Aku dah sebut banyak kali dah. Umno akan terus perintah. Umno bersungguh. Sejak selepas pilihan raya umum 8/3/08, Umno begitu istiqamah dengan ketagihannya mencetuskan api perkauman. Hasilnya dah mula nampak. Banyak Melayu yang berjaya ditongongkan. Nak marah? Nak marah apa? Depa buat kerja.Selepas tengah hari tadi, saya baca berita Malaysian Insider bertajuk "Daftar pemilih: DAP masih di depan, Umno mula kejar", saya tak terkata apa-apa. Umno sedang mengejar rapat. Akhirnya pasti dia yang akan leading. Nak tak puas hati? Nak tak puas hati apa? Depa buat kerja. Tak kira la kalau betul pun depa daftarkan pendatang yang diberikan kad pengenalan.
Kerja depa cara depa la. Beretika ka, tak beretika ka, itu bukan soal. Soalnya depa buat kerja untuk pertahankan nikmat yang depa kecapi. Hoi! Berlambak-lambak lagi pemimpin Umno di semua peringkat yang tak habis lagi installment mahligai mewah, kereta mewah, macam-macam mewah lagi.
Kalau Umno kalah, sapa nak bayaq?! Hampa ingat depa nak jual mee bawah pokok?
Tetapi bila baca posting Aku Budak Balun bertajuk "PKR dan PAS Pemalas!!!" saya rasa lambat lagilah nak menuntut dan melihat institutional reforms berlaku di negara ini (apa menatang institutional reforms, lebih kurang ada dalam posting bertajuk "Hello PR, sudah-sudahlah janjikan bulan dan bintang").
Hello institutional reforms, lu pi main jauh-jauh dulu la!
PB.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA