Khamis, 23 September 2010

BERITA HAIRAN LAGI PELIK

BUKAN SENANG NAK BAKAR ORANG




POLIS KELUAR WARAN TANGKAP JIKA SHAMSUL TAK BANTU
- mkini

Waran tangkap akan dikeluarkan ke atas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar, jika beliau enggan membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa pimpinan tertinggi polis ada kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmeik Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar, berkata tindakan itu adalah jalan terakhir jika pihaknya masih gagal menghubungi Shamsul kerana kertas siasatan berhubung dakwaan berkenaan sudah dibuka


INI JAWAPAN SHAMSUL


Saya memandang serius akan dakwaan Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar yang mendakwa saya gagal dihubungi bersabit kenyataan saya mengenai spekulasi kes pembunuhan Soosilawati Lawiya. Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Khalid sendiri.

Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Soosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

Selanjutnya, sila layari: www.shamsuliskandar.wordpress.com

NOTA:

memang seluruh malaysia tertanya tanya?
kenapa banyak sangat pembunuhan dapat
dilakukan – sempat dibunuh dan dibakar?

pelik juga – jutawaan intan berlian dari india
hilang – isteri lapor – tak ada langsung berita
dalam media. mungkin ada dalam akbar india –
minta maaf – kami tak tahu.

ada yang pelik disini ramai yang bertanya
macam si sahamsul ini
semua orang ingin tahu
kalau ingin tahu caranya hanya bertanya
apakah yang dituduh ini memakai bomoh pendinding?
adakah yang di tuduh pakai bomoh siam?
adakah yang dituduh ini pakai bomoh jawa?
adajkah yang di tuduh ini pakai kuasa bomoh dacing dan agung kah kah kah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA