SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Ahad, 10 Oktober 2010

Mafrel Pantau Selaku Suara Ketiga

SHAH ALAM 10 OKT: Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) percaya kehadiran dan peranan mereka pada mana-mana pilihan raya kecil penting sebagai suara ketiga yang mewakili rakyat.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Mafrel tidak menyebelahi parti politik mahupun  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bersikap bebas bagi memastikan perjalanan proses pilihan raya menepati kehendak demokrasi.

" Kita buat pemantauan bukan hanya untuk membantu SPR tetapi lebih penting ialah menjadi suara ketiga yang mewakili rakyat. Bukan parti, bukan SPR, tapi satu suara bebas", katanya.

SPR baru-baru ini menyatakan tidak mengiktiraf peranan Mafrel sebagai badan pemantau untuk kali ketiga selepas berbuat demikian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Selangor dan Sibu.

Sebelum ini, SPR membenarkan wakil Mafrel berada di kawasan penamaan calon, tempat-tempat mengundi dan pusat penjumlahan undi.

Bercakap kepada TV Selangor, Syed Ibarhim ketika mengulas mengenai keputusan  SPR itu berkata suruhanjaya berkenaan tidak berhak menghalang mereka melakukan pemantauan di luar kawasan panas.

" Yang tidak dibenar mengikut undang-undang adalah kawasan larangan iaitu lokasi mengundi,  tempat penamaan calon kerana itu semua memang memerlukan kebenaran.Tetapi luar daripada itu memang tidak ada masalah.

"Jadi, kita tidak tertakluk kepada kebenaran itu,” katanya dan menambah, “Kita akan pastikan akan membuat pemantauan di Sabah.”

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA