SHAH ALAM 1 OKT Ketua Cabang Kota Raja, Dr. Xavier Jayakumar menggesa pemimpin dan ahli PKR bersatu bagi memperkukuh kedudukan parti dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang mengekal jawatan pada pemilihan peringkat cabang baru-baru kesal dengan kekecohan Ahad lalu tapi meminta ahli mencorak semangat baru dan mengenepikan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
"Saya mahu menyatukan semua pihak. Orang sudah telefon saya. Saya mahu kerjasama dan berbincang mengukuhkan parti. Kita sudah siap sedia untuk pilihan raya ke-13 supaya ketiga-tiga kerusi dalam Kota Raja," katanya.
Beliau mengulas susulan masalah yang berlaku pada pemilihan cabang berkenaan hingga menimbulkan kontroversi dan pertikaian antara calon.
Bercakap kepada TV Selangor, Xavier mengesyaki ada pihak tidak bertanggungjawab yang merancang mencetuskan kekecohan kerana modus operandi hampir sama berlaku di cabang lain.
Menyangkal ada pihak yang sengaja mahu melaga-lagakan antara pemimpin PKR, beliau meminta golongan yang tidak mendaftar sebagai ahli, tidak campur tangan dalam urusan PKR.
"Saya harap dalam pemilihan akan datang, tidak ada episod gangguan dan sebagainya. Orang luar jangan campur tangan. Ini parti punya hal. Bukan ahli jangan datang," katanya.
Beliau turut menjelaskan kehadiran polis pada proses pemilihan cabang itu hanya bagi menjamin keselamatan dengan mengiringi peti undi untuk dibawa ke ibu pejabat parti.

0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA