
Oleh: Pria Malaya
Selepas Malaysia diramalkan bankrap pada tahun 2019 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bulan Mei lalu (boleh baca di SINI dan di SINI), Mahathir pula meramalkan Wawasan 2010 mungkin tidak akan tercapai...
Penulis agak bersetuju dengan Tun M...jika Malaysia sudah dahulunya diramalkan bankrap 2019, tiada maknanya Malaysia tiba-tiba maju setahun selepas itu iaitu tahun 2020...so, benarlah ramalan Tun M bahawa Wawasan 2020 mungkin tidak akan menjadi kenyataan..
Kenyataan ini keluar ketika Umno/BN masih ditampuk kekuasaan, ketika umno/BN masih menjadi kerajaan Persekutuan..jelas kerajaan BN yg ada hari ini tidak diyakini, dan penyebab utama kpd kegagalan ini..bukan sahaja tokoh Umno ini yang mengakui hakikat ini, bahkan pelabur luar negara turut mengiyakannya...fikir-fikirkan...
Dr M: Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai...
Arkitek Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sasaran untuk mencapai matlamatnya pada 1991, berkemungkinan tidak menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Sama ada Wawasan 2020 boleh dicapai atau tidak, kebimbangan saya ialah ianya tidak dapat dicapai pada tahun 2020 ... mungkin kemudiannya," katanya, mengulangi pandangannya yang pernah disuarakanya sebelum ini.

Namun, Dr Mahathir (kiri) berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada
pelaburan langsung asing.
Beliau juga menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebagai tidak cukup kuat untuk memastikan kestabilan.
Walaupun angka pertumbuhan ekonomi agak baik pada kadar 6 peratus, Dr Mahathir berpendapat bahawa cabarannya ialah supaya rakyat dapat merasainya.
xkisahlah negara xmaju, asalkan kebajikan rakyat terjaga. xguna kalau Malaysia maju tapi rakyatnya dihimpit kesulitan dan kemiskinan. tolonglah, kalau dah tau PM xbagus, tolonglah ganti kpd PM yg lagi bagus. tolonglah!!!!! saya merayu bagi pihak rakyat Malaysia.
BalasPadam