
Saman terhadap Petronas telah difailkan oleh kerajaan Kelantan bagi mendapatkan hak royalti minyak sejak 2004. Jumlah tuntutan.... terpulang pada budi bicara Mahkamah.
Mahkamah...?? Mahkamah Malaysia??
Kita tak der pilihan bukan? Apa pun persepsi kita terhadap Mahkamah Malaysia, we've got no choice... Suka atau tak suka, mahkamah itu jugalah yang kita kena guna pakai. What to do....
Stopa Mamat kata... kita tunggu dan lihat. Biar Mahkamah buat keputusan.
Mahkamah...?? Mahkamah Malaysia??
Cer kita amati apa dia kata di bawah ni:
".... kita tidak mempunyai apa-apa hak atau kuasa bagi menyekat keputusan yang bakal dikeluarkan oleh pihak mahkamah."
“Malaysia mempunyai sistem mahkamah yang kukuh dan sebarang keputusan yang dikeluarkan akan diadili dengan adil."
“Rakyat negara ini tidak perlu mempertikaikan keputusan pihak mahkamah dan harus menghormati sebarang kenyataan daripada pihak berkenaan,”
Baca selanjutnya di sini
Bunyi dan cara dia bercakap, macam dia pun paham pandangan rakyat terhadap Mahkamah Malaysia. Nampaknya, dia juga semacam dah dapat menduga apa yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Malaysia dan minta kita bersedia menerimanya.
Menerima keputusan Mahkamah...?? Mahkamah Malaysia??
Mahkamah yang integriti dan kredibilitinya dipersoalkan.... bukan saja pihak dalam negeri tetapi juga luar negara. Mahkamah yang menjadi bahan ketawa seantero dunia??
But, betoi jugak apa dia kata. We've got no choice. Keputusan Mahkamah Malaysialah yang kita kena terima..... whether you like it or not.
Kita bukan nak Mahkamah sentiasa berpihak kepada kita.... tetapi, apa yang kita mahu ialah keadilan. Mahkamah mesti menegakkan keadilan without fear or favour..... tanpa dilihat favouring atau cenderung berpihak kepada sesuatu pihak especially kerajaan atau yang ada kaitan secara langsung dengan kerajaan. Sekarang.... Mahkamah Malaysia sudah dilihat tidak dapat bertindak dengan adil dan bebas. Dia dicengkam oleh pihak eksekutif!!
Sebab itu.... rakyat mengalu-alukan janji Pakatan Rakyat untuk meletakkan SPRM, KPN dan Mahkamah dan Jabatan yang sewaktu dengannya... direct di bawah Parlimen. Satu langkah baik dan bijak bagi memertabatkan semula institusi-institusi tersebut. Lantas..... institusi-institusi ini mesti dimerdekakan!!
Apakah ini akan jadi kenyataan??
Semuanya terletak di tangan rakyat dalam PRU13 nanti. Demi maruah.... undilah untuk perubahan. Jika tidak.... kita akan terus berada dalam kecelaruan. Dan... kita tidak akan dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA