Ahad, 3 Januari 2010

NASIHAT AL-QURAN KEPADA BLOGGER


Oleh DAP Melayu

WAHAI PARA BLOGGER SEKELIAN,

Firman Allah di dalam Al-Quran yang ertinya :

”Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6).

Sesungguhnya berbicara di laman blog atau mana-mana laman sesawang melalui internet hukumnya sama sahaja dengan berbicara dalam keadaan biasa atau face to face. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan kepada para blogger.

Dalam semua posting atau komentar hendaknya kita menyedari, bahawa segala tulisan kita, tetap diawasi oleh Allah SWT sebagaimana firmannya :

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf : 18)

Malaikat Raqib dan Atid sentiasa memerhati setiap patah perkataan tulisan atau ucapan para blogger.

Janganlah pula para blogger menulis sesuatu berita dia sendiri tiada pengetahuan mengenainya kerana semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Firman Allah SWT yang ertinya :

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya”. (Al-Israa’ : 36)

Para blogger hendaknya selalu mengucapkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap mukmin memilih diam daripada berbicara yang sia-sia. Allah SWT berfirman:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fushshilat : 33).

Hendaknya perbicaraan selalu di dalam kebaikan dan penuh tanggungjawab. Allah berfirman yang ertinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat baik atau mengadakan perdamaian di antara manusia”. (An-Nisa:114).

Janganlah di laman blog kita bersangka buruk, mengadu domba atau memperolok-olok seseorang atau kumpulan. Allah berfirman yang ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan syak wasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari syak wasangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengadu domba satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat : 12).

Para blogger hendaklah sentiasa memerhatikan firman Allah yang ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan)”. (Al-Hujurat: 11).

Blogger hendaklah menjadi penegak keadilan dan jangalah menyimpang dari kebenaran. Allah SWT berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran”. (An-Nisaa’ : 135)

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar” (Al-Ahzab : 70)

Dan ingatlah bahawa Allah SWT mengetahui segala niat yang terselindung di sebalik hati para blogger.

”Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu menzahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah : 284)

Blogger penegak keadilan, blogger juga penyeru kebenaran. Mudah-mudah tulisan ringkas ini sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna buat kita semua.

MB Perak akan saman Suara Keadilan RM100 juta

IPOH, Jan 3 — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.

Katanya beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.

“Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini hari ini.

Sebelum ini katanya beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

“Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak,” katanya.

Zambry berkata akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya. — Bernama

Manohara diarah kembali setia dalam 2 minggu, bayar RM1 juta..!!!

KOTA BARU, Jan 3 — Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra hari ini melafazkan sumpah “Yamin Istizhar” (sumpah jelas) di Mahkamah Tinggi Syariah bagi membolehkan isterinya Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250.

Lafaz sumpah yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang itu bagi melengkapkan perintah mahkamah tersebut pada 13 Dis lalu agar Manoharakembali taat dan membayar hutang tersebut.

Sebaik selesai Tengku Muhammad Fakhry Petra melafazkan sumpah itu maka Manohara perlu kembali taat kepada suaminya dalam tempoh 14 hari manakala hutang itu perlu dibayar sekali gus dalam masa 30 hari.

Ketika melafazkan sumpah tidak sampai lima minit itu, anakanda ketiga Sultan Kelantan itu menyebut bahawa kesemua wang yang diberikan kepada Manohara adalah harta “Dom” plaintif dan diberikan pada sebelum dan selepas perkahwinan adalah hutang semata-mata.

Beliau juga mengaku segala keterangan seperti dalam dua tuntutan itu adalah benar.

Tengku Temenggong Kelantan yang memakai suit hitam lengkap bersongkok itu kelihatan tenang dan lancar ketika membacakakan lafaz sumpahnya itu dan kelihatan mengukir senyuman sebaik selesai.

Mohd Yusof kemudiannya mengulangi sekali lagi perintah yang dikeluarkannya sebelum ini agar Manohara kembali taat dan membayar hutang dalam tempoh berkenaan bermula hari ini.

Ketika di luar mahkamah, Tengku Temenggong Kelantan enggan mengulas mengenai prosiding itu sebaliknya meminta peguamnya Zainul Rijal Abu Bakar untuk membuat kenyataan.

Zainul Rijal berkata jika Manohara ingkar terhadap perintah itu maka model berasal dari Indonesia itu tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan daripada suaminya dan boleh dianggap isteri nusyuz.

Manohara yang kini masih isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan itu bagaimanapun masih berhak memakai gelaran Cik Puan Temenggong iaitu gelaran yang diberikan selepas perkahwinan.

Pada prosiding itu, Manohara atau wakilnya tidak hadir dan pada 3 Nov lepas peguamnya Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri dari mewakilinya.

Beberapa wartawan dari Indonesia juga turut membuat liputan prosiding mahkamah itu hari ini. — Bernama

Isu nama Allah: Agenda lawan agenda

Isu nama Allah yang hendak digunakan oleh majalah Herald-The Catholic Weekly turut menarik perhatian anak-anak saya. Mereka diheret untuk memberi perhatian kepada isu itu kerana liputan yang luas dalam TV dan laman-laman web. Rumah saya tak beli akhbar, kecuali akhbar pembangkang dan sekali-sekala Sinar Harian.

Yang saya nak habaq ialah reaksi anak-anak saya setiap kali TV menayangkan puak-puak Herald-The Catholic Weekly yang menuntut penggunaan nama Allah itu. "Ha, ni jahat ni. Jahat ni! Jahat!"

Kebencian mereka berapi-api. Macam-macam lagi depa kata. Boleh jadi seditious kalau ditulis di sini. Itu yang tak kelakar.

Yang kelakar pula ialah kata-kata ejekan mereka setiap kali macai-macai para pemimpin Umno menyalak menentang keputusan mahkamah yang menyebelahi Herald itu. Malaslah nak tulis di sini. Nanti sakit hati orang.

Di Kota Bharu, Tok Guru Mursyidul Am dilaporkan berkata, penggunaan kalimah "Allah" pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan (lihat Malaysian Insider hari ini "Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah" - versi Bahasa Inggeris di sini).

Bagaimanapun, beliau bimbang perkataan "Allah" kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Tinggal lagi… takut disalahgunakan. Itu yang menjadi kebimbangan," katanya.

Saya tertarik posting Al-Bakistani yang membantah kebimbangan sesetengah orang bahawa "mereka ada agenda".

Dalam posting bertajuk "Herald: Peluang untuk laksanakan hak demokratik kita" 31/12/07 lalu, saya tulis:
Apa yang penting sekarang, ketika orang-orang Kristian telah mendapat hak mereka, kita juga berhak melaksanakan hak demokratik kita untuk melindungi orang-orang Melayu yang beragama Islam dari terkeliru.
Ya, kalau puak tu ada agenda, kenapa pula kita tak boleh ada agenda? Agenda tak perlu bising-bising. Tanpa jerit-pekik, tanpa publisiti pun boleh. Agenda lawan agenda.

Sementara itu, mStar Online hari ini melaporkan berita bertajuk "PAS arah Khalid hentikan kenyataan tak selari dengan parti". Berita itu dengan sendirinya bermakna berita Mingguan Malaysia hari yang bertajuk "Islam mesti bersatu" adalah selari dengan parti.

Bagaimana pula dengan berita Malaysian Insider yang bertajuk "Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah" itu?

Soal saya setuju atau tidak dengan pandangan Khalid, itu soal lain. Saya tak naklah kata Khalid melihat selapis sahaja atau buat-buat bodoh seolah-olah tak reti nak tengok banyak lapis. Tetapi, demokrasi berat sebelah di dalam PAS sejak isu kerajaan perpaduan lagi amat mengecewakan. Ia adalah sejarah. Kini ia berulang lagi. Boleh nafikan kalau hendak nafikan.

Kepada saya, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man orang baik. Dia bukan jenis yang suka menyakitkan hati orang. Saya sangat menghormati sifat beliau itu. Tetapi, saya yakin Tuan Ibrahim perlu memperlihat kebijaksanaan dan ketrampilan dalam pengurusan krisis (crisis management). Dia dah jadi orang besar.

Baik dan dilihat baik sahaja tak cukup. Tuan Ibrahim juga mesti bijaksana dan dilihat bijaksana.

Berkaitan:
PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah (Harakah Daily 3/1/10)
Herald website hacked as ‘Allah’ battle intensifies (Malaysian Insider 3/1/10)

ISLAM VERSI TIMBALAN PRESIDEN PAS BERBEDA DENGAN VERSI AHLI AL QUR'AN?

sebenarnya saye sudah bertekad untuk tidak mengentam atau memberi teguran terhadap pas untuk tahun 2010 karena pru 13 begitu dekat dan ruang yang ada semakin menyempit dan untuk menyedari diri siapalah blog bawean termenung untuk memberi nasehat...sayang seribu kali sayang ternyata agama itu adalah nasehat.itulah mafhum hadis rasul kita saw.

kalau anda mahu menoleh dan mendongakkan cogan kata diatas pada blog ini tertera ungkapan jihad yang ditujukan dengan jelas, dengan pelbagai isu yang diutarakan secara sendengan akhirnya blog bawean termenung dicari banyak sb entah mana artikelnya yang jadi hati gundah..

berpedoman kebenaran harus diungkapkan walaupin pahit, akhirnya digagahkan juga untuk beranikan diri berblog mengungkapkan kebenaran tak kira mereka umno atau pas, karena aku bukan penganut mana mana pahaman parti politik, yang aku anuti adalah keadilan dan kebenaran dimana setiap timbangan wajib disempurnakan,itulah asasnya kita berjuang.karena itulah perintah alloh yang punya agama islam ini.

nah.berbalik kepada isu kalimat alloh ini.. alquran sendiri menjelaskan bahawa nasoro dan yahudi itu menggunakan kalimat yang sama apa yang menjadi celaan dan kemurkaan alloh adalah apabila mereka menyekutukan dan menyifatkan alloh dengan sesuatu..maka karena alloh melarang menyekutukan sesuatu dengannya maka yang harus dilarang dari penggunaan kalimah alloh swt ini adalah penyekutuan dan pensirikan tersebut yang harus dipersaratkan kepada si nasoro dan yahudi ini dalam menggunakan kalimah alloh.

berlainan pendapat dengan timbalan presiden pas apa masalahnya?
terlebih lagi kalau kita lihat timbalan presiden pas tersebut lari dari nas nas al qur'an yang nyata? wajib bagiku menyuarakannya dengan kadar kemampuanku,karena kewajiban muslim itu adalah dakwah sebagai manifestasi bahawa agama itu adalah nasehat.

pergi mampusla dengan politik pas atau politik umno..aku bukannya ahli keduanya aku adalah ahli agama islam dan aku akan mengatakan dari sisi islam dan alqur'an bahawa alloh itu untuk semua.

sekali lagi aku bersaksi ashadu anla ilahe illa alloh.
wa ashadu anna muhammadorrosululloh abduhu warosuluhu.

kenyataan timbalan presiden pas ini saye copy:
“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,



akidah yang bagaimana dan ajaran siapa jika ummat manusia menyebut dan menggunakan kalimah alloh sebagai salah?

adakah nabi saw mengajar kita seperti akidah presiden pas ini.. apakah islam saye pelajari berlainan dari islam presiden pas?

saye hujjahkan dari saudara kita siasah sariyah: karena saye malas untuk berhujah yang lain: saye copy maaf prof:


Orang Arab, berbahasa Arab. Tak kira apa jua agama mereka. Orang Arab Muslim, Kristian dan Yahudi menyebut Allah itu الله.

Allah SWT membenarkan mereka menyebut Allah itu الله. Dalam surah at-Taubah, ayat 30, Allah berfirman:

وقالت اليهود عزير إبن الله
"Dan golongan Yahudi berkata: 'Uzair itu anak Allah"

وقالت النصارى المسيح إبن الله
"Dan golongan Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah"

ذلك قولهم بأفواههم
"Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri."

Allah melarang sesiapa sahaja mengatakan Allah itu mempunyai anak. (Rujuk surah al-Ikhlas dan surat al-Maidah, ayat 73).

Dengan demikian, adalah diharapkan, tiada ulamak Malaysia yang berani melawan ayat-ayat al-Qur^an atau membantah firman Allah SWT.

janganlah hanya karena kita yang terlalu panda,..i manusia itu semakin jauh dari islam sedangkan tujuan kita ialah untuk menjadikan islam itu rahmatan lil alamin.. untuk semua.

janganlah berjuang karena kaum karena perjuangan kaum itu tidak direstui alloh swt..

Isu Allah: Pandangan Topeng Perak® Unmasked

Ramai yang sms, call dan email aku mintak pendapat aku tentang keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama Allah dalam majalah Herald.

Mintak maaf banyak-banyak semua sebab aku langsung tak jawab baik sms, email atau respon pada soalan korang bila korang call aku.

Sebabnya ialah...

Dari awal aku nampak isu ni cuma mainan UMNgOk/Beer eNs untuk menggula-gulakan rakyat Malaysia yang kebanyakannya Ngooooook dalam hal keagamaan.

Simbolik je lebey... praktikal hancur... piiirahhh...

2-3 hari lagi setel la isu ni dan juaranya ialah UMNgOk/Beer eNd... tak caya korang tunggu jelah... lepas 2-3 hari ni, isu enjin jet hilang terus hilang, isu rege gula naik terus tak naik-naik... yang akan HOT ialah isu perkahwinan Dr Rosli dan yang akan jadi Juara ialah UMNgOk/Beer eNd sebab berjaya menangani isu nama Allah...

Tak caya..? tungguuu...

Politik UMNgOk/Beer eNd ... elleh...

PM tells Muslims not to 'heat up' Allah issue...!!! Who create this issue ....??? But UMNO@BN..........

Prime Minister Najib Abdul Razak today called on Muslims to be calm and not "heat up" the issue of the High Court decision to allow a Catholic weekly to use the word "Allah" in its publication.

NONEHowever, as he spoke, a group of 200 Muslims held a rowdy protest in Penang against the court decision.

The one-hour protest this morning outside the Penang High Court was led by a group calling itself Badan Anti-Interfaith Council (Badai). [Photos below]

Najib said the government was quite aware that the issue was sensitive as well as touching on the feelings of Muslims in the country and as such the government would deal with the matter with urgency.

"The government is very much aware and concerned of various reactions that it has received after the recent High Court decision.

"The issue is very sensitive and touches on the feelings of Muslims, we need to be calm now and let the matter be resolved through the courts," he told reporters.

penang protest against herald umno youthAs is known, an appeal can be made on the High Court decision to the Appeal Court and the Federal Court, he said when asked to comment on the various reactions to the High Court decision last Thursday that allowed Herald -The Catholic Weekly to use the word "Allah" in its publication.

Najib said the Home Ministry will file an appeal to the Court of Appeal.

Besides that, the prime miniser will also inform the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin about the appeal process.

"They (the Home Ministry) will make an appeal and I will inform the Yang di-Pertuan Agong and if he wishes he will be briefed, as well as the Rulers' Council," he said.

Najib said a resolution to the issue was very sensitive and needed to be made wisely.

Don't complicate the matter further

He also hoped that the issue would not be further complicated with demonstrations, petitions and memoranda on the matter.

penang protest against herald badai speech"I do not encourage (Muslims to demonstrate and the like), (but) I know the feelings among the Muslims, they feel discontented.

"I just hope that given the sensitive matter, we let the government handle the issue through appeal (in court)... and I don't want to heat up the matter, the government knows the feelings of the Muslims, let us find the best solution," he said.

Earlier, before he chaired a meeting of the Pekan Umno division committee meeting Najib received a memorandum from 24 Pahang non-governmental organisations (NGOs) on the matter.

penang protest against herald policeAccording to the spokesperson for the NGOs, Amidi Abdul Manan, who is also the deputy president of Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), the Home Ministry should urgently file an appeal to soothe the feelings of Muslims.

"All quarters in the country need to respect the National Fatwa Council which has passed a fatwa to protect the purity and sanctity of Islam," he said.

Amidi said that according to the National Fatwa Council the word "Allah" was exclusive to the Islamic religion alone.

The Herald, which is printed in four languages, has been using the word 'Allah' as a translation for 'God' in its Malay-language section, but the government argued 'Allah' should be used only by Muslims.

The term 'Allah' is widely used among indigenous Christian tribes in Sabah and Sarawak, many of whom speak Bahasa Malaysia.

Berhati-hati Dengan Taktik Kotor Umno/beeEnd



Hari berganti bulan dan berganti tahun, sejak merdeka hingga kini umno memerintah malaysia. Dari akhbar bertulisan Jawi hinggalah ianya dimansuhkan. Dalam tahun 90an Malaysia diperkenalkan dengan dunia internet dan tercetusnya Blog. Masuk abad ke 21 iaitu zaman millenium pada tahun 2000 rakyat Malaysia semakin terdedah dengan dunia blog. Tak perlu aku kisahkan disini perihal blogging dan sudah pasti lu orang semua tahu blog manakah yang mula mempeloporinya dan otai dalam dunia blogger ini.

Bertitik-tolak dari situ, semua propaganda, tipu helah, keburukkan dan segala macam kelakuan puak2 umno/barisan nasional makin terdedah dan terserlah di kaca mata rakyat. Jika sebelum ini rakyat hanya bergantung kepada akhbar pencacai umno/bn, di tangkis pula oleh akhbar seperti harakah dan ceramah umum dengan tekanan dari pelbagai sudut.

Dengan kebangkitan blogger yang anti umno/bn @ kerajaan Malaysia yang beraja di mata bersultan di hati, perubahan pada PRU-12 telah menjadi mimpi buruk kepada umno/bn.

Sejak sekian lama rakyat diperbodohkan oleh media cetak dan elektronik pencacai umno, dan kini tidak lagi, mereka yang selama ini berlagak sombong dan angkuh kononnya merekalah juara memperjuangkan hak rakyat, terutamanya melayu kini sudah terkedu.

Begitulah juga dengan apa yang terjadi dalam sehari dua ini bersempena dengan masuknya tahun baru 2010, dimana pada malam tahun baru rakyat di hadiahkan dengan kenaikkan harga gula (dan harga roti), dan dalam waktu yang sama mahkamah tinggi memutuskan keputusan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Muslim.

Apa yang aku nampak dalam isu ini adalah, ianya satu helah umno untuk menutup isu kenaikkan harga gula dengan isu sensitiviti orang melayu yang rata2nya mengaku Islam. Selain daripada itu juga untuk menutup segala kepincangan mereka menghadapi tekanan dalam isu PKFZ, Sprm-Tbh, Kehilangan enjin Jet Pejuang, manipulasi laporan bedah siasat TBH dengan memberi tekanan kepada pakar bedah siasat Thailand dan sebagainya.

Maka dengan itu pemuda umno dikerahkan untuk membuat demonstrasi sebagai tanda memprotes kenaikkan harga gula sebagai menunjukkan bahawa umno masih relevan dan masih lagi sebagai juara mempertahankan hak rakyat.

Dan aku amat pasti atas desakan dari pemuda umno dan NGO2 pro umno ini, dalam masa terdekat… pihak kera…kera…jaan akan mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

1) Kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikkan harga gula.
2) Kerajaan akan menutunkan harga gula dari 20sen kepada 10sen.
3) Kerajaan menarik balik kenaikkan harga gula. (yang ini mungkin mimpi aku jer)

Di sokong pula dengan bantuan media pencacai mereka yang setiap hari memanaskan isu penentangan pemuda dan ngo pro-umno sehingga kera..kera..jaan terpaksa tunduk atas desakan tersebut kononnya demi rakyat.

Bagi rakyat yang boleh melihat strategi permainan umno ini pasti tak hairan dengan segala tipu helah mereka, tetapi bagi rakyat yang tidak dapat melihatnya dan masih wala dengan berita dai akhbar pencacai secara automatik akan terpedaya dan hoyeeeee… hoyeeeee umno juara rakyat, umno memperjuangkan hak rakyat bla…bla…bla…. macam cibai jer…

Jadi berhati-hatilah dengan taktik kotor umno/bn @ kera…jaan celaka nih….,

Dan aku lebih suka kalau kera…jaan menaikkan harga gula dan barangan lain dengan lebih tinggi lagi…, takpa… rakyat malaysia semuanya kaya raya belaka, setakat harga gula sekilo RM5.00… apa ada hal…. harga petrol RM10.00 seliter… takda hal punyalah…

Come on Mr. PM naikkan harga barangan demi menyelamatkan kantong negara yang semakin kering. Kalau lu orang nak belasah untuk mengkayakan kroni dan perut boroi lu orang pun… takpa… teruskan…, rakyat sentiasa bersedia untuk di sembelih semahunya

JANGAN TERJEBAK DENGAN JERAT UMNO KAITKAN ISU PERKATAAN "ALLAH"

oleh KedahLama


Sekali lagi isu besar negara timbul..Isu menggunakan perkataan ALLAH. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan taHUN 2010.

Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee Lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.

Rasanya ini satu lagi modal UMNO mahu memerangkapkan PAS dan PKR. Apabila PAS memberi respon terhadap isu ini, bermakna pengundi-pengundi bukan Islam akan beralih angin dan nampak bahawa PAS merupakan halangan besar jika wujud Kerajaan Pakatan Rakyat nanti. Sedangkan selama ini PAS melaung-laungkan ISLAM untuk semua.

harap PAS jangan tersilap cakap dan tersilap buat kenyataan yang boleh menimbulkan kebencian pengundi-pengundi bukan ISLAM. UMNO bijak mencariu helah untuk melemahkan sokongan bukan ISLAM kepada PAS. UMNO tahu Pakatan Rakyat menang kerana undi bukan ISLAM. Jadi jika PAS melatah dan silap cakap kepada wartawan dan terus menghentam KRISTIAN, bermakna PAS membuka laluan permusuhan dalam Pakatan Rakyat dan UMNO akan menang tanpa perlu bersusah payah....

Aku harap Presiden PAS, YB Mahfuz Omar dan YB Harun Taib yang semuanya gila microfon tak perlu terhegeh-hegeh melayan wartawan yang akan hulog micfrofon kepada anda semua. Ini adalah satu perangkap yang akan menjahanamkan Pakatan Rakyat......

AWAS.............semua ini adalah PERANGKAP UMNO yang akan berkubur dalam PRU-13.

Isu Kalimah Allah : Kecelaruan Di dalam PAS

Harakahdaily melaporkan PAS akan memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.

Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.

Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.


PAS arah Khalid Hentikan Kenyataan Tak Selari Dengan Parti

PAS mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat.

"Dalam isu ini saya fikir YB (Yang Berhormat) Khalid perlu lebih berhati-hati.

"Isu ini sangat sensitif, kalau kita tersalah memberi pandangan, impaknya sangat besar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perbalahan terbuka antara Khalid dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Zulkifli mendesak supaya Khalid keluar dari PAS dan menyertai parti lain termasuk DAP kerana menyokong keputusan tersebut.

Zulkifli juga mendakwa kenyataan Khalid itu telah merosakkan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Desakan Zulkifli itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan awal Khalid yang dimuatkan dalam blognya iaitu Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

Katanya, al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS beranggapan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti.

"Itu hanyalah pandangan peribadi beliau, bukan pandangan PAS secara keseluruhannya," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid, Tuan Ibrahim berkata: "Saya fikir tak perlulah sampai nak ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Kita dalam PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka apabila mengeluarkan pandangan, tapi dalam hal ini beliau bercakap mengikut pandangannya berdasarkan hukum ciptaan iaitu tuhan kepada semua manusia ialah Allah."

Mengulas sama ada tindakan Khalid itu akan menjatuhkan imej PAS kerana masyarakat melihat wujudnya perselisihan pandangan di kalangan pemimpin parti itu terutamanya dalam isu-isu sensitif, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sememangnya tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan.

"Kenyataan mereka ini kita anggap sebagai kenyataan rasmi parti," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

"PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu," katanya. -MSTAR



PAS kecewa Mahkamah benarkan perkataan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

PAS mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.



Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah

KOTA BARU, Jan 3 – Penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Tinggal lagi… takut disalahgunakan. Itu yang menjadi kebimbangan,” kata beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan “Allah” oleh Herald, Khamis lepas.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu.

Keputusan itu mencetuskan polemik sejak Khamis lalu dengan ada yang mengadakan protes dan membantahnya.

Malah ada juga pihak yang menyifatkannya sebagai amalan biasa penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”.

Ketika ditemui pada majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan dekat sini hari ini, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyarankan agar pihak berwajib seperti badan persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi berunding berhubung isu berkaitan.

“Supaya ia tidak mendatangkan kekeliruan pada masyarakat.

“Bahkan fahaman falsafah Islam itu sendiri dapat diperluaskan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Menjawab soalan kesediaannya untuk hadir jika majlis seumpama itu dianjurkan, Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata, “saya akan hadir dan sanggup membuat pendedahan mengenainya jika diizinkan.”

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Mohammad Daud Iraqi semasa dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebaliknya seolah-olah beliau menyifatkan kelemahan pihak kerajaan tidak melakukan pemantauan awal berhubung masalah tersebut.

“Isu ni bukan baru, lama dah… sepatutnya kerajaan sejak dari awal lagi boleh mentelaah undang-undang itu secara lebih spesifik,” ujarnya.

Sehubungan itu mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohammad berkata majlis muzakarah fatwa kebangsaan sudah pun membincangkan perkara itu dari sudut akademik sebelum ini.

“Muzakarah itu membincang kalimah ‘Allah’ spesifik untuk kegunaan orang Islam di Malaysia, tetapi tidak melihat dalam konteks negara lain,” katanya.

Bagaimanapun Shukri enggan mengulas lanjut perkara itu memandangkan ia telah menjadi prosiding mahkamah.

“Kita tunggu apa keputusannya kelak. Sebab ia bukan berkahir dengan keputusan itu.

“Difahamkan kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Prosiding mahkamah penjelasannya ialah melalui mahkamah,” ujarnya. -Malaysian Insider


Ulasan GB

GB memaparkan ketiga-tiga berit di atas yang saling kait mengait.

Yang pertama dari Harakahdaily yang menyatakan PAS akan memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, esok bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian yang memberi erti belum ada sebarang pendirian parti mengenainya.

Yang kedua, arahan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Ahli Parlimen Shah Alam supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya

Yang ketiga kenyataan media di dalam lamanweb PAS oleh Ketua Penerangan PAS yang memaparkan pendirian Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar.

Yang keempat, kenyataan Mursyidul Am PAS sendiri yang menyatakan dalah tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah.

Sekiranya, pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan, mengapa pula Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man boleh mengarahkan Khalid Samad menghentikan kenyataan yang kononnya tidak selari dengan pendirian parti? Bukankah kenyataan Khalid itu selari dengan pendirian Mursyidul Am PAS?

Di dalam hirarki parti, Mursyidul Am PAS adalah lebih tinggi dari Ketua Penerangan, justeru itu, pandangan dan pendirian yang menjadi dasar parti ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang lebih terpakai.

PAS dilaporkan akan bermesyuarat khas mengenai isu tersebut, ini bererti BELUM ADA sebarang dari parti mengenainya. Jadi dimanakah kesalahan Khalid Samad yang dituduh mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti?


Bagaimana pula Tuan Ibrahim boleh keluarkan kenyataan akhbar sedangkan yang menjadi dasar parti hanya enam orang tertinggi jawatannya di dalam parti?

Jika di atas kapasiti Ketua JK Disiplin, adakah ia justifikasi untuk membuat kenyataan akhbar dengan melanggar penetapan hanya enam orang yang berhak melakukan demikian?

”MEREKA ADA AGENDA !!”

Aku bimbang anak-anak muda murtad. Tetapi, aku bimbang juga, kalau orang bukan islam semakin hari semakin menolak Islam. Aku kadang-kadang marah, jika islam ini tidak dilihat sebagai ”for all” disebabkan tindakan bodoh dari orang-orang islam sendiri.

Secara peribadi, aku amat pelik apabila Timbalan Presiden PAS mengatakan tentang isu kalimah “Allah” dibenarkan kepada non Muslim memggunakannya dengan kata beliau;

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“
(klik sini)

Tidak diketahui, apakah benar dia berkata sedemikian atau tidak. Jika benar dia mengatakan sedemikian, padaku Islam yang Timbalan presiden PAS belajar itu mungkin berlainan versi dengan Islam yang aku belajar.

Aku tidak tahu, Islam versi aku salah, atau Islam versi Timbalan presiden PAS itu yang salah. Jika aku salah, mengapa tidak wujud sama sekali nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis yang melarang orang bukan islam daripada menyebut kalimah “Allah”?. Bukan sekadar itu, bahkan sememangnya wujud nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dikalangan non Muslim. (sila klik). Mungkin Al-Quran dan As-Sunnah itu salah kot?

KALIMAH ”ALLAH” ISLAM LAIN, MEREKA LAIN

Memang tidak sama segi tafsiran maksud ”Allah” itu dari sudut agama mereka dengan agama Islam. cumanya, apabila wujud tafsiran ”Allah” itu berbeda, bertindak menghalang mereka daripada menggunakannya adalah tindakan yang terlalu salah. Kerana, ia adalah tindakan menafikan hak mereka yang dibenarkan menggunakan kalimah ”Allah”

Tindakan menafikan hak, waima terhadap orang bukan Islam merupakan tindakan yang tidak dibenarkan dalam islam. bahkan, ia adalah terlarang dari sudut Islam.

Apa yang dapat dilihat, tafsiran kalimah Allah dari sisi yahudi dan nasrani, sememangnya wujud dalam Al-Quran. Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran, bahawa yahudi menganggap Uzair anak Allah, dan Nasrani menganggap Isa Anak Allah. Perkara ini jelas dalam al-Quran, surah At-Taubah, ayat 30.

Penurunan ayat ini, semasa nabi SAW masih hidup lagi. Apa yang dapat dilihat, waima Nabi Saw dimaklumkan oleh Allah bahawa fahaman Yahudi dan Nasrani terhadap Allah sedemikian, tetapi Nabi SAW tidak pernah bertindak menghalang mereka daripada menggunakan kalimah Allah.

Memahami tindakan Nabi SAW itu, perkara yang paling penting didebatkan, bukannya menghalang non Muslim daripada menggunakan kalimah ”Allah”. Tetapi yang wajib didebatkan adalah, apa yang perlu Umat Islam lakukan dalam memberi kefahaman terhadap maksud kalimah ”Allah” dalam bentuk yang betul dan tepat. Kerana, inilah cara nabi Muhammad SAW ketika berdakwah di makkah dahulu.

Jika kita mengambil sikap menghalang non Muslim daripada menggunakan kalimah ”Allah”, ternyata KITA BUKAN IKUT NABI SAW, tetapi ISLAM YANG KITA BAWA ADALAH ISLAM VERSI KITA SENDIRI.

MEREKA ADA AGENDA

Hujjah menghalang non Muslim dari menggunakan kalimah ”Allah” dengan alasan bahawa non Muslim mempunyai agenda tersembunyi, merupakan hujjah yang paling bodoh.

Semua manusia mempunyai agenda. Mana mungkin manusia melakukan sesuatu tindakan, tanpa agenda. Pemuda PAS mengedar risalah dakwah malam tahun baru kepada anak-anak muda, mempunyai agenda juga. Begitujuga Kristian yang menerbitkan majalah agama mereka.

Apabila mereka menerbitkan majalah kristian dengan menggunakan kalimah ”Allah”, sudah pasti mereka mempunyai agenda. Terlalu bohong, kalau kita kata mereka tidak mempunyai agenda.

Cumanya, yang kita perlu fikir, bagaimana kita hendak berhadapan dengan agenda mereka?

Kita perlu berhadapan dengan agenda mereka dengan bijaksana. Jika kita menganggap agenda mereka ini sebagai ancaman, ini membuktikan pemikiran politik kita terlalu lemah setahap gaban dan ultraman. Sebaliknya, ia perlu dianggapan sebagai cabaran dalam mengkuatkan usaha dakwah kepada non Muslim.

Jangan disebabkan kita menganggap ia sebagai agenda, lalu kita bertindak satu tindakan yang boleh menyebabkan pandangan umum terhadap Islam semakin buruk, seperti ia boleh melahirkan pandangan bahawa Islam adalah agama yang mengongkong, tidak berfikiran terbuka, penakut, pengecut dan sebagainya. Jika ini berlaku, sedikit sebanyak kita telah berjaya diagendakan oleh mereka.

Justeru, kita perlu bertindak sesuai dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Iaitu, bersungguh-sungguh dalam menerangkan maksud ”Allah” kepada non Muslim dengan maksud yang sebenar. Ketika itu, kita akan dapat melihat perubahan yang besar akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, sepertimana perubahan besar yang telah dilakukan oleh Nabi SAW.

Cumanya, apakah umat Islam bersedia? Apakah ulama PAS bersedia? Apakah pemuda PAS bersedia? Apakah muslimat PAS bersedia?

Selagi pemikiran kita setaraf pemikiran abad ke 18, selagi itu kita tidak akan berjaya.

Sekian

p/s : Jika kita boleh marah kepada Non Muslim yang ada berusaha hendak menghalang kita azan menggunakan pembesar suara, apakah kita fikir mereka tidak marah apabila kita halang mereka menggunakan kalimah ‘Allah” dalam agama mereka, walhal agama mereka membenarkannya?

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Beza Antara Rebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata, "Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan."

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa Melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi Inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata, jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita, mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam? Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 'Siapakah yang menciptakan mereka?' sudah tentu mereka akan menjawab: 'Allah!'. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: 'siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?' sudah tentu mereka akan menjawab: 'Allah'. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): 'Alhamdulillah' (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63)."

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut "Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan", maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: "awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan". Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: "Tokong ini adalah Allah". Saya kata: "Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak".

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) "..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40)."

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) "Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: 'Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)'. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73)."

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):"Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6)."

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: "Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah."

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama 'Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

"Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin 'Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)". Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)". (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka, anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka" (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah generasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Generasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

*Tulisan ini dipetik daripada blog Dr.Mohd Asri bin Zainul Abidin, bekas mufti Perlis. Beliau sebenarnya enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya tulisan ini merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

JANGAN KENA TIPU

SETIA KAWAN ANTI IMPERIALIS


NAIK HARGA KENA TINDAKAN – sinar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran pada peniaga agar tidak menaikkan harga makanan dan minuman sewenang-wenangnya ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, kelmarin.

Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe berkata, kementerian memandang serius amaran tersebut dan berharap semua peniaga mematuhinya.

“Kita akui, pasti ada peniaga yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman di premis masing-masing. Itu kita tidak boleh elak. Namun, kementerian akan tetap membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas para peniaga ini

KAH KAH KAH…

woit… YANG MUNKEE KEPALA BANA NAIK KAN HARGA GULA APA HAL?... kah kah kah…

woit… SIAPA SURUH NAIKKAN HARGA GULA?.... kah kah kah..

woiy…AMBIL LAH TINDAKAN KERANA MANAIKKAN HARGA GULA…. kah kah kah…

woit… TUNGGU TAK LAMA LAGI HARGA MINYAK PETROL NAIK.. kah kah kah…

kah kah kah… LAGI HARGA BARANG AKAN NAIK…kah kah kah…

nota:

harga barangan naik kerana mengikut pasaran.
pasaran berkiblatkan keuntungan.
kaum pemodal mahu keuntungan maksima.

kalau juial/beli bahan bahan ini di kendalikan oleh kerajaan
maka keuntungan ini boleh masuk dalam dana negara.
sekarang dalam sistem ini duit untung masuk dalam kantung pemodal.

inilah bezanya sistem ekonomi pakitalis dengan sistem ekonomi sosialis.

dalam ekonomi sosialis semua punca punca ekonomi asas dimiliki
oleh orang ramai i.e kerajaan. air, api, hospital,bank, jalan raya, talikom, sekolah,
universiti, kilang kilang strateji, minyak – semua milik negara.
contoh : petronas syarikat nasional milik negara.
ini punca ekonomi yang penting.

polis. askar, pegawai kerajaan – semua
milik negara – bekerja untuk negara. bekerja untuk kesejahteraan ramai.
bekerja untuk kebajikkan umat bukan untuk buat untung.

betul ! meniaga perlu untung untuk mengumpul modal.
jika negara yang mengendalikan jual/beli negara juga wajib untung.
tetapi untung ini masuk ke dalam dana negara.
negara itu adalah kita i.e orang ramai. kita yang untung bukan towkay,
cukong atau kroni.

kalau negara buat duit – duit ini akan dilabor untuk hospital, buat pembelajaran
percuma, buat jalan percuma, univerisiti percuma.

kenapa dbkl hanya buat rumah rumah untuk orang miskin kota?
kenapa syarikat perumahan negara tidak buat rumah untuk semua.
buat rumah yang lebih selesa untuk semua warga. kenapa orang
kaya perlukan ruang yang luas. apakah orang miskin tak perlukan
ruang bilik yang luas.

kenapa susah sangat pekara ini hendak dilakukan ?

ianya susuh hendak dijalankan kerana yang berkuasa adalah juga
mereka yang memiliki saham dalam syarikat syarikat swasta ini.
mereka menjaga kepentingan saham dan share mereka.

cuba fikirkan kes ini : kenapa dari darjah satu semua pembelajaran percuma.
bila nak masuk univeristi kena bayar? kenapa melabor setengah jalan.
kenapa tidak diteruskan hingga tamat. ini pelaboran insan.

kenapa ini berlaku ? kerana nak bagi kroni buat universiti swasta.

tahun ini ekonomi dunia akan teus gawat. lihat semakin banyak harga akan berterusan.

sistem ekonomi kapitalis tidak dapat menyelesaikan masaalah keperluan manusia.
sistem yang berpaksikan keuntungan tidak akan membawa kebajikkan.
hanya sistem ekonomi sosialis yang akan membawa keselesaan.

contohnya: negara cuba - terbaik dalam hal perubatan. terbaik dalam hal
pembelajaran. terbaik dalam sukan. ternaik dalam hal budaya. export cuba
ialah tabib dan bomoh.

memang betul di cuba tak ada coco cola dan mek dogal – pergi
mampuslah dengan kentucky fried fuck ! kah kah kah

Tukar Tiub

Nik Aziz: Non-Muslims can use ‘Allah’

By Mohd Zuharman

KOTA BARU, Jan 3 – PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has come out in support of the Catholic weekly Herald use of ‘Allah’ to describe the Christian God in the national language, saying it was permissible for those following the Abrahamic faith.

But the popular cleric expressed worry that the word “Allah” could be abused by certain quarters, echoing growing sentiment of Muslim Malaysians aghast at the Dec 31 High Court ruling that permitted its use.

“Its just a fear it can be abused. That’s the worry,” the Kelantan mentri besar said today when commenting on the landmark ruling.

Justice Datuk Lau Bee Lan said in her oral judgment that the Herald had a constitutional right to use the word, touching off a controversy that has led some Muslim groups to protest the ruling.

The government has said it will appeal against the ruling. A group has already started a Facebook group to get the government to reverse the ruling.

However, others including influential cleric and former Perlis mufti Dr Asri Zainal Abidin, have supported the ruling, saying all are encouraged to follow Allah.

Speaking to reporters after launching the state Women, Family and Health Development Secretariat, Nik Aziz said the authorities, such as scholars, should have a dialogue with the Christian clergy over the issue.

“This is so that there is no confusion among the society.

“In fact, Islamic philosophy itself can be spread through such events,” he added.

The PAS Kelantan commissioner also said he was willing to attend such events if it was organised.

However, PAS Kelantan Council of Religious Scholars chief Datuk Mohammad Daud Iraqi declined to comment on the issue.

Instead, he said it was weaknesses in the government in monitoring the issue that has led to the controversy.

“This is not a new issue, it has gone on so long. The government should have looked specifically into the laws earlier on,” he added.

Kalimah Allah: PAS putuskan pendirian rasmi esok

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, Jan 3 — PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membuat pendirian rasmi mereka berhubung isu keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh akhbar mingguan Herald.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika mengesahkan perkara itu berkata mesyuarat khas terpaksa diadakan memandangkan ia membabitkan isu penting menyentuh kepentingan awam.

“Ya, kami akan adakan mesyuarat esok... ini isu penting dan kami perlu mengadakan perbincangan untuk membuat pendirian,” kata Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Selepas perbincangan esok, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian bersama kami secara rasmi esok,” katanya.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat parti itu di ibu negara malam esok.

Pertemuan itu dibuat bagi mencapai pendirian bersama ekoran kewujudan pelbagai pandangan yang berbeza di kalangan pemimpin PAS, ada yang menyokong dan ada yang membantah penggunaan kalimah “Allah” oleh gereja Katolik dalam terbitan mereka.

Terdahulu di Kota Baru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggunaan kalimah ‘Allah’ pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan,

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Kelmarin, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata, keputusan mahkamah itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi negara.

“Penerbitan bahan-bahan mengenai Kristian menggunakan perkataan Allah boleh mengelirukan penganut agama Islam di negara ini. Maka, kerajaan perlu bertegas dan ia tidak salah kerana selari dan selaras dengan Perlembagaan.

“Isu ini amat sensitif, seperti kes Natrah, walaupun saya tidak suka merujuk kepada peristiwa yang sudah lama berlaku itu tetapi kita tidak boleh mengambil sikap mudah dengan berharap semua pihak tidak akan merujuk peristiwa itu,” katanya.

Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad mengambil sikap terbuka dengan mengeluarkan pandangan sebelum ini bahawa masyarakat bukan Islam sudah lama dan boleh menggunakan perkataan “Allah”.

Khalid walaupun bukan merupakan ahli jawatankuasa pusat PAS tetapi merupakan anggota Lajnah Politik parti itu.

Kedua-dua peringkat PAS itu akan mengadakan pertemuan bersama esok.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan mesyuarat malam esok membabitkan Lajnah Politik yang akan dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa pusat parti.

“Agenda utama ialah berkaitan dengan isu penggunaan kalimah Allah ekoran keputusan mahkamah,” katanya.

13 NGO buat laporan polis bantah majalah guna kalimah ‘Allah’

KUALA LUMPUR, Jan 3 — Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald – The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Kesemua NGO tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman membuat 10 laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 3 petang.

Maamor berkata mereka kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan oleh majalah itu kerana dikhuatiri akan disalahgunakan sehingga menyinggung perasaan umat Islam.

“Kita membuat laporan polis ini kerana bimbang dengan implikasi yang timbul berikutan keputusan mahkamah itu dan akan berjuang bagi menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan.

“Justeru kita membuat laporan polis agar dalang isu ini disiasat kerana isu sensitif sebegini boleh memporakperandakan 1Malaysia sedangkan ianya tidak patut diprovokasikan,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Sentul.

Beliau berkata jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besar-besaran selepas Solat Jumaat di masjid-masjid utama di Kuala Lumpur bagi membantah keputusan tersebut.

Sementara itu Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata tidak mustahil selepas ini nama Allah digantung dan digunakan sewenang-wenangnya di premis dan restoran makanan bukan Islam jika isu tersebut tidak disekat.

“Semacam ada satu usaha cuba merobek keadaan sehingga timbul kekeliruan di kalangan umat Islam. Kita bimbang isu sebegini akan menimbulkan kekeliruan jangka panjang,” katanya. — Bernama

Kalimah Allah: PM akan mengadap Agong

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.

"Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar di Parlimen Pekan, lapor Bernama.

Sepertimana diketahui, rayuan boleh dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan, katanya ketika diminta mengulas pelbagai reaksi masyarakat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Najib berkata Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Beliau berharap penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.

"Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan.

"Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan (di mahkamah)...saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya."

Menyinggung umat Islam

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan kalimah "Allah" dikhuatiri digunakan oleh pendakyah agama bukan Islam yang mahu mengelirukan umat Islam dengan tujuan tersirat mereka.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

"Sebagai sebuah negara yang majmuk, mempunyai pelbagai agama, harus elakkan perkara sensitif ditimbulkan di mana-mana platform perundangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar miskin di kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.

Dr Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Ahmad Zahid berkata umat Islam di negara ini amat menghormati kedudukan agama lain dan tidak mahu ada pihak mencampuri urusan agama Islam.

Katanya sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan dengan jelas bahawa perkataan "Allah" adalah khusus untuk orang Islam kerana ia merupakan perkataan khas sementara "Tuhan" merupakan nama am.

"Kalau selama ini tidak ada penulisan yang menggunakan perkataan "Allah" (bagi agama bukan Islam) mengapa pula akhbar mingguan 'Herald-The Catholic Weekly' terlalu ghairah hendak menggunakan perkataan "Allah".

"Dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama rasmi sementara agama lain boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam," katanya.

Beliau dengan itu menggesa semua tokoh ulama, pertubuhan bukan kerjaan dan seluruh umat Islam bersatu dalam hal melibatkan kesucian agama Islam.

Asyik – Amelina



Tuan Haji Anual Bakhri Haroon, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan semenjak 1999 telah diarahkan menulis surat perletakkan jawatan oleh Menteri Besar YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 27 Disember 2009. Abe Aji Anual kemudian menyiapkan surat itu seperti diarahkan dan diserahkan kepada Tuan Guru MB.

Bila MB tengok di dalam surat itu tercatat notis 1 bulan, MB mengarahkan Abe Aji Anual membuat surat baru dan mengarahkan tarikh kuatkuasa perletakan jawatan adalah serta merta.

Abe Aji Anual akur dan mengundurkan diri seperti yang dikehendaki, Beberapa hari kemudian Setiausaha Sulit MB menalifon Abe Aji dan meminta Abe Aji hadir ke pejabat atas arahan Tuan Guru bagi menjalankan tugasan rasmi seolah dia masih lagi Setiausaha Politik. Dengan cara terhormat, Abe Aji menolak arahan tersebut kerana dia bukan lagi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kata orang putih, Anual Bakhri diperlakukan seperti ‘a piece of meat’. Kenapa? Dan ikhlaskah Tuan Guru melakukan demikian kepada Anual Bakhri yang begitu setia dan sayang kepada Tuan Guru.

Saya sudah tahu hujung pangkal ceritanya dan siapa yang menekan Tuan Guru berbuat demikian. Mungkin penyanyi dangdut, oops maaf penulis blog bernama Nik Amalina boleh menggelekkan kita versinya dulu. Saya pasti rakyat Kelantan ingin juga tahu sama ada ini adalah satu lagi projek “Meja Bulat Pulau Melaka”.

Sementara itu, demi menghormati Abe Aji Anual Bakhri, seorang insan seni saya akhiri posting ini dengan ungkapan dari naskah, Matinya Seorang Pahlawan karya Seniman Negara Usman Awang.

“Buat Baik Berpada-pada… Buat Jahat, Jahat Sekali!”

Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Sulit MB Kelantan (1999-2009)

By : Kickdefella

(1) Sisipan Isu - Upayakah 1Malaysia capai taraf negara maju ?

Oleh : MN Bashah
Setiap pemimpin negara mahupun rakyatnya pasti memiliki hasrat untuk memajukan negara ke tahap optimum, makmur dan sejahtera. Maju dalam ertikata lahiriah selalunya membawa perspektif struktur, pembangunan, kekayaan serta kemampuan memeluk teknologi sofistikated.

Namun begitu maju yang berasaskan pandang sarwa Islam selalunya agak berbeza kerana Islam mengeratkan maksud maju iaitu ‘hadhari’ dengan istilah ‘umran’ iaitu makmur. Makmur yang disebut disini membawa aspirasi kemewahan yang bermanfaat kepada rakyat jelata.

Saya tertarik untuk membawa isi kandungan Forum Dewan Masyarakat yang bertempat di Dewan Seminar Menara DBP pada 6 November yang lalu. Seminar ini mewacanakan tajuk bajet 2010 berlandaskan skop strategi negara berpendapatan tinggi.

Salah seorang panelisnya iaitu Dato’ Dr Norraesah Mohamad ada memberi beberapa hujah berkenaan dilema Malaysia untuk bergerak ke arah menjadikan negara sebagai negara maju.

Negara maju adalah sebutan untuk negara yang menikmati standard hidup yang relatif tinggi melalui teknologi tinggi dan ekonomi yang merata. Kebanyakan negara dengan KDNK per kapita tinggi dianggap negara membangun dan seterusnya maju. Namun beberapa negara telah mencapai KDNK tinggi melalui eksploitasi sumber daya alam tanpa mengembangkan industri secara seimbang, dan ekonomi berdasarkan sumber alam tidak dianggap memiliki status 'maju' atau menjurus kerarah negara maju, sebagai contoh ialah negara kita sendiri.

Pengamat politik global meneliti alasan yang berbeza untuk menilai sebab beberapa negara menikmati perkembangan ekonomi yang tinggi. Banyak alasan menyatakan perkembangan ekonomi memerlukan kombinasi perwakilan pemerintah (atau demokrasi), sebuah model ekonomi pasar bebas, dan kadar korupsi yang minima. [sunting] Beberapa negara maju

Organisasi seperti Bank Dunia, IMF, dan CIA, biasanya setuju bahwa sekelompok negara maju termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Denmark, Singapura dan sebagainya.

Menurut Dr Norraesah, terdapat tiga kumpulan penting dalam menggerakan ekonomi negara (ke arah negara maju) iaitu sektor swasta, modal insan (pekerja) serta perkhidmatan awam yang cekap (kerajaan). Laporan Global Corruption 2009 telah menjelaskan kepada kita betapa campurtangan kerajaan sehingga menerbitkan rasuah dan ketirisan wang bajet negara yang banyak.

Transparent International juga merumuskan dalam memerangi rasuah, Malaysia kelihatan tidak bersungguh-sungguh mencabut akar permasalahan kerana masih mengamalkan penglibatan aktif kerajaan dan politikus dalam sektor swasta yang boleh memansuhkan konsep check and balance antara kerajaan dan sektor swasta.Apabila semua projek mega dan berprofil tinggi perlu dikaitkan dengan ahli politik, birokrasi dan ‘kabel-kabel’, maka kecenderungan untuk terjadi rasuah adalah amat tinggi. Menurut beliau lagi ketiga kumpulan ini wajib bergerak seiringan demi memenuhi visi menuju ke arah negara maju.

Apabila berbincang berkaitan negara maju, ekonomi berpendapatan tinggi adalah sub-topik utamanya. Negara yang ingin maju perlukan ekonomi yang mampan, pencapaian teknologi, produktiviti yang tinggi tanpa bergantung kepada hasil mineral dan alam semata-mata, kematangan politik dan indeks pembangunan insan yang tinggi.

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Indeks) 2007 yang dikeluarkan oleh PBB menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Indeks ini terkandung dalam HUMAN DEVELOPMENT REPORT 2009. Indeks Pembangunan Manusia (IPM) / Human Development Index (HDI) adalah pengukuran perbandingan daripada sudut kemandirian hidup , celik huruf , pendidikan dan standard hidup untuk semua negara seluruh dunia. HDI digunakan untuk mengklasifikasikan apakah sebuah negara adalah negara maju, negara membangun atau negara mundur dan juga untuk mengukur pengaruh dari segi impak ekonomi terhadap kualiti hidup.

HDI mengukur pencapaian rata-rata sebuah negara dalam 3 dimensi dasar pembangunan manusia iaitu Hidup yang sihat dan panjang umur yang diukur dengan harapan hidup saat kelahiran, Pengetahuan yang diukur dengan angka tingkat baca tulis pada orang dewasa dan kombinasi pendidikan dasar , menengah , atas gross enrollment ratio serta Standard kehidupan yang layak diukur dengan GDP (Gross domestic product) atau KDNK.

Di Malaysia sektor perkhidmatan hanya menyumbang 55% ( tahun 2009) kepada KDNK negara dalam masa yang sama untuk mencapai negara maju, sektor ini perlu mencapai 65% kepada pendapatan negara. Malaysia juga hanya mencapai tahap 5% sumbangan sektor pertanian kepada negara sedangkan ia perlu melebihi 6% untuk mencapai tahap maju.

CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.)

Pada 2008, Perkapita PNK Malaysia berada pada paras AS$7226 (RM 25 291) manakala unjuran pada tahun 2020 ialah sebanyak RM 76 419 dan sasaran ini jauh dari keupayaan sekarang.

Dr Norraesah juga mendedahkan bahawa perlaburan swasta berasaskan KDNK negara pernah berada sebanyak 30% pada tahun 1997 dan kini ia berada pada tahap 10% dan Malaysia disarankan meningkatkan semula perlaburan ini sebanyak 20% sekaligus membina suasana mesra pelabur dalam negara.

Perniaga perlu merasa lapang dan tidak terkongkong melabur di negara ini. Aspek perundangan perlu difahami dengan mudah oleh peniaga dan undang-undang, syarat atau peraturan bertindan perlu dielakkan untuk mengelak bebanan peniaga.

Status negara maju juga perlu diukur dalam pelbagai aspek. Menurut beliau juga, pembangunan sosial perlu dipertingkatkan. Modal insan yang kompeten perlu dilahirkan. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar perlu dikecilkan serta penggunaan teknologi tinggi dalam pelbagai sektor ekonomi perlu ditingkatkan.

Bajet 2010 adalah suntikan penting untuk membina suasana negara yang menjurus ke arah negara yang maju. Islam tidak menghalang sesebuah negara untuk bekerja ke arah kemajuan ekonomi dan kemajuan teknologi tinggi malah digalakan pula. Ilmu futuristik adalah aspek penting jika Malaysia ingin mengurus ekonomi dan sosial ke arah negara maju.

Dalam buku The Future of Muslim Civillization (1988), Prof Ziauddin Sardar telah menggariskan kepentingan pemikiran futuristik sebagai suatu alat membangunkan paradigma dan metodologi baru dalam memahami dan mengimplementasi ajaran Islam secara kontekstual dan praktikal untuk menjana kembali kegemilangan tamadun umat Islam.

Beliau telah mengemukakan suatu model projek pembangunan semula tamadun Islam yang dinamakan Projek Umran, serta beberapa pelan tindakan yang perlu diambil oleh umat Islam, khususnya golongan intelektual. Dalam Islamic Futures : The Shape of Ideas to Come pula, beliau menekankan secara lebih khusus matlamat utama bagi masa hadapan Islam ialah untuk menempa satu sintesis yang membawa kepada pengiktirafan bahawa Islam sebagai pandangan hidup yang lengkap boleh mewujudkan suatu suasana yang menyeluruh tentang jalan alternatif yang boleh diambil bagi kebangkitan semula tamadun Islam yang lebih dinamik dan maju (1985).

Beliau telah membincangkan bentuk-bentuk pemikiran yang akan datang dalam konteks yang perlu diambil tindakan oleh umat Islam pada masa kini iaitu membina semula epistemologi Islam, menjadikan syariah sebagai kaedah menyelesaikan masalah, bentuk negara Islam dalam era pasca-industri, pengembangan teknologi yang Islamik, pendekatan dalam ekonomi Islam dan teori persekitaran Islam.

Dalam hal ini kemampuan Bajet 2010 masih dipersoalkaan adalah ia mampu memberi impak optimum ke arah menjurus negara maju. Bajet negara ini masih bergantung dengan hasil mineral terutamanya petroleum. Selain daripada hasil minyak yang menguncup akibat kejatuhan ekonomi dunia, kadar eksport barangan keluar negara yang terjejas akibat kejatuhan Dollar Amerika Syarikat, pelabur-pelabur asing juga enggan memasuki pasaran Malaysia. Dalam sesebuah negara yang demokratik dan berdaulat, pengaliran masuk pelaburan asing atau Foreign Direct Investment (FDI) amat penting, kerana ia melambangkan keyakinan pelabur ke atas sistem dan ketelusan kerajaan yang memerintah.

Sebaliknya di Malaysia, FDI terus menjunam. Berpunca daripada kegagalan menjana pendapatan negara, maka pendapatan negara semakin merosot. Akibatnya kerajaan terpaksa mengurangkan belanjawan pembangunan, yang terpaksa diturunkan sebanyak 11.2%. Pendapatan PETRONAS, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Malaysia berkurangan sekitar 57%. (kerugian negara lebih 50%) Pada 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan hanya terhadap PETRONAS ini jelas menjauhkan negara ke arah mencapai tahap negara maju yang inovatif.

Dalam aspek inovasi dan teknologi saya bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menggesa kerajaan membina penyelidikan dan kajian teknologi tempatan tanpa bergantung dengan dunia barat sahaja. Kini daripada lebih 100 hasil penyelidikan yang dilakukan oleh IPT tempatan, hanya 4% sahaja yang digunakan oleh masyarakat tempatan! Beliau juga menjelaaskan bahawa bidang kajian IPT negara ini masih jauh dari koordinasi kepada lapangan praktikal dan ia hanya tinggal sebagai teoretikal indah yang tidak digapai ooleh rakyat. Lantaran itulah ilmuan dan intelegensia negara ini kurang dihormati dan disegani lagi (Harakah 28-31 Disember 2009).

Dalam KDNK negara, hanya 0.64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Ini jauh daripada amalan negara yang ingin maju iaitu berjaya mencapai 1-2% peruntukan KDNK untuk kajian dan penyelidikan tempatan. Kesimpulannya aspek ekonomi mampan, teknologi seimbang berasaskan tempatan, keadilan dan kesejateraan negara yang jauh dari korupsi, keefisienan pemerintahan, modal insan yang berkemahiran serta aspek pembangunan insan adalah antara syarat penting memajukan negara.

Dahsyat gambar ni

oleh ali BaganUtama

Salam satu Malaysia. Ni ado gambar baru bai. Tak tahu real ke tak. Kalau real den memang kesian la kat mamat tu. Kalau special effect memang den respek la. Gambar ni den amik kat fb. Tah sapo punyo den tak tahu. Dio main tag. Apobondo tag tu jangan tanyo den. Tolong ajar den macam mano nak tag gambar kat semua memember fb. Den tak reti la. Ha Ha Ha.


Den sebonar eh nak mintak tolong pada sahabat-sahabat diluar sana. Tolong den macam mano nak tukarkan mamat yang kono tondang tu jadi Hasan Ali. Please help me.