SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Oktober 2010

Bila pengkhianat Melayu bergaduh dengan perompak tanah bersiri


Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat bahawa jika Barisan Nasional (BN) hilang kuasa memerintah, ia akan memberi kesan terhadap pembangunan dan kebajikan.

Semuanya nak dihancurkan jika mereka hilang kuasa? Kebajikan rakyat pun mereka ugut dan ancam?

Bila Najib cakap begitu, saya teringat Namewee, saya teringat Perkasa. Dua-dua tu sama saja. Tengah sakan buat hal sekarang. Saya juga teringat pesanan ramai orang yang mendakwa Umno akan mencetuskan peristiwa yang pernah dilakukan oleh parti itu jika BN hilang kuasa memerintah. Apa yang pernah tercetus lebih 41 tahun lalu akan dicetuskan lagi oleh Umno jika ia hilang peluang untuk merembat apa jua yang tak puas-puas dirembatnya selama ini.

Jika kita tidak sedarkan yang masih tidak sedar, tidak sukar untuk dibayangkan apakah yang akhirnya akan berlaku apabila yang dituduh pengkhianat Melayu dan penagih harta penjenayah berebut kuasa dan bergaduh dengan yang dituduh perompak tanah bersiri untuk menguasai apa yang telah disebut sebagai dah busuk habis.

Ini tanah air kita, tanah air anak cucu kita. Jangan kita biarkan ia dihancurkan oleh nafsu jahat mereka.

(Takziah kepada keluarga Cif Inspektor Mohd Khairul Zaini Mohd Zain. Mudah-mudahan Mohd Khairul Zaini dilimpahi keampunan dan belas kasihan Allah s.w.t.)
PB.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA