Kerajaan masih mempertimbangkan bagi menggabungkan pendidikan seks ke dalam sistem kebangsaan sekolah, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini satu daripada inisiatif (bagi menghalang gejala pembuangan bayi) bagi memberi pemahaman yang menyeluruh berhubung kesihatan reproduktif di peringkat sekolah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Kebangsaan di Putrajaya hari ini.
Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan telah melancarkan beberapa projek perintis pada peringkat sekolah dan mendapati keputusannya amat menggalakan.
"Kita telah membentuk jawatankuasa teknikal yang sedang mengkaji perkara ini dan akan menentukan cara terbaik memperluaskan program ini pada peringkat nasional,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA