesilapan proses pengajaran dan penghayatan terhadap agama Islam itu sendiri? Bagaimana ustaz-ustaz sekalian boleh memperbetulkan keadaan ini supaya umat-umat Islam boleh menjauhkan diri dan merasa jijik terhadap benda-benda haram secara sama rata tanpa ada tafsiran tersendiri?

Soalan 2: Persoalan mengenai khutbah.

Di sini saya ingin memberikan satu senario untuk dibahaskan bersama ustaz-ustaz sekalian. Setahu saya, ramai ustaz yang memberikan ceramah agama di masjid-masjid. Persoalan pertama saya, adakah ustaz-ustaz menyediakan khutbah-khutbah itu sendiri ataupun khutbah ini telah disediakan oleh orang lain untuk dibaca ustaz-ustaz sekalian sahaja?

Andai kata jikalau khutbah yang disediakan (sama ada sendiri ataupun orang lain) itu bermasalah dan mempunyai unsur menyeleweng daripada agama Islam, apakah hukum dan tahap dosanya terhadap ustaz-ustaz yang masih sanggup membacanya kepada para hadirin solat sekalian kerana takut dikenakan hukuman manusia seperti penarik-balikan sijil tauliah mereka?

Jika benar perkara di atas berlaku, apakah yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah di atas dalam membendung terlahirnya lebih banyak umat Islam yang berfikiran sempit di dunia ini?

Soalan 3: Kalimah Allah dan nama baik Islam.


Pada pendapat saya, sebuah negara yang majoritinya Muslim perlu sentiasa kelihatan bersih, amanah, cekap dan berintegriti di mata rakyat dan juga dunia. Sebarang kecalaran pada imej negara tersebut akibat amalan rasuah yang berleluasa, kroniisme, nepotisme dan tidak menghormati undang-undang patut dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap nama baik Islam. Sedihnya, sehingga kini tidak banyak pertubuhan gerakan Islam (selain PAS) menggerakkan jentera untuk membantah atau memboikot parti pemimpin yang merosakkan nama baik Islam.

Dalam isu kalimah Allah ini pula, umat-umat Islam negara kita telahpun mula menggerakkan bantahan demi bantahan sekitar negara dengan alasan untuk menjaga kalimah Allah daripada dihina dan disalahgunakan. Semangat “sediakan payung sebelum hujan” di sini amatlah dikagumkan, tapi perkara ini juga amat membinggungkan banyak orang kafir seperti saya, kerana, kebanyakan kami hairan mengapa pula semangat yang membara ini tidak wujud dalam hal isu menjaga nama baik Islam daripada dikaitkan dengan amalan rasuah, kroniisme dan nepotisme yang dipraktikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,


Mengapa umat Islam tidak pula mempunyai semangat yang membara (seperti semangat yang ditunjukkan dalam mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan) terhadap penghinaan terhadap nama baik Islam akibat perbuatan pemimpin-pemimpin Muslim yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam walaupun setelah 29 tahun lamanya? Adakah ini menunjukkan nama baik Islam tidak lebih penting daripada kalimah Allah? Saya rasa sudah tentu tidak, akan tetapi saya tidak tahu di mana silapnya. Adakah ustaz-ustaz sekalian tahu jawapannya?

Sekiranya semangat yang membara dalam menjaga kalimah Allah ini dapat diaplikasikan oleh umat Islam secara sama rata dalam hal penjagaan nama baik Islam daripada diseleweng pemimpin-pemimpin negara yang jahat; sudah pasti kejadian-kejadian seperti kehilangan enjin pesawat, kematian saksi di MACC, bumbung-bumbung bangunan yang sering keruntuhan, skandal kes pembunuhan, pembelian RM42,000 untuk komputer dan katak-katak diutamakan daripada rakyat tidak akan berlaku. Betul tak?

Itulah sahaja soalan-soalan daripada saya pada masa ini. Diharap dapat mendengar jawapan daripada ustaz-ustaz PAS yang sudi menjawab. Saya memohon beribu ampun sekiranya terdapat silap bahasa dan ketelanjuran ayat-ayat saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Buku ilmiah dibawa belayar,
Untuk dibaca mencari tema,
Niat saya mahu belajar,
Bertanya demi muafakat bersama.

-------------------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid

(3) Isu nama Allah - PAS masih waras

Oleh : Pak-Karamu
Setelah berbagai risikan gagal, setelah kerajaan perpaduan gagal, namun UMNO tak putus asa nak bagi boleh bagaimana nak cangkok PAS bersatu dalam UMNO atau bersatu dalam BN ini kerana UMNO tak mahu PAS bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN, UMNO lihat dengan kemasukan PAS dalam UMNO atau BN maka BN atau UMNO jadi kuat dan sihat dan setakat ini nampaknya PAS masih waras kerana Nik Aziz suruh UMNO keluar BN dan masuk PAS pula.

UMNO sentiasa cari jalan bagaimana nak satukan melayu atau nak satukan islam tapi tak jumpa sehinggalah kes mahkamah bagi laluan dengan majalah kristian gunakan perkataan ALLAH, nah ! di sinilah peluang UMNO nak bakar semangat melayu dan islam supaya bersatu tapi bagi Pak Karamu isu ALLAH ni tersangat kecil kerana jika kita perlu bersatu dengan isu kecl maka bersatu itu tak penting kerana ianya bukan sebab agama tapi sebab politik saja.

Dalam PAS memang ada pemimpin yang telah terperangkap dengan semangat yang di tiupkan oleh orang UMNO tapi mereka ini di anggap orang yang tidak penting sekalipun mereka ini ada jawatan tinggi dalam parti kerana kenyataan mereka bercanggah dengan kehendak Allah dalam quran dan mereka ini eloklah keluar saja dari PAS dan masuk UMNO sekurang-kurangnya mereka ini dapat di jadikan oleh UMNO sebagai ulama mereka, tempat utk golongan ini masih banyak kosong.

Orang UMNO sentiasa mencari sebab untuk menyatukan orang melayu atau orang islam bagi mengukuhkan parti mereka yang di ibaratkan bagaikan kayu yang telah di makan anai-anai yang menunggu rebah ke bumi. (*) sumber

Pemimpin Pakatan Rakyat bermewahan ketika rakyat marhaen merana. YB Dr. Lo' Lo' vs Ali

oleh ali Bagan Utama.

Den maleh nak bagi salam. Dunia facebook bergegar dengan gambar-gambar pernikahan anak lelaki Anwar Ibrahim. Gambar-gambar disebarkan oleh PaPa Gomo dan YB-YB yang menghadiri majlis tersebut. Tidak kira la majlis akad nikah, resepsi dan majlis-majlis yang berkaitan dengan pernikahan anak lelaki Anwar Ibrahim. Nikah bagus. Den ucapkan tahniah. Tetapi mengapa bermewah-mewahan dikala rakyat iaitu pengundi-pengundi yang mengundi kamu tengah menderita di kampung-kampung.

Bagi komen di fb

Lalu nak dijadikan cerita den komen gambar fb YB Dr. Lo' Lo' menghadiri majlis resepsi pernikahan anak lelaki Anwar Ibrahim dengan jujur.

Clik for enlarge

Lalu lahir beberapa komen sampingan seperti Abd Hakim Bujang,

DS datang Sarawak naik Merc besar... Pemimpin datang semua naik kereta besar... sewa besar... pekerja parti RM20 sehari. pengorbanan dan perjuangan?

Lalu dijawab oleh YB Dr. Lo' Lo',

AHB, DS xde pengorbanan ke? dia dpecat, diaibkn seaib2nya, ditelanjangkn, dbicara dgn prbicaraan yg sgt memalukn, dpenjarakn, dtuduh lg meskipun lapuran polis kata "tiada tanda2 liwat" olh 4 DR. Anak isteri menderita, tertekan dan turut malu. Nak pengorbanan apa lg? Takkanlh krn shbt2 atau pnyokong DS d Sarawak sambut dia dgn kereta besar masing2 ..kita lupa pngorbanan besar DS?

Lgpun kenderaan yg baik sgt pnting kpd sorang pmpnn utk pastikn dia bleh sampai on time dr 1 prog ke 1 prog. Dlm kete bleh berihat sekejap. pkerja parti dpt rm20 sehari sdh cukup bagus, kami dlm PAS xdpt apa2 pn kalu ada prog.

Kena kluar duit sendiri lg ada. Susahlh kalu brkira camtu. Kami sggup kluar duit n sumbang agar Pres kami memiliki kenderaan yg baik, rmh persinggahan di KL yg agak selesa, ada yg taja tiket kapal terbang bila dia kluar Ngra, bila sakit ada yg taja perbelanjaan hosp n ubat2an.Krn apa? krn kita kasih pd Pmpnn kita yg kdg2 utk berehat pn takcukup masa.Masing2 ada peranan, bumbung dgn peranan bumbung , skru yg kecil pn ada peranan utk pastikn bangunan ttp utuh. Kan kita nak cari ganjaran Allah. Lbh pngorbanan kita lbh pula ganjarannya !


Rahsia terbongkar

Den terbakar bila YB perempuan ni dengan tidak sengaja membuka rahsia yang selamo ni den nak dedahkan tetapi tiada hard evidence. Good job YB !!! Dr. Lo' Lo' dengan percuma bagi den bukti yang amat den perlukan. Lalu den jawab dalam ruangan yang sama dengan hati yang panas mendidih.

Click for enlarge

What da absurd comment from u yb !! Nabi muhammad ape kenderaan yg dia tinggalkan selepas dia wafat? Apa rumah persinggahan baginda nabi di mekah semasa pusat pemerintahannya di madinah?

Semasa khalifah umar kurus kering makan roti keras mengenangkan kemiskinan rakyat, pemimpin PAS boleh berperut boroi dan pakai kereta mewah. Menjustifikasikan
anwar ibrahim punya penderitaan dgn bermewah2 semasa anaknya melansungkan perkahwinan adalah alasan dogol !!!

Penderitaan anwar dan para sahabat nabi tak terbanding yb !!! Nabi lebih lah deritanya. Adakah anaknya fatimah bermewah semasa dia dan ali bernikah?? Bagaimana dgn pernikahan anak yb sendiri? Di mana laungan mengikut al-quran dan sunnah? Huh retorik yang amat memualkan.


Nenek tua yang tak pernah miskin menderma

Selama ini duit derma ceramah kita dibelanjakan untuk kemewahan Presiden PAS. Siap ada Istana Hinggap di Kuala Lumpur. Masa zaman Fadhil Noor menjadi Presiden, Istana Hinggapnya
di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Orang tua tu tidur atas lantai. Betulkan den jika den salah fakta.

Mata den berkaca dan sebak bilo menjemput seorang tuo nak ke Pekan.

"Meh la nek naik keto den. Den pun nak ko pokan"

"Takpola jang. Biarlah den naik basikal buruk ni. Kito hidup walaupun susah tapi jangan susahkan orang"

Itulah nenek yang den kenali kek kampung. Sanggup naik basikal tuo ke Pekan yang jauhnya 1 kilometer. Tapi Presiden PAS yang ada sekarang boleh bermewah naik kereta mewah hasil sumbangan derma jihad nenek tuo kampung den yang tak pernah miss datang ceramah dan tak pernah miss bagi derma walaupun miskin. ISA SAMAD !!!

Sunnah siapa yang kau ikut ??!!

Ke hulu ke hilir berceramah ikut Quran dan Sunnah. Tapi cakap tak serupa bikin. Sunnah tu cara hidup nabi dan para sahabat-sahabatnya. Ado tak Anwar Ibrahim dan Hadi ikut sunnah. Anak nikah dengan bermewahan. Anak nabi dan para sahabat nikah kahwinnya amat miskin dan doif. Pernikahan fatimah anak Rasulullah dengan Ali lagi menyedihkan. Nabi kita ada Istana Hinggap di Mekah ?? Takdo bai. Habis cara hidup siapa yang Presiden PAS ikut ??

Sanjungan

Pujian den kepada YB Salahuddin yang sampai sekarang belum ada kereta dan kenderaan utama beliau adalah bas. Yang Pak Bakaq a.k.a Penarik Beca selalu ceritakan YB yang selalu turun naik bas balik kawasan adalah YB Salahudin. Mazlan Aliman juga menurut jejak langkah YB Salahudin. Kedua-dua pemimpin ini sanggup berhimpit membau ketiak masam rakyat di dalam bas. Pemimpin yang bersama rakyat, yang bersama melalui perit jerih rakyat akan dikenang sehingga mati.

Selangor Ada Kuasa Sekat Salahguna Kalimah Allah

Kerajaan Selangor boleh menghalang sekiranya ada pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan untuk merosakkan Islam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika perkara-perkara yang dibuat memberi kesan negatif kepada agama Islam, sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat berlakunya perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri Majlis Menuai Padi di Kampung Parit 15, Simpang Lima di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini. Keputusan itu telah menimbulkan rasa marah umat Islam.

Ditanya mengenai pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong keputusan mahkamah itu, Khalid berkata, ada antara mereka yang berbeza pendapat daripada segi konsep kebebasan penggunaannya tetapi kebanyakan mereka bersetuju supaya kalimah itu tidak digunakan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika ditemui pada majlis yang sama berkata, penganut agama lain perlu melihat sensitiviti penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan tidak membandingkannya dengan keadaan di negara-negara Islam yang lain seperti Mesir.

"Orang Melayu boleh hilang adat atau harta tetapi untuk agama, mereka menjagainya dan akan mempertahankannya bersungguh-sungguh," katanya.

Beliau berharap rayuan akan akan dibuat nanti di mahkamah bakal didengar bukan sahaja daripada perspektif undang-undang tetapi juga daripada perspektif agama, kesatuan dan perpaduan kaum. - BERNAMA


KDN Fail Rayuan Penggunaan Kalimah 'Allah'

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

"Notis penangguhan pelaksanaan perintah itu akan difailkan esok di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur manakala notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini," kata Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said semasa dihubungi.

Semasa Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan itu pada 31 Disember, Kamaluddin telah memaklumkan mahkamah yang beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada Kementerian Dalam negeri dan kerajaan sama ada akan merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Hakim Datuk Lau Bee Lan memutuskan mengikut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu bagi tujuan tunjuk ajar dan pendidikan penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata, mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi 'God' dalam bahagian bahasa Malaysia. Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri memberikan justifikasi bagi larangan penggunaan perkataan itu oleh majalah itu atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam. - BERNAMA


Ulasan GB

Gambar yang GB paparkan di atas sebagai iringan entri ini ialah salah satu contoh bagaimana nama Allah disalahguna dan ianya boleh disekat/dihalang.

Allah, NamaMu Ku Sayang, HukumMu Ku Terajang!!"

Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.


Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.