October 01, 2010
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding kerusi timbalan presiden parti pada pemilihan kali ini.Dengan keputusan itu pemilihan jawatan nombor dua PKR akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa.
“Saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk kerusi timbalan presiden,” kata beliau pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini sebentar tadi.
Dari segi pencalonan Azmin dan Zaid berada di depan berbanding Mustaffa.

0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA