SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Oktober 2010

Pemuda lancar jentera pilihan raya DUN Galas, Sarawak esok

October 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Dewan Pemuda PAS akan melancarkan jentera pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan  negeri Sarawak di Rusila, Terengganu malam esok.
Ia akan dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Ijtimak Pemuda PAS yang berlangsung selama hari mulai hari ini.
Nik Aziz (gambar) juga Menteri Besar Kelantan.
“Oleh kerana akan ada pilihan raya kecil Galas, maka jentera bagi kedua-dua pilihan raya kecil dan DUN Sarawak akan dilancarkan serentak,” kata beliau Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Al-Tantawi ketika dihubungi.
“Kami hendak buat awal (pelancaran) untuk persiapan awal, kalau boleh kami hendak mengerahkan 5,000 orang untuk membantu jentera parti ke Galas,” kata  beliau.
Pilihan raya kecil DUN Galas adalah pilihan raya ke-12 sejak pilihan raya umum 2008.
Spekulasi juga kedengaran pilihan raya umum negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu depan bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas ekoran kematian Adun Che Hashim Sualima Isnin lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA