SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Rabu, 1 September 2010

Demontrasi Cari Makan, Tanyalah Umno dan Ibrahim Ali

Jakarta, mengikut UM ada perkhidmatan penyediaan peserta demokrasi. Ia menjadi perniagaan. Untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, bayaran antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Bunyinya macam biasa dengar juga di negara kita. Bezanya cuma tak adalah satu agensi khas untuk membawa peserta meramaikan sesuatu majlis. Namun mereka akan dipunggah dengan bas-bas yang disediakan, makan ditanggung sepenuhnya, mendapat baju percuma serta duit poket lagi juga disediakan. Ini secara rahsia. Belanjanya menjadi lebih besar. Alah takkan tak biasa dengar, kenapa pula diriuhkan di Jakarta, di sini berlambak-lambak.

Kalau mengikut kata Sayuti Omar Merah Tinta, Ibrahim Ali selalu membuat kerja ini. Penyokongnya akan sentiasa diangkut ke majlis-majlisnya. Tidak lebih 360 orang dan hanya memerlukan 6 buah bas. Jadi muka yang sama akan mengadap Ibrahim, juga mengadap duit Ibrahim.

Jadi Utusan Malaysia, tanyalah Ibrahim...

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA