Sabtu, 2 Januari 2010

Wang rakyat yang dibazirkan di zaman Tun Lah...


Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425 jutal

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360 jutal

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,
4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and
8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai

e. Kompleks CIQ berharga RM 1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Augustine, Hakim "Tidak Relevan" Meninggal Dunia....!!! Sepatutnya dia boleh kata " Tidak Releven Kepada..........kematianya...???

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul (gambar) meninggal dunia hari ini akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.

Beliau berumur 64 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37.

Keranda yang membawa jenazahnya akan berlepas dari kediamannya di No. 16, Lorong Taman Pantai 7, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Ahad ini ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong bagi upacara pengebumian pada 2.30 petang.

Augustine, lulusan Barrister-at-Law dari Inner Temple, England, memulakan kerjaya beliau pada 1971 sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya sebagai majistret di Ipoh, Perak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang dan merupakan pengerusi jawatankuasa khas mengenai percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei, 1998. -BERNAMA

Wan Nik Disebut-sebut Setiausaha Politik Nik Aziz


SEJAK kelmarin saya menerima beberapa panggilan telefon dari penjenguk blog Merah Tinta termasuk juga golongan pemerhati politik, aktivis Pas serta beberapa wakil rakyat. Semuanya bertanya dan memaklumkan kepada saya yang bekas ahli Parlimen Bachok. Wan Nik Wan Yusuf akan dilantik menjadi setiausaha politik Menteri Besar Kelantan bagi mengganti Annual Bakri Haron.

Saya tidak memberi banyak reaksi kepada pemberitahuan itu, cuma berkata baguslah kalau ia benar begitu.

Terbaru seorang ahli Parlimen memaklumkan apa yang beliau tahu nama Wan Nik (foto) sudah dipilih. Tetapi perasmiannya masih belum dibuat, katanya. Maksudnya belum diumum tetapi semacam sudah habis pasti.

Baguslah kalau Wan Nik dilantik menjadi setiausaha politik. Dalam pemerhatian saya Wan Nik berkelayakan untuk memegang jawatan berkenaan. Beliau kini (kalau tak salah) adalah Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Negeri (JPPN).

Bekas ahli Parlimen Bachok (1999 – 2004) ini seorang yang berperwatakan sederhana, merendah diri dan tidak suka kepada glamour. Beliau juga dikenali seorang yang kuat bekerja dan bersifat analitis dan bercakap berdasarkan fakta.


Ini dapat dikesan menerusi penulisannya baik buku dan juga di tulisan-tulisan di akhbar.

Keistimewaan lain yang ada kepada Wan Nik, beliau juga pernah terlibat dalam kepimpinan Pemuda Pas. Pengalaman politik cukup luas baik dalam parti dan selaku ahli Parlimen. Beliau dalam pemerhatian saya juga seorang yang tidak mudah merajuk dan berkecil hati dan sedia patuhi arahan jemaah.

Dalam pililhan raya umum lalu beliau tidak dicalon untuk bertanding di Bachok atas alasan mudah beliau kalah tahun 2004. Kawasan itu diserahkan kepada Nasharudin Mat Isa. Wan Nik tidak menunjuk muka masam dan protes sebaliknya menerima apa yang diputuskan parti dengan rela dan setia. Beliau berkerja kuat bagi memastikan calon Pas di Parlimen Bachok dalam pilihan raya berkenaan.

Selain itu beliau juga mempunyai kelulusan yang baik hingga ke peringkat Master. Wan Nik juga mempunyai pengalaman dalam pengurusan parti kerana pernah menduduki barisan kepimpinan pemuda Pas Pusat dan pernah menjadi setiausaha Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Watak dan syaksiah serta keistimewaan inilah yang saya merasakan dia memang layak kalau dilantik menjadi Setiausaha Politik. Setiausaha politik sememang tidak memerlukan seorang yang banyak bercakap, tetapi banyak berfikir dan menghayati fikrah parti dan bosnya sendiri. Ciri-ciri ini ada kepada Wan Nik.

Seorang setiausaha politik juga perlu rajin, bijak dan tahu menganalisa isu politik. Cekap membaca strategi musuh serta setia mendampingi bos (MB) dalam setiap tindak tanduk.

Selebihnya setiausaha politik bukan saja kena setia tetapi ikhlas dan benar dalam memberi nasihat dan menjalankan kerja-kerja politik bos, parti dan kerajaan. Dalam erti kata lain yang boleh bergerak sealiran dengan fikrah bos.

Maka atas sebab-sebab atau pun ciri-ciri itulah maka dalam tulisan saya pada 16 November lalu menerusi blog ini saya menyebut Wan Nik mungkin boleh dipertimbangkan untuk jadi setiausaha politik kalau sekiranya Annual Bakari tidak diperlukan lagi kerana dalam pengamatan saya beberapa keperluan sesuai dengan jawatan ini ada kepada Wan Nik.

Makanya bagi saya, maklumat dan cakap kawan-kawan politik bahawa Wan Nik akan dilantik menjadi setiausaha politik itu sesuatu yang sangat menyenangkan. Sekiranya Wan Nik diangkat menjadi setiausaha politik Tok Guru ke empat, diharap beliau boleh memberi sumbangan terbaik khasnya dalam mengembalikan wibawa politik Nik Aziz yang tercemar akhir-akhir ini kerana ada dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
Bagaimana pun berhubung perlantikan setiausaha politik MB ini ia terserah kepada Nik Aziz dan Pas sendiri. Beliaulah yang berhak membuat pemilihan dan menimbang sesiapa calon yang dibawa kepadanya. Semasa mengumumkan perkhidmatan Annual Bakri tidak disambung beliau ada menjelaskan calon untuk jawatan itu banyak kerana orang berebut ingin duduk dekat dengan Tok Guru.

Mahathir: Kebenaran guna Allah perlu diiringi syarat ketat

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya perlu diiringi syarat yang ketat.

Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

“Ini kerana terjemahan ‘God’ yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah ‘Tuhan’, bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah.

“Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk (bergabung) dalam Malaysia ... tapi di Semenanjung ni kita tak pernah dengar pula,” kata beliau selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Melayu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata sensitiviti umat Islam perlu dipertimbang oleh bukan Islam, sebagaimana umat Islam di negara ini menjaga sensitiviti penganut agama lain bagi mengekalkan keharmonian negara.

“Yang saya khuatir bila Allah diguna oleh mereka, mungkin mereka akan guna secara yang akan timbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam, kalau buat sepanduk dan tulis sesuatu yang tak cerminkan agama Islam.

“Kalau mereka nak gunakan (kalimah) Allah, ia harus dikenakan syarat yang ketat,” katanya yang menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan kemelut itu.

Bantah guna kalimah Allah..!!! Kepura-puraan ditahun baru......!! Kalau boleh bagi puak-puak ni mahkamah haramkan ISLAM kat malaysia ni...!!!


AHLI Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Selangor memegang sepanduk membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. – UTusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


Sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan hari ini bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

Isu Allah Kristian — Zulkifli Noordin

JAN 2 — Tirai tahun baru masihi 2010 dibuka dengan keputusan kontoversi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini. Keputusan Yang Arif Hakim Datuk Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar Herald untuk menggunakan perkataan "Allah" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi yang tidak sepatutnya berlaku.

Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana mahkamah penjajah Inggeris dimana hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Saya berpendapat keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malahan akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu ketenteraman dan keselamatan awam atas sebab-sebab berikut:

1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam;

2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;

3. Dengan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan dibeberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk "Allah" kecuali bagi maksud Islam;

4. Keputusan tersebut akan menyebabkan kekeliruan termasuk bagi penganut agama Kristian kerana memberi gambaran Tuhan mereka berubah nama mengikut bahasa yang digunakan. Sedangkan nama tuhan bagi tiap agama mestila konsisten tidak kira apa bahasa. Lihat agama Buddha, Yahudi, Hindu dan lain-lain. Nama tuhan mereka tetap sama tidak kira dalam apa bahasa sekalipun. Tetapi mengapa agama Kristian berubah nama Tuhannya menurut kaum dan bahasa?

5. Kekeliruan lebih serius akan berlaku dikalangan penganut agama Kristian apatah lagi bila sermon tiap hari Ahad contohnya mula menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God. Bagaimana dengan ucapan lazim penganut Kristian saperti:

"God created the world in 6 days and on the 7th day he rested"; atau "In the name of god the father, god the son and god the holy spirit" apakah ianya berubah menjadi "Allah created the world in 6 days and on the 7th day He rested"; atau "In the name of Allah the Father, Allah the son and Allah the holy spirit?" Saya telah bertanya rakan dan kenalan dikalangan penganut Kristian dan mereka sendiri melihat perkara ini sebagai memalukan agama Kristian. Ramai dikalangan penganut Kristian sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir Kristian yang beriya-iya mahukan nama Allah menggantikan nama God.

6. Ada kalangan penganut Kristian akan mula berasa ragu dan keliru dengan perubahan nama tuhan mereka. Mereka bertanya mengapa nama tuhan mereka berbeza-beza. Kenapa dalam Bahasa Inggeris disebut Jesus dan lain-lain, tetapi didalam bahasa Melayu disebut Allah. Mereka khuatir agama Kristian akan dilihat sebagai agama hipokrit kerana nama tuhan mereka boleh berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa.

7. Keputusan itu juga akan membolehkan penganut Kristian mengguna dan mempamerkan nama "Allah" digereja-gereja dan lain-lain tempat peribadatan mereka. Saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana nanti disalib-salib, di perkarangan gereja dan lain-lain nama Allah tertera. Apakah pihak gereja dan penganut kristian bersedia berbuat sedmikina? Dan tidakkah ini nanti akan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah pasti akan bertindak balas. Tidakkah mahkamah sedar gangguan terhadap ketenteraman awam yang serius akan berlaku yang akan mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

8. Kesilapan mahkamah menolak permohonan pihak Majlis Agama Islam dan beberapa NGO Islam untuk melibatkan diri (intervene) dalam prosiding tersebut telah menyebabkan mahkamah tidak mendapat maklumat dan hujahan secukupnya berkenaan dengan isu ini. Saya hairan mengapa mahkamah tidak merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan atau pihak berkuasa Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

9. Selanjutnya, tidak ada keterangan yang mencukupi dan jelas berkenaan penggunaan perkataan Allah dikalangan Kristian di Malaysia. Apakah statistik yang diguna pakai. Berapa ramai sebenarnya Melayu Kristian yang benar-benar menaggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God. Apakah sekadar menyandarkan kepada beberapa buah buku dan tulisan sudah cukup? Sepatutnya mahkamah mengambil keputusan memanggil keterangan pakar-pakar anthropologi, sejarah, bahasa dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Apa yang jelas, dalam bahasa Melayu perkataan ganti bagi God ialah Tuhan, bukannya Allah. Manakala ini berbeza dengan bahasa Arab kerana tiada perkataan God dalam bahasa mereka kecuali Allah!

10. Penyandaran terhadap Artikel 3 dengan menyatakan penganut agama kristian dijamin kebebasan dalam mengamalkan amalan agama mereka adalah jelas tidak tepat. Saya rasa kalau mahkamah meminta tinjauan dan referendum dibuat dikalangan penganut agama kristian dibuat, saya cukup pasti majoriti besar akan menolak penggunaan perkataan Allah sebagai ganti perkataan god.

Saya berpendapat kalau golongan Kristian benar-benar mahu menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God, maka saya cadangkan dilakukan perkara berikut:

1. Item pertama Rukunegara iaitu "Kepercayaan kepada Tuhan" hendaklah ditukar kepada "Kepercayaan kepada Allah" memandangkan perkataan Allah diakui sebagai gantinama God. Yang menghairankan saya, semasa penggubalan deraf Rukunegara tersebut, ada golongan bukan Islam yang membantah perkataan "Allah" digunakan atas alasan ianya nama Tuhan orang Islam, sebaliknya mendesak perkataan "Tuhan" sebaliknya digunakan!!

2. Semua sermon digereja dan penulisan Kristian hendaklah menggantikan perkataan God kepada Allah tidak kira dalam versi atau bahasa apa sermon atau penulisan tersebut digunakan. Sekiranya tidak agama Kristian akan dilihat sebagai tidak konsisten dalam soal nama ketuhanan mereka.

Saya juga menyeru dan mendesak tindakan berikut diambil segera:

1. Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat segera dan membuat fatwa dan keputusan tentang penggunaan perkataan Allah ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza, apatah lagi dikalangan orang dan kumpulan tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam. Setelah fatwa tersebut dibuat, maka semua pihak berkuasa Islam negeri hendaklah segera menggazetkan fatwa tersebut;

2. Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan segera menggubal dan melaksanakan undang-undang Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain telah lama melaksanakannya, mengapa 4 negeri ini masih belum menggubalkannya. Sekiranya Akta tersebut ujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana ianya akan menjadi suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan perkataan "Allah" untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain;

3. Pihak berkuasa agama, majlis agama, para mufti dan badan dakwah saperti YADIM dan lain-lain hendaklah segera turun ke padang dan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan golongan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh disepakati. Saya kira kegagalan pihak-pihak ini mengambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pihak kristian ini telah menyebabkan kecetekan kefahaman mereka terhadap Islam. Daripada menyibukkan diri dengan kerjaikerja tak berfaedah saparti menangkap ulama dan penceramah tak bertauliah dan lain-lain, lebih baik pihak berkuasa agama ini menumpukan perhatian kepada yang lebih serius ini.

4. Pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah memanggil golongan Kristian ini dan mengadakan dialog dengan mereka. Sekiranya KDN merumuskan penerbitan-penerbitan seperti Herald ini boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan rakyat, KDN tidak perlu teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit penerbitan mereka jika perlu.

5. Kita perlu mengkaji semula sistem perundangan kita terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah;

6. Atau sebagai alternatif, apa-apa isu yang berbangkit berkenaan Islam dalam apa bentuk sekalipun termasuk di Mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Mahkamah Syariah atau apa-apa Badan Perundangan Syariah untuk suatu keputusan; dan keputusan itu hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan wajib dipatuhi. Bagi maksud itu, suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan tersebut. Ini akan memastikan perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Rumusan:

Saya melihat kes Herald ini adalah saperti suatu ulangan kes Natrah, dimana kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar. Kalau dalam kes Natrah, kita mempunyai alasan untuk menyatakan kita tiada kuasa kerana diperintah penjajah Barat. Tapi apakah alasan yang sama kita boleh gunakan sekarang, dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai hampir 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan 2/3 tetapi merupakan majoriti mutlak! Yang sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita. Kalau dalam membela dan mempertahankan Islam dalam kes Natrah orang Melayu sanggup menggadai nyawa, apatah kita bangsa Melayu moden yang hebat serba-serbi ini tidak mampu berbuat apa-apa. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Zulkifli Noordin ialah Ahli Parlimen Kulim.

Guan Eng : SPRM Cuba Tutup Punca Kematian Beng Hock

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan SRPM membuat laporan polis terhadap pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand sebagai cubaan untuk menutup kebenaran mengenai kematian Teoh Beng Hock.


Guan Eng yang juga ketua menteri pulau pinang melihat tindakan SPRM itu sebagai cubaan memberikan tekanan terhadap pakar patalogi berkenaan yang hadir pada bedah siasat kedua ke atas mendiang pada November lalu.

Guan Eng hairan bagaimana SPRM nekad membuat laporan polis terhadap seorang pakar patologi yang hanya menjalankan tugasnya.

Guan Eng sendiri menjadi sasaran pihak berkuasa apabila beliau merujuk kepada keterangan Dr Pornthip di mahkamah yang mendakwa ada kemungkinan hingga 80 peratus Beng Hock mati dibunuh.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," kata Guan Eng.

Semalam dua pegawai SPRM membuat laporan di ibu pejabat polis Shah Alam terhadap Dr Porntip kerana kononnya beliau membocorkan maklumat hasil siasatan bedah siasat kali kedua Beng Hock.

Laporan polis juga dibuat terhadap akhbar Suara Keadilan yang memetik sumber-sumber sebagai berkata Pornthip menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menyokong teori bahawa Beng Hock dibunuh.

Sebelum ini Dr Pornthip menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.

Kenyataannya pada inkues kematian Beng Hock itu membawa kepada mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.

Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan. Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh.

Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.

Kempen Amarah Blogger 9 Januari 2010.


Oleh : AdukaTaruna

Salam seluruh blogger.
Setiap blogger mempunyai pandangan politik sendiri. Setiap blogger mempunyai Malaysia impiannya sendiri. Blogger PKR mahu memperjuangkan Malaysia Baru corak PKR secara demokrasi sihat. Nak dapatkan demokrasi sihat, maka perlu jatuhkan BN dahulu.

Blogger DAP mahu memperjuangkan Malaysian Malaysia secara demokrasi sihat. Nak dapatkan demokrasi sihat, maka perlu jatuhkan BN dahulu.

Begitu juga dengan gua. Blogger bebas yang mahu melihat Islamic State. Secara demokrasi sihat. Nak dapatkan demokrasi sihat, maka, perlulah jatuhkan BN dahulu. Bila dah dapat parlimen, dapat media, dapat Jabatan dan Majlis Agama Islam, dapat meletakkan Negara Islam dalam silibus sekolah, maka, kita menghampiri ke arah Islamic State.

Tapi, percayalah rakan blogger semua. Manusia bernama Hasan Ali inilah salah satu penyebab semua cita-cita kita berkubur. Cita-cita blogger PKR dikebumikan. Cita-cita blogger DAP dijiratkan. Cita-cita blogger PAS ditalkinkan.

Demokrasi sihat semakin jauh dari genggaman kita. Demokrasi ala BN selalu diberikan bantuan oksigen oleh golongan tertentu. Siapa? Pada 9 Januari ini, manusia yang telah memandai-mandai berjumpa gelap dengan UMNO ketika proses membentuk kerajaan negeri BR, manusia yang telah mengganggu momentum BR dalam setiap PRK yang berlaku akan mengadap Lembaga Disiplin PAS.

Gua berkempen, pada hari berkenaan, mana-mana blogger yang bersetuju, supaya memaparkan satu gambar yang membayangkan kekecewaan anda kepada manusia yang bernama Hasan Ali. Pada tarikh keramat 9 Januari, kebanyakkan blog yang berjuang mendapatkan demokrasi sihat, menunjukkan simbolik penentangan mereka terhadap Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari Tukar Tiub memaparkan gambar beliau yang sedang mengkebumikan replika Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari Topeng Perak memaparkan gambar Hasan Ali dibakar.
  • Bayangkan pada 9 Januari Penarik Beca memaparkan banner kecewa dengan Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari krew PerakExpress memaparkan gambar piket mereka terhadap Hasan Ali.
  • Bayangkan pada 9 Januari Dugong Darat memaparkan gambar beliau sedang me smack down kan replika Hasan Ali.
Kita hantar isyarat ini. Kita hantar amarah ini. Ini bukan Soal Hasan Ali dan soal PAS. Ini soal kepentingan kita mendapatkan demokrasi sihat untuk manfaat rakyat. Ini tanggungjawab blogger PKR. Ini tanggungjawab blogger DAP. Ini tanggungjawab blogger PAS. Ini tanggungjawab blogger bebas. Ini bukan soal membela dan menyokong Khalid Samad. Pergi mampos sama dia.

Jadikan tahun 2010 adalah tahun kuasa rakyat yang tulen. Tahun untuk seluruh parti politik tunduk kepada kuasa rakyat. Mulakan dengan pengkhianat Hasan Ali pada 9 Januari ini.

Lembu Punya Taik, Sapi Kena Dera

Rakyat Kelantan terus dizalimi apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan kerajaan Kelantan membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan iaitu Timbermine. Kes ini samalah dengan kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

UBN..UBN... pakar buat taik dan pakar kencing. Semua taik dibuat pada era pemerintahan mereka. Apabila taik mereka dihidu, mereka kencing pulak rakyat Kelantan, kononnya masalah bau busuk taik mereka akan dicuci dan diselesaikan tetapi itu cuma janji kosong belaka. Rakyat terus-terusan ditipu dan dikencing. Nak tau ceriter sebenarnya, baca sini.

Memang betul apa yang Tok Guru kata, UBN memang tak pandai memerintah dan menguruskan kewangan negeri. Lingkup negeri kalau mereka memerintah. Semasa PAS ambil alih pemerintahan Kelantan daripada mereka... berbillion hutang yang mereka tinggalkan. Apa Tok Guru buat?? Sebagai pemimpin kerajaan negeri yang bertanggung jawab, hutang-hutang tersebut menjadi prioriti kerajaan untuk dilangsaikan. Dan... Kerajaan Kelantan sudah hampir berjaya melangsaikan hutang-hutang tinggalan UBN kepada kerajaan pusat.

Pikirlah sendiri?? Inikah kerajaan UBN yang cekap dan bertanggungjawab. Ya.... cekap berhutang tapi culas nak bayar balik hutang mereka. Malah... pandai pulak untuk terus menambahkan hutang. Berhutang banyak... tetapi pembangunan Kelantan masa bawah mereka... tak tara mana pun. Eeeii.... ini tentu akibat sikap gelojoh para pemimpin UBN Kelantan. Terlalu banyak 'makan' , so.... banyaklah pulak buat taik!!!

Sekarang..., taik yang mereka buat, sekali lagi dibebankan pulak kepada kerajaan PAS Kelantan. Fuulaamak... RM800 juta babe. Bukan sikit duit tu. Ini zalim namanya. Tak puas-puas UBN mahu menzalimi rakyat Kelantan. Dari hutang-piutang yang ditinggalkan hinggalah kepada isu royalti minyak, sekatan bantuan dan kini isu ganti rugi balak pulak.

Sahlah UBN sebuah kerajaan yang zalim. Jangan sekali-kali kita percayakan mereka lagi. Tolak saja mereka ke dalam liang lahad..... biar hilang terus di muka bumi Allah SWT ni. Bumi Malaysia lebih sejahtera tanpa mereka!!

Don't worry... Allat SWT sentiasa bersama rakyat yang dizalimi. Lawan terus lawan. Jangan biarkan mereka membuli kita. Mahkamah Malaysia pun satu hal jugak. Kes lapok sejak dari zaman tok kadok pun tak selesai-selesai sampai sekarang. Pelik Bin Ajaib... kalau kes ada kaitan dengan taik UBN, mesti makan berkurun baru nak selesai. Malah, ada yang tak selesai-selesai hingga bertahun-tahun lamanya. Macam kes Memali. Delay.. delay... delay... supaya orang lupa. Weh... jangan haraplah orang nak lupa.

Taktik melengah-lengah ini, mesti kerja nak cover line, taik yang dibuat oleh UBN. Masa UBN memerintah tak ada keputusan dibuat.... tetapi apabila PAS memerintah, tup-tup keluar pulak keputusan Mahkamah. Macam mana nak kata mahkamah Malaysia ada intregriti dan boleh dipercayai??

Bukan sekali dua keputusan mahkamah Malaysia diragui dan dipersoalkan, tetapi... dah banyak kali. Dengan selective procecutionnya, begitu juga selective judgementnya. Ini semua hanya terdapat di negara Malaysia Bolehland!!

Walaubagaimana pun, kerajaan Kelantan akan tetap membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Apa-apa pun, sekarang semua orang dah tahu dan dapat lihat serta boleh buat perbandingan tentang cara UBN memerintah Kelantan dengan cara PAS memerintah Kelantan. Aha.. pastinya PAS lebih 'power' umphnya!!!

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Oleh Roziyah Mahamad

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.
Badrul Hisham Shaharin dalam blognya mendedahkan hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Rakyat itu dalam blognya. Tindakan ini dilakukan berikutan tindakan berdiam diri pihak berkuasa dalam isu pengiriman wang 10 juta ringgit MB itu.
16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.
Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.
Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

KUALA LUMPUR, 2 Januari : Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah rakyat berhubung jenayah mengirim wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

Badrul Hisham Shaharin dalam blognya mendedahkan hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Rakyat itu dalam blognya. Tindakan ini dilakukan berikutan tindakan berdiam diri pihak berkuasa dalam isu pengiriman wang 10 juta ringgit MB itu.

16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

Jamil: Selesaikan isu kalimah Allah ikut lunas perundangan

KUALA LUMPUR, Jan 2 – Mentri di Jabatan Perdana Mentri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom mahu mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar bantahan mereka ekoran keputusan mahkamah yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah “Allah”.

“Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, “ kata beliau dalam kenyataan mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu.

Justeru beliau meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

Jamil Khir juga berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz “Allah” merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: “Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kata beliau Jabatan Perdana Mentri akan bekerjasama dengan Kementrian Dalam Negeri akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Aziz Bari diberi amaran

Walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan penarikan diri ahli panel, namun forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus, tetap diteruskan walaupun terpaksa diadakan di koridor dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) Universi Malaya (UM) malam tadi.

Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" itu turut dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.

Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) itu terpaksa diadakan di luar dewan tersebut selepas pihak pentadbiran membatalkan penggunaan dewan kuliah untuk forum tersebut, tiga hari lalu.

Sebelum ini dilaporkan dua penyelaras BANTAH menerima ugutan dalam bentuk surat layang dan mesej SMS serta didesak membatalkan forum tersebut. Forum itu berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 9.45 malam.

Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh ketika ditemui pemberita selepas forum itu berakhir mendakwa, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Ini adalah satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik," katanya ketika mengulas penarikan diri Dr Abdul Aziz pada saat-saat akhir.

Diberi surat amaran

Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah dua kali mendapat persetujuan kehadiran pakar perlembagaan itu untuk menghadiri forum malam tadi.

Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah menyemak emelnya jam 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, beliau cuba meyakinkan Abdul Aziz supaya menghadiri majlis tersebut dengan membalas emelnya.

Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.

Dalam emel lima perenggan yang dihantar kepada Mohd Aizat yang juga exco MPMUM, Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana tidak dapat hadir sebagai ahli penal forum tersebut, selepas dikatakan mendapat surat amaran dari UIA.

Mengulas lanjut, Mohd Aizat berkata beliau bercadang untuk berjumpa dengan Dr Abdul Aziz Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung surat amaran dan bentuk tekanan yang diterima oleh tokoh akademik tersebut.

Sementara itu, ketiadaan Dr Abdul Aziz tidak mematahkan semangat BANTAH untuk menerus penganjuran forum malam tadi, yang disifatkan sebagai kemuncak penentangan pelaksanaan pengundian secara elektronik dalam pilihanraya kampus itu, yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini.

200 pelajar hadir

Forum itu mendapat sambutan hangat dengan lebih 200 pelajar yang beramai-ramai duduk bersila dan bersimpuh di atas hamparan tikar, di hadapan dewan tersebut.

Selain mahasiswa UM dan UIA, forum malam tadi turut hadir pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada ADUN Teja Chang Lih Kang, Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim manakala pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin pula menggantikan tempat Dr Abdul Aziz Bari.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, salah seorang tertuduh dalam kes menconteng dan cubaan membakar dewan kuliah API, beberapa bulan lalu.

Dalam majlis itu juga, pihak MPMUM dan Pro-M, masing-masing mengedarkan risalah kepada hadirin, yang menyatakan sebab mereka membantah penggunaan e-undi.

BANTAH juga turut menggantungkan kain rentang di dewan kuliah tersebut untuk mengumpul tandatangan pelajar yang membantah pelaksanaan sistem tersebut.

Augustine Paul, hakim kes Anwar meninggal dunia...!! Tak Relevan lansung bagi Musa dan Ghani..????



ADA 2 PAKAR HUJAH ZAMAN HAKIM HACKS

KUALA LUMPUR, Jan

2 – Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini.

Mendiang berusia 64 tahun.

Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama.

Upacara pengebumian akan berlangsung esok.

Ahmad: Kempen Umno Pengkhianat Rakyat kesilapan


PAS HULU SELANGOR, Jan 2 – Umno mengecam PAS kerana mahu memperlekehkan program Umno Juara Rakyat yang akan dilancarkan Jan 9 ini dengan kempen Umno Pengkhianat Rakyat yang secara kebetulan akan diadakan pada hari yang sama di negeri yang sama.

“Mereka tidak wajar (buat demikian),” kata ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Umno sedang berusaha untuk “mendekati rakyat tetapi PAS pula bertindak secara negatif dengan menyerang kami.”

“Itu kesilapan mereka ... biarkan mereka,” kata beliau sambil menambah rakyat akan akhirnya menilai mereka.

Selangor merupakan antara negeri yang hilang dari tangan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Minggu lalu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad mendakwa Umno kian tertekan dengan agenda kempen mereka Umno Pengkhianat rakyat yang akan dilancarkan minggu depan.

Kedua-dua parti akan melancarkan program berlawanan matlamat di negeri yang sama dan pada tarikh yang sama. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi perhubungan negeri Selangor akan melancarkan secara rasmi program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Jan 9.

Program Umno Juara Rakyat akan diteruskan sehingga pilihan raya umum ke-13. Kempen Umno Pengkhianat Rakyat pula akan dilancarkan pada Seminar Penerangan Isu-isu Semasa PAS di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ditanya mengapa lokasi di kawasan Hulu Selangor dipilih untuk majlis perasmian program itu, Ahmad berkata ia adalah permintaan Perdana Menteri yang ingin turun padang bertemu masyarakat.

“Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang,” katanya.

Ahmad memberitahu program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Ahmad menambah Umno negeri akan melaksanakan program itu secara bergilir-gilir setiap bulan bermula di Selangor mengikut tema tertentu manakala semua 191 bahagian Umno di seluruh negara akan melaksanakan program Umno Juara Rakyat pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam pada setiap minggu.

Antara perkara yang diberi tumpuan ialah mengenai pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, sejarah Umno dan juga BN, katanya.

Beliau berkata pelancaran program berkenaan pada Jan 8 hingga 10 dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang yang terdiri daripada anggota Umno, parti komponen BN dan penduduk sekitar.

Sebanyak 125 gerai pameran melibatkan 100 pengusaha swasta dan individu akan disediakan selain pelbagai aktiviti menarik lain seperti majlis Forum Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jan 8.

Rakyat Diseksa, Raja Gula Baru Gembira

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Lee Boon Chye mengatakan bahawa kenaikan harga runcit gula bagaikan "Hadiah Tahun Baru" yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata, impak daripada kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi naik berlaku dalam negara. Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggung semua kos kenaikkan tersebut tetapi bukannya pengeluar.

Beliau memberikan pandangan setelah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengesyaki bahwa polisi ini dilaksanakan khususnya sebagai "Hadiah" kepada Raja Gula yang baru di negara kita.

Lee Boon Chye (gambar kiri), yang juga ahli Parlimen Gopeng berkata, pada tahun 2009 Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Ismail pernah berkata subsidi gula akan diperincikan, laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Akan tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa tersebut ternyatanya kredibiliti kerajaan Barisan Nasional harus dipertikaikan.

"Slogan 'Satu Malaysia, Rakyat didahulukan' menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia sahaja, kini rakyat semakin diseksakan," kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga dikeluarkan daripada skim barangan kawalan harga. Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei yang akan datang. Dijangkakan bahawa tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana mencetusnya cabaran inflasi semakin melambung naik.

*Kenyataan media oleh Lee Boon Chye selaku ahli parlimen Gopeng, merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Isu 800 juta : PAS Jadi Mangsa - TGNA

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta disebabkan kelemahan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upaya tadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.

“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.

Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa dari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

"Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya. -SH

Lembaga Disiplin PAS belum buat keputusan

Pengerusi Lembaga Displin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan media kononya Lembaga Displin PAS telah membuat keputusan mengambil tindakan disilpin terhadap beberapa orang pemimpin PAS Selangor.

Menjawab satu soalan yang dikemukakan dalam Foram Perdana, dekat sini kelmarin, beliau berkata apa yang dilapor media dan blog adalah bohong kerana belum ada keputusan dibuat dalam isu berkaitan oleh lembaga displin yang diketuainya.

“Semua laporan media itu bohong belaka kerana belum ada keputusan dibuat mengenainya,” kata beliau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS sebelum ini memberitahu, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Ekoran itu jawatankuasa akan memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya, Khalid Samad bulan ini.

Khalid dan Hassan Ali masing-masing akan dipanggil memberi keterangan di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur pada 7 dan 9 Januari ini.

Bagaimanapun beliau memberitahu, proses memanggil kedua-duanya memberi keterangan adalah pproses biasa.

Beliau sebelum ini juga meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

Tiada masalah orang Islam bangsa lain, jadi MB

Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa orang bukan Melayu beragama Islam boleh menjadi menteri besar.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berpendapat, perkara itu wajar asalkan individu tersebut mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam.

"Calon Menteri Besar atau pemimpin bagi kerajaan yang berteraskan Islam, calon itu mestilah mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam.

"Ini kerana sebagai menteri besar dan pemimpin, perlu memutuskan satu-satu perkara berdasarkan kepada syariat dan hukum," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat sempena pembukaan Bazar Tengku Anis di sini kelmarin.

Beliau berkata, dalam sejarah Islam itu sendiri, aspek 'bangsa' itu adalah sebagai satu yang tidak pernah diambil kira oleh Rasulullah s.a.w .

"Bahkan dari segi ilmu, Hadis Nabi saw sendiri menyebut (bahawa) disaran supaya menuntut ilmu walau pun sampai ke negeri Cina. Itu dari segi ilmu.

"Dalam Islam, setakat yang saya faham, tidak pernah ada syarat untuk menjadi pemimpin itu mesti (dari) bangsa-bangsa tertentu," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong.

Menteri Besar baru-baru ini menyatakan kesediaan Kerajaan Kelantan untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Beliau berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah negeri Kelantan pada 1990.

Mengikut dasar Islam, kata Nik Aziz, calon Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu itu layak dijadikan pemimpin asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya.

Beliau turut menempelak pemimpin Umno yang taksub terhadap bangsa sendiri apabila menolak saranan tersebut dan menyifatkan Umno pada masa akan datang tiada tempat dalam politik negara, malahan imej Umno pada kacamata masyaakat Cina lebih buruk.

Turut menyokong pandangan Menteri Besar Kelantan itu, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali .

Malah Mustafa mencadangkan ianya bukan sahaja untuk Menteri Besar Kelantan saja, bahkan membabitkan pemimpin utama negara.

Mengulas perkembangan perniagaan dijalankan para peniaga di negeri ini membabitkan peniaga di Pasar Buloh Kubu, Bazar KB Mall dan terbaru Bazar Tengku Anis di sini, Takiyuddin berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk mewujudkan satu suasana yang kondusif serta selesa.

Peranannya tersebut bukan saja perlu dimainkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan pihak Kerajaan Negeri, bahkan membabitkan semua jabatan dan agensi berkaitan.

"Pada masa sama, pihak peniaga perlu mengambil inisiatif melariskan perniagaannya, Kerajaan hanya memberi pandangan dan galakan di samping menyediakan kemudahan dan cara (facility), keselamatan, kebersihan dan keceriaan, bahkan MPKB-BRI sendiri amat bertoleransi dengan para peniaga,' katanya.

Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng

Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Pemuda PAS gesa KDN rayu tapi mahu jumpa gereja Katolik

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 2 — Dewan Pemuda PAS berkata ia menghormati keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah "Allah" tetapi pada masa yang sama mahu Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan dengan segera.

Sehubungan itu sayap pemuda PAS itu juga mahu kerajaan melantik hakim yang berwibawa dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam soal agama Islam dan Kristian untuk mendengar rayuan.

"Kami menghormati keputusan mahkamah. Dengan itu kami mahu Kementerian Dalam Negeri segera membuat rayuan dan memohon (pelantikan) hakim yang mempunyai kewibawaan tinggi untuk mengendalikan kes ini.

"Kami berharap, oleh kerana isu ini berkait dengan sensitiviti agama Kristian dan Islam negara ini, maka kami berharap hakim yang dilantik nanti mestilah mereka yang memahami selok-belok agama Kristian dan Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun Nasrudin berkata pihaknya yakin isu terbaru ini boleh ditangani dengan baik.

"Dan, kami (Dewan Pemuda PAS) akan membuat siri penyelesaian untuk mengelakkan ketegangan antara agama di negara ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nasrudin memberitahu pihaknya berhasrat untuk mengadakan pertemuan dialog dengan pemimpin-pemimpin agama Kristian di negara ini bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah "Allah" dengan cara yang baik.

"Kami juga akan membuat penjelasan mendalam kepada umat Islam negara ini mengenai isu ini.

"Kepada umat Islam negara ini, saya meminta agar jangan bertindak di luar semangat kewibawaan sebagai Muslim kerana isu ini boleh ditangani dengan baik," kata beliau sambil mempertikaikan sebab pihak gereja Katolik mahu menggunakan kalimah "Allah" di rumah ibadat dan terbitan mereka pada masa sekarang.

"Kalimah Allah memang digunakan oleh masyarakat Kristian di beberapa negara Arab tetapi di Eropah dan Malaysia ia tidak digunakan sekian lama tetapi mengapa sekarang... ini yang menimbulkan kekeliruan," katanya lagi.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.

Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan "Allah" kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, kata Lau.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dipetik Utusan Malaysia meminta semua pihak bertenang dan tidak bertindak terburu-buru berlandaskan emosi semata-mata.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata keputusan mahkamah masih lagi tertakluk kepada proses pengadilan yang lebih tinggi di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menurut Khairy, telah menyatakan bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

"Saya harap semua pihak dapat menunggu proses rayuan diselesaikan," katanya.

Beliau mengakui perkara tersebut amat sensitif kepada umat Islam dan Pemuda Umno amat khuatir ia boleh mengundang kepada keadaan yang lebih tegang.

Dalam pada itu, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi sangat menyedihkan kerana pada pandangannnya ia mengetepikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Apakah keputusan mahkamah ini juga membatalkan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang agama lain dari menggunakan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah?" kata beliau dalam tulisan blognya.

Kata beliau, sungguhpun masih ada ruang rayuan, namun keputusan ini menunjukkan satu isyarat kepada orang Melayu dan Islam bahawa segala status quo mereka boleh berubah bila-bila masa apabila ada orang Islam sendiri menjadi pengkhianat dan menyokong kumpulan yang mahu melemahkan kedudukan Islam di negara ini.

Putar belit, bagaimana Anwar Ibrahim begitulah Lim Guan Eng — Dr Novandri Hasan Basri

JAN 2 — Penulis ingin merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan tidak adil kerana negeri Pulau Pinang hanya menerima RM794 juta dalam bentuk geran persekutuan dalam tempoh 8 tahun walaupun negeri tersebut telah menyumbang RM25,670 juta dalam bentuk cukai dan duti kastam.

Jika sekali imbas, kenyataan Lim Guan Eng itu boleh membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Pulau Pinang terhadap kerajaan pusat. Ianya seperti menyimbah minyak ke api!

Masalahnya ialah rasa tidak puas hati ini menjadi lebih marak jika kita tidak benar-benar faham tentang mekanisme “legislative powers” dan klaus-klaus penting di dalam perlembagaan yang bersangkut paut dengan perhubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Ramai di antara kita yang tidak akan mendalami isu yang cuba dilontarkan oleh Lim Guan Eng Sosialis itu, malah menerima pandangan Guan Eng tanpa soal periksa.

Dari perspektif ilmiah, “pendedahan” Lim Guan Eng itu sebenarnya membuktikan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai kapasiti untuk memahami proses dan obligasi kerajaan persekutuan. Guan Eng tidak faham tentang Perkara 9 dan Perkara 10 di dalam Perlembagaan Malaysia.

Dalam erti kata yang lain, Lim Guan Eng telah mengaibkan diri beliau sendiri dan jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tiada kemampuan untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.

Adalah sungguh memalukan jika Ketua Menteri tidak tahu menahu tentang perkara asas dan fundamental di dalam kerangka pentadbiran negeri.

Untuk perhatian Lim Guan Eng, geran Persekutuan di Malaysia diagihkan berdasarkan kepada garispanduan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

1. Di dalam Perkara 9 Perlembagaan ini, butiran terperinci mengenai pengagihan kuasa dan tanggungjawab di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, boleh didapati.

2. Perkara 10 Perlembagaan ini pula menjelaskan tentang pengagihan hasil. Mengikut Perkara 10 ini, cukai pendapatan, hartanah, hakmilik terhadap cukai perolehan modal, cukai perdagangan antarabangsa dan juga cukai pengeluaran dan penggunaan, semuanya disalurkan kepada kerajaan persekutuan.

3. Kerajaan negeri dibenarkan untuk mengutip hasil cukai dari sumber semulajadi contohnya dari tanah, hutan dan lombong (Kecuali hasil petroleum, dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974).

Dalam hal ini, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang besar. Dan negeri ini banyak bergantung kepada perindustrian dan perlancongan, dua sektor utama yang dimaksudkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan.

Akan tetapi ianya tidak bermaksud bahawa kerajaan persekutuan tidak prihatin seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng.

4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menerangkan bahawa kerajaan persekutuan dipertanggungjawabkan untuk memberi 2 geran utama kepada kerajaan negeri, iaitu geran permodalan (capitation grant) dan geran jalan negeri (state road grant).

Geran permodalan diberikan berdasarkan saiz populasi sesebuah negeri manakala geran jalan negeri pula diberikan berdasarkan saiz geografi sesebuah negeri.

5. Selain daripada 2 geran yang disebutkan ini, kerajaan negeri juga berhak kepada lebih kurang 10 jenis cukai perkongsian bersama dan levi.

Contohnya, hasil petroleum, cukai eksport bijih timah, besi dan galian yang lain juga dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak 10%.

Apakah Lim Guan Eng tahu tentang cukai perkongsian dan levi tersebut?

Atau, beliau baru mahu membuka dokumen-dokumen kerajaan negeri kerana tidak arif mengenainya?

Seperti yang penulis katakan, negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi yang signifikan.

Dan kita perlu tahu bahawa penyaluran wang ke negeri Pulau Pinang tidak hanya melalui satu sumber sahaja seperti yang dibayangkan oleh Lim Guan Eng.

Hak negeri Pulau Pinang masih disalurkan dalam pelbagai bentuk yang tidak semestinya melalui kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Mungkin yang memeningkan kepala Guan Eng sebenarnya ialah cara untuk mendapatkan wang untuk membiayai segala janji-janji kosong DAP kepada rakyat Pulau Pinang pada PRU-12 yang lepas! Dan sehingga kini, beliau masih gagal untuk menarik pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang dengan jayanya.

Seperkara lagi, penulis tersenyum sinis dengan kenyataan Lim Guan Eng yang merujuk pandangan sifu beliau, Lee Kuan Yew. Tindakan beliau itu jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP masih berkiblatkan Lee Kuan Yew dan republik Singapura.

Guan Eng, Lee Kuan Yew is history and has no say to our beloved country.

Dan tindakan Lim Guan Eng sengaja menimbulkan isu di atas juga jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng cuba mengalih kritikan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau dengan menyalahkan pihak lain!

Modus operandi Lim Guan Eng itu mungkin berhasil pada permulaan beliau menjadi Ketua Menteri. Tetapi kini, rakyat Pulau Pinang telah dapat membaca taktik tersebut dan Guan Eng tidak mungkin akan dapat menjawab lagi!

Bagaimanapun, penulis tertarik dengan penekanan Guan Eng Sosialis terhadap "hanya menerima RM794 juta dalam bentuk geran persekutuan dalam tempoh 8 tahun"

Penekanan “8 tahun” itu jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng sebenarnya mahu mengheret parti Gerakan dan MCA di dalam isu ini.

Guan Eng cuba memerangkap parti-parti tersebut untuk sama-sama DAP Sosialis untuk mengatakan ketidakpuashatian terhadap pengagihan hasil negeri @ sistem Perlembagaan Malaysia.

Penulis menyarankan agar parti Gerakan dan MCA tidak terikut dengan tarian DAP itu.

Realitinya, Lim Guan Eng telah gagal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang produktif, inovatif dan mampu membawa negeri Pulau Pinang ke tahap yang sepatutnya.

Apa tidaknya, selama ini modal Lim Guan Eng hanyalah kritikan, kelas ekonomi kapal terbang dan air liur beliau sahaja! — pemudaumno.org.my

PESANAN BUAT BLOGGER - KITA TIDAK MAMPU LAGI BERPECAH


Oleh: WFAUZDIN NS

MEMASUKI tahun baru 2010, nampaknya gelodak di dalam parti alternatif orang-orang Melayu yang menyokong Islam iaitu PAS kini semakin hilang. Isu Kerajaan Perpaduan telah mula dilupakan walau pun beberapa blog cuba untuk memanaskan kembali isu ini. Saya tidak menyalahkan blog-blog berkenaan kerana saya faham kesemua mereka amat bimbang jika PAS termakan dengan tipu daya Umno. Isu kepimpinan PAS di Kelantan telah dapat ditangani oleh Mursyidul Am PAS selaku MB Kelantan dengan bijak. Beliau telah menunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin yang bersedia menerima teguran dan nasihat terutamanya dari pimpinan PAS Pusat. Mursyidul Am telah membuktikan Wala' kepada pemimpin wajib ada selagi pemimpin itu memberikan pandangan dan nasihat yang benar.

Apabila melihat PAS kini mula melupakan isu Kerajaan Perpaduan, Umno masih mengharapkan agar PAS Kelantan kucar kacir kerana runtuhnya PAS di Kelantan maka akan runtuhlah PAS di mana-mana bumi Malaysia ini. Tunjang kekuatan PAS di negara ini terletak di Kelantan, senang kata kubu PAS atau markas pertahanan PAS adalah di Kelantan. Maka, tidak hairanlah berbagai propaganda dan tektik perang saraf telah cuba dilakukan oleh Umno terhadap PAS Kelantan. Alhamdulillah, PAS Kelantan mampu bertahan.

Apabila kita merasa lega dengan situasi ini, kini kita melihat pula suasana yang tidak begitu menyenangkan. Sejak kebelakangan ini, blogger atau pengendali laman web pro PR atau pro PAS `berperang' sesama sendiri. Blog masing-masing digunakan untuk menyindir, menuduh dan memburukkan blog yang lain. Mungkin ada di antaranya yang ditulis itu benar, tetapi apakah kebenaran itu dapat membantu kita memperkuatkan PR terutamanya PAS? Blog yang merasa mereka dituduh dan dihina, tentunya akan bertindak mempertahankan diri. Maka, keluarkan berbagai bahan dan fakta untuk membuktikan mereka benar sehingga ke tahap bersumpah. Apa yang mendukacitakan, segala kebenaran dan fakta itu sebenarnya adalah aset bagi Umno untuk menyerang kita kembali. Bijakkah kita bertindak sedemikian?

Di saat blog atau web pro Umno semakin lesu, kita berperang pula sesama kita. Tidak dapat dinafikan ada di antara blogger yang mudah di`beli' atau diumpan untuk menulis sesuatu berita. Tetapi berbaloikah kita dengan jumlah yang kita perolehi sedangkan parti yang kita sokong akhirnya akan musnah? Blog yang mengkritik pimpinan dengan jujur perlu ada tetapi tentunya ada batasan yang kita mesti patuhi. Perkelahian yang berpanjangan secara terbuka tidak akan menguntungkan kita.

Mudah-mudahan kita bermuhasabah dan berkorban demi untuk kepentingan parti yang kita sokong dan sayangi ini. Jalan kita masih jauh, kita tidak mampu lagi berpecah.

Zahid: Serah pada A-G tentukan tindakan enjin hilang


Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Jan 2 — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Peguam Negara (A-G) untuk tindakan susulan berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Zahid menegaskan secara perundangan mustahil bagi beliau untuk mengulas isu itu lagi memandangkan kertas siasatan sudah pun diserahkan oleh pihak polis kepada Jabatan Peguam Negara.

"Keseluruhan siasatan terletak di tangan polis dan mereka sudah pun menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Jadi hanya beliau (Tan Sri Abdul Gani Patail) mempunyai kuasa untuk mengulas isu ini sekarang," kata Zahid selepas melancarkan penggal baru program khidmat negara di sini.

Khamis lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya sudah menghantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM kepada Jabatan Peguam Negara setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci.

Ia dihantar Selasa lalu.

"Kita perlu menunggu mereka untuk tindakan seterusnya," katanya.

Musa mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Minggu lepas, Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.

Gani menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai "perkara serius", dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.

2009 : PAKATAN RAKYAT MEMUSNAHKAN HARAPAN RAKYAT

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt


Tahun 2009 telah pun menutup tirainya. 2009 banyak meninggalkan kenangan peristewa-peristewa suka-duka, pahit-manis perjuangan menentang kezaliman UMNO setengah abad yang lalu. Semuanya itu telah m
enjadi bahan sejarah yang akan dikaji oleh genarasi akan datang. Kini, tahun 2010 menjelma yang pastinya akan melakarkan sejarah hitam-putih kehidupan rakyat, Islam, bangsa dan Negara.


Sepanjang tahun 2009, keadaan politik di negara ini sentiasa tegang, panas dan menimbulkan berbagai kontroversi di antara Pakatan Rakyat [PR] dan Barisan Nasional [baca: UMNO]. Terdapat banyak isu yang dicetuskan oleh kedua-dua pakatan politik ini. Di satu pihak [PR] berjuang untuk mendapatkan kuasa, manakala UMNO [BN] berjuang untuk mengekalkan kuasa. Rakyat menjadi sandarannya.


Membuka tirai tahun 2009, PR tersenyum bangga dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terangganu pada bulan Januari dan diikuti 7 pilihan raya kecil lagi berikutnya. Sebanyak 9 pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum 2008, Kebanyakan keputusannya menunjukkan bahawa UMNO [bermaksud BN juga]masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. UMNO tewas dalam 6 pilihan raya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.


Dari 9 pilihan raya kecil yang diadakan, PR boleh tersenyum lebar. Pakatan melalui PAS memenangi 4 kerusi [Kuala Terangganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir dan Manik Urai], manakala PKR memenangi 3 kerusi [Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau].UMNO hanya menang dua kerusi sahaja, iaitu di Batang Ai, Serawak [kawasan ulu, kad
ar buta huruf tinggi, miskin dan mundur] dan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Di negeri dan di kawasan yang rakyatnya masih ramai yang jahil tentang hukum-hakam beragama dan manifestasi politik yang benar.


Mereka telah memilih bapak perasuah yang dikatakan banyak berjasa kepada rakyat. Mereka menolak calon PAS yang bersih daripada segala kekotoran yang menjadi budaya para pemimpin UMNO lakukan, mengamalkan rasuah, ambil komisyen, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk mengejar kemewahan hidup. Keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Isa Samad menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon akibat daripada kejahilan yang mereka anuti.


Hasil analisis keputusan pilihan raya kecil di Bagan Pinang menunjukkan bahawa 67% pengundi Melayu menyokong Isa [UMNO], manakala 73% pengundi bukan Melayu turut berbuat sedemikian. UMNO mula mendabik dada, melalui media massa yang dikawalnya memberi gambaran bahawa UMNO kini kembali diterima rakyat. Kebetulan selepas pilihan raya kecil tersebut, UMNO mengadakan perhimpunan tahunannya. Dalam perhimpunan itu, kemenangan Isa disambut penuh kegembiraan dan Pakatan Rakyat dihina, diperlekehkan, diejek dan dipersenda-sendakan. Mereka terlupa bahawa kemenangan tersebut adalah hasil sumbangan terbesar daripada undi tentera dan mereka berkempen ala gengstar, ganas dan menggunakan kaedah 3 M yang selalu mereka amalkan dan telah diangkat sebagai budaya mereka dalam setiap kali ada pilihan raya.


Sebaliknya, di pihak Pakatan keputusan tersebut diterima dengan hati yang terluka dan bercadang untuk mencabar keputusan tersebut di mahkamah bagi membongkar segala penyelewengan yang UMNO lakukan dalam proses pengundian tersebut. Keputusan itu menimbulkan berbagai kritikan pro dan kontra terhadap masa depan Pakatan Rakyat. Ia amat membimbangkan kerana UMNO ada kaedah tertentu untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya. Kesan dari kekalahan tersebut telah mencetuskan krisis dalaman PAS yang agak kritikal di antara dua kelompok dalam PAS. Satu pihak bersikap pro kepada UMNO yan
g berminat untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan perpaduan. Kelompok ini diketuai oleh Presiden dan disertai oleh Timbalan Presiden, Timbalan Mursyidul Am, beberapa kerat di kalangan AJK PAS pusat, kepimpinan PAS Terangganu dan termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor.


Manakala satu kelompok lagi menentang sebarang usaha untuk berkerjasama dengan UMNO. Kelompok yang diketuai Presiden ini mendapat tentangan paling hebat sebarang cubaan untuk PAS mengadakan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Ia diketuai oleh Mursyidul Am sendiri sehinggakan beliau mencadangk
an PAS mengadakan muktamar khas bagi membicangkan perilaku beberapa pemimpin PAS yang menjadi tali barut UMNO. Isu ini berakhir dengan PAS mengadakan Seminar Memperkasa Parti sehari di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar pada 7 November lalu.


Keghairahan Pakatan Rakyat untuk mengejar kuasa dan mendaki Putrajaya terhenti seketika kerana masing-masing sibuk berbahas di parlimen mengenai bajet 2010. Begitu juga dengan negeri-negeri juga turut sibuk dengan pembentangan dan perbahasan bajet masing-masing. Krisis rampasan kuasa di Perak yang didalangi oleh Najib Tun Rasak, kes kematian Teoh Beng Hock angkara SPRM bertindak melebihi tindakan yang pernah dilakukan oleh mossad Israel, skandal PKFZ dan institusi mahkamah diperalatkan oleh UMNO khususnya penyelesaian kes perlembagaan di Perak kurang diberi perhatian kerana masing-masing sibuk dengan tugas rasmi menghadiri siding dewan.


Tiba-tiba, malam 14 Disember 2009, peluang keemasan untuk merebut kuasa dari tangan UMNO yang sudah memerintah 52 tahun telah menjelma di hadapan mata. Peluang sebegini tidak akan muncul lagi, walaupun 1000 tahun akan datang. Pakatan Rakyat benar-benar tolak tuah. Rezeki datang bergolek, tetapi akibat angkara sebahagian para pemimpin Pakatan Rakyat yang melarikan diri daripada medan perang, yang mana perang belum lagi tamat mendatangkan padah kepadanya. Pakatan Rakyat terlepas peluang merebut kuasa dari tangan UMNO.


Proses pengundian untuk meluluskan bajet 2010 kerajaan pimpinan Najib Tun Razak hanya diluluskan dengan majoriti 3 undi sahaja. 66 orang [UMNO/BN] menyokong dan 63 orang daripada Pakatan Rakyat [PAS, PKR dan DAP] menentang bajet tersebut. Bajet 2010 hampir-hampir tidak diluluskan kerana terdapat perbezaan undi yang tipis antara penyokong kerajaan dan Pakatan Rakyat. Dari segi komposisi, BN mempunyai 137 wakil [70 orang wakil tidak hadir] di Dewan Rakyat berbanding 82 Pakatan Rakyat [18 orang wakil tidak hadir] dan tiga anggota Bebas. Berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan, maka kerajaan UMNO akan hilang kuasa dan parlimen terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.


Saya menganggap 70 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir itu adalah sebahagian daripada gerakan untuk memsebotaj pentadbiran Najib, tetapi isyarat ini tidak dapat dihidu oleh 18 [PAS-4, PKR-7 dan DAP-7] orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir itu bagi acara penutupan perbahasan bajet 2010 yang memakan masa lebih daripada dua bulan [mulai 23 Oktober]. Adalah malang sekiranya wakil-wakil rakyat Pakatan tidak menyedari bahawa penghujung perbahasan mengenai bajet 2010 memerlukan proses pengundian untuk meluluskannya yang mereka perlu hadir bagi mengambil bahagian dalam proses pengundian tersebut. Apa pun alasan yang diberi, kesimpulan yang boleh dibuat oleh rakyat ialah mereka lebih mementingkan urusan peribadi diri masing-masing daripada urusan rasmi di parlimen yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.


Analoginya mudah, permainan bola sepak belum tamat, tetapi pihak lawan telah memberi satu peluang keemasan menjaring gol untuk menang tanpa ada halangan. Mereka bertindak keluar padang lebih awal bersama-sama dengan penjaga gol sekali sebelum pengadil peniup wisel penamat, hanya tinggal beberapa pemain yang kurang upaya dan yang mengalami keceraan berada di tengah-tengah padang. Malangnya, Pakatan tidak mengambil kesempatan ini untuk menjaring gol. Pemain kita culas, malas dan curi tulang tidak masuk padang yang dikosongkan. Pakatan tidak terdaya menjaring gol kerana kekurangan pemain, walaupun pintu gol ternga-nga luas. Pakatan Rakyat gagal.


Peristewa ini juga mengingatkan saya peristewa perang Uhud. Peperangan ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun ke 3 Hijrah di Bukit Uhud sebelah utara bandar Madinah. Orang-orang Quraisy telah menggerakkan seramai 3,000 orang angkatan bersama-sama dengan tentera bersekutunya untuk membalas dendam terhadap umat Islam dan menebus kembali kekalahan mereka yang sangat teruk di dalam peperangan Badar.


Nabi saw keluar bersama-sama dengan angkatan tentera baginda ke medan Uhud. Baginda menjadikan Bukit Uhud berada di belakang angkatan tentera baginda dan musuh berada di hadapannya. Baginda membuat pemeriksaan yang rapi terhadap kawasan peperangan tersebut dan mendapati bahawa bahaya akan datang dari arah belakang tentera. Lalu baginda menyediakan seramai 50 tentera dari kalangan pemanah-pemanah yang mahir.


Pasukan ini diketuai oleh Abdullah bin Jubair Al-Ansari di mana mereka ini diperintahkan supaya mengambil tempat yang strategik di atas puncak Bukit Uhud yang berada di belakang mereka. Ekoran dari peristiwa inilah bukit ini dinamakan dengan Bukit Pemanah. Kemudian tentera memberi kata putus kepada mereka: Peliharalah belakang kami dan kami juga tidak akan memberikan peluang kepada mereka menyerang dari belakang kamu. Baginda memerintahkan kepada mereka supaya memanah orang-orang musyrikin dengan menggunakan anak panah dan mereka tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan tempat mereka samada umat Islam mendapat kemenangan atau umat Islam mengalami kekalahan kerana kedudukan lokasi tersebut yang sangat bahaya. Memandangkan perkara ini sangat penting, baginda mengulangi arahan tersebut beberapa kali.


Semasa berlaku peperangan, pada peringkat awal umat Islam mendapat kemenangan tetapi oleh kerana sikap mereka yang tergesa-gesa merebut kemenangan dan mereka tidak bersabar malah mereka menyangka bahawa peperangan telah tamat, orang-orang yang berada di medan meninggalkan peperangan dan mereka mula menghimpunkan harta ghanimah serta orang-orang yang berada di atas bukit pula membelakangi perintah Nabi saw dan perintah panglima mereka Abdullah bin Jubair di mana mereka meninggalkan tempat-tempat mereka untuk bersama-sama mengumpul harta ghanimah.


Melihat keadaan tersebut, Khalid bin Al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam terus merebut peluang tersebut, menyerang dengan menggunakan tentera berkuda dari belakang menggunakan kesempatan yang terbuka secara tiba-tiba kerana tentera pemanah meninggalkan tempat mereka menyebabkan beliau berjaya menukar perjalanan peperangan dari kemenangan umat Islam kepada kekalahan umat Islam dengan menggunakan gerakan ketenteraannya.


Ternyata peperangan tersebut memang berakhir dengan kekalahan teruk bagi umat Islam di mana seramai tujuh puluh orang tentera yang gugur syahid. Peristiwa tersebut menjadi pengajaran yang sangat kuat bagi umat Islam. Allah telah menurunkan ayat Al-Quran sebanyak lebih dari enam puluh potong ayat di dalam surah "Aali Imran" mengenai keadaan tersebut sambil menjelaskan kepada mereka faktor-faktor yang mencetuskan tragedi yang telah berlaku dan kekalahan tersebut adalah kerana mereka melanggar perintah Rasulullah saw dan terlalu tamak untuk mengumpulkan harta.


Jadi, peristewa perang Uhud berulang kembali terhadap Pakatan Rakyat, di mana 18 Ahli Parlimennya meninggalkan medan perang, walaupun Penasihat parti PKR [Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia], Presiden PAS dan Penasihat DAP masih tetap di medan perang, ke sana ke mari, resah, kelam kabut mencari-cari pemain yang sudah melarikan diri dan tidak menghadirkan diri dalam proses pengundian yang masih dijalankan [peperangan sengit masih berlaku].


Dengan apa alasan sekali pun [kecuali yang benar-benar uzur dan yang digantung], rakyat sebagai penonton tidak mudah boleh dimaafkan begitu sahaja. Rakyat yang amat benci dan meluat dengan kerakusan UMNO yang telah berkuasa sejak sekian lama amat marah terhadap sikap malas, culas dan lalai yang amanah dipertanggungjawab di atas bahu mereka. Mereka telah mensia-siakan peluang yang ada dihadapan mata.


5 tahun sekali mereka datang bertemu rakyat, merayu undi kononnya untuk mendapatkan kuasa untuk membentuk kerajaan. Melalui kuasa, Pakatan kononnya boleh membela rakyat, bangsa, agama dan negara, tetapi apabila undi diberi dan mereka diangkat sebagai wakil rakyat, mereka sendiri mengagalkan usaha merebut kuasa dan membentuk kerajaan mengambil alih kuasa daripada UMNO.


Sebagai kesimpulannya, Allah swt masih sayang pada Najib Tun Razak, saya yakin sungguh pun Najib diserang setiap hari dari segenap peluru, tetapi pastinya di dalam sanubarinya terdapat sekelumit keikhlasan dalam perjuangan, oleh sebab itu Allah swt tetap mengekalkan kerajaannya dan mengelak beliau dari menanggung malu. Berbanding Pakatan Rakyat, Allah swt menurunkan sedikit penyakit ‘kelalaian, malas dan cuai’ serta diberi kedudukan dalam zon selesa untuk terus meninggalkan perjuangan dalam saat-saat yang amat genting dan amat memerlukannya. Pakatan Rakyat perlu banyak bermuhasabah kenapa pertolongan Allah tidak tiba di saat-saat yang amat diperlukan.


Tarikh 14 Disember 2009 telah meninggalkan titik hitam dalam perjuangan Pakatan Rakyat kerana kegagalannya merebut kuasa daripada tangan UMNO tanpa perlu berjuang dalam pilihan raya, hanya melalui undi tidak percaya di parlimen. Walau pun kuasa hampir dalam genggaman, namun Pakatan Rakyat tetap gagal memunafaatkannya peluang yang ada. Ia sekali gus menghilangkan keyakinan rakyat [khususnya pengundi atas pagar] terhadap Pakatan Rakyat. Pakatan telah menghancurkan impian dan harapan rakyat yang menyokongnya selama ini.


Kepada yang terlibat-tiada maaf bagi mu.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”