KUALA LUMPUR 1 OKT : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Molly Cheah mengakui ahli akar umbi parti masih belum biasa dengan amalan pengundian langsung pada proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada kenyataan media hari ini, beliau menerangkan terdapat 46 jawatan dipertanding pada pemilihan kali ini berbanding dengan pilihan raya atau pemilihan lain.
"Berbeza dengan pilihan raya umum, seseorang pengundi hanya perlu mengingati dua nama atau satu logo sahaja, di pemilihan pKr 2010 peringkat Cabang, mereka harus pilih sehingga 46 calon,” katanya.
Menganggap peratusan mengundi adalah tinggi, beliau mengakui wujud masalah logistik pada pemilihan peringkat cabang dan PKR sudah mengambil perhatian berhubung isu berkenaan terutama memastikan pemilihan berlangsung lancar dan aman.
"Kami ingin semua calon dan pimpinan cabang bekerja untuk mencapai ke arah ini dan membantu beri kerjasama kepada Sekretariat Keadilan dan para sukarelawan," kata Molly.
Pemilihan Cabang minggu ini adalah yang terakhir dengan 23 cabang iaitu 14 dari Selangor, Sarawak (4), Johor (2) dan masing-masing satu dari Sabah dan Kedah dan Pulau Pinang akan menentukan kepimpinan cabang masing-masing sehingga 2013.

0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA