
Kata, Ahli Dewan Undangan Negeri Snowdan Lawan...
"Hidup sengsara jika tolak BN"
Mak aaaaihh, lawaknya!!
Kah... kah... kah... kah...
Dah 47 tujuh tahun.... tak jemu ke?? Adventurous ler sikit. Cubalah yang baru. Cuba dulu... baru tahu siapa lebih umphhh!! Kalau tak sesuai dengan selera, pilihlah semula yang lama. No hal punyer. Mana tahu akan sengsara, kalau belum cuba??
Apakah ini satu bidaah. Bidaah ciptaan BN untuk orang Iban. Bidaah untuk orang Iban dari Sarawak. Bidaah yang dijadikan jembalang bagi menakut-nakutkan masyarakat Iban, kononnya... tanpa BN, hidup mereka akan melarat. Mereka melarat tanpa apa-apa pembangunan.
Iban sokong BN, Iban senang!! Iban sokong Pakatan Rakyat, Iban susah!!
Sudah 47 tahun Sarawak di bawah BN, apa Sarawak dapat?? Sarawak masih lagi mundur dan jauh terkebelakang dari segi pembangunan. Rakyat marhaen mereka terutama yang tinggal jauh di pedalaman masih hidup, ibarat katak di bawah tempurung. Serba serbi kekurangan.
Hello... ini bukan tiga empat tahun, tetapi sudah 47 tahun, tahu tak??? Apa yang BN buat dalam tempoh masa begitu lama?? Yang mereka buat hanya mengayakan para pemimpin mereka sahaja. Mereka ini yang hidup menjadi kaya raya. Aha, hidup bak maharaja.
Mereka rompak hasil mahsul negeri dan mereka agih-agihkan antara mereka. Untuk mengaburi mata rakyat agar tidak nampak sangat gelojoh mereka.... adalah sedikit pembangunan untuk rakyat, khususnya di persisiran pantai. Tetapi, agihan pembangunan yang dilaksanakan tidak seberapa dan tidak sekata. Tidak menyeluruh dan tidak untuk semua kaum. Ada yang merasa dan ada yang tidak.
Tapi, apa yang pasti, para pemimpin BN, especially KM-nya.. memang amat kaya raya. Malangnya, dengan hasil mahsul yang melimpah ruah, Sarawak masih antara negeri termiskin di Malaysia. Kalaulah para pemimpin mereka dalam kalangan BN, betul-betul jujur dan amanah serta berjiwa rakyat, Sarawak kini mungkin setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Cara mereka nak terus berpaut pada kuasa dan terus memerintah adalah dengan divide and rule. Dengan cara ini kebangkitan rakyat dapat dihalang. Rakyat terus diperbodoh dan diugut. Rakyat yang bodoh dan miskin ialah rakyat yang mudah diugut dan ditakut-takutkan.
Aha, caranya mudah. Kamu pilih pembangkang kamu sengsara. Tak mahu sengsara, pilih Barisan Nasional. Inilah yang ditanam dalam kepala hotak rakyat Sarawak, terutamanya yang daif dan tidak berpelajaran.
Inilah cabaran yang mesti dihadapi para pemimpin Pakatan Rakyat di Sarawak. Semangat rakyat Sarawak mesti dipulihkan, agar mereka tidak lagi takut pada 'jembalang' yang selama ini menghantui fikiran mereka.
Untuk menghalau 'jembalang' yang sudah bertenggek selama 47 tahun dalam otak rakyat Sarawak, bukanlah satu kerja yang mudah. Ia memerlukan kerja keras dan kerjasama erat para pemimpin Pakatan Rakyat. Ini kerana... mandrem BN Sawarak terlalu powerful.
Untuk melawan mandrem ini, Pakatan Rakyat perlu lebih power lagi!! How to get that extra super power??
Itu, negeri ngkorang... You all pasti lebih tahu. Oleh itu... kalian pikirlah sendiri.
Itu, negeri ngkorang... You all pasti lebih tahu. Oleh itu... kalian pikirlah sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA