Beliau tidak mahu keharmonian negara dicemari budaya yang kurang enak memandangkan budaya fitnah semakin berkembang lebih lagi ia menyentuh perkauman, agama dan kepribadian."Untuk melahirkan Pulau Pinang sebagai sinar harapan kemerdekaan kita semua harus menghindarkan daripada anasir fitnah yang teruk. Nescaya demokrasi, intergriti dan moraliti awam selamat," ujarnya dalam perutusan Hari Kebangsaan ke-53, semalam.
Menurut beliau, kepimpinan Umno sepatutnya menasihati ahli-ahlinya daripada terus menyerang dengan fitnah yang tidak bermoral sebaliknya menumpukan kepada membajai rakyat dengan tatasulsila kemakmuran sejati.
Namun, katanya Umno tidak dapat mengelak daripada terus berusaha menabur fitnah dari dulu yang merencanakan pembohongan seperti kerajaan negeri mengharamkan perarakan Maulidur Rasul, mengharamkan bazar Ramadhan, menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri dalam khutbah kedua solat Jumaat, mengusir penduduk kampung dan peniaga Melayu.
Masalahnya sekarang, parti itu tidak tahan dengan cara pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih prihatin dan berjiwa rakyat berbanding Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang asyik mementingkan kroni.
"Perkara ini berlaku kerana mereka muflis modal lantas menyerang tanpa had sehingga menjurus kepada perkauman dan agama untuk membangkitkan perasaan kebencian," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh.
Tambahnya, Umno dan BN makin parah apabila Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya menonjolkan sebuah pemerintahan yang baik, tiada penindasan, adil, saksama serta mempunyai karisma yang tinggi membenteras rasuah dan mengamalkan dasar pemeritahan yang Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T).
Hasil pentadbiran C.A.T kerajaan negeri berjaya memulihkan defisit dari RM35 juta tahun 2008 kepada lebihan RM88 juta yang diulangi lagi pada tahun 2009 apabila berjaya memulihkan defisit RM40 juta kepada RM77 juta.
Justeru itu, buat pertama kalinya mendapat kepujian dari Transparency International terhadap usaha membenteras rasuah.
Kesan pentadbiran yang telus, menurut Lim, membolehkan kerajaan negeri membelanjakan RM20 juta terhadap bantuan warga emas RM100 dan bantuan RM1,000 terhadap keluarga yang kehilangan warga emas yang berdaftar.
"Satu kebanggaan jika Transparency International memuji kita kerana kesanya sangat tinggi. Selain dapat memulihkan rasuah dapat pula menjulang negara, " kata beliau.
Kejayaan demi kejayaan tersebut, ujarnya mengakibatkan pihak lawan makin terdesak dengan melancarkan serangan yang kadang-kadang tidak masuk akal.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA