SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kembalinya Seorang Pejuang..

KUALA LUMPUR 1 OKT : Pejuang Veteran parti Keadilan Rakyat dan merupakan salah seorang pengasas parti tersebut Abdul Kudus Omar yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Kudus bekas pegawai SB Bukit Aman telah kembali ke rahmatullah jam 11 pagi tadi.
Pak Kudus yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Keadilan Tanjung Karang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).
Jenazah akan dibawa ke Masjid Parit Serong,Tg Karang dan dimakamkan selepas solat Asar .
 Di Bilik Mayat IJN, ahli keluarga & teman2 memandikan jenazah Allahyarham Pak Kudus. Dr Md Nor Manuty memimpin doa. AlFatihah.

Berkaitan

Pak Kudus, Pengasas KEADILAN Meninggal Dunia

Oleh Dzulkarnain Taib

KUALA LUMPUR 1 Okt - Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat yang gigih dan komited, Abdul Kudus Omar meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat serangan jantung hari ini.
Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak meinggu lalu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini.
Ketika dihubungi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata parti kehilangan seorang takoh yang banyak berjasa dan ikhlas kepada perjuanhgan parti sejak bermulanya era reformasi.
"Angkatan Muda amat merasakan kehilangan beliau. Saya menyeru ahli parti terutamanya yang baru menyertai KEADILAN supaya mencontohi semangat dan jiwa besar Pak Kudus dalam perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini sejak awal lagi.
"Beliau boleh dikatakan sebagai salah satu butir mutiara dalam KEADILAN yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan dan komitmen kepada nilai-nilai perjuangan," kata Shamsul.
Pak Kudus sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan adalah Pegawai Penyiasat Cawangan Khas yang pernah bertanggungjawab menyoalsiasat Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketia beliau ditangkap pada awal tahun 1970an berhubung demonstrasi pelajar di Baling.
"Anwar Ibrahim seorang manusia hebat dan berjiwa besar. Sepanjang yang saya kenalinya, beliau adalah seorang insan yang amat konsisten dengan pendirian dan keyakianan perjuangannya," kata Pak Kudus kepad Suara Keadilan dalam satu temuramah semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan soliheen dan muttaqeeen.
Al-Fatihah.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA